Sunday, November 10, 2019

Sebanyak 101 Inisiatif Dalam Buku Harapan Telah Dipenuhi

 
A Kadir Jasin
 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
 
 
PH tidak gagal: Dalam 16 bulan 101 inisiatif terlaksana
NOTA: Rencana berikut adalah daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Terima kasih.

SAYA telah beberapa kali menulis di sana sini mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak gagal.

Malah, jika dibandingkan dengan kerosakan besar yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kejayaan kerajaan PH memulihkan keadaan adalah amat menggalakkan.

Cuma banyak orang kita tidak tahu kerana mereka tidak lagi membaca, menonton dan mendengar maklumat daripada saluran formal seperti surat khabar, televisyen dan radio.

Mereka tersalah tafsir atau sengaja tidak mahu menggunakan saluran maklumat formal apabila berpindah dan bergantung kepada saluran media sosial untuk mendapatkan berita.

Daripada pengamatan saya, berdasarkan pengalaman bekerja dalam media sejak 1969 dan bergiat dalam media sosial dari 2006, saluran maklumat yang lengkap dan bertanggungjawab masih berupa surat khabar, televisyen dan radio atau laman-laman web rasmi organisasi media.

Jadi, saya rayulah kepada orang ramai supaya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran-saluran ini sama ada secara langsung atau melalui versi atas talian mereka.

Dalam bahasa yang mudah, dunia tanpa pengarang adalah memesongkan, jahil dan berbahaya.

Berbalik kepada pencapaian PH, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei lalu bahawa bagi tempoh 10 Mei 2018 hingga 30 April 2019, sebanyak 39 peratus janji 'membina negara dan memenuhi harapan' telah ditunaikan.

Beliau berkata, pencapaian itu diukur melalui status kemajuan sebanyak 464 inisiatif yang berupa dasar dan tindakan-tindakan khusus seperti yang dinyatakan dalam setiap janji.

Setakat itu sebanyak 53 daripada 128 inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan. Sebanyak 283 inisiatif atau 60.99 peratus lagi berada di peringkat perancangan.

Sejak itu kejayaan yang dicapai telah berlipat ganda. Maklumat mutakhir sehingga 30 September lalu menunjukkan sebanyak 101 inisiatif atau 21.77 peratus telah berjaya ditunaikan.

Sebanyak 239 inisiatif atau 51.51 peratus lagi sedang dalam pelaksanaan.

Ia menjadikan pencapaian keseluruhan janji kerajaan sebanyak 73.28 peratus, manakala 124 inisitif atau 26.72 peratus lagi adalah di peringkat perancangan atau belum dimulakan lagi.

Ia adalah prestasi yang cukup baik bagi sebuah kerajaan yang baru mengambil alih selama 17 bulan daripada sebuah kerajaan yang memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan banyak masalah serta kerosakan.

Kita kena ingat bahawa PH tidak berkata semua janji akan ditunaikan serentak.

Ada tiga tempoh masa bergantung kepada jenis janji. Ada yang akan ditunaikan dalam masa 100 hari hingga satu tahun, satu tahun hingga tiga tahun dan tiga tahun hingga lima tahun.

Kalau kita masih ingat, Buku Harapan yang berupa manifesto PH mengandungi lima teras dan lima iltizam khusus, 107 janji dan 464 inisiatif.

Lima teras tersebut adalah meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan 
Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang iklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Lima iltizam khusus pula adalah untuk warga Felda, masyarakat India, wanita, anak muda dan warga emas.

Bagi teras pertama, sebanyak 25 peratus telah ditunaikan, teras kedua (23.81 peratus), teras ketiga (21.43 peratus), teras keempat (31.71 peratus) dan teras kelima (16.42 peratus).

Di sinilah peranan media Malaysia Baharu yang telah dibebaskan daripada belenggu kerajaan kleptokrasi dan 'wahyu Putrajaya' membuat penyiasatan dan pendedahan.

Atau adakah mereka masih takut dan tidak berdaya? Atau menteri PH pun sama juga dengan menteri BN yang tidak toleransi dan manganggap media sebagai orang suruhan?

Saya harap tidak tetapi kalau ada wajib didedahkan. Wallahuaklam.

9 comments:

Unknown said...

Maharajalawak

Warga tua pesara Kerajaan said...

Jenis makhluk bermata satu sahaja yang kabur penglihatannya terhadap kebaikan.

Unknown said...

Di pihak diri saya, saya royat 1 perkara sahaja kepada para ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan
2. Sudah LEBIH SETENGAH ABAD kita diperkuda Barisan Nasional, berilah peluang kepada Pasukan Handalan ini
3. Ya, betul PM4 dulu adalah PM7 sekarang namun PM7 dikelilingi orang seperti Mohamad Sabu, Dzul Kuala Selangor, Anthony Transport, Gobind anak Karpal, Kula Segaran dan Baru Bian.
4. Berlaku ADIL terhadap Pasukan Handalan (PH) ini dan in next GE, just practice Your Right.

KESIMPULAN:
as simple as that

-HERMAN ADNAN-

Unknown said...

Ex-boss saya pernah berkata "jangan disebut apa yang kamu telah buat tapi ingatlah apa yg kamu belum buat".

John Doe said...

Salam sejahtera DAKJ dan terima kasih di atas perkongsian.

Kesimpulannya ialah Malaysia di bawah PH pimpinan Tun sedang berada di tangan yang betul untuk pemulihan selepas ia dirosakkan dengan begitu teruk oleh Najib dan konco-konconya.

Oleh yang demikian marilah kita semua yang mencintai bangsa kita bangsa Mim, negara kita negara Mim, dan umat kita umat Mim, kekal berjalan terus ke hadapan bersama-sama PM kita, Tun Mim bin Mim.

Pedulikan golongan Mereka Yang Tertewas itu yang masih mahu membuat kacau walaupun ketika sejarah telah membuktikan dengan sebenar-benarnya bahawa mereka semua tidak pernah dan tidak mampu menang ke atas Tun, walau siapapun mereka dan walau siapapun yang berada di dalam pasukan mereka.

Tahun 2020, tahun wawasan Tun M hanya tinggal dua purnama lagi. Selepas itu tahun 2020 akan berlangsung selama 12 purnama. In shaa Allah Tun akan berjaya mencapai wawasannya di dalam tempoh 12 purnama tersebut.

Que sera sera; W2020M. Aisyalam Malaysia.

Wallahu a'lam.

Law and justice said...

Datuk,
we all understand and expect that PH cannot fulfil everything that is in their election manifesto immediately.
To be able to do so makes superheroes of the PH parties, and it would be frightening.
So we are truly reassured that 101 initiatives have been fulfilled already, and this is at supersonic speed. And the progress is still onging.
This is the message to take to the ground, that a great deal of progress has been carried out and more to come, that so many targets have been achieved. The rakyat are always forgiving provided the govt is honest and sincere in its dealings and explanations.
Stupid bickering among the parties, stupid statements by wannabe heroes, all these must STOP if you want the rakyat's support. Consistency, reassurance, sincerity and honesty go a long way.

Unfortunately the media and naysayers keep highlighting that PH has failed to keep their promises, they put a different nuance to how they write their reports and of course the public lap it all up. People tend to believe in bad news and ignore the good news in front of their faces. The media should be censured for this fake news.

Separately, Mohd Najib is so "shocked" the High Court ruled against him that he has decided to make a sworn statement and give his defence from the dock. The court and learned judge must avoid the circus Najib's team is expected to provide, delays, delays, submissions, appeals and absences, and all kinds of nonsense. If one is a believer in fate and karma, the end is near for him irrespective how many spells are cast.

albi said...

Rasa2 nya amat perlu dan sudah sampai masanya PH buat 1 laman web dimana semua janji2 PH ni disenaraikan mengikut 3 kategori yg dato sebut. 1. sudah ditunai 2. dlm perlaksanaan 3. belum mula atau dlm perancangan. Tak perlu terlalu terperinci. Tapi perlu di update mungkin 3 bulan sekali. Ni bagi menangkis dakwaan yg PH hanya menipu dan kencing rakyat.

abdullah ngah said...

Mustahil Datok Tak sedar DAP dah berusaha bersungguh sungguh untuk pecat Tun Dr mahathir bos datuk.

DAP sangat tidak berkenang dengan tindakan Tun Dr mahathir mengutuk Yahudi.Oleh itu mahu tidak mahu DAP tengah cari jalan untuk pecat Tun Dr Mahathir.

Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dah berkokok bahawa jawatan perdana menteri pada dirinya akan berlaku selewat lewatnya pada Mei 2020.

Bermakna 7 bulan lagi Tun Dr Mahathir akan dipecat jika tak mahu menyerahkan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim.

DAP sudah anggap Tun Dr mahathir sebagai musuhnya kerana mengutuk Yahudi diperingkat nasional baru baru ini.

Manakala Anwar Ibrahim pula dikatakan tidak mengutuk yahudi malah mempunyai hubungan baik dengan yahudi pengganas dunia itu.

Maka orang yang paling lkayak jadi perdana menteri bagi pihak kerajaaan Pakatan harapan setakat hari ini tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibnrahim bukan Tun dr mahathir.

Tak kan datut tak faham llakonan yang dimainkan oleh DAP sehari dua ini. Lim Guan Eng mengatakan yang bertanding diperliman Tanjung Piai itu BERSATU ia tiada kaitan dengan DAP. Itu bersatu.

DAP tettap tak puashati dengan tindakan menteri Besar Perak yang tidak setuju status tanah kampung baru ditahap 999 tahun.

Hari ini DAP tetap dengan keputusannya mahu status tanah kampung 999 bukan 99 tahun sepertimana yang termakhtub dalam akta ytanah negara sebelum ini.

Bersatu tak berganjak dengan keputusan menerusi menteri besar bahawa cadangan DAP mahu tanha kampung ditahap 999 tahun.

Krisis ini merupakan jalan mudah untuk DAP singkir Tun Dr Mahathir dan diganti dengan Anwar ibrahim yang sudah buat janji dengan DAP bahawa timbalan perdana menteri mesti dari DAP.

Apabila jawatan timbalan perdana menteri sudah berada di tangan orang DAP maka akan lebib mudah melakukan impian untuk jadikan negara ini sebagai negara kristian menerusi pindaan perlembagaan yang sedang diusahakan sekarang ini.

honda boy said...

Kerosakan sebenarnya bermula bila Datuk? Kalau kita serkap jarang berkata sejak 60 tahun dahulu, bermakna kita telah mengandaikan zaman Tunku, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn dan termasuk idola Datuk, Tun M juga telah gagal? Rasanya ini statement yang agak longgar dan hanya untuk menyedapkan cerita bagi pertahankan kerajaan sedia ada. Kita sebagai orang Melayu harus berfikir lebih kritis lagi.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).