Sunday, August 05, 2018

Perkhitmatan Awam Jangan Khianat


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kakitangan awam: Dulu ada antara mereka yang setia kepada BN
SEORANG pembahas yang menggunakan nama samaran “Anti pengkhianat” yang mengulas dalam tampalan “Jangan tawar-menawar dengan lembaga pengarah GLC/GLIC”, antara lain berkata:

“Dengarnya bekas pegawai khas ksp sekarang bertugas di pejabat pm?

“Dengarnya lagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan lalu dan dinaikkan kerana menyokong kepimpinan lalu masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula.

“Apa kerajaan baru akan buat untuk menangani pegawai-pegawai yang telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam secara keseluruhannya?”

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya yakin ada kebenaran dalam hujah pembahas “Anti pengkhianat” itu dan saya amat percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pun tahu hal ini.

Tetapi kita kena berprasangka baik bahawa manusia boleh berubah. Yang mana kesalahan mereka tidak terlalu besar dan tidak mengancam keselamatan atau merugikan negara, kita terima sajalah.

Kita cam siapa mereka, kita beritahu apa yang mereka lakukan sebelum ini salah dan nasihatkan agar mereka berkhidmat dengan setia dan tekun demi negara dan rakyat jelata.

Kita nasihatkan mereka jangan ikut resmi anjing walaupun tidak makan najis tapi hidu tetap hidu. Kalau pisang berbuah dua kali, kita tadah tangan bersyukur kepada Tuhan kerana melakukan keajaiban dan memberikan kita rezeki tambahan.

Yang kita tidak mahu adalah melepaskan anjing tersepit. Bila terlepas kita pula diserang dan digigitnya. Lagilah parah jika ditakdirkan anjing yang kita tolong itu anjing gila.

Sekarang banyak anjing jenis itu bising menyalak dalam media arus perdana dan media sosial seolah-olah masih diberi makan oleh tuan lama mereka. Atau boleh jadi juga mereka menyalak kelaparan.

Saya cadangkan kepada pihak berkuasa pencegahan rasuah dan percukaian tolong tengok dari mana mereka ini dapat duit untuk hidup senang dan terus menyalah melalak.

Kakitangan Awam

Adalah mustahil bagi Dr Mahathir dan kabinetnya mengesan semua pengkhianat dan penjenayah peninggalan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN), menamatkan perkhidmatan mereka dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Seperti yang kita baca, lihat dan dengar daripada laporan media massa, sudah banyak pegawai seperti itu telah meletak jawatan, bersara atau ditukarkan.

Tetapi adalah mustahil menapis setiap orang daripada kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan mengambil tindakan ke atas mereka. Lagipun bukan semua mereka terlibat secara sukarela menjadi tali barut atau boneka kerajaan dahulu.

Yang terang-terang bersubahat dan terbabit dalam politik BN seperti berkempen untuk calon-calon BN sehingga sanggup naik pentas dan menari macam kera kena belacan atau orang mabuk todi sudah pun ditamatkan perkhidmatan.

Harap jangan ada musang berbulu ayam di kalangan mereka
Memang betul ada lagi saki-baki yang bersubahat dengan kerajaan lama, termasuk yang melakukan penganiayaan serta pengkhianatan terhadap Pakatan Harapan (PH) masih memegang jawatan penting.

Malah pada pandangan umum, ada kalangan mereka yang seolah-olah menjadi orang kanan dan orang kepercayaan Perdana Menteri dan kerajaan PH.

Ini tidak benar. Walaupun mereka masih berkhidmat dan nampak rapat dengan Perdana Menteri serta kerajaan, kita tahu siapa mereka dan apa yang mereka lakukan sewaktu pemerintahan OKT Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bermaharajalela. Mereka ini tidak akan diampunkan semudah itu.

Tetapi demi kelancaran pentadbiran negara dan supaya tidak meneruskan kerosakan ke atas perkhidmatan awam, kita terpaksa bersabar, berlapang dada dan secara arif menerima mereka.

Kerosakan yang berlaku kepada perkhidmatan awam adalah sebahagian kecil sahaja daripada kerosakan sistematik dan menyeluruh yang dilakukan oleh pemerintahan Najib ke atas institusi-institusi utama negara.

Sebab itulah PH menjadikan reformasi institusi sebagai salah satu keutamaannya.

Yang bersalah wajib dihukum sama ada melalui tindakan disiplin atau jika kesalahan mereka berbentuk jenayah, dihadapkan ke muka pengadilan.

Cuma bukanlah mudah untuk melaksanakan tindakan disiplin dan undang-undang ini kerana bilangan yang terlibat dan cara mereka bersubahat dengan kerajaan BN adalah berbeza dan berperingkat.

Keutamaan terpaksa diberikan kepada yang jelas melakukan rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ini telah pun dimulakan dengan menghadapkan ketua kepada segala ketua kerajaan yang mencuri, Mohd Najib, ke muka pengadilan.

Dalam kita bersangka baik, kita terpaksa akui bahawa yang jahat tetap jahat dan watak seperti itu ada dalam perkhidmatan awam.

Saya dimaklumkan tentang seorang ketua jabatan yang “terpaksa” meletak jawatan, telah melantik beberapa orang kanannya untuk mengisi jawatan utama sebelum dia berundur.

Apabila ketua baru masuk dia mendapati semua jawatan penting baru saja diisi oleh ketua lama. Dan ikut cerita, ketua yang berhenti itu menubuhkan syarikat perundingan dengan harapan mendapat bantuan daripada anak buah yang dilantiknya.

Saya  juga mendengar ada sampai 1,000 kes yang melibatkan rasuah, penyelewengan, pecah amanah, salah guna kuasa dan kecuaian tugas telah dikesan oleh kerajaan sehingga kini.

Jadi bukanlah mudah bagi kerajaan untuk menyelesaikan segala masalah dan menunaikan semua janji dalam masa 100 hari atau setahun.

Serentak itu hal-hal berkaitan kebajikan rakyat jelata dan keselamatan negara wajib ditangani setiap hari dan setiap masa dalam suasana di mana kedudukan kewangan negara yang ditinggalkan oleh kerajaan lama dalam keadaan kucar-kacir.

Cuma saya berharap menteri-menteri lebih jelas dan pantas bertindak meringankan beban rakyat jelata dan memacu pemulihan ekonomi supaya Malaysia Baru yang rakyat jelata bayangkan itu menjadi kenyataan.

Tak payahlah berlebih sangat berebut jabatan dan agensi. Jangan sampai dituduh cuba membina empayar atau pentingkan diri sendiri. Silalah buat kerja demi rakyat jelata.

Wallahuaklam.

37 comments:

fahmin fazwin said...

dato teruskan bicara jejak perkasa terhadap pemimpin korup; penuhi citarasa mustalapin teraniaya dek bobrok pemimpin melayu.

Quantum Metal Consultant said...

Bukan sesuatu yang asing apabila ada suara menyarankan KSN juga wajar berhenti atau diberhentikan.

Dia lah kepala yang mendorong Pegawai Kerajaan lain mengambil sikap yang sama termasuk Ketua Pengarah JPA.

Siapa mereka ini dapat disemak dari pengucapan mereka, tindak tanduk dan sebagainya termasuk tidak mempertahankan hak, keselamatan dan kebajikan pegawai bawahan.

Jika kepala nombor satu berada di atas sana, yang lain sekepalanya akan merasa selamat dan mudah melakukan kerja² sabotaj.

Jika yang depan mata, jelas pun tidak mampu dikenalpasti dan diambil tindakan oleh Tun, apatah lagi yang menyorok bawah meja.

Kartika Tunis said...

Elok la tu. Tukar semua pegawai-pegawai tinggi Kerajaan. Letak muka-muka baru yang tak ada pengalaman. Yang blur-blur dan tak reti buat kerja. Bila Pak Menteri bagi arahan, terkial-kial tak tahu nak buat apa. Bila arahan gagal dilaksanakan, salahkan semua orang. Salahkan penjawat awam KONONNYA mensabotaj Kerajaan baru. Bila tak pandai menari, lantai pula dikatakan jongkang-jongket.

Sepatutnya orang-orang baru ni, khasnya yang bekerja di pejabat-pejabat menteri, bila tak tahu tu bawak-bawak la bertanya. Ini tidak, nak tunjuk pandai. Tak tahu tapi buat-buat tahu. Ego tak bertempat. Buat kerja syok sendiri. Macam bagus.

Peraturan dan pekeliling jabatan habis dilanggar. Buat surat dan kertas-kertas kerja tak ikut format. Yan melaksanakan arahan kat bawah tak jelas apa yang cuba disampaikan. Akibatnya, kerja jadi lintang-pukang dan caca-merba. Matlamat tak tercapai.

Bila jadi macam ni, they look for someone to blame. Akhirnya penjawat awam dipersalahkan. Penjawat awam menjadi kambing hitam. If things went, blame it on the civil servants. Yang hodoh-hodoh, yang buruk-buruk semuanya penjawat awam. Yang cantik-cantik, yang bagus-bagus, semuanya orang pejabat menteri.

zabrimokhtar said...

Salam dato,
Kita buat mcm hong kong tahun 1970s dulu penuh rasuah. https://en.m.wikipedia.org/wiki/1970s_in_Hong_Kong Bila pentadbiran baru . Semua diberi amaran keras , setia pada kerajaan . Sekiranya masih melakukan dan kianat hukuman berat diambil.

Pembaca Budiman said...

“Dengarnya lagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan lalu dan dinaikkan kerana menyokong kepimpinan lalu masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula.”

- Saya ingat saudara Anti Pengkhianat tidak faham bagaimana ‘civil servants’ atau penjawat awam berfungsi di negara kita. Untuk pengetahuan saudara, para penjawat awam adalah ‘apolitical’ atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Perkhidmatan awam adalah satu badan yang bebas dan berkecuali. Mereka berkhidmat kepada rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat berdasarkan arahan atau perintah from ‘government of the day’. Sebelum ini, kerajaan yang memerintah adalah dari kalangan parti-parti Barisan Nasional. Sudah menjadi tanggungjawab penjawat awam termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk melaksanakan arahan daripada kerajaan yang sedang memerintah pada masa itu iaitu BN.

Apabila bertukar tampuk pemerintahan daripada BN kepada PH, maka menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan termasuk pegawai-pegawai tertingginya untuk berkhidmat di bawah kerajaan PH pula dan melaksanakan segala arahan dan perintah dari kerajaan PH berdasarkan doktrin ‘ the government of the day’.

Selagi TIADA ARAHAN untuk seseorang pegawai untuk meletak jawatan, penamatan jawatan atau diarahkan untuk bertukar daripada kerajaan PH, maki menjadi tanggungjawab pegawai tersebut, termasuklah pegawai-pegawai tinggi Kerajaan untuk berkhidmat kepada bos-bos mereka di Kementerian dan melaksanakan segala perintah dan dasar mereka.

Jadi tidak timbul lah pegawai “masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula..” kerana selagi tiada arahan pertukaran pegawai atau penamatan jawatan dari pucuk pemerintahan parti memerintah, sudah menjadi tanggungjawab pegawai-pegawai tersebut untuk terus berkhidmat kepada menteri-menteri terlibat.

Ini termasuklah memberi penerangan, tunjuk ajar, nasihat dan taklimat tentang selol-belok tugas dan peranan menteri di kementerian. Nasihat dan taklimat sebegini penting untuk menteri-menteri baharu dari PH kerana mereka belum pernah menjadi kerajaan dan tiada pengalaman mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan.

Jika tiada pegawai-pegawai tinggi kerajaan di kementerian yang membimbing dan memberikan khidmat nasihat kepada mereka, kepada siapa menteri-menteri ini turn to untuk mendapatkan khidmat nasihat? NGOs? Aktivis? badan-badan sukarelawan???

Sudah menjadi satu lumrah Menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melaksanakan sesuatu dasar kerajaan. Menteri memerlukan jentera untuk melaksanakan dasar dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan inilah jentera mereka.

Tanpa pegawai-pegawai tinggi ini, agak sukar para menteri untuk menjalankan tugas dan fungsi mereka di Kementerian. Takkanlah mereka nak ambil khidmat nasihat dari konsultan berbayar atau pihak luar yang lebih sudu dari kuah.

Konsultan berbayar ini tidaklah sehebat mana. Ramai di kalangan mereka ini yang ‘con artist’ yang suka tunjuk pandai dan memandai-mandai. Akhirnya menteri itu sendiri yang akan menanggung akibat yang besar apabila sesuatu dasar gagal dilaksanakan. Menteri itu akan dilihat naive, flip-flopping dan grossly incompetent akibat ‘being wrongly advised’.

Unknown said...

Dari mula mendapat kuasa PH masih lagi becerita tentang pengkhianat.Tak sedarkah atau sengaja buat bodoh terdapat ramai pengkhianat bangsa melayu dalam PH.Takda cadangan ke nak ambil tindakan.Mungkin permohonan maaf mereka sudah cukup kerana kita sekapal.
Tetapi tiada maaf bagi orang melayu yg berlainan kapal walaupun seagama.Inikah perjuangan PH.Tun M sekarang bukan lagi yang dahulu.Jika dahulu sukar kita mendengar penghinaan terhadap bangsa melayu tetapi sekarang......
Tun M ibarat tiada kawalan terhadap menterinya.Mereka bebas berkata apa saja walaupun menyentuh hak bumiputra dan islam.Pemimpin melayu kelihatan lebih liberal dgn kenyataan2 bodoh mereka.
Inikah permulaan sebuah kerajaan baru yg rakyat harapkan.kalau beginilah permulaannya alamat meranalah rakyat.Harapan rakyat khasnya orang melayu begitu tinggi terhadap Tun M semasa PRU 14.Malangnya harapan ini mungkin hanya tinggal harapan.
Mengapakah perniagaan yang di monopoli orang melayu aeperti beras dan gula dipertikaikan.Bukankah harga barangan ini ditentukan oleh kerajaan.Jika monopoli orang melayu in dapat pecahkan maka bersoraklah bangsa pendatang.Kemungkinan harga akan terus meningkat tanpa kawalan kerajaan.
Mengapa monopoli peniaga cina tidak cuba dipecahkan.
Hak istimewa dan dasa2 yang membantu bumiputra seolah2 begitu malu disentuh pemimpin melayu.Tun M telah membuktikan dasar ini adalah baik untuk membangunkan bumiputra dahulu.Namun perlaksanaannya hendaklah lebih telus agar yang dibantu adalah benar2 layak.Malah sepatutnya ekuiti bumiputra haruslah ditingkatkan sehingga 50 peratus.
Umumkan keseluruh negara dasar ini agar kaum pendatang ini tidak lagi berani mempertikaikan hak bumiputra.
Perlaksanaan suatu dasar cukup mudah dilaksanakan jika masing-masing ikhlas dan tiada kepentingan

Mustafa Kamal Atturk said...

Assalamualaikum. Saya setuju dengan pandangan Dato'. Izinkan saya berkongsi pandangan dan pengamatan saya. Masih ada mereka yang makan gaji pegawai awam sejak pentadbiran lama sampai sekarang tapi masih berpolitik. Dulu ahli politik parti pemerintah, sekarang baik dengan Harapan kununnya politik matang sejahtera tapi yang mengherankan mereka ni tak masuk-masuk buat kerja hakikinya. Lagi suka nk jd berkepit dgn politician. Mgkn menteri/timb ment atau mn2 ahli politik nasihatkanlah mereka ini balik buat kerja hakiki masing2. Tak rasa bersalahkah bg mkn gaji jwtn awm anda kpd anak istri serta kluarga? Sedangkn anda-anda buat kerja politik?klu bercita-cita sgt jd politician,letaklah jwtn public service,buatlah kerja politik anda-anda. Bagi gaji yg anda-anda mkn tu pd org yg minat pekerjaan dlm sektor awam. Ramai yang masih mencari-cari pekerjaan. Wallahualam.

Anti pengkhianat said...

YBhg Datuk,

Saya setuju golongan ini tidak dapat dibanteras 100%. Namun, kewujudan golongan ini di agensi strategik seperti JPM, MOF dan EPU sangat wajar diberi perhatian serius. Melihat kepada kerosakan yang telah berlaku, ianya sangat serius. Sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil, ia akan memberi signal yang mengelirukan kepada penjawat awam yang tidak terlibat.

Setidak-tidaknya, pusingan kerja boleh dilakukan bagi jawatan-jawatan kanan dan strategik yang berkaitan memandangkan mereka-mereka ini difahamkan bersekongkol menyembunyikan kerosakan yang berlaku dengan memberikan gambaran seolah-olah Kerajaan berada dalam keadaan yang sangat baik.

Ini merupakan pengkhianatan yang walaupun mungkin sukar dibuktikan sebagai satu jenayah, tetapi adalah kesalahan moral yang sangat besar. Mereka bukan sahaja tidak berani bercakap bemar, tetapi telah bersekongkol menyembunyikan fakta bagi mendapatkan imbuhan jawatan.

Kita faham kesulitan yang dihadapi, tetapi sekiranya mereka-mereka ini masih berada di jawatan yang sama, banyaklah perkara yang akan disembunyikan dan sekiranya terdedah tidak dapat diketahui siapa yang bertanggungjawab.

Apapun terpulanglah kepada kerajaan yang baru bagaimana untuk menangani perkara ini.

Treachery, treason, sabotage said...

Datuk,
those who have treacherous motives and/or acted treasonably, eg. those that wrote and vetted the CIA letter to Gina must be charged with treason. No forgiveness here. It is high treason against the monarchy, rakyat and country.

Those who harbour treacherous thoughts and committed smaller sins should be disciplined and monitored. The govt knows who they are, they know who they are themselves.

Unknown said...

Salam Datuk, saya ingin berkongsi cerita mengenai seorang Pengurus Besar Kanan sebuah stesen tv milik kerajaan, yang semasa kempen PRU14 bertungkus lumus di seluruh negara berkempen untuk BN. Kakitangan stesen juga diarah untuk turun berkempen. Mengikut kisah, poster2 kempen melalui media sosial sangatlah jelik dan memualkan. Kini, setelah BN tewas, beliau telah dipetisejukkan oleh ahli Lembaga Pengarah stesen. Tetapi, kerana kedudukan beliau yang mengenali orang tertentu yg kenal rapat dengan kerajaan PH, sekarang cuba untuk kembali menerajui stesen tv tersebut. Saya percaya kepada setiap rezeki itu ditangan Allah, tetapi saya percaya stesen tv ini akan tetap tidak berubah dengan adanya hamba Allah yang yang bagai "chameleon" ini, yang hanya mementingkan diri sendiri.

Anak Ikan Kechil said...

Datuk,

Pada hemat saya, siasatan patut dilakukan, terutama yang berjawatan tinggi dan Jawatan penting. Bukan ramai pun. Tapi, saya bersetuju, patut diberi masa dan bukan dalam tempoh 100 hari ini, memandangkan ia perlu difokuskan untuk menunaikan manifesto/memberi sesuatu yang lebih baik dari ditawarkan manifesto. Justeru, saya amat berharap Datuk boleh menyampaikan agar satu siasatan khas dibuat kepda semua ketua Jabatan, bagi memastikan usaha ubah Malaysia ini lebih menyeluruh. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Targaryen Singh said...

Wasn't it Bersatu and PH who had said before the elections that civil servants must do what is right and not be like buffaloes of the ruling party? Well, they are now doing just that.

PH can only make statements and issue threats. But can't do anything. Maybe transfer to some other place. But that's about it.

How does it feel, tasting the bitter medicine you had prescribed? HAHA!

dt rahman pekan said...

Asalam dato.

Selaku mantan ahli PTD,saya tlh banyak memberi pendpt n syor mengenai perkhidmatan 'premier' ini.

Prinsip berkecuali perlu senentiasa d penggang sebagai amalan suci. (civil service neutrality is sacrosanct).

Masaalah timbul apabila penjawat awam tidak dpt membezakan prinsip berkhidmat utk kerajaan dgn berkhidmat utk parti yg membentuk kerajaan olih kerana ia nya sudah menjadi sinonim. Itu lah yg terjadi kpd Dt Hasanah (KP Bhg Penyelidikan PMO) yg sepatut nya membantu melindungi 'king n country n bukan parti n PM.

Olih demikian, dlm 'malaysia baru', semangat juang yg baru perlu d suntik. Sesiapa yg terang2 bersubahat dgn parti politik yg memerintah dulu saperti KSN ,KSP, KPPA n beberapa orang KSU perlu d singkir drpd jawatan sama ada d bersarakan atau d masuk kan dlm 'pool'.

Rejunavation n 'reincarnation' of d civil service must b done asap wth new blood n new ideas.

On a different note, permit me 2 inform yr readers that as promised, i hv started my own blog :-

http://ramblingsofrahmanjpc.wordpress.com

Pls feel free 2 visit it n share yr thoughts on topics that i write. tq.

Party of dunggus said...

Datuk,
what a truly silly statement by MP William Leong, offering to give up his seat for Anwar to be elected MP. Did we really vote in this William dunggu? Got any brains up there or now? Even Anwar's wife Azizah and daughter Izzah have flatly refused to resign.
Every seat won by PH is precious, not to be horse traded for this person or that person.
Look at the silly initiator of the Kajang move,we all still remember him, the Kajang move was poison to PKR. Does anyone know what happened to the sacrificial lamb of Kajang, where is he now?

Does PKR want to be known only as a backdoor family party? In that case we would fully support Azmin and supporters and anybody else who object to the stupid William Leong offer, please move to Bersatu, DAP or Amanah.
Then let's see how PKR fares in the polls, zilch!

Anti pengkhianat said...

Penjawat awam apolitical dan tidak memihak kepada mana-mana parti serta mengikut arahan government of the day hanya betul sekiranya dipraktikkan dan hendaklah dalam menjalankan tugas memberikan nasihat yang benar without fear or favor.

Melihat perkhidmatan awam di era kerajaan lama dan pendedahan demi pendedahan tentang kebobrokan yang didedahkan oleh kerajaan baru di parlimen, masihkah penjawat awam tidak sedar dan tidak malu untuk berkata mereka adalah penasihat kepada kerajaan semasa dan berkhidmat termasuk untuk memberi tunjuk ajar? Betul bukan semua terlibat. Sebab itu ditekankan pegawai-pegawai tertentu. Malah pegawai yang baik juga pasti akan terasa bersalah apabila mendengar skandal kerajaan lama.

Di dalam perkhidmatan awam, tiada pegawai yang terlalu besar sehingga tidak boleh digantikan. Pegawai datang dan pergi. Tetapi pegawai yang gagal menasihati kerajaan lama dan bersekongkol mesti pergi.

Tidak timbul soal tiada pegawai yang boleh mengganti. Renung-renungkanlah kompas diri anda sebagai penjawat awam. Jangan berlindung di sebalik saya yang menurut perintah. Slogan itu mesti dilaksanakan dengan penuh amanah tanpa membelakangi kedaulatan undang-undang. Jangan terlalu mudah melontar istilah think out of the box dan bend the rule not break sebab akhirnya apa yang kita dengar pada hari ini akan masalah yang dihadapi oleh kerajaan adalah sebahagiannya disumbang oleh penjawat awam. Penjawat awam yang hanya memikir tembolok dan kepentingan diri sendiri.

Saya faham hujah datuk tentang keterbatasan kerajaan baru dan keutamaan mereka. Tetapi saya tidak bersetuju untuk mengatakan kerosakan yang berlaku kepada perkhidmatan awam adalah kecil walaupun saya sedar ada institusi lain yang lebih tinggi kedudukannya turut dikompromi. Tiada perkara yang kecil apabila melibatkan moral dan nilai-nilai kebenaran. Ini cukup untuk menjelaskan kenapa bangsa melayu samada dalam bidang politik, sektor kerajaan mahupun perniagaan tidak cemerlang.

Maaf saya tidak mengatakan semua penjawat awam tetapi kebanyakannya terutama yang mengisi jawatan-jawatan penting. Dah bersara masih mahu disambung kontrak. Habis kontrak sibuk pula ingin menjadi pengerusi glc atau badan-badan kerajaan. Cermin-cerminlah diri. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Adakah kamu berkhidmat untuk agama nusa dan bangsa atau sekadar kepentingan diri.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Medan pejuangan rakyat aku rasa, telah bepindah dari pejuangan parti politik kepada perawatan dan pemulihan.
Macam pejuangan yg kita lalu besama, perlu jugak rakyat mencapai ‘critical mass’, yagni kesatuan daya juang dikelompok massa
untuk mencekau satu sistem hidop yg lebih insani (‘humane’).
Para pengamal sistem politik lama yg dapat meraih banyak keuntungan dari sistem itu, harap2 sedag bahwa sistem tu jugak
bawak banyak kerugian, kerosakkan dan sengsara. Agak mustahil pada aku, seseorang dgn istri dapat kumpoi beg tangan, jam, batu permata dll
dlm satu masa hidop yg nilainya melampaui satu bilion ringgit. Paham aku ini tak temasok hartatanah dan kereta. Paham aku jugak kita sama2 dalam
meluru ke penghujong umog pastinya akan ditanya dari mana mai ni semua.

Lagi pulak rakyat dibagi peluang dipimpin oleh sorang yg kebanyakkan rakyat kenai dan tak asing. Dia jugak telah sama2 diuji, di buli
dgn ugutan, penghinaan bukan saja pd batang tuboh dia saja tapi jugak keataih anak bini dia. Dan ini semua
dihadap di usia lanjut.
Suka tak suka, mau tak mau, dia dan orang2 dia dipilih rakyat tebanyak dlm satu sistem pemilihan yg compang camping tapi akiagnya bejaya jugak sudahnya.
Lantaran, mai la sama2, kita gembeling segala daya temampu untuk tulong ra’ikan kejayaan ni semuga bila kita pulak pulang
ke rahmat Allah, anak cucu kita mewarih peluang untuk hidop dgn harga diri dan dlm suasana yg lebih tejamin. InsyaAllah.

Aku.

Sabotage? said...

Datuk,
what about sabotage and/or conflicting statements by the current PH's reps?

First of all, the PH govt must honour its manifesto on closing BTN, etc, etc. etc.. in short don't cheat and trick the voters.

It is inconceivable to be now told by PM's deputy minister in Dewan Rakyat today that the controversial National Civics Bureau (BTN) will not be abolished but fine-tuned and rebranded.

During the winding up of the Royal Address in Dewan Rakyat today, Deputy Minister in Prime Minister’s Department Mohamed Farid Md Rafik promised to rebrand and fine-tune BTN.

“In line with the political changes, BTN’s module and curricular will be fine-tuned and it is being rebranded with emphasis on good values while going back to its original duties and objectives,” Mohamed Farid said.

Rightly so, DAP lawmakers RSN Rayer (Jelutong) and Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) challenged Mohamed Farid’s defence, saying that the abolishment of BTN was among the promises that Pakatan Harapan (PH) made during the 14th general election which led them to victory.

So Datuk, what's going on?

And now talk resurfacing again of a 3rd national car project. This is anathema to the rakyat. Hope it is all hot air and nothing else.

Shame on them said...

Water, Land, and Natural Resources Minister A Xavier Jayakumar had told the Parliament on Aug 2 that the government has no objections to selling freehold land in Forest City to foreigners.
The Malacca Chief Minister Adly Zahari was also reported as saying that port projects such as Malacca Gateway and Kuala Linggi - both which involve significant Chinese investment - are important to the state’s development and could restore it to its former glory in the Malacca Sultanate.

Musical chairs, Datuk? Are the Ministers speaking out of turn? Still green behind their ears? Are they embarrassing themselves and the PH govt? Shame on them.
If Najib is baffled, we are more so.

CEP for the country said...

Datuk,
CEP is the country's leading national service advisor. The eminent persons sitting on the board are serving the country at high personal sacrifice and cost, personal time, effort, focus, sweat and tears! We pray the term for the CEP will be extended after the 100 days, not only does the PM and his team needs them, the country and rakyat wants them. So, dear Datuk, please bring this message/appeal to the PM and cabinet.

The new govt, apart from PM and those who have served as Ministers before, are still somewhat green, sometimes they talk out of tangent which leads to embarrassment not only for themselves but also to PM and the govt as a whole, and these greenhorns must continue to learn how to conduct themselves, in speech and thought and deeds. The CEP is a ready made instrument for them to refer and so we need the CEP for an additional period of time. Syabas to the CEP, continue to lend us your minds and shoulders.

Jojo said...

Datuk,

1. Pada yang secara terang khianat kepada negara, itu yang perlu dihukum. Pada yang lain2 saya rasa mereka ini hanya perlu di"basuh" semula dengan agenda untuk agama, bangsa dan tanahair sahaja.

2. Saya tunggu si gemuk curi wang negara ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan. Kenapa lambat sangat ?

3. Saya tunggu perbicaraan curi wang negara, kenapa tiada update ?

4. Saya hendak tahu siasatan di setiap kementerian dan agensi kerajaan yang banyak rasuah. Kenapa tiada berita lagi ?

5. Saya mahu tahu apakah akan ada sekolah satu aliran yang hebat ?

6. Saya mahu tahu apakah perancangan ke arah negara kita menjadi negara maju ?

Not so old a friend. said...

"Perkhitmatan" is it Datuk Katir ?

BTW it is nice to read the former PM's name without the Bugis title but don't forget to also put OKT in front of LGE's name whenever you mention him in future. *wink*

bumi-non-malay said...

Tolong Lapor kepada saya mereka yang pembodek kepada Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Sharil, Hissapmuddin, Azalina fake news ....... Mengapa IGP sampai hari ini belum kembalikan anak kepada Mrs Gandhi walaupun di suruh Mahkahmah.... Siapa ada maklumat mana di sembunyi saya bagi $10,000 Ringgit!!

AzrinTaufik said...

Tahniah Datuk atas lantikan

https://www.malaymail.com/s/1660222/report-kadir-jasin-is-pms-special-adviser-on-media-affairs

Not so old a friend. said...

Congrats Datuk on your appointment as Media and Communications Adviser at the PM's Office.

Anees Khan said...

Anisurahman Khan;

Salam DAKJ, Tahniah di atas perlantikan Penasihat Media PM...

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Alhamdulillah
dan tahni’ah pasai dilantik penasihat khas ke pejabat PM untok hal2 media dan komunikasi.
Semuga hang dapat besungguh sungguh majalankan tugaih dgn jujog dan betenaga untok
antaranya pulih ‘body politic’ atau kesiasahan rakyat jelata yg hampiag punah ranah.
Semuga Allah S.W.T. jugak cucog ketenangan, kesobaran dan tingkatkan keahlian hang. Aamiiin.
Aku

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Sorry Dato’, lama tak singgah. Busy sikit. Tahniah saya ucapkan kerana dilantik menjadi penasihat media kpd PM. Akhirnya bulan jatuh ke riba juga. Izinkan saya memberi sedikit nasihat kpd penasihat PM.

Pertama, Jangan ikut sedap mulut atau kepala angin Dato’ je. Contohnya, hentam orang tu, hentam orang ni, Tak setuju je hentam. Macam kita je yang bagus sangat. Orang lain semua bengong. Kedua, bagi nasihat kedua-dua sekali, negative dan positive, biar PM yg buat keputusan. Jangan ada bias. Ketiga, nasihat mestilah berdasarkan evidence based, statistic, bukannya “saya rasalah, tak silap sayalah”. Tak boleh macam tu, OK. Nanti saya bagi nasaihat nasihat lain. Hehehe………

Kedua, saya cukup kesian tengok UMNO sekarang. Pemimpin mereka masih nak tegakkan benang basah. Satu kerja yg sia-sia. Tak payahlah pertahankan GST lagi. Rakyat tak suka. Tak faham lagi ke??? Mereka kena move forward. Tak paham paham kenapa kalah PUU 14 baru ini. Geram betul.

Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Sekain TQ.

Congratulations Datuk said...

Datuk,
there is some report that Daim will be appointed special advisor to the Govt after the CEP is disbanded.
This is really good news, however we all trust the whole CEP's tenure will be extended as in this case, many good cooks will improve the broth.
Nevertheless, we have seen that the CEP, either the eminent person/s individually or as a group really helped Tun M and his team to weather some rough weather.
It was compounded by the "greenness" of the new govt members, who were inexperienced in handling press conferences, off the cuff remarks, and silly persistent reporters who kept asking silly questions.
The new team will put their shoulders to the wheel and learn how to manage their new ministries or depts, and if they fall short after some time, they will be gauged by the rakyat.
So while we give time to the new team, the CEP will be needed to help them along, and eventually Tun M will really have a strong group to help him run the govt.

So if the news is correct regarding Tun Daim, I congratulate him, remember, this is his national service to the country. What about brother Kuok, Zeti and the others, can they also be pulled in to help.

Datuk, I congratulate you also on your appointment as Media and Communications Adviser at the PM's office.

Hold your horses first said...

Datuk, I suggest in your new post as Media and Communications Adviser that you immediately hold some workshops for the newly minted ministers, irrespective experienced or not, and govt mps as to how to speak publicly in pressos and in Parliament.
Remind them that whatever said in Parliament although protected by immunity can boomerang against them if they go overboard in their accusations.
Remind them that the new opposition mps are ever on the lookout for even the smallest things to chew over. Roland Kiandee seems to be posturing as a learned MP due to his previous post as deputy speaker, and has forgotten his own "decisions" which were biaised.

Anti pengkhianat said...

rm18 bilion wang refund gst tiada dalam tabung bayaran balik. Satu lagi petunjuk kenapa pengurusan kementerian perlu ditukar. Selepas beberapa bulan kerajaan bertukar, satu demi satu masalah terbongkar. Sekiranya tiada unsur menyembunyikan masalah, tentulah perkara ini dan lain-lain masalah sekiranya ada telah awal-awal lagi dimaklumkan kepada menteri supaya menteri maklum keadaan sebenar kewangan kerajaan.

Sekali lagi, di mana taat setia penjawat awam dan apa kredibiliti yang tinggal kononnya mereka apolitical dan perlu kekal untuk menasihati menteri baru kalau sehingga sekarang masih ada masalah yang dibongkar oleh menteri. Entah apa pula kes yang akan dibangkitkan selepas ini.

@mecananga said...

Assalammualaikom Datuk...

Saya mengalu-alukan dan mengucap tahniah atas perlantikan Datuk sebagai penasihat media PM.
Amat cucuk sekali atas tugasan tersebut dan ini memberi kami peluang sebagai pengikut blog Datuk khususnya dan sebagai rakyat amnya untuk menyalurkan pendapat dan cadangan kami kepada PM.
17 Ogos 2018 tarikh keramat "100 Hari PH" memerintah.Banyak "bloopers" telah tercetus daripada Menteri2 Kabinet PH.Harus diingat jika mahu memerintah lebih dari 1 penggal Menteri2 janganlah terlalu taksub mencari kesalahan dan menyalahkan kerajaaan dahulu sehingga akhirnya akan memakan diri sendiri dan secara sekali gus memburukkan pandangan rakyat terhadap Kerajaan PH. Pada 100 Hari Pertama atau tahun pertama memerintah Kerajaan PH harus membentangkan polisi2 negara ekoran telah bertukar parti pemerintah.Bukan asyik menyalahkan Kerajaan BN saja.
Amat diharapkan Tun M bila menjadi PM yang kali kedua ini akan berubah sikapnya berbanding ketika beliau menjadi PM kali pertama. "Please listen more than rule more".

Terima kasih.

jumbeaux said...

Tahniah Datuk. Perlantikan Datuk memang sesuai. Masih ada perang media berlaku sekarang walaupun Najib sudah jatuh. Seluruh kepimpinan UMNO masih orang beliau. Jadi mereka akan terus jadi watak2 penting perang media Najib.

Ada juga pihak2 lain yang berkepentingan di dalam Pakatan Harapan turut mempermainkan media untuk pengaruh mereka sendiri. Saya harap Datuk akan sentiasa peka dengan tindak tanduk dan propaganda mereka.

Anonymous said...

Y. Bhg Dato@ Kempen jawatan Timbalan Preseden PKR telah mengheret nama Tun Mahathir saperti dakwaan wakil Parlimen Kapar. Sekiranya isu ini tidak diselesai dengan baik boleh memecah belahkan Pakatan Harapan. Rafizi mempunyai pengaruh besar boleh menimbulkan kerumitan kepada pentadbiran Tun Mahathir. Dakwaan Tun M dan Tun Daim bergabung dengan Azmin untuk menyekat Anwar mengambil aleh jawatan PM adalah satu isu yang sangat serious yang perlu ditandatanfani dengan penuh berhemah.

Iklas,
Rahim

Stop Anwar's posturing said...

Datuk,
the shadow play by Anwar and Rafizi's team to "demonise" Tun M and the govt is really sickening. Talk about Daim conspiring to prevent Anwar to become PM eventually is full of ballyhoo and stuff that PKR is well known for. Perhaps they learned a bit from the many moves against Anwar by the former govt to cripple his influence.
But the more PKR refuses to change makes us the rakyat more and more reluctant to accept Anwar to be the PM.
His people must learn to be patient, rushing here and there, formulating stupid plans for another Kajang move, stupid silly press interviews by Anwar tells us so much about the weakness of this man. PLaying up to the monarchy etc is a big no no, how low can Anwar get? Our advice to him, STOP IT AND STOP YOUR MEN FROM GETTING INTO PUBLIC SQUABLES AND CHALLENGES.

People's voice, people power said...

Datuk,
the rakyat is absolutely totally behind Tun Dr. M, he makes it crystal clear, there will be no return to absolute monarchy, and that the people's voice is paramount.

Dr Mahathir informed lawmakers that the constitutional amendments made in 1983, 1984 and 1994 were not aimed at eroding the special position of the Rulers but to ensure that bills passed by both Houses in Parliament became law as soon as possible.

“The amendments should not be viewed as inappropriate or usurping the dignity of the Rulers, but to uphold the sovereignty of the people and authority of the legislature which represents the voice of the people,”
Following the amendments, he said, a Bill would be deemed passed after 30 days, irrespective of whether royal assent was given by the King.

Mahathir (PH-Langkawi) said the amendments to the Federal Constitution had been made to ensure that the people’s decisions could not be cancelled or set aside by the Yang di-Pertuan Agong.

“Our country is a democracy where the voice of the people determines everything. Nevertheless, we give space to the king to know of the laws that are passed in both lower and upper houses.

“If the king is given absolute power to reject laws, then the people will lose their power. Then we will no longer be a democracy. Instead, we will be an absolute monarchy.
“I am not convinced that this is the kind of system you want. You also agree with me that power lies with the people,” he said in reply to a question from Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong).

According to the parliamentary democracy practised here, the power to formulate laws belongs to the Parliament, hence the provisions contained in Article 66 (4A) removes all doubts on the right of Parliament to formulate laws.

“It rejects the doubt that the Parliament is powerless, and is instead ruled by rulers who have absolute power,” he said.

Mahathir added that the amendments should not be viewed as an attempt to threaten the dignity of the rulers, but rather as an affirmation of the sovereignty of the people and the legislative institution that represents their wishes.

“The dignity of the rulers is still upheld in the context of constitutional monarchy,”


Recently a PKR leader has been going around posturing as the champion of the monarchy among others, so we can tell this leader, if you are not the champion of the rakyat you surely does not deserve to hold the highest office in the country. Do not betray your own PKR party and the govt we voted in.

The rakyat has become free again after years of UMNO led rule, led to near brink of bankrupty, leaders riddled by corruption, nepotism, croynism, cash is king politics, muzzled by fear, sabotage, and the rakyat were helpless against their onslaught.

God is great, He gave us Tun Dr Mahathir and with him at the forefront of the struggle, we took back our country to rule again.
Tun Dr Mahathir, the cabinet, ministers and the whole govt team, advisors including the CEP, has our mandate to lead the country as long as the rakyat wants, not because an opportunist says it is his turn.

Abitpusher said...

Bila harga minyak nak turun ni spt dlm manifesto. Dah dekat 100 hari ini. MP Simpang Renggam pun suruh tuntut.

Anti pengkhianat said...

Aslm datuk,

Pada pru yang lepas, saya mengundi PH. bukan kerana manifesto, bukan kerana saya ahli kepada parti di bawah pakatan harapan, jauh sekali saya ahli kepada parti di bawah BN. Buat pertama kali saya mengundi calon DAP kerana ingin menjatuhkan najib razak dan menumbangkan BN yang telah menyokong najib razak walaupun bukti demi bukti tentang penyelewengan yang dilakukan telah didedahkan. Lebih parah lagi, mereka ini bukan sahaja tidak segan silu mempertahankan kesalahan ketua mereka. Nampaknya meteka juga telah tidak segan selalu melakukan kesalahan secara terang-terangan. Nilai yang salah telah menggantikan nilai yang benar dan menjadi nilai dominan masyarakat. Akibatnya rasuah dilakukan di atas meja bukan di bawah meja. Rompakan dilakukan di siang hari terang dihadapan mangsa bukan di malam hari gelap semasa mangsa tiada. Ini sangat membangkitkan kerisauan dan kemarahan dalam diri saya sehingga saya tekad mengundi parti yang tidak ingin saya undi.

Saya tidak peduli kalau PH tidak dapat menunaikan janji manifesto kerana saya tahu manifesto itu bukanlah undang-undang dan tidak realistik. Tetapi saya tidak boleh terima kalau PH melayan penjawat awam seperti mana BN melayan penjawat awam. Apabila saya menulis kenapa ada pegawai yang rapat dengan pemimpin lama tidak ditukarkan, malah berada di pejabat pemimpin PH, dikatakan mustahil untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana bilangan yang ramai walaupun yang dicadangkan adalah pusingan kerja secara rawak bagi jawatan-jawatan tinggi sub ke atas di agensi-agensi strategik. Hari ini penjawat awam dituduh masih ada yang menyebelahi pemimpin lama, tidak menjalankan arahan dan diambil tindakan ditukarkan. Tetapi apabila diselidik dan mendengar sidang media pm, isunya adalah berkenaan pegawai-pegawai di pejabat menteri yang tidak menerima gaji setelah 4 bulan bertugas. Sekiranya perkara ini benar, ia sangat mengecewakan saya kerana saya difahamkan pegawai-pegawai tersebut tidak memerima gaji kerana urusan lantikan masih tidak selesai berikutan ada antaranya yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang cukup, tidak mempunyai pengalaman kerja atau kalaupun ada tidak bersesuaian, malah menuntut paras gaji yang tidak setara dengan kelayakan. Belum lagi disebut bilangan pegawai yang ramai melebihi kelayakan yang ingin dilantik dan ada juga yang dilantik sebagai ganjatan atas "perjuangan".

Yang mengecewakan saya adalah kerana kerajaan PH kononnya menjunjung prinsip rule of law, telus dan mengamalkan tiada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran yang dijalankan oleh penjawat awam. Tetapi apabila penjawat awam melaksanakan peraturan pentadbiran yang ditetapkan, mereka dipindahkan walaupun pada masa yang sama ada pegawai yang rapat dengan pimpinan lama masih lagi bebas berleluasa dan menyorokkan masalah yang berlaku semasa kerajaan yang lama.

Masalah yang ditemui satu demi satu terutama di mof menunjukkan pegawai sedia ada tidak telus dan menyembunyikan masalah, tetapi apa yang kerajaan buat adalah memindahkan pegawai yang tidak mengikut arahan kerajaan untuk melantik orang yang tidak layak di pejabat menteri.

Kalau inilah caranya, saya hanya mampu ucapkan selamat maju jaya kepada kerajaan PH kerana menteri-menteri PH yang tiada pengalaman termasuk LGE dan AA walaupun pernah menjadi MB tidak akan dapat menjalankan tugas sebagai menteri dengan baik dan membawa negara keluar dari kerosakan yang telah dibuat oleh BN kerana lewat mendapat maklumat, lambat bertindak dan akan membuat keputusan yang salah kerana tiada sokongan pegawai serta mendapat nasihat yang salah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).