A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
KEMATIAN ahli politik veteran pembangkang Karpal Singh a/l Ram Singh hari ini mengosongkan ruang yang luas dalam landskap politik negara.
Pengerusi Nasional DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Karpal Singh 1940-2014 |
Turut merasakan kekosongan adalah masyarakat guaman yang nampaknya semakin hari semakin ketandusan pengamal yang gigih, berkaliber dan kontroversial seperti Karpal.
Sejarah akan menilai dan memberi kata putus yang sama kontroversial dengan tindak-tanduk beliau yang secara mutakhir dan terang-terangan mencampuradukkan kerjaya guaman dengan politik.
Walaupun beliau seorang peguam jenayah yang hebat – yang berjaya menyelamatkan ramai penjenayah berat daripada tali gantung – namun umum akan mengingati beliau sebagai peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama pada tahun 1998.
Karpal berubah daripada menjadi musuh ketat Anwar ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan kepada pembela dan pengikut sehinggalah ke penghujung hayatnya.
Dalam perhubungan simbiotik dengan Anwar itu, mendiang Karpal memanifestasikan secara jelas dan mutakhir bahawa tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Yang kekal adalah kepentingan bersama.
Walaupun jawatan Pengerusi Nasional adalah jawatan “figurehead” dalam DAP, tetapi kerana perwatakan beliau dan hakikat beliau bukan Cina telah memberikan beliau kuasa dan kedudukan yang istimewa.
Dalam hierarki DAP, jawatan yang berkuasa adalah Setiausaha Agung yang disandang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang Hukum Hudud yang diilhamkan oleh PAS.
Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan Hudud.
Beliau meninggal di saat-saat PAS, melalui Kerajaan PAS Kelantan, sedang menghidupkan semula aspirasi Hudud dan khabarnya akan mendapat sokongan Umno.
38 comments:
Salam Dakj,
Ada mulut jangan selalu celupar sangat suruh orang langkah mayat dia dulu jika kemauhannya tidak diikuti. Lebih2 lagi mengenai Hukum Allah. Sekarang dah jadi mayat. Saya rasa, tentangan kuat mending Karpal terhadap pelaksanaan Hukum Hudud bukan sangat kerana Hukum Hudud dianggap babarik, tetapi peguam yang cari makan kes2 jenayah boleh tutup bisnes.
SAJI
Dato AKJ,
History will remember him inter alia the following:
1. Over my death body."...on hudud
2. Jaundiced principles...Mahathir cleared him of liwat and thefore it is my job to exposed him....on Anwar liwat sexual preference when asked why he defended Anwar now when he champining Azizan on Liwat 1...
3. Anwar harus bertaubat...on frog crossing MPs promoted by Anwar.
Rest in peace Tiger of Jelutong. Politics will never be same without you. Condolence to the family. This is the best time to reflect. We are only borrowing time at God's pleasure.
Salam Tok..
Sebagai seorang yang berperinsip, Kehebatan dan ketegasan Karpal Singh Diakui olih kawan dan lawan..
Walau pun Hukum Hudud menjadi antara aginda PAS yang utama tapi sebagai kawan dalam gabungan PR.. penentangan Karpal Singh terhadap hukum tersebut tetap tegas.
Selepas ini adakah Hukum Hudud akan dilaksanakan dengan mudah tanpa halangan..
Ingat DAP dan MCA dua parti dari kumpulan yang bertentangan PR dan BN.. jelas membantah perlaksaan Hudud..
Siapa yang akan terperangkap..
T kasih Tok..
Salam Datuk,
1. Bila individu berlagak mengatasi kuasa Tuhan, balasan nya amat dahsyat. Ramai tokoh-tokoh terkenal dunia mati dengan cara terlalu aib dan terseksa.... Sharon dan Karpal sebagai satu contoh terakru. Kenapa mereka mencampuri politik dan urusan Islam ? Apa tujuan ?
2. Ada lagi tokoh-tokoh yang begitu sombong dan angkuh ! Mereka lupa, nafas yang keluar masuk lubang hidung, mulut adalah milik Allah. Riak dan takbur memang milik syaitan. Berpolitik untuk menyatukan masyarakat dan memberi khidmat pembangunan sejajar tuntutan Allah SWT. Jika ini di abai demi menjahanamkan nusa dan bangsa, ketahui lah, balasan Allah amat pedih. Apa lagi memakan dan memiliki harta dan wang yang bukan hak atas suaka politik. Azab Allah di dunia dan akhirat tidak akan terlepas.
3. Saya tidak bersimpati kepada Karpal. Beliau memusuhi orang-orang Melayu dan Islam. Sekarang siapa yang melangkah mayat nya ? Hukum hudud yang di sanggah nya berhabis-habisan kini kena tepat pada nya. Adakah beliau faham ? LKS pernah pertikaikan khutbat jumaat bersandarkan firman dan ayat Allwh. Siapa beliau ini ? Sebelum ini, Kalimah Allah yang di liberalisasikan oleh DSAI... Kenapa di carca-marbakan Islam ? Kini anak-anak melayu sudah ramai yang murtad secara terang-terangan. Siapa yang menjadi mentor di atas kemusyrikan ini ? Betapa besar dosa nya.
Politik tidak boleh di amal secara membabi buta. Jika jemaah terlibat, doa yang ampuh dari kalangan jemaah akan di makbulkan jua....masih ada empat lagi...
Salam dato,
Takziah kepada keluarga mendiang.
Saya masih yakin politik dapat menyatukan manusia pada satu masa disatu zaman disebuah negara.
Begitu juga ahli ahli politik bolih menyatukan penduduk pada satu masa, satu zaman dan disatu tempat.
TETAPI dimasa ini,dizaman ini,dan dinegara in politicians divide rather than unite peoples.
Mendiang adalah seorang daripada mereka.
BEGITU juga dengan ugama dan ahli ahli ugama (ilmuan ugama), masih bersifat dividers rather than unifiers..
Ekonomi sahaja tidak pernah dan tidak akan bolih menyatukan manusia disemua masa,disemua zaman dan dimana mana pun,termasuk dinegara ini.
Economic pursue and achievements are individualistic rather than community based, and divides peoples further.
Abu Bakar Ab Rahman
RIP Mr. Karpal Singh. Di alam sana beliau akan mengetahui kewujudan ALLAH SWT dan akan menyesali perkataan `langkah mayat saya dulu` menghalangi tegaknya hukum ALLAH SWT di bumi ini.
Anyway, Malaysia has lost a towering lawyer and politician.
Salam Dato,
Wasiat nya perlulah dihormati. Mayat nya kena langkah.
Saji...pls grow up...dato' pls inform your reader who sent a letter to the state government of Kelantan in1993 asking them not to proceed with hudud...I'm not afraid of hudud....I did not get contracts making money for doing nothing....
Sad.
You stood your ground Mr Karpal.
RIP.
Malaysian political scene will never be the same without you Sir.
Condolence to the family.
Dato' pastikah ahli-ahli parlimen umno spt kj akan mengundi setuju hudud dilaksanakan jika dibentang dlm parlimen?
Selepas ini di dalam umno akan ternampak dng jelas mana yg sokong mana yg tidak sokong hudud.
Semua ahli parlimen pas sendiri belum tentu menyokong hudud - pas juga terbahagi kpd puak ulama dan puak anwarinas !!!!
Dato'
Majlis Fatwa melarang orang Islam mengucap RIP atau rest in peace kepada Karpal Singh. Alasannya adalah ini amalan orang kristian.
Bagaimana dengan ucapan good morning, good night, good bye, hello kerana ini juga adalah amalan orang kristian.
Sampai begitu sekali.....
Saya ingin tahu juga macamana fatwa amalan bomoh dalam masyarakat.
Macamana fatwa berkenaan dengan hidangan arak dalam kapalterbang nasional MAS.
Yang paling baru adalah masalah berselawat kepada Nabi kerana kata seorang Ulamak berselawat beramai-ramai adalah pemujaan. Pemujaan adalah syirik dan dosa besar yang tidak boleh diampun.
Yang manakah lebih afdhal atau lebih baik dilakukan orang Islam, adakah berselawat beramai umpamanya di Putrajaya yang mendapat bantahan atau pergi melihat lumba kereta Formula 1 di Sepang yang tidak ada bantahan daripada ulama.
Perkara-perkara ini yang lebih memerlukan fatwa.
Timbang tara aka din melaka
tak perlu lah nak bermain dengan kata kata.
sudah tentu idola awak yb permatang pauh dengan di dalangi oleh chauvanist dap akan bermain kata kata agar pas melupakan hasrat melaksanakan hukum hudud...
dan seperti dalam skrip drama anwar ibrahim maka pelbagai lagi drama dalam drama akan di lakonkan.
akhir nya pengundi kena lambung hidup hidup
Salam Dato.
Sy sabenarnya kurang berminat nak berkata2 mahu pun menyebut nama manusia ini.
Bagi golongan yg anti-Melayu dan anti-Islam terutama Dap..dia dikira cukup hebat.
Bagi sy...kehebatan dia cuma kerana dia melihat peluang keemasan dan bersama Dap mengambil kesempatan dari kebaikan serta kelembutan org2 Melayu terutama Pemimpin Umno.
Ianya bermula dari GE12 dan GE13...dgn pertolongan dan strategi yg disusun bersama olih bekas banduan bernama Anwar.
Dia seorg 'opportunist' dan bersama Anwar menangguk diair keroh bila mana Melayu berpecah teruk sehingga terjadi 'perkahwinan' paling jelek lagi huduh antara Kafir yg terang2 anti-Melayu dgn Melayu Islam dari Pkr dan Pas...untuk memudah cara nak menjatuhkan Pemerintahan yg didokong olih majoriti org Melayu Islam dlm BN..
Tidak dinafikan sebagai lawyer dia memang handal..sehingga mndpt gelaran 'tiger'.... dan kehandalan itu diguna secara maksimum bila mana sbgai ahli politik bersama Dap dia mempersoalkan segala apa yg telah didlm Perlembagaan mengenai Ugama Islam sbgai Ugama Rasmi..hak2 Melayu...kuasa Raja2 Melayu...dan apa saja yg dia kira mengutungkan Melayu.. dsb.
Tetapi yg paling terang adalah mengenai Hukum Hudud yg ditentang hebat hingga dgn bongkak mencabar teman yg dia 'kahwin' melangkah mayatnya dulu....jika mahu laksanakan Hudud.
Dia begitu konsisten hingga lah kesaat kematian...(hah inilah masanya 'teman kahwin' Pas) langkah mayatnya sabelum dibakar atau ditanam..ada 3 hari lagi.
Sy kira dia langsung tidak menghormati perasaan org Melayu Islam walau pun berjaya dgn kerjaya nya sbgai seorg lawyer dan ahli politik diMalaysia ini walau pun ramai pelanggan nya juga adalah Melayu.
Kita lihat...bilamana ahli Dap yg mempersoalkan perkara2 mengenai perundangan Islam selain hukum Hudud saperti.......isu2 Kalimah Allah....Murtad....Lgbt
...Azan...Perayaan Maulidur Rasul...dll...dia berdiam diri dan adakala menyokong.
Sebagai org lama dan org kuat Dap....dia cukup tahu...bahawa dgn Melayu dia tak perlu bimbang..risau atau takut...sebab undang2 ada untuk dia berlindung.....hingga Raja Melayu pun disanggahnya.
Apa pun bagi sy dia cuma hebat sebab org Melayu bodoh berpolitik dan juga bendul kerana menerima 'teman' saperti
saperti dia sebagai sekutu.
Sebagai seorg Melayu Islam...segala apa yg dia lakukan semasa hidupnya dgn mengugat dan mempersoalkan apa yg telah pun di persetujui mengenai Ugama Islam dan Hal2 berkaitan org Melayu...sedangkan dia lebih arif pasal perundangan..sy kira dia melampau dan dia telah 'cross the line'.
Sy bertanya....
Apa salah dan dosanya org Melayu Islam sbgai Pemerintah pd dia atau pun pd Dap atau pd mana2 org yg bukan Islam yg membolihkan mereka bersikap begitu anti-Melayu atau anti-Islam?
Sy kira kematian dia adalah kerja Allah belaka pd musuh Islam.
Ini pandangan peribadi sy sebagai org Melayu Islam yg cukup 'fed-up' dgn individu atau mana2 bangsa bukan Melayu yg tanpa bersebab.... bersikap anti-Melayu satelah semua yg mereka mahu di bumi ini mereka perolihi.
Karpal termasuk.
Terima kasih
Datuk AKJ,
Mendiang menolak hudud kerana semasa hayatnya diketahui bukan Islam.
Orang Islam dan yang diketahui Islam mereka tidak boleh tolak hudud dengan sebarang alasan atau helah .
Dato.
Malaysia hilang seoarang politikus yang lantang dan tolak segala dasar Islam.
Anawar Ibrahim juga akan turut hilang peguambelanya dan kes liwat.Beliau dilihat sebagai pe guam dalam dua muka.Masa Anwar dalam UMNO dia lah orang yang pertama londeh Anwar dengan isu liwat selain Mat Sabu.
Kemudian dia U turn bila Anwar ada diluar UMNO.Ini bukan prinsip.Ini adalah munafik.
Ketidaan Karpal politik Malaysia masih tidak berubah.BN/UMNO jangan ingat aliran pemikiran rakyat berubah.Mereka akan tolak BN/UMNO kerana dasar-dasar UMNO yang masih ditakok lama seperti rasuah,amanah,kroni dan agihan ekonomi yang belum nampak adil.Ramai kontraktor Melayu sendiri pun hidup tertekan kerana dasar agihan projek yang tak adil.
Pilihanraya Kecil Parlimen Karpal tetap akan dimenangi oleh DAP juga.
Cuma Pas sekarang ini buatlah apa dia perjuangan nya yang asal.
Tak perlu lagi mengharap belas kasihan PKR atau DAP atau UMNO.
Terima kasih Dato.
Salam Datuk,
"Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan Hudud."
Indeed itulah yang terus meloncat ke minda apabila mendapat berita ini.
Walau bagaimanapun tetap kita ucap takziah kepada yang bersedih. Semoga mereka yang ditinggal mendapat hidayah Allah SWT jua mudahan-mudahan.
Teramat rugilah bagi mereka yang memerangi Allah SWT.
Terima kasih
Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang Hukum Hudud yang diilhamkan oleh PAS.
Salam pagi jumaat Dato,
Hukum hudud dan qisas bukanlah ilham dan rekaan dari PAS, ia adalah hukum yang telah dietapkan oleh Allah SWT melalui wahyu yang termaktub dalam AlQuran dan Hadith sebagaimana yang diriwayatkan secara sahih.
Harap dapat Dato perjelaskan kenyataan/perenggan diatas.
wassalam
Salam Dato’ Kadir.
Pertamanya, saya cukup pelik org yg mengaku terlebih Islam kata kafir yg mati sebagai shuhadah dan nak sedekahkan AL Fatihah. Kalau macam inilah standardnya, patutlah macam-macam fatewa merapu dikeluarkan. Memalukan Islam je !!!!! Izinkan saya mengingatkan fatwa mendoakan orang kafir.
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu:
Hukum berdoa untuk orang kafir
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Mendoakan Orang Kafir. Mesyuarat memutuskan bahawa haram ke atas seseorang muslim yang dengan sengaja berdoa dengan kebaikan seperti berdoa untuk diberi keampunan atau diberi rahmat atau dipanjang umur kepada orang yang bukan berugama Islam kecuali untuk diberi taufiq dan hidayah kepada memeluk agama Islam.
Akhir kata, janji Allah adalah benar. makanya, ingin saya mengingatkan firman Allah dlm surah Al mumtahanah ayat 13 iaitu Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur. Sekian TQ.
Dengan izin dan mohon maaf kepada orang tua, sifu saya.
Dengan keadaan Islam dan orang Islam yang makin berpecah dan keliru ditambah pula dengan kalimah "Allah" sudah boleh digunakan oleh orang bukan Islam (kafir) asalkan bukan untuk berdakwah di kalangan orang Islam, saya tidak pelik langsung kalau ada pendebat blog Datuk yang mendoakan orang kafir.
Ada ulama kata, haram mendoakan orang kafir.
Tapi kalau yang berdoa guna nama Allah itu orang Kristian, saya tidak hairan sebab mereka sudah boleh guna kalimah Allah.
Maka amatlah penting orang Islam faham beza antara Allah yang satu yang kita sembah dengan "Allah" kristian yang ada tiga wajah atau lepas ini "Allah" Hindu yang berjuta-juta ramainya.
Berkenaan mendiang Karpal, saya tolak ideologi parti beliau tapi saya amat kagum dengan kehebatan beliau sebagai peguam jenayah (criminal lawyer) dan sebagai ahli politik yang sepanjang kita tahu, bersih dan tidak korup. Dalam dunia politik nasional yang penuh persepsi negatif malah terbukti korup, politikus yang komited dan bersih tanpa mengira parti, agama atau bangsa amat disanjung dan dihargai.
Salaam
Salam DAKJ
Takziah untuk keluarga mendiang Karpal Singh. Perginya ketika hukum hudud sedang dalam peringkat baru pelaksanaannya. Tanpa perlu pindaan Perlembagaan sebagaimana yang difahami sebelum ini, hukum hudud akan diundang-undangkan melalui saluran lain. Sejak beberapa tahun langkah ini tersekat kerana tidak mendapat respon wajar daripada pucuk pimpinan negeri Kedah dan Kelantan ketika di bawah pemerintahan PAS. Dengan MB Kelantan yang baru, nampaknya beliau lebih memahami dan menerima cadangan penyelesaian yang ada. Tahniah untuk kumpulan peguan, kalangan UMNO dan ahli PAS, yang mencetuskan usaha ini. Tanpa Karpal Singh, mungkin usaha ini kurang mendapat halangan dan dipermudahkanNya. Sokongan majoriti mudah di Parlimen sudah cukup untuk menegakkan cita-cita sebahagian besar umat Islam yang merasakan perlunya hukum hudud terlaksana. Segala kelemahan yang ada bolehlah diperbaiki bersama-sama. Undang-undang sivil yang diguna pakai selama ini pun penuh dengan perlbagai kelemahan serta kekurangan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Hukum hudud juga memerlukan pembaikan berterusan dan untuk itu, harus mendapatkan titik mula. Anwar Ibrahim pun pasti menyokong undang-undang berkenaan sekiranya dibentangkan di Parlimen jika dia lebih mengutamakan Islam daripada politik partinya.
alam Takzim DAKJ,
Sudara ab,
Nabi Mohammad perah bersabda yang maksudnya: "Kauam Yahudi berpechan kepada 72 golongan, dan umat islam (di akhir zaman) berpecaha kepada 73 golongan dan semuanya sesat melainkan SATU golongan sahaja yang benar dan lurus.
Berdasarkan Sabda Nabi itu kita pilih lah yang mana satu.
Mudah mudahan kita mendapat petunjuk yang betul !!
AMIN !!
Dato',
Saya amat sangat kecewa dengan segelintir orang kita yang suka memperbesarkan hal kecil-kecil seperti mengucapkan RIP kepada orang kafir yang dah mati, mengucapkan hello, good morning dsbnya seolah-olah ia akan mengubah aqidah.
Tapi, dosa yang jelas dan besar seperti percaya bomoh, tidak tutup aurat, rasuah, salahguna kuasa, kita buat-buat tak nampak dan takut hendak kita bangkitkan malah menyokong pula.
Apa hal?
Iman yang kukuh, insyaAllah tidak akan goncang. Iman yang kukuh datang dari jiwa yang lapang.
Kematian Karpal Singh meninggalkan DAP dengan cabaran yang semakin sukar untuk mengolah imejnya sebagai parti politik semua kaum. Sehingga kini pun DAP masih lagi dipersepsikan sebagai parti kaum Cina sebagaimana PAS sebagai parti kaum Melayu.
Mungkin sukar untuk membutirkan secara adil jasa Karpal Singh kepada politik tanahair, namun apa yang pasti beliau telah memahat namanya sebgai antara peguam hebat dan ahli parlimen hingga ke akhir hayatnya.
Salam dato,
Khabarnya mendiang akan mendapat `state funeral' status.
Apa sumbangan peribadi dia keatas kemajuan dan pembangunan Pulau Pinang?.
Ada sesiap bolih senarai contribution dia kepada negeri Pulau Pinang.
Ada kah anti-islam itu diterima sebagai his biggest contribution disana?
Who decide on this? CM,SUK,Governor???
Abu Bakar Ab Rahman
repost...
Salam dato,
Khabarnya mendiang akan mendapat `state funera' status’
Apa sumbangan peribadi dia keatas kemajuan dan pembangunan Pulau Pinang?.
Ada sesiapa bolih senarai contribution dia kepada negeri Pulau Pinang.
Adakah anti-islam itu diterima sebagai his biggest contribution disana?
Who decides on this? CM,SUK,Governor?.
Abu Bakar Ab Rahman
salam DAKJ
siapakah rakyat malaysia yang tindakannya,kata-katanya dan perjuangannya jelas dan nyata menentang malaysia menjadi negara islam?
kelemahan orang islam yang nyata adalah masih menjadikan teman rapat/sekutu/pakat kepada orang/kumpulan/negara dari kalangan mereka.sedangkan Allah melarangnya.
pesanan/ingatan dari ALLAH itu benar ia sangat baik untuk kesejateraan kita sendiri.
marilah kita ikut pesanan Allah itu untuk kebaikan kita dunia dan akhirat.
Dato’
Berkenaan dengan hukum hudud,
Di Iran, negara bermazhab Syiah, hukum hudud dijalankan. Hukuman hudud dilaksanakan di khalayak ramai.
Dalam kejadian semalam seorang ibu kepada mangsa pembunuhan mendapat penghormatan ramai orang Islam dan bukan Islam kerana pada saat akhir semasa tali gantung diikat kepada leher pembunuh, si ibu telah pergi ke pembunuh dan menamparnya dan memaafkannya.
Tindakannya yang sanggup memaafkan kesalahan pembunuh itu telah menyebabkan ramai yang terpegun dan terharu.
Bagi saya, yang penting kita sebagai seorang Islam, perlu ada sifat ehsan terhadap manusia, kepada sesama Islam dan bukan Islam.
Boleh rujuk link dibawah untuk berita lebih penuh.
http://edition.cnn.com/video/data/2.0/video/world/2014/04/17/ctw-iran-photographs-execution.cnn.html
Berkenaan dengan Karpal Singh.
Pada pandangan saya, kita di Malaysia ada perlembagaan.
Perlembagaan adalah penting kerana ianya adalah undang-undang yang memberi perlindungan dan hak kepada semua warganegara Malaysia, bukan sahaja bumiputra atau bukan bumiputra tetapi kepada semua.
Sebagai seorang ahli politik, Karpal sangat arif dalam soal perlembagaan dan undang-undang dan selalu bersuara dengan berani supaya hak rakyat berlandaskan perlembagaan dipertahankan.
Walaupun ramai yang kata ianya lebih banyak memperjuangkan golongan bukan bumi tetapi sebenarnya semua rakyat ada mendapat manfaatnya.
Setakat ini, kalau kita hendak mencari orang arif dalam perlembagaan dan undang-undang dan berani bersuara dan mempertahankan hak rakyat tidak ramai bilangannya.
Karpal Singh, bersedialah untuk bertekak, debat dan berfakta dengan Mungkar dan Nakir!
Whichever way, you loose and already lost!
Din melaka....vAnwar orang yg paling gembira kerana sebagai peguam anwar dalam kes saiful dan juga sebagai mp didalam parlimen dgn berani mengatakan anwar adalah peliwat..pada tahun 1997 lagi.
Kini. Segala rahsia anwar di bawa bersama nya.. Dan itulah yg di nanti kan anwar kerana tanpa perlu berbuat apa apa
Kalau tuhan hendak mematikan karpal, ade lh lebih umphh!!! Tuhan mengeraskan lidah nye dn menjelir panjang ketika dia bercakap menolak hudud. Atau dia d panah petir dn terbakar hangus ketika dia menghina islam. Bukankah mati secara begitu lebih dapat r lihat olih ramai org akibat menentang hukum allah. Bukankh mati accident perkara biasa yg boih berlaku pd sesiapa saje x kira org itu mengucap 2 kalimah shahadah atau org yg menyembah topekkong atau ustazd atau perompak atau kanak2 yg suci bersih. Kita ni jgnlh jadi biul atau bodoh merakap dlm urusan akidah. Janganlh kita ni sibuk menduga2 kerja tuhan. Maha suci tuhan dari apa yg kamu sangkakan.
Dato.
Secara positifnya dengan ketiadaan tokoh macam Karpal Singh ini ialah dimana tak ada lagi cabaran pada orang Melayu.
Karpal Singh lah satu-satunya yang berani meniup trompet pada telinga orang Melayu atas dasar Malaysia Malaysian.
Kalau tidak lagi teruk Malayu lena dengan segala keselesaan.
Selepas ini siapa pula yang berani mehiup terompet pada telinga Melayu.
Adakah Lim Lit Siang atau anaknya Lim Guan Eng.
DAP akan terus menjadi darah daging parti ala Cina diMalaysia.
MCA dan Gerakan akan ada badan tanpa nyawa sebenar.
UMNO dan Pas masih bertokak.
Nyawa Pas ada pada PKR dan Dap.
UMNO sudah hilang nayawa dari MCA,MIC dan Gerakan.
Karpal Singh beruntung kerana meninggal di Era DAP perintah Pulau Pinang.Bertuab badan.
Nak kata apa lagi.
Saudara Lahuma,
Komen Saudara,
Secara positifnya dengan ketiadaan tokoh macam Karpal Singh ini ialah dimana tak ada lagi cabaran pada orang Melayu.
Karpal Singh lah satu-satunya yang berani meniup trompet pada telinga orang Melayu atas dasar Malaysia Malaysian.
Komen Saya,
Sebenarnya Tun Dr. Mahathir ada kemukakan dalam Wawasan 2020, "Bangsa Malaysia". Sila rujuk penerangan lanjut Wawasan 2020.
PM kita ada melaungkan 1Malaysia.
Sebenarnya apa beza antara Malaysian Malaysia, Bangsa Malaysia dan 1Malaysia?
Sebagai seorang melayu saya menyokong hak istimewa orang melayu tetapi secara realiti sebenar di kalangan orang melayu ada yang mendapat hak yang lebih istimewa dari orang melayu lain.
Oleh kerana itu, cabaran orang melayu tidak kunjung selesai.
Dato'
A lesser man would have long gone into retirement especially after his last accident that restricted his movements seriously. Every day after that was a struggle but he carried on in life as if nothing had changed.
Salam DAKJ
HUDUD
Bagi mengulas kesan selepas kematian Karpal Singh, pertamanya, penentang keras hukum hudud telah dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail dan sekarang sedang berurusan dgn malaikat Mungkar dan Nakir. Ini adalah perkara ghaib yg tidak diketahui oleh manusia tetapi wajib menjadi akidah umat Islam.
Keduanya, selepas Brunei, perlaksanaan hukum hudud makin cerah di Malaysia. Semalam, Dato’ Seri Jamil Khir sendiri telah memberi persetujuan lisan terhadap hudud PAS hasil dari anggukan orang atasan. Saya sebagai ahli UMNO kampong juga menyokong penuh usaha tersebut jika PAS melakukannya kerana Allah dan bukannya kerana politik.
Ianya boleh dijadikan “pilot study”. Kita akui pada permualaannya, kerajaan Kelantan akan mengalami banyak rintangan tetapi dgn penambahbaikan dari semasa ke semasa, Insyaallah, ianya akan berjaya jika ikhlas kerana Allah.
Tahniah PAS Kelantan. Teruskan usaha anda dan saya percaya anda ikhlas melakukannya kerana Allah. Mudah-mudahan, Allah mempermudahkan dan umat Islam akan menjadi lebih bersatu seterusnya Islam akan menjadi lebih kuat di Malaysia. Salam ikhlas dari hati saya, OKJ. Sekian TQ.
Salam Dato.
Banyak yg terjadi sejak GE12 & GE13 di negara ini..
Karpal memang terlibat secara langsung dan yg paling diingati ramai olih Rakyat Malaysia ialah ungkapan...'over my dead body.. ..if Hudud........"
Betapa besarnya impak kata2 itu...terutama pd 'teman bersekedudukan' bernama PAS.....terkedu dan terpingga2 jadinya puak PAS ini....jadi 'mencalai'; (bahasa Kedah..maksud bengong).
Ingat dah 'kahwin' tentu lah ada peluang kuat nak jatuhkan musuh yg sama iaitu BN..
Tetapi lain jadi nya....heh heh kesian.
Apa pun PAS tetap teruskan 'perkahwinan jelek' ini dan mulalah belit sana sini....Hudud tetap dilagukan bila berkempen bilamana ada peluang saperti PRK...
Ia nya umpama 'lagu Raya' pula saperti kata Ustaz Kazim....wajib dilagukan atau dinyanyikan semasa Pilihanraya sahaja....jika tidak nampak tak 'complete'..
Itulah PAS...belum apa2 lagi 'teman bersekedudukan' dah bagi 'jab' sebiji... kuat pula tu.
Bagi sy banyak yg dpt di pelajari dari episod ini;
# Karpal dan DAP konsistent menentang Hudud.
# Karpal dan DAP langsung tidak menjaga hati kawan dan tidak berminat pula memperbaikinya sekian lama.
# Karpal dan DAP tahu Hudud bukan dari PAS..uanya Hukum Allah bagi org Islam seluruh dunia dan ada berjuta lagi Umat Islam di Malaysia ini selain org PAS....tetapi mereka tetap tak hirau..tak sensitif...tak ambil pusing langsung tentang ini.
# PAS dikira cukup lemah dan tak terlawan dgn tentangan yg keras ini walau pun dari 'teman bersekedudukan'.
# Karpal dan DAP juga tak peduli tentang konsep 'perkahwinan' dan bertolak ansur....malahan lagi keras dan diulang berkali2 menentang apa PAS sekian lama inginkan.
# Berbaik2 dgn org yg anti- Islam mestilah ada hadnya.....perkara2 asas mengenai hukum Islam wajib dituruti dan apa2 tentangan saperti ini perlu dinyahkan awal2 lagi....bukan lagi perlu dilayani...
Mungkin ini kuada Allah untuk kita melihat sikap PAS....dgn Umno dituduh apa saja yg tidak baik dan Umno juga dilabel sebagai Kafir dan anti Hudud...
Tetapi dgn Karpal dan DAP...bisu seribu bahasa.
Bagi sy...sepatutnya....sama ada hidup atau matinya Kapal bukanlah alasan untuk PAS nak teruskan atau nak lupakan Hudud.
Disini Karpal dan DAP tanpa sedari telah menyelak kain yg membaluti PAS...langsung memalukan ketua2 Parti....
PAS tentulah malu....tetapi apakan daya.....nak lawan rak terdaya sebab DAP juga disokong olih Anwar......jadi buat lah 'damage control' sediikit sebanyak dan teruskan saja 'perkahwinan' ini dgn apa2 strategi yg ada dan dipenuhi dgn doa sajalah.
Ini kenyataan...kerana bersana DAP dan PKR....PAS saperti harimau tiada gigi.
Disini kita juga mengenali lebih lanjut sikap Karpal dan DAP yg tak memperdulikan kawan...walau 0un menjadi teman sekutu kerana agenda mereka tetap diutamakan.
Terima kasih.
Dato
Sdr zed
Saya amat setuju pandangan tuan.
Terims kasih Dato.
Sdr okj,
Pas berjuang untuk meletakkan ketetapan Allah sebagai rujukan dan ikutan, bukan setakat hudud saja. Hudud hanya kaedah hukuman yg Allah tetap. Selain itu banyak yang perlu diguna pakai bersumber syariat, seperti dalam ekonomi, pendidikan, siasah, hiburan, moral, media dsb.
Untuk itu, pas memilih untuk berusaha melalui platform politik yang mana dibenarkan dalam perlembagaan.
Lucu la kalau anda kata pas kena buat ikhlas kerana Allah bukan kerana politik. Kalau pas tidak terjun dalam politik, sampai kiamat umno tidak akan laksana Islam dalam apa juga bidang. Buktinya, dah 50 tahun pegang kuasa pun masih meraba2 mencari rujukan dalam dasar2 negara.
Sdr mat penang
Katakan PAS akhirnya berjaya mendapatkan kelulusan Parlimen untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan yang selama ini dihalang oleh UMNObn dan DAP.
Jika sdr orang PAS, apakah Hukum Islam seterusnya yang bakal diperjuangkan oleh PAS selepas Hudud?
SAJI
Post a Comment