PM Rayu Sambung Mandat
A Kadir Jasin
[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SELEPAS pilihan raya umum 1995, saya menulis sebuah rencana dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai pencapaian Barisan Nasional, khas Umno di Kedah.
Saya mengatakan yang kepemimpinan BN negeri itu tidak boleh terlalu gembira dan selesa dengan kemenangan besar mereka kerana peratusan undi popular yang memisahkan BN dengan Pas adalah kecil – antara lima hingga 15 peratus di banyak kawasan.
Pada PRU itu, BN memenangi 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Kepemimpinan BN Kedah, khasnya penyokong Menteri Besar ketika itu Othman Arof, begitu marah dengan analisis dan amaran saya itu. Mereka tidak mahu belon mereka dipecahkan.
[Sekadar Tokok Tambah, 27 Januari.
1. Sedia terima hakikat – ada pemimpin Umno yang tidak akan terpilih – Mohd Najib Abdul Razak, Mingguan Malaysia.
2.Umno Youth leaders or members are selected as electoral candidates based on their capability and leadership qualities and not because of their lobbying at the 11th hour -- Khairy Jamaluddin, Bernama 26 January.
3.Zainuddin sedia bertanding semula – tolak spekulasi beliau enggan bertanding –Mingguan Malaysia.
4.Nor Mohamed belum terfikir jadi calon – Mingguan Malaysia.
5.Opposition candidate challenging the Barisan Nasional (BN) contestant for the Merbok parliamentary seat in the soon-to-be-held general election will lose the deposit -- Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin, Bernama 26 January.
6. Kes bunuh Krishnasamy (Adun MIC Tenggaruh, Johor): Pembantu pemimpin MIC Johor dibebas – Mingguan Malaysia.]
7. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Malaysians appear to be ready for general elections - in his clearest indication so far that a snap poll is near -- CNN/AP.
[Sambungan posting asal]
Tetapi pada PRU 1999, Pas menyapu bersih kesemua kerusi marginal DUN dengan memenangi 12 kerusi DUN berbanding BN yang memperoleh 24.
Kira-kira enam bulan sebelum PRU 1999 diadakan dan sebelum pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, saya ke Kuala Terengganu untuk menghadiri suatu majlis anjuran akhbar Berita Harian yang dirasmikan oleh Menteri Besar ketika itu Wan Mokhtar Ahmad.
Kerana majlis itu membabitkan banyak guru dan pegawai pendidikan,
saya meminta seorang bekas guru yang dilatih di Terengganu untuk membuat kajian rambang mengenai sentimen mereka terhadap BN.
Saya terperanjat dan hampir-hampir tidak percaya apabila dia memberitahu bahawa sentimen di kalangan guru dan hadirin yang ditemu bualnya adalah anti-Wan Mokhtar. “Kita akan ajar Wan Mokhtar”. Itulah reaksi ringkas dan spontan mereka.
Pada PRU 1999, kata dua itu menjadi kenyataan. Pas merampas Terengganu. BN hanya mampu memperoleh empat daripada 32 kerusi DUN. Penentangan penyokong Umno sendiri terhadap Wan Mokhtar dan pemecatan Anwar membantu kemenangan Pas.
Begitu juga dengan PRU 2004. Gabungan “euphoria” mengenai pelantikan “orang baik”, “Mr Nice Guy” dan “orang alim” sebagai Perdana Menteri dan rasa terhutang budi kepada Dr Mahathir Mohamad memberikan BN kemenangan luar biasa kepada BN.
Sebenarnya kita boleh mengukur sentimen dan tahap sokongan pemilih kepada sesebuah parti, khas parti pemerintah, dengan agak mudah. Cakap-cakap kedai kopi dan pekan sehari cukup bermakna.
Oleh sebab itulah instrumen perisikan yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan negara sering disalahgunakan untuk membuat perisikan politik kepartian bagi pihak pemerintah.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengakaui bahawa BN tidak akan dapat mengulangi kemenangan besar 2004.
Akhbar Internet Malaysiakini melaporkan begini: “Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today openly conceded that the ruling Barisan Nasional coalition will not be able to repeat its astounding electoral feat at the 2004 polls.”
Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa 2004 adalah waktu yang luar biasa. Ia adalah waktu peralihan (daripada Dr Mahathir kepada beliau) dan harapan (pengundi) adalah tinggi. Sekarang kita sudah melaksanakannya, dan pelaksanaan memerlukan banyak perkara.
Malaysiakini melaporkan begini: “2004 was an exceptional time. It was a transitional period, a time of high hopes. Now we have to implement, and implementation requires a lot of things.”
Laporan The Star pula mengatakan yang Perdana Menteri merayu pengundi memberikan masa yang lebih lama bagi beliau mengotakan janji-janjinya.
Kata Abdullah dia memerlukan mandat baru kerana pemerintahannya dalam proses melaksanakan program-program yang dijanjikan.
Secara rambang, kita boleh meneka yang BN akan mengalami keadaan yang membimbangkan atau setidak-tidaknya pun mencabar, di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu dan Kedah.
Usaha mempertahankan Terengganu semakin mencabar manakala kemungkinan diasak dengan hebat di Kedah semakin jelas dan harapan merampas semula Kelantan tipis.
Kalau BN yang memang hanya empat kerusi DUN pada tahun 1999 boleh merampas semula Terengganu pada tahun 2004 dengan memenangi 28 kerusi, adalah tidak mustahil bagi Pas mengulangi sejarah itu kerana ia juga mempunyai empat kerusi DUN kini.
Selain isu sejagat seperti kenaikan kos sara hidup dan peningkatan jenayah, isu tempatan yang mungkin memberi kesan besar kepada pengundi Terengganu adalah dakwaan mengenai pengalihan sumber kewangan negeri kepada projek glamor seperti perlumbaan kapal layar.
Di Kedah pula, selain kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pengundi rasa terpedaya kerana “janji” yang dibuat oleh perayu-perayu untuk menaikkan subsidi padi tidak ditunaikan.
Ini mungkin “lepas cakap” oleh perayu-perayu undi BN semasa kempen pilihan raya, tetapi penanam padi mempercayainya dan mereka menuntut agar ditunaikan.
Harapan menawan semula Kelantan yang jatuh ke tangan Pas pada PRU 1990 akibat krisis 1987 yang menyebabkan Tengku Razaleigh berpakat dengan Pas adalah tipis walaupun puak-puak Umno di negeri itu memberi gambaran yang amat optimistik.
Umno sendiri berpecah-belah dengan bermacam ketua dan kepala sedangkan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz, terus berpengaruh dan diperkuatkan pula oleh kemunculan pemimpin muda yang bukan dari aliran agama atau dari golongan ulama.
Serentak itu, Umno tidak boleh memandang ringan kemungkinan ia hilang kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Pahang di mana Pas mempunyai sejarah sokongan yang lama dan pernah menang.
Bagi negeri-negeri yang lebih seimbang pembahagian kaum, ancaman terbesar terhadap BN adalah di Pulau Pinang yang pernah dimenangi oleh pembangkang. Dalam PRU 1969 negeri itu jatuh ke tangan Parti Gerakan yang pada waktu itu parti pembangkang.
Walaupun pakatan tiga parti utama BN iaitu Umno, Gerakan dan MCA berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri sejak PRU 1974, namun pengaruh pembangkang, khasnya DAP terus, menjadi ancaman.
Masalah pembangkang pada beberapa PRU kebelakangan ini adalah ketidakmampuan mereka mengemukakan barisan calon dan dasar yang meyakinkan di negeri itu. Atau semata-mata kerana mereka terlalu bercakap besar.
Lagipun pengundi bukan Melayu Pulau Pinang berasa perlu memberi kemenangan kepada BN kerana Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Ketua Menteri bukan Melayu secara terterusan sejak merdeka.
Selain isu sejagat yang disebutkan di atas, beberapa isu tempatan akan menentukan sentimen pengundi. Ini termasuklah pelaksanaan beberapa projek mega sektor awam seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua yang belum ada ketentuan dan Koridor Utara yang baru diumumkan.
Antara projek swasta yang sudah pun mencetuskan kontroversi adalah Projek Bandar Raya Global Pulau Pinang di tapak padang lumba kuda Batu Gantung dan pemindahan padang lumba kuda ke Bandar Baru Batu Kawan di Seberang Perai.
Pelan asas Jambatan Pulau Pinang Kedua secara tidak langsung memberi gambaran bahawa laluannya adalah bagi menyambungkan Projek Bandar Raya Global Pulau Pinang dengan Bandar Baru Batu Kawan yang secara kebetulan dimiliki oleh pemilik yang sama.
Pelaksanaan dua projek ini akan memberi peluang baru yang cukup besar kepada penduduk negeri itu yang berduit untuk memiliki harta nilai tinggi di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Pertumbuhan bandar-bandar baru raksasa ini akan menambahkan aset orang bukan Melayu dan pada masa yang sama mencabar usaha dan kemampuan Umno menyekat proses peminggiran orang Melayu Pulau Pinang.
Hakikat bahawa orang Melayu Pulau Pinang adalah antara kelompok bangsa Melayu yang paling terpinggir dan tercicir bukanlah rahsia lagi. Ini menjadi pekung di dada dan parut di muka yang ketara bagi kepemimpinan Umno negeri itu.
BN juga akan mengalami keadaan yang mencabar di kawasan-kawasan bandar di Perak, Selangor dan Melaka di mana majoriti pemilihnya adalah bukan Melayu dan mirip kepada menyokong pembangkang.
Pada PRU ini, besar kemungkinan mereka disertai oleh pemilih Melayu kelas menengah dan profesional yang semakin kritikal terhadap dasar BN dan keperibadian pembesar-pembesarnya yang dilihat sebagai kurang integriti.
Harapan terbesar BN mengekalkan kuasa majoriti bergantung besar kepada negeri-negeri setia seperti Johor, Sarawak dan Sabah.
Ungkapan bahawa jika BN meletakkan ketul batu pun orang akan undi mungkin masih tepat bagi pengundi Johor yang luar biasa kesetiaannya kepada Umno dan BN.
Sarawak dijangka terus memberi kemenangan padu kepada BN kerana BN Sarawak adalah unik dalam erti kata ia tidak membabitkan parti-parti BN.
Selain itu, kedudukan istimewa Dinasti Taib-Abdul Rahman dikatakan semakin kuat berikutan berakhirnya permusuhan antara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dengan bapa saudaranya, bekas Gabenor, Abdul Rahman Ya’kub.
Apa pun andaiannya, keupayaan BN terus berkuasa selepas PRU ini bukan semata-mata kerana ia kuat atau berjaya memenuhi aspirasi pengundi tetapi kerana pembangkang sendiri masih belum berjaya menunjukkan kemampuannya, bermula dengan kemampuan berpakat.
Harapan mereka membentuk barisan yang menyamai BN terus kabur. Atau mungkin juga lebih baik bagi mereka jika mereka tidak terus mencuba membentuk pakatan yang tidak praktikal.
Sebaliknya mereka berusaha mengambil kesempatan daripada tanggapan bahawa kerajaan kini lemah (perceived to be weak), khasnya berkaitan janji-janji yang tidak terlaksana serta isu-isu sosial seperti kenaikan harga barang, peningkatan jenayah dan suasana ekonomi dalam dan luar negara yang semakin tidak menentu.
Tidak kurang pentingnya adalah isu dalaman Umno dan BN sendiri seperti pemusatan kuasa di tangan beberapa orang dan kumpulan tertentu di sekeliling Perdana Menteri dan Presiden Umno, salah laku moral dan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti pembahagian kontrak tanpa tender terbuka.
Apa pun, kita boleh menjangka bahawa PRU kali ini, sama ada bulan depan atau tahun depan, menjanjikan cabaran yang lebih besar kepada BN dan peluang yang lebih luas kepada pembangkang.
Wednesday, January 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
59 comments:
Aduh! Sungguh amat optimis sekali analisa Datuk untuk pembangkang.
Dengan begitu banyak hantu, saya melihat lagu lain!
1999 - Rakyat Terengganu sekat bas, BN kalah
2004 - PAS Terengganu khususnya Datuk Mustafa Ali nak main gentleman dan seperti larang sekat bas, kalah!
Bangsal panas pun terkulat-kulat di saat akhir kerana menganggap SPR larang buat bangsal panas.
Tengok-tengok, berlambak-lambak bangsal panas BN, barulah tak tentu arah!
Selain beberapa kesilapan, perangai tak elok nak main gentleman semasa kempen dan di hari pilihan raya sangat memakan diri! Makan habis!
PAS Kelantan, setakat hari ini, masih lagi paling gentleman seantero alam! SPR dan polis bagaikan sahabat qarib dan saudara-mara, padahal yang itulah nak kokak depa cukup-cukup!
It was many years back when I was totally despised of GE cos all the adults seems to be talking about it 24x7 and it does not make any sense to me at that time.
But time has changed and I believe many more of the post baby booming generation like me has come to their senses as well and critical in their thinking. Unfortunately the current govt are still living and thinking in baby boom era.
Raja Petra was right when he said what was right then are does not mean it is still right now and vice versa.
As for Sarawak Taib dynasty, it is of no difference. What goes up must go down, the only question is when.
dato' orang Melayu Johor ni sayang kan UMNO, kerana UMNO di Johor ni bukan sahaja satu parti politik tetapi dah jadi satu budaya..kenduri kahwin, anak bersunat, kematian dan sebagainya semuanya ada peranan UMNO disitu.
ahli UMNO menyokong UMNO bukan kerana pak lah tetapi kerana UMNO..tetapi dari pandangan saya jika PAS meletak calon yg betul tidak mustahil PAS boleh catat sejarah menang satu kerusi terutamaya di daerah Muar....terutamanya di Dun Parit Bakar yg mana GE yg sudah UMNO menang hanya majoriti 1000-2000 sahaja....
drmuzi
Dato'
Saya rasa BN akan tetap mengekalkan majoriti 2/3 nya di dalam PRU ke 12 ini. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengekalkan majoriti itu mungkin akan menerima tentangan yang hebat daripada pembangkang.
Kemenangan kali ini mungkin lebih menggambarkan sentimen rakyat yang sebenar kepada BN berbanding dengan PRU 11 yang lebih kepada penilaian berasaskan kepada persepsi "bersih" dan "alim" di mana pengundi muslim melihat kepada imej alim pengganti PM dan bukan islam pula meletakkan harapan yang tinggi terhadap imej bersih yang dibawa oleh Pak Lah.
Namun, prinsip keterbukaan yang diperkenalkan oleh PM selepas mengambil alih kuasa tampuk pemerintahan membuka mata banyak pihak untuk meneliti "cartel" tampuk kekuasaan negara. Kerakusan sesetengah pihak untuk berkuasa dan menunjukkan kuasa pasti akan mempengaruhi corak pengundian kali ini.
Harapan saya ialah pembangunan yang berterusan serta corak kepimpinan yang bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih. Dalam mencapai objektif ini, saya rasa "formula Tun M" yang menunjukkan ketegasan dan berkompromi apabila perlu sahaja perlu wajar dijadikan pedoman kepada kepimpinan sekarang.
Kerajaan bukan sahaja kena tegas tetapi 'nampak tegas'. Begitu juga Kerajaan bukan sahaja kena bersih, tetapi kena 'nampak bersih'.
Seterusnya Dato', saya ingin meramalkan bahawa Parlimen akan dibubarkan selepas Chap Goh Meh dan PRU akan diadakan sebelum PM berlepas ke mesyuarat agong OIC. Kalau saya betul, belanja saya limau Mandarin.
Bukan lagi rahsia. PRU kali ini akan memperlihatkan Pak Lah akan "diserang" dari segenap penjuru. Bahaya pembangkang sudah dikaji lagi dan lagi, namun bahaya dari dalam spt musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan sukar dijejaki.
Gunting dalam lipatan tidak mahu lagi Pak Lah jadi PM. Cara mudah adalah dengan cara "kalahkan BN" di Pulau Pinang. "Kalah" bererti kalah moral dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen berpindah kepada pembangkang. Walaupun BN masih mengekalkan pemerintahannya di Pulau Pinang, tetapi moral sebagai Pengerusi BN negeri/negara sudah tercalar dan jatuh.....melayakkan beliau mengundur dari terus jadi PM.
Cara yang lebih sukar adalah "kalahkan BN" di parlimen. Kalau PRU 2004, BN mendapat majoriti besar 91%, dengan mengurangkan kepada 60-70%, menunjukkan defisit yang cukup significant, sekali lagi moral Pengerusi BN tercalar dan jatuh.....melayakkan beliau mengundur dari terus jadi PM.
Cara ke tiga, dengan "kalahkan UMNO" di Kedah dan Terengganu sebenarnya sudah cukup untuk "mengajar" Pak Lah supaya berundur!
Perang saraf hari ini nampaknya tidak memihak kepada Pak Lah dan UMNO!
Dato commented 'Hakikat bahawa orang Melayu Pulau Pinang adalah antara kelompok bangsa Melayu yang paling terpinggir dan tercicir bukanlah rahsia lagi. Ini menjadi pekung di dada dan parut di muka yang ketara bagi kepemimpinan Umno negeri itu.'
The reality is in Penang, everything and everybody is competitive. I won't want to comment on Malays being left out but to look at other sectors such as from the day to day business activities. Only uniquely in Penang that the profit margin supplying the building material business is the lowest in the country. This is due to the intense competitiveness and the presence of established financially strong local competitors making new competitor finds it hard to compete.
Same with the human resources. Young children from primary level are being driven into intense competitiveness by the 'kiasu' parents to prepare them for the competitive life ahead. The young ones are being taught that no one owes them a living, the secret of life is to study hard, work hard and be strongly independent and good in networking.
Anyone who is ill prepared, unable to compete will be left out,..regardless of race.
Honestly I am not concern even if the Penang Chief Minister is not a Chinese. As a Penangite, I hope to see a vibrant dynamic leader who is smart and able to lead well. Young Penang voters look beyond race Dato'. They look at capability irrespectively of race.
PM said that in 2004, there were high expectations that a ‘lot of things would be changed but I can’t change everything’.(therefore, I wont expect much this time)
Saya cukup menyampah membaca kenyataan PM di atas. Kebanyakan ucapannya ada unsur2 menyalahkan orang lain dan diri dia saja yang betul dan kononnya superhero penyelamat bangsa.
I voted for BN in 2004 not expecting him to change anything but to continue Tun's legacy and policy.
He did just opposite and that's why I will not vote BN this time around.
Sdr Zainal A Kasim,
Boleh belanja limau Mandarin. Tapi tak ada ke limau tempatan yang sedap? Tak kiralah, limau Melayu ka tau limau Tamil.
Sdr Frankie, most people are ok with competition.
But tell that to the poor, dispossessed people.
The fire starters and the looters were seldom made up of the rich, the successful and the kiasu Penangites.
The government is responsible not only to the rich, the successful and the kiasu.
A good government is responsible to all, especially those who need help.
Thank you.
PM, tolong beri sebab-sebab yang boleh diterima akal, mengapa tak boleh menang sebesar pilihanraya lepas???
mengapa tidak ada usaha untuk menang lebih besar kali ini???
saya rasa pengundi Melayu serta India perlu menjadi seperti pengundi Cina.
Pengundi Cina sangat strategis dan realistik, tetapi pengundi Melayu dan India mengundi kerana fahaman ideolog i mereka...maka jadilah mereka yg UMNO mengundi UMNO dulu kini dan selamanya dan ahli PAS mengundi PAS selagi ada bulan dan bintang.
Ini sama sekali berlainan dgn pengundi Cina yang mengundi berdasarkan isu dan keutamaan kehidupan mereka, maka tidak terperanjat Lim Kit Siang dan Karpal kalah pada pemilihan 1999 dan menang pada pemilihan 2004 dan saya sangat yakin pemilihan 2008/2009 akan menyaksikan majoriti pengundi Cina mengundi DAP , keAdilan hatta PAS sekali pun....
antara pengundi pengundi Melayu yg agak berbeza sedikit mungkin pengundi Terengganu dan sedikit sebanyak Kelantan....yg cukup strategis .
drmuzi
Dato'... selain dari itu, UMNO juga takut berhadapan dengan hakikat keahliannya berkurangan dengan agak banyak antara 31 Disember 2005 dan 30 September 2007seperti statistik ayng disiarkan oleh Utusan Malaysia 21 Januari dibawah tajuk "BN cukup 'askar'". UMNO mengalami kehilangan 172,000 ahli dalam jangkamasa tersebut... sila lawat http://anakperelihblog.blogspot.com/2008/01/kenapa-umno-begitu-takut.html
berapa ahli pas sekarang agak nya?
ada sumber tak yang boleh sahkan?
Assalamualaikum wbt Dato’.
Suatu kupasan yang agak tuntas dengan pandangan yang bernas. Walau bagaimanapun, ada isu semasa yang tidak Dato’ sentuh, misalnya isu sensasi DVD lucah CSL serta isu sistem kehakiman dan keadilan ekoran daripada klip video VK Linggam.
Tidakkah isu DVD CSL memberikan bekas kepada BN? Mungkinkah dengan mengakunya CSL maka isu DVD ini kurang menyengat BN lagi? Apa pandangan Dato’?
Seterusnya, tidakkah isu klip video VK Linggam itu mencalar-balarkan BN dengan teruknya? Apatah lagi dengan adanya penglibatan tokoh-tokoh ternama seperti TDM dan DSAI, bekas-bekas Ketua Hakim Negara dan bekas Peguam Negara, menteri kabinet, tokoh bisnes, iaitu Vincent Tan, serta VK Lingam sendiri. Masing-masing tokoh ini pula (kecuali DSAI dan Vincent Tan kerana setakat ini belum dipanggil oleh Suruhanjaya Diraja) telah memberikan jawapan yang menjengkelkan – tak tahu, tak ingat, tak pasti, tak perlu saya jelaskan, itu hak saya sebagai PM, dan sebagainya – yang seolah-olah memperlekeh Suruhanjaya Diraja yang berkenaan dan memperleceh tujuan perbicaraan itu diadakan. (Saya cukup meluat dengan jawapan balas mereka! Begitu juga dengan reaksi beberapa tokoh Suruhanjaya itu sendiri yang mencurigakan.)
Saya berpendapat isu klip video VK Linggam yang memalukan sistem kehakiman dan keadilan negara ini akan mempengaruhi corak undian terhadap BN, khususnya daripada golongan kelas menengah.
Apa pandangan Dato’ tentang isu klip video VK Linggam ini? Saya sebenarnya tertunggu-tunggu komentar Dato’ tentang isu ini tetapi sehingga hari ini masih belum saya temui.
Sekian, terima kasih.
pandangan saya isu lingam ke ,isu csl ke tak kemana , tapi isu utama adalah isu ekonomi....
mungkin kita akan saksikan kekalahan BN di kawasan majoriti cina dan kawasan kawasan bandar yg mana tekanan hidupeningkat
drmuzi
Salam Datuk,
Untuk pengatahuan datuk, kecenrungan pengundi di Sabah buat masa ini memihak kepada pembangkang terutama PKR. Akan tetapi melalui risikan kedai kopi di kawasan separa bandar kecenderungan mereka akan kembali berada diatas pagar sekiranya BN menjanjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri buat Sabahan. Hujah mereka mudah, USNO telah membawa kemerdekaan kepada Sabah nanum kini namanya sudah lenyap, UMNO bukan penyambung tradisi USNO. Hutang politik UMNO kepada USNO belum dilunaskan inilah waktunya hutang wajar dituntut.
Nizam
Anak Penoreh Getah
Kenyataannya BN akan terus memerintah. Itu tidak dapat dinafikan. Kemungkinan besar juga majoriti 2/3 dalam tangannya.
Tak kira isu apapun, skandal vcd lucah, harga brgan naik, harga bahan bakar mencecah langit.
Sebab dalm PRU lepas-lepas pun byk isu besar, isu mata lebam, isu kronisme-nepotisme, BN tetap menang dan mempertahankan majoriti 2/3.
Yang tetap ada ialah wishful thinking . . . berharap melihat UMNO dan BN tertiarap.
Namun angan-angan terus jadi angan2.
Yang lebih merasa khuathir bila membuang undi-undi mereka pada hari mengundi Pemilu 12 adalah kaum Tionghua. Kenapa agaknya begitu?
Orang Tionghua, yang mengatakan mereka berbudaya pedagang dan petani yang berfung shui anggun, mesti tahu membaca arah angin datang-pergi dan tahu mengira dengan tepat bila bulan penuh tiba.
Masihkan mereka tahu selera orang Malayu yang pelik perangai mereka!
Pandai juga Che Dollah kita
kenalnya naik-turun pasaran saham.
Janji dia yang masih meneraju, saham tak jadi debu sekelip mata.
Adat si-lena tiba-tiba terjaga
siapa yang penuh, siapa yang terburai perutnya.
Let the current reality speaks for the citizens' choices...
Only the inbox minded, those that live in fear or favour choose to remain in their shades of comfort zone dissociating themselves from the surrounding reality.
Changes do occur either induced or naturally, the only governing factor in this God's created domain are time and human desire to anticipate changes.
Ar-Raad:11
wasallam
dato kj,
tiada yang kekal selama-lamanya kecuali ALLAH. begitu juga dengan BN. ia tidak mungkin kekal memerintah malaysia selama-lamanya. buat masa ini belum ada parti yang benar-benar mampu memerintah. rakyat belum bersedia menukar kerajaan.
Ramalan Mahathir iktiraf kepimpinan Abdullah
Oleh LUKMAN ISMAIL
MELAKA 23 Jan. - Ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya umum ke-12 merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu memberi petunjuk keyakinan beliau terhadap penggantinya itu...
Nota:
Biarlah Ali Rustam nak kata apa. Bagi saya: "Well done, Tun!"
tok..mengapa tiada pembetulan di atas kesilapan manusia..mengapa semangat penentangan terhadap ciptaan MAKLUK..ini terjadi sejak mula ADAM di cipta.. ketika itu ramai juga ramai makluk yang menentang ciptaan ADAM..
kita bincang bila kita teh tarik bersama.. mohon tok jaga kesihatan.
"YA ALLAH RAHMATILAH SAHABAT KU..a kadir jasin sekeluarga"
Datuk,
Nampaknya ramai yang suka membuat spekulasi mengenai PRU ke 12 ini, sama seperti PRU-PRU yang terdahulunya. Nak buat macam mana orang Malaysia memang suka berpesta. PRU ini juga ada kalanya nampak macam Pesta satu Malaysia. Pada hemat saya, PRU tidak akan mengubah apa-apa jika isu-isu semasa yang kritikal dikala ini tidak diketengahkan di media tempatan supaya rakyat dapat membuat penilaian yang lebih jelas dan tepat tentang pentadbiran AAB. Bagi saya 3 isu utama ialah i)Kenaikan kos sara hidup (let face it economic indicators are not well understood by common folks who reads mostly Harian Metro) ii) Kadar jenayah yang tinggi iii) Kebanjiran pendatang asing. Ruangan editor akhbar the Star hari Ahad lepas juga nampaknya merumuskan beberapa isu kritikal ini. Bagaimana jika Datuk membuat beberapa siri rencana mengupas isu-isu ini dan lihat komen-komen pendebat dengan objektif menilai pentadbiran AAB dalam mentadbir negara, setidaknya dalam isu-isu mikro yang diketengahkan. Or haven't you done this and still people are still sidetracked into gazing into the crystal ball? It's what these elected politicians can do after the election that matter folks!!
In 1999, the GE was centered on Anwar's Ibrahim's fall from grace and the subsequent so-called "reformasi" fervour.
Then in 2004, BN's huge win was a way for the "rakyat" to say "thank you" to Tun Dr Mahathir for his service in developing Malaysia physically as what we see today.
In 2007, this time round, public support much hinges on Pak Lah's ability to convince the "rakyat" as to how much he had done for Malaysia in the period of post-Mahathir.
Personally, Pak Lah's report card based on his governance isn't all that impressive.
First and foremost, Pak Lah's grandiose idea of RMK-9 seems overly-ambitious. The Iskandar project, the economic corridors at the East Coast, up north and in East Malaysia sounds superb but realistically a bit too optimistic, and to some extent rather idealistic.
And at the social front, something has to be done with the frightening nature of crimes being committed in the country. Many parents nowadays feel very insecure with regards to the safety of their children, especially after witnessing the tragedy that striked Allahyarhama Nurul Jazlin and the plight of Adik Sharlinie whom till present is still not known of her whereabouts. On top of that, pornography, drug addictiction, casual sex, incest, child abuse, household violence and so forth just keep on furnishing the daily news headlines in Malaysia.
All in all, after taking over Mahathir from the political office, what can one say of Pak Lah's concept of "Islam Hadhari" and his trademark of "cemerlang, gemilang dan terbilang" seems to me as just mere cosmetics. And the efficacy of these "sexy jargons" which will actually determine the swing of votes for the BN.
No doubt, BN will once again win and form the majority government after the next GE. But it's popularity may dwindle somewhat. But what is going to save BN this time round are because of number of main factors. And they are:
1) No solid coalition as yet from opposition parties.
2) Opposition parties seem lacking of quality young-
"blood leaders who are not only highly educated, but also politically-savvy and "mesra rakyat".
3) Dominance on the mainstream mass media by the ruling government.
And electoral states that BN has to be particularly cautious of:
1) Penang (Parti Gerakan's ability against the consistent challenge of DAP)
2) Kelantan (resilience of PAS hardliners)
3) Sarawak (wonder when the Menteri Besar will finally call it a day from his political office)
Saya rasa BN akan terus menang, tetapi tidak besar seperti tahun 2004.
Sebenarnya dalam kedaan sekarang saya lebih selesa BN memerintah daripada melihat Malaysia di hancurkan oleh parti DAP atau PKR - berdasarkan kempimpinan, kefahaman dan perangai pemimpin tertinggi parti-parti tersebut - contohnya baca sajalah tulisan Lim Kit Siang di dalam blog beliau, dan perhatikanlah bahwa kebanyakan penyokong beliau amat menghina orang Melayu.
Walaupun saya sangatlah ingin agar suasana kehidupan di Malaysia ini menjadi lebih Islam, parti PAS gagal meyakinkan saya bahwa mereka mereka boleh boleh bersikap adil dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sekadar meletakkan kesalahan kepada pengundi kerana takut untuk memilih pembangkang bukanlah caranya untuk menang pilihanraya, patutnya parti pembangkang tersebutlah yang berubah dan meyakinkan pengundi untuk memilih mereka.
Merujuk kepada tulisan Pak Ngah:
1999 - BN kalah sebab rakyat tengah marah tentang isu Anwar Ibrahim
2004 - BN menang sebab imej Abdullah Badawi sebagai Mr clean dan Mr baik
...Tak ada kena mengena dengan undi hantu atau sekat bas
Ali Rustam seorang yang pandai mengampu.
lihat saja dalam tahun 2007, berapa banyak kali telah dia berjaya membawa Pak Lah ke Melaka untuk merasmikan majlis-majlis beliau.
Lebih ketara lagi selepas kenyataan berapi beliau sewaktu satu majlis bersama Parti Progresif Rakyat di MITC Melaka.
Dia tidak mempunyai kebolehan untuk berucap dengan baik di kahlayak ramai, cuma tahu minta peruntukan dari persekutuan saja untuk Melaka.
Dato'
Saya lihat disini, media memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan keputusan PRU akan datang.
Isu-isu yang didedahkan secara terbuka, ruang-ruang blog yang senang dilayari serta kesan dari tindakan Tun Mahathir dalam beberapa isu bakal membawa impak yang besar dalam PRU nanti.
oleh yang demikian, apa yang dato' cuba keutarakan ada logiknya.
Saya yakin, BN pasti akan terus memerintah selepas PRU akan datang namun mereka bakal mendapat tentangan kuat dari pembangkang.
Walaubagaimanapun, semua yang tertulis didalam lof mahfuz akan diatas perancanganNYA. Kita tunggu dan lihat.
Kenyataan The Scribe:
SELEPAS pilihan raya umum 1995, saya menulis sebuah rencana dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai pencapaian Barisan Nasional, khas Umno di Kedah.
dan
Secara rambang, kita boleh meneka yang BN akan mengalami keadaan yang membimbangkan atau setidak-tidaknya pun mencabar, di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu dan Kedah.
Usaha mempertahankan Terengganu semakin mencabar manakala kemungkinan diasak dengan hebat di Kedah semakin jelas dan harapan merampas semula Kelantan tipis.
Terima Kasih, The Scribe, kerana itu sahajalah yang dapat saya katakan buat masa kini kerana saya yakin anda mampu menulis satu buku mengenai pencapaian Barisan Nasional dan negara dimasa yang akan datang, sesuatu yang saya rasa anda berkebolehan dan mampu menulis apa yang dikatakan suatu 'prophetic outlook'.
YBhg The Scribe, anda seorang yang berfikiran tajam dan anda mampu melakukannya kerana anda bersahabat dengan mereka yang juga jauh pandangan dan tajam fikiran.
lahu mu'aqabaatun
min baini yadaihi wa minkholfihi
yahfazuunahu min amrillah
renungan jauh seorang pencinta
suatu lagenda bebicara
antara ketujuh dan keduapuluh-dua
suatu cerita besar dan hebat
tentang hidup dan mati
tersurat emas tersirat merah
darah tinta hidup merobah nasib.
watusabbihur-ro'du bihamdihi
bila mahathir buat ramalan bn akan menang besar ia ada dua kemungkinan. pertama, mungkin benar berdasarkan pengamatan beliau. kedua, mungkin sebagai satu sindiran.
bila keluar kenyataan berkenaan ramai yang melompat gembira kononnya tapi bila mahathir buat kenyataan yang menegur ramai juga yang melompat melatah.
The Scribe
Mandat Baru Abdullah
(dalam temuramah ringkas oleh saluran televisyen antarabangsa CNN secara langsung ketika beliau berada di Davos, Switzerland malam ini)...Abdullah menjelaskan antara faktor yang membuatkan sekiranya beliau mengadakan pilihan raya awal adalah kerana Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat yang baik daripada rakyat untuk membenarkan kerajaan menangani pelbagai isu pada masa depan.
"Ada terlalu banyak perkara, kami mesti menghadapi pelbagai isu pada masa depan, (oleh itu) mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat baik," katanya.
Adakah isu-isu itu saperti:
tanggapan bahawa kerajaan kini lemah (perceived to be weak), khasnya berkaitan janji-janji yang tidak terlaksana serta isu-isu sosial seperti kenaikan harga barang, peningkatan jenayah dan suasana ekonomi dalam dan luar negara yang semakin tidak menentu.
Tidak kurang pentingnya adalah isu dalaman Umno dan BN sendiri seperti pemusatan kuasa di tangan beberapa orang dan kumpulan tertentu di sekeliling Perdana Menteri dan Presiden Umno, salah laku moral dan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti pembahagian kontrak tanpa tender terbuka. - The Scribe A Kadir Jasin
Rasa-rasanya tidak! Isu pekara pekara yang diwarisinya sedang ditangani dan dengan itu tidak memerlukan mandat yang baru. Maka saya harus faham ini mestinya isu-isu yang baru yang timbul di masa yang akan datang kejap-lambat lagi. Saya tahu Che Dollah kita jauh pandangan dan isu-isu yang beliau maksudkan bukanlah yang utama saperti yang dibangkitkan oleh YBhg The Scribe.
Walau apapun ceritanya, saya yakin Che Dollah kita ada jawaban yang tersedia di kepalanya
yang akan dapat menangani dan mengatasi isu-isu yang sebenarnya dengan terbaiknya sapertimana kita mesti faham cara Che Dollah adalah yang cermilang, gemilang dan terbilang!
Cuma ada baiknya beliau tidak luahkan kepada rakyat supaya rakyat tidak dibebani dengan masalah-masalah yang baru ini kerana memikiran berapa lama lagi cara-cara yang lama dan sama dipakai di zaman yang telah berubah dan penyelesaian sedemikian tidak akan membuahkan hasil yang baik.
Assalamualaikum Dato'
I'm writing from the heart - as a Muslim woman, wife, mother, tax payer, educator, citizen. I don't wish fo BN to lose but I hope it will not secure a majority win. I hope leaders like Samy Vellu, Pak Lah and Khir Toyo, will either lose their seats or win with a very narrow margin.
I don't care much about who our PM is but that he or she should never blatantly put family and self above the people. I don't expect Pak Lah to be a performer the calibre of Tun. Pak Lah could still be a good, respectable leader with admirable qualities if only he acknowledges the importance of punctuality and respects other people's contributions, he sets his priorities right (a corporate function is more important that a musical), he walks the talk and not depend on yuppies lacking in wisdom to help with him with decision making.
I don't care much if Pak Lah chooses to go back on his promises to Tun and choose to not merely to warm the PM's seat for Najib, but it sickens me to know that he is following the path of Marcos, Suharto, Lee Kuan Yew and Thaksin and exploit the nation to fill up the family coffers even by doing so he acts unjustly to the people at large. If only he reads the way great leaders do; if only he makes that extra effort to activate his grey matter instead of depending on yuppies and apple polishers to feed him input. If only he reads and thinks more. If only he has the wisdom to learn from the sorry end of Marcos and Thaksin, or the divine retribution that now befalls the Suharto clan, or the underlying inability of Singaporeans to think for themselves - an outcome of policies by a mortal who tried to play god.
Pak Lah's policies and leadership smells of nepotism, shallow thinking and a lack of originality and a dogged sense of direction. I pray that Pak Lah will come to his senses instead of throwing the nation we have built to the dogs.
Dato,
Saya berbelah bagi betul dalam PU kali ni. Kalau ikut hati, memang tak keluar mengundi. Nak undi parti PM, saya tengok dia mudah lelap. Nak undi pembangkang, mereka tak sehaluan. Oleh itu, mungkin saya pergi mengail aje, atau bercuti di port dickson sambil rileks.
Hal nombor dua, saya tengok negara kita ni tak ada personality yang boleh memberi inspirasi. Saya tengok PM ka atau TPM ka sama saja - mereka cakap ikut suka mulut. Oklah, Najib baik lagi dari Pak Lah. Taoi Najib sedar yang dia tak boleh nampak lebih pandai dari Pak Lah, takut nanti kena tendang.
Saya juga tengok kita suka gembar gembor dari melaksanakan projek. Sana koridor, sini koridor! Yang anihnya, di tengah-tengah, ada yang Tidor! Ramai pekerja kerajaan dah jadi pak turut, nak jaga kedudukan dan kejar pangkat. Kakitangan peringkat bawahan tak bersemangat buat kerja. Ada yang rajin sikit, akan diperli.
Pentadbir negara kini agak lemak dan lebih suka mengambil tindakan untuk jaga populariti mereka. Itu fasal mereka akan kempen setakat untuk menang PU. Lepas tu, mereka akan pulun habis-habisan dalam pemilihian parti. Saya lihat tahun ini pemimpin2 parti dari peringkat cawangan ke bahagian akan mandi duit. Dari mana datangnya duit itu, saya tak tahu tapi saya boleh teka. Dan tekaan saya tak jauh dari keadaan sebenar.
Kalau Dato nak turap jalan atau derma sekolah, inilah masanya.
Apapun, Pak Lah dah bagi tau siang-sing lagi. BN tak mungkin dapat kemenangan sebesar PU 2004. Ini betul. Kenyataan dia tu seolah-olah nak 'condition the ground' yang kemenangan besar tak lagi boleh dimimpika
Saya dan ramai orang keciwa dengan kepimpinan hari ini. Sama-samalah kita tengok keputusan PU kali ni. Nak cakap banyak2 pun, pemimpin kita tak kan bertindak. Mereka cuma dengar cakap bini, anak atau menantu.
KAWAN
Masalah Baru:
Critique Mounts against Biofuels
By Charles Hawley in Berlin
The European Union has announced plans to increase the use of gas and diesel produced from plants. But the critique against biofuels is mounting. Many say they are even more harmful than conventional fossil fuels...
Ini belum masuk 'the volatile USDollaaaarR!'
Nampaknya ramai suka main teka-teki la ni. Nak sokong BN ke tak nak? TAK NAK ialah jawapan yang paling mudah.
Bukannya depa buat apa pun, yang buat kerja semua kakitangan awam dan swasta. Tu la tulang belakang yang membangunkan Malaysia hari ni. Golongan pekerja yang ditindas dengan akta pelbagai. Yang jadi politikus; tau nak bikin untung, sebat hartanah guna cara menipu.
Dan aku memang rasa pelik bila ada lagi yang sudi dan berharap BN menang. Geli hati la. Memang rebus tak empuk, jemur tak lekang.
Dan tanggapan seolah2 pembangkang wujud memang bertujuan untuk menghancur-ranapkan Malaysia, wujud di kalangan mereka yang MALAS, PENAKUT, TAK MAU PERUBAHAN dan JUMUD.
Ada brani ka?
Mohon Izin, saya teka (tidak teki) bahawa Khairy Jamaluddin akan bertanding Parlimen Rembau. MP sekarang Firdaus Mohammad Rom bin Harun akan akur beri laluan. Terima kasih.
YBhg The Scribe,
Terkaman Rajawali
Kenyataan dua dan semua hijau bagai
cengkerama cengking tiada ceracam mencelik mata mencuit hati.
Hebatnya orang muda ini teringatkan saya kata-kata guru - pandai-pandailah jaga diri.
Manusia sapertimana Pak Suharto
dan Pak Hamka saperti adanya kita
semuanya akan pergi juga akhirnya.
Oh Repot nya
Ahmad Nisfu jerit
Cut!!!
Jahanammmmmmm...
bukan di Ides
di bawah bawah
di
sini pun baik.
apa cerita si ahli mimpi
bertanya si hudhud.
During GE 1999, popular votes garnered by BN are about 60% while the remainder goes to the opposition. However for that no. of votes BN have secured 90% of the seat while the opposition only have 10%. You see, the gerrymeandering of the constituents have made the election in this country skewed to BN to the extend that even if the oppositions were to garner 51% votes they still could not rule the country. However with the shift in support from the Chinese and Indian, things may change for the better to the opposition......
Datuk,
Saya amat meluat tengok Zam Mydin yang keluar dalam TV1 pada Berita 8 malam tadi. Dia keluar 2 kali, lengkap dengan sound on tape sekali (maknanya dengan suaralah tu). Dulu, sebelm jadi menteri, dia kata meneri2 tak sepatutnya keluar berkali-kali dalam TV. Dia ckup tak senang tengok Mat Bulat dan Tun Khalil keluar dalam Berita. Hari ni, dia pun dah sama aje. Cakap tak serupa bikin. Kalau dia kata dia nak bertanding lagi, biar ajelah. Saya dengar cerita dia dah arahkan RTM kempen untukna habis-habisan! Itulah Zam - aga kepentingan diri tapi berlagak macam juara intelek!
KJ - Dia menantu tersayang. Kalau dia kata nak bertanding di mana2 pun, sudah pasti ADUN atau MP akan beri laluan.
KAWAN
tok..
saya mencadangkan kepada Presiden Barisan Nasional..supaya ahmad zahid hamidi.di beri tugas untuk membawa balik kerusi kak wan..di pematang pauh.
minta komen
YBhg The Scribe
Tape Rolling! Action!
(Act 4, Scene 2)
Seorang pemuda di atas
pohon nyior yang menjulang
menikam langit mendakap erat
- ya Allah, janganlah aku jatuh!
sambil di kaki orang kampung
berkerumun berparang bergalah
ditengah marah terdengar jeritan
longshot, panning, close up
turun-turun!!! turun! turun!
suara-suara asing nadanya marah
sebuah kereta mahal menyusur
dan berhenti, tingkap kereta turun
apa hal, tok penghulu?
jantan gatal cuba-cuba nak kacau
bini orang kampung - eh, yang encik di sini buat apa dan apa khabar
bapa mertua
pey-gang kuat kuat Syam!!!
suara dari bawah saperti
suara kawan
mom-o-success,
underlying inability of Singaporeans to think for themselves - an outcome of policies by a mortal who tried to play god.
Assalamuailaikum,kita berjumpa lagi...namapaknya berbeda pula catatan awak.
Dari catatan awak kelmarin,terasa emosi terbaca alkisah arwah bapa anda orang kuat PAP sehinggakan ada jambangan bunga...terharu saya.
To think for themselves...??kini awak mempertikaikan lagi minda rakyat di tanah kelahiran anda kerana orang tua itu lagi..
pelik saya,jadi ternyata mengatakan tidak beberapa lama dulu,orang tua itu dijemput mengahadiri sesi 'Global Competitivesness' di Saudi Arabia berbual mengenai kecermelangan dan juga persaingan rakyat di tanah kelahiran awak..sememangnya saya kagum dimana kewujudan negaranya tidak disukai ramai dianggap jelek..dan dari situ saya memahami mengapa mereka mesti mempunyai minda persaingan.
Musykil di tanah dimana kelahiran Nabi Muhammad dan perjuangan Islam,beliau dijemput dan diketahui umum di beri layanan mesra oelh pembesar2 Saudi..
Jadi kita di sini,mempertikaikan minda orang arab yang memberi permaidani merah untuknya dengan hati yang terbuka..
Jadi jangan samapi tak terbaca..kerana orang melayu akan cepat menuding jari kerana enggan mencerminkan dirinya sendiri.
Melayu mudah lupa.
saya bermuhasabah diri melihat kelemahan dan kekuatan
siapa lah saya sekadar rakyat marhaen biasa yang tiada tanah peninggalan orang tua untuk diwariskan kepada anak dan bakal cucu-cicit saya
saya menuding jari kerana saya meluat melihat gelagat pemimpin yang berduyun-duyun berlumba memperKAYAkan diri untuk lima generasi mereka lagi
saya menuding jari kerana saya cuma ada peluang lima tahun sekali
saya tiada apa lagi kecuali untuk mengundi
saya cuma rakyat biasa yang sudah tiada harga diri bila negaraku dibawa kemudi pemimpin yang lupa diri
saya rayu Pak Lah jgn sambung mandat...
Salam, Dato'.
Kepada myson dan mereka yang sepertinya...
Usah bersedih dengan kata-kata merintih pedih.
Kepemimpinan yang bergelumang dengan kebobrokan dan kehaprakan takkan mengerti, takkan simpati.
Usah hanya menuding jari.
Pergilah mengundi dan sudah tentu bukan BN lagi,
kecualilah masih mahu menuding jari selepas mengundi
Kepada Dato',
Saya masih tertunggu-tunggu ulasan Dato' tentang isu klip video VK Linggam, gaya dan sikap aktor-aktornya, dan juga cara bagaimana Suruhanraya Diraja mengendalikan kes ini.
Saya percaya tiada tuduhan menghina mahkamah berhubung dengan pandangan yang diberikan. Begitu juga saya percaya pandangan yang diberikan tidak akan dikatakan mengganggu perjalanan perbicaraan berkenaan. Sebabnya jawapan yang diberikan oleh mereka yang disapina banyak yang boleh dikatakan menghina mahkamah dan malah memalukan negara kita.
Sekian, terima kasih.
dengaq habaq PRU 10 March ni!
Sdr Suhaimi Hj Khalid,
saya tak komen fasal bicara rakaman video V.K. Lingam sebab perut saya senak gelak terbahak-bahak.
Lebih lawak daripada peran ghazal parti zaman dulu kala. Orang Kedah kata, depa lawak sakan.
Mabuk la, gila la, kacap besar la, benci la, suka la, bohong la, temberang la.
Macam-macam ada.
Kasihan para pesuruhjaya.
Terima kasih.
spekulasi dan spekulasi yang kerap didengar/dicetak akan hanya memakan diri sendiri..
Kenapa?
Kerana ia akan memberikan kita gambaran yang negatif..dan dimana itu kebenaran?
sering kalau hanya mahu berpidato,dan memberikan catatan-catatan yang kadang-kadang mengikut emosi..
emosi akan hanya memudaratkan diri sendiri...
takut untuk melihat kebenaran dan tidak mahu mempunyai minda yang terbuka...dan dimana kita sebagai rakyat akan tuju..?
menuju kepada.....??
ada dato??
Dato a kadir jasin,
saya adalah seorang insan yang menumpang di negara jiran...menadah emas di negeri orang..
sering saya kagum dengan negara mereka yang mempunyai minda rakyat yang sering mahu kedepan...kekalahan tidak ada pada kamus mereka...kpd setiap warga-negara mereka..apakah kita boleh berfikiran begitu...
atau masih berada di bawah tempurung..
rasanya tok sah dok komen apa2 pasai kes lingam and the gang. memang dah tahap bohong yang sampai tak boleh nak percaya lagi dah. kalau bohong sikit-sikit, memang silap orang boleh percaya. ni memang sikit pun tiada ruang untuk nak boleh percaya. jadi, biaqla para pesuruhjaya tu layan cerekarama di dalam mahkamah. kita cerita pasai benda lain la.
daripada layan cerita lingam di dada akhbar, baikla layan 'sponge bob square pant'. tak sakit hati, malah anak2 pun boleh join sama.
Salams dato'
Saya tertarik dengan teka (bukan teki) dato' ttg SIL akan bertanding di Parlimen Rembau?! sebagai naib ketua pemuda, tidakkah dia hanya layak utk kerusi adun (cthnya GE 2004: Datuk Aziz syeikh fadzir).. maaf jika saya tersilap, manakan naib ketua dilantik (bukan dipilih) begitu mudah mendapat laluan utk kerusi Parlimen...
Jikalah benar ia berlaku... mmg betul sikap Melayu... sungguh bersantun, walaupun diri sendiri dilantun2 (merujuk MP yg terpaksa memberi laluan)...
Sudah tiba masanya persepsi rakyat tentang GE berubah, memilih calon yang punya kredibiliti dan kuat bekerja. Kita tidak perlu calon popular yang hanya pandai bermain kata tetapi lupa rakyat jelata..
Kita perlu bijak memilih.. walaupun undi kita tidak menentukan kemenangan calon layak tp di dalam diri tetap puas kerana menjalankan tanggungjawab me'mangkah' pemimpin bukan pembesar.
Firasat saya, jika benar GE kali ini memberi tamparan hebat kepada YAB PM hingga memberi tekanan kepada beliau... kita tunggu dan lihat bagaimana reaksi TPM. Adakah TPM 'lelaki' seperti TDM meminta mantan PM ke-3 berundur atau terus menunduk menerima kekalahan dan memberi peluang kedua kepada Pak Lah menebus kekalahan?! Saya berharap Dato' Seri Najib cekal seperti almarhum bapanya.
YBhg The Scribe
Orang Kubang Pasu Di Palestin
(semua agama langit ada)
Sahlah Aman Malaysia telah dengar
keluhan perantauan nun di sana
di sini tiada yang datang memanggil
walau ada yang terdengar suara
keluahan cerdik bisik menghiris
Riuh di sini lain pestanya hingar
bebingar orang arab lain ragamnya
kerana di situlah bahayanya
bukan mercunlah dentumannya
sejenap seketika di pusar kawan
secupak sedih segantang do'a
sesurah hati tiada lamanya
Datuk,
Saya pun nak join sama tergelak besar dengan Datuk pasal perbicaraan video. Memang senak perut. Habis semua orang besar kena turun naik mahkamah. Sekarang ni bila saya tengok pelakon utama video tu saya terbayang Mr. Bean. Kita tergelak tengok Mr. Bean sebab dia buat muka "selamba" sahaja dengan kebodohannya. Samalah dengan video ni - heronya buat muka selamba je....
Pasal pilihanraya. Kawan saya cakap Menteri beliau akan turun padang mulai 12 Feb. 2008 ini. Tak balik Kementerian dah. Busy kat 'padang'. Kamsiyah Yeop pulak dah packing habis semua barang-barang dia dalam kotak.
Hari ini pulak (Rabu/30.1.2008) Menteri Kabinet ambil gambar ramai-ramai (Paper cakap). Macam masa sekolah dahulu, bila hujung tahun kita ambil gambar kelas dengan cikgu. Bila ambil gambar kelas tu kira dah nak habis penggal la.
Mungkin ramalan saya parlimen akan bubar selepas Chap Goh Meh dan Pilihanraya sebelum PM ke mesyuarat OIC adalah betul Datuk.
Dato',
"Mabuk la, gila la, kacap besar la, benci la, suka la, bohong la, temberang la."
Masing2 (yg sebelum ni bekas hakim atau lawyer) memang betul2 lawyar la Dato', lawyar buruk terlampau! Bersandiwara depan pesuruhjaya, media dan orang ramai. Saya sebagai pemerhati tak rasmi merasa TERHINA dengan tingkah-laku diorang nih. Masing2 mengelak dan mengelat - lebih macam budak2 "kita minum duluuuu" dalam TV tu.
Saya setuju dgn Sdr Suhaimi - MEMANG MEMALUKAN SUNGGUH! Beginilah rupa2nya mereka yang mewakili dan mengadili kita selama ini. Betul kata Sdr marn, biarlah mereka terjun dgn labu2nya...biarkan, biarkan. Keputusannya nanti HAMPAS!
Ai, siapa yang minta-minta Suruhanjaya DiRaja diadakan?
Sdr mat doe...
Kita minta suruhanjaya diraja, bukan SANDIWARA DIRAJA!!! Jangan kita pendek akal. Cukuplah mereka menghina emosi dan intelek kita dan melacurkan insitusi kehakiman!
Kita minta mereka disiasat dengan telus dan mengharap para pesuruhjaya memegang amanah ini dengan bijak. Cuba kita bandingkan dengan suruhanjaya yang menyiasat kes kematian Puteri Diana baru2 ini. Bukankah mereka begitu serious membongkar konspirasi kejadian tersebut? Siapa yang terlepas dari menjadi saksi? Banyak kenyataan yang kita tahu selepas suruhanjaya tersebut dibuat.
Dengan Sandiwara Diraja kita ini, sampai sekarang, cuba kita tanya, apa yang kita sudah tahu selain daripada "tidak ingat" atau "tidak tahu"?
Cukuplah, janganlah kita pula memperbangangkan diri sendiri!!!
The Scribe,
Anda Orang Yang Mahu Berfikir Kata Wajah-Wajah Dalam Cermin
(tak ada kerja lain ke)
Doe: Begini sahajalah, buktikan yang kita itu yang lebih telus dari yang hanya sekadar menuduh, tidak pendek akal kerana tak semua yang pintar macam orang British.
Rea: Apa bukti yang kita ada yang inquiry itu pun bukan juga sandiwara Buckingham-Whitehall? Apa jenayah yang berlaku? Siapa yang bersalah? Ingat-ingat kita ya kenapa Iraq diserang tentera Amerika bersekutu. Baldi cari sumur?
Mee: Setahu aku, Doe dan Rea, sekiranya ada sebarang jenayah di sisi undang-undang terbukti dan terbukti juga kita di waktu itu kita berbohong dan kita tidak boleh menafikan kebenaran mengatakan yang lain selain: "ya! saya ada cakap semua itu dengan si-pulan dan saya masih sihat pemikiran dan pertimbangan dengan niat mahu melakukan suatu jenayah dan saya tahu ia suatu jenayah"
Yang lebih afdalnya buktikan apa dikatakan hak seorang Perdana Menteri itu telah disalahgunakan...
dan peguam tidak beretika tidak berakhlaq tidak boleh bercakap benar.
Rea: Fuhh, Mee, sewenang-wenangnya boleh kita buat macam itu? Jangan pulak, bila sedar tidak pandai menari, salahkan tanah jongkang-jongkit macam jalan nak ke Alor Setar.
Doe: Mee, yang pendek akalnya orang-orang yang mendesak mahukan suruhanjaya ini kerana tidak mahu terima nasihat-nasihat yang baik: jangan gali kubur sendiri sambil meludah ke langit untuk orang lain. Kerana itu terlalu panjang dan lucu ceritanya.
Mee: Bukannya kita minta dibuktikan yang Al-Qur'an itu kitab suci turun dari langit melalui malaikat kepada seorang insan, bukan? Tetapi mungkinkah anda dia yang mampu menandingi kitab tuhan malah memperbagusinya, maka anda sungguh pintar namun ada yang kata anda seytan perut yahudi.
Rea: Doe, kau pernah dengar cerita Ibu Orang Islam berlaku curang balik perang?
Mee: Tentunya ada adegan-adegan panas...
apa pun jangan sampai terlupa seindah selawat dan salam kepada Nabi Yang Ummi, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, as-soleheen serta malaikat semuanya.
Mat Doe: Ada saja yang tak kena dalam dunia yang terlalu panjang akalnya, betul begitu, The Scribe?
so happy chinese new year!
Sesiapa nak kaya boleh Jadi menber BN, seperti Datuk ZZZZZ di klang, boleh bina rimah besar, buat apa pun tak salah,kenapa? sebad dia ialah orang BN.
Ooh shoot i just wrote a big comment and as soon as i hit reply it came up blank! Please tell me it worked correct? I dont want to submit it again if i don' t have to! Possibly the weblog glitced out or i am an idiot, the second option doesnt surprise me lol. thanks for a great blog!Terrific function! This is the kind of information that ought to be shared close to the web. Shame on the search engines for not positioning this post higher!
[url=http://www.ttittancasino.com/]online casino spiele[/url] [url=http://www.online-casino.ind.in]casino bonus[/url] [url=http://www.001casino.com]casino[/url] [url=http://www.onlineshoppills.com/Products/Viagra_Brand.html]cheap sildenafil[/url]
Post a Comment