Monday, February 26, 2018

Kerana Peter Sondakh, Felda Tersandar



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AKIBAT ketaasuban seseorang terhadap tauke Cina Indonesia (Tan Sri Kehormat) Peter Sondakh, Felda dianggarkan telah mengalami kerugian atas kertas (paper loss) sebanyak kira-kira AS$300 juta atau lebih RM1.2 bilion.

Najib (kiri sekali) senyum ria bersama Peter Sondakh (kanan sekali)
Kalau pada tahun 2012 Felda diperkuda untuk menjana keuntungan modal segara (instant capital gain) bagi membiayai pilihan raya umum (PRU) 2013 melalui tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures (FGV), kini, menjelang PRU 2018, ia diperalatkan sekali bagi membeli ladang milik Sondakh pada harga yang amat tinggi.

Walaupun pembelian ladang Sondakh di Indonesia yang bernama Eagle High itu dibantah dan dikritik oleh banyak pihak, termasuk (Datuk Seri) Mohd Nazir Abdul Razak, ia tetap diteruskan.

Ini menimbulkan persoalan apakah yang tersirat di sebalik perhubungan luar biasa antara Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak dengan Sondakh itu?

Mustahil semata-mata kerana Sondakh berasal dari Sulawesi seperti  keturunan Najib. Najib adalah keturunan bangsawan Bugis suku Gowa.

Ramai dalam dunia politik, diplomasi dan perniagaan tahu betapa akrabnya Najib dengan Sondakh.

Sondakh mula bertapak di Malaysia pada tahun 2000 dengan menjual asetnya di Indonesia kepada Khazanah Nasional Berhad dan membeli aset Khazanah di Malaysia.

Soalnya apakah ada persamaan di antara peranan Sondakh dengan Jho Low dalam cakerawala politik dan korporat Najib?

Pastinya Sondakh tidak dapat dibandingkan dengan orang kaya segera Jho Low. Sondakh mempunyai asas dan sejarah perniagaan yang lama dan tulen berbanding “wheeler dealer” penjual batu azimat Jho Low.

Namun, Sondakh mempunyai kesan yang hampir serupa dengan Jho Low dalam cakerawala korporat Malaysia – menyebabkan negara berhutang.  

Siapa goda siapa dan siapa pukau siapa dalam permainan korporat ini amat penting diselidik dan difahami kerana akibatnya kepada Felda sangat buruk.

Felda membeli hanya 37 peratus saham Eagle High tetapi sanggup (atau dipaksa) membayar harga yang sangat tinggi iaitu IDR580 seunit atau premium 95 peratus ke atas harga pasarannya. Felda dianggarkan telah membayar AS$505.4 juta (lebih RM2 bilion).

Malangnya (atau memang sudah dijangkakan), tidak lama selepas pembelian itu harga saham Eagle High jatuh merudum. Haru ini, 26 Februari, harganya hanya IDR230 seunit, menyebabkan Felda menderita kerugian atas kertas lebih RM1.2 bilion.

Harga saham Eagle High hari ini
Dengan kejatuhan lebih 50 peratus itu, pegangan Felda dalam Eagle High boleh dikatakan tidak bernilai lagi. Hendak gadai untuk bayar hutang pun tidak laku. Kalau laku pun jumlahnya amat kecil.

Dengan kerugian yang besar dan hutang yang bertimbun, Felda tidak berkemampuan membeli Eagle High apatah lagi dengan harga yang sangat mahal untuk satu blok saham yang tidak memberikannya kawalan ke atas syarikat Sondakh itu.

Tetapi mengapakah ia beli juga seolah-olah ada konspirasi untuk membawa keluar duit Felda (duit hutang) atau membantu Sondakh yang mengikut cerita sudah pun mendapat banyak bantuan dan keistimewaan dalam pelaburannya di Malaysia?

Agaknya permanian korporat luar biasa seperti inilah menyelamatkan bekas pengerusi Felda, (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad, daripada dihadapkan ke mahkamah walaupun sudah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melakukan rasuah.

Isa menyimpan banyak rahsia berbisa!

Sondakh antara 10 orang terkaya di Indonesia (majalah Forbes)

1.   Robert Budi Hartono & Michael Hartono – Chinese
2.   Eka Tjipta Widjaja & family – Chinese
3.   Anthoni Salim & family – Chinese
4.   Susilo Wonowidjojo & family – Chinese
5.   Chairul Tanjung – pribumi
6.   Sri Prakash Lohia – Indian
7.   Boenjamin Setiawan & family – Chinese
8.   Peter Sondakh – Chinese
9.   Mochtar Riady & family  – Chinese
10.  Sukanto Tanoto – Chinese
  
Wallahuaklam.


11 comments:

Pengundi Pekan said...

Ada 2 orang bekas pengurusan 1mdb yg pergi bertapa di Indonesia selepas tembelang 1mdb pecah.

fauziasmara said...

BATALKAN SAJA PERMOHONAN PENDAFTARAN LOGO PAKATAN HARAPAN.

Kelewatan kelulusan pendaftaran logo PH (atas arahan pihak tertentu) adalah muslihat BN untuk mengelirukan pengundi.


Kita menyerang kerajaan atas kelewatan ini, tetapi disaat akhir iaitu apabila tarikh PRU akan diumumkan, maka pendaftaran logo ini dengan mudah akan diluluskan. Kerajaan akan mengatakan mereka adil dan telus. Ia akan memberi kredit pada BN......


Apa akan jadi kemudiannya dengan logo PH???????......


1. Ia adalah satu logo yang BARU!!!!
Benda baru selalunya sukar/lambat diterima dan dikenali, ini lumrah manusia....


2. Dalam masa yang suntuk adalah sukar untuk diperkenalkan pada pengundi terutama golongan yang tiada media sosial atau warga emas.


3. Kita akan membuang masa untuk memperkenalkan logo baru.


4. Pengundi tidak biasa dengan logo PH pada kertas undi (mungkin juga tak tahu itu logo PH), jadi mereka akan memilih dacing atau bulan.


5. Pengundi keliru dengan berbagai logo terutama dari calon bebas.


6. Pihak lawan akan memperkecilkan logo tersebut dan kita tidak sempat untuk mempertahankan serta memberi penerangan pada pengundi - contohnya dilabel Bersatu sebagai "parti cap bunga".


Saya berpendapat PH perlu segera MEMBATALKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LOGO kerana jika diluluskan pada saat-saat akhir (sekarang pun boleh dikira saat akhir) ia nanti akan mengundang berbagai masalah......


Untuk tujuan PRU 14 nanti, saya cadangkan semua calon PH dari mana-mana parti gabungan PH seluruh negara sepakat menggunakan logo PKR.


Tugas kita sekarang (iaitu selepas permohonan ditarik balik) ialah memaklumkan pada semua pengundi untuk memangkah logo PKR sahaja.


Saya mencadangkan logo PKR kerana pengundi telah bertahun mengenali logo ini.


Dap perlu memaklumkan pada pengundi tegar mereka, dan adalah tidak sukar kerana pada PRU yang lepas mereka juga telah mengundi PKR. Cuma perlu dimaklumkan untuk tidak memilih bulan.


Saya berpendapat ini akan memudahkan pengundi kita.....


Kita sudah tiada masa.....pertempuran akan bermula.....majulah dengan apa yang ada......


Harapan Masa Depan

Tok Ki said...

Sedih cara ahli politik Melayu uruskan syt Melayu.. .Semuanya pakat baham duit rakyat... Tak kira halal haram. ..

Geng Mamak said...

I read with interest the Comment by Fauziasmara 6:30 PM above.

I tend to agree with him/her. Given the present short timeframe, PH component parties should promote and contest using their own logo. But when they campaign and hold rallies, put up all the component parties' logo to show their pact. Time is really short and PH has to up the ante and not worry about registrations and formalities.

Geng Mamak said...

Now to comment on the issue at hand, it riles me up when the most affected party, the Malays, do not understand the extent of the Felda problems and impact on their socio economy. They complain of high prices, increased cost of living and unable to survive daily needs (forget about luxuries).

How did this problem come about ? When you do not have enough money, you have to work more and harder to earn more. If you cannot do that, then your alternative is to borrow. But when no one wants to lend, then where are you going to get the money from ? That leaves you with having to take from others; taking means by asking or by not asking aka stealing.

So this is where prices shoot up just because everyone needs more money and inflation goes up due to the surge in prices. Prices do not go up for no purpose. They go up because someone has done something to increase them, in our case being the removal of subsidies and introduction of more taxes. Let's not forget, businessmen too need more money to meet their expenses and profitability and hence naturally they too will increase their prices.

This is the end result. I hope more people can understand this.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Terima kasih banyak pasai huraikan kedudukkan semasa FELDA, jauh sekali bebanding satu masa dolu bila
Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (U.N.)pon pakat puji FELDA, contohnya macam ni :
" 5 Nov 2012 · Awards for 2012, in recognition of its significant contribution in poverty eradication in. Malaysia. ...
implemented by the Federal Land Development Authority of Malaysia (FELDA). This land reform ..."

Tapi aku serabut sikit bila hang buboh lebel 'Chinese' pada nama cukong2 (kaum kapitalis) ni :
"Sondakh antara 10 orang terkaya di Indonesia (majalah Forbes)
1. Robert Budi Hartono & Michael Hartono – Chinese
2. Eka Tjipta Widjaja & family – Chinese
3. Anthoni Salim & family – Chinese
4. Susilo Wonowidjojo & family – Chinese
5. Chairul Tanjung – pribumi
6. Sri Prakash Lohia – Indian
7. Boenjamin Setiawan & family – Chinese
8. Peter Sondakh – Chinese
9. Mochtar Riady & family – Chinese
10. Sukanto Tanoto – Chinese"

.. takut2 hang teperangkap jerat sesetengah ahli2 politik/feudal yg nak buboh rakyat dlm 'silo'2 (pekotak2) kaum selaraih dgn dasag pisah dan perintah ('divide and rule'),satu dasag yg orang kata di'amalkan oleh fir'aun di Mesir purba (zaman Nabi Musa a.s.), dan ramai pemerintah2 selepaih tu...
Aku rasa bahaya kalu kita mirip pada 'stereotype' atau himpunkan satu2 kaum mengikut satu perangai yg busuk. Pada hai kalu busuk,
yg lebih 'busuk' adalah kelompok pribumi yg besengkokolan dgn cukong2 ni.
Kelompok pribumi ni jugak aku rasa yg pi jaja (terutama kad orang kampong dan kurang maklumat) yg
China2 ni jahat, hisap darah la... dan teruih panaihkan penentangan kaum.
Ikut pengelaman dlm hidop aku (yg tak seberapa ni), ramai kawan2 aku dari etnik ni yg baik2, ada yg sanggup korban untuk petahan aku, dlm kompeni aku dlm tentera darat pon ada China, profesor matematik aku pon China, hak tanam sayog pon China, tukang buat
kerosi rotan pon China, masa 'cultural revolution' di Tong San pon China, dan besolat juma'at besama aku di grand mosque Taipei pon China. Ramai juga sanak saudara aku China atau darah campog dgn China.

Dan setakat paham aku puak2 cukong di Indonesia naik dgn sekongkolan (kerjasama/sokongan) kaum pribumi, terutama dari kelompok militer atau polisi dan elit politik pribumi.
Ini munkin bulih baca dari "The Spirit of Chinese Capitalism"
(https://books.google.com.my › books S. G. Redding · 1993 · Business & Economics)
Thus the Chinese in Indonesia are close, if unobtrusive, allies of the two major sources of influence, the government and the military. It is also common to find them linked by joint ownership with the indigenous capitalist ..."
Tak salah aku T.N.I. (Tentera Nasional Indonesia) ada 'unit bisnis' dan terlibat dgn pertambangan, pembalakkan dan macam2 lagi...
DiMalaya, banyak sekongkolan adalah dgn 'elit' politik dan feudal. Tak salah aku mendiang Goh Chok Tong baik dgn Toknya MOI, MOI pulak kamceng dgn Jho Lo, dan macam hang nulih dia jugak baik dgn Sondakh. Banyak lagi contoh macam Robert Kuok yg aku rasa hang lebih 'arif...

" يا أيها الناس انا خلقناكم من ذكر و أنثى و جعلناكم شعوبا و قبا ئل لتعارفوا ان أكرمكم عند الله أتقاكم
Yg maksud dia lebih korang :
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berbilang bangsa supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Hujurat: 13) ( dari ustazshifu.blogspot ).
Dgn rendah hati besaksilah aku sikit2 telah berkenal kenalan....

Yg selalu banyak salah silap,
mohon maghap no.
Aku

Aku said...

Ralat2 Kadiag, bukan mendiang Goh Chok Tong, dia ni mantan PM SINGAPORE, masih hidop.
Silap...yg aku maksud ialah mendiang Lim Goh Tong, tauke Genting.
Sekali lagi mintak maghap no.
Aku

Abdullah Ngah said...

pembelian ladang Sondakh di Indonesia yang bernama Eagle High itu dibantah dan dikritik oleh banyak pihak, termasuk (Datuk Seri) Mohd Nazir Abdul Razak, ia tetap diteruskan.

mengapa?

Tak kan Datuk Tak tahu.itulah yang dinamakan agenda peribadi. Ada habuan besar. lebih lebih lagi para pemimpin asyik duduk kumpul harta. inilah masanya. masa ada kuasa sudah tentu tidak boleh lepaskan peluang untuk kumpul harta sebelum mati masuk kubur.

Itulah motif masuk politik dalam umno. Demikianjuga masuk politik dalam BERSATU.mereka dah banyak harta tapi nak tambah lagi satu lembah ke satu lembah yang lain.sampai akhirnya masuk tanah dalam mulut.

James Labu said...


Macam mana Indonesia boleh khianati pahlawan lanun bugis ?

Mungkin jawa penorogo sudah main kayu tiga ?

Java man ini pernah tulis surat pada FBI.

panglimo potaseh said...

Di gagasan Asia Tenggara ini.. yang paling kayaraya ada lah kaum China. Asalnye mereka pendatang yang sengkek.

Mereka di kayakan oleh kaum pribumi sendiri.. dengan alasan untuk kesenangan rakyat pribumi juga.

Tapi malang nye kaum pribumi masih macam itu juga.. bak kata Alias Kongo "olang mukan olang, hantu mukan hantu"

Sekarang baru saya faham ngapa orang Jepun melihat orang China macam orang nampak hantu.

Gue said...

Encik Panglimo Potaseh,
Itu maciam cakap kalu Encik Alias Kongo ka ?
Gue olang cakap kalu 'nang bo ti nang, kui bo ti kui'... ala selupa ka..?

Jangen malaah aa'

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).