Monday, October 13, 2014

Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Khairy Jamaluddin



[KOMEN anonymous dan kesat tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Nama samaran dibenarkan.]

TAJUK berita akhbar The Star pada 11 Oktober berbunyi "Budget boost for Khairy". Dalam bahasa Melayu bolehlah disebut "Anjakan belanjawan untuk Khairy".

The Star memberikan tajuk itu kerana peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dinaikkan daripada RM700 juta tahun ini kepada RM1 bilion tahun hadapan.
Pada hari Ahad 12 Oktober pula, akhbar yang sama menyiarkan tajuk berita "Walk the middle path, urges Khairy" (Khairy gesa ikut jalan tengah). Daripada dua tajuk berita ini, nyata The Star mengakui kedudukan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia.
Ada pembahas blog ini dan peserta Persidangan Kedai Kopi (KKA) yang berpendapat saya penyokong kuat Khairy Jamaluddin.

Gabungan hebat Ketua Pemuda-Menteri Belia
Saya mengakui yang saya ada membuat beberapa ulasan positif mengenai beliau. Itu adalah berasaskan penelitian dan pengamatan saya terhadap gerakan beliau dalam politik Umno dan Kerajaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Tetapi saya tidaklah mengenali beliau secara peribadi kecuali beberapa pertemuan dan perbualan kasual. Sepanjang ingatan saya, kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada tahun 2000 di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Saya ingat peristiwa itu kerana di majlis itulah saya mendengar "khabar angin" mengatakan hari-hari saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NST mungkin sedang dihitung. Kebetulan pada hari itu, Sabtu 8 Januari, akhbar New Straits Times menyiarkan rencana Askiah Adam yang menggunakan istilah "dereliction of duty" (kecuaian tanggungjawab) bagi mengulas satu tindakan kerajaan.

Pemuda Umno Sepanjang Zaman

Sebagai wartawan tua, saya membuat penilaian positif terhadap Khairy berdasarkan pengalaman saya dengan jatuh bangun Ketua-ketua Pemuda Umno sejak zaman Datuk Harun Idris pada akhir 1969.

Mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam politik Umno, pergerakan Pemuda mempunyai kedudukan yang istimewa dan unik. Buat permulaan, ia adalah cabang Umno yang ditanam dengan doktrin dan ideologi melalui pelbagai slogan dan pendekatan - ada yang kental dan banyak juga dangkal.

Boleh dikatakan semua Ketua Pemuda mempunyai slogan masing-masing. Misalnya, Hidup Melayu (ketika Tun Hussein Onn menjadi ketua 1949-50), Merdeka! (Tun Abdul Razak Hussein 1950-51), Pemuda di Barisan Hadapan (Tun Sardon Jubir 1951-64), Pemuda Harapan Bangsa (Senu Abdul Rahman 1964-71), Pemuda Pelopor Pembangunan (Harun Idris 1971-76), Pemuda Kumpulan Halia (Syed Jaafar Albar 1976-77), Pemuda Era Bertindak (Suhaimi Kamarudin 1977-82), Pemuda Penggerak Zaman (Anwar Ibrahim 1982-87), Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih (Mohd Najib Abdul Razak 1987-93), Pemuda Era Motivator dan Penggerak Wawasan (Abdul Rahim Thamby Chik 1993-96) dan Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi (Ahmad Zahid Hamidi (1996-98).

Sejak awal penubuhan Umno lagi, pergerakan Pemuda diberikan tugas menanam semangat kebangsaan yang berteraskan Melayu serta melatih dan menentukan hala tuju kepemimpinan negara.

Kecuali Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah bekas Ketua Pemuda atau giat dalam pergerakan belia seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy Bercita-cita Tinggi

Bagi Khairy, beliau bukan sahaja mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan elit malah beliau juga mempunyai cita-cita tinggi.

Beliau tidak malu-malu kucing untuk menyatakan cita-citanya. Beliau telah dipetik secara meluas sebagai berkata, beliau mahu menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun. Kini beliau berusia 38 tahun.

Kalau diikutkan latar belakang, Khairy bukanlah bahan dunia politik. Beliau bukan daripada latar belakang siasah. Anak tunggal diplomat Melayu dari Negeri Sembilan ini dilahirkan di Kuwait. Ibunya dari Kedah. Beliau bersekolah di Singapura dan masuk universiti di England.

Beliau mempunyai ijazah dari Oxford dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dan sarjana muda teori undang-undang dan politik dari University of London. Pada mulanya beliau berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan sebagai penulis di majalah The Economist dan pengacara TV.

Kalau saya tidak silap, kali pertama saya terserempak dengan Khairy dan kelompok Oxford-Cambridge (Oxbridge) adalah pada awal 1990-an dalam satu bengkel di Putrajaya bagi satu kumpulan penuntut cemerlang universiti tempatan dan luar negara yang digelar Students for Vision 2020.

Penganjur bengkel itu ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Mohammad Noordin Sopiee (26 Disember 1944 - 29 Disember 2005) yang berupa Pengerusi dan Pegawai Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Ada pemerhati melabel Khairy sebagai Anwar 2.0. Saya tidak pasti sedalam dan seakrab mana perhubungan Anwar-Khairy, sekiranya ada. Yang saya tahu, mentor bengkel Students for Vision 2020 adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar dan Tun Daim Zainuddin menjadi mentor bersekutu. Saya turut mengambil bahagian dalam salah satu sesi bengkel itu.

Berdasarkan latar belakang keluarga, pembesaran dan pendidikan , Khairy bukanlah calon semula keahlian Umno. Tetapi itu jugalah ciri yang membuatkan beliau menonjol dalam Umno.

Pada ketika Khairy mengambil keputusan bergerak cergas dalam Umno, memasuki politik apatah lagi politik Umno bukanlah sesuatu yang "fashionable".

Pada waktu itu, ramai anggota generasi muda Melayu lebih taasub mencari kejayaan material dan di kalangan yang berjiwa politik pula, mereka lebih terpengaruh dengan idea-idea kontemporari seperti reformasi.

Sama ada secara kebetulan atau dirancang, Khairy berjaya mendekati Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjadi menentu, pembantu khas dan penolong ketua setiausaha sulit beliau. Krisis Anwar pada 1998 membawa tuah kepada Abdullah, dan turut memanfaatkan Khairy dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, kerana monopoli Khairy dan kelompok Oxbridge serta beberapa kerat usahawan ke atas pentadbiran Abdullah maka beliau turut merasai tempias gerakan menjatuhkan Abdullah pada 2008/2009.

Tindak-tanduk beliau serta “budak-budak tingkat empat” lain dalam politik, pentadbiran, perniagaan dan media massa dikritik keras.

Abdullah jatuh dan digantikan oleh Mohd Najib. Logiknya Khairy tentulah terpelanting sama. Beliau adalah antara anggota kabinet dapur Abdullah yang paling dibenci. Tetapi beliau sekadar menderita tempias sementara.

Mohd Najib Penyelamat Khairy

Kejayaan beliau membebaskan diri daripada Abdullah dan merapati Mohd Najib sehingga diterima sebagai orang kepercayaan membuktikan keupayaan beliau sebagai political survivalist muda.

Mohd Najib perkukuh kedudukan Khairy
Kejatuhan Abdullah tidak membantutkan kerjaya politik Khairy. Pada tahun Abdullah dipaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Khairy menang pertandingan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Hari ini, kedudukan beliau dalam politik Umno boleh disifatkan sebagai unshakable - sukar digoyang. Sebagai Ketua Pemuda serta Menteri Belia dan Sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.

Untuk itu, beliau wajar berterima kasih kepada Mohd Najib kerana melantik beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Saya adalah antara orang yang mahu Khairy diberikan jawatan menteri apabila beliau menang Ketua Pemuda. Tetapi bukan Menteri Belia. Saya mencadangkan Kementerian Luar.

Saya melihat gabungan jawatan Ketua Pemuda dengan Kementerian Belia sebagai memberikan terlalu banyak kuasa dan kelebihan kepada Khairy berbanding barisan kepemimpinan Umno dan kerajaan yang seangkatan dengan beliau.

Sama ada Mohd Najib menyedarinya atau tidak, Khairy kini muncul sebagai orang paling hadapan dalam pewarisan Umno. Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden adalah Khairy.

Sebab itu pada masa lampau, Presiden Umno dan Perdana Menteri amat berhati-hati memberi jawatan dan peranan kepada Ketua Pemuda. Tidak semua Ketua Pemuda diberikan jawatan, apatah lagi jawatan Menteri Belia. Malah Pergerakan Pemuda dianggap begitu berpengaruh sehingga jawatan Menteri Belia sengaja tidak diberikan kepada Ketua Pemuda kecuali orang itu diyakini kesetiaannya atau sedang dilatih untuk kedudukan yang lebih tinggi.

Namun ada juga Ketua Pemuda yang tidak mahu jawatan kerajaan. Mereka mahu menjadi Ketua Pemuda yang bebas dan boleh mengkritik kerajaan sekiranya perlu. Antara mereka ialah Allahyarham Jaafar Albar dan Suhaimi Kamaruddin.

Ada pemerhati mengatakan bahawa Tun Abdul Razak tidak membawa Ketua Pemuda waktu itu, Datuk Harun Idris, ke Pusat sebaliknya mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tahu pengaruh Harun di kalangan belia, khususnya dan orang Melayu, amnya. Sebaliknya Abdul Razak melantik biras beliau, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Belia.

Sama ada Mohd Najib sedar hal ini atau tidak, tindakan melantik Khairy sebagai Menteri Belia telah menggandakan kuasa dan pengaruh beliau sebagai pemimpin pelapis Umno dan kerajaan.

Saya rasa Mohd Najib sedar kerana beliau sendiri membina landasan kuasa dan mengumpul barisan penyokong tegar ketika menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia.

Jadi kita tidak perlu hairan atau marah kepada Khairy kalau beliau nampak begitu yakin dan berani. Pertamanya, perwakilan Pemuda telah memberi undi mutlak kepada beliau dua kali berturut-turut. Keduanya, Presiden Umno merangkap Perdana Menteri telah melantik beliau menjadi Menteri Belia.

Ke Mana Khairy Selepas Ini

Pertama, kalau beliau pandai dan semakin matang, beliau akan lakukan seperti kata ungkapan Inggeris, "keep your nose clean". Jangan cari pasal dan jangan buat hal sehingga boleh diperas ugut satu hari nanti!

Masuk Tentera dan hantar anak ke sekolah biasa
Dalam dunia yang dipacu oleh media sosial, ramai orang tahu bahawa Khairy menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan pada saat ramai pembesar Umno, termasuk menteri sendiri curi-curi hantar anak-anak mereka ke sekolah elit swasta. Beliau sendiri masuk menjadi anggota Tentera Wataniah.

Kedua, bila dan bagaimana perubahan kepemimpinan Umno dan kerajaan akan berlaku. Kalau dengan takdir Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik.

Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom Timbalan Perdana Menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM.

Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini.

Suka atau tidak, buat waktu ini yang nampak menonjol di kalangan barisan pelapis Umno ialah Khairy, kecuali kalau dalam masa terdekat ini muncul watak-watak lain yang lebih karismatik, petah dan pintar.

Wallahuaklam.



67 comments:

Mustapha Ong said...

Salam Pak Kadir..sahabat saya dunia akhirat. Cerita Khairy dengan begitu panjang dan hebat penulis yang terkenal ini. Tahniah bro tetapi nampak ingatan masih baik dan jelas! Saya sokong pendirian KJ dan bukan kerana dia adalah seorang anak diplomat seperti anak ku yang tercinta. Seperti Najib KJ bersekolah di antarabangsa semasa kecil di luar negara dan tidak boleh bertutur BM langsung, tetapi sekarang lebih baik daripada menteri2 yang sedia ada. Najib pun begitu juga. Kata KJ bercita2 tinggi dan insyaAllah jika ada rezeki tidak kemana dan akan dilantik sebagai PM ke 7 sekiranya Hisham memberi laluan dan peluang kepada KJ. Tetapi nampak senario tidak begitu rupa dan Hisham pun sudah naik saham nya baru2 ini. Mungkin line up PM seperti berikut...selepas Najib (after 2020) mungkin Hisham atau KJ. Kita hanya merancang, tetapi Tuhan juga merancang tetapi yang terbaik untuk kita. Tunggu dan lihat!!!

Labu8455 said...

Najib memerlukan Khairy bagi meneruskan proses "meliberalkan" Malaysia kerana tidak ada calun lain yang lebih layak bagi tujuan sedemikian selain Khairy.

Pasquale said...

Saalam Datuk AKJ, hope you and family are well, yes like you I like and see KJ potential as one of the new generation in UMNO taking over the mantle of power, however, he must explain of his relationship with KAlimullah H. I as a Malay cannot willingly suport him if he still does! Cheers.

maae said...

Sebenar nya bila Datuk bercerita pasal tokoh dan ketokohan, sudah lama orang-orang Melayu tercari-cari kesinambungan warisan UMNO yang kental / berwibawa / prihatin - di bawa ke tepi boleh, di bawa ke tengah pun boleh. Berubah dan membawa perubahan dengan cara kehendak majoriti.

KJ sebenar nya mampu seperti Datuk katakan. Cuma ketika ini beliau melawan arus majoriti Melayu yang menginginkan kekuatan dan itiqomah perjuangan. Bukan mencampur-aduk yang nyata dan tidak nyata kepada Melayu. Jika beliau boleh mempamerkan personaliti glamer maka politik UMNO dan pendekatan seimbang di luar UMNO boleh saja merealisasikan cita-cita beliau menjadi PM akan datang.

Cuma ingatan : Jangan kelentong Melayu

Quantum Metal Consultant said...

Dato' telah mengambil langkah yang bijak, berundur setapak untuk selamat dan maju ke depan.

Mungkin Dato' ada perkhabaran berita baik kepada pembaca dalam masa terdekat.

MARMAR said...

Najib memerlukan seorang Wira Muda untuk men-champion kan agenda dan kempen “moderation” beliau. Matlamatnya ialah menukar UMNO kepada satu parti politik yang sederhana (baca akan musnah). Khairy is the man. Khairi diterima oleh semua bukan-Melayu. Strateginya sejak kebelakangan ini dan masa hadapan ialah “to be accepted by all, a PM for everyone”. Najib sengaja membuka jalan ini untuknya. Najib sengaja mengelilingi dirinya dengan pemimpin pemimpin UMNO yang lemah, yang expired, yang cuma “marking” time. Tak kan ada yang melawan dalam masa terdekat. Your KKA boleh terus bermesyuarat tiga kali sehari. Mahathir boleh terus menegur hingga berbuih mulut. Tak kan ada perubahan. Tak kan tergelincir kemaraan kepada “a Moderate UMNO” (read a dead UMNO).

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Orang Melayu terutama ahli2 UMNO mudah lupa..apa yang telah dilakukan dan juga tindak tanduk KJ semasa era
Bapa mertuanya..mereka berdua adalah
' root problems ' kepada masalah UMNO dan Melayu sekarang.
Mereka berdua mecanangkan konsep Malaysian untuk semua..mereka ketepikan hak2 orang Melayu.
Mereka melayan kehendak orang2 bukan Melayu dan memastikan hanya golongan bangsawan Melayu yang akan terus merajui kepimpinan negara, mereka hapuskan PPSMI supaya orang Melayu ' bodoh cerdik ' tidak orang2 Melayu bawahan yang dapat menjadi pemimpin..inilah agenda mereka dan juga pemimpin sekarang.Mereka pastikan sejarah tidak berulang lagi.
Ahli2 UMNO akan sanjung KJ,kerana mereka tahu bahawa KJ boleh di kowtow dan beliau akan buat apa sahaja untuk kuasa saperti mentornya DSAI.Beliau adalaH klon DSAI, pandai berlakon dan bepura2.UMNO telah di tipu dan akan di tipu lagi...

ismail muda said...

Datuk, Khairy antara yg muda dlm kabinet. Dia tetap anak bangsawan. Dia kena ada aura & pendirian tetap. Kena buang perangai yg rakyat tak berkenan. Sebab, kebanyakan ahli kabinet Najib turun bwah masih berprotokol & bermajlis dlm marquee tent. Khairy kena biasakan watak org kg & golongan rakyat marhaen. Banyak ilmu yg patut ditimba dari org2 tua/lama.
Laluan Khairy nampak terbuka sbb pemimpin yg ada pun tak nampak kelibat. Tambah pulak ketika zaman BN tak kuat & PR lemah, Khairy bole ke depan mewakili golongan gen Y. Mat Maslan mungkin bole jadi pelapis juruckp kabinet di Parlimen!
Tentunya saya akan lebih tabik YB Khairy jika dia berani berdepan konsultan & budak2 yg disekelingi PM Najib. Oleh sbb Khairy lepasan Oxford, jgn nanti dia pulak akan dikeliling rakan2nya. Jadi lah 2x5, harapkan pegar, pegar mkn padi...

The Lawgiver said...

Datuk,

Umno was a moderate, accommodative Malay nationalist party. It accepted the citizenship of the immigrants, their religions, languages and cultures.

Even during the time when ardent nationalists like Razak, Harun and Jaafar Albar held sway, Umno remained a moderate party.

Mahathir was accused by his enemies of being a Malay ultra. The Chinese were mortified when he became PM. Still he was among PMs who treated the Chinese and Indians the best. They grew very rich and successful under his rule.

Umno became less moderate and less tolerant when Abdullah started to talk about openness and kowtowing to Singapore. Najib made is worse by succumbing to chauvinistic Chinese demands, 1Malaysia and abolishing ISA.

Umno and the Malaysia are merely reacting to what they see as reactionary tendencies of Abdullah and Najib and the weakness of their leadership in reacting to rising chauvinism of the non-Malays.

The more Najib and his disciples talk about being moderate, the less would the Malay believe in their commitment to protecting and promoting the welfare of the Malays.

The Laygiver.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas dan pembaca.

1. Adalah sangat mendukacika dan menghampakan apabila pembahas yang mengkritik saya kerana menulis rencana ini dan seterusnya membelasah Khairy tidak berani memberikan nama, hatta nama samaran. Mereka masih menggunakan “anonymous” yang tidak dilayan dalam blog ini.

2. Kalau inilah sikap mereka, pastinya Khairy berharapan menjadi PM dan melakukan apa yang pembahas “anonymous” takutkan. Kalau tidak mahu beliau jadi PM atau melakukan yang apa diandaikan itu, marilah berbahas dengan berani.

3. Saya tidak pun meminta pembahas menggunakan nama dalam Mykad, pasport atau sijil beranak. Boleh guna nama samaran, nama pena atau angka supaya mudah dicam. Kalau semua takut dan guna “anonymous” macam mana kita hendak bezakan antara seorang pembahas dengan pembahas lain?

4. Sikap seperti inilah yang menjadikan Internet dan media sosial busuk dan merosakkan. Pengguna bersembunyi di sebalik “anonymity” dan buat kerja baling batu sembunyi tangan. Kerja dayus dan tidak bertanggungjawab.

Mohon maaf.

mosabit said...

Nampak gaya memang tiada calon muda umno yg menunjul...aku setuju dengan wak kadir...

tapi aku sedikit hampa calon muda yg berkaliber dinyahkan secara senyap oleh najib...

orang muda itu ialah Saifuddin Abdullah...apa salah dia hingga umno meminggirkannyerr???

ada apa2 di minda wak kadir pasal budak ni....

Zed-85 said...

Dato’

Salah satu ciri kelebihan yang ada pada Khairy Jamaluddin adalah kebolehan beliau berbahas dengan baik dengan lawan.

Saya teringat apabila beliau berbahas dalam forum terbuka dengan Dato Ambiga dari Bersih. Walaupun tidak begitu ketara siapa yang menang dan kalah, KJ mampu mengeluarkan dan mempertahankan hujah-hujah yang kuat.

Kebolehan untuk menyampaikan dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan adalah ciri yang penting untuk ketua kerajaan dalam zaman ini sepertimana yang berlaku di negara barat, dan juga baru-baru ini di Indonesia apabila calon PM berani berbahas dengan lawan dalam forum terbuka.

Malangnya, kalau tidak silap saya, PM kita sendiri tidak hadir (no show) untuk berbahas dengan pembangkang waktu pilihanraya lepas walaupun dipelawa.

Saya yakin KJ, dengan kebolehannya, tidak ada masalah untuk berdepan dengan pembangkang.

Berkenaan dengan cita-cita KJ untuk jadi PM pada umur 40 tahun (sekarang 38). Dalam suasana politik sekarang, saya tidak yakin beliau boleh mendapat jawatan PM dalam masa satu dekad, mungkin lagi 20 tahun.

A Malay Dah-Lah-Lama said...

DAKJ
Ramai orang sangsi tentang hala tuju politik KJ, atas dasar dia sil Pak Lah. Tetapi memandangkan ketandusan pelapis UMNO yg bijak, petah, boleh berkomunikasi dan debat dlm BM dan BI-KJ patut di beri ruang di persada UMNO. Selepas Najib dan Mahayudin, siapa pelapis? Bersediakah kita terima Zahid Hamidi? Hishamudin di sebut sebagai tak tegas. Mungkin boleh diganding KJ dan Mukhriz untuk masa akan datang, bukan cucuk mereka jadi seteru.
Dan saya juga kurang faham tentang label "moderate UMNO or otherwise". Adakah dengan tidak menjadi moderate akan menghancurkan umat Melayu? Apa yang kurang didebatkan adalah keperluan "assertive but level headed UMNO".
DAP, MCA , evengelist Christians, ISMA, Perkasa adalah contoh gulungan yang begitu assertive diatas satu satu isu. Saya nampak laungan mereka hanya " to outdo each other".

Prince of Noob said...

saya setuju dengan Datuk AKJ, apa yang saya lihat, KJ memang sudah berjaya memperoleh kepercayaan, memenangi hati dan menarik follower golongan2 muda di bandar2 dan media sosial, namun beliau masih belum dapat menarik dan memenangi hati orang2 yang tinggal di kampung2. mungkin beliau perlu lebih banyak turun ke kampung2 dan membuang watak urbannya untuk memenangi hati orang2 kampung.

Prince of Noob

banggoi petai said...

salam Tok Kadiaq ,.. KJ boleh jadi presiden seandainya bijak memilih team semasa pemilihan Umno akan datang . Sokongan dari Sabah solid buat KJ dan ini merupakan aset yang sangat berharga suatu masa nanti . Hanya elakkan dari kelihatan secara terang terutamanya dengan team kokok berderai derai dari bagan datoh .Buat pakatan for " winning only " dan bukannya " win - win " .Jangan ulangi kesilapan anwar , sabar tunggu peluang . Dalam keadaan sekarang KJ ada 50% peluang jadi presiden . Bila Tun Mahathir tiada ( bukan mengharap@menyumpah) peluang KJ akan naik jadi 80% dan ini merupakan masa paling sesuai buat KJ tanding posisi timbalan presiden Umno , hanya menunggu presiden waktu itu buat satu kesilapan dan KJ akan menjadi presiden Umno . Saya tidak menyatakan bahawa KJ bakal menjadi Perdana Menteri kerana waktu KJ menjadi presiden Umno nanti , Umno hanyalah parti pembangkang dalam Negara Malaysia . Disini lahirnya sebuah cinta ....................Namun jauh disudut hati saya masih berharap Umno mampu menjadi kerajaan yang memerintah kerana saya lebih selesa dan percaya dengan "syaitan yang dikenali" dari "syaitan berwajah malaikat" yang banyak dalam parti pembangkang sekarang ..

XERONINE said...

Assalamualaikum Datuk,

Interesting ... your article Datuk.

More interesting ... your comment on anonymous no name commenters.

The next PM could be anyone ... as long as he/she remembers that "hidup ini hanya sementara". We will not be taking our wealth, positions and glamorous lives into our graves.

We the rakyat may feel "ill" in this world ... but we 'yakin' that we can bring this to The Judge Most High in akhirah.

So leaders "take it easy", come down without names and fame, look around, and feel the "pain" of the rakyat.

Terima kasih.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Nampaknya Dato masih meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap UMNO dan WAWASAN2020.

wanitabukittinggi said...

Datuk,

Saya lihat rona-rona politik sekarang..TS Muhyiddin Yassin dah hilang ummph..

Sejak MH370 hilang..cahaya DS Hisham mulai bersinar..namun saya tidaklah begitu setuju sekiranya beliau akan mengganti sepupunya sebagai PM.

Sekiranya rezeki KJ melimpah ruah maka kemunkinan besar beliau akan dilantik jadi TPM.

Namun kita jangan lupa kepada Datuk Mukhriz Mahathir. Naluri saya berkata beliau adalah seorang pemimpin yang berilmu dan berpandangan jauh seperti ayahandanya.

Kita sebagai rakyat ibarat mentimun dan pemimpin ibarat durian..digolek kita rosak menggolek pun kita binasa.
Yang pasti kita hanya jalankan tanggungjawab mengundi saja ...bila datangnya PRU..
Siapa calon yang diletak bukan kuasa kita.

Waullah hu'alam

PUTRA MERDEKA said...

salam tok,
sejak dari isu gulungan karpet tempohari dan isu KJ hari ini...dilihat tulisan Dato lebih 'tajam dan berbisa' dari biasa.
Tamparan yang lunak namun bekasnya terkesan tok..! Cuma berapa ramai orang Melayu yang faham dan bijaksana dalam mentafsirkan yang tersirat disebalik yang tersurat..!
tqvm Sir

Unknown said...

Kita bukan nak pemimpin no 1 yg bijak ambil hati rakyat...kita bukan mahu pemimpin yg boleh urut2 belakang badan rakyat atau gurau senda dgn tepuk2 peruk rakyat...kita bukan mahu pemimpin yg tak kekok ke dapor berjumpa org bergotong royong masak kenduri kahwin bila dtg jemputan rakyat....

Kita bukan mahu pemimpin no 1 hanya dilihat bijak...kita bukan mahu pemimpin yg hanya bijak berbicara...kita juga bukan mahu pemimpin yg dilihat bagai ulama'..jauh sekali kita mahu pemimpin yg bijak berlakon bersandiwara sahaja kerjanya...

Yang kita mahu pemimpin no 1 ialah pemimpin yg boleh isi perut rakyat...yang kita mahu pemimpin no 1 yang tahu tangani masalah rakyat...yg kita mahu pemimpin no 1 yg tidak tunduk kpd tekanan...yg kita mahu pemimpin no 1 yg sesaat Islam dan Melayu dilupa tiada..

KJ adalah pemain no 1 tingkat 4. Mengetuai punahsihat kpd PM ke 5 negara. Kalau beliau bijak pastinya PM ke 5 negara masih kekal sampai skrg dan rakyat tidak akan marah kalau beliau menjadi PM ke 6 negara pun.

Pada saya beliau adalah bahaya kpd agama, bangsa dan negara.

msh said...

Salam Dato.

KJ memang berjaya dlm mempromosikan diri dia hingga ketahap ramai yg percaya yg dia akan satu hari menjadi PM negara.

Sejak zaman Pak Lah sbgai menantu...dan menang bertanding diRembau walau pun penoh dgn kontroversi....dia masih lagi mampu bertahan.....dgn bantuan Najib.

Betullah Tun M kata Melayu mudah lupa.....lupa yg kemenangan dia penuh kontoversi....bila mana pengiraan undi mengambil masa berjam jam.

Najib cerdik...KJ perlu talian hayat...Najib pula perlu 'polical ally' yg kuat....KJ pilihan pertama bukan Mukriz.

Sebaliknya menolong KJ secara sekali gus menolong diri sendiri...dan mampu mempertahankan Hishamuddin dari ancaman Mukhriz.

Ini pololitik...dan Najib cukup licik.

Dgn percaturan ini...KJ masih bertahan bukan sahaja sbgai Ketua Pemuda malah menjadi Menteri penuh pula.

Kalau kita suruh KJ menentang cakap dan cara pimpinan Najib.....mati hidup balik pun ianya tidak akan terjadi.

KJ telah berjaya dijinakan oleh Najib dan kini cuma 'yes man' sahaja.

Kepentingan Parti kini telah dikompromosikan oleh Najib....dan KJ sbgai Pemuda....hampas sahaja.

Kalau sy salah....sy minta mana2 pembahas tampil dan beri butiran menyanggah dan beri pencerahan tentang apa yg KJ dah lakukan untuk mempertahankan...menaikan serta memperkasakan Melayu (seperti yg selalu kita dengar dlm PAU Umno) sejak beliau menjadi Ketua Pemuda.

Dato sendiri pun sebelum ini mengaku...dizaman Dato Harun...Suhaimi dan Syed Albar...Pemuda memang menjadi 'pressure group' yg berjaya....tetapi itu cuma sejarah.

KJ sebagai Ketua Pemuda bagaimana?

Bagi sy...maaf berkata... KJ cuma...'so so...no can do'...tak ada apa2 pun....kosong sahaja..'boliau...pochij Yilaai'....

Tapi memang pun....sebab dia cuma 'insulator' buat Hishamuddin dan cuma 'Political Ally' semata buat Najib.

Jadi bila ada pandangan yg dia berkebolehan sbgai ketua...ketahap tertinggi atau sbgai Presiden Umno....sy kira masih terlalu awal untuk kita berkata.

'Hold your horses'....

Sy tak nmpak apa2 pun kehebatan beliau walau sbgai Ketua Pemuda mahu pun sbgai Menteri.

Yg sy nmpak cuma KONTROVERSI sana sini.

Anifah Aman pernah berkata...
"Khairy mungkin cerdik tapi masih tidak bijak sana".....ini sejurus bila Khairy mahu negara menutup Embassy dia Jakarta...hata menghenti hubungan 2 hala dgn Indonesia.

Anifah betul.

Tun M pun betul dlm banyak kritik dia terhadap Khairy.

Sebaliknya sy menanggap KJ cuma seorg politikus yg serupa dgn 'mee segera'....naik mendadak...kerana menjadi menantu pd PM Pak Lah dan juga petah bersoal jawap dlm bahasa inggeris....ini saja kelebihan beliau...tetapi sbgai ketua dan Menteri...dia perlu membuktikan dahulu.

Dari rekod yg sedia ada.....kira masih kosong.

Tetapi tanda2 yg dua menuju kearah menjadi ketua Melayu yg liberal atau liberal yg melampau memang ada dan ini bahaya untuk Umno atau org Melayu khusus nya kerana ini akan memerangkap perjuangan Umno untuk jangja masa panjang...
serupa sahaja dgn apa yg Najib sedang lakukan.



Terima Kasih

ab said...

Salam dato,

Tajuk yang bagus.


Kalau beliau dipilih jadi PM, apa salahnya,CUMA jangan dia buat macam yang lain lain menteri,buat hal bukan bukan yang merugikan negara dan bumiputera sudah lah.


Abu Bakar Ab Rahman

Amir Azli said...

Salam Datuk,

Saya belia dan sejak dari dulu memang tak gemar dengan KJ.

Semua orang tahu rasuah berleluasa sewaktu Pemilihan UMNO 2008.

Semua orang tahu nak jumpa Pak Lah kena suap budak tingkat 4.

Semua orang tahu CheDet pernah perli "Siapa KJ ni?"

Semua orang juga tahu prestasi atlit Malaysia tahun 2014 adalah yang paling memalukan dalam sejarah!

Semua orang juga tahu KJ perlu letak jawatan.

Terima Kasih dari kami, belia yang tak minat nak dikelentongkan lagi dengan keluarga sanak saudara PakLah dan KJ.

Unknown said...

YBhg Dato Kadir

KJ is from Negri Sembilan..the same with Najib's wife. Just for your info..hehehe

sayangmalaysia said...

Setuju Khairi nampak paling cerdik dan berpotensi, tapi malangnya aset ini telah tercemar.

Saya belum yakin yang Khairi bukanlah seorang lagi young and impatient Anwar. Saya belumyakin kejujuran Khairi memilih apa yang terbaik untuk agama, bangsa, dan negara.

Wallahuaklam

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Memang saya sudah agak semasa membaca tulisan Dato' kali ini akan ada pembahas mengasah parang untuk mencantas sesiapa sahaja yang tidak dari kalangan mereka. Seeloknya pembahas tidak berbuat demikian tetapi menonjolkan sesiapa yang mereka rasa lebih baik untuk dikongsi bersama.Hanya dengan demikian kita akan memperbanyakkan jumlah pemimpin yang disegani ramai.Adalah sedih pada masa sekarang semua pemimpin dan bakal pemimpin kita dicela secara terbuka sehingga seolah-olah orang kita tiada yang layak menjadi pemimpin.

Begitu juga dalam bidang ekonomi ada sahaja tidak kena kepada orang yang agak berjaya. Cantas mencantas menyebabkan dasar kerajaan untuk menaikkan ekuiti orang Melayu tidak tercapai.

Adalah harapan saya ditahun Hijrah 1436 yang akan menjelang tidak lama lagi orang kita yang telah berhijrah semenjak merdeka dari serba kekurangan kepada berjaya melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan akan berhijrah sekali lagi. Ini dengan balik kekampong untuk membantu saudara mara di luar bandar maju dengan menggunakan segala ilmu dan pengelaman yang mereka ada membangunkan Tanah terbiar dan sebagainya. Kita perlu melahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan menyumbang kepada masyarakat kita tidak kira banyak atau sedikit mengikut kemampuan kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

din klang said...

Dato,

ada beberapa perkara tentang KJ yang saya ragui

1. pengiraan undi jawatan Ketua pemuda yg mengambil masa hampir 7 jam sewaktu Kj menang jawatan tersebut

2. hubungan rapat kj dan kalimullah yg terkenal sebagai tali barut spore

3. kj tersenarai sebagai shareholder dalam sabuah finance house sewaktu zaman pak lah walaupun dia pada waktu bukan pun seorang ahli perniagaan yg mampu membeli saham sebanyak itu

4. dato mengatakan seminar anjuran arwah dato nordin sopiee diadakan pada awal 90an di putrajaya. putrajaya waktu itu maseh dikenali sebagai perang besar kalau tak silap saya.

5. kj menghantar sendiri pasport kepada anwar di bukit damansara

6. apakah ahli umno yg sebegini yg kita dan najib tidak ragui ?

akhir kata jika kj menghapuskan hak bumiputera di zaman anak cucu saya kel ak saya letak kan kesalahn keatas najib yang terlalu takut hilang sokongan dari sayap pemuda hingga sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu secara am nya

ismail muda said...

Datuk, ada pembahas berkeyakinan Najib akan kekal sehingga 2020??!! Sekali pun ketika itu Najib undur, maka Hisham akan jadi PM la sbb sahamnya ada & skrg tgh naik. Jika umur kita panjang, jgn lah hendaknya badi ketulah 'TPM' akan melekat pada seseorg samada Khairy atau sesiapa saja kalangan pemimpin baru. Tkasih Datuk

Joe Black said...

Dato'

Nampaknya dari maklumbalas pembaca Blog Dato' ramai yang tak suka pada Kahiry. Bahkan ramai (mungkin majoriti) ahli UMNO bencikan Kahiry...

Jadi nampaknya Theory Datuk mungkin tidak akan dapat direalisasikan.

Jika Zahid bekerja keras beliau mungkin dapat jadi TPM kepada Hishamuddin. DNA Feudal dan ingin mengikut arahan Bangsawan Orang Melayu masih teguh dan dengan pertolongan dari Najib, lebih mungkin Hishamuddinlah lah yang akan mengganti Najib nanti dengan Zahid menjadi Timbalan.

Kamarul said...

Assalam Datuk,

KJ ini dalam ayat ringkas ialah "Anwar Junior in the making." Cuba kalau dia hilang jawatan nanti, habis satu Malaysia diharuknya. Maka tidak mustahil, sejarah 1998 akan berulang.

Percayalah negara ini yang dirahmati Allah s.w.t., tidak akan membenarkan orang seperti ini menjadi pemimpin negara bertuah yang kita cintai ini.

Orang Semenda Rembau said...

Salam Dato',

KJ mungkin dilihat sebagai ikon diperingkat nasional tetapi adakah beliau juga diterima baik oleh orang di Rembau?

Cuba bertanya orang di sekitar Gadong, Batang Nyamor dan Pekan Kota di Rembau..bagaimana lagak KJ dahulu dan sekarang?

Dengan masih mengekalkan gaya elitis dan sukar bercampur dgn orang kampung yang mengangkat beliau menjadi ahli parlimen.

Dengan meninggalkan kepimpinan yang pincang di peringkat Pemuda Bahagian Rembau ekoran ingin mendaki puncak di bahagian sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Beliau tidak meninggalkan legasi yang baik dan warisan kepimpinan terutama di peringkat Pemuda di Bahagian.

Di peringkat bahagian pun beliau gagal memimpin adakah diperingkat lebih tinggi beliau mampu??

Harap Dato dan kawan2 Dato boleh buat temuramah dan selidik orang2 di Kota dan di Rembau berkenaan YB KJ ini.

Harus diingat, Menteri haruslah datang daripada ahli parlimen (selain lantikan Senator). Jika KJ di tolak di sini, adakah hasrat beliau nak jadi PM berjaya??

Harus diingat juga, Tok Mat MB NS adalah ayam sabung terbaik yang BN ada sekarang ini dan mungkin beliau akan diperlukan di peringkat federal. Lantas rembau adalah parlimen paling ideal bagi Tok Mat. Kemana KJ tanpa Rembau???

wanitabukittinggi said...

Datuk ..

Saya dapat berita mutakhir...

Ketua Pemuda & Naib Presiden UMNO sokong Presiden bubar Akta Hasutan dan diganti dengan Akta Harmoni.
Bar Council dan MCA sokong Akta Harmoni. Bermakna mereka sokong Presiden UMNO.

Akta ISA dibubar diganti dengan SOSMA.Tengok apa dah jadi terutama di Lembah Klang..dah jadi macam pekan cowboy...tembak menembak ...pakai bom tangan segala....
Pusat judi menjadi2...ada casino di Jalan Tun Razak.

Tak hairanlah kalau UMNO/BN memerintah lagi 5-10 tahun...bakal PM adalah sepupunya dan TPM adalah KJ.

Sementara itu penduduk di Selangor dibelenggu dengan ketidak cukupan bekalan air bersih dan hari-hari jerebu.

Walaupun hujan lebat selang sehari dan banjir paras takungan air masih tak naik-naik..
Berhantu gamaknya Sg.Langat dan Sg. Selangor ni..
Hai Datuk mana nak duduk lagi kalau macam ni?
Memang pendek umur la penduduk Selangor.

Waullah hu'alam.

msh said...

Slm Sdra din Klang.

Setuju.

Masalah nya org Melayu kurang berfikir....kurang membuat analisis....selalu ambil jln mudah.....sebab itu personaliti seperti Najib...Anwar...Hadi...Sabu...Nurul Izzah....Sharizat....dan ramai lagi....KJ termasuk ada tempat dlm parti.

Janji pandai bercakap......penuh 'form with no substance'...pun dikira hebat.

Hmmm....itu lah org Melayu.

Ketua2 yg naik seperti 'mee segera' pun dijulang....segala apa yg negatif pun dah tak nampak lagi....kemampuan berkerja serta semangat bangsa dan
ugama yg kita mempertahankan sekian lama dgn mudah sahaja dikompromikan oleh ketua2 begini...tetapi masih juga nak disanjung.

Sedih dgn bangsa yg ambil jln mudah atau 'cincai' ....kerana tidak proaktif dan tidak melihat segala apa BAHAYA YG AKAN MENIMPA BANGSA bilamana ketua2 seperti ini yg memang liberal dan juga 'vulnerable'...memperjudikan bangsa untuk kepentingan peribadi.

Disaat ini pun irg Melayu didlm gundah gulana dgn kelemahan ketua Melayu No 1 yg sentiasa saja retorik dlm perkara kepentingan Melayu ini pula KJ.

Terima Kasih


Lahuma said...

Dato.

Sebagai Ketua Pemuda KJ amat-amat selamat.
Begitu juga Presiden UMNO DS Najib pun lebih selamat.
Mana ada kaki atau tokoh yang mampu cabar KJ dan DS Najib.
Kecuali Ketua Wanita Malaysia.Makin lama ada disitu makin teruk lah UMNO disindir dan jadi kiasan tamak haloba pemimpin UMNO.

Sama ada KJ ataun DS Najib untuk jadi PM kenalah tengok dan selak-selak fail masa depan UMNO atau BN.

Semuanya bergantung pada pilihanraya dan dapat majoriti Parliemn nanti.
Dato Kadir tulis kali ini pun atas dasar penelitian beliau .

Lagi pun banyak sudah KJ buat pelaburan dalam betuk RM terhadap jenteranya disetiap pelusok Malaysia kecuali Sarawak.Termasuk lain-lain tokoh.

Era KJ saya nampak one man show.Barisan EXCO Pemuda yang lain di petisejukkan.
Kayu ukur KJ kena juga dilihat tentang kekuatan pemuda diakar umbi.
Kuatkan pemuda di akar umbi.Yang saya tahu akar umbi perlu banyak diberi rawatan yang banyak.Akar umbi pemuda amat lemah dan malap.

Masa depan KJ hendak jadi TPM atau PM bergantung berapa banyak undi kerusi UMNO/BN dalam Parlimen nanti.Ini kaunter politik sebenar.

Pepimpinan KJ hebat diatas dengan keadah sistem hulubalangnya.Tetapi dibawah pemuda lembab dan tidak dinamik dan bersaing kuat dengan PAS serta PKR atau tanpa parti.

Gerakerja pemuda juga belum berubah.

Muhkriz akan ketinggalan kerana dia sendiri pun belum mantap diKedah.Keliling dia pun banyak kepentingan diri dari rakyat.

Mukhriz jadi MB jina-jinak merpati sahaja.

Siapa jadi PM /TPM bukan penting sangat.Yang penting masa depan Melayu .Agama Islam dan Tanah Air.

Inilah harapan dan doa kita semua.

Terima kasih Dato.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Teringin nak dengaq apa KJ kata..kut-kut ada dia PM Pak Kadir.

Boleh share kut kat sini.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr msh, orang Melayu, khususnya cerdik pandai, wajid berfikir, mengajar dan menegur pemimpin dengan lebih berani dan kritis. Orang Cina dan India sudah lama melakukannya. Sebab itulah mereka maju dan berjaya walaupun kerajaan dipimpin oleh Melayu.

2. Orang Melayu wajib mengukur keberkesanan dan kebergunaan pemimpin berasaskan prestasi bukan retorik.

3. Sdr Joe Black, antara lain berkata :"Nampaknya dari maklumbalas pembaca Blog Dato' ramai yang tak suka pada Kahiry. Bahkan ramai (mungkin majoriti) ahli UMNO bencikan Kahiry...

Jadi nampaknya Theory Datuk mungkin tidak akan dapat direalisasikan."

4. Mungkin, tetapi kita kena ingat KJ popular di kalangan generasi muda. Jadi beliau ada masa untuk atasi kesilapan dan buktikan yang beliau pemimpin Melayu demi agama, bangsa dan negara. Jangan sombong, lebih mesra dan kata-kata kotakan.

5. Umno dan BN akan temui jalan buntu kalau situasi hari ini berterusan setahun dua lagi. Umno perlu pilih yang masa satu lebih utama - menyelamatkan Presiden/PM atau menyelamat parti daripada kecundang dalam PRU 2018?

6. People like Muhyiddin and Ahmad Zahid cannot pretend that everything is ok with Umno and the country. They cannot continue to play safe for the sake of their own survival. They have to stand up and be counted. It's shameful that so many people in Umno still look up to Dr Mahathir and is counting on him to bring about change.

6. Apa salahnya KJ bercita-cita tinggi dan berdarah muda? Kita semua pernah muda macam anak-anak muda hari ini. Kita bercita-cita besar dan kadang-kadang cakap besar. Kita buat salah, tersasul dan kadang-kadang tersesat. Kita akui kesilapan, kita perbetul diri dan kembali ke pangkal jalan. Dalam semangat itulah saya menilai, memilih dan merestui pemimpin. Kita bukan Malaikat.

7. Tetapi setelah jadi pemimpin tetapi tidak berubah juga, masih dihantui kesilapan masa lampau dan masih tunduk kepada pelbagai bentuk peras ugut politik hingga memudaratkan diri dan rakyat jelata, saya kata orang seperti itu (sekiranya ada) tidak layak memerintah. Jangan tipu diri, silalah undur diri. Jangan kerana kuasa dan nama parti dan rakyat jelata ditimpa celaka. Kita wajib dedah dan tolak conspiracy of evil di kalangan mereka yang bersekongkol dalam keburukan.

9. Rakyat biasa dan rakyat miskin masih ramai di kampung dan desa. Khairy dan pemimpin muda perlu sentiasa berada di padang dan bukan turun padang hanya bila mengemis undi. Anwar Ibraham menjadi “wira” kepada generasinya kerana dia berada di padang, bermula di padang dan selesa di padang.

10. Kalau Melayu masih mahu terus menjadi bangsa induk negara ini, mereka harus jadi orang bijak dan orang waras. Kalau bergaduh jangan berdarah, kalau sayang jangan sampai nyawa melayang. Fahami politik dan dalami siasah. Dalam politik bapa borek tetapi anak tidak semestinya rintik!

Terima kasih.

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir, it took sometime for me whether for to comment on your written article or just remain mute.
Anyway you writing is balance displaying the pro and con,including some historical evidence on this young man.But I will just node.
I totally agreed to your suggestion based on the following reasons.
1.This guy did not undergoes the real test of political hardship and turbulence as experienced by other leaders,at leat Mahyuddin was defeated a couple of time in Umno election. So do Tun Ismail,Dr. Mahathir,Tun Musa Hitam,and many others. His career is plain sailing,graduated from Oxbridge and immediately landed a lucrative position. he is a millionaire at such a young age, the case of Libra investment company to mention a few.
2. Does he feltd the hard ship of the poor. Did he fight for the Malay masses.Did he fight for the rakyat.look at current budget, all member of Parliment recieved incereased of wages equivalentto Jusa C.Other Government officers had to wait for 20 to 25 years to recieve.Did he think about this,did he fight for the lower income.
3. While he is in Pemuda what struggle does he pursued. we Malays are maginalised slowly after every elections. at least Anuar minus his private life (based on the court judgement) has continously and consistently fight for tha Malay struggle.You can lied on this fact but history prove other wise.He does not even has the guard to fight for the Malays.
3. We do not need debater,bacause the best debate is between Oxford and cambridge. They were witty till the end.We need some one who can deliver and protect the Malays intersest.
4. what about the quranic generation that can lead the Malay both in this modern and next life.Or we just could not care less as long as our percapital income matched the developed country status.
5.The present pemuda UMNO is not the pressure group any more since they are more intersted in other things.
Sdr Kadir I rest my case.We need time to judge him.No kennedy for malaysia please, We certainly need more than Kennedy family.

imlan adabi said...

saya tak nak komen lebih. Artikel ni terlalu jauh....

kundoq said...

Orang yang inginkan jawatan pm akhir akhir ini semakin ramai nampaknya.Seperti kata Datuk,Kj pun punya harapan.

Jangan lupa Anwar Ibrahim.Inilah makhluk yang sangat nyata mahu jawatan ini.Segalanya dibuat dan diikhtiarkan untuk mendapatnya.

Sebagai orang yang sudah tua,beliau boleh menginsafi dan sedar kesilapan lalu.

Jika ianya berlaku,inilah yang saya harapkan.Tun M orang yang bijaksana,beliau tentu memahaminya.Saya yakin,inilah jalan untuk menunjuk pintu keluar bagi Najib.

Saya kira Anwar paling layak menjadi Pm.Itupun jika beliau berubah dan bertanggungjawab kepada orang melayu.

Beliau pernah menjadi anak emas Tun M,disanjung oleh orang melayu dan berkarisma.Beliau hebat.

Saya harap ini akan berlaku,demi agama dan bangsa.

A KADIR JASIN said...

1. Mohd Najib took side in the last Umno election leading to the victory of Hishammuddin and the defeat of Mukhriz as the no. 3 VP. Hishammuddin's victory helped KJ.

2. Had MN been neutral, Mukhriz might have won and KJ would have are rival and Umno have a wider choice of young leaders.

3. MN gave RM1 billion to KJ as Youth and Sports Minister. How much did he give to Mukhriz assist the poor in Kedah? Remember they voted for the BN in 2013?

4. Penang Island is overcrowded. There's little that can be done to expand the Bayan Lepas International Airport. The proposal for a future northern regional airport be built in Kulim should be favourably considered.

5. The 2nd Penang bridge is a natural linkage to the new airport and the existing Bayan Lepas airport can be converted to housing or for the expansion of the industrial area.

6. I am sorry that I am wrong about the students workshop being held in Putrajaya. Yes, Putrajaya was not built yet at that time.

Thank you.

Zed-85 said...

Saudara Safiai Saad,

Your comment,

3. We do not need debater,bacause the best debate is between Oxford and cambridge. They were witty till the end.We need some one who can deliver and protect the Malays intersest.

My comment,

Politicians are lawmakers. In a democratic country like us, we have the parliament where elected politicians debate policies that would benefit the people.

There are a lot of problems currently faced by the people.

We cannot have a PM with very little words. A PM must have a clear stand about matters of significance to the people.

A government should not outsourced most matters to the consultants to run the country and NGO’s like Perkasa for political millage.

When I was in UK, there were frequent broadcasts of the British parliament where their PM debate matters of importance at the time.

When, I am in JB, there were also broadcast of Singapore PM debate in their Parliament and they are broadcasting regularly to show to their citizens that the government that they had chosen are working hard to come up with the right policies and solutions to the problem faced by their people.

According to the media on June 2014, our PM only attended 26 times in Parliament since he was elected in 2009.

There were policies which had flip-flopped, for instance policy regarding education and now with regard to ISA and sedition.

These are problems that had arised because they are not properly debated in Parliament.

OrangKL said...

Salam Dato'

Betul ke dengan perkhabaran yang saya terima Datuk Seri PM kita akan ke Milan, Itali?

Bukankah dia baru saja balik dari New York?

Ke New York dia bawa isteri sama. Ke Milan ni adakah rombongan isteri akan turut serta?

Alahai....masalah dalam negara bertimbun2 tak selesai. Saya cadangkan DS Najib turunlah melawat bandar raya kuala lumpur ni....sampah merata2. Longkang jalan raya tersumbat. Tebang pokok dan tebas rumput lepas tu berhari2 batang pokok dan rumput kering tak berkutip.

Tolong jangan sesiapa bagitau saya yang itu kerja datuk bandar sebab kalau Tun Dr Mahathir Mohamad waktu jadi PM dulu boleh buat semua tu, tak ada sebab DS Mohd Najib yang jauh lebih muda tak boleh buat.

Tolong juga jangan sesiapa bagitau saya yang Tun Dr M gila kuasa sebab tu dia masuk campur urusan semua orang dan semua jabatan. Tapi kalau dia tak buat macam tu ingat Malaysia boleh terkenal merata dunia? Sampai sekarang pun kalau kita ke luar negara dan sebut Malaysia yang keluar dari mulut foreigner ialah nama Tun Dr M!

A KADIR JASIN said...

Zed-85 and OrangKl,

1. KJ or anybody who aspires to lead and to become PM must be a hands-on person. He (she) must know what he is talking about and, in today's parlance, walk the talk.

2. Mohd Najib has been in power for more than 5 years now. Having observed his administration, I am ever more convinced that he is not a hands-on person. He is more like a committee person, thus the many committees, councils, the Pemandus, the advisers and consultants surrounding him.

3. I don't believe he does a lot of thinking, observing, reading and making decisions. He is even "kekok" (awkward) in public. I witnessed his walkabouts during the Hulu Selangor parliamentary by-election. He spent more time sitting in one Chinese coffee shop than walking about and meeting the waiting rakayt. His wife Rosmah was better at walking about. I told him that was not the way to do a walkabout. Unlike his late father whose walkabout became the hallmark of rakyat-based leadership, Mohd Najib talks about caring for the rakyat but in reality he is elitist and aristocratic.

4. There's no two way about it - he loves overseas traveling. Just before the Budget he spent 9 day in New York. I can't recall any PM or Finance Minister ever behaving in such a way.

5. It does not surprise me if he is roaring to go again. For his wife to be able to use the government jet, it has to be on official duty. But if the PM rides along, even to the fashion capital of the world - Milano - Shahidan Kassim can then tell Parliament that the jet was being used for official trip.

6. Those days, the stock market rallied before and after the Budget. But on the day Mohd Najib presented his Budget the market fell and after the Budget was presented it fell further for two straight days. In the business parlance, we say the market discounted the Budget.

7. That is why I said from day one Mohd Najib became PM in 2009 that he should not continue the practice of the PM also doubling as PM. I think I know Mohd Najib enough since I first met and interview him in 1977 to say all these for the benefit of the younger Malaysians.

Thank you.

James Labu said...

Yg Dihormati Dato'

I think your point 7 should be PM doubling as FM (Finance Minister).

Mungkin perasaan geram masa menulis..hehe.

Maaf.

A KADIR JASIN said...

TK Sdr James Labu. Betul. But I am beyond geram. I am used to provocation.

Masa Tun Dr Mahathir jadi Menteri Kewangan (selepas kali kedua Tun Daim bersara), saya kata hal yang sama iaitu PM jangan pegang Kementerian Kewangan.

Begitu juga bila Pak Lah naik jadi PM.

Jawatan PM dah kucup berat. PM juga pendamai. Bila menteri tak setuju dengan Menteri Kewangan, mereka mengadu kepada PM.

Tapi bila PM jadi Menteri Kewangan, macam mana nak tak setuju dan kepada siapa nak mengadu?

Agaknya pasal itulah diam-diam mereka pergi mengadu kepada Dr Mahathir atau hantar wakil untuk mengadu. Tapi apa yang Dr Mahathir boleh buat?

Mohd Najib kuat super sebab banyak peruntukan disimpan di JPM. Daripada RM50.5 bilion peruntukan pembangunan yang dicadangkan untuk 2015 10, 25% disimpan di JPM.

Terima kasih.

Zaaba Anak Sarawak said...

Tok Kadir,

I am not a fan of KJ. In fact at one point in time, I abhor him and his 4th Floor buddies.

Objectively, I think he has changed, what appears, for the better. Being a politician that he is, I am unsure whether it is for short, medium, or long term.

So far his comments appear to be generally rationale and acceptable. Some are actually quite intelligent for a politicians these days. I am sure he is intelligent as many are but even the intelligent ones tend to make more ludicrous comments now.

His people are doing a reasonably good job in keeping his "new" image cleaner and more people friendly. I have not heard or read any disgustingly negative rumours so far, unlike Pak Lah's time.

It is really unfortunate that UMNO does not have many choices for young leaders. Many appear to have been sidelined because they do not toe the line. More young professionals appear to be attracted to PAS and DAP, not so much PKR.

Sekian.

Joe Black said...

Dato'

Let us give some credit to Najib as PM. He DOES Listen to the people..That is the reason why the GST has been so watered down due to complaints by the rakyat that it might as well not be implemented! He would have gained political ground by announcing that the GST will not be implemented because he understands the people's suffering! Still it is not too late for him to do that.

You forget to mention that he often does the disappearing trick whenever major problems crop up. He will only turn up when his advisers pressure him to read out their statements...Hiding from adversity is the hallmark of a person who never had to face up to difficulties in their life.

Still... I'm sure some of us will still give him credit for his generous freewheeling handouts.

din klang said...

Dato
kita berbincang hal kj dan bukan Najib. Najib is history in the making.

keraguan saya terhadap kj amat tebal kerana sama seperti anwar, dia cuma pandai melontarkan ideologi orang muda nya sahaja namun dari segi perlaksanaan dan pencapaian yang mantap adalah kosong.

contoh nya program di kementerian belia dan sukan. arah belia kita semakin menjajar dan tiada pengisian untuk membentuk mentaliti generasi baru manakala prestasi sukan negara semakin malap. sampai bila kj nak menumpang nyawa politik pada lee cong wei dan nicol david sebagai sandaran kejayaan kementerian nya ?

budak jawa said...

Assalamualaikum Datuk,

Terima kasih menulis isu kepimpinan yang parah di Malaysia sekarang ini. Kerajaan memnag menghadapi krisis kepimpinan di mana rakyat tidak yakin dengan kebolehan dan kejujuran pemimpin semasa dan tidak pula kelihatan calon-calon pemimpin pelapis yang berkelayakan untuk mengganti pemimpin semasa. Kalau tidak, saya percaya kedudukan DS Najib tentunya tidak akan bertahan lama.

Calon paling berkelayakan, TS Muhyidin seolah-olah telah dikambinghitamkan oleh DS Najib sebagai the guardian of Malay people supaya tidak disukai oleh masyarakat bukan Melayu dan tidak mempunyai peluang untuk mengambil alih teraju pemerintahan daripada beliau. TS Muhyidin juga tentunya tidak mahu mengulang peranan beliau di dalam menurunkan Pak Lah dari kerusi Presiden UMNO/Perdana Menteri kerana akan membuatkan beliau kelihatan sebagai bad boy dan mungkin juga menjadi justifikasi beliau diperlakukan sedemikian rupa di masa hadapan.

Saya juga menerima mesej Datuk, supaya masyarakat Melayu lebih bijak dan kritis serta lebih ke depan di dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan bukan sekadar berkata negatif terhadap calon-calon pelapis yang ada walaupun banyak yang boleh diperkatakan kerana akhirnya yang penting adalah, adakah kita mempunyai pilihan pemimpin (seperti yang diadapi sekarang) sekiranya kita sekadar menulis dan mengulas pelbagai isu di alam maya.

Tetapi kalau saya boleh berkongsi dengan Datuk perkara yang mungkin Datuk sendiri sedia ketahui, memang kebanyakan anak muda Melayu kita malah yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan phd kurang bijak walaupun mereka pandai, terutama dalam menilai situasi politik dan merencana tindakan susulan yang sewajarnya. Mereka sangat lemah apatah lagi kalau diminta bersatu.

Saya berdoa mudah-mudahan negara kita dikurniakan pemimpin yang jujur, ikhlas dan amanah serta berkebolehan baik dari kalangan yang belum kelihatan mahupun dari kalangan pelapis semasa. Semoga Allah memberi hidayah kepada pemimpin kita dan bakal penggantinya.

Wallahualam

Budak jawa

Awang said...

Salam dato,

saya tidak bersetuju dgn pandanagan Dato bahawa KJ adalah harapan terbaik mewakili kaum Melayu dlm UMNO. Beliau gagal sama sekali.
1. Beliau gagal sebagai Ketua Pemuda BN/UMNO. Undi anak muda makin merosot.Lihat saya trend PRU yang lepas.
2. Pencapaian sebagai minister - pencapaian sukan makin teruk. Pencapaian kita pada sukan komenwel dan sukan asia baru baru ini menjadi pengukur kegagalan beliau.

Bagi saya, faktor yang paling utama adalah beliau juga tainted dgn isu corruption semasa time pemerintahan Pak Lah. Ini tidak boleh kita terima sama sekali. Malunya bangsa apabila yang corrupt di angkat dan dijulang. Di mana maruah kita sebagai orang Melayu? Adakah ini yang kita ingin ajarkan kepada anak anak kita?

Jadi di mana hebatnya beliau? Kalau setakat masuk askar wataniah ataupun hantar hantar anak sekolah kebangsaan, berlambak orang melayu buat sebegitu. Amatlah malangnya sekiranya orang yang mempunyai rekod yang tidak elok, perangai yang mencurigakan diangkat sebagai pemimpin harapan masa depan orang Melayu. Khalil Gibrain says it best,
"Pity the nation that acclaims the bully as hero".

cari lah orang lain Dato. Mesti ada.

-Awang from Baling-

RD. said...

Terima Kasih Dato.
Banyak pengetahuan saya digest dari posting dan komen balas Dato.

Nampak gayanya, kena buat 'tunjuk perasaan' untuk memberitahu Najib bahawa Rakyat tak berkenan mendapat seorang PM yang sentiasa berada di luar Negara.

msh said...

Salam Dato.

Berat...memang Berat.

Kita bercerita pasal kewibawaan dan kebolehan KJ sebagai ketua...sama ada sebagai Ketua Pemuda atau pun sebagai seorg Menteri.

Dia bercita2 besar dan mahu jadi PM Malaysia....tak kisahlah kalau boleh jadi PM sebelum umur 40 tahun atau pun selepas.

Tetapi.....ramai sekali pembahas yg berpandangan bahawa dia tak sesuai dan juga tak layak sebagai ketua.

Ini berlandaskan banyak fakta...seperti kemenangan jawatan Ketua Pemuda yg mencurigakan dan kemenangan beliau sebagai Ketua Bahagian Rembau pun ada isunya juga....kebolehan menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda....yg sepatutnya menjadi 'pressure group'....cukup lesu....malah bisu langsung dlm banyak hal2 berbangkit....dia cuma retorik sahaja.....sikap liberal yg adakala kelihatan melampau...yg boleh memudaratkan parti......komen2 dari dia yg adakala penuh kontroversi......kerap mempromosikan diri sendiri dari membuat atau menepis segala asakan2 pembangkang terutama Dap terhadap hak2 Melayu.......keakraban beliau dgn tokoh dari Singapura yg banyak isu... sebagai rakan kongsi didlm 'finance house'....dll.

Walau pun semua ini pandangan 'opinion' yg negatif belaka....tetapi sy beranggapan bahawa bagi KJ...ini bukan suatu perkara yg sukar diatasi.....dan cita2 menjadi PM pun bukanlah suatu yg mustahil pula....malah dgn adanya Najib....harapan itu tetap ada.

Jika tidak....bagaimana pula dlm masa yg singkat sahaja...
dia sudah menjadi Ketua Pemuda dan kini menjadi Menteri penuh.

Sy percaya bahawa semua ini terjadi bukan nya kebetulan tanpa perancangan yg teliti dan sistematik tetapi telah dilakukan dgn begitu terancang sekali.

Dia tentunya dpt melihat apa2 kelemahan......dari segi cara dan mekanisma yg telah diamal sekian lama oleh Parti Umno didlm pemilihan Ketua2 Parti...didlm semua peringkat.

Segala sentimen.....perasaan serta emosi akar umbi juga pandangan dan sokongan ketua2 teratas pun diambil kira belaka.

Pendek kata kalau dah berhajat untuk sesuatu....mestilah ada usaha.

Tetapi perkara yg lebih ditekankan ialah 'Sentimen' ahli......emosi dan perasaan akar umbi terhadap seorg ketua dan bagaimana hendak menawan mereka...termasuk lah pengundi2 muda dan tentu hati Naib2 Presiden danTimbalan termasuk Presiden.

Kalau kena dgn cara nya.... semua yg dihajati akan tercapai belaka.

Lagi pun org Melayu yg juga ahli2 Umno ini jarang yg suka berfikir.....jarang yg betul2 kisah dan halusi atau gemar membuat apa2 analisis tentang perwatakan....keperibadian....'track record'....latar belakang...dan sejarah silam sesaorg calon.

Jauh sekali menjadi kritis terhadap mana2 ketua yg tidak berwibawa atau yg perestasi kerja yg lemah.

Ini ditambah lagi seperti kata Tun M... org Melayu mudah lupa ......jadi segala apa2 keburukan ketua... sama ada mempunyai rekod yg kotor.....'kuat belit'.....penuh kontroversi....retorik 'manjang' pun disokong juga.

Lebih2 lagi kalau ada arahan yg tidak rasmi dari Ketua2 yg lagi atas atau dari Presiden sendiri...kira 'allright' saja...malah ketua seperti ini boleh naik mendadak lagi.

Justeru itu....seperti yg Dato berpandangan bahawa....org Melayu mesti kuat berfikr....khususnya yg cerdik pandai...dan juga berani menegur dan perlu kritis terhadap mana2 ketua yg mereka kira tak layak.

Ini tentu nya penting untuk mada depan bangsa dan ugama.

Tetapi nmpak nya..jika ahli2 masih tidak mahu berfikir...tidak berani menegur dan mengambil jln mudah dgn berdiam diri...dan sanggup menerima calon yg lemah...retorik dan bergema kuat seperti tong kosong maka ramailah ketua2 seperti Najib....KJ...Timb PM dan Zahid (kedua2 pun mengambil jln mudah dan diam seribu bahasa) konon2 Umno tiada masalah dan terkawal dibawah Najib.....didlm Parti Umno.

Akhir kata.... org Melayu juga lah yg menanggung azab dari segala apa kelemahan yg dilakukan oleh Ketua2 Parti.....terhasik dari sikap tidak berani menegur...tidak halusi....tidak mahu berfikir dan membuat apa2 analisis didlm memilih ketua.

Terima Kasih.

A KADIR JASIN said...

Saya mohon kita kembali kepada kata kunci posting ini. Perenggan penutupnya berbunyi:

"Suka atau tidak, buat waktu ini yang nampak menonjol di kalangan barisan pelapis Umno ialah Khairy, kecuali kalau dalam masa terdekat ini muncul watak-watak lain yang lebih karismatik, petah dan pintar."

1. Kita boleh pertikai malah kutuk KJ. Itu biasa dalam politik. I think he knows that.

2. Yes, he was tainted during his days as one of the 4th floor boys of the Abdullah era. Is he making amend?

3. Tak mengapa kalau ramai pembahas tak sukakan KJ. Saya pun tak kata saya gilakan beliau.

4. Cuma tolong sebutkan siapa yang boleh tandingi beliau atau, lagi bagus, boleh atasi beliau di kalangan pemimpin muda Umno?

5. Berkenaan PM saya tak perlu ulang. Semalam hari ketiga berturut-turut Bursa jatuh selepas Belanjawan 2015.

6. Berkenaan Muhyiddin ya. Kalau beliau masih komited kepada kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan beliau peduli kelangsungan Umno serta kebajikan orang Melayu, beliau perlu tegakkan badan dan kuatkan semangat.

7. Atau adakah kita, khususnya ahli Umno, cukup berpuas hati dengan keadaan sekarang dan bersedia melihat Umno dan BN lebih terancam pada PRU akan datang?

8. Ya Pakatan Rakyat bergolak, bercakaran. Tapi ingat mereka mempunyai ramai pemimpin muda yang komited dan terpelajar untuk perjuangan masa ini dan masa akan datang.

9. Ya PR bercakaran, tetapi adakah kerana itu pengundi akan lari dari PR dan mengundi BN?

10. Dan adakah kita puas hati dengan keadaan ekonomi, keamanan dan keselamatan negara sekarang?

Wallahuaklam. Terima kasih.

JMS said...

Datuk,

Yes, he's the best..the best among the worst. Hence, still not good enough to be the next PM.

Along the way, one star either from BN or PR will emerge and shine brightly to lead the country.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir bahawa UMNO telah diserang penyakit barah sampai ke usus dan tidak boleh diselamatkan lagi. Kita perlu pasrah dan terima keadaan tersebut.

Untuk meneruskan kelangsungan perjuangan ummat islam-melayu kita perlukan satu badan/organisasi baru yg lebih mampan dan berhalatuju yang jelas... Wallahualam.

wankamarul701 said...

Orang duduk berbahas isu pemimpin masa depan Umno.

Alih-alih pecah pula skandal adik-beradik Hishamuddin 77 juta.

Astaga...

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Apa alasan sekali pun,kita tidak boleh maaf dan lupa kesilapan2 KJ yang lampau kerana kesilapan2 tersebut adalah agenda2 tersirat dan tersurat ' liberal' beliau.. yang menjadi mangsa ialah orang2 Melayu..Hanya pemimpin2 Melayu yang sanggup mengadai dan menjual bangsanya.
We must always remind and keep reminding younger generations of Malays about this kind of leader..Dia mesti di tolak dari sekarang untuk menyelamatkan bangsa Melayu..Ahli UMNO tidak ada te...untuk membuat demikian tetapi pengundi2 Melayu boleh membuat pada PRU nanti terutama di kawasan parlimen Rembau...lebih baik kita mempunyai pemimpin yang kurang pandai dan petak bercakap tetapi cerdik dan sayang bangsanya.Time is with us.. please dont promosi KJ saperti mana yang di buat oleh media massa bukan Melayu.Mereka suka KJ kerana dia adalah pemimpin yang dicari.sebagAi gantian Dato Najib ..

Kawanlama said...

Hanifa dan Tun Mahathir pun amat banyak kekurangan dan kontraversi, apa kurangnya mereka berdua yang diberikan contoh di atas.

Cuba rajin buat research apa yang mereka sumbangkan ketika umur mereka berdua pada masa 38 tahun dan bandingkan dengan KJ ye..

Kawanlama said...

Mengapa mesti terhad kepada mereka yang miskin di Kedah, tidak di Perak, Perlis, Terengganu, Kelantan dan tempat-tempat lain. Adakah kerana anak TunMahathir yang memerintah?
Sebenarnya ramai pemimpin muda lain seperti MB di Perak, Melaka, Johor, N9 dan Terengganu..kenapa dipusatkan kepada mereka berdua..

Kawanlama said...

Market turun atas fakta ekonomi dunia yang tidak begitu baik secara keseluruhan bukan fakta bajet negara.

Kawanlama said...

Banyak TunMahathir boleh buat Dato buat tak tahu pula

Kawanlama said...

Absolutely right, good comments.

Kawanlama said...

Saudara tidak sedar yang maruah dan bangsa Melayu telah lama tergadai?

Kawanlama said...

AsSlm Dato'

Saya juga setuju agar PM tidak memegang jawatan menteri kewangan...

Elok juga im PM tidak dak memegang jawatan Menteri Pelajaran. Justeru itu kalau masalah serius berbangkit dalam sistem pelajaran negara seperti soalan bocor dll, beliau tidak perlu secara langsung dibebankan dengan tanggungjawab...biasa kalau begitu serius masalahnya 'menteri pelajaran' harus letak jawatan..

batu giling said...

awang batuburuk,

Anda tidak realistik dengan politik semasa dan masih berkempen memburokkan UMNO.Bukankah telah terbukti sejak merdeka lagi parti UMNO telah menjadi parti tunjsng orang Melayu dan telah dapat menyatukan semua rakyat Malaysia.Apa kah ada parti/badan/organisasi lain yang pernah menabur bakti pada negara ini ?.Terdekat mungkin parti Pas dan PKR Sayang dua dua parti ini tidak berguna penuh dengan pernasaalahan dalaman parti membuatkan kedua parto oni tidak akan menjadi relevan.Wallahwualam.

Rakyat biasa said...

Good Evening Dato',

I thought KJ would will do well in Sports given his enthusiasm. FAM has gone nowhere and now it appears Sports in general is spiralling out of control. With no results to deliver, another tin kosong in the making?

Haikal Hakimi said...

Salam Dato AKJ dan para komentar,

KJ rasanya takkan fikir utk jadi Timbalan kerana beliau menyedari jawatan tersebut bkn "stepping stone" utk jd PM. KJ lebih dambakan jawatan Naib Presiden dan selepas itu akan bertindak 'langgar' Presiden pd pemilihan parti bila tiba masa yg sesuai.

KJ pencatur politik yg bijak, liberal dan flexible..lebih kurang Anwar gaya politiknya cuma ada advantage dr Ketua Umum PKR itu disebabkan KJ lebih "straight" dr segi sexual orientednya. Dr segi sokongan akar umbi khususnya Pemuda, KJ ada solid support..mrk ini yg akan menjadi bala tentera KJ..Sokongan bkn sekadar parti malah KJ ada foundation kukuh di luar parti. Penampilannya yg less protocol, eksploitasi media sosial, trendy amat diminati golongan muda yg tidak terlalu bertumpu kpd hal ehwal politik negara.

KJ juga tidak seperti Menteri-menteri lain yg terlalu dangkal dalam memberi kenyataan ttg sesuatu isu..KJ bijak memilih isu utk diulas bagi mengurangkan dirinya dijadikan sasaran samada dr golongan penyokong UMNO ataupun PR. KJ ada hubungan baik dengan kepimpinan partinya sendiri mahupun kepimpinan PR yg membolehkan beliau diterima ramai.

Yg menariknya KJ tak expose famlinya sptmana Pak Najib harini sehingga diusung anak beliau ke kawasan majoriti Cina semata-mata anak beliau boleh berbahasa Mandarin dan kononnya dpt menarik minat mrk utk sokong BN. Strategi apakah ini?? Kekurangan beliau dr sudut ilmu agama pula dapat ditampung dgn menjadikan Ustaz Fathul Bari sbg 'suara' beliau dalam menangani sbrg isu berkaitan Islam.

Saya setuju dgn kenyataan DAKJ bahawa pelantikan KJ sbg Menteri Belia dan Sukan memberi kelebihan politik yg luas kpd KJ. KJ sedar portfolio Belia dan Sukan membolehkan beliau membina populariti brbnding reputasinya sendiri termasuk kelebihan dr segi kewangan spt dinyatakan DAKJ bhw KBS mdnpt peruntukan yg tinggi.

Wlupun KJ ada karakter yg menarik untuk membolehkan beliau menjadi PM kelak namun saya berpendapat KJ bknlah pemimpin yg sesuai utk jawatan berkenaan. Atas faktor berikut :-

1) Beliau berfahaman 'liberal';
2) Peranan KJ semasa era pemerintahan Pak Lah yg menyebabkan amalan 'keterbukaan' merubah landskap poliik negara;
3) Pemimpin No.1 perlu memikirkan rakyat bkn kepentingan peribadi. KJ akan lakukan apa shj demi cita-cita peribadinya (lebih kurang Anwar)
4. KJ seakan tidak menghormati Insitusi Raja. (Kritikan terhadap Sultan Pahang dlm isu pentadbiran FAM, isu pemilihan Ketua Pemuda di negeri kelahiran PM dan terbaru gmbr menendang tiang bendera di stadium - memerli TMJ).
5. Gagal memperkasa Pemuda UMNO malah pergerakan itu semakin lesu.

Wallahualam..



About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).