Monday, June 10, 2019

Harapan Terhadap Latheefa Koya Amat Tinggi


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Latheefa: Peguam aktivis yang tidak lekang daripada kontroversi
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Latheefa Beebi Koya, berkata beliau tidak ada masalah pelantikannya dikritik dan dipersoalkan.

Saya pun berasa begitu. Sesiapa saja yang yakin dengan dirinya harus tidak takut dikritik dan dipersoalkan.

Hanya orang yang ada pekung yang hendak ditutup sahaja takut kepada kritikan dan pendedahan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Seperti yang saya nyatakan dalam kolum mingguan saya dalam akhbar Sinar Harian Ahad lalu, tidak ada sebarang isu atau kontroversi besar berkaitan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM.

Hakikat beliau adalah orang luar juga tidak menjadi persoalan kerana seperti kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Azam Baki, sejak ditubuhkan pada tahun 1967, 10 daripada 13 ketua pesuruhjaya adalah lantik luar.

Kalau pun ada perkara yang boleh dianggap sebagai luar biasa adalah interpretasi politik oleh sesetengah pihak yang berasa mereka perlu dibawa berunding sebelum keputusan dibuat.

Tetapi seperti yang dihujahkan oleh pihak lain, keputusan mencalonkan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya adalah budi bicara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah pun mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam mencadangkan Latheefa sebagai pengganti Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Perdana Menteri tentulah mempunyai alasan yang kuat dan tersendiri. 

Yang jelas bagi saya adalah beliau mahukan kelainan supaya satu perspektif baharu akan muncul dalam organisasi penting itu.

Namun ini tidak menghalang mana-mana pihak, termasuk parti politik kerajaan dan pembangang, membahaskan perkara ini secara waras dan bersantun.

Yang lebih penting bagi saya ialah bagi Latheefa membuka lebih banyak kertas siasatan baru melibatkan individu berprofil tinggi dalam kerajaan lama.

Pastinya individu yang terlibat dengan rasuah era kleptokrasi tidak terhad kepada beberapa kerat yang sedang dibicarakan sekarang.

Apa halnya dengan mereka yang bersubahat menyekat pelaksanaan hukum undang-undang atau menggunakan kuasa undang-undang ke atas pengkritik kerajaan lama?

Mereka ini wajib disiasat dan diseret ke muka pengadilan jika terdapat bukti kukuh.

Untuk artikel penuh sila lawati PAUTAN INI.

Wallahuaklam.

Tuesday, June 04, 2019

Talk to the World for Good of the Country


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

Investors want to know more about Malaysia Baru
LAST Tuesday and Wednesday I was in Singapore with Economic Advisor to the Prime Minister, Dr Muhammed Abdul Khalid, to talk to fund managers, analysts and journalists.

We attended Forum Asia 2019 organised by the Japanese financial house, Nomura Holdings Incorporated, and a dialogue session organised by the international rating agency S&P Global or Standard and Poor’s.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

Dr Muhammed spoke on the economy and I spoke on general issues including politics.

We have done so much since Pakatan Harapan won the May 9, 2018 General Elections yet it appeared to me that so little is known by the international investors.

We need more such sessions preferably attended by ministers and senior politicians. PH politicians should more willing to face domestic and international audiences.

It’s unreasonable to leave everything to the Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ministers in charge of the economy, finance and trade in particular must be both “jaguh kampong” (village champions) and “jaguh dunia” (global champions).

Particiants at the S&P Global seminar
If they have been doing this, please quicken the tempo and if they haven't yet, please start.

Based on the questions and comments during and after the discussions, I have the feeling that investors, fund managers, analysts and journalists not only understood our situation better but were convinced that we are doing the right things.

We have many good stories to tell and should not be embarrassed to tell them.

It appeared to me that they were less worried about Dr Mahathir’s leadership of the country. In fact they were encouraged by his adaptation to the new political environment.

But they are concerned about leadership transition and the race and religious card being played by the Umno and Pas.

In addressing the leadership and transition issues, I said Dr Mahathir’s current tenure is different from the last one. He was last the Prime Minister from 1981 to 2003.

Not only that he is leading a different coalition, he is also being governed by a set of new governance, transparency and accountability regimes.

I sense that the level of confidence in his administration is high but the recurring concern is the transition of power to Datuk Seri Anwar Ibrahim.

I told them that while the PH election promises were not cast in stone, the transition from Dr Mahathir to Anwar was clearly stated and was the linchpin in the pre-election agreement that led to the Dr Mahathir leading the PH into battle and, thereon, to victory.

I told them that they should be encouraged by Anwar’s recent statements that he wasn’t in a hurry and that Dr Mahathir would continue to play a major role thereafter.

Investors need to be assured of the leadership transition
As for fears that there would be U-turns in policies when the new Prime Minister comes in, I assured them that it is unlikely because Anwar himself is actively involved in putting them in place in his capacity as a member of the PH Presidential Council and through his regular consultations with the PM.

Also, having been a witness to Dr Mahathir-Anwar political collaboration and confrontation since 1982 – when Anwar joined Umno - I don’t think the Prime Minister-in-waiting would repeat the miscalculations of the past.

Sidelining or killing Dr Mahathir’s legacies had been a costly proposition for his two previous successors – Tun Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

As for concerns about Umno and Pas playing the racial and religious cards, I said they would continue with it because they are weak in other areas. Both parties are tainted by corruption and secret political funding.

I told them that race, ethnicity, religion and geography will continue to be important in Malaysian politics. We will continue to embrace and celebrate our diversity.

Race and religion are not the cause for alarm but racism and religious extremism are, and the PH Government will act tough on people spreading racial and religious hatred.

They also raised the issue of the lack of communication. Here, I strongly recommend that ministers be more visible, brave and be willing to participate in investment briefings and conferences at the global level.

I am annoyed by the reluctance of some key ministers to engage with local and international businessmen, investors and fund managers.

I think after a year, they should have gathered sufficient knowledge, experience and courage to be able to engage with the key stakeholders at home and abroad, and leave the day-to-day running of the ministries to the civil servants.

Wallahuaklam.

Sunday, June 02, 2019

Jho Low: Jangan Bagi Harapan Palsu Lagi


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Keluarga besar 1MDB: Jho Low di  kiri sekali
SEBAIK-BAIKNYA kita janganlah mensensasikan berita kemungkinan Jho Low ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia apatah lagi menularkan khabar angin.

Malangnya, perbuatan menularkan khabar angin dan cakap-cakap kedai kopi sebagai berita/maklumat sahih di media arus perdana dan media sosial sudah menjadi semacam satu penyakit.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Hatta orang yang berkedudukan tinggi pun banyak yang terikut-ikut dengan tabiat buruk dan berbahaya ini.

Saya bimbang bahawa akibat penggunaan media sosial yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat kita menjadi semakin “gossipy” atau dalam bahasa Melayu popular “membawang”.

Memanglah kita yang menghormati hukum undang-undang (rule of law) mahu Jho Low yang nama sebenarnya Low Taek Jho ditangkap, dibawa balik dan dibicarakan.

Dia ini otaknya bergeliga tetapi jahat dan berbahaya. Pada usia 28 tahun dia sudah berjaya mempengaruhi ramai orang atasan dan berjaya menjadi agen bebas kepada Terengganu Investment Authority (TIA) dan kemudian 1Malaysia Development Berhad.

Yang tidak mahu Jho Low ditangkap dan dibawa balik adalah orang dan pihak yang bersekongkol dengannya bagi menipu berpuluh bilion ringgit duit 1MDB.

Ini termasuklah penaungnya, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak.

Tidak ada Najib tidak ada lah Jho Low kerana Najib lah yang menukar TIA menjadi 1MDB dan memaberikan anak tauke Cina Pulau Pinang ini “carte blance” atau kuasa mutlak untuk mengatur kewangan 1MDB.

Beberapa minggu lalu, seorang rakan wartawan warganegara Amerika bertanya sama ada kerajaan Malaysia tahu di mana Jho Low berada dan sama ada benar dia dilindungi oleh kerajaan China.

Saya kata, apa saja boleh berlaku kerana Jho Low masih banyak duit dan sudah jadi “pawn in the game” bagi banyak negara.

Silap-silap dia tidak lagi budak gempal seperti yang kita kenali sebaliknya mungkin sudah menjalani pembedahan plastik dan sekarang serupa dengan hero Hollywood Leonardo DeCaprio.

Jho Low dan rakan sekongkolnya di Amerika, Riza Shahriz Abdul Aziz, telah membiayai filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi oleh DeCaprio.

Riza adalah anak Datin Paduka Seri Puti Reno Rosmah Mansor dengan suami pertamanya. Rosmah dan anaknya itu sudah pun dituduh di mahkamah bersabit duit 1MDB.

Jho Low juga menghadiahkan kepada DeCaprio sebuah lukisan oleh Piccaso berharga AS$3.2 juta (kira-kira RM13 juta). DeCaprio telah menyerahkan lukisan itu kepada Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) setelah mengetahui yang ia mungkin dibeli dengan duit curi 1MDB.

Kesimpulannya, kebanyakan kita mahu Jho Low dibawa balik untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Tetapi janganlah ada sesiapa pun yang memberi harapan palsu yang akan mengecewakan kita semua atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

Kadang-kala penyebaran maklumat tidak sah dan berita palsu boleh menggagalkan operasi sulit seperti mengesan, mengangkap dan membawa balik pelarian undang-undang Jho Low ini.

Wallahuaklam.

Tuesday, May 21, 2019

Masa Untuk Membuat Penilaian dan Penjajaran


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Perdana Menteri telah dua kali memberi markah kepada Kabinet
MEMANDANGKAN Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah berusia setahun dan banyak penilaian  telah dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri maka eloklah satu tindakan susulan yang menyeluruh dibuat.

Pada 6 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau memberikan markah 50 peratus kepada anggota kabinet berbanding 40 hingga 50 peratus lima bulan sebelumnya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tetapi sebelum saya meneruskan perbincangan tajuk ini, izinkan saya membuat sedikit penjelasan mengenai analisis saya bertajuk “Kerajaan PH Terdedah Kepada Sabotaj” yang  tiba-tiba menular (viral) di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ini rencana lama. Ia ditulis dan disiarkan dalam Blog saya pada 20 Oktober lalu – lama sebelum kerajaan PH menyambut ulang tahun pertamanya 9 Mei lalu.

Walaupun bukan perbuatan saya menyebar semula rencana itu, namun saya memohon maaf seandainya timbul kekeliruan dan kegusaran akibat merebaknya tulisan itu.

Kalau boleh, izinkan saya mencadangkan kepada penggiat media sosial agar melawat Blog saya bagi memperoleh maklumat terbaru dan terus. Kadang-kadang berita yang ditulis semula dan disiarkan oleh media masa tidak berapa tepat dan bukan yang terbaharu.

Berbalik kepada keperluan PH membuat penilaian komprehensif dan menjajarkan semula janji-janji pilihan raya umum (PRU), dasar, rancangan dan pelantikannya, saya yakin ia boleh membantu memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang ramai.

Mana-mana janji PRU, dasar dan rancangan yang tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih hendaklah dipinda atau digugurkan langsung.

Janji PRU, dasar dan rancangan adalah ciptaan kita sendiri. Jadi kita janganlah terlaku terikat atau terpenjara kerananya.

Lagipun, janji-janji itu kita rangka ketika kita pembangkang di mana banyak maklumat adalah tidak lengkap atau tidak tepat.

Sekarang kita tahu keadaan sebenar yang nyata lebih buruk daripada yang kita jangkakan maka kita berhak dan wajib membuat penyesuaian.

Prestasi Menteri

Begitu juga dengan watak-watak yang kita lantik untuk menganggotai Kabinet atau menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Majlis Kerja (Exco) kerajaan negeri.

Jika ada yang masih merangkak dan meraba-raba setelah setahun diberi peluang dan tanggungjawab maka adalah kewajipan kita meminta mereka memikirkan semula kedudukan mereka dan, jika mereka berasa perlu, mengundurkan diri secara sukarela supaya orang lain boleh dilantik menggantikan mereka.

Saya rasa masa setahun sudah cukup lama. Mungkin tidak kepada penjawat tetapi bagi rakyat jelata yang menaruh harapan, ia mungkin macam selama-lamanya.

Setahun – 12 bulan, 52 minggu dan 365 hari – adalah cukup lama bagi mereka kerana mereka mengharapkan perubahan dan pembaikan apabila mereka mengundi parti kita.

Kita hanya mampu memberi pandangan dan menaruh harapan. Selebihnya adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk memikirkan tindakan sewajarnya.

Beliau tentu lebih arif kerana beliau sendiri memberi markah 50 peratus sahaja kepada anggota kabinet beliau.

Pada fahaman saya, ini adalah markah purata. Ada yang bawah 50 dan ada yang atas 50. Yang bawah daripada 50 itu bolehlah dijadikan sasaran untuk diganti.

Rakyat jelata, khususnya yang mengundi PH, berhak untuk membuat penilaian siapa yang pada pengetahuan dan pandangan mereka, berjaya atau gagal memenuhi aspirasi mereka.

Pegawai Tadbir

Begitu juga dengan lantikan penting dalam Perkhidmatan Awam, agensi amanah dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ada kakitangan awam yang masih setia kepada bos lama
Semua orang tahu ramai pegawai tinggi lantikan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) masih dalam jawatan masing-masing. Malah ada yang dinaikkan pangkat kerana mereka layak atau kerana proses kenaikan pangkat biasa.

Kita juga tahu, ada saki baki lantikan bekas kerajaan BN yang masih setia kepada bos lama atau terikut-ikut cara dahulu.

Secara langsung dan tidak langsung mereka ini bersekongkol mensabotaj kerajaan PH demi mengekalkan jawatan masing-masing.

Ini adalah kerana mereka tahu bahawa hanya dengan cara itu saja mereka boleh melindungi dan merahsiakan keterlibatan masa lampau mereka.

Pada dasarnya, Perkhidmatan Awam adalah berkecuali dan setia kepada kerajaan yang memerintah – the government of the day.

Tetapi virus kerajaan kleptokrasi telah menjangkiti darah daging sebahagian daripada mereka akibat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ramai yang menggunakan “reversed psychology” dengan mendakwa mereka dianaktirikan dan dianiaya oleh kerajaan PH.

Sudah sampailah masanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bekerjasama dengan kerajaan membuang virus ini supaya cabang eksekutif dan pentadbiran boleh berganding bahu berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata.

Pengurusan GLC

Begitu jugalah dengan pengurusan agensi Amanah dan GLC serta GLIC. 

Mana-mana yang tidak sehati dengan kerajaan PH atau berasa kurang layak eloklah mengundurkan diri.

Tidak terkecuali adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang dilantik oleh PH sendiri.

Perdana Menteri mahu gaji kakitangan GLC lebih seimbang
Sekiranya mereka didapati tidak memenuhi syarat dan aspirasi lantikan mereka, kerajaan wajiblah berterus terang dan menasihatkan mereka agar berundur atau disingkirkan.

Tindakan yang sama perlu diambil ke atas ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada organisasi atau yang terlibat dengan jenayah korporat.

Kita dapati ada anggota pengurusan kanan yang membayar diri mereka sendiri gaji, elaun dan kemudahan yang berpuluh juta ringgit nilainya setahun sedangkan gaji kakitangan bawahan adalah pada kadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Amalan dan tabiat ini amat tidak secocok dengan saranan Dr Mahathir di persidangan “Invest Malaysia” Mac lalu agar pengurusan berkongsi keuntungan secara lebih adil dan saksama dengan pekerja.

Mana-mana pengurusan yang mengambil jalan mudah memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan wajib dianggap sebagai pengurusan yang lemah dan gagal.

Kesimpulannya, setalah setahun memerintah, kerajaan PH wajib menilai semula keberkesanannya dalam konteks janji pilihan raya dan aspirasi rakyat jelata dan melakukan penyesuaian.

Saya amat yakin majoriti rakyat jelata boleh menerima realiti semasa jika kerajaan bertindak secara bijaksana, telus dan terbuka.

Tetapi mereka akan hukum kita kalau kita bertindak defensif, memutar-belitkan fakta dan cuba menegakkan benang kering.

Ingatlah, benang kering akan bertiup dalam angin dan tidak berguna. Tetapi benang basah boleh dipintal hujungnya dan dimasukkan ke dalam lubang jarum untuk menjahit kain yang koyak.

Wallahuaklam.


About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).