Saturday, November 21, 2015

Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya


A Kadir Jasin
RAMAI warga Internet anggap bahas seorang diri Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, (Encik) Arul Kanda Kandasamy (AKK), pada 11 November lalu sebagai auta.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Cerita ini panjang dan saya cuba kisahkan dalam bahasa dan cara paling mudah dengan harapan pembaca yang kurang faham hal perniagaan boleh faham.

Mula-mula sekali, saya tak akan ikut tuduh AKK auta pasal apa yang auta kepada sesetengah warga Internet mungkin kebenaran mutakhir kepada ramai ahli dan penyokong Umno.

Tapi saya percaya ramai juga ahli dan penyokong Umno yang tak percaya. Agaknya kerana itulah makin ramai yang gesa Presiden merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, letak jawatan.


Ahli dan pemimpin Umno khusuk dengar AKK
Saya ajak para pembahas dan pembaca pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita kena ingat, ceramah korporat AKK itu ditujukan khusus kepada orang yang tak faham hal perniagaan korporat dan kewangan canggih.

2. Janganlah kita pandang rendah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT yang tak faham “high finance” (kewangan canggih) dan tak tahu apa bendanya bon dan sukuk, saham dan derivatives, kewangan luar pantai dan mengubahan wang haram (money laundering).

3. Orang lulus universiti pun tak tahu kalau mereka tak belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan perniagaan korporat.

4. AKK tahu, orang yang belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan korporat pun kalau mereka tak amal kewangan, perancangan korporat dan perakaunan tak akan faham kaedah-kaedah pembiayaan yang 1MDB amalkan. Jadi dia boleh berdolak-dalik, selindung di sebalik jargon dan retorik untuk kabui mata orang ramai.

5. AKK hanya boleh bercakap mengenai ringgit dan sen dan bertanggungjawab ke atas 1MDB hanya apabila dilantik jadi Presiden dan PUK 1MDB pada 5 Januari lalu. Itu pun dia terpaksa mengaku siasatan ke atas 1MDB telah dedahkan masalah pentadbiran. Sama ada ada unsur jenayah atau tidak itu bukan kuasa AKK untuk tentukan.

6. Dia tak berhak dan tak berkedudukan untuk cakap mengenai “politik” 1MDB. Dalam hal 1MDB ini, politik lebih penting daripada perniagaan dan yang boleh jawab atau wajib jawab adalah Perdana Menteri tapi dia tak jawab.

7. 1MDB adalah permainan korporat (corporate play) Mohd Najib. Dialah yang ubah Terengganu Investment Authority (TIA) jadi 1MDB pada tahun 2009.

8. Kisahan popular (popular narrative) mengenai 1MBD di kalangan ahli Umno adalah ia ditubuhkan untuk mencari dana bagi membiayai Umno, khususnya masa pilihan raya.

9. Jalan cerita ini mula disedari dan jadi terkenal apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku (asalnya Teuku) Adnan Mansor beberapa bulan lalu sifatkan 1MDB sebagai angsa bertelur emas. Ikut cerita itu, Mohd Najib tak mahu Umno dan Barisan Nasional bergantung kepada derma korporat untuk biayai parti dan kempen pilihan raya. Kononnya dia tidak mahu bergantung dan seterusnya terhutang budi kepada tauke Cina, Melayu dan India.

10. Yang jadi masalah 1MDB adalah syarikat milik negara, dibiayai oleh dana pembayar cukai dan sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ia bukan syarikat milik Umno macam Utusan Melayu Berhad atau syarikat wakilan (proxy) macam Media Prima Berhad.

11. Ini saja sudah cukup untuk buktikan kepada orang ramai yang faham undang-undang iaitu penubuhan 1MDB dengan tujuan buat duit untuk Umno dan Barisan Nasional adalah melanggar undang-undang.

12. Malah  “derma” yang dilabelkan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu pun bercanggah dengan prinsip kerana 1MDB tak buat untung manakala kerugian dan hutangnya yang sangat besar. Bagi tahun perniagaan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB rugi RM665.36 juta dengan hutang lebih RM42 bilion.

13. Cara 1MDB berniaga pula banyak tak tepati piawaian dan peraturan bersabit perakaunan dan kewangan seperti yang dah didedahkan oleh Bank Negara berkaitan penghantaran modalnya ke luar negara. Tugas AKK adalah halalkan yang haram dan sahkan yang salah.

14. Kalau 1MDB sebuah perniagaan biasa dan berurus niaga ikut lunas-lunas korporat, ia tentulah tak alami kesukaran untuk mengaudit akaunnya. Tetapi boleh dikatakan setiap tahun 1MDB terlewat serah akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa kali tukar juruaudit luarnya. Untuk tahun kewangan 2014/15, 1MDB masih belum hantar laporan kepada SSM dan terpaksa minta tangguh enam bulan.

15. Kisahan yang kata Mohd Najib tak guna duit negara untuk kepentingan sendiri bukanlah hujah pembelaan diri. Dalam undang-undang jenayah, niat yang baik tak halalkan cara yang salah. Maksudnya, walaupun tujuan Mohd Najib betul tapi cara yang dia guna salah maka dia tetap salah.

16. Dolak-dalik berkenaan siasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB dan sebuah lagi syarikat Kementerian Kewangan bernama SRC International kukuhkan lagi syak wasangka bahawa ada banyak perbuatan salah yang nak disembunyi.

17. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi (AZH) dilapor berkata lima orang yang dikehendaki berkaitan penyiasatan1MDB/SRC International tak dapat dikesan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Kita terkejut pasal kita tak dengar pula Malaysia minta Interpol kesan watak-watak ini. (Nik Faizal Nik Ariff Kamil, (Datuk) Suboh Mohd Yassin, Jho Low, Casey Tang dan Jasmine Loo). Yang kita tahu adalah Malaysia minta Interpol tangkap Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report, tapi ditolak oleh Interpol.

18. Maaf cakaplah kalau saya kata, sekiranya AZH nak yakinkan khalayak Umno, Felda dan PPRT berkenaan watak-watak tersebut, boleh jadi lebih masuk akal kalau dia kata, lima orang itu tak boleh dikesan pasal kena sembunyi orang bunian.

19. Yang banyak orang dah tahu ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dah “berjumpa” dengan sesetengah atau semua watak-watak yang AZH rujuk itu. Malah seorang wakil Jho Low kata, tauke Cina Malaysia dari Pulau Pinang itu terus berhubung dengan SPRM. Nampak macam AZH tak berapa tahu atau cuba kelam-kabutkan lagi keadaan.

20. Yang kita tahu, SPRM dah jumpa dengan peguam Nik Faisal (cucu Allahyarham Tan Sri Nik Kamil, bekas Speaker Dawan Rakyat) tapi dia hanya sekadar bagi kenyataan bertulis dan enggan disoal siasat. Kalau betul maka jalan ceritanya samalah dengan apa yang dikatakan oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali dalam temu ramah dengan Malaysian Insider iaitu bagi kenyataan bukan soal siasat.

21. Kenyataan Mohamed Apandi dan apa yang kita dengar terjadi dalam pertemuan SPRM dengan Nik Faisal bagi gambaran bahawa watak-watak itu sedang diajar (coach) oleh orang tertentu untuk buat kenyataan yang serupa (corraborative statement) mengenai apa yang sedang disiasat. Tak susah nak teka siapa dia.

22. Namun saya yakin tak semua watak-watak yang dikehendaki itu, misalnya Jho Low, Tang dan Loo, sanggup jadi kambing korban semata-mata untuk selamatkan Mohd Najib. Mereka tentu sedar yang Mohd Najib tak akan berkuasa selama-lamanya sedangkan mereka sendiri masih muda dan hanyalah pelakon tambahan dalam drama 1MDB.

23. Saya berpegang kepada kesimpulan saya sebelum ini iaitu kalau Mohd Najib tak buat salah dan nak bersihkan namanya, dia patut arah Mohamed Apandi bawa kes SRC International ke mahkamah. Di sana dia boleh buktikan dia tak bersalah dan dianiaya. Lepas itu dia boleh saman semua orang yang aniaya dia.

24. Dia dan peguam-peguam dia kena berhenti berdolak-dalik berkenaan ancaman nak saman surat khabar Amerika, Wall Street Journal (WSJ). Dolak-dalik mereka hanya kukuhkan andaian mereka takut nak sanggah dakwaan WSJ.

25. Rasa-rasanya Mohd Najib termasuk perangkap sendiri bila dia ancam saman WSJ. Tujuan awal dia nak tunjuk berani kepada khalayak di Malaysia, kononnya dia tak bersalah dan apa yang WSJ lapor itu bohong dan fitnah semata-mata.

26. Sekarang dia tersepit. Kalau dia teruskan saman, boleh jadi lebih banyak rahsia akan keluar. Tapi yang dia paling takut ialah kedudukan anak tirinya, Riza Abdul Aziz, yang menetap di Amerika. Riza adalah anak (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Masor dengan suami pertamanya. Mohd Najib juga tentu takut Jho Low pecah di mulut. Besar kemungkinan SWJ akan sepina Riza dan Jho Low sebagai saksi.

27. Di gelanggang politik pula, Mohd Najib terus dicaci dan dihina. Dalam parti akar umbi seperti Umno, peranan cawangan sangat penting. Tindakan terbuka beberapa buah cawangan gesa Mohd Najib letak jawatan PM dan Presiden parti adalah cacian dan penghinaan yang sangat teruk.

Nota Kaki: Puan Puti Seno adalah gelaran anugerah tertinggi suku Minangkabau Sumatra yang beliau terima tahun lalu iaitu “Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang”.

Wallahuaklam.


30 comments:

drMpower said...

Datuk lebih faham dari ramai orang yang menjaja cerita tak logik pertahan perkara yang tidak boleh dipertahan lagi.

tapi saya fikir cerita dana duit UMNO satu helah yang bijak. yakni ianya satu cara untuk consolidate sokongan. dengan helah ini presiden dapat kumpulkan seluruh 'sokongan' UMNO dengan harapan semuanya takut kalau 'angsa emas dibunoh'

tapi alhamdulillah masih ramai ahli UMNO yang berpegang teguh kepada 'Untuk AGAMA bangsa dan Negara'

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Pemimpin umno bahagian dan ke atasnya bukan dipilih oleh akar umbi secara langsung. Hanya ketua cawangan dipilih oleh akar umbi. Apabila ketua cawangan buat sidang media gesa preaiden letak jawatan, itulah suara akar umbi. Itu bukan suara ketua cawangan tapi suara ahli dalam cawangan berkenaan. Bila ketua bahagian membuat penafian, itu adalah suara ketua bahagian. Mandat ketua bahagian adalah dari perwakilan, bukan daripada akar umbi. Melucukan bila ketua bahagian dianggap mewakili akar umbi.

Sekarang ada bahagian yang kononnya sedang mengemaskini rekod pengundi dalam bahagian melalui panggilan telefon. Mereka mendapatkan nombor telefon dari pangkalan data telekomunikasi, sama ada secara sah atau haram tidak dapat dipastikan. Nombor yang telah sekian lama tidak digunakan oleh penama pun tercatat dalam data yang mereka gunakan. Maka banyaklah panggilan yang dibuat kepada pihak yang salah kerana nombor telah bertukar pengguna. Lucunya kerana tugas tersebut dilaksanakan oleh cawangan yang derhadapan dengan akar umbi tetapi dibuat oleh bahagian. Lebih lucu bila ketua cawangan pun menerima panggilan untuk pengesahan. Agaknya bahagian tidak buat penfkelasan untuk pemegang jawatan di cawangan. Demikianlah sedikit sebanyak cara umno bekerja.

Maka apabila akk beri taklimat sehala, tidak diketahui siapa audien yang dijemput sebenarnya. Jika ketua cawangan dijemput, hanya ketua cawangan yang terpilih menerima jemputan. Mungkin itu juga salah satu sebab cawangan buat sidang media. Alang2 dah diketepikan oleh ketua bahagian yang semestinya penyokong presiden cash is king, biarlah seluruh dunia tahu bahawa akar umbi juga tidak menyokong presiden yang auta dan dibayangi kumpulan pengauta.

Pakcik Atan said...

kesemua 27 juta rakyat Malaysia sudah amat maklum dengan kemelut Najib dan 1mdb nya serta derma 2.6b tersebut.
cuma 3 juta rakyat Malaysia merangkap ahli umno yang masih di buai mimpi dengan hikayat 1001 malam presiden mereka itu.... teruskan khayalan mu walaupun bangsa agama dan tanah air menjadi korban.

zari said...

Yalah tu. Konar lagi konar lagi datuk. Org dah faham dah. Its only a tangible liability lah datuk.

Suka sama suka said...

Datuk. baru lah saya faham cerita se-benarnya selama ini. terima kasih datuk kerana menulis dengan begitu ringkas. suka dengar cerita ini.

Zalman A said...


Salam Datuk,

In an article that is now over one year old, a certain A. H. Manaf questioned the Auditor-General (Tan Sri Ambrin Buang) for saying that he did not audit 1MDB (at that stage), on the basis that their accounts had already been audited by one of the "Big Four", and that it was a "very laborious task" to audit a firm.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/1mdb-in-financial-distress-a.h.-manaf

About 4 months later, he contributed this:

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/1mdb-in-financial-distress-a.h.-manaf

His points are all sound, and have all (of course) been ignored, as have many equally valid and sound questions from many other concerned Malaysians:

http://kadirjasin.blogspot.my/2015/05/soalan-penyiasat-1mdb-wajib-tanya.html

(You will notice, Datuk, that the answers to some of your 20 questions have become slightly clearer since you first posted this article on 16th May this year. But the new answers do not reflect well on 1MDB.)

In essence, the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone needs 10 parties to declare him "clean" after the 1MDB and donation fiascos.

Five are local bodies, five are overseas.

The five local ones are the Auditor-General, the PAC, the MACC, PDRM, and BNM.

The Mappadulung is very confident that he will receive his personal halal certificate from all five soon.

Of the five, we have only BNM's result thus far (the Auditor-General's interim report was not released to the public). And they have most certainly NOT cleared 1MDB. The Attorney-General may have refused to prosecute twice, but it is crystal clear that BNM believes that lies were told in order to secure approvals. The magic number of 1.83 billion is not a co-incidence; it only underlines that the alleged trail of the Petrosaudi deception is actually fact, rather than fiction.

Hence thus far, the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has one of five bodies already AGAINST declaring him clean. (I say "him" rather than "1MDB", because no-one has challenged the fact that he was aware of all major 1MDB transactions, and approved them. That is what 1MDB's Memorandum and Articles of Association state, in plain black and white - 1MDB needs the prime minister's written approval for any deals.)

PDRM now say they will wait and follow the Auditor-General's lead (strange, as they also have a commercial crime unit, and numerous police reports have been lodged. Why no action?) Assuming that the Auditor-General very carefully keeps his audit non-forensic, it may be possible to avoid seeing any elephants in the room. Hence, Mappadulung should be OK-ed by the Auditor-General and hence PDRM.

That leaves the PAC and MACC.

(cont'd in part 2)

Zalman A said...


(Part 2)

I share your fear that Nik Faisal & Suboh Yassin would have been coached in these 4 months of hiding, or even better, their statements would have been drafted on their behalf. They just had to sign them. But remember that the MACC arrested 5 people before the hasty "Ops Kekal Mappadulung" to disrupt their probe; hence, they are already aware of some things. That is why the Attorney-General, (perhaps) holding the signed pre-drafted statements of Nik Faisal & Suboh Yassin, is not on the same page as TS Abu Kassim of the MACC:

"As stated by MACC on Oct 13, 2015, MACC is aiming to complete the probe in the SRC international case before the end of the year, on condition it gets access to two SRC International directors, key witnesses who are still overseas, to record their statements," Abu Kassim said.

Yet, the Attorney-General claims these statements have already been recorded. In any case, he has no power whatsoever to order the MACC to complete the probe to an artificial deadline, as the MACC rightly retorted.

Anyway, time to eat.

Now it seems the phrase "cari makan" must be given a literal translation, so it's now "looking for lunch".

How many hungry people we have! It seems more than 90% of the people "investigating" 1MDB are "looking for lunch". All those hungry tummies rumbling together may eventually drown the protests of the rakyat.

So my advice to the PAC is to invite these people to your lunch table:

a) T S Zeti of BNM

b) Datuk Mohd Bakke Salleh

c) Tan Sri Azlan Mohd Zainol

They will all have quite interesting things to contribute to the mealtime conversation.

Of course if the new PAC chief (who, for some reason, cannot see a reason to summon Jho Low or the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) refuses to call any of these 3 people to the PAC hearings, we will ask why.

Perhaps he has been "looking for lunch" so long that his blood sugar level has dropped dangerously, and he is confused?

The five overseas bodies - in Switzerland, USA, UK, Singapore and HK - may already be "kenyang" on Swiss fondue, Philadelphia cheesesteak, Yorkshire pudding, Hainanese chicken rice and dim sum. If they are kenyang, then they will not need to "cari makan" at all.

That could be a very big problem indeed for the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, who always prefers to surround himself with "looking for lunch" companions.

Zalman A said...


Beg pardon, I have posted the link to A H Manaf wrongly.

It should be (for November 2014 article):

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-skip-1mdb-a-letter-to-the-auditor-general-ah-manaf

The second link is correct.

Thank you.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Sekali lagi dalam tulihsan hang, jenuh hang lontag aidia ('ide'-basa Indonesia) yg secara sengaja atau tak langsong milik nilai 'truism' atau 'tautology' yg buat aku suka nak sembang. Kali ni hubongan hilangnya perasaan 'malu' yg bawak pada 'hina' (poin hang no.27).

Ibnu Hibban juga bincang pekara ni- aku potong dan lekat kat sini:

“Sesungguhnya seseorang apabila bertambah kuat rasa malunya maka ia akan melindungi kehormatannya, mengubur dalam-dalam kejelekannya, dan menyebarkan kebaikan-kebaikannya. Siapa yang hilang rasa malunya, pasti hilang pula kebahagiaannya; siapa yang hilang kebahagiaannya, pasti akan hina dan dibenci oleh manusia; siapa yang dibenci manusia pasti ia akan disakiti; ....Tidak ada obat bagi orang yang tidak memiliki rasa malu; tidak ada rasa malu bagi orang yang tidak memiliki sifat setia; dan tidak ada kesetiaan bagi orang yang tidak memiliki kawan. Siapa yang sedikit rasa malunya, ia akan berbuat sekehendaknya dan berucap apa saja yang disukainya.”

Aku nak ulang sekali lagi '...orang yg tidak meiliki rasa malu...pasti akan di hina dan dibenci...'

Bersandagkan hujjah di ataih, selarilah pahaman kita bahawa orang yg perangai atau bekelakuan dgn tak dak rasa malu (dan ada jugak hadith Rosulullah S.A.W.) akan mendapat kehinaan.'[pustakaimamsyafii.com :"MALU, AKHLAK ISLAM"]

Dlm keh ni, macamana pulak kalu orang macam tu, setakat ni, tak lut atau tak tekesan dgn 'kehinaan', bukan saja dari orang2 dlm negeri tapi jugak orang luag negeri ...aku paham depa tak kering duit lagi ('money is king' kan..?) dan kerana tu munkin banyak lagi 'penyokong'....tapi munkin ada jugak unsog lain, disebalik tu.

Jadi mintak mangap Kadiag, aku tau ramai orang yg kenai hang, dan hang pon kenai depa, munkin ada pakag dlm bidang kesihatan mental ka, bidang saikologi ka yg bulih bagi 'input' sikit dlm hai ni...dan hang tulong habag mai apa depa pulak kata.

Terima kasih, wa sallam.
Aku

Ghab said...

First, an accountant I'am not. As I understand it, 1MDB borrowed 42 billion through financial model of various transactions from the third party of the obscured financiers.

They have established the cardinal terms of conditions which are, high financial consultant fees and higher rate of interest than the institutionalized banks offer. Above all, the architect of the financial "scam" is the chief of the "hidden hand."

Assume the yearly interest charge, the rate is 5%. Meaning which, just the interest alone, 1MDB has to pay the sum amount of 2.1 billion a year. The last 5 years 1MDB supposedly had paid the interest of "10.5 billion."

As recorded the interest payments and other entries, termed as the "financial cost" with total of 5.8 billion. Interest payment paid of year 2012-2013 was 1.6 billion and 2013-2014 was 2.4 billion. And the balance was paid to businesses of doing business.

The overall total interest payment is "10.5 billion" minus 5.8 billion is equaled to the outstanding of "4.7 billion" not paid. Itu baru bunga saja, belum pokoknya lagi.

Is this Arul's rationalized program? Time will tell how this interest payment exercise would end. What is left for 1MDB's assets and equity throughout the interest payment saga, only the Devil knows.

The scheme to sell off Edra through international biddings is another of 1MDB's concealment.

I believe and there is no two ways about it, fraudulent and malpractice already occurred. The fact is, someone has pocketed huge sum of money from the borrowed 42 billion. In mind, 1MDB has yet to earn its first penny from all the efforts of "doing business."

1MDB's bad debt cash-flow is an ongoing exercise to be reconstructed so that it looks good and accurate. In reality, the actual transaction of 1MDM's T-Account is still in a holy mess.

Selling off Edra, national asset, is a mean to recover back some of the exhausted money. Arul calls it "the rationalization program", one would ask, to rationalize what? It is to rationalize the pocketed money. Every Tom, Dick and Harry can see that. Even the blinds can hear that.

Arul said to 'match up'!....the bad dept cash-flow? He must be kidding or out of his flickering mind. Everybody knows the rationalized exercise is going to be a manipulation of 1MDB's record of book-keepings and its T-Account entries in order to show forth a sound balance sheet.

As for TNB, forget it! TNB cannot afford to bid and plus it will appear as a government bail out. It won't be a surprise, the prerequisite has been prearranged for foreign bidders to win the bid. That's why foreigners are permitted to hold 100% equity.

Therefore, the call for the international tender is another whitewash and hokey-pokey exercise. This exercise is could be an act of betrayal and treason to the nation because the sovereignty of National assets (energy and land) are soon going to be in the hands of foreigners.

The economy colonization is in the making with permission and endorsement by the "Architect".

In the nut shell, it has something to do with, in relation to the emergence of Malaysia and Trans-Pacific Partnership's (TPP). Malaysia Inc is in partnership.

msh said...

Salam Dato.

Tidak dinafikan akar umbi dan dan Ketua2 Cawangan Parti memang penting...sebab mereka majority.
Tetapi disebabkan mereka kurang cerdik..mereka dgn senang diperkudakan oleh Ketua2 Bahagian (yg telah mndpt habuan dari ketua tertinggi Parti) untuk berterusan menyokong President Parti.

Tetapi Alhamdulliah kerana masih ada yg cerdik dan berani menentang ..cuma bilangannya sekadar 'celah gigi' sahaja.

Inilah sikap atau pendirian sebenar org2 Melayu bila berhadapan dgn isu2 besar sama ada didlm kehidupan harian atau pun berpolitik ...hingga tidak lagi mahu mengguna akal untuk berfikir sejenak walau pun dlm bab pemilihan ketua...kerana tidak dpt melihat akan impak yg berkaku jika tersalah pilih.

Betulah seperti yg selalu diperkatakan tentang bangsa Melayu ini..terlalu 'simple'...tidak kisah dan takut untuk bersuara walau pun tidak setuju. Mereka tidak mahu dilabel sbgai 'rebel' atau 'pengacau' jika menongkah arus .. langsung terus mengambil jln mudah dgn berdiam diri dan 'just follow the leader'.

Budaya begini memang bahaya. Kerana ini juga yg telah menyebabkan bangsa menjadi lemah dan berpecah belah seperti yg telah terjadi kini.

Bagi yg tahu tentang kebenaran dan berakal pula ..ramai yg telah disogok hingga terus jadi bisu dan tuli.

Hmmmm....apa nak jadi dgn org Melayu... "Nak kata bodoh.. ramai yg berkelulusan tinggi dari dlm dan luar negara....Nak kata cerdik pula...pun tak boleh juga sebab ketua yg penuh kontroversi serupa 'penyamun' pun sanggup disokong.

Apa yg mereka faham dgn slogan "Demi Bangsa....Negara dan Ugama.." pun sy jàdi keliru.

Quantum Metal Consultant said...

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya ke mana?

Sepandai pandai anwar, la dok tang mana...

Adakah Najib so special dengan hukum karma ini...
Yes, kalau dia tak bersalah...
No, dia akan jumpa juga buku dengan ruasnya dalam penghinaan yang lebih dasyat...

Kita kena yakin dengan undang undang Maha Pencipta dan normal untuk kita ragui AG...

adion said...

Pagi meeting dgn Najib.. petang obama jumpa bersih 4.0 yg menuntut najib turun......soal maruah boleh diketepikankan bila obama setuju main golf di hujung tahun ini.... beginikah rendahnya tahap pemimpin no.1 Malaysia ? malu saya....

Zalman A said...


"Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi (AZH) dilapor berkata lima orang yang dikehendaki berkaitan penyiasatan1MDB/SRC International tak dapat dikesan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Kita terkejut pasal kita tak dengar pula Malaysia minta Interpol kesan watak-watak ini. (Nik Faizal Nik Ariff Kamil, (Datuk) Suboh Mohd Yassin, Jho Low, Casey Tang dan Jasmine Loo). Yang kita tahu adalah Malaysia minta Interpol tangkap Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report, tapi ditolak oleh Interpol. "

Also see:

http://www.rausyanfikir.com/2015/09/bagaimana-auta-skandal-1mdb-akan.html

The case of Jasmine is a curious one.

She is one of two people whom BNM issued "Wanted" posters for earlier this year (Casey Tang is the other.)

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0302_seen.htm

http://english.astroawani.com/malaysia-news/two-former-1mdb-directors-wanted-bank-negara-67033

The police, who applied and failed twice to get Clare Rewcastle Brown on the Interpol Red List (the head of Interpol was clearly irritated by the application, if you read his letter of rejection), have made no effort to assist BNM when it comes to the five "Missing In Action" persons - Nik Faizal, Suboh Yassin, Jho Low, Casey Tang and Jasmine.

The New York Times has revealed that its journalists have tracked down Jasmine to an apartment in East 22nd Street, New York, purchased in 2014 for an impressive US$4.5 million. She is not in hiding. Neither is Jho Low.

Why has no effort been made to get Interpol or the FBI to co-operate in bringing her in for questioning?

Why has BNM lost interest? How does a suspect suddenly stop being a suspect? Can TS Zeti explain? Or was the connection of these two people in the initial BNM report that was swept under the carpet twice?

Has BNM given up its legal efforts to recover the 1.83 billion the moment AKK said "we have spent it all"?

In that case, BNM is failing the rakyat.

zainal abidin awang kechik said...

Salam Tok..
Di malaysia NI mamaki caci perminpin Ada makanan ahli Politik Kita tok..
Manusia Selalu TERLUPA yang Kita semuanya Di jadikan oleh Allah swt.. Jadikan Kita sama tarap.. Kanda ke daim ke megat ke Najib ke .. Semuanya makluk yang tak sempurna..

Yang Najib pun satu jenis manusia "senyap itu emas "
Yang RAKYAT bawah hanyun Najib kiri kanan
Yang umno duduk diam membisu
Yang pas sibuk cari Jalan nak masuk syurga
Yang dap sibuk kumpul harta
Yang anwar bermula kehidupan kedua

Saya melihat dan yakin Najib NI akan terus jadi KETUA Negara Malaysia dengan hanya DIA satu jenih manusia yang luar biasa.. Lagi kena hayun lagi tu Dia Tidur lena...

Salam kepada Sahabat ku Dato Kadir Jasin
Nak mintak Tok masa nak jemput Anak berkhatan
Tok bagi saya masa saya nak buat kenduri

Salam

msh said...

Salam Dato.

Zahid cukup kuat buat cerita...tapi sebenarnya 'retorik'...atau penuh glembong.. atau seperti kata Anina pd Najib.."kuat kenchin".

Dua2 serupa.

....'Last2'...dia buat diam saja.

Cuba kitas imbas kembali cerita2 yg dia telah buat atau reka2.

# Syiah gred A dan Gred B..,masa dia nak
hentam Sabu.

# Org tua yg nak tumbang keajaan yg akan bertemu PM tapi tidak muncul2. Cerita direka2 semasa dia buat komen yg ada gerakan nak tumbang keajaan.

# Tok Arab penderma RM2.6m yg dia kenal dan berjumpa.

# Cerita tentang kesungguhan KDN mahu banteras judi atau 'slot machines' secara besar2an....2 tahun lepas.

# kini pasal 5 org yg dikehendaki.. Telah hilang dan tidak dapat dikesan Olen Interpol.

Dll.

Justeru itu... Apa yg boleh kita harap dari dia?
Boleh percayakah lagi dgn apa yg dia cakap?

Org ini serupa saja dgn Anwar bila bercakap....memang Kaki Glembong.

Mungkin juga dia berfikiran rakyat semuanya bodoh belaka dan mudah dikenchingkan ..kerana ITU sebenar sifat dia sebenar.

Dlm topik Dato yg lepas pun kita sudah bercakap pasal dia dan ekonomi negara...hampas belaka kesimpulan ramai pembahas tentang dia.
Ingin sy ulangi apa kata seorg pembahas tentang Zahid...." Fast cars & superbikes"..dia faham lah...pasal ekonomi dan pentadbiran?...Tok sah dok cakap apa2 dgn dia.

Mmpak gaya lagi lingkup Negara dgn 2 Kaki Glembong pemerintahan.

Bila kah nak cerdik org2 Melayu dlm pemilihan ketua2 ?

Terima kasih.

Sakit hati sakit jiwa said...

Dato, saya percaya ramai pembesar umno paham tapi dek jawatan dan wang sanggup mereka mengkhianati parti dan bangsa. Mana nilai moral dan keimanan mereka? Mereka juga tahu undi tak percaya disandiwarakan pembangkang agar pru14 nanti kerusi BN akan banyak hilang...

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Saya rasa tak baik Dato’ suka merendah-rendahkan orang lain yg katanya bila tak belajar ekonomi, tak reti tengok akaun. Saya masa belajar dulu memang ambil pure science tapi sekurang-kurangnya Input output GST tax saya buat sendiri. Borang CP03 pun saya hantar ke kastam sendiri.

Juga draf akaun perdagangan untuk tengok untung kasar dan akaun untung rugi untuk nak tengok untung bersih pun saya buat sendiri. Kunci kira-kira utk nak tengok aliran tunai dan aset pun saya buat sendiri. Bukannya apa, murahlah sikit bila disahkan oleh accountant nanti. Nak jimatlah katakan.

Berbalik kepada 1MDB, derma 2.6 Billion dan cerita SRC tu serta penerangan AKK, ahli UMNO akar umbi majoritinya dah tahu UMNO dan BN akan kalah pada PRU 14 nanti. Malunya saya rasa kerana sebagai akar umbi hingusan, yg cuba mempertahankan kepimpinan UMNO selama ini dari serangan lawan, rupa-rupanya telah dikianati tanpa kami mengetahui pun. Kami redho jika itulah ketentuan yg terbaik untuk memulihkan UMNO. Tiada gunanya memperjuangkan UMNO lagi jika diharapkan pagar, pagar makan padi.

Pengakuan Shahril Samat tentang ‘derma politik’ tanpa segan silu menceritakan segalanya. Juga diam seribu bahasa Mat Masalan yg katanya dapat lebih dari Shahril Samat tanpa penafian keras juag membuatkan kami kecewa. Apakah membersihkan nama sendiri pun tak penting bagi seorang pemimpin, sehinggakan tak jadi nak saman WSJ kerana katanya dapat sikit je kalau memang pun. Saya rasa cukup kecewa.

Akhir kata, apa lagi Dato’ nak tahu dari akar umbi UMNO? Sekian TQ.

kampong lad said...

depa kata eset 1mdb melebihi liabilities i.e. >50b vs 42b. selepas asset rationalization 1mdb masih ada eset 10b-12b. 50b menengecut jadi 10b-12b?

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Dikhabarkan edra hampir muktamad dijual kepada konsortium asing. Betapa bijaksana najib berbanding dengan pemimpin sebelumnya. Pak lah jual agusta dan hutang2nya pada nilai yang rendah. Agusta tidaklah terlalu strategik kepada negara tetapi penjualannya tetap mengecewakan banyak pihak. Pemimpin lebih terdahulu pula membeli syarikat asong di pasaran terbuka melalui dawn raid di bursa london. Sampai zaman najib, konon beli janakuasa untuk turunkan tarif. Alih2 nual kepada, mungkin konsortium asing. Kalau kata dah ada 5000 ketua cawangan yang setuju desak najib undur sebelum ini, sebenarnya bilangan itu kena tambah satu lagi. Sejak selepas pru-13 berakhir, seorang ketua cawangan memang telah menyuarakan mencadangkan supaya najib menyerahkan kuasa kepada orang lain.

Unknown said...

Datuk, risau saya kalau harga ubatan naik harga selepas TPPA dilaksanakan. I wish i could go back in time and vote for pakatan. Now we can just wait for 2018.

Foo said...

Drama 1MDB dah terlalu lama melarat....cuma bagaimana ia akan berakhir.......sesuatu yang dinanti-nantikan rakyat atau sebaliknya?

Suka sama suka said...

Datuk. "Tapi yang dia paling takut ialah kedudukan anak tirinya, Riza Abdul Aziz, yang menetap di Amerika. Riza adalah anak (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Masor dengan suami pertamanya." cerita la sikit kenapa Najib takut sama anak tirinya, itu pun kalau datuk tau. its ok.

Suka sama suka said...

Datuk. Di gelanggang politik pula, Mohd Najib terus dicaci dan dihina. tapi zahid kata kita harus belajar menghormati agama dan bangsa kita sebelum mahu orang lain menghormati agama dan bangsa kita. siapa yang zahid maksudkan itu; orang macam datuk ke? orang macam kami ke? atau najib? saya rasa datuk suka menghina bangsa dan agama orang umno...tolong hentikan segera ok.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Unknown, antara lain, menulis: "Datuk, risau saya kalau harga ubatan naik harga selepas TPPA dilaksanakan."

2. Sebelum TPPA dikuatkuasakan pun harga ubat-ubatan dah naik akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit.

3. Semalah (Ahad) saya pergi beli ubat di Farmasi Big di Damansara Utama. Beli nasal spray suspension buatan England. Ubat asli berjenama. Ahli farmasi kata belum ada ubat generik. Harga RM64, GST RM3.84, jumlah RM67.85. Kompeni dah tutup jadi kena bayar sendiri barulah kita tahu murah mahalnya.

4. Dengar ahli farmasi bagi tahu sepasang uncle dan auntie harga ubat yang mereka makan pun dah naik kerana ringgit jatuh, tapi mereka boleh pilih ubat generik dari India, Thailand atau Indonesia yang berlainan harga. Ada ubat yang saya makan adalah generik.

5. Berkenaan kuliah Arul kanda Kandasamy, ia bukan percuma. Pengangkutan kena dibayar, duit kocek kena dibagi dan yang bermalam kena bayar sewa hotel.

6. Apa nama Islam AKK kalau dia Muslim? Kata seorang sahabat saya yang hadir majlis itu, AKK banyak guna istilah macam “alhamdulillah” dan “insya-Allah”.

7. Ikut yang kita faham, orang yang guna istilah macam itu adalah Islam. Jadi apa nama Muslim AKK kalau dia seorang Muslim? Atau AKK guna istilah itu semata-mata untuk tujuan diayah.

9. Pembahas Suka Sama Suka, Riza Abdul Aziz adalag anak tiri Mohd Najib. Dia anak Rosmah dengan suami pertamanya. Riza Aziz adalah rakan akrab Jho Low. Dia ni kaya sampai boleh biayai filem Hollywood dan ada banyak harta di Amerika. Apa sumber pendapatan dia kita tak tahu. Katanya dia ni banker.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Zalman A said...


Salam Datuk,

"Riza Abdul Aziz adalah anak tiri Mohd Najib. Dia anak Rosmah dengan suami pertamanya. Riza Aziz adalah rakan akrab Jho Low. Dia ni kaya sampai boleh biayai filem Hollywood dan ada banyak harta di Amerika. Apa sumber pendapatan dia kita tak tahu. Katanya dia ni banker."

At least for one project, the movie called Wolf Of Wall Street, the source of finance is known. It was Mohamed Badawy Al-Husseiny of Aabar (now no longer there.) How can a mid-ranking petroleum executive pull millions from his own pocket to fund a movie personally? Perhaps they are well paid at Aabar.

This Mohamed Badawy is notable because he was also on the Board of Directors of Falcon Bank Singapore (the chosen bank for the infamous "donation" transfer) and also present at the signing of the JV with 1MDB in 2013, just days before the "donation" transfer happened.

The co-incidence is incredible, as is the fact that some of Jho Low's US properties were transferred to Riza Aziz. This has attracted the attention of the US authorities:

http://www.nytimes.com/2015/09/22/world/asia/malaysias-leader-najib-razak-faces-us-corruption-inquiry.html

Now, let us assume that the US (and other) authorities are unable to clear the name of the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, because they do not need to "cari makan" (or perhaps they are not attracted to Minangkabau Nasi Padang).

It owuld be a massive blow to Malaysia's integrity, made all the worse by the antics of sackings, transfers, promotions, arrests, raids etc that may be a futile attempt to keep a lid on the truth.

Of course, the Mappadulung may cling on to power, but does that benefit the nation?

Now it is apparently said that up to 25% of UMNO branches nationwide are willing to hold a mega-rally to distance themselves from the Mappadulung. They say that UMNO has become undemocractic, and is run purely for the benefit of its ruling elite.

One Anina can be sacked and bullied, but can 25% of UMNO branches nationwide be sacked and bullied?

Zalman A said...


The Mappadulung has left it to the very last day of Parliament to explain his "donation".

If local investigators are too busy looking for lunch, then the international ones just need get behind the claimed "donor" in order to trace the source of the "donation" to one of four people:

a) Khadem al Qubaisi

b) Tarek Obaid

c) Prince Turki

d) Mohamed Badawy Al-Husseiny

At that point, I think the international investigators will find corroboration for their paper trail and piece the puzzle together. Of course they may also find out that the Mappadulung is actually one of the greatest Islamic leaders in the world, and hence to fight the Jews, ISIS, and DAP he received a secret donation of US$700 million, even though Saudi Arabia only gave US$100 million to the United Nations for anti-terrorism purposes.

Hence, the Mappadulung is seven times more effective than the United Nations.

We should all be proud.

However, one of my friends is very sceptical about whether this is true, due to the Mappadulung's "gelabah biawak" reaction to the WSJ expose.

Reported by Rakyat Post, 5th July, he said:

“If I was going to be a robber (penyamun), why would I transfer the money back into the country? That is, if I wanted to be a robber. I am thankful that many people did not believe the news that I transferred money to my personal accounts.”

Why take over one month to admit it?

The same "gelabah biawak" theory may apply to the TRX Tabung Haji controversy, where following the sudden exposure of the deal, the Mappadulung directed on 9th May that the land should be resold immediately.

It is now close to December.

The WSJ remains unsued, the TRX land remains unsold.

Alias Dasuki said...


Datuk, salam. Jelas sekali DUIT dan KUASA yang menentukan jalan pemikiran ramai, lebih-lebih dalam hal 1MDB ini. Kita seolah-olah berada diNEGARA SIBUTA. RAJAnya bebas memperkatakan sesuka hati, sedangkan RAKYATnya tak faham apa pun kerana buta bukan saja dari segi PENGLIHATAN MATA, tapi juga dari pengHAYATAN HATI. Tak payahlah nak bincang samada mereka faham ACCOUNTING dan FINANCE yang masing-masing marah jika kita katakan mereka tak faham. Mereka ingat mereka dah faham sangat tentang duit hanya kerana akaun mereka menunjukkan berbaki dihujung bulan, tanpa memahami akaun mereka telah pun dikotori dengan berbagai debit sebelumnya. Ini, kita belum menyentuh soal pelaburan dalam matawang asing yang terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan terpaksa dijual/beli dalam jangkamasa tertentu, disimpan didepository khas, dan dibayar/terima melibatkan bank yang terkenal dan perlu pula dikaji nilai dari masa kemasa untuk menentukan untung/rugi dan menilai kecekapan pengedalian 1MDB. Sayang sekali niat murni Tun M diputar belit dan sebaliknya PUTAR BELIT Najib dan AKK disanjung. Tapi, apa boleh dikata. Penulis Joceline Tan pun, yang penulisannya selalunya boleh dikira waras, boleh terpedaya dengan DAAYAH sedemikian jika tulisannya " Najib Survives A Testing Year" dijadi cermin pendirian beliau yang terkini. The subjects in the country of the BLINDS just have themselves to blame for their STUPIDITY.

Suka sama suka said...

Datuk. faham la saya rupa rupa nya riza aziz geng dengan Jho Low. patut la panas. terima kasih banyak banyak datuk.
AKK muslim ke? Najib muslim? Rosmah muslim? Zeti muslim? Apandi muslim? Kassim muslim? Semua muslim macam kes di paris. bagus juga jadi muslim. jadi melayu lagi bagus, puas dapat duit, hotel pun kena bayar, untung nya. saya mau jadi melayu la macam AKK.

Adi said...

Salam DAKJ,

Nama Islam arul kanda ialah Azrul kanda. Rasanya dulu pernah keluar dlm paper tentang beliau muslim.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).