Tuesday, March 30, 2010

PM: MEB Untuk Manfaat Semua

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERDANA MENTERI Mohd Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi.

Menurut Bernama, MEB meletakkan Malaysia di atas landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Mohd Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata model baru itu akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kejayaan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penauangan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Selaras dengan gagasan 1Malaysia beliau, Mohd Najib dilaporkan berkata bahawa model baru ini adalah untuk semua (inclusive), di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.

Namun, saya ingin menyebut semula sebagai mempertahankan DEB bahawa ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.”

Begitu jugalah pendekatan Mohd Najib yang menjadikan pertumbuhan sebagai elemen pokok kepada semua pendekatan ekonomi.

Inilah juga inti pati DEB yang menekankan konsep perkembangan ekonomi yang disertai oleh pembahagian (growth with distribution). Yang diperlukan sekarang adalah pembahagian yang lebih adil dan saksama.

Tidak apalah kalau Perdana Menteri dan para penasihatnya berasa ada stigma kepada identiti kaum atau bangsa.

Namun itu pun bukan salah DEB, tetapi salah pelaksana dan pelapornya yang sengaja melupakan ikrar keramat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu “tanpa mengira kaum.”

Akan tetapi, satu perkara pokok yang wajib kita akui dan terima adalah, sama ada pada era Abdul Razak atau era anaknya, situasi masih belum berubah. Majoriti daripada yang miskin dan memerlukan bantuan masih Bumiputera.

Meskipun atas tuntutan 1Malaysia, Perdana Menteri akan mengelak identiti kaum, namun program dan pembahagian sumber ekonomi di bawah MEB akan hanya berkesan jika kemiskinan dan ketidakseimbangan dihapuskan tanpa mengira kaum dan lokasi.

Lagipun, Perdana Menteri sebagai orang Melayu dan Presiden Umno tentu lebih daripada mengerti bahawa tidak ada suatu apa pun yang beliau lakukan – biar sesuci mana pun niat beliau – akan sah dan sempurna jika perintah dan semangat Perlembagaan tidak dipatuhi.

Tidak perlulah kita mengingatkan beliau dan para penasihat beliau yang merangka MEB itu mengenai peruntukan Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sambil menjamin hak kaum-kaum lain.

Saya harap tindakan Perdana Menteri melancarkan dokumen yang sangat penting ini dalam persidangan "Invest Malaysia 2010" tidak memberi gambaran MEM adalah untuk pelabur dan kapitalis semata-mata.

Mungkin dalam kesempatan dan upacara lain yang lebih mesra rakyat beliau akan mengulangi pembentangan MEB agar ia benar-benar menjadi hak semua rakyat dan penduduk Malaysia.

Seperkara lagi, pelaksanaan MEB akan hanya berkesan dan mengatasi pencapaian DEB jika disertai oleh penyelarasan dan pemantauan yang rapi serta bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Berikut adalah sedutan lanjut laporan Bernama:-

*Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di banda raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan

* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang menawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas.

"Ini boleh mentransformasikan ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.

Mohd Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Mohd Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya. "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dasar tindakan afirmatif yang digunakan semula akan menjadi mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasarkan keperluan.

Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain, kata Najib.

Katanya akan wujud satu dasar tindakan afirmatif yang diperbaharui semula di dalam MEB dengan fokus menaikkan paras pendapatan kesemua kumpulan yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk kumpulan yang tinggal di rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak, isi rumah yang miskin di Semenanjung Malaysia dan nelayan, peniaga kecil dan petani kecil serta "tidak melupakan Orang Asli dan golongan miskin di kawasan bandar yang mahu mendapatkan kehidupan lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas.

"Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat Malaysia hidup di dalam kemiskinan, bahawa kesemuanya mendapat peluang untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran," katanya.

Laporan Neac menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran kini perlu memberi fokus kepada pelaburan biaya upaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baharu di dalam ekonomi.

Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor Uji Perpaduan BN, PR

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEBELUM perjuangan menawan hati pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor bermula, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan dulu sebarang perbezaan di kalangan parti komponen mereka.

Bagi kedua-dua buah gabungan, kalau penentuan calon diasaskan semata-mata kepada majoriti pengundi, maka mereka akan memilih calon Melayu.

Ini adalah kerana hampir 54 peratus daripada 60,000 pemilih berdaftar kerusi itu Melayu, 26.7 peratus Cina dan 19 peratus India.

Tetapi atas semangat setia kawan dan tolak-ansur, BN sebelum ini menyerahkan kerusi ini kepada parti yang mempunyai bilangan pengundi paling kecil iaitu MIC.



SAMBIL kita berbincang mengenai pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya ingin berkongsi gambar beruk pemetik kelapa yang menurut cerita New Straits Times hari ini, namanya Kadir. Nama tuannya diberikan sebagai Yusof Kadir dari Kampung Gerong, Tumpat, Kelantan.

Si beruk Kadir jelaslah bukan beruk Mat Yeh. Menurut laporan NST, ia seekor beruk yang kuat kerja. Kalau setakat 100 biji kelapa sehari perkara biasa.

Dalam ungkapan Utara, beruk Mat Yeh membawa maksud seorang yang berperangai buruk atau nakal macam beruk. Mungkin beruk milik Mat Yeh di Kedah pemalas dan nakal tidak seperti Kadir milik Encik Yusof.

Masa Sanusi Junid jadi Menteri Pertanian, dia beri subsidi beruk dan buat pertandingan beruk pemetik kelapa terpantas. Lepas itu, ada pula yang buat pertandingan ratu cantik beruk. NOTA: Gambar dan cerita ini langsung tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor.

(Sambungan cerita pilihan raya kecil Hulu Selangor)

Namun begitu, selepas prestasi buruk MIC pada pilihan raya umum 2008 dan memandangkan calon India BN kalah kepada calon Melayu PKR, maka amalan ini wajar dan wajib dikaji semula.

Mungkin MIC bukan lagi parti komponen yang layak mewakili BN di Hulu Selangor melainkan BN bersedia mengambil risiko yang tinggi dan melakukan pendakian yang sukar dengan terus memberikan kerusi majoriti Melayu ini kepada MIC.

Apatah lagi, di pihak PR sudah pun jelas bahawa seorang calon Melayu daripada parti yang sebahagian besar kepemimpinannya Melayu iaitu Parti Keadilan Rakyat akan mewakilinya.

Seorang calon Melayu daripada parti yang ramai pemuka Melayu sudah tentulah lebih berkemampuan menarik minat orang Melayu berbanding dengan seorang calon India dari parti orang India. Inilah delima awal BN.

Hanya sokongan besar orang Melayu yang pro-Umno sahaja akan mencerahkan harapan calon MIC memenangi semula kerusi itu.

Soalnya, adakah Umno sudah cukup pulih dan diyakini oleh majoriti orang Melayu sehingga boleh merayu orang Melayu agar menyerahkan undi mereka kepada seorang calon India yang mereka tolak dua tahun lalu?

Atau apakah pengundi India dan Cina akan memberi sokongan padu kepada calon MIC yang mereka juga tolak dua tahun lalu?

Harapan BN lebih cerah jika diwakili oleh seorang calon BN yang popular seperti yang terbukti dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, September lalu di mana bekas Menteri Besar, Mohd Isa Abdul Samad, mengalahkan calon Pas dengan majoriti yang besar.

Jadi tidak hairanlah nama bekas Menteri Besar Selangor dan bekas ADUN Batang Kali dalam kawasan Hulu Selangor, Muhammad Muhd Taib, disebut sebagai layak mewakili BN dalam pertandingan itu.

Kalaupun harapan BN lebih cerah kali ini, sebabnya bukanlah kerana kekuatan sejati BN, tetapi kerana kelemahan PR, khasnya PKR .

PKR sekarang bukan PKR yang membuat kejutan hebat dalam pilihan raya umum 2008 dengan muncul sebagai parti induk barisan pembangkang.

Hari ini, akibat krisis dalaman, kedudukan PKR sebagai parti induk PR telah diambil alih oleh DAP. Peletakan jawatan empat Ahli Parlimennya menyebabkan perwakilan PKR dalam Parlimen lebih kecil daripada DAP.

PKR dan rakan-rakannya dalam PR akan mendapati lebih sukar untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh terus dipercayai dan wakil-wakil rakyat mereka tidak akan melompat keluar parti.

Selain empat Ahli Dewan Rakyat, dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP turut keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Bagi BN, sama ada calon MIC dipilih bertanding atau tidak, kemungkinan ia mendapat sokongan padu pengundi India belum terjamin. Malah undi India akan berpecah tiga jika Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan mengotakan cakapnya untuk bertanding pilihan raya.

Awal bulan ini, Hindraf berpisah daripada PR. Pengasasnya, P. Uthayakumar, menuduh PR mengkhianati harapan dan sokongan masyarakat India.

Lantas dia berikrar kumpulannya akan bergerak bersendirian dan bertanding 15 kerusi Parlimen dan 30 DUN yang mempunyai antara 20 hingga 30 peratus pengundi India. Uthayakumar mungkin menggunakan Hulu Selangor untuk mengotakan ancamannya.

Kerusi Hulu Selangor menjadi kosong akibat kematian Ahli Parlimen PKR Dr Zainal Abidin Ahmad pada 26 Mac. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Zainal menang tipis dengan majoriti 198 undi. Dia memperoleh 23,177 undi berbanding G. Palanivel 22,979 undi.

Memandangkan majoriti pemilih Hulu Selangor Melayu, maka tidaklah memeranjatkan jika ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, akan berasa kecewa jika calon Umno tidak dipilih mewakili BN. Apatah lagi di saat Umno dikatakan semakin pulih tetapi pemuka Umno didakwa terlalu tunduk kepada tuntutan kaum minoriti.

Saturday, March 20, 2010

Krisis MCA: "Ong"kah Ong Lwn Ong?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Mutakhir, 28 Mac] -- PRESIDEN baru MCA, Dr Chua Soi Lek (901 undi) menewaskan Ong Ka Ting (833 undi) dan Ong Tee Keat (578 undi). Timbalan Presiden, Liow Tiong Lai (1,171 undi) mengalahkan Kong Cho Ha (1,106 undi).

[Posting Asal]

BEKAS Presiden MCA, Ong Ka Ting, dikatakan akan masuk gelanggang semula manakala Ong Tee Keat akan pertahankan jawatannya.

Gara-gara Ong Ka Ting lawan Ong Tee Keat ini cukup menarik. Peluang dan risiko sama besar dan sama berat.

Ong Tee Keat mustahil akan berpakat dengan bekas Timbalan Presiden, Dr Chua Soi Lek. Sebaliknya adalah pelik kalau Dr Chua Soi Lek tidak cuba rebut jawatan daripada Ong Tee Keat.

Ong Tee Keat dan Dr Chua musuh ketat. Dari awal lagi Ong Tee Keat tidak mahukan Dr Chua Soi Lek. Itulah pun punca pecah-belah dalam parti Cina Barisan Nasional itu.

Tetapi ada ura-ura yang dua musuh itu akan berpakat untuk menyekat Ong Ka Ting kalau dia benar-benar bertanding.

Soalnya, adakah perlawanan Ong dengan Ong ini akan membawa “ong” (tuah) kepada Persatuan Cina Malaysia atau memburukkan lagi nasib buruknya?

Ong Ka Ting kata, dia keluar daripada persaraan untuk menyelamatkan MCA. Ong Tee Keat kata, dia berhak mempertahankan jawatannya.

Ong Ka Chuan, saudara darah daging Ong Ka Ting kata, kepulangan saudara kandungnya itu meluaskan lagi pilihan perwakilan.

Soalnya, apakah akan muncul semula abang-adik Ka Ting dan Ka Chuan itu nanti akan menenteramkan keadaan atau menambah kekacauan?

Ong Ka Chuan tentu tidak mahu lepas peluang mengekang harapan Dr Chua Soi Lek yang mengalahkannya dalam pertandingan Timbalan Presiden dua tahun lalu.

Pepatah Cina berkata, tidak mungkin dua ekor harimau (jantan) boleh berkongsi sebuah bukit (melainkan di bukit kenang-kenangan macam Bukit Cina).

Menyebut Bukit Cina, teringat saya kepada Allahyarham datuk saya, seorang haji, yang menyertai perarakan jenazah kawan-kawan Cinanya atas semangat kejiranan dan kerakanan.

Dr Chua, yang tidak syak lagi harimau jantan hebat, tentu tidak akan membiarkan harimau lain berkongsi bukit dengannya.

Kalau ada calon yang layak menggunakan lambang harimau, orang itu tidak lain tidak bukan adalah Dr Chua dari Batu Pahat.

Meminjam ungkapan kegemaran Ali G (alter ego pelawak Inggeris, Baron Sasha Cohen) saya “respect” Dr Chua. Dalam bahasa basahan, kita kata tabik spring.

Apa tidaknya. Walaupun disekat dan disensasikan sebagai pelaku seks bebas, namun dia menang besar jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2008.

Jadi, siapakah agaknya yang akan menjadi Wu Song, pembunuh harimau tersohor dalam cerita rakyat Cina, untuk menyembelih Dr Chua?

Sedikit lagi mengenai Wu Song. Walaupun dia seorang pemabuk, tetapi hatinya mulia. Selain membunuh harimau, dia juga membunuh kakak ipar dan kekasih kakak iparnya bagi membela kematian abangnya yang dikhianati.

Ironinya, kerana wira rakyat macam Wu Songlah, hampir habis harimau di Negeri China dibunuh dan dimakan. Menurut stesen televisyen Discovery Channel, tidak sampai 50 ekor harimau liar tinggal di Negeri China.

Harimau dilindungi di Negeri China manakala undang-undang sedang diperkenalkan untuk mengharamkan anjing dan kucing daripada dijadikan makanan.

Berbalik kepada pertandingan baru MCA, ramalan oleh akhbar Nanyang Siang Pau meletakkan Dr Chua di hadapan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Pemecahan undi 2,400 perwakilan oleh dua Ong diramalkan memberi kelebihan kepada Dr Chua.

Soalnya, bolehkah sesiapa pun yang memenangi pertandingan tiga penjuru ini menjadi presiden yang kuat, dihormati dan boleh menyatupadukan semula MCA atau parti itu akan berpecah tiga?

MCA memerlukan kepemimpinan yang kuat dan dihormati kawan serta lawan. Pencabar MCA adalah DAP dan sedikit sebanyak, PKR.

Perbezaan antara MCA dengan DAP ialah MCA demokratik dan DAP autokratik. Lazimnya, parti Cina atau yang majoriti penyokongnya orang Cina lebih kuat apabila ketuanya autokratik macam Lim Kit Siang atau Lee Kuan Yew di Singapura.

Sebab itulah Negeri China bersedia membebaskan sistem ekonomi, tetapi tetap mempertahankan sistem satu parti. Pemimpin Singapura dan China sudah nampak betapa kacau-bilaunya Taiwan apabila didemokrasikan – bertumbuk dan berkuntau tidak habis-habis dalam Parlimen.

Situasi di Negeri China, 99 tahun selepas direpublikkan, masih jauh tersimpang daripada “Tiga Prinsip Rakyat” (Three Principles of the People) yang diidamkan oleh pengasasnya Dr Sun Yat-Sen iaitu nasionalisme, demokrasi dan kehidupan rakyat.

Thursday, March 18, 2010

Mi Abu Dan Nasi Bungkus Upih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas blog kita ini bertanya kalau saya menemui tempat makan istimewa. Jadi saya hendak berkongsi sedikit maklumat mengenai beberapa penemuan baru dan penemuan semula makanan dan lokasi menarik.

Rabu 10 Mac, saya diperkenalkan semula kepada cucur udang Pak Mat yang terkenal di Alor Setar itu selepas lebih 40 tahun.

Pengerusi syarikat saya, Bisharuddin Mohd Noor Basha (Datuk) kaki makan. Dialah yang bawa saya ke gerai Pak Mat di pasar malam PKNK di Alor Setar. Seorang lagi kaki makan adalah Ahmad A Talib (Datuk blogger Pahit Manis).

Masa saya bersekolah dan bekerja di Alor Setar antara tahun 1959 dan 1970, cucur udang Pak Mat sudah terkenal. Gerainya terletak di White Palace, bersebelahan Pekan Rabu.

Pak Mat dah lama mati dan bazar White Palace dah lama roboh. Perniagaannya diteruskan oleh anak cucunya. Mereka ada sebuah kedai di Jalan Tun Abdul Razak (Alor Setar) dan perniagaan bergerak di dua lokasi pasar malam iaitu di kawasan lapang berhampiran bangunan PKNK dan di Mergong.

Pada waktu itu, tidak jauh dari White Palace ada sebuah lagi tempat makan diberi nama Padang Pasir. Nasi mamaknya murah dan sedap. Gulai (kari) udang kertas adalah keistimewaan. Macam White Palaca, Padang Pasir sudah lama roboh.

Kami juga pergi makan mi Abu di Jalan Sultanah. Zaman saya bersekolah dulu, jalan itu dikenali sebagai Jalan Day.

Abu atau Pak Abu adalah seorang India Muslim yang kedai (lebih tepat dipanggil gerai) pertamanya di Jalan Langgar, berhadapan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Pak Abu sudah lama mati, tetapi mi rebusnya yang terkenal terus dihidangkan ala-francais di beberapa lokasi seperti di Jalan Sultanah, Jalan Telok Wan Jah dan Jalan Pegawai.

Masa saya bersekolah di Saint Michael School dan KSAH, Pak Abu jual nasi lemak, mi rebus, mi goreng dan pasembor (rojak ala-India Muslim). Karena murah dan strategik, gerai Pak Abu jadi pilihan murid St. Michael dan KSAH.

Sepinggan nasi lemah ala-India Muslim Kedah dengan separuh telur rebus dan sekeping daging atau hati, harganya 30 sen.

Masa bersekolah Melayu di Pendang pada tahun 1950an, saya jarang makan di kantin kerana kesuntukan duit. Jadi saya bawa bekal. Nasi putih, nasi lemak, pulut biasa atau pulut lemak.

Kalau nasi putih, lauknya ikan atau telur goreng. Nasi lemak sambal ikan bilis dengan telur rebus atau goreng. Selalunya telur itik sebab telur ayam untuk ditetaskan atau dijual.

Bekal dibungkus dalam kotak yang diperbuat daripada upih dan dilapik dengan daun pisang layur. Gabungan upih dan daun pisang layur membuatkan makanan segar dan harum baunya.

(Upih pinang banyak kegunaannya. Selain dijadikan mainan seperti digambarkan oleh kartunis Lat, ia boleh dibuat bahan bungkusan dan timba. Timba upih cukup sesuai untuk mencedok air dari perigi cetek pada musim kemarau. Oleh kerana ia ringan, ia tidak mengeruhkan air.)

Akibat keletihan mengayuh basikal dan berjalan kaki, bekal habis dimakan sebelum kelas bermula. Kami makan dalam kebun getah di sebelah pagar sekolah. Pada waktu rehat kami main dan bila dahaga minum air dari telaga.

Kepada yang minat nasi lemah bungkus daun pisang, saya ada dua cadangan. Pertama di kawasan R&R Bukit Gantang (kedua-dua belah lebuh raya). Nasi lemah ikan masinnya perlu dicuba.

Kedua, di kedai kopi mamak kegemaran saya bernama Restoran Hathija Maju di Jalan SS7/10, Kelana Jaya. Nasi lemah bungkus daun pisang buatan orang Melayu dihidangkan pada sebelah pagi dan petang lepas jam 5.30.

Dalam perjalanan balik dari Alor Setar, kami singgah di Sungai Sedim, kira-kira 30km dari pekan Kulim, untuk mencuba “Tree Top Walk” yang saya dapati cukup mengagumkan.

Jambatan yang dibina di celah-celah pokok rimba dara itu adalah sepanjang 925 meter – dekat-dekat 1 kilometer – dan pada tempat-tempatnya, ketinggian dari paras bumi melebihi 20 meter atau 60 kaki. Boleh gayat dan mencemaskan.

Kalau nak cuba capati, cadangan saya ialah kedai Punjabi bernama “Santha Sweet House” di belakang Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Jangan keliru, yang pakai serban dan beragama Sikh tu orang yang asal usulnya dari negeri Punjab di India. Mereka bukan orang Benggali seperti kita kelirukan.

Orang Benggali seperti yang kita selalu kaitkan dengan roti Benggali berasal dari negara Bengal yang terletak Teluk Benggala. Ramai penduduk Bengal beragama Islam. Tapi jangan keliru pula, di Pakistan pun ada wilayah Punjub.

PS: Sdr OKJ dan semua yang bercuti sekolah, selamat makan angin dengan anak-anak.

Monday, March 15, 2010

Pengajaran Daripada Penangguhan Bil GST

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BULAN lalu kita bincang dengan panjang lebar mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Servives Tax – GST) bila pakar percukaian kerajaan, Datuk Kamariah Hussain, dilaporkan berkata cukai itu tidak akan membebankan pengguna.

Katanya, GST akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Ertinya beban cukai rakyat jelata berkurangan RM1 bilion.

Tetapi tidak lama sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Maksudnya beban pengguna meningkat RM1 bilion.

GST ni cerita lama. Zaman Tun Hussein dulu dah cakap. Zaman Tun Dr Mahathir pun cakap juga. Tapi hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini era Mohd Najib Abdul Razak, pemerintah beria-ia melaksanakannya.

Kita tidak menafikan keperluan kerajaan terus mencari hasil untuk mentadbir dan membangunkan negara. Tetapi kita juga tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat jelata.

Sekarang, setelah jelas bahawa cadangan GST itu mendapat tentangan rakyat jelata dan menghadapi ancaman tunjuk perasaan di Bangunan Parlimen, Pentadbiran Mohd Najib membatalkan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai baru itu.

Kita harap penangguhan ini bukan taktik politik atau percubaan mengelirukan perbahasan mengenai isu ini, tetapi kerana pemerintah telah sedar bahawa ia telah tergesa-gesa membentangkan rang undang-undang itu.

Kalau ditanya para pakar dan penasihat yang hanya peduli soal hasil kerajaan tetapi kurang peduli atau tidak peduli akan kesuntukan hidup rakyat jelata, memanglah apa jua kaedah yang boleh menambah hasil kerajaan adalah baik.

Jadi, eloklah mulai sekarang pemerintah turut mendengar keluh kesah dan berdialog dengan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi daripada hanya mengiakan nasihat pakar dalam dan luar negara. Mereka ini hanya peduli mengenai gaji dan yuran yang mereka peroleh.

Kalau tidak, bukan sahaja pemerintah akan menjadi lebih tidak popular, tetapi yang lebih memalukan ialah apabila ia terpaksa melakukan “flip-flop” pada saat-saat akhir.

Apatah lagi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa era Internet telah merobohkan banyak benteng yang memisahkan manusia.

Kini, jika beliau peka, beliau boleh memperoleh maklum balas bukan sahaja daripada media massa arus perdana, tetapi lebih banyak dan meluas daripada saluran maklumat yang berlandaskan Internet.

Hal yang sama haruslah juga diamalkan dalam usaha merangka Model Baru Ekonomi dan apa jua dasar atau rancangan yang menyentuh kepentingan umum.

Lagipun, apalah salahnya pemerintah mendengar keluh-kesah rakyat jelata dan meminta nasihat mereka yang berpengalaman, khasnya veteran dalam pelbagai bidang.

Orang lama ni mereka tidak ada cita-cita lagi selain membantu agar masa depan anak cucu mereka dan anak cucu kita sejahtera, aman dan makmur.

Rasa-rasanya, tidak ada seorang pun daripada mereka yang hendak jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno semula.

Sebaliknya, orang muda dan para penasihat yang sentiasa memuji dan memuja Perdana Menteri itulah yang perlu diperhatikan.

Bukan apa, kita takut mungkin – saya ulang, MUNGKIN -- ada di antara mereka yang bercita-cita politik dan korporat atau setidak-tidaknya pun untuk menjaga dapur agar terus berasap.

Ibarat kata ungkapan Melayu, sokong membawa rebah! Nasihat umpama jadam. Pahit, tetapi kalau dituruti boleh menjadi penawar kepada racun yang paling bisa. Gula memang manis, tetapi mati semut kerana gula.

Friday, March 12, 2010

MPM Uji Dasar Umno Dan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADALAH memalukan apabila muncul suara-suara sumbang daripada segelintir orang Umno yang mendakwa kononnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) adalah “outfit” Umno.

Inilah cara kera sumbang yang mahu tumpang sekaki apabila buah di pokoknya mula kehabisan atau tidak sesedap buah di pokok orang lain.

Kera sumbang Umno ini sepatutnya bertanya mengapa begitu banyak NGO Melayu dan pemikir Melayu berdiri di belakang Ibrahim Ali bagi menubuhkan MPM jika bukan kerana kecewa dengan sikap Umno dan parti-parti politik Melayu/Islam.

Seperti kita maklum, pada 27 Feb. lalu, sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi menubuhkan MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam.

Ini adalah perkembangan yang sihat kerana buat sekian lama suara orang Melayu/Islam terlalu dipolitikkan oleh Umno dan Pas sehingga mula hilang taring dan keberanian, khasnya selepas Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kemunculan suara alternatif Melayu yang bebas politik seperti MPM boleh menghidupkan kembali kepelbagaian suara orang Melayu/Islam dan menjadi pemangkin kepada penyemarakan semula dialog agama dan bangsa serta mengingatkan Umno dan Pas mengenai peranan mereka.

Secara kebetulan, penubuhan MPM berlaku seminggu selepas Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh media massa sebagai menggesa Umno melakukan perubahan cara bertindak (paradigm shift) supaya mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Bernama melaporkan yang Perdana Menteri menggesa Umno mengambil berat kebajikan orang lain “agar mereka menghormati parti kita”dan jika Umno dihormati, akan wujudlah integrasi dan perpaduan.

Malaysian Insider pula memetik beliau sebagai berkata, ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera di ibu negara pada hari Sabtu, 20 Feb.

“Mengapakah mereka tidak melihat kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka? Mengapa mereka pergi kepada pembangkang?” tanya Mohd Najib.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan kepemimpinan orang Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kita mesti menjaga kaum-kaum lain agar mereka hormat kepada kita,” katanya.

Tidak ada salah atau celanya saranan Perdana Menteri itu. Malah orang Melayu sepatutnya berasa lebih lega dengan “jaminan” beliau bahawa kepemimpinan Melayu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Cuma kita harus bertanya apakah masih tidak cukup apa telah Umno lakukan untuk orang bukan Melayu selama ini dan adakah sudah cukup apa yang dilakukannya untuk orang Melayu sendiri?

1. Bukankah selama ini Umno membela nasib semua kaum di Malaysia secara langsung dan tidak langsung sebagai parti induk Perikatan/Barisan Nasional?

2. Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

3. Bukankah kata putus Umno atau lebih tepat kata putus Perdana Menteri Umno menentukan dasar negara yang merangkumi semua kaum?

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?

9. Atau Perdana Menteri bermaksud mengatakan yang pembesar dan penggiat Umno perlu terbabit terus membantu masyarakat bukan Melayu seperti memberi derma dan bantuan, menguruskan mayat, menjadi bentara di majlis kenduri kahwin dan mencari gadis Cina atau India yang lari dari rumah?

10. Bukankah tanpa Mohd Najib membuat saranan itu pun, sudah cukup ramai orang Melayu yang berasa Umno lebih menjaga hati dan kepentingan orang bukan Melayu daripada hati dan kepentingan orang Melayu?

11. Atau tidakkah pembabitan terus ala Michael Chong oleh Umno dalam hal ehwal masyarakat bukan Melayu akan mengurangkan dan mengganggu-gugat peranan parti-parti BN yang mewakili kaum-kaum bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah?

12. Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?
13. Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

14. Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

15. Dan bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

16. Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?; dan

18. Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Akhir kalam, buat peringatan kepada orang Melayu, saya petik pesanan Presiden pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang berbunyi:

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.” -- (Daripada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 terbitan Berita Publishing.)

Saturday, March 06, 2010

MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

OLEH sebab saya, seperti juga rakyat jelata Malaysia yang lain, tidak “privy” kepada Model Ekonomi (Model Baru Ekonomi?) – New Economic Model – yang khabarnya akan diumumkan penghujung bulan ini, maka saya hanya boleh bertanya dan membuat andaian.

Bagi saya, buatlah apa pun dan gunakanlah apa jua label, tetapi semuanya tidak berguna dan tidak sah jika Perlembagaan dan Rukun Negara tidak dihormati.

Ia tidak berguna dan tidak sah jika kepentingan majoriti, sama ada daripada aspek bangsa, agama, status ekonomi atau wilayah diabaikan.

Perlembagaan menjamin hak semua rakyat jelata dan memberi beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah sebagai bangsa tuan rumah.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan amat jelas dan terperinci mengenai hal ini dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melaksanakannya.

Kalau pemerintah boleh melesenkan orang bukan Islam membuka kedai judi, kedai arak dan pusat-pusat istirahat yang kemudiannya menjadi sarang pelacuran, kenapa pemerintah tidak boleh terus mengeluarkan lesen dan memberi biasiswa, latihan dan pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Benarlah tempoh laku DEB sudah berlalu dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu oleh Dasar Pembangunan Wawasan, tetapi hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak kekal.

Kemiskinan kembali mengancam dan jurang pendapatan semakin meluas. Matlamat menyusun semula masyarakat masih belum terlaksana.

Jadi, bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang miskin kerana sekarang masa melaksanakan dasar ekonomi bebas?

Bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang miskin dan orang berpendapatan rendah kerana pemerintah wajib menghapuskan subsidi, membuka pasaran dan melaksanakan tender terbuka selaras dengan tuntutan negara maju?

Perkara 153 Perlembagaan

Apakah peruntukan 153 Perlembagaan seperti berikut tidak bermakna lagi?

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”

Apakah keghairahan pemerintah memperkenalkan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi daripada subsidi dan membuka seluas-luasnya kepada persaingan global menghalalkan segala-galanya.

Bukankah Perkara yang sama mengatakan: “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.”?

Apakah subsidi terlalu buruk dan terlalu membebankan pembayar cukai sehingga pemerintah perlu mengorbankan kepentingan rakyat jelata miskin tanpa mengira bangsa, tempat dan wilayah?

Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?

Atau apakah Perjanjian Perdagangan Bebas begitu penting dan kritikal sehingga hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan terpaksa diabaikan?

Umno dan Risiko Politik

Nampaknya begitulah. Apa tidaknya, apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, pada 5 Mac dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.

Dengan sombong juga dia berkata persaingan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penyokong Barisan Nasional “yang menyokong agar dasar ekonomi yang berasaskan bangsa dan naungan politik diteruskan.”

Soalnya, apakah Umno yang ditubuhkan sebagai parti nasionalis Melayu yakin hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dikorbankan atas nama MEB, penghapusan subsidi dan persaingan global?

Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?

Apakah mekanisme perundingan massa seperti Kongres Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) tidak berguna lagi kerana kini wujud Majlis Penasihat Ekonomi?

Buat sementara waktu ini, nampaknya kita rakyat jelata hanya boleh bertanya, berharap dan berbahas sesama sendiri dalam sidang, seminar dan perhimpunan massa anjuran badan-badan bukan kerajaan Melayu.

Kalau seperti kata Ahmad Husni Hanadzlah, risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB, maka apa yang tinggal kepada kita adalah menanti saat ia datang melawati kita dan kita bertindak balas ke atasnya.

Thursday, March 04, 2010

PKR's Leadership Of PR Under Pressure

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, MAR. 6] -- PKR has sacked its Kulim-Bandar Baru PM, Zulkifli Noordin and urged him to vacate the seat. But he is allowed to appeal against the decision.

[Original Post]

PARTI Keadilan Rakyat leaders and the party’s growing league of defectors are washing their dirty linen in public, and the juicy inside story of the Anwar Ibrahim led opposition party is spilling out.

The party’s deputy president, Syed Husin Ali, on March 2 revealed what amounted to an acknowledgement that the reform-driven party has some very rich backers.

So rich that one of them was able to pay the ex-secretary general, Salehuddin Hashim, RM9,000 a month and the former Penang Deputy Chief Minister, Mohd Fairus Khairuddin, was paid RM4,000 despite quitting the post.

Salehuddin, once a senior executive in the UEM Group, left the party on Mar.1 while Mohd Fairuz exited on Mar. 2 and announced that he was joining Umno.

Yesterday (Mar. 3), the PKR MP for Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadzli Samsuri, also left to become an independent legislator.

Other PKR MPs who also left the party to become independent members are the Bayan Baru representative Zahrain Hashim and the Nibong Tebal representative Tan Tee Beng.

Mohsin was reported as saying that he exited the party because he was concerned with Pakatan Rakyat’s politics, especially its stance on use of the term “Allah” by non-Muslims.

In what appears to be an attempt to discredit the defectors, Syed Husin claimed that Salehuddin was paid RM9,000 a month as secretary-general, and said he left because he was not being named head of Perangsang.

“The payment was not made by the party but by one of our supporters,” he told the Press.

It must have been a cultural shock for Syed Husin, who is used to the selflessness and poverty of his former socialist crowd, to deal with the selfishness and wealth and his present PKR flock.

Salehuddin responded by warning those attempting to strip him that they could end up losing their underpants. He was at the Press conference to announce the resignation of the Bagan Serai MP from the party.

As for PKR’s role as the leading PR component, its position may sooner or later become untenable despite the assurances by the DAP and Pas.

The DAP superemo, Lim Kit Siang, said Anwar Ibrahim would remain Parliamentary Opposition Leader and PR’s choice for prime minister.

It was a statement laden with hidden meanings when Lim said Anwar would remain Parliamentary Opposition Leader and PR’s choice for prime minister “even if the number of PKR representatives falls below that of the DAP.”

With three MPs gone, PKR is now even with the DAP at 28 each. Pas has 23 seats. PKR won 31 seats at the 2008 general elections.

Why such a strong support and endorsement for Anwar, who is now on trial for sodomy, from Lim? The answer is simple. Since a PM has to be Muslim, Lim knows that only PKR and Pas can supply the candidate.

The DAP chief surely cannot imagine having a Pas leader as the replacement for Anwar as the candidate for the PM post should PR win the next GE.

But what if Anwar is found guilty? Lim had recently stated that PR would survive without Anwar. But for that to happen, there has to be an acceptable replacement. It cannot be from Pas because the DAP is unlikely to accept it.

The highest-ranking Muslim (Malay) in the DAP is Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, the party’s National Vice Chairman, who is now a senator. Could he be the dark horse? Or could it be the pro-tem chairman of PR, Mohd Zaid Ibrahim of PKR? The DAP should not have any problem supporting his candidacy.

Anwar also received that endorsement of Pas when its lawmakers issued a joint statement pledging support for Anwar to continue as de facto leader of the opposition alliance.

But so far only 12 out of 28 remaining PKR MPs had so far openly pledged loyalty to the party. They quickly blamed Umno and Barisan Nasional for allegedly attempting to divide the party by spreading rumours that more PKR representatives would jump ship.

Malaysiakini news portal, in an analysis entitled “Opposition Put On A Brave Face Amidst Defections”, among other things noted:

“After stunning success in the 2008 polls, which also netted the opposition control of five states, Anwar plotted to seize power by securing mass defections from the BN government.

“But it was the BN that ended up drawing defectors, wresting control of Perak when three state assemblymen jumped ship in early 2009.”

And if academician turned politician, Dr Mansor Othman was any good at making prediction, more PKR leaders will leave the party. Dr Mansor, who is the party’s Penang Chairman and Deputy Chief Minister 1, told the Press that he expects at least five more members, including elected representatives, to leave the party soon.

That cannot be good for the “reformasi” party and its PR allies.

Monday, March 01, 2010

Royalti Minyak: Mohd Najib Lwn Ku Li

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah.

Tindakan Ku Li menentang dasar kerajaan pusat mengenai tuntutan royalti minyak/gas oleh kerajaan Kelantan dilaporkan mendapat bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu.

Mohd Najib menyatakan pendirian itu ketika ditekan oleh pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MT.

Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li.

Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib. Tetapi perlu disebutkan juga yang Ku Li telah mencuba menyekat Mohd Najib daripada mengisi jawatan presiden dalam pemilihan Umno tahun lalu tetapi gagal.

Sebagai veteran terakhir Umno yang masih cergas dalam politik dan mewakili sebuah kerusi Parlimen, Ku Li mungkin berasa dia tidak akan rugi apa-apa dengan tindakannya itu.

Kalau dia dikenakan tindakan oleh Umno, dia tetap akan menjadi hero kepada sesetengah orang dan pihak. Bagi ahli dan penyokong Umno Kelantan, isu ini umpama telan mati ibu, luah mati bapa.

Tetapi sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib tidak boleh berdiam diri membenarkan seorang ahli parti menentang dasar parti dan kerajaan secara terbuka, apatah lagi di saat-saat Umno dilihat sebagai sedang mengalami pemulihan dan pembangkang semakin kelam-kabut.

Serentak itu Umno dan Pas berdepan dengan kepelbagaian suara Melayu/Islam yang semakin lantang dengan penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kuala Lumpur Sabtu lalu (27 Feb.).

Maka bagi seorang pembesar Umno seperti Ku Li bersekongkol dengan parti lawan adalah bukan alang-kepalang kesalahan.

Kalau Mohd Najib tidak bertindak tegas dan pantas, dia akan dianggap tidak tegas dan mungkin pembesar Umno dan Barisan Nasional lain mungkin mengikut langkah Ku Li memberontak.

Inilah dilema Mohd Najib. Apatah lagi, Ku Li bukan orang lain, tetapi antara guru yang diamanahkan oleh Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, untuk mendidiknya.

Jika berlaku konfrontasi terbuka antara Mohd Najib dan Ku Li, ia adalah perlawanan yang cukup menarik.

1. Ia berupa perlawanan antara murid dengan guru. Pasti ada sebab Abdul Razak menghantar anaknya yang baru pulang dari belajar di England berguru dengan Ku Li di Petronas di mana Ku Li adalah pengerusinya;

2. Sama ada kerana keturunan, kebijaksanaan atau ketentuan nasib si murid telah menjadi lebih berkuasa daripada guru;

3. Perlawanan kali kedua setelah Ku Li gagal mencabar Mohd Najib untuk jawatan Presiden Umno pada tahun 2009. Ku Li tidak memperoleh cukup kuota pencalonan bahagian untuk bertanding;

4. Perbezaan pendapat dalam Umno mengenai isu royalti minyak ini akan memberi kesan langsung dan besar kepada keputusan pilihan raya umum akan datang di Kelantan;

5. Cabaran Ku Li ini adalah sesuatu yang Mohd Najib perlu tangani dengan berhati-hati kerana walaupun Ku Li tidak lagi mempunyai kedudukan dalam kepemimpinan tertinggi parti, tetapi dia masih dihormati ramai;

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ku Li dianggap sebagai pelindung hak Melayu dan antara beberapa kerat pembesar Umno yang masih berani bersuara;

7. Ku Li pernah menjadi putera mahkota politik Umno selaku naib presiden termuda di era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dia kenal benar siapa Mohd Najib;

8. Ku Li menjadi kuasa di belakang gerakan menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan dan mengembalikan pemerintahan Umno pada tahun 1977;

9. Antara 1977 dan 1987 Ku Li menjadi peneraju pembangunan negeri Kelantan di bawah Pelan Pembangunan Negeri Kelantan;

10. Dia tentu sedar dengan hasil minyak yang lebih besar, Kelantan boleh dimajukan semula seperti zamannya dahulu. Kalau dia memihak kepada Pas, kerajaan Pas Kelantan pasti akan meminta nasihatnya;

11. Dia membantu menjatuhkan kerajaan BN Kelantan dan menaikkan semula Pas dalam pilihan raya umum 1990 apabila parti barunya, Parti Melayu Semangat 46 (S46) bersekongkol dengan Pas. Atas sebab itu, Pas sentiasa bersimpati dengan Ku Li; dan

12. Zaman Ku Li menerajui pembangunan Kelantan antara 1977 dan 1987 dianggap sebagai zaman keemasan Umno Kelantan.

Soalnya adakah pendirian beliau mengenai isu royalti minyak ini berupa episod kedua dan terakhir cabarannya terhadap Mohd Najib?

Ku Li tentunya sedar bahawa sama ada dia menjadi duri dalam daging kepada Umno atau dipecat, dia tetap akan menjadi wira di mata ramai ahli Umno dan orang Melayu. Pada usianya sekarang, dia tidak akan rugi apa-apa.

Bagi Mohd Najib pula, bagaimanakah dia mengharapkan keahlian Umno memberi kata putus mengenai Ku Li? Apakah caranya bagi ahli Umno yang berjuta bilangannya itu menyatakan pendirian mereka mengenai tindak-tanduk Ku Li?

Secara tidak langsung, keahlian Umno, melalui mesyuarat agung bahagian awal tahun lalu, telah menyatakan pendirian apabila mereka memberi sokongan sebulat suara kepada Mohd Najib dan menolak pencalonan Ku Li.

Jadi, adalah tidak mustahil bahawa Ku Li menggunakan isu royalti minyak ini untuk memberi kesempatan terakhir kepada dirinya dan kepada Mohd Najib untuk menentukan masa depannya dalam Umno dan BN.

Dia (Ku Li) sama ada kekal dalam Umno sebagai melukut di tepi gantang dan duri dalam daging atau menjadi “man of the hour” dipecat daripada Umno.

Saturday, February 27, 2010

Cerita Lama Dan Nostalgia Zaman Muda

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

HASIL tampalan mengenai ulang tahun blog kita yang keempat, beberapa pembahas meminta saya bercerita mengenai hal-hal yang ringan. Terima kasih.

Saya sudah bagi pandangan awal mengenai cadangan “menggabungkan” Felda, Risda dan Felcra. Berhati-hatilah. Jangan guna alasan “synergy” atau keserasian sewenangnya. Saya yakin kerajaan tidak akan tergesa-gesa.

Sdr Hang Jebat bertanya saya kalau saya jumpa tempat makan baru. Saya pun dah lama tidak menjelajah mencari tempat makan baru.

Cuma nak cerita yang ketika saya makan ikan bakar di Bandar Raya Melaka semalam, saya asyik dan kagum dengar Mr Chua nyanyi karaoke lagu-lagu Hindustan, siap dengan geleknya sekali.

Mr Chua kata kegemaran dia menyanyi lagu-lagu Hindustan. Katanya 13 Mac ini dia dijemput menyanyi di hadapan orang besar di pertandingan masak nasi lemak di Kuala Lumpur. Saya kena “check” dulu sebab Mr Chua kata hadiah nombor satu RM10,000.

Nasi kandar kegemaran saya di Kuala Lumpur ialah Kudu di “International Hotel” Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kudu dah lama meninggal. Perniagaan kini diuruskan oleh anak-anaknya. Semasa hayatnya, Kudu dan International Hotel adalah tempat lepak P Ramlee.

Di Penang, nasi kandar Line Clear di Penang Road pilihan saya dan di Alor Star Nasi Royal dekat panggung Royal lama dan tak jauh dari Pekan Rabu.

Kepada Saudara Said, terima kasih kerana menjadikan pekan nat Tanah Merah (kampung saya) sebagai pilihannya. Pekan nat Tanah Merah sejak dulu lagi diadakan setiap Rabu.

Pekan nat ni ada sejarah bagi saya. Pada tahun 1954, saya patut masuk darjah 1 Sekolah Melayu Pendang. Tapi pada tiga hari pertama pembukaan sekolah (Ahad, Isnin dan Selasa), pagi-pagi lagi saya dah cabut masuk kebun getah, bersembunyi kerana tidak mahu ke sekolah.

Puas Allahyarham ayah saya, emak dan kakak mencari tapi tak jumpa. Kebun getah zaman itu penuh belukar, rumpun mengkuang, duri dan banir.

Tapi pada petang Selasa, ayah dengan wajah gembira menyuruh saya berpakaian kemas pagi esok (Rabu) kerana dia hendak membawa saya ke pekan nat Tanah Merah makan laksa kuah belut kegemaran saya.

Saya membonceng basikal “Hercules” hitam ayah. Dia mengayuh dengan laju. Sampai ke simpang tiga pekan Tanah Merah, dia memusing ke kanan ke arah Pendang. Pekan nat di sebelah kiri.

Saya sedar saya masuk perangkap tetapi tidak boleh terjun kerana ayah mengayuh dengan amat laju. Setengah jam kemudian sampailah saya ke Sekolah Melayu Pendang.

Saya diserahkan kepada Allahyarham Cikgu (Datuk) Shaari Abu Bakar yang menjadi bapa angkat saya selama lima tahun selepas itu. Maka pada usia tujuh tahun saya memulakan persekolahan atas tipu helah ayah saya. Moga-moga Allah mencurahkan rahmat ke atas roh mereka.

Pekan nat Tanah Merah sekarang tak macam zaman saya. Sekarang banyak barang-barang moden, plastik dan berbungkus. Dulu ada buah keranji, asam kelubi, buah rotan, berjenis-jenis terung, jagung huma, timun huma, ikan pekasam, jeruk maman, daging kering, buah perupuk, ulam lamjai, petai, jering, genuak (kerdas), bedak sejuk, kulit sintuk dan halwa rambut.

Paling dinantikan adalah orang silap mata dan Abdul Rahman (Loman) tukang gigi dan penjual ubat cacing kerawit. Cacing rambu, kata orang Utara.

Dengan izin, “sales pitch” Loman tukang gigi: “Ni, Loman nak bagi tau sikit. Cacing lamu (rambu) ni pungkur Loman pun dia kolek (korek), pungkur laja (Raja) pun dia kolek, pungkur Tunku Abdul Loman (Rahman) pun dia kolek. Mai la beli ubat. Tak hilang penyakit, hilang dit (duit). Minta dit balik,Loman dah makan.”

Sdr Fed Up cakap pasal tanaman padi di Kedah. Maaf cakaplah, saya rasa petani sekarang tidak tekun, pintar dan pandai macam zaman dulu. Semua menjadi mudah kerana subsidi, jentera moden, baja kimia, racun serangga dan rumpai. Jelapang pun tak ada lagi. Padi dituai oleh “combined harvester” dan dihantar terus ke kilang. Makan beras beli mutu rendah bila makan rasa macam pasir.

Dulu kita buat dengan tangan dibantu oleh bantuan kerbau. Baja organik. Benih dikaji selidik dan dicipta sendiri. Menanam dan menuai secara gotong-royong. Dalam istilah Utara, berderau. Hidup susah tetapi orang kampung tekun, sihat dan saling tolong menolong.

Sekarang semua tauke buat. Baja subsidi pun silap-silap jual kepada tauke. Akibat penggunaan baja subsidi dan racun yang berlebihan, bumi kini keracunan. Padi semakin tidak menjadi. Rumput rumpai dan siput gondang emas semakin tahan racun. Upah menanam semakin naik dan bergantung kepada pekerja import dari Negeri Thai dan Bangladesh. Saya bimbang, tanpa subsidi dan perlindungan, bersawah akan kembali ke zaman cukup makan (subsistence).

Mungkin benar kata Sdr Keturunan Jebat, orang Melayu semakin “complacent” dan tidak lagi berdaya maju. Sesetengah atau majoriti orang Melayu pasti kena pukulan “KO” kalau kerajaan tidak berhati-hati dengan kempen liberalisme, globalisasi, persaingan, keterbukaan dan dunia tanpa sempadan.

Bukan orang Melayu saja akan susah, peniaga dan tauke Cina yang menjadi pembekal dan perantara juga akan turut menderita jika pertanian tradisional dan pekebun kecil terkena pukulan “KO.”

Jadi kita perlu pastikan tempat yang terjamin kepada sektor ekonomi ini dalam Model Baru Ekonomi/Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka itu.

Mengenai nostalgia SAHC (Kolej Sultan Abdul Hamid) di Alor Star seperti yang ditanyakan oleh Sdr Dan Kajang, saya hanya dua tahun di sana (tingkatan 6 rendah dan atas) tahun 1967 dan 68.

Bila dapat biasiswa (kecil) RM55 sebulan, kami pun pi joli (jolly) ke Penang. Naik bas UTC ke Butterworth, lepas tu feri, makan nasi kandar di Simpang Enam, beli seluar jeans di Pitchay Gani Penang Road dan menumpang di Peking Hotel.

Yang berani (adventerous) curi-curi ke Hat Yai. Bila balik kena tangkap guru disiplin di stesen kereta api Alor Star dan kena rotan di belakang tabir. Yang disyaki dijangkiti penyakit, dihantar ke klinik yang doktornya adalah juga ahli Lembaga Pengelola Sekolah.

Zaman itu zaman kita bercinta, berbahas dan berdrama. Madah dan puisi adalah penghias bibir. Surat cinta lebih penting daripada karangan dan kerja sekolah.

Dan akhir sekali cadangan Sdr Bleacher agar saya mengadakan perhimpunan pembaca dan pembahas blog ini. Maaflah, saya sudah banyak tahun tak buat rumah terbuka Hari Raya. Kalau dengar saya buat majlis seumpama itu, saudara dan saudari adalah dijemput.

Kepada semua pembahas, terima kasih atas ucapan tahniah saudara dan saudari. Kata orang Putih, we can all congratulate ourselves.

Wednesday, February 24, 2010

Blog Kita Genap Empat Tahun

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

HARI ini, 24 Feb. Genaplah empat tahun blog kita. Tampalan (posting) pertama kita berjudul “Tanda tanya di sebalik mohon maaf NST” muncul pada 24 Feb. 2006.

Rencana itu mengenai mohon maaf NST setelah menghina Nabi Muhamnad (SAW) dengan menyiarkan kartun daripada sebuah akhbar Belanda. Ia mendapat tujuh ulasan pembaca.

Kini, ada kalanya para pembahas menyumbang lebih 100 komen bagi sebuah tajuk. Terima kasih. Saya amat gembira kerana ramai pembahas semakin gigih berbahas antara satu sama lain.

Walaupun blog kita agak serius dan saya mengenakan syarat yang agak ketat kepada pembahas, namun bilangan lawatan dan komen telah meningkat dengan menggalakkan.

Blog kita tidaklah sebesar sesetengah blog popular tetapi syukur, bilangan kunjungan telah melepasi empat juta dan sejak ciri pengikut tetap atau “followers” diperkenalkan oleh Blogger.com, bilangan “followers” sudah melebihi 800 orang (810 hari ini).

Daripada nada perbahasan, khasnya mengenai tajuk politik, kita boleh membuat kesimpulan rambang seperti berikut:

1. Blog kita ini dilawati oleh semua bangsa tetapi majoritinya adalah Melayu;

2. Pelawat dan pembahas blog ini terdiri daripada penyokong kerajaan dan pembangkang, dan mereka yang tidak berparti;

3. Walaupun pembahas rata-rata mengakui diri mereka matang dan berkata rakyat kini sudah matang, tetapi ramai yang emosional, tidak bertolak ansur dan tidak boleh menerima pendapat yang berbeza;

4. Namun saya gembira dan bersyukur yang mutu perbahasan semakin meningkat dan sebilangan pembahas sudah boleh dianggap sebagai pembentuk pendapat umum yang berwibawa; dan

5. Masih ramai (atau boleh saya katakan majoriti) masih menggunakan nama samaran atau menghantar komen dengan menggunakan “Anonymous” yang tidak akan dilayan.

Namun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembahas dan pembaca. Moga-moga interaksi kita menjadi semakin matang dan bermanfaat.

Tuesday, February 23, 2010

Khalid Samad Pertikai Keadilan Kepemimpinan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEWIBAWAAN kepemimpinan Pas terus dipertikaikan dari dalam apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menggesa kepemimpinan parti itu menghukum semua ahli yang “mensabotaj Pakatan Rakyat.”

Sementara itu Ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelan menyegarkan semula PR yang termasuk penubuhan Panel Disiplin bagi menangani pergaduhan di kalangan ahli parti-parti komponen.

Kenyataan beliau dibuat ketika pertikaman lidah secara terbuka sedang memuncak antara ahli partinya, PKR dengan DAP di Pulau Pinang.

Khalid dilaporkan oleh laman berita bebas The Malaysian Insider sebagai berkata kepemimpinan sedang diadili kerana menggantung beliau selama enam bukan, tetapi membebaskan Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, dengan hanya amaran.

Lembaga Disiplin Pas pada 29 Januari lalu mengambil tindakan ke atas Hasan kerana membuat kenyataan terbuka mengkritik Selcat, badan pengawasan pelaksanaan kerajaan PR Selangor.

Manakala Khalid dihukum kerana dituduh mendedahkan rahsia parti dalam pergaduhannya dengan Dr Hassan. Khalid mahu Dr Hassan ikut dasar parti atau meletakkan jawatan.

“Bukan saya sahaja yang sedang diadili tetapi parti juga kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan diri kita,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Beliau mendakwa Pas telah gagal memastikan keadilan dilakukan dan berkata dia belum dimaklumkan apakah rahsia parti yang didedahkannya itu. Katanya Lembaga Disiplin tidak menyatakan apa kesalahan beliau selain mengatakan dia didapati bersalah.

Khalid berkata beliau akan merayu kepada kepemimpinan Pas supaya membuktikan keikhlasan dan komitmen mereka kepada PR. Katanya keikhlasan dan komitmen Pas kepada PR sedang dipersoalkan.

Katanya Islam menyeru pengikutnya menunaikan janji sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada tahun 2008 bahawa Pas wajib meletakkan kedua-dua belah kaki di dalam sebuah sampan dan bukan sebelah kaki dalam dua buah sampan.

Khalid mengulangi kenyataan yang dia tidak akan merayu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Lembaga Disiplin.

Sunday, February 21, 2010

Is It True, No Forgiveness From Mohd Najib?

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

AFTER reading a Bernama report of the live interview the Prime Minister’s wife, Rosmah Mansor, gave to Bernama TV, I wonder if I have misjudged and misread Mohd Najib Abdul Razak all this time.

I first came into direct contact with the Prime Minister in 1977 when I interviewed him for the now defunct Business Times. He was 23 years old, a first-year Member of Parliament and still unmarried.

My last formal meeting with him was in March last year, just a few days before he became Prime Minister on April 3.

I had always thought of him as nice, non-confrontational and forgiving person.

But Rosmah, in the interview painted a somewhat different picture of her husband. She was quoted as saying: “I always tell others not to underestimate Datuk Najib, he is not easily angered but do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.”

I know he does not get angry easily. In my meetings with him over the years – including friendly after lunch chats at his old Jalan Duta house – I told him many unpleasant and uncomplimentary things. Some were officials in nature while others were personal. He seemed to take the comments and criticisms calmly and showing strong emotion.

So when the woman closest to him said “if he is angry, there is no forgiveness for you”, I am surprised. I have never considered Mohd Najib to be a vengeful person.

Then again who am I to argue with the person closest to him. I have either misread Mohd Najib all these years or he has changed. Either way it does not bode well for the people.

As Prime Minister, not everything that is told to him will be pleasing. There’ll be news and information that is bound to displease or anger him.

Also, it surprised me that Mohd Najib is capable of, or is in the habit of stomping his feet. But that’s what Rosmah told the TV station. She said:

“Datuk does not say much but he registered what is happening around him. If I made a mistake, he will reprimand me. If he stomp his feet, it will shudder me.”

Maybe he does that with his wife. The feet stomping that is!

Rosmah said: “What is important we are close to each other where we can talk things over, we laugh and share jokes as it is important that a leader should not be so stressed out.

“So when he comes home, we watch TV together, we go out to dinner together. In short, we are best friends.”

But most important is Rosmah’s dismissal of the notion that she is a hidden hand behind the Prime Minister’s decision-making process.

Asked about the allegation, she said: “I have not heard about it, but it is not something that I am sensitive of as it is not true. Maybe I am a bit vocal or gregarious... I like to have friends unlike Datuk Najib, who is a bit reserved.

“But it does not mean that since Datuk Najib is a reserved person, I am making the decisions... I am the type, who will voice out my dissatisfaction, but once said, it is done. I do not harbour feelings.”

Whatever the case may be, the important thing is his one year as the Prime Minister is fast approaching and the people are watching. It is their assessment that really counts.

The following is full report from Bernama.

“KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the prime minister, has dismissed a talk that she is the hidden hand behind Datuk Seri Najib Razak’s decision-making process.

“I have not heard about it, but it is not something that I am sensitive about as it is not true. Maybe I am a bit vocal or gregarious... I like to have friends, unlike Datuk Najib, who is a bit reserved.

“But it does not mean that just because Datuk Najib is a reserved person, I am making the decisions... I am the type who voices my dissatisfaction, but once said, it is done. I do not harbour ill feelings,” she said in an interview on Hello Malaysia over BernamaTV at Wisma Bernama here on Friday.

Rosmah said that although Najib was not a man of many words, he should not be underestimated.

“I always tell others not to underestimate Datuk Najib. He is not easily angered but do not provoke him. When he becomes angry, there is no forgiveness for you.

“Datuk does not say much but he registers what is happening around him. If I make a mistake, he will reprimand me. If he ever starts to stomp his feet, I will shudder.

“What is important is that we are close to each other. We can talk things over. We laugh and share jokes. It is important that a leader should not become too stressed.

“So, when he comes home, we watch tv together, we go out to dinner, together. In short, we are best friends,” she said.

Rosmah said that she looked after her husband’s needs such as food, clothes and health.

“When he is at home, I do not go out unless I have prior engagements. I also ensure that Datuk Najib stays fit by exercising at the gym.

“I try to ensure that he is not troubled by having to haggle over petty matters as his thoughts should be on the people and the country,” she added.

On another issue, Rosmah advised parents to get back to basics by passing on to their children the tradition of being respectful and thankful.
Parents should not leave the responsibility of teaching their children entirely to schools, she added.

"I am taking a serious view on this matter. Why do youths nowadays fail to say thank you, do not feel they are indebted or do not have respect for others?

"We need to have an awareness campaign, a programme to teach children to respect others. We may have to return to the tradition of mothers pinching us if we did not say 'thank you'.

"Nowadays, mothers no longer pinch their children. When their children make mistakes, they are not reprimanded," she said.

On the PERMATA Pintar programme, she said that about 400 smart children attended a summer camp held at Universiti Kebangsaan Malaysia recently.

"Under the PERMATA Seni programme, a children's concert involving an orchestra, a choir and traditional performances will be held at the end of the year," she added. -- Bernama

Thursday, February 18, 2010

Kes Anwar: Mentaliti Penjajah Dunia Barat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENTALITI penjajah dan sikap tinggi diri susah hendak dipisahkan daripada bangsa-bangsa Eropah apatah lagi bangsa-bangsa yang pernah menjadi penjajah.

Inilah yang terserlah daripada sikap angkuh 50 Ahli Parlimen Australia yang menuntut agar tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, digugurkan.

Mereka ini berasa mereka berhak campur tangan dalam urusan semua negara, khasnya negara-negara yang tidak sama warna kulit dengan mereka.

Tapi mereka amat berhati-hati atau tidak campur tangan langsung dalam urusan negara-negara yang sama warna kulit dengan mereka.

Tetapi kalau negara itu berkulit hitam, sawa matang, kuning, coklat atau apa saja warna selain putih, mereka cepat masuk campur.

Seolah-olah tersemat dalam sanubari mereka bahawa orang kulit berwarna tidak mampu menguruskan diri dan negara mereka.

Tidak kiralah sama ada ketua kumpulan 50 MP Australia itu, Michael Danby, seorang pengamal seks JDJ (jantan dengan jantan), seperti yang didakwa, atau sah seorang Yahudi, tindakan mereka itu sangat angkuh.

Mereka mahu negara jadi macam negara mereka di mana seks sama jenis tidak menjadi kesalahan malahan parti Danby, Parti Buruh Australia, tahun lalu mengambil ketetapan membenarkan perkahwinan sesama jenis jika ia kembali berkuasa.

Tetapi di Malaysia seks sesama jenis, tak kira jantan atau perempuan, adalah salah di segi undang-undang.

Kita akui Anwar ramai penyokong dan pesimpati di negara-negara Barat. Ini tidaklah menghairankan. Sebelum menyertai Umno dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pun, dia telah menjalin perhubungan yang akrab dengan aktivis, pemikir, cendekiawan dan ahli politik Barat.

Reaksi Amerika Syarikat, bagaimanapun, lebih sederhana. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Dewan Senat, John Kerry, sekadar menyeru “penyelesaian kes ini dengan cara yang membina keyakinan terhadap keberkecualian dan kredibiliti sistem kehakiman Malaysia.”

Seruan itu berpatutan tetapi tidak mempunyai kredibiliti kerana Amerika sendiri tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia walaupun seks sesama jenis tidak menjadi kesalahan asalkan atas dasar suka sama suka. Tapi kalau paksa, kena juga.

Amerika menangkap, memenjara dan menyeksa ratusan rakyat asing, hampir semuanya Islam, di Guantanamo Bay tanpa perbicaraan kononnya kerana Guantanamo Bay bukan dalam wilayah Amerika. Ia terletak di pulau Cuba.

Sebenarnya agak aneh yang hanya dua buah negara Barat setakat ini membuat petisyen rasmi mengenai kes ini.

Mengenai tindakan Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong campur tangan 50 MP Australia itu, ia tidak memeranjatkan. Anwar adalah ketuanya dan parti-parti pembangkang Malaysia akan menyokong sesiapa saja yang memburukkan kerajaan.

Haji Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin sudah lupa atau tidak membaca dan tidak mendengar berita bagaimana Barat mengutuk dan menyifatkan Undang-Undang Hudud Pas sebagai zalim (draconian).

Protes Pemuda Umno dan Perkasa bukan terhadap kerajaan atau rakyat Australia tetapi terhadap 50 MP Australia itu. Lagipun Danby bukan daripada parti pemerintah dan hanya 50 daripada 226 Ahli Parlimen (Senat dan Dewan Rakyat) yang tandatangani petisyen itu.

Satu aspek menarik perbicaraan kes Anwar setakat ini adalah percubaan pihak pembela menggunakan pelbagai isu dan helah teknikal untuk membatalkan perbicaraan atau setidak-tidaknya pun melengahkannya.

Sunday, February 14, 2010

Tigers Aren't Burning Bright Anymore

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

THIS Chinese new year, is not my year. According to Chinese almanac, I was born in the year of the pig. I have no problem with that. Pigs are thriving – swine flu no swine flu.

In the UK, the army used pigs in their blast experiments. When the pig huggers complained, they said better to use pigs (than humans).

This year, according to Chinese almanac, is the year of the tiger. Those born during the year of the tiger have something to look forward to. The economy, they say, is recovering. We can all yam seng to that – not necessarily with Tiger beer. Coco-cola will do.

Alas there’s little for the real tigers to look forward too. They are being hunted and eaten to the brink of extinction.

According to the Discovery Channel, fewer than 50 wild tigers remain in China (where the most number of people are welcoming the year of the tiger).

A conservation group in the Middle Kingdom had voiced the hope that the year of the tiger would not be the last for the endangered big cats there.

Xie Yan, director of the China program for the US-based Wildlife Conservation Society (WCS), said that just 20 years ago tigers still roamed across large swathes of China.

As China booms, is seems, the tigers are doomed.

Based on data from the year 2000, there are only around 15 Bengal tigers left in Tibet, 10 Indo-Chinese tiger in China's southwest, and around 20 Siberian tigers in the northeast.

A Reuters report from The Hague quoted a UN expert as saying that genetic experts had found evidence a restaurant in China served tiger meat in defiance of a 1993 ban.

John Sellar, the senior enforcement officer for the Conference on International Trade in Endangered Species (CITES), said the tiger farm he visited in China "vehemently denied" serving tiger’s in a restaurant linked to it.

But evidence compiled after he visited the Guangxi Xiongsen Bear & Tiger Garden this year backed up a report by Britain's ITN television that the restaurant had tiger on the menu, he told a CITES meeting.

Sellar sent a copy of a genetic laboratory report made on a sample of meat obtained by ITN to experts at the U.S. Fish and Wildlife Service, who confirmed the study was properly carried out and the results matched tiger DNA.

In our beloved (but not anymore happy) Malaysia, we will still be greeting our Chinese countrymen (and women) a happy new year of the tiger although only an estimated 500 tigers are left in the wild.

The rest had been shot and eaten. A few were destroyed because they attacked people and livestock.

The New Straits Times some years ago reported that (Chinese) restaurants in Johor had been found to be serving tiger meat to attract customers from neighbouring Singapore.

Tigers had been extinct from Lion City since 1902. According the lore, the last wild tiger was shot when it roamed into the Raffles Hotel (where the White hunters were billeted) on Aug. 13, 1902.

The NST report said the Singaporeans were willingly to pay as much as RM1,000 for a kg of tiger meat to satisfy their palate and supposedly boost their libido.

The Malaysian Nature Society Johor branch adviser Vincent Chow was quoted by the paper as saying that tiger meat could fetch as much as RM1,000 per kg, depending on whether the meat was sold cooked or fresh, while the going rate for tiger’s bones was RM600 per kg.

What is RM1,000 to Singaporeans for tiger meat and bear’s bile if they can improve their mojo? A Durex – yes the condom maker – 2008 global survey found that Singaporeans made love on average 62 times a year against the world’s average of 127.

Now Minister Mentor Lee Kuan Yew knows why he has to depend on imported Chinese and other immigrants to boost his country’s birth rate and its population.

But there aren’t enough tigers to help Singaporeans spice up their love life. The WWF estimates that there could be as few as 3,2000 tigers left in the wild worldwide. Save the tigers, take the Viagra!

In 2008, Malaysia embarked on the ambitious National Tiger Action Plan with the hope of doubling tiger population to 1,000 in 2020. But so far we have heard of wild tigers being shot but not the proof that tiger cubs are being born in the wild.

For reasons best known to the WWF, the world wildlife conservation fund, has declared 2010 The Year of The Tigers.

Its website said: “On February 14, 2010, the Chinese lunar calendar rolls into the Year of the Tiger. Unfortunately, the plight of wild tigers doesn’t call for much celebration. Three subspecies have been driven to extinction in the past century alone and experts estimate there are as few as 3,200 tigers left in the wild. The good news is that together we can secure a future for these magnificent big cats. Join WWF to reach Tx2, our goal to double the number of wild tigers by 2022, the next Year of the Tiger.”

So, to all and sundry, the scribe say, gong xi fa chai, be safe and be happy. Hopefully the year of the tiger brings happiness and vigour (especially to the economy).

Of the magnificent cat, Willian Blake wrote:

TIGER, tiger, burning bright

In the forests of the night,

What immortal hand or eye

Could frame thy fearful symmetry?



In what distant deeps or skies

Burnt the fire of thy eyes?

On what wings dare he aspire?

What the hand dare seize the fire?



And what shoulder and what art

Could twist the sinews of thy heart?



And when thy heart began to beat,

What dread hand and what dread feet?



What the hammer? What the chain?

In what furnace was thy brain?

What the anvil? What dread grasp

Dare its deadly terrors clasp?



When the stars threw down their spears,

And watered heaven with their tears,

Did He smile His work to see?

Did He who made the lamb make thee?



Tiger, tiger, burning bright

In the forests of the night,

What immortal hand or eye

Dare frame thy fearful symmetry?

Thursday, February 11, 2010

Si Duta Malang Dan Pegantin Bermisai

A Kadir Jasin

[NOTA KEPALA: Sila terus berbahas tampalan berjudul: Government Expert: GST Not Burdonsome. Yang ini cerita penghipur lara. Terima kasih]

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM dunia, macam-macam ada. Di kampung saya masa saya remaja dulu, kalau mahu isteri cantik, minta ibu carikan.

Yang pertama sekali dia akan pastikan bakal menantunya cantik, tak berparut dan mempunyai susuk badan yang boleh melahirkan banyak anak. "Susu" mesti segar dan besar.

Mula-mula majlis menengok di mana rombongan akan curi-curi tengok bakal menantu. Seeloknya waktu pagi lepas mandi kerana pada waktu itulah, konon cerita, kejelitaan seseorang gadis menyerlah.

Dulu memang susah nak cari anak dara tak berparut duit siling kerana jangkitan kudis buta atau calar balar terkena onak dan duri.

Lepas itu merisik. Bila semua kena dan setuju, baru masuk meminang. Selalunya bakal pengantin tidak jumpa satu sama lain sampailah akad nikah bila suami menyarungkan cincin ke jari manis isterinya.

Dipantaskan ke hadapan 50 tahun, kalau si Duta Arab yang dalam berita itu meniru cara Melayu lama, dia tentulah tidak berakhir dengan isteri bermisai dan mata juling.

Akhbar Gulf News dari UAE melaporkan seorang Duta Arab terkejut besar dan terus mengemukakan saman bila mendapati isteri yang baru dinikahinya yang memakai “niqab” (penutup muka) rupa-rupanya bermisai dan bermata juling.

Duta ini orang baik. Walaupun dia berjumpa wanita itu beberapa kali waktu bertunang, dia tidak pernah minta tunangnya buka tudung muka. Boleh jadi juga dia nak tunggu klimak bila mereka ijab kabul dan memadu asmara – macam dalam cerita Seribu Satu Malam.

Malang seribu malang, bila habis ijab kabul dan ketika si Duta nak cium pipi isterinya, si isteri rupa-rupanya bermisai dan mata juling – bunyi macam dalam lagu Allahyarham P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma.

Masa pelampau militan yang menduduki Lal Masjid (Masjid Merah) di Islamabad, Pakistan pada tahun 2007, ketua gerombolan itu dilaporkan cuba lari dengan memakai jubah wanita dan “niqab”, tetapi ditembak mati.

Waktu saya di New Straits Times, pernah dua orang pelatih UiTM berpakaian begitu datang nak buat praktikal. Saya arahkan pengawal tidak benarkan mereka masuk kerana peraturan keselamatan wajibkan pekerja dan pelawat daftar diri, dicamkan wajahnya dan pakai tag keselamatan.

Saya beritahu UiTM dan semua universiti, saya tidak akan terima pelatih yang menutup muka. Habis cerita.

Berbalik kepada si Duta malang, dia bawa kesnya ke Mahkamah Syariah United Arab Emirates, mendakwa dia ditipu.

Rupa-rupanya ibu pengantin perempuan tunjukkan gambar adiknya kepada ibu si Duta. Kalau dapat adik, tak jadi hallah -- tak ada misai dan mata pun tak juling. Arab pun tipu juga?

Si Duta minta nikah dibatalkan dan tuntut ganti rugi 500,000 dirhams – lebih kurang RM460,000) -- iaitu harga pakaian, barang emas dan hantaran lain yang dia bagi.

Mahkamah batalkan nikah tetapi tolak tuntutan ganti rugi. Laporan Gulf News tidak menyebut siapa si Duta malang itu. Macam plot filem P Ramlee. Semoga Allah curah rahmat ke atas rohnya.

Moral ceritanya, lain kali, si Duta malang tu selaklah dulu. Bukan banyak pun -- tutup muka saja.

Government Expert: GST Not Burdonsome

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

WE had discussed the proposed goods and service tax (GST) before and the comments from debaters had generally not been positive.

Let us try again. This time we gave the benefit of the doubt to the government. Let us listen to what a government tax expert has to say.

The following report is from the National News Agency Bernama and it is published in full.

“KUALA LUMPUR, Feb 10 — The implementation of the Goods and Services Tax (GST) based on current estimates, will not lead to price increases due to the offset from the abolishment of the sales and services tax (SST), the Chairman of the Tax Review Panel in the Ministry of Finance, Datuk Kamariah Hussain, said today.

She said logically, with GST, consumers would pay 4.0 per cent tax compared with the current service tax of 5.0 per cent and sales tax of 10 per cent.

“GST is progressive rather than regressive, with tax incidence at the 4.0 per cent GST rate being lower than the current SST,” she said at the Affin Investment Bank forum on GST here today.

For instance, consumers currently pay about 2.8 per cent in tax in the prices of goods purchased but with GST, the tax element will be reduced to 2.5 per cent.

With GST, price should decrease as registrants will be able to claim on GST incurred on their inputs, she said.

“We really hope industries will pass on these savings to the consumers,” said Kamariah.

She said the Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism is coming up with a regulation to address issues of businesses taking advantage and keeping the savings to themselves instead of passing on savings to consumers.

“We are really taking care of the lower income group and ensuring that this lower income group will not be affected by the GST,” she said.

However, the implementation of GST will not only benefit the lower income but is expected to be enjoyed by the whole “rakyat”, she said.

In terms of tax collection for the government with the GST, she said the government is expected to collect less revenue with the replacement of SST with GST.

The government currently collects a revenue of almost RM11 billion to RM12 billion from SST. However, under the GST system there will be an estimated shortfall of RM1 billion in revenue, she said.

In order to collect the same amount, the government would have to impose a 4.2 per cent GST rate, she said.

The less collection means more savings to consumers, she added.
More than 140 countries have implemented GST and Malaysia needs to introduce GST due to “inherent weaknesses” in the current consumption tax, said Kamariah.

The proposed GST model is a broad-based consumption tax in the form of value added tax and it covers all sectors of the economy as well as imposed on the supply of goods and services.

Earlier reports have said that the government aimed to fully implement the GST in mid 2011. — Bernama”

A few questions thought.

1. A shortfall of RM1 billion in revenue? A minister was quoted not too long ago that GST would raise revenue by RM1 billion. Who is right?

2. If the Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism has not been able to control profiteering on a smaller number of goods and services under the current SST, what guarantee does the consumers have that it will be able to rein in the unscrupulous cheating traders of a larger number of goods and services?

3. Although the GST rate is lower than the SST, would the consumers not be paying more in the form of tax because more goods and services are covered by GST as opposed to SST?

Over to you fellow debaters.

Tuesday, February 09, 2010

Kesan Kemenangan Zambry Kepada Politik Perak

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERINTAH Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan negeri berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan ini menamatkan harapan bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas Pasir Panjang) untuk mendapatkan semula jawatannya.

Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).

Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:

“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”

Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-

1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;

2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;

3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;

4. Isu moral akan selesai hanya apabila hal ini dirujuk kepada pengundi;

5. Rujukan kepada pengundi ini mungkin berlaku apabila pilihan raya umum diadakan atau lebih awal dalam bentuk pilihan raya negeri;

6. Masalah Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) keluar parti atau lompat parti memerlukan pemikiran dan tindakan lanjut;

7. Penyelamat keadaan adalah tiga Adun yang keluar parti itu tidak menyertai BN. Mereka kini Adun Bebas dan memberi sokongan kepada BN;

8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan

9. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.

Thursday, February 04, 2010

Kesan Sihat Kepelbagaian Suara Melayu

A kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SATU perkembangan menarik yang berlaku kepada bangsa Melayu selepas pilihan raya umum 2004 adalah penyemarakan semula kepelbagaian suara.

Walaupun Melayu mempunyai banyak badan dan pertubuhan sukarela akar umbi, namun untuk jangka masa yang agak lama, suara mereka jarang kedengaran atau tidak lantang.

Mereka berasa lega dan yakin menyerahkan penentuan agenda hala tuju bangsa Melayu dan agama kepada parti-parti politik yang mewakili mereka dan kepada pentadbiran awam yang majoriti anggotanya adalah Melayu.

Tetapi keselesaan dan kelegaan orang Melayu mula terganggu dan akhirnya menjadi keresahan apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai hilang arah tuju, menjadi elitis dan dikuasai oleh segelintir pembantu, penasihat serta sahabat handai.

Pentadbiran Abdullah membuka pintu penyuaraan melalui dasar liberalisme dan keterbukaannya, tetapi gagal memacu agenda itu.

Dalam masa yang singkat, dasar itu dirampas dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembangkang, khasnya parti-parti yang mewakili kaum Cina dan India.

Provokasi politik mereka melalui tunjuk perasaan dan tindakan mahkamah melemahkan parti-parti bukan Melayu Barisan Nasional yang tidak boleh membuat tuntutan melampau kerana menghormati kontrak sosial BN.

Menjelang PRU 2008, majoriti pengundi Cina dan India berpindah kepada pakatan longgar DAP-PKR-Pas manakala ramai pengundi Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, sama ada memulau pilihan raya atau mengundi pembangkang “untuk mengajar BN.”

Walaupun Umno masih merupakan parti terkuat di Malaysia dan menjadi penyelamat BN dalam PRU 2008, imejnya telah tercalar dan kepemimpinannya tidak lagi disanjung tinggi oleh orang Melayu.

Akibat perubahan pola politik nasional itu, yang bermula dengan agenda liberalisme Abdullah dan kegagalan BN memacu agenda berkenaan, Umno dan BN menjadi lemah.

Kepada orang Melayu yang berkesedaran dan mampu bersuara, kelemahan Umno ini dilihat sebagai punca pelbagai perkembangan yang mencabar dan merugikan kepentingan bangsa Melayu. Antara ciri yang dibimbangkan termasuk:-

1. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa akibat perpecahan dan kelemahan politik ini, orang Melayu tidak lagi berdaya mempertahankan hak dan keistimewaan mereka;

2. Akibat perpecahan dan kelemahan politik orang Melayu itu, lebih mudahlah bangsa-bangsa lain membuat tuntutan;

3. Dilema orang Melayu diburukkan lagi oleh anasir-anasir Melayu liberal. Mereka ini menolak identiti kaum dan menafikan sumbangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke arah menjadikan mereka golongan elit;

4. Kemudian terdapat semakin ramai orang Melayu yang tercicir daripada aliran pemikiran perdana kerana kurang pendidikan atau bersikap tidak peduli.

5. Kepemimpinan baru Umno (yang menerajui kepemimpinan negara) dilihat sebagai tidak cukup kuat mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan terlalu bertolak-ansur dengan rakan-rakan bukan Melayu mereka dalam BN;

6. Pas pula dilihat sebagai semakin bercelaru akibat percubaan mengimbangkan antara dasar Islamnya dengan keperluan bertolak-ansur dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang berideologi sekular;

Akibat ketidakyakinan kepada kepemimpinan politik Melayu inilah muncul suara alternatif Melayu, sama ada daripada pertubuhan sedia ada atau daripada pertubuhan baru seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Walaupun Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Pasir Mas, dilemparkan pelbagai tuduhan dan diberi label yang menghina oleh pihak pro-Pakatan Rakyat, Perkasa kini muncul sebagai suara alternatif Melayu yang lantang dan mendapat liputan meluas oleh media baru.

Sementara itu, dalam Umno sendiri muncul beberapa kumpulan dan individu pendesak yang boleh dilabelkan sebagai “Umno Bebas” atau “Free Umno” yang tidak terikat dengan dasar perdana parti.

Mereka ini terdiri daripada veteran parti, ahli-ahli profesional yang tidak bergantung kepada ihsan Umno, cendekiawan dan pemikir, penulis, wartawan dan blogger.

Perkembangan ini penting bagi orang Melayu jika mereka mahu terus mengekalkan identiti bangsa, menaikkan taraf ekonomi Melayu dan Bumiputera, mempertahankan Islam, menuntut persamaan hak ekonomi dan sosial dengan bangsa-bangsa yang lebih maju dan mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat Melayu.

Kepelbagaian suara inilah yang menjadi landasan kepada kekuatan politik, ekonomi dan pendidikan Cina. Selain suara politik, bangsa Cina disokong oleh badan-badan bebas seperti dewan-dewan perniagaan, badan-badan pendidikan, persatuan suku kaum dan badan-badan profesional.

Hatta bangsa India yang lebih kecil pun diwakili oleh pelbagai pertubuhan di luar kerangka politik, termasuk Badan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang diharamkan.

Kemunculan semula kepelbagaian suara dan pendapat umum Melayu ini adalah sihat dan boleh menjuruskan bangsa Melayu ke arah politik tanpa parti di mana sokongan terhadap parti politik tidak lagi bergantung kepada taat setia, tetapi kepada dasar dan pencapaian.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).