Wednesday, December 23, 2015

Jantina Bugis Ada Lima


A Kadir Jasin

TERIMA kasih banyak-banyak kepada para pembahas kerana mendalami, menokok tambah dan memperbetulkan hujah saya.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dengan izin, saya mohon mengulang cetak sepenuhnya komen pembahas Paine (1.41pm) dengan sedikit pindaan untuk memudahkan pembacaan. Kata belia:

“Salam Dato,

Selalu Dato sebutkan fasal Pahlawan Bugis. Kebetulan baru2 ini sahabat saya ceritakan bahawa dalam masyarakat Bugis terdapat 5 jantina.

Saya pun buat research dan mendapati berita itu benar dan menarik (Boleh di rujuk dalam Wikipedia,Youtube dan http://yayasanhajiabuukkusu.blogspot.my/.)

Oroane ertinya lelaki, biasanya jenis jantina ini maskulin dan mampu menjalin hubungan dengan perempuan.

Makkunrai ertinya wanita atau perempuan. Mereka feminin, dan bersedia menikah dengan lelaki, mempunyai anak dan mengurusnya serta wajib melayani suami.

Calalai sebagai gender ketiga, ini perempuan yang berpenampilan seperti laki-laki. Calalai biasa juga disebut perempuan maskulin/tomboy.

Calabai merupakan salah satu dari 5 jenis jantina dalam kebudayaan Bugis. Calabai adalah laki-laki yang berpenampilan seperti perempuan.

Bissu, sebagai gender kelima berbeda dengan 4 gender yang lain. Mereka adalah golongan yang disebut ‘bukan lelaki bukan pula perempuan’.


Bissu atau kelompok orang mistik. Dalam budaya Bugis mereka memiliki posisi yang sangat penting. Pada setiap upacara adat Bugis, mereka bertindak sebagai ‘pendeta’ atau ‘pemangku adat’.

Mereka masih menjaga teguh tradisi dan peranan serta kebiasaan turun temurun nilai-nilai budaya bugis klasik dan diilustrasikan sebagai manusia setengah dewa yang mempunyai kekuatan Supranatural.

Mereka memanfaatkan hubungan dengan dunia ghaib dan bertindak sebagai mediator dari roh yang memasukinya.

Bissu yang konon dalam tradisi adat dan budaya Sulawesi mendapat tempat terhormat dan seringkali dimintai nasihat ketika “persetujuan tertentu” dari kekuasaan dunia batin (spiritual) diperlukan.

Si Pahlawan Bugis Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone jatuh dalam kategori jantina mana?

Mengikut pengikutnya, ianya dipilih tuhan dan suci daripada segala dosa.


Bissu mungkin ke?

Bissu Bugis sedang melakukan ritual "sembanhyang"
Sebab itu kot orang Melayu yang ada mentaliti feudal dan percaya kepada tahyul menganggapnya sebagai suci dan perlu di patuhi tanpa syarat.

Tetapi bagi orang Melayu si Bisu adalah orang yang tak boleh bercakap…mungkin itu sebabnya fasal RMM2.6 Billion ia tak boleh bercakap dan disuruh Si Calalai dan Si Calabai saja memberikan penjelasan.”


Terima kasih pembahas Paine.

Gelaran Bugis Bukan Rekaan Saya

Saya kerap merujuk kepada “kepahlawanan” dan kebugisan Mohd Najib kerana beliau sendiri yang mencanangkannya. Ia bukan sekali-kali cerita yang saya reka.

Gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” yang beliau terima pada tahun 2005 itu adalah pengesahan taraf aristokrasi beliau dalam masyarakat Bugis Nusantara. 

Pada bulan April lalu, ketika berucap di pembentangan laporan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) 2014, beliau bercerita mengenai asal usul Bugis beliau.

Kata beliau: “Hatta dilanda badai, patah kemudi dan terkoyak layar dan biar seribu kapal ditelan lautan adalah lebih mulia bertahan dan meneruskan perjuangan daripada berpatah balik ke pelabuhan.”

Kemudian pada pada 30 Ogos lalu, beliau dipetik sebagai berkata: "Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang.”

Agaknya kerana tersilap teknik pelayaran – melabuhkan sauh setelah menaikkan layar – maka bahtera merdeka kita kini terumbang ambing tanpa arah dan tujuan.

Berkenaan dalam kategori mana beliau berada mengikut kebijaksanaan Bugis, saya serahkan kepada para pembahas menilainya.

Wallahuaklam.

37 comments:

Anonymous said...

Khinzir kadir jasin keturunan paria...
Khinxir dapigs laknatullah punua paria

Cahaya Al Majid said...

Pedih bunyinya

A KADIR JASIN said...

Mohon izin dan maaf. Saya siarkan komen "anonymous" sebagai contoh mutu perbahasan orang yang tidak setuju dengan kita. Wallahuaklam. Terima kasih.

Zalman A said...


Salam Datuk,

Cerita Si Mappadulung nih pelik tapi benar...


Tahun 80-an:

http://tinyurl.com/z3oodwj

(kiri) Oroane (kanan) Makkunrai



Sekarang:

http://tinyurl.com/gnbarb3

(kiri) Makkunrai (kanan) Oroane



Hmmmmm, kisah seram la nih...

Zalman A said...



JAWAPAN RASMI JPM:


“Tuan,

JANTINA SEBENAR YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Berhubung dengan perkara atas, sukacita dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bukan “Calalai” ataupun “Calabai”, tapi “Caralalai”, iaitu “hang bawak balik 2.6 beliyon tu cara lalai.”


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


KHAIRUN HABIBUR RIDZUAN
Pegawai Kanan, Kiri & Tengah
Jabatan Perdana Menteri


megrah said...

Iktibar yang paling penting buat semua, kalau sekadar pahlawan Bugis jangan cuba~cuba dengan mak bonda Minangkabau!
Buruk padahnya,contoh di depan mata!

Quantum Metal Consultant said...

Rakyat tak berapa minat nak tahu kategori mana...cuma nak jawapan tentang 2.6B..

Di dunia pun rakyat tuntut, di alam barzah pun tetap menuntut..

Rakyat percaya dalam bab amanah, ia terburai ketika masih di dunia..

Jawa kata, wait and see

kampong lad said...

selalunya bila seseorang mengaitkan dgn keturunan itu atau ini, dia ni memang takdak substance, contoh cucu datok merah.

Red said...

Dato...anonymous tu lah salah seorang callalai atau calabai si bisu....depa ikut buta jer....ha..ha...poket penuh RM tu...si penjual bangsa dan agama...

Nik Dong said...

Kawan ingin bertanya. Dato Kadir pastinya tidak pedulikan sangat pandangan pengkritik. Tapi kalau peminat dan rakan buat tanggapan Dato Kadir macam obsessed dengan kupasan bertali arus mengenai Panglima Bugis, apa agaknya hujah Dato Kadir.

Satu lagi soalan. Apakah Dato Kadir tidak khuatir dilihat seakan akan marah atau berang pada PM kita. Juga apakah Dato Kadir (akan) turut mengkritik Tun Mahathir dulu semasa beliau menjadi PM sekiranya beliau ada terbabas sana sini?

Soalan soalan sudah dikemukakan. Sekarang kawan mahu komen pula hal Menteri Menteri Umno yang jadi kelu sepanjang tahun cuma bangkit membuat komentar politik semasa Perhimpunan Umno. Itu pun sekadar nak pastikan mereka tidak dilihat sebagai penentang.

Dalam hal kerjasama Umno-Pas satu demi satu pemimpin Pas tampil memberi pendapat. Seorang naib presiden mencadangkan individu yang meminati Umno agar meninggalkan parti. Di sebut pula contoh Allahyarham Tan Sri Asri, bekas naib presiden Nakhaie Ahmad. Ini bermakna naib presiden itu langsung tak risau kalau kalau ada yang menuduh beliau menghalakan saranan dia kepada presiden parti. Beliau tahu setiausha agong parti tidak akan memberi amaran jangan "cross the line". Apapun keputusan parti itu nanti Pas sudah menunjukkan ianya demokratik dengan ruang berhujah yang luas.

Mana ada saluran yang betul zaman sekarang. Media adalah saluran yang sesuai. Tak manis kalau masuk ke pejabat presiden menyatakan penderian dengan garangnya. Bukan kah biadab nama nya? Lagi bagi buat kenyataan terbuka. Sebab hal sebegini bukan personal. Sillaturahim tidak terjejas.

Banding pula keterbukaan Pas dengan sikap pemimpim pemimpin Umno. Pandai lah kononnya. Dengan bersikap membisu mereka kekalkan kedudukun. Rakyat sedang memerhati. Sokong bukan kita kata jangan menyokong cuma nyatakan penderian dengan bijaksana.

msh said...

Salam Dato.

Ha ha..tetapi sy nmpk dia mcm memiliki semua sifat kecuali satu....dia bukan makkunrai.

Perwatakan dia boleh berubah2...serupa sahaja dgn satu Hamba Allah diSg Buluh...yg digelar sumpah sumpah 'chamelion'.

Sebab bnyk sngat sifat yg dia ada...mungkn itu yg buat Bugis ini TERUK. . .LEBIH TERUK DARI PM SEBELUM DIA.

Tetapi perlu diingat...semuà 'YES MEN' yg mengelingi dia termasuk Jawa pun apa kurang teruknya....belum apa2 pun dah beritahu 1 dunia yg dia ada darah Jawa....siap dgn bertutur Jawa lagi.

Esok2 Naib Presiden yg sorng lagi...pun nanti mengaku dia dari Turkey...Syria..atau Mesir pula...ha ha.

Hah....'Hidup Melayu' kunun.

Memang Parti Umno bnyk isu..Ketua2 HZ mempunyai bnyk sifat..penuh kontradiksi dan boleh bertukar 'colour' ikut suka hati....manakala Penjilat2 Tegar yg spt 'lembu kena cucuk hidung'...pun serupa saja pe'el mereka..2x5.

Menjerit..melalak semasa PAU..lepas tu berkata. "Kami 100% dibelakang Bugis....oops...dibelakang President.

Hidup Melayu!!!!

Ooops...Hidup Bugis!!!...Hidup Jawa!!!.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Adakalanya Anonymous ini tak tahu bagaimana caranya hendak guna nama/ID.

Ada ramai golongan manusia yang mana kemampuan mentalnya hanya setakat sekian. Kapasiti akalnya umpama lampu suluh kehabisan bateri.

Orang Johor kata otak hampas kelapa.

Oleh itu keluarlah perkataan khinzir dari bahasa arab dan paria dari bahasa india.

Kalau dikaji keseluruhan ayatnya dan maknanya, sejak bila babi ada kasta-kasta?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Perantau. said...

Salam Dato Kadir,saya tak tahu kenapa DS Najib atau sesiapa juga yg terlalu membesarkn keturunan Bugis,yg kita nak tau keperibadian terkini.Haji Yusoff Kalla(Wakil President Indonesia)adalah juga keturunan Kesultanan Bugis dari sebelah ibu beliau.Tapi tak pernah saya terdengar beliau mendabik dada kata beliau keturunan bugis yg hebat,walau pun beliau seorang survival hebat dlm politik Indonesia,begitu juga kehebatan Kalla Group dalam pernigaan(sebelum Yusoff Kalla terkenal dalam berpolitik).Yusoff Kalla hanya kata 'Saya orang Sulawesi'.Syahrul Yassin Limpo adalah Governor adalah Governor Sulawesi Selatan dan adalah keluarga terdekat PM Najib.Hampir sama juga adek beliau Dewi Limpo ditangkap kerana korupsi/rasuah dan di Sulawesi terkenal sebagai 'Dynasty Limpo'dari bupati,Anggota Parlimen atau Adun terdiri dari keluarga Limppo.Agaknya memang darah yg mengalir dalam tubuh mereka macam itu.

Zalman A said...



http://www.theguardian.com/world/2015/dec/23/grace-mugabe-zimbabwe-taken-over-morgan-tsvangirai


"GRACE MUGABE HAS TAKEN OVER ZIMBABWE, OPPOSITION LEADER CLAIMS

Robert Mugabe has lost his grip on power and been replaced by his wife, Grace Mugabe, Zimbabwe’s opposition leader has claimed.

Morgan Tsvangirai said that the 91-year-old president’s wife is now effectively in charge after a “palace coup”, and that the government has been paralysed as members of the ruling party jockey for position.

“No one in government is thinking of solutions to the national challenges as everyone is preoccupied with issues of who will succeed this tired man steering the ship of state,” Tsvangirai was quoted by South Africa’s Mail and Guardian newspaper as saying.

Grace Mugabe has been an increasingly prominent presence on Zimbabwe’s political scene in recent months, taking up a key post in the ruling party last December and going around the country addressing rallies and handing out gifts.

Her aggressive statements against those she deems insufficiently loyal to her husband come at a time when Africa’s oldest leader is looking increasingly frail."

Hmmmmmm, power jugak kaum Makkunrai.


Anak Melayu said...

Assalamualaikum.

Dato, bagi saya tak kisah lansung dengan kategori semua tu.Bak pepatah orang Melayu "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Ertinya semua orang dah tau kot. Saya berdoa semoga beliau masih belum terlewat meninggalkan nama yang baik untuk anak cucunya kemudian hari.

Unknown said...

Salam Datuk,

Saya juga keturunan Bugis

Maseh ada kategori jantina No.6 dlm Bugis. Mereka ini tidak ramai.

Kategori No.6 yg saya maksudkan ialah ' Noteloq'. Group ini kurang cerdik dan pandai dan tak ramai lg. Mereka lebih berharap nasehat dan saranan dr teman rnjg nya utk membuat sesuatu keputusan.
Selaen itu suka membohong tp tak pandai membohong. Dan bila twrsepit atau tertekan suka menyalahkn org laen

Dan skrg negara ini di pimpin oleh Pahlawan Bugis Kategori No.6.

Wallahualam

Aku said...

Kadiag, salaam.

Amacam...? Hilang letih dah ka...?
Umog remaja setara ni pon hang bulih pi ronda rata no... sakan hang.

Ni pasai Anon 5.12 ptg ni....
Aku rasa la... orang macam ni memang ramai. Peminat(?) hang Zed-85 pon ada singgong (ceh...! basa Indonesia sikit). Aku janka depa ni munkin rendah budi dan singkat ilmu, munkin jugak, na'uzubilah dlm bidang agama. Lantaran tu (basa seberang lagi !!) munkin kurang kawai imosi, dan becelaru (mat salih kata 'incoherent').

Aku janka jugak, munkin aku silap kerana kurang data empirikal, puak2 ni laa yg banyak sokong pati tu.. dan munkin jugak ini hase dari usaha dolu2, nak kekai supaya depa ni teruih jahe. Jadi aku tak berapa nak marah depa ni....

Yg aku pelik bin heran, ni ada yg kepala2 pejabat, pengamai2 media, dan yg pakai unipom pulak siap dengan tudong lemenet..., hampiag semoa semat2, kereta menjalag atau begelembong, paih unibersiti sana sini..., tertanya tanya aku, pasai apa depa ni, yg bukan setakat alumni sekolah umum buta hurop Kg Pinang Sebatang, bulih tegamak sekali.

Jawapan yg aku dapat antaranya ialah sebab depa ni nak teruih pakai semat2 dan nak naik kereta menjalag dan begelembong.

Amacam... apa kata hang... ?

Kalu sapa terasa hati, minta maghap no... semoga Allah Ta'ala sentiasa menbaiki terutama
Aku.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Begitu sinis posting kali ini.

Kalau saya seorang Perdana Menteri, saya akan mendabik dada bahawa saya Melayu Malaysia.

Buat apa lah nak dibanggakan asal usul nenek moyang kita. Mereka pun berhijrah ke negara ini untuk membina kehidupan yang lebih baik. Malah ramai yang sebenarnya lari dari perperangan dan kemiskinan.

Unknown said...

Itu macam punya org pun ada..alahai

awang batuburok said...


Salam pagi Jumaat Dato AKJ,

Maaf, mohon mencelah dengan sedikit peringatan kapada warga pemimpin/ahli/penyokong PAS....
Seperti mana wasiat TG Nik Aziz, adalah diingatkan kapada ejen ejen dan parasit UMNO yang berada dalam PAS elok lah keluar segera dari PAS dan kembali kapada UMNO, jangan cuba buat sampah dalam wadah perjuangan PAS akibat pemikiran yang bercelaru dan harubiru.

Kalau ada yang dah terkena nasi kangkang UMNO eloklah berubat dan bertaubat, kembalilah kapada ajaran dan akhlaq AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Salah satu sikap Bugis ia-lah mereka suka "mengigit tangan orang yang memberi makan" pada mereka. Tidak kira yang memberi mereka makan itu dari agama atau bangsa lain, terutama sekali lah kalau dari bangsa lain. Jadi kita sudah pernah nampak dan mengalami kejadian seperti ini dimasa 13 Mei dan seterusnya pada ketika ini. Orang kata, "bapa borek, anak rintik".

2. Ada pula cerita lain tentang jenis Bugis " Gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” yang beliau terima pada tahun 2005 itu adalah pengesahan taraf aristokrasi beliau dalam masyarakat Bugis Nusantara".

3. Konon nya dia ini jenis Bugis..."Cibhai Bissu"...atau "Cibai Bisu"...dalam erti katanya...dia ini ada kemaluan jantina perempuan tetapi bisu atau pun tidak bolih diceritakan sebab ini memang kejadian mistik alam Bugis keturunan Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Suka sama suka said...

Datuk.

"Si Pahlawan Bugis Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone jatuh dalam kategori jantina mana?"

1. Alam nusantara Melayu berpaksikan pada agama/adat Hindu/Buddhaisma selama beberapa ribu tahun, sedangkan Islam itu baru sahaja.

2. Dalai Lama adalah seorang mistik dalam budaya dan agama Hindu/Buddhisma di Tibet. Beliau dipilih secara mistik dan salah satu upacara keagamaan nya adalah untuk memastikan beliau bukan lelaki dan bukan perempuan.

3. Gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” yang beliau terima pada tahun 2005 itu adalah pengesahan taraf aristokrasi beliau dalam masyarakat Bugis Nusantara adalah berdasarkan seperti juga perkara no.2 di atas. Ia penuh dengan misteri dan mistik.

4. Bapa pada "Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone" tidak layak untuk mendukung gelaran tersebut.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Salah satu syarat jadi Dalai Lama, ketua agama mistik Tibet Hindu/Buddhisma ia-lah dia tidak bolih "kawin" sebab dia bukan lelaki atau bukan perempuan walaupun besar kemungkinan kemaluan lelakinya berfungsi seperti biasa.

2. Jadi, maka itu lah bila orang begini "berkawin", tiada siapa tahu zuriatnya siapa yang punya terutama sekali kalau fungsi kelakiannya bolih dipertikaikan.

3. Bila lelaki berdekatan dengan "cibai bisu", mereka rasa begitu seronok dan selesa sebab "dia" ni ada aura "seorang kekasih"...itu lah Dalai Lama di "sayang sayang" sebab dia mempunyai "aura seorang perempuan".

4. Bila perempuan berdekatan dengan "cibai bisu", mereka rasa begitu selamat sebab "dia" ni ada aura "seorang lelaki gagah"....itu lah Dalai Lama juga di "geruni".

5. Yang mau melawan dengan "cibai bisu" pun rasa segan sebab "dia" sepatutnya di sayang sayang, bukan di marah marah.

Vincent Ang said...

Anon 5:12 PM

Hanya otak Melayu macam kamu yang boleh reka specis binatang baharu 'dapigs' ini. Kalau saya reka UMNOpigs boleh kan? PASpigs? Rupanya 'pigs' ini banyak jenis. Tapi saudara lupa pada satu jenis 'pigs' ini yang paling dahsyat. Nama 'pigs' ini ialah 'dermapigs'. Walaupun 'pigs' semestinya haram untuk orang Islam tapi 'dermapigs' halal dimakan oleh sesetengah pahlawan.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Komen-komen Tun M tentang sifat-sifat PM Najib agak ganjil. Seperti "kulit Najib nampak halus dan cerah" serta "bibir nya merah gebu". Bagi seorang pemimpin terulung macam Tun M untuk mengulas ketrampilan Najib memang menghairankan pada saya pada awal.

2. Tetapi setelah membaca tulisan Datuk, maka saya pasti komen Tun M yang dia ulang beberapa kali di khalayak ramai, ada sebab nya. Beliau seolah-oleh "nampak" sesuatu yang pelik.

3. Itu lah dia pahlawan Bugis "cibai bisu" yang bergelar “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone”.

4. Manusia begini tidak dilaknati tuhan...begitu juga babi tidak dilaknati tuhan sebab ini semua mahkluk ciptaan nya.

5. Manusia "cibai bisu" ini di laknati manusia sebab taraf mereka agak jauh berbeza. Akan tetapi mereka akan terus disanjungi olih sebahagian manusia yang taksub akan "aura"nya yang dalam bentuk kuasa, wang dan seksual. Bolih dimandikan jenazah seperti biasa sebab dia pun mahkluk tuhan. Faham?

berasiam said...

Mana tau Anon 5:12 itu Melayu / Islam? Vincent Ang ada bukti ka? Boleh jadi dia cuma mahu mencetus pertelingkahan sebab itu guna Anon. Tidak perlu terperangkap dalam taktik murahan seperti itu.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Pil Perancang Keluarga mula digunakan pada tahun 60'an di US. Kondom pula asal nya lagi awal, mungkin 300-400 tahun yang lalu.

2. Hitler dikagumi...digeruni seluruh dunia ada lah jenis "cibai bisu" dalam kontek perbincangan kita ini walaupun beliau tidak mengaku dari keturunan mistik suatu kaum Yahudi dari suku kaum German Aryanic-Austrian. Jadi perhubungan beliau dengan Eva Braun (Eva adalah nama Yahudi)penuh dengan misteri. Kerana Hitler bukan lelaki atau pun perempuan, maka dia tiada zuriat (mungkin pakai kondom dari usus babi). Hitler menghancurkan Germany dan dunia sekelilingnya kerana tamak kuasa, harta dan wang ringgit. Dia mencuri duit, emas, wines dan lukisan hingga berbillion billion nilai nya.

3. Dalam cerita dongeng alam nusantara Melayu pun orang "cibai bisu" sudah ada seperti "Raja Bersiong" dan sebagainya. Raja Bersiong gila kuasa dan wang rinngit hingga sanggup hisap darah manusia supaya dia dapat hidup lama.

4.Kisah Mona Fandey a.k.a Maznah Ismail (1956-2001) pada suatu ketika yang membunuh Mazlan Idris (a state assemblyman for the constituency of Batu Talam in the state of Pahang) kerana Mazlan...orang Pahang...mau kuasa politik, wang ringgit dan seksual.

5. Besar kemungkinan kita yakin bahawa Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini ia-lah jenis Bugis "cibai bissu" sebab ada nampak ciri-ciri dan juga tabiat yang sama dengan Hitler, Raja Bersiong dan Mona Fandey.

Physical and mental examinations need to be carried out for further clarifications including, but not limited to vigorous DNA testing, if need be.

Suka sama suka said...

Datuk.

"AGAK nya kerana tersilap teknik pelayaran – melabuhkan sauh setelah menaikkan layar – maka bahtera merdeka kita kini terumbang ambing tanpa arah dan tujuan."

1. Perkataan "Agak nya" sengaja Datuk tambah sebab mungkin kurang pasti atau masih was-was.

2. Tiada yang tidak pastinya atau kita mau was was tentang hal sedemikian sebab semua ini berteraskan kepada angka dan fakta ekonomi.

3. TIDAK ADA was was PM Najib lah yang bertanggung jawab hingga "bahtera merdeka kita kini terumbang ambing tanpa arah dan tujuan". HE IS SOLELY and 100% responsible for it including the high cost of living which he denied recently.

4. He can deny stealing the RM2.6 billion from 1MDB and taxpayer assets (money and lands). He can deny he is "Bugis Cibai Bissu". He can deny he is the son of Tun Razak...he should if I were him. Best, of all, he can even deny he has a mother!

5. NO! NO! NO!....You, PM Najib is responsible for the mess. We will remember you for that and I AM PROPOSING THE NAME OF TRX IS CHANGED FROM TUN RAZAK EXCHANGE to something more appropriate. New government to be....please listen to the rakyat...that name should be erased.

Unknown said...

Haha.. kelasss Dato..

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Banyak ciptaan tuhan dimana "duality" ada-lah perkara normal.

2. Cahaya pada atomic level mempunyai dua sifat a.k.a duality of nature. Cahaya biasa yang kita nampak ada-lah gelombong. Yang kita tidak nampak dipanggil "particles", asas pembuatan alat elektronik seperti chips dsbnya.

3. Pada peringkat bawah, dalam biology mahkluk cacing hermaphrodite, ia mempunyai dua "alat jantina" yang kita panggil lelaki dan perempuan untuk pembiakan. Mahkluk ini jenis parasitic, maknanya se-jenis mahkluk perosak pada manusia dan alam sekitar. Dalam erti kata bahasa pasarnya " mahu makan seorang saja, yang lain mati itu dia punya hal"

4. Pada peringat atas, ada 65,000 species hermaphrodite dalam species binatang atau 5%.

5. Pada peringkat paling atas, manusia yang "hermaphrodite" lagi kecil bilangannya tetapi kita tahu mahkluk ini memang ujud. Ini lah ciptaan tuhan. Ada pun yang di panggil mahkluk hermaphrodite ini....salah satu sifatnya ia-lah PEROSAK (parasitic in scientific term).
Kita nampak sifat ini pada se-orang Pahlawan Bugis dengan gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone”.

THIS IS BASED ON SCIENTIFIC FACTS AND FINDINGS, NOT POLITICAL.

1280 K Tmn Malik said...

Salam DAKJ dan semua,

Saya ingin memberi penjelasan terperinci beekenaan keturunan Perdana Menteri kita yang tercinta dan dihormati. DS Najib Razak.

Beliau bukan dari bangsa Bugis sebarangan, beliau menduduki tahta yg tertinggi di dalam kelompok bangsa bugis.

Dalam ertikata yg lain, keturunan DS Najib Razak adalah termasuk dalam ketegori Bogus Bugis....

Hahaha

zack said...

saya macam kenai si anonymous tu. chief blongang mykemut suka ckp cam tu.

Vincent Ang said...

berasiam,

Kalau seseorang itu gelarkan dirinya Melayu maka dia adalah seorang Melayu sehingga ada bukti yang mengatakan dia itu bukan orang Melayu. Najib kata dia orang Bugis. Tak nampak pun ada orang Melayu yang mengatakan itu tidak benar. Mengapa?

berasiam said...

Tak ada pun anon 5:12 gelarkan diri dia Melayu. Vincent Ang sahaja yang kata anon 5:12 Melayu berotak Melayu.

asmadi said...

No need to curse this kind of mentality we can judge the person..dont waste your time dato

Vincent Ang said...

bersiam,

anon 5:12 itu memang orang Melayulah. Biasanya kalau orang bukan Islam maki hamun dia akan guna perkataan babi untuk merujuk kepada binatang itu. Tapi orang Melayu sekarang tak mahu pakai perkataan babi. Kononnya perkataan babi ini adalah perkataan unsur maki hamun. Jadi orang Melayu akan guna perkataan khinzir untuk membohongi diri sendiri bahawa dia tidak memaki hamun kerana dia hanya merujuk kepada binatang yang haram dalam Islam. Kami sudah biasa dangan taktik 'khinzir' yang digunakan oleh sesetangah orang Melayu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).