Wednesday, November 12, 2008

Antara Dua Darjat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

INI cerita dua kelompok manusia. Satu bernama, satu insan biasa. Satu mendapat bayaran kenang jasa (ex-gratia) berjuta-juta. Satu menderita merayu ke sini sana.

Yang bernama itu enam orang bekas hakim. Orang mulia dihormati semua. Diberhentikan kerja setelah dibicara. Itu terjadi sudah lama.

Bicara bukan sebarang bicara. “Impeachment” namanya dan oleh para hakim dari dalam dan luar negara. Pun itu cerita lama. Tetapi khabarnya pencen mereka dibayar juga. Selama 20 tahun lamanya.

Tiba-tiba muncullah seorang Menteri (kini bekas Menteri), Zaid bin Ibrahim namanya. Menteri bukan alang-alang menteri, menteri liberal berjiwa universal.

Maka cerah lagilah nasib enam bekas hakim itu. “Derita” mereka dijadikan tajuk berita dan menteri pun ke hilir ke hulu mencari jawapan yang jitu.

Jawapannya mudah saja. Seluk kocek negara. Guna duit cukai rakyat jelata. Berikan mereka ex-gratia RM10.5 juta.

Dengan sekelip mata, mereka menjadi orang kaya. Tiga menjadi jutawan serta-merta dan yang lain dapat seorang setengah juta.

Zaid bukan menteri lagi. Dia sudah berhenti. Khabarnya ramai dalam Kabinet lega di hati. Tapi ingat, Zaid ini pilihan peribadi Perdana Menteri.

Itu cerita orang bernama. Kisah lama orang tak lupa. Wang berjuta diberi kononnya untuk mengenang jasa dan menebus dosa.

Tetapi siapa peduli nasib insan tanpa nama? Insan kerdil tanpa pembela biarpun setiap titik darah dan helaan nafasnya diabadikan kepada bumi ibunda.

Itulah cerita dan derita insan-insan kerdil tanpa nama. Itulah juga cerita derita seorang bekas perwira – Kapten (Bersara) Mukhtiar Singh namanya.

Pada usia 75, bekas anggota polis dan tentera ini masih menunggu pencennya. Rayuan sudah ditolak Kementerian Pertahanan. “Tidak cukup syarat” itulah alasan. Mudah sekali mereka memberi jawapan. Inilah birokrasi dalam bentuknya yang paling mengecewakan.

Nasib baiklah masih ada insan berhati mulia. Insan yang mengenang budi dan tahu erti jasa. Terima kasih Lt-Kol (B) Mohd Idris Hassan dan terima kasih Tan Sri IGP Musa Hassan. Dan kepada YB Wee Choo Keong kerana turut serta.

Moga-moga usaha tuan-tuan akan memberi kesan, dengan izin Tuhan. Terima kasih juga kepada Malay Mail kerana membawa cerita suka duka insan berjasa bernama Mukhtiar Singh itu untuk tatapan massa.

Ramai lagi insan terpinggir sepertinya yang menunggu untuk dibela dan dikenang jasanya. Ramai lagi rakyat jelata yang terpinggir menderita kerana Pegawai Kebajikan Masyarakat tidak lagi menjelajah kampung dan desa.

Ramai lagi rakyat jelata dan orang biasa yang menderita di hujung kampung dan pelosok desa kerana ramai para Yang Berhormat asyik berfoya-foya, joli sini joli sana hingga lupa janji dan manifesto pilihan raya.

Ini satu lagi nostalgia saya, nostalgia orang lama, ketika mana Pegawai Kebajikan Masyarakat menjelajah ke segenap pelosok kota dan desa mencari orang melarat dan papa, ibu tunggal dan anak tanpa ibu bapa, nenek tua dan orang cacat anggota.

Pegawai Pengembangan (Extension Officer) melawat kebun dan bendang. Memberi nasihat, tunjuk dan ajar. Pegawai Rida (kini Mara) masuk ke desa. Mencari budak-budak berotak geliga untuk dihantar ke sekolah asrama.

Sekarang pegawai awam jarang masuk kampung. Mereka selesa dengan kamar berhawa dingin dan kerusi empuk. Kalau mahu bantuan, kitalah yang perlu menjenguk.

Itu pun belum tentu mereka ada. Mereka pergi main golf merata-rata untuk jaga hati pembesar dan bos-bos mereka sehingga terbengkalai tugas kepada rakyat jelata.

Itulah Malaysia kita yang diuar-uarkan sebagai selamat, aman, makmur dan sejahtera. Apakah ini realiti atau sekadar mantera media massa arus perdana untuk menyedapkan telinga?

Meminjam lirik lagu Bob Dylan dan dialih bahasakan, “jawapannya kawan, pada angin yang bertiupan, jawapannya kawan, pada angin yang bertiupan.”

PS: Menurut The Malay Mail: “Idris has painstakingly compiled a 50-page report – commendation certificates, Press clippings, letters, photographs and all – entitled ‘The Story of Police Inspector/Captain (Courageous) Mukhtiar Singh s/o Saudagar Singh.”

79 comments:

Faizal said...

Indah sekali gaya tulisan Datuk kali ini. Sebagai peringatan buat pembesar dan menteri, agar jangan lupa diri. Kisah kali ini membuatkan generasi muda seperti kami berfikir dua tiga kali. Tidak sabar rasanya menunggu Pilihanraya ke-13 nanti!
:-)

Teruskan menulis Datuk!

Brahimnyior said...

Datuk,

Kalau Malaysia sekarang ini ditadbir oleh pemimpin yang benar-benar menjaga keperntingan rakyat, tentulah inflasi tidak melambung. Kalau pihak berkuasa kita benar-benar amanah, tentulah penjenayah takut untuk melakukan salah.
Kalaulah kita memilih pemimpin yang betul, tentu semua yang Datuk dan saya impikan, jadi kenyataan.

Susahkah untuk mendapat pemimpin dan penajwat awam yang amanah, Datuk?

kluangman said...

Salleh Abas dan rakan2 DAPAT PENCEN setelah diberhentikan oleh Lembaga Disiplin kerana menulis surat secara kurang sopan kepada DYMM YDP - pentadbiran Mahathir salahguna kuasa.

Saleh Abas dan rakan2 DAPAT ROYALTI 10.5M - pentadbiran Dolah salahguna kuasa.

Apakah semua kesilapan ini tidak dapat diperbetulkan lagi. Apakah 5 hakim berkaitan masih ada maruah untuk terus melahap pendapatan yang bukan 'hak' mutlak mereka. Bukankah mereka golongan pakar undang undang untuk menerima sesuatu yang tidak sah dari segi undang undang.

Bagaimana harus kita menghormati mereka, bukankah mereka merosakkan nama para hakim lain, atau apakah mereka semua sama.

Sesuatu perlu diperbetulkan..

Anonymous said...

askm,
Datuk dolah dah ditepian(kalau betulah),jadi lupakan.

tapi apa nak harap pada "pembesar" Melayu macam mat taib,ali rustam,nazri,zahid yg otaknya setara dgn dolah ?

saya cadangkan semua pembesar umno wajib pergi kelas "mengenal diri",bila dah kenal barulah tahu nak tempatkan diri di mana dan jenis peranan yg mahu didimainkan.

saya masih macam dlm mimpi bila dengar nama nama yg saya sebutkan di atas.

ooooooooooops satu lagi syed hamid!.

tanggungjawab sebenar terletak ditangan masyarakat Melayu itu sendiri.malangnya walau dah merdeka ,orang Melayu masih mudah dimanipulasi!

bagaimana rasa berfikir sesaat?


corrigenda.

kruel said...

Dato',

In space, no scratch that, in Malaysia, nobody can hear you scream...

NOBISHA said...

Dato,

Saya anak orang miskin. Lahir dalam keluar miskin di Kodiang. Makan ikan kering. Tahu susah payah hidup. Dapat melanjutkan pelajaran pun dengan biasiswa. Kalau tak, mungkin hari ni saya buat bendang dan hanya sesekali menjejaki kaki ke KL.

Sebab itulah dalam perjuangan ini, saya ingin melihat orang miskin dibela. Apa yang Dato tulis betul. Dalam kita cuba menunjukkan kebaikan, kita lupa kepada orang miskin. Kita hanya berbuat kebaikan kepada orang kaya.

Saya tidak ada halangan untuk berbakti kepada orang kaya. Cuma, jangan lupakan orang miskin. Itu saja.

clean said...

Sorry off topik..

Nak tanya,

bila beli barang kena belek, tengok dan 'test drive' dulu ATAU pun sudah memadai dengan tengok gambar dan study spesifikasi sahaja?

Orang yang nak kawin pon ada banyak 'step' untuk dilalui....
tambah-tambah lagi kalau nak kawin seorang janda.

tak kan PAC chairman Azmi tak tahu..

Petikan star 12/11/08

"Azmi replied that the full report was still being typed and the announcement he made to reporters was not in detail compared with the report"

and the spinning continues....

clean said...

sori lupa..

komen sya sebelum ini kebetulan merujuk kpd tajuk posting ini..

"Antara Dua Darjat"..hehe

Abgbent said...

Ya, saya bersetuju dengan pandangan Dato bahawa kebanyakan para pegawai kerajaan kini lebih suka berada di bilik berhawa digin berbanding pergi ke lapangan.

Namun, satu persoalan yang harus dijawab ialah mengapa mereka bertindak sedemikian? Satu hal yang saya boleh berikan ialah mungkin disebabkan dasar penilaian sedia ada lebih mementingkan perkara selain daripada tugas ke lapangan itu. Maka wujudlah persepsi untuk menjadi Pekerja Cemerlang dan Terbilang, mereka perlu mencapai sasaran selain daripada turun ke lapangan. Apakah para Pegawai itu harus disalahkan apabila mereka melakukan sedemikian? Perlu diingat, para Pegawai juga ingin menjadi terbilang dengan melaksanakan sasaran bersandarkan kriteria pencapaian yang telah digariskan.

dahirisaini said...

Datuk, kadangkala kebenaran itu sukar untuk diterima oleh manusia durjana seperti mereka. Pentas bioraksi seperti ruang yang harus dilakonkan mereka itu. Apapun mereka harus ingat ruang kubur menanti dengan segala balasan yang memungkinkan mereka menjadi manusia yang naif dan hina di sisi-Nya.

jairo said...

kerajaan patut lebih prihatin dgn perkara seperti ini...

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

pagi2 lagi dato berseloka,hamba yg baca terbuka mata,mengantuk mata menjadi jaga, selepas kerja tak mengenal masa, siang dan malam kerja la sahaja, supaya nanti tidak terseksa!!!!!!

p/s : satu lagi post dato yg senada dgn tun....taksubnya dato >_<

HAMBA ALLAH

mad said...

salam datuk, memang beginilah keadaannya jabatan kerajaan yg diamanahkan utk membantu rakyat sekarang ini. lebih-lebih lagi jika org yg perlu dibantu itu adalah dari kalangan bukan bumiputera. kita harapkan bantuan kepada kapten(b) mukthiar singh lahir dari keikhlasan pihak atasan, bukan hanya utk publisiti semata-mata.

haha tak sangka datuk juga peminat bob dylan. lirik lagu tu dari 'blowin in the wind' kan datuk?

bungaraya said...

Elok sungguh penulisan saudara.
Bagaimanapun harus lebih terperinci kerana fakta-fakta yang dinyatakan boleh mengambarkan siapa saudara sebenarnya. Kalau tak takut jangan alang-alang pula berbicara. Lanyak habis apa yang terbuku diminda.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Saya sungguh tidak puas hati dengan keputusan Kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit cukai yang saya bayar untuk memberi saguhati kepada hakim-hakim yang didapati bersalah oleh tribunal. Hukuman dibuat oleh tribunal.

Sekiranya hendak bayar pun keputusan tribunal berkenaan perlu dikaji semula. Perlu ada tribunal untuk menilai keputusan tribunal terdahulu. Kalau tribunal baru mendapati tribunal lama salah di dalam membuat keputusan barulah bayaran boleh dibuat. Itupun kena melalui proses-proses tertentu juga supaya jumlah yang dibayar mengikut asas perkiraan yang jelas.

Ini tidak. Menteri itu buat duit rakyat macam duit bapak dia. Bekas Hakim-hakim berkenaan pun sepatutnya berfikir lebih panjang sebelum menerima "nilai diri mereka yang sebegitu". Kalau nak terima pun janganlah ambil duit tu. Sedekahkan buat sekolah. [besar sekolah yang boleh dibuat dengan RM10 juta] Lagi afdal daripada masuk poket sendiri untuk jadi jutawan.

Ini adalah keputusan [tragedi] yang memalukan kepada cabang eksekutif/kerajaan.

Saya ulang lagi: SAYA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN MENTERI MENGGUNAKAN DUIT CUKAI YANG SAYA BAYAR KEPADA KERAJAAN DENGAN SEWEANG-WENANGNYA.

Saya harap bekas Menteri berkenaan dan Perdana Menteri baca catatan saya ini.

http://c-bok.blogspot.com

NGINAP SRENGENGE said...

Bila pemimpin2 tu dari yang kaya raya itulah jadinya.Depa tak pernah rasa susah,jadi depa tak reti apa itu susah.

Duit rakyat miskin di belanjakan untuk nafsu depa.Dulu di Kelantan duit PPRT berapa juta habeh depa joli.

Pasai tu la Datuk,saya dok 'mencarut ' berbagai dalam blog saya.GEERAMM.

Anonymous said...

Saya cukup anti dengan pemimpin bangsat yang membangsatkan amanah dan rakyat jelata. Semua sedia maklum, sudah ada kelompok yang menerima padah dan petakanya pada bulan Mac dan Ogos lalu.

-anti bangsat-

Faizal Riduan said...

Begitulah Datuk, orang yang tidak bernama sering tidak dipandang walau sebelah mata. Iyalah jika yang diwar-warkan orang tidak bernama popularitinya tidak ke mana. Tetapi Datuk bukankah dalam krisis kehakiman penyingkiran hakim-hakim tersebut menimbulkan sedikir keraguan yang munasabah? Apa pandangan Datuk?

balan said...

I did follow the story in Malay Mail

I am quite baffled on why can't the minister use his discretion to provide pension to Mukhtiar Singh.

Policies and procedures always comes with exceptions and exceptions should have been made in a genuine case like this, especially when Lt-Kol (B) Mohd Idris prepared a compelling case.

I believe, Mukhtiar is short of funds for his childrens studies. So at least provide some form of scholarship. Is that too difficult to do.

That where the government is now, lost and not sure what their priorities.

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

anak parit said...

Salam Dato' AKJ,

Cerita mengenai Muktiar Singh adalah antara cerita-cerita keperitan yang hanya dapat didengar bila ada "suara besar" yang mahu ia kedengaran.
Kalau semua pegawai-pegawai kebajikan masyarakat membuat kerja mereka dengan mencari pelosok negara rakyat yang terpinggir maka belanjawan negara akan bertambah mungkin 3 hingga 4 kali ganda dari yang dibentangkan.
Kalau semua JKKK membuat kerja mereka dengan ikhlas dan beramanah , ramai yang tergolong dalam PPRT akan dapat dibantu.
Saya bukan nak menyalahkan mana-mana pihak bila berlaku kejadian sedemikian, birokrasi dalam prosedur kerajaan masih ditakuk lama dan rasuah yang berleluasa menjadikan sistem penyampaian yang cekap seperti yang di war-warkan oleh PM tidak pernah berlaku bila "performance indeks" yang jelas tidak dinyatakan secara bertulis.
Selama Pak Lah menjadi PM, bajet setiap jabatan dipotong hingga 50 % walaupun kononnya sejumlah wang dibentangkan dalam bajet.
Ketua-ketua jabatan memotong elaun perjalanan , lebihmasa dan macam-macam keperluan untuk kakitangan bawahan melaksanakan tugas mereka dengan lancar.
Setiap tugas memerlukan kakitangan bergerak, bergerak dari suatu lokasi memerlukan kenderaan dan masa, sekiranya tidak dibayar, bagaimana kakitangan nak menjalankan tugas dengan lancar?
Rasuah juga berleluasa dari nilai RM 1.00 hingga RM ribuan, setiap permohonan untuk mendapatkan bantuan memerlukan RM, dari JKKK kampung yang nak mengesyorkan nama hingga ke pegawai yang menentusahkan permohonan.
Selagi rasuah berleluasa dan amanah tiada dalam diri pentadbir, cerita Muktiar Singh akan terus kedengaran dan ia akan semakin lama semakin sayup dan hilang dari ingatan.
Rasuah perosak agama, bangsa dan menghancurkan negara.

Anak_Parit

Hartini Omar said...

hebat dato'..

terlalu hebat jika dibaca dengan mata hati yg bersuluh terang.. sayang zaman sekarang gurindam seperti ini orang tak pandang.. padahal peringatan seperti inilah yg menjadikan kita sebenar-benar orang.. orang yg berjasa pada bumi dan tanahnya yg serelung sekangkang..

orang kaya2 kini tambah kaya.. macamana tak kaya kalau perut habis kembung diisi dengan harta.. kalau reta sendiri tak apalah, ini reta rakyat jelata.. org2 macamni, 10.5 juta tu kelip mata saja.. macam duit sekupang dua yg kita buat beli beras seguni gula sebelanga.....

tahniah dato', tajam dan menusuk sekali!

ab said...

Salam dato,

Utusan Malaysia dah tak cerita banyak tentang rakyat, 4-5 muka cerita hal orang darjat tinggi dalam UMNO/BN...macam jumlah rakyat malaysia 50-60 orang!.

Cerita rakyat tinggal kat forum
pembaca saja,itu pun kalau pengarang suka.

Tiba bulan ramadhan, melimpah ruah cerita rakyat miskin,sengsara dan sebagainya secara tiba-tiba.

Utusan malaysia kena tetap menjadi lidah,mulut,mata dan wadah rakyat jelata dan sedikitkan lah `jual' cerita ahli poilitik yang nak kelentong rakyat.

Dulu masa Dato kat NST Dato' buat macamana? lebihkan wadah rakyat biasa atau `jual' cerita pemimpin yang diminta?

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato;
Itu lah realiti di negara ini yang mana habis madu sepah di buang.
Ini lah realiti nya kepimpinan negara baik pemimpin politik dan juga pentadbir awam negara yang rata rata berpegang kepada enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing dan mereka juga seperti kacang lupakan kulit.
Beginilah realiti di negara tercinta kerana di penuhi mereka yang mudah lupa kenapa tidak nya bahawa pembesar pembesar negara rata rata berbangsa melayu dan tepat apa yang di labelkan Che Det kita melayu mudah lupa tetapi Che Det tak buat apa apa.
Yang dato' keluarkan hanya satu dua tetapi terlalu banyak penginayaan bermaharajalela, kerana pemimpin yang ada banyak bersikap bersultan di mata beraja di hati dan melakukan amanah sama macam ISA -Ikut Suka Aku dan aku lah raja.
Semua nya seperti pahat dengan penukul dan segala nya terlalu menyakit kan hati.
Keadaan sebegini telah menular dan bertapak di sanubari pemimpin negara yang cakap tak serupa bikin merayu supaya rakyat berkorban apa sahaja tetapi mereka akan melapaskan tangan mereka tanpa malu dan berasa bertanggung jawab.
Kenapa dan mengapa ia berlaku???
Bukan perkara baru tetapi ia terus berlaku!!!
Jangan terkejut sekira nya satu hari nanti rakyat negara ini hanya menjaga diri sendiri dan mereka katakan persetan kan negara dan bangsa. Semua yang akan berlegar dikepala mereka dengan pertanyaan yang bermula_Apa perlu nya saya..........xxxxxxxxx!!!???
Dato'
kenapa?, kenapa?, kenapa?
Mungkin kah kita akan menghadapi satu mimpi ngeri kerana kecuaian pemimpin masa kini.Atau salahkan sahaja kepada rakyat seperti biasa kerana manusia mudah lupa.
Inilah akibat nya sindrom "state of denial"
Banyak lagi yang saya rasa Dato' sendiri lebih tahu, Apakah kita sudah bersedia to call "a spade is a spade"
Apakah negara kita cantik di luar sahaja?
A destiny? dh9753

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Arwah ayah saya sampai ke akhir hayatnya, tak merasa langsung duit elaun berkhidmat di Kongo.

Yang saya tahu, ramai lagi yang tak dapat.

Arwah abang sulong saya, menderita tujuh tahun berkerusi roda kerana kemalangan sebelum meninggal dunia. Isteri yang menjaganya manakala empat anak-anak beliau bersekolah.

Dalam tujuh tahun itu, nama beliau masih belum dapat di masukkan dalam senarai penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan.

Teringat juga kisah seorang mak cik di kampung sebelah arwah ibu. Keluarga beliau dalam kategori miskin tegar.

Wang Ehsan masa raya puasa dapat. Masa dekat sekolah nak buka, dapat. Tetapi masa raya haji tak dapat.

Sebab kali pertama dan kedua, mak cik tu pergi ke majlis YB dan namanya dimasukkan oleh urusniaga ke dalam senarai.

Pada kali ketiga, mak cik tu tak dapat pergi ke majlis YB sebab tak sihat. Maka nama beliau tiada dalam senarai.

Semua ini dianggap sebagai kes terpencil oleh YB/pejabatnya/JKKK.

Orang tiada nama kalau nak dapat bantuan pun kena jenuh dulu mintak macam pengemis baru dapat. Itu pun belum tentu jika bukan ahli parti.

Dalam artikel Dato' sebelum ini, ada yang memberikan komen dengan menyatakan melayu Penang telah menjadi melayu bangsat.

Melayu yang menjadi bangsat bukan di Penang sahaja tetapi di mana-mana. Ramai.

Masalahnya bukan mereka sendiri yang mahu menjadi bangsat, tetapi dibangsatkan pemimpin mereka sendiri.

p/s ada dua perkara saya nak sebut di sini,

1. Ahmad Ismail diiktiraf Pendekar Melayu dengan disarungkan tengkolok kuning, selempang kuning dan keris kuning sebagai lambang keperkasaannya. Keraian ini diadakan oleh bekas bahagiannya.

Komen - beberapa penggal Ahmad Ismail jadi ketua Bahagian UMNO, lihat lah bagaimana masyarakat melayu Penang hidup. Penang terlepas ke DAP pun belum setahun. Adakah ini budaya UMNO, anugerah dan penghargaan berdasarkan kelantangan dan bukannya merit?

2.Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam negri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata, beliau tidak pasti sama ada penurunan harga minyak itu disebabkan desakan PROTES atau kerana kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional.

Komen - ini lawak dalam parlimen ke? Harga minyak naik, harga barang naik. Harga minyak turun, harga barang tak turun. Dimana bijaknya? Dua hari lepas saya tengok, harga pembekal bagi beberapa produk keluaran Nestle naik lagi.

Kini Menteri Kewangan pula kata ada penjimatan dalam bentuk subsidi. Pasal tu ke minyak belum turun-turun lagi dibawah paras RM2/liter walaupun light sweet crude dah cecah USD59? Dia cuba nak membangsatkan kita ke ni?

Anonymous said...

setelah lama mengikuti menghayati memahami ,makin lama main tertarik ,menarik dan tak senang hati jika tak baca blog dari tulisan datuk....emmm tapi artikel ini lah yang saya tertunggu tunggu ulasan dari datuk.....ternyata apa yg tertanya2 di hati dan jiwa saya selama ini rupanya telah ada orang(datuk) yang boleh meluahkan dengan tulisan dan jalan cerita yang sangat menarik dan sama apa yg terbuku di kepala
tq datuk.
singacobra jb

Anonymous said...

artikel ni yang paling best dato'tq
sangat jelas dan membuat kita berfikir 10 kali...


itulah dunia kita

singacobra jb

mardhiah said...

ala Datuk, mana ada orang mau susah, kalu tak teman main golf, moh le kita chatting internet. Kita dah celik IT semua borang udah bubuh dalam site memasing, kalu terlepas salah merekalah tidak peka dengan perkembangan semasa dan tidak attached dengan penguasa kat kampung mereka. Itula sendiri juga yang pilih untuk tidak mau dengar, baca dan surf siaran-siaran dari Pemerintah.

Pemerintah Thagutla, kerja dengan kerajaan pun tak moh. kunun nanti duit gaji syubhah, IRD kutip cukai campur-campur duit, Magnum, duit Genting, duit Calsberg. lebih suka tinggal anak-bini berjihad dengan pengebom berani mati kunun. Kita kena dengar semua, yang propaganda kita tolak tepi, yang beneficial cepat-cepatlah grab the opportunity. La ni dah ada e perolehan...too badlah those yang sudah alergy dengan kerajaan. Saya to the point dah malas nak dengar cerita-cerita, konon didera dek pegangan politik yang tak sealiran dengan pemerintah yang ada.

Berapa banyak kes yang Datuk sebut itu? Well bad news is good news bukan? Contohla, satu budak gengren doktor terpotong tangannya kita ingat sampai bila-bila. Yang dah keluar ni segar bugar dah sakit sihat balik ada kita nak kira berapa bilangan mereka, tulis dan ingat statistiknya?

C'on la Datuk, tak vougela pegawai kerajaan meredah kampung cari orang miskin. By right, it's their ketua kampunglah yang tak care of their kampung folks.

Zaman dah berubah, takkanla cara kerja masih nak macam dulu-dulu juga?

A KADIR JASIN said...

Sdra Abu Bakar Ab Rahman, antara lain, menulis:

"Dulu masa Dato kat NST Dato' buat macamana? lebihkan wadah rakyat biasa atau `jual' cerita pemimpin yang diminta?"

Waktu itu kita perkenalkan banyak juga program kemasyarakatan, sivik dan sosial. Antaranya:

1. Kursus pra-pengambilan (PETS)percuma dengan elaun;

2. Sekolah Dalam Taman;

3. Akhbar Dalam Darjah/NIE;

4. Tabung Bencana Alam;

5. Tabung Bantuan Bosnia

6. Tabung Bantuan Kosovo.

Untung tetap kena cari. Itulah tujuan perniagaan, dan kerja-kerja kebaikan sebenarnya membantu perniagaan.

Terima kasih.

My Oh My said...

Indah dan tepat!

Musuh sebenar orang melayu adalah (segelintir) orang melayu sendiri. Di dalam sejarah melayu, sepanjang pengetahuan saya, Melayu kalah, hancur ditangan Talibarut.

Talibarut - tali yang menjerut leher kita sendiri, menjual dan menggadai bangsa sendiri.

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Sedih melihat priority yang sudah terbalik di negara kita... dan zaid ibrahim sudah lebih dari kacang lupakan kulit... dia sudah lupa diri & asal usul dan gah tak bertempat... hipokrit kelas satu! Sepertimana yang dikatakan oleh peribahasa Cina, "the fish rots from the head"... sejak paklah jadi "head" negara, bermacam2 hal yang memualkan terjadi dinegara... inilah agaknya peninggalan "mr clean" dari keturunan ulamak untuk negara kita? Dan kalaulah orang Melayu masih mahu memilih "darah & najis" untuk menerajui UMNO, siapa yang nak disalahkan jika Melayu tergadai by 2020? Beranikan lah diri untuk membuat perubahan untuk anak cucu!

anakbuah said...

Salam Dato',

Bila Dato' tulis pasal darjat ini, saya ingin menarik perhation semua tentang dua tragedi terbaru: 1.Juruwang stesen minyak mati ditetak perompak 2. 1 maut, 2 cedera tong gas meletup

Saya melihat kedua2 insiden ini dr perspektif darjat kehidupan rakyat kebanyakan. Kedua2nya melibatkan kehilangan nyawa - 1. kerana berkerja sambilan utk menampung belanja yg semakin tinggi dan 2. kerana ingin terlalu berjimat dgn menggunakan NGV secara tidak selamat.

Inilah kesan peningkatan sara hidup di M'sia sekarang - org bergadai nyawa utk meneruskan hidup dan menyara keluarga. Kita tak perlulah bercerita tentang org yg berdarjat tinggi. Mereka ke hulu ke hilir dgn kereta mewah dan bodyguard, berbelanja sampai lewat mlm dan bersuka-suka tanpa had $$$ dan masa.

Insiden di atas tidak termasuk ibu2 yg terpaksa mengabaikan anak2 di rumah kerana balik lewat bekerja, memandu dlm keadaan letih dan tertekan, "terpaksa" mencuri atau terpaksa menggadai maruah utk mendapat beberapa ringgit. Beberapa contoh ini mendedahkan kita dgn bahaya dan boleh meragut nyawa hanya utk mencari kehidupan yg lebih baik.

M'sia kalau ditadbir oleh mereka2 yg jujur dan amanah sebenarnya boleh berada dlm kedudukan yg lebih baik drp negara maju.

p.s.: Saya membaca kekesalan Zaid di sini yg mengatakan "Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara ini didedahkan.". Jika mereka tidak minta, kenapa kerajaan beria2 hendak memberi? Jika tidak ikhlas, inilah jadinya.

Anak Kelantan. said...

Dear Dato Kadir.

Tajok saudara "Antara Dua darjat".amat hebat.saya ingat Dato nak cerita kesah orang Melayu berarak ka Istana Perak berjumpa dengan Sultan Azlan Shah,megadu pasal nasib mereka di Negara Perak yang tak pernag di perentah oleh Pembangkang.Kalau ada masa Dato kena tulis juga cerita itu.Saua nak dengan pandangan dato.

Cerita Zaid Ibrahim dan bayaran ganti rugi kapada bekas2 hakim sabanyak 10.5 juta,saya ingat bagi Dato atau saudagar Singh merupakan satu jumlah yang besar dan tak patut mereka di bayar sabanyak itu.Ini boleh di bahaskan.Mungkin dato tak setuju tapi ramai lagi Orang Melayu Moden yang hidup di bandar macam Zaid,mengamgap satu tindakan yang baik dan berani.

Yang bodoh di sini,ia lah Pak Lah dan seluroh anggota kabinet.Zaid hanya boleh cadang dan mereka boleh tolak.banyak lagi keputusan yang di buat oleh Pak Lah yang nampak bodoh dan tak masok akal.Dia janji kapada zaid jumlah pampasan ini tak akan di hebohkan.Bila zaid tiada ia mungkir janji.Sekarang kita tahu apa kah jenis PM yang kita mileki.

Kita tak tahu apakah lagi damage yang ia akan lakukan dalam masa lima bulan ini.Dengar kata ia nak bentengkan kan juga Judge Commission.Hakim di lantek oleh satu jawatankuasa.Ini semua kerja bodoh.PM ada kuasa bagi kuasa kapada orang lain.

Di Singapura,kita dapati Judgenya amat independent dan tidak corrupted.Kes2 dagang selalunya di adili dengan baik.Tapi soal lantik hakim Besar maseh di tangan Lee Kuan Yew dan BG Lee.

Yang salah bukan Perdana menteri,yang salah hakim yang di cadang untok di lantek.Gaji mereka sama dengan legal assistant di Zaid Ibrahin & Co.Nak main golf ,nak jaga status,duit tak cukup.jadi siapa bagi dia akan sapu.

Dato,saya ingat tak payah lah kita ungkin perkara bagini.dah takdir rezeki Tun Saleh Abbas.Dia ini orang alim,selalu pergi Mekah dan dia minta doa.Mungkin salepas 20 tahun Doanya makbul.

Yang salah ini,ia lah Pak Lah dan angota2 kabinetnya.Apa nak buat Tun Dr Mahathir melantek Mr Bean.Dia pun patut shares the blame.

Sama sama lah kita berdoa Najib akan menjadi PM yang baik dan sama lah kita bordoa semoga dia juga dapat timbalan yang baik.

bat8 said...

Dato

Meneliti komen-komen yang ditulis, saya berpendapat sebahagian besar pengomen tidak mengetahui latarbelakang krisis kehakiman tahun 1988 secara jelas.

Untuk membantu kita semua memahami apa yang berlaku, kedua pihak ( Tun salleh Abas dan TDM) telah menulis buku bagi menerangkan versi masing-masing. Tun Salleh Abas menulis buku " May Day For Justice". Manakala bagi pihak TDM, seorang peguam dari new zealand telah menulis sebuah buku jawapan kepada buku Tun Salleh Abas.

Eloklah difahami dahulu krisis kehakiman ini dahulu sebelum membuat komen kerana krisis tersebut mempunyai kesan yang penting dalam sistem kenegaraan kita. Sejak dari krisis itu, konsep "separation of powers" 3 cabang kerajaan telah dilanyak oleh eksekutif dan menjadi tempang sehingga hari ini. Bacalah buku-buku tersebut dan kemudian buatlah keputusan sendiri. Kedua-dua buku tersebut adalah rekod sejarah kepada apa yang berlaku versi masing-masing.

zainal a kasim.

Kerajaan hari ini tidak akan menubuhkan tribunal baru bagi mengkaji keputusan tribunal yang memecat tun salleh abas dan dua hakim lain kerana implikasinya amat besar kepada negara, UMNO(baru) dan TDM.

Tidak dapat tidak tribunal baru terpaksa membongkar balik manipulasi, deceptions dan sebab sebenar mengapa pemecatan TSA dll telah dibuat. Eloklah perkara yang lepas ini tidak dibongkar kerana tidak akan membawa apa-apa kebaikan melainkan mudharat yang besar terutama kepada legasi bekas seorang pemimpin negara.

Cukuplah dengan tindakan kerajaan hari ini menebus kezaliman masa lampau terhadap mereka ini dengan gratuiti tersebut. Secara simboliknya mengakui kesilapan masa lampau.

Akhir kata, banyak perkara yang menimpa kita hari ini adalah kesan atau boleh kita trace back kepada satu zaman lampau.

bat8

R@duan said...

Nampaknya ramai komen dengan nada marah-marah kepada pemimpin dan pegawai kerajaan. Mukhtiar Singh punya pasal habis emosi pembaca blog datuk berdarah dan tercalar. Mungkin 3 kes dalam seribu. 3:1000. bagaimana pula yang 997?. Mereka ni pun marah-marah kerajaan juga ke? kalau nak marah juga tak dapat den nak nolongnyo! Lu P K la sendiri.

Pedang Bertuah said...

Assalamualaikum Datuk
Ni first time saya tinggalkan komen, walaupun dah lama follow tulisan Datuk.
Saya terkedu tak terkata, every words you say is exactly apa yang ada dalam hati sanubari saya ni.
Camne lah diaorg ni sesuka hati belanja duit rakyat membela orang yang tak perlu pembelaan sedangkan orang yang perlu pembelaan terkapai-kapai mengharap ada tangan menghulur bantuan.
Letih dan sedih melihat pemimpin Melayu beragama Islam berperangai sedemikian... insaflah!

Raison D'etre said...

Datuk,

Seorang Timbalan Menteri ada memberikan sedikit statistik berkenaan household income orang Malaysia.

Bila di buat carta , kelihatan orang Melayu dan kaum Cina songsang lengkuknya dimana makin tinggi pendapatan makin meningkat lengkuk untuk kaum cina dan makin menurun untuk orang Melayu.

Agak menarik, orang Melayu seperti dominan sebagai masyarakat middle class.

Namun, adanya 301,000 keluarga Melayu dengan household income dibawah RM1,000 seperti menongkah keberkesanan Dasar Ekonomi Baru dalam meningkatkan ekonomi golongan Bumiputra seperti yang di war - warkan oleh sesetengah pembesar Umno.

Wasalam.

lidahku said...

Salam Datuk...
Orang yang kaya semakin kaya bila dapat 'rezeki terpijak' macam ni. Kita ni yang miskin, sentiasa dalam kemiskinan. Buat part time pun masih tak cukup makan. Nak buat MLM tak ada modal. Macam nilah nasib kita... Ini semua berpunca daripada Dr Mahathir. Pembayaran ex-gratia ini adalah kesan semasa pemerintahan ala-ala firaun oleh Dr Mahathir Kutti ni... bukan 'cutee' ye tapi Kutti...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Anak Parit kata, "Kalau semua pegawai-pegawai kebajikan masyarakat membuat kerja mereka dengan mencari pelosok negara rakyat yang terpinggir maka belanjawan negara akan bertambah mungkin 3 hingga 4 kali ganda dari yang dibentangkan."

Kerana konsep pentadbiran begini lah maka rakyat makin jauh dengan kerajaan. Kerana itu jugalah kerajaan sudah tidak dapat memahami kehendak rakyat.

Jika minima kebocorannya dalam perbelanjaan kerajaan, tentu banyak lebihan yang boleh diunjurkan untuk "belanja perjalanan" kakitangan ke kampung-kampung.

Lagipun pendapatan dan perbelanjaan negara bukan macam dulu-dulu.

Telah banyak agensi kerajaan yang telah diswastakan sekaligus mengurangkan tanggungan kerajaan malah meningkatkan pendapatan bercukai pula.

Itu belum lagi cerita tentang hasil bumi yang telah beberapa kali menyelamatkan ekonomi negara diambang kelesetan sepanjang 3 dekad yang lalu.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pekeliling edaran Jun 2008 yang melarang jabatan kerajaan daripada menggunakan hotel sebagai tempat seminar, mesyuarat dan lain-lain hanya dapat bertahan selama sebulan sahaja.

Takut belanjawan meningkat? Tidak sama sekali. Jika belanjawan diurus dengan betul, duit yang ada diguna untuk arah yang sepatutnya, belanjawan tidak akan jadi berganda. Malah silap-silap, boleh jimat lagi.

Mardhiah kata, "C'on la Datuk, tak vougela pegawai kerajaan meredah kampung cari orang miskin. By right, it's their ketua kampunglah yang tak care of their kampung folks."

Tak vouge? TAK VOUGE?

Walaupun sebelum ini Mardhiah mungkin menganggap teguran saya kasar, sebenarnya belum lagi kasar. Mardhiah akan tahu apa dia "teguran kasar" dari saya mulai dari saat ini.

Selama ini, setelah melawat blog beliau, saya merasakan Mardhiah masih muda dan baru melangkah ke alam pekerjaan. Memandangkan muda-muda lagi dah jadi pegawai kerajaan.

Saya silap! Betapa muda sekalipun Mardhiah, beliau adalah seorang PEGAWAI KERAJAAN justeru perlu mempunyai sikap bertanggung jawab dan kematangan dalam berfikir.

Artikel ini keluar pagi tadi, Mardhiah dah komen dah. Bila masa buat komen tu? MASA DALAM BEKERJA KE?

JKKK ada tanggungjawab langsung kepada orang kampung. Siapa yang bertanggung jawab kepada JKKK? Siapa pula yang bertanggung jawab selepas itu dalam hirarki kerja?

Tanpa semakan, apa sahaja yang di lapor oleh JKKK akan diterima bulat-bulat oleh peringkat atasan dan begitulah seterusnya sehingga ke peringkat teratas.

Jika JKKK bohong atau cuai, sampai ke maklumat ke peringkat tertinggi?

"Tak vogue la cikgu menghantar anak yang sakit ke klinik dan kemudian pulang kerumah. Biar mak bapak dia ambil sendiri di sekolah dan bawa ke hospital".

"Tak vogue la doktor berulang ke klinik desa lebih dari sekali sebulan. Nurse kan ada, siap diberi tempat tinggal lagi.".

"Tak vogue la jurutera meninjau tanah runtuh tepi kawasan perumahan. Technician kan ada".

"Tak vogue la Ketua Polis Trafik sendiri yang serahkan hamper yang beserta katalog kempen OP Sikap di pintu tol. Satu kontinjen ada, tak perlu susah-susah".

"Tak vogue la kena semak dokumen itu ini. Kerani dah check dah, sign saja lah".

Mardhiah juga kata, "Saya to the point dah malas nak dengar cerita-cerita, konon didera dek pegangan politik yang tak sealiran dengan pemerintah yang ada."

Maknanya banyak kali la dengar cerita begitu. Walaupun banyak mulut yang bercakap, adakah semuanya fitnah? Jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Kerana pegawai kerajaan macam Mardhiah lah, orang meluat. Tak tahu ke?

Ada guna ke PIAGAM PELANGGAN yang ada kat dinding pejabat tu?

Satu lagi Mardhiah kata, "Zaman dah berubah, takkanla cara kerja masih nak macam dulu-dulu juga?"

Mardhiah tahu ke macam mana cara pegawai kerajaan dulu-dulu buat kerja? JANGAN SUDU LEBIH DARI KUAH.

Dulu-dulu, kenduri anak masuk universiti, cikgu jadi tetamu VIP. Jika ada kenduri nak pergi mekah, D.O. dijemput sebagai tetamu kehormat. Kenduri bercukur anak, doktor klinik desa dapat kerusi merah bawah khemah.

Itu beza hasil kerja pegawai kerajaan zaman dulu dan sekarang.

azlan said...

Pembayaran ex-gratia lebih bertujuan untuk KENEN TDM. Implikasi dari perbuatan tersebut dengan sendirinya membawa maksud:-

1. TDM diktator
2. Merendahkan kredibiliti ahli-ahli tribunal
3. Memuaskan hati rakan-rakan sekelab @ Bar Council

Akibatnya TDM terpaksa menceritakan apakah disebalik pemecatan tersebut.

Cerita-cerita sampingan ekoran pembayaran mula diperbualkan. Sepatutnya fikir dulu sebelum buat.

Berita dari gunung said...

Barangkali demokrasi dan keterbukaan hanya senang disebut tapi sukar dilaksana.

Neragawan ulung bukan memilih, tapi memberi pertimbangan yang saksama.

Sudahnya siapa lagi yang tinggal untuk membelai nostalgia, siapa negarawan ulung dari bumi bertuah ini buat rakyat jelata?

Kalau boleh diingatkan Abdullah, pertimbangan dalam pemerintahan bukan semudah syair dan seloka.

Kalau boleh ditanya lagi Abdullah, benarkah waktu pendakian kepuncak, mata tertutup dan hati pun tidak terbuka, lalu waktu bersantai dipuncak, dalam tangan hanya ada wang berjuta, dalam hati ada dendam membara untuk memadam legacy lama, dan dalam minda tidak ada timbang tara.

Sukar dan pahit, tetapi tidak turun darjat yang ada, kalau diakui saja bahawa NEGARAWAN ULUNG bukanlah milik calang-calang manusia.

Salah kita, cuma segan bertanya kerana kita andaikan kita tahu semua. Dan tidaklah salah pepatah lama, "Malu bertanya sesat di jalan". Kita masih sesat jika tanya bantai-bantai saja. Apatah lagi jika tanya mereka yang belum tiba ke puncak jaya.......

A KADIR JASIN said...

Sdra/i Pedang Bertuah, antara lain, mengulas:

"Camne lah diaorg ni sesuka hati belanja duit rakyat membela orang yang tak perlu pembelaan sedangkan orang yang perlu pembelaan terkapai-kapai mengharap ada tangan menghulur bantuan."

1. Antara kegemaran saya ada pergai dari tempat ke tempat memancing;

2. Saya suka melawat pekan-pekan kecil cari kopitiam dan hasil kampung macam terung rapuh, rebung, sayur kemaman, ikan pekasam dan bunga kunyit. Saya kaki ulam;

3. Dalam perjalanan macam itu kita jumpa, kita nampak dan kita dengar rintihan kemiskinan dan kesuntukan hidup orang kampung. Banyak lagi orang miskin di Malaysia;

4. Emak dan ayah saya mengajar saya erti kemiskinan dan kebajikan.

Semasa saya kecil, antara tugas harian saya adalah memberi beras "seceduk" (secawan besar) kepada setiap peminta sedekah yang datang memberi salam sehingga salam menjadi sinonim dengan orang minta sedakah.

Untuk memudahkan kerja kebajikan itu, emak saya meletakkan sebiji guri (tempayan kecil) berisi beras di belakang pintu dapur. Itulah amal jariah kami selain zakat padi dan binatang ternakan serta fitrah.

Ayah saya pula cergas dalam kerja politik dan kebajikan. Berdekad dia dalam politik dan menjadi pendokong JKKK.

5. Akibat itu, setiap bulan puasa, ramailah jugalah yang datang bertanya "Pak Su Jasin" kalau-kalau ada zakat dan sedekah puasa daripada anak-anak dan cucu-cucunya;

6. Kerana itu juga, ramai pegawai kerajaan datang berjumpa ayah saya kalau mereka hendak tahu sesuatu mengenai kampung kami;

7. Daripada ibu dan ayah sayalah saya belajar bahawa rezeki akan menjadi lebih murah kalau kita bersedekah;

8. Tetapi saya tidak layan permohonan sedekah untuk "golf tournament" atau benda macam itu walaupun nama Raja atau Istana digunakan;

9. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya ibu dan bapa mithali yang masih hidup dan sihat hingga hari ini. Ayah saya 84 tahun dan emak 80 tahun.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Tapi Sdra/i Bat8, mereka tubuh "tribunal" Pita V K Lingam dan belasah Tun Dr Mahathir.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdra/i pengulas yang guna Anonymous yang bercerita mengenai pengalaman kakaknya , seorang ibu tunggal, di Pejabat Kebajikan sangat menarik.

Mohon sangat-sangat dihantar semula komen itu dengan nama sebenar atau nama samaran anda.

Cerita itu sangat menarik dikongsi.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Anak Parit,

Komen Sdra sangat bagus. Tetapi tuduhan/dakwaan mengenai Ketua Bahagian Umno (dengan menyebut nama bahagian) memberi rasuah sehingga RM3,000 untuk dapat undi berunsur fitnah.

Tolong hantar semula dengan tidak menyebutkan nama bahagian.

Kalau Saudara ahli Umno atau ada orang lain yang mempunyai bukti mengenai rasuah Ketua Bahagian merangkap MP itu, elok buat laporan kepada BPR dan Lembaga Disiplin Umno.

Terima Kasih

Hamizi said...

itulah nasib orang kecil datuk... macam minta sedekah...

T%ico said...

YBhg Datuk A Kadir

Pada kebiasaannya, apabila sesuatu kepimpinan berubah maka akan berlaku perubahan DASAR. Perkara Ini biasa. Apabila Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan dari Tun Hussien On, Dr Mahathir membuat Dasar Pandang Ke Timur. Jika ada apa-apa keperluan , negara harus membeli daripada Timur dan membeli barangan British jika tiada pilihan lain.

Apabila DS Abdullah mengambil alih kepimpinan, beliau mengubah dasar dengan memberi penekanan kepada pertanian
Namun, jika dilihat perkembangan pada hari ini, perubahan kepimpinan membawa kepada perubahan KEPUTUSAN yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Banyak contoh yang boleh kita dapati dalam hal ini. DS Abdullah mengubah keputusan Dr Mahathir dengan membatalkan projek Jambatan Bengkok.

Keputusan membeli Eurocaopter juga diubah ketika berlaku perubahan kepimpinan dalam Kementerian Pertahanan.

Apabila Datuk Zaid Ibrahim dilantik menjadi Menteri DI Jabatan Perdana Menteri, beliau mengubah keputusan
tribunal yang memecat Tun Salleh Abas dan 4 lagi cara memberi pampasan kepada hakim-hakim berkenaan.

Mengubah keputusan yang dibuat oleh
pemimpin terdahulu memberi kesan negatif kepada kerajaan yag diterajui UMNO. Rakyat sedar akan perkara ini dan tidak mempercayai UMNO lagi kerana tidak yakin dengan kepimpinan UMNO yang sering bercakaran.

Dalam hal ini, rumusan juga boleh dibuat bahawa pemimpin UMNO berjuang atas kepentingan peribadi bukan di atas prinsip parti.

Moshe said...

Inilah Malaysiaku yang tercinta. Kadang2 kita rasa amat sedih dan pilu bila ada insan yg sangat2 memerlukan seperti rawatan perubatan yg kronik terpaksa ke hulu ke hilir memohon simpati untuk mencukupkan jumlah wang yg diperlukan, terpaksa mengadu kepada media arus perdana untuk kutipan derma, kadang2 wang baru cukup pesakit meninggal dunia kerana kelewatan menerima rawatan.

Di manakah kerajaan berjiwa rakyat ?

Tetapi kerajaan hipokrit ini dgn senang2 mmbelanjakan 10.5 juta hanya kerana nak jatuhkan air muka Dr Mahathir (marilah kita berterus terang shj sebab anda semua orang cerdik pandai belaka), inilah satu2nya kerajaan yg paling tidak bertanggungjawab yg masih ada hari

Anonymous said...

Datuk,

Bergenang air mata saya membaca tulisan Datuk. Saya cukup sedih memandangkan, tersimpang jauhnya bangsa melayu daripada arus firdausi dunia dan akhirat

Saya yang bekerja jururunding untuk bahagian swasta dan kerajaan, tertanya tanya manakah silap kita termasuk diri saya sendiri.

Kekadang terasa jerihnya nyawa untuk berinteraksi dengan insan insan yang sepatutnya bijak pandai dan memegang amanah tetapi tidak.

Terlebih cakap takut disenarai hitam. Tak cakap, rasa berdosa dan bersalah dan terasa iman ini lemah.

Bukan saja antara dua darjat Datuk tetapi juga antara dua dunia kekal dan yang sementara....

Lahaulawalla kuwataillah billah hil ali il azim.

Keturunan Jebat

kluangman said...

Sdra/i Bat8, Kalau nak cari kebenaran, buatlah dengan apa cara sekalipun untuk kebenaran, tapi kalau kebenaran yang dicari dengan menyapu sampah ke bawah karpet..itu kerja hanturaya dan pelesit, selepas darah mangsa dihisap ia terbang mencari mangsa baru.

Tapi kadang kadang akibat kekenyangan hisap darah, ia kaput sendiri, lupa daratan, tak mengaku keturunan hantu walaupun kawan sekelilingnya syaitan.

Dato Rahman Perak. said...

Dato.

Awak ini memang saorang yang hasad dengki.Kenapa nak mempersoalkan bayaran sabanyak 10.5 kapada hakim2 yanh di pecat.saya nampak dato ini dengan Tun Mahathir satu achuan.Apa yang Tun tak setuju,Dato tak setuju.Saya tahu dato dan Tun datang dari negeri yang sama,tapi tolongklah tunjok sadikit kematangan.

Saya tak nampak kenapa perlu ada dua darjat dalam hal ini.Kerajaan juga banyak membantu raayat yang susah.Harga minyak di naik dan di turunkan samula.Bagi wang tunai kapada pemilek kenderaan.Apa yang lagi Dato nak kerajaan lakukan,yang boleh menyenangkan hati Dato.

Saya nampak tulisan dato sejak kebelakangan ini tidak ada satu pun yang betul yang keranjaan lakukan.Semuanya orang lain yang salah.Ynag tak salah Tun Mahathir saorang.

Kita,bukan bodoh dato.Tulis lah berita yang positive sama.Kalau tak ada saya akan hantarkan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Keturunan Jebat, antara lain, berkata:

"Terlebih cakap takut disenarai hitam. Tak cakap, rasa berdosa dan bersalah dan terasa iman ini lemah."

Cakap tetap kena cakap.Kalau tak dapat kontrak atau hilang kontrak apa nak buat.

Ini pengalaman saya sendiri. Kita dibagi satu kontrak kecil. Pegawai saya beritahu, ada pegawai dari pihak yang memberi kontrak mahu sedikit "kickback".

Saya suruh pegawai saya beritahu pegawai yang meminta itu yang saya tidak pernah beri "kickback." Kalau dia mahu tarik balik kontak, dia boleh tarik balik.

Dia tidak tarik balik. Sebaliknya dia minta maaf. Dia kata dia "joking" saja.

Sdr Tico dan Moshe,

Kerana perubahan dasar yang mendadak dan ketara inilah Umno tidak lagi dilihat sebagai parti yang konsisten.

Ia dilihat sebagai parti yang dikuasai oleh individu yang membelakangkan tanggungjawab bersama.

Ia bukan lagi parti yang berpaksikan dasar.

Saya harap Mohd Najib dan teamnya akan mengembalikan kedaulatan suara akar umbi dan tidak menjadi alat kepada anak-isteri dan kroni.

Kalau mereka ulangi tabiat buruk ini, kita dedahkan mereka dan kalau mereka ingkar juga, kita tunggu hingga pilihan raya.

Terima kasih.

Hang Jebat said...

Datuk,

Hakim-hakim itu semuanya dah kaya. Sekarang mereka jadi kaya raya. Mereka semua dapat pencen. Mereka bukan diberhentikan dengan keji. Tak dapat pulangan apa-apa. Ramai lagi susah papa kedana walaupun kerja macam nak mati. Bantu mereka sedikit sahaja pun dah cukup. Selebihnya mereka boleh usaha sendiri.

Dunia..dunia.

Indigo said...

Scribe,

Langit Dan Bumi
(tuah itu letak di badan)

saya dengar cerita satu orang tua
di pulau tuba dan saya baca cerita
cerita anda - tanah ini bertuah
orang tuanya - alhamdulillah

namun cerita antara dua darjat
adalah cerita senator dan
tukang kipasnya seolah-olah
lagak presiden dan wanita nya
wang upahan dan sogok kastanya.

cerita rakyat dan raja adakalanya
indah seronok dan ada sedih
tiada terleih masin terkurang
manis suara menyeruh kelohan kasih

cerita orang tua-tua merentasi zaman - si-jaguh kenal kecundang
sesemerbak dara singgah kata orang
tua tuba itu.

orang tua itu kenal agama nya

terima kasih.

LtCol(R) Idris Hassan said...

Yang Bhg Datuk.
Thank you for giving space to Capt Mukthiar Singh in your blog.Given your credintials it warms my heart that you mentioned me too I am truely humbled.
It,s hard not kenang budi to some one who once taught you the first basic lessons of being a team player and that is, how to march in step,to fire a rifle with the geatest of accuracy or it may be the last shot you would ever fire,who taught you the art of warfare in hunting your enemy and at the same time seeing that the enemy does not hurt you.Then as you rise in rank one day you over hear him tell his friends very proudly "itu tuan colonel Idris anak murid saya" Yes datuk it's very hard not to not kenang this kind of budi.

While in service as soldiers we were always taught not to question or reason why this or that order was given to us but to do what is told even if it was at the expense of our lives, and question we never ever did.
However when grave injustice is done to one of our comrades who gave his all for his country the lips of this most loyal and now ex soldier can no longer remain sealed .It's question time and Mindef must must come out with honest answers and not give us this hog wash about Mukthiar not attending two basic courses, when for God's sake he was an instructer for his entire service in the army.And don't give me this crap of not haveing enough years of recoganised service.29 Tahun tak chukop ke!!!untuk pension. Look at our politicians who give the 'fatwah' on soldiers pensions, they have conveniantly approved pensions for them selves after just one term of 'massive' 4 years of holding office.
People like Capt Mukthiar are asking very little in return for what they have given .They have given us the greatest gift .The gift of freedom to live in peace and harmony .Those officers in Mindef who shoot their mouths about the merit's of not granting Mukthiar a pension were not even born when this young splendidly turband Sikh lad with a royal enfield Mk 4 .303 fifle in hand and leading a Police jungle squad was hunting and eleminating communist terriorist's by the dozen in the rubber estates and jungles of Batu Caves,Kepong,Rawang, Batu Arang and Kuala Kubu just to name a few areas.Let,s not insult this old soldier by being petty.

eddy said...

Salam Dato'. Dah habis mood saya hendak komen mengenai Si Zaid yang bagai kacang lupakan kulit itu. Just let him be, the best thing to do is just to ignore this Malay liberal ignoramus.

Anyway I pray that Saudara M.Singh will receive his dues as soon as possible, he is 75 years old now and time maybe running out for him. I am confident the Prime Minister will want to expedite the plight of this Malaysian Patriot with the publicity now surrounding it.

I am happy to note that the spirit of helping each other regardless of race or religion is still alive and well in our beloved nation.

ain said...

Dato' AKJ
Saya ucapkan selamat menulis kepada Dato Rahman Perak. No wonder that U get a 'dato'.!!!!
Kepada mardhiah: Kalau ada ramai pegawai macam hang ni, lingkup!!!!!!!!

Jutawan said...

Dato,

Sangat betul apa yang diperkatakan oleh Dato'. Yang menyedihkan lagi, pegawai-pegawai MARA, JPA atau sebarang Pegawai bawah anjuran kerajaan yang dihantar ke luar negara untuk monitor dan bimbing pelajar-pelajar kita, dah lah tak ambil kisah pasal pelajar, mereka tiada di pejabat mereka, tidak menjawab handphone apabila pelajar memerlukan pertolongan mereka. Mereka hanya sibuk dengan mancari/membeli kereta mercedes saja. Contohnya pegawai MARA di Dublin, email sampai di bounced back kerana penuh dimana tidak pernah di baca olehnya. Student mengadu bahwa beliau tidak pernah dapat di hubungi. Please check and convey this matter to the govt. Most of them are useless and no help to student, only the seniors who have been carried out their duty. I could understand why 7 student were missing in Australia that our officers not even aware that these students had not attending the lectures. It is such a waste of taxpayer money. Please Dato, highlight this matter in your article and siasatlah.. Thank you Dato.

mad said...

How many roads must a man walk down
Before you call him a man?
Yes, 'n' how many seas must a white dove sail
Before she sleeps in the sand?
Yes, 'n' how many times must the cannon balls fly
Before they're forever banned?
The answer, my friend, is blowin' in the wind,
The answer is blowin' in the wind.

How many times must a man look up
Before he can see the sky?
Yes, 'n' how many ears must one man have
Before he can hear people cry?
Yes, 'n' how many deaths will it take till he knows
That too many people have died?
The answer, my friend, is blowin' in the wind,
The answer is blowin' in the wind.

How many years can a mountain exist
Before it's washed to the sea?
Yes, 'n' how many years can some people exist
Before they're allowed to be free?
Yes, 'n' how many times can a man turn his head,
Pretending he just doesn't see?
The answer, my friend, is blowin' in the wind,
The answer is blowin' in the wind.

Blowin' In The Wind - Bob Dylan

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Tulisan kali ini membuat saya berasa nostalgia! Seolah-olah mendengar "Pian Habib" bersajak hampir 3 dekad lalu.

"Inilah Malaysia negara selamat, aman, makmur dan sejahter..."

Yang kaya diperkayakan lagi, yang miskin, dimiskinkan lagi.

Ini terjadi bila pangkat dan jawatan dijual-beli...

Kesian sungguh!

Sekian.

Wak Tempe.Selangor said...

Datuk Kadir,

Satelah membaca tulisan saudara,saya rasa tajok nya perlu di tukar kapada "Antara Dua Musibat"

Saya rasa tak ada apa pun dalam cerita Datuk melainkan rasa hasad dengki kesumat ada ada peda masyrakat Melayu dan orang2 Melayu.Tak boleh lihat orang lain senang atau dapat lebeh dari kita,ada saja ceritanya.

Ini lah nasib UMNO sekarang,satelah 50 tahun bergerak,tiba tiba sekarang menghadapi bermacaam masaalah.Ini kerana terlalu banyak pemimpin bahagian dan Majelis tertinggi yang Musibat.Tak hairan lah yang UMNO sekarang akan hancor lebor.

Dah tak ada Ubat lagi untok kita baiki orang Melayu.Cirinya sama saperti waktu Kejatohan Melaka pada tahun 1511.Hasad Dengki dan bergadoh sesama sendiri.

Tun Mahathir hairan bagaimana Mat Tayson dan Ali Rustam boleh qualify untok bertanding jawatan Timbalan President.Dia mahu Mahayuddin kerana dia tahu Mahayuddin tak akan bertahan lama.Mahayuddin tak akan boleh jadi PM kechuali sesuatu terjadi kapada Najib.Salepas mahayuddin kita tahu ia mahu Mukriz mengambil aleh Timbalan Perdana Menteri.

Dia hentam Khairy matian,Dia hentam Pak Lah sampai ia tak tahan ia kena berhenti.Ia hentam Ali Rustam dan Mat tayson kerana kedua2 ini di sokong oleh Pak Lah.Dia akan hentam Zaid hamidi erana ia datang dari sekolah Arab,tak tahu Inggeris.Hishamiddin akan lenyap bagitu saja kerana hubongannya dengan Lim ekovest yang amat dalam.ACa pun dah ada fail.Jadi sudah tentu MUKRIZ merupakan calon Timbalan yang sesuai dalam 4 tahun lagi.

Semua ini dah di rancangan dari sekarang.Sebab itu saya kata UMNO tak akan dapat bertahan lama kerana ramai sangat pemimpin Musibat.

Datuk.Musibat ini bukan lah bahasa kasar,tapi ia bahasa Arab yang klasik dan halus untok mengambarkan orang yang sukat menjatohkan orang lain tampa sebab.

Anonymous said...

Dato"

Tulisan Dato' kali ini amat dihargai.

Yang anehnya setelah berbelanja begitu besar...kerajaan berkata bahawa kerajaan tidak akan meminta maaf atas kejadian tidak adil terhadap hakim hakim tersebut...Adakah ini bermakna apology diganti dengan wang? Nampak nya politik wang juga sudah menular kekeputusan judiciary.

Kalau apology diberi tak mungkin harga pampasan sebegitu besar. Kesimpulan nya wang yang sebegitu banyak diberi untuk mengadai apology yang tidak hendak diberi.

Wahhhhh


Politikus Bandar

TEHrasaCOKE said...

Datok,

Saya baru baca taksat dlm Utusan online.
Itu kaki pukul Nazrey sudah mengaku
salah buat statemen pasai pemecatan
6 hakim.

Dia mengaku memang puak 6 orang tu
memang kena pecat.

Apa punya balog liat punya pembesar. Itupun taktau.
Tarak baca punya orang...

Saya masih ingat lagi berita pemecatan tu dulu.. masa tu umog saya baru 20an.

Saya time tu kerja dengan Amir Enterprise yg dipunya oleh arwah Pak Harun Hassan.

Dan saya memang nampak salah sorang
hakim tu dok mai opis... kerap jugak... pasai opis saya publish buku dia. Rasanya Datuk masih ingat
apa buku tu.. tebai hang kata.

Harini Tun buat stateman pasai
kelayakan jadi PM diMalaysia dlm
Utusan. Muka depan lagi.

Macamni la stateman yg kita nak.Powerfull.Berisi...

Yg dok ada lani tak reti cakap.
Tergagap-gagap...Point blank.
Hampeh...

farul said...

Datuk takdak ka link mana2 yang saya buleh baca kesah Mr.Singh tu?

abikhsan said...

Rasa macam nak mencelah pula bila baca Antara Dua Darjat ini atau Antara Dua Musibah.

Tadi dapat SMS dari kampung yang anak Kak Long saya dapat 4A 1B dalam UPSR dan sebagai sekolah di luar bandar ia memang keputusan yang baik.

Walaubagaimanapun, peluang utk ke sekolah asrama penuh mungkin tipis atau tiada langsung kerana keutamaan diberi pada 5A dan aktif ko-korikulum and fine. Bagi pelajar bersekolah di bandar utk dapat 5A merupakan sesuatu perkara yang enteng dengan kemudahan pelajaran yang kondusif dan persekitaran yang baik dan juga kemampuan untuk ke kelas tusyen (guru tusyen datang rumah pun ada). Untuk aktif dalam ko-ko juga mudah kerana sekolah di bandar mudah untuk menganjurkan aktiviti dengan dana dan kemudahan yang lengkap.

Tetapi utk pelajar luar bandar untuk cemerlang dalam pelajaran memerlukan pengorbanan yang besar. Kalau di kira merit dari aktiviti ko-ko mungkin akan ketinggalan kerana sekolah di luar bandar agak terhad dan susah untuk manjalankan aktiviti ko-ko.

Berbalik isu dua darjat sebab itu dalam akhbar hari ini ada tulisan berhubung matlamat sekolah asrama penuh (SBP)terpesong kerana ia di monopoli oleh pelajar pintar dari bandar dan juga anak VIP. Memang mereka ikut merit tetapi this is not apple and apple comparison.

Sepatutnya pelajar luar bandar ada merit yang khas dan tidak setara dengan pelajar bandar. Bagi peluang pelajar di luar bandar untuk merasai nikmat belajar di SBP ataupun sekolah Gred A yang lain.

Kita tidak mahu VIP manjadikan SBP sebagai 'nursery' utk anak mereka. Apa tidaknya merekalah yang lantang komplen kemudahan di SBP untuk setaraf dengan hotel.

Again, ia berkait dengan tajuk posting asal datuk iaitu dua darjat.

Oppss buat Mardhiah.... kerja elok-elok dan jangan cari salah orang. Kalau baru habis belajar jangan lupa bayar duit PTPTN baru boleh vogue. Jangan pula bila orang kampung mcm kakak saya jumpa anda untuk minta tolong anda akan jawab dengan rakan sekerja anda "tak vouge la I nak entertain org kampung @ tak vogue la pegawai nak entertain org kampung, clerk kan ada..."

Dunia oh dunia, ada juga orang mcm ni....

painah said...

Tanya kat mahathir kerana ini semua adalah peninggalan dia. 22 tahun dia menjahanamkan Malaysia atas nama ketuanan Melayu.

Melayu terus diperbodohkan dizaman dia dan sehingga kini masih ramai lagi tak sedar. Bercerita pasal ketuanan Melayu tapi gerombolan sendiri nama omputih.

kluangman said...

Tuduhan mengatakan Mahathir sedang menyediakan anaknya Mukhriz untuk menjawat Timbalan Presiden UMNO 4 tahun lagi hanyalah telahan angin.

Isu yang diperkatakan bukan Mahathir mahupun Mukhriz tetapi ia lebih kepada survival UMNO itu sendiri di PRU mendatang yang memerlukan kepimpinan BN khususnya UMNO memerlukan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah untuk memastikan kuasa Melayu terus dominan. Kenyataan Mahathir bahawa PM Malaysia boleh datang dari pelbagai bangsa yang diterima majoriti merupakan satu bacaan dan signal awal Tun sebagai seseorang yang berpengalaman untuk membayangkan bahawa orang melayu dalam tahap nazak sekarang kerana politik wang.

Mukhriz hanya politikus kecil yang akan ditelan masa jika masih tidak menghayati amanat ayahnya kerana kepupusan kuasa orang Melayu tidak pernah kenal anak Mahathir atau tidak, hanya yang kuat dengan bersih cekap dan amanah sahaja walau anak siapapun, sahaja yang mampu menahan badai ini.

Tidak ada paksaan untuk kita sokong, percaya atau pilih Mukhriz tetapi apa yang Tun sarankan ialah kita carilah, pilihlah pemimpin yang bersih.

Soalnya siapa??

A KADIR JASIN said...

Sdr Farul, sila cuba www.mmail.com.my. terima kasih.

kharami bin awang said...

tahniah Datuk kerana menulis realiti semasa kita rakyat Malaysia.Tanpa berselindung datuk menjelaskan segalanya.

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Posting "Antara Dua Darjat" Datuk kali ni..Menyengat juga kat depa-depa yang berkenaan. Tu pun kalau ada yang terasa. Tapi kalau yang berkulit tebal,bebal dan kebaii...senghat lah macam mana pun, dok macam tu laa jugak..!!

Selain JKM, tempat mengadu-hal orang-orang susah dan daif di bumi Malaysia tercinta ini!! Bagi orang Islam atau masyarakat Muslim di Malaysia...kan-kah, ada Wang Kutipan Zakat dimerata pelusok negara??

Setiap kali atau tiap-tiap tahun...jumlah kutipan Zakat harta yang di laporkan terkumpul mencecah angka berjuta dari setiap negeri-negeri. Di antara sebab Zakat harta di wajibkan kepada yang mampu ialah demi untok membela nasib umat Islam yang tak mampu...kalau tak silap saya lah!!!

Tapi...masih ada laporan-laporan di TV,akhbar-akhbar dan lain-lain sumber media yang mendedahkan nasib derita sayu masyarakat Islam. Dan ini persoalan lama yang selalu ditanya..?? Di manakah silapnya....Kalau ada silap apasai tak di perbetoi kan!! Lama sesangat dah..dok bagi alasan yang serupa. Setiap kali di tanya, jawapannya standard...tak cukup kakitangan memantau, terlepas pandang dan macam-macam punya birokrasi dok ada.!!

Yang heran nya..jumlah dok bertambah tahun demi tahun setiap kali dijumlahkan!! Yang pelik nya ada laporan dibentangkan menyatakan Peruntokan tak di belanjakan sepenuhnya ..jumlah Umat Islam yang betoi-betoi memerlukan masih tak terbela...!!
Jab. Agama kaa..Baitulmal kaa dah macam dok berlumba-lumba !!! Nak tayang..tenghoq sapa yang paling banyak kumpoi...negeri mana!! Daerah mana, kantungnya paling banyak terkumpoi..!!

Bila kita dok tanya banyak-banyak..haa mulalah depa bawak keluaq hadis tu laa...nas ni laa!!!
Tapi dok macam tuu lah jugak....umat Islam Malaysia menderita tak kesudah, tak terbela dek kena tinaih....hinggakan ramai yang putuih harap...!!

Sebagai contoh Baitul-mal Taiping Perak...macam-macam birokrasi dok ada..!! Banyak sangat songheh nya..!!

Sekian..terima kasih Datuk..Wassalam.

mohd idris hassan said...

Yang Bhg Datuk,
With your permission may I direct your readers who want to read the full story of the axploits of Capt mukthiar to please go to the -
7rangers.blogspot.com for the complete and on going story .Readers are also welcome to e mail me at ltcolidris@yahoo.com with any questions regarding the Captain and and I will be happy to respond
thankyou

haji said...

Salam Dato AKJ.

Pegawai kerajaan sekarang bukan saja malas dan tak berperikemanusiaan, tetapi kaki rasuah. Apa saja minta tolong, dia akan minta habuan. Yang jaga payment kalau nak cepat kena hulur cepat2. Yang jaga projek, mereka akan bersekongkol dengan kontrektor menaikkan harga . akibat nya kualiti kerja dan bahan yang dibekalkan "tak berguna" dan mudah rosak.

Pegawai kerajaan di malaysia tidak amanah. Tubuhlah suruhanjaya rasuah, tak ada faedahnya pun.

Indigo said...

Scribe,

Dalam hal ex-gratia kita perhatikan dalam darjat-kasta mana yang memberi berada dan enam yang terima tersungkur. Jenis manusia apakah mereka ini? Siapa yang mulia dihormati semua agak kenyataan optimis.

Dalam hal Captain Mukhtiar bukankah harus ditanya kenapa pengurusan hal-hal anggota tentera membiarkan pekaranya terjadi begini lama? Taat Setia adalah cogankata 4 RAMD dan regimen-regimen yang lain cogankata-cogankata yang indah-indah juga.

Antara dua darjat adalah cerita
si-zalim dan yang dizalimi; benar dan bathil; hitam dan putih. Hidup ini berwarna-warni, bukan begitu?

Akidah liberal universal Zaid ibrahim itu aqidahnya warna apa? Dan yang 6 penerima? black hole?

Dan benarlah kata-kata YABhg Tun Dr Mahathir lebih-lebih lagi bangsa malaysia itu walaupun yang ingin dipelawa adalah dari pokok mana datangnya kekayaan negara kita
terjawab: tuan dan hambanya si-buta nan celek.

Terima Kasih

Moshe said...

PAINAH kata 22 tahun Mahathir menjahanamkan Malaysia atas nama ketuanan Melayu dan memperbodohkan Melayu.

Saya bukanlah pembela Mahathir tapi mintalah painah tunjukkan bukti terhadap dakwaannya..dan jika betul saya pun ingin juga membenci Mahathir.! Sekadar mengutuk orang yg telah banyak berjasa bukanlah satu kebijaksanaan..atau mungkin painah ini belum matang dan perlu banyak belajar dari pengalaman orang lain.

malaysia said...

sungguh tepat dan jelas.

anak parit said...

Salam Dato' AKJ,

Mengenai komen yang saya tulis pada hari tu, saya tak berniat nak menabur fitnah kerana perkara tu berlaku depan mata dan saya hanya menulisnya sahaja kerana kecewa sikap segelintir pemimpin UMNO. Saya juga adalah ahli UMNO yang sudah lama tidak aktif sejak 1998 kerana kecewa dan saya tak berhasrat pun nak laporkan ke LD atau BPR kerana saya tahu betapa susahnya bila disoal -siat-siat kerana pada hemat saya yang patut melapurkan ialah orang yang menerima habuan tersebut.
Komen pada hari tu mengenai pesakit jantung yang terlalu lama menunggu hingga temujanji ajal menjemput mereka lebih dahulu dari temujanji di IJN, saya utarakan perkara tersebut kerana pada tahun ni sahaja (sehingga Nov 08) dah 6 orang rakan meninggal disebabkan serangan jantung, 4 dari 6 orang memang sedang menunggu pintasan koronari di IJN, mereka adalah orang "kecil" yang tak mendapat laluan segera kerana kononnya masih ramai menunggu untuk dibedah, apa yang dikesalkan ialah seolah-olah nyawa orang "kecil" boleh dikorbankan untuk laluan orang "besar".
Setelah 50 tahun kita merdeka , kerajaan gagal mewujudkan banyak pusat rawatan seperti IJN di setiap negeri.
Kerajaan sepatutnya menjadikan kerajaan Cuba sebagai contoh , Cuba berjaya melatih rakyatnya menjadi doktor pada nisbah 1:100 (kalau tak silap saya), dan merupakan negara yang mampu menghasilkan penawar pesakit barah pada tahap 4 (tahap kritikal). Ahli politik kita terlalu berpolitik dan menyebabkan setiap perancangan yang dibuat adalah untuk jangkamasa pendek dan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Ahli politik kita tak pernah belajar dari masa lalu dan dari negara lain khususnya AS, Jabatan perancang bandar New York merancang sistem perpaipan dan pembentungan mereka 100 tahun dahulu dan mereka tak memerlukan kerja-kerja pengorekan yang kerap untuk memeasang paip, kabel dan lain-lain perkara.
Kita lihat sahaja pembinaan jambatan Pulau Pinang Ke 2, jambatan yang pertama siap dibina pada tahun 1984 (kalau tak silap) tetapi selepas 24 tahun ,kerajaan terpaksa keluarkan belanja sebanyak berbillion untuk buat jambatan no 2, salah siapa??
Kalau dulu kerajaan melaungkan
"Anjakan Paradigma" untuk rakyat beralih pemikiran tetapi ia hanya sekadar ungkapan seperti selalu, kerajaan kita sekadar berjaya mewujudkan ungkapan yang sedap didengar. "Bekerja bersama-sama saya","Kepimpinan melalui teladan","Bersih , Cekap dan Amanah" dan akhirnya.....
"Berkudis, Berkurap dan Bernanah"

Anak_Parit

Budak baru belajar said...

Dear All,

My opinion, kalau betul hakim2 ini memang berhak terhadap wang ini (diatas sebab2 yang tertentu) kita tak boleh menafikan hak mereka biarpun mereka ni dah kaya raya atau terdapat banyak lagi orang2 miskin kat Malaysia ni..HAK mereka tetap HAK…

Cuma sebagai seorang pembayar cukai saya berasa terkilan kerana wang saya itu seperti terbazir pada yang tak sepatutnya…tapi apa boleh buat benda telah terjadi, kita hamba marhaen ni tidak mungkin akan tahu apa yang sebenarnya berlaku..

Kerajaan (PM) sekarang yang salah kerana memberi atau PM yang dulu yang salah kerana memecat??? Eemmm…atau rakyat yang salah memilih kerajaan dari dahulu samapai sekarang…entahlah…

Anonymous said...

Datuk,

What do you expect from a country which adopts capitalistic a.k.a. "money is everything" economy?

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. That is the fact.

I think it is about time we dish out this "totok" capitalist system and try to embrace socialism.

-sinbad-

Bernard said...

Pak Kadir Jasin, your article illustrates yet again the abnormalities that take place on almost routine basis in our government regardless of time and space. But to be sure I have the highest respect and regard for the action Dato Zaid b Ibrahim initiated in dealing with the sacked judges. In the end they did not receive the justice they were entitled to but some monetary compensation, I guess softens the pain. And Dato Zaid – can we hope that we still others like him in the cabinet - and the government has triumphed in the public eye.
Kapt Mukhtiar has waited in patience for some 25 years or more for justice and it is simply blows my mind that MINDEF can wave off his claim without giving the matter more consideration. Sure, such financial matters especially as old and complicated as this case requires much more investigation but MINDEF is very efficient and competent and I have no doubts all supporting documents can easily be assessed. And sure he will still not fill the criteria for a pension under the conditions of service at that point of time but a recommendation to the Armed Forces council can easily make some exemptions for this extraordinary and exemplary former police inspector and Captain. Are there others who are in the same predicament? Probably not and if there are they cannot number more that a few. And how much will this cost the government? Not too much, I think. But how much credit and goodwill will the Government and in particular the PM and Defence Minister reap from this issue?. A lot, I reckon and even more the confidence from the rakayat that we do have a compassionate government that will deliver ultimately.

freemusic said...

Datuk,

Dalam membicarakan antara 2 darjat ini saya teringat bagaimana pula dua kumpulan rakyat yang dibezakan. Yang satu disuapkan pelbagai anugerah bantuan diberikan tanah siap bertanam bahkan bonus raya setiap tahun tak termasuk bonus pilihanraya. Mula-mula disuap generasi pertama. Kenyang generasi pertama kemudian disuapkan pula anak-anak mereka digenerasi kedua. Pelbagai peluang disediakan bahkan dimanjakan sebegitu rupa.

Kumpulan yang satu lagi sejak berpuluh tahun sentiasa hidup susah di hulu-hulu kampung hingga kehari ini. Walau pun setelah 51 tahun negara merdeka cara hidup mereka tidak banyak berubah. Nasib mereka lebih terbiar walau pun di media kerajaan nasib mereka tidak pernah dibiarkan. Masih ramai anak-anak mereka hanya sampai ke Tingkatan Lima kerana sistem pelajaran yang membenarkan. Ramai yang layak ke pengajian tinggi tidak berbuat demikian kerana tidak berkemampuan menghadapi pelbagai bayaran dari mula menerima tawaran. Ramai yang cuba mengadu kepelbagai jabatan dan yayasan namun terlalu ramai yang hampa. Maka menjadilah mereka anak-anak bangsa yang ketinggalan, lalu menjadi penyambung kepayahan ibu bapa mereka di hulu-hulu kampung diseluruh pelusuk negara tanpa pembelaan yang wajar.

Kumpulan pertama adalah peserta-peserta Felda manakala kumpulan kedua adalah rakyat biasa di kampung-kampung.

Mengapakah mereka ini dibezakan dengan begitu ketara sekali? Lebih ketara fenomena ini berlaku sejak Felda diletakkan dibawah jagaan TPM. Mengapakah duit Felda dibelanjakan dengan begitu gelojoh sekali hinggakan selepas lebih 52 tahun mereka masih tidak boleh menjadi manusia yang berdikari? Mengapakah Felda masih perlu membela anak-anak mereka? Istimewa sangatkah golongan ini?

Bagaimana pula nasib orang miskin di kampung-kampung? Apakah undi peserta Felda lebih penting daripada undi orang miskin di kampung-kampung?

Tolong Datuk berikan pandangan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).