Saturday, September 14, 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Wajib Ada Komitmen Dan Keberanian


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PERDANA Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, telah pun membentangkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Banyak orang hadir di majlis itu dan oleh sebab ucapan beliau disiarkan secara langsung oleh pelbagai stesen TV dan saluran Internet, maka bolehlah saya simpulkan yang cukup banyak orang mendengarnya.

Kepada yang belum mengetahui atau yang mahu menghalusinya, di bawah ini saya siarkan teks penuh ucapan beliau.

Saya tidak akan mengulas panjang atau membuat analisis terperinci. Apa yang beliau bentangkan bukanlah terlalu sukar untuk difahami dan dinilai. Saya sekadar ingin menyebut perkara berikut:

1. Ia bukanlah pembentangan dasar baru. Ia sekadar penerusan dasar dan pendekatan yang sedia ada berteraskan ETP dan GTP dan pembangunan inklusif. Ia lebih berupa pembentangan pentadbiran.

2. Keberkesanan rancangan, pendekatan yang terkandung dalam dokumen itu banyak bergantung pada birokrasi. Kalau sikap, kecekapan dan komitmen para pentadbir awam tidak berubah, harapan menjayakan ikrar pasca-PRU dan pra-pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berkesudahan dengan walhasil balik asal, itu pasal tak hasil.

3. Daripada ucapan Mohd Najib itu jelas bahawa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memainkan peranan penting menjayakan pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Jadi, apa pun minat dan kecenderungan Mohd Najib terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan, kepentingan GLC, GLIC, Bumiputera, rakyat jelata serta nagara wajib dipertahankan. Penyerahan kepada TPPA akan sekali gus mengehadkan kemampuan GLC membantu pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera.

4. Sebelum saya memberikan endorsement dan thumbs-up, saya akan tunggu segelas air yang dijanjikan kepada saya (baca posting lepas) dihantarkan. Selepas meminumnya dan saya tidak keracunan, barulah saya akan menjerit “hooray”. Sementara menunggu saat itu, saya memberi “benefit of the doubt” kepada Perdana Menteri.

Seorang penyelidik dan penganalisis ekonomi yang saya temui berkata:

“1. PM seems to understand some of the key issues facing the community, but unfortunately the policy initiatives announced this morning lack substance and coherence, and more importantly they will not solve the Bumiputera economic problems.

 2. Even his first initiatives i.e MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA is already seems misguided. He knows that the Bumi can’t get a job because of discriminative policies in the private sector, and yet this is conveniently not addressed. It is pointless to equip these young ambitious Bumi students and graduates if the private sector would not employ them. In addition, engaging ‘weak’ institutions such as Giat Mara and IKBN would not give these kids a strong ‘premium’ in employability.

3. His second imitative - MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT – is also equally misguided. It is again pointless to set up ASB2 if majority of the Bumiputera do not have a financial capacity to save. I am sure the PM is fully aware that not even 50% of the Bumiputera has an account with ASB, and majority of those that do have, only invest less than RM700. If the aim of the policy is to ensure Bumi equity ownership in the corporate sector increases, then setting up ASB2 is not the answer. Bumi has no money. They are still working in low-level occupations. The strategy should instead focus on addressing how to improve their income, but we didn’t even hear a word this morning on how this problem is to be addressed.

4. The third initiative [MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA] is again, shows how insensitive the PM to the grouses of the rakyat. It is again pointless to ask PR1MA or SPNB and state agencies to build ‘affordable’ houses when prices of these houses are anything but affordable.

5. As with NEM and ETP, the focus of this speech remains confine to the business segment of the bumiputera community. How about the majority of the Bumiputera who are wage earners? Does this policy specifically address the problems facing Sabah and Sarawak? How about the rural households? Again, this morning announcement seems half-baked.

6. Finally, what is most disappointing is that the leadership failure is not addressed. Researchers on Malay issues  - from Munshi Abdullah to Zaaba to Syed Husin Alatas – all reveal that the common theme of backwardness of the Malay society is due to lack of quality leadership. None of the announcement this morning addresses the incompetence of the leadership.”

Keras tetapi inilah pendapat dan tanggapan generasi muda Bumiputera yang terpelajar dan komited kepada pemerkasaan ekonomi Bumputera. Merek masih tidak yakin dan tidak teruja dengan janji dan kata-kata sahaja.

TEKS Penuh Ucapan Perdana Menteri

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1.             Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusisimbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2.             Terlebih dahulu, saya,bagi pihak Kerajaan,merakamkan setinggi-tinggipenghargaan kepada rakyat Malaysia,terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang,mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional padaPilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara.Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepadaBarisan Nasional,telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.             Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh,terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat,bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demimeneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4.             Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka,di bumi tanah tumpah darah kita.

 5.             Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi sertaresah gulana tuan-tuan dan puan-puan......,Yes... indeed!!!... we hear you...we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6.             Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957,rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7.             Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratuspenduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60etnik.

8.             Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9.             Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2013, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.         Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secaraprinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkandalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11.         Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera,adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.         Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentangAgenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional.Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

13.         Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama,hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, ataumenidakkan hak sesiapa,tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14.         Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru,telah dan sedang membawa malapetaka.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.              Jika dihimbau kembali,Dasar Ekonomi Baruyakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menanganiisu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinanberikutan tragedi 13 Mei 1969.

16.              Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

17.              Dasar Pembangunan Nasional pula,melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional,semasa membentangkan Bajet tahun 2010,sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18.              Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya,Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA,FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR.Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkanPermodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.

 19.              Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi olehPerdana Menteri Keempat,yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20.              Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi,yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi,dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21.              Selain itu, secara dasarnya,Model Baru Ekonomimemperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaanatau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

22.              Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yanglalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini,adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran,berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalahpersaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23.              Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.

24.              Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25.              Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26.              Kadar kemiskinan Bumiputera pula,telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012.Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputerajuga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

27.              Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu,bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golonganbertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para juruteradanpara peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum.

28.              Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru,sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.              Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnyajurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh,pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

 30.              Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.

31.         Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, ....pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.

32.         Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSANBUMIPUTERA

33.              Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputerayang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

34.         Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran,Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supayamereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.

35.         Dalam aspek ini juga, program re-skillingakan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

36.         Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.

37.         Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38.              Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera,Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera danahli sains aktuari.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39.         Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan,terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

1. Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial.Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainyahampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.

2. Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

3. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysiaatau PR1MA sertaSyarikat Perumahan Negara Berhaddan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputeradi seluruh negara, termasukSabah dan Sarawak.

5. Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

6. Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkanuntuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

7. Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat: MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

8. Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad.

9. Dalammengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.

10.  Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysiasebanyak300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak.
 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

11.  Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan,dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional.Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangkaakan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013,kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.  Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, saya akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilahberasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

13.  Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.

14.  Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysiadan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.  Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

 16.  Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.

17.  Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

18.  Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi. Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

Tuan-Tuan dan Puan-puan,

19.  Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKASakanmengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakankepada Bumiputera.

20.  Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepadaprojek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC.Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputeraterpilih secara meritokrasi.


21.  Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

22.  Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.

23.  Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERBakan diperkenalkan.Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

24.   SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga500 ribu ringgit kepada entrepreneurbaru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

25.  Pemilihan entrepreneur-entrepreneurBumiputera ini adalah berdasarkan merit danakan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akanturut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima: MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

26.  Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secaraefektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

27.  Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

28.  Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.  Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

30.  Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Ladies and Gentlemen,

31.  Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.

32.  Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

33.  Bahkan, kerukunan kitatelah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

34.  Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.

35.  Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

36.  Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

37.  Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.

38.  Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

39.  Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

40.  Demi Melayu......, Demi Bumiputera........,Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

41.  Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang Menteri atau CEO bertaraf Menteri.
 
42.  Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

43.  Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44.  Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.

45.  Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.

HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.



Tuesday, September 10, 2013

The PM, My Glass Of Water And Bumiputera


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]


UPDATE, Sept 12 – THE PM speech at UiTM on Saturday, Sept 14, is at 10.30am. This is according to an EPU invitation faxed to Dato' A. Kader Jasin (I assume that’s me) today.

It will be aired live by TV1, TV3, Bernama TV and Astro Awani. Also live streaming at www.epu.gov.my and at www.teraju.gov.my  and live tweet at twitter.com/terajuofficial.

ORIGINAL POSTING
 
CAN the Prime Minister be made to change?

Some Umno dreamers and the pro-Umno Malay cendekiawan think it is possible.

Fine.

But what if Mohd Najib the Prime Minister of all Malaysians does not want to change?

Or he does not see why he should change since he does not think he has done anything wrong?

I am provoked to pose these questions for two reasons. The most recent one first. This morning I received the following SMS:

“Jemputan khas dari JPM utk Majlis Pengumuman khas oleh PM berkenaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pd 14/9 (Sabtu) jam 8.00 pagi di Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam.”

(Special invitation from the PMO to special announcement of the Strengthening of Bumiputera Economy by the PM on 14/9 (Saturday) at 8.00am (CORRECTED) at Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam.”)

There are still people in the bottom 40% who live like this

Before that, several people who fall into the above categories had told me that since it is difficult to change the Prime Minister, we would now endeavour to change the way he runs the country.

I said to them that I have seen enough of the Mohd Najib Abdul Razak - starting 1977 when I interviewed him on the anniversary of his first year as an MP – to think that he could be changed.

So I told them, if the PM promises me a glass of water, I would not believe in his “janji ditepati” (promise fulfilled) until I drink the water and not be poisoned by it.

It sounds harsh. I am not accusing the PM of trying to poison me. I am not worth wasting the rat’s poison on. But what I am saying is, many things that he says, promises and implements are lost in translation.

Too Many Robins and Catwomen in the PM's Entourage

This is not because Mohd Najib is a bad man with an evil heart. On the contrary, I am sure, he wants to be a hero like the Batman saving Gotham, but the problem with the PM is he has too many Robins – males and females – who are competing with each other for his love and affection, money and power.

I am more than sure that Mohd Najib is capable of delivering a glass of well-treated water, free of diesel contamination, for me to quench my thirst.

But what worries me is, along the way, despite Idris Jala’s best efforts to transform the government delivery system, my glass of water gets contaminated, part of it is lost to evaporation and part of it is spilt by the many Robins and Catwomen in his office that when I drink it, I could not fully quench my thirst and instead suffer a bad case of stomach ache.

So to the Umno dreamers, the youthful Malay idealists, the aging Mubarak faithful and the hopeful pro-Umno bloggers, I implore them not to empty the tempayan upon hearing the distant thunder and not to “pipiskan lada” upon seeing a flock of birds in the sky.

So I shall wait for Mohd Najib’s Sept 14 announcement on “Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera” (Strengthening the Bumiputera Economy) and be on the look out for my glass of water.

For now, I shall temper my scepticism and cynicism with “baik sangka” and pray that the Umno dreamers and hopeful Malay cendekiawan are correct after all – that Mohd Najib can be changed without changing the PM.

Wallahualam bi Sawab. Allah knows best.

Friday, September 06, 2013

Pemilihan Umno: Antara Watak dan Dasar


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PEMILIHAN kepemimpinan Umno semakin panas. “Hot” kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini.

Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (locomotive) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang “gumbira” (meminjam bahasa P. Ramlee) dan kargo yang berharga?

Kalau kepalanya saja yang “hot” tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga.

Kereta api wap KTM panas, bising dan berasap. Saya nostalgia. Inilah kereta api zaman muda saya.

Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api.

Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan, iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno.

Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek.

Apa Orang Umno Mahu?

Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.

Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan.

Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.

Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil.

Masih adakah lagi pewaris Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Dr Mahathir di kalangan kepemimpinan dan calon pemimpin Umno dewasa ini?

Masih pedulikan kepemimpinan Umno kepada kedudukan orang Melayu dan Bumiputera lain yang berupa majoriti dalam kelompok 40 peratus rakyat jelata terkebawah dalam arena ekonomi?

Selepas menyalahkan kehambaran pencapaian Barisan Nasional kepada tsunami Cina, adakah Mohd Najib dan kepemimpinan Umno akan mengucapkan terima kasih kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah kerana menyelamatkan BN dan Umno pada 5 Mei lalu dengan memberikan mereka apa yang telah diabaikan?

Apakah Mohd Najib akan membentangkan agenda Melayu, agenda Bumiputera dan agenda rakyat miskin yang lestari (sustainable) sebelum atau ketika Perhimpunan Agung Umno kali ini?

Gila "Wow Factor" Lagikah?

Atau adakah Mohd Najib dan barisan penasihatnya (yang sama panjang kereta api kontena Butterworth-Padang Besar) akan terus melaksanakan strategi “war room” PRU 2013 mereka yang tidak menjadi?

Kereta api berlokomotif diesel angkut kontena. Selamat, jimat, cepat.

Apakah mereka masih terus mencari “wow factor” yang mereka harap akan memberikan mereka faedah jangka pendek kerana mereka perlu mempertahankan jawatan atau mahu mendapatkan jawatan dalam parti?

Adakah mereka akan memberikan gula-gula seperti biasa dan melaksanakan dasar-dasar yang tidak lestari semata kerana mahu cepat menuai hasil?

Kalau “faktor wow” yang mereka mahu, jawapannya mudah saja – turunkan harga petrol dan diesel 30 sen seliter dan umumkan BR1M ketiga sebanyak RM1,000 atau lebih sebelum penamaan calon 28 September dan pengundian 19 Disember ini.

Kepada para bekas Menteri, para bekas Adun dan MP, para pemikir yang idealistik dan kepada semua yang kerap bermimpi di siang hari mengenai agenda Melayu dan agenda “growth with equity” nasihat dua sen saya mudah saja.

Kalau ada orang menjanjikan kita segelas air, kita jangan percaya sehinggalah kita minum dan tidak mati keracunan. Moralnya jangan mudah sangat percaya dan wajib sentiasa ada penawar racun berbisa.

Isyak-Allah kita selamat, bangsa kita selamat, negara kita selamat dan agama kita selamat dan orang Melayu boleh berkata “I am Malay first” tanpa diherdik oleh orang bukan Melayu.

Akhir kalam, adakah aspirasi Tun Abdul Razak masih mengalir dalam darah daging Umno?

Kuasa, kata beliau, terletak di tangan masyarakat Melayu dan untuk memanfaatkan kuasa itu, orang bijak di kalangan orang Melayu haruslah terdiri daripada elit yang ditentukan oleh kebolehan, sikap dan komitmen kepada negara keseluruhannya. Kelas, kelahiran dan wang bukanlah faktor utama”.


Tuesday, September 03, 2013

Harga Minyak Naik Lagi: Siapa Untung?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE - SAYA akui bahawa sesetengah bentuk subsidi tidak lestari (unsustainable), tidak adil pembahagiannya dan wajar dirasionalisasikan.

Tetapi mengurangkan kadar subsidi dengan mendadak bukan saja membebankan pengguna dengan serta merta tetapi boleh juga menyebabkan kenaikan kadar inflasi dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Adalah sukar meyakini dakwaan rasmi bahawa harga bahan makanan akan naik 0.1% sahaja akibat pemotongan subsidi terbaru sedangkan jumlah yang akan diselamatkan bernilai RM1.1 bilion. Apa halnya dengan kos pengangkutan, pengilangan dan penjanaan elektrik?

Kalau tujuan Mohd Najib adalah meyakinkan badan-badan penarafan antarabangsa agar tidak menurunkan “rating” Malaysia, penjimatan RM1.1 bilion itu tidak memadai kalau tidak disusuli oleh pakej ekonomi, fiskal dan mata wang yang lebih mantap, mampan dan disertai oleh pembahagian yang lebih sama rata.

POSTING ASAL

MULAI tengah malam tadi, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter berikutan pelaksanaan seterusnya dasar rasionalisasi subsidi.

Kalau masih ada yang belum lupa, harga semua bahan petroleum naik dengan banyak pada bulan Februari 2006 apabila bekas pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan dasar itu.

Kalau ada pembaca yang berminat, bolehlah baca disini. Saya tidak mahu mengulang ulas sebab kesannya lebih kurang sama sahaja.

Inilah demokrasi berpilihan raya. Sebelum dan ketika pilihan raya, semua pihak yang berebut kuasa akan menjanjikan yang terbaik – janji ditepati.

Kita pun janganlah terperanjat sangat kalau beban kewangan yang terpaksa kita tanggung tidak berhenti di sini. Tunggulah Belanjawan 2014 tidak berapa lama lagi.

Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.

Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu! 

Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?

Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita.

Wallahualam.

Tuesday, August 27, 2013

Kedamaian Rimba dan "Hantu" Altantuya


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

HUJUNG minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.

Terima kasih kepada (Tan Sri) Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.

Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.

Harapan Kepada Generasi Muda

HATTA ucapan dari lubuk hati Exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.

Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.

Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.

Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin, I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!

Dan kepada yang lain juga kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya adalah berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang mereka boleh fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.

Hantu Lapar dan "Hantu" Altantuya

KITA boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.

Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”

Kita semu sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu.

Peguam Negara, Abdul Ghani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.

“Who Killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang Tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?

Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisors, consultants and special officers.

Alas Holmes and Watson were fictional although Antantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.

Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau subjudice.

NOTA Kaki: Syabas Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri baru Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru, Abdul Khalid Abu Bakar kerana ada tulang belakang dan tidak asyik minta maaf. Cantas 1% penjenayah, penjahat dan penyangak demi kesejahteraan 99% rakyat jelata yang patuhi undang-undang. Tapi cantas juga anggota polis kambing hitam yang sama jahat dengan penjenayah, penjahat dan penyangak. Insya-Allah rakyat sokong.

Wednesday, August 21, 2013

Call Me A Fool, I Am Worried


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

FOR the Muslims, the holy months of Ramadan and Syawal are a time for reflection. Time that they pause to remember the blessings of Allah and to be grateful for His bounty. For the older ones, it’s time to recall the time that had gone by.

Parents are hopeful that their children will be thankful for the sacrifices they had made and to cherish their legacies.

It was on this note and premise that the late Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia’s second Prime Minister (1971-76), laid the foundation for the Internal Security Act (ISA).

In his speech to the Dewan Rakyat, when debating the bill on June 22, 1960, Tun Abdul Razak, among other things, said:

“Sir, no one can predict the future, history alone can tell; but I am of the firm conviction that if we pass this Bill today our children and grandchildren will be very thankful for our foresight, our forethought, for taking measures to protect our young nation and our new State and for taking measures to make democracy safe in this country and taking measures to make this country a healthy place for them to live in the years to come.” (Read more)

Tun Abdul Razak: Great Foresight and Forethought
Yes, I am very thankful to Tun Razak’s foresight and forethought. The ISA made democracy safe and Malaysia a healthier place to live in.

But not everybody shares Tun Abdul Razak’s hope and aspiration. Not every child and grandchild is thankful to his foresight and forethought.

Or maybe he or she does not even know what this great man had said and done for him and her. Malaysians don’t particularly care about history, heritage and legacy. Sad.
Mohd Najib: He has a different idea
Just a thought and a reminder that there are so many things the successors to the past leaders don’t know or don’t care about.

I wonder what role the Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri plays these days since preventive detention laws have all been done away with and as Malaysia becomes increasingly unsafe and unhealthy.

Yes, there is an advisory board at the Prime Minister Department on these matters. But all of us know that the current PM has the largest number of advisors, special and not so special.

Advisors vs Hangers-On

IT will not surprise me a bit if more will be appointed, not so much for the value of their contribution, but to keep them happy, to neutralise them and to empower the PM by having one advisor cancelling the other. A brilliant strategy, if indeed it is one.

The many million ringgit question is, who are paying these men and women their “taraf menteri” salaries and do they really contribute?

No wonder our budget deficits under the PM as Finance Minister is growing bigger and are attracting negative international ratings.

And we should all be worried about the spectre of the 1997/98 Asian Financial Crises staring at us once again.

China has slowed down. Thailand has gone into recession. The ringgit is weakening against major currencies.

But do the advisors to the PM care that the rupiah had slid to its lowest in four years on Aug. 19 and Indonesia’s share prices fell the most in 22 months and government bonds slumped on concerns over a much wider current-account deficits?

Here in Southeast Asia, the crisis of 1997/98 started in Thailand and Indonesia. Are we not worried? Are we prepaared? Do we have a contingency plan?

The PM was a junior minister when the recession hit in 1997/98. Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Daim Zainuddin worked hard to rescue the economy. Are they the PM’s penasihat bertaraf menteri? I have not heard of it.

Maybe I am deaf. Wallahualam.

Tuesday, August 20, 2013

Apa Bezanya Arab Sekarang Dengan Arab Dulu?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

Inilah bunga Arab Spring
ADA pembahas meminta pandangan saya mengenai pergolakan berdarah di Mesir. Saya sengaja tidak mengulas sebab saya rasa tidak cukup memahami minda dan tabiat orang Arab.

Saya dilahirkan dalam suasana yang mengajar saya menghormati orang Arab “atas sebab-sebab agama”. Antaranya kerana mereka lebih awal Islam daripada kita.

Al-Quran dan Hadis banyak menceritakan mengenai akhlak orang Arab. Saya tidak perlu mengulangi atau mengulasnya.

Secara ringkas dan rambang, berikut adalah pendapat dan pemerhatian saya berkaitan krisis di Mesir, khasnya, dan dunia Arab amnya:

1. Pemerintahan demokrasi bukanlah kekuatan orang Arab. Dua sistem pemerintahan yang lazim di dunia Arab adalah sistem raja dan republik. Persamaan kedua-dua sistem itu adalah mereka bergantung kepada angkatan tentera yang kuat sebagai kunci kuasa.

2. Angkatan tentera di majoriti negara Arab adalah sebahagian daripada sistem politik. Kebanyakan pemimpin dunia Arab yang berjaya membawa ketenteraman dan kemajuan kepada negara adalah daripada kalangan tentera atau yang mendapat sokongan tentera.

3. Sistem raja dan tentera kukuh dan kuat dalam era Perang Dingin apabila Blok Barat dan Komunis memecahkan dunia Arab ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Negara-negara beraja mirip kepada Barat manakala republik mirip kepada Kesatuan Soviet.

4. Keruntuhan empayar komunis dan dominasi oleh Barat membawa idea baru ke dunia Arab, iaitu demokrasi yang asing bagi majoriti orang Arab.

5. Barat mahu mendemokrasikan dunia Arab, tetapi majoriti gerakan politik yang bergiat secara haram atau dengan dikawal ketat pemerintah adalah anti-Barat. Kebanyakan mereka berpaksikan ideologi agama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau atas landasan puak seperti di Iraq, Syria dan Lebanon.

6. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1928 - sejak zaman Mesir di bawah pemerintahan raja lagi – dan berkembang ke banyak negara Arab walaupun ditekan dan dimusuhi. Banyak pemimpinnya dibunuh, dipenjarakan dan dibuang negeri. Ia kekal sebagai gerakan politik dan sosial dunia Arab sampai ke hari ini.

7. Apabila pemerintahan Hosni Mubarak yang disokong tentera jatuh akibat tunjuk perasaan raksasa rakyat jelata, tentera hilang pengaruh kerana bersekongkol dengan Mubarak, seorang bekas jeneral. Lagipun tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pada peringkat awal kebangkitan.

8. Pilihan raya adalah jalan keluar bagi tentera untuk terus berkuasa. Tetapi tentera tidak ada boneka yang kuat bagi menentang Ikhwanul Muslimin. Selepas kejatuhan Mubarak, tentera dan Ikhwanul Muslim sokong pungutan suara, tetapi golongan liberal menolaknya. Golongan liberal secara natural adalah pilihan Barat.

9. Tentera tidak dapat menerima hakikat bahawa musuhnya selama ini, iaitu Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya presiden. Walaupun Mohamed Morsi dianggap terbuka dan tidak fanatik namun beliau tidak diterima oleh tentera dan golongan liberal pro-Barat. Ikhwanul Muslim ada pengalaman politik, tetapi lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Ekonomi Mesir yang sudah pun lemah menjadi kaku. Rakyat jelata yang pada mulanya menyokong beliau mula tawar hati dan marah. Kekacauan melumpuhkan industri pelancongan yang berupa penyumbang utama kepada ekonomi Mesir.

10. Setelah gagal menggunakan jalan demokrasi untuk mengekalkan pengaruh dan kuasanya, tentera kini kembali ke jalan raya menyokong penunjuk perasaan yang menentang Morsi dan menggunakan polis untuk bertindak kejam terhadap penyokong Morsi.

Kesimpulannya, Musim Bunga Arab (Arab Spring) adalah musim berdarah bagi banyak negara Arab dan  rakyat jelata mereka. Imej Islam turut terjejas. Pengaruh tentera dan pemerintahan kuasa mutlak semakin dipertikaikan, tetapi dunia Arab tidak mempunyai institusi demokrasi yang kuat dan menyeluruh. Akibatnya, angan-angan demokrasi berubah menjadi anarki. Arab berbunuhan sesama sendiri. Yahudi senang hati. Barat terus menanam tebu di tepi bibir.

Dan selagi dunia Arab tidak boleh menerima kepelbagaian suara dan membawa berunding gerakan politik seperti Ikhwanul Muslimin, selagi itulah dunia mereka akan bergolak dan sistem pemerintahan rakyat tidak akan menjadi realiti.

Harap-harap kita di Malaysia tidak akan jadi macam orang Arab kerana perbezaan politik atau kerana berbahas mengenai masjid dan surau yang tak betul arah kiblatnya. Wallahualam.

Friday, August 16, 2013

Kes Surau: Elok Jangan Terlebih "Emo"


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 17 Ogos - (1) Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini. SOKONG! (Baca di sini).

 

(2) Status penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu. Hmmmmm.(Baca di sini).


POSTING ASAL

ADA juga baiknya jadi binatang purba (dinosaur) yang tidak pupus macam saya. Banyak yang telah dilihat, didengar dan dicakapkan.

Jadi saya tidaklah “emo” berlebih-lebih sangat sampai mendedahkan diri kepada serangan jantung dan strok.

Bagi dinosaur macam saya, soal kiblat tak betul atau orang bukan Islam “sembahyang” di dalam surau atau masjid bukanlah perkara baru.

Tapi bagi orang muda, orang kurang baca, orang yang umpama katak bawah tempurung dan orang yang pandai menangguk di air keruh, khasnya di kalangan generasi Internet, ia adalah isu emosional kelas dunia.

Soal surau, masjid dan orang solat tak ikut kiblat atau kurang tepat kiblat bukanlah perkara baru atau asing. Puncanya banyak orang Islam tidak saintifik, malas belajar dan malas berfikir.

Surau kontroversial di Sedili Besar, Johor
Banyak lagi orang Islam Malaysia, bila kita tanya mana arah kiblat, mereka kata, matahari turun atau matahari jatuh. Bukan Kaabah tetapi matahari jatuh. Mereka tidak tahu kalau mereka pergi ke Eropah mereka kena sembahyang menghala matahari naik.

Mungkin mereka tidak sedar atau tidak ambil peduli bahawa bila sembahyang di depan Kaabah ada kala mereka menghadap ke arah matahari naik, ada masa menghadap ke arah matahari turun, ada masa ke arah utara dan ada masa ke arah selatan.

Sampai hari ini pun ada lagi orang Islam Malaysia yang ubah kiblat ikut pergerakan matahari. Inilah akibat kita diajar sembahyang menghala matahari turun dan guna bayang untuk tentukan masuk waktu sembahyang.

Itu cara lama. Cara sebelum ada kompas, sebelum ada peta Google dan sebelum ada takwim. Malangnya, setelah ada kompas khas Kaabah dan peta Google pun ada lagi orang kita yang tidak tahu yang matahari bergerak mengikut musim dan kedudukan Malaysia bukan bertentangan dengan Kaabah.

Kalau kita di Kuala Lumpur, arah Kaabah adalah 292.6 darjah dari utara arah ikut putaran jam (clockwise). Maksudnya kita tidak menghala barat tetapi utara barat laut (northwest). Kalau ikut kedudukan, kita berada di koordinat 3° 51' 44.5638" Utara dan 101° 59' 0.1608" Timur, iaitu atas sikit dari Khatulistiwa manakala Makkah 21° 25' 36" Utara dan 39° 49' 34" Timur.

Jadi eloklah kita jangan emosi sangat sampai nak roboh surau dan masjid kerana tidak jajar (align) dengan Kaabah. Lagipun, sejak kefahaman dan amalan Islam menjadi semakin luas di negara kita, orang bukan Islam pun banyak yang sediakan ruang untuk surau.

Perkara biasalah kalau ada surau yang atur ruangnya tidak jajar dengan kiblat. Apalah nak dihebohkan. Kita hampar sajalah sejadah agar menghala Kaabah dengan menggunakan kompas. Sekarang ada banyak kompas khas untuk pastikan kiblat. Sepatutnya kita kena bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang yang sediakan ruang untuk surau.

Tapi kalau bangunan yang didirikan khas sebagai masjid dan surau lain hal lah. Sepatutnya sebelum didirikan, mintalah persetujuan pihak berkuasa agama dan mintalah mereka bantu pastikan kiblat dengan tepat. Janganlah main agak-agak atau suka-suka.

Ada Tempat Ibadat Untuk Semua

Berkenaan pengusaha calet dari Singapura itu pula, saya rasa eloklah disiasat kefahamannya terhadap Islam dan pengetahuannya berkenaan hukum-hakam kita. Janganlah cepat sangat melatah sampai hendak tarik balik taraf pemastautin tetap dia.

Boleh jadi dia jahil atau terpengaruh dengan amalan di negaranya. Di Singapura, ada tempat “ibadat” yang dikongsi oleh semua agama misalnya macam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, “prayer room” (bilik sembahyang) adalah untuk kegunaan penganut semua agama atau orang yang hendak bermeditasi. Bukan Singapura saja, di banyak negara bukan Islam kemudahan bilik sembahyang adalah untuk kegunaan semua agama.

Notis Bilik Sembahyang Pelbagai Agama di Lapangan Terbang Changi, Singapuraa
Mungkin tidak di Malaysia. Lagipun tidak perlulah orang Islam Malaysia toleransi dan terbuka sangat sehingga benarkan orang bukan Islam “beribadat” di surau atau masjid sebab mereka pun ada rumah ibadat masing-masing. Malah bagi sesetengah mereka, tokong dan kuil mereka ada di merata tempat. Melawat bolehlah. Itu pun kenalah tertib dan sopan.

Di tempat-tempat di mana orang pelbagai agama berkongsi tempat ibadat asal usulnya adalah peninggalan sejarah. Misalnya di kalangan penganut Islam, Kristian dan Yahudi.

Akhir kalam, marilah kita jadi orang Islam yang bertolak ansur (bukan menyerah), berilmu dan budiman. Wallahualam.

Tuesday, August 13, 2013

Kalau Mohd Najib Masih Peduli


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus. Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya menentang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.

Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna. Ia bukan sahaja melindungi 99% rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.

Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling menembak ketika dalam tahanan perlindungan?

Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.

Saya rasa Mohd Najib, ahli Kabinet beliau dan Ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.

Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.

Ahmad Zahid Bersuara

Yang terbaru “menyalahkan” pemansuhan EO sebagai punca peningkatan mendadak jenayah adalah orang kuat Mohd Najib sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri. (Baca di sini).

Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?

Beliau dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, pemansuhan EO berpotensi menghasilkan 260,000 penjenayah. Mengikut unjuran beliau, tiap seorang daripada 2,600 tahanan EO yang dibebaskan mempunyai purata 10 pengikut yang apabila dicampurkan menjadi 26,000 dan mereka ini pula mencari 10 pengikut setiap seorang bagi menjadikan jumlahnya 260,000. Masuk akal.

[Mingguan Malaysia dibaca oleh ahli dan penyokong Umno, oleh anggota polis dan tentera dan oleh orang Melayu yang banyak jadi polis dan tentera.]

Laporan akhbar The Star 12 Ogos pula mengatakan kongsi gelap, kumpulan samseng dan geng jenayah mencari ahli baru ketika mereka di bangku sekolah lagi. (Baca di sini).

Seorang pemandu India yang pernah bekerja dengan saya berkata “perang kawasan” sangat sengit di kalangan bekas tahanan EO keturunan India. Katanya, yang keluar tahanan cuba mendapatkan balik kawasan operasi mereka dan yang diambil alih oleh lawan mereka. Maka berlakulah serang-menyerang, bunuh-membunuh. (Baca di sini).

Pembangkang Turut Bersekongkol

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal unjuran Ahmad Zahid.

Saya langsung tidak hairan. Pembangkang terpaksa menyembunyikan peranan mereka dalam pemansuhan ISA dan EO serta sikap negatif mereka terhadap pasukan polis.

Merekalah yang mendesak, mengasak, menekan dan mengenjut Mohd Najib sehingga beliau naik takut (takut hilang undi) dan tergesa-gesa menghapuskan akta-akta itu.

Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.

Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?

Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.

Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen - tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.

Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.

Tidak perlulah salah-menyalahkan, sanggah-menyanggah dan mencari “mileage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.

Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.

Wallahualam.

Friday, August 09, 2013

Hari Raya at Sri Perdana


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

RAYA PUASA celebration, like most Malaysian religious festivities, is not confined to Muslims only. Of course it is paramount to the Muslims. But Malaysians and residents of other faiths too partake in the Raya festivities.

Some sent greetings to their Muslim friends or visited them. Strangers greet each other as if they are friends. Strictly from the religious point of view, the Hari Raya Puasa or Eid is “compulsory” for a day only - on the 1st day of the Muslim month of Shawal, the 10th month in the Islamic calendar.

On that day, Muslims are forbidden from fasting. But in Malaysia, the entire month of Shawal is celebrated as the Raya month. It’s cultural and only in Malaysia that the Raya open house is held in a big way.

Today’s Friday sermon at the mosque I attended applauded the Raya open house as being in line with the Quranic revelation "O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honoured of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" (Quran 49:13).

So, whether visiting Raya open houses or joining their Muslim compatriots in the “balik kampung” exodus, the non-Muslims have their own ways of partaking in the Raya holidays and with that create their own memories of the event.

A Visit To The PM

AFTER a long absence from the Prime Minister’s open house (since the mid-2000s), I went to one yesterday hosted by Mohd Najib Abdul Razak, his wife Rosmah Mansor, and members of Cabinet. A handful of Ministers and Deputy Ministers were on hand to receive the guests.

After not having had any form of communication with the Prime Minister’s Office since 2009 (except for 2 meetings with the PM, each arranged by Proton and Pemandu respectively for reporting purposes), it came as quite a surprise that during the fasting month I received two invitations from the PMO – one for a media breakfasting, which I could not attend because the fax went astray, and the other for the Raya open house.

PM and Ministers receiving guests  
It was interesting to see the comings and goings of the ordinary folk and the society’s bigwigs. While I was there, many leaders of the Barisan Nasional component parties – past and present – came calling; the likes of S Samy Vellu, Tan Koon Swan and Chua Soi Lek. Then there were members of the corporate elite like Shahril Shamsuddin, Yeoh Tiong Lay, Azman Mokhtar and Kishu Tirathrai.

Also present were former Prime Minister (Tun) Dr Mahathir Mohamad and former Deputy Prime Minister (Tun) Musa Hitam and their spouses.

Memories of Old Times

SEATING beside Musa was an opportunity to relive the old times. As ever, Musa was cheery and not averse to cynicism and occasional sarcasm.

He taught me a lot about the economy, in particular about trade and commodities, back in the late 1970s when I was a reporter with the Business Times and Musa was Deputy Trade Minister and later Minister of Primary Industries.

It was in the latter job that he was faced with the challenge of mitigating the downward spiral of rubber prices. The slump in rubber prices had accorded the young rebel rousing Anwar Ibrahim the reason and opportunity to organise the 1974 Baling rubber smallholders’ protest.

Anwar was detained under the ISA and I went to Baling a couple of times with Musa to meet the smallholders. Several programmes were launched.

Among them were extending Risda’s replanting subsidy to smallholders who occupied state land “illegally”, setting up hostels in towns for rubber smallholders’ children, launching price support system and, at the international level, establishing rubber stockpile by the natural rubber producing countries. Then Malaysia was a respected negotiator and drafter of international and regional treaties and agreements.

The two Chinese undergraduates who sat with Musa at the table had a lot to benefit from the old pro. They were among interns of the Perdana Leadership Programme who were invited to the open house.

Abdullah’s Awakening

THE big talking point was (Tun) Abdullah Ahmad Badawi’s new book – The Awakening” – in which, according to newspaper reports and reviews, he criticized Dr Mahathir.

Well, if Dr Mahathir could criticize Abdullah, why should we be surprised if likewise Abdullah criticizes Dr Mahathir? The Malays say “pulang paku buah keras”.

It’s funny that some people appear to be upset and start to lash out at Abdullah. I am sure Dr Mahathir is more than capable of defending himself should he decide to.

Last but not least, I thank two of PM’s “allies” who  “escorted” me to pay my respect to him. One is PM’s close friend and my colleague at the NSTP, Randhir Singh, and the other is Hardev Kaur, also a colleague at the newspaper group. Hardev has been working for the PM for some years now.

I told Randir not to read too much into my visit to the PM. This is Hari Raya not pilihan raya (general election).

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).