Tuesday, January 21, 2020

Gurindam Seloka Orang Dibicara


 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
 
Tiga senasib: Burung sewarna berkumpul bersama
SEORANG sahabat Punjabi Malaysia – yang kerap disalahpanggil Bengali – menghantar salinan layar (screenshot) Twitter yang mengandungi pengenalan Ahmad b Maslan @ahmadmaslan.

Salinan layar atas nama Ahmad b Maslan @ahmadmaslan itu mengandungi gurindam berbunyi:

“Panglima berani pantang kalah
Badan sasa kehitaman
Saya ini tidak bersalah
Jadi mangsa kezaliman.”

Ia disertai pesanan: “Dengan rendah diri saya mohon rakan2 seluruh negara agar mendoakan saya & semua yang dizalimi agar dibantu dlm perjuagan yg penuh cabaran berdepan dengan penguasa rejim yg zalim ini.”

Kebetulan, hari ini seorang dengan nama yang sama – Datuk Seri Ahmad bin Maslan – yang berupa Ahli Parlimen Barisan Nasaional (BN) Pontian dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

Turut dibawa ke mahkamah atas tuduhan yang sama adalah Tan Sri Shahril Abdul Samad, bekas Wakil Rakyat BN Johor Baru yang juga bekas Pengerusi Felda. Dia menghadapi satu tuduhan.

Sama ada tampalan Twitter itu benar-benar milik Ahmad Maslan atau tidak, saya tertarik dan ingin membalas gurindam empat rangkap itu:

“Panglima berani usah gelabah
Belum dibicara, belum salah
Kalau tuan tidak buat jenayah
Penguasa zalim tentu kalah.

“Dulu tuan sangatlah berani
Cakap besar satu negeri
Mangaku duit Najib yang bagi
Sebab tuan amat dipercayai.

“Tuan sombong bukan kepalang
Cakap besar macam hulubalang
Semua musuh tuan ganyang
Pertahan Najib malam dan siang.

“Tuan jawablah kepada mahkamah
Seandainya tuan tidak bersalah
Janganlah tuan berhati gundah
Segala tuduhan berjaya disanggah.

“Tapi kalau tuan buat jenayah
Duit rakyat tuan belasah
Silalah tuan cari helah
Andai tidak ke penjaralah arah.

“Jika takdir tuan masuk penjara
Jangan gundah, janganlah hiba
Kepakaran tuan amat berharga
Tuan masak, banduan semua gembira.

Kepakaran berguna: Ahmad Maslan pandai memasak
“Selamat tuan membela diri
Pandai bertabuh pandailah menari
Jangan salahkan kepada bumi
Kalau rentak tidak menjadi."

Akhir kalam dan dengan izin: “Manungsa mung ngunduh wohing pakarti.”

Wallahuaklam.

11 comments:

Jidin said...

Alhamdullillah,cantik gurindam Datuk khususnya rangkap 'second last'tu...

Yg bosan said...

Dato..jangan seronok sangat la ni..nanti bila ph tergolek saya takut dato dan rakan2 ph-dap pulak yg terseret ke mahkahmah. Sekarang rakyat sedang melihat perdakwaan terpilih sedang di lakukan oleh kjann ph-dap. Rakyat tidak akan bising cuma akan terjemahkan ketidakpuasan hati mereka melalui peti undi nanti. Tanda2 sudah dapat dilihat di dlm 5 prk sebelum ini. Enjoy while you can dato.

wansee c said...

Tak hairanlah Raja Pantun yang angkuh sombong dan penyokong tegar kepada penyamun paling dahsyat dalam sejarah dunia ini menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Mereka ini 2x5=5x2 jer. Manalah nak mengaku selagi ada ruang dan peluang untuk menegakkan benang yang basah. Tapi, tak apa, Tuhan Maha Mengetahui. Lambat-laun, kebenaran akan terburai. Insya-Allah.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Adui !!!! Apa dah jadi dgn Dato’? Kasarnya perbahasan Dato’ sekarang ye. Siap ada bangang lah, kata pada mukalah, dan bergembira pulak atas kesusahan orang lain. Terkejut saya Dato’. Biasanya Dato’ menulis dgn penuh berkhemah dan menjaga tutur kata bila berberbicara. Apa dah jadi ni? Betul ke Dato’ ni. Takut saya dibuatnya sbb dah lebih 10 tahun saya mengikuti blog ni dan tengok perubahan Dato’ sekarang. Mungkin Dato’ terlalu taksub dgn PH tu sampai dah terlupa pesan Al Quran dlm surah Al Hujarat ayat 11 dan 12.

Macamnilah. Dato’ Shahrir dan Mat Mazlan tu baru didakwa je, belum dibuktikan bersalah lagi. Tapi persepsi Dato’ macam mereka dah bersalah dah. Mereka didakwa katanya tak declare duit dan tak bayar tax. Kenapa pulak SPRM yg sebok orang tak bayar tax. Biarlah incometax yg uruskan. Disitu pun nampak pelik. Kalau money laundering pula, bukankah sepatutn ya dibawah kuasa Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Itu yg saya dan seluruh rakyat Malaysia tak faham kenapa bawah SPRM pulak? Bolehtak Dato’ bagi penjelasan sikit.

Akhir kata, kitani bila dah berumur sepatutnya beri contoh yg baik utk generasi muda. Cakap berkhemah, jujur, adil, tunjukkan teladan yg baik, menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup dan sebagainya. Sempena musim cuti sekolah ni, saya cadangkan eloklah rasanya Dato’ pergi umrah, berdoa depan Kaabah, buang semua kekotoran dan kehitaman dalam hati tu. Jangan terlalu taksub dgn parti Dato’ tu. Sekian TQ.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ,
Last last dlm coretan hang betajuk
“Gurindam Seloka Orang Dibicara” hang balik, orang kata, kpd ‘retro etnik’ ( macam Che’gu Sha’ari marah kat Mariani
dlm basa Jarman),
dgn ungkap ‘:
“Manungsa mung ngunduh wohing pakarti.”,
yg tak salah aku retinya “baik buruk semua hase kerja kita jugak”, atau lebih korang “wal hasil balik asal”.

Kalu panjangkan lagi, munkin macam dlm lirik lagu ‘mudiak arau’, di zaman dolu2,
antaranya yg didendang olih Elly Kasim,

“Anak urang Sabu Andaleh, yo mamak au
Singgah karumah si Sutan Mudo, si Sutan Mudo
Singgah karumah si Sutan Mudo, si Sutan Mudo

Bia abih oi bialah tandeh, yo tuan ei
Hati den kanai kabaa juo, kabaa juo
Hati den kanai kabaa juo, kabaa juo

Indak dapek musim manyiang, yo mamak oi
Musim manuai den nanti juo, den nanti juo
Musim manuai den nanti juo, den nanti juo

Indak dapek oi tarago bujang, yo tuan oi
Baranak ampek den nanti juo, den nanti juo
Baranak ampek den nanti juo, den nanti juo

Ondeh mandeh sansai badan
Ondeh mandeh sansai badan.”

(Aku kopipeh dari ‘ https://laguminanglamo.wordpress.com/2007/07/30/mudiak-arau/ ‘,)
Akiag Kalam, sprechen sie Deutsch ?
Aku

herman adnan said...

Siakap Sinohong Gelama ikan duri
Bercakap bohong tak lama Mencuri

Yang HAQ pasti Berdiri🐯

Anonymous said...


Muka nampak ceria, siapa tahu hati derita
Bersiap diri wahai hulubalang Pontian
Jumpalah bomoh, taulan atau pendita
Ini hanya pesta sementara, mana tahu kembali berkuasa,
Jangan diharap bossmu, dia juga sengsara
Ke bukit telah kau daki, ke lurah belum pasti
Terlajak perahu boleh berundur, terlajak berpolitik pasti membujor lalu
Tetapi melintang belum pasti patah selagi ada harapan
Berjuanglah hubalang Pontian
Anda masih tidak bersalah sehingga dibuktikan.

tmf said...

The Scribe memang the scribe, hebat dengan tulisan yang bagitu indah lagi tepat ertinya!

John Doe said...

Gurindam yang indah dan maksud pun sampai.

Teruskan perjuangan DAKJ sehinggalah kesemua pengkhianat dan pendusta ini tewas habis-habisan selepas mereka semua telah Tersungkur Di Persada Takhta.

sirimuda said...

Okj menyoal kenapa duit laundering tak di siasat bawah polis atau Bank Negara atau LHDN simple saja jawapan nya wang yang di curi tentu ada tukang report ini wang yang mereka terima secara tumbok rusuk tentu la agensi berkenaan yang soal siasat..

Law and justice said...

Datuk,
it's clear as day, we the rakyat believe that the former PM Najib's and his wife Rosmah's court cases are subjected to too much dilly dally delays, so sick and tired of hearing silly excuses by the defendants to postpone the process and we sincerely urge the Courts to be very strict and decisive in not allowing silly excuses, technical they may be, to delay the whole process.
Medical certs?
Wheel chair, intermittent coffee breaks, cushion to ease the pain on their ar***.
Their MCs are so easily accepted. Do the ordinary man get this kind of treatment?
We are 100% sure these accused are not gods or special vvips.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).