Sunday, January 28, 2018

Pengakuan Najib Mengenai 1MDB Sabotaj Propaganda Laskar Siber



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

BANYAK pihak telah mengulas pengakuan U-turn Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak) bahawa 1MDB gagal dan berlaku kesilapan urus tadbir.

Najib mengaku 1MDB gagal, urus tadbir songsang
Jadi tidak perlulah saya mengulanginya kecuali memberi kata dua bahawa “pengakuan” Najib itu janganlah ditelan bulat-bulat sebab mungkin ada lebih banyak racun daripada penawar.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Sebaliknya saya hendak mengulas tentang betapa sepinya (muted) reaksi media massa arus perdana (MAP) dan laskar siber upahan kerajaan, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dalam loghat Utara, mereka telah “terbotoi” (kemaluan) kerana selama ini mereka bermati-matian menafikan yang 1MDB gagal dan urus tadbirnya bermasalah.

Kalau dulu mereka mensabotaj kerajaan, Umno dan BN dengan membuat laporan dangkal yang tidak dipercayai umum sehingga jualan akhbar mereka jatuh merudum, kini giliran mereka pula disabotaj.

Bukan alang kepalang punya sabotaj, tetapi sabotaj oleh bos nombor satu mereka sendiri.

Kesepian mereka memekakkan. Apa guna yuran perundingan yang khabarnya mencecah jutaan ringgit bagi yang bertaraf komander dan dedak bagi prebet kalau sekadar membuat tampalan (posting) mengenai senaman pagi, sarapan, menjelir lidah seksi, rawatan perubatan canggih, gambar pemandangan matahari naik dan turun, awan gelap dan hujan lebat.

Bagi saya, posting sebegini oleh komander dan jeneral siber kerajaan, Umno dan BN adalah manifestasi kekacauan minda dan ketidakberanian mereka menghadapi realiti. Ia adalah “escapism”.

Sumber Upah

Dari dulu lagi saya mengesyaki ada bekas pengarang dan wartawan kanan MAP yang dilantik penasihat media dan dibayar yuran perundingan yang luar biasa besarnya.

Tetapi majoriti laskar siber hanya mendapat sagu hati dan duit poket sahaja atau dedak dalam bahasa jalanan. Laskar adalah daripada istilah Parsi lashkar (لشکر ) yang bererti askar.

Saya juga tahu sebahagian daripada mereka ditaja oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan individu yang berkaitan dengan Umno dan pentadbiran Najib.

Tetapi baru-baru ini saya terperanjat juga apabila mendapat tahu bahawa dua buah portal prokerajaan ditaja oleh sebuah GLIC Bumiputera yang sangat besar dan penting.

Sebuah daripada portal itu dimiliki seorang bekas pengarang MAP dan sebuah lagi oleh pengulas politik berkelulusan pengajian media yang tidak pernah menjadi wartawan.

Pada mulanya saya hanya syak kerana dua portal itu amat gigih dan pantas membela GLIC berkenan apabila saya menulis sesuatu yang tidak baik mengenainya.

Tetapi apabila kenyataan balas oleh salah sebuah portal itu terhadap kritikan saya menyerupai kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu oleh GLIC berkenaan, jelaslah apa yang saya syak itu adalah benar.

Menurut maklumat terbaru yang saya peroleh, bos GLIC itu sendiri memberi imlak (dictation) kepada ketua portal tersebut bagi menjawab hujah saya. Terima kasihlah kerana memandang serius kritikan saya.

Bagi memenuhi etika kewartawanan, saya menghantar pesanan WhatsApp kepada pegawai GLIC berkenaan. Pegawai inilah yang berhubung dengan saya apabila ada isu antara saya dengan majikannya.

Saya menulis: “Assalamualaikum. Sekadar maklumat. Saya dimaklumkan yang - - - (nama GLIC) menaja --- (nama portal) dan --- (nama portal). Saya dimaklumkan juga yang ---(nama pengerusi GLIC) menghantar WhatsApp terus kepada ---- (nama ketua portal) untuk menjawab tulisan saya tempoh hari. Wallahuaklam. Terima kasih.”

Seandainya maklumat yang saya peroleh itu tepat, persoalannya adalah apakah tajaan oleh GLC dan GLIC ini mengikut tata cara pengurusan dan selari dengan etika korporat mereka?

Apa pun, pengakuan Perdana Menteri bahawa 1MDB gagal dan ada masalah urus tadbir di dalamnya telah membuatkan taring MAP dan laskar siber kerajaan dan BN semakin tumpul kalau pun tidak rongak terus.

Namun saya tidak menjangka wayang kulit 1MDB ini akan berakhir dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan beliau tidak lebih daripada “comic relief” ala Etong dan Ekheng menjelang pilihan raya umum (PRU).

Wallahuaklam.

32 comments:

Unknown said...

The 1MDB issue(s) is (are) not about bad or mismanagement. It is a very clear intention that 1MDB is used as a vehicle to steal money. It is a well planned scam to steal money. If there are no international investigations on 1MDB we will never know the truth.

But Allah is great. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

Airlangga said...

Felda la tu..

fauziasmara said...


Maaf Datuk, keluar tajuk...

Tun Siti mampu menjadi faktor kemenangan PH....." Ayuh ladies, kita mampu mengubah "

Peristiwa dimana Tun Siti Hasmah disoal siasat polis tentunya mengundang simpati ramai samada dikalangan orang awam atau ahli parti politik termasuk UMNO. Tentunya golongan wanita amat bersimpati pada beliau.

Saya teringat kembali peristiwa Datuk Seri Anwar dipenjara dan Datin Seri Azizah menjadi calon di Permatang Pauh. Beliau menang atas simpati terutama dari golongan wanita.

Faktor Tun Siti juga jika digunakan dengan sebaiknya akan mampu menarik simpati golongan wanita berpelajaran, wanita luar bandar juga dikawasan Felda. Malahan golongan lelaki juga.

Gambar beliau tunduk dalam bilik semasa menghadiri soal siasat amat menyentuh perasaan. Gambar ini perlu di war-warkan semasa pilihanraya nanti.

Saya terkenang kembali semasa Tun Abdullah menggunakan gambar beliau bersila makan bersama orang kampung menjadi modal pilihanraya.

DS Anwar menggunakan gambar mata lebam...

Saya berpandangan Tun Siti mampu memberi kemenangan pada PH.Saya tidak bermaksud untuk Tun Siti berkempen, tapi cukuplah sekiranya beliau dapat berkata dengan lembut sebagaimana selalu ....

" Ayuh ladies, kita mampu mengubah "

Kata kata ini boleh digunakan sebagai modal kempen PH.

PH boleh membuat poster gambar Tun Siti tunduk semasa disoal siasat dan pada poster tersebut juga ditulis " Ayuh ladies, kita mampu mengubah ".

Saya pasti, perubahan akan berlaku....

Terima kasih.

Fauziasmara 0125006900

Guar Chempedak, Kedah

Old friend. said...

Datuk,

I symphatise with Feisol. I bet he had a very tough time doing damage control for his boss.
BTW Datuk, nak tanya sikit, hang dari Brunei jugak ka? Hahaha.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Dari Ismaweb.net
" BANGI, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengakuan Datuk Seri Najib Razak mengenai kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekadar mengulangi apa yang sudah diketahui ramai, termasuk di luar negara, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, pengakuan Perdana Menteri yang dibuat pada ‘Invest Malaysia 2018’ adalah pemilihan unik kerana persidangan itu dihadiri ramai pelabur, bakal pelabur serta eksekutif dalam dan luar negara, yang mungkin tahu lebih banyak mengenai skandal 1MDB itu disebabkan ia berlaku dalam dunia korporat.

“Saya tidak mahu mengulang ulas pendirian dan tindakan Perdana Menteri mengenai isu ini sebelum ini kerana saya yakin kita sudah cukup maklum mengenainya. Apa yang perlu diulang sebut ialah satu dunia sudah tahu yang 1MDB bermasalah. Jadi, pengakuan Perdana Menteri itu hanyalah sekadar mengulangi apa yang sudah diketahui ramai.

“Hatta wakil kerajaan pun tahu dan mengakui yang 1MDB bermasalah. Betapa tidaknya. Ada di antara mereka adalah ahli atau bekas ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC) yang menyiasat hal-ehwal 1MDB.

“Bezanya tidak ramai yang membuat kenyataan terbuka mengenainya atau memilih untuk menutup mulut apabila dilantik ke jawatan penting,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu memberi contoh kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar yang dilaporkan berkata bahawa kaedah perniagaan 1MDB tidak lestari kerana modalnya kecil, tetapi berhutang besar

“Tidak lama selepas itu, 1MDB terpaksa menjual harta-hartanya – kadang-kadang pada kadar potongan – bagi membayar balik hutang. Yang memburukkan lagi masalah 1MDB ialah bukan semua hutangnya berpunca daripada perniagaan. Kalau hutang perniagaan, ia boleh dijustifikasikan dan boleh diatasi melalui penyusunan semula dan penjualan aset.

“Tetapi sebahagian daripada hutang itu terbentuk akibat penyelewengan oleh pengurusan 1MDB dengan pembabitan orang luar, khususnya Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low. Hutang inilah yang menjadikan 1MDB, pada teorinya, muflis (insolvent) sehingga memaksa Kementerian Kewangan mengambil alih beban hutangnya,” katanya.
(Bersambung)

Aku said...

(Bersambung dari Aku)

Kadir berkata, ini berlaku apabila wang sebanyak AS$1.2 bilion (kira-kira RM4.8 bilion) yang sepatutnya disalurkan kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi, sebagai pelaburan telah dilencongkan secara jenayah kepada syarikat persisiran pantai yang dikaitkan dengan Jho Low.

Katanya, 1MDB menafikan wujudnya hutang itu tetapi ‘kalah’ dalam perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada April lalu dan terpaksa membayar jumlah itu kepada IPIC dalam dua ansuran.

“Banyak lagi duit 1MDB yang tidak dapat dikesan atau dapat dikesan tetapi tidak boleh dihebahkan kepada orang ramai kerana dokumen mengenainya diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi seperti laporan audit khas oleh Juruaudit Negara.

“Kegagalan dan kelemahan urus tadbir yang diakui oleh Perdana Menteri sudah pun dibuktikan secara sahih tahun lalu oleh mahkamah Singapura apabila ia mendapati beberapa pegawai bank antarabangsa bersalah melakukan pengalihan wang haram dari sumber-sumber 1MDB,” katanya.

Kadir berkata, sementara kerajaan Amerika Syarikat pula menggunakan undang-undang Kleptocracy Asset Recovery Inisiative (Kari) atau dalam bahasa Melayu inisiatif mendapatkan balik harta yang dicuri oleh kerajaan pencuri bagi membekukan aset yang disahkan dibeli dengan duit seleweng 1MBD.

“Jadi pengakuan Perdana Menteri itu tidaklah memeranjatkan. Yang menjadi tanda tanya ialah muslihat tersirat di sebalik tindakan Perdana Menteri itu. Saya cenderung mengaitkannya dengan pilihan raya umum yang akan menjelang, kecuali berlaku sesuatu yang memeranjatkan dalam masa terdekat,” katanya.

Yg aku kopipes ni sebab aku antara lain rasa benda sepenting ni tak dihebah sangat oleh Media Aruih Perdana temasuk TV depa,
lantaran tu ramai orang munkin tak tau.
Aku (bersambung).

Aku said...

Kadiag,
Yg aku rasa lebih penting ialah geng2 hampa teruih mengatog kata2 yg bepijak pd kebenaran untuk disebagluaih
kpd rakyat ('articulate') yg insya'Allah moga2 sesuai dgn ayat 81, surah al Isro' (munkin seperti diungkap dlm aqlislamiccenter.com) :

" وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Artinya: “Dan katakanlah: “Yang haq telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (QS. Al-Isra’: 81)

Ayat ini memberikan jaminan kepada pembela kebenaran bahwa suatu saat kebenaran pasti datang dan kebatilan akan lenyap seiring dengan datangnya Al-haq, bahkan ditegaskan lagi bahwa kebatilan pasti akan lenyap, walau itu dikemas dan didesaign dengan sehebat mungkin.

Namun sebagai umat islam, kita tetap harus punya strategi, punya tekhnik bagaimana memunculkan kebenaran itu. Karena kebenaran akan tetap mengendap dan kebatilan akan tetap merajalela jika kita tidak berfikir dan berinisiatif memunculkan kebenaran itu kepermukaan.

Kebatilan yang terstruktur dan terorganisir bisa mengalahkan kebenaran yang tidak terorganisir. Begitu kata Ali bin Abi Thalib, dan faktanya memang begitu. Betapa banyak kebatilan saat ini yang mengungguli kebenaran akibat tidak adanya menejemen yang bagus dipihak kebenaran.

Ada hal yang penting untuk kita perhatikan, bahwa yang menang didunia ini siapa yang kuat, walau dia salah. Sementara diakhirat kelak kemenagan akan berpihak pada yang benar walau dia lemah. Ini adalah sebuah rumusan hidup, agar kita mampu memahami peta perjuangan dan pertarungan.

Kita sering tidak realistis karena tidak memahami realita. Disinilah dibutuhkan kejelian dan kepekaan dalam melihat situasi disekitar kita. Kita tidak bisa dengan serta merta menyalahkan umat, sementara kita sebagai motor penggerak dakwah belum sempat memahamkan kepada mereka kebenaran yang sesungguhnya. Mereka menanti uluran kepedulian kita, untuk mengajarkan kepada mereka Al-Haq .

Di ayat lain Allah kembali meyakinkan kita akan adanya Al-Haq yang akan mengalahkan yang batil, agar kita tetap berbesar hati dan tetap optimist memperjuangkan kebenaran walau rintangan terus menghadang.

بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ

Artinya: “Sebenarya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap….” (QS. Al-Anbiyaa’: 18)

Akiag kalam, depa nak cuba dera Mat Tehag dgn dok kacau orang romah dia, aku rasa memang 'desperado' habih.
Maghap no kalu ada salah silap, Wallahua'lam.
Aku

rakyat marhain said...


apabila MO1 telah membuat pengakuan terbuka tentang salah urus tadbir duit 1MDB(bukan tersalah songlap) apakah pendakwaan boleh dikenakan kapada yang terlibat?

apakah masih diperlukan 4saksi seperti kata tuang punasihat MO1?

Budiman Sontoso said...

Different TUNE to different audience.

Di hadapan rakyat melalui media-media arus perdana dikatakan 1MDB tak ada masalah. Pembangkang sengaja create issue untuk sabotaj ekonomi negara katanya. Di atas pentas Invest Malaysia depan investors mengaku pulak 1MDB bermasalah.

Depan orang Melayu kata kerajaan kutip cukai GST sebab ramai peniaga-peniaga Cina mengelak untuk tak bayar cukai. Depan orang Cina pula dikatakan kerajaan buat GST pasal sedikit sahaja dikalangan orang Melayu yang bayar cukai. Bila buat GST, orang Melayu tak boleh mengelak untuk tidak bayar cukai.

dt rahman pekan said...

JGN CAKAP BANYAK LA NAJIB. PULANGKAN SAJA DUIT YG KAU N 'SUAMI' KAU CURI.

THIS IS A CLISSIC CASE WHERE A CRIME IS COMMITED N D VICTIM (GOVT),BECOMES D PRIME SUSPECT.

WELL DONE MALAYSIA !!!

Jawi Pekan said...

Mana si Waghih yang kata tiada masaalah dengan 1MDB dan Arul,Rahman Dahlan dan Salleh Kruak telah membuat penjelasan diTown Hall meetings hinggakan orang kampung pun boleh faham.Sekarang PM sendiri mengaku ada masaalah dalam pengurusan syarikat diatas.Harap harap si Waghih tidak membuat kenyataan palsu lagi selepas kebodohannya telah dibuktikan oleh PM sendiri.

RD. said...

Seperti Saudara Jawi Pekan, saya juga tertanya-tanya... mana pergi Si Waghih. Senyap seribu-bahasa bila Ketua Klepet buat pengakuan U-turn bahawa 1MDB gagal dan berlaku kesilapan urus tadbir.

Dr.M yang bergelaran Tun, dia gantikan dengan 'Turn'.
Tapi... bila Bapak Kepala Klepetocracy dia U-turn, buat-buat bisu & pekak pulak.

Waghih... dulu saya tak setuju samasekali jika PH... PM mereka melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan. Sekarang saya nak buat U-turn kerana lebih banyak kebaikan kepada Agama, Bangsa dan Negara, dari keburukannya.

Maklumlah, Dr.M seorang yang amat tegas. Masa jadi PM dulu, jika ada Menteri-Menteri terpalit atau terkait sebarang tuduhan tidak baik, karier politik mereka sudah tentu akan terkubur selama-lamanya. Slogannya; Bersih, Cekap, Amanah.

Kalau nak dibezakan dengan Najib... seorang yang terbukti mengamalkan 'Politik WANG' sehingga digantung keahlian dalam pemilihan Agong UMNO pun, dia kutip-balik. Siap bagi 'pegang' Felda lagi. Fail-dah la jadi nya.

Berbalik kepada Dr.M sebagai PM baru dan juga Menteri KeWANGan... saya berpendapat, lebih mudah beliau 'korek' semua scandal-kelepet yang melibatkan; 1MDB-Jho Low, Razak Baginda/Deepak carpet, Felda, MARA, KBS, DBKL-Bank Rakyat dan lain-lain.

Seperti saya sebut dalam posting Dato Kadir sebelum ini... jika Dr.M sebagai PM & Menteri KeWANGan, terus pergi US untuk menuntut kembali duit 1MDB yang dicuri... prosesnya akan menjadi lebih mudah, berkesan dan cepat. Maklumlah, Dr.M cerdik, petak bercakap dan bijak membalas soalan. Pemberita amat berhati-hati, bertanya soalan kepada beliau.

Najib... hmmm... kalau terserempak pemberita, tobat dia cabut lari. Pada pendapat saya, itulah tugas utama berpuloh Body-guard yang mengelilingi beliau... untuk melindungnya dari didekati pemberita, lebih-lebih yang berkulit putih.

Waghih said...

AsSalam .. Datuk .

RD n Jawi Pekan .
Tak sangko lak ghamai yang rindu den .
Banyak program outing ...tak sompek nak nulis .

Kalau dibaco ucapan PM kito DSN ..memang cukup penjelasan .
Kalau nak dibuek cerito negatib pun bolih .

DSN khobar ado ketirisan pengurusan . Bermakno kalau ketirisan ini dipantau seawal lagi isu 1MDB tidak berbangkit.
Isu sabonar , penjanjian dana dongan IPIC (Abu Dhabi ) tapi bayaran balik ke akaun bank berpusat Virgin Island.
Isu ehh perjanjian ni dibuek olih Qubaisi ( CEO n Presiden IPIC Abu Dhabi ) yang hendakkan bayaran dibuek sedimikian . 1MDB ngikut je saperti dinasihatkan olih Perunding Kewangan antarabangsa . Ini lah dimaksudkan 'Lack of governance ' tu .
Salopeh duo tahun 1MDB buek pembayaran (siap dongan ado resip penerimaan dari bank berkenaan ) ...baru IPIC Abu Dhabi buek komplain yang mereko tak terimo bayaran.
' Lack of governance ' ini berpalit dongan Perunding Kewangan Antarobangso , IPIC Abu Dhabi dan 1MDB mengikut susunan .
Kalau ditangani seawal menandotangani perjanjian tersebut isu ini tak berlaku.
So ..yang benefit dalam isu ni iolah Qubaisi .
( Tapi sekarang dah dalam tahanan pihak berkuaso Abu Dhabi ).

Di LCA pulak ...pihak IPIC dah tarik balik tindakan mahkamah salopeh meneliti dokumen2 perjanjian yang disign olih Qubaisi itu. Pihak IPIC sudah akui dokumen yang disign olih Qubaisi memang mewakili pihak IPIC .

Dikhobar ann kes ini berpihak kepado 1MDB dan caro penyelesaian telah disetujui olih keduo2 pihak.

Akhirnyo RD setuju untuk U turn tontang Turn M buek lantikan diri sendiri sebanyak duo kali sebagai Menteri Kewangan . Alhamdulillah .

Nak tanyo ckit ...2 minggu sablum bersaro Turn M approve perlantikan syarikat fibre optik untuk rangkaian fibre optik seluruh Malaysia . Syarikat ni dipunyai olih Boboi the Brunaian . Nilai kontrak Rm214 mil.
Yo ko ..?

Waghih.



Waghih said...

Ini yang aku tak paham ni !!!
Dengan Jamal depa gari dia ..pakai baju lokap oren dan masok lokap dulu .

Dengan bini Mat Tehag ni depa cukup sopan santun dan lembut bahasa . Walaupun dah sah sibini ni langar undang2 .

Ado double standard ko ...?

Waghih

Unknown said...

Sepatut najib mengaku gagal dengan bermaruah diri MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI.

Unknown said...

Orang politik semuanya 2x5 sahaja...mengata dulang paku serpih

Naj said...

Waghih,

Qubaisy ni director aabar investments pjs limited, company palsu yg kononnya bawah ipic (company sebenar nama aabar investments pjs) Macam mana 1mdb ni punya bodo pegi buat deal dgn penipu. Nampak kat sini memang DS Najib selaku penasihat dan tukang lulus utama, tak mampu handle urusniaga sofistikated. Macam mana nak handle negara? Ikut komen kamu, perunding kewangan antarabangsa yg silap sebelum ipic seterusnya 1mdb. Lagi sekali, betapa bodohnya 1mdb ni dah la deal dgn company penipu, nak lantik pentadbir kewangan pun tak pandai? Kebodohan macam ni la yang dipanggil silap urus tadbir. Tapi dek kerana keseluruhan episod ni nampak keterlaluan bodohnya, jadi kita mula terpikir macam filem2 aksi komedi Hollywood, "it's so stupid it might just work". Lepas tu bolehlah mula pikir2 mana dtg duit derma dsb. Sel2 otak kena berhubung lah kalau tak memang takkan ada kaitan antara 1mdb, derma dan mo1. Negara2 lain dah pun menjalankan siasatan, dah tangkap dan dah tutup sykt kewangan dan org2 terlibat tapi di Malaysia senang2 declare tak bersalah, orang yang bangkitkan dipecat dan ditangkap,balai polis dibakar. Ada pulak orang2 macam kamu yang membela

Naj

Taosuo said...

DAKJ,
By your leave, I'm inclined to side with contributor En Rahman jpc 5.37 p.m. that the PM needs to return the loot that went missing on his watch.
Many moons ago.

RD. said...

"Banyak program outing..." Waghih

Waghih poie Langkawi, dongar Ahli Parlimen Ir.Nawawi bosamo Arul Kandasamy kelentong orang kampung disana ko?

"Kalau dibaco ucapan PM kito DSN ..memang cukup penjelasan ."

Najib mano ponah baie ponjolasan yang joleh. Jumpo ngan pomboito pun dio laie. Itu lah detail utama berpuloh-puloh bodyguard yang mengelilingi dio... Untuk menjauhkan pomboito dari mondokati Panglimo Bogeh.

Ekau jangan nak temberang la Waghih. Namo Jho Low pun, tak berani sobot.

Hakikatnya 1MDB atau Rakyat dipaksa bayar kali dua kali kepada IPIC, termasuk denda-lewat AS$50 juta yang merupakan bayaran bunga akibat ingkar bayar hutang. Kerana nak bayar hutang tertunggak itu juga, tanah-pusaka Rakyat di Ayer Hitam dan Pulau Indah tergadai kepada Komunis China.
BNM juga, seolah-olah dipaksa beli tanah kerajaan dengan harga RM2 Billion... tak pernah terjadi sebelum ini di Malaysia. Malah tak pernah terdengar di dunia luar, Bank Pusat kena beli tanah dari Kerajaan mereka sendiri.

Ekau jangan nak lempar taik, Waghih. Kalau botol Dr.M boie kontrak pada anak dio, 2 minggu sebelum besaro... dah lamo dah Pak Lah & Najib seret Dr.M ke Mahkamah.

Eden sotoju Dr.M jadi PM & Menteri KeWANGan... selepas PH monang PRU14, untuk mempermudahkan beliau 'korek' semua scandal-kelepet yang melibatkan; 1MDB-Jho Low, Razak Baginda/Deepak carpet, Felda, MARA, KBS, DBKL-Bank Rakyat dan lain-lain.
Maklumlah Dr.M, dalam kelembutan, amat tegas terhadap mereka yang terpalit atau terkait rasuah dan penyelewengan. Slogannya... Bersih, Cekap, Amanah.

Ulangan:-
"Seperti saya sebut dalam posting Dato Kadir sebelum ini... jika Dr.M sebagai PM & Menteri KeWANGan, terus pergi US untuk menuntut kembali duit 1MDB yang dicuri... prosesnya akan menjadi lebih mudah, berkesan dan cepat. Maklumlah, Dr.M cerdik, petah bercakap dan bijak membalas soalan. Pemberita amat berhati-hati, bertanya soalan kepada beliau."

Najib... hmmm... terserempak pemberita pun dia cabut lari. Jika script soalannya disediakan terlebih dahulu untuk dilakonkan bersama bapak-kepala media dalam TV3, boleh la.

Setelah semua WANG Rakyat yang dikelepet telah dikembalikan kepada Rakyat & Negara, boleh la Dr.M melepaskan jawatan Menteri KeWANGan kepada orang lain.

RD. said...

Oh yo Waghih.
Lupo pulak.

Dalam akaun peribadi Rosmah pun ada masuk RM2 Juta. Jangan lupo tu.
Yang tu pun, Dr.M terpaksa 'korek'.

Colako botol geng Klepetocracy.
Disobabkan mereko, Dr.M yang sepatut bersaro, boleh bermain dogan cucu, terpakso bokorja tangkap penyamun, demi mengembalikan WANG kepada Rakyat dan memulihkan namo dan emej Bangsa, Agamo dan Negaro.

Jawi Pekan said...

Waghih

Saudara tanpa paksaan sesiapa telah membuat penyataan yang 1MDB telah membuat bayaran kepada anak syarikat palsu IPIC.Bayaran sebanyak USD 3.5Billion perlukan kelulusan PM sendiri,jadi Waghih telah membuat tuduhan yang PM telah membuat bayaran palsu dan perlu bertanggung jawab tentang bayaran ini.Biasanya di negara lain Menteri yang membuat kesilapan sebesar ini akan meletak jawatan.Adakah saudara Waghih membuat tuduhan ini supaya PM meletak jawatan sebagai pihak yang bertanggung jawab? Setahu saya pihak IPIC tidak menyatakan pihak mereka bertanggung jawab tentang bayaran palsu ini dan Malaysia telah membayar balik faedah keatas bond USD 3.5Billion yang telah didahulukan IPIC bagi pihak 1MDB.Jika IPIC mengaku pembayaran palsu USD3.5billion ialah atas kesalan mereka sendiri sudah tentu 1MDB tidak perlu membayar balik faedah keatas wang daribpinjaman bond sebanyak USD 3.5Billion itu.Saudara Waghih patut berfikir panjang sebelum membuat kenyataan kerana ia akan memburukkan image PM.

Dol said...

Semasa berucap kepada 1,500 orang yang bakal menunaikan umrah tajaan 1MDB hari ini Najib kata 1MDB hanya kerugian 42 billion sahaja dan kerajaan mampu untuk menggantinya manakala Forex dibawah pimpinan terdauhulu (Tun Mahathir) kerugian 31 billion yang hilang entah kemana.Kadang2 saya terfikir juga Datuk yang Najib ni waras ke tak waras??....

Kesian pun ada kepada Najib ni....nampak sangat beliau ni dalam keadaan tersepit dan tertekan!!...

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Sumo bondo ado cerito ...

Ponah tak Turn M buek pengakuan dan mohon maaf bilo tersilap maso zaman dinasti dio ?
Tambah2 laie bilo terpalik dongan skandal Maha Bosa ...Perwaja , MAS , Forex BNM , Pembunuhan Memali , Port Klang FTZ , Maminco dll ???
Tak ponah kan ...
Sebalik ehhh ..sesiapo yang bawak cerito tu akan dituduh cubo sabotaj negaro .
Pado yang 'dogil' dimasukkan dalam Kemunting .

Another cerito , dulu Turn M tuduh Ultrakiasu DAPig sobagai rasis ... sekarang dio khobar tak rasis walaupun dah jelas yang slogon DAPig 'Sokong Melayu Skrew Melayu'.
Turn M sikit pun tak hobing DAPig tontang slogon tu .
Adokah ini bermakno Turn M sokong Ultrakiasu DAPig 'sokong melayu skrew melayu '..???

Dongan demikian Turn M dah sabotaj pemikiran sendiri yang dibukukan dalam 'Malay Delima ' ..???

Secaro langsung .. Turn M dah sabotaj oghang melayu ..???

Adokah dongan demikian Ultrakiasu DAPig dah berjayo menakluk dan menguasai Turn M ..?

Adokah dongan demikian Turn M sudah sanggup jadi Boneka Ultrakiasu DAPig..?

Samo2 kito renungkan yo ...

Waghih.

RD. said...

Lupo laie den.

Ekau ni bangang botol la Waghih.

Mano boleh samakan Jamal ngan Tun Siti Hasmah

Sobabnyo... Tun Siti Hasmah tak ponah ketuai geng samseng, ambil-alih korjo Polis dan pihak penguatkuasa lain, sorbu pusat judi dan rumah-urut.
Tun Siti Hasmah jugo tak ponah pocah bercrate-crate botol beer depan pintu pagar SUK Selangor. Tak pornah buet kecoh sehingga kono tumbuk ngan anggota-Polis. Tak ponah pikul keranda. Tak ponah selit berus-gigi sambil bertuala depan pintu-pagar komplek SUK Selangor.... dan banyak lagi.

Yang sobonar ei double-standard iolah kerajaan bapak-kepalo Klepet ekau.

Seluruh dunio sobut nama Jho Low bilo memperkatakan mengenai scandal 1MDB. Di Malaysia, penyokong Kleptocracy sorpoti ekau, amat takut sobut namo Jho Low.

#Hidup UMNO-Najib, Hidup Jho Low.

Naj said...

Waghih,

Kamu tuduh Tun M macam2, termasuk berkaitan Mukhriz. Sekarang dua2 dalam pembangkang. Kalau teruk benar jenayah anak-beranak ni, kenapa DS Najib dan/atau kerajaan tak ambil tindakan? Jadi ini berbalik semula kepada cerita 1mdb: sama ada (kepemimpinan negara) begitu teruk urus tadbirnya (termasuk bersifat penakut nak dakwa/tangkap orang bersalah), ataupun ini semua cerita pembongak yang diada-adakan. Apahal tak nak dakwa orang bersalah? Kamu yang sekadar berbahas kat blog ni pun tau macam2 'fakta', takkan pihak berwajib takde satu fakta pun untuk mendakwa?
"Sumo bondo ado cerito". Tak payah nak membongak. Tak payah cerita. Kalau salah, dakwa. Kalau tak, sama ada urus tadbir lemah (tak pandai tadbir negara), atau sekadar buat cerita menipu rakyat

-Naj-

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.
Sudara Dol.

Sememang tu lah nasib kita yang memiliki pemimpin semacam Najib. Atau mcm tu lah kita Melayu yang suka ambik yg bodoh untuk menjaga kita. Chedet yang dianggap genius tu pun berjaya diakalkan oleh Najib utk jadi PM.

Semua tipu dah dibuat Najib itu je yang dia pandai ..pandai tipu .. jika lah dulu ada universiti yg tawar kursus didalam bidang "tipu" ..tentu Najib dah memiliki ijazah seperti PM2 yg lain. Ijazahnye ..BA(Hons).Tipu.. kelas pertama lagi.

Kata Najib RM46b tu hanya rugi je.. kerajaan mampu utk membayarnye. Kerajaan bayar ke atau rakyat yg bayar?

Keringat rakyat tak kira yg tua, yg sakit, yg tak bekerja hingga lah yg dalam perut semua nye diperah untuk menglangsaikan bunga dan hutang 1MDB. Sakit rakyat ditambah dgn penarikan subsidi.

Malah Najib boleh lagi mengepak bangga dgn pertumbuhan ekonomi 2-5 peratus setahun. Cuba bayangkan rupa ekonomi kita jika GST tak ada dan subsidi tak ditarik balik? ..bayangkan .. aku dapat bayangkan Hajah Rosmah akan slim mcm Altantuya.

Hal Chedet rugi RM30b. Tapi Chedet dah pacu pertumbuhan ekonomi kita 9-10 peratus setahun selama 10 tahun. Malah kemajuan kita sekandang dengan Korea. Digelarkan pula salah saekor "Harimau Asia". Di mana kah kita sebarang ini berbanding Korea?

Najib ..Najib .. Kalau menang jugak kau kali ni, aku akan tabik kau dengan rakyat kau sekali.. dan tunggu hari kehancuran negara ini.

panglimo potaseh said...

Apo ni waghih popet popet mcm mughai torcabut ekor.. bilo montari tobonam mughai pun tau nak ontok. Ni ekau tak.. popet popet siang malam .. bingit tolingo den?

Coghito kau pasal Tok Nyang Madir ni, dah banyak na oghang nyobut.. mulo dizaman Kit Siang laei.. Hadi Sotong ..lopeh tu KuLi, Roeh org kg den.. penulih spt Subki, Mael 46, .. Mat Sabu, Mahfuz, Husam.

Sumo eay dah tobat, dah geng dongan Tok Onyang Madir. Mereko ckp Madir dah byr balik dongan kemakmuran dan kemasuran nogaro.. den tau la, den idup zaman tu.

Yang tingga popet popet.. yg den tau kau dongan Hadi Sotong jo.. ado saekor lagi Chegu opotah namo eay oghang kito jugak?.

Dah lah popet-popet, boleh dikato an pulak Si Mappadulong tu sangat syumul dan ahlul Syurgo. Dikato an, Hadi Sotong dah bori pakej porcumo pado Najib utk ko syurgo.. mcm pakej aji porcumo 1MDB la .. kah kah kah .. kau dapek tak Waghih?

banggoi petai said...

Sila meninggal waghih ...hidup pon tak menambah kebaikan ...

Pompuan said...

RD
Yolah tu kata ko. Tun masuk campur dlm politik tatkala umur senjo dek kerano maso depan anak dio.
Takkanlah kan anak Tun Razak jadi PM, anak Tun Hussein bakal PM, menantu Pak Lahpun bakal PM, takkanlah Boboi kempunan pulak.
Jadi terpaksalah Daddy-O masuk gelanggang untuk main silat pulut. Itu ajo. Anak ket sekolah pun tau ni waghih. Eko jgnlah menipu.
Seperti den ckp dengan kawan-kawan, Tun patut sedar anak orang atau menantu orang macam mana pulak. Anak eko kurang kaliber. Terimolah kenyataan. Cukuplahlah tu makan tujuh keturunanpun duit masih berkerak.

RD. said...

Pompuan.

Tun "masuk-campur dlm politik tatkala umur senjo dek kerano":-

- Scandal 1MDB dan berBillion-Billion WANG Rakyat dikelepet oleh Najib, Jho Low & anak-tiri Najib. (Sebelum PRU13, scandal 1MDB belum meletop... Dr.M masih menyokong UMNO & Najib. Malah turun berkempen untuk BN di Gelang Patah, lawan Kit Siang. Jangan lupa tu.)

- Pada masa yang sama, akaun peribadi Najib, masuk RM2.6 Billion. Rosmah pula, masuk RM 2 Juta. (Itu belum termasuk Pink Diamond, RM128 Juta yang dikatakan dihadiahkan Jho Low kepada Rosmah).

- Akibat nak bayar hutang, Asset dan harta-pusaka Rakyat tergadai kepada Negara China Komunis-Asing. (Interest atau bunga keatas hutang saja, sudah RM2 Billion setahun - Jangan lupa tu).

- Dengan semua scandal kepala-bapak besar seperti... 1MDB, Felda, MARA, KBS, DBKL-Bank Rakyat, Sabah Water dan lain-lain... imej Negara tercemar. Oleh kerana kita mendabik-dada... Islam sebagai Agama Rasmi... emej Islam turut tercemar dan dipandang serong oleh orang Kapir. Lebih buruk lagi apabila DoJ Amerika mengecop Negara-Islam kita sebagai KLEPTOCRACY atau diperintah oleh segerombolan pencuri.

Hakikatnya, Dr.M pada mulanya, hanya mahu Najib seorang saja, letak jawatan atau diturunkan.
Tetapi setelah segala usaha menurunkan Najib gagal kerana Najib gunakan amalan 'Cash is King'... as a last resort... Dr.M terpaksa berkerjasama dengan Pembangkang untuk 'menjahanamkan UMNO'... sama seperti PAS/Haji Hadi pernah lakukan, tak lama dulu.

Hakikatnya, Tun Dr.M mahu hapuskan Kleptocracy dan kembalikan maruah Agama, Bangsa & Negara yang sudah teruk tercemar dan secara tidak langsung telah menyebabkan nilai Ringgit merudum lebih teruk dari Baht & Rupiah.
Bukan untuk masa depan Politik anak dia. Lagi pun, Mukhriz mula aktif berpolitik sebaik saja Dr.M letak jawatan, 2003.

Ketika Dr.M sedang bertungkus-lumus menjatuhkan Pak Lah dulu... untuk menaikkan Mukhriz juga ke?
Dr.M ke, yang berjanji kepada Rakyat Kedah, Mukhriz akan jadi MB jika BN menang?

Dan sudah tentu, persetujuan untuk mengangkat semula Dr.M sebagai PM adalah kerana diterima majority kepimpinan PH dan Rakyat yang sudah naik benci pada UMNO-Najib yang korup.

Harap Maklum.

RD. said...

Satu lagi... Pompuan.

Kalo esei nampak dalam FB, jiko ado yang lotak muko Jho low sebagai profile... kemungkinan bosar, itu adolah den.

Den sangat memuja Jho Low ni. Sebab tu den jadikan dio sebagai idola di FB.
Maklumlah, pado usio mudo, anak Cino dari Nogori yang diperintah DAP ini, bole jadi millionaire dan mampu bergomol dengan simbol-sex Amerika, Paris Hilton... hanyo kerano dio 'rapat' dengan ketuo orang Melayu.

Hebat Jho Low nih.

#Hidup UMNO-Najib, Hidup Jho Low.

kashinkoji said...

Sekarang hang dah fahamkan...Boss kr1m..Itu ganjaran dia gari dan baju lokap tu.Aku rasa hang pun mesti berbanggakan sebab yang terbaik dan tercerdik(hang tak termasuk rasanya,sebab hang xde exposure macam dia)dalam parti kesayangan hang,dihargai dan diberi imbalan.Agak-agak kalau BN menang Selangor..Apa jawatan JJ layak..Tentunya bukan apa yang sedang buat atau jawat.hehe

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).