Wednesday, January 30, 2008

Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak. Mengandungi Transkrip Sidang Akhbar Dr M]

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, hari ini menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah. Dr Mahathir menggunakan istilah Inggeris “cleansing” bagi memperjelaskan apa yang beliau maksudkan.

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Bercakap kepada sidang akhbar di Putrajaya selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders,” beliau merujuk kepada hasutan serta politik wang yang digunakan bagi menyekat percubaan beliau menjadi perwakilan biasa Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 2006.

Ditanya apakah beliau bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional pada PRU akan datang, Dr Mahathir berkata beliau sedia jika dijemput.

“Tetapi saya akan hanya membantu calon yang bersih dan berwibawa sahaja,” katanya sambil merujuk kepada PRU 2004 apabila BN menghalang beliau daripada berkempen di kawasan-kawasan tertentu.

Ditanya apakah strategi “pukul anak sindir menantu” itu mungkin membawa kesan buruk kepada Umno dan Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata beliau tidak nampak ada cara lain bagi membersihkan Umno dan mengembalikan suara ahli biasa.

Ahli dan pemimpin bawahan Umno tidak lagi berani atau berpeluang bersuara, katanya.

“Lihatlah bagaimana bahagian dan cawangan Umno yang menjemput saya memberi ceramah diberi kata dua oleh pucuk pimpinan dan dikunjungi oleh polis,” tegasnya.

Katanya, apabila beliau menegur kepemimpinan parti atau tidak bersetuju dengan dasar serta program kerajaan, beliau ditengking, diherdik, dicaci dan dicerca oleh pelbagai pihak dalam Umno.

Ditanya apakah beliau tidak bimbang kemungkinan anak yang dipukul akan mati tetapi menantu buat tidak peduli dan terus berkuasa, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tidak nampak ada jalan lain membersihkan parti daripada unsur-unsur yang memudaratkan.

Ditanya apakah keputusan PRU nanti akan menyerupai PRU 1999 apabila undi BN merosot teruk, Dr Mahathir pada mulanya berkata ia mungkin menyerupai keputusan PRU 1969.

Tetapi apabila ditekan mengenai perbandingan dengan keputusan PRU 1999, beliau berkata keputusan PRU 1999 dipengaruhi oleh peristiwa “black eye” (mata lebam Anwar Ibrahim).

Ditanya apakah pendirian beliau itu mungkin disalah-mengertikan sebagai memihak kepada pembangkang, Dr Mahathir berkata beliau tetap menyokong BN dan Umno, tetapi beliau mahu pengundi memilih calon yang bersih dan menolak “kayu mati” (dead wood) dan calon yang “kotor.”

Sidang akhbar itu dihadiri oleh ramai wakil media massa arus perdana, laman-laman berita bebas, wakil media asing dan penulis blog, termasuk yang mewakili atau memihak kepada parti-parti pembangkang.



Buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders” yang diberi kata pengantar dan ulasan oleh Abdullah Ahmad, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP itu mengandungi surat-menyurat antara Dr Mahathir dengan beberapa pemimpin utama dunia.

Mereka termasuklah George W Bush, Tony Blair, Margaret Thatcher, Jacques Chirac, Edouard Balladur, Putera Charles, Bill Clinton, John Major, Robert Dole dan Michel Rocard.

[Addendum]

Gist of the story

1. Umo member and supporters should use the coming general election to “cleanse” the party of inefficient and untrustworthy leaders and the dead wood;

2. There’s no choice but to resort to the GE because attempts to change the party from within had been thwarted;

3. Even his modest attempt to become an ordinary divisional delegate to the party’s 2006 general assembly was subjected to threat and money politics;

4. Divisions and branches that invited him to talk were hauled up by party’s headquarters and organisers were questioned by the police;

5. Members and grass root leaders no longer dare to speak out;

6. He was shouted at, scolded, cursed and maligned for criticizing the party and government;

7. He is not siding with the oppositions. In fact he is willing to campaign for good and credible BN candidates if invited;

8. He urged Umno members and supporters to reject inefficient and corrupt leaders and the dead wood;

9. He said they cannot avoid punishing the party because there is no other way to cleanse it of such leaders; and

10. The outcome of the coming GE could be as bad as that of the 1969 poll.

[Transcript of Dr Mahathir’s Press Conference issued by his Press Secretary, Sufi Yusof]

Dr M: First thing before you begin to ask me questions I would like to thank you very much for your presence today. What my book is all about I have already explained just now so if there are anymore questions you are welcomed to ask, if I can answer, I will, if I cannot I will just shut up. Okay...

Q: Will you contest in the coming General Election?

Dr M : Well like the comedian who was talking about his girlfried, he would like to but he didn't...

Q: How much does the US recession is likely to affect Malaysia?

Dr M : Well actually today the US should close down because it had been bankrupt for several years now. It has deficits. But because the United States owns IMF (International Monetary Fund) the IMF has not taken any action. If we were in that situation we would have been crushed to the ground but this is the US where they can print money and where they can make use of other opeople's money to sustain an economy that is unsustainable.

But unfortunately too many countries have trade and investment links with the uS and some of these investments abroad are really meant to supply the US with their products. If the US is not in a position to buy their products then these companies located in other countries including Malaysia will suffer. So the fact remains that the US economy is so big that its collapse is going to affect the world. So the world is not going to allow it to collapse just like the US will not allow certain big banks to collapse. We will feel the impact, whether we like it or not. We will feel the impact. In fact we are already feeling the impact. Today we are in a state of denial and bad things are coming in the future because it is not going to be easy to ensure that the US recession does not take place. It is not easy to reverse the process

Q: Tun now Malaysia does not trade much with the US?

Dr M : I don’t know the last figure I had was about 30% of our exports still go to the US. So 80 per cent of our trade about...100 billion a year is a very big chunk

Q: Your comment on lacklustre attitude from OIC in response to the problems in Palestine

Dr M : It is usual that they are not interested in the sufferings of the people in Gaza or Palestine. They are too busy with other things. They have never shown any sympathy for the Palestinian, only verbal support but no really tangible support.

Q: Tun akan turun Padang berkempen untuk BN?

Dr M : Saya dulu saya terima iaitu saya akan bantu dalam kempen tapi pada tahun 2004 oleh kerana parti BN begitu popular saya dikehendaki tidak kempen di tempat-tempat tertentu. Saya akan kempen cuma kalau saya percaya orang yang dicalonkan itu ialah orang yang boleh membawa kebaikan.

Q: Politics is dirty because of politicians or is it that politics is just dirty?

Dr M : The politicians, because I am also a politician I don't play dirty politics but when people who have openly told lies and the whole country knows they told lies and they get re-elected...and (this) cause me to lose my respect and lose my faith in the political system as practised by them.

Q: In your book...(not audible)

Dr M : I have claimed to be a Muslim fundamentalist. This one (Hadhari) is modern Islam which is another thing altogether. I go for the fundamentals and the fundamentals of Islam is very good. It is not like the Christian fundamentalist where they are equated with extremism. To equate Muslim fundamentalist with extremism is wrong. It’s a misnomer. If you really follow the teachings of Islam, the basic teachings of Islam, you should be a very good man, a very progressive man, well-balanced person.

Q: (not audible)

Dr M : I always point out that for 1,400 years there have been many interpretations of Islam and many of these interpretations are influenced by the situation occurring at that time so the interpretation today is because we are a democratic country we will have elections and anything that we say can be used by the opposition in order to gain support.

Q: You mean current situation our interpretation is more for political reasons?

Dr M : Yes I think it is political more than religious. If its religious we need to sit down and discuss the basis of this decision and then only we can really say that it is an Islamic injunction not to do certain things.

Q: You say you will campaign for candidates...does this include opposition?

Dr M : No, I will not campaign for the opposition. But I am saying the people who support the BN should be a little bit more selective. Should think, should choose wisdom in their choice of the people they will support. If people name some deadwood, some corrupt politician as candidates even if they are from the BN, BN supporters should not support them. That way we can clean the party, BN and UMNO because there is no hope that Umno can be cleaned from within because everything is controlled now. Nobody can have an opinion and any contrary views they will make (is) sure will not be heard.

Q: Tun mengatakan bahawa pengundi termasuk penyokong BN perlu melakukan perubahan di piliharaya untuk megubah kepimpinan BN dan Umno. Itu maksud Tun?

Dr M : Ya, itu sahaja harapan kita. Itu pun bukanlah kuat sangat harapan kerana saya berpendapat pengundi-pengundi biasa pun kadang-kadang terpengaruh dengan cara yang tidak halal tetapi kita sudah hilang keupayaan untuk menukar pemimpin di peringkat parti kerana parti sekarang ini dibenar cuma mengata "Yes" kepada apa yang presiden kata. Jadi tidak ada real opinion dalam party anymore. No way you can change the leadership of the party or the way the party operates from within. If the people in Malaysia wishes to have a party that is centered on nepotism and corruption then of course they will vote for the same people and will achieve no correction

Q: Are you saying the PM for the moment can be considered in your definition as deadwood?

Dr M : I don’t know about what my opinion is but i know i have differences with him.

Q: Lepas tun lepas jawatan PM ada khabar angin tentang fail rasuah tokoh Umno kelantan yang Tun serah kepada Pak Lah untuk tindakan...

Dr M : Fail kalau ada akan diserah oleh ACA. Bukan saya punya tugas nak serah file tapi saya tahu ada kes tertentu yang harus diselidik dan tindakan diambil. Saya amat sedar bahawa kes corruption bukan mudah untuk kita buktikan. Dengan itu kita cuma akan dengar cerita yang buruk tetapi akhirnya tiada satu tindakan pun yang boleh diambil

Q: When you stepped down in 2003 you said you made a gentleman's agreement for him to stay one term. In this case macam mana?

Dr M : Even if I said I had this gentlemen's agreement there is no way I can prove it. My thinking that since he was older than Najib he should be PM for a term and then Najib should be able to take over.

Q: In the 22 years of your administration, there was fast track development, many things were done in record time...PM now needs more time beyond five years to develop his projects. What is your view?

Dr M : I know it takes time to implement plans and projects but i think if that is to be used as an excuse to stay in power for 18 years that would not be very welcome. But that time to implement...at this time only announcements are being made. He is already asking for time to do this.

Q: The PM announced economic corridor, repercussion not now...commitments made are huge. If not able to be delivered what will happen to future PM?

Dr M : What i think is that it certainly will not be delivered by the time of the election. So this is the reason why you should allow the present Government to go on so that they can implement. But the way, the things are being implemented are also questionable. Giving it to the so called GLC which then gives contracts to other people, none of which are very open that is not really the right way to do things.

Q: What is you greatest concern in 50 years looking at Malaysia?

Dr M : Well, I think the Government does not seem to know how to progress, how to implement things. It’s already quite sometime since I stepped down. (It) would have been easier perhaps to just continue with the projects already on the ground but it was decided to postpone ostensibly because of lack of funds. But what I do know is that when I stepped down there was enough money to go ahead with all the so-called mega projects. Now they have decided to go ahead with some of the mega projects but the cost is very high, as much as 50 % more simply because the cost of living, the cost of everything has gone up in the meantime. So the postponement was totally unjustified. Now they realised that these are needed infrastructure.

Q: Time to implement projects...you mean he should carry on as PM?

Dr M : It depends upon the record you have shown in some other things that doesn't need too much time. If you show that you can implement it, the smaller projects, i think you should be given more time for the bigger projects. But what you see is just a stoppage, a kind of reversal of the previous policies and projects ostensibly because there was no funds and this is not such a good judgment.

Q: Now you are complaining of cronyism and nepotism in Pak Lah's term...(question not audible)

Dr M : Well I am aware that I was not always right but those people who were called my cronies were not my cronies. As a matter of fact when I was accused of these I published, I made public the list of people who had projects etc and it was clear that they were not people I know except for the very well known figures. I was not practising cronyism but of course these (accusations) were attached to me as a kind of label to undermine my credibility (and) I cannot get away from it. But today we see nepotism creeping in. We see companies getting projects to the extent that many Malaysian entrepreneurs and contractors are now going abroad. They said there is no opportunity within the country.

Q: Tun, as ahli Umno No 1. Are you aware of current happenings within the party, do you get any updates?

Dr M : Nothing, I am completely cut out

Q: Compared to during your time the BN is no longer as united as before...

Dr M : When we have a group of people working together, we must know how to handle them. They have grouses, they have differences but if you handle them properly and tackle the grouses, I think they will sit together. But if you show any weakness, giving in, people will take advantage of your weakness.

Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government...

Dr M : Well not only Mustafa but all the rest of Umno felt you should not develop Kelantan because if you do they will tell people..."Look even if you don't vote for BN you will still get development, so why bother to vote for BN?" - that's what PAS will say and that has always been a problem with PAS even in my constituency. If a village is supportive of PAS and i were to give a bridge or whatever PAS will tell people "Look you don't have to support the Government so support us." Because of that we had to hold back.

Q: Do you think political Islam will play a big role in the next General Election?

Dr M : It will be exploited to the utmost by PAS and the Government will have its hands full trying to handle it.

Q: What about racial issues?

Dr M : It is unfortunate because we have never really achieved racial harmony but we have been able to keep it within control. But now people are not only taking action based on race but also on religion. They say Hinduism was not something that will cause a ..... (not audidble)....but now Hindus apparently feel dissatisfied with their lot and have made this demonstration. I don't say that because I agree with them. I don't agree with them. But they see a Government that is retreating and of course they want to take advantage.

Q: Apa pendapat tun tentang sekiranya anak beranak dapat jawatan utama dalam parti umno. Bolehkah orang Melayu terima?
Dr M: Psychology....attitude Melayu berbeza sikit. Dia sokong bukan kerana individu. Sokong kerana parti, kalau bagi a piece of log there or a stone they will still vote the party because this is my party and I cannot allow my party to lose. The Chinese are much more selective. They did not like me in 1969. They made sure I lost the election but they also made sure the Alliance won the election. So if you cause a person that you don't like to lose, it doesn't mean that the party will lose, the party will win.

Q: You were reported that MIC should be blamed for the Indians' plight. Were you misquoted?

Dr M : No, its not MIC as a political party. But the thing is that people, rather Indians, who may not agree with MIC but still wish to support the BN are not given ay chance at all. In their frustration, whether MIC is right or wrong is a different matter, obviously there is no opportunity for anybody else, any other Indians, to come up.

Q: What role are you trying to play in the next General Election?

Dr M : I'm trying to promote cleansing of the party by the people, because within the party it is not possible to cleanse. If I say anything there will be a chorus of people who will curse me including some of my former ministers...they will curse me...so if I'm going to be cursed by them i might as well be cursed for everything else.

Q: Strategi pukul anak sindir menantu...

Dr M : There is a risk in all these things but I hope that we will love this country enough to vote for the best candidate.

Q: Masksuydnya Tun boleh terima hakikat pembangkang menang lebih?

Dr M : No, pembangkang tak mungkin menang lebih banyak daripada BN. Lebih banyak dari sekarang mungkin, tapi tak boleh jadi kerajaan.

Q: More than in 1999?

Dr M : 1999 was a different matter. A question of a black eye

Q: 99 was issues of emotion, but now isu harga barang, jenayah jadi kebimbangan pada rakyat...

Dr M : Well the issues are different. There is problem of inflation etc but more important is the quality of leadership, quality of Umno that has degenerated to the point where members cannot say anything. You say something you are hauled up and asked to choose between the PM and whoever. So there is not a slightest freedom that is allowed and in my case I was invited by many people and the people who invited me were called by the police not to go ahead with the invitation, to cancel the invitation. Of course you can use police for implementing the law but there is no law that allows police to threaten people that if they hold the meeting and invite me they will get into trouble. But this is what happened.

During my time, Tengku Razaleigh wanted to make a speech they could make a speech. Anybody who wanted to make a speech, even Tengku Razaleigh, I did not stop him. But here the moment I stepped down almost I was practically not allowed to speak.

Q: How do you plan to cleanse the party?

Dr M : Its up to the people to vote in those leaders who are clean because the party will not clean itself

Q: But what is you plan?

Dr M : I don't know all I can say is talk to you (the Press)...

Q: How about the leadership,,,

Dr M : Its up to the people to make an assessment as to who should continue or who should go.

Q: Your assessment...will there be total change in the line-up

Dr M : I think there will be no total change. There will be some people who will be retained some people who have not delivered they should not be retained

Q: The young generation?

Dr M : Unfortunately the young generation does not even bother to register

Q: Claims of vote buying, any proof?

Dr M : In my case I have proof. People were bribed not to vote for me in my constituency and I expect that to be extended, it was nothing just a small matter but still these attempts were made to prevent me from becoming just a wakil

Q: Do you think there will be outright vote buying?

Dr M : There is that possibility. I was told in the by election that thing happened.

47 comments:

budak kampong said...

Para pengundi,

Kita ambil strategi "Ajar Mentua, Menantu Tumbang" untuk PRU yang akan datang.

Sebab yang dua inilah punca kesemua masalah dalam Umno semakin teruk sekarang.

Kalau nak bersih semua sekali sekali jalan memang susah sebab letak "deadwood" pun Umno boleh menang terutama di Johor.

Dan saya setuju dengan DR M bahwa keputusan PRU ke12 mungkin mirip seperti PRU 1969.

Berbanding PRU 1999, undi kaum Cina dan lain lain banyak membantu BN manakala undi Melayu banyak kepada Anwar dan Pas.

Tapi untuk PRU akan datang, saya rasa semua kaum dah bosan dengan retorik yang sama oleh Dollah.

Mungkin yang akan menyokong Dollah hanya "kaum kerabat" nya sahajaa.

mananbuyong said...

At first, it does look like Dr Mahathir was speaking out of frustrations..

But it is the measure of the man to say what he thinks is good.

Personally, I think, a cleansing IS necessary but to do it enbloc could be foolhardy. Also, it may not be possible.

We certainly would want the 'deadwoods' and the corrupt out.. and the sickly and aged too. But who's to say which is what?

Contrary to what we are made to believe, the President is not and cannot be the only decision maker.. because he is not in total power. In UMNO, for example, there are 'kingmakers' and 'powerbrokers' who may have a lot of influence..

So, Dr M may have been thinking wishfully.

Mr. Smith said...

The may I ask?
1. What is meant by cleansing the party?
2. How do we identify the deadwood in the party?
3. Who are those to be thrown out?
4. How do we reach out to the voters?
To the pak cik and mak cik in the kampongs our leaders are God's gift to the nation, race and religion.

hang kasturi said...

The Scribe,

Bagaimana nak beza bersih dengan 'bersih'?

benci mahathir said...

mahathir, diamlah.. ko tu yang buat \malaysia jadi hampeh.. MAHATHIR, UNDUR. SELAMATKAN MALAYSIA.

AFRAR YUNUS said...

salam datuk
pakat-pakat kalih atau hanya kurangkan majoriti.

Zainal said...

“pukul anak sindir menantu”

Datuk, Dengan hormatnya,

Dr M adalah seorang pemimpin yang sangat saya kagum, kehebatannya dari banyak aspek. Beliau telah memimpin negara Malaysia kita ini sekian lama.

Keadaan negara sekarang di bawah pimpinan Abdullah Badawi dan Barisan Nasional adalah hasil atau pusaka dari Dr. M sendiri.

Kepincangan kepimpinan negara dan badan-badan serta agensi-agensi negara dan warganegara malaysia termasuk semua kaum yang kini dilanda pelbagai masaalah adalah hasil dari pemerintahan Dr.M sendiri.

Pak Lah seorang sahaja bukan lah penyebabnya. Ini adalah hasil yang di warisi selama pemerintahan Dr.M.

"Cleansing" yang dicadangkan oleh Dr.M memang wajar jika di lihat sekali imbas. Tetapi selepas itu?

Adakah kita yakin kepimpinan yang akan diganti, jika berlaku, tidak akan berulang? Saya berpendapat ia tidak akan berubah. Kerana kerosakan yang telah dilakukan oleh pemerintahan sebelum ini adalah sangat teruk. Terutama kepada masyarakat itu sendiri. Beliau, Dr.M telah mengabaikan pendidikan mental, sosial, ilmu, hasilnya kita lihat sekarang. Lampu isyarat pun tidak di hormati. Rasuah berlaku dari peringkat atas hingga kebawah.

Adakah "cleasing" itu boleh dilakukan hanya dengan mengganti beberapa orang sahaja?

Pendapat saya ialah ia memakan masa yang panjang. Dari peringkat kanak-kanak lagi seharusnya berlaku. Kita lihat di kampong-kampong bagi majoritinya orang-orang yang miskin. Guru tadikanya kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia, tidak kira melayu, cina atau pun India. Hasilnya apabila masuk ke peringkat universiti pun harus menyelesaikan masaalah Tadika.

Saya tidak nampak apa-apa perancangan yang kukuh untuk kearah ini. Mungkin ini nampaknya remeh,tetapi bagi saya ini adalah peringkat yang paling mustahak untuk menghasilkan generasi yang harus mengganti pucuk pimpinan yang telah rosak teruk itu.

Walaupun saya tidak dapat membuktikannya, tetapi kita semua tahu tidak ada Menteri yang ada sekarang ini yang boleh kita katakan Bersih.

Bagi saya, Dr.M, you have failed!

Pendapat saya, apa yang dicadangkan oleh Dr.M nampak lebih kepada membalas dendam.

And to Pak Lah, do something, before its too late for you to do so.

You cant change the current. Do something for the next Generation. Go back to Basics. Sekurang-kurangnya generasi akan datang akan menyebut-nyebut nama Pak Lah seperti di sebut nama-nama para sahabat. IQRA!

Anonymous said...

Dato',

I was at Tun's PC. Being a mainstream newspaper rep. I could say less about the PC. Nowadays we covered Tun's actitivies mostly for show and for the information of our bosses. You can say intelligence gathering rather than reporting.
One point you did not report is Tun's admission of his own faiture, that many of the dead wood and the corrupt started during his time.
But I look at the situation today as being out-of-hand. Tun on the other hand is like the proverbial poacher turned game warden. He knows who the poachers are and the way they kill the forest creaters. So he is warning us. Manybe as a Muslim he has said his "taubah" and he wants to correct his own mistakes. But he sees the chief warden and his right hand men as incapable of protecting the forest, so he asked for them to be removed.
I think this is a fair game. He was there and he is telling us what is and was wrong. So which is more important, the message or the messenger? I think the message is more important.
When I was young I was wild. Now I told my children not to be wild. Our PM is not young anymore. So he cannot be wild. He should be making sure that his wardens are not wild and the sleepy ones removed.

REPORTER

Akulamat said...

Salam untuk semua perayap

Hadiah Kemenangan BN
Pak Lah akan memberi hadiah kepada rakyat kerana memberi kemenangan kepada BN. Hadiah istimewa.. PETROL NAIK 5 KUPANG. Hadiah saguhati akan diberi kemudian.. Gula naik, tepung naik, susu naik, roti canai naik, ubat naik dan darahpun naik.

Belanja Saya
Empat tahun dulu petrol RM1.18 seliter. Saya belanja RM350 sebulan. Selepas PRU12, petrol akan menjadi RM2.40. Perbelanjaan petrol saya akan menjadi RM700.00 sebulan. Perjalanan tetap sama. Kalau Pak Lah terus jadi PM empat tahun lagi, berapakah harga petrol pada masa itu? Kalau FIL nak jadi PM sampai mati, habislah kita... RAKYAT MATI DULU.

Pilihanraya? Boleh tangguh tak? Sakit hati...

Lai Tek said...

saudara benci Mahathir,

Kalau nak benci Mahathir pun dah terlambat. Bukan Dollah nak ubah perangai pun, bahkan lagi dia suka sebab orang blame Dr M, bukan dia.

Jadi kita guna strategi "Pukul Mentua, tersingkir menantu" seperti yang dicadang budak kampong. Ada juga hasilnya.

marn said...

Tok, baguih la Dr. M bagi peringatan lagu tu. Tu yang Pak Lah dok buat la ni. Buang 'kayu mati' sampai dia tak boleh nak jadi perwakilan biasa Kubang Pasu. Ka gumana?

Sapa dia yang bersih tok? Abg Lah? Naguib? Pak Samy? Tengku Adnan? KJ? Khir Toyo? Zam? Kak Pidah? Dato Z? Musa Aman? Ka sapa?

Ni bukan strategi pukui menantu lagi dah ni. Ni pukui pak mentua, menantu ngan kroni2nya sekali. Boh dalam guni, humban dalam sungai. Pukui licin.

UMNO mana ada bersih tok. Kalaupun ada, ol' timer dan ol' skool macam tok je la. Tu pun dok kat luaq lingkungan jeneral2 UMNO. Kalau nak kira bersih, satu UMNO kita kena buang tok. Ganti dengan pakcik dan makcik yang taat setia pada UMNO. Yang masih lagi bila ditanya nak pangkah apa, depa pun jawab: "Nak pangkah Kapai Layaq..". Tu saja yang tinggal.

Ka gumana?

bendera merah said...

Salam Datuk..eppy lunar years to all of perayap..

Saudara Zainal my piece of advice...if u said Tok Det is a failure because it is his legacy..that mean your blame all the mantan PM.From late Tengku to tok Det. Tolong la geng jgn berpikir begitu..straight up your mind.

demi bangsa ku, agama ku ,tanahair ku...ikatan setia.

lan's said...

Salam DKJ,

"Kalau tidak ada huruf "D" serupa macam KJ."

Komen Tun untuk "membersihkan" UMNO dengan menggunakan PRU tidak lah begitu bijak.

Tun menyatakan orang UMNO sudah tidak berani dan kuat, ini boleh dikatakan UMNO sudah hilang hulubalang, tidak boleh dinafikan (segelintir yang naik pasal duit), tetapi adakah betul orang UMNO sekarang sudah tidak berani sehinggakan MT tidak mempunyai perasaan yang kuat jika ada anasir yang ingin menjahanamkan orang melayu melalui UMNO?(Masih Ramai lagi hulubalang)

DKJ, PRU boleh dijadikan sebagai ukuran untuk melihat kepimpinan Pak Lah, Orang-orang kampung masih lagi mendapat subsidi dan orang-orang melayu masih lagi memihak dan percayakan UMNO(kalau tak betul dari sekarang hancur jugak).

PRU kali ini BN akan menang besar, tidak ada isu, nak membina negara, bukan boleh 4 tahun, Tun pun memerlukan masa yang lama untuk memperlihatkan kemajuan hasil dari kepimpinan beliau.

Jadi, masalah yang suk-sek-suk-sek pasal menantu dan anak ni, kira kita bincang dalam UMNO la, buat apa nak pegi jauh-jauh, rakyat yang derita nanti, orang melayu yang kecewa juga.

Kalau zaman Tun pun, sekiranya ada ahli yang ingin menjatuhkan calon BN/UMNO dah tentu kene buang, kita dok kerja kuat-kuat untuk orang Melayu, jangan laa dok pi kacau, Pemilihan UMNO kan akan datang, dah tak lama dah, 5 bulan lagi je, Sabar laa Ayahnda(Tun).

Kita mempunyai saluran untuk menjatuhkan atau merombak "mereka-mereka" UMNO dari dalam, sekiranya dahulu KITA masih memegang UMNO ini keramat, kita mesti percaya pemimpin yang menjahanamkan UMNO akan tumbang juga akhirnya.

DKJ pun satu, bagi laa "chan" kat kami orang bawa ni tenang sikit buat kerja, jangan dok buat kacau, Kita masing-masing sayang kan UMNO.
Tunggu laa nooooo, 5 bulan lagi ....

Tunguuuuuuuuuu

anakbuah said...

Sdr zainal,

"Beliau, Dr.M telah mengabaikan pendidikan mental, sosial, ilmu, hasilnya kita lihat sekarang. Lampu isyarat pun tidak di hormati."

"Pendapat saya ialah ia memakan masa yang panjang. Dari peringkat kanak-kanak lagi seharusnya berlaku. Kita lihat di kampong-kampong bagi majoritinya orang-orang yang miskin. Guru tadikanya kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia, tidak kira melayu, cina atau pun India. Hasilnya apabila masuk ke peringkat universiti pun harus menyelesaikan masaalah Tadika."

Saya dah tidak boleh menunggu kerajaan berubah. Hari ini hari pertama saya menghantar anak ke tadika tapi bukan di M'sia. Biarlah saya yang merubah anak-anak saya dengan harapan bila pulang dan besar nanti boleh berbakti kepada negara dgn cara yang berlainan (lebih baik) dari keadaan dalam negara sekarang. Kami sekeluarga sudah lama kecewa dgn sistem pendidikan negara dan fokus saya sekarang bukan mahu anak menjadi 'lebih baik' daripada saya (bapa) tetapi saya mahu anak saya nanti jauh lebih baik dari pemimpin2 dan tokoh2 berwibawa dalam negara skrg.
Pemimpin dan tokoh negara skrg ramai yang tidak boleh dijadikan contoh lagi. Kalau berkarisma sekalipun tapi moral habis rendah, tak berguna juga. Biarlah anak-anak saya menjadi 'orang yg lain'.

Red84 said...

The Scribe,

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Saya tidak setuju. Masih ada cara lain, Dr Mahathir.

Mungkinkah anda tidak mahu sabar lagi, Dr Mahathir?

Harapnya YABhg Tun Dr Mahathir jangan baling batu sembunyi tangan.Mahu kiranya dikhabarkan apa yang anda tahu dan dapat lihat - apa yang akan terjadi kepada negara ini di masa yang akan datang.

Anonymous said...

saya setuju dgn kenyataan YAberbahagia Tun Dr M .

orang Melayu kena selective dan strategis.

Beri mesej yg jelas kpd Pak LAH supaya cengkaman pak lah pada PAU 2008 longgar dan satu tindakan berani menjatuhkan pak lah secara demokrasi pada PAU 08 dilakukan dan berjaya demi MAlaysia, AGAMA dan Bangsa. Amin. drmuzi

MYSON said...

jangan pandang rendah pada nasihat dan ramalan Tun...

ada benar ada yang terpesong sedikit

untuk Pak Lah...you should ask your SIL not to involved in politic..just be the PTD you used to be...jangan ler lawan JUSA yg lebih tinggi...walau pak mertua perdana menteri

Red84 said...

YBhg The Scribe

Mentakwil Mimpi, Mentabir Negara


Q: How do you plan to cleanse the party?

Dr M : Its up to the people to vote in those leaders who are clean because the party will not clean itself

Q: But what is you plan?

Dr M : I don't know all I can say is talk to you (the Press)...
- Transcript by Sufi Yusuf

Dan Sdr Budak Kampung mengaju-ajukan kaedah "Ajar Mentua, Menantu Tumbang". Eloklah cadangan itu semuanya dan biarlah saya hanya menulis dan bertanya.

Seolah-olah bunyi bahasa Tun saperti Bush disaat dia dahagakan darah orang Irak atau lebih elok dirangkap saperti adakah ini satu putarbelit sehebat sisilap mata atau lentur lidah semudah 'spin', YBhg? Siapa yang nak jadi tukang karang?

Apa pun, adakah ia semudah 'Anak Husin ON di Permatang Pauh' atau lebih sukar? Apa kata kawan-kawan sebarisan? Siapa yang sanggup?

Yang eloknya akibat Mertua faham tiadalah dia jatuh sakit dan terimanya semua dengan baik.

Pendeknya, YBhg, nantinya pula terpaksa kita bertanya siap yang mengganti? Dahulunya ada cerita MCA disyorkan keluar Barisan bagi menyelesai masalah dalaman mereka - betul begitu, The Scribe?

Tetapi yang saya nak tahu apa janji Tun Dr pula? Atau sekadar menjaja mimpi. Cuba cerita mimpi kamu Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir. Apa yang kamu nampak yang kita tiada nampak? Sudahkah nampak jalan yang betul, Tun?

Pastinya dahulu sebelum bertindak.

suhaimi hj. khalid said...

Salam Datuk.

Yang berlaku hari ini, bukanlah bermula semalam atau kelmarin.
Barah yang kronik hari ini sudah bernanah dan membarah sekian lama. Usaha mengubati, apa lagi mencegah kalau cuba dibuat pun sekadar melepaskan batuk di tangga dan berpilih-pilih pula. Orang tua-tua Melayu ada berkata, seperti api dalam sekam. Dahulunya api ini tidak dipadamkan, malah dibiarkan merebak merata-rata. Jadi sekarang, eloklah api ini dipadamkan serta-merta dengan apa jua punca secara deras dan keras.

Isu rasuah, politik wang, dan kehakiman sudah lama berlaku, sejak zaman Che' Det ni lagi. Sayangnya Che' Det tak perasan, tak ingat, dan tak tahu (sebab melibat melibatkan dirinya). Jadi saya agak was-was dengan keadaan Che' Det dengan kata-katanya. Takut kalau-kalau dia dalam keadaan tak ingat dan tak tahu apabila dia berkata begitu.

Entahlah Datuk. Saya dah meluat sangat dengan Che Det dan kepemimpinan sekarang.
Rasa saya eloklah kita bersihkan terus kerajaan sekarang, bukan bersihkan UMNO saja. Kita tegakkan kerajaan yang baru dalam PRU akan datang.

Sekian, terima kasih.

azlan zakaria said...

Guys, he was there to launch his book. Nobody commented on his book. It's been on sale for two weeks now. Editor Abdullah Ahmad did also mentioned that Dr M is currently working on his memoir with the help of mostly female reseachers

Anyway, do take time to read it , the book really does show how much better Tun was at expressing his ideas very clearly compared to some leaders that replied to him.

As for the Q&A, at 82 he is as sharp ever.

Bukan macam AAB, pada malam tahun sambutan baru,bila di tanya apa harapan beliau untuk tahun baru oleh Nurul Alis pengacara RTM, AAB kena berbisik dengan Jean dulu. Jawapannya pulak amat mengecewakan,not eloquent at all. Jean pun ditanya, sama la jugak.

Did anybody saw that?

adi_fimiyun said...

Untuk 'cleansing' UMNO memang tidak dapat dilakukan, bahkan kanser yang membarah didalam UMNO ini akan kekal sehingga rupa dalam parti ini kembali kepada matlamat asal dengan meletakkan Islam yang sebenar sebagai paksi.

untuk saya, 'cleansing' UMNO adalah dengan memberi undi kepada PAS, supaya jalan yang dirintis oleh sebuah lagi pasti politik Malaysia ini berupaya mengembalikan kedaulatan Malaysia sezaman dengan daulatya Melaka satu masa dahulu.

Lama mana lagi yang UMNO perlu, sudah 50 tahun diberi.

Siapa lagi yang UMNO mahu, sudah 5 Perdana Mentari diberi,

Bila lagi mahu berubah, jika bukan pilihanraya ini .

Helang 79 said...

YBhg Dato',
Dengan kata-kata Tun tentang PRU ini telah memberi semangat pada saya dan penyokong Tun. Masalahnya sekarang siapa yang perlu disokong dan dipotong belum Tun senaraikan. Adalah diharapkan apabila keluar senarai nama nanti, Tun akan keluarkan senarai yang harus dibersihkan untuk dihebahkan pada makcik ,pak chik kat kampong...terima kasih...kami hanya tunggu nama senarai tersebut ....salam.Hidup UMNO!

Anonymous said...

tgk sahajaler pak lah ditemuramah di davos oleh CNN.....dgn topi penyek di kepala....jawapannya sungguh merapu....memalukan Malaysia mempunyai PEMIMPIN yg TIADA KUALITI.

Orang Melayu perlu menukar cara mereka memberi undi.

Orang Melayu perlu difahamkan bahawa Undi mereka sangat berharga....

Orang Melayu perlu mengundi berdasarkan kualiti seseoarng pemimpin dan hala tuju yg dibawa..

adakah seseoarng pemimpin itu bijak, bila menghentikan sesuatu projek hanya utk menyambung projek tersebut dgn kos yg 50 peratus lebih tinggi ...ini yg kita hadapi dgn prjek landasan berkembar ipoh -pdg besar yg meningkat sehingga 4 billion hanya disebabkan seorang pemimpin menangguhkan projek tersebut selama 2 tahun....

inaction is the worse trait of a leader...

drmuzi

Roti Planta said...

Hi Dato,

Saya yakin plakform yang sesuai untuk membersihkan UMNO ialah dengan Pemilihan Agong UMNO (PAU) bukannya PRU. Orang Melayu suka menggunakan plakform tersbut sebab kalau lawan pun yang menang masih keluarga UMNO. Mengikur sejarah belum pernah keputusan PRU seimbang kecuali PRU1969 tetapi PAU telah melihatkan orang Melayu hampir menggunakannya untuk membersihkan UMNO pada 1987. Jadi bagi UMNO, PRU ini mereka akan terus mengundi UMNO walau siapa pun calon tetapi bila PAU selepas pilihan raya nanti maka mereka akan habis2an cuba membersihkan UMNO.....

Kaki Kepala Batas said...

The Scribe

A Baited Question?
(long knocked out of breath)

I wonder what the travelling
plans of one proud statesman be
during the month of campaignings
meeting deserving names and faces
- international or local?

morkymoqq said...

Salams Dato'

saya tidak mampu mengulas apa jua luahan hati TDM. Sesungguhnya apa jua yang terkeluar dari hati TDM, lahir dari seorang yg telah merasa jatuh bangun sebagai seorang politikus. Sebagai rakyat biasa, kita tak mampu menilai buruk baik TDM buat masa kini... saya setuju hanya masa akan menentukan segalanya. Tidak perlu melihat jauh.. lihat bagaimana suharto masih tetap disanjung rakyatnya walaupun ketika pemerintahan autokratiknya penuh dgn elemen korupsi dan rasuah... Saya percaya, tidak akan ada pemimpin yang sempurna kecuali baginda rasullullah. Sebagai rakyat, kita harus redha akan ketidaksempurnaan itu.

Apa yang menarik perhatian saya adalah rayuan TDM kepada ahli UMNO supaya melakukan perbersihan dan lebih selektif ke atas calon2 yang bertanding. Saya bersetuju dgn TDM apabila beliau mengatakan ahli UMNO tidak berani merobah kerana takut akan kehilangan segala- galanya.. saya tertarik utk berkongsi bagaimana seorang rakan india mengaku dirinya mengundi calon PAS Dr Siti Mariah di Parlimen Kota Raja pada GE 2004dari memilih Calon MIC , YB S/parlimen KBS walaupun sebangsa kerana baginya dia percaya calon PAS itu lebih berkelayakan dan ada integriti dari si YB ketua pemuda MIC.. walaupun akhirnya calon BN memenanginya juga. terfikir juga saya, adakah melayu sanggup melakukan perkara serupa ke atas calon UMNO?! sekali lagi hanya masa akan menentukan segalanya.

ZURICH said...

tok

saya lihat peminpin kita baik yang lama atau baru..semua agak terlupa bahawa..dosa dosa meraka lakukan.. hingga membuat BALA dan azab dari ALLAH swt.

saya amat bersutuju dengan Pandangan tok tempuh hari..

Zainal said...

Berkata Bendera Merah

Saudara Zainal my piece of advice...if u said Tok Det is a failure because it is his legacy..that mean your blame all the mantan PM.From late Tengku to tok Det. Tolong la geng jgn berpikir begitu..straight up your mind.

demi bangsa ku, agama ku ,tanahair ku...ikatan setia.
..............................

Wahai Bendera Merah,

My mind was straight when i wrote my thoughts earlier. Mengapa saya tidak boleh berfikir begitu? Hakikatnya, memang begitu. Untuk mengubah nasib sesuatu bangsa itu, kita harus berani menerima kegalan dan kesilapan kita. Ini bukan masaalah emosi atau perlu menjaga hati.

Hakikatnya ia Che Det telah meninggalkan anak-anak (bukan mirzan atau marina) yang lemah. Di dalam Kitab Suci di tulis "takut lah kamu akan meniggalkan anak-anak yang lemah"

Saya memang menghormati Che Det sebagai seorang pemimpin yang hebat, saya sendiri tak akan termampu melakukan apa yang telah beliau lakukan. Tapi saya bukan lah seorang Perdana Menteri.

Saya lebih suka kalau Che det masih lagi sebagai pemimpin jika di bandingkan dengan yang ada sekarang ini, dari beberapa aspek sahaja seperti ketokohan beliau.

Lihat apa yang sudah terjadi sekarang ini terutamanya bangsa Melayu khususnya dan bangsa-bangsa lain? Tidak ada persefahaman, dan jurang perkauman semakin buruk yang sedang menular di dalam negara kita ini.

Negara ini memerlukan kepimpinan yang betul-betul dapat mengubah masyarakat yang sedang didalam kegelapan dan tertindas. Jika tidak ada persiapan dari sekarang kita akan menjadi lebih teruk dari negara seperti .....tidak perlu saya sebut. Kita sedang menuju kearah kehancuran. Sedarlah!

Itu lah hakikatnya.

Mom-o'-Success said...

AKJ quoted: "Q: When you stepped down in 2003 you said you made a gentleman's agreement for him to stay one term. In this case macam mana?

Dr M : Even if I said I had this gentlemen's agreement there is no way I can prove it. My thinking that since he was older than Najib he should be PM for a term and then Najib should be able to take over."

Assalamualaikum Dato'

In a hurry to go to work. All the same, thanks so much for posting the transcribed interview; it makes a world of difference in understanding the real issue compared to deciphering what's reported in the mainstream media - selective and propagandistic.

When I heard over tele the PM's response to the quote above, I got the impression Tun volunteered the information, seemingly so as not to let the sleeping dog lie.

But obviously, the media (whoever posed that million dollar question) was right on target in (I presume) wanting to elicit the desired response from Tun.

Whether or not the PM denied what transpired at the onset of Tun's curtain call vis-a-vis the former's role as a seat warmer, and whether or not Tun repeated what he had said with regards to the gentleman's agreement on the matter of succession during that eventful PC earlier this week, I unreservedly believe what transpired between the two of them to be the truth. Call it firasat, instinct, analytical reasoning, gut feeling or what have you, in Tun I trust - warts and all.


Tun does not have to defend himself any further. If Pak Lah can deny that there was an order made for a luxury yacht to be delivered to Perth, if Pak Lah can deny that his son-in-law and his gang of yuppies have quite an influence in decision-making on matters of national interest, if Pak Lah can deny that nepotism is breeding under his very nose, then he would not feel morally decayed by denying a vow he had made, especially when it's not cast in stone.

I shall repeat my hope (and prayer) for this general election – that Pak Lah will either lose his seat or gain a marginal win, while at the same time not wanting any other party but BN to govern the country.

Anak Perelih said...

saya baru kembali dari Langkawi dan berita terbaru saya dengar dari sana... beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beratur ramai ramai di Bank untuk menerima wang... dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak.. Sebelum ini, tahunn lepas, selepas kebakaran di Bukit Malut, pihak tentera dibawah rejemen 504 wataniah telah membina perumahan disebelah Taman Nilam untuk orang orang Burma ini... dan ianya sekarang sudah siap (saya akan uploadkan gambar rumah ini dalam blog saya) dan sedia untuk diduduki... mungkin selepas pilihanraya kelak. Dengar khabar dari penduduk Langkawi, orang orang Burma ini sudah dihantar ke Kelantan dan Terengganu (mungkin ini dilaporkan oleh Harakah beberapa bulan lepas tentang orang Burma di pejabat Pendaftaran) dan menurut mereka, kebanyakan orang orang Burma ini mempunyai ked pengenal biru beralamatkan di Kelantan dan Terfengganu...

anakperelihblog.blogspot.com

hangkebun said...

Datuk,
Nampaknya suasana sudah semakin panas setelah agak dingin semenjak dua menjak ini.

Petikan utusan 2 feb 2008:

‘‘Tiada perjanjian,’’ tegas Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.

Abdullah, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, walaupun ditanya beberapa kali pemberita kecuali mengulangi jawapannya: “No gentlemen’s agreement (tiada perjanjian mulut).”


Jadi siapa yang betul? Mengikut perkiraan akal mudah, sudah tentu kalau Pak lah betul, maknanya Tun yang menipu. Begitu pula sebaliknya. Kalau Tun betul, maknanya pak lah menipu. Siapa yang menipu sebenarnya? Sudah tentu hanya Yang Maha Kuasa lebih mengetahui.

Kenapa perlu menipu? Juga hanya Yang Maha Kuasa lebih mengetahui...

Dan akhirnya siapa pula yang tertipu dan kena tipu? Ini jawapan mudah yang ramai orang boleh bagi jawapannya.

Apa pun, TDM masih mengekalkan wataknya dan semangat juangnya sebagai seorang politikus yang hebat mengambil peluang dalam merencanakan persekitaran politik negara walaupun tanpa kuasa dan wang berbillion macam Pak Lah.

Siapa yang jadi "pelanduk" yang tersepit dalam pertarungan "gajah sama gajah" ini dan siapa pula yang dapat untung dari hasil jualan "gading gajah yang mati" nanti, sama-samalah kita tunggu.

Berikut sedikit fakta tentang pilihanraya 1969.


Jumlah kerusi yang dimenangi.
BN : 52 kerusi (65%)
Pembangkang : 25 kerusi (31%)

Peratus undi yang diperolehi.
BN : 48.08%
Pembangkang : 42.61%

Khairul said...

Editor Abdullah Ahmad did also mentioned that Dr M is currently working on his memoir with the help of mostly female reseachers - Azlan Zakaria.

Will the memoir habor all the statesman his essential thoughts good and bad and will the memoir be informative, highly educational and profoundly intuitive. A book you must read to understand a man his life and times.

Beautifully done.

rasuahpundosa said...

Katakanlah dengan berbagai istilah..."cenderahati/mata,buah tangan,duit kopi,wang ikhsan ataupun politik wang..." dalam konteks politik negara ia adalah RASUAH.

Perbuatan yang telah berakar umbi sehingga masyarakat telah mulai menerima nya. Sifat MALU dan TAKUT sudah HILANG pada orang yang mengamalkan nya.

Negara jiran Singapura dengan undang2 yang tegas dan hukuman yang dasyat dapat menakutkan sesiapa sahaja yang berangan2 untuk melakukan jenayah...walaupun dengan meludah di-tempat awam ataupun tidak menarik "flush" selepas menggunakan tandas.

Manusia adalah species yang hanya TAKUT pada tindak balas yang segera,denda yang tinggi ataupun jangka waktu penjara yang lama.Dalam konteks politik dan jenayah negara...penjenayah2 ini tidak ambil serius dengan hukuman yang sedia ada!! MENGAPA??

Puyot said...

Siapa musuh melayu yang sebenar? UMNO lah musuh melayu kerana mengikut apa yang ditunjukkan seperti ini:

Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government...

Dr M : Well not only Mustafa but all the rest of Umno felt you should not develop Kelantan because if you do they will tell people..."Look even if you don't vote for BN you will still get development, so why bother to vote for BN?" - that's what PAS will say and that has always been a problem with PAS even in my constituency. If a village is supportive of PAS and i were to give a bridge or whatever PAS will tell people "Look you don't have to support the Government so support us." Because of that we had to hold back.

Kenapa perlu rakyat Kelantan dianaktirikan? Kerana sokongan kepada PAS? Maknanya, UMNO bukannya memperjuangkan nasib, kemajuan, kemakmuran orang melayu. Tetapi menjadi dalang, pengkhianat, perosak, penghalang kepada kemajuan dan kemakmuran hidup orang Melayu.

Sudah terang lagi bersuluh pengakuan tanpa paksaan Tun Mahathir dalam hal ini. Yang menjadi mangsa bukan hanya mereka yang menyokong pembangkang tetapi keseluruhan anak negeri Kelantan. Sebab yang disekat adalah dana untuk membangunkan negeri. Kerana kepentingan parti jauh lebih penting daripada kepentingan bangsa Melayu, UMNO sanggup menyekat pembangunan yang sepatutnya diberikan kepada negeri yang majoritinya orang Melayu.

Kalau tuan/puan tak boleh nak pikir lagi, berhentilah jadi manusia. Jadilah lembu dan kambing yang hanya tunggu masa untuk diaqiqah dan dikorbankan.

sheppard said...

Para Pengundi dan semua rakyat Malaysia,

Nampaknya kita semua kini didalam dilemma dan kegelapan, mencari-cari siapakah yang layak memerintah untuk menggembalikan keadilan dan memulihkan Bumi ini.

Saya pasti ia tidak boleh dilakukan melalui pilihan raya ini.
Kerana sistem pilihan raya itu sendiri tidak betul. Ia penuh dengan penipuan dan dusta. Apakah kita tidak mengambil pelajaran dari yang sudah? Buta kah mata kita?

Kalau di rujuk dalam kitab quran ayat 52, 53 dan 54 dari surah Al mu'minuun(23) terjemahannya "sesungguhnya ini, adalah agama kamu semua agama yang satu dan aku adalah tuhan mu, maka bertakwalah kepadaku.

Kemudian mereka menjadikan agama mereka berpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka.

Maka biarkanlah mereka didalam kesesatan sampai suatu waktu."

Bukankah dah jelas ayat dari kitab yang di katakan menjadi panduan ini? Kita sepatutnya bersatu(ayat23)tetapi telah berpecah dan bergolongan dan masing-masing berbangga (ayat 24)seperti sekarang ini. Umno bangga dengan diri mereka, Pas dengan fahaman mereka, MIC, DAP dan yang lain-lain. Nampak macam bersatu tetapi hakikatnya semua berpecah dan berbangga denga golongan masing-masing. Maka biarkan di dalam kesesatan sampai suatu waktu.

Jadi jelas kita ini adalah golongan yang didalam kesesatan itu. Terutama UMNO dan PAS yang masing-masing mengaku islam tetapi tidak dapat bersatu. Saling memaki hamun ketika pilihan raya. Memalukan Islam itu sendiri. Islam kah orang-orang yang didalam kesesatan ini?

Kaki Kepala Batas said...

YB The Scribe,

Demokrasi Orang Bernama: Tindakan anggota bersih biadap, melampau
(demokrasi orang tak bernama: apa punya tajuk dah)

Beliau mengulas tindakan anggota Bersih mengoyak gambar Abdul Rashid yang disiarkan akhbar hari ini, sebagai tanda protes dan mendakwa usaha SPR memperkenalkan dakwat pencelup jari untuk pengundi semata-mata perubahan kosmetik - Bernama

Persoalannya, bukan gentleman tak gentelman,

Q: Tun akan turun Padang berkempen untuk BN?

Dr M : Saya dulu saya terima iaitu saya akan bantu dalam kempen tapi pada tahun 2004 oleh kerana parti BN begitu popular saya dikehendaki tidak kempen di tempat-tempat tertentu. Saya akan kempen cuma kalau saya percaya orang yang dicalonkan itu ialah orang yang boleh membawa kebaikan.

Q: Politics is dirty because of politicians or is it that politics is just dirty?

Dr M : The politicians, because I am also a politician I don't play dirty politics but when people who have openly told lies and the whole country knows they told lies and they get re-elected...and (this) cause me to lose my respect and lose my faith in the political system as practised by them.

Q: In your book...(not audible)- .[Transcript of Dr Mahathir’s Press Conference issued by his Press Secretary, Sufi Yusof]


Big or small?
All permutations?
Oh - itu numbers semua kasi pusing?

Siapa punter
siapa bookie
siapa pigeon
siapa kingpin
: It’s a misnomer. (If you really
follow the teachings of Islam,
the basic teachings of Islam,
you should be a very good man,
a very progressive man,
well-balanced person.)

what do you do when you lose
faith in the system?

who's the sufi?

does a clean politician play
the fool while the dirty politics
rule the roost?

demokrasi orang berkuasa dan
demokrasi orang yang tak berbarang
cuma beza dari segi nilai perekonomiann

so y-b a ding-dong, said the bedu
it nice to meet you...

anakbuah said...

Dato',

Anak Perelih said..."beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beratur ramai ramai di Bank untuk menerima wang... dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak.."

Sekiranya berita ini betul, mereka yang membenarkan dan mengatur semua inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara. Ini bukan lagi isu pilihanraya lagi, ini sudah menjadi isu keselamatan yang langsung tidak boleh dikompromi! Memberikan kerakyatan sewenang-wenangnya sebagai taktik jahat demi survival memenangi pilihanraya begini sama bahayanya dengan ancaman komunis. Ianya 'membunuh' peluang rakyat negara ini untuk memilih dan mengangkat pemimpin2 yang benar-benar dipilih rakyat.

Dalangnya tidak susah kita menekanya - hanya yg memegang kuasa sahaja mampu membawa bakal pengundi hantu dari luar ke negara ini. Dalang2 inilah pengancam sebenar keselamatan negara. Adakah tindakan 'pembunuh-pembunuh' ini tidak cukup serius sehingga kita sebagai rakyat merasa tidak perlu membuat apa-apa?
Jangan nanti kita menyalahkan pihak lain pula atas tindakan kita sendiri membiarkan pengkhianat2 ini mencatur kemenangan mereka dalam PRU nanti.

Red84 said...

The Scribe

Countdown To Ilham
(nama dah sampai - adapun)

Dubai Ruler Names Son as Crown Prince
K.T. Abdurabb, Arab News

DUBAI, 2 February 2008 — Dubai ruler Sheikh Mohammad bin Rashed Al-Maktoum has appointed his son Sheikh Hamdan as crown prince of the booming Gulf city state, the official WAM news agency reported yesterday...

Nota:
Siapa the crown prince Che Dollah kita? Bermula dengan bismillah...

dasuki_tmc said...

kepada sekelian manusia.

peringatan dan amaran yang Allah sampaikan melalui para Nabi dan Rasulullah, setiap perkara yang baik itu di balas dengan yang baik dan dikenang kebaikan untuk diikuti dan ditauladani. begitu juga jika perkara yang buruk dan rosak itu akan di balas dengan keburukan dan kehinaan juga dikenang akan keburukan dan kehinaan supaya jadi tauladan jangan berbuat sepertinya itu.
sebelum mati maka hendaklah bertaubat dan memohon ampun dan maaf dari yang dizalimi agar terlepas dosa.
kepada umno/bn yang masih lupa, sebelum mati maka taubat. ni nak pru12 ni fikir semula jangan sambong lagi perkara mungkar dan zalim pada agama, bangsa dan tanahair. kalau tak sanggup tahan panas api neraka Allah maka berundurlah agar orang lain selamat dari kezaliman kalian semua dari umno/bn.

Zainal said...

Mengapa kita tidak boleh berdamai?

PRU akan datang sekali lagi. Saya sebagai rakyat biasa dan banyak yang disekeling saya kebanyakannya berada didalam kebingungan melihat situasi politik negara kita.

Jelas kita dapat melihat kaum Melayu yang merupakan majoriti itu sendiri berbelah bagi. Begitu juga kaum Cina dan India, tidak dapat bersatu hati dalam ertikata yang sebenarnya.

Masyarakat kita sudah sangat berpecah-belah walaupun seimbas kelihatan seperti kita bersatu-padu. Hakikatnya tidak.

Mengapa kita tidak dapat mengulagi seperti sejarah kegemilangan empayar Melayu dahulu. Kita hidup aman damai dengan bersatu, bukan sahaja di kalangan kaum melayu sahaja tetapi dengan kaum cina,arab, india dan lain-lain. Sejarah telah membuktikan ia pernah berlaku. Lihat sahaja wajah-wajah orang-orang melayu yang jelas menampakan raut yang bercampuran dengan berbagai-bagai bangsa seperti cina, arab dan india. Ini adalah hasil perkahwinan campuran bangsa-bangsa ini. Membuktikan keharmonian hidup masyarakat itu. Mereka boleh menerima satu aturan dan sistem hidup yang satu.

Harapan rakyat biasa seperi saya dan yang lain-lain, melayu, cina dan india ialah agar kita bersatu dan mentadbir negara dengan jujur dan ikhlas. Jika itu berlaku, saya yakin seluruh rakyat negara ini akan bersatu hidup aman dan damai.

Tetapi ia hanya akan berlaku kalau pemimpin pemimpin semua parti-parti itu bersatu fafam, dan memimpin dengan amanah yang telah dimandatkan.

Ketepikanlah perasaan dendam, dengki, kianat dan tamak. Mengapa kita tidak boleh bersama-sama membangunkan negara kita dengan perasaan kasih sayang terhadap semua.

mad said said...

Wahai kekawamku sekelian,

Sebagai rakyat marhaen, aku rasa kita patut tukar je dia orang tu. Dah macam-macam perkara yang kurang baik dia orang buat. Apa nak takut, bukannya ada rugi apa-apa kalau kita turunkan dia orang pun.Bukan tak ada benda baik yang dia orang buat, tapi dah semakin berkurangan. Selama nipun ada dia orang prihatin kat kita. Macam-macam masalah makin timbul adalah. Dari kenaikan harga minyak hingga kenaikan harga barang dan macam-macam masalah lagi ada dia orang tolong kita. Kita tak ada duit, ada dia orang tolong? Lainlah puak-puak dia orang, senang hidup. Sedarlah wahai kekawan... sesungguhnya nasib kita terletak di tangan kita sendiri. Kalau kau orang nak pilih dia orang juga gasaklah, malas aku nak layan. Tapi kalau kau orang bising pasal naik harga minyak ke harga barang ke, tak reti-reti nak tepuk dada tanya kepala otak kau orang tu bahawa kau orang sendiri yang bagi dia orang tu perintah kita. Buatlah sesekali perubahan... salam buat kau orang semua.

anakbuah said...

Dato',

Kata Sdr mad said:

"...sesungguhnya nasib kita terletak di tangan kita sendiri."

"Tapi kalau kau orang bising pasal naik harga minyak ke harga barang ke, tak reti-reti nak tepuk dada tanya kepala otak kau orang tu bahawa kau orang sendiri yang bagi dia orang tu perintah kita. Buatlah sesekali perubahan..."

Saya setuju betul dgn kata-kata Sdr mad said. Nasib kita dan masa depan negara kita terletak pada pemimpim yang kita pilih nanti. Sebab itu saya selalu tekankan, jangan tuding jari atau salahkan orang lain. Jika kita masih risaukan pengundi hantu atau undi pos dan kita tiada kuasa untuk merubah polisi-polisi SPR sekarang, lupakan seketika dlm waktu kritikal ini kerana jumlah mereka tidak mungkin lebih ramai dari rakyat yang inginkan perubahan, keselamatan dan keadilan sekarang. Tumpukan tenaga dan fikiran kita kepada objektif sebenar kita - menunaikan hak mengundi sebagai rakyat Malaysia. Tetapkan niat kita untuk memilih pemimpin2 yang betul2 layak dan berwibawa sahaja. Pertimbangkan 'janji-janji' dalam manifesto mereka (tak kita BN atau pun parti pembangkang) secara waras dan rasional.

Peluang begini bukan datang seminggu sekali, jadi gunakanlah hak mutlak rakyat ini sebijak yg mungkin. Inilah sahaja harapan kita untuk merubah nasib kita. INGATLAH, UNDI KITA AMAT PENTING!!

Indigo said...

The Scribe,

Do you think DrMahathir will get as much media attention as he is being given now when the election is over?

Do you think UMNO care?
Do you think BN care?

Mahathir is practically a lone ranger in his fight for freedom of speech of as a former Prime Minister. Unless he can see into the future...

Indigo said...

"There is no peace without justice"

Dr M : I don’t know the last figure I had was about 30% of our exports still go to the US. So 80 per cent of our trade about...100 billion a year is a very big chunk

Teknologi terkini dan mesra alam adalah yang terlalu indah dan sering diperkata-katakan:

The Un-Greening of Biofuels

Red84 said...

YBhg Datuk Abdul Kadir Jasin

Saya hanya bertanyakan yang sama.

Pilihan Raya ke-12 ini sebenarnya debat tentang menjawab pertanyaan ini: Berapa lama kesan kemelesetan ekonomi dunia kepada negara kita, apakah kesannya? Apakah kita ada tokoh ekonomi yang dapat menyelamatkan ekonomi negara?


DrM:...Today we are in a state of denial and bad things are coming in the future because it is not going to be easy to ensure that the US recession does not take place. It is not easy to reverse the process

Memandangkan keadaan lebih mengizinkan apa yang tidak keluar dari perbincangan maka saya tertanya-tanya apakah sebenarnya skop kesan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kepada negara dan bagaimana impaknya terhadap pertumbuhan kemajuan negara walaupun MoFII katakan '6% growth' tanpa banyak soal tentang apakah real inflasi.

Demi kepentingan rakyat, adakah kerajaan baru yang akan dipilih oleh rakyat bersedia dan mampu mengatasi kesan kemelesetan ekonomi ini? Apakah sekadar Majlis Harga Negara mengistiharkan harga-harga terkawal menentukan barangan keperluan tidak naik harga bila harga minyak masih kekal tinggi tetapi inflasi juga meningkat sewaktu ekonomi dunia meleset?

Saya juga yakin kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tidak tahu buat kerja memerintah denag berwibawa dan itu isu yang pokok bukan nepotisma. Yang saya takut adalah dalam jangka waktu yang dekat semua kelas jenayah akan meningkat.

Lucunya, dahulunya, sekitar 1997-2001, matawang kita dikatakan 'volatile'; sekarang matawang Amerka Syarikat pula yang tidak stabil semuanya kerana tanggapan bahawa Dunia mesti hormati dan sayangi Amerika Syarikat dalam apa keadaan pun.

Akhirnya janganlah negara huruhara tetpi apakah yang terjadi di Kenya tidak boleh berlaku di Malaysia? Dan saya teringat Tsunami 2004 serta Katrina.

Inilah apa yang ingin saya tanyakan YABhg TunM. Sayang seribu kali sayang saya tahu beliau pun tiada jawapan yang menyakinkan.

org_perak said...

kadir, sampai bila la ko nak kene tipu dgn mahathir tu? cian ko.. mahathir dh songlap duit rakyat berbilion dah.. org tua nyanyuk dah tu.. sama mcm pak lah hadari ko tu..

bonio said...

apa yg diperkatakan oleh Dr M terbuki, lebih teruk dari th 69 lagi.

masa utk paklah and the gengs berundur. atau 5 th lagi umno akan berkubur. ini isyarat ahli umno biasa yang tidak mampu berbuat apa2 melainkan dgn mengatakan tidak kpd president dgn mengundi selain dari BN. Ramai yg telah melakukannya dan kepimpinan umno perlu ikhlas dan jujur untuk masa depan agama & bangsa kita.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).