Monday, March 25, 2013

Pemilih Tanpa Parti Penentu Dalam PRU 2013


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PILIHAN raya bukanlah kompleks sangat. Mula mula-mula Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Lepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Yang susah ialah memilih parti atau calon untuk diundi. Itu pun bagi pemilih atas pagar dan pemilih baru saja. Bagi pemilih partisan, mereka sudah buat pilihan. Buruk baik, datang hujan atau matahari terik, mereka akan pangkah parti mereka sekalipun mereka tidak senang hati dengan pemimpin parti.

Ada yang taasub kepada parti kerana agama. Masih ramai penyokong PAS, contohnya, percaya iaitu ada kaitan antara akidah dengan mengundi parti itu. Bagi segelintir daripada mereka, mengundi PAS memisahkan antara syurga dan neraka.

Ada yang taasub kepada parti kerana bangsa dan nasionalisme. Banyak penyokong Umno yakin parti itu masih berpaksikan nasionalisme dan perjuangan orang Melayu walaupun ada di kalangan pemimpinnya yang berkata agenda Melayu sudah ketinggalan zaman manakala yang lain pula memperjuangkan keterangkuman (inclusiveness).

Ada yang taasub kepada kaum dan kepentingan kaum. Penyokong DAP, secara sedar atau separa sedar, menganggap parti itu sebagai parti orang Cina. Walaupun DAP memperkenalkan dirinya sebagai parti pelbagai kaum dan melandaskan perjuangan di atas konsep Malaysian Malaysia dan sosialisme namun kepemimpinan, keahlian dan orientasinya adalah Cina. Sejak awal-awal lagi, orang Melayu dan India sekadar biola kedua (second fiddle) dalam parti itu.

Sejak mencapai prestasi baik dalam PRU 2008, DAP nampak lebih ikhlas dan tekun untuk membawa masuk orang Melayu yang boleh memberikan wajah Malaysia kepada perjuangan, tetapi tidak begitu berjaya. Namun dalam PRU kali ini ia mungkin meletakkan lebih banyak calon Melayu-Bumiputera.

Ada juga pengundi yang taasub kepada watak seperti PKR yang berkisar di sekitar perwatakan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Tetapi unsur ketaasuban kepada pemimpin dan pemujaan kultus (cult worshiping) tidak terhad kepada PKR saja. Ciri yang serupa wujud dalam hampir semua parti, termasuk Umno, apabila ada pemimpin yang mengutamakan peribadi mereka daripada dasar dan perjuangan parti.

Dalam PAS ada beberapa watak kultus yang kuat pengaruhnya. Terulung adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pemujaan penyokong PAS terhadapnya sudah mencapai tahap taasub dan pemujaan kultus. Ciri yang serupa turut dipamerkan terhadap Lim Kit Siang (DAP) dan Abdul Taib Mahmud (Parti Bumiputera Bersatu Sarawak).

Faktor Pengundi Atas Pagar

Bagi pengundi tanpa parti dan atas pagar, membuat pilihan lebih rumit. Bilangan pengundi atas pagar dijangka lebih besar kali ini dengan bertambahnya bilangan pemilih baru.

Ramai pemilih baru, termasuk yang direkrut oleh parti-parti politik, tidak berparti. Selain pemilih baru, sebahagian penyokong Umno/BN yang berpaling tadah pada PRU 2008 mungkin kekal sebagai pengundi atas pagar.

Memperoleh undi pemilih baru ini lebih sukar kerana mereka belum biasa mengundi dan tidak terikat dengan mana-mana parti.

Mereka juga lebih sukar untuk dipengaruhi kerana majoriti tidak mengikuti media arus perdana atau tidak yakin kepada MAP. Kemungkinannya mereka lebih terdedah dan mempercayai media baru dan media alternatif.

Dalam konteks ini, penggunaan media baru berasaskan Internet adalah sangat penting. Siapa yang lebih meyakinkan atau lebih lantang akan mendapat perhatian. Tuduhan dan dakwaan yang tidak dijawab akan disimpulkan sebagai kebenaran. 

Aliran Pengundian PRU 2013 

Adalah tidak memeranjatkan kalau aliran berikut berlaku pada PRU 2013:-

1. Sebahagian penyokong Umno/BN yang merajuk pada PRU 2008 dan mengundi pembangkang akan kembali menyokong Umno/BN;

2. Yang masih berasa marah mungkin tidak akan keluar mengundi atau membuat undi protes dengan merosakkan kertas undi;

3. Umno/BN mungkin dibantu oleh ahli parti yang sebelum ini tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi kini sudah didaftarkan dan oleh kegiatan memindahkan pengundi Melayu dari kerusi di mana BN tidak ada harapan menang ke kerusi di mana BN ada harapan merampas balik kerusi daripada pembangkang;

4. Majoriti pengundi baru bandar akan mengundi pembangkang manakala pengundi baru luar bandar akan mengundi BN; dan

5. Aliran pengundian akan mempamerkan ciri polarisasi kaum yang lebih buruk kerana kegiatan merekrut pemilih baru oleh parti-parti politik dibuat berasaskan perkiraan kaum. Wallahualam.

57 comments:

Din Kalut said...

Pola makluk undi atas pagar inilah Din Melaka kena hayati.Bukan merapu macam tak ada ilmu.

Mustapha Kamal Hj Mohd Yusof said...

Assallamualaikum, Dato'. I think Dato' is spot-on ttg scenario pilihanraya kali ini. Calon parti akan jd penentu bagi pengundi-pengundi atas pagar atau pengundi baru ini nanti.

Saya dulu di zaman Tun Dr Mahathir, tidak berfikir panjang utk pangkah BN. Tetapi sejak Abdullah Badawi dan Najib jd PM ni, saya lihat banyak pemimpin melayu seakan lupa kenapa rakyat memilih mereka ke DUN atau Parlimen. Dan buat pertama kalinya saya tidak bersetuju dgn kenyataan Tun Dr Mahathir yang kita sepatutnya memangkah parti tidak kira calon nya siapa. Patut orang Kubang Pasu pangkah Johari Baharum setelah kita tahu apa dia dah buat dan kata ttg Tun masa zaman Abdullah Badawi dulu? Patutkah Nazri Aziz menjadi pemimpin melayu kalau di dalam dirinya tiada rasa hormat pada negarawan yg bertanggungjawab 'menaikkan' beliau dalam 'rank' UMNO?

Banyak lagi 'million dollar question' ttg pemimpin melayu sekarang yan saya boleh bagi tapi biarlah rakyat sendiri menyelidik, menganalisa dan mengadili pemimpin-pemimpin seperti ini.

Ttg pemerintahan Najib ni pun saya ada banyak rungutan. Saya tahu bukan mudah utk menolak ketepi sebahagian pemimpin melayu seperti Johari Baharum dan Nazri sbb CENGKAMAN pengaruh mereka sudah amat dalam di UMNO bahagian dan mungkin peringkat negeri atau nasional. Bagi saya kalau Najib dpt berbuat demikian atau 'berani' berbuat demikian, maka Najib mmg seorang PEMIMPIN yang tulin.

Wassallam.

Unknown said...

Every person have the right for a second chance as long as that person admits whatever mistake done and solemly promise to do better.

Raison D'etre said...

AKJ,
PAS saje ke kena belasah bab kultus? Bukankah la ni kita nampak satu movement untuk membina "kultus" terbaharu pemimpin tersayang bla bla bla?

Ulama mewajibkan yang tak wajib pun kena komen gak tu. Saya punya meluat sampai terus buka channel 106 Astro dengar zikir bila ulama2 yang 10,000 (wow!) mula "berfatwa" wajib undi Umno.

Kalau cam tu apa kata kita tak payah adakan voting pun sebab benda wajib ni berdosa kalau tak buat dan since sekitar 60% (jkalau salah tolong betulkn, TQVM) orang Islam di Malaysia, besar kemungkinan UMNO tu wajib dipangkah. Majoriti tu. Mestilah menang sokmo2, tak gitu?

Kita adakan balik mengundi bila umat Islam di Malaysia jatuh bawah 50%, supaya baru ada peluang yang bukan Umno untuk mendapat undi yang lebih dari yang Umno.

Bila? Wallahualam.

Kultus? Ha ha.

Dulu saya selalu ingat PAS ni teruk sungguh politik "kultus" dia. La ni nampak ada gang yang lagi tera.

anuar Mat Saman said...

Dato

yang jadi masalah sekarang, ceramah kempen PAS dan PKR sudah kosong -baik dari segi jumlah pendengar mahupun dari segi isi ceramah itu sendiri.

yang lebih menghairankan waima di bawa lah turun pemimpin besar sekalipun seperti anwar dan badrul amin dan nizar, jumlah ahli parti itu sendiri tetap menghampakan penganjur, apatah lagi yang atas pagar.

apakah ini menunjukkan bahwa ahli parti itu sendiri sudah kecewa dengan sandiwara pemimpin mereka yang merugikan parti mereka sendiri.

akhirnya dalam PR cuma DAP saja yang mengaut habuan manakala yang lain umpama pak kaduk terkebil kebil.

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

Ada benarnya kata-kata Datuk bahawa sebahagian penyokong UMNO/BN yang berpaling tadah pada PRU 2008 mungkin kekal sebagai pengundi atas pagar. Masalah yang melanda kerajaan banyak yang telah berjaya diselesaikan oleh DS PM tetapi masalah yang melanda parti UMNO khususnya kekal sepertimana satatus 2008. Jadi para penyokong UMNO/BN berkenaan masih belum yakin untuk mengesahkan sokongan mereka. Perpecahan yang berlaku di dalam parti begitu meruncing walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang terbabit sehinggakan penyokong terus keliru.

Masa sudahpun melampaui hadnya. Tidak ada sebarang usaha tertentu yang boleh mengubah keadaan tersebut. Jadi kita cuma boleh berdoa dan mengharap sebagaimana yang Tun Daim ujarkan dalam temu ramah dengan akhbar tempatan baru-baru ini supaya DS Najib akan diberi mandat oleh pemilih dalam PRU kali ini dalam bentuk sokongan kemenangan kepada calon-calon UMNO/BN.

Semoga Allah terus merahmati dan menyelamatkan negara kita.

Terima kasih Datuk.

pengundi hantu said...



Pemilih Tanpa Parti Penentu Dalam PRU 2013..... apakah ini antara faktor yang membuat Anwar Ibrahim lari meninggalkan kubu kuat nya di Permatang Pauh selain dari kurangnya sambutan dari penyokong PAS sendiri.

A KADIR JASIN said...

pembahas Anuar Mat Saman, antara lain, mengulas: "yang jadi masalah sekarang, ceramah kempen PAS dan PKR sudah kosong -baik dari segi jumlah pendengar mahupun dari segi isi ceramah itu sendiri.

yang lebih menghairankan waima di bawa lah turun pemimpin besar sekalipun seperti anwar dan badrul amin dan nizar, jumlah ahli parti itu sendiri tetap menghampakan penganjur, apatah lagi yang atas pagar.

apakah ini menunjukkan bahwa ahli parti itu sendiri sudah kecewa dengan sandiwara pemimpin mereka yang merugikan parti mereka sendiri."

Saya rasa ada beberapa keumungkinan. Antaranya:-

1. Berlaku kerenggangan di antara Pas dan PKR;

2. Sejak menang besar pada 2008 dan memerintah empat buah negari (asalnya lima), rakyat jelata sudah tahu buruk baik Pas dan PKR;

3. Maklumat mengenai Pas dan PKR sudah lebih mudah diperolehi di alam siber sehingga khalayak tidak perlu hadir ceramah untuk mengetahuinya;

4. Sambutan terhadap Pas dan PKR, khasnya kerjasama Pas-PKR, semakin dingin; dan

5. Mungkin orang ramai, khasnya Melayu, lebih yakin kepada BN di bawah Mohd Najib daripada di bawah Abdullah Ahmad Badawi.

Pengundi Hantu pula berkata: "Pemilih Tanpa Parti Penentu Dalam PRU 2013..... apakah ini antara faktor yang membuat Anwar Ibrahim lari meninggalkan kubu kuat nya di Permatang Pauh selain dari kurangnya sambutan dari penyokong PAS sendiri."

1. Mungkin juga Anwar yakin siapa pun bertanding di Parmatang Pauh atas tiket PKR boleh menang;

2. Mungkin dia yakin PKR/PR begitu kuat maka di mana pun dia bertanding, dia akan menang; dan

3. Kesediaan penyokong PR menerima calon dari luar adalah punca dan bukti kekuatan serta azam mereka untuk menakluki Parlimen.

Terima kasih

Apandi said...

Kadir.
Pilehan Raya ke 13, ini pengundi muda antara umor 21 sampai 35 yang menentukan kemenangan Parti.Jumlah mereka saramai 35% dari jumlah pengundi ia itu 4 juta.

Di Singapura,PAP kalah di by election,kerusi Punggol.Ini merupakan kawasan kuat PAS.Sebabnyanpengundi muda mula menolak PAP.

Mereka ini mungkin juga penggundi atas pagar.

Drkecik said...

Salam,

Saya rasa pru13 kali ini merupakan titik noktah bagi PKR khususnya anwar ibrahim.
Perisai muka tebal yg diguna pakai anwar sudah tidak berkesan lagi.Allah telah menanggalkan satu persatu topeng-topeng anwar.Rakyat marhain yg selalu menjadi dendangannya telah mula mengenal rupa sebenar anwar.

Rupa hodoh anwar dah terbongkar tak mungkin beliau boleh berselindung lagi.

http://drkecik.blogspot.com/

Unknown said...

Aslkum Dakj

Setuju dan dah ramai yg tau bahawa pengundi tanpa parti jadi penentu.

Kumpulan ni akan senyum saja bila didampingi oleh mana2 parti.

Tapi peluang parti pembangkang mendekati golongan ini sangat terbatas sebab tiada surat khabar sendiri. Terima kasih pd pemimpin kuku besi UMNO yg tak akan berani beri lesen surat khabar pd pembangkang.

Kalau ada yg susah hati tak pasal berikutan ura2 ANUAR, LKS, SALAHUDDUN AYUB DLL general PR nak pindah kerusi, tolong jangan kalut. Kalau suka sdr2 pangkah, terserah. Kalau tak berani atau tak mampu tiru duduk bawah ketiak bini lagi bagus. Kualiti nama2 yg saya sebut tadi sudah melepasi batas kampongan atau tempatan.

Dakj tak pernah ulas secara khusus soal pengundi hantu dan soal implikasi haram dan dosa kerananya.Walaupun satu undi.

Unknown said...

ASSALAMULAKUM DATO YANG DIKASIHI, Pandai sungguh dato mengolah cerita tanpa skrip cerita manipulasi pun ada ampu pun ada tapi ok juga kita boleh berbicara untuk kesegaran minda agar akal kita sentiasa bekerja.

Oh ia dato pengundi atas pagar ke atau apa jua keputusan yang penting ialah misi calun dan visi parti nak bawa negara arah mana nak bawa rakyat kemana apakah kemuncak kejayaan berbekal semangat malaysia yang satu iaitu satu hati satu tujuan satu tekad satu matlamat dalam malaysia baru,

DYTM pemangku RAJA PERAK bertitah PAS bukan parti tok lebai sepeti dulu pas bukan lagi parti yang meminta belas ikhsan dipinggir madarshah atau pun dipondok2 pengajian yang usang namun kini PAS disetai dikalangan teknorat yang berjaya di pelbagai lapisan kemajuan masa kini tetapi masih mengekalkan aspirasi politik dan ulama.

DAP masa kini juga telah berubah sejajar dengan perubahan masa dimana pemikiran pada masa ini melayu bukan ancaman kepada cina atau india begitu juga cina dan india juga bukan ancaman kepada melayu sebalik nya mereka menyeru kearah bersatu demi malaysia yang adil untuk rakyat nya,

Tetapi apakah umno dan sekutunya sudah berubah bagi saya mereka masih belum berubah masih lagi bersikap seperti sang buta tak mahu menerima tongkat dari seteru nya yang akhir nya dia akan masuk dalam gaung dan yang paling sedih mereka masih lagi bercakap yang kerajaan yang ada adalah kerajaan partinya bukan disebut sebagai KERAJAAN MALAYSIA sedangkan ketua kerajaan adalah yang dipertuan agong manakala perdana menteri disebut ketua kepada badan executive ini yang pelik nya di negara kita malaysia contoh diaustralia kerajaan mereka tak pernah menyebut pun kerajaan parti buruh perbezaan kerajaan dan parti amat jauh sekali,

Pada PRU 13 ini mudah siapa yang dapat menguasai secara majoriti dikawasan majoroti bukan melayu mereka akan menang dalam pilihanraya kali ini. SEKIAN DATO DARI SAYA PENGKERITIK BEBAS TAPI BUKAN MACAM MP PASIR MAS...

Lahuma said...

Dato.

Isu pengundi atas pagar.

Sejak akhir-akhir ini pengundi atas pagar/tanpa parti merupakan satu kuasa yg cukup besar.

Tapi yang paling menarik apa akan jadi jika kiranya Dap yang sedang berhadapan dengan ROS bertanding atas lambang PAS.

Kalau Dap guna lambang KPR ok lah sikit.

Perkara ini cukup menarik.

Apa kata Hadi Awang,Nik Aziz,Harun Din dan lainm-lain lagi.

Cukup menarik PRU 13 nanti jika itulah yang akan terjadi.

Mungkin Pas menag besar kali ini.

Terima kasih.

Langitbiru said...

Pertama kali saya menentang keras pendapat Dato' iaitu dalam bab 'cult worshipping' atau pemujaan kultus.

Sangat jelas Dato' menilai dan merumuskan bahawa Anwar dan Nik Aziz adalah watak kultus. Saya berpendapat penilaian dan rumusan tersebut sangat tersasar bah kan tidak wajar dilemparkan oleh mana mana muslim.

Andaikata dilemparkan kepada Ayah Pin dan Kerajaan Langit nya, saya fikir masih boleh diterima, TETAPI melemparkannya kerana tiada titik pertemuan dalam fahaman politik bagi saya sangat keterlaluan.

Label pemujaan kultus kepada 2 pemimpin utama parti lawan sedemikian menunjukkan lawan tiada semangat demokrasi dan berlapang dada dalam politik.

.........SESUATU YG SANGAT MENGECEWAKAN!!!

don melaka 1 hari 1 fitnah said...


din melaka boleh cadangkan pada anwar ibrahim yang mahu lari dari permatang pauh agar bertanding di adun Batang AI, Sarawak.

Mungkin lebih cocok untuk beliau.

budak kilang said...

Bulan bintang

1 contoh..

Anak gadis anda berumur 12 tahun telah melakukan hubungan seks dgn lelaki berumur 21 tahun. Mengikut undang2 malaysia.. lelaki tersebut boleh dikenakan tuduhan merogol gadis bawah umur.

Tetapi.. kerana lelaki tersebut memiliki hak untuk peluang kedua dan berjanji untuk berkelakuan baik.. dia dilepaskan.. apa perasaan anda sebagai ibu@bapa?

Adakah anda bersetuju dengan komen yg anda berikan?

Semua org tertakluk pada undang2.. either BN or PR..

BTW.. anda x bersalah hingga dibuktikan bersalah..

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Sebagai individu Muslim, saya berpegang bahawa saya wajib taasub kepada Allah SWT; saya wajib taasub terhadap Islam. Hal ini bermakna bahawa saya akan melakukan segala suruhan Allah dengan sepenuh hati; dan saya akan meninggalkan segala larangan Allah dengan sepenuh hati.

Maka, oleh sebab hanya PAS merupakan parti Islam di Malaysia ini, taasub saya terhadap PAS menjadi wajib. Oleh itu, wajiblah bagi saya mengundi PAS; tambahan pula parti Islam PAS tetap istiqomah dengan perjuangan Islaminya bagi menjadikan Malaysia "baldatun toyyibatun warobbun ghofur".

Lebih-lebih lagi, berdasarkan pengertian maksud ayat 124 daripada Surah an-Nisa', orang beriman yang mengundi PAS akan pasti memperoleh syurga.

Yakinlah bahawa janji Allah tetap pasti akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janji-Nya.

Wassalam.

AkaZukii ChaCha said...

salam Dato,

posting ini memang spot on. saya sebagai salah seorang pengundi baru dan 'atas pagar'...walau saya tidak bersetuju secara penuh dgn Pakatan, saya juga tidak rasa secara penuh percaya pemimpin BN keseluruhannya akan berubah, bak kata pepatah old habits die hard (isu2 nepotisme, kronisme, corruption etc)

Pun begitu saya juga ada pandangan tersendiri tentang isu-isu yang dibawa kedua-dua pihak eg. ptptn, minyak etc. Namun dari segi isu - saya fikir bagi kebanyakkan orang yang tidak berparti isu2 korupsi, orientasi sex tidak sepenting isu2 bread dan butter spt gaji, harga barang.

Dari segi input, saya peroleh dari kedua-dua, MSM dan media baru - untuk timbang, untuk nilai - kadang hanya makin keliru dan sukar untuk memilih , spt kata Dato.

Selain itu, saya terima input2 keluarga terdekat - ada cuba pengaruh ada tidak. Ada saya lihat hyperpartisan maka tidak kisah spt kata Dato, datang hujan atau panas, parti yang mereka percaya dan kagumi tetap jadi pilihan dan mempengaruh orang sekeliling utk buat pilihan spt mereka.

Maka saya putuskan, untuk memilih pada hari itu nanti...berdasarkan ...CALON. ye siapa calon akan menentukan apa parti yang dipilih nanti, dan saya rasa mungkin ramai spt saya ini dan sekiranya masih sukar buat pilihan, saya buat "tikam nujum" je. :) eeny meeny miny moe kerana hakikatnya masih tiada satu figura yang 'kental' dan penuh ketokohan yang bangkit dari kelas proletariat (tanpa berpaut pada legasi politik tinggalan keluarga tersendiri) utk memimpin..dulu ada anwar, tapi he blew it. haha. entahlah.:)

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya pengundi muda akhir 20an. Walaupun saya masih muda,saya memantau senario politik semasa. Masa PRU 2008,kali pertama saya baru mengundi. Masa tu saya tak tau apa yang berlaku,saya main pangkah BN. Setelah saya semakin dewasa dan selalu baca media alternatif,saya memang tak ingin keluar mengundi. Kenapa? Banyak isu yang tak sepatutnya berlaku dalam era pemerintahan DS Najib. Saya memang penyokong BN tapi malangnya banyak isu yang sangat mencalarkan hati kami sebagai orang Melayu. 1 Malaysia contohnya,pemansuhan ISA,Ordinan Darurat dan pelbagai akta yang menjamin keselamatan rakyat dihapuskan. Kerajaan yang terlalu 'berdiplomasi' sangat dalam mengendalikan isu Lahad Datu sehinggakan 8 anggota PDRM terkorban. Kalau jenazah mereka dalam keadaan sempurna tak mengapa,malah kepala kena penggal,organ dalaman terkeluar. Terlalu mengecewakan kerana kerajaan TERLALU LAMBAT BERTINDAK.

Mujur komunis dah tak ada zaman sekarang,kalau tak,tak mustahil Malaysia diisytiharkan Republik Komunis Malaysia kerana dek kelembutan pemimpin kita dalam handle crisis.

Krisis Lahad Datu sewajarnya lebih cepat diselesaikan. Dek kerana terlalu lembut. Memang ajal Allah yang tentukan,tetapi sebenarnya boleh dielak. Masa kita tengah berGangnam Style kat Penang,masa tu lah orang Lahad Datu dah kecoh tentang sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh yang Menteri KDN takrifkan mereka bukan pengganas yang terang dan nyata bawak senjata yang pelbagai.

Terus terang,saya tak kan pangkah mana-mana parti utk PRU kali ni. Semoga Menteri KDN AKAN DATANG JAUH LEBIH TEGAS DAN BERWIBAWA dalam menjaga soal keselamatan negara kita

A KADIR JASIN said...

Sdr Lahuma antara lain, berkata: "Tapi yang paling menarik apa akan jadi jika kiranya Dap yang sedang berhadapan dengan ROS bertanding atas lambang PAS.

Kalau Dap guna lambang KPR ok lah sikit."

1. Saya rasa ROS, seperti banyak agensi kerajaan yang lain, "kurang" berani untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang dikaitkan dengan pembangkang, takut dituduh berat sebelah.

2. Mungkin tiada keputusan dibuat mengenai status DAP sehingga selepas PRU.

3. Lagipun, DAP ada peluang merayu terhadap keputusan ROS.

4. DAP kata ia sanggup bertanding guna lambang PAS. Soalnya apakah pula implikasi ke atas PAS.

5. Saya rasa calon DAP boleh memang di kubu mereka walaupun bertanding sebagai calon bebas. Malah faktor simpati mungkin menguatkan lagi sokongan terhadap parti itu.

Terima kasih.

Unknown said...

budak kilang,

Sama ada setuju atau tidak, sama ada anda sokong A atau B, pengundian pada kali ini adalah dalam bentuk peluang kedua.

Peluang kedua bukanlah wajib diberikan tetapi elok dipertimbangkan, kalau tidak maka anda kenalah mengundi pihak C...dan itupun kalau C tidak pernah melakukan kesilapan.

Wallahualam

antisyaitan said...


Salam Datuk,

Saya sangat bersetuju bahawa pengundi atas pagar menjadi penentu kemenangan calun-calun dlm PRU bukan sahaja PRU13 malah PRU sebelumnya sejak merdeka lagi.

Cuma ada satu kelainan dalam PRU13 nanti dimana kemenangan akan memihak kpd UMNO/BN hasil dari pengaruh fatwa Mursyidul Am UMNO/BN bahawa rakyat mesti memilih "Kumpulan Syaitan yang Dikenali" untuk kesejahteraan didunia dan akhirat. Kejayaan ini akan disokong pula oleh keyakinan rakyat kapada prinsip wasyaitaniah yang dipelopori oleh Presiden Chuah Soi Legg dan Presiden Najib yang menjadi sekutu utama dalam UBN.

Lahuma said...

Dato.

Janji Ditepati--Banyak juga yg belum ditepati.

Rumah sudah hampir siap.
Namun pahat masih berbunyi.
Ada lagi janji ditepati yang tak ditepati.

Lubang besar banyak sudak dipalam.
Banyak lagi lubang kecil masih ternganga.

Mungkin PM Najib tak terdaya ini semua.
Harap pada hulubalang intai lubang kecil ini.

Janji pada NGO ada habuan.
Ada yg dapat,
Ada yang menunggu kerana malu nak meminta.

Cuma dibawah ketiak UMNO yang rasa.
NGO bebas atas pagar gigit jari.

Mereka inilah pengundi tak berparti.

Siapa hulok dulu dia dapat undi.

PRU 13 sudah dekat.Bukan mudah nak menang.Kalau nak kalah paling senang.

Terima kasih.

anuar Mat Saman said...

Dato,

Saya menjemput din melaka membahaskan FAKTA TREND keputusan ini dengan fakta intelektual, dan bukan imiginasi kedai kopi.

Ini adalah FAKTA TREND keputusan pilihanraya kecil sejak 2008, selepas Pak Lah dan KJ berundur diri dari tampuk BN pada 3 april 2009:

KERDAU / 2011

BN 5,0609 (menang)

PAS 2,336

MERLIMAU / 2011

BN 5,962 (menang)

PAS 2,319

TENANG / 2011

PAS 2,992

BN 6,699 (MENANG)

BATU SAPI / 2010

PKR 3,414

SAPP 2,031

BN 9,773 (MENANG )

GALAS / 2010

BN 5,324 (MENANG )

PAS 4,134

SIBU / 2010

BN 18,447

BEBAS 232

DAP 18,845 (MENANG TIPIS)

HULU SELANGOR / 2010

BN 24,997 (MENANG)
PKR 23,272

BAGAN PINANG / 2009

BN 8,013 (MENANG)

PAS 2,578


PERMATANG PASIR / 2009

PAS 9,618 (MENANG )

BN 5,067



Ini belum lagi di ambilkira dengan isu isu terkini seperti Kalimah Allah, Orang kuat PKR meninggalkan Anwar, orang kuat PAS di tendang keluar kerana Anwarinas, kes video anwar, insiden Lahad Datu dan lain lain lagi.

silakan din melaka membalas pantun saya....












Abdullah Ngah said...

Macam Datuk Kadir Jasin

budak kilang said...

Sy sedar ada individu2 yg menyokong PKR memuja anwar.. ada individu2 yg menyokong DAP memuja lim kit siang.. Ada individu2 yg menyokong PAS memuja nik aziz.. tetapi sedarkah najib ini bukan 1999.. apatah lagi 1969.. ini tahun 2013 dimana kes rasuah dibongkar satu demi satu.. Rakyat Malaysia tahu BN penuh dgn rasuah.. bukan tahun 2013 shj.. bertahun2 dulu lg.. cuma kita pejamkan mata pekakkan telinga memangkah BN..

Dan isu ini dimainkan oleh PR sebaik habis untuk menjatuhkan BN.. apabila mendedahkan rasuah yang melibatkan pemimpin2 BN, rakyat akan melihat mereka sbgai hero rakyat.. dan ini antara isu2 yg najib gagal tangani dengan baik..

Mungkin ramai yg sedar.. mereka yg menyokong PR bukan kerana PR hebat.. mereka menyokong PR kerana mereka melihat BN akan kekal merompak harta2 negara yang sepatutnya diagih2kan kepada rakyat seadilnya..

BN perlu buktikan mereka adalah jaguh dalam membanteras rasuah.. barulah individu atas pagar yg berada di bandar akan menyokong mereka

Langitbiru said...

"Party workers had shouted "Kill Tian Chua" when the Umno vice-president urged them to rally behind Barisan Nasional (BN) and "eliminate traitors" like PKR vice-president Chua Tian Chang, better known as Tian Chua, whose allies in Pakatan Rakyat (PR) have been accused of instigating the Sulu invasion of Sabah.

Hishammuddin admitted yesterday that political violence in the country was worsening, but accused PR of exploiting the situation to sow hatred for the government and the police.

He also noted that more incidents of violence might occur during the campaign period of Election 2013, which is expected to be held in weeks, due to the shortage of policemen.



PETALING JAYA, March 26 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein's recent remarks that he expects more disruption of opposition events soon is tantamount to endorsing political violence, Pakatan Rakyat (PR) leaders alleged today.
The federal opposition coalition said that since the home minister had failed to give his assurance that the authorities will do its bit to protect them, PR is bracing for more political violence prior to and during Election 2013.


BAGAIMANA SEORANG MENTERI DALAM NEGERI BOLEH MEMBUAT KENYATAAN DEMIKIAN?????

UMNO SEPERTI MELUDAH KE LANGIT



13 MAY 1969......

GE13 IN MAY 2013...?????


YANG BERTANGGUNGJAWAB SUDAH PASTI UMNO,PERKASA

PAS,PKR,DAP MENGAMALKAN SEMANGAT DEMOKRASI YANG TINGGI, BUKAN DEMOKRASI EMOSI TANPA HUJAH UMNOBN, DEMOKRASI "GANAS" PENUH FITNAH!!!!


MENTERI AMARAN INI SANGAT SANGAT MEMALUKAN MELAYU(BUKAN UMNO)!!!

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salaams

Info Overload & Thotted
(short notes to a mahaguru)

A marvelous insighful melayu totok
write alhamdulillah he has thot
the other thots good and bad thots
when only a thot as any other thots
thots of pro pru13 it will be

lightspeed higgins leading plasma
an overload of info hi-tech burst
the pru13 historic and centrigufed
polarization in campaign adverts
sponsors of conflicting blips
on lcds in hvd hi-fidelity
big ands small youtubes facebooks
questions made public must buy
the apps of allegations
with half-truths facts digital sharp
and colorful clarity of thot drops

a thot made of bn winning big
by a turnout of historic low
or undi rosak by the thousands
two third in the house yet
sabah is an umno's loss
a message clear and palpable
let the diehards fight and decide where any prime minister installed is not too bright the rakyat abides
the cutting edge technology cuts deep

into the heart and the mind
to abstained from being entangled
in a fight between two fools
befogged sanity tripped
and leave the sulu to a true king
info overload and thotted out

but shall balance be regained
when an old statesman calls it a day
when the melayu totoks say
defense is china friendly
by sun tze contemplations on
by what thot of things poetic
for there is no peace without justice
info overload and thotted out

leaving the as-sauds alone
bn wins two third in the house
najib steps down
buy china

info overload down but not out
and a safe passage to madinah



Terima Kasih

kermitt said...

semasa saya sekolah tiada akses internet dan bacaan rujukan saya hanyalah suratkhabar perdana saya menyokong BN, tetapi ketika saya masuk ke Universiti dan mengenali internet, BN bukan lagi pilihan, malah saya kini teruja untuk menyaksikan sistem dwi parti di negara ini.. - pengundi muda

Din Kalut said...

Din Melaka salahkan kerana tak ada surat khabar sendiri pula.Inilah kurang cerdik namanya.

Unknown said...

Aslkum Dakj

oleh kerana saya bukan ahli mana2 parti politik maka saya layak digolong sebagai pengundi atas pagar.

oleh kerana saya nampak maka2 penyamun dalam kepimpinan UMNOBN maka saya bukan saja benci mereka tapi berusaha melingkupkan kepimpinan UMNOBN. Alasan saya senang saja. Sebagai muslim saya bukan saja mesti ajak orang (orang bukan badan orang tapi perangai belum tentu) buat baik tapi juga cegah kajahatan.

Kalah menang dalam pertandingan termasuk PRU adalah adat. Tapi menang UMNOBN dgn cara yg kotor , itu yg atas psgar pertikaikan.

org yg masih ada agama akan takut soal halal haram, dosa pahala. mereka akan sentiasa tanya duit yg mereka beri makan anak isteri dan yg mereka buat pergi haji dan umrah adakah dari sumber halal atau tidak. saya yakin duit gaji menang PRU melalui cara2 tipu, tindas, fitnah, manipulasi, ugut, rasuah dan yg seumpamanya tidak layak diambil oleh orang yg masih mengaku Islam.

Tapi apa nak dikata ramai Melayu pakai hukum rimba bukan hukum Allah. Dan sedihnya Melayu jenis ni ramai dalam UMNO.

Syukurlah bukan semuanya begitu.

Bodohnya org yg kata harakah, roket dan suara keadilan tu akhbar pembangkang.

Din Klang said...

Dato

Pada PRU 2008, ramai pengundi (ahli BN dan atas pagar ) mengundi PR kerana marahkan kelemahan pentadbiran Pak Lah yang diambil kesempatan oleh KJ, budak tingkat 4, Kalimullah dan singapura.....

dan bukan kerana setuju dengan ideologi politik Anwar, Kit Siang atau Hj Hadi.

simple as that.

Din Kalut said...

Syukurlah.Din Melaka sudah insaf.Dia dah keluar PAS.Jadi atas pagar.Satu undi untuk BN.

Unknown said...

ASSALAMULAIKUM DATO, Isu nya mudah pengundi yang tiada parti adalah pengundi atas pagar itu istilah yang saya anggap satu penghinaan yang jelas dan nyata kalau kita punya pemikiran yang waras.

Setiap pengundi bukan atas pagar sebaliknya diluar pagar kerana diluar pagar adalah lebih baik dari dalam pagar kerana dalam pagar biasanya adalah seperti ayam ternak ataupun lembu ternak ikut sahaja apa kata tuan nya pada hal tuan nya dah nak potong lehernya itu la dia perumpamaan nya.

Pengundi diluar pagar lebih cerdik dan lebih pandai dan sentiasa mencari maklumat apa ada pada calun dan juga para pemimpin yang ada pada hari ini dari segi keterampilan dan juga gerak kerja nya macam mana kalau dia nya baik pasti orang ini la yang akan dipilih oleh pengundi di luar pagar.

SEKIAN DATO DAH NAK MULA KERJA JUMPA LAGI...SELAMAT MENGUNDI JANGAN LUPA DATO PILIH PEMIMPIN YANG BAIK BAK KATA PEMANGKU RAJA PERAK DAHULU PARTI INI MENGEMIS ATAS IKHSAN TAPI KINI SUDAH MENGUASAI PELBAGAI KEBOLEHAN...WASSALAM,

Unknown said...

Dato'

ANTARA BULAN ATAU BINTANG

Kalau barang-barang keperluan harian harganya dimurahkan menerusi subsidi bermakna mereka yang kaya raya juga menikmati subsidi. Ini amat bertentangan dengan matlamat subsidi.

Kalau harga barang-barangan dipertahankan pada harga sekarang tetapi bantuan wang tunai diberikan kepada golongan yang memerlukan subsidi makanya hanya golongan yang layak mendapat subsidi akan mendapat subsidi.

Kalau dibuat kajiselidik, rata-rata golongan atas pagar pastinya mahukan kedua-duanya (harga barang-barang murah dan dalam masa sama dapat pula bantuan wang tunai), cumanya siapa mampu beri? BN? PR?

Tetapi kalau disuruh buat pilihan, antara produk barangan harga lambak PR dan produk 'duit raya' BN tentunya golongan atas pagar akan pilih bantuan wang tunai kerana tanpa ada tunai dalam kocek, waima gula-gula "what the heck" berada dalam kategori mewah!

Pilih! pilih!

x-umno said...

Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.

Sudah lama tidak komen.

Artikel kali ini langsung tak kupas MCA dan MIC yg terang2 parti rasis yg berjaya menundukkan UMNO. Melayu Melayu UMNO sekalipun, ahli parti sangat muhibbah. Cina, India, Malayalam, Filipino, Indonesian dan lain2 semua jadi ahli UMNO. Kalau tak percaya bolehlah saudara/i bandingkan senarai ahli UMNO dengan pengundi SPR ikut kaum. MCA MIC jaga betul parti rasis mereka.

UMNO umpama makan nasi kangkang bila berdepan dgn MCA MIC. Sayang sekali Dato tidak membuat kupasan ilmiah mengenai kerakusan MCA MIC mencorakkan UMNO Baru. Balik-balik PAS juga yg kena.

Apapun sekarang ialah masa untuk setiap petugas parti dan sukarelawan bergerak rumah ke rumah, warung ke warung dan kedai ke kedai untuk memaklumkan apa yang warga internet tahu tentang tawaran serta track record parti masing2.

Kalau ada tempat yg belum buat lagi, alamatnya calon di sana memang nak kalah.

Dah dekat PRU ni saya nampak pihak BN:
1. Juara bendera, juara di TV dan radio dengan guna duit rakyat. Pembangkang telan air liur je la diberi 10 minit keluar tv.
2. Menteri Wanita aka Bos BN masih mengharapkan Wanita UMNO yg dah tua dan uzur untuk bergerak rumah ke rumah. Wanita umno tetap bangga sebab belum pernah Menteri wanita ialah PM. Almaklum tiada wanita umno yg layak pegang tugas lain kecuali potpetpotpet dari rumah ke rumah.
3. JASA dan KEMAS kalau ikut pengalaman saya memang tak boleh diharap. Sekadar tulis laporan syok sendiri. Jaga periuk nasi sendiri. Kalau laporan salah, mudah je. Salahkan elemen tsunami politik atau terperanjat. Sambung tugas buat kajian pasca pulak. Cukup bulan ambil gaji.
4. Penceramah parti BN sudah pasti tewas kerana kekurangan penceramah yg boleh menarik pendengar. Harap video lucah dan artis luar negara je la bayar juta2.
5. Pemuda Puteri UMNO sekadar berani baling batu sembunyi tangan dalam internet. Dah dpt bayaran nak letak nama sendiri pun takut. Suruh pasang bendera pun dah tak mahu. Yg dapat duit subcon upah pekerja asing pasang bendera. Samseng pun subcon pada ahli2 silat yg menganggur di cawangan.

Terpulang kepada parti pembangkang mengambil peluang di atas kelemahan BN sekarang. Malah, YB BN yang tidak dipilih jadi calon pun boleh menang lawan calon winnable baru dari BN. Macam Dato Shahrir di JB dulu. Menang besar parti kunci lawan UMNO Mahathir.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Kita boleh katakan PRU 13sudah sampai keperingkat "anti climax".Buat kali pertamanya DUN dan mungkin Parlimen akan bubar dengan sendirinya. Ini adalah kerana politik tidak dimonopoli mana-mana parti atau kumpulan lagi.Sebagai contoh Parlimen tidak jadi dibubar pada awal tahun lepas kerana ada beberapa negeri menyatakan tidak akan ikut bubar serentak.Sekarang pula terdapat beberapa buah negeri bersaing hebat yang membimbangkan sesetengah pihak mengenai peluang mereka menang.

Sukar bagi sesiapa untuk meramal parti mana yang akan menang kerana nilai rakyat Malaysia sudah berubah.Kita tunggu sahajalah keputusannya.Yang penting calun hendaklah berwibawa yang disenangi pengundi.Adalah menyedihkan sebahagian penyokong parti tidak menceritakan kebaikan yang mereka akan lakukan jika terpilih sebaliknya cuba mencemar imej lawan mereka bagi menjatuhkan mereka.Dalam tempoh lima tahun ini nampak perubahan sikap pada parti politik.Jika pada awalnya mereka yang berdemonstrasi dicemoh sebagai perosak dan bukannya mengikut budaya kita sekarang ini penyokong mereka pula turun membuat demontrasi jalanan dengan tiada kawalan.Alhamdulillah rakyat Malaysia sudah matang dan amat sukar bagi sesiapa membuat mereka melatah yang akhirnya menimbulkan huru hara dinegara yang tercinta ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Khusus untuk atas pagar dan penyokong UMNOBN yg tak berapa tegar tapi madih takut2 maklum masih terharap2 akan janji UMNOBN.

Apa yg pemimpin UMNOBN nak hadiah atau rasuah, mereka dah beri atau dah istihar satu Malaysia.

Sdr atas psgar dah ambil pun, dah habis belanja dan sebelum ambil mesti dengar ceramah dulu termasuk kutuk dan fitnah pembangkang.

Sdr dah dan tak akan rugi apa2. Termasuk kakitangan kerajaan yg dpt imbuhan tu , tiada siapa boleh ambil balik hak sdr2.

TAPI , kalau sdr2 atas pagar pangkah PR kali ini maka sdr akan dpt imbuhan baru yg lebih lumayan hingga ke anak cucu.

Harga minyak, bil letrik, bil astro , harga kereta dan harga rumah akan turun.

Tol, PTPTN fan saman AES akan batal.

Pelajaran dan kesihatan percuma.

Pencuri hsrta rakyat mesti kembalikan wang yg berbillion tu.

jurang gaji pekerja kilsng, kerani, teknitian dan pekerja bandaraya dgn pegawai dan penrurusan ke atas aksn dirapatkan.

Jangan takut apa lagi was2. Memang pimpinan PR boleh buat apa yg dijanji. Baca2 lah di internet. Apa yg PR janji tu dah berpuluh tahun dilaksana di ENGLAND, PERANCIS dan AUSTRALIA.

Tak timbul soal negara muflis kalau PR menang.

Yg dah tentu mandat lagi 5 tahun kpd UMNOBN bererti semakin besar hutang negara sebab semakin membuntal perut pemimpin mereka.

Dan sekarang ni pun dah berjuta rakyat terutama Melayu jadi muflis gara2 di buli oleh PIMPINAN UMNO DAN KRONI. Duit BR1M je tak cukup.

Anak kesekolah tanpa zat makanan dan jadilah Melayu terus menerus hidup dalsm perangkap kemiskinan buatan PIMPINAN UMNOBN.

abdullahngah said...

pada hemat saya dun ke parlimen ke jika ramai pengundi china pasti DAP yang menang, kerana orang china tak kira MCA ke GERAKAN ke pasti politikya ada "matlamat" nak perintah Malaysia.

Bukan macam umno politiknya hanya sebagai "alat" untuk kepentingan diri sendiri.

Atas sebab itu menteri menteri, exco dan wakil rakyat jadi kayaraya.

Apa tah perdana menteri dan timbalannya.

Masing masing asyik kumpul harta, sehingga tergamak membunuh bangsa sendiri.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Apa punya lawak bodo. Pemimpin parti komponen BN SABAH konon nak tunjuk taring bila secara terbuka mintak kerajaan pusat tarik balik semua ic segera yg selama ni dikeluar di Sabah.

Bila menteri perangai samseng kata SUSAH nak penuhi tuntutan tu maka semua diam membisu.

Contoh terbaik bagaimana komponen BN jadi pondan dek kerana HORMAT pd yg lebih senior. Soal pokok spt pemberian ic secara haram menjafi tak penting gara2 pakatan satu untuk aku satu untuk engkau dalam membaham harta rakyat di kalangan parti komponen BN.

Pengundi atas pagar menjadi harapan negara menghalang segala durjana UMNOBN.

Rawa Lanun-Bahasa said...

subhanallah:

Guan Eng prepared to face-off with BN chief in Padang Kota

... Lim Guan Eng has accepted Teng Chang Yeow’s challenge for a face-off and in turn challenged the Penang Barisan Nasional chairman to contest for the Padang Kota seat...

Scribe,
salaams

do you think sdr teng chang yeow has a chance against a horrible vulgar 'tokong hidup'?

do you think chang yeow will back out or guan eng?

Unknown said...

Assalamulaikum dato, Dato menjelang PRU13 ini macam2 hukum dah keluar macam2 fatwa juga dah keluar undi parti ini HARAM kerana berkawan dengan kafir HARBI...mungkinkah nanti akan keluar fatwa pulak undi calun ini HARAM kerana calun ini makan BABI pula...begitulah rencah nya PRU13 ini semakin ditangguh-tangguh pembubaran parlimen macam2 andaian akan keluar macam2 kesimpulan pun akan ada...pada saya terpulang la...ada masa kita kaji la siapa pemimpin yang jujur hati nya...ada mata tengok ada akal pakai...

Lahuma said...

Dato.

Kesimpilannya,

Sah 40% drp 13.3juta pengundi adalah tak berparti.
Sah juga 100% drp pengundi tak berparti ini akan mengundi berdasarkan faktor calon bukan fakyot parti.

Diharap supaya semua Musyidul Am parti-parti pilihlah calon yang terbaik.Baik dari kelulusan,ilmu,amanah,gaya hidup yg sederhana,jujur dan beriman.

Andaikiranya Mursyidul Am parti-parti masih letak calon besi karat,kaki judi,kaki pompuan tak amanah alamat bungkuslah.

Jangan salah pada rakyat dan pengundi lagi.
Nanti UMNO/BN kata tak mengenag budi jasa kerajaan BN.
PAS pula tuduh pengundi tolak Islam walaupun Pas bukan Islam lagi.
PKR pun kata pengundi tak mahu keadilan untuk rakyat.Sedangkan PKR sendiri tak ada imej adil pun.

Sebenarnya semua parti-parti Melayu adalah 2x5=10x1=20x0.5.

Semua pengundi sudah siap sedia untuk turun mengundi.
Cumanya nak tengok wajah muka calon sahaja lagi.Wajah boleh percaya atau sebaliknya.

Kualiti calon penting.Kualiti parti selepas itu.

Jurujual parti jangan percaya sangat kerana mereka adalah tukang canang kerana sesuap nasi.

Memang tepat terpacak tajuk Dato.
PEMILIH TANPA PARTI PENENTU DALAM PRU 13.

Sebab yg menang dapat gaji/elaun yang lumayan.Pengundi macam biasa sahaja.

Selamat mengundi.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Tektik membiarkan DUN terbubar sendiri bererti tak perlu mengadap sultan atau yang dipertuan negeri untuk minta perkenan.

Bukankan itu boleh dierti tidak menghormati sistem beraja2

Ini mesti gara2 dihasut ANUAR.

Mohdali said...

Salam Dato', Mereka semuanya bijak-bijak belaka !.

Antara kami orang bersara masih ramai yang tidak menjadi ahli UMNO, PAS atau DAP sejak dahulu lagi. Namun saya dan kebanyakan kami bukan Undi-Atas-Pagar. Kami tahu siapa yang layak untuk dipilih. PKR masih baru, dan yang baru itu biasanya canggih perwatakannya.

Ada orang masuk DAP pasal nak pangkat dan imbuhan. Dapat kurang sikit terus cabut lari dan meracau yang bukan2. Kalau orang biasa seperti kami tentu sudah dikata pengkhianat!. Kami bukan golongan seperti itu. BR1M walau pun ciput itu pun dah baik, dulu-dulu langsung tak ada ~ mereka makan sendiri saje.

Walaupun usia sudah masuk ke 7-dekad hingga sekarang belum pernah sekali berpeluang memangkah orang UMNO. Namun, saya dan kawan-kawan bersara tetap sayangkan UMNO dari parti-parti lain. Nama yang senang dieja walaupun rumit untuk dihuraikan. Kami disajikan dengan MIC dan kini MCA pula untuk mewakili kawasan kami. Kami tetap memilih BN kerana semangat setiakawan hinggalah 2008.

Kami mula memilih lain dari BN sejak KJ menantu Pak Lah buat Malaysia macam kandang babi yang mengamalkan 'Semuanya setaraf melainkan mereka yang tinggi di tingkat 4'. Sayang, ingatkan dah sejuk, hilang KJ tumbuh pulak yang baru.

Rasa-rasa Dato'! di suatu hari nanti adakah UMNO masih punya wakil di bandar-bandar telahan semua kawasan baru hanya mampu diduduki umat Melayu paling tinggi 30%,itu pun kalau ada yang layak buat pinjaman.
Salam Hormat, Haji Kampung Bersara

anuar Mat Saman said...

Salam Dato

bercerita pula tentang calon dan kawasan....

Anwar yang lari dari Permatang Pauh kini mahukan pula kerusi Ipoh Timur (kubu kuat DAP) setelah trade in dengan Kit Siang untuk kerusi Gelang Patah.

Anwar sanggup mencaturkan Chua Jui Meng ( Ketua PKR Johor yg idamkan kerusi GP yg dulu milik PKR) sementara Kit siang pula menidakkan usaha Dr Boo ( Ketua DAP JOhor )...

begitu lah percaturan politik anwar dan kit siang.... yang dibawah hanya perlu ikut sahaja dan tidak boleh bangkang

Langitbiru said...

Macam macam gula gula ditabur oleh Najib.
BRIM suadah berlalu.
BLIM pula datang.

Jangan lupa K1RAM

Kad Pengenalan 1 Rakyat Asing Malaysia!

K1RAM khusus untuk mengekalkan kuasa BN, sudah terang lagi bersuluh.

Di atas ada pembahas menyatakan baik adanya BR1M, katanya dah umur 7 dekad tak pernah kerajaan bagi BR1M.

Memang benar kerajaan umnobn dari dulu sampai sekarang tak pernah bagi brim kecuali Najib. Dulu dulu ramai rakyat hidup sangat susah. Berapa ramai sangat boleh pakai kereta, hatta yb yb pun tak mampu pakai kereta.

Tun Razak, buat DEB, Felda dsb untuk bantu dan basmi kemiskinan. Tapi tak pernah bagi brim.

Tahun 70an, heboh seluruh MalAysia, orang Baling sangatmiskin, makan ubi gadung sahaja, tapi kerajaan tak pulak bagi brim krim!

Kalau brim krim tu untuk bantu rakyat 1 malaysia yang miskin, maknanya zaman la ni sebenarnya lebih miskin dari penduduk Baling tahun 70an. Kalau fakta ini tak betui, apa lagi alasan sebabnya pemberian brim? Satu lagi jawapan paling dekat adalah rasuah rakyat 1 Malaysia untuk pru 13. Kalau ini pun tak betui, apa lagi alasannya?

BR1M 1.0 makan belanja 4 billion lebih.
BR1M 2.0 makan belanja hampir 5 billion.

Tertanya tanya juga saya dari mana dapatnya duit yang banyak sangat ni Dato?

Saya dah lupa pasal belanjawan 2013. Seingat ingat saya, tak dibentangkan pula pasal peruntukan BR1M!

Ohhh.
Mungkin zakat zakat dari Ananda Krisna, Robert Kuwok, Genting, YTL dll

Seseungguhnya, PRU13 ini peluqng terbaik untuk selamatkan Malaysia dari para penyangak penyamun tarbus.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kalau benar apa yg anuar mat seman kata psl ANUAR dan LKS , apa kata anuar mat seman buat parti sendiri dan pilihlah mana juga kawasan DUN atau PARLIMEN yg diminati.

Dan tenguk betul ke org bawah boleh sdr lembukan hingga tak boleh bangkang.

Dalam UMNO ketua cawangan pun anuar mat seman belum tentu boleh bangkang.

anuar mat seman fikir status ANUAR dan LKS tu budak upahan petgi baling batu ke.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Saya setuju benar dgn kenyataan melalut PM NAJIB bahawa Malaysia komited pertahan keselamatan negara.

Kenapa saya setuju? Sebab walaupun Malaysia
punyai:

helikopter selalu terhempas

pesawat pejuang tak berapa nak terbang dan jaga sekalu terhempas....sebab tu nak angkut tentera ke Sabah pun kena sewa AIR ASIA.

Kapal selam entah boleh menyelam?

penjenayah dgn senang masuk ke Lahad Datu.

Komisyen sana sini bila beli peralatan tentera.

Agaknya maksud PM NAJIB, walaupun pertahanan kita teruk, kita masih ok berbanding negara lain spt CONGO, RWANDA, MALI dan ANGOLA kut.

Apa kata kita sembahyang hajat agar negara selatan jangan jadi macam ISRAIL.

anuar Mat Saman said...

din melaka

dalam BN, dah sebulan pemimpin negeri dan parti komponan keluar masuk JPM bincang dgn PM/TPM tentang calon dan kawasan. Itu namanya demokrasi.

tapi dalam parti milik keluarga anwar ibrahim (pkr) dan lim kit siang (dap), yang bukan ahli keluarga ikut sahaja arahan yang diberi ok.... lebih kurang macam lembu lah....tiada perbincangan.

untung azmin ali jadi ahli keluarga anwar....

dalam parti tupperware pun ahli bawahan kena ikut peraturan yang di buat boss atasan, tapi kalau rajin dia boleh jadi lebih kaya dari boss yg di atas....

baik kau jual tupperware, din melaka.

atas pagar said...

Kenapa telah ramai orang yang terpelajar seperti Dr Sidek Baba, Ismail Mina dan Dr Chandra Muzafar meninggalkan anwar ibrahim ....

pasti alasan mereka amat kukuh...

Din Kalut said...

Ok la tu.Din Melaka ada juga puji Dato Najib.Jangan banyak fitnah dosa tak tertanggung.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kalau di pejabat pun kakitangan selalu di tukar ganti untuk beri pendedahan dan pengalaman baru demi kebaikan mereka dan organisasi.

Kalsu di bank pula , sudah menjadi SOP bagi semua kakitangan mesti bercuti demi mengelak kejadian dengan sengaja menyorok atau melindung kejadian yg tak betul.

Oleh yg demikian kalau pun di andaikan UMNOBN tu ibarat pegawai bank yg baik, merrka tetap perlu dipaksa mengambil cuti.

Dan bagi mereka pengalaman baru pulak sebagai pembangkang.

Untuk PR pulak, kita beri pengalaman baru drpd pembangkang kpd kerajaan.

Pembangkang maupun kerajaan mempunyai peranan yg murni.

Tapi. Bila UMNOBN sanggup menipu dll demi kerans tak mau jadi pembangkang atau tak mau ambil cuti, adalah dosa besar yg mereka hendak terus sorokkan drpd pengetahwan rakyat.

Tak perlu jadi bijak pandai untuk faham tektik kotor UMNOBN tu.

Tapi di blog ni ada org dahle tak berapa pandai, cuba nak pertahan PEMIMPIN UMNOBN pulak.

Lahuma said...

Dato.

10 minit diTV.

Wajar juga bila PR tolak tawaran 10 minit untuk pembentangan manifesto mereka.

Apa salahnya berilah masa yang munasabah sekurang-kurangnya 60 minit.

10 minit minum kopi o pun tak cukup.

Rakyat akan buatlah perbandingan nanti dari segala sudut keupayaan,rasionalnya,keperluannya,kikhlasannya.

Rakyat pun tahu bukan semua gula/madu itu penawar.Dan bukan semua yang pahit itu tak racun.

BN atau PR tak payahlah susah hati.Rakyat sudah cukup matang dan berfikir.

Letaklah calon yang terbaik.Insya Allah dapat undi.Slogan parti hanyalah retorik sebagai iklan sahaja.Kalau calon pun cincai maka undi pun cincailah juga.

Kena ingat PRU 12 dan PRU 13 tidak ada persamaan dan tidak boleh dibuat sebagai kayu ukur lagi.

Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Sungguh menarik PRU ke 13 ini.Nampak gayanya oleh kerana terlalu lama masa berkempen maka sudah sampai keperingkat tiada isu panas yang hendak diperkatakan lagi dan sudah tiada hadiah/durian runtuh hendak ditawarkan lagi.Yang ada hanyalah membesar-membesarkan khabar angin akan berlaku semasa PRU kali ini.

Kita berdoa semoga rakyat kita yang sudah matang akan mengelak diri dari terlibat dalam perkara-perkara yang merugikan bangsa dan negara.Terbaik bagi pemimpin adalah mencalunkan wakil yang berwibawa untuk pilihan rakyat. Kita tidak mahu mereka cenderong menabur fitnah dan tidak amanah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Scribe
Salaams

Ya Iseng Matakaji
(kiram works for the cia in malacanang palace)

Memang sungguh sedih mengenangkan nasib
tiada lagi uss guardian
Minesweeper lifted from Philippine reef
minesweeper canggih dari costa concordia;

apa agak guan eng jawab pada chang yeow:
piggy face tak malu
mahu lawan tokong hidup

say:
cheeeeeee-se-ng!
betul usa mahu bantu filipina?
atau paus manila yang berjanji?

(chang yeow is pissin' in his pants, scribe ;)

Tinta Hitam said...

Datuk,

Apa yg pasti perubahan akan berlaku didlm PRU 13 ini..Saya perhatikan muka PM semakin tak senyum dan gundah gulana apabila tarikh luput Parlimen semakin hampir..Itu petanda tiada apa yg betul skg utk UMNO/BN..

Tikus tikus pun dah mula terjun kapal dan nak naik kapal lain..

t

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).