Saturday, October 29, 2016

Bahaya Terlalu Bergantung Kepada China


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


In China: The Leader, his wife and her son

MUTAKHIR, 1 Nov - China akan bina dan biayai Projek Kereta Api Pantai Timur yang berharga RM55 bilion (AS$13.1 bilion), kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Dr Irwan Serigar Abdullah. Perjanjian kontrak akan ditandatangani hari ini. (Berita lanjut di sini).

POSTING ASAL

MULA-mula sekali permohonan berbanyak-banyak maaf kerana lama tidak buat posting baru. Maklumlah dalam usia macam saya, ada saja roadblock. Tapi Alhamdulillah dah ok dan berdaya menulis semula.

Kedua, komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: “Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…”

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengenai lawatannya ke China.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Mohd Najib berkata: “Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita.”

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Mohd Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.

Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.”

Ingat tu – “koridor kereta api China” - yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dengan Asia Selatan.”

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Iskandar Waterfront Berhad milik tauke (Tan Sri) Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1MDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pantai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu bagaimanapun ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Hishammuddin Hussein itu.

Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun pada 10 hingga 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini Mohd Najib dipercayai akan cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual Harga Lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion.

Saya kata “harga lelong” sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi di antara kerajaan dengan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama, 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua, RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra. Rancangan asal adalah menjual saham Edra untuk mengumpul modal, tetapi dirasakan tidak “viable” apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita Tidak Mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London, apakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB, dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankah memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran, tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negara China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana "politik" China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!
Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukannya China mendominasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, Presiden mereka sendiri sangat intim dengan negara China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

Wallahuaklam.


Friday, October 21, 2016

Harta, Kuasa dan Wanita Punca Keruntuhan Rom


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya ambil maklum dan baca di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya. Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.


Saya harap Muse (dibunyikan “mius”) para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama jadi bolehlah berbahas dengan tuntas. Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau “Muse” saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati LAMAN INI. 
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.

Tidak hairanlah Muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.

Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.

Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku “Dictator” oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut:

“Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.

‘Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.’

‘Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan.’

Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. ‘Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah.’

Kuasa, harta dan wanita adalah punca utama kemusnahan demokrasi Rom. Daripada kerajaan beraja ia bertukar menjadi republik, diktator dan akhirnya maharaja berkuasa mutlak.

Giaus Julius Caesar seorang yang bercita-cita tinggi. Ketika lemah, dia berkongsi kuasa kemudian apabila kuat dia merampasnya dan mengisytiharkan dirinya diktator ke akhir zaman sehinggalah kawannya sendiri, Marcus Junius Brutus menikamnya dari belakang sampai mati.


Berpidato mempertahankan tindakannya, Brutus berkata: “Kalau ada seorang kawan Caesar bertanya mengapa Brutus bangkit menentang Caesar, inilah jawapannya: bukan aku tidak cukup menyayangi Caesar, tetapi aku lebih menyayangi Rom.”

Tetapi manusia yang tamak boleh mengubah cintanya daripada menyayangi Rom kepada mencintai Ceasar jika dia bangkit dari kuburnya dengan berkoyan emas permata. Emas permata boleh membuat manusia gelap mata.

Wallahuaklam.

Wednesday, October 19, 2016

Political, Economic Reforms – the Japanese Lesson


A Kadir Jasin

REFORMING politics, as the Japanese experience shows, isn’t easy. The Japanese started theirs in the 1990’s and only now it’s beginning to show results. Reforming the economy is even harder.

[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Be respectful. No swearing. Thank you.]

The Peoples’ Declaration (Deklarasi Rakyat) and the emerging opposition consensus have agreed that reform is one of the key elements in their struggle.

Part 37 of the Peoples’ Declaration states: “We call upon all Malaysians, irrespective of race, religion, political affiliation, creed or parties, young and old to join us in saving Malaysia from the Government headed by Dato’ Sri Najib Tun Razak, to pave the way for much needed democratic and institutional reforms, and to restore the important principle of the separation of powers among the executive, legislature and judiciary which will ensure the independence, credibility, professionalism and integrity of our national institutions.”

In Japan’s case, the reform greatly affected the fortunes of political parties, especially the ruling Liberal Democratic Party (LDP). It weakened the party in the initial stages but provided it with a glimmer of hope for long-term stability.

There is an uncanny similarity between LDP and Umno. The former came into being in 1955 through a series of mergers of post-WW2 parties and immediately gained power. Umno too was formed after the war – in 1946 – and in 1955 monopolised the results of the Malayan Legislative Council election.

The LDP stayed in power until it lost control of the lower house of the Diet (Parliament) in 1993 amidst of internal squabbles over reforms.
The Diet comprises the lower and upper houses, both on which are elected by the people.

In 1991 I visited LDP’s headquarters in Tokyo to talk to Tsutomu Hata who was tasked with reforming the party and wrote a report for my then newspaper New Straits Times.

(Last week, at the invitation of Gaimu-sho, the Japanese Foreign Ministry, I visited Japan as a social media journalist and had the opportunity of revisiting the Japanese economic and political scenes, among other things.)

The party reforms were to be carried out in the context of the overall political and electoral reforms. Immediately he became unpopular with the party’s warlords and interest groups affiliated to them.

Then, the LPD politics was about personal power, legacy and patronage. Many MPs were third generation aristocrats and they used their position to make money by dispensing patronage. They were individually powerful but party structure was weak and rudderless. Cash was king.

It was widely known that many LDP warlords were affiliated or linked to the Japanese underworld, the Yakuza, and Prime Ministers did not last more than three years on average due to infighting.

We now see in Umno a similar trend – warlords, patronage and money politics. More recently the party has edged towards autocracy and is backed by organised intimidation in the form of the Red Shirts.

The Price of Reforms

The 1994 political reform in Japan made election more universal, the party structure more dominant and the cost for aspiring politicians to join the fray lower. But it costs the taxpayers more.

The year before the LDP lost the lower house election partly due to squabbles over the reforms. There were considerable opposition by the warlords and the interest groups affiliated to them like the construction business, farmers and municipal workers.

Several reform-minded LDP leaders like Hata, Morihiro Hosokawa and Ichirō Ozawa left to form the Japan Renewal Party. They joined minor parties to form a coalition government at the end of 1993 with Hosokawa as Prime Minister.

The LDP lost the 1993 lower house election due largely to internal squabbles and the economic hardship brought about by the ending of the so-called miracle economy as well as an insider trading and corruption scandals that forced many prominent politicians to resign a few years earlier.

Unprepared to govern, the opposition soon found itself in crisis. On 28 April 1994, Hosokawa resigned and Hata became prime minister. However, when a coalition partner, Japan Socialist Party defected, Hata lost the majority in the Diet. Rather than facing a vote of no confidence, he resign in June, after ruling for mere nine weeks, allowing the LDP-led coalition to claw back to power.

The LDP remained in power until 2009 through a series of wobbly coalitions and amidst continuing internal squabbles. In the meantime the economic situation worsened and Japan suffered the longest deflation ever in the history of a developed economy.

In the 2009 election, the LDP was roundly defeated – easily the worst defeat of a sitting government in modern Japanese history, and also the first real transfer of political power in the post-war era.

But once again the fractured oppositions fumbled and the weak LDP successfully made a comeback in the December 2012 general election. It won a landslide victory.

According to a New York Times report of Dec 16, 2014 the voters gave power back to the conservative party in a chaotic election crowded with new parties making sweeping promises, from abolishing nuclear power after the Fukushima accident to creating an American-style federal system. The LDP and its coalition partners prevailed with their less radical vision of reviving the recession-bound economy and standing up to China.

The popular nationalist Prime Minister, Shinzo Abe (corrected), has been promising the Japanese people that he would extricate the economy from the two-decade deflation and put it back on the growth path.

Given the weak economy the recovery options are limited. Abe is banking largely on a successful monetary policy. The Bank of Japan (BoJ) had been tasked with raising the inflation rate by two per cent annually, which it had so failed to achieve.

The Japanese people are not spending because they have no confidence in the recovery plan. They would rather keep the money in the bank and not earning any interest.

A Lesson for Malaysia

Japan’s political and economic experience is a useful lesson for Malaysia. The parallel between their ruling parties – the LDP – and Umno is uncanny. What LDP has been forging with its rivals for decades in order to cling on to power, Umno is trying out with PAS.

But our opposition parties have yet to rise sufficiently strongly to change Barisan Nasional’s hegemony. They are showing signs of wanting to put up a stronger challenge at the time when Umno appears to be sidestepping its traditional allies and favouring PAS instead.

If the oppositions are serious about gaining power and reforming the country as was set out in the Deklarasi Rakyat, they must first unite and take on the BN in a straight fight in the coming general election and lay out a credible reform programmes.

The reforms must not only address the electoral system but equally important is to restore and strengthen state institutions like the police, Attorney General’s Chamber, Malaysian Anti-Corruption Commission, the Public Account Committee and Bank Negara, which have all been severely compromised following the multibillion ringgit 1MDB scandal and to revive the flailing economy.

Wallahuaklam.

Saturday, October 15, 2016

Muslihat Di Sebalik Tuduhan Mohd Najib


A Kadir Jasin

APAKAH muslihat Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membuat kenyataan mengenai “dua individu” yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?

Dua individu yang dituduh berniat jahat tetapi tidak dinamakan itu tidak lain tidak bukan adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah Mohd Najib membuat kenyataan di radio Astro Awani itu kerana (1) Majlis Raja-Raja bersidang (2) Dr Mahathir dan Anwar saling sokong menyokong bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasioal dan (3) menyiapkan landasan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan?

Sebelum Majlis Raja-Raja bersidang minggu ini, Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu yang lain bagi mempersembahkan Deklarasi Rakyat.

Dr Mahathir berjumpa dan berbincang dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu dan seterusnya mengemukakan afidavit menyokong saman Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta MKN.

Pertemuan 5 September
Ini disusuli oleh “perisytiharan perdamaian” antara Dr Mahathir dan Anwar serta kesepakatan bahawa mereka akan berusaha ke arah melancarkan serangan bersepadu atas prinsip satu-lawan-satu ke atas BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga menemui Anwar selepas itu bagi memperkukuh rangka kerjasama blok pembangkang.

Atau apakah serangan baru ke atas Dr Mahathir dan Anwar itu helah untuk mengalih pandangan rakyat jelata daripada gunung berapi 1MDB yang semakin ganas ledakannya?

Pada 12 Oktober, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mengarahkan penutupan Falcon Private Bank atas alasan kelemahan kawalan dan salah laku berkaitan urus niaga yang melibatkan 1MDB.

Dalam kenyataannya, MAS berkata bank persendirian Swiss itu telah mempamerkan kegagalan besar menyekat perbuatan mengalihkan wang haram (money laundering) dan salah laku oleh pengurusan kanannya di Switzerland dan Singapura.

Mei lalu MAS telah menutup BSI Bank yang juga berpangkalan di Switzerland atas sebab yang serupa. Kerosakan kolateral 1MDB sudah menjadi fenomena global.

Tetapi ini mungkin sebab sampingan sahaja kerana Umno dan para penyokong Mohd Najib nampaknya menerima perbuatan haram oleh 1MDB yang beliau sendiri asaskan dan kawal sebagai perkara biasa atau sekadar fitnah.

Jadi kesangsian yang lebih mendalam ialah beliau sedang menyediakan alasan untuk menggunakan Akta MKN dengan menuduh Dr Mahathir dan Anwar berpakat melakukan hasutan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Mohd Najib membuat tuduhan berat ini di saat-saat kegiatan provokasi oleh penyokong-penyokong Baju Merah beliau semakin rancak dan kasar. Dalam beberapa kejadian, perbuatan Baju Merah sudah boleh ditakrifkan sebagai ganas.

Apa pun alasan tersirat dan tersurat Mohd Najib dalam membuat tuduhan di Radio Astro itu dan apa jua tindak-tanduk beliau seterusnya, satu perkara yang jelas dan sahih ialah kelangsungan peribadi adalah matlamat pokok Mohd Najib buat masa ini.

Dengan apa cara sekalipun “survival” akan dipertahankan.

Dalam konteks ini, setiap daripada kita yang sedang berusaha menyelamatkan negara dan mengalihkannya daripada landasan kemusnahan hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - dark force - yang sangat berbahaya. Moga-moga Allah berikan petunjuk dan kejayaan kepada kita.

Wallahuaklam.


Monday, October 10, 2016

After 47 Years I’m A Social Media Journalist


A Kadir Jasin

An old picture of An Emperor and the old time journalists

AS an ageing journalist with no claim to any prominent appointment or media organisation, I stand no chance of being invited to participate in any meaningful programme.

Although I continue to write actively after leaving the New Straits Times Press in 2000, my station in the media is inferior to those of big time editors-in-chief and news controllers of the mainstream media.

Since that date, I have become insignificant enough for media handlers to conveniently ignore my pleas to be invited to attend some of the Prime Minister’s more significant briefings.

Even the supposedly influential media adviser to the Prime Minister, (Tan Sri) Jalaluddin Bahaudin, had not been able to get me an appointment to see the Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak. He had since left the PMO.

Over time, parallel to my growing disenchantment with the government, even press and political secretaries, some of whom were my subordinates in the NSTP, ceased to entertain my queries. My SMS and WhatsApp messages went unanswered.

There are also government agencies that do not want to have anything to do with me because I ask politically incorrect questions like is it true that a certain Malaysian Tamil Tan Sri was given a loan of RM400 million by a government-owned financial institution and an honorary Indonesian Tan Sri received a half billion ringgit in government advance to build a hotel.

There is, however, an advantage of being a pariah. You are free to write whatever you want because nobody pleads with you on what to write and not to write. No “wahyu” from the gods of Putrajaya.

Being an outcast, no government- and party-linked newspaper dares to offer you a column. Even your long-running column got terminated on the excuse that the paper was revamping.

But God’s blessing is bountiful and comes in many forms. Lo and behold along came the Internet. So in February 2006 I began my “hijrah” to the online media. I started this and later opened a Facebook account.

Thought I still write weekly and monthly columns for an independent newspaper and a magazine – both in the Malay language - most of my media presence these days is online.

Whether in print or online, I am still a journalist. Even when I am using a social media platform like Facebook, my approach is journalistic.

So it comes as a pleasant surprise when Gaimu-sho – Japan’s Wisma Putra – through its Kuala Lumpur Embassy invited me to visit Japan as a social media journalist.

Social media journalist? It sounds awkward but I am grateful. It seems that my presence in the blogsphere and Facebook has been officially recognised by the Japanese Government.

So here I am, blogging from the New Otani Hotel in the heart of Tokyo, having flown in this afternoon on the super sleek ANA’s Boeing B787 Dreamliner, to begin a weeklong visit.

A Social Media Journalist in Tokyo: Welcome Sign at Narita
I can’t remember how many times I had visited Japan since the first one in 1979 as the maiden recipient of the Mitsubishi-Press Foundation of Asia Editor of the Year Award a year before.

But I remember a visit in 1991 with several fellow journalists in the run-up to the official visit by Emperor Akihito to Malaysia. We were honoured with an audience with the monarch at the Imperial Palace in Tokyo. We had tea with His Majesty.

So here I am back In Japan once again with a very unique assignment -- to meet as many people of my choice as possible and report the outcomes to readers and followers of my blog and Facebook.

I had already posted on the Facebook and one friend, Abdul Hamid Mohamed, made a very pertinent point about the changing media scene.

He wrote: “He he, I have long said, social media is now the main stream media. What used to be main stream is now downstream with shrinking circulation etc. Main stream should also be rebranded - to its old name - traditional media…..”

Arigatou gozaimasu and sayonara for now.

Wallahuaklam.

Thursday, October 06, 2016

Cabaran dan Harapan Kepada Sidang Raja-Raja


A Kadir Jasin

PERSIDANGAN ke-242 Majlis Raja-Raja akan diadakan minggu hadapan antara 11 hingga 13 Oktober.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Itu yang saya baca dalam laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (di sini).

Deklarasi Rakyat (dengan 1.2 juta penandatangan) merapat sembah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia.

Daulat Tuanku.

Tun Dr Mahatahir Mohamad, sebagai wakil Deklarasi Rakyat, telah menghadap dan menyerahkan deklarasi itu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit, Alor Star pada 15 September lalu.

Beliau juga telah mengutus surat kepada semua Raja-Raja Melayu mengenai hal yang sama.

Titah Raja, Tindakan Kerajaan

Sudah dua persidangan berturut, kemusykilan rakyat jelata mengenai pemerintahan negara telah dibincang dan dihebahkan kepada umum oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam mesyuarat ke-239 pada bulan Oktober tahun lalu, Raja-Raja talah mengeluarkan kenyataan akhbar memerintahkan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. (Baca di sini).

Apa yang berlaku?

Siasatan 1MDB diberhentikan separuh jalan. Tidak ada siapa dibabitkan apatah lagi dikenakan tindakan. Keputusan siasatan oleh Ketua Juruaudit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hutang 1MDB, menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), meningkat daripada RM42 bilion kepada RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini. Nama Malaysia busuk di seluruh dunia.

Kemudian, dalam persidangan ke-240 pada bulan Februari tahun ini, Majlis Raja-Raja berpendapat sesetengah peruntukan Akta Majlis Keselamatan Negara wajar diperhalus (refined).

Raja-Raja menyatakan pendapat itu setelah mendengar taklimat oleh Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

Kenyataan akhbar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai pengerusi mesyuarat akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai hal itu.

Apa yang berlaku?

Sepanjang pengetahuan kita, tidak ada penghalusan (refinement) dilakukan ke atas akta itu. Sebaliknya ia dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 1 Ogos lalu tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Persoalannya apakah kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berkuasa mutlak dan kebal?

Harapan Rakyat

Dan apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat kepada Raja-Raja mereka?
Mereka hanya boleh menanti dan melihat apa yang Raja-Raja mereka akan lakukan dalam sidang minggu hadapan?

Kata Tun Sri Lanang:

"...Raja-Raja itu umpama api,
segala Perdana Menteri umpama kayu,
kerana api itu jikalau tiada kayu,
tiada akan nyala.
Rakyat itu umpama akar,
raja itu umpama pohonnya,
jikalau tiada akar
nescaya pohon tidak dapat berdiri.
Demikian Raja-Raja itu
dengan segala rakyatnya.."
 

Wallahuaklam.

Daulat Tuanku.

Sunday, October 02, 2016

Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?


A Kadir Jasin


CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai standard penguasaan bahasa Inggeris majoriti orang Melayu, maaf cakaplah kalau saya kata tak ramai yang baca The Star atau mana-mana surat khabar bahasa Inggeris.

Boleh jadi segelintir Melayu yang mempropagandakan ancaman Cina DAP terhadap orang Melayu baca berita di atas. Tapi majoriti Melayu yang percaya propaganda Cina DAP jahat tak baca.

Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.

Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.

Chai Kin Kong tauke Aset Kayamas
Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno.

Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.

Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.

Antara soalan saya:

1. Apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?

2. Kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?

Ledakan Patriotisme Najib: RM650 juta majukan Taman Tugu Negara
3. Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?

4. Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?

5. Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?

6. Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?

7. Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?

8. Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.

Melayu Umno marah Duta China lawat Petaling Street
9. Siapakah yang jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB guna duit hutang dari Tabung Haji kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-China negeri China - Cina DAP atau Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno?

10. Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?

11. Yang mana sudah terbukti bahaya - Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?

12. Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - kerajaan BN atau Cina DAP?

Soal Keutamaan

Bukan sekali-kali tujuan saya menafikan hak usahawan Cina tempatan beli tanah Desa Water Park atau mana-mana aset di negara.

Saya tahu ini bukan kali pertama DBKL jual tanah kepada syarikat Cina. Ia pernah jual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark.

Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

Tapi ikut laporan The Star, tanah Desa Water Park itu dijual terus kepada Aset Kayamas tanpa sebarang ikatan lagi. Nampak sangat macam nak cari duit cepat.

Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini.

Desa Water Park: Satu lagi tempat lipur manpu lawat hanyut
Sambil itu saya juga nak tanya kepada Melayu yang takut DAP, siapakah yang ambil beratus ribu hektar tanah rizab Melayu untuk pembangunan tapi tak ganti balik – Cina DAP bedebah atau Kerajaan BN pimpinan Umno?

Cuba Melayu yang tak makan dadak tanya, bolehkah Cina DAP yang ada 30 kerusi dalam Parlimen dengan 222 kerusi boleh sendiri-sendiri perintah negara?

Akhir kalam, bagi Melayu yang katut sangat kepada Cina DAP, cuba selidik sikit berkenaan Cina Jho Low, Cina MCA, Cina Gerakan dan Cina PPP.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).