Antara Jenayah dan Sikap Jenayah
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]
PARLIMEN, pada 24 April, diberitahu bahawa sebanyak 198,622 kes jenayah dilaporkan di seluruh negara tahun lalu. Ini berupa peningkatan sebanyak 41,163 kes.
Hal ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam kapasitinya sebagai menteri yang menjaga keselamatan dalam negara. Dia juga menjaga hal ehwal kewangan.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan wakil Barisan Nasional Kapit, Nanta Linggi, Abdullah berkata jenayah paling banyak dilaporkan adalah curi motosikal (64,858 kes), kecurian lain (37,128) dan pecah rumah pada waktu malam (19,060).
Tiga jenis jenayah itu adalah yang paling banyak dilaporkan sejak tahun 2002.
Laporan akhbar mengenai jawapan Perdana Menteri itu, bagaimanapun, tidak memberi perangkaan lengkap berkenaan jenayah berat selain melaporkan bahawa Selangor mencatatkan bilangan jenayah berat terbanyak iaitu 12,395 kes, termasuk pembunuhan, rogol dan rompakan tidak bersenjata.
Selangor juga mengalami paling banyak kejadian jenayah dengan 54,270 kes dilaporkan diikuti oleh Johor (28,469), Kuala Lumpur (25,236) dan Pulau Pinang (16,229).
Mengenai kes rogol sahaja, Selangor mencatatkan kadar terbesar dengan 455 kes, Johor 343 dan Kedah 223. Ada sebanyak 2,435 kes rogol di seluruh negara tahun lalu.
Bagi rompakan tanpa senjata, Selangor mengatasi negeri-negeri lain dengan 6,488 kes, Kuala Lumpur 3,476 dan Johor 3,364.
Sementara bagi jenayah ragut, bilangannya memuncak sejak lima tahun lalu dan mencatatkan jumlah terbesar pada tahun 2003 dengan sebanyak 15,798 kes. Bagaimanapun, bilangan ini turun kepada 9,617 pada tahun 2005 dan 9,551 tahun lalu.
Pengakuan Perdana Menteri ini secara tidak langsung mengesahkan hujah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum, mengenai jenayah yang semakin menjadi-jadi di ibu negara.
Kenyataan Johari itu mencetuskan kemarahan dan penafian pihak polis dan memaksa Abdullah mengarahkan mereka, melalui kenyataan kepada media massa, agar berhenti berbalah di khalayak ramai.
Semalam, Johari memberitahu Parlimen bahawa sebanyak sembilan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menjadi mangsa jenayah sepanjang tahun lalu.
Manakala rakyat biasa terpaksa menjaga keselamatan sendiri dalam suasana negara yang semakin tidak selamat, jawapan Johari di Perlimen menunjukkan bahawa orang kenamaan dan pembesar mendapat kawalan yang lebih rapi.
Katanya beberapa langkah pencegahan telah diambil bagi menjaga keselamatan orang kenamaan dan kediaman mereka termasuk menambah rondaan kereta peronda polis (MPV), menugaskan pengawal pengiring bagi menteri dan timbalan menteri serta menugaskan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kediaman anggota Kabinet.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Ismail Abd. Mutalib (BN-Maran) yang meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan jumlah kejadian jenayah yang menjadikan orang kenamaan, termasuk ahli Parlimen, sebagai sasaran sepanjang tempoh 2001-2006.
Menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, bahawa polis hanya menjaga keselamatan orang kenamaan dan bukan rakyat biasa, Johari berkata, ia sama sekali tidak benar.
Kalau Perdana Menteri sendiri mengaku kejadian jenayah semakin meningkat, maka apakah kita perlu berasa hairan melihat perangai, sikap dan ciri jenayah di kalangan ahli politik dan penyokong mereka ketika berkempen di ijok?
Pepatah Melayu berkata, bapa borek anak rintik.
Thursday, April 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
18 comments:
Datuk AKJ,
Orang kata "crime and affluence advance together" dan itulah sebabnya jika dilihat dari perangkaan kejadian jenayah yang di dedah oleh Datuk itu menunjukkan Selangor mendahului lain lain negeri. Ini kerana Selangor lebih maju dari lain lain negeri. Segala galanya lebih dari kilang kilang yang beranika, pasaraya pasaraya yang menggila gila besarnya, taman dan tempat penghiburan yang cukup ligat pada malam hari juga lebih berleluasa dibandingkan dari lain lain negeri. Peluang untuk "enjoy" bagi muda mudi yang kebanyakan baru terdedah kepada "affluence" ini dan pengalaman bergaul secara bercampur.
Keadaan sedemikian mempengaruhi atau mendesak perlakuan jenayah
kerana didorong oleh keingininan memileki sesuatu yang mereka tidak mampu memilekinya. Maka mulalah mereka ini mencuri dan selepas jika tak cukup lagi merompak.
Merogol pula lazimnya berlaku dikalangan pasangan yang sudah berkenalan samada intin atau tidak. Mangsa juga biasanya orang baru kepada persekitran khusus cara pergaulan dikota. Terpegang tangan, tersentuh peha dan tepandang mata maka sudah terasa tergoda dan mulalah dipujuk menyerah segala galanya. Lepas itu baru sedar badan sudah dinodai.
Dalam gerakan mencegah dan membenteras jenayah, tindakan Polis perlu tegas dan cergas. Mereka harus memikirkan bagi memperkuatkan rancangan RakanCop untuk balik kepada prinisp slogan Bersedia Berhidmat.
Slogan ini menggalakan semua peringkat pegawai dan anggota Polis merapatkan hubungan dan pergaulan dengan masyarakat bukan sebaliknya. Kepercayaan dan keyakinan rakyat misti dipancing barulah rakyat dapat memberi kerjasama yang diperlukan.
Kerajaan Pusat, negeri dan tempatan harus sedia adakan peruntukan yang cukup untuk membantu pihak Polis mencegah dan menbenteras jenayah. Pihak Berkuasa Tempatan harus lihat apakah kawasan kawasan bandar dibawah pentadibiran mereka sedia mempunyai fasilitas yang membantu pencegahan jenayah dan tidak sebaliknya.
Kemudahan teknologi yang canggih seperti CCTV yang terkini dan dibantu oleh peralatan di bilik kawalan yang juga canggih hendaklah disediakan sebelum sesuatu kecelakaan berlaku.
Pihak media massa pula tidak perlu membesar besarkan cerita kejadian jenayah yang kadang kala sesuatu yang diingin oleh penjenayah sebagai "moral booster" kepada mereka. Di S'pura, London, juga dikota kota besar dunia akhbar akhbar hanya menyiarkan kejadian jenayah sekadarnya sahaja. Jarang jarang "headline"dan dibesar besarkan.
Jenayah boleh dicegah dan dibenteras jika rakyat sanggup membantu dan pihak Polis serta penghakiman lebih tegas dan cergas ( aggressive and robust ).
more sleep.. less idea..
less idea.. less work..
less work.. less opportunity..
less opportunity.. less employment..
less employment.. less money..
less money.. less economy..
less economy.. less growth..
less growth.. less motivation..
less motivation.. less self-blame..
less self-blame.. less patient..
less patient.. less kindness..
less kindness.. more criminal?
hope im d wrong one..
Datuk, bagi saya tidak menjadi satu kejutan dengan kenyataan PM merangkap Menteri Keselamatan Dlm Negeri itu. Penungkatan kadar jenayah berlaku di atas banyak faktor. Ramai dikalangan orang ramai dan pembesar Polis becakap diatas faktor immigren, kemiskinan, penghijrahan ,pengagguran, handicapp polis dan sebagainya sebagai penyumbang kepada kenaikan kadar jenayah.
Bagi saya sebab yang utama ialah when the money is not trikling to the ground! When there is no project, the workers are being laid off. When they are dbeing laid off, how to fend themselves and families. Some may resort to committ petty crime ,initially which could be graduated to serious one. What about those contract labourers who are dependent on drug? If during haydays, they could earn RM25-30 aday which could cover his 'needs'. What happened when they go laid-off during the present situation? Where are they going to get the money to meet their 'needs'? Of course they would resort to simple way of getting money - committ crime! What about those illegals who were once much needed for our mega developement projects? Where are they now, how can they survive?.
These are the naked facts to be accepted by the government. So don't blame the law enforcers when during these 3 yrs when the working class suffer dearly because of failure of the government!
saya berdoa kpd ALLAH swt. supaya TAN SRI KHALID IBRAHIM calon parti keadilan rakyat merangkap tokoh koporat menang di ADUN IJOK. Tahniah Tan Sri!
Bunga Toman
Dato dan pembaca.
Ada masanya terserempak juga dengan gerombolan manusia sebangsa berlonggok di KLIA.
Mereka kelihatan seperti dari negara yang sama. Biasanya mereka dipakaikan baju yang seragam, putih, kuning, merah, biru dan lain lain lagi. Tertera di belakang baju mereka nama syarikat.
Mungkin nama syarikat itu ialah syarikat yang menguruskan kemasukan mereka ke negara kita.
They do come in big numbers. They come because arrangements are made! The jobs they come for will be lost forever. The locals will never ever know that jobs are available. Trafiking foreigners is a business by itself, and it is behaving like a secret society.
They are things in life, once taken, lost forever. its like VIRGINITY!!
Sdr Berita Dari Gunung said:
"They are things in life, once taken, lost forever. its like VIRGINITY!!"
Well, as a nation we are pretty mature -- turning 50. We lost our virginity a long time ago.
As for the influx of foreign workers, I fear that we could end up being beggers in our own country.
A foreign worker can live on RM500-a-month income if she's a maid or RM1,000 as an odd-job worker.
But can we Malaysians survive on RM500?
Just think. Thank you.
Sekali lagi saya berharap semua yang benci kepada kerajaan rasuah dan kerajaan samseng bersatu hati, usaha dan tenaga memberikan kemenangan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) TAN SRI KHALID IBRAHIM.
Gelagat pemuda UMNO di IJOK, memang betul2 kurang dan biadab. Inilah perangai yang nenek moyang kita gelar satu masa dahulu sebagai PERANGAI LAHANAT!!!
(maaf jika bahasa ini ada sedikit kasar. tapi inilah istilah yg paling sesuai utk mereka yg berperangai seperti gangster.)
Non Partism / Yang tidak berparti,
Bunga TOman.
assalamualaikum..
firstly, this is a bit off topic..saya seorang student IPTA dan sedang membuat kajian berkenaan syarikat Valuecap Sdn Bhd, bolehkah kalau saya ingin meminta pendapat Datuk berkenaan syarikat ini?
terima kasih...
Sdri nur aisyah ahmad razali, saya boleh dihubungi di akadirj@yahoo.com.
Sdr Bunga Toman, perkataan "lahanat" itu mungkin asalnya laknat.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Dr Rais Yatim kata, tolak "pemimpin" yang kurang ajar.
Bagaimana dengan parti yang para pembesarnya kurang ajar?
Pantun lama kegemaran saya:
Pergi berburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Terima kasih.
Dato dan pembaca.
Maaf kerana sedikit off. Ternampak ramai orang penting negara di TV masa pertabalan Agong. Ada PM, Ada TPM dan Mantan PM dalam ramai-ramai.
Maaf, tapi saya ternampak TPM seperti tidak selesa, dan sekali dua memandang ke atas.
Saya tidak mengikuti rapi kehidupan harian mereka. Tapi akal pendek saya cuba merumus: Kegelisahan itu seperti ada yang tidak kena!
Dato, i guess you are right! They are drawing guns and going for a shooting spree. Too bad!! Its not about winning, it is after all about knocking, exposing and shooting. All because posters has been out, Wanted Dead or Alive, and the posters use invisible ink!!
GOD BLESS THE MOTHERLAND.
Sdr Berita Dari Gunung,
Buruk atau baik, inilah beban yang terpaksa DS Mohd Najib terima dan tanggung sebagai TPM yang dikerah mengepalai Umno/BN dalam semua pilihan raya kecil.
He's the target -- of the oppositions and, not on so rare an occasion, of the poeple in his own party who want his progress checked so that theirs can proceed.
I am too old to be surprised by anything in Umno politics. Que Sera Sera....
Dato.. terimakasih kerana mengulas posting saya yang terdahulu. Dato you are sharp as always...
Dato dan pembaca.
Tahniah pada "cikgu" yang menang. Pada "Tan Sri" yang kalah, jangan putus asa, cuba lagi dilain masa.
Saya tertarik dengan imej cikgu berkenaan. Real Gentleman!! Sangat berbeza dengan imej seorang lagi yang juga turut berkempen (orang itu bukan Adun atau Ahli Parlimen), berbaju hitam macam raincoat.
Saya juga teringat gambar seorang lelaki yang berambut pendek, yang kelihatan sangat marah hingga mencapai kayu (atau buluh) untuk menghayun seseorang. Watak lelaki ini menarik kerana dia berjaya mempamirkan sifat jati marah sebenar. Apa yang ditunjukan bukan lakunan. Lakunan adalah watak yang marah kepada seorang pelawat tapi mertuanya sibuk melayan dengan alunan piano.
Cuma dalam berita jam 8 tidak pulak ditunjukan rentetan peristiwa yang membawa kepada kemuncak amarahnya. Saya cuma menjangkakan kutuk mengutuk, maki hamun, atau sifat kurang ajar yang mencetuskan episod itu.
Wajah lelaki yang berbaju hitam agak menghairankan, kerana dia kelihatan menjerit dan berkempen tapi saya kurang pasti untuk dan pada siapa. Kalau itulah gaya, lagak dan sifatnya, dan kalau bahasa yang terhambur berbau kurang ajar, tidaklah hairan kenapa sirambut pendek naik angin dan menyinga.
Saya melihat berita TV sambil bersandar. Watak baju hitam dan rambut pendek tidak disebut secara jelas, dan hubungkait antara dua watak tidak diterangkan. Saya hanya mengolah episod dalam berita TV supaya saya dapat menghayati apa yang cuba ditonjolkan.
Dengan tiba-tiba saya merindui KS Walia, kerana beliau pandai memberi perspektif kepada setiap isu dan melengkapkan dengan peribahasa yang sungguh menarik!
Saya juga tertarik dengan kepuasan yang terpancar dari wajah TPM. Well Done.!! Saya tidak cukup puas melihat wajah MB Selangor yang kini sangat bersih dan ceria. TPM dengan jelas menyebut terimakasih padanya. Well Done MB Selangor!!
TPM juga menyebut tentang sokongan dan kepimpinan PM. Well Said!!
Saya suka dengan watak MB Selangor. Dia sudi menunjukan rumah lama orang tuanya. Sedangkan orang lain tidak sudi menunjukan MAHLIGAI keluarganya. Tapi sampai hari ini saya masih ketawa bila teringat peristiwa beliau marah-marah pada seorang jurutera! A fine leader, bright and consistent.
Dalam TV yang sama, ditunjukan Ketua Pemuda. Beliau hairan dengan kekecuhan yang berlaku setiap kali ADIL (itu perkataan sebenar dari beliau) bertanding.
Walaupun saya telah mengucapkan tahniah pada Cikgu, saya tetap teringat tentang poster invisible ink "Wanted Dead or Alive"... Adakah bounty killers masih berkeliaran? Apakah yang terjadi pada orang itu.. cedera? Adakah beliau sedia untuk bingkas dan mara kedepan untuk beradu dengan pistol tersisip di pinggang seperti Clint Eastwood!!
But hero never die!!!
(Maaf, kerana ambil banyak ruang)
Congratulation to all opposition leaders and activist, thanks to you guys a lot of Ijok folks walking with smile in their face since BN 'donate' millions of ringgit into their small town.
I just hope they will be no by-election before general election, if not again, portion of my tax paying will be channel there, or maybe if there any by-election, make it around Johor or N9, since BA have no chance what so ever there and they will boycott the by-election.
Cheers..!
Saya perhatikan dari dulu kita terlalu sibuk memberi "makan" kepada kehendak jasmani sedangkan kita semua tahu rohani pun perlukan "makanan". Dan saya berkeyakinan selagi aspek holistik manusia tidak diambil kira yakni hanya aspek pembangunan material saja yang diutamakan the crime rate akan terus meningkat.
Ini disebabkan kawalan hanya daripada luaran yakni pihak penguatkuasa saja yang kadang-kadang juga melakukan jenayah. Kawalan dalaman hanya akan berlaku apabila aspek kerohanian diberi perhatian!!!!!
Assamualaikum Datuk. Doa saya Datuk dan keluarga sihat saja. Dimaklumkan saya juga telah melancarkan blog sendiri seminggu lalu. Ada masa jenguk-jenguklah. msomelayu@blog.sport.
Dan saya ada links blog Datuk, harap mendapat kerelaan. Salam.
Assalamualaikum Dato' AKJ
Awat lain sangat saya tengok tolisan Dato' la ni. Dato' hilang pertimbangan sangat dalam hampir semua tulisan Dato' la ni. I don't really understand what Dato' actually want in your hah?
Saya tengok sikit2 Dato' marah Pak Lah dan kerajaan. Dulu Dato' bukan main puji kerajaan. Sampai Dato' jadi rakan baik kerajaan. Dato'
dipuja, dipuji jauh sekali dikeji. Dianugerah Datukship, macam2 la.
Dato' tak pernah pun marah orang atas yang dok buat tak kena waktu tu. Depa juga rasuah, depa juga tipu Dato'. Awat Dato' tak tulis besar2an dalam NST/BH.
Astaghfirullah, Dato' ingat la Allah sama. 'Aib orang jangan kita londeh sampai bogel. Kita ada jalan halal untuk kita buat pembetulan. Jalan yang kita (termasuk dulu Dato')sama-sama setuju. BPR, BPA dan Polis ada. Buat laporan sendiri jika ada yang salah. Tak payah kita tulis sampai semua kampung riuh rendah. Dato' mungkin kata semua tu agensi BN tak boleh percaya. Ya Allah Dato' ingat la takkan semua tindakan depa tu tak betoi. Be rational. Ingat Tok Guru kita ajar Dato':Yang kata BAHARU ni tak semua sempurna. Tengok yang baik yang telah banyak depa buat dan jangan dok terpengaruh dengan sikit cet salah yang depa lakukan.
Ingat Dato' kita ada hemah. Kita ada tomaninah kita sebagai org Islam.
Saya berdoa semoga Allah memlihara semua orang Islam khususnaya orang-orang yang kasih dan cinta kepada kebenaran, kasih sayang dan keharmonian Islam termasuk Dato' yang saya segani.
Untuk iktibar lihatlah pantun tok nenek kita Dato'
"Kalau hendak menumpang mandi
Pertama tasik kedua teluk
Kalau kerja hendak menjadi
Pertama cantik kedua elok"
Sdr Mso, selamat datang ke blogsphere dan terima kasih. Sama-samalah kita menjaga kewibawaan blog.
Sdr Tun Deramang berseloka"
"Kalau hendak menumpang mandi
Pertama tasik kedua teluk
Kalau kerja hendak menjadi
Pertama cantik kedua elok"
Terima kasih saudara. Tetapi mari kita fikirkan bersama.
"Kalau hendak menumpang mandi
Pertama tasik kedua teluk
Kalau mencari damai abadi
Ambil yang wangi buang yang busuk."
Kepada semua, saya tidak akan siarkan sebarang komen mengenai kes mahkamah pembunuhan Altantuya, termasuk perbandingan, analogi dan pertanyaan.
Terima kasih.
Ibarat ketam suruh dan ajaq anak jalan lurus la nih..
Macam tu jugak dengan pencuri. Dia tak bagi dan larang orang lain mencuri, sebab nanti dia tak leh cari makan.. bukannya dia tu dah jadi baik. Ada agenda la tuh!!
Post a Comment