A Kadir Jasin
BELANJAWAN atau dalam
bahasa Inggeris “budget” (baru-baru ini dimelayukan menjadi bajet) adalah
kontrak di antara kerajaan di satu pihak dengan rakyat jelata di pihak yang lain.
Bersungguh-sungguh PM cuba yakinkan sampai berbuih mulut. |
Ia adalah sebahagian
daripada proses demokrasi di mana rakyat jelata memilih kerajaan dan membayar
cukai untuk menampung pengurusan negara.
Rakyat jelata mengamanahkan pengurusan negara kepada wakil-wakil yang mereka pilih. Wakil-wakil itu pula tidak
menjalankan tugas dengan percuma. Mereka dibayar gaji, elaun dan pencen.
Mereka tidak perlu berniaga untuk hidup selesa apatah lagi mencuri, menyamun dan melanun duit rakyat jelata dan aset negara.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Duit cukai yang dibayar oleh rakyat jelata itu
juga adalah untuk mengurus dan membangunkan negara.
Justeru itu, segala duit dan harta
negara adalah milik rakyat jelata. Kerajaan hanya menjalankan amanah yang
dibagi oleh rakyat jelata melalui peti undi lima tahun sekali.
Setiap sen duit yang
kerajaan belanjakan dan setiap inci tanah yang kerajaan jual adalah duit dan
tanah negara yang dimiliki secara bersama oleh rakyat jelata.
Ia bukan duit Perdana Menteri atau Menteri kewangan.
Rakyat jelata
mempunyai kuasa mutlak ke atas kerajaan melalui dua cara, iaitu dengan mengundi
kerajaan yang mereka sukai dan membayar cukai bagi membiayai kerajaan yang
mereka pilih itu.
Wakil rakyat dan kerajaan yang mereka pilih melalui peti undi
itu sekadar memegang amanah dan menjalankan tugas saja.
Melalui peti undi rakyat jelata pilih wakil mereka. |
Dalam sistem demokrasi macam yang kita amalkan,
kuasa rakyat adalah mutlak dan mutakhir menentukan siapa memerintah dan
mentadbir negara.
Ada YB Peduli?
Wakil yang dipilih itu
adalah Yang Berhormat kerana pengundi dan rakyat jelata memberikan penghormatan
kepadanya untuk mewakili mereka.
Yang Berhormat tidak dipilih untuk menjadi
diktator, lanun, perompak dan pencuri. Mereka tidak sekali-kali dipilih untuk membuli dan memperbodohkan rakyat jelata.
Mereka sekadar memegang
amanah rakyat jelata. Untuk itu mereka diberikan upah yang secukupnya oleh rakyat jelata dan
pembayar cukai supaya dengan itu mereka tidak perlu mengemis apatah lagi mencuri untuk hidup selesa.
Maka dalam konteks dan
landasan itulah kerajaan menyediakan belanjawan tahunan.
Belanjawan ada dua
bahagian – hasil (revenue) dan perbelanjaan (expenditure). Sebahagian besar
hasil datang daripada rakyat jelata dalam bentuk cukai.
Sejak dulu lagi rakyat jelata
bayar cukai tetapi mereka tidak mengeluh dan membantah kerana cukai tidak membebankan dan tidak juga menyusahkan. Tetapi selepas Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) mulai April 2015 rakyat menderita dan ekonomi jadi tak tentu hala.
Bala bencana zaman Najib tak
payah kiralah. Satu demi satu bala bencana dan kesialan menimpa negara dan
rakyat jelata. Kita tertanya-tanya, di manakah berkatnya?
GST Kebanggaan Najib
Sejak Najib perkenalkan GST
dengan sokongan para YB BN, semua orang yang berbelanja, tidak kira dia seorang
papa kedana atau Tan Sri yang berpendapatan beribu juta akan bayar kadar yang
sama.
Rakyat biasa dan rakyat miskin
merasa beban GST kerana cukai kebanggaan Najib itu tidak memilih bulu. Siapa
berbelanja akan kena.
Najib sangat bangga dengan
GST. Dia kata GST penyelamat negara. Saya tidak pasti sama ada negara selamat
kerana GST tapi yang pasti GST sangat lumayan bagi Najib.
Najib seronok sakan tapi rakyat bantah kerana GST membebankan |
Dalam Belanjawan 2018 yang
dibentangkan pada 27 Oktober lepas, Najib menganggarkan kutipan GST sebanyak
RM43.8 bilion. Naik daripada RM41.5 bilion tahun ini.
Selain GST ada cukai lain
macam cukai pendapatan, cukai korporat, cukai import, cukai eksport, cukai
setem, cukai jalan, tarif dan macam-macam lagi bayaran yang rakyat jelata kena bayar. Mati pun kena cukai juga dalam bentuk cukai harta peninggalan.
Hanya sebahagian kecil
saja hasil kerajaan datang daripada perniagaan macam yang dilakukan oleh
Petronas, Khazanah Nasional Berhad dan 1MDB.
Petronas ditubuhkan pada
zaman Almarhum Tun Abdul Razak (1974) dan untung. Tahun 2016 keuntungan
Petronas RM23.5 bilion.
Khazanah yang ditubuhkan
pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1993) pun untung juga. Tahun 2016
keuntungan Khazanah RM1.56 bilion.
Tapi 1MDB yang berupa
tsunami minda Najib rugi beratus juta dan dilanda skandal bilion ringgit sampai
nak sediakan akaun tahunan pun susah. Dianggarkan RM39 bilion
duit 1MDB lesap kerana kerugian perniagaan dan penyelewengan.
Tapi Peguam
Negara pilihan Najib, (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada kes. Peliknya dalam tak ada
kes itu, laporan Ketua Juruaudit Negara mengenai 1MDB diOSAkan.
Parlimen pun tak boleh bincang. Kalau tak ada kes pasal apa berahsia?
Angkara penyelewengan 1MDB, Edra jadi milik negara China |
Bagi tahun 2018, Najib
menganggarkan hasil sebanyak RM239.9 bilion tapi dia bercadang belanja RM280.25
bilion.
Perbelanjaan ada dua
bahagian. Satu perbelanjaan mengurus macam bayar gaji dan pencen kakitangan
awam (termasuk menteri dan wakil rakyat), selenggara kemudahan awam dan bayar
balik hutang kerajaan.
Satu lagi perbelanjaan pembangunan macam untuk bina jalan raya, MRT, sekolah, hospital dan beli
peralatan tentera.
Dalam belanjawan 2018,
Najib cadang belanja RM234.25 bilion untuk pengurusan dan RM46 bilion untuk
pembangunan.
Perbelanjaan tahun ini
naik 7.5 peratus pasal Najib nak guna duit cukai rakyat jelata untuk pancing
undi. Akibatnya peruntukan pembangunan dibekukan pada kadar RM46 bilion.
Najib kutip cukai daripada
rakyat jelata kemudian guna duit itu untuk sogok rakyat jelata supaya undi BN. Dia kelentong kita. Dia kata kerajaan bagi duit kepada rakyat jelata.
Bukan kerajaan bagi tapi
kita sendiri yang bagi. Kita bayar GST dan macam-macam cukai lagi untuk tadbir
dan bangunkan negara. Najib ambil duit itu untuk sogok kita supaya undi parti
dia. Dia ingat kita bangang.
Persis Cash is King
Bukan itu saja. Tak
cukup dengan bayar cukai, kita kena pula tanggung hutang yang banyak yang Najib
ambil atas nama kita, anak dan cucu cicit kita.
Dalam Belanjawan 2018,
kerajaan kurang duit sebanyak RM40.35 bilion pasal hasil berjumlah RM239.9
bilion tapi belanja RM280.25 bilion. Jadi kena hutang RM40 juta lebih.
Kerana percaya duit
adalah raja (cash is king), Najib berhutang kiri kanan. Dalam zaman dialah hutang kerajaan naik melambung – daripada kira-kira RM200 bilion zaman Tun Dr
Mahathir kepada RM685.05 bilion sekarang.
Untuk jadi Raja Duit
(King of Cash), Najib cadang ambil 25 peratus daripada belanjawan 2018 untuk
Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang dia jaga.
Inilah keistimewaan
Najib berbanding semua Perdana Menteri Malaysia yang lepas. Dia bolot kewangan
negara untuk kukuhkan kedudukan dia di dalam parti dan kerajaan.
Kalau menteri mahu
peruntukan tambahan silalah sembah Najib. Itulah dasarnya. Sebab itulah, (Datuk
Seri) Shahidan Kassim dari awal-awal lagi kata Belanjawan 2018 adalah yang
terbaik dalam dunia. Ampu jangan tak ampu.
Najib kata, Zahid kawan setia sehati sejiwa |
Najib dengan penuh emosi
kata Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi kawan dia
sehidup semati sampai sebut dalam ucapan belanjawan.
Tapi bila sampai masa bagi peruntukan,
dia bagi 6 peratus saja kepada Zahid.
Zahid ni bukan
calang-calang orang. Dia keturunan Jawa. Dia TPM. Dia Menteri Dalam Negeri. Dia
jaga polis. Dia pemangku Timbalan Presiden Umno. Tapi Najib bagi dia 6 persen
saja.
(Datuk Seri) Hishammuddin Hussein, sepupu Najib yang jaga askar, dapat 7.3
peratus.
Najib berucap dekat tiga
jam sampai berbuih mulut dan kering tekak janji itu dan ini, bagi duit kepada orang itu dan ini.
Tapi adakah kita sedar bahawa dia kurangkan peruntukan pendidikan
dan latihan sebanyak 11 peratus daripada RM5.9 bilion kepada RM5.2 bilion?
Sebenarnya kalau kita
dalami belanjawan Najib itu, kita akan temui banyak lagi mantera dan jampi yang
tujuannya adalah untuk mengabui mata rakyat jelata kononnya dia simpati dan
peduli sedangkan matlamat dia adalah memancing undi dan melincirkan peti undi
dengan menggunakan duit rakyat jelata.
Itulah belanjawan "duit itu raja" dan raja duit adalah Najib.
Wallahuaklam.
36 comments:
Datuk AKJ,
Dah sasau ke? Mana ada belanjawan guna duit sendiri. Jika PH menang pun ingat Tun mahu guna duit dia atau anak2 dia ke? Sapu lagi ada la.
Pengumuman dalam Bajet 2018 RM 1,500 untuk penjawat awam tu sebenarnya penjawat awam dapat RM 1,000 jer. Yang lagi RM 500 tu kan dah memang selalu dapat menjelang Hari Raya. Kenapa kena umum RM1,500? Patutnya umum RM1,000 jer lah..
Bukan ke gst ni idea tun daim sejak tahun 80an ke
setakat itu ajelah yang kamu mampu tulis, budak sekolah pun boleh buat. langsung orang tak terpedaya. bagi orang lainlah tulis.
Bayangkan, orang ada kuasa besar. memang boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Sebab itu orang papa kedana tidak diperdulikannya. lebib lebih lagi orang papa kedana tidak ada nilai ekonomi kepada negara.maka dia (Najib) tidak nampak akan penderitaan yang ditanggung. demikian orang yang ada kuasa besar dalam kerajaan satu Malaysia.rakyat jelata jadi mangsa sampai bila bila.
Datuk,
"Bersungguh-sungguh PM cuba yakinkan sampai berbuih mulut."
- macam ada penyakit anjing gila!
- itu cara orang kampung kalau mau tau anjing liar tersebut sudah kena penyakit gila.
- jangan dekat sama anjing gila.
- tiada ubat kalau kena gigit anjing gila.
- siapa yang dekat dan kena gigit, semua akan kena jangkitan kuman anjing gila.
- penyakit ini sama dengan penyakit yang di alami olih Abuya...Ustaz Ashaari Muhammad...semasa dia buat pengakuan depan TV bahawa ajaran Al-Arqam itu adalah agama sesat...mulut dia berbuih2...ini bukan fitnah.
Malahan, nampak jelas buih mulut nya semasa dia buat kuliah2 sebelum kena tangkap...
Bergantung hidup pada yahudi - Ustaz Ashaari Muhammad...https://www.youtube.com/watch?v=7Z65fN0q_nc
Dunia - Kuliah Fardhu Ain, Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad Part 3...https://www.youtube.com/watch?v=x-LK1gDi3Xk
- jangan dipandang ringan apa yang Datuk katakan disini bahawa "PM cuba yakinkan sampai BERBUIH MULUT".
- itu tanda PM ada penyakit!
- imagine la sapu tangan dia?....bukan main punya bau busuk!...ptuiiiiiiiiiiiih!
- kena rebus pun tak bolih!
- buang dalam tong sampah pun tak bolih.
- itu kena tanya tujuh ekor badukang2** Sabah...si Rahman, Salleh, Pandikar, Anifah, Musa, Pairin, Maximus...kalau mau tau penawarnya.
- tajam juga mata Datuk...bolih nampak yang kita tak bolih nampak.
**badukang ia-lah sejenis ikan air masin yang suka makan taik manusia.
Sallam Dato'
Ini boleh kita ibaratkan macam hari raya.
Ada harga runtuh, harga terjunam, harga gila dan macam-macam. Masing-masing berlumba untuk dapat pelanggan.
Biasanya ada pertandingan 3 penjuru supermarket terbesar, Metro, Aeon dan Parkson.
Kadang-kadang tawaran istimewa bukan betul pun, ada yang dinaikkan harga dan kemudian dibagikan diskaun lebih sikit. Harga tak beda pun.
Tapi kita kena jugak ingat,
Hari Raya setahun sekali,
Belanjawan pilihanraya, ada juga dinamakan Ibu atau Bapak segala belanjawan hanya terjadi 5 tahun sekali.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dapatkan kuasa.
Tahun depan, tak ada dah ibu bapa anak cucu belanjawan lagi.
Kalau kita tersilap pilih, ter-nganga tahun 2019,2020, 2021, 2022 sehinggalah tahun 2023.
Datuk,
"BELANJAWAN...adalah kontrak...di antara kerajaan di satu pihak dengan rakyat jelata di pihak yang lain."
1. Kalau belanjawan itu kontrak...maka belanjawan 2018 adalah kontrak hutang baru RM40.35 bilion.
2. Siapa yang akan bayar hutang baru ini nanti?
3. Hutang lama sudah dibayar ke?
4. Kalau belum bayar, ini maknanya si bangsat tu berhutang lagi untung bayar hutang lama dia....kerja sial!
5. Mana itu duit minyak/gas dari Sabah?
6. Mana Bangsat2 Negara (BN) dari Sabah? Kenapa kamu diam2?
7. Ini hutang Negera Sabah ke?
8. Orang Sabah pun kena bayar hutang 1MDB juga ke?...hutang ECRL pun kita bayar juga ke?...barua punya BN Sabah!
9. UMNO Sabah dayus...siang2 buta itu si Bugis main belakang bini kamu...kamu diam2 sahaja kan?...betul la kamu nie bangsat!
10. Nanti kamu!
Datuk,
BELANJAWAN adalah kontrak di antara kerajaan di satu pihak dengan rakyat jelata di pihak yang lain...tetapi, apa ke kontrak kali ini untuk menurunkan kos sara hidup?...atau hanya kontrak air liur si bangsat?
- Sabah negera termiskin dalam Malaysia...nasib juga Singapura dan Brunei bukan dua negeri dalam Malaysia.
- Singapura tidak ada sumber hasil bumi, tetapi negeri terkaya dalam Malaysia...Sabah kaya dengan minyak/gas/kayu balak/kelapa sawit/koko, tetapi...
- Sudah lebih 54 tahun, UMNO tulang belakang Kerajaan Persekutuan...kami ada apa?
- DAP pernah memerintah Malaysia ke?
- PAP pernah memerintah Malaysia ke?
- Yang memerintah Malaysia sejak 1963 adalah Melayu UMNO ba, bukan Cina DAP.
- Kamu UMNO buta ke selama 54 tahun ini bahawa kos sara hidup di Sabah 15-35% lebih tinggi dari Malaya?...p****a la kamu UMNO.
- Kenapa kekayaan negara Sabah kamu orang2 UMNO angkat ke Malaya, bukan untuk digunakan kasi turun kos sara hidup disini?
- Kalau tidak pandai buat macam mana, kamu keluar dari Sabah...ini bukan tempat kamu.
- Seriously...what is there for us Sabahan, being Malaysian?
Our cost of living here is fucked.
Our education system is fucked.
Our security is fucked.
Our job opportunity is fucked.
- So, it's time for UMNO to fuck off too...you don't think so?..well, I do.
Pak Kadir.
Bila dulu kita pernah dengar saseorang berjanji pada PRU yg lalu, nak turunkan kadar toll tapi dinaikan pulak.
Orang yang sama janji nak bina juta2 rumah rakyat,tapi siap nye tak sampai sepuloh ribu.
Orang ni pun ambik Tanah Sg.Besi dgn harga jauh lebih rendah dari harga pasaran, konon nye nak buat rumah mampu milik untuk orang Melayu tapi tup tup diberi pada China.
Pernah dia kata dia tak kenal Jlow .. tapi ada bergambar bersama.
Jadi tuan-tuan apalah janji bajet tu ..
Kesian aku tengok tokeh "terong dan limau" berbangsa Cina .. pelat berbahasa Melayu akhir nya di baham rimau.
Tokeh Cina ini dia tak berbohong .. hanya pelat.. hari2 melaung "tolong rimau".
Salam tok.
merujuk pada:
Kerana percaya duit adalah raja (cash is king), Najib berhutang kiri kanan. Dalam zaman dialah hutang kerajaan naik melambung – daripada kira-kira RM200 bilion zaman Tun Dr Mahathir kepada RM685.05 bilion sekarang.
kena tengok pada real value dan berbenading pendapatan. kalau tengok macamtu je memang le si bugis nampak teruk.
kalau hutang zaman mahathir amek kira inflation skang macamana? kalau vis a vis income, macamana? masih teruk ke zaman cash is king ni?
kena put into perspective.
Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Terima kasih banyak Kadiag pasai bawa satu pojok yg sangat 'semasa' mengisah penyakit yg dah lama dan parah (kronik) dlm politik Malaysia.
Macam skandal seks Hollywood yg mana usahawan filem yahudi benama Weinstein dituding sebagai watak utama kerana
berzina merata rata, dan telibat dgn lucah melampau, masaalah sebenagnya mencekau seluruh sistem nilai orang barat. Dan
juga ramai orang Arab, Afghan, Bangladesh, Afrika....
Masaalah kebobrokkan MOI dan penyokong2 dia, di Amerika, depa sebut "enablers" mencekau hampiag keseluruh sistem nilai
moral rakyat yg tempang atau cacat. Satu2nya sistem moral yg boleh mendisplin masyarakat, iaitu Islam telah dikoyak rabak dan
dilempag jauh2, melainkan sikit2 syiar yg tekait macam jubbah dan kadang2 serban...
Lantaran apa yg hang nulih, dlm basa yg mudah pasai perkara2 yg pokok yg pada aku, banyak benagnya, merupakan satu fardhu
khifayah. Mentebagkan maklumat atau 'ilmu, aku yakin,
adalah kerja para rosul munkin macam dlm ayat 17, suroh Ya Siiin..
yg secara kasag membawa maksud :
"Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan keterangan (kebenaran) dengan jelas."
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ (17)
Di hurai dlm 'tafsiranmanusia blogspot' ..."Kemudian dijelaskan misi yang mereka bawa, yakni bahwa Rasul-rasul itu hanyalah sekadar menyampaikan risalah Allah. Terserahlah pada manusia apakah akan beriman (percaya) kepada risalah tersebut atau tidak Andai kata mereka beriman, faedah keimanan itu adalah untuk kebahagiaan mereka jua, di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau orang-orang kafir itu tidak mau melaksanakan seruan Rasul-rasul itu toh akibatnya akan menimpa diri mereka sendiri."
Macam mana pon, paling dasag, paling teraih, segala 'amal pebuatan, aku pecaya, mestilah ikhlaih hanya kerana Allah.
Jujog, aku ni dhoif dlm ilmu Islam, tapi aku pecaya sunggoh yg ni punca kejayaan. Insya'Allah.
Apa yg aku nak habagnya ialah dgn bakat kepetahan yg Allah S.W.T. bagi kad hang sesekali dgn keihklasan, Insya'Allah,
kemenanganlah natijahnya.
Teruihkan pejuangan.
Maghap no.
Aku.
1.Assalamualaikum dan selam sejahtera kepada para pembahas dan pembaca sekalian.
2. Mohon izin menyiarkan satu dua komen anonymous yang mengutuk tulisan dalam blog kita ini.
3. Anih sekali. Ramai penyokong Mappadulung atau pemakan dedak beliau tidak berani berbahas secara terbuka.
4. Nak guna nama samaran pun mereka takut tapi nak sokong Pahlawan Bugis dan makan dedak beliau.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Mmg itu adalah cadangan saja .. siapa pun boleh buat cadangan ..tapi Tun Daim tak sampai hati untuk meragut duit rakyat sebegitu rupa.
Ini belanjawan ayaq lioq saja . Semboq ayaq lioq kat rakyat. Meludah la tu!
Datuk, memanglah depa ni tak berani tunjuk muka, suka menyorok di belakang 'anonymous'. Kalu tunjuk identiti nanti nampaklah kebodohan mereka. Tak ada fakta, tak ada isi, mencemoh saja pandai. Ini sebab dah banyak dedak kelabukan otak masing2. Setiap komen dapat lima posen.
Najib is a hollow man. A man without substance. He doesn't even have the rudimentary intelligence required of a leader. To stay in power he buys support, allegiance & obedience. And to gain blind following, he spins. His pillars of strength are the ever hungry carnivores in his animal farm. They are the AG, IGP, CJ, SPRM Chief, BNM governor, KSN and all the ministers & deputy ministers. Those carnivores don't eat dedak. They eat premium meat. Therefore, the grand thief must have massive stockpile of premium meat to feed them. He can't afford to have a depletion of money. His loots from 1MDB have probably been greatly diminished and looks certain not capable of being replenished.Therefore, the grand thief put up a grand scheme. He planted his own super thieves in the nation's "cash mines" to do the stealing for him. Chief among them are Isa "Danny DeVito' Samad [let that toyol have a little glamour okay!] of Felda infamy and Azeez Rahim of Tabung Haji. The others are those in EPF, Petronas etc, etc,etc. The Royal Custom Department & IRB are pressed hard to extort the people. When the foregoing were insufficient, the grand thief would resort to borrowings, selling off our country's assets, adding more taxes and increasing the existing ones. This vicious and malicious cycle will certainly destroy the country sooner rather than later. NAJIB = PLAGUE. To those with resources and means please work hard to bring down the plaque's pillars of strength. To start with, shame them. Or at least make their family members feel ashamed of being parents, wives/husbands, siblings and children of those traitors. Without them the plaque will be buried underground, insyaAllah!
Salam Dato,
sangat menyedihkan,
majoriti wakil rakyat yang dipilih rakyat MENIPU wang rakyat. Ada yang ponteng sidang parlimen tetapi masih mengambil gaji penuh setiap hujung bulan. Masih tak cukup dengan gaji yang diberi songlap duit rakyat melalui penipuan 1MDB, FELDA, Tabung Jihad, Wang Pungutan Zakat, curi kayu balak dan lain lain....
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala bala' yang sedang berlaku sekarang ini.
As-Salam Tok Scribe,
JASPAL SINGH DEO IS TELLING THE KNOWN TRUTH AS IT IS AND IS VALIANTLY UNVEILING THE SYMPTOMATIC LIES
TWO (2) years before Budget Day 2018 as posted on 15 December 2015, PR1MA was already condemned for its glaring failure in meeting the demand for affordable homes by REI International Holding Sdn Bhd CEO Dr Daniele Gambero and Armani Media Sdn Bhd managing director K.K. Chua who had concurred by saying that only 10% of the 500,000 units targeted have been approved.
THE KICKER :
Under Budgets 2014, 2015 and 2016, a total of 800,000 homes have been promised, of which less than 25,000 have actually been launched.
“In terms of figures, the numbers in the last three Budgets are ridiculous. If we consider that all developers in Malaysia cannot deliver more than 160,000 homes a year (based on Rehda statistics), how can the government or agencies promise 500,000, 600,000 or 700,000 units?” Gambero questioned.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/30/only-1332-pr1ma-homes-built-against-625000-promised-in-past-5-years/
http://www.thesundaily.my/news/1637492
MO1 bagi Br1m 2017 kepada setiap isirumah yg layak sebanyak RM 1050 maksima.
MO1 kutip GST 2017 sebanyak RM41b
Purata setiap rakyat Malaysia @ 30 juta orang (est 2016) yang bayar GST adalah RM41b / 30 juta orang adalah RM1367.00 seorang termasuk setiap bayi dan orang tua yang tinggal di Malaysia...
Wallahualam.
https://m.youtube.com/watch?v=jisSMOhVTjE
tv3 soal jawab pra bajet 2018
kata dr muhammed, daripada RM100 hasil kutipan negara, RM99 adalah belanja operasi. belanja pembangunan, HUTANG BELAKA!
apa macam???
nak menipu, KANTOI lagi... kikikih
SELANGOR’S case against the Election Commission on new electoral district boundaries is a bellwether for when 14th general election (GE14) will be called.
There are two scenarios, and both depend on what the Selangor government decides.
On Monday, the Appeals Court had ruled that the EC can proceed with the final stages of the initiative to redraw the boundaries of electoral constituencies which had been started in 2016.
Pakatan Harapan leaders accuse the ruling Barisan Nasional of abusing the EC’s work to redraw the electoral boundaries – also called delimitation or redelineation.
They claim that the delimitation proposals are unfair and that it will create more ethnically polarised, Malay-majority parliamentary seats.
PH lawmaker Dr Ong Kian Ming claims that the EC’s proposed delimitation is aimed at giving BN an edge in its quest to retake Selangor in GE14.
PH is attempting to temporarily halt the process by filing a suit against the EC via the Selangor government, which is ruled by PH parties.
Monday’s ruling was a defeat for PH. If Selangor does not appeal against the ruling at the Federal Court, the EC can now submit its report on the new boundaries to Prime Minister Najib Razak.
Najib will then table it in the current Dewan Rakyat session, which ends on November 30.
Datuk,
As the time is near then PH should be galvanising the rakyat.
At least in Selangor they should start a "Defend Selangor" campaign and educate people on why voting for PAS = vote for Umno.
I expect to see 300% more effort from PH in the next 2-3 months, otherwise we will be stuck with the Bugis pirate for a long time.
"Former Sabah chief minister Harris Salleh has made a dire forecast for Barisan Nasional, saying there’s a great a possibility it will lose control of Parliament with the coming general election although it will retain its hold on the East Malaysian states, albeit with reduced majorities.
Speaking to FMT, he said it was apparent that Sabahans and Sarawakians were keen for a change of government at the federal level, weakening BN’s claim that the two states are its fixed deposits.
“Their feelings on the current federal government are the same as their countrymen in the peninsula,” he said. “Almost half of the Malays in the peninsula are no longer supporting BN.
“It is not a question of whether Sabahans and Sarawakians are being deprived of their rights by the federal government, but the people here have heard lots of things. They are worried about what is happening in KL.”
Harris’s statement matched a prediction former prime minister Mahathir Mohamad made about two months ago. Mahathir said Pakatan Harapan, with Parti Warisan Sabah’s help, would win at least half of the parliamentary and state seats in Sabah.
Harris voiced his belief that many Sabahans and Sarawakians were growing frustrated with the federal government because of its perceived selective and discriminatory policies."
Pakatan Harapan x cukup cmapaign kat S'wak......not too late Dato!!!
Datuk,
"Petronas ditubuhkan pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak (1974) dan untung. Tahun 2016 keuntungan Petronas RM23.5 bilion."
- oooi naa kau! besar juga ba itu untung Petronas...pandai juga si Najib ini rupa rupa nya bikin duit.
- banyak juga rupa rupa nya minyak di Malaya sana...sia ada dengar juga, ada kolam minyak dan gas di Putrajaya...kami di Sabah tiada minyak dan tiada gas...apa bolih buat, gigit jari saja la.
- macam mana ba si Najib pandai bikin itu minyak, Datuk?...jangan jangan sudah kena campur sikit sama minyak dagu**.
- kalau Datuk se-orang yang bijaksana...ini ada satu teka teki...dalam semua minyak, minyak apa yang tidak bolih nampak?
- kasi tau si Najib, kalau Petronas untung sampai begitu banyak...silap haribulan dia bolih terbakar di Sabah!
**Minyak Dagu diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh.
Datuk,
"...4. Nak guna nama samaran pun mereka (penyokong Mappadulung atau pemakan dedak beliau) takut tapi nak sokong Pahlawan Bugis dan makan dedak beliau."
- bukan takut ba Datuk, kalau di Sabah, kami bilang angin-angin*** atau setengah tiang***.
- kalau si Karaeng dapat duit atas angin, akibat nya siapa yang makan pun jadi angin angin juga la.
- terima duit atas angin tidak salah kalau kamu tidak tau...lagi afdal, pura pura macam tidak tau.
- tapi, dapat duit atas angin, itu duit sial...haram di makan.
- naik haji 1MDB itu pun naik haji atas angin juga...macam Sport Toto kasi duit naik haji...ba, kalau free, siapa tidak mau...terpulang la sama masing2...lagi baik, cucuk telinga, sumbat mata, buka mulut, terima saja.
- kalau ia pun, jangan la sampai "tidak berani berbahas secara terbuka".
- jangan malu dan jangan la segan, tiru la macam aku, ada nama...sukasamasuka...siok kan nama aku?...tetapi, sebenar nya "di situ" la nama aku...lain kali aku cerita, bila Pakatan Harapan sudah memerintah...sekarang tidak bolih sebab banyak mata mata, Datuk.
***angin angin tu orang yang gila gila, tetapi bukan orang gila. Orang yang setengah tiang pun sama juga, yakni, yang kepalanya tak berapa betul.
Datuk, I am puzzled by the ignorance and stupidity displayed by Putrajaya. The bodyguard for Tun M has been withdrawn. Thus it goes without saying, if anything happens to Tun, Putrajaya and the chief leader will get the blame, rightly or wrongly.
Get ready when and if it happens, a groundswell bigger than any tsunami will sweep the current leadership away.
Why so stupid Putrajaya?
Datuk,
" Najib sangat bangga dengan GST. Dia kata GST penyelamat negara. Saya tidak pasti sama ada negara selamat kerana GST tapi yang pasti GST sangat lumayan bagi Najib."
- macam ada sesuatu yang Datuk sudah tau, tetapi Datuk tak mau kasi tau sama rakyat yang daif macam kami.
- apa maksud Datuk..."GST sangat lumayan bagi Najib"?
- yang aku tau kami sudah kering ni Datuk, pasal GST.
- apa Mattimung bangsat ni betul betul mau kasi Karaeng sama kami ke Datuk?
- i see
- oooooo, aku sudah tau, si Daeng tak jadi pergi umrah...tetapi dia mau naik haji sekali lagi la?...bila tu Datuk?
- kami di kampung pun begitu juga ba Datuk...kasi makan dulu ayam pakai dedak atau jagung, baru la bolih tangkap ayam...sudah tangkap, baru la sembelih.
- aku pikir si Sandrobone ni sembarangan...rupa2nya pintar ba dia ini...dia tabur duit macam duit bapa dia, lepas tu dia sembelih kita la ya?
- kalau la kita tak bolih export minyak kelapa sawit ke Eropah lagi atau di kurangkan...itu sudah RM40 billion hilang...shall we say, an additional 5.5% GST plus minus, to compensate the loss...so a new GST is 11.5%!...bingo!
- damn son...that's good.
- tahniah Najib!...GST penyelamat negara!
- tahniah UMNO!
- tahniah BN!
Datuk,
aku check rupa2nya mimpi tidak bolih dipakai...jadi aku tarik balik la my posting pada 5:42 PM, yang pasal ada gunting dalam lipatan antara persahabatan erat hidup semati Najib dengan Zahid.
kalau bolih tolong delete my comment Datuk.
Datuk,
- ada silap pada posting saya 9:44 PM pasal eksport minyak kelapa sawit ke Eropah...bukan RM40 billion, tetapi hanya RM10 billion sahaja *....minta maaf atas kesilapan itu.
- RM10 billion itu adalah minyak kelapa sawit untuk biodiesel....atau pun bersamaan dengan 2,059,207 tonnes pada tahun 2016.
- Tetapi, kalau mengikut laporan PMT, memetik Marcus Mojigoh, sebagai Vice-President of the Asia-Pacific Parliamentarians’ Conference on Environment and Development.
“They (EU) did not limit their objections to biodiesel alone but also palm oil used to make ice cream, cookies, bread, chocolates, noodles and many other food products."
*http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/30/malaysia-bracing-for-eu-ban-on-palm-oil/
- kalau laporan ini betul, implikasi nya sangat besar dari RM40 billion sebab syarikat2 Malaysia termasuk Unilevers Malaysia, Nestle , Yeo Hiap Seng dsbnya banyak export makanan yang mengandungi bahan kelapa sawit.
- Saham2 syarikat ini akan tergugat termasuk saham Felda, Sime Darby dsbnya.
- Pengangguran akan bertambah dan mungkin bolih mencapai angka 1 juta orang (dari 600,000 sekarang)
- Kutipan GST 2018 akan berkurangan.
- Kutipan dari cukai2 lain juga akan berkurangan.
- Hasil 2018 sebanyak RM239.9 billion memang tak bolih dicapai dan dengan pebelanjaan 2018 sebanyak RM280.25 bilion, maka defisit akan bertambah...dan tidak hairan la selepas PRU14, Mattimung Karaeng akan menaikkan kadar GST dari 6% hingga ke 11.5%, walaupun secara berperingkat2.
- Bila GST di naikkan...dengan sekelip mata, harga barang harian akan naik...ini saja sudah cukup untuk menambah kutipan GST dengan sendirinya, selain daripada kadar peratusannya yang baru.
- Tidak hairan kalau pihak2 luar suka dengan dasar Daeng Mattimung sebab mereka2 ini hanya mau memastikan Malaysia ada cara yang senang untuk menambah pendapatan untuk bayar hutang mereka.
- Ini la GST...satu system cukai yang tak payah buat kerja susah2...asal pandai main kadar nya saja untuk tambah pendapatan negara, tanpa mengira kos sara hidup rakyat.
- Sebenarnya kan, kenapa aku mesti undi UMNO lagi?
Datuk,
Whatever the history of the Bugis, they are very generous now....
"... 26.9 Nasharudin and other senior PAS personnel benefitted personally, enjoying and exhibiting a new affluence from the money channelled into the party by Najib Razak.
26.10 Nasharudin new-found wealth
• acquiring vehicles costing not less than RM1.5 million
• (including a BMW 525 priced at RM388,000, a Mini priced at RM230,000, a Toyota Vellfire priced at RM290,000, a Toyota Camry, priced at RM150,000 and a Toyota Fortuner priced at RM200,000
• and property, including a house at Bangi, Selangor, worth RM3 million
• bought with cash.
PAS MPs and senior party figures have bought new, luxury cars and new houses and married second and third wives, spending conspicuously in excess of their political salaries and what they could previously afford.
• Deputy Chief Minister of Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, acquired a fleet of luxury cars, including a Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire and Toyota Attis and built several houses for his family.
• The Spiritual Leader Hashim Jasim acquired a Porsche Cayman car.
• PAS Information Chief Khairuddin Aman Razali gave his second wife a RM500,000 Audi Q7 car as a gift.
• PAS Information Chief Nasrudin Hassan Tantawi bought a RM300,000-plus Toyota Vellfire.
• Secretary to the Syura Council, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh acquired a luxury Mercedes with the number plate PAS 9, itself worth around RM100,000, and a luxury Audi.
• Takiyuddin bin Hassan, MP for Kota Baru and Secretary General of PAS has acquired a fleet of expensive cars and a luxury motorbike, including a Volkswagen Passat priced about RM160,000 with personalized number plate TAK 11, itself worth up to RM100,000
• Muhammad Khalil, PAS Youth Leader, acquired luxury BMW motorbike.
• Mokhtar Senik, chairman of the PAS Pahang Ulama Council, has acquired a luxury Mercedes and Toyota.
I hope these cars and other luxuries will be weighed in akhirat. Or maybe PAS really sesat jalan.
Datuk,
"Angkara penyelewengan 1MDB, Edra jadi milik negara China"
- itu bermula di Terengganu...dimana siapa pun tidak tau pasal TIA sampai ia jadi 1MDB.
- mungkin ada satu lagi 1MDB...tetapi kali ini di Sabah pula.
- Datuk pernah dengar Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)?
- aku rasa belum pernah. SSER are special purpose vehicle owned by the Ministry of Finance.
Ini ceritanya.....
"CNPC subsidiary conducts feasibility study for Malaysia pipelines; funding to be secured"
(https://www.iiicorp.com/?opportunities/opportunity/54299?Auth=93917648-813b-4a22-94d8-758d50439414)
Key highlights:
- China Petroleum Pipeline Engineering Co Ltd, an engineering arm of China National Petroleum Corporation (CNPC), is conducting a feasibility study for two pipeline projects in Malaysia...funded by the Export-Import Bank of China (EIBC).
- The two pipeline projects are:
- The Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP), is 500km, which will effectively solve the problem of energy shortage in eastern Sabah.
- and the multi product pipeline (MPP), 370km long pipeline, and will be used to transport petroleum products from refineries in Melaka and Port Dickson to the central and northern regions of east peninsular Malaysia.
- The project owner is Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER). SSER are special purpose vehicle owned by the Ministry of Finance.
Somehow, the China-Malaysia Project was reported in local media....
"Chinese companies ink deals to complete RM55b ECRL, Pengerang projects"
(http://www.thesundaily.my/news/2017/05/14/chinese-companies-ink-deals-complete-rm55b-ecrl-pengerang-projects)
....Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai and Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Rahman Dahlan witnessed the signing of the MoUs.
Treasury Secretary-General Tan Sri Irwan Siregar signed on behalf of both Malaysian companies...."
......but there was no mention about the story of The Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).
The question is why the 500 km Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) was never mentioned?
In fact a separate MOU under a different backdrop was signed by the same three actors...Najib, Rahman Dahlan and Irwan Siregar
It was reported on a sideline news by http://hddinfos.com/list-text/list-9/link-list.html
[7/11/2016]Chinese Pipeline Contractor Get Projects from Malaysia.-EPCC Agreements of Trans Sabah Gas Pipeline and Multi-product Pipeline Projects were signed in China by China Petroleum Pipeline Bureau(CPP)and SURIA STRATEGIC ENERGY RESOURCES SDN. BHD(SSER), a leading energy investment corporation in Malaysia during the Chinese visit of Malaysia prime minister Najib.It is the first time that CPP contract a EPCC(Engineering,Procument,Construction and Commissioning) project from his client.In addition, another Chinese international project consultant HuanQiu Project Management(Beijing)Co,Ltd was awarded the PMC contract by SSER for above projects.-HDDINFOS
- does anyone in Sabah knows about this?
- someone wants to build a 500 km pipeline in Sabah...500km pipeline, not 5km ok...no one knows about it?
- who is paying for this?
- no mention in Budget 2018?
- Seriously?
- privately funded by China?
- what is the collateral?
- like TIA...telaga minyak dan gas?
Datuk, it is time to revisit our Malaysia Agreement 1963.
Di hujung pembentangan Bajet 2018 Najib Razak mengalungkan karangan manik kepujian buat Zahid Hamidi.
Katanya dia bertuah mempunyai Zahid dalam pasukannya, Zahid bukan sahaja seorang timbalan tetapi seorang sahabat.
Pujian itu tentu mengejutkan Zahid kerana itu beliau menyifatkan ia lebih baik daripada bajet. Zahid menerima ia adalah satu bonus bejat buatnya yang sama sekali tidak terfikir kerana kalau untuk meletakkan Zahid sebagai pemancu utama menyegarkan ekonomi negara bukan Zahid, tetapi orang lain. Misalnya Mustapa Mohamed salah seorang yang patut diangkat pujian oleh Najib.
Orang dengar Zahid menyatakan kegembiraaan, tetapi hakikatnya tidak begitu. Pujian itu menakut dan membimbangkan Zahid. Dengan memahami pujian dalam dunia politik adalah isyarat pembunuhan ia menakutkan Zahid. Pujian itu adalah untuk melenakan Zahid sebelum dihulur pisau pembunuhan oleh Najib.
Najib tidak akan membuat pujian sebegitu kalau bukan ada maksudnya. Demikian tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Kucing juga tidak akan menjadi mangsa dengan kita, kalau kita tidak ada ikan tawar? Bajet untuk kementerian dipegang Zahid ternyata lebih rendah daripada bajet untuk seorang lagi Naib Presiden.
Untuk Zahid jangan terpesona dengan pujian itu kerana ia adalah isyarat yang berwarna hitam.
mso blog
AsSalam ..Datuk.
Mukadimah Datuk tontang bajet 2018 bernas dan menarik ...
Tapi komen Datuk banyak tersisir ...
" ... Di anggarkan Rm 39 billion duit 1MDB LESAP kerana kerugian perniagaan dan penyelewengan ..."
# 1MDB takdo lak repot kehilangan Rm39 billion .
# Kenyataan kewangan 1MD tak ponah repot kehilangan Rm39 billion.
# CEO Arul dah torangkan kedudukan kewangan dan aset 1MDB... takdo yg hilang.
# PAC dah siasat ... takdo Rm39 billion yg hilang.
Yg ado hilang iolah Rm30 billion dari BNM ... maso Tun M berkuaso dulu.
# BNM yang repot kehilangan Rm30 billion.
# Bersaksikan sendiri olih pengarah BNM tontang kehilangan Rm30 billion.
# Disahkan olih penyiasat RCI tontang kehilangan Rm30 billion.
Camno ni datuk ...?
Waghih.
Pak Kadir.
Incik Shah.
Saya teringat peristiwa masyur pada Persidangan UMNO 1997. Pabila Zahid menibai Tun Mahathir .. ngatakan Tun hanya mengkayakan kroninye.
Akibatnye Zahid telah di togelkan yg memaparkan kemaluannya yg memiliki jawatan dgn beratus syarikat.
Klimak persidangan itu menyaksikan gimana Sudara Anwar berikrar akan sentiasa berada dibelakang Mahathir??? .. apa jadi pada 1998.
Dia umum mcm tu sebab nk nampakkan dia bg bonus byk pd penjawat awam.Nk pru nnti tentera dia hebohkan la bonus penjawat awam 1500. Org yg xtau apa2 n xkeja Kerajaan akan terpedaya, malah yg kerja kerajaan pn ada gak terpedaya. Perang saraf..
Post a Comment