Saturday, September 15, 2018

Tanpa Kuasa dan Duit Umno Mati Akal



A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Pemuda Umno pernah julang Najib setinggi langit

SEKARANG terdengar cakap-cakap bahawa para pembesar Umno, dengan diketuai oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terhegeh-hegeh mencari rakan baru setelah ditendang keluar oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu.

Jadi menang betul lah cerita yang tersebar di media tradisional dan media sosial mengenai saki-baki Umno akan bergabung dengan parti-parti lain dalam usaha untuk kembali berkuasa.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Secara tidak rasmi ia telah pun mula bekerjasama dengan PAS. Tapi ini nampaknya tidak memuaskan mereka kerana PAS juga di pihak yang kalah.

Perkongsian mereka tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan telah ditolak dalam beberapa pilihan raya kecil.

Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.

Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup.

PAS pun tidak ada kuasa dan tidak ada duit. Malah khabarnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Umno dan PAS hendak bayar gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu kalau tidak dibantu oleh kerajaan pusat.

Inilah bahana tidak dengar cakap dan terlalu yakin kepada bisikan-bisikan palsu penjilat dan pengampu. Kerana dedak, mulut jadi busu, mata jadi buta dan telinga jadi pekak.

Pemujaan Yang Merosakkan

Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang.

Malah ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat kalau menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu Mohd Najib mengundurkan diri, Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah dan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh berpuas hati menjadi pembangkang.

Tetapi ini cara Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia iaitu dengan tidak membuka hati Najib untuk mengundurkan diri dan tidak memberi kejantanan kepada para pembesar Umno untuk menyuruh beliau berundur.

Dengan kekalahan Umno/BN maka terdedahlah kerosakan dahsyat yang Najib serta konco dan konspirator beliau lakukan ke atas ekonomi dan institusi negara.

Kalau ditakdirkan BN menang, segala kejahatan dan kerosakan ini akan berterusan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hutang negara terus menggunung dan secara sistematik Malaysia akan tergadai kepada kuasa-kuasa asing.

Sekarang Umno umpama anak ayam kehilangan ibu – kesejukan, kelaparan dan ketakutan. Ke sana sini mencari tempat berlindung.

Baru-baru ini beberapa orang ketua mereka - termasuk Ahmad Zahid Hamidi - telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk “berbincang”.

Khabarnya, mereka tidak lagi bercakap mengenai Umno tetapi Pekembar. Pekembar adalah singkatan kepada nama bahasa Melayu bagi Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Konon cerita, mereka mahu meninjau kemungkinan menggabungkan Pekembar dengan Bersatu (PPBM) menjadi Pekembar Bersatu. Melaluinya mereka berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan PH.

Itu cerita lah! Masuk akal. Tapi masakan PPBM yang sudah pun menganggotai PH mahu atau boleh bergabung dengan Umno/Pekembar.

PPBM tentulah faham muslihat Umno itu. Ini mungkin cara Umno memecahbelahkan PH dengan harapan ia akan kembali berkuasa.

Pendirian PPBM jelas. Ahli Umno dialu-alukan menyertai PPBM . Tetapi mereka hendaklah menyertainya sebagai individu dan ahli biasa. Mereka tidak boleh masuk berkumpulan sebagai cawangan atau bahagian.

Mereka masuk sebagai ahli biasa dan kalau bercita-cita hendak memimpin mereka perlulah melakukannya dalam kerangka PPBM.

Majoriti ahli Umno dialu-alukan. Tetapi tentulah ada segelintir yang tidak akan diterima kerana imej mereka yang buruk dan amalan mereka yang menyalahi undang-undang.

Ramai Akan Sertai Najib

Ini mengingatkan saya kepada makluman Perdana Menteri semalam bahawa Polis, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini semakin cergas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kes berkaitan skandal 1MDB.

Perkembangan ini sangat melegakan kerana sebelum ini terdengar cakap-cakap bahawa tiga agensi penting ini terlalu perlahan bertindak dan bertelingkah antara satu sama lain.

Keadaan berubah setelah ketiga-tiga mereka dipanggil menemui Perdana Menteri serentak baru-baru ini.

Tidak syak lagi perkembangan yang menggembirakan ini akan berkesudahan dengan lebih ramai ketua-ketua Umno era Najib mengekori bos mereka ke muka pengadilan.

Jadi secara tidak langsung proses pembersihan Umno sedang berlaku dan ini akan memudahkan kita membezakan di antara pertama dan kaca dalam pertubuhan itu.

Yang bersih atau yang tidak terlalu teruk kesalahan dan kesilapan mereka bolehlah diterima masuk ke dalam PPBM atau sebagai sekutu PH dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Kemasukan mereka, sama ada secara langsung atau sebagai sekutu, boleh membantu kerajaan PH mendedahkan dan mengatasi pelbagai skandal dan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Wallahuaklam.


Tuesday, September 11, 2018

Stray Into Political Arena and You Get Clobbered


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

History is the witness: In 1893 the Hawaiian Kingdom came to an end
CONSPIRACY, plot, komplott and intrigue are common in politics. They are also common in dark world of espionage.

They are real but can also be mere theories. These days, conspiracy theories are aplenty and we in Malaysia are not immune to them.

Recently a prince of a royal household was widely reported as saying that he suspected he and his father are being monitored for their social media activities.

The police apparently took the claim seriously enough so as to prompt the Inspector-General of Police, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, to issue a statement saying that there is no monitoring of the Johor  royal family's social media accounts.

He is so serious with his denial that he said he is seeking an audience with the affected ruler.

For me, having been a writer for 49 years and adopted the digital medium as one of my platforms – when I started this blog in 2006 – I don’t bother much about anybody monitoring me.

In fact, for the sake of ego, I love people monitoring me. It means they read what I write. So, my advice to people who are active online is to start accepting the fact that “you are being monitored”.

You may not be monitored by the police or the Malaysian Communications and Multi-media Commission. But depending on who you are, you may also be monitored by foreign and domestic intelligent agencies.

You may be watched by foreign governments who think that your postings reflect the point of views of the government or some powerful organisations.

Or, more importantly, because you could be used as a bargaining chip in international espionage and negotiations.

During the Cold War, it was very common for spy agencies to lure important political figures with beautiful women, wine and money.

Once these sex-craved politicians were caught on film, they would be used as double-agents and puppets to topple or weaken their own governments.

But in the case of the prince and his father, the more immediate concern is not about the monitoring of their social media activities.

The concern is about them straying into the political arena where they may get clobbered, their immunity questioned and their status lowered.

Anybody who plays politics must be prepared to be treated like a politician more so when he or she takes to the media – social and formal – to air partisan views.

For instance, the New Straits Times had quoted one Tengku Mahkota as saying before the May 9 General election that the people must open their eyes and not be deceived by a 93-year-old individual who wants to be prime minister. The people know who the 93-year-old the prince was referring to.

He asked the people to use their wisdom, saying he knew things that they did not.

"This is the time to restore order to a system damaged by a 93-year-old individual who now wants to be the prime minister,” the NST reported.

So I am not surprised if the people are now “monitoring” the social media activities of this crown prince and his father to see if they continue to express partisan views instead of being royal and regal.

Wallahuaklam.


Wednesday, September 05, 2018

Berpada-padalah Sensasikan Isu LGBT


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

LGBT: Jangan jadikan Barat sebagai acuan
KITA semua mementingkan hak kita sebagai individu. Ini tidak salah. Memang kita digalakkan dan dibolehkan untuk mempertahankan hak kita.

Dalam perlembagaan negara pun hak individu dijamin. Jadi tidak salah kalau individu menuntut hak untuk dirinya dan kumpulannya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tetapi apabila hak individu atau minoriti bercanggah dengan hak masyarakat maka timbullah persoalan: Yang mana lebih utama, hak individu atau hak masyarakat?

Pada pandangan saya, kalau hak individu itu hak fundamental seperti soal makan, pakai, pelajaran, kesihatan dan beragama maka memanglah hak individu itu penting dan wajib dipertahankan. Kita bolehlah anggap semua hak yang disebutkan itu sebagai hak hidup mati.

Itulah sebabnya orang yang disyaki membunuh atau mencuri berbilion ringgit sekali pun diberi hak mempertahankan diri di mahkamah.

Bagaimanapun, yang nampaknya dihebohkan oleh masyarakat kita sekarang adalah mengenai hak individu yang berbentuk "rahsia dan persendirian".

Antara hak individu yang berbentuk "rahsia dan persendirian" yang hebat diperkatakan adalah hak dan kegiatan golongan yang disebut sebagai LGBT.

LGBT adalah singkatan bahasa Inggeris bagi Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transgender yang dipopularkan di Barat sekitar tahun 1990-an.

Dalam bahasa Melayu tidak ada singkatan serupa. Tapi maksudnya lebih kurang begini: Perempuan berahikan perempuan (lesbian), lelaki berahikan lelaki (gay), lelaki atau perempuan berahikan kedua-dua jantina (bi-sexual) dan lelaki berperwatakan perempuan manakala perempuan berperwatakan lelaki (transgender).

Dari segi jantina tidak ada pertikaian mengenai orang yang terlibat dalam kegiatan LGBT ini, iaitu mereka sama ada lelaki atau perempuan. Tidak ada gender ketiga.

Dua hari lalu beberapa orang kami dalam pasukan media Tun Dr Mahathir Mohamad berbual dengan beliau mengenai hal ini kerana kita semua bimbang dengan arah tuju isu itu.

Yang terbaru, sepasang wanita Melayu berusia 32 dan 22 tahun disebat di hadapan kira-kira 100 orang penonton di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah “cuba melakukan perhubungan” seks di dalam kereta di tempat awam di Dungun pada kira-kira jam 1.50 petang 8 April lalu.

Kepada yang belum baca berita ini, cubalah baca dan buat penilaian sendiri tentang patut atau tidak patut kejadian dan perbuatan ini.

Dulu Lain

Kita bercakap tentang bagaimana dahulu pun ada kegiatan seperti ini, tetapi tidak dihebahkan atau diperbesarkan apatah lagi pengamalnya menuntut hak agar diberi keistimewaan dan pengiktirafan.

Walaupun perbezaan usia saya dan Tun Dr Mahathir lebih 20 tahun namun kita melalui pengalaman yang sama sepanjang mengenai hal-hal berkaitan LGBT ini. Cuma waktu itu tidak disebut LGBT.

Di utara kita guna istilah seperti pondan, darai, ponen, lembut dan seumpamanya. Kita tidak memandang rendah atau memuja orang yang berkecenderungan seperti itu.

Mereka tidak menuntut hak dan keistimewaan sepertimana berlaku sekarang. Dan pastinya lah mereka tidak melakukan hubungan sesama jenis di khalayak ramai.

Bagi penduduk utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketika itu mereka amat biasa dengan kumpulan muzik “ghazal party” yang menghidangkan lagu-lagu Arab dengan iringan tarian gelek.

Yang mempersembahkan tarian gelek ini adalah lelaki lembut berpakaian wanita. Bagaimanapun, mereka ini akhirnya, sama ada secara paksaan atau sukarela, kembali menjadi lelaki dan berumah tangga.

Ghazal Party paling hebat waktu itu ialah Ajinda Ghazal Party dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
 
Hari ini, yang merumitkan keadaan kita bukan sahaja pengamal LGBT menuntut pengiktirafan dan kebebasan bahkan disokong pula oleh orang yang bukan daripada golongan itu kononnya kerana menghormati hak asasi manusia.

Di negara Barat, perkara ini sudah menjadi biasa sehingga pemimpin politik yang terlibat dengan LGBT pun mempamerkan kecenderungan mereka secara terbuka. Malah ada beberapa buah negara yang pemimpin politiknya berkahwin sejenis.

Namun di negara kita yang pelbagai kaum dan Islam adalah agama persekutuan, kita tidak lah boleh meniru bulat-bulat apa yang dilakukan di Barat.

Cuma disebabkan semua orang mengaku mereka ada hak maka terpulanglah kepada mereka memilih jalan mana yang mereka mahu untuk menghalalkan kegiatan mereka.

Macam mana pun mereka tetap tertakluk kepada undang-undang dan adat resam masyarakat iaitu apabila hak individu bertembung dengan hak masyarakat tentulah hak masyarakat lebih utama.

Khusus kepada orang Islam, saya harap mereka janganlah menjadikan isu LGBT ini sebagai satu lagi perkara yang akan menambah buruk imej Islam dan pentadbiran yang diterajui oleh orang Melayu.

Semua orang Islam tahu bahawa Allah SWT hanya mengizinkan perhubungan sah di antara lelaki dan perempuan.

Ibu bapa, ahli keluarga, guru, anggota dan pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama dan kesihatan semuanya mempunyai tanggung jawab membendung amalan ini.

Wallahuaklam.












Sunday, September 02, 2018

Ekonomi Bumiputera: Doa Wajib Disertai Usaha


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Dr Mahathir: Untuk jadi tuan Melayu kena kuat
BUMIPUTERA Melayu, kerana mereka beragama Islam, boleh berdoa dan bersolat hajat meminta kebaikan daripada Allah.

Tetapi untuk berjaya mereka tetap perlu berusaha kuat kerana rezeki dan kejayaan tidak datang bergolek.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Itu adalah antara peringatan dan pesanan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 di ibu negara semalam.
Saya boleh merasakan runtunan perasaan Dr Mahathir kerana beliau amat konsisten dengan mesej ini dan di akhir-akhir ini seolah-olah menjadi obsesi beliau.
Sebagai salah seorang yang berdekad-dekad lamanya mendengar mesej Dr Mahathir itu – bermula dengan membaca secara haram cebisan manuskrip “The Malay Dilemma” pada akhir tahun 1960-an - saya sering tertanya-tanya adakah orang Melayu faham dan peduli rintihan beliau itu?
Apakah orang Melayu faham dan peduli kepada seruan “Marilah solat” (حي على الصلاة ) dan “Marilah menuju kejayaan” (حي على الفلاح) yang dilaungkan oleh muazzin sekurang-kurangnya lima kali sehari?
Hari ini ramai orang Melayu menunaikan solat (sembahyang), berdoa panjang dan menghadiri pelbagai kuliah agama. Orang Malayu berpusu-pusu menampilkan "kearaban" mereka. 
Tetapi berapa ramai yang bertaburan di muka bumi untuk mencari kejayaan sambil mengingati Allah?
Yang kita tahu ramai mengambil kesempatan daripada kelepasan waktu mengerjakan sembahyang fardu dan sembahyang Jumaat untuk tidur di surau dan masjid atau pergi membeli-belah.
Ertinya ada orang Islam yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh majikan, termasuk majikan bukan Islam, bagi mengerjakan sembahyang untuk tujuan yang bercanggah dengan perintah Allah.
Jadi tidak hairanlah, walaupun masjid penuh melimpah pada hari Jumaat dan berpuluh ribu mengerjakan Haji serta Umrah setiap tahun, masih ramai orang Islam Malaysia, khususnya orang Melayu tidak berasa apa-apa untuk melakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi kemungkaran.
Zaman dulu lain. Masjid lengang. Di kampung saya pada tahun 1950-an dan 60-an amat kerap solat Jumaat terpaksa ditukar menjadi solat Zuhur kerana tidak cukup jemaah.
Palulah gendang raya sekuat mana pun, kaki judi tetap bermain pakau dan terup di bilik belakang kedai kopi Cina atau dalam belukar di tengah sawah.
Orang Islam ditangkap kerana tidak sembahyang Jumaat atau bermain judi adalah perkara biasa.
Tetapi pada masa yang sama, kakitangan awam, polis dan penguat kuasa bukan sahaja tekun bekerja tetapi mereka juga tidak rasuah. Perkhidmatan awam Malaya (kemudiannya Malaysia) adalah antara yang terbaik di dunia.
Hari ini rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa begitu berleluasa dalam perkhidmatan awam sehingga kerajaan baru Pakatan Harapan sukar memisahkan di antara pegawai yang bersih dengan yang korup.
Ternyata ilmu yang lebih tinggi dan kealiman yang tersebar luas – ada yang solat hingga kematu dahi dan siang malam berpakaian Arab – tidak menjadikan Melayu beriman dan berjaya. Ada orang beritahu saya, Melayu itu Muslim tetapi tidak semua Muslim itu Mukmin.
Jadi, macam kata Dr Mahathir, bagaimanakah orang Melayu hendak menegakkan ketuanan mereka jika mereka menjadi kuli kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam?
Kata Perdana Menteri, bangsa yang lemah tidak boleh mengaku tuan.
“Apa erti ketuanan Melayu kalau Melayu menjadi pemandu dan yang duduk di belakang adalah orang bukan Melayu?” tegas beliau.
Ada Melayu Berjaya
Namun saya akui bukan semua Melayu dan Bumiputera gagal.
Sejak Merdeka, khususnya selepas pelaksanaan Rancangan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), orang Melayu dan  kaum Bumiputera lain mencapai kejayaan luar biasa dalam bidang sosioekonomi.
Tetapi orang bukan Bumiputera jauh lebih maju dan berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan kesan limpahan, tirisan dan lelehan daripada DEB.
Ketirisan berlaku secara berleluasa dan teruk kerana sifat rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh elit politik dan pentadbiran Bumiputera sendiri.
Akibatnya, pembangunan ekonomi Bumiputera menjadi seperti apa yang didendangkan oleh Almarhum P Ramlee “walhasil balik asal, itu pasal tak hasil”.
Sedikit kejayaan dan kekayaan yang dikecap oleh orang Melayu tidak mengubah sikap mereka. Sebaliknya mereka menjadi lebih negatif, dengan yang gagal membenci yang berjaya.
Orang yang mendapat bantuan kerajaan tetapi gagal, dilupakan walaupun mereka berhutang berbilion-bilion ringgit dalam bentuk pinjaman PTPTN dan modal perniagaan. Tetapi segelintir yang berjaya dilabel sebagai kroni.
Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 membahaskan dan merumuskan banyak cadangan, rumusan dan rancangan.
Tetapi semua ini akan gugur menjadi daun kering yang ditiup angin dan akhirnya reput menjadi debu kalau Bumiputera, khususnya Melayu tidak mengubah sikap menjadi orang yang berjiwa maju, bersih, cekap dan amanah.
Doa tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kemiskinan boleh menjadi punca kemungkaran. Tamak dan haloba membuatkan pemerintah mencuri daripada rakyat jelata.
Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).