Saturday, March 22, 2014

PRK Kajang dan "Cult Politics"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUTAKHIR - PAKATAN Rakyat, melalui Parti Keadilan Rakyat, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri  Kajang apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengalahkan calon Barisan Nasional dari MCA, Che Mei Fun.

Wan Azizah memperoleh 16,741 undi manakala Chew Mei Fun mendapat 11,366 undi, memberikan kelebihan  undi sebanyak 5,379 kepada calon PKR.

Berbanding Pilihan Raya Umum 5 Mei 2013, pencapaian Dr Wan Azizah adalah lebih baik. Beliau memperoleh 59.57% undi popular berbanding 57.98% yang didapati oleh calon PKR ketika itu, Lee Chin Cheh.

Bagaimanapun, dengan ketiadaan calon-calon parti lain dan bebas, peratusan undi popular Chew adalah lebih baik berbanding PRU 2013. Chew memperoleh 40.42% undi popular berbanding calon PRU BN, Lee Ban Seng yang mendapat 37.77%. Undi popular PKR naik 1.59% dan BN 2.65%.

Bilangan keluar mengundi hanya 72% peratus berbanding 88.4% dalam PRU. Ini menunjukkan ada unsur protes di kalangan pemilih. Mereka mungkin berasa PRK itu tidak diperlukan dan kegagalan Anwar Ibrahim mewakili PKR mungkin menyebabkan yang lain tawar hati.

Kesimpulannya, PR, melalui PKR, masih kukuh di kawasan separa bandar itu dan sokongan pengundi Cina terhadap BN terus tidak menyerlah walaupun telah mengemukakan calon lebih terkenal dan berwibawa.

ORIGINAL POST

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang, macam juga pilihan raya lain di negara kita, masih mirip kepada hal-hal berkaitan peribadi.

Esok, Ahad 23 Mac pemilih Adun Kajang akan keluar mengundi. Berpandukan aliran semasa dan sejarah pengundian, Pakatan Rakyat melalui PKR akan mengekalkan kerusi itu.
Berbalik kepada kecenderungan yang semakin menular ke arah “cult politics,” adalah tidak memeranjatkan yang agenda, dasar dan peruntukan kewangan tidak dapat mengatasi isu watak dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau Anwar Ibrahim menjadi “cult figure” dalam PRK Kajang.

Kalau benar sekali pun laporan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Mohd Yassin, telah menggesa Puteri Umno supaya mengingatkan pengundi Kajang agar tidak terpengaruh dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sedang berdoa ia tidak akan memberi kesan besar kepada penyokong pembangkang.

Anwar sebagai bahan kempen PRK Kajang
Lagipun orang Islam digalakkan berdoa. Muhyiddin sebagai anak orang alim tentu mengakui dan menghormati doa dan hak seseorang berdoa.

Kalau PKR dan PR menggunakan perwatakan Anwar sebagai bahan kempen PRK Kajang, ia adalah perkara biasa kerana Umno dan BN pun melakukan hal yang sama.

Kita tentu masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak begitu yakin bahawa beliau popular dan boleh memberi kemenangan besar kepada BN walaupun parti campuran itu lemah.

Maka beliau menjadikan diri beliau sebagai matlamat dengan slogan seperti “Sokong Saya Undi BN” manakala para strategis beliau meniru kempen pilihan raya presiden Barrack Obama.

Mohd Najib dalam poster PRU 2013
Tetapi tanggapan Mohd Najib meleset dan strategi pilihan raya ala-presiden Amerika tidak menjadi.

Sepatutnya, semakin maju pemikiran dan tahap sosial kita, semakin egalitarian pula pendirian kita. Kita akan memilih pemimpin yang berwibawa bukan yang dikenali kerana nama dan keturunan.

Sebaliknya kita masih dikhayalkan oleh nama dan keturunan walaupun kita tahu bahawa bukan semua anak rintik walaupun bapanya borek. Wallahuaklam.

17 comments:

XERONINE said...

Salam Datuk,

Setiap hari sejak kehilangan MH370 kita bertemu jargon baru yang hanya mereka di bidangnya yang menggunakannya.

But a jargon that can be applied beyond the field becomes a concept. So here goes ...

Our nation is navigating through a political gyre ... so it appears. Destination is lost in the quest for survival.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Bukan ramalan kosong lagi.Memang confirm W.Azizah akan menang.
BN kalah atas faktor undi Cina yang besar tolak BN.

Kalau tidak masakan Anwar buat pilihan di Kajang yang juga lubuk PKR.

Mana-mana pun DUN atau Parlimen yang undi Cina lebih 35% BN akan goyang atau pun tumbang.

Undi secara kasarnya sudah terbelah dua.

Begitulah nasib dan masa depan UNO/BN.

Macam di Kedah.Slogan BN menang Kedah senang.Rhetorik saja.Bila BN menang yang senang suku sakat atau orang ada jawatan dalam jawatan kerajaan UMNO/BN.

Katanya ramai kontraktor Melayu susah cari makan.

Inilah yang dikatakan agihan rezeki yang tak adil.Rakyat menyumpah.


Nampaknya UMNO/BN belum serik lagi.

Terima kasih Dato.

RD. said...

Sebenarnya saya meluat tengok gambar pemimpin, pembangkang ataupun kerajaan ditepi atau persimpangan jalan. Kadang-kadang ada yang menghadang tanda jalanraya atau traffic-light. Ini membahayakan pengguna jalanraya. Sudah tentu, bila ada PRK, gambar besar mereka, tidak tahan lama. Kena hujan dan panas, ia akan lusuk dan diterbangkan angin menjadi sampah-sarap. Tidakkah mereka terfikir kebarangkalian poster besar itu tumbang dan menghempap menunggang motosikal?

Kalau di zaman tiada media-social dan internet dulu, saya tak kisah sangat. Rakyat jarang tengok muka pemimpin. Hanya harap surat-khabar. Bukan semua ada TV dirumah. Kalau beli TV, kena beli lesen pula di pejabat pos, setiap tahun. Zaman sekarang, mustahil orang tak kena calon.

Dato siarkan, calon PKR, dengan muka sedih, seolah-olah sedang berdoa. Sepatutnya calon ini berdoa untuk kesejahteraan pengundi/rakyat, bukan untuk suami.
Apakah tujuan sebenar ahli politik bertanding?
Untuk membela Rakyat atau membela suami yang tercemar moralnya?

BN tidak pernah menggunakan taktik ‘menadah-tangan’ untuk menagih belas-kasihan dari pengundi. Sebelum ini, hanya PAS membuat poster pemimpin mereka, seakan-akan menangis sambil menadah-tangan. Tabiat ini, kita boleh terima kerana PAS menggunakan Agama sebagai landas perjuangannya.

Jika PKR sudah mula menggunakan taktik ‘menadah-tangan’, ini sudah boleh di anggap merapu. Kalau ‘menadah-tangan’ minta hujan turun, saya boleh terima. Ramai peniaga makanan dan restoran kerugian, tak dapat berniaga. Kalau berniaga pun, kebersihan peralatan dapur dan pinggan-mangkok mencurigakan kerana kekurangan air. Bekas tadahan/simpanan air tidak ditutup. Ditakuti tikus masuk berenang-renang di malam hari. Rakyat terseksa dengan catuan air di Selangor.

Jika menadah-tangan untuk menang PRK Kajang, lagi la merapu. Suami sendiri yang ‘caturkan’ Kajang-move untuk jadi MB. Tuhan sudah memberi PKR kemenangan pada PRU13, ADUN kamu letak jawatan tanpa sebab munasabah dan menyalah-gunakan process democracy. (Kalau BN yang buat demikian, sudah tentu di tuduh ada unsur rasuah). Sekarang, mahu mohon kemenangan sekali lagi. Ini sudah lebih.

Kalau kalah, jangan pula tuduh BN tipu, dakwat tak kekal, bawa pengundi hantu atau pendatang-asing.

Kesimpulannya:-
Tabiat membuat poster besar dengan ambil gambar, berlakon ‘menadah-tangan’ seolah-olah sedang berdoa, secara tidak langsung, boleh membawa emej buruk kepada Agama Islam, lebih-lebih lagi, bila digunakan oleh ahli politik. Takut nanti amalan ‘menadah-tangan’ ini di jadikan momokan dan gurau-senda. Macam makan kismis untuk cerdik/lulus periksa. Tanpa gigih belajar atau berkerja dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh, tadah-tangan, boleh berjaya?
Sepatutnya berdoa kepada Allah, tidak perlu diheboh atau ditunjuk-tunjuk. Sama seperti bersolat diatas jalanraya.

Urang Awak said...

Salam Dato,

Komen RD 11:08 PM dirujuk.

RD diantara lain ada menyebut ...."Tabiat membuat poster besar dengan ambil gambar, berlakon ‘menadah-tangan’ seolah-olah sedang berdoa, secara tidak langsung, boleh membawa emej buruk kepada Agama Islam...."


Hahaha... anda memang lupa atau pura2 lupa bagaimana puak2 UMNO berkempen dengan meletakkan banner yang berunsur2 agama bagi menyokong calon P. Kamalanathan semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010 tidak lama dahulu.

Salah satu diantara banner yang telah digantung di sekitar Kuala Kubu Baharu pada ketika itu berbunyi seperti berikut :-

"MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT UNTUK CALON BARISAN NASIONAL PILIHARAYA KECIL P094 HULU SELANGOR - TARIKH 20 APRIL 2010 (JUMAAT)- MASA 7.30 MALAM SELEPAS SOLAT MAGHRIB) - TEMPAT MASJID JAMEK AR-RAHIMAH KUALA KUBU BAHARU"

Anda boleh search sendiri didalam Yahoo Image dan anda cuma perlu taip tajuk "Bacaan yassin pilihanraya hulu selangor kamalanathan" dan anda boleh lihat sendiri banner tersebut tanpa sebarang fitnah.

Persoalannya.... Kenapa guna masjid untuk berkempen? dan kenapa si KAMAL (Oppss sorry ... KAMALNATHAN) dibaca yassinkan???

Hahahah... kesian !!

berasiam said...

Salam DAKJ

Insya Allah Wan Azizah menang, Kali kedua beliau menggantikan suaminya dalam pilihanraya. Menang bukan sebab beliau berwibawa, bukan kerana PKR kuat tetapi kerana UMNO/BN yang tidak pernah belajar dari kesilapan lalu. Barangsiapa yang tidak belajar daripada sejarah akan disiksa oleh sejarah, Tun Dr. Mahathir kerap mengulangi kata-kata itu.

Bila calon MCA diletakkan di situ, sekali lagi membuktikan UMNO melebihkan setiakawan dengan parti komponen melebihi kemahuan ahlinya sendiri. Kes yang serupa berlaku di banyak kerusi pada PRU termasuk di Bandar Tun Razak dan Lumut.

UMNO masih menerimapakai sistem Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terbukti gagal pada PRU lalu dan dikritik oleh cawangan-cawangan parti. Penyaluran peruntukan untuk melaksanakan gerakerja pilihanraya menghadapi masalah dalam PDM. Wang diperlukan untuk menggerakkan jentera kempen dan sebagainya. Dengan wujudnya PDM, cawangan-cawangan tidak beroleh peruntukan sebagaimana lazimnya. Ketua PDM boleh bolot semua. Ini mengecewakan cawangan dan melumpuhkan jentera patti peringkat asas.

Istilah transformasi dijaja di dalam UMNO tetapi isinya tercicir entah ke mana. Mungkin transformasi bertukar menjadi transforbasi. Jika UMNO.BN serius mahu rampas Selangor, tukarlah pucuk pimpinan Perhubungan Negeri yang gagal dalam PRU 2013 itu dengan tokoh baru. Tukae juga pegawai ICU Selangor dengan yang lebih kompeten.

Kampong man said...

Salam Dato,

1.PRK Kajang hampir tenggelam keseronokan nya kerana rakyat Malaysia dan seluruh dunia kini sedang menumpukan perhatian pada kehilangan MH 370 yang masih terus menjadi misteri.Sesungguhnya PRK ini tidak perlu sebenarnya.Rakyat hanya mampu melayan reluctantly kerenah parti PKR ini walaupun kebanyakan rakyat sudah bosan dan penat dengan politik berterusan setiap hari selepas PRU 13.

2.PKR di ramalkan menang kerana PKR meletakan calon hebat mereka saorang Presiden parti dengan motto "Keadilan untuk Anwar Ibrahim' .PKR masih meneruskan taktik simpati pada Anwar bagi meraih undi.Teringat saya zaman REFORMASI dulu dulu di kawasan Sri Perdana berhampiran tempat saya tinggal .Walau bagaimana pun keputusan PRK Kajang ini tidak akan memberi kesan apa apa pun pada kerajaan Selangor dibawah Khalid Jelas taktik licik Anwar bagi memegang jawatan MB terus gagal.Malah apa yang dapat kita saksikan hanyalah KECELARUAN dalaman parti nya sahaja.Yang pasti pengaruh Anwar mula turun mendadak satelah mahkamah mendapati beliau bersalah akhirnya.

4.Minat saya lebih kepada analisis keputusan akhir nanti tentang jumlah kehadiran pengundi, peratusan pengundi mengikut kaum,lebihan majoriti, kecenderungan pengundi Cina dan Melayu pada PR dan BN.Ini semua adalah kayu pengukur bagi PRU 14 nanti.Kita semua tahu Kajang adalah kubu muat PKR.

5.Kita akan hormati apa juga keputusan PRK ini dan move on dan menghormati demokrasi dengan lebih terbuka.

Terima kasih.

nurternak said...

Salam Dato',
tak payah cerita panjanglah. Mai sendiri kawasan saya di Bandar Baharu (satu kawasan ADUN) selatan Kedah. apa ada? Disini hanya ada satu Bank HLB (Bank Agro tak masuk list sebab jarang orang nak pergi bank tu). Lihat sebelah kawasan 'tersorot' skit sebelah pendalaman iaitu Selama, Perak ada Maybank dan bank-bank lain. Sebelah Penang (Sungai Bakap dan Nibong Tebal) dan Kerian, Perak (Parit Buntar) tak payah ceritalah. Memang dah jauh ke depan.

Bekas Mamak Menteri 'memerintah' 4 atau 5 penggal disini. What we got here? Jalan utama sebatang je. Ura-ura kawasan perusahaan kecil tinggal impian je. Hospital entah bila nak dibina.

So, actually, i do not care whether it is a 'cult politics' or not.

Kajang tu tempat saya 'bertapak' dahulu. lihat kawasan sekitar sudah.

poster ke tak de poster pemimpin ka apa saya peduli. apa yg penting kemajuan kawasan yang tak kunjung tiba.

Di Kedah ni setakat slogan je la. pembangkang ka atau tak membangkang, cakap aja banyak. plan bukan main hebat lagi. itu la. ini la.

RD. said...

Saudara Urang Awak.

Dato KadirJasin menulis mengenai 'Cult Politic'.. Oleh yang demikian saya bercerita mengenai poster yang mempaparkan gambar-besar ahli politik yang seolah-olah di puja sebagai keramat, untuk menang piliharaya.

Terima kasih kerana memberi tahu mengenai banner menyeru orang Islam datang ke Masjid, membaca Yassin dan solat hajat untuk memenangkan calon BN, Kamalanathan. Nampak gayanya Tuhan telah makbulkan permohonan mereka.

Pada pendapat saya, tiada masalah untuk mendoakan kemenangan bukan Islam ‘sederhana’ seperti Kamal. Kalau kita doakan kesejahteraan haiwan di hutan pun, bukan sesuatu yang tidak baik.
Apa yang hairan, selalunya dikampung saya, mereka akan baca Yassin bila ada orang mati atau hampir-hampir nanti mati. Mungkin ada yang tak faham apa yang mereka ‘baca’.
Patutla Saudara sindir: “Hahahah... kesian !!”

Saya sebenarnya tidak setuju sama-sekali, rumah ibadat agama apa pun, di gunakan ahli politik untuk mencari pengaruh. Ini amat bahaya sekali. Sepatutnya, ahli politik diharamkan dari memberi ceramah di dalam atau diluar perkarangan Rumah Ibadat. Titah Tuanku Sultan Selangor amat jelas, tetapi masih ada yang engkar.

DAP sangat memuja cara PAP Singapura memerintah negara. Saya harap, bila Pakatan dapat memerintah Negara, mereka akan mencontohi PAP yang mengharamkan party politik berteraskan agama. Itu pun, kalau boleh la.

Anonymous said...

Wanna bet? The local media would press on the reduced turnout saying that people are sick of PKR & hence refused to vote.......Hehehehe

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

1. Seperti dijangka PKR menang dalam PRK Kajang. - Peratus turun mengundi berkurangan (72%)- Majoriti kurang (lebih kurang 5369). Majoriti merosot dikatakan kerana peratusan keluar mengundi terutamanya di kalangan etnik Cina kurang.

2. Analisa pra keputusan PRK Kajang oleh beberapa orang tokoh akademik yang dikendalikan oleh Astro Awani berjalan dengan lancar dan sangat professional. Inilah yang diharapkan oleh pendengar sebenarnya. Seimbang/tidak berat sebelah.

3. Mengapakah pendekatan yang diambil oleh Astro Awani sangat jauh tersasar dengan yang dikendalikan oleh RTM/TV3/Utusan? Benarkah adanya kacau ganggu oleh pemerintah yang melampau atau individu-individu yang terlibat dalam program RTM/TV3/Utusan lebih sudu dari garpu?

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Wan Azizah sah menang.Chew Mei Fun tewas.

Yang jelas Cina sebilangan besarnya tolak BN.Bukan semua.

Melayu pun serupa nampak gaya ambil pendirian yang serupa macam Cina.

Apa masaalahnya.

Dalaman UMNO dan dalaman komponen BN.

Ini adalah penyakit dalam UMNO sejak menang besar dulu.Kemudian terbawa sampai bila tumbang.

Pemasaran politik UMNO sudah menurun .Baranagn UMNO sudah dapat disaingi oleh barangan politik lain.

Jurujual selaku pegawai pemasaran yang juga pemimpin UMNO asyik buat harta dan kekayaan.Terutama yang diatas.

Mereka lupa atau tak ambil kisah bila jadi pemimpin yang terpaksa dibeli dengan harga yang mahal dengan politik wang untuk jadi jurujual produk UMNO.

Jurujual UMNO tak jaga pelanggan setia selama ini.

Produk politik lain pun ada macam-macam promosi.Jurujual nya hebat dan cekap.

Tak heranlah kalau UMNO/BN terus terima musibah.

Ada lagi isu Menteri,EXCO dan lain lain berebut rezeki dengan rakyat.
Guna proksi masing-masing.Tender tertutup.Tutuplah rezeki rakyat.

Terima kasih Dato.

Saji said...

Sdr Lahuma

"Macam di Kedah.Slogan BN menang Kedah senang.Rhetorik saja.Bila BN menang yang senang suku sakat atau orang ada jawatan dalam jawatan kerajaan UMNO/BN.

Katanya ramai kontraktor Melayu susah cari makan.

Inilah yang dikatakan agihan rezeki yang tak adil.Rakyat menyumpah.


Nampaknya UMNO/BN belum serik lagi."



Kenapa kontarktor Cina, India, Indon dan Bangla tak susah cari makan?

Kerana mereka cari makan sebagai sub-kontraktor?

Kerana kontrak Kerajaan yang diberikan kepada kontraktor kroni UMNO/BN (si ali) diali-babakan kepada kontraktor Cina ( si baba), yang mana si baba atas dasar kronisme Cinanya mereka agih2kan kerja2 subkontrak kepada sub-kontraktor Cina atau India atau Indon atau Bngla mengikut kemampun masing2 dari segi pengalaman, modal, harga kompititif dan boleh dipercayai?


SAJI

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

BN nampaknya mengaku yang BN masih tak mampu untuk bertanding satu lawan satu dengan PKR. Jika Anwar yang bertanding mungkin lebih besar majoriti yang mereka perolehi(PR).

Tetapi jika MCA tidak beria ia mahukan kerusi itu, mungkin ceritanya berubah, kerana UMNO ada ilham yang boleh diguna pakai untuk menarik Melayu atas pagar turun mengundi dan sedikit kaum Cina yang masih setia dan kaum India juga akan turut bersama.Tetapi sayang ketua kita tak setegas Tun Mahathir.

Suffian said...

Dato....ramai antara kita hatta yg bijak pandai sekalipun gagal memahami maksud kezaliman / dizalimi. Anwar Ibrahim adalah satu watak yg dizalimi , menjangkakan si dizalimi tidak berbuat sesuatu bagi menuntut keadilan adalah satu jangkaan yg bodoh.
Bagi saya mudah , sesiapa yg mendokong kezaliman ke atas Anwar, tidak punya wibawa lagi untuk memimpin. Sesiapa yg rasuah dan mendokong rasuah juga tidak boleh memimpin.
Poster Wan Azizah menadah tangan tersebut adalah manifestasi kezaliman keatas keluarga beliau.
Saya pernah menyokong umno suatu masa dahulu....namun PAS berjaya " draw the line " bila berpolitik , umno sebaliknya akan buat apa saja asalkan matlamat politik tercapai. Mana mungkin kita menaruh percaya kita kepada pihak yg tidak punye had & batas dalam bidang mereka.

Saji said...

Salam Dakj,

Nah UMNO, yang kamu kejar (pengundi Cina) tak dapat, yang kamu kendong (pengundi Melayu) tercicir.

Teruskan jika tak rasa penat!

SAJI

Kampong man said...

Salam Saji,

Ucapan tahniah pada Wan Azizah kerana berjaya di Kajang dengan kemenangan yang telah diramal .Teruskan mempercayai PKR anda dan teruskan memilih Wan Azizah sebagai MB Selangor baru menggantikan Khalid.Mungkin ini satu resipi kemenangan PR di PRU 14 dari Kajang ke Putrajaya nanti.Manalah tahu.

Teruskan perjuangan PR mu tanpa rasa penat !

shamal66 said...

Salam dakj...senang ckp rakyat tak terima kepimpinan Najib dgn program yg nampak membazir dan membeli rakyat dgn duit..cyber trooper pakatan mantap, manakala BN masih guna teknik lama, yg membosankan..minda rakyat da cendrong sokong nuar brahim..sebab minda rakyat da di racuni sejak era paklah lagi,....Najib hanya syok sendiri..ikut telunjuk ngo pro pakatan dan pakatan sendiri, dgn mansuhkan Akta penting Rating Najib menjunam ke 30% .....Pru14 Najib akan ganti temapt nuar brahim..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).