Saturday, July 06, 2013

Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SEJAK (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempopularkan istilah dilema melalui bukunya “Dilema Melayu” lebih 40 tahun lalu, ia telah menjadi kata kunci dalam banyak permasalahan dan keadaan.

Yang terbaru, dilema menjadi kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan ahli Umno dikatakan dalam dilema.

Akibat dilema itu, banyak pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta ampun kalau kasar bunyinya.

Di khalayak dan di hadapan media massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.

Di bawah peraturan baru pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan jawatan mana menjadi pilihan.

Buat Tawaran Terbuka

Kalau teruk sangat penyakit Koro (baca di sini) yang mereka alami - dalam hati meronta-ronta hendak bertanding jawatan tertentu, tetapi takut membuka mulut - mungkin ada satu jalan keluar, iaitu mereka buat kenyataan umum mengatakan mereka bersedia bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan.

Cuma bahayanya adalah perwakilan mungkin tidak faham hasrat sebenar mereka. Silap-silap jadi kacau. Misalnya, dalam hati meronta-ronta hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden, tapi dicalonkan bertanding Naib Presiden saja.

Atau mereka boleh kata: “Oleh sebab Umno adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan saya menghormati hak ahli, maka dengan ini saya menyatakan bahawa jawatan yang saya pegang boleh dicabar oleh sesiapa saja.”

Apabila penyandang berdiam diri, orang ramai mungkin buat kesimpulan penyandang tertentu tidak mahu dicabar atau takut dicabar. Kita faham bahawa yang paling teruk hadapi dilema (kalau beliau dalam delima) adalah orang nombor dua.

Orang nombor satu tentulah akan pertahan jawatannya kecuali dia bercadang untuk bersara. Keputusan hendak cabar atau tidak adalah di tangan orang nombor dua. Dalam konteks pemilihan Umno kali ini, orang itu adalah Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden.

Adakah beliau dalam dilema atau beliau akan mencabar Presiden, Mohd Najib Abdul Razak?

Peranan Muhyiddin Sebagai “King Maker”

Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?

Soalan yang harus dijawab oleh kepemimpinan dan keahlian Umno adalah masa depan dan hala tuju parti itu. Pemimpin Umno sering mendakwa bangsa Melayu, agama Islam dan negara bergantung kepada Umno – demi bangsa, agama dan negara!

Kalau mereka ikhlas terhadap kenyataan itu dan tidak memikirkan kepentingan diri mereka sahaja, mereka tentu tahu dan berani menyatakan secara terbuka siapa yang layak dan boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas berat demi Melayu, agama Islam dan negara.

Mereka perlu berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu – adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?

Apakah yang ditonjolkan dalam pilihan raya lalu – panji-panji Umno, agenda Melayu dan ekonomi luar bandar atau 1Malaysia, “Sokong Saya Undi BN” dan Janji Ditepati?

Siapakah yang diutamakan dan ditonjolkan sebagai penyelamat Barisan Nasional ketika PRU – Melayu, Cina atau India?

Perwakilan dan ahli Umno wajib fikirkan semua ini kalau mereka komited kepada idealisme dan slogan demi bangsa, agama dan negara.

Siapa Pilihan Bukan Melayu?

Ironinya, hari ini, banyak orang bukan Melayu yang Perdana Menteri tuduh sebagai penyebab “tsunami Cina” pada PRU lalu, mahu Mohd Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Tiba-tiba mereka “yakini” 1Malaysia dan sokong Mohd Najib kerana beliau dianggap “Malaysia first” dan transformasi beliau menguntungkan mereka. Sebaliknya mereka momokkan Muhyiddin kerana dilaporkan berkata beliau “Malay first”.

Secara tidak disedari atau disengajakan, hakikat yang tidak diperkatakan adalah tidak seorang pun warganegara Malaysia dilahirkan sebagai berbangsa “Malaysian”. Kita sama ada dilahirkan Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India atau suku-suku kaum lain. Dan sepanjang hayat kita, fakta bangsa dan kaum penting. Sebab itulah Melayu dan Bumiputera mempertahankan keistimewaan mereka manakala orang Cina dan India mati-matian mempertahankan bahasa dan sekolah mereka. 

Tetapi oleh kerana kita warganegara Malaysia maka secara kolektif kita dikenali sebagai “Malaysian” seperti orang Eropah, Cina, India, Arab, Afrika, Mexico, Filipina dan Vietnam yang menjadi warganegara Amerika Syarikat secara kolektif dipanggil “American”.

Sebaliknya, kenyataan “Malay first” Muhyiddin itu dikutuk dan beliau digambarkan sebagai perkauman, anti-1Malaysia dan mensabotaj Perdana Menteri.

Apa yang hendak dihairankan. Itulah juga yang berlaku kepada Dr Mahathir beberapa ketika sebelum menggantikan Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Beliau ditakuti oleh orang bukan Melayu, khasnya Cina kerana kononnya beliau “Malay Ultra” – pelampau Melayu.

Orang bukan Melayu, khususnya Cina, yang Mohd Najib tuduh penyebab “tsunami Cina” pada 5 Mei lalu tentulah tidak mahu kepemimpinan Umno dan kerajaan kuat.

Kalau kepemimpinan Umno dan kerajaan menjadi lebih kuat dan lebih banyak orang Melayu kembali menyokong Umno, tentulah lebih sukar bagi mereka membuat tuntutan dan memberi peluang Pakatan Rakyat menang lebih besar pada PRU akan datang. Jadi kepemimpinan Umno dan kerajaan yang lemah atau tidak terlalu kuat adalah baik bagi sesetengah pihak.

Lihat sajalah bagaimana Kabinet terpaksa menelan ludahnya sendiri dengan menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 setelah ditentang bukan sahaja oleh pembangkang, tetapi oleh beberapa orang ahli Kabinet sendiri.

Ini adalah manifestasi kegagalan Kabinet membuat penelitian mendalam dan keputusan jitu dengan mengambil kira segala aspek rang undang-undang berkenaan. Ia juga menjadi ukuran prestasi Jabatan Peguam Negara di bawah Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebagai penggubal undang-undang. Ironinya, Muhyiddin yang mengumumkan penarikan balik rang undang-undang itu bagi pihak Kabinet!

Kesimpulannya, terpulanglah kepada pemimpin Umno memilih yang mana satu lebih penting – dilema mereka kerana kononnya hendak beradab atau masa depan parti.

Mereka boleh memilih antara menyelamatkan kedudukan mereka dan membiarkannya menjadi parti eksklusif, parti rumah tangga, parti golongan feudal dan parti yang bermuka-muka atau berkorban sedikit untuk menjadikan Umno terangkum, berani dan dinamik demi bangsa, agama dan negara.

Wallahualam.

Tuesday, July 02, 2013

Lima Puluh Tahun Tabung Haji

A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

TAHUN ini - 2013 - gelaplah 50 tahun usia Lembaga Tabung Haji (LTH). Kita bersyukur kepada Allah kerana membuka hati dan minda pemimpin dan cendekiawan negara seawal tahun 1963 untuk menubuhkan perbadanan ini.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan dan pandangan jauh mereka serta dedikasi dan profesionalisme peneraju LTH sejak itu, kita, umat Islam Malaysia mempunyai badan pengurusan dan pelaburan haji terbesar dan terbaik di dunia.

Hari ini, dalam usaha memudahkan ibadat haji rakyat Malaysia dan memperkasakan ekonomi umat Islam Malaysia, LTH telah berjaya mengumpul dan menjanakan dana melebihi RM36 bilion (baca di sini).

Demi Allah dan demi masa depan umat Islam Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab dan perjuangan kita bersama mempertahankan LTH dan mengelak daripada berulang episod durjana yang beberapa kali menimpanya akibat perbuatan orang yang tidak amanah dan tidak cekap (baca di sini).

Dengan dana yang begitu besar dan pelaburan yang mencakupi berbagai bidang dan tersebar di seluruh pelosok dunia, tentulah banyak orang dan pihak yang menitis air liur untuk menguasainya.

Alhamdulillah, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, kita sebagai umat Islam dan penabung LTH yang peka boleh melakukan kawalan jarak jauh ke atas Lembaga Pengarah dan pengurusan LTH (lawat di sini) kerana nama dan wajah mereka tertera dan mereka tidak boleh lari, tidak boleh mencuri dan tidak boleh buat sesuka hati, insya-Allah.

Sunday, June 30, 2013

Bank Pembangunan: Pinjaman Kepada Tan Sri Kenneth Eswaran "Rahsia"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SEPERTI saya sebutkan dalam posting berjudul “Putera Mahkota Baru Dunia Niaga” 22 Jun lalu (baca di sini), majalah Malaysian Business (MB) telah menghantar soalan kepada Bank Pembangunan Malaydia Berhad (BPMB) meminta pengesahan atau penafian laporan pinjaman RM500 juta kepada syarikat penyiaran milik Kenneth Eswaran.

Akhbar The Star/ANN pada 8 Jun memetik Eswaran sebagai berkata ABNXcess telah memperoleh pinjaman setengah billion daripada BPMB (baca di sini).

[He is looking at 2.5 billion ringgit for a 10 year period and for starters, ABN has secured about 500 million ringgit loan from Bank Pembangunan. In addition to that, shareholders have provided funding to jumpstart the project. Eswaran says that amount of funding is enough for 7 years for the first phase of the project.]

Berikut adalah soalan MB kepada BPMB:

Subject: Fwd: Malaysian Business: Disbursement Loan and Kenneth Eswaran

Salam Nor Sham,

This is MIor Azhar, associate editor for Malaysian Business magazine. I believe my writer Joshua has contacted you earlier regarding the loan given by Bank Pembangunan to ABNxcess owned by Tan Sri KK Eswaran (which was reported in The Star News paper on June 8 - attached). Also attached is our previous article on Tan Sri Eswaran and ANBxcess publsihed in our June 16 issue.
We really would like to have Bank Pembangunan's confirmation on this matter. We are following up on this issue and therefore would like to know if

1. The loan has been approved? If yes, when? How long does it take to process the loan application by ABNxcess?

2. We would also like to know the basis of the loan as I believe that RM500 million is the ceiling for your loan disbursement? Is it a usual practice for the bank to approve such big amount to a new set-up? If not, why the special treatment for ABNxcess?
I really hope you can revert with the answers latest by today as we are going to print an article regarding this matter and would like Bank Pembangunan to have a say on its participation. You can call me at 0169937875.
Thank you so much for your help.
Mior

Pada 28 Jun, Nor Sham, bagi pihak BPMB, menghantar emel berbunyi:

 “En. Mior ..  
As per our earlier email, we are sorry to inform you that due to the Duty of Secrecy under BAFIA .. we are unable to reveal any information to any party ..”

Thank you.”

Pendek panjangnya, Bank Pembangunan milik kerajaan Malaysia berkata: “Seperti dalam e-mel kami yang terdahulu, kami memohon maaf untuk memaklumkan kepada anda, disebabkan tanggungjawab kerahsiaan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) .. kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak..”

Jadi kita tidak akan tahu sama ada BPMB meluluskan pinjaman raksasa itu kepada stesen TV digital Eswaran atau tidak.

Sementara itu, dalam kolum saya “Other Thots” dalam keluaran 1 Julai saya menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ketelusan, Paul Low Seng Kuan, dijadikan pemeriksa kerajaan.

Antara lain, saya menulis: “In fact he should be made the chief scrutineer of the government and given the power to observe any process which requires rigorous oversight, either to prevent the occurrence of corruption or genuine mistakes like, for examples, the recent appointment of Tan Sri Nor Mohamed Yackop as Deputy Chairman of Khazanah Nasional Berhad and the repeated delays in the completion of terminal two of the Kuala Lumpur International Airport.”

Baiklah kita tahu ada BAFIA. Tetapi adakah semua urusan bank rahsia? Kalau rahsia, apa halnya dengan dakwaan terbuka Eswaran yang dia sudah memperoleh RM500 juta pinjaman daripada BPMB? Siapa yang bercakap benar ni?

Dan takkanlah identiti pembekal dakwat tak boleh padam yang terpadam pun rahsia juga? Wallahualam.

Thursday, June 27, 2013

Malaysian Parliament vs Animal Planet

A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]


UPDATE, June 28 - NOT all is lost and not all about the country is bad. Many things about our country are still worth fighting for.

While a few intellectually challenged Members of the Parliament continue to make a monkey out of the august House, two heart-warming developments had taken place in the judiciary.

On June 26, Kuala Lumpur High Court Judge VT Singham has backed the proposal to form the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) immediately, noting an increase in cases of death in custody.

He said this while reading out his two-hour long judgment on the civil suit against the government, including the police, brought by the family of custodial death victim A Kugan . He ordered the respondents to pay RM801,700 in damages to the family and another RM50,000 in costs.

On June 27, a five-member Apppeal Court bench, led by Justice Md Raus Shariff, rules that the Home Minister, Ahmad Zahid Hamidi, would have to answer a civil suit brought against him by businessman Amir Bazli Abdullah over an assault allegation.

Justice Md Raus was assisted four fellow judges namely the Chief Judge of Sabah and Sarawak, Richard Malanjum, and Federal Court judges Abdull Hamid Embong, Suriyadi Halim Omar and Zainun Ali. He ordered Ahmad Zahid to pay RM5,000 in legal costs to Amir Bazli Abdullah.

It is heartening the Judges are treating matters relating to the abuse of power by the authorities and people in high places seriously. That five justices, instead of the normal three, formed the Appeal Court bench in the Ahmad Zahid’s case is worth noting.

Original Post

IF you were a voter in the May 5 general elections, would you like to join me in kicking yourself in the rear for making mistake once again?

In case you do not know what I mean, (read here). It seems you and I have elected "anjing" and "binatang" (dogs and other animals) to the Parliament.

For making that blunder, either knowingly or accidentally, we have allowed some dogs and other animals to take seats in the Dewan Rakyat.

As the report says, the acknowledgement of the presence of "anjing" and other "binatang" in the House was made by the members themselves. They were the ones who made such a reference in the House.

Now, it is our collective responsibility to demand that a section of the Dewan be designated a zoo to house these quarreling, dangerous animals.

And as for dogs, we demand that the Veterinary Department carry out a thorough medical examination to ensure that none of them are rabid. Rabid dogs are a danger to their own kind as well as to human beings. Those days, rabid dogs were shot dead.

On the other hand, I am delighted that MPs themselves recognized that there are dogs and other animals among them and I think bloggers should feel vindicated at being called "beruk" (monkeys) by an Umno politician back in the mid-2000 for criticizing the government.

Beruk are genetically more intelligent than dogs. Beruk and other primates share as much as 98 per cent of their genes with humans.

Selamat bersidang YB. Henceforth, YB could also refer to "yang binatang". So much for Dewan Yang Mulia, janji ditepati and ubah!

Saturday, June 22, 2013

Putera Mahkota Baru Dunia Niaga


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan.

Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Daripada Pemandu Kepada Tuan


Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran.

Eswaran: Daripada pekerja kepada tauke
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.

Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz.

Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.

Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.

(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).

Dapat Pinjaman RM500 Juta


Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri) Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus).

Jentera korporat utama Eswaran ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah syarikat perladangan berukuran kecil,  yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pada tahun 2011, Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian.

Dalam dunia korporat, penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.

Dalam kes Eswaran dan ABNxcess, media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta (baca di sini). Sumber-sumber perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang peminjam (baca di sini). Wallahualam.


Tuesday, June 18, 2013

Rosmah "Most Powerful Woman in Malaysia"





A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

UPDATE (read here)

ORIGINAL POST

THE PLOT thickens.
The mystery deepens.

The Prime Minister’s wife, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor, was anonymously proclaimed the “most powerful woman in Malaysia”.

The proclamation was made in a full-page anonymously placed advertorial in The Star newspaper today entitled “10 Most Powerful Women in Malaysia” (in red) and with the strap line “We celebrate the economic, political and social contributions of these women to society”.   (Page 5).

She tops the list that includes in descending order Dr Zeti Akhtar Aziz (Bank Negara Governor), Michelle Yeoh (Actress), Ambiga Sreenevasan (Bersih co-chairman), Nurul Izzah Anwar (PKR Member of Parliament), Hannah Yeoh (DAP State Assembly member), Teresa Kok (DAP Member of Parliament), Geethanjali G (Entrepreneur/Actress), Jamelah Jamaluddin (Banker) and Marina Mahathir (Malaysian Aids Council).”
                                              Geethanjali G, Actress/Entrepreneur

A check with the MCA-owned newspaper yielded little. The advertorial, according to the paper's advertising department, was inserted by “sendirian berhad” company, which The Star declined to identify.

Of Mohd Najib Abdul Razak’s wife, the advertorial says: “Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, as wife of the Prime Minister of Malaysia wears many hats. She is the President of the Welfare Association of Minister’s Wives (Bakti). She holds the position of patron of various associations, among others are Children in Hope Foundation, Malaysian Nature Society, Malaysian Society of Orthopedically (sic) Handicapped, Malaysian Aids Council, National Heart Institute Foundation, Thalasemia (sic) Association, National Athletes’ Welfare Association, the Foundation for the Development of Underprivileged Children and many more. She is also the Patron of Badminton Association of Malaysia (BAM), as well as the President of the Girl Guides Association of Malaysia.”

                                         Hannah Yeoh and Nurul Izzah

The text of the advertorial refers to “we”, “our annual snapshot”, “we applied three metrics: money, media presence and impact” and “we select women who go beyond traditional taxonomy of the power elite.”
                                            Dr Jamelah of Kuwait Finance House

It ends its proclamation with the slogan “Empowering Women For A Better Future”.

But who are “the we” behind the award?                  

Mystery, mystery.                                                          

Monday, June 17, 2013

Pujukan Moral Boleh Nyahkan Ahli Politik Rasuah


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PADA 13 Jun, saya dijemput menyertai pengarang media massa lain ke majlis taklimat tertutup Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM/MACC) – sesuatu yang jarang berlaku kepada saya sejak meletakkan jawatan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad pada tahun 2000.

Jadi saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada SPRM (yang sama sebut BPR/ACA), khasnya kepada Ketua Pesuruhjayanya, (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed, kerana menjemput saya.

Syabas kepada SPRM di atas kejayaan menambah bilangan penyiasatan, pendakwaan, sabitan (conviction), rampasan harta dan membantu kerajaan mengesan penyelak cukai korporat.

Daripada taklimat dan perbincangan lebih dua jam itu, saya bertambah yakin bahawa undang-undang semata-mata tidak akan berjaya dan berupaya mengatasi gejala rasuah yang termasuk di dalam pentakrifannya penyalahgunaan kuasa.

Berikut adalah pendapat, pemerhatian dan cadangan dua sen saya kepada SPRM dan mana-mana juga individu dan kumpulan yang mengambil berat mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mahu membanterasnya daripada menjadi lebih buruk:

1. Antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda adalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

2. Dengan bertambahnya bilangan wakil pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri, cabaran terhadap Kerajaan BN berkaitan isu ini akan meningkat. Tetapi peperangan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah untuk menyelamatkan Kerajaan BN, tetapi adalah untuk menyelamatkan negara.

3. Cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotai oleh Barisan Nasional dan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) wajib diberi pertimbangan segera oleh Parlimen.

4. Undang-undang pencegahan rasuah boleh dipinda dan diperkukuhkan, tetapi pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berjaya selagi aspek moral dan ketelusan tidak dilaksanakan. Banyak kes-kes berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa lebih berupa kes moral daripada undang-undang. Contohnya, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh mengisytiharkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan menarik diri daripada membuat keputusan apabila projek, kontrak dan permohonan yang dibincangkan membabitkan ahli keluarga atau kawan akrab mereka. Tetapi semua orang tahu, iaitu sekalipun mesyuarat diserahkan kepada orang lain, misalnya Ketua Setiausaha Kementerian atau Ahli Exco, pengaruh Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tetap ada. Mereka hanya perlu “mengenyitkan mata” dan yang perlu berlaku akan berlaku.

5. Cadangan supaya Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco tidak membenarkan ahli keluarga mereka terbabit dengan projek dan aset negara, seperti tanah dan konsesi balak, perlu dipertimbangkan.

6. Adalah kebiasaan sejak sekian lama bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hakim, pegawai tinggi polis dan tentera diambil sebagai pengarah atau rakan kongsi oleh sektor swasta sebaik sahaja mereka bersara. Bukan itu saja, banyak daripada mereka menyertai syarikat atau usahawan yang dulunya mereka tolong ketika dalam perkhidmatan awam. Untuk tujuan ini eloklah diwujudkan satu tempoh idah atau “cool off period”, mungkin setahun dua atau lebih sebelum mereka boleh menyertai sektor swasta ataupun memohon kontrak-kontrak kerajaan.

7. Di mana siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) tidak memperoleh cukup bukti untuk mendakwa anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta, pihak pejabat Peguam Negara perlu diarah supaya membentangkan laporan penyiasatan itu untuk pengetahuan umum. Kaedah ini boleh membantu, secara moral, menyingkirkan anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi tidak cukup bukti atau tidak dapat didakwa atas sebab-sebab teknikal.

8. Pemberian kontrak secara terbuka dan telus bukanlah perkara asing bagi negara kita. Pada tahun 70-an dan 80-an, pemberian kontrak kerajaan amat telus dan terbuka sehinggakan wakil media dijemput membuat liputan pembukaan tender dan pemberian kontrak.

9. Bagi mengelakkan pilihan raya dijadikan sebagai alasan mengutip wang dan berkemungkinan juga diambil peluang untuk melalukan money laundering adalah amat perlu diwujudkan satu kaedah yang telus dan terbuka berkaitan pembiayaan politik (political funding).

10. Di peringkat bawahan pula, rasuah telah banyak berkurangan hasil daripada penambahbaikan sistem dan urusan di pejabat-pejabat kerajaan. Penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), khususnya urusan atas talian, telah banyak menutup peluang kakitangan awam meminta rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

11. Pihak penguatkuasaan, khasnya SPRM, perlu mengkaji dan bertindak tegas terhadap apa yang disebut sebagai rasuah bersindiket (syndicated corruption) di mana pihak penguat kuasa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara berpasukan. Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pentadbiran PDRM 2004/2005 mendapati kegiatan seperti itu berlaku dalam PDRM di mana setiap peringkat kakitangan terbabit dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, khususnya di peringkat polis daerah. Ia juga berlaku di cawangan-cawangan penguat kuasa yang lain. Masalahnya, bagaimanakah pihak penguatkuasaan boleh memerangi dan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalau mereka sendiri dianggotai oleh kakitangan yang menyeleweng?

12. Undang-undang sahaja tidak memadai. Peperangan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa perlu juga merangkumi aspek moral. Sekalipun anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua pegawai eksekutif sektor swasta tidak dapat didakwa kerana kekurangan bukti, mereka boleh “dimalukan” supaya meletakkan jawatan atau hadapi kemungkinan ditolak oleh rakyat jelata.

13. Pujukan moral (moral suasion) boleh digunakan sebagai senjata menyekat perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan memaksa mereka yang terbabit, tetapi tidak dapat didakwa kerana kekurangan bukti supaya meletakkan jawatan.

Wallahualam.

Thursday, June 13, 2013

Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.

Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.

Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad (lihat di sini).

Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.

Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam.

Tuesday, June 11, 2013

Kurangkan Protokol Dan Jangan Boros


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MEMANG saya tidak bercadang untuk menulis mengenai politik buat sementara waktu kerana menghormati cadangan kartunis Lat seperti yang saya nyatakan dalam rencana sebelum ini.

Tetapi beberapa komen dalam posting berkenaan dan satu cerita tidak masuk akal yang saya dengar, saya terpaksa kembali menyentuh mengenai politik.

1. Saya sekali lagi mohon para pembahas agar berhati-hati dan tepat apabila memetik daripada al-Quran atau Hadis. Saya tidak akan menyekat sesiapa pun memetik dan merujuk kepada al-Quran dan Hadis, tetapi saya sendiri bukanlah pakar jadi saya amat bergantung kepada pihak yang membuat petikan atau rujukan.

2. Pembahas “raja2u” pula, antara lain menulis:  “Kita hendaklah berlapang dada dengan orang politik. Mereka ada lesen besar untuk buat apa sahaja.”

3. Saya mohon tidak setuju. Malah saya anggap pendirian seperti itu salah dan menjadi punca mengapa orang politik kita berasa mereka ada lesen besar untuk berbuat apa sahaja. Sebaliknya kita wajib mengingatkan mereka bahawa mereka tertakluk kepada undang-undang dan “lesen besar” mereka itu adalah milik pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata keseluruhannya.

4. Marilah kita membuat ketetapan bahawa kita akan menegur dan mengkritik para Yang Berhormat kita sekiranya apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang, membazir dan merugikan rakyat jelata.

5. Kita kurangkan protokol dalam perhubungan kita dengan mereka dan tidak membazirkan wang serta waktu menyambut dan menjamu mereka.

6. Anggota Kabinet dan timbalan menteri, khususnya yang baru dilantik janganlah fikir pejabat baru, kereta baru dan peruntukan baru. Tidak perlulah ‘bersetuju’ dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) kalau mereka bercadang membelanjakan berpuluh-puluh juta ringgit mengubah suai dan memperbaiki pejabat serta kediaman rasmi. Saya terkejut mendengar daripada ‘mulut kuda’ sendiri bahawa pengubahsuaian dan kerja-kerja membaiki dua kediaman rasmi pembesar negara memakan belanja lebih RM40 juta. Kalau benarlah berita ini, nyatalah telah berlaku pembaziran, pemborosan dan kemewahan yang melampau.

7. Saya mendengar satu cerita yang luar biasa apabila pengarang dan beberapa orang wartawan Sinar Harian menemui seorang pembesar Umno yang berjawatan penting di ibu pejabat parti itu. Mesejnya kepada Sinar Harian lebih kurang begini: “Surat khabar kamu tidak menyokong Umno/BN dalam PRU lalu. Kamu tidak perlu membuat liputan mengenai kegiatan saya dan tidak perlu menjemput saya untuk upacara kamu.” Untuk menyeronokkan cerita dan berteka-teki, saya sengaja tidak mendedahkan siapa pembesar yang, macam kata pembahas “raju2u”, ada lesen besar untuk buat apa sahaja. Kalau inilah pekerti dan kepakaran para pembesar Umno, parti itu akan mati bunuh diri.

8. Dan sesiapa yang berminat dalam pungutan suara bolehlah lawati blog Syed Akbar Ali di sini untuk mengambil bahagian.

Wallahualam.

Sunday, June 09, 2013

Laughter Is The Best Medicine


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

CARTOONIST Lat’s recent advice to his fellow cartoonists to make the people laugh and be merry is applicable to all of us.

To be able to do that, said Lat, whose real name is Mohammad Nor Khalid, they must not take politics too seriously. Better yet they should be non-partisan.
Lat speaking at the book launch

I have known Lat for more than 40 years now. I first met him as a beat reporter in the early 1970s when we occasionally covered the police round together which entailed attending the twice daily police press conference at Jalan Bandar in the downtown Kuala Lumpur.

On June 1 I met Lat again. He was launching a book by cartoonist Mie entitled “Apa Cerita?” (What’s the Story?) in Puchong, Selangor. Mie, whose real name is Ahmad Hilmi Abdullah, is an architect by profession.

Lat said Malaysians are too partisan in politics and can be extreme in their political views to the point that they are unable to see the good things in life and to laugh the way he and his generation do.

Lat and I came from the same generation and were the throwback of the same “jahiliah” era – “the era of darkness” when we would rather watch Rose Chan performing striptease dance than doing drugs or be embroiled in political mud slinging.

Educated both Malay and English - in the kampungs and towns – our generation grew up to be cosmopolitan. We enjoyed the best and the worse of both worlds, and are able to laugh at ourselves.

Bloggers Were Beruk

So, when soon after that encounter with Lat, a commentator in this blog referred to politicians as “monkeys” I rejected his comment and told him not to ape politicians, recalling that in the early days of blog, a certain up and coming Umno politician had called bloggers “beruk” for being critical of the government.

Being born and bred in the village, I am all too familiar with “beruk” (stump-tailed macaque) and “kera” (long-tailed macaque), collectively called “monyet” by today’s smart-phone generation.

Then there were wild monkeys and there were tame ones. The smaller and more mischievous kera were kept as pets while the larger beruk were trained to pluck coconuts.

But there was nothing more unworthy and mischievous than the “beruk Mat Yeh”. Mat Yeh is the abbreviated version of Mat Idris. The story has it that Mat Idris was not a very good monkey trainer and his beruk turned out to be lazy, inept and extremely mischievous. It loved to make face at people as it sat unsteadily on the handle bar of Mat Deris’ Hercules brand bicycle.
 This  is not "beruk Mat Yeh", but this is how the beruk and its owner get around

Any similarity between some of today’s politicians, their apparatchiks and “beruk Mat Yeh” is coincidental although according to scientists, we share 85% of our DNA with the higher primates like gorilla, orang utan and chimpanzee.

Although I had no immediately heeded Lat’s advice when I penned the most recent post on Umno politics, I kept the spirit of his wisdom alive when I had a chit-chat – the first in many years – with the former Prime Minister, Tun Abdullah Ahmad Badawi, in a chance meeting on June 7.

So we skipped the present day politics and talked about our encounters with the first Prime Minister, Tun Abdul Rahman Putra, and his successor, Tun Abdul Razak Hussein. Tunku was a jovial, frank and self-deprecating person while Abdul Razak was a serious man.

I also bumped into the former Deputy Prime Minister, Tun Musa Hitam, and told him that he would live to be very old because only a day before I was ‘mengumpat’ing him.

The Malays believe when you talk about a person and you meet him soon after, that man or woman is supposed to live long. And Musa appears hale and hearty although Abdullah is a bit under the cloud.

So, in Datuk Lat’s happy spirit, let us try to be less partisan, less uptight, more tolerant and, above all, being able to laugh at ourselves.

Tuesday, June 04, 2013

Cabar Atau Tidak Biar Ahli Umno Tentukan


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 6 JunEKORAN penyiaran rencana di bawah, saya telah dihubungi oleh banyak pihak yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai reaksi kepada ketetapan Badan Perhubungn Umno Negeri Sembilan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingkan.

Antara hal yang dimaklumkan kepada saya dan yang dapat saya simpulkan daripada maklumat terkini itu adalah seperti berikut:

1. Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyddin Mohd Yassin, tidak akan mencabar Mohd Najib. Namun peranan Muhyiddin sebagai ‘penyelamat’ Umno ketika hari-hari gelap Barisan Nasional selepas PRU 2008 terus diingati dan diiktiraf. Muhyiddin, Tun Dr Mahathir dan beberapa blogger pro-Umno menjadi pemangkin ‘persaraan’ awal Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan pangkat Mohd Najib menjadi PM dan kemudiannya Presiden Umno. Muhyiddin dan Dr Mahathir masih memegang kunci ajaib itu.

2. Beberapa orang laskar siber pro-Najib cuba “mendajalkan” Tun Daim kerana temu ramah terbuka beliau dengan China Press yang kritikal terhadap peranan penasihat-penasihat Najib dalam PRU lalu. Mohd Najib bernasib baik kerana Daim berhenti setakat menyalahkan penasihat-penasihat beliau dan mencadangkan pemecatan mereka.

3. Sudah kedengaran yang sesetengah penasihat Mohd Najib cuba mencari jalan keluar dan meneropong ke arah GLC sebagai tempat bergayut baru ekoran pelantikan Nor Mohamed Yackop sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional dan Pengerusi Majlis Kerja Khazanah. Manakala ada pelarian ‘lightweight’ PKR yang melompat masuk Umno diuar-uarkan akan dilantik Duta ke negara-negara strategik seperti Indonesia yang mungkin melemahkan lagi perhubungan kita dengan negara-negara jiran utama.

4. Mohd Najib berkata masalah utama Umno/BN adalah imej dan persepsi. Imej Umno/BN dan persepsi mengenanya akan terus menjadi masalah kalau dakwaan-dakwaan terbuka – yang terbaru mengenai pemberian kontrak mencetak lapan juta naskhah manifesto BN dengan harga yang luar biasa - tidak dinafikan dengan fakta dan angka - atau mengenai adanya penasihat beliau yang memakai kereta mewah (macam Lamboghini) selepas PRU. Kalau bohong wajib dijawab bohong lengkap dengan fakta dan angka, kalau betul apakah tindakan yang PM berani lakukan? Dan

5. Kemudian timbul pula satu teori baru iaitu Mohd Najib tidak akan diubah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi beliau akan disyaratkan berubah. Kalau teori ini benar-benar wujud dan praktikal, siapakah yang akan menentukan jenis perubahan yang Mohd Najib wajib lakukan? Wallahualam.

POSTING ASAL


AKHBAR arus perdana The Star milik parti MCA hari ini melaporkan yang Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan telah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak ditandingi.

Alasannya adalah Umno memerlukan perpaduan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Pastinya semua ahli dan penyokong Umno setuju dengan keperluan Umno membuat persediaan seawal mungkin bagi menghadapi PRU ke-14, tetapi apakah mereka juga bersetuju dua jawatan teratas itu tidak dicabar?

Juga menjadi tanda tanya adakah Umno Negeri Sembilan membuat keputusan itu secara bersendirian atau setelah berunding dan mendapat maklum balas akar umbi?

Pada pandangan saya yang tidak sepertinya, para pembesar Umno wajiblah lebih peka dan menghormati suara akar umbi setelah akar umbi menyelamatkan mereka daripada kekalahan pada PRU 5 Mei lalu.

Ini membuatkan saya berfikir apakah para pembesar Umno benar-benar faham dan peduli kepada denyut jantung orang Melayu biasa yang menyokong parti itu?

Umno dan Melayu Bukan Inti Pati PRU13

Kalau diperhatikan secara terperinci, denyut jantung orang Melayu dan lambang Umno bukanlah inti pati PRU lalu.

Yang menjadi inti patinya adalah 1Malaysia, batang tubuh Mohd Najib Abdul Razak dan “pemujaan” kepada masyarakat Cina dan India.

Malah rata-rata pemerhati dan pengulas politik berpendapat Mohd Najib mengadakan pilihan raya presiden ala Amerika di mana diri beliau ditonjolkan sebagai pilihan seperti terserlah dengan cogan kata “Sokong Saya Undi BN” dan menonjolkan program-program beliau seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan yang digula-gulakan oleh segala bentuk pemberian di bawah lambang 1Malaysia.

 BN Teruk Tiba-Tiba Umnolah Permata

Tetapi setelah pencapaian BN ternyata hambar akibat apa yang Mohd Najib labelkan sebagai tsunami Cina dan BN diselamatkan oleh Umno, seni kata dan irama tiba-tiba berubah.

Umno dinobatkan sebagai berjaya dan lebih kuat kerana memenangi 88 kerusi Dewan Rakyat berbanding 79 pada PRU 2008.

Soalnya, apakah pencapaian Umno yang lebih cemerlang itu adalah kerana para pembesar Umno mengutamakan Umno dan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri takut kuasa mereka akan bertambah lemah kalau parti-parti Cina dalam BN menang besar?

Bagi ahli dan penyokong Umno yang memperoleh maklumat daripada media arus perdana, mereka tentulah mendapat gambaran yang BN, khasnya Mohd Najib, melakukan apa saja, termasuk memperluaskan pendidikan Cina dan Tamil, untuk mendapatkan undi Cina dan India.

Mereka tentu membaca, melihat dan mendengar bagaimana Perdana Menteri tidak putus-putus menguar-uarkan penaikan taraf pendidikan Cina dan Tamil, memberi peruntukan tambahan kepada sekolah Cina dan Tamil dan berjumpa berbagai-bagai badan radikal Cina dan India seperti Dong Zong dan elemen Hindraf.

Apa yang dilihat sebagai tolak ansur yang keterlaluan dengan orang bukan Melayu itu mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang Melayu bahawa kuasa mereka akan lebih tercabar sekiranya MCA, Gerakan dan MIC menang besar.

Tetapi yang paling menakutkan majoriti orang Melayu adalah kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemunculan DAP sebagai pemain dominan politik nasional.

Jadi, apakah Umno menang lebih besar pada PRU lalu kerana Presiden Umno mengutamakan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri berasa kepentingan mereka tidak lagi diutamakan oleh para pembesar parti maka mereka bertindak memperkuatkan Umno dan orang Melayu dari bawah?

Tetapi harus juga diakui bahawa selain penyokong tradisional, Umno juga mendapat sokongan pengundi atas pagar serta penyokong PAS dan PKR. Banyak penyokong PAS memangkah calon-calon Umno kerana membantah kerjasama parti mereka dengan DAP dan PKR.

Kalau inilah keadaannya maka suara akar umbi adalah sangat penting dalam penentuan kepemimpinan Umno bermula dengan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini.

Sangat tepatlah kalau ahli biasa Umno di cawangan-cawangan diberikan muka dan suara untuk menyatakan sama ada mereka mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau mana-mana juga jawatan dipertandingkan atau tidak.

Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu.

Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.

Lagipun, Mohd Najib sendiri berkata selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 31 Mei lalu yang Umno mengamalkan demokrasi dan pemimpin bebas dicabar. Tindakan memperluaskan asas pengundian bagi memilih pucuk pimpinan bermula pemilihan kali ini wajiblah dikotakan dan disahihkan melalui tindakan.

Wallahualam.

Saturday, June 01, 2013

Parti Tunggal BN Mungkin Tidak Praktikal


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SATU lagi kesan positif Pilihan Raya Umum 2013 adalah kesediaan Barisan Nasional memikirkan sesuatu yang tidak mungkin, iaitu mengubah dirinya menjadi parti tanpa komponen.

Baguslah kalau Umno akan menubuhkan makmal khas mengkaji ura-ura itu, tetapi secara peribadi, saya tidak menjangka yang parti-parti bangsa dan kaum dalam Barisan Nasional akan bersedia membubarkan diri dan bergabung menjadi sebuah parti tunggal.

Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh “memujuk” kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!

Yang mungkin bersedia menimbang idea parti tunggal BN adalah parti-parti komponen majoriti Cina yang nazak seperti Gerakan, MCA dan SUPP.

Idea parti tunggal BN ini nampaknya dipengaruhi oleh cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Chang Ko Youn, agar BN mengamalkan sistem keahlian terus (direct membership) yang pernah diamalkan oleh Perikatan sebelum diperbesarkan menjadi BN pada tahun 1973.

Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu.

Umno Tambah Kuat, Kata Najib

Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?

Mengapa harus Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu?

Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam.

Lagipun, masalah pokok BN bukan organisasi atau struktur, tetapi imej dan persepsi kepemimpinan BN yang negatif.

Ubah struktur parti tanpa mengubah kualiti dan integriti kepemimpinan tidak akan menjadikan BN lebih diyakini dan disokong oleh pengundi.

Meminjam dan mengalih ungkapan bahasa Inggeris, kepemimpinan Umno dan BN haruslah “membezakan yang mana satu pokok dan yang mana satu hutan belantara”. Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).