Tuesday, May 21, 2019

Masa Untuk Membuat Penilaian dan Penjajaran


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Perdana Menteri telah dua kali memberi markah kepada Kabinet
MEMANDANGKAN Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah berusia setahun dan banyak penilaian  telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri maka eloklah satu tindakan susulan yang menyeluruh dibuat.

Pada 6 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau memberikan markah 50 peratus kepada anggota kabinet berbanding 40 hingga 50 peratus lima bulan sebelumnya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tetapi sebelum saya meneruskan perbincangan tajuk ini, izinkan saya membuat sedikit penjelasan mengenai analisis saya bertajuk “Kerajaan PH Terdedah Kepada Sabotaj” yang  tiba-tiba menular (viral) di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ini rencana lama. Ia ditulis dan disiarkan dalam Blog saya pada 20 Oktober lalu – lama sebelum kerajaan PH menyambut ulang tahun pertamanya 9 Mei lalu.

Walaupun bukan perbuatan saya menyebar semula rencana itu, namun saya memohon maaf seandainya timbul kekeliruan dan kegusaran akibat merebaknya tulisan itu.

Kalau boleh, izinkan saya mencadangkan kepada penggiat media sosial agar melawat Blog saya bagi memperoleh maklumat terbaru dan terus. Kadang-kadang berita yang ditulis semula dan disiarkan oleh media masa tidak berapa tepat dan bukan yang terbaharu.

Berbalik kepada keperluan PH membuat penilaian komprehensif dan menjajarkan semula janji-janji pilihan raya umum (PRU), dasar, rancangan dan pelantikannya, saya yakin ia boleh membantu memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang ramai.

Mana-mana janji PRU, dasar dan rancangan yang tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih hendaklah dipinda atau digugurkan langsung.

Janji PRU, dasar dan rancangan adalah ciptaan kita sendiri. Jadi kita janganlah terlaku terikat atau terpenjara kerananya.

Lagipun, janji-janji itu kita rangka ketika kita pembangkang di mana banyak maklumat adalah tidak lengkap atau tidak tepat.

Sekarang kita tahu keadaan sebenar yang nyata lebih buruk daripada yang kita jangkakan maka kita berhak dan wajib membuat penyesuaian.

Prestasi Menteri

Begitu juga dengan watak-watak yang kita lantik untuk menganggotai Kabinet atau menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Majlis Kerja (Exco) kerajaan negeri.

Jika ada yang masih merangkak dan meraba-raba setelah setahun diberi peluang dan tanggungjawab maka adalah kewajipan kita meminta mereka memikirkan semula kedudukan mereka dan, jika mereka berasa perlu, mengundurkan diri secara sukarela supaya orang lain boleh dilantik menggantikan mereka.

Saya rasa masa setahun sudah cukup lama. Mungkin tidak kepada penjawat tetapi bagi rakyat jelata yang menaruh harapan, ia mungkin macam selama-lamanya.

Setahun – 12 bulan, 52 minggu dan 365 hari – adalah cukup lama bagi mereka kerana mereka mengharapkan perubahan dan pembaikan apabila mereka mengundi parti kita.

Kita hanya mampu memberi pandangan dan menaruh harapan. Selebihnya adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk memikirkan tindakan sewajarnya.

Beliau tentu lebih arif kerana beliau sendiri memberi markah 50 peratus sahaja kepada anggota kabinet beliau.

Pada fahaman saya, ini adalah markah purata. Ada yang bawah 50 dan ada yang atas 50. Yang bawah daripada 50 itu bolehlah dijadikan sasaran untuk diganti.

Rakyat jelata, khususnya yang mengundi PH, berhak untuk membuat penilaian siapa yang pada pengetahuan dan pandangan mereka, berjaya atau gagal memenuhi aspirasi mereka.

Pegawai Tadbir

Begitu juga dengan lantikan penting dalam Perkhidmatan Awam, agensi amanah dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ada kakitangan awam yang masih setia kepada bos lama
Semua orang tahu ramai pegawai tinggi lantikan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) masih dalam jawatan masing-masing. Malah ada yang dinaikkan pangkat kerana mereka layak atau kerana proses kenaikan pangkat biasa.

Kita juga tahu, ada saki baki lantikan bekas kerajaan BN yang masih setia kepada bos lama atau terikut-ikut cara dahulu.

Secara langsung dan tidak langsung mereka ini bersekongkol mensabotaj kerajaan PH demi mengekalkan jawatan masing-masing.

Ini adalah kerana mereka tahu bahawa hanya dengan cara itu saja mereka boleh melindungi dan merahsiakan keterlibatan masa lampau mereka.

Pada dasarnya, Perkhidmatan Awam adalah berkecuali dan setia kepada kerajaan yang memerintah – the government of the day.

Tetapi virus kerajaan kleptokrasi telah menjangkiti darah daging sebahagian daripada mereka akibat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ramai yang menggunakan “reversed psychology” dengan mendakwa mereka dianaktirikan dan dianiaya oleh kerajaan PH.

Sudah sampailah masanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bekerjasama dengan kerajaan membuang virus ini supaya cabang eksekutif dan pentadbiran boleh berganding bahu berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata.

Pengurusan GLC

Begitu jugalah dengan pengurusan agensi Amanah dan GLC serta GLIC. 

Mana-mana yang tidak sehati dengan kerajaan PH atau berasa kurang layak eloklah mengundurkan diri.

Tidak terkecuali adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang dilantik oleh PH sendiri.

Perdana Menteri mahu gaji kakitangan GLC lebih seimbang
Sekiranya mereka didapati tidak memenuhi syarat dan aspirasi lantikan mereka, kerajaan wajiblah berterus terang dan menasihatkan mereka agar berundur atau disingkirkan.

Tindakan yang sama perlu diambil ke atas ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada organisasi atau yang terlibat dengan jenayah korporat.

Kita dapati ada anggota pengurusan kanan yang membayar diri mereka sendiri gaji, elaun dan kemudahan yang berpuluh juta ringgit nilainya setahun sedangkan gaji kakitangan bawahan adalah pada kadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Amalan dan tabiat ini amat tidak secocok dengan saranan Dr Mahathir di persidangan “Invest Malaysia” Mac lalu agar pengurusan berkongsi keuntungan secara lebih adil dan saksama dengan pekerja.

Mana-mana pengurusan yang mengambil jalan mudah memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan wajib dianggap sebagai pengurusan yang lemah dan gagal.

Kesimpulannya, setalah setahun memerintah, kerajaan PH wajib menilai semula keberkesanannya dalam konteks janji pilihan raya dan aspirasi rakyat jelata dan melakukan penyesuaian.

Saya amat yakin majoriti rakyat jelata boleh menerima realiti semasa jika kerajaan bertindak secara bijaksana, telus dan terbuka.

Tetapi mereka akan hukum kita kalau kita bertindak defensif, memutar-belitkan fakta dan cuba menegakkan benang kering.

Ingatlah, benang kering akan bertiup dalam angin dan tidak berguna. Tetapi benang basah boleh dipintal hujungnya dan dimasukkan ke dalam lubang jarum untuk menjahit kain yang koyak.

Wallahuaklam.


37 comments:

Jebat said...

Lim Guan Eng tak sesuai sebagai Menteri Kewangan. Dia tak tahu kerjanya, angkuh dan kuat membohong. Ubah tu dulu baru cerita yg lain.

Sendiri mau ingat la said...

Kerajaan BN tumbang pun..banyak dikalangan penjawat awam yg tidak menyokong BN..tkder pun di inaya..adik beradik saya 10 org..4 penjawat awam..ke empat2 belot menyokong ph..apa cer..

En. Hashim said...

Assalamualaikum Datuk!

Saya setuju dengan kenyataan Datuk di bawah.

Mohan Datuk buat semakan di GLC (S*m Da*b*) dalam sektor perumahan di mana pekerja bawahan dianaktirikan oleh pengurusan atasan. Pembahagian kekayaan dan keuntungan syarikat tidak diagihkan secara saksama.

"Kita dapati ada anggota pengurusan kanan yang membayar diri mereka sendiri gaji, elaun dan kemudahan yang berpuluh juta ringgit nilainya setahun sedangkan gaji kakitangan bawahan adalah pada kadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

"Mana-mana pengurusan yang mengambil jalan mudah memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan wajib dianggap sebagai pengurusan yang lemah dan gagal."

mns2121 said...

Salam 17 Ramadhon.

1. Sekiranya mereka didapati tidak memenuhi syarat dan aspirasi lantikan mereka, kerajaan wajiblah berterus terang dan menasihatkan mereka agar berundur atau disingkirkan.
Kerajaan PH rasanya dah tetapkan KPI. Mana-mana tak perform cantas lah. Ini yg rakyat mahu pada Kerajaan Baru. Betulkan yg tak betul, tambah-baik apa yg dah elok.

2. Tindakan yang sama perlu diambil ke atas ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada organisasi atau yang terlibat dengan jenayah korporat.
Satu amalan yg wajib dihentikan serta-merta. ALP dalam GLC, CLIC, Badan Amanah bukan dpt duit jatuh dari langit - semuanya duit rakyat atau pemegang saham. Kalau nak kayakan diri berniagalah sendiri. Rakyat dah cemuih dgn crita overpaid salary / allowances ini… Stop it and set the new rule and enforce immediately.

3. Kita dapati ada anggota pengurusan kanan yang membayar diri mereka sendiri gaji, elaun dan kemudahan yang berpuluh juta ringgit nilainya setahun sedangkan gaji kakitangan bawahan adalah pada kadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sangat menyedihkan bila perkara ini masih wujud terjadi slps PH perintah 1 tahun. Nampaknya ada perkara yg terlepas pandang atau sengaja ditutup kerana pelbagai sebab. Hentikanlah. Buat ketetapan baru yg lebih baik.

Jangan lupa rakyat memilih PH untuk pembaharuan semua aspek kehidupan, bukan hidup lagi susah atau menderita.
Rakyat mahu semua culprit yg menyeleweng duit rakyat didakwa dan dipenjara.
Rakyat mahu penyamun penyamun itu di selongkar kekayaan haram mereka segera.
Ramai lagi yg masih ketawa dan ketawakan kerajaan PH yg bergolek kiri kanan terkial kial mengayuh arus pentadbiran negara.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Saya tak nafikan yang pencapaian PH dalam setahun ni memang membanggakan. Menjatuhkan Najib dan koncu-koncunya pun adalah satu kejayaan amat besar. Rasuah dan rompakan berbilion-billion dapat dihentikan. Setakat ni, saya kira secara kasar dah 150 billion senyap tanpa diketahui. 1MDB (51B), SRC (4B), Tabung Haji, Felda, duit GST yg tak dipulang (19B), duit incomteax yg tak dipulang (18B), barang rumah Najib (1B). Itu belum lagi masuk tanah tentera, MARA, DBKL dan lain-lain lagi. Tahniah PH sekali lagi. Mungkin Dato’ lebih tahu jumlah sebenarnya.

Cuma, pepatah ada menyebut, nak memang senang tapi nak pertahankan kemenangan amat susah. Begitu jugalah PH utk PRU15 nanti. Sebabnya, kuasa memilih adalah ditangan orang Melayu. Org Melayulah yg menaikkan PH dan orang Melayu jugalah menjatuhkan BN, yg cuba dibuat oleh Anwar dan orang bukan Melayu pd PRU-PRU sebelumnya. PH masih tidak dapat ambil hati orang Melayu kecuali penyokong kuat mereka saje. Perlu diingat, tafsiran Melayu adalah Islam dan Islam perlulah diletakkan di tempat yg paling atas dalam setiap segi. Ini yg Dato’ dan pemimpin Melayu PH masih tak dapat lakukan kerana nak jaga hati DAP dan PKR. Alih-laih, Dato’ cuba lencongkan kegagalan itu dgn menekan Istana. Saya setuju memang banyak yg tak kena tapi bukanlah masa yg sesuai Dato’. Perkuatkanlah dahulu Melayu dalam PH.

Diharap Dato’ tidak berkecil hati dengan pandangan saya yg lebih kritikal. Saya telah mempelajari dari pengalaman mempertahankan Najib bertahun-tahun lepas, yg saya sangkakan permata, rupanya hantu jembalang. Bagaikan melepaskan anjing yg tersepit, kita pun digigitnya. Gila !!!!!!! Saya akan berangkat menunaikan Umrah. Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada Dato’ dan para pembaca komen saya jika ia menyiggung perasaan kalian dan juga minta maaf yg tidak terhingga kerana amat mempercayai Najib pada suatu masa dulu. Sekian TQ.

Pakcik said...

Apa dah jadi peribahasa menegakkan benang basah?

malaysia dilanggar todak said...

Gantikan kepala2 SPA dgn. penyokong kerajaan,bukannya penyokong kuat PAS
.Penyokong kerajaan adalah minoriti,sedangkan rata2 dalam gomen adalah penyokong kuat PAS.Mereka sudah pun menguasai sistem.Kenaikan pangkat hanya dikalangan mereka.Sekiranya pemikiran kamu tidak seperti mereka,atau kamu pro-Mahathir,maka tamatlah riwayat kamu.Ada yang 'rempang' sudah naik menjadi jusa.Hanya pandai bermuka-muka.

cikguzim said...

Salam ukhwah

Mas Putih. said...

Perdana Menteri sepatutnya melepaskan jawatanya. Kenapa perlu kesalahan itu diletakkan pada menteri2 dan exco2 ? Tun M kena bertindak melalui teladan. Tun M yang membuat pemilihan mentri2 tersebut, dalam erti kata lain Tun M yang gagal memilih.

Semenyih voters said...

Penjawat awan persekutuan perlu mengambil contoh penjawat awan di Selangor.

Bertukar kerajaan dan attitude kerja.. Negeri semakin produktif dan hasilnya kerajaan negeri semakin makmur dan penjawat awam dibalas ganjaran bonus raya 3 bulan.

Ameen.

Samat said...

DAKJ
I don’t care who gets to be appointed a minister as long as he or she is capable, far-sighted and excels in the job. Malaysians voted for a new team to run the country in GE14. We did not vote for half-baked ministers to be part of the administration.

SirQue said...

Assalamualaikum datuk,
Jika seorang cikgu kecil yang bakal dilepaskan untuk mengajar wajib dikursuskan,seorang prebet wajib melalui ilmu perang 8 bulan,seorang doktor muda perlu on call 72 jam seminggu semasa masih pelatih,begitu juga yb yb atau bakal yb yb.jika boleh,berlatihlah sendiri public relation dan ilmu ilmu pengurusan.rugi lah kerajaan sediakan pusat2 latihan seluruh negara.gunakan sesungguhnya untuk menjadikan diri cekap dan berguna.ilmu sorak sokong tak memadai untuk mentadbir,apa lagi menyelesaikan masalah seterusnya menjadikan lebih baik.kasihanlah kami penjawat awam kecil ini. benar benar HARAPAN kami menjadikan Malaysia ini lebih baik,seperti tertulis dalam General Orders yang kami baca dan wajib dilaksanakan.

Anak Kota said...

Kadir jasin anak babi..ingatkan si zam mulut puaka dah masuk liang kubur ko dah insap..rupanya tak..elok lah lps ni ko mati aku nak kencing atas kubur ko plak...

wansee c said...

Demi bergerak dengan lebih pantas ke depan dan efisien, Tun M perlu merombak susunan kabinetnya dengan menyingkirkan beberapa orang menteri yang langsung tidak mampu berfungsi dengan baik dan mengecewakan. Adalah mustahil sekali mereka sudi mengaku dan sedar akan ketidak-mampuan diri serta sanggup mengundurkan diri secara sukarela dengan mengosongkan kerusi empuk yang diduduki sejak setahun yang lalu. Tiada siapa sengaja nak cari pasal untuk hilang kuasa dan pangkat serta gaji buta. Masing-masing ingat merekalah yang terpilih dan terbaik. Apakah gunanya negara kita julung-julung sekali mendapat seorang TPM wanita sedangkan lantikan itu sebenarnya bukan berdasarkan merit tetapi cuma memenuhi syarat yang termaktub dalam manifesto PH. Ada harapan ke Malaysia andaikata yang duduk di atas bangku itu cuma tin kosong sahaja? Bunyinya kuat tapi isinya kosong.

DK said...

Datuk, a good and timely advice. But have you looked at the mirror and reflected upon yourself on your performance as the Special Advisor to the PM on M&C ? Why are PH getting so much flak despite the many good things that it is doing and as you may say and defend, the PM as doing ? Why does he still get "whacked" by friendly bloggers' fire ? Media is a very powerful tool to disseminate information and collect information to act, but yet you do not seem to have a good grasp to effectively steer the present M&C regime to spread the truth about the role of the present government and its workings ? Sounds unfair, untrue, inaccurate as you may think, but personally I think it is just A FAIR OBSERVATION AND QUESTION.

DK

raj raman said...

Ramai yang Goblok di GLC makan gaji buta.
Lagi ramai Menteri Goblok di bawah Pak Mahathir.Pak Mahathir in denial mode.Dengar khabar Melayu first merajuk dengan Pak Kadir.

Saya pencen awal sebab Zahid Hamidi bagi permit ratusan ribu kat agent.Saya minta 4 pekerja saja tak lulus.Kerja ada tapi pekerja tak ada.Pekerja Indon,Bangla semua jadi bos,saya jadi salesman mereka makan commision.Baik tutup dari jadi salesman pekerja asing.Bila mereka salah buat yang jawap saya.Tanggung jawap saya.

rajraman666.https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/19/woman-praised-for-caring-for-two-abandoned-dogs/ - tolong lah jawap panggilan telephone.Kaki dan tangan ada tapi tak ada mulut untuk menjawap.
Ini untuk Wak Jawa yang bilang saya goblok tak faham apa yang dia tulis.

Maaf LHDN - Tolong pulangkan cukai yang terlebih bayar 2018.Tahun 2016 dan 2017 lambat terima. Minta cukai dari pekerja asing yang jadi BOSS kat Malaysia.

NamaSamaran said...

Anon 12:27am
Jika marah sangat dengan Tusn punya blog ini,janganlah sampai tergamak gelar dia anak babi.
Cuba bayangkan jika orang lain cakap sebegitu kepada anda.

M. Piji said...

Mohon tuan hamba tok panglima jebat n semua jgk, perhati2 menteri kdn kerana nmpk lambat bertindak dlm byk isu... ye tak? Sekdr pndgn hamba la...

Zalman A said...

Datuk,

The fact that PH will be a one-term government is a foregone conclusion.

I heard that direct from the lips of a ministry official.

He said, "if the election is held again today, we will get thrashed."

He is right.

This is what happens when there is no strategy, no vision and no leadership.

The PM is like an ostrich with his head in the sand, unable to read the signs all around.

I do not know whether Anwar will be able to turn this mess around - if he ever becomes PM, because even that is uncertain.

Everything is uncertain in "Malaysia Baru", especially the fate of our country.


SG said...


Tidak semudah yang anda usulkan.
Pada pendapat saya, TDM terikat kepada kehendak parti-parti dalam PH dalam semua tindakannya.
Mungkin anda melihat beliau memilih menteri-menteri tersebut tapi pada hakikatnya pilihan TDM terhad kepada senarai calon yang diberikan oleh setiap parti komponen.
TDM terpaksa akur dengan kehendak parti komponen walaupun kita lihat prestasi mereka sangat lemah.
Satu contoh adalah jawatan TPM.
Performance yang mengecewakan dan tidak banyak memberi peransang, harapan dan menafaat kepada negara.
Tetapi hendak tak hendak kita dipaksa menerima hakikat bahawa pemegang jawatan tersebut akan terus menduduki kerusi TPM kerana politik dalaman PH dan bukannya kerana prestasi, kelayakan dan kehebatannya.
Jika semasa pertama kali dulu menjadi PM, TDM lebih bebas membawa masuk bukan sahaja ahli-ahli politik malahan juga ahli perniagaan, ahli akademik dan juga penjawat awam untuk dijadikan menteri mengikut kelayakan dan kesesuaian mereka.
Dan kita boleh lihat kesan dan impak tindakan berani TDM kepada negara pada masa itu.

Kasim Patalon said...

Asmlkm DAKJ,

1. Maaf, tapi saya kurang bersetuju 100% dengan tulisan di atas. Menteri PH yang baru perlu bekerjasama dengan penjawat awam dan pegawai tadbir sedia ada untuk merealisasikan visi PH, bukannya menganggap penjawat awam adalah penyokong BN.

2. Ada menteri dan timb. menteri yang juga melantik pegawai-pegawai khas baru. Itu tidak menjadi masalah sekiranya komunikasi dgn penjawat awam sedia ada dan prosedur kerja difahami dan dilaksana dengan elok.

3. Pada hemah saya, pegawai tadbir dan penjawat awam sememangnya wajib neutral dan tidak menyokong mana-mana parti politik. Cuma segelintir sahaja yang terlibat. pada zaman BN, ada juga segelintir yang menyokong pembangkang. maka fenomena terpencil ini bukanlah satu isu besar dan isu baru.

4. Yang harus dititikberatkan oleh menteri ialah dasar dan polisi mereka yang baharu. buktikan kemampuan dan bukannya hanya menyalahkan kerajaan terdahulu. memang kerajaan terdahulu punya banyak kelemahan, akan tetapi itulah cabaran kerajaan PH.
Buktikan kemampuan anda untuk memimpin dan bukannya menjadi kerajaan yang lebih berat sebelah berbanding sebelum ini.


Selamat berpuasa kepada semua.

Abdullah Ngah said...

Kemenangan PH pada PRU 14 tidak lain dan tidak bukan, kerana janji manifesto semata mata.Rakyat mahu TOL dihapuskan,Pendidikan percuma, harga minyak turun.GST mansuh,Itulah punca rakyat berkenangan sangat dengan PH.

Rakyat percaya dengan janji janji manifesto tersebut. sebab itu mereka tak banyak kira mengundi calon calon PH dan berjaya tawan putra jaya.

Negeri negeri yang diperintah BN cuma tinggal dua negeri sahaja, perlis dan Pahang.

Kekalahan BN sebab manifesto PH yang sangat luar biasa dan mengikat hati hati pengundi Melayu tua dan muda.

Oleh itu, tak mustahil PH hanya kekal memerintah satu penggal sahaja, kerana tiada apa yang boleh beri manfaat kepada pengundi tua dan muda.

Pelajar semakin terhimpit warga emas ramai dilayan dengan layanan yang lebih buruk berbanding layanan yang diberi oleh BN.



raj raman said...

Anak Kota,
Sembahyanglah sebelum kamu disebahyangkan.

rajraman6666.Tak pernah sembah dan sembahyang tapi tak juga pakai ayat2 macam kamu marahi orang lain.

cikminah said...

Saya setuju dgn pandangan SG:12.50PM. Tun Mahadir do not have much choice. Kalau dia buat rombakan kabinet, dia bukan bebas memilih untuk menggantikan menteri yg ada. Menteri-menteri yg ada ni pun bukan pilihan dia. Party mereka yang memilih mereka. Tun M memilih dpd senarai nama yg diberikan party masing-masing. Hanya menteri dpd Bersatu dan Azmin sahaja pilihan Tun sendiri. Ketika mula-mula membentuk kabinet, Tun mahu pegang portfolio Menteri PENDIDIKAN, ingat tak, tapi kamu semua bising mintak dia pegang pd janji takkan pegang 2 potfolio. Sekarang terimalah spa yg ada. Beggers have no choice. Fikir-fikirkanlah sebelum mendesak sesuatu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Selari dengan tajuk posting Dato... "Masa Untuk Membuat Penilaian dan Penjajaran"...
saya rasa tak salah jika saya buat sedikit teguran terhadap kenyataan KPN-baru kita, Dato Hamid Bador, di Bulletin TV3 pada 8pm, 23 May 2019.

Sebenarnya, saya amat mengagumi Dato Hamid Bador sejak beliau mengutus surat tidak puas-hati terhadap penyiasatan dan penyamunan dalam 1MDB, kemudian minta bersara-awal, namun ditolak dan dipindahkan ke bahagian lain.
Oleh yang demikian, boleh dikatakan, saya adalah salah seorang dari Rakyat yang paling gembira apabila terdengar, beliau akan dilantik atas sokongan PM sebagai KPN, mengantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bagaimanapun saya amat terkejut dengar kenyataan beliau di Bulletin TV3.

Mula-mula dah OK... dia kata ... Polis akan bertindak-tegas terhadap mereka yang guna lorong kecemasan di musim perayaan. Denda maximum akan dikenakan. Tidak ada diskaun yang akan diberi diskaun.

Dalam fikiran saya... 'No diskaun' amat bagus, sama seperti kenyataan Anthony Loke, dan sudah tentu pemandu tidak akan berani mengambil risiko, didenda kerana memotong dilorong kecemasan jika harapan denda dikurangkan tidak ada.

Namun selepas beri penegasan tidak ada diskaun itu, beliau menambah... 'jika masih mahu berbuat demikian, silakan'.

Terkejut beruk saya dibuatnya. Beliau seolah-olah mencabar saya, sebagai pendengar, untuk melanggar peraturan jalanraya.
Bagi saya, perkataan 'silakan' itu saja sudah tidak patut. Jika nak jemput tetamu berjogek atas pentas atau duduk-makan semeja sebelah beliau, OK la. Mana boleh 'mempersilakan' Rakyat buat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Saya berpendapat... tidak ada cacat-celanya jika KPN melantik seorang wakil sebagai jurucakap.

Sebelum BN tumbang dulu, saya kerap tonton 'Selamat Pagi Malaysia' di TV3... boleh kata setiap hari seorang Pegawai Polis berbangsa Cina dijemput untuk bercakap mengenai keselamatan dan lain-lain topik berkaitan PDRM. Pada saya, Pegawai Polis ini sangat sesuai sebagai jurucakap KPN.
Jika takut dikecam penyokong BN kerana melantik 'seorang lagi Cina', lantik saja Jebat Derhaka yang lantang bercakap, sambil buat video di Youtube tu.

Demi nama-baik PDRM dan Arwah Abah saya yang pernah berkhidmat... Sekian. Wasalam. (Ajuk Jebat Derhaka).

Jojo said...

Datuk,

1. Semua sedia maklum bahawa PH di"benci" terutamanya oleh melayu/bumiputera kerana DAP.

2. Kenapa DAP? Sebab DAP dapat sokongan daripada MCA & Gerakan dalam apa jua isu menentang melayu/bumiputera. Menteri2 cina DAP mewakili negara CHINA manakala menteri bangsa indianya mewakili negara INDIA. Mereka hanya tahu guna segala peluang yang ada untuk menCHINAkan dan menINDIAkan negara ini.

3. Hanya di Malaysia kaum pendatangnya masih tidak mahu berasimilisasi. Mahu sekolah asing, mahu sistem pendidikan & peperiksaan sendiri, mahu berita & rancangan tv khas untuk mereka, mahu suratkhabar sendiri, mahu papantanda bahasa asing, mahu arahan bahasa asing di dokumen kerajaan, mesin atm & sebagainya. Semua ini disokong penuh oleh YB2 mereka.

4. Kalau di negara lain mereka amat malu nak mengaku mereka ini pendatang dan terus berasimilisasi. Tetapi di negara kita mereka bangga legasi pendatang itu.

5. Ini adalah antara sebab2 mengapa dalam politik kaum tidak akan berakhir sampai bila2.

6. PH akan "mati" jika dilantik seorang PM yang kita tahu masalah moralnya dari awal. Mana boleh suka2 tukar PM macam ni ? Tak takutkah kita dengan murka Allah ?

7. Kabinet PH sepatutnya bagi kuasa penuh kepada PM untuk buat lantikan menteri mengikut kebolehan dan kemahiran mereka. Bukannya ikut kuota. Ini yang tak fasih Bahasa Kebangsaan pun dilantik. TPM pun tak tahu apa fungsinya. Menteri kewangan sepatutnya sudah ditukar untuk pulihkan ekonomi negara ini. Bagi yang boleh buat kerja bukan orang lain tolong buat kerja untuk dia.

8. Saya sokong satu sekolah untuk semua. Jika tidak negara ini sampai bila2 pun tak maju.

Nyonya Mansoor said...

Kalau difikirkan secara logik, TDM mempunyai ultimate authority untuk terminate semua golongan under-performers / traitors yang Datuk maksudkan tanpa perlu berkias untuk resign / step down.

Tapi apakah justifikasi / rasionalnya TDM tidak mengambil tindakan drastik tersebut

Ayah said...

PH nie dah jadi macam UMNO sblm tewas PRU baru nie...ckp/komen orang ramai x nak dengar dah...syok sendiri...porahhh..direction x tahu ke mana hala...

Anees Khan said...

Salam DAKJ...

walaupun ada ramai yang kurang senang tapi saya rasa tulisan Datuk kali ini macam tulus dari hati. Dari seorang veteran yang dah lama. Saya harap menteri2 kita baca dan faham.

Yg bosan said...

As Salam dato, maaf cakap la kjan ph_-dap ni hanya kjaan copy paste bn saja...kerajaan yg hanya tahu menyalahkan semua orang except diri sendiri, x mampu tunaikan janji2 ,praya,d salahkan kjaan terdahulu, skrg .nk salahkan penjawat awam pulak..dulu penjawat awam Ni la yg ramai menyokong pH dlm pru yg lepas. Idea baru tiada,asyik copy paste projek2 kjaan bn saja. Brim tukar jadi bsh. Ecrl d modify, bandar Malaysia suddenly d katakan viable pulak, hsr pun mungkin juga d teruskan. Skrg baru tahu susahnya utk mentadbir sebuah negara berbilang kaum in. Mana dia Tony pua?Mana dia rafizi? Mana dia cerdik pandai ph-dap yg dulu sentiasa melalak? Dulu kata mudah saja tuk hapuskan hutang ptptn, ambik alih konsesi tol lah, so kenapa semua in masih x berlaku? Tgk la prestasi kjaan negeri2 d bawah pemerintahan ph-dap. Negeri2 spt kedah contohnya..apa idea baru yg Ada?mb masih lagi berperangai spt dulu, asyik tiada d alor setar. Negeri perak, negeri sembilan.malah Johor pun spt less.So agaknya, kjaan ph- dap rindu utk kembali menjadi pembangkang andai kata pru15 diadakan nanti.

Stupid Ministers keep quiet said...

Datuk,

This is absolutely correct.
Federal ministers should discuss in detail matters between each other and with their respective press secretaries before issuing any statements which can affect the government and its credibility, Tun Daim Zainuddin has said.

In an exclusive interview with Astro Awani, the former chair of the Council of Eminent Persons said that ministers should avoid making knee-jerk statements as well as any “negative” ones that can affect public confidence towards the ruling government.

“If you want to make a statement, discuss first what is the effect, discuss with your officers and then discuss between ministers. Not make statements for fun,” he was quoted saying in a short excerpt of the video interview.

This advice should be read as an instruction!
All Ministers, especially Federal Ministers and Chief Ministers must adhere to this and swear by this.
Do not expect Tun Dr M to always cover your backsides especially when stupid Ministers talk out of turn.

Rakyat's gratitude said...

Datuk,
Tun Daim got it right when he recently said the tolls should be reduced if not abolished.
Tun M should follow up on this, after all it was in the PH manifesto.
I believe not one person believes that the tolls can be completely abolished unless they want the country to go under.
BUT, reduction in tolls can be done. So let's get on with it. Best Hari Raya present for the people.
No more dilly dallying on this issue.
I also strongly believe, as soon as this is done, PH govt will regain its eminent status. Go with the flow and enjoy the rakyat's gratitude.

Windfall for PH said...

Datuk,
the PH publicity machine should go to town on this bit of news:

The purported amendment to the Umno constitution, which would see party leaders facing court action dropped from their posts, is reportedly being pushed by deputy president Mohamad Hasan.

Quoting sources, the Straits Times reported that Mohamad is pressing for this along with his ally and vice-president Mohamed Khaled Nordin, who has been tasked with overseeing the changes to the party constitution.

IT is explosive and should open the eyes of MO1 blind supporters that their bosku 1 and 2 are toxic to UMNO and their silly coalition with PAS.

This is a windfall for PH, most of the time the oppo machine and their cybertroopers have been lambasting PH, so PH get going on it. Throw out UMNO's dirty laundry.

Stand if cannot sit said...

Datuk,
This is nonsense, nonsense, nonsense:
The Court of Appeal will hear the appeal by Rosmah Mansor against the prosecution's application to transfer her graft solar case from the Sessions Court to the High Court in her presence.

Justice Abdul Rahman Sebli, chairing a three-man panel, said Rule 74 (2) of the Rules of the Court of Appeal 1994 entitled Rosmah, as the appellant, to be present at the hearing.

“She has expressed her wish to be present, except that she is (currently) prevented from doing so due to her medical condition,” said Justice Abdul Rahman who heard the case with Justices Kamardin Hashim and Harmindar Singh Dhaliwal.

Justice Abdul Rahman said the medical report signed by Dr Syed Abdul Latiff Al-Sagoff of the KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, stated that Rosmah was advised to rest in bed and avoid sitting for a long time until her condition improved.

Just look at her size, she will probably want need to rest in bed for a long long time.
So she cannot come to court?
How to avoid sitting? Just stand for goodness sake.
Using this lame excuse, you can bet there will be other excuses to come.
Lawyer bitten by his dog or cat?

The courts must not allow this farcical excuse and allow the proceedings to be a mockery of justice. We have had enough from Najib and his lawyers trying to delay his cases.
D

Unknown said...

Anak babi lebih mulia dari manusia pemimpin yang hilang sifat AMANAH dan ADIL

Kesimpulan:
tulis siang pandang pandang, tulis malam dengar dengar

Keep quiet guys and ladies said...

Datuk,
Tun Daim is correct when he said Federal Ministers and their minions and spokespeople must coordinate with each other before issuing statements.
Like the appointment of the CEO for TM, why leave it to sources to say the Ministry of Finance had approved the appointment, then the chairman Rosli came out to say the PMO's office had requested a delay? Who is trying to score brownie points?
LGE or Rosli?
Just keep your mouths shut and resolve the appointment between yourselves.

Then the newly set-up Debt Management Committee (DMC) chaired by the finance minister convened its first meeting yesterday to discuss the government’s overall debt and liabilities of RM1.1 trillion or 75.4 percent of the gross domestic product as of the end of 2018.

In a statement today, the Finance Ministry said this was partly due to a RM54.2 billion rise in direct government debt to RM741.0 billion from RM686.8 billion in the previous year.

LGE, pls chair your committee and come up with constructive proposals, no need to publicise bad news first without your proposals. So keep quiet for now.

As for Lynas, decision is made and PM has said so. No need to haggle over what was said, what was ommitted by the news media. You all know the media wants above all to score their own brownie points.

tunfatimah said...

As long as the rakyat feels that the majority of the existing ministers are on gaji buta mode, the rakyat will remain sceptical of the goverment ability to deliver on its promises for change.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).