Monday, June 15, 2009

Buat Baik Biarlah Berperi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LEE Kuan Yew datang dan pergi
Mengadap Raja, mengunjung Menteri
Bermesra dengan anak dan bini
Semuanya seronok tidak terperi.

Konon dipanggil “Uncle Lee”
Khabar cerita digelar “Daddy”
Satu Semenanjung dia pergi
Melawat negeri BN, Pas dan DAP.

Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur.

Maka “Daddy Lee” pun berkata
Suami-isteri pasangan bahagia
Malaysia-Singapura jiran tetangga
Marilah kita hidup bersama.

“Uncle Lee” orangnya bijak
Kawan dan lawan semua dipijak
Dari zaman penjajah sudah pun nampak
Kawan baik ke penjara dicampak.

Cina, Melayu, India dia tak kira
Semua berkawan akrab dan mesra
Tetapi bila hendak berkuasa
Satu persatu dihumban ke penjara.

A Samad Ismail jangan dilupa
Lim Chin Siong itu siapa?
Devan Nair dikatakan gila
Kerana di depan “Daddy Lee” berani bersuara.

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

LKY datang dan pergi
Hebohlah kita satu negeri
Buat baik biarlah berperi
Takut tergadai kampung dan negeri.

Di pinggir sawah melakar kata
Ampun dan maaf terkasar bahasa
Nasib petani janganlah dilupa
Kerana merekalah makanan tersedia.

74 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Minta maaaf Anakanda bermula kata
Bukan semua anak muda yang mudah lupa
Apa yang "daddy" buat pada kita semua
Cuma siapalah kami berbanding mereka

Sate dan kueh muih menjadi hidangan
Tak cukup PM, binipun turut mengundang
Entah apa yang dijadikan buah tangan
Untuk bekalan dibawa pulang

Anonymous said...

LKY never stops rebuilding and reinventing Singapore. That's why he was here, to know more about Pakatan. He wanted to know about them from UMNO and from his offsprings, Kit Siang & Co. He needs to prepare Singapore in case PR becomes govt. He is smart, fine. But UMNO top guns are not smart, and that is not fine.


Alam

Akar Umbi said...

Tanjung Piai, Tajung Puteri
Selatan Johor Wilayah Iskandar
Buat baik biarlah berperi
Tiada beban batu dikandar

obrisi said...

Salam Dato', kenapakah bila masyarakat melayu menyambut kedatangan LKY Dato' sedih kerana sambutan yang diberikan tapi bila masyarakat melayu hilang akhlak dan iman disebabkan kedatangan pengaruh2 barat Dato' tidak begitu sedih begini. Asyik bercakap soal melayu..melayu..melayu...melayu boleh hancur juga kalau pegangan agama dah terhakis...fikir..fikir lah

ikan emas said...

Tentang sejarah kami buta
Cetek ilmu tertutup hati
siapa LKY tolong cerita
biar generasi tahu belaka.

Todak melanggar Singapura
ada ke nak tahan dengan peha
tanah terlepas ke tangan cina
jangan meraung tak usah berhiba.

Hati-hati memilih labu
pasti ada diamkan ulat
Hati-hati memilih tamu
Mesti ada tujuan tersirat.

PARPUKARI said...

Saya cukup kecewa dgn sikap pemimpin kita. Adakah mereka buta sejarah atau buat2 buta!

saji said...

Dato', pada saya, Lee Kuan Yew lebih teruk daripada Chin Peng. Maksud saya, sekurang-kurangnya Chin Peng tak lagi mengancam masa depan orang Melayu berbanding dengan Lee Kuan Yew.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk

Sangat dalam maksud dikata
dihatiku rasa hiba
bagaimana hendak dikata
kebanyakan melayu mudah lupa

www.warongkopi56.blogspot.com

Azhar Husin Enterprise said...

Assalamualaikum Dato'

Saya beberapa kali menjejaki tanah Singapura. setiap kali itulah hati menjadi sayu, hiba dan tak terkata-kata. Tak tahu nak salahkan pada siapa. Pulau Singapura dah tentu terlepas, Batu Putih kita baru berputih mata, Tanah KTM dah jadi Milik orang lain.

Ruang udara kita orang guna sesuka hati mereka, perjanjian air di buat mengikut kehendak mereka, ambil pasir laut kita buat tak nampak dan lagi..lagi...

Hati dan perasaan saya menangis mengenang cerita ini. Apa yang pasti kita memang bangsa yang baik hati. Kadangkala kita lupa orang lain mengambil kesempatan di atas kebaikan kita atau memang orang lain mengumpan kebaikan untuk mendapatkan sesuatu dari kita.

Jadi pemimpin-pemimpin kita hendaklah berhati-hati dan berhati-hatilah bila berhadapan dengan Singapura.

terimakasih

borhan said...

Dalam maknanya seloka Datuk ni.Orang lama bila berbahasa...begitu lah kita ibarat kata mantan PM kita yang lalu "Melayu mudah lupa". LKY tidak akan datang saja-saja sekedar makan angin atau mengingati kenangan lama.Ada yang tersirat disebalik keramahan dan kata-kata manisnya itu. Saya masih ingat ucapannya dalam Bahasa Melayu di Radio Malaya menjelang penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang lalu walaupun masa saya masih budak-budak lagi.

Anonymous said...

akm..dato nak ajaq lagu mana lagi..habaq-habaq dah, royat pon dah...lani sindir berkias..kalau tak paham lagi tahap tunggui...

tabuan: teringat bait sajak ni

...dagang lalu di tanak nasi..
..suami pulang kelaparan..
(usman awg)


tabuan

Anonymous said...

Datuk,

Fasihnya Datuk mendendagkan puisi ini.Pada pendapat saya,apa yang lebih penting ialah menunjukan Malaysia jauh lebih hebat daripada Singapura dalam semua bidang penting. Semangat nasionalisme memang penting, tetapi jangatlah pakai mulut sahaja. Kita mesti menunjukkan kita lebih digeruni daraipada pihak Singapura. Tetapi sedihnya sekarang kita sudah jauh ketinggalan. Cuba bandingkan Singapura dengan Johor Bahru,Pulau Pinang daripada segi infrakstruktur, kebersihan, keselamatan maka kita tahu apa maksudnya kemakmuran......

Saya tidak bermaksud untuk mengangktan Singapura dan jatuhkan negeri sendiri...Tetapi inilah satu kebenaran......

Biarlah kita bekerja kuat untuk menunjukakan orang Melayu lebih bagus daripada Orang Singapura.

Jubaidah

pakbelalang said...

We should have a Menteri Besar of Johore resembling Lee Kuan Yew's brain, if Johore state wants to compete with Singapore economically.

Johore must have a Menteri Besar whose vision is like LKY. A Menteri Besar who is not obsess with "ghazal" "joget zapin" and "kuda kepang" or makanan "mee rebus and mee bandung" !! kah, kah, kah !!

Kawan pun orang Mua"o", sepatah kata Dato' Johan Jaafar (orang Muao juga) hampir semua Menteri Besar Johore dari orang "Muao" tapi belum dapat melahirkan Menteri Besar bertaraf LKY lagi. Mungkin Razali Ibrahim , budak kampong kawan dari Parit Jawa, the new and up coming potential Menteri Besar of Johore could do something better than the previous and current Menteri Besars.

Apa komen kawan Dato' bernama Dato' Ron bekas MP yang juga bersekolah di Muar High !!

numero_uno said...

salam dato'

Sungguh sayang bunga melur
Putus karang jatuh ditangkai
Sungguh sekarang masa yang malang
Kita celaka menerima kafir


adiossss..

Ahmad A Talib said...

uncle lee pandai berkata
usia dah tua tapi masih berbisa
jangan kita mudah percaya
kata manis beracun belaka

pahit manis

Anonymous said...

Datuk,
Love your entry.
I'd like to think that LKY had to come here, visit the top guys because his 'agents' failed miserably. He must have said to them: "You idiots! Do I have to do everything myself??"

DayangSenandung

Anonymous said...

I'd like to think LKY had to come here, and personally meet the top guns because his 'agents' failed miserably. He must have said to them: "You idiots! I have to do everything by myself."

He he..

DayangSenandung

Nor Asmah said...

Nik Aziz jangan sangka kehadiran Lee hanya lawatan. Tapi… itulah permulaan jajahan minda pertamanya. Bila Dap berkuasa di Malaysia tak ada mustahil bersekongkol dengan Singapura. Maka hilanglah Melayu kali kedua.

sedardiri said...

bila musuh berbuat baik dengan kita maka adalah sesuatu yang dihajatinya......

sedardiri said...

saya pun hairan kenapa dia akhir-akhir ini ambil berat tentang negara kita,sejarah mengatakan bila musuh berbuat baik dengan kita,memuji kita.... maka ada lah sesuatu hajat yang dikehendakinya....wallahualam

SA Rahim said...

Begitulah ceritanya. Saya pun tertanta-tanaya sama ada Uncle Lee ini melancong, menziarah atau pun on a spying mission ke negara ini. Nampaknya lebih kepada spying mission untuk menjejak pendapat dan rasa hati pelbagai pihak di Malaysia.

Unknown said...

GILER LENGGOK RITMA YANG CUN...

Anonymous said...

Apa bezanya Mahathir Datuk? Siapa yang masuk ISA? Pemberontak Komunis? Saya juga baca tulisan Datuk mengenai ching Peng...saya rasa Datuk kena baca balik perjanjian Hadyai yang ditandatangani oleh Malaysia.... budaya Melayu datuk kalau berjanji kita kotakan... pikir-pikir la datuk...saya agak muda untuk nasihatkan Datuk...wasallam.

Ahmad
Kampung Pandan.

Lancang Biru said...

Memang saya menjadi meluat habis bila membaca surat kabar yang dipenuhi cerita dan gambar lawatan LKY ke Malaysia. Maka adalah seorang pemimpin sebuah negeri yang tersenyum lebar sambil menunjuk tanda bagus apabila dapat bersalam dengan negarawan ulung kerajaan dari kota singa.

Saya sebenarnya cuba membuka minda untuk mencari sesuatu yang positif mengenai kedatangan LKY ini. Mungkin kerana beliau telah menyedari betapa pentingnya rantau ini kepada perkembangan masa depan Singapura, mahu tak mahu beliau terpaksa berdatang sembah untuk menyambung silaturrahim yang tidak berapa ekrab sebelum ini.

Kenapa sekarang? Kenapa tidak datang 2 tahun yang lepas sebelum krisis ekonomi melanda dunia? Mungkin kerana masa itu beliau masih terlalu yakin dan angkuh atas kehebatan Singapura untuk terus maju bersendirian.

Kepada mereka yang berbangga sangat dapat bersalam dengan LKY ini, jangan lupa kata orang tua-tua - buat baik berpada-pada, buat jahat......

AFAH said...

..nampak gambarnya berjabat dan bermesra dgn TGNA..dgn TGNA mengangkat ibu jarinya...agaknya Pas dah lupa..LKY itu siapa..

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
TUMPANG MENYELAH..
....
Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur.

LAIN PULA AYAHANDA TUN DILAYAN
DIANGGAP KAFIR DIGELAR FIR'AUN
BERBARIS SOLAT HAJAT DIPOHON
AGAR MAHATHIR TAHTA DITURUN

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

INI PULA CERITA BARU
APA KENA DENGAN TOK GURU
DENGAN KAFIRIN DIA BERSEKUTU
DENGAN SEKIBLAT DIA BERSETERU

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

AYAHANDA TUN MEREKA PERLEKEHKAN
KALAU BOLEH HENDAK DIHUMBANKAN
'UNCLE LEE' KATA APA DIBEBASKAN
AYAHANDA TUN APAKATA DIBEKUKAN

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

'SAMURAIMELAYU' MOHON RUANG UNTUK MENCURAH KASIH KEPADA KHALIFAH AGUNG MELAYU MUSLIM YANG KAMI SANJUNGI

MAHATHIR NAMAMU MEKAR SEGAR
SEPERTI MAWAR DITITIS EMBUN PAGI
MANIS DIKATA
PERGIMU KU TUNGGU
PULANGMU KU NANTI

ENGKAU LAYAK MENERIMA ANUGERAH
RIMBUN PELINDUNG UNTUK SEMUA
AYAHANDA TUTUR PENGHARGAAN BANGSA
BONDA UNTUK ISTERI TERCINTA

SALAM KASIH KAMI AYAHANDA TUN DR. MAHATHIR
SALAM KASIH KAMI BONDA TUN SITI HASMAH.

MELAYU INI TIDAK MUDAH LUPA AKAN PERJUANGAN MU MENJULANG PANJI-PANJI BUMI BERTUAH
ANAK WATAN PUSAKA BANGSA

ALFATIHAH, AMIN.

uton51 said...

Dato,

LKY datang ke Malaysia bukan nak jumpa PM dan pemimpin BN, tujuan asalnya nak jumpa pemimpin Parti Pembangkang. Jumpa pemimpin BN hanyalah helah dan taktik LKY

A KADIR JASIN said...

Dear esteemed visitors and debaters,

One of the persons that LKY met (or who sought a meeting with him) during the course of his visit to Malaysia, told me that LKY told him the following:-

1. The 6,000km radius is Singapore’s hinterland. That includes mainland China and Japan;

2. Any attack by Tun Dr Mahathir on Singapore will not only scare away Singapore investors but also those from the Gulf states from Iskandar Malaysia Development Region;

3. In another word, the Arab investors are taking the cue from Singapore;

4. Not to worry about Singapore’s investment in Iskandar as it would be gradual and Iskandar wouldn’t be dominated by Singaporean Chinese;

5. The Malays can always work for the Singapore Chinese and in that way equalising their number in the Iskandar region;

6. Singapore is always prepared for the worse case scenario (whatever that means);

7. If the Doha World Trade Organisation (WTO) Negotiations fail, Singapore will survive due to the various Free Trade Agreements it had signed;

8. Malaysia would miss the boat if it does not enter into FTAs, especially with the USA;

9. Dr Mahathir’s proposal of the new water rates was absurd and forces Singapore to development technology to desalinate seawater and selling the technology to Gulf Cooperation Council member states; and

10. Agreeing to replace the Tambak Johor would cost Singapore S$500 million to move their CIQ. The third bridge is cheaper.

Non-partisan said...

Kita telah kehilangan Pulau Batu Putih yang mempunyai nilai strategik. Maka kita mempersalahkan mereka yang terdahulu.

Janganlah pula kita dipersalahkan kelak oleh generasi akan datang sekiranya mereka kehilangan Malaysia.

Waspadalah!

Quantum Metal Consultant said...

Body language Nik Aziz bila berjumpa dengan LKY nampaknya senada dengan body langguage 3 Naib Presieden UMNO - longlai.

Nik aziz tunjuk jari tanda bagus sekadar untuk menumpang dan minta endorsement dari LKY sedangkan yang sepatutnya LKY lah yang memberi tanda tersebut sebagai pengiktirafan.

Nik aziz sekadar memperluaskan lagi dirinya bukan sahaja jadi boneka di peringkat glokal tetapi kini di peringkat global - Nik Aziz lupa dihadapannya ialah kroni Israel.

Anonymous said...

Datuk, izinkan saya tambah sikit:

usah dihairan, usah dihiba
inilah rona pemimpin yang ada
sesama bangsa bukan main menyinga
dengan orang, tak angkat muka

kalau bercakap depalah hebat
tegur sikit teruk disebat
bila seteru dah mai dekat
habih semua depa menjilat

kalau beginilah perangai depa
apa nak jadi anak cucu kita
dah la pendatang depa dok bela
kawaq pula depa buat lupa

--Balanglama

azlishukri said...

makin teruk cara orang Melayu berfikir

Pak Malau said...

Bangga sungguh Tuan Guru bersalam dengan En. Lee.
Isyarat ditunjuk bahawa, inilah pemimpinnya. (yang nombor satu?).
Pengakuanpun diberi bahawa pemerintahan Singapura adalah Islamik.
Hairan, untuk Malaysia bermatian-matian mengatakan tidak.
Sedih sungguh mengingatkan nasib bangsa dengan pemimpin-pemimpin yang ada.

the tedung selar said...

AYAG MENET ROTI KAPAI,
MARI MAKAN DI PEKAN TANGKAK,
AJAG MONYET BAGI PANDAI,
NASI DITELAN TANGAN KITA DIA TOKAK.

pakbelalang said...

No need to elaborate and make an analysis about the "Emperor of Small Kingdom". We simply can draw a conclusion that our leaders are all "GOBLOK" period.

matangbertam said...

Saya sependapat dgn tulisan obrisi. Dato' tak tengok ka mcmana seorang anak bekas PM, lagi seorang timbalan menteri, lagi bekas calon ketua pemuda, lagi ahli parlimen, menyambut parti tari menari ala barat di mahligai mereka?

Mana melayunya yang dilaungkan?

eddy said...

Salam Dato', cantik bahasa tapi sangat berbisa. Saya pun baru membaca nukilan terbaru Dr Mahathir yang menyelar Lee Kuan Yew sebagai "the Little Emperor". Ramai juga termasuk saya sendiri tertanya-tanya kenapa Maharaja Kecil Singapura ini dibiarkan merayau merata-rata Malaysia. Saya baru balik dari Singapura dan liputan lawatan Lee Kuan Yew sangat meluas tapi yang tersirat saya nampak selain dari cubaan dia untuk mengecil-gecilkan Dr Mahathir one last time sebelum dia tinggalkan bumi ini saya rasa dengan izin;

I have one other word for for his visit and that is "sand". Singapore needs Malaysia’s cheap “sand” to expand its physical size just like Singapore needs cheap raw water from Malaysia for its daily sustenance. Sand transfer from Malaysia and Indonesia for reclamation work to increase Singapore’s land mass has been banned since Dr Mahathir’s time and Singapore had to resort to expensive sand import from Vietnam and Cambodia to sustain its reclamation programme and the cost is literally killing them.

Forget about all the propaganda by the Singapore Government of the visit to meet Najib, the UMNO Vice Presidents going to Perak then meet Guan Eng and Nik Aziz and how Tsu Koon queued at Penang E & O Hotel to see him for about 30 minutes only. Lee’s condescending talk about consistent long term bilateral talk about resolving issues between Malaysia and Singapore, issues like the supply of raw water to Singapore, use of air space, EPF withdrawals, the KTM land problem, the crooked bridge where Tun Lah’s Government inexplicably conceded that we cannot dismantle the causeway on our side of the border without Lee’s permission etc. are just cover to persuade Malaysia to supply sand to Singapore.

If we read read between the lines we can see how Lee insisted to dictate how any bilateral talks must be done based on his priorities and how he linked the talk about the third bridge with supply of cheap sand from Malaysia. Malaysia has a strategic asset within its borders beside petroleum and good clean water, i.e. “sand” which if used wisely and strategically by our Government can help force a resolution to many of the bilateral issues with Singapore notwithstanding Lee’s grandstanding. Lee nearing his end of days knows this, and that’s why he is going on a “Gorilla chest beating” diplomacy to project Singapore’s influence before he is called upstairs. I for one never believe that he is serious to see Iskandar developing to become better than Singapore's Jurong Township, it is just a ploy to sweeten up Najib's Government.

Note: for all of Lee’s propaganda on how great Singapore since it was kicked out of Malaysia in 1967, he failed to make Singapore self sufficient on water and miserably failed to persuade his neighbors to trust him enough to supply cheap sand to expand Singapore’s size to match its population increase.

Sekian. Terima Kasih.

Semut Api said...

jaga sikit, esok kompeni singapore pajak tanah di Malaysia tanam padi, sayur segala khusus untuk supply ke singapore sahaja.. oleh kerana untung lebih banyak, lagi banyak petani usahakan ladang mereka dari ladang bagi makan untuk kita... tengok lah... tengoklah...

Othman Wok said...

Dato K.

Satelah membaca komen kawan2 kita didalam Blog Dato,hampir kesemua penulis,termasok Dato sendiri memandang rendah kapada LKY.Saya hairan.

Melihat apa yang berlaku di Singapora dalam masa 40 tahun yang lepas,saya berharap LKY menjadi PM Malaysia.Sudah tentu Malaysia akan menjadi negara yang terkaya sekali di dunia.Kita mempunyai Bijeh timah,minyak,gas,balak,kelapa sawit tapi kita hairan kita tidak ada simpanan reserve langsong saperti Singapora.Singapota mempunyai US$200 billion reserve.Dalam bentok simpanan,dan equity}Reserve kita US$100 billion,bukan dalam bentok simpanan saperti singapora.Sebab itu bila kita umumkan package ransangan kita kena pakai wang EPF.

Dalam careear LKY ia berjaya out smart David mashall,Communist,Chauvanist China,socialist,Tengku abdul Rahman,Suharta,dan tak lupa TUN Mahathir.Itu kebolehan dia dan kepandian dia.

Samasa Najib Mrnjadi PM,LKY memuji dia dengan megaitkan Najib dengan bapanya Tun Razak.Najib dah kembang dan bila berjumpa Lee dia memangil uncle Lee.Rosmah pula tak mahu ketinggalan dia panggil Daddy.

Ini merupakan satu perkembang yang baik untok malaysia.Najib juga mengadu kapada Lee bahawa banyak sangat kekachauan yang di buat oleh opposition party.Lee Kuan yew menasehati najib.Put them in Jail dan dia akan datang melawat malaysia berjumpa dengan Pemimpin pembangkang saperti Nik Aziz,Lim Guan Eng dan Khalid menasehati mereka supaya jangan buat kacau.

Saya setuju,Kita patut memangil Lee sabagai maharaja Cina saperti Laksamana Cheng Ho.Sungguh pun Cheng Ho telah menjajah Dunia dan belawat Melaka,Palembang,Sri Langka,Eden,dan Afrika Timor.Ia tidak menjajah negeri ini sapereti yang di lakukan oleh Inggeris.Ini sama saperti yang di buat oleh Lee Kuan Yew.Saya hairan kenapa kita marah sangat kapadanya.Ada kah dia menipu Malaysia dan orang Melayu.Jawabnya tidak.Ada kah dia menjajah dan menipu Indonesia.Tidak.

Jangan lah kita ikut emosi sangat.

sf said...

betoi betoi!
history is one's life effort to know... as history will determine yr future

nothing great from a man leading a small island....with his assistant that always shouted "the plane...the plane"

:)

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Satu peristiwa yang tidak menyenangkan sebahagian dari kita.Soalnya adakah lawatan LKY itu satu lawatan rasmi atau lawatan peribadi. Jika ianya lawatan rasmi maka apakah peranan yang dimainkan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri. Biasanya merekalah yang menentukan apa yang patut dan yang tak patut dilakukan.

Pada mulanya saya beranggapan hanya orang diluar bandar merasa terpinggir. Sekarang orang peringkat menengah pun meluahkan rasa terdapatnya dasar mengutamakan orang lain dari orang sendiri. Ini jika betul perlu diubati dengan segara kerana jika tidak besar implikasinya kepada landskap politik negara.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

ruyom said...

Lee Kuan Yew said the relationship between Malaysia and Singapore has not always been smooth sailing, and so investing in the Iskandar Development Region (IDR) may not always be smooth sailing for Singaporean companies.

This is simply a statement of fact that nevertheless appears to have gotten local Umno leaders into a tizzy.

Every local Umno politician hopes to be in a position to be approving investment flows into the country because to stand as gatekeeper is a very lucrative position, and when public squabbles erupt between Umno politicians about who is the better "protector of malay privileges", it usually means someone just wants a bigger cut of the investment action for himself.

Go figure that one.

Of course, the relationship between Malaysia and Singapore is special because of the race relations issue.

Singapore has been the favourite whipping boy of the Umno-controlled malay vernacular press for the last 50 years, and if anything are seen as even bigger devils than the local Chinese and Indian citizens of Malaysia in the eyes of Malaysia's malay Muslims.

The fact is Singapore development model has meant that Singapore malays are far better educated, far better equipped, far better paid, far more self-confident, and self-reliant to deal with globalisation than malay Muslims in Malaysia.

This makes Ketuanan Melayu, malay Agenda, and the NEP look like failed racist apartheid policies that have impoverished everyone except Umno cronies. Of course, Umno must demonise Singapore to maintain the illusion that Umno politicians are nationalists and not parasites, and more so if Singapore happens to be better educated, meritocratic, richer, and safer than Malaysia.

Malay Muslims in Malaysia have been brainwashed by Umno for the last 50 years into thinking that the Chinese and Indians both Malaysians and Singaporeans have gotten rich at their expense, and this perception probably won't change anytime soon because Umno does not have another elections winning formula if it dumps the present demonisation formulas.

Every time Singapore first world achievements are compared with the sluggish competitiveness, economic, educational, professional, scientific, technological, and social standard in apartheid Malaysia, there is the predictable keris waving, baying for blood, and frothing at the mouth in every Umno up and down the country in Malaysia.

Although Chinese and Indian Malaysians have simply accepted the gross racial discrimination in business, education, and job as a fact of life in Malaysia, the non-apartheid non-NEP meritocratic Singaporean mindset may not have the stomach for this particular type of nonsense in the IDR.

I think Lee Kuan Yew is way too smart to think the demonisation process of the Chinese and Indians in the Umno-controlled malay vernacular press is going to stop anytime soon. How else is Umno going to win elections except by continuing to perpetrate the lie that the orang asing minorities in Malaysia are a threat to the malays?

Nevertheless Lee Kuan Yew may be hoping Chinese and Indian Singaporean investors will not be discriminated against in the IDR in comparison with investors from countries like China, Europe, Hong Kong, India, Taiwan, United Kingdom, and United States.

In the meantime, I am sure it will simply be business as usual for the rest of us in racial and religious apartheid Malaysia.

OrhKpgDoha said...

Salam DAKJ...

Catitan ini..

2. Any attack by Tun Dr Mahathir on Singapore will not only scare away Singapore investors but also those from the Gulf states from Iskandar Malaysia Development Region;

3. In another word, the Arab investors are taking the cue from Singapore;

Singapura sudah ada pertalian yang baik dengan Qatar mahu pun negara-negara GCC..Menteri-menteri singapura kerap kali datang melawat Qatar kerana mereka tahu Qatar kaya dan banyak wang..

Malangnya Menteri-menteri Kita tidak selalu mengunjungi Negara Qatar mungkin kerana sibuk dengan menjaga kedudukan Politik..

Fikir-fikir lah para-para menteri....

Anak Perak said...

Datuk,

Saya pernah bertemu Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi beberapa tahun lalu. Saya cukup kagum dengan personaliti dan pembawakannya.

Tapi sejak akhir-akhir ini dia membuat beberapa kenyataan yang pelik-pelik ketika berckap pasal Melayu. Tapi begitu mudah dan bangga menunjuk tanda bagus bila bertemu Lee Kuan Yew. Apa nak dihairankan. Bak kata pepatah Melayu "Lain Padang Lain Belalang, Lain Dulu Lain Sekarang".

Begitulah juga dengan Temasik yang mengikut buku Sejarah Melayu ditemui oleh Sang Nila Utama anak raja dari Palembang. Kemudiannya Temasik ditukar kepada Singapura. Stamford Raffles yang tiba tahun 1819 mendapati pelabuhan Singapura amat stategik dalam urusan perdagangan antara India dan China selain daripada disegi ketenteraan dan politik. Lalu Raffles menandatangani perjanjian memajak Singapura dari Sultan Hussein, Sultan Singapura terakhir dengan kadar $3,000 setahun. Akhirnya Raffles menggunakan tipu daya. Lalu diberi Sultan Hussein satu jumlah wang secara "lump sum". Sultan Hussein terpaksa menerima kerana paksaan dan ugutan. Mana boleh keris lawan meriam. Akhirnya Singapura terlepas ketangan British.

Sultan Hussein "makan duit pencen" sampai mati. Disamping sebuah istana di Kampung Gelam. Bila dia mangkat Singapura tidak ada sultan lagi. Difikir-fikirkan balik kisah "ali baba" dan "sleeping partner" mungkin bermula di zaman awal penjajahan British. Perkara yang sama juga berlaku di Pulau Pinang apabila pulau itu diambil alih oleh Francis Light tahun 1786.

Maka dicananglah cerita Singapura ditemui oleh Raffles dan Sejarah Singapura bermula dari kedatangan Raffes. Kisah Sang Nila Utama, Sultan Hussein dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura lenyap. Kalau ada pun mereka dikatakan sebagai "Orang Laut" yang amat primitif dan tidak bertamaddun.

Setiap kali berkunjung ke bumi Temasik (kali terakhir 18 tahun lalu) ada sahaja umat Melayu dan islam Pulau itu yang mengadu tentang nasib malang mereka. Terus terang mereka berbangga dengan pencapaian Melayu Malaysia. Namun mereka tidak mahu berhijrah ke Malaysia kerana Pulau itulah tumpah darah nenek moyang mereka. Lagi pula kalau semuanya berhijrah tidak ada lagi yang tinggal. Cerita ini seakan-akan nasib rakyat Palestin di Israel.

"Tanjung katong airnya biru, Tempat mandi si gadis jelita, Walau sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata".

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Alhamdulillah orang Melayu masih ada orang2 "oddballs" seperti Dato'. Nampaknya pembesar Melayu kini dah tak ada "balls"... semua dah kena genggam dek LKY! Inilah rupanya reality pembesar2 Melayu akhir zaman? Buat2 lupa sejarah dan membodek tak habis2 sampai maruah bangsa & negara pun sanggup digadai! Memang nampak sangat pembesar2 Melayu dah hilang kemaluan... akibat penyakit koro?

sujini said...

Sungguh saya rasa terkilan
Kepada tuan hamba yang budiman
Mengapa diberi laluan demi laluan?
Kepada sisepet, umpama penghargaan

Biarkan sahaja dia datang dan pergi
Sedikit pun kita tidak rugi
Cuma kita perlu berhati-hati
Kepada simata kecil, sepet lagi

irfandina said...

salam dato...

tahniah diatas peringatan dan nasihat yg diberi...sesungguhnya negara dan umat melayu amat memerlukan individu seperti Dato'...sudah menjadi lumrah orang kita mudah sangat lupa bak kata Dr M `Melayu Mudah Lupa'....

mad said...

dari segi pencegahan rasuah tahap mega di peringkat tertinggi kerajaan, singapura memanglah lebih islamik dari malaysia. sebab itulah singapura lebih maju dari negara kita. skandal seperti pkfz takkan berlaku di singapura.

Anonymous said...

Datuk,

Why are you and your readers jumping up and down like kerana kena belacan.

Let's face it. What LKY saw and heard during his possible last trip the Peninsula were nothing compared to what he and his Israeli backers see and hear virtually.

Please read this 2000 South China Morning Post report:

"South China Morning Post
July 27, 2000

IAN STEWART in Kuala Lumpur

RELATED:
Israel, S'pore conclude spy satellite deal: report
Minister Lee's difficult chapters FEER

A REPORT that Singapore and Israel are developing surveillance and intelligence-gathering satellites has upset Malaysians and added another issue to a range of matters bedevilling ties between Malaysia and its island neighbour. It could dampen the climate of a planned meeting in Kuala Lumpur next month between Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad and Singapore Senior Minister Lee Kuan Yew, who have never been friends. Mr Lee, Singapore's former prime minister, has had a prickly relationship with Dr Mahathir since they clashed 35 years ago over the political issues that led to Singapore's forced withdrawal from the Federation of Malaysia. He has not visited Kuala Lumpur since he resigned as prime minister in 1990.

Predominantly Muslim Malaysia has seen Singapore's close ties with Israel, which trained and equipped the island republic's armed forces after Britain closed its garrison in 1967, as an affront and a danger. Kuala Lumpur does not recognise Israel and supports the Palestinian cause.

The latest deal between Singapore and Israel was discussed in a letter from Dr Azmi Hassan, of the Malaysian Technology University, in the New Straits Times yesterday under the heading: "Spy satellite new threat to security".

Dr Azmi said that under the arrangement, which was reported in Jane's Defence Weekly, Israel was expected to provide the technology for the satellites and Singapore the funds, amounting to more than US$1 billion . The two countries planned to jointly develop and launch up to five satellites.

He said the capability of Israel's existing Ofeq satellite technology was "certainly good enough for keeping an eye on the neighbours".

Dr Azmi said the deal offered an attractive solution to Singapore's longstanding interest in developing its own space programme.

Analysts said that in view of the satellite issue, it did not seem to be an opportune time for the meeting between the two leaders, which has yet to be officially announced. But Malaysia is keen to see progress on such matters as the sale of water to Singapore, the disposal of railway land held by Kuala Lumpur in the heart of Singapore and the location of border checkpoints.

Mr Lee is believed to want to discuss the growing political power of the fundamentalist opposition Parti Islam Se-Malaysia, and the threat of Islamic extremism, reflected in the recent armed confrontation between a religious cult and Malaysian security forces. As a small, predominantly Chinese nation, Singapore has viewed these developments with increasing concern.

No one is expecting any quick solutions to the various disputes. The press of each country portrays its government as the aggrieved party.

Malaysia's New Straits Times recently accused the Singapore media of "negative reporting" of all things Malaysian.

In the same report, a Malaysian official source described Singapore counterparts as "hard-nosed and inconsiderate"."

PS: They know even where you do your morning poo, Datuk. Apa nak cakap?

Regards
I Spy

LIN LIANI said...

Bagi kaum Melayu di Malaysia yang malas bekerja, sepatutnya mencontohi Melayu di Singapura yang gigih bekerja keras tanpa mengharapkan sebarang bantuan kerajaan. Melayu Singapura mampu berdikari dan cuba bersaing dengan kaum Cina Singapura. Motivasi mereka cukup tinggi biarpun tanpa bantuan subsidi dan menjadi kaum minoroti di sana.
Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh kaum Melayu Malaysia, malahan perlu rasa malu pada diri sendiri jika berbanding dengan kaum Melayu di Singapura.

Melayu Singapura sedar LKY tidak akan bantu mereka sejak dulu dan sampai bila-bila pun kerajaan Singapura akan terus pinggirkan mereka.

Alangkah baiknya jika kaum Melayu Malaysia menunjukkan semangat kerja dan mengekalkan jiwa kental untuk majukan diri yang ditambahkan pula peruntukan yang disediakan kerajaan. Malangnya kaum Melayu Malaysia masih di takuk lama yang terus mengharapkan tongkat dari satu generasi ke satu generasi.

Sesungguhnya LKY telah mendidik kaum Melayu negaranya untuk hidup lebih berjaya dan berdaya saing.

Kedatangan LKY walaupun ada muslihat dan rahsia tersembunyi, itu adalah agenda politiknya. Namun LKY tetap seorang pemimpin dunia yang berjaya dan perlu kita belajar daripadanya seperti Dr Mahathir yang kita anggap sebagai idola kita.

Semalam LKY sudah menghadap Sultan Pahang dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebelum mengakhiri lawatan selama 8 hari di negara kita. Beliau pasti pulang dengan gembira kerana tujuan dan hasratnya telah tercapai.

Dan kita di sini, barangkali lebih suka terus mengutuk dan marah tanpa menghargai kunjungan pemimpin yang berjaya membuktikan kemampuan menerajui negaranya seperti LKY ini. Apa faedah yang kita akan dapat kalau terus bersikap sebegini?

Dato Ali Yassin. said...

Dato;
Saya setuju 100% dengan tulisan OrhkpgDoha berhubong dengan hubongan Qatar dan Singapore.

Lee Kuan Yew sabelum ini memandang rendah dengan orang Arab olrh kerana ia menyokong Isreal.Tapi bila ia melihat Qatar mempunyai hubongan diplomatik dengan Isreal,dia pun mencuba untok mendapatkan pelaboran Qatar.

Lee Kuan Yew pergi melawat Qatar salama 2 minggu.Dalam masa dua minggi ini boleh di katakan hampir setiap hari dia membuang masa dengan keluarga di raja Qatar termasok pergi berkelah di padang pasir.Hubongan nya ikrab sekali.Salepas dia pulang ramai menterinya pergi melawat Qatar sabagai follow up.Akhirnya Qatar memberi kapada Temasek dan Kappel berbillion dollar kontek untok membena dan mengendalikan pelabohannya.Di samping itu is menyimpan berbillion wang minyaknya di Singapora.

Dato,kenapa Tun Mahathir atau Najib atau Tun Musa Hitam(Chairman Sime Darby) tidak berbuat bagitu.

Sime Darby Enginering mendapat kontrek membena loji Gas Qatar,dengar kata ia akan menerima nasib saperti UEM,akan kerugian sakurang2nya satu billion ringgit.

Apa kah bangsa Melayu bagitu bodoh.

bulan said...

Singapork tu panggilan sekarang
Lee kuan yew kausu jadi terbilang
Datang kamari jumpa isteri orang
Disambut sujut hai bukan kepalang

Gua suka sama lu punya muka
Lu jaga, Pas diam macam cuka
Umno juga, ta boleh suka-suka
1 Malaysia itu bukan teka-teka

Ai ya!! Apek lu manyak babut lah
Melayu manyak takut sama lu lah
Lu mahu apa lagi amek amek lah
Sama-sama kasi nama chinasia lah

Anonymous said...

Dato'

Nampaknya bukan barisan muda sahaja yang tidak tahu sejarah LKY tetapi barisan pemimpin kita juga. Sungguh tidak bermaruah apabila LKY dijunjung dan dijulang sebegitu.

Melati

Indigo said...

Scribe,

Sime Darby Enginering mendapat kontrek membena loji Gas Qatar,dengar kata ia akan menerima nasib saperti UEM,akan kerugian sakurang2nya satu billion ringgit.

Saya tidak peduli Melayu bodoh, bahalul atau tolol sebegitu, Sdr Yassin; tetapi di mana boleh kita jumpa bukti-bukti menyokong kenyataan Sdr Yassin?

Anonymous said...

Salam Dato',

Nampaknya Dato' masih belum mahu melepaskan LKY. Tak cukup dengan prosa Dato' sambung pula dengan puisi. Saya tak fikir Dato' marah LKY melawat Malaysia 8 hari tapi Dato' geram dengan sambutan hangat yang diberikan oleh pemimpin Malaysia pada beliau. Agak saya lah tu, tapi kalau tak kena tolong bagi tau.

Saya masih berpegang pada pendapat bahawa lawatan LKY hanyalah satu gesture of goodwill dan mungkin juga sebagai kunjungan wida' beliau. Pada umur yang begitu, ditambah pula dengan ragam anaknya yang perempuan tak mahu kahwin, tentulah LKY tak bebas dari masalah emosi dan sentimental. Saya fikir sekadar melepaskan senyuman semasa berjabat tangan dan berbasi-basa memujinya tak akan meningkatkan lagi martabat LKY atau merendahkan pula martabat pemimpin yang bertemu dengannya. Itukan kelakuan dan amalan orang berbudi bahasa namanya.

Memang LKY mempunyai agenda untuk Singapura. Terlalu naif jika kita berfikir ianya tidak begitu. LKY yang membangunkan negara pulau itu masakan dia mahu melihatnya tenggelam. Sesiapa pun yang menjadi pemimpin Malaysia wajib berfikir macam LKY, iaitu untuk menaikkan status negara ini ke taraf negara terbaik di dunia bukan bangga setakat lebih baik daripada Bangladesh atau Indonesia.

Kalau kita tak mempunyai pemimpin yang bestari macam LKY itu bukan salah LKY. Itu juga bukan salah pemimpin kita tu. Itu salah kita yang mengangkat pemimpin berkenaan. Saya tak pasti sama ada ini maksud hadis atau pun pendapat bijak pandai: (1) Pemimpin adalah cerminan umat yang dipimpinnya (2) Apabila umat Islam menjadi leka meninggalkan agamanya, umat itu akan digantikan dengan umat yang lain. Kalau pemimpin kita boleh di"outclass" dan di"outcast" oleh LKY bermakna kita sebagai satu bangsa memang belum setanding dengan bangsa LKY.

Tak guna kita berapi-api dalam forum tapi di luar forum kita hanya manusia yang selesa dengan tahap mediocre kita bak kata pepatah: Kokok bederai-derai ekor belumuran tahi.

Nampak gayanya lawatan LKY telah membuka mata kita....

Pak Hj JB

BENGAH @ SERLING said...

Mendalam ayahanda berperi
Perihal “Uncle Lee” ke sini
Sejarah lama wajar ungkapi
Untuk ikhtibar para generasi

Cheng Peng pun sudah tua
Kerjabuatnya luka mangsa
“Uncle Lee” pun amat bisa
Teori “menang-kalah” guna

Jesse said...

This is my simple reply to Othman Wok's comment:


I am not angry nor enraged by LKY's visit to Malaysia.

I am disgusted with a traitor and a backstabber the like of you though.

Since you are fond of praising the ever esteemed Harry LKY, why do not you say something about the influx of Mainland Chinese immigrants in Singapore?

Not only are these immigrants taking up a great deal of available job vacancies that could have been held by "able bodied and willing and intelligent Singaporeans," they are also INTENTIONALLY imposing their will and whims against the locals, effectively making the latter feel marginalized, even in their own country!

Colloquially, I would say that you know jack shit about the current social ongoings and developments -- not only in Malaysia -- but worse, in Singapore!

As such, stop making an ass out of yourself, by attempting to champion the people's rights -- on both sides of the Causeway!

You are nothing, but an irrelevant and obsolete mule that should have been put down to sleep many years ago.


PS. Kiss my ass, traitor! ;)

Anonymous said...

Datuk,

Saya hairan betullah dengan sesetengah orang yang terlalu memuji muja negara Singapura ini. Mereka meletakkan faktor materialistik sebagai asas menilai kejayaan. Kemewahan, kemodenan, kecanggihan, kemetropolitan dianggap faktor utama untuk dianggap sebagai sebuah negara yang berjaya.


Datuk,

Dulu saya pernah kata. Kalau Malaysia mahu jadi berjaya seperti Singapura amatlah mudah. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah dengan meliberalisasikan sistem perbankan. Kerajaan tidak perlu lagi menjamin wang pendeposit dalam bank. Biar pihak bank mentadbir sendiri wang mereka. Kalau penyamun, perompak, taukey dadah, pelacur, mafia, yakuza, CIA, Mossad nak letak duit dalam bank pun, biarkan. Singapura memang terkenal menjadi safe haven bagi golongan-golongan ini menyimpan wang-wang haram mereka. Bila Thaksin kena guling dulu pun, negara pertama dia kelam kabut pergi lawat ialah Singapura. Kenapa ya?

Keduanya ... kita kenalah rela jadi barua Amerika, Britain, Israel dan sekutu-sekutu mereka. Benarkan pihak Amerika membuka kem tentera mereka disini. Belilah apa saja kelengkapan tentera dari Amerika. Jet pejuang, peluru berpandu, kereta kebal dan lain-lain. Walaupun ia bukan menjadi keperluan tetapi kalau Amerika mahukan kita membeli, maka kita haruslah tunduk hormat dan menjilat lantai untuk mengikuti segala arahan Amerika itu.

Kita juga mestilah sedia menjadi barua untuk bail-out apa saja syarikat koperat Amerika yang ada masalah. Kalau Amerika mengeluarkan arahan kepada kita untuk menyuntik sejumlah wang yang berbillion-billion untuk beli saham dalam syarikat seperti Merrill Lynch, maka kita tidak perlu banyak soal dan beli sahaja tanpa usul periksa. Kalau pihak Britain mahu kita suntik modal dalam syarikat Barclay PLC, maka kita suntik sahaja wang yang berbillion-billion itu. Rugi takpa asal "Boss" bahagia.


Datuk,

Bukan susah manapun kalau nak jadi kaya-raya macam Singapura ni. Pelacur dan GRO di Malaysia ni pun ada yang lebih kaya dari pensyarah universiti. Tapi kita harus tanya ... kita nak jadi kaya melalui jalan mana?

Kalau nak jadi kaya macam Singapura. Jadilah pelacur!


-sinbad-

Anonymous said...

Dato'

Dengan izin ya?

Saudara Sinbad

Lucu pulak rasanya apabila Saudara membuat kesimpulan "Kalau nak jadi kaya macam Singapura. Jadilah pelacur!"

Kalau lah kita andaikan Singapura sebagai seorang pelacur, maka sudah tentu ia boleh dikategorikan sebagai seorang pelacur kelas atasan yang mahal dan ekslusif. Untuk menarik minat pelanggan-pelanggan, sang pelacur ini perlu bekerja amat keras untuk memelihara kecantikan, kesihatan, gaya, dll. Jika mereka malas dan tidak bijak mengatur strategi, pendapatan pasti berkurangan. Tambahan pula terdapat saingan hebat dari pelacur-pelacur yang diimport dari negara-negara saperti China, India, Eropah Timur, dll.

Bagi saya tidak salah memuji Singapura dari aspek saperti "kemewahan, kemodenan, kecanggihan, kemetropolitan" mereka.

Saya amat memuji Singapura dari segi kebersihan barisan pemimpin mereka yang bebas dari rasuah, kecekapan mereka memimpin dan mentadbir, wujudnya visi/halatuju/strategi yang jelas serta infrastruktur fizikal mereka yang dirancang dengan begitu baik dan teliti sekali. Contohnya, bandingkan sahaja lah LRT kita dan MRT mereka. Saya pernah beberapa kali terperangkap di dalam tren LRT, menunggu LRT yang amat lewat tiba dan melihat mesin-mesin tiket yang kerap tidak berfungsi. Di Singapura sistem MRTnya berjalan lancar dan lebih commuter-friendly (ini amat dihargai sekiranya kita membawa bagasi yang berat dan lebih dari satu). Ini saya belum bercerita lagi tentang sistem pengangkutan bas dan teksi mereka.

Seperkara lagi yang saya perhatikan. Mereka bekerja keras dan mempunyai perancangan yang teliti dan komprehensif untuk memenuhi matlamat sesuatu agenda mereka. Lihat sahaja lah apa yang mereka telah dan sedang lakukan untuk menjadikan negara mereka sebagai pusat perubatan, pusat konvensyen dan perdagangan, pusat pelancungan, pusat pengajian bertaraf dunia di rantau ini.

Saperti kita, ada juga rakyat Singapura yang hidup dalam keadaan susah. Pergi sahaja lah ke stesen teksi di Rochor. Saudara Sinbad akan terkejut melihat teksi-teksi yang berderet-deret tidak bergerak akibat dari kemelesatan ekonomi sekarang. Saperti drebar teksi di Malaysia, mereka juga mengeluh tentang betapa susahnya cari makan sekarang. Sila juga pergi ke Arab Street yang jauh lebih lengang berbanding dahulu.

Pada saya, bukan semua tentang Singapura (atau Israel)itu jahat, buruk dan hodoh. Yang pasti, mereka bekerja keras, bijak dan berstrategi, mempunyai misi dan visi yang amat jelas dan sentiasa meletakkan kepentingan negara dan bangsa mereka di tempat yang paling teratas. Saya rasa Saudara Sinbad dapat melihat dengan jelas di mana kedudukan barisan pemimpin kita apabila kita bercakap tentang dedikasi dan komitmen mereka berkaitan negara dan bangsa. Kan? Kan? Kan?

Kejayaan yang dicapai Singapura tidak boleh dipandang enteng. Banyak yang boleh kita pelajari. Even if Singapore is prostituting itself (to Saudara Sinbad's way of thinking), you still have to respect the sweat, blood and tears that go along with it in order to ensure success.


Melati

Malaysia said...

Kuan Yew bukan Menteri Mentor Malaysia

BASHIR AHMAD
16 Jun 2009

Saya tidak faham kenapa Lee Kuan Yew diberikan sambutan begitu hebat dan diraikan seolah-olah beliau adalah ketua kerajaan sebuah negara asing?

Ketua kerajaan atau ketua negara asing pun perlu mematuhi acara lawatan secara berprotokol mengikut susun atur tuan rumah dan tidak boleh bercakap sesuka hati selama berada di sesebuah negara yang dilawati.

Tapi Kuan Yew datang ke Malaysia sebagai Menteri Mentor Singapura dan bertindak seolah-olah beliau juga adalah Menteri Mentor Malaysia.

Jika ada yang tidak faham makna mentor, penulis peturunkan di sini takrif mentor mengikut kamus bahasa Inggeris Collins Cobuld: ``Mentor is someone who teaches them or gives them a lot of advice over a period of time.’’

Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, mentor ialah seseorang yang mengajar kita atau memberikan banyak nasihat dalam tempoh tertentu.

Dalam lawatan lapan hari ke Malaysia, Kuan Yew bertemu ramai orang termasuk pemimpin kerajaan dan kerajaan negeri pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Nik Abdul Aziz. Tidak dapat bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau bertemu dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Media melaporkan Kuan Yew memberikan banyak nasihat kepada mereka yang ditemui. Maka betullah beliau telah memainkan peranan mentor. Bukan sahaja di Singapura, tapi juga di Malaysia. Apakah di negara kita ini sudah tiada lagi cerdik pandai sehingga kita memerlukan nasihat Kuan Yew dalam urusan pentadbiran negara kita?

Jika pun Kuan Yew memberikan nasihat kepada kita, adakah beliau benar-benar ikhlas atau mempunyai agenda untuk kepentingan Singapura?

Penulis hairan kenapa begitu ramai pemimpin di Malaysia yang mempunyai kompleks rendah diri dengan Kuan Yew sehingga melayan bagaikan beliau mentor. Yang paling ketara ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng. Apabila Kuan Yew menyatakan kepadanya bahawa Pulau Pinang tidak mempunyai infrastruktur sebaik Ipoh, beliau terus melenting dan membidas kerajaan pusat.

Yang mempersoal peranan Kuan Yew dan maksud lawatannya ke Malaysia hanyalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita yang mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan Kuan Yew. Tentulah Mahathir mempunyai lebih pengetahuan tentang Kuan Yew dan sangat kenal hati budinya.

Maka itu Mahathir dalam tulisan terbaru dalam blognya yang berjudul The Modern Middle Kingdom sangat menyindir bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Mahathir menyifatkan Kuan Yew sebagai `a little emperor (maharaja kecil)’ dan Singapura ialah `a tiny middle kingdom (negara tengah yang kecil).’ Dalam konteks sindiran, Mahathir beranggapan bahawa Singapura menyamakan dirinya dengan China pada zaman purba yang menggelar dirinya `middle kingdom’ yang lebih bertamadun daripada negara-negara lain ketika itu.

Menurut Mahathir, Kuan Yew dalam lawatannya cuba menghapuskan kebimbangan bahawa Cina Singapura akan menguasai (wilayah pembangunan) Iskandar. Kata Kuan Yew, orang-orang Melayu juga boleh bekerja di Iskandar.

Secara sinis Mahathir menulis, ``baguslah orang-orang Melayu dapat bekerja di negara mereka sendiri. Terfikir saya, sebagai apa? Barangkali eloklah dibuat kajian mengenai Melayu Singapura untuk mengetahui bagaimana menjadi minoriti di negara mereka sendiri.’’

Para pemimpin Malaysia khususnya orang Melayu wajar mempunyai pandangan dan pendirian seperti Mahathir. Tidakkah Mahathir jauh lebih layak daripada Kuan Yew untuk menjadi penasihat atau mentor kita? Apatah lagi dalam sebarang urusan atau perkara yang bersangkut paut dengan Singapura. – malaysiaaktif.com

Anonymous said...

Really enjoyed this one.. - J.S.

Lahpin Jitra said...

Aslamkun Dato'

Kedatangan LKY mengingatkan saya film Ali Baba Bujang Lapok dalam babak akhir dimana ketua penyamun hadir bersama-sama kumpulan penyamun ke rumah Ali Baba sebagai orang yang baik tapi penuh muslihat di hati.Kepada pemimpin2 dan rakyat kita yang berbangga dengan kedatangan LKY berjaga2 sikit sebelum penyamun2 keluar dari tembayan.

Anonymous said...

Dato'

Dengan izin

Saudari Lin Liani

Jelas Saudari seorang yang amat memandang tinggi Mentor Singapura dan Malaysia LKY.

Saya ada beberapa soalan yang ingin diutarakan kepada Saudari:

1) Berapa peratus kah Melayu Singapura yang rajin, gigih bekerja & mempunyai semangat waja ini berjaya menyertai bidang profesional saperti doktor, jurutera, arkitek, lawyer, akauntan di Singapura semenjak merdeka lagi dan sekarang menjawat jawatan dengan top-notch national, multinational companies? Atau mempunyai syarikat sendiri?

2) Berapa peratus kah Melayu Singapura yang berjaya memasukki sekolah premier dan universiti serta politeknik kelas satu di situ?

3) Berapa peratus kah Melayu Singapura yang berjaya mengikuti pengajian mereka dalam bidang profesional di sana? Sila saudari bandingkan dengan peratus yang mengikuti bidang tidak profesional pula.

4) Berapa peratus kah Melayu Singapura yang berjaya menjadi ahli korporat?

5) Berapa peratus kah Melayu Singapura yang berjaya mendudukki kawasan perumahan elit eh?

6) Berapa peratus Melayu Singapura yang berjaya menjawat jawatan tinggi dalam angkatan polis, tentera, dll? Ada tak yang berjaya menjadi pilot jet-jet pejuang Singapura?

7) Apa betul ke Melayu Singapura bersaing shouder-to-shoulder dengan Cina Singapura?

Kalau jawapan Saudari untuk soalan di atas semuanya membanggakan, oh yes, darlin', I'll pack up my bag and apply to be a Singapore citizen asap.

Hello sistah, in life now & then we do need a leg up tetapi it's very important that one progresses from there. Malaysian Malays do not have to apologize for the NEP but ought to be ashamed if & when they do not honour it.

"Kedatangan LKY walaupun ada muslihat dan rahsia tersembunyi, itu adalah agenda politiknya. Namun LKY tetap seorang pemimpin dunia yang berjaya dan perlu kita belajar daripadanya seperti Dr Mahathir yang kita anggap sebagai idola kita."

Saudari, LKY di puji kerana berjaya menjadikan Singapura sebagai satu negara yang makmur, efisyen dan mempunyai barisan pemimpin yang bersih dan profesional. Tetapi beliau sering dibidas atas sikap zero tolerance beliau terhadap mana-mana pembangkang. Jadi, Saudari ni on the right track lah kerana memuji dan memuja beliau waima di Malaysian blog. But no worry. Agen-agen Singapura, Amerika serta Israel memang membaca blog-blog di sini to get feedback from us Lazy Malaysian Malays terutamanya selepas lawatan idola Saudari ke sini. Your comments I'm sure darlin' had been noted.

"Semalam LKY sudah menghadap Sultan Pahang dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebelum mengakhiri lawatan selama 8 hari di negara kita. Beliau pasti pulang dengan gembira kerana tujuan dan hasratnya telah tercapai."

Wow! You betcha. LKY is still wagging his tail sebab dia sudah dapat apa yang dikehendakkinya. But as a Lazy Malaysian Malay, I'm temporarily coming out of my dazed stupor jes to ask you this question.

NEGERI PAHANG DAPAT APA BENEFITS PULAK?

"Dan kita di sini, barangkali lebih suka terus mengutuk dan marah tanpa menghargai kunjungan pemimpin yang berjaya membuktikan kemampuan menerajui negaranya seperti LKY ini. Apa faedah yang kita akan dapat kalau terus bersikap sebegini?"

I don't know about the other Lazy Malaysian Malays but I'm questioning the reason(s) for the governing & opposition leaders to go overboard to embrace your idol. The whole universe knows what this man has done to Singapore but what has he done to Malaysia to deserve this over the top welcome? Girrrl, you tell me, what benefits is Malaysia getting out of his new-found love for us?

Melati

Unknown said...

Pemimpin UMNO dah lupa dah lupa apa LKY buat masa Tunku Abdul Rahmandulu. Betul kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa. Najib lupa, Muhyiddin lupa, anak Tun Hussin Onn (malas nak sebut nama dia) dah lupa!

Gadailah negara ini ke Singapura.

Anonymous said...

likuanyu nama diberi
mentri mentor gelaran diberi
apa dia nak melayu beri
dulu sudah beri sekaran lagi mau beri

ps - penat gak ngarang pantun ni ek

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato'

A question for Sdr sinbad: following your logic, are we to assume that ExxonMobil is a "pelacur" for investing US$1 billion to build a new petrochemical complex in Singapore, or that Shell is a "pelacur" for investing US10 billion to date there?

Jeez - if you wanna describe the 3,000+ MNCs who have set up shop in Singapore as "pelacur", then your world view is significantly warped.

Oh, yah - it was reported recently that MIT (Massachusetts Institute of Technology) will be a co-partner in Singapore's fourth publicly-funded university. This is the same MIT that Malaysia tried to attract, but failed (remember Effendie Norwawi's initiatives some years back?). Is MIT a "pelacur" for choosing to be in Singapore?

And are the thousands of Malaysians (including those who commute daily across the Causew who work in Singapore to be collectively classed as "pelacur"?

Come on, Dato'. This is one subject that I can take you on. Let's have your answers to the points I raised above.

ibk said...

we are singapore , singaporeeeaan....
Pal lah apo citooo....

ibk said...

we are singapore, singapoorreeaann

buyong said...

To all my brothers!!

Have we lost our patriotisme?

Anonymous said...

pity the drinker

can't even differentiate between a "pelacur" and her clients.

bet you don't have any clue who's the "bapak ayam" is.

rumours saying he is someone they call "Uncle Sam" but for me ... this greatpelacurdownsouth don't really works for any bapak ayam.

Its the money that really matters.

... and yes, Malaysia too is becoming like a "pelacur". All because of money ... money ... money...


-sinbad-

INDIGO said...

Is the pay that good for 'hookers' in Singapore, Sdr Teadrinker?
Man, I don't mind being the Kingpin Pimp!

Just pimping aride with Sdr Sinbad, while we listen to
- who let the dog out - loud.

Syabas Sdr Teadrinker...I am touched(en francais)

(Pak Kadir, somebody wonderfully nasty with a great nose for adventures, just blew the 3rd bride over the selat teberau up! Tuanku must be really pleased)

Anonymous said...

Salam Dato',

Dengan izin ek?

Sdr thegreatteadrinkerdownsouth, Sinbad & Indigo,

Saya sekadar tumpang semangkok.

This pimping-prostituting lucrative business between Uncle Sam & S'pore (with the Israeli running the prostitution ring) bukan ke between two consenting adults? Seen from the eyes of both said pimp & prostitute, is it not a win-win situation for these two? Is it not a symbiotic relationship and not a parasitic one?

Careful Sdr Indigo & Sinbad. The two of you guys are beginning to sound like having a bad case jealousy of not being able to get into the ring. :-) Lawak saja, ek? I think I've been watching too many Hollywood thriller movies.

Melati

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato'

A message for Sdr Sinbad and Sdr Indigo - "Bollocks"! Which is the Olde English term for *****!

I know exactly what "pelacur" means and the context in which you have used that word.

With that in mind, do you have the intellectual honesty (or guts) to answer the questions that I raised in my post?

And I don't see our own Wisma Putra describing the US and China (let alone India, Japan and S Korea) as "clients" of a "pelacur". Why not?

And hey, what term would you use to describe Brunei whose dollar is on par 1-to-1 with the Singapore dollar? Whereas the mighty Malaysian ringgit only fetches 40-odd Singapore cents. Seems to me that the "adek" has a much stronger currency than the self-proclaimed "abang". And that must be terrible for the "abang's" ego, let alone libido!

tajudin said...

DAKJ - setuju dengan pantun seloka ini.

dan juga 100% setuju dengan respon pakbelalang

saya kebetulan baru blog pasal orang muo. kalau ada masa boleh ziarah baca sini --- http://tajudinms.blogspot.com/2009/06/you-are-truly-muarian-when.html

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).