A
Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN
KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
BACAAN Tambahan di sini: http://www.thedailybeast.com/articles/2014/09/07/mh370-debris-is-lost-forever-can-the-plane-be-found-without-it.html
BACAAN Tambahan di sini: http://www.thedailybeast.com/articles/2014/09/07/mh370-debris-is-lost-forever-can-the-plane-be-found-without-it.html
MENGIKUT kiraan bulan, hari ini, 8 September 2014, genaplah enam bulan kehilangan tanpa
kesan penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Dalam kiraan
hari, sudah 185 hari.
Pesawat itu sepatutnya terbang dari KLIA ke Beijing tetapi berpatah balik dan teori
umum mengatakan ia “hilang” di kawasan selatan Lautan Hindi. Namun sampai hari ini
tidak ada siapa tahu di mana sebenarnya ia “menghilang” walaupun kelengkapan
mencari paling canggih di dunia telah digunakan bagi mengesannya.
Kapal Belanda, Fugro Survey diupah mencari bangkai MH370 |
Seratus lima belas hari selepas tragedi MH370, penerbangan MH17 pula
ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke
Kuala Lumpur dengan mengorbankan kesemua 283 penumpang dan anak kapal.
Dalam masa tidak sampai empat bulan, MAS dilanda dua tragedi luar biasa
yang meragut 522 nyawa.
Nasib malang MAS tidak berakhir di situ sahaja. Secara teorinya ia sudah
muflis (bankrupt). Ia terus beroperasi hanyalah kerana diselamatkan oleh kerajaan melalui
Khazanah Nasional Berhad.
Dengan itu jadilah tragedi MAS tragedi kita semua. Kita bukan sahaja
menanggung beban emosi dan beban malu, kita juga menanggung beban kewangan
mega.
Untuk menyelamatkan MAS, Khazanah terpaksa membelanjakan RM6 bilion.
Sebelum ini ia sudah pun menenggelamkan RM7 bilion dalam pelbagai operasi
penyusunan semula yang tidak berhasil. Kemampuan Khazanah mengurus perniagaan kini menjadi tanda tanya.
Sejak mengambil balik 100% saham MAS sebulan lalu dan mengumumkan operasi penyelamatan,
Khazanah telah masuk ke pasaran hutang untuk meminjam RM3.1 bilion. Tidak menghairankan kalau banyak lagi perlu dipinjam atau aset dijual.
Mohon maaf, bagi saya MAS
sudah menjadi perigi buta tanpa dasar yang elok ditimbus sahaja dan Khazanah perlu disusun semula..
Al Fatihah dan takziah.
16 comments:
Dato..
Dua hari yang lepas saya menaiki MAS dari KLIA P.Pinang.
Rupa nya sudah ada doa perjalanan discreen tempat duduk.
Baguslah.Sentiasa dan selalu memohon doa dari Allah SWT.
Inilah hikmat disebalik sesuatu ujian dari Allah.Jika tidak manusia dan para pemimpinnya terus besar kepala.
Allah terus menguji kita sehingga kini MH 370 hilang tanpa kubur setalah 185 hari berlalu.
MH 017 pun belum selesai sepenuhnya.
MAS terus dilanda malang.Sudah jatuh ditimpa tangga.Terus malang bila banyak periuk nasi pekerjanya diancam.
Namun ada lagi pemimpin yang tak insaf akan tanggung jawab pada rakyat.
Doa rakyat yang terpinggir dihujung-hujung penghidupan tanpa publisiti dan paparan media.
Angka 57 kita merdeka.Bila sambut 57 ulangtahun merdeka Malaysia diuji musibah besar.Angka 7 terlapit sejarah hitam negara.
Marilah kita terus berdoa agar pencarian dan penemuan MH 370 direstui Allah dan berhasil.
Inilah ingatan dan pesanan pada peneraju negara.
Terima kasih Dato.
Bila konsultan Khazanah umumkan nak buang pekerja MAS seramai 6 ribu org, ia pasti timbulkan kegelisahan dan kegusaran semua pekerja MAS. Dari mane dtg nya figure 6 ribu tu? Berapa pulak dibyar kpd konsultan? Dari raut wajah pramugara/i MAS, ternampak mereka tertekan. Dalam flight tempoh hari, ada anak kapal kurang ceria kerana memikirkan masa depan...
Di pkt awal penubuhan, MAS dapat perhatian dan beberapa keistimewaan dari Kerajaan. CEO MAS begitu komited membangunkan MAS. Tun Razak membawa masuk org2 yg berkelibar utk membangunkan MAS. Sayangnya MAS diketepikan dan dianaktirikan bila pesaing burung merah MAS dapat beberapa keistimewaan. Ini telah menyebabkan MAS terduduk, sdgkan Air Asia terbang bebas sana kemari..
Org2 atas MAS saban tahun melaporkan MAS maju berkembang, penumpang makin ramai, destinasi makin banyak, income bertambah dan seribu laporan yg mengembirakan pemimpin. Pendek kata semuanya bagus belaka. Tetapi cerita untung rugi MAS dilaporkan dlm ringkasan karangan. Kos operasi MAS meningkat mendadak saban tahun sehingga terpaksa jual hartanya. Maka, elok benar kalau PM Najib memikirkan lantik Menteri Idris Jala menerajui semula MAS.
Saya penuh percaya felda juga akan ikut jejak langkah MAS. Minggu sudah CEO felda terbang ke London & balik sekejap. Skrg terbang balik ke London semata2 menemani rombongn Puspanita bersama pegawai2 kanan lain. Kabarnya minggu depan akan terbang lagi ke luar negara. Cerita felda dilaporkan baik2 belaka macam MAS. Skrg felda berhutang dgn kwsp dan kabarnya baru meminjam dgn bank rm1 bilion lebih utk projek baru. PM Najib mesti mengambil tindakan segera ke atas CEO felda kerana lavish yg melampau2.
Isu MAS isu negara. Isu felda isu org Melayu & umno sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Sdr Lahuma,
Doa perjalanan bukan baru. Cuma mungkin tidak diteruskan.
Kalau tak salah bermula zaman MAS dalam tangan swasta. Ada buku kecil dalam poket depan penumpang mengandungi doa perjalanan.
Masa itu juga beberapa buah pesawat 747 dan 777 ada ruang solat.
Pemilik swastanya Muslim - anak guru Quran.
Bila kerajaan ambil balik MAS, tidak semua CEOnya Muslim. Senator Idris Jala Kristian.
Boleh kata semua agama dan kepercayaan ada doa/permintaan apabila melakukan perjalanan.
Sdr Ismail Muda, zaman sebelum pengwastaan (1994), MAS tak buat untung. Yang dikatakan untung itu adalah lebihan (surplus) sebab kerajaan tanggung MAS 100%.
Bila MAS disenaraikan di Bursa Malaysia barulah akaun untung-rugi tulen dibuka dan diaudit oleh juruaudit luar. Sejak itulah keuntungan dan kerugian MAS menjadi maklumat sahih.
Terima kasih.
Ntahlh, rasanya ad pemimpin yg x mau mh370 timbul untuk selamanya. Biar waktu mengadili kes ini dgn izin Allah s w.t 1 hr nanti. InsyaAllah.
Skrg kes mh370 tlh membuka rahsia dlm rahsia. Byk duit kluar, byk duit masyuk skrg. Jdik ibu duit. Hehehe.
Asyikla Ku Seman teori kehilangan MH370-CIA dia dalam mingguan Malaysia..kui3
Datok,
Punca yang sebetulnya adalah masalah pada Khazanah.Bila Mas rugi berkandar,alasannya ialah saingan kuat,kos minyak dan bla bla...Kita jadi mangli dgn kerugian Mas ni.
Betul kata Datuk,rombak Khazanah,barulah keadaan berubah.Mas seolah olah tempat puak puak ini mencedok harta.
Hendak tambah kepada komen Sdr Ismail Muda mengenai kemungkinan timbul kegelisahan dan kegusaran pekerja MAS akibat cadangan Khazanah mengurangkan kakitangan MAS sebanyak 6,000.
Apa pun, mereka tetap bernasib baik berbanding jutaan pekerja harian, penaman padi, peneroka Felda dan nelayan.
Kalau Khazanah benar-benar membelanjakan RM1.6 bilion sebagai pampasan, purata setiap orang daripada 6,000 kakitangan MAS yang akan dibersarasakan itu akan mendapat pampasan RM266,700.
Itu tidak termasuk simpanan wajib seperti EPF.
Yang saya khuatiri ialah kesan keresahan dan kejatuhan semangat (morale) kakitangan MAS ke atas mutu perkhidmatan dan keselamatan. Yang ini kita wajib beringat.
Terima kasih.
SALAM DATO,
KERAJAAN MELALUI KHAZANAH TELAH MEMBUAT YANG TERBAIK UNTUK KAKITANGAN MAS YANG AKAN DIBERHENTIKAN..NASIB MEREKA TERBELA,
KALAU IKUT PERASAAN TUTUP SAHAJA MAS , BUANG SEMUA PEKERJA DAN AMBIL YANG TERBAIK SAHAJA.MEREKA ADALAH SEBAHAGIAN YANG MEMBUAT MAS SAKIT TENAT. SIKIT2 MAU BOYCOTT, MAU JUMPA PM..AWAT MENTERI-MENTERI LAIN BUAT APA..; DEPA TAK BOLEHKAH SELESAI MASALLAH MAS?
TOLONG LAH BAGI SIKIT PANDANGAN ATAU PUN IDEA2 YANG DAPAT MEMBANTU KHAZANAH DALAM PERKARA INI. SIAPA PUN BOLEH KUTUK ITU DAN INI..HASILNYA TIDAK KEMANA.
Tok ... Keajiban ciptaan manusia
Dosa dosa mereka lakukan
Dato' Khazana in the Hindi language means Treasure house or Treasury. Meaning such a place holds untold wealth. But in trying to save MAS our Khazana will go down with it. Best to cut loses and run .
Datuk, Jauh lebih murah jika Kerajaan tawarkan rm100 juta kepada sesiapa yang berjaya menjumpai bangkai MH370. Percayalah, akan ramai pencari sukarela akan mulakan ekspedisi mencari tahun demi tahun.
Dato.
Ada sebuah kilang di kawasan Hitech Kulim iaiitu Siltera yang Khzanah punnya pun telah dijual pada syarikat dari China.
Semasa lalu di kawasan Hitech Kulim dalam perjalanan ke Serdang terdapat banner yang membantah perbuatan Khazanah itu.
Rupa nya banyak ceita hal Khazanah ini.Bukan dgn MAS sahaja.
Terima ksih Dato.
Salam Saudara MOKHTAR.
Terlebih dahulu saya mohon maaf.
Jika mahu orang membaca tulisan Saudara, harap jangan tulis dalam huruf besar. Bila tulis sedemikian, seolah-olah menjerit. Tulisan sedemikian selalu diguna pada bunting atau banner saja. Itu pun pendek dan ringkas.
Selalunya saya tak baca jika ditaip dalam huruf besar.
Walaumacamana pun saya rasa pemberian pampasan secara VSS amat berpatutan/berperikemanusian sekali. Mereka diberi pilihan untuk menerima pampasan atau terus berkerja, tanpa bersungut, walau dimana pun di tugaskan, selepas ini. Tiada curu-tulang, ponteng dan sebagainya.
Dato Kadir anggarkan seorang dapat RM266,700. Saya rasa, tak semua dapat sama-rata. Sudah tentu, yang lama berkerja atau/dan yang berpangkat lebih tinggi akan dapat lebih banyak.
Dengan modal ini, mereka yang hampir nak pencen, boleh ceburkan diri dalam perniagaan.
Lagi pun Air-Asia sudah pun menawarkan perkerjaan kepada mereka yang muda dan berpengalaman.
Khazanah menguruskan Kewangan Negara. Najib adalah boss besar sebagai Menteri Kewangan.(PM pulak tuh). Dia tubuhkan kembar Khazanah dan bagi nama 1MDB.
Nampak gayanya anak-bangsawan sangat boros menggunakan WANG Rakyat.
Saya ingin rujuk kepada respon Dato kepada Sdra Ismail Muda.
MAS adalah sebuah entiti 100% milik kerajaan sebelum tahun 1995 dan prestasi kewangannya telah menunjukkan profit after tax:-
MAS's PAT 1993: RM8mil, 1994: RM263mil, 1995: RM247mil dan 1996; RM333mil. Sebagai sebuah organisasi milik penuh kerajaan yang berdaftar, akaun MAS telah diaudit oleh juruaudit bertauliah mengikut Standard Audit Antarabangsa.
Tidaklah adil bagi menyatakan segala keuntungan yang dilaporkan di atas adalah disebabkan faktor oleh kerana MAS milik penuh kerajaan.
Banyak fakta yang menyebabkan MAS terus rugi, di antara sebabnya adalah midel busines MAS sedia ada sekarang ini tidak lagi efisen dalam industri aviation ketika ini.
Sebagai contoh, data "revenue per employee " ketika ini di antara SIA dan MAS adalah jauh bezanya:
MAS (20 ribu pekerja) mencatatkan RM800 bagi setiap e'yee where as SIA, with 14k e'yee strength has achieved about RM2,000 per e'yee.
Terima kasih.
Pembahas Kawanlama, antara lain, berkata:
"Saya ingin rujuk kepada respon Dato kepada Sdra Ismail Muda.
MAS adalah sebuah entiti 100% milik kerajaan sebelum tahun 1995 dan prestasi kewangannya telah menunjukkan profit after tax:-
MAS's PAT 1993: RM8mil, 1994: RM263mil, 1995: RM247mil dan 1996; RM333mil. Sebagai sebuah organisasi milik penuh kerajaan yang berdaftar, akaun MAS telah diaudit oleh juruaudit bertauliah mengikut Standard Audit Antarabangsa."
Sila ambil maklum, MAS diswastakan pada tahun 1994 hingga 2002. Kecuali setahun, tempoh keuntungan yang sdr sebut itu adalah ketika MAS dalam tangan swasta.
Terima kasih.
It is incorrect to state that 1994 profit was generated during the privatisation as the above profit was for the financial ended 31.03.1994 where the privatisation was in the process of being undertaken.
Post a Comment