A Kadir Jasin
UPDATE- 11 Mac, 1MDB simpan RM4 bilion di Singapura dan "salahkan" Bank Negara.
PARLIAMENT The
balance US$1.103 billion that 1Malaysia Development Berhad (1MDB) had invested
in a Cayman Islands fund has been brought back but is being kept in a
Singaporean bank, the government said.
In a written answer to Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), the Finance Ministry
said that the amount, equivalent to over RM4 billion, is being parked at the
BSI Bank Limited Singapore (BSI Singapore).
“The decision to use a bank in Singapore was done in order to smoothen the
transaction as there are regulations from Bank Negara that transactions above
RM50 million needs its approval,” it said.
My question is, do we have to bring back our own money from abroad through a bank in Singapore and not directly to our own banks?
Is Bank Negara that stupid to make capital flow into the country difficult or somebody is using Bank Negara as a punching bag?
ORIGINAL POST
KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad
Zahid Hamidi sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib
Abdul Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak memeranjatkan.
PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Menteri Dalam Negeri merangkap
Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya
sekarang berkaitan suratnya kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat
(FBI) mengenai orang disyaki Paul Phua Wen Seng.
Ahmad Zahid dilaporkan menuduh
pihak-pihak yang mempertikaikan urus niaga syarikat pelaburan strategik
kerajaan itu sebagai bermotifkan politik. Beliau menyokong kenyataan
bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB
dan juruaudit luarnya, Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan
kepincangan urus niaga.
![]() |
| Ahmad Zahid tuduh pengkritik 1MDB bermotif politik |
Menurut laporan Bernama, beliau
mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009)
dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa
menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. (Baca di sini).
Alhamdulillah, itulah kaedah
yang tepat. Isu 1MDB memerlukan “forensic auditing” macam doktor menyiasat
sejarah pesakit atau membedah mayat.
Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh
tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik!
Jawapan kepada tindakan
Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy
yang baru beberapa minggu menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB
dan juruaudit luar 1MDB, Deloitte semestinya amat terhad.
![]() |
| Muhyiddin mahu audit forensik ke atas 1MDB |
Anggota Kabinet yang faham
undang-undang dan peraturan tentulah tidak puas hati dengan maklumat terhad itu
sedangkan mereka diminta turut bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka
tentunya tidak mahu dituduh bersubahat kemudian hari.
Orang putih kata, splitting
hair. Bayangkan bagaimana susah hendak membelah sehelai rambut. Mungkin benar
akaun 1MDB bagi tempoh singkat diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian
perakaunan yang digunakan di negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani
mengesahkannya. Cuma adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa
syarat (unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat
disahkan oleh juruaudit luar.
![]() |
| Pembabitan Arul Kanda dalam 1MDB amat terhad |
Saya harap Ahmad Zahid gunakan
kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif OCBC, Pengerusi Bank Simpanan
Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN, pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn
Bhd, pengerusi Tekala Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi
Ramatex Berhad dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan
pencerahan terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik
murahan.
Bukan Semua Melayu Jahil
Orang yang tidak tahu apa-apa
mengenai perniagaan, perakaunan, modus operandi urus niaga dan rahsia
perniagaan tentulah akan terangguk-angguk mengiakan hujah Ahmad Zahid dan ahli
Kabinet yang sependapat dengan beliau, apatah lagi kalau mereka ahli dan
penyokong tegar Umno.
Tetapi hari ini, hatta di kalangan
orang Melayu dan orang Umno pun ramai yang berniaga, menjadi eksekutif
korporat, juruaudit dan pensyarah ekonomi. Jadi mereka boleh bezakan antara
pasir dan permata.
Natijahnya, pemimpin Umno
janganlah sangka semua Melayu “bangang” (meminjam istilah Perdana Menteri)
dalam hal ekonomi dan perniagaan maka boleh diperkotak-katikkan.
Umno perlu belajar agar lebih
pandai berkomunikasi dengan Melayu yang makin cerdik. Adalah kesilapan besar
bagi Umno memajukan orang Melayu melalui pelajaran dan ekonomi, tetapi
berkomunikasi secara dangkal kerana menyangka orang Melayu semuanya ikut cakap
dan percaya omongan mereka.
Sekadar anggota kabinet kelas
ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa adalah amat sukar bagi Umno kembali
meyakinkan majoriti orang Melayu dan mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu
untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Umumnya, pengkritik dan
penganalisis bukan sekadar mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik
dan menganalisis perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan
akaunnya – mungkin atas alasan rahsia perniagaan.
Antara yang dipersoalkan adalah
hutang-piutangnya yang sangat besar (melebihi RM40 bilion), pengaliran modal,
pembelian aset yang melebihi harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk
dilaburkan di Cayman Islands, kesukarannya membayar balik hutang kepada
bank-bank tempatan, dakwaan pembabitan “billionaire” T Ananda Krishnan
menyelesaikan hutangnya dan paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan
kerajaan (GLIC) memberi pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang
dikeluarkannya dan pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan
PetroSaudi.
Kalau tugas Ketua Juruaudit
Negara sekadar “verify” (mengesahkan) akaun lMDB, ia tidak lebih daripada
“rubber stamp”. Tetapi sekiranya KJN diberi kuasa khas atau beliau sendiri
berani mengambil inisiatif melakukan “forensic auditing” barulah ada harapan
kita menjejaki “money trail” untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa.
Penyelesaian Ala Idris Jala?
Penyelesaian masalah hutang dan
kerugian 1MDB pun bukanlah sekadar memperlondehan aset (asset tripping) ala
(Datuk Seri) Idris Jala.
Idris Jala petah berhujah. Untuk
itu saya tabik spring kepada beliau. Bagi mengatasi masalah kerugian dan
kehabisan modal MAS, beliau menjual asetnya dengan melabelkannya “asset
unbundling”. Realitinya kalau setakat memjual harta yang orang lain buat untuk
buat keuntungan luar biasa, siapa pun boleh. Tetapi apa yang terjadi kepada MAS
selepas Idris Jala londehkan asetnya?
Harap-harap “asset stripping”
bukanlah model yang akan Arul Kanda laksanakan. Sekadar jual tanah atau buat
usaha sama, mudahlah. 1MDB banyak mendapat tanah murah daripada kerajaan di
Kuala Lumpur – tapak TRX di Jalan Tun Razak dan tapak Pangkalan TUDM di Sungai
Besi. Anehnya, apabila membeli aset swasta seperti penjana elektrik bebas (IPP)
dan tanah di Pulau Pinang 1MDB bayar harga tinggi.
Ramai tauke-tauke hartanah yang
licik macam (Tan Sri) Liew Kee Sin (Eco World) dan (Tan Sri) Desmond Lim Siew
Choon (Pavilion Reit) – sekadar contoh sahaja – yang pastinya berminat membeli
atau menjadi rakan kongsi 1MDB.
Bagi yang tidak tahu, Desmond
Lim terbabit dengan penswastaan tapak Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang
yang dimajukannya menjadi The Pavilion. Tentu beliau amat berminat dengan tanah
1MDB. Malah ada laporan sejak tahun 2010 lagi yang mengatakan beliau berminat
berkongsi dengan 1MDB.
Liew pula menjadi terkenal
seantero dunia kerana berkongsi dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) majukan
SP Setia. Setelah keluar dari SP Setia beliau menyertai Eco World. Baru-baru
ini UDA ambil Eco World sebagai rakan kongsi majukan tanah Penjara Pudu. Liew
juga tentu berminat “menyelamatkan” 1MDB.
DBKL dan Syarikat Perumahan
Negara pun buat macam itu juga apabila mereka mengambil YTL sebagai rakan
kongsi dan peneraju projek Pantai HillPark atau macam Ananda lakukan dengan
penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang. Beliau “memodalkan” tapak itu dan
jual sahamnya kepada Petronas bagi mendirikan KLCC.
Kalau 1MDB benar-benar syarikat
pelaburan strategik ia tentulah mempunyai “business model” yang cukup unggul,
berdarjat dan mengatasi kaedah perniagaan biasa. Ia sewajibnya membantu
kerajaan dan negara menjana kekayaan baru, bukan membeli aset yang sedia ada
seperti IPP atau bersaing dalam sektor hartanah yang sudah pun diceburi oleh
syarikat GLC lain dan sedang mengalami lebihan bekalan yang teruk.
Bukan Semua Bermotif Politik
Masalah dan kontroversi 1MDB
tidak selesai semata-mata kerana Kabinet tidak mengesan sebarang perbuatan
salah setelah mendengar taklimat 1MDB dan Deloitte.
![]() |
| Deloitte baru setahun jadi juruaudit 1MDB |
Yang bermotif politik adalah
pembangkang yang sememangnya mahu menjatuhkan kerajaan Umno/BN dan orang
Umno/BN sendiri yang tidak mahu diperdaya atau dituduh bersubahat dalam hal
1MDB.
Yang lainnya adalah pemerhati
dan penganalisis yang faham selok-belok perniagaan dan nampak banyak isu luar
biasa dan mencurigakan mengenai 1MDB.
Mereka tahu masalah 1MDB kalau
tidak dibongkar dan diatasi boleh mencetuskan wabak sistemik yang sangat buruk
ke atas ekonomi, fiskal, perbankan dan mata wang negara.
Wallahuaklam.








