Thursday, April 19, 2007

Development Promises Are Not Vote-Buying?

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be posted. Please use your real name or a suitable pseudonym. Please avoid seditious, defamatory and libellous statements. And, if possible, don’t call anybody bodoh (stupid) ok!]

UPDATE, 20 April

Faktor Najib, Anwar dan Khairy di Ijok

Seperti diramalkan, peristiwa yang berlaku pada hari penamaan calon semalam, 19 April, membuktikan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kerusi DUN ini.

Bagi BN, kekurangan hatta satu undi pun sudah cukup untuk menjejaskan imejnya kerana ia berdepan dengan musuh psikologinya yang utama iaitu PKR dan Anwar Ibrahim.

BN tidak boleh kelihatan lemah daripada PKR dalam apa aspek sekalipun. Justeru itu, janji pilihan raya yang besar akan dibuat –mungkin lebih besar daripada di Pengkalan Pasir, Batu Talam dan Machap.

Lebih banyak pembesar dan perayu undi BN akan dikerahkan ke Ijok. Makan dan minum halal dan tidak haram, lembut dan keras pasti disajikan dengan seluas-luasnya. Teringat saya kepada waktu membuat liputan pilihan raya Sabah dan Sarawak pada tahun 1970’an dan 1980an di mana minuman keras menjadi senjata utama memancing undi.

Tidak cukup dengan itu, kempen yang berkisar di sekitar perwatakan pasti berlaku dan menjurus kepada character assassination.

Malah ia sudah pun bermula pada waktu penamaan calon dengan penggunaan istilah-istilah dan slogan-slogan tertentu.

Tiada siapa akan selamat daripada kempen selak dan pamer, show and tell ini – tidak Najib, tidak Anwar, tidak Khairy dan tidak juga dua calon terbabit.

Menyedari hal inilah agaknya Timbalan Perdana Menteri, buat pertama kali, bercakap secara terbuka kepada akhbar mengenai percubaan mengaitkan kes bunuh Altantuya dengan diri, pejabat dan rumah tangga beliau.

Begitu juga Anwar. Sebagai bekas orang nombor dua Umno, BN dan negara, beliau lebih daripada arif mengenai apa yang BN akan dan tidak akan lakukan untuk memenangi pilihan raya.

Pembabitan cergas naib ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pasti menarik perhatian umum kepada Perdana Menteri yang berupa bapa mentuanya.

Para pemerhati dan pengkaji politik mungkin berminat membuat perbandingan antara Anwar yang sudah matang dengan Khairy yang masih mentah.

Seorang bekas menteri yang pada suatu waktu dulu sangat akrab dengan Anwar membuat kesimpulan berikut selepas dikunjungi oleh Khairy:

“Dia pandai mengambil hati. Dia adalah salinan karbon (carbon copy) kepada Anwar.”

Jadi, kalau tiga watak utama ini --- Najib, Anwar dan Khairy – bertembung di Ijok maka tiada apa yang kekal suci (sacred) dan rahsia (secret). Segala-galanya akan diselak dan dipamerkan -- show and tell.

ORIGINAL POST

AT the rate that the Barisan Nasional is using taxpayers’ money to win by-elections, I am afraid that many electors, taxpayers and traders may be hoping for such an event to take place in their constituencies.

But for that to happen, vacancies must first take place either due to the death, resignation or disqualification of their incumbent Members of Parliament or State Assemblymen.

Tens of million of ringgits had been promised in the last three by-elections namely Pengkalan Pasir in Kelantan, Batu Talam in Pahang and Machap in Melaka – all of which were won by the BN.

More will be promised in the upcoming Ijok by-election in Selangor, especially after the Election Commission, which is supposed to be independent, said it was okay to make such pledges.

The Sun quoted the EC publicity-loving chairman, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, as saying that “development promises by ministers to voters during an election cannot be considered as vote-buying.”

And with Parti Keadilan Rakyat deciding to field a heavyweight in the person of its treasurer and well-known corporate figure Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the race for Ijok will almost certainly be hotter than the last three.

PKR must, at all cost, be put down. The BN, which will again be represented by the MIC, cannot afford to do worse than in the 2004 general election.

This is a mixed constituency of 12,310 registered electors, 50.6 per cent of whom are Malays, 28.3 per cent Indians and 20.9 per cent Chinese. In the 2004 general election, the BN won by a majority of 1,649, also against PKR.

With additional development allocations to be gained and not to mention extra income from renting out rooms and selling teh tarik, roti canai and nasi lemak to election workers, I am sure many electors, taxpayers and traders welcome by-elections.

And Divinity has been fair. Of the last three BN’s state representatives to die, one each came from Umno, MCA and MIC. It’s not surprising if the next one comes from Gerakan or any of the BN component parties in the Peninsula, Sarawak and Sabah.

By-election is a good time to extract an extra pound of flesh from the BN. But you must know how to do it. For that you can learn from voters in Pendang, Kedah.

This is where Tun Dr Mahathir Mohamad first won his Parliament seat in 1964 but lost it in 1969.

When it long-serving and much loved Pas MP, Datuk Fadzil Noor, who was also Pas president, died in 2002, the BN spared no effort to recapture the coveted seat.

Thousands of BN campaigners, including ministers, menteris besar and chief ministers, set up temporary homes and projects worth hundreds of million of ringgit were pledged. For its efforts and development pledges, the BN won with a 283-vote majority.

With the promises fulfilled or in the process of being implemented, the voters said thank you to the BN and returned Pas to the constituency in the 2004 general elections with a 50-vote majority.

But that’s Pendang. It’s among the rare Malay majority seats where the voters are used to changing allegiance. It also happened in Pengkalan Pasir when the voters threw out Pas in favour of the BN.

Will the Ijok electors do likewise? The BN will apply all its financial and manpower might to make sure that it doesn’t happen.

But PKR had defeated the BN in a by-election before. Remember Lunas, Kedah in 2000 when Saifuddin Nasution of PKR (then Keadilan) defeated the BN Indian candidate?

Lunas was very much like Ijok – semi-urban, with Malay majority (43.3 per cent). Despite Chinese voters (37.2 per cent) out-numbering Indians (19.1 per cent), the BN put up an Indian candidate.

22 comments:

Anonymous said...

No matter what - for that matter that one can also trust the Malay from UMNO - you can alway trust the Indian from the MIC. Najib has managed to 'turn' that Indian who quit MIC to support the MIC candidate. Wonder what was promised to him?

Anonymous said...

Sekadar Bertanya:
Orang melayu berjuang untuk bangsa Apa?
Orang India berjuang untuk bangsa Apa?
Pengundi-pengundi Ijok boleh memberikan jawapan yang berkesan.
-Makan Gaji

Nandre The Legend said...

Datuk,

tahniah untuk semalam punya talk kat PLF... good inputs...
bravo.

and thank you for being one of the panel in the session.

Unknown said...

Kalau janji pembangunan semasa pilihan raya dianggap rasuah, pembangunan pilihan raya dianggap rasuah. Jadi pilihan raya nak buat apa? Lawan mengata skandal orang?

Pilihan raya adalah masa berjanji. Rakyat menentukan sama ada parti tersebut dan calon tersebut berwibawa untuk menunaikan janji mereka.

wong soga said...

salaam tok

pilihanraya kecil (prk) adalah musim durian runtuh bagi penduduk di kawasan yang terbabit. ini dah jadi 'trend' bn - dah kerja dia! bn hanya kerja lebih keras masa pilihanraya, terutamanya prk. kerjakan pembangunan, ataupun kerjakan duit rakyat jelata?

a large goodie bag was delivered at batu talam. for a short list, please click our records on 'durian runtuh' at batu talam.

yet a larger goodie bag was delivered during the machap by election.

we expect a massive herd of african elephants to carry the goodie bags for bn's non-vote buying exercise in ijok. it seemed that the stronger the opposition, the larger would be the goodie bags.

we'll just wait and see.

ws

Anonymous said...

Dear Datuk,

Saya amat bersetuju benar dengan pendapat dato dalam perenggan penghabisan bahawa segala-galanya akan diselak.

Yang pasti malu juga adalah ketiga-tiga watak utama ini. Yang untung tiada sesiapa dan yang rugi adalah hamba rakyat. Saya dapati berdasarkan pemerhatian saya, cara gaya pengundian di negara adalah masih belum matang.

Peraih undi bersifat kebudak-budakan dan tidak menunjukkan mentaliti dunia pertama. Yang pastinya untuk pengetahuan datuk, dengan wang segala-galanya mungkin. Harga tempoh lima tahun masa depan orang melayu cumalah RM 100- RM200 ringgit..

sekurang-kurangnya boleh diukur dengan wang ringgit!

A KADIR JASIN said...

Saudara Anak Mat Lela Gila,

Adalah amat malang jika orang Melayu yang beragama Islam (semestinya begitu) yang dikatakan budiman (berbudi dan beriman), justeru tiada ternilai harganya, kini boleh dibeli dengan nilai yang rendah -- RM100 atau RM200 seperti saudara katakan.

Have we, the Malaysia, sold our souls to the devils?

And Allah tells us that devils take many forms.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,
Kisah seorang anak muda bernama Khairy umpama sebuah kisah pahlawan atau putera raja dahulu kala yang sering diceritakan oleh Tok Wan sebelum kita terlena tidur sementara menunggu hari yang baru.

Pahlawan/Putera raja itu ditangannya mempunyai keajaiban untuk tiba-tiba muncul dan seringkali menjadi penyelamat kepada hamba rakyat yang terainiya. Khairy sedang membawa watak itu dalam dunia moden kini dengan cara yang moden juga.

Khairy pernah berkata beliau akan menjadi perdana menteri termuda. Anak muda ini memang bersemangat dan telah bekerja keras membina karismanya demi cita-cita besarnya itu. Beliau mahu dilihat sebagai jaguh, sebagai juara, sebagai hebat, sebagai satu-satunya calon yang kita ada...

Tidak salah untuk Khairy bercita-cita besar begitu. Saya kagumi dan tabik Khairy kerana awal-awal lagi telah meletakkan suatu landasan untuk masa depan diri dan keluarganya. Walau caranya itu juga telah menunjukkan ciri-ciri kebodohan,keangkuhan dan ketidakmatangan yang ada padanya.

Semakin hari Khairy semakin dikenali. Dalam diam-diam saya bertanya diri saya lagi, benarkah anak muda ini berjuang dalam UMNO/BN demi rakyat. Benarkah?Sungguhkah? Atau UMNO/BN hanyalah satu laluan untuk Khairy dalam mengejar cita-citanya menjadi perdana menteri termuda. Jika begitu kotorlah anak muda bernama Khairy ini. Lebih kotor lagi menggunakan kedudukan bapa mertua untuk menonjolkan diri.

Jikalah benar Khairy ingin berjuang untuk rakyat maka seharusnya tidak ada jalan singkat yang mudah untuk beliau berada dalam UMNO pada kedudukan sekarang. Pembentukan pemimpin hebat bermula dari bawah. Menempuh dan melalui sepak terajang secara adil dan tiada pilih kasih.

Khairy tidak melalui semua itu. Siapakah Khairy...tanpa Pak Lah? Justeru sampai kini saya masih bingung mengapa saya tidak boleh menerima Khairy seperti mana orang lain menerima beliau, mengusung, mengarak, memuji dan memuja.

Semakin saya memikirkan perkara ini semakin saya nak muntah.

Terima Kasih

Roy Eusoffe said...

Dato'

It's certainly interesting to watch this by election. Millions are put as stake, and I profoundly believe that BN will make it through this time. I do not want to thank the BN for these pledges as I consider them as vote-buying practices, no matter from which angle you see it.

And congrats to the villagers, despite the mourning, the Almighty has decided to make them happy instead.

http://polanalisa.blogspot.com

Berita dari gunung said...

Sikit saja dengan maaf.

Kalau rasa nak naik rumah yang tinggi itu, mestilah ikut tangga. Jangan goncang tiang rumah tinggi, dengan harapan tuan rumah akan turun untuk periksa apa yang berlaku. Silap-silap haribulan, kepingan genting boleh jatuh dan tertimpa kaki.

Ada yang cuba sebelum ini, dan terpaksa berubat bertahun-tahun di Hospital Sg Buloh.

Anonymous said...

Pak Kadiaq yang saya hormati,

Pilihanraya kecil adalah musim durian, manggis, langsat, buah pelam, buah setaq, nangka, cempedak dan macam-macam lagi buah nanti turun dan depa ni turun dengan cepat sekali.

Kalau sebelum ini pembangunan agak lambat dan lama, akan tetapi dalam masa kurang 10 hari sahaja segala dunia di luar Ijok akan berhenti dan Dunia Ijok akan mengambil tempat. Janganlah cakap orang, lembu, kambing, ayam dan itik di Ijok juga mungkin akan melihat bilangan yang cukup besar manusia dalam hidup mereka dan mereka akan mungkin terkejut kerana manusia-manusia luar yang akan berligar di sekitar Ijok akan turut melawat haiwan-haiwan yang dinyatakan di atas. Ini adalah sifat pilihanraya kecil, semuanya besifat besar. Ini adalah ironinya.

Nama sahaja kecil akan tetapi sifatnya amat besar, cukup besar sehinggakan sebelum ini Ijok yang kurang dikenali, malahan tidak pernah didengari oleh ramai orang akan menjadi buah mulut dengan sekelip mata. Bertuahlah Ijok dan lebih bertuah para penduduk dan pengundi Ijok kerana pada masa ini mereka akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan raja selama 10 hari.

Justeru, nasihat saya ialah ambillah kesempatan ini wahai para penduduk dan pengundi Ijok kerana peluang ini tidak akan datang 2 kali dalam hidup mereka dan apabila ianya datang maka gunakanlah dengan sepenuh dan secukupnya.

Bagi saya ini sahajalah kebaikan yang ada pada pilihanraya kecil, parlimen dan dun. Selain itu, tidak ada apa lagi kebaikan yang hakiki kerana kemenangan pada kedua-dua pihak tidak akan membawa sebarang makna, sebenarnya tiada makna langsung.

Sekiranya BN menang wakil Ijok akan menjadi satu daripada berpuluh penyokong kerajaan di DUN Selangor dan sekiranya pembangkang yang menang, satu suara daripada individu yang terkenal sebagai tidak mempunyai sebarang pengalaman politik tidak akan membawa sebarang makna, bahkan tiada makna langsung! Sudahlah beliau tidak reti berpolitik beliau pula merupakan satu sahaja suara pembangkang.

Nama calon pembangkang memanglah hebat sebagai seorang tokoh korporat, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan. Namun ianya tidak memmadai untuk menjadi wakil rakyat kerana politik bukanlah suatu pekerjaan akan tetapi suatu komitmen.

Selamat berjaya kepada kedua-dua mereka dan saya tumpang gembira kerana penduduk Ijok akhirnya akan terbela jua, biarpun untuk hanya 10 hari. Saya dan berpuluh penduduk AnakBukit pernah merasainya suatu ketika dahulu walaupun kami berkongsi perhatian dengan Pendang! Namun, tetap Alhamdulillah.

Zaki Tok Tam
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

A KADIR JASIN said...

Sdr Zaki Tok Tam,

Ni nak tanya sikit, janji-janji pilihan raya kecik Anak Bukit 2002 dah dapat semua ka?

Sdr Berita Dari Gunung,

Kalau luka sikit-sikit dan masuk hospital baru Sg Buloh tak apalah.

Yang takut ni, silap-silap masuk Penjara Sungai Buloh!

Sdr Wong Soga, thank you for the info. Bear in mind, this is not BN or the calon's money. This is your money and mind. I am supposed to have retired, but still pay income tax. Does Zam pay income tax?

Sdr Anak Mat Lela Gila,

Itupun salah satu matlamat pilihan raya. Kita nak tahu siapa dan parti mana yang hendak kita pilih.

Jadi kita kenalah silak, selidik dan pamer. Calon atau wakil saja tak cukup. Kalau calon baik, baiklah parti. Kalau calon buruk, buruklah parti.

Parti yang dipimpin oleh orang yang buruk tidak akan jadi parti yang baik. Parti yang pembesarnya hambar tidak akan menjadi parti yang cemerlang!

Sdr Kedidi,

KJ adalah fenomena politik feudal Melayu yang kini menyemarak semula dalam Umno.Politik orang besar-besar, anak orang besar-besar dan kini menantu orang besar-besar. Saya sudah lihat semua -- Najib, Taufik Tun Ismail, Hishammuddin Tun Hussain.Dan kini kita melihat Sdr KJ.

Kita Melayu memang suka kepada kebesaran. Kepada Funfair. Kepada Sure Heboh. Kita hidup dalam dunia fantasi. Kita lena dibuai mimpi. Kita tidak peduli kampung halaman sudah lama tergadai dan terjual.

Kita asyik tidur. Kita asyik mundar-mandir berjalan. Kita malas membaca. Kita malas berfikir. Kita cakap Iqra, tapi kita tengok TV.

Terima kasih. Sekadar renungan pada pagi awal yang hening.

Berita dari gunung said...

Dato, izinkan saya mengulas catatan kedidi:

"Khairy tidak melalui semua itu. Siapakah Khairy...tanpa Pak Lah? Justeru sampai kini saya masih bingung mengapa saya tidak boleh menerima Khairy seperti mana orang lain menerima beliau, mengusung, mengarak, memuji dan memuja."

Memilih pemimpin bukan melibatkan semua rakyat jelata. Terpilih sebab pengaruhnya, sebab nak jaga hati ketua, sebab janji-janji, sebab benci pada sorang lagi, sebab imbuhan dan macam-macam lagi.

Kita sering tersilap dalam memilih. Tapi kita jarang serik. Kita semua tahu tentang "umpan mengumpan". Kita baling umpan, semua ikan datang berkerumun. Begitulah sifat manusia, jika tabir dibuka, dan nafsu ditelanjangkan.

Saya teringin nak tanya kes RM200 dalam brown envelop di Kubang Pasu. Dah selesai ke belum? Kalau ada yang tahu minta kongsi la, jangan sorok.

Anonymous said...

Pak Kadiaq,

Janji dan penyampaian untuk projek-projek jangka pndek yang bermakna antara 2 hari hingga 5 hari semua dapatlah. Depa punya dok menyuloq mai ALLAH saja yang tau nawaitu depa.

Tapi takpalah, pak long mak long saya, abang din dan kak chaq saya, pak don sebelah rumah dan sama tua dia mak piah semua seronok sebab tup-tup semua mai bergolek dan melayang tak tau daripada mana tapi sampai tetap sampai. Dulu ni api slow pi buat repot lama-lama sangat depa mai check, tapi masa pilihanraya belum petik suis api dah menyala!

Orang kata "hang jangan dok tanya banyak-banyak...orang hantaq mai kita ambik sajalah." Namun undi ikut pilihan masing-masing.

Masa tu PAS pun ada duit jugak, maklumlah depa kan control Terengganu. Jadi duit depa macam duit UMNO jugak, melimpah ruah dan kira kalu ayaq ni sampai lepaih bataih (batas) dan keluaq daripada petaq (petak). Pak Kadiaq tau la kan maksud saya. La ni mungkin tabung depa dah susut sikit, pasai tu la semalam saya terbaca yang PAS mintak sumbangan RM 1,000 daripada setiap ahli depa untuk tabung pilihanraya. Kalu RM1K saya rasa orang depa bolah bagi tapi para pemimpin pas (yang muda dan baru naik pangkat dalam hiraki kepimpinan)yang dah tak pakai ketayap tapi cukup kenai suit Valenteno, Cerutti dan kasut Feraggamo dan dah pandai hisap cerut Cohiba tu kena la bagi lebih sikit. Tidak kalu tak aci la!

Projek-projek jangka panjang ada yang dah sampai ada yang belum, tapi disebabkan pilihanaraya umum berlaku dua tahun lepas tu, maka tempoh penyampaian tu kira cepat jugak la. Sampai la ni jalan di kampung kami dok tebai lagi la.

However, the speed of delivery was unbelieveable, to say the least!! To me this is the only good thing could have happened in a by-election. Otherwise it was a platform for politicians to sow seeds of hatred, enmity and disdain.

Our neighbouring kampong, Alor Senjaya of which came a well-known PAS politician Haji Mahfudz Omar was equally blessed with the trappings of an semi-urban village, which stood about 7 km from the capital city.

Dia ada la buat lawak masa pilihanraya kecil Dun Anak bukit bahawa "Tuan-tuan, la ni tak kira sapa, saya orang PAS tapi apa saya mintak kat kerajaan depa hantaq, yang saya tak mintak pun depa hantaq!" Sebenarnaqnya bukan dia yang mintak tapi itulah sifat pilihanraya kecil. Tak payah mintak nanti depa (tak tau la sapa, sapa-sapa pun boleh jadi!) hantaq mai!

Untuk makluman Mahfodz pernah menjadi jurulatih silat Bunga (Berjuang Untuk Negara Gagalkan Angkara) seketika dahulu masa kami semua anak-anak kampung baru dok belajaq di luaq gelanggang. Jadi, jangan la dok buat melawak loqlaq dengan dia ni, satgi dia lepas sebiji, nanti orang yang kena tu makan moi la seminggu!

Zaki Tok Tam
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

*bila lagi kita nak pekena Cinnamon Latte di Studels Bangsar Lucky Garden, Pak Kadiaq??

A KADIR JASIN said...

Sdr Zaki Tok Tam,

Bila-bila jam buleh pekena cinnamon teh tarik kurang manis. Tapi saya dah lama tak pi kedai tu .. sejak manager kawan kita kena buhuh.

La ni kena jaga-jaga sebab pasai duit sekepeng pun orang sanggup bunuh.

Ni pasai penyangak pun tak profesional lagi. Dulu penyangak pun profesional. Ada ethik dan ada peraturan. Depa rompak tapi depa tak bunuh, pasai lepas tu depa nak rompak lagi. Kalu bunuh, sekali tu sajalah.

Negeri kita nampak tambah kacau bilau. Semua dah tak profesional. Dulu depa colek tapi depa tak bunuh. Pasai nak colek berkali-kali dan duit tebusan meningkat setiap kali colek.

Yang dok menyamun hari ini bukan semuanya profesional. Orang dan susah. Jadi terpaksa curi, rompak dan ragut.

Cuba pikiaq tengok!

Anonymous said...

Ketua MIC letak jawatan, tapi 2 hari kemudian, masuk TV,suratkhabar umum sokong calon BN (di atas pentas UMNO)di hadapan pembesar UMNO Selangor. Berapa beliau dibayar??? Bagus jugak, goyang kaki pun dapat RMKK yang besar!

KJ? Tentu sekali beliau akan terus naik dan naik menuju puncak (fantasia). Dalam budaya UMNO, lagi cepat sipolan naik, lagi cepat beliau jatuh bila tempat bergantung sudah tiada. Kemana KJ selepas Pak Lah turun tahkta?

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru,

Pernahkah sdr melihat haiwan liar terhempap, tersepit, cedera dan mati apabila pohon tempat mereka berteduh, bergayut dan makan buah ranum tumbang?

Mereka tahu bila pokok akan tumbang dan mereka lari jauh-jauh dan mereka cari pohon baru untuk bergayut dan makan buah masak ranum.

Hanya kera tambatan saja yang mati atau dijual apabila tuannya mati atau terlalu tua untuk menjaganya.

Kera di rimba turun ke bumi hanya jika kita membawa pisang dan kacang tanah. Itu pun silap haribulan tangan kita digigitnya.

Terima kasih.

Berita dari gunung said...

Dato and dear readers,

So this by election is a prelude to the General Election, right?. Therefore, issues played are generally national in nature. Interestingly, Anwar choose to do a cowboy showdown with Najib.

I overheard people talking about Anwar/Najib tussle is like creating a clear pathway for someone else much younger.

Then, i wish to compare Anwar with Musa. Both are shrewd and cunning, but they choose different roles. One like to be on the stage playing hero, the other like to be backstage orchestrating.

We are here.

Anonymous said...

Dato'

Saya telah nominate Dato' sebagai "Thinking Blogger Award". Sila rujuk kepada blog Rocky, Nuraina dan saya.

Terima kasih

A KADIR JASIN said...

Sdr (pengendali) BigDogDotCom said...

"Dato'

Saya telah nominate Dato' sebagai "Thinking Blogger Award". Sila rujuk kepada blog Rocky, Nuraina dan saya."

Terima kasih sdr.

Let me put it this way, we are all thinking bloggers, otherwise we'll not be blogging at all.

Namun terima kasih di atas baik budi sdr.

A KADIR JASIN said...

Debater Kersani sent an interesting comment but I am unable to post it without removing the reference to “Hindu God”.

I think it’s in bad taste to mock any religion by linking it to a person. No matter how much the writer may hate the person in question, he should not mock any religion.

Kesrani said: “Wasnt it DSAI who started the Mongolian connection story? And the Scorpene link story? and the Sukhoi link story? It wasnt anyone else.

DSAI says nothing about the ECM Libra Avenue affair, nor about the oil for food scandal, nor about any of the 1001 nonsensical moves of the YDP administration... but he goes doggedly after Najib. Meanwhile, no one is coming to Najib's defence.

Where is the Pemuda Wing that he used to lead? Hisham of course says nothing without SIL's green light and SIL will not lift a finger to help Najib although technically the Youth Wing is duty bound to defend the deputy president.

What about the other ministers of the half past six cabinet? No one has said a word in defense of Najib. Why? We're talking about a bunch of sycophants and yesmen who would even say YDP's farts smell like roses! Yet they do nothing to defend Najib?

This is not to say whether Najib is innocent or not. That's a whole other debate altogether. What I'm getting at is: Isn't it a bit suspicious and uncharacteristic of UMNO that no one defends the number two? That they are lettling him drown all alone? Doesn't it smack of some kind of conspiracy somwhere?

(Consider this: When Razak Baginda was arrested, how come the Straits Times of Singapore broke the story before the local papers? [Reference to “Hindu God” is deleted]. How come for the first time newspapers revealed the identity of a remanded suspect BEFORE he was even charged?)

If DSAI is, as he claims, a valiant hero who fights for truth and justice, why hasnt he EVEN ONCE attacked SIL? Why hasnt he charged nepotism and crony-ism against YDP like he was quick to do with TDM? Why has he made no noise about the house in Perth, the Turkish Gullet, the RM200 mil jet, the inexplicable wealth of SIL and friends, the inanely stupid responses of YDP ("like I dont know, I'm not involved"..).
Put it this way... as the de facto leader of the opposition, shouldn't DSAI's sparring partner be YDP? Why should he go after Najib if his objective is to discredit UMNO? He should go after the party's supremo. Instead he attacks Najib and only Najib. Which can only mean that he sees Najib as an obstacle to his path forward, which means that he feels his path forward is still through UMNO, which necessarily means that the unholy alliance between him and SIL is very very much alive...

From the full posting on www.spookymuck.blogspot.com

Thank you.

Anonymous said...

Jalan utama yang menghubungkan taman saya dengan area luar banyak jalan yang berlubang-lubang dan amat merbahaya kepada kenderaan kecil serta motor. Jambatan pula hanya muat utk kenderaan sehala sahaja (tidal flow). Bayangkalah bila peak hours. Jangan terkejut... saya bukan tinggal di pedalaman Pahang, Perak atau Kelantan and not in Sabah or Sarawak. Saya menetap di Bandar Bukit Mahkota di pinggir Bangi, daerah Kajang Selangor Darul Ehsan negeri maju.

Adakah saya kena tunggu adun saya meninggal (nauzubillah) utk di adakan pilihan raya kecil dan semua masalah di atas (sebahagian kecil) akan ditunaikan. Macam Ijok... tup-tup dapat RM36 juta utk development. Nak tunggu PRU tak grand sangat coz duit dibahagi sama rata ke semua kawasan.

Last month balik Pasir Mas... sama je macam dulu nothing extravaganza yang ada kat situ walau menang dengan 121 (not sure exact amount) undi last year. Batu Talam or Machap, pergi la visit next 6 months.... nothing different.

Kesimpulannya pilihanraya kecil adalah durian runtuh utk buat duit and jual maruah diri...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).