Tuesday, April 03, 2007

Bila Mahathir dan Razaleigh Berkongsi Pentas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan kesat tidak akan disiarkan.]

PADA hari Jumaat 30 Mac dua pemimpin veteran tanah air yang pernah bermusuh – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah – berkongsi pentas.

Tempatnya ialah Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan acaranya ialah Ceramah Agung Tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu.

Tengku Razaleigh adalah ucaptamanya dan tajuk pembentangan beliau ialah “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Merentas Sempadan Etnik”.

Dr Mahathir yang mendengar pidato Tengku Razaleigh dari awal hingga akhir kemudian dijemput – atau lebih tepat digesa oleh hadirin – untuk membuat ulasan.

Beliau agak terkejut kerana dia tidak dijadualkan membuat sebarang ucapan.

Dalam huraian ringkasnya Dr Mahathir menyebut mengenai perhubungan beliau yang lama dan berliku dengan Tengku Razaleigh.

Beliau bercakap mengenai turun naik, suka duka, setuju dan tidak setuju dalam politik, mengenai toleransi beliau terhadap tentangan dan perbezaan pendapat dan mengenai beliau membawa masuk semula hampir kesemua penentangnya ke dalam Umno dan Kabinet.

Tanpa menyebut nama, beliau menceritakan bagaimana beliau melantik seorang yang pernah menentangnya menjadi “putera mahkota” dan orang itu hari ini menjadi “maharaja” politik Malaysia.

Beliau bercerita bagaimana Tengku Razaleigh hampir-hampir kembali menganggotai Kabinetnya tetapi beliau dipaksa “review” keputusannya kerana Tengku Razaleigh menyerangnya dalam temu bual dengan majalah Far Eastern Economic Review (sekarang sudah ditutup).

Tengku Razaleigh dalam pidatonya yang kemas dan mantap menyesali tindakan-tindakan yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak gagal mencapai matlamatnya.

Beliau lebih kecewa kerana kini Umno dan pemerintahan yang dipeloporinya bukan sahaja tidak lagi komited kepada idealisme DEB, malah bulat-bulat menolak serta bertindak dengan cara yang mensabotaj keunggulan visi Tun Abdul Razak itu.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merujuk kepada konsep pokok Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) dan pewujudan dua zon bebas (Free Access Zone) sebagai contoh mutakhir penolakan DEB oleh pentadbiran sekarang.

Kedua pemimpin veteran itu bimbang aset negara, khasnya yang dipegang oleh Bumiputera, akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus kembali.

Tengku Razaleigh merujuk kepada penaklukan ekonomi dan ketenteraan oleh Israel ke atas Palestin manakala Dr Mahathir kepada penjualan Singapura kepada British.

Sejak majlis itu, banyak orang bertanya apakah “significance” atau pentingnya pertemuan dua bekas pemimpin veteran itu dan hujah-hujah yang mereka ketengahkan?

Pentingnya pertemuan itu, pada hemat saya, terletak kepada faktor-faktor berikut:-

1. Ia berlaku di dalam kawasan sebuah institusi ilmu yang ulung di Malaysia di mana banyak pemimpin negara dilatih, kesedaran politik dan sivik disemai dan dasar negara diilhamkan. (Tahniah kepada kepemimpinan UM kerana terus membuka pintunya kepada percambahan idea dan penjanaan ilmu.);

2. Ia melibatkan dua pemimpin veteran yang terbukti kecerdikan, keluasan pemikiran dan sumbangan kepada negara;

3. Dua pemimpin ini pernah bersetuju dan tidak bersetuju demi perjuangan untuk agama, negara dan bangsa;

4. Dua pemimpin veteran ini kini tersingkir daripada arus perdana politik negara, khasnya politik Umno, kerana mereka terus bersuara memberi amaran dan ingatan tentang ancaman kepada masa depan bangsa Melayu, Umno dan negara;

5. Idea-idea yang mereka ketengahkan adalah idea-idea yang penting kepada penerusan kontrak sosial antara pelbagai kaum di Malaysia yang kini semakin dipertikaikan kerana orang Melayu sendiri yang berupa peribumi, bangsa induk dan kumpulan majoriti sudah tidak lagi berani, tahu atau berasa perlu untuk mempertahankan keistimewaan mereka;

6. Walaupun media massa arus perdana yang dikawal pemerintah tidak memberi pendedahan kepada pertemuan dua pemimpin itu dan kepada hujah-hujah mereka, namun cukup banyak orang mengetahuinya. Ini secara langsung membuktikan bahawa cukup ramai rakyat Malaysia kini mendapat maklumat daripada media massa alternatif seperti laman berita Internet dan blog; dan

7. Yang paling menarik dan mungkin juga terpenting ialah hakikat bahawa ada pemimpin akar umbi Umno seperti di Kulai Besar, Johor dan badan-badan bukan kerajaan Melayu seperti Persatuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu yang berani mengambil risiko menjemput dua pemimpin veteran ini untuk menjana ilmu.

29 comments:

Truth said...

Datuk,

Sememangnya sudah lama dan lebih ramai lagi yang berani untuk menjemput Tun sebelum mereka kecewa akhirnya.

Saya di fahamkan satu cawangan UMNO di Bahagian Johor Bahru (yg pernah menjadi cawangan kepada 4 menteri kabinet)juga pernah menjemput dan ingin menyediakan pentas untuk beliau tetapi tidak di terima waktu itu kerana masa itu, pihak2 gergasi belum lagi di halang untuk menjemput Tun. Hanya apabila tiada yang melayannyalah yang beliau mula menerima jemputan dari cawangan2 kecil.

Ketua cawangan yg menjemput Tun tetapi di tolak undangannya itu telah pun meninggal dunia bulan lepas. Allahyarham meninggalkan dunia ini di dalam kecewa kerana dua kali Allahyarham menjemput Tun; sekali semasa beliau PM dan sekali semasa beliau sudah di pinggir, tetapi tidak kesampaian hajatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.

Tentang risiko pula Datuk, tidak perlu lagi di soal selagi tiada orang yang berani untuk tampil kehadapan untuk bertanding. Buat apa ikan bilis hendak meletak lehernya jika tiada yang di atas yang sanggup bertanding?

Ia seperti ada kereta Bentley tetapi duduknya di sebuah pulau yg tiada jalanraya. Hanya sedap mata memandang macam kehadhiran Tun di Kulai juga.

Kalau hendak adakan perubahan, adakan calon yg berkedudukan dan yang sanggup bertanding, kemudian, arahkan ( kalau mereka masih makan ajar lagilah ) Tun Daim dan mahluk2 Melayu yang di kayakan Tun untuk menjadi pemegang amanah untuk UMNO dan bangsa Melayu (kononnya) dahulu, supaya salurkan sumber2 itu kepada jentera perubahan tersebut.

Selagi tiada usaha yang "concrete" di dalam tujuan ini, atau suatu road-map jangan di sebut2 lagi tentang risiko2 dan menyusahkan lagi pemikiran orang2 Melayu kecil ini. Cukuplah dengan penderaan terhadap bangsa kita ini. Yang kaya hanya segelintir sahaja baik di bawah pemerintahan siapa pun termasuk di bawah Anwar dahulu.

Yang hendak di jadikan pejuang berani mati adalah Melayu kecil di cawangan2 kononya di atas nama perjuangan.

Sememangnya apa yang di katakan Tun itu betul. Tetapi di dalam bidang struktur UMNO sekarang yang di kenalkan oleh Tun sendiri, hampir mustahil untuk perubahan di buat, menyebabkan orang yang berpengaruh pun tidak berani untuk bertindak.

So, either you come up with a proper game plan or don't waste the time of the small Malays. UMNO members are generally tired of major infights. Even worse, known traitors were given seats in the cabinet while the middle level loyalists who stuck their necks out were reduced to being wankers.

So please, try not to use the word "risk" so loosely as though the rest of the UMNO members are cowards. You are giving them bullets, but no rifles to shoot with. Are they to take the risk by throwing the bullets like pebbles toward the enemy?

Khairul-Dean said...

bsm786

Datuk
Salaam

Dasar Ekonomi Bijaksana Kunci kesejahteraan Negara Tercinta.

Saya harap ceramah-ceramah negarawan-negarawan saperti mereka ini diteruskan. Usaha-usaha saperti ini - adanya nanti yang mengatakan ianya remeh-temeh saperti adanya mengatakan ia usaha berat dan sukar - dapat membantu muda-mudi yang mahu berfikir lebih cenderong melibatkan diri dengan siasah pembangunan sihat tanah air tercinta.

Tidak dapat didangkal lagi bahawa Dasar Ekonomi Baru harus dibincang dengan hemat bagi mencari jalan yang selamat kearah memantapkan lagi pembangunan sihat masyarakat majmuk tanah air kita.

Dasar Ekonomi sesebuah negara itu merupakan kunci yang penting yang dapat membuka pintu gudang rezeki dan nikmat yang penuh berkah Tuhan Ar-Rahmaannur-Rahiim. Zahirnya nati adalah kesejahteraan sesuatu bangsa mahupun seluruh rakyat negara itu juga serta negara-negara jiran yang dekat mahupun yang jauh. Dasar Ekonomi yang bijaksana dapat membantu negara itu mengatasi cabaran-cabaran yang datang bersama peredaran zaman.

Harapan kita pada usaha-usaha negarawan tersohor adalah kesinambungan dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang dihari muka. Kita mahu jalan yang selamat yang akan membawa kepada kesejahteraan Dunia dan Akhirat dan pemimpin yang bijaksana adalah dituntut dan dicari.

Paling tidak, anak-anak muda kita yang tercetus di hati sanubari yang terdidik dan jiwa yang bebas rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara mereka mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kita tidak gemar perjuangan yang cenderung kepada ketagihan pertumpahan darah dan kerosakan harta benda dengan sewenang-wenangnya.

Jiwa dan harta Muslim itu terlalu bernilai kerana yang halal dan baik itulah yang dipandang Tuhan semesta alam, Allahu Jabbaruur-Qahhar wal-Latiifun Khabiir.

farhan said...

Those who think that Malay are weak, small and incapable should spent sometimes with the younger set 17-30 years old. Talk to them. Try to understand their thinking. In my experience this generation are not like their older generations. They don't feel they are inferior to anyone. Look at their scientific capabilities. Look at their artistic capabilities. Some may be misguided but still they are at par with the state of the art.

Business wise, you have to give them just a little bit of time. This is because business is culture not a vocation. So it need time to ferment properly.

nujum said...

Datuk,

Saya bersetuju dengan `Truth' bagi saya sekarang ini masa tidak ada lagi kita untuk bermain-main dengan kata-kata.

Pada pendapat saya biarlah disusun kempen yang terancang kalau benar-benar tun dan pemimin-pemimpin politik UMNO ingin menyelamatkan Malaysia dari pemimpin-pemimpin yang tidak mengenang jasa dan budi serta cuba menjadikan orang Melayu hanya sebagai alat untuk mengundi mereka ke tampuk kuasa.

Pada Tun dan Kuli saya memohon agar mereka dapat mengetuai gerakan tersebut, janganlah sampai saya menunding jari kepada mereka atas kesengsaraan yang terpaksa dipikul orang Melayu pada masa akan datang

fendy_ahmad said...

Pemimpin masa kini perlulah memahami betapa DEB itu adalah tunjang perpaduan rakyat Malaysia....

Andai bijak diurus dan ditadbir, maka ia tidak akan bergejolak membawa malapetaka....

Menerus DEB adalah umpama 'menarik rambut di dalam tepung'.. Rambut biarlah tidak putus dan tepungnya pula tidak berselerak

Masalahnya pada hari ini, pemikiran pendek telah berleluasa.. Kita takut tepung berselerak dan rambut terputus maka kita takut untuk bertindak meneruskannya...

Alahai bangsaku... SAYA BINGUNG APABILA DASAR YANG DIAGUNGKAN UMNO SENDIRI AKHIRNYA SEAKAN TERBUNUH DEK KEPENDEKAN AKAL PENGUASA PENGUASA UMNO ITU SENDIRI......

alahai bangsaku ! perjuangan kita belum selesai !

adi_fimiyun said...

Salam Datuk,

Untuk makluman datuk Far Eastern Economic Review masih berfungsi seperti biasa di http://www.feer.com/ .

Cumanya mungkin yang dimaksudkan oleh datuk adalah FEER yang terdahulu, andai FEER yang terdahulu masih sama, harap dapat dapat betulkan fakta berkenaan FEER dalam artikel hari ini.

Keseluruhannya,Mahathir dan Ku Li ada peranan yang cukup baik untuk mengingatkan massa keseluruhan bahwa negara berada dalam kehancuran mutlak andai perangai Tingkat 4 tidak diubah.

Saya juga mengambil pendapat untuk melihat bagaimana agaknya jika mahathir, Ku Li dan Anwar berada dalam barisan yang sama mengukuhkan aspirasi rakyat umum untuk mengembalikan soladariti massa.Alangkah berertinya perjuangan demokrasi selama ini.

Anonymous said...

Datuk,
Kenapakah kita perlu mengharapkan kepada TDM untuk masa depan anak cucu kita?
TDM telah bersara. Tidak cukupkah 22 tahun beliau menerajui kita?
Peranannya sekarang cuma menegur apa yang dirasakannya tidak betul.
Kitalah dan pemimpin yang adalah yang sepatutnya bertindak apa yang patut.

PakChak

Amiruddin Azlan said...

harap2nya kedua2 pemimpin diatas terus bersuara untuk menyedarkan rakyat dari lena yang panjang...IPTA juga diharap boleh memberi ruang untuk pemimpin pembangkang menyertai forum seperti yang diatas...majoriti mahasiswa semakin leka dengan perkara2 yang melalaikan...ipt perlu dikembalikan kepada fungsi asal mereka untuk melahirkan mahasiswa dalam erti kata yang sebenar

dzulman said...

Datuk,
Mudah mudahan peristiwa pada ptg Jumaat yg lalu itu didoa akan membawa perubahan yg di harap harapkan. Didoa juga pucuk pimpinan sekarang sedar rakyat Melayu khusnya dan bukan Melayu risau apa akan jadi kpd negara jika pemimpin lain cakap lain bikin sahingga ada juga yg sudah bikin tanpa cakap. RM 600 juta untuk kawasan2 parlimen tanpa mendapat kelulusan parlimen (bukankah ini rasuah namanya), WPI,bullet train, MAS kelangkabut dsbnya petanda membuktikan banyak perkara yg tak betul.
Pertemuan ini adalah satu pertemuan yg membawa banyak harapan juga menimbulkan berbagai persoalan!

orangpulau said...

Datuk
salam dari Cairo sekali lagi. Tertarik saya dengan tulisan Datuk tentang pertemuan diantara Tun dan tengku Razaleigh di UM. Yang membuatkan lebih menarik lagi ulasan Datuk generasi baru DEB yang melaungkanya di luar tetapi memusnahkanya dari dalam. Saya tidak malu untukmengatakan saya adalah kelahiran DEB tanpa DEB saya tidak akan mapun untuk ke Cairo ini dan ke tempat-tempat lain untuk menimba ilmu dan mencurahkan ilmu. Yang malangnya saya rasa ialah kepimpinan muda dalam UMNO dan Parti yang lain juga MALU untuk mengakui mereka Melayu. Mereka malu kerana mereka tidak faham apakah itu Melayu dan alam Melayu itu sendiri. Kefahaman mereka yang bersifar liberal dan pragmatist itu sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan Melayu. Hari ini orang Melayu sudah mula menjadi Malu di tanahair Melayu. Mengapa??? Yang menariknya juga ialah bagaimana UM menjadi tempat bersejarah pertemuan kedua-dua giant pemikiran Melayu ini. Saya rasa sedikit sebanyak event ini berjaya memusnahkan mitos tentang budaya takut universiti untuk mengadakan event yang bersifat neutral dari segi politik. Di peringkat universiti (UM khasnya) saya rasa ramai yang ingin menganjurkan perkara seperti ini. Let us work together to really ies as really the breading palce for ideas.
wassalam

A KADIR JASIN said...

Sdr Truth,ya, Sdr ada menggunakan istilah "dumb", "dumber" (yang tersalah taip menjadi "dumbler") dan badut senada dengan sdr menyebut nama dua pembesar negara itu.

It's a good idea for all who wrote in to save their copies for reference.

Ya, Pak Chak, era Tun sudah berlalu. Tetapi di dalam semua agama, khasnya Islam, hayat tidak harus disia-siakan. Tun sekadar melakukan apa yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam -- fardu ain dan fardu kifayah. Mesti ada antara kita yang menegur, memperbetul dan mengajar.

Hatta kita melafaskan syahadah terakhir kita dengan betul dan terbit itu pun ibadah dan ilmu jua.

Kalau ada lagi anggota generasi muda dan pelapis yang takut dan dangkal, bala bakal menanti mereka.

Sdr Amiruddin Azlan, saya harap kepemimpinan berani UM, khasnya Datuk (Puan) VC tidak akan dihukum kerana membuku pintu IPTA itu kepada percambahan ilmu. Lebih baik kita berbedat daripada mengadakan protes jalanan. Tahniah UM.

Sdr Orangpulau, Melayu yang tidak kenal diri itulah Melayu yang malu mengaku diri Melayu dan takut mempertahankan hak keistimewaan bangsa dan tanah pusakanya -- Tanah Melayu.

Melayu jenis itu jugalah yang sering menjadi kuda tunggangan orang lain -- orang yang berani bersuara walaupun bilangannya kecil.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr adi_fimiyun, FEER sebagai sebuah majalah mingguan serantau ditutup pada bulan Nov. 2004. Yang ada hari ini adalah versi on-line dan buletin bulanan. Sila rujuk petikan di bawah.

"Wall Street blow to Asian media
By James Borton

"Dow Jones never understood the Review, or Asia," said Bertil Linter, a frequent contributor to the Far Eastern Economic Review (FEER), which ceased publication last week with a stunning corporate announcement issued in Hong Kong, home to the respected weekly magazine.

The news weekly, which succeeded in fostering dialogue and often steering the debate on Asian issues for 58 years, publishes its last issue this week on Thursday, It will be relaunched as an "opinion-led" monthly, stated Dow Jones & Co, publishers of the Asian Wall Street Journal. --- Nov. 2, 2004.

Terima kasih.

Truth said...

Datuk, Asalamualaikum.

Walau apapun, saya memohon maaf kepada Tun Musa dan Perdana Menteri andaikata sayalah yang mengata demikian (very uncharachteristic of me).

Apa yang menyebabkan saya was-was adalah kerana di dalam Malaysia Today, ada penulis lain yang menggunakan "Truth" selain dari saya. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku kerana saya ingat nama tidak boleh di duplicate. Setelah saya tegur baru dia menggunakan "The Truth".

Walaubagaimanapun, my apologies to these two gentlemen and to you if it was my doing. My desktop crashed and I'm using my laptop instead, explaining why I couldn't check. Wasallam.

fendy_ahmad said...

Berkenaan dengan projek Pembangunan Iskandar (IDR) yang nampaknya menimbulkan pergeseran pendapat antara tokoh-tohoh besar UMNO terdahulu apabila TUN MUSA HITAM (tak tau kenapa saya hilang respek dan malu dia ini berasal dari negeri saya sendiri - JOHOR)seakan bersetuju menjadikan IDR itu bebas daripada kekangan DEB dan dibalas dengan ketidakpuasan daripada Tun Dr Mahathir dan Ku Li (moga Allah merahmati mereka yang sentiasa memperjuang nasib Melayu yang sememangnya sinonim dengan Islam).....

Buat yang masih tidak faham apa yang menimbulkan pergeseran pendapat di sini eloklah kita keluarkan 2 fakta BESAR yang nampaknya telah MENCABAR KEDAULATAN dan KEAGUNGAN DASAR EKONOMI BARU dan ideologi murni yang digagaskan oleh Tun Abdul Razak (moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau - 31 tahun meninggalkan kita tetapi pemikirannya telah membawa sinar berpanjangan kepada bangsa kita) :

Antara insentif BESAR yang di umumkan oleh YAB PERDANA MENTERI atas alasan untuki menarik pelaburan asing (FDI)di IDR ialah melonggarkan syarat-syarat oleh FIC (Foreign Investment Committee):

1 --->> Syarikat asing yang beroperasi tidak perlu mempunyai kepentingan 30% ekuiti milik Bumiputera

2 --->> Keperluan pekerja Bumiputera minimum sebanyak 30% juga tidak diperlukan


Inilah antara INSENTIF besar yang digagaskan oleh YAB PERDANA MENTERI atas alasan untuk menyemarakkan lagi projek IDR itu dan mengurangkan kekangan-kekangan yang menyebabkan pelabur asing tidak mahu melabur di sana.....

Persoalannya: Sudah kering sangatkah idea kita untuk memakmurkan projek itu hingga kita gadaikan ideologi yangs elama ini menjadi MAHKOTA PERJUANGAN UMNO itu sendiri ???

Saya cukup sedih membaca pandangan seorang Menteri Kabinet yang pada tahun 2004 hampir-hampir menjadi Menteri Besar Johor telah mengatakan bahawa kawasan di IDR yang dijadikan kawasan bebas masuk tanpa pasport dan kawasan yang dikecualikan daripada mengikuti peraturan FIC (juga DEB) adalah amat kecil dan tidak akan menjejaskan Bumiputera sama sekali.....

Wahai Datuk Menteri.. malulah anda menjadi seorang anak Johor ! dan malulah anda menjadi seorang Menteri UMNO !

Saya sedih dan saya sedih...

Datuk, apa sudah jadi dengan yang memimpin bangsa kita ini??? Hilang pedoman? atau hilang semangat UMNO sejatinya?

Berita dari gunung said...

SJER:

So sorry for using the old name. I dont actually favour this particular royal endorsement. Since it hasnt stood physically yet, SJER suffice for writing sake.

It is common understanding that SJER is to tap singaporean cash overflow. Ghani and PM both has said it on TV months ago. They said it will be like Hong Kong and the mainland. The idea is acceptable, simply because this isnt the first time we attract foreign investment. Malaysia has done it decades ago.

Will investment from singapore be an innocent investment, with the spirit of cherish the neighbours? The recent positive action by Thailand and Indonesia shows something scary. They felt something we had felt since the era of late Tunku. We know all along the possible complication thats coming.

Somehow, the whole scenario signals something worrying in a big package. For example letting proton to face its eventual death is issue number one. We may want to look at proton as economic capacity building for the malays. If we look at it as mere factory, then it is no big deal to see it crumble. Little minds may not see the big impact of proton. Not only proton, but all other government's massive project.

Now, SJER is just another development project. General public see it as an extension of singapore. They see the idea of forgoing Bumi Priority as a desperate move. They see that as a signal that we just fail at negotiation once again. We are willing even to discard what's left on patriotism.

Is it too tough to expect leaders to look at SJER beyond the billions? Lets be fair to economic capacity building. Lets sharpen the art of negotiation. Lets not buckle to unnecessary economic rape. Lets hear the whispers of the neighbours, Thailand and Indonesia. And lets hear the whispers of folks here too.

There are things discussed behind close doors, never revealed. We do understand. But lets be frank to everyone. Is foreign investment too bad and in dire state now? Is that the reason that we have to be so naked, revealing our innocence and stupidity??

Now, when Tun and Tengku walk hand in hand, shall we join ?......

Juta Juta Deal said...

Great article. Better than newspaper.
Hope more Malaysian participate in blogging. With this medium, you share your knowledge with the fellow Malaysian.As you know knowledge IS NOT THE POWER ! BUT APPLIED KNOWLEDGE IS THE KING OF THE POWER
Having said that , check out how much Malaysian loves the rich quick scheme in http://jutajutadeal.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Sdr Berita Dari Gunung, in part, wrote:

"The whole scenario signals something worrying in a big package. For example letting proton to face its eventual death is issue number one. We may want to look at proton as economic capacity building for the malays."

Sdr, that may be the original intention. However, more than two decades later, Proton builds capacity for all Malaysian. If it suffers today, not just the Bumiputeras suffer. Other Malaysians suffer as well. Many of today’s vendors, dealers, fanciers and insurers dealing with Proton cars are not Malays or Bumiputeras.

Like all major projects aimed at building the economic capacity of the majority Bumiputeras, the benefits go to non-Bumiputeras as well, sometimes more than the Bumiputeras.

During the NEP period, Bumiputera corporate wealth rose to just 18 per cent – well below the 30-per cent target, but the Chinese corporate wealth rose to 40 per cent or more.

But being generally ignorant about economic matters, the Malays, including their political pembesar, are unable to defend their position. They even feel guilty about defending their constitutional rights and privileges.

Today, the Malay opinion is the minority opinion because the Malay political, intellectual and media leadership is afraid to speak up for fear of offending the non-Malays or being accused of being illiberal.

Thank you.

PakChak said...

Datuk,

Maaf kerana menyimpang sedikit dari tajuk perbincangan.

Pemimpin kita perlu banyak belajar dan berguru dari orang yang lebih tahu dan orang yang lebih bijak.

Tengoklah bagaimana Ahmadinejad menangani isu tahanan marin British.

Semua mereka diampunkan sempena MaulidurRasul dan Easter Holiday.

Serentak dengan pengampunan itu beliau memberi penghormatan kepada Pengawal Pantai Iran yang berjaya mematahkan pencerobohan wilayahnya.

Tak nampak pun bola tanggung!

Concerned Raakyat said...

Check out the following and the new one at bukit mertajam. Whats happening? Macam mencabar nampak.


April 05, 2007 13:59 PM
It Was A Hoax - Najib

KUALA LUMPUR, April 5 (Bernama)
A bomb scare on the Penang Bridge yesterday evening which caught thousands of commuters in a massive traffic jam when the bridge was closed for more than two hours, was confirmed by Datuk Seri Najib Tun Razak as a hoax and not a bomb threat.

The Deputy Prime Minister today said: "It was a hoax...it was not a bomb threat. The police had confirmed it."

Speaking to reporters after a dialogue session with the heads of mission at the Institute of Diplomacy and Foreign Relations here, he said it was the work of irresponsible people and called on Malaysians including the media not to over-react on such an incident.

"I don't think we should over-react (on the bomb hoax) because it might encourage people to do the same if the bomb hoax gets wide reporting," he added.

Najib also refuted any theory that the incident could be connected to the escalating tensions in southern Thailand.

"Until now, the problem in southern Thai is restricted to the region..it has not extended into our country," he said, adding that there had been no indication of certain groups trying to take advantage of the developments in southern Thailand.

"Bomb hoax phone calls that happen from time to time in this country have nothing to do with the situation in southern Thailand," he said.

In yesterday's incident at the Penang Bridge, the lanes for Butterworth-bound traffic were closed at 5pm, while for island-bound traffic, they were closed at 5.25pm to enable the police to investigate and to ensure public safety.

Police found a 15cm-long iron pipe of 5cm in diameter at the road divider on the Butterworth-bound side at Km3.8 of the bridge at 5.40pm.

The home-made device was detonated by the bomb disposal unit at 6.40pm and police were investigating its content.

-- BERNAMA

alrawa said...

Dari ucapan Mahathir, maka sah lah orang Melayu ni dak terantok baru nak terngadah.

Berita dari gunung said...

Slight deviation but still on Tun and Tengku:

Arqam has created a miraculous environment for tradings. Certain quarters dont quite like whats going on. Then, the attack came. The rest was history.

We are facing reality in a weird view. We build and we flatten. Remember how contractors die when new MBs come to power. Take Negeri Sembilan as an example. The former MB, being long in power has been surrounded by string of contractors.

When the new MB appears, the older set simply fades away. We created something that is not sustainable. Our society is too tribal in nature. A chief surrounded by fighters!

On economic bed, we play beautifully but we never climaxed. It pained right to the tip of the hair.

The political environment has alot to be blamed. The rise and fall of political figure coincides with the emergence and fading of entrepreneurs.

The real guys are selling little things by the road sides and they survive though the amount is small. These guys are unsung heroes.

Maybe bumi priority needs revisit.

Its OK for Tun and Tengku to walk hand in hand. But too bad when the ending is bitter, and if what is built will crumble in a cyclic manner.

If only the present PM understand what is going on and see far beyond the shore. If only he can visualise far far ahead, and make brave corrective manoeuvre for all of us. If only the present PM understand that what lies ahead is a T-junction, and locking the steering means plunging down the cliff. Lets take the right turn for a start. and Why not!!

(Dato, maaf guna banyak ruang.)

Ahmad said...

Dato
Bila saya baca artikel dato dan lain-lain blogger, saya rasa kepentingan melayu massa di negara ini semangkin terancam, diancam oleh dasar-dasar kerajaan yang dipimpin orang melayu. Apakah perlu lagi saya setia pada parti UMNO. Pas tak boleh diharap kerana pemimpin mereka terdiri orang yang jumud. Keadilan hanya untuk Anwar yang suka mengamok tak tentu pasal. Peluang terakhir ialah TRH dan TDM

A KADIR JASIN said...

Sdr, Sdri para pembahas dan pelawat yang dihormati,

Sesuatu yang mungkin hendak kita fikirkan ketika beristirahat hunjung minggu.

TANGGAPAN dan andaian bahawa projek-projek nasional seperti Proton, Perwaja dan Mas dilancarkan khas untuk membina kapasiti ekonomi Bumiputera adalah tidak tepat sepenuhnya.

Mungkin guna tenaga Bumiputera tinggi dalam projek-projek ini, tetapi faedahnya adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Ambil Proton sebagai contoh. Ia dilancarkan oleh Kerajaan Tun Dr Mahathir untuk membina kapasiti ekonomi negara di bidang automotif.

Walaupun majoriti pekerjanya mungkin Bumiputera, tetapi pembekal, pengedar, pembiaya (financiers), pelindung (insurers) dan pembekal servis dan memperbaiki adalah bukan Bumiputera.

Bagi setiap satu ringgit yang dijana oleh Proton, mungkin 60 hingga 70 sen mengalir ke arah bukan Bumiputera.

Kerana Kerajaan memberi keutamaan kepada Proton dengan mengenakan harga yang lebih murah berbanding kereta import, banyak rakyat Malaysia mampu memiliki kereta.

Tetapi penyalahgunaan AP telah dan sedang mengancam survival Proton. Ini adalah antara masalah utama kita – percanggahan dasar, kelemahan pelaksanaan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Mungkin masanya sudah tiba sama ada kita membiarkan Proton mati tanpa kubur akibat pengkhianatan dan kehambaran pemikiran kita sendiri atau kita cara jalan menyelamatkannya, termasuk menerima perkongsian dengan pembuat kenderaan antarabangsa.

Kalau kerjasama dengan Volkswagen menjadi realiti, saya cadangkan kereta Proton-Volkswagen yang pertama diberi nama “Provolks” – Pro untuk Proton dan Volks untuk Volkswagen.

Pro dalam bahasa Inggeris yang sudah diterima pakai oleh bahasa Melayu bererti memihak, menyebelahi atau menyokong. Manakala dalam bahasa Jerman, volks bererti rakyat jelata.

Maka kereta baru bernama “Provolks” itu bermaksud sebuah kereta yang memihak kepada rakyat jelata yang sekian lama menyokong Proton. Dalam sebutan pula, “Provolks” bunyinya seakan-akan “provok” yang bererti mencabar.

PS: Ditulis dan diposkan di Starbucks Ipoh.

A KADIR JASIN said...

In search of a missing boy

The Malay Mail may still be The Paper That Cares.
The tabloid will be distributing 10,000 copies of Yin's pictures with tomorrow's Weekend Mail, which is distributed in the Klang Valley. Deputy Editor Yushaimi Maulud said in an SMS sent to this blogger the paper will also publish the boy's picture daily to help efforts to locate the missing 5-year old.
Yin has been missing since last Saturday.
Read the

PS: From Rocky'sbru.

The Seeker said...

The Way Home

Has the young one lost his way
in a city of glass and concrete gray
We have not seen him
He could be anywhere - they say

He followed a voice
Young and sweet as his
The crows ate up the crumbs
and the trails of crust

Has none heard his plea,
My Lord
Ya Maulana
Ya Rabbi

Let him be on his way home
Of warm comfort and love secure

~penarik beca said...

Salam~

So now Din is taking the center stage. God be my Witness, i was looking for that. Yes, i really want him to be lord of the ring.

But when pak cik or tok wan dari bendang is nowhere to be seen in the list, that really pose a question.

Tali B Barut said...

sdr penarik beca(extended):
".........."

teruja nampak?

Apa cerita?
Mau buka buku 5 3?

Sila buka cerita, topik baru?

A KADIR JASIN said...

Dear fellow bloggers,

This site is not the rigth forum for racism and sedition.

I am sorry if I am unable to publish such comments/materials.

But let me say that I am familiar with the said Malaysian Chinese writer.

BTW, if you're next in Ipoh and need to go on line gratis, do visit Kopitian Junction at Ipoh Parade. The coffee is good, the surrounding pleasant and the wi-fi connection is good.

Thank you.

RED84 said...

WAR IS PEACE
SLAVERY IS FREEDOM
BIG BROTHER IS WATCHING YOU!

Wiston knew what he wanted at last.
He loved Big Brother.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).