Wednesday, July 04, 2018

Kabinet PH: Setia Berkhidmat atau Ditendang Rakyat


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.


MUTAKHIR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, baru sahaja didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. Jadikanlah ini sebagai peringatan keras. Berita penuh DI SINI.


POSTING ASAL
 
 
Tandatangan Sumpah: Hasil konsensus Pakatan Harapan
BANYAK orang bersungut dan tidak kurang pula yang bimbang mengenai kelambatan menyudahkan pembentukan jemaah menteri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Macam orang lain, saya juga mempunyai pertanyaan yang sama. Tetapi setelah terlibat sedikit sebanyak dengan proses pembentukan Pakatan Harapan (PH) – bermula dengan kempen tanda tangan “Selamatkan Malaysia” pada 4 Mac 2016 – saya faham mengapa pembentukan kabinet mengambil masa yang agak panjang.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kita kena faham. Inilah kali pertama sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1959 atau lebih tepat sejak kita merdeka hampir 61 tahun lalu, kita mengubah kerajaan.

Alhamdulillah dengan sokongan rakyat jelata, PH yang tidak pun diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang asal usulnya sudah 66 tahun lebih. Itu saja sudah berupa satu ketakjuban.

Sedikit fakta sejarah. BN bermula dengan eksperimen melibatkan Umno dan MCA dalam pilihan raya majlis perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Gabungan Umno-MCA menang besar dan meletakkan batu asas penubuhan Perikatan.

Pada PRU 1974 Perikatan membesar menjadi Barisan Nasional. Selepas PRU 9 Mei lalu, BN kembali menjadi Perikatan dengan keahlian asal daripada Umno, MCA dan MIC. Parti-parti lain telah menarik diri.

Batu tanda dan kata kunci PH adalah konsensus - kesepakatan. Proses ini bermula apabila pemimpin politik dan aktivis masyarakat daripada pelbagai kaum berkumpul sebagai individu di Kuala Lumpur pada 4 Mac, 2016 bagi melancarkan petisyen “Selamatkan Malaysia”.

Kempen Selamatkan Malaysia: Di sini bermulanya kesepakatan PH

Kempen itu berjaya memungut lebih satu juta tandatangan daripada rakyat jelata Malaysia tetapi dipandang sepi dan dipersendakan oleh kerajaan BN dan aparatus serta “apparatchik”nya.

Kejayaan kempen itu membangkitkan semangat rakyat jelata telah memberi petunjuk jelas kepada para pemimpin gerakan tersebut bahawa kesepakatan politik baru boleh diwujudkan sebagai alternatif kepada BN.

Maka bermulalah gerakan politik baru yang berpaksikan konsensus yang menggabungkan kawan dan lawan, sahabat dan musuh dalam satu gagasan baru yang matlamatnya adalah meneruskan agenda “Selamatkan Malaysia”.

Jadi lambat atau cepat penubuhan kabinet baru yang selesai mengangkat sumpah di Istana Negara dua hari lalu (Isnin, 2 Julai) adalah hasil konsensus tersebut.

Memang itulah yang sepatutnya kita fahami dan terima mengenai PH. Dalam PH, semua parti anggota adalah sama. Ia berbeza daripada BN yang didominasi oleh Umno.

Kesejagatan dan konsensus PH ini menjadi lebih luas dan lebih “Malaysian” apabila wakil-wakil daripada parti bukan PH dari Sabah dilantik menganggotai kabinet persekutuan.

Dalam apa pun bentuk tolak ansur politik pasti ada yang tidak puas hati dan tidak setuju. Tetapi konsensus yang dicapai hendaklah dihormati.

Inilah tongkat azimat yang perlu dipegang kuat oleh semua pemuka yang dilantik menganggotai kabinet.

Mereka wajib sentiasa beringat dan berwaspada bahawa mereka adalah produk permuafakatan PH. Apa yang mereka lakukan akan saling diperhatikan oleh rakan-rakan mereka dalam PH dan oleh rakyat jelata.

Mereka mewakili politik baru Malaysia. Politik yang lebih sama rata dan egalitarian. Politik yang lebih terangkum dan lebih Malaysia. Politik di mana pengundi dan pembayar cukai adalah raja.

Maka tidak perlulah kerusi tinggi, kata alu-aluan yang berjela dan protokol yang memisahkan Yang Berhormat dengan rakyat jelata. Buang feudalisme dan gantikan dengan egalitarianisme.

Tetapi kalau sebaliknya mereka memilih untuk berebut jawatan, berkomplot dan mencuci kain kotor di khalayak umum, mereka mungkin menjadi menteri satu penggal dan masuk penjara selepas lima tahun.

Khianati mandat rakyat jelata dan mereka akan hukum PH seperti mereka hukum BN pada 9 Mei lalu.

Wallahuaklam.

31 comments:

saffron rice said...

Minta jaga hak melayu,, terutama tanah dan koata bumiputra
Harap datuk dapat mewakili suara rakyat
PRU sudah selesai jadi elok kiranya jika dapat di kurang kan penulisan mengenai politik,
Kenapa kerajaan negeri Malaka membenarkan tanah tanah yg hampir tamah tempuh (list 99 tahun)
Di perbaharui dengan mengana kan bayaran sumbangan(primium)
Pemimpin yg bodoh mengatakan bahawa bayaran ini adalah sumber pendapatan negeri
Seolah olah otak mereka beku bodoh tidak pandai mencari sumber pendapat lain
Kanapa tidak tanah2 yg cantik di kawasan bandar bersejarah yg tamat tempun di ambil alih olh kerajaan negeri ataubdi jadikan
Pegangan bumiputra (MCL)
Ingat 99thn bukan satu masa yg pendek mcm mcm boleh berlaku
Pada siapa Malayu harus mengadu selepas BN mencuri dan adakah PH akan menyamun
Lain lain boleh bertolak ansur tapi hak org malayu terutama tanah dan hak pelajaran sama sekali tidak boleh di perjudikan
Jangan lah di penhujung Kehidupan TunM, TunM sendiri yg menutut sendiri kewibawaan dia yg selama ini di hormati olh negara dan dunia,,
Hati hati sebelum bara menjadi abu

Hud Hud said...

DAP kena ingat PH menang kerana orang melayu luar bandar sudah mula mengundi pembangkang. Bukan dengan majoriti besar tetapi cukup makan je untuk memenangi putrajaya. Majoriti orang melayu masih mengundi umno dan pas.

TDM amat bijak. Dia tahu kalau PH tidak berhati-hati, undi melayu yg dimenangi PH bolih kembali kpd Umno dan Pas. Lihat sahaja tindak balas apabila LGE dan TT dilantik sebagai menteri kewangan dan AG.

Itulah sebabnya TDM beri bersatu dan amanah kelebehan dalam kabinet. Ini untuk melegakan keresahan orang2 melayu. Hasrat ini tercapai bila tiada suara2 yb membangkang kecuali dari DAP. Bahkan bangkangan dari DAP itu memperkuatkan lagi hasrat yg ingin capai. Pas pun berkata yg kabinet tu seimbang.

PH masih perlu memenangi sokongan dan kepercayaan majoriti orang Melayu. Tugas yg amat berat dan mencabar ini perlu dilakukan dengan perlahan dan berhemah. DAP mesti sedar perkara ini. PKR juga.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Imbasan dan peringatan ringkas yang jelas maksudnya.

Terima kasih.

Budak jawa

sukasamasuka said...

Datuk,

Ini untuk Lim Kit Siang.

"Buang feudalisme dan gantikan dengan egalitarianisme."

Hanya Kit Siang saja faham apa maknanya kata2 Datuk ini...tanya la dia.

Ini cakap Datuk ni, cakap murahan saja Datuk.

Esok esok semua ahli ahli kabinet berebut rebut sambil berlari lari nak cium tangan Agong...ada juga yang dapat Datuk, ada yang jadi Datuk Seri dan tak kurang jadi Tan Sri.

Kit Siang mau apa?..."Tun" Lim Kit Siang...anak dia jadi "Datuk Seri" Lim Guan Eng.

Pastikan Kit Siang dapat baca coretan aku ini...dia akan faham tu.

Bolih ke Melayus macam Mat Sabu dan Syed Siddiq buang feudalisme, Datuk?

Atau Datuk tulis ni untuk siok2 sendiri saja?

After Datuk return the title "Datuk", please come and see me...until then, please don't talk about egalitarianisme.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Dalam apa-apa pun bentuk tolak ansur politik pasti ada yang tidak puas hati dan tidak setuju. Tetapi konsesus yang dicapai perlulah dihormati."

- semasa PRU14, kalau PH menang, Tun jadi PM...itu saja yang kita tau.

- kalau Lim Kit Siang mau jadi PM, konfirm PH kalah.

- kalau Mat Sabu mau jadi PM pun, konfirm PH akan kalah.

- hanya Tun saja yang akan jadi PM, bukan Kit Siang...bukan Mat Sabu dan bukan Anwar Ibrahim...semua orang tau.

- jadi itu kabinet Tun la, mau cerita apa lagi.

- kalau ada yang tak puas hati, jangan jumpa Kit Siang atau Mat Sabu atau Anwar Ibrahim, pergi jumpa Tun la...tanya sama dia.

- kalau Kit Siang tak puas hati, aku peduli apa...bukan kabinet dia ba.

- begitu juga, kalau Anwar Ibrahim tak puas hati, aku peduli apa...itu bukan kabinet dia.

- kalau Tun sudah tiada pada PRU15 akan datang, belum tau PH akan menang la Datuk...ini bukan aku yang cakap...aku ni satu undi saja.

rahman jpc said...

Sungguh pun Yab Tun M mengambil sedikit masa utk mengisi semua jawatan2 dlm cabinet, namun kami rasa ia nya lantikan yg tepat n padat. (we like what we see).

Saya percaya kriteria yg menjadi panduan PM ia lah 'bersih, pintar n cekap' (clean, clever n capable).

Saya menyokong agar pemantauan d buat 24/7 keatas perestasi mereka.

Presiden Jokowi tlh memperkenalkan cabinet 'kerja, kerja, kerja' nya n tlh membuat rombakan sebanyak 3 kali sejak 2014 bagi memantapkan lagi pasukan nya.

Banyak yg bolih kita pelajari drpd pemerintah Indonesia sekarang. Barang d ingat bahawa Pak Jokowi n Ibu Mega (ketua umum PDIP) adalah 'peminat tulin'(genuine fan) Yab Tun Mahathir.

Mereka amat kagum dgn gaya kepimpinan Tun. Hence, pls do not tarnish this impression by under performing n worst still, 4 being corrupt.

Selamt bertugas utk Ibu Pertiwi.

zabri mokhtar said...

Lakukan Sendiri

Salam.. dato dan sahabat2 pembaca sekelian,

Alhamdulilah....
Berubahnya pemerintahan di Putrajaya dengan janji perubahan seperti dlm manifesto.

Marilah....kita juga turut berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.

Seperti kata John F Kennedy
Ask Not what your country can do for u but ask what u can do for u country.

Marilah ... Kita
Mulakan dengan menjadi seorang yg cemerlang.

Atau

JADI LAH KITA SEORANG YANG CEMERLANG.

Marilah kita mulakan dengan diri sendiri.. majukan diri sendiri dulu...cemerlangkan diri sendiri dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam bidang perkerjaan/ pelajaran/ perniagaan/pimpinan dan sebagainya.

sebagai contoh apabila kita adalah seorang pelajar. cemerlanglah kita dalam pelajaran sehingga kefahaman pengetahuan kita mendapat first class dalam ijazah.

Apabila menjadi seorang jurutera atau perunding, jadilah dengan mengamalkan professionalisme yang tinggi,berintrigiti dan beretika. dengan amalan tersebut pasti kepentingan peribadi atau kepentingan orang2 tertentu dapat dihidari.

Apabila kita menjadi penjual buah jadilah pakar buah sebagai contoh apabila ditepuk2 buah tembikai tahu ianya dah masak.

Apabila menjadi seorang mekanik jadilah mekanik cemerlang dengan mendengar bunyi sudah tahu dimana kerosakannya.

Apabila menjadi seorang tukang cleaner jadilah dengan pakar apabila melihat sahaja kekotoran tahu apa yang peralatan dan bahan kimia yg perlu dipakai.

Apabila menjadi seorang pelayan restoran layan lah dengan dedikasi

Apabila membuka restoran pastikan kita pemilik mempunyai ilmu menyediakan makanan yang terlazat DLL

Ingat tiada siapa memaksa , mengugut , mengancam kita untuk memohon sesuatu kerja itu. carilah bidang yang kita minati dan lakukan dengan cemerlang.

kemudian kita mulakan dengan sekeliling kita. sekiranya kita seorang bapa ajarlah dan turunkan kepada generasi kita sifat2 budaya ini.

kemudian pada rakan2 sekeliling, pelanggan2 , saudara mara dll. amalkanlah budaya melakukan apa saja dengan cemerlang.

Dengan cara ini setiap masyarakat kita mempunyai ilmu kecermerlang dalam bidang masing2.

Akhirnya kita tidak diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri dan orang lain malah akan dikagumi dan dihormati oleh bangsa/orang lain. Sepanjang hayat dan zaman.

Jadi marilah kita semua lakukan.



Ikhlas
Zabri Mokhtar
SU Amanah
Cawangan Bukit Jelutong

We stand united with Tun said...

Datuk,
I believe some of the PH lawmakers chosen by Tun to be Ministers and Deputy Ministers were not on the list of names submitted to Tun by the respective PH parties. If the ministers were selected from those lists, the discontent would have been very much muted.
So in this case, while it is the prerogative of the PM to pick and choose who to become what, don't you think the selection should be from the lists given to him?

Anyway, it's all water under the bridge, the ministers have been chosen and let's wish them all the best, do their duty and service for the country. We must united and speak with one voice, one heart and one mind.

There's still a few more not named yet, I am sure Tun will use his wisdom to select in this final round.

Dogs and cats said...

Datuk, the so-called supporters of Najib who came to the court complex and created a ruckus are not doing Najib any good.
By their objectional behaviour, the foreign press especially will go away with a bad report card on Najib. If he cannot control these very few 50 supporters or so, no wonder the country was going to the dogs and cats.

aniejb said...

sukasamasuka ada blog ke??teringin nak baca

Why gag? said...

Datuk,
why such a silly interim gag order was allowed? While the foreign press can report freely, our own Malaysian press and reporters are being "cuffed". This brings to mind the nUmerous restrictions and OSAed placed by Najib on reporting of 1MDB in Malaysia and we all had to depend on other sources for news.
What a silly gag order!
Hopefully our AG TT will quickly appeal and this will be set aside. GE14 made us free, from from the shackles of people like Najib.
He should count himself lucky that the prosecution did not object to bail, even though his charges are non-bailable. the rakayat may follow the so-called Najib supporters and shout for jail jail jail and who shouts the loudest? The AG and his team has been very gentlemanly about the defendant's lawyer court requests, but there is a limit.
Let there be decorum and don't try any tricks.

omar daud said...

Tetapi kalau sebaliknya mereka memilih untuk berebut jawatan, berkomplot dan mencuci kain kotor di khalayak umum, mereka mungkin menjadi menteri satu penggal dan masuk penjara selepas lima tahun.


mencuci kain kotor di khalayak umum,......Dalam maknanya dato'!!! 1st time baca ayat ni..pada semua parti2 dlm PH, Anda2 semua berhati-hati,niat anda baik disebabkan terlalu "GAIRAH'..Everybody want to talk,to give opinion,analysis and conclusion without proper control....in the end...semuanya 'CELARU'..'TAK TAHU yg mana KEPALA,YG MANA EKOR'..

My sincere advice pada pada pemimpin2 parti dan ahli2,,,renung sejenak kumpulkan rep setiap parti dlm PH,set up procedure untuk pemimpin2 pusat/negeri dan ahli2 the DO & the DON'T bila BERCAKAP di depan public,doesn't mean to scrafice PH Policy, intergrity & free media.

Nina Bobo said...

Alhamdulillah lantikan kabinet hampir lengkap dgn majoriti muka2 baru. Hanya menunggu 2@3 lantikan senator sahaja lagi sebelum dijadikan menteri. Saya berharap Tuan Hj Husam Musa adalah salah seorg drpnya. Harapan kita yb2 ini akan sentiasa bekerja kuat & bersemangat dlm menyumbang idea2 baru yg lebih progresif. Protokol & 'kasta' yg berlebih2an yg dianuti puak umno/bn haruslah dibuang krn akan membuatkan rakyat meluat & menjauhkan diri. Yb2 kena selalu sedar yg mrk diamanahkan oleh rakyat. Rakyat sentiasa menimbang & memerhati setiap langkah mrk. Setakat ini era slogan Bersih, Cekap & Amanah telah kembali dirasai. Harap lagu2 patriotik sebegini diperkenalkan kembali di jabatan2 kjaan mahupun di sekolah2 selain lagu kebangsaan kita. Sebelum terlupa Datuk, saya ingin bertanya, di mana yb rina harun? Sunyi sepi jea menteri pembangunan luar bandar sejak dilantik? Harap dia dpt 'berbunyi' sikit ttg hasrat & halatuju kementeriannya, agar rakyat tahu anda sedang bekerja & melakukan 'sesuatu'.

Mawar Princess said...

Ya ke orang melayu berfikiran begitu? Saya melayu saya tidak ada masalah bangsa apa yg menerajui negara jikalau bangsa itu layak

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Pada pandangan saya, rakyat mengundi Pakatan Harapan, bukan DAP, PKR, Bersatu, atau Amanah.

Dari segi dinamiknya, tidak ada parti yang lebih atau dominan dalam Pakatan Harapan. Semua sama rata.

Oleh itu, tidak payahlah nak kira berapa banyak kerusi parti DAP atau PKR dapat. Rakyat Undi Pakatan Harapan.

Lepas ini, gunalah logo baru Pakatan Harapan yang merah itu supaya orang lebih jelas.

Saya hendak juga komen sikit berkenaan "Gag Order" atau larangan media berkenaan kes DS Najib.

Bagi pandangan peribadi saya, tidak kena rasanya.

Yang pertama, kes ini melibatkan wang rakyat. Oleh itu rakyat berhak tahu perihal wang rakyat.

Yang Kedua, satu dunia akan membuat liputan kes ini, media luar negara boleh buat liputan. Adalah agak pelik dan luar biasa sekiranya , media dalam negara tak boleh buat liputan hal-hal yang melibatkan wang rakyat.

Ketiga, dalam perlembagaan ada peruntukkan jelas kebebasan bersuara.

Keempat, sepertimana pandangan peguam Syahjehan dari DAP, kita tak amalkan sistem juri seperti di Amerika, yang mana pandangan para juri boleh dipengaruh oleh persepsi.

Kelima, kenapa soal kes Anwar, sampai perkara-perkara yang begitu sulit boleh disiarkan di media. Tetapi perkara-perkara yang melibatkan wang rakyat tidak boleh dibicarakan oleh media.

Keenam, kenapa selepas saja DS Najib jatuh dari jawatan, barulah sistem yang sedia ada boleh mendakwa. Adakah sistem yang ada sebelumnya cuba mencuba melindungi orang yang berjawatan tinggi. Oleh itu, tidak sepatutnya lagi perkara ini ditutup-tutup lagi.

Saya rasa ramai mahukan supaya DS Najib mendapat penghakiman yang adil. Ini amat penting. Tetapi bagi saya "gag order" tidak patut.

Saya amat setuju, Peguam Negara membuat bantahan yang keras atas perkara ini.

sukasamasuka said...

Datuk,

- Kenapa dia tak pakai baju warna oren, Datuk?

- itu la mentaliti feudalisme institusi Melayu...konon Malaysia Baru!

- MACC tau buat kerja ke, Datuk?

- atau mau jadi popularity contest supaya tak singgung perasaan Melayu bila bekas PM mereka di heret ke mahkamah?

- kalau MACC tak tau buat kerja, letak jawatan saja la, kasi sama orang lain.

- atau kalau MACC tak pasti pasal kes ini, tolong la jangan bawa ke mahkamah...nanti Tun yang nampak busuk.

- dengar2 lagi kes ini akan dibicarakan pada Feb 2019?...Datuk tak tau ke?...atau pura2 diam macam tak tau pula?...kan lagi baik di bicarakan tahun 2029 saja?

- aku suka Amar Singh...tau buat kerja...tegas dan amanah...orang begini la yang kita mau di Malaysia Baru!

sukasamasuka said...

Datuk,

aniejb said...sukasamasuka ada blog ke??teringin nak baca 4:13 PM.

saya tukang jual mi goreng...jadi belum ada blog sendiri...hanya tumpang sekaki saja disini...itu pun atas budi bicara si Datuk AKJ saja.

Disqualify the judge said...

Datuk,
even AG TT was not aware until informed today.
The High Court judge in former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak's case is the brother of Umno Pahang state executive council member Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (pic).

It has been learnt that High Court judge Datuk Mohd Sofian Abd Razak is the younger brother of Umno Benta state assemblyman Mohd Soffi.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/05/judge-in-najib-case-is-brother-of-umno-pahang-exco-member/#14R2lMlfgAOCSTE0.99

The judge should have recused himself from the case as Najib is UMNO Pahang division leader and you cannot have these political links so flagrantly.
When the case is mentioned on Aug 18 and he sits on the bench he must recuse himself, otherwise AG TT must apply for the judge's disqualification from hearing the case.

Chickenfeet Cf said...

Salam..
Maybe PH menang pilihanraya tahun nie disebabkan....

Di terajui oleh Tun M...

Cina dah takboleh tahan dgn progress kekayaan sekelompok Melayu...

Atau DAP tukang kira2 mereka dah tau kalau slogan 'Ini Kali' mereka pasti tercapai bila diambil kira isu2 semasa...sudah pasti DAP berperanan besar dan akan mendapat habuan...Finance Minister dan sebagainya? Sekiranya tiada peralihan kuasa berlaku..kaum cina masih ditakuk lama dgn MCA sebagai parti yg lemah...

Pelancaran media sebagai pembakar sentimen rakyat berjaya dimana Malaysiakini mendapat perhatian luar biasa hingga kini...

Najib is a sure gone isu...tetapi siapa yg kaut keuntungan di Pilihanraya ini?

When Tun dah tiada kelak,..will PH menjadi lebih rakus/rosak like BN?

Kita mungkin ada satu matlamat bila mengundi pilihanraya lalu...tapi bila matlamat telah dicapai...apa yg ada lagi?

If UMNO plays it right this time...and sentimen dunia menjadi lebih karut terhadap certain isu...tak mustahil UMNo bsngkit bersama PAs sebagai 'phoenix' nya..




budak jawa said...

Aslm dakj,

The least impressive minister being appointed is the one who shouts "i will investigate this and that" once they assume the office.

Malaysian already knew about corruption of umno minister. Just get the fact and make report and let the respective authority do their job.

Minister should focus on their responsibility and lay out their vision and plan to improve things under their purview.

Dont become like lge. What he did until now? What is the financial and economic policy that he has outlined for the civil servant to work towards? Did he think the debt level is the only financial problem that government of malaysia is facing? He won't get the true picture if he maintain the existing officers who serve previous regime.

If he doesnt know the real state of the government finance, how does he want to come up with short, medium and long term plan? He underestimate the dynamic of federal government matters as if he is running the state government.

And why does he need to bring consultant with him?

All these ministers now have handfull of task with them and people dont expect political stunt in running the country. Proof that youre capable of something rather than talking and complaining and start serve the rakyat immediately.

If they dont know how to do their job, do not hesitate to seek advice from the great old man.

Budak jawa

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Aku senyum sorang2 bila baca hang nulih :
" Kempen itu berjaya memungut lebih satu juta tandatangan daripada rakyat jelata Malaysia tetapi dipandang sepi dan dipersendakan oleh kerajaan BN dan aparatus serta “apparatchik”nya. "
Aku dok ingat orang Indon dgn geng2 Hisham Jolobu saja pakai istilah " apparatchik " ni, ropanya anak almarhum Tok ngulu Tok Biag pon pakai.
Alhamdulillah...
Yg aku nak habag mai pasai para pentingnya menteri2 dan pemimpin politik lainnya kena petah bekata kata.
Aku rasa Mad Tehag (Tonkang Yard @ Seberang Perak) pilih orang antara lain yg pandai spikin gomen dan petah bepidato,
antaranya dari DAP, dan orang2 macam Haji Mad (bin Sabu), Mazlee Malik, Tommy dll.
Petah atau fasih bekata kata ni bulih nunjuk pd orang yg rajin mebaca, banyak 'idea' dan lancag bulatkan dan luahkan perasaan atau pendapat ...
Dlm al qur-an, masa dok cereta pasai Nabi Musa a.s. dgn anak2 pompuan Nabi Syuaib, di anjog bahwa seorang pekerja yg baik,
kenalah yg kuat bekerja dan beramanah:

" (Salah seorang dari kedua wanita itu berkata) yakni wanita yang disuruh menjemput Nabi Musa yaitu yang paling besar atau yang paling kecil ("Ya bapakku! Ambillah dia sebagai orang yang bekerja pada kita) sebagai pekerja kita, khusus untuk menggembalakan kambing milik kita, sebagai ganti kami (karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja pada kita ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya") maksudnya, jadikanlah ia pekerja padanya, karena dia adalah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. Lalu Nabi Syuaib bertanya kepada anaknya tentang Nabi Musa. Wanita itu menceritakan kepada bapaknya semua apa yang telah dilakukan oleh Nabi Musa, mulai dari mengangkat bata penutup sumur, juga tentang perkataannya, "Berjalanlah di belakangku". Setelah Nabi Syuaib mengetahui melalui cerita putrinya bahwa ketika putrinya datang menjemput Nabi Musa, Nabi Musa menundukkan pandangan matanya, hal ini merupakan pertanda bahwa Nabi Musa jatuh cinta kepada putrinya, maka Nabi Syuaib bermaksud mengawinkan keduanya."
Aku kutip dari Tafsir Jalalain ayat 26, suroh al Qosas (dari Tafsirq.com):
" قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya".

Dlm konteks laa ni, munkin orang yg nak berkhidmat kad rakyat kena la yg kuat kerja dan amanah, dan kerja depa aku janka
kena rajin, banyak dan pandai membawa 'rintihan' orang ramai, petah bekata kata dan amanah.
Terima kasih banyak Kadiag dan mintak maghap no.
Aku

Justice must be seen and heard said...

Datuk,

Justice Sofian must recuse himself immediately. The Chief Register said the court was chosen by e-filing system, this is not the issue here.
The issue is rather his failure to disclose in court the senior position of his brother in Umno Pahang and the Pahang state exco when the accused Najib Tun Razak is the former Umno president, Pekan Umno division leader, Pekan Umno MP and former Umno MB of Pahang, and then let the AGC and others decide if this is prejudicial. Has Justice Sofian something to hide? His very silence is deafening and incriminating. There is a real danger of bias and Sofian has no choice but he must recuse himself in these circumstances. If he does not, then the Chief Justice must assign another Judge to hear the case. No other choice for the CJ.

Karim Gani said...

Saya minta YB2 Menteri baru ni satu saja: hentikan perbuatan dan ucapan seolah2 dia orang ni baik sangat. Stop trying/pretending to be nice guy dan puji2 lawan serta mengapi2kan rakyat utk mengkritik. Be careful what you wish for because sometimes your wishes can come true. Dan hentikan looking blur most times. Kita mengharap sangat YB2 step up to the job. Tq

False piety indeed said...

Datuk,
saw the naughty video of Najib's son wining, dining and some more and more with that taiwanese actress.
This is how hypocrisy is perfected with the exPM and family.
Asking the rakyat to suffer in silence and they are spending spending spending and lusting after cash, jewellery, handbags and sexy girls.
Those who support Najib and rosy are dunggus at the least, still want to donate cash and jewellery and their voices? So ugly of them, they showed their ugly faces at the cancelled press conference with the AG.

Jojo said...

1. Saya setuju dgn pendapat saudara Karim Gani di atas. Menteri2 tak perlu nak tunjuk baik sgt puji2 lawan. Contoh Saddiq puji KJ melampau. Apahal duit KBS hilang sampai rm100juta pun tak tau ? Semua mereka tu sokong najib samun wang negara sampai tak ingat rakyat. Tiba2 naik menteri2 ni semua nak puji2 pulak.

2. Saya sangat2 meluat dgn laungan "Malaysia Baru" setiap kali ada isu. Sama saja. Mentaliti lapuk! Menteri2 tak tahu nak hormat Bahasa Kebangsaan. Menteri2 nak bina sekolah cina byk2! Apahal ? Malaysia baru pungkoq hangpa. Maaf, bahasa saya sbb saya amat meluat!

3. Ada lagi menteri2 bongok yang mahu dibenarkan UEC. Duduk Malaysia tak mau ikut sistem sekolah negara ini. Semua nak china...china...china!!!! Ini Malaysialah bodoh!

4. Tolonglah Dr Maszlee, buatlah sesuatu supaya semua bangsa dapat belajar dalam satu sistem persekolahan. Jika perlu diperbanyakkan masa utk bahasa asing pun buatlah. Tapi tolong hentikan sistem pengasingan persekolahan ini.

5. Kementerian mana yg jaga sekolah tahfiz, pondok, rumah anak yatim, dll yg berkaitan ? Kenapa dibiarkan tumbuh mcm cendawan lps hujan ? Nak bina boleh tapi kenapa perlu minta sedekah dgn org ramai ? Tolonglah buat sesuatu.

6. Saya sgt2 meluat dgn yb2 PH yg dok tunjuk simpati dekat penyamun wang negara. Sudahlah tidak bergari. Tidak pula pakai baju lokap. Diberi ikat jamin pula! Kes sebesar ini diberi ikat jamin ?! Yg plg pelik dibyr ansuran ? Lbh pelik lagi tabung derma utk penyamun dibuat ? Aduh! Apa nak jadi dgn "Malaysia Baru" ini!

7. Tolong hormat Tun Dr Mahathir sebagai PM. Ada yg melebih2 konon mereka lebih pandai pilih menteri2 kabinet. Apa susah ? Beri peluang utk menteri2 ini buat kerja. Jika tak bagus, undi yg lain. Ada juga yg lebih sudu dari kuah perasan diri sudah jadi PM. Keluar kenyataan media sana sini. Inikah taraf bakal PM ?

8. Mana pergi NGOs bumiputera ? Kenapa bila isu penyamun cpt sgt nak bela dia tapi bila isu melibatkan hak2 bumiputera lembab hendak bertindak ?

9. Saya rasa pelik Jho Low yg gemuk tu pun tak dpt ditangkap ? Laju sangatkah dia lari ? Yg lain2 tu yg duduk di US, indonesia tak kan tak boleh bawa balik ? Ini kes besar. Kes yg melibatkan maruah kita sebagai negara berdaulat. Perlu disegerakan.

10. Jika perangai2 sebegini berterusan. Percayalah yg PH bakal dikuburkan.

You are wrong Minister Mujahid said...

Datuk,
we fully and uneqivocally support Lawyer and human rights activist Siti Kasim who has hit out at newly appointed Minister in the Prime Minister’s Department Mujahid Yusof Rawa for saying that the RM810.89 million operating budget for the Malaysian Islamic Development Department’s (Jakim) is not bloated.

In a Facebook post, Siti questioned why Jakim’s budget was not slashed when other institutions like hospitals, schools and universities were forced to do with much less due to the country’s financial situation.

She mocked Mujahid for saying that Jakim was vital to the smooth running of the current administration.

“Really? Will anyone die if we slash their budget by half? Will anyone become stupid or will the Malays become smarter?” she asked.

This is very true, the money is needed more for health care, medication for the long suffering rakyat, upgraded hospitals and equipment, and education facilities.
No one will die if there is no Jakim, and especially if there is no Iksim. Remember this Minister Mujahid. Don't play play with us, we are running out of patience.

When the other new ministers took up their cabinet portfolios, they all looked into ways to reduce their fat and bloat in their respective ministries, knowing full well the extravagant and spendthrift days of the previous administration. Illogical budget cuts were made in healthcare and education by the previous MOF, which adversely affected the rakyat.
Now we have a new Minister Mujahid who suddenly looks to defend and if I am not mistaken increase his dept's budget. Minister Mujahid the ministry of health, let us point out to you again, that education, finance, transportation are all and each much more critical to the country than Jakim and Iksim rolled in one.
So decide now to get rid of Iksim without further ado and it has nothing to do with the rulers. ARe you now putting more authority back with them?
What is your agenda Minister Mujahid? If you don't cut back, we will certainly call on the CEP, reforms committee and PM and his team to cut Jakim out of the picture totally, it is after all a useless institution.


john doe said...

Sdr Chickenfeet,

Daripada bacaan saya melalui segala peristiwa yang telah dan sedang berlaku pada masa ini, saya percaya semasa Tun M menjadi PM lagi, kedua-dua UmNo dan PAS akan terkena pukulan KO dan terus lupus dan pupus.

Apabila Tun M tidak lagi menjadi PM sama ada ia turun takhta ataupun dipanggil pulang, segala cabaran dan kudis yang menjadi punca kerosakan, fitnah dan pecah belah di kalangan bangsa Melayu telah pun menjadi sejarah.

Apabila saudara dan pembaca lain melihat Phoenix UmNo telah bangkit melalui bersekutunya PAS dll dengan UmNo, maka jangan terus berkata UmNo telah menang semula sekiranya Tun M masih bernafas, kerana 'ayam masih berlaga'. Tunggulah apabila ayam-ayam telah berhenti berlaga untuk melihat siapa pemenang mutlak permainan ini.

Masa akan membuktikan sama ada bacaan saya benar ataupun tidak.

Wallahu a'lam.

Yang Masih Berharap said...

Assalamualaikum Datuk,

Perlu diingatkan kepada menteri-menteri yang baru dilantik agar mengubah mentaliti daripada pembangkang kepada mentaliti sebagai sebuah kerajaan. Setiap butir bicara perlu berlandaskan kepada fakta. Tidaklah dikemudian hari buat 'U Turn'.

Perlu diingatkan juga, jangan sewenang-wenang membubarkan agensi2 sedia ada. Kami faham jika ianya membabitkan lantikan politik.kami ini lah yang mengundi anda. Jika silap percaturan, bersedia untuk ditukarkan lagi 5 tahun. Kami mengharapkan perubahan yang positif bukannya selepas mengundi PH, periuk nasi golongan yang tak bersalah menjadi galang ganti

Al lahuma said...

Saya harap PH tidak melantik anak Yatim opportunis sebagai Speaker. Tanya dia berapa banyak sudah habuan termasuk kereta2 mewah salih berganti yg ditagih dari koprat bilionaire

A Rose is not a rose said...

Dear Datuk,
Here comes the fun part. Reported in the media that a Lebanese jeweller is suing Rosy for return of RM60 million jewellery which was sent her in Jan/Feb, and for which it claimed she acknowledged receipt in late May after GE14 and AFTER the confiscation of jewellery, cash and others from Najib/Rosy residences.
The company claimed that Rosmah, in a letter dated May 22, acknowledged receiving those items. Note it was AFTER the raid.
Doesn't it show clearly that this is just a another lie to try to get the jewellery back by devious means.

I mean which jeweller local or overseas in their SOP or right minds would release or send such items free of charge, WITHOUT ANY PROPER ACKNOWLEDGEMENT they were for viewing before purchase.

The AGC has filed to be intervener in the court case. Brilliant move, and AGC must also demand evidences written, emails, phone calls , messages that lead to the above.
Also previous past purchases, payments how and when made, bank transactions etc.
Hit them where it legally hurts. You see, open a pandora's box and so many more pandora's boxes are revealed. There's no such thing now in the technology age as no trails, no tails, no evidence, no proof.
The DOJ should also be interested as this jewellery haul can add to their list of where !MDB funds were stolen and used.

The person in Rosy's camp who thought of this scheme to further defraud the govt and reclaim the jewellery must now be eating shit!

This is fun, and much more to come.

A rose is not a rose2 said...

Oh yeah, its puzzling how to be sure that the items allegedly sent her by this lebanese jeweller are the same as those confiscated in the police raids?

Maybe the items allegedly sent have already been disposed of, and something else from the police raids are being claimed? Meaning more than one list of items being floated around.
Curiouser and curiouser.

If the lebanese jeweller insists that his client is a long time customer, where did that money come from to buy so many items? We know how much a PM makes.
Correspondence records, Payment records, sales records go back how many years?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).