A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
CADANGAN Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mendapat anjakan daripada Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, hari ini.
The Star Online memetik Mohd Najib sebagai berkata yang dia boleh merasakan keikhlasan dalam saranan Pas untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Justeru itu, kata Perdana Menteri, Umno terbuka kepada perbincangan mengenainya.
Pada 5 Jun lalu, Abdul Hadi menyatakan hasrat agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat pusat demi pentadbiran negara yang lebih lancar.
Katanya Kerajaan Perpaduan yang merangkumi semua parti politik mungkin menjadi jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang kini melanda sistem politik negara.
Dia mendakwa bahawa rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR “telah bersetuju dengan cadangannya.”
''Ya, mereka telah menerima cadangan saya. Sebelum saya menghebahkannya, saya telah terlebih dahulu memaklumkan kepada kedua-dua buah parti itu dan mereka pada umumnya bersetuju demi masa depan negara,'' katanya selepas merasmikan Muktamar Ke-55 Pas di Stadium Malawati, Selangor.
Namun selepas itu cadangan dan kenyataan beliau disangkal dan disanggah oleh parti-parti rakan Pas dalam PR dan oleh pemuka-pemuka Pas sendiri, terutama Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyokongnya.
Kali terakhir kerajaan campuran ditubuhkan atas alasan perpaduan nasional dan keselamatan negara adalah selepas pergaduhan kaum 13 Mei, 1969.
Dua parti pembangkang utama yang menyertai Perikatan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan itu adalah Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
Ini membawa kepada pembentukan Barisan Nasional yang bertanding dan memang besar dalam pilihan raya umum 1974. Pada tahun 1977 Pas dipecat daripada BN.
NOTA KAKI: Selamat datang kepada “Followers” baru blog ini. “Followers” blog kita sudah melepasi 500 orang. Hari ini ada 511. Terima kasih.
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
77 comments:
Dato',
Bagi Pakatan Rakyat mereka berjuang bagi merubah sesuatu yang dikatakan gagal dilaksanakan oleh Umno/BN. Jadi jika HjHadi mahu terus berpaksikan Umno/BN untuk memimpin negara selepas ini, saya cadangkan supaya HjHadi memohon masuk Umno dan sekurang-kurangnya dapatlah dia menjadi Menteri! dan mengubah Umno 'dari dalam' seperti ulama Pas terdahulu HjNakhaei.
Bagi penyokong Pakatan Rakyat yang lain 'perjuangan tetap diteruskan sekurang-kurangnya sehingga PRU13'
Bye/Roti Planta
Tahniah kerana sudah melepas pengikut 500. Kerajaan Perpaduan juga harus melepasi kepentingan peribadi dan kepentingan parti politik masing-masing. Kiranya kepentingan Nasional diutamakan maka tidak timbul soal "apa yang kita dapat" yang masih menambat dan menghambat Kerajaan Perpaduan ini. Kita semua harus tetap bersyukur kerana rakyat Malaysia secara majoriti cintakan perpaduan dan kedamaian. Rasanya kebijaksanaan rakyat malaysia secara majoriti sudah mentelaah punca sebenar yang mengancam PERPADUAN dan akibatnya bila perpaduan itu sendiri disemarakkan dengan ancaman "POLITIK YG TERLALU MENDESAK" untuk mendapat kuasa. Allhuwallam.
Salam Dato,
Sebarang usaha menyatukan bangsa
adalah sangat baik dan mesti di sokong.
Jangan ikut hamas dan fatah, membunuh sesama sendiri dan dibunuh olih israel keduanya tak kemana sehingga sekarang...
Abu Bakar Ab rahman
Dato',
Propaganda UMNO dan rasa nya Najib dah tak ada cara lain nak memecah belahkan PAKATAN RAKYAT.
Well, I think he can keep trying as the mood on the ground has not change as long as UMNO remains in denial there will be nothing this man will do that will attract people.
Tell us who in UMNO now will be accepted freely without any carrots offered. You know and I know as everyone wants to be like UMNO leaders the elitists and the affluent but people may not want to be "the rich and the most hated".God Bless you Dato'. dh9753
Mampukah umno menerima PAS sebagai rakan setaraf.Tidak sekadar yesman seperti parti parti komponan lain dalam BN?Mampukah umno membersihkan diri dari segala unsur unsur buruknya seperti rasuah, menghalalkan perjudiaan?Mampukah umno membebaskan badan kehakiman,sprm,polis dll?PAS harus diberi jawatan jawatan penting didalam kerajaan untuk memperlaksanakan reform yang diperlukan.Jika tidak PAS juga akan mengalami nasib sama seperti umno dan akan ditolak rakyat.
PAS seperti kata dato sudah menunjukan keikhlasan,sekarang kita lihat apakah umno benar benar ikhlas atau cuma inginkan satu talian hajat dari PAS.Penyokong PAS tidak ingin lihat parti digunakan untuk kepentingan mana mana pihak dan apa tak lagi sejarah diulangi bersama umno.
Dato'
Kenapa agaknya baru sekarang DS Najib bersuara tentang cadangan Haji Hadi itu?
Adakah ini ada kaitan dengan lawatan LKY yang juga bertemu dengan Pemimpin Pemimpin PAS?
Semuanya bergantung kepada Niat, yaitu "Intention" atau "Volition"....
Dr M dulu ada bangkit tentang perihal perangai Ahli Politik, yaitu mereka sering tidak dapat dipercayai...(dia menyebut bahawa dia patut tahu kerana dia adalah seorang ahli politik)..
Tak mungkin harapan DS Najib dapat direalaisasi kan kerana ramai pengikut Husam dan Nik Aziz tak
bersetuju dengan Haji Hadi dan Nasa...
Ada juga Ahli Ahli PR merasa hal pakatan PAS-UMNO sengaja di bangkitkan olih UMNO dengan niat untuk memecah belahkan PAS.....
Dato'
Kita Juga tak Patut Lupa bahawa DS Najib Bersuara atas sebab Pertandingan di Manek Urai...
Jika pengundi Manek Urai dapat dikelirukan dengan alasan PAS dan UMNO sama saja, maka UMNO boleh memancing sedikit undi dari penyokong PAS....
http://pkrpasdap.blogspot.com
siasah daily kata kerajaan perpaduan hanya mainan UMNO sedangkan siapa yang mula2 cadangkan..
saya kira presiden PAS ibarat kayu aje...tak ada kuasa....
Ya Datuk....Mana Mamali? Datuk Lupa? ....Melayu Lupa? Kalau nak tulispun biarlah kritikal sikit Datuk....
Ahmad
Kampung Pandan
Pertama sekali, tahniah juga pada semua , blog Dato diminati kerana kesederhanaan dan hujah penuh perkara baru, bernas, padat, berisi dan rasional masing2, sesekali terkasar itu sekadar 'melepaskan geram'.
Cadangan UMNO untuk menyerahkan tampok kuasa MB kepada PAS di beberapa buah negeri selepas PRU12 yang lalu mungkin itu menjadi alasan Nik Aziz menyatakan kerajaan perpaduan ini adalah ilham UMNO lalu menuduh secara terangan, Hadi dan Nasa adalah boneka UMNO jika masih mahu meneruskan kerajaan perpaduan.
Hakikatnya UMNO mahu menyerahkan kuasa MB kepada PAS pada masa tersebut semata mata kerana terfikir kepentingan umat mengatasi kepentingan politik - keikhlasan UMNO ini tidak diterima kerana Anwar pantas mencantas.
Jika tidak dicantas, Keadilan tidak punya MB di Selangor malah tidak boleh banyak bersuara seperti sekarang.
Melihat kepada kemenangan Nasa dan tersingkirnya pemuka PAS Kelantan di muktamar yang baru berlalu adalah satu petanda Nik Aziz sendiri sudah terhakis pengaruh , tidak solid macam sebelum sebelum ini. Dalam lain perkataan, larangan kerajaan perpaduan yang disarankan Nik Aziz sebelum muktamar tidak diendahkan oleh perwakilan yang mewakili akar umbi PAS.
Apakah Nik Aziz akan menerima nasib seperti Ku Li di dalam UMNO, ada tetapi sudah tidak berbisa, tidak diendahkan...
Adakah Hadi Awang meneruskan kemaraan kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan dengan pendekatan terbaru seperti menarik rambut di dalam tepung atau dia juga terpaksa akur dengan kehendak DAP dan Anwar.
Pilihlah maruah mana yang mereka sanggup tempah !
Sdr Nur Mohd Nidzam,
Sila simpulkan dengan betul. Bukan saya yang kata. PM yang kata. Saya hanya melaporkan.
Terima kasih.
Scribe,
Bila UMNO ada cadangan yang lebih baik untuk membalas keikhlasan Cadangan PAS, tolong posting-kan.
Sementara itu kita ada kerja mahu sukseskan Bajet 2009 dengan package stimuli I & II; kalau gagal, tulang pun para hadirin tiada untuk dipapah, jangan kata nak jamah sup.
Terima Kasih
akm..dato..
Saya ambik pandangan bekas mufti perlis..
"Niat kerana Allah bukan Kerana Parti"
Kerajaan Perpaduan mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apa yang perlu UMNO-PAS mempunyai kesefahaman untuk memajukan Melayu dan Islam. Sokong menyokong mana yang baik. Tidak perlu berpolitik untuk agama dan bangsa. Yang pelik kenapa Nik Aziz begitu tidak suka kepada kerajaan perpaduan?
Salam Datuk..
Mari lah kita bersatu kembali untuk menjaga masa depan anak cucu cucit puit dan nyot kita....Kembali kekuatan bangsa melayu khasnya dan kekuatan bangsa malaysia amnya..
Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh....
Allah'akbar
Dato'
Ketika bangsa Melayu ketandusan "wira sejati" di kalangan barisan parti pemimpin dan pembangkang sekarang; gabungan UMNO-PAS amat dialu-alukan.
Saya perhatikan barisan pemimpin Melayu kita amat gemar menghebahkan dan menghebohkan di televisyen dan di akhbar-akhbar tentang tindak tanduk yang bakal diambil sebelum mereka selesai berfikir, mengutip data untuk mengetahui tentang feasibility serta impak dan implikasi jangka pendik dan panjang, merangka strategi, dll. Ini memberi peluang yang luas dan memudahkan lagi kumpulan-kumpulan yang tidak bersetuju dengan sesuatu rancangan itu untuk menghentam dan menggagalkan usaha itu.
Bilakah barisan pemimpin kita belajar to act smart and to do honest work and not too quick to rush and grab the nearest microphone or to pose in front of the camera boasting about their half-baked ideas? Akibatnya pemimpin-pemimpin kita sentiasa di outclassed, outmanoeuvred and outflanked bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Akhirnya, mereka sentiasa terpaksa bend backwards in order to appease the opposing parties. Ambil lah contoh kawan karib barisan pemimpin kita iaitu LKY. He does not get to be where he is by not doing his homework thoroughly first and by not keeping his cards close to his chest.
"The fish that gets hooked is the one that opens its mouth."
Melati
Maaf dato,biar saya susun ayat saya semula
"PAS seperti dilaporkan dato sudah menunjukan keikhlasan,sekarang kita lihat apakah umno benar benar ikhlas atau cuma inginkan satu talian hajat dari PAS"
Happy now Dato.
Salam Dato'
Dengan mengatakan 'dapat rasai keikhlasan cadangan Pas' secara halus Najib menonjolkan dirinya juga ikhlas untuk perpaduan rakyat.
Seriuslah... mana ada ahli politik yang ikhlas berjuang untuk rakyat ??
Perjuangan untuk rakyat hanyalah satu byproduct dari perjuangan untuk survival politik diri sendiri.
Hj Hadi ikhlas untuk perpaduan ? Saya mungkin boleh terima sekiranya Tn Haji mulakan dengan menarik kembali Amanat Hadi yang menghukum Kafir mereka yang menentang Pas (secara indirect maksudnya begitu kerana itu yang difahami pengikutnya)
Najib ikhlas berjuang untuk rakyat Perak semasa mengambilalih kuasa kerajaan Perak ??
IKHLAS ??? Tidak ada dalam kamus seorang politikus... !
TG Hadi cakap nak berunding dengan UMNO supaya DAP dengan PKR sedar diri, PR menang disebabkan undi pada PAS. Jangan nak berlagak sangat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng oii!!
Anwar Ibrahim ni memang syok sendiri. Sendiri dah proclaim jadi prime minister in-waiting. PKR bukan ada base pengundi pun. Pergi lah mana-mana cawangan, banyak yang tunggang-langgang. Dalam kalangan melayu, PAS dengan UMNO aje yang grassroot support dan PAS dikuatkan lagi dengan sokongan golongan muda dan profesional sekarang.
Siapa yang lebih layak naik jadi PM? Takkan Anwar Ibrahim kot? Parti dia banyak wakil rakyat tangkap muat aje. Yang asyik keluar, lompat katak semua ahli dia aje. Takde integriti langsung!
So, DAP dan PKR, sila jangan berlagak sangat! Ingat PAS tak berani nak keluar daripada PR? Ahli PAS, sila sedar diri, jangan biar PAS diperkotak-katikkan
YBhg Dato'
Assalamualaikum,
Tahniah kerana blog Dato' telah mendapat sambutan yang begitu baik .Ini adalah kerana Dato' berani menonjolkan perkara terkini yang menarik perhatian masyarakat tidak kira kaum dan pelbagai pendirian politik.
Saya berdoa semoga orang Melayu Islam menyedari bahawa mereka sedang melalui jalan yang sangat genting. Tersilap langkah mereka akan jatuh dan tidak akan bangun lagi.
Semua orang tahu bahawa Melayu akan jatuh angkara orang Melayu sendiri.Dari itu berlakulah laga menglaga sesama orang Melayu dimana orang Melayu sekarang tidak sensitif lagi bangsanya telah dan sedang dihina didalam dan luar negara.Orang Melayu sudah mula hilang maruahnya.
Apa yang berlaku sekarang walaupun dari segi bilangan terdapat ramai wakil rakyat Melayu Islam dimana mereka sepatutnya berada dalam keadaan selesa tetapi pada hakikatnya mereka gelisah kerana terbagi kepada dua kumpulan yang saling bertentangan antara satu dengan lain.
Dinding pemisah ini akan hanya dapat dirobohkan jika satu sistem baru diperkenalkan dimana semua wakil rakyat bertindak dengan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat dan tidak semata-mata atas ideology parti atau pun ideology parti komponen. Bagi Melayu Islam dengan tiadanya dinding pemisah ini akan membolihkan mereka bertindak sebagai yang dikehendaki Islam sebenar dengan mendahulukan perpaduan dan kesejahteraan ummah.Ini akan berlaku jika Kerajaan Perpaduan dibentuk.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya
Datuk,
Apa yang berlaku dalam PAS sekarang ini seakan-akan apa yang berlaku dalam UMNO beberapa tahun lalu.
Kalau beberapa tahun lalu, Dr. Mahathir membuat kecaman keras terhadap Pak Lah, sekarang ini Nik Aziz melakukan perkara yang sama terhadap Hj Hadi.
Sokongan akar umbi lebih memihak kepada Dr. Mahathir dan Nik Aziz tetapi sokongan pihak pengurusan dan kepimpinan lebih memihak kepada Presiden parti iaitu Pak Lah dan Hj. Hadi.
Kita sudah sedia maklum apa yang telah berlaku kepada Pak Lah dalam UMNO...
Apakah akan berlaku perkara yang sama dalam PAS?
-sinbad-
Salam DAKJ
Kerajaan Perpaduan & lembah dendam
Kalau DAP, PKR dan kelab penyokong PAS tak setuju memanglah logic sebab tak nak Melayu bersatu. Masalahnya,yg tak nakkan KP adalah To’ Guru dan beberapa orang kanan dan kirinya.
Sepatutnya menjadi pewaris sifat nabi, sifat yg terpuji, jadi ikutan dan teladan BUKANNYA dengar sifat pendendam sesaudara Islam, pecah belahkan umat Islam, keji orang sebagai boneka, nak buat experimen darah, samseng, tuhan mencarut, berkawan dgn syaitan dan sebagainya Hai !!! Tak tahulah. Tapi bila bagi khutbah bukan main lagi pesan tu pesan ni, jaga akhlak, jaga adab, jaga aurat, jaga saudara seagama dan bermacam jaga lagi.
Pertuturan sepatutnya Lebih sopan, lebih rendah diri, lebih galakkan perpaduan, lebih betul priority dan KURANG bercakap. Bila banyak bercakap banyak salah, banyak salah banyak dosa, banyak dosa masuk neraka. Sekarang nampak macam pandai teori tapi practikal out. Atau pandai cakap tapi buat tak reti. Atau cakap tak serupa bikin atau cakap macam bagus tapi buat macam ‘bogus’. Manalah satu dunia tak pandang serong kat Islam dan isu Palestine pun tak sudah sudah.
Jika beginilah keadaannya, kesimpulannya, UMNO cuma ajak-ajak ayam dan PAS pula malu-malu kucing, yg lainnya musang berbulu ayam dan selebihnya alim-alim kucing. MEOW…... Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sekian TQ.
Salam Datuk,
Saya ingin bertanya kepada datuk, iaitu siapa yang sebenarnya "ikhlas dan jujur untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan". DSN sebagai President UMNO merangkap PM dan Pengerusi BN atau President Hadi dan Tok guru Aziz?Isu in amat menggelirukan dari banyak sudut pandangan politik.
Pada setakat ini kita masih menunggu isi kandungan kerajaan perpaduan yang dimaksudkan itu daripada pihak UMNO dan juga PAS. Perbahasan kita hanya pada rangka tulang sahaja yang masih belum sempurna jadi kenyataan.
Sesungguh nya PM Najib telah menyuarakan pendapat dan komen beliau untuk menyokong isu ini secara tidak "rasmi"itu bagi pihak 3.4 juta UMNO.Pandangan kepimpinan ketua-ketua komponen parti BN juga diketepikan.
Pada hikmah saya, kerajaan perpaduan adalah berbeza dengan kerajaan campuran atau "coaliation government". Bentuk kerjasama yang dirangkakan itu perlu dihalusi dengan teliti, memandangkan bahawa PAS pernah menyertai UMNO(untuk , tujuan perpaduan Melayu selepas peristiwa 1969, tetapi akhir nya terpaksa keluar daripada komponen BN).Kata PM Najib, "kita merisik dulu, tapi jadi kahwin atau tidak terpulang kepada jodoh".
Jika UMNO dan PAS mempunyai semangat kerjasama yang jujur dan kebal atas kepentingan rakyat Malaysia secara am nya, lingkungan kerajaan perpaduan ini patut bermula proses percubaan nya di Kelantan sahaja.PAS duduk atas kemenangan kerusi yang terserung dan bila-bila masa UMNO/BN boleh jatuhkan kerajaan PAS, jika ada niat yang buruk, tanpa mengambilkira kepentinagan dan kesangsaraan rakyat Kelantan.
Jangan PAS nak bercita-cita besar untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan yang masih dikuasai oleh BN. Kita harus menjaga sentimen politik komponen parti BN oleh sebab kerajaan yang sedia berkuasa "bukan kerajaan UMNO tetapi Barisan Nasional".
Suasana politik ketika ini di Perak adalah lebih kurang sama dengan di Kelantan. Kedudukan kerajaan BN tidak begitu kukuh dengan adanya 28 kerusi PR di DUN Perak.Jadi bagi kesimpulan politik ala perpaduan Melayu, saya menyarankan kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS untuk memulakan proses perdamaian dan kerjasama atas prinsip kerajaan perpaduan di negeri Kelantan dan Perak sahaja.
Dato,
Jika dato melihat kpd reaksi penyokong2 PAS dlm isu ini statement D.S. Najib tu kelihatan seperti sebuah lawak jenaka. Apapun saya amat berharap isu ini boleh dianjakkan ke tahap next level no matter how 'wishful thinking' it is...
Dato Kadir.
UMNO dah gila talak Dato.Bukan macam orang baru nak kawin saperti kata Najib.Mereka dah kawin tahun 1970 samasa Tun Razak(bapa Najib ) menjaDI PM.
Nik Aziz pada waktu menjadi saksi penikahan itu.Lepas itu Pas di cerai dengan Zalim.Di caci dan di hina kerana UMNO telah berjumpa dengan pasangan nya yang baru bernama BERJASA.
Nasib baik lag dengan berkat Doa ulama Pas,Pada tahun 1990.Allah mengantar pemimpin UMNO sendiri yang telah dibuang parti yang bernama Tengku QRazali,menolong PAS menawan samula Kelantan.
Saya faham kenapa Nik Aziz menentang keras jika hendak berkawin(rujuk) samula dengan UMNO.
Hj Hadi saorang ulama yang baik,orang nya baik tapi yang kurang dengan Hadi ia lah political knowledge.Sebab itu bila ia memerentah Terangganu dia tidak dapat bertahan lebeh dari satu penggal.Yang peleknya pada tahun 2008 bila semua negeri mengundi pembangkang,Pas Terangganu tidak dapat menawan samula Terangganu.Ada yang tidak betul dengan pentabiran Pas Kelantan.
Salam,
Hadis riwayat Bukhari yang diletakkan di tangga teratas di kalangan 42 Hadis terpenting did alam agama Islam menyatakan bahawa:
"Setiap perbuatan itu bergantung kepada niatnya. Jika niat hijrahnya ialah kerana ALLAH maka itulah hasilnya dan jika niat hijrahnya adalah kerana dunia atau untuk menikahi wanita maka itu jugalah hasilnya di sisi ALLAH"
Saya kira bersangka baik terhadap niat sesiapa jua di dalam isu kerajaan perpaduan ini wajarlah diutamakan.
Saya tidak faham kenapa ada kelompok alam PAS dan juga UMNO yang suka melihat perkara ini daripada sisi gelap / negatif.
Saya ada mengulas isu ini di weblog :
www.fendy1982.blogspot.com
Terima kasih Dato' :)
Salam Dato'
Saya tak terkilan kalau cadangan pakatan ini tak menjadi. PAS dan UMNO punya penyokong dari kelumpuk yang sama. Kedua-duanya perlu ujud secara berasingan untuk saling bersaing bagi memberikan perkhidmatan dan harapan yang lebih baik. UMNO yang terlalu kuat menimbulkan pemimpin yang lupa daratan dan PAS yang terlalu kuat juga akan melahirkan diktator. Yang penting pada saya kedua-duanya perlu bersatu dalam satu suara mengenai isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Yang satu boleh mengalahkan pihak yang lain (dalam pilihan raya) tetapi bukan sehingga menghancurkan nya dengan dendam dan kebencian.
Datuk,
Kerajaan Perpaduan hanya satu rotorik politik. Untuk memperkukuhkan kekuatan satu-satu kaum, adalah baik kaum masing-masing menubuhkan satu parti sahaja dengan objektifnya jelas iaitu memperjuangkan kaum masing-masing.
Sebagai contoh, orang Melayu dengan Parti Melayu (Parti Orang Melayu - POM) Orang Cina (POC) orang India (POI) dan seterusnya. Mana-mana parti berjaya menubuhkan kerajaan, laksankan objektif partinya ini kerajaan pengundi telah memberi mandat selaras dengan objektif perjuangan parti berkenaan. This is a straight forward case, dari sini dapatlah kita siapa yang benar-benar berkuasa di tanah air ini.
Parti Untuk Kaum India
Salam,
Baru mood rasa baik sikit, dlm malaysiakini hari ni, s/u agong pas dh bagi syarat pulak dah !!!
Mata kecik sebelah..
PERPADUAN:
IKHLAS VS PRASANGKA
Sejak berlaku kegawatan politik beberapa tahun lalu, kita lihat beberapa perlakuan negatif semakin meningkat. Sikap biadap, kurang ajar, prasangka, tuduhan dan tuntutan melampau, provokasi dan dengki, bercampur baur dalam masyarakat. Di tengah-tegah kemelut itu, tiba-tiba Datuk Seri Najib melahirkan keyakinannya terhadap keikhlasan, orang yang boleh dianggap setengah orang sebagai musuh politik UMNO, Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang, untuk berbincang.
Saya fikir, hati kita patut tersentuh bila menghayati bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh Najib juga dengan ikhlas (dari psikologi riak wajah dan patah-patah perkataan yang diungkapkan). Rakyat, terutama para pemimpin, lebih khusus lagi pemimpin Melayu, patut mengambil iktibar dari keikhlasan pemimpin nombor satu itu. Kenyataan yang ringkas tapi penuh makna dan implikasi. Semoga semua pihak mula mengendurkan setiap ketegangan, membuang prasangka, melihat ke depan dengan cara yang lebih baik.
Akhirnya, keikhlasan itu akan teruji tahap dan kualitinya, dari sejauh mana pihak yang terlibat dalam perbincangan itu sanggup mengenepikan ego dan prasangka, citarasa dan cita-cita peribadi, dan memberikan keutamaan yang hakiki kepada masa depan bangsa.
Sebarang unsur seperti kebimbangan satu pihak kepada kemungkinan diperalat oleh pihak yang lain, atau kecelaruan emosi dari rekod sejarah yang negatif dari perspektif masing-masing, adalah gangguan kepada keihklasan yang patut dikikis.
Dalam persekitaran yang Melayu sudah terhimpit di sudut, saya optimis, bahawa kedua-dua pemimpin itu akan berupaya memikir dan merangka sesuatu penting untuk survival bangsa Melayu, dan negara Malaysia. Marilah kita berdoa agar kita akan melihat tahap seterusnya yang lebih positif dari keikhlasan tersebut. .
Selagi mana otak pemimpin melayu mengaku muslim tak mampu ke tahap pemikiran yang ada "logic & sense" selagi itulah kita akan terus disajikan dgn benda2 "nonsense" & "no-cents"..kalau tiada perubahan nyata, situasi sebegini dijamin berterusan sampai kiamat..
Dasar pandang ke Arab... semua nak jadi mcm pak Arab...nak jadi pak syeikh atau naik syeikh.. perangai pemimpin Melayu pun dah mcm pemimpin Arab... badut sarkas semua..apa nak heran..
Satu cara saja untuk Melayu kembali bersatu... ambil air beberapa gelas, letak paraquat, bagi semua pemimpin besar melayu minum...biar masing2 terus tunjuk kuat..merekalah sebenarnya virus perpecahan yg merupakan sebahagian daripada permainan 'sub-concious' penjajah.
Pemimpin melayu UMNO & PAS kalau bab kutuk hentam Israel berdegar-degar tetapi bila datang saja kepala proxy Israel, layanan terus berubah, kecut telur, hipokrit, hampas.. baik yg berkot atau berjubah sama saja dua-dua.. thumb up clowns!
Memang badut sarkas..hmm..inilah jenis pemimpin dikalangan orang2 tua politik yg memalukan.. inikah contoh kpd generasi muda untuk ikutan...? Serupa sotong tiada tulang belakang? Keris..! Takbir..! Pigi dah.. cakap tak serupa bikin..
Respect is something earn..not inherit.. its not something everybody auto-deserved..
p/s: kalau saya jadi LKY, saya akan sengaja jatuhkan pen depan2 ramai wartawan.. tengok pemimpin murahan negara Melayu yangn tiada tulang belakang & telur pasti terus tunduk membongkok untuk ambil pen...lepas tu bagun senyum terhegeh-hegeh tanpa sedar apa yg dah belaku... itu dijamin! hehehe..
("/)
Dato', pada saya, maksud tersirat "PM Rasai Keikhlasan Cadangan PAS" ialah PAS + UMNO dan menjadi anggota komponen BN. Saya maksudkan begitu, kerana tafsiran 'keikhlasan' dalam minda UMNO ialah sesuatu yang lebih memanfaatkan UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, berbanding dengan PAS.
Maksud memanfaatkan UMNO ialah;
1. Cara mudah dan cepat UMNO mendapatkan semula sokongan orang Melayu di PRU13.
2. PAS sebagai musuh lama UMNO dimatikan, manakala PR dihancurkan.
3. Cara mudah UMNO merampas kuasa kerajaan Negeri Selangor dan Kedah daripada PR, di samping mengukuhkan MB Zamree di Perak.
Maksud memanfaatkan orang Melayu pula ialah;
1. Suara orang Melayu akan menjadi lebih kuat, khasnya dalam memperjuang dan merealisasikan dasar yang mementingkan orang Melayu.
Salam Dato.
Semakin bercelaru nampaknya orang Melayu. Mengapa yang seadanya Melayu pandai yang tertinggal terlalu terdorong untuk menjumud minda suci umatnya? Kalau dah ada niat yang baik di antara UMNO/PAS teruskan sajalah. Kita sendiri tidak dapat pasti apa sebenar yang berkemungkinan dapat dicetuskan.
Ini politik, terlalu banyak sifir anehnya. Saya percaya setiap detik baik yang terpancar dari hati yang ikhlas sudah pasti akan mendapat keredhaan, taufik dan hidayah daripada Allah.
Kalau setakat yang saya ingat, perkara ini bukannya suatu baru yang nak bermula tetapi adalah penerusan daripada sejarah yang tertinggal. Jadi, wahai Melayu janganlah terlalu bergantung dan terikat dengan nostalgia. Kalau tidak, kita masih lagi akan tidak yakin bahawasanya jarum pun kita tidak mampu buat.
Orang lain yang berada disekeliling kita memang cukup konsisten memperjuangkan hak yang mereka tuntut, mengapa pula, Melayu yang ada ini mudah pula terpesong. Bangun dan keluarlah dari igauan ini. Bimbang nanti tuntutan dunia pun lingkup akhirat pun hancur.
Rasanya kita sedang ditipu oleh diri kita sendiri. Rasa hebat tapi tidak, rasa selesa tapi sesak. Sebelum kita dijahanamkan oleh kongkalikong yang sedang menjalar, sedarlah diri dan baliklah semula ke pangkal jalan.
Penerokaan masa depan orang Melayu perlulah diuruskan dengan begitu teliti. Jangan sampai cucu-cicit kita yang akan terseksa dan menderita.
Permantapkan ilmu sebelum membolehkan kita menerjah ke suatu ruang yang kita sendiri tak pernah sampai. Pergiat dan pergalakan usaha-usaha ini. Kalau tak jelas tanya pada yang berpengetahuan. Bereksperimenlah mencatur nasib orang Melayu..
Fenomena Melayu pandai tapi tidak bijak wajib diubati. Kalau tidak kita akan berakhiran dengan menjadi umat Melayu yang sasau. Bersatulah Melayu.....
Dato',
PAS memang ikhlas, tapi ikhlas kah Nagib,UMNO & BN? Saya rasa PAS patut mengikuti nasihat TGNA, dan saya pasti PAS akan kecewa jika mengikut rentak yang dimainkan oleh NAGIB, UMNO & BN. Buat masa ini, pada pandangan saya adalah lebih baik PAS menjauhi UMNO, kerana PAS belumlah begitu kuat untuk menangkis permainan kotor UMNO nanti. Saya juga bersetuju dengan komen yang menyatakan respon yang begitu lembut & manis dari Nagib mengenai cadangan PAS itu ada kaitannya dengan Manik Urai. Buat masa ini, ada baiknya PAS memperkukuhkan hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat. Jangan pisang berbuah dua kali.
Salam DAKJ,
Isu ini diperhebatkan demi kepentingan PRK Manik Urai. Itu sekadar pandangan peribadi saya. Tapi saya bersetuju sekiranya TGHH & Nasha masuk UMNO dan cuba mengubahnya dari dalam.
Kalau PAS masuk BN, sukar untuk PAS bersuara kerana sudah terlalu banyak parti di dalam BN. Semuanya ada hak untuk bersuara cuma mungkin ada kuotanya. So fikirkanlah.
TGNA agak tegas mengeluarkan kenyataannya hari ini. Saya ternanti-nanti maklumbalas Nasha tentang teguran TGNA.
Kadang-kadang muak juga asik berbicara pasal politik. Tak pernah habis......
-Carl-
Salam datuk,
mengenai kerajaan perpaduan ini pada pendapat saya adalah satu usaha untuk mengimbangi pengaruh daripada isu2 yang di buat oleh DSAI baik didalam PAS itu sendiri dan lebih lagi kepada atmosfera politik negara,kerana pada pendapat saya pada masa kini telalu jelas nampaknya atmosfera politik nagara telalu mengikut angin yang dibawa oleh DSAI sehingga didalam PAS sendiri ada terdiri daripada golongan yang berpaksikan DSAI.....hanya Allah yang tahu!
khairul,USM
UMNO nih umpama Yahudi Melayu...sebab tuh lah tak leh buat baik sgt...sudah byk kali tikam belakang org Melayu sendiri demi kepentingan perut sendiri, anak-beranak, sanak saudara dan kroni mereka saje...At least, DAP nampak terang-terang benda yg salah disisi Islam yg dilakukan oleh UMNO e.g. ketidakadilan sistem kehakiman, rasuah yg terang-terangan, menghalang hak asasi manusia, hidup mewah bagaikan Raja..malah kalahkan Raja2x Melayu sendiri.
Oleh itu baik jauhkan diri dari UMNO nih..biar mereka jadi Pembangkang dan sedar langit tinggi rendah, lepas itu baru boleh bawa bincang dgn mereka ttg nasib org Melayu...Selagi UMNO berkuasa, putar-belit mereka akan terus berleluasa.
Org Melayu boleh terus bersatu dibawah PAS dan jadikan PAS sebagai alternative dan Parti Penaung Org Melayu dan Islam...InsyaAllah..bersatu dibawah payung Islam akan lebih selamat dan dijamin oleh Allah SWT daripada bersatu dibawah Parti Kebangsaan yg hanya meletakkan Islam sebagai alat penyeri adat-istiadat dan pelengkap Majlis bacaan Doa Selamat jer..
Rgds/Ir Fariz Salleh, KL
Yg Bhg Dato'
Sama-samalah kita berdoa usaha perpaduan yang dicadangkan Oleh Tuan Guru Haji Hadi akan men"jadi".
Amin
Dato'
Kalau lah perjuangan bangsa ini dasarnya diredhai, buat apalah nabi kita Muhammad bersusah-susah berhijrah ke Madinah, bergabung dengan kaum-kaum Aus dan Khazraj, yang lebih rendah statusnya dari kaum Quraish.
Lebih baik nabi junjungan kita berkompromi dengan pak-pak sedara baginda orang Quraish yang mengawal Kaabah dan kota Mekah. Resourcenya banyak. Reputasinya terkenal di seluruh jazirah. Secara teknikalnya, sokongan materi yang terjamin boleh membantu kerja-kerja dakwah dengan lebih berkesan.
Tetapi Allah lebih mengetahui, dan lebih berkuasa ke atas nasib hamba-hambanya. Rahmatnya melimpah ruah untuk hambanya yang sanggup mati menegakkan yang Haq. Dan itulah yang junjugan kita pilih. Susah di dunia, merentas padang pasir yang tak berkesudahan, walau terpaksa memecah belahkan kaum Quraish, memerangi keluarga sendiri, semata-mata untuk mencari keredhaan Allah yang Maha Tinggi.
1400 tahun lepas, di tengah jazirah Arab yang kering kontang, Allah telah hinakan mereka yang berjuang kerana keturunan, keluarga, bangsa, nenek moyang, tradisi, susur galur dan sebagainya. Dan dimuliakanNya mereka yang menegakkan agamanya, walau bagaimana tertekan keadaan pejuang-pejuangNya, di bumi yang sementara ini.
Semoga kita semua mengambil iktibar insha Allah.
Syammim
bagus la kalau kerajaan dan pas bergabung,dengan mereka bergabung lagi dapat menguatkan islam dan bangsa melayu.tidak perlu berpecah belah.kerana itulah yang dituntut dalam islam.
anakmelayu30.blogspot.com
As exemplary muslims we are obliged to show good example to the nons.We muslims must promote our religion to all.The best way for us to show to the world that our religion is the true word of the lord is to be fair,just,righteous,to be able to lead a multiracial society with all the mentioned quality.
As muslims most of us are able to fullfill the minimum requirement but almost all of us fail to promote our religion outside our comfort zone.
Tok Guru has succeded where most of us have failed,that is projecting an image of islam that is attractive to the nons.TGNA have won where so many current leadears of islamic world have failed.TGNA can easily negotiate with the nons to accept islamic reforms because they trust and believe in him.How many UMNO leaders can have the same trust.
I strongly believe that if most of our leaders follow the example of TGNA islam will be easily accepted as the leading and the most prefered religion of the people of the world.
Dato'
Dengan izin yek?
Saudara Affendi Hussain
Tersenyum-senyum saya membaca komen saudara. Wah! Passionate betul Saudara kali ini.
Saya rasa Mentor Singapura dan Malaysia LKY sama sekali tidak perlu melakukan ujian menjatuhkan pena tu lagi dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini. Ujian berkala itu sentiasa dilakukan oleh mana-mana negara yang memahami konsep "Information is Power".
Saya masih tertanya-tanya sehingga kini, apakah jasa yang ditaburkan LKY kepada Malaysia sehingga beliau dijunjung, dijulang dan ditatang oleh barisan pemimpin pemerintah dan pembangkang sebegitu hebat sekali? Setahu saya idola barisan pemimpin kita ini memang terlalu banyak baktinya kepada negara beliau sendiri tetapi kepada Malaysia tak tahu lah pula saya. Dari bahan bacaan saya, beliau dianggap sebagai duri dalam daging semenjak zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman lagi.
Nampaknya duri ini telah bertukar kepada bunga mawar pula. Proses metamorphosis ini amat berjaya kerana mawar ini sudah pun kembang berseri. Tetapi bau yang dirembes belum tentu lagi bau mawar yang harum. Itu kena tanya kepada mereka yang telah bergesel bahu, tangan, dada dan pipi dengannya. Saudara Affendi, harap-harap bukan bau paraquat, ek? Paraquat bukan sahaja boleh meracuni tanah tetapi boleh meresap ke dalam bumi dan merosakkan sistem air bawah tanah. Kalau tak pandai mengendalikan penggunaan paraquat, ia boleh menyebabkan kanser. Dan semua tau kan, kanser boleh membunuh.
Tetapi no worry lah! Rasa-rasanya, mawar ajaib ni bukan bunga betul sebab proses penukaran berlaku semasa pokokya sudah terlalu tua. Yup, mawar plastik la tu. Eh, kalau mawar plastik, ada lagi masalah lain. Plastik mempunyai jangka hayat yang teramat panjang. Tuan rumah dah hancur badan dan reput tulang di kandung tanah pun dia masih kembang berseri lagi. Itu pasal pasaraya Jusco telah mengadakan kempen jangan gunakan beg plastik baru-baru ini.
Melati
Dato'
Saya doakan agar cadangan Hj Hadi yg disambut pula oleh DS Najib akan jadi kenyataan.
Fikirkan masa depan anak cucu kita. Apa akan jadi kalau "kita" hilang kuasa. Sekali hilang, sukar untk dapt balik.
Insaflah wahai bangsaku!!!!!
I strongly believe in the absolute monarchy system. We should revert to this old Malay traditional absolute monarchy rule.This is the only way to make this country stable and united.
Our parliamentary system is DEAD. Make no mistake about it. Lately, you observe some of the wakil rakyat really behave literally like "monyet". They are really haprak and HP6!! Dah bodoh stupid. They don't deserve to be called Yang Berhormat but calling Yang Bercawat more likely to suit them !!
Hanya orang yuang "bercawat" sahaja yang berperangai bagaikan "monyet".
This "unity government" talk is all RUBBISH!. It is all political rhethoric. At the end of the day nothing will happen at all for sure.
As usual the Malay leaders are still talking about politics even when they know that the rakyat are struggling to make ends meet with the current uncertainty in the economic front.
Tolonglah !! We have to move forward and act fast to put our economy back in the right footing. We shouldn't be wasting our resources to continue arguing about politics.
Daulat Tuanku !!
Datuk,
TG Nik Aziz nampaknya marah betul dengan kerajaan perpaduan. Malah dia cukup marah dengan Nasharuddin Md Isa yang difahamkan menyokong kerajaan perpaduan. Sanggup dia kata Nasharuddin "sampah" dan "barua UMNO". Nasharuddin juga disarankan supaya letak jawatan parti, keluar dari PAS dan masuk UMNO.
Saya rasa lebih baik jadi barua UMNO dari DAP. UMNO masih melayu dan islam. Nasharuddin dikatakan sampah kerana masih ada budi bahasa dan sopan santun Melayu.
Nampaknya penyakit diktator DAP dah meresap ke dalam Pas.
yang anti dan kecut dengan idea kerajaan perpaduan ini ialah
DAP
MCA
GERAKAN
PKR
dan yang paling meracau racau ialah
SYAITAN.
orang islam jangan jadik bodoh dan berpecah. nabi suruh bersatu dan cari titik pertemuan bagi dua puak yang bertelagah. jangan bagi alasan bodoh tak boleh berpadu dengan alasan2 dangkal. bukan sahaja bodoh tapi tambah dosa apabila pecah belah.
jangan buruk sangka. pintu dah bukak sikit, aku harap kerajaan perpaduan antara dua parti melayu islam terbesar di negara ini jadik realiti. najib dan hadi dan terbukak sikit hati tu. kita pulak jangan jadik batu api dan lagakan mereka. bagi la jalan sikit.
korang tak letih ke bersengketa sama sendiri? aku doa kerajaan perpaduan ini menjadi realiti
YBhg Dato
Alangkah baiknya kalau BN tidak bertanding di Manek Urai. Baru nampak keikhlasan dan kesungguhan untuk membentuk kerjaan perpaduan.
Sekian.
Dato Kadir.
To ALL PAS leaders.Dont waste time with Najib.He can talk but the final decision will come from first Lady.Even Lee Kuan Yew (The Chinese Emperor)must have audience with her for one hour.Tak pernak terjadi dalam sejarah Pemerentahan Melayu Islam Malaysia sejak Tungku Abdul Rahman.Kita hatu Tun Mahathir pun takuk dengan Kak Asmah,tapi ada had lah.Tak sampai Kak Asmah mencampori pentabiran Negara.
Nik Aziz berkeras tak nak menyokong unity government. Reasons why only his senility can answer.
Yang Mustafa Ali pulak mengada-ngada nak ajak DAP and PKR sekali becoz they are his friends - kononnya lah.
Tak paham ataupun saja degil. Kalau budak kecik degil boleh dilepik tapi kalau org tua degil, menyampah je tengok!
YH Dato',
Isu Kerajaan Perpaduan bukan satu isu yang baru. Sejarah telah membuktikan ia boleh dilakukan. Tidak mustahil. Pada saya, ia sesuatu yang harus dilakukan oleh dua parti umat Melayu/Islam. Sungguhpun kita tahu hayatnya mungkin tidak lama, tetapi titik pertemuan harus ada. PAS telah menghulurkan tangan dan ikhlas dalam isu ini dan UMNO merestui keikhlasan PAS, sungguhpun ada pihak didalam PAS yang mindanya tidak terbuka. Sebagai seorang professional Melayu muda yang lahir dari DEB, saya ingin sekali merasa kemanisan perpaduan Melayu. Ingin sekali saya melihat PAS dan UMNO duduk semeja berbincang. Tiada rasa curiga dan ego. Secara idealnya, saya mencadangkan PRK Manek Urai sebagai satu bukti kejujuran dan keikhlasan PAS dan UMNO dalam membentuk perpaduan Melayu. PAS dan UMNO pada saya perlu membentuk kerjasama dengan menghadirkan calon perpaduan di PRK Manek Urai. Biar komponen BN dan PR tahu siapa tunjang sebenar kedua-dua perikatan itu.Bukan untuk menguris hati mana-mana pihak tapi mengingatkan mereka survival Melayu dan Islam adalah teras kejayaan Malaysia. Bukan racist tapi realiti.
Mohd Razali.
Dato.
Untok pengetahuan anak anak muda sekarang ini baik di dalam UMNO atau Pas ,ingin saya jelas kan di sini bahawa party PAS ini di asaskan oleh Tuan Hj Mohd Fuad di Tanah Liat,Bukit Mertajam.
Tuan Guru Mohd Fuad asalnya orang UMNO yang keluar party dan menubohkan PAs satelah ia tidak bersetuju dengan Tungku Abdul Rahman mengenai hukum Islam dan negara Islam.
Jadi apabila UMNO kalah terok didalam Pilehan raya 1969,Tun Razak menalephone Dato Asri dan meminta ia menyertai karejaan BN demi untok menguatkan kuasa Melayu.
Dato Asri,saperti orang mengantok di surong bantal terus menerima tawaran itu dan dia di lantek menjadi Menteri Tanah.Sebab itu sekarang ini banyak kawasan Felda mempunyai markas PAS dan kubu PAS.Bila Tun Hussein menjadi PM dan UMNO sudah mendapat kekuatan samula dan sokongan orang Melayu ,maka PAS di tendang keluar dan UMNO menyokong Mohd Nasir dari BERJASA.
Nampak sekarang sejarah akan berulang samula.Anak Tun Razak bernama Najib merayu dan mahu PAS menyertai kerajaan camporan.Apabila Hishamuddin anak Tun Hussein,menganti Najib sabagai PM,saya yakin nasib yang samalah akan menimpa PAS.
Nasehat saya kapasa PAS.Fikirlah sedalamnya.UMNO itu macan ayer dan minyak dengan PAS.PAS telah berjuang dari Kelantan sekarang ini sudah dapat KEDAH dan PERAK.Jaga lah negeri ini baik2.Mungkin lepas ini dapat PAHANG dan JOHORE.Sebab itu lah LEE Kuan Yew dah panik,Tak terfikir di hati saya yang Lee Kuan yew sanggup datang berjumpa Tok Guru Nik Aziz dan Melawat Kelantan.
Orang muda Melayu Islam sekarang ini berlumba mahu menjadi ahli PAS.Pas bukan lagi party Kuching korup.Jaga lah dengan baik dan jangan bergaduh.
salam dato'
komen ckit dato'
"Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini, lapor Bernama.
"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail."
dipetik dr msiakini.
Nak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!
As'kum Dato',
1. Saya juga sependapat dengan PM DS Najib bahawa Presiden Pas dan Timbalannya ikhlas apabila mereka mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu. Mereka tentu sedar tentang risiko apabila mengemukakan cadangan itu. Tapi demi perpaduan bangsa dan Agama mereka mempertahankan cadangan mereka itu. Inilah perjuangan namanya. Mempertahankan cadangan yang baik.
2. Kita jangan lihat DS Hadi yang dahulu yang sentiasa menghentam Umno. Anak sungai lagi berubah inikan pula manusia. Beliau sedar bahawa orang Melayu kini berpecah. Jika ini berterusan tidak hairan dalam masa terdekat ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri. DS Hadi tentu sedar bahawa tiada jalan lain untuk orang Melayu bersatu melainkan Umno dan Pas perlu bersatu dahulu. Beliau ingin menyelamatkan keadaan.
3. Sebagai orang Melayu dan orang Islam kita semua tentu bersyukur dan gembira sekiranya cadangan Kerajaan perpaduan di antara Umno dan Pas ini menjadi kenyataan. Hanya orang Melayu yang penting diri sahaja yang tidak sokong. Dato' Nik Aziz pula janganlah buka cerita lama untuk menggagalkan cadangan ini. Sebagai Tuan Guru beliau sepatutnya berdoa supaya cadangan perpaduan sesama Islam ini menjadi kenyataan. Kalau nak katakan Pas akan jadi boneka Umno beliau harus insaf bahawa selama ini pun Pas memang dah jadi boneka DAP. Biarlah kali ini kita sesama Islam dan sesama orang Melayu bersatu padu demi untuk menyelamat bangsa dan Agama.
Kenapa hanya sekarang UMNO mahu mengangkat "Melayu" di saat UMNO mula tenggelam dibawa arus semasa? Apakah Melayu PAS sudah lupa seksaan UMNO ke atas PAS.. peruntukan ke negeri Kelantan yang sedikit dan sering lambat, kontraktor Melayu kalangan ahli PAS sering dipinggirkan untuk memberikan laluan kepada kontraktor UMNO/BN walaupun banyak kes kontraktor UMNO/BN menghasil mutu kerja yang teruk (contoh terbaru - Stadium Sultan Mizan) dan anak-anak ahli PAS sering diketepikan dari apa-apa bantuan seperti KWAM, rancangan makanan tambahan (saya antara yang pernah merasai peminggiran oleh cikgu-cikgu penyokong UMNO sekitar 80an dahulu), terpinggir dari biasiswa dan lain-lain.
Kalangan profesional dalam Pakatan Rakyat ingin lihat bagaimana UMNO mengharungi hidup sebagai pembangkang. UMNO yang telah terlalu lama berkuasa telah mabuk dan telah banyak penyelewengan kuasa dan harta dilakukan pemimpin UMNO/BN sedangkan rakyat terpaksa menanggung pemborosan dan kerakusan mereka.
Dato' AKJ,
Tindak balas Nik Aziz beberapa hari ini berhubung dengan cadangan Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan seorang "Tok Guru" pun sanggup menggadai maruah Islamnya demi kepentingan politik dan kuasa. Terbuktilah sekali lagi benarnya ungkapan "Cakap tak serupa bikin". Serban sebesar bakul sekali pun tak menjamin seseorang itu mampu menghayati dan mengamalkan roh Islam yang sebenar-benarnya.
Datuk dan pembahas sekelian,
Bukan semua orang Islam sama. Bukan semua orang Melayu sama walaupun beragama Islam. Waima, bukan semua orang Pas sama begitu juga dengan orang Umno.
Ada Islam fanatik. Ada Islam terbuka. Ada Melayu fanatik. Ada Melayu terbuka. Dalam Pas ada banyak kumpolan. Ada yang fanatik ada yang terbuka pintu hati. Ada yang boleh berfikir. Ada yang tidak. Ada yang berjiwa Islam dan Melayu dan ada yang tidak.
Saya hormat Tok Guru Nik Aziz. saya pernah duduk semeja makan dan berbincang, tapi dia bukan macam Tuan Guru Abdul Hadi.
Nik Aziz adalah ahli politik tradisional dan guru pondok. Dia tak berminat dengan politik nasional atau dengan isu politik yang rumit-rumit. Politik dia politik pondok.
Dia hanya nak jadi Tok Guru Pondok yang besar bernama Kelantan. Itu saja. Tapi fasal dia Tok Guru orang dengar walaupun dia campur adukkan peranan Tok Guru pondok tadi dengan politik yang sebenarnya dia tak berminat dan kurang faham.
Dunia Tok Guru Nik Aziz ada dunia pondok Kelantan.
Tapi Tuan Guru lebih luas ilmunya -- dunia dan akhirat. Dia sedar kalau umat Islam/Melayu berpecah belah dan diperguna oleh bukan Islam atau terpaksa berpakat dengan mereka, akhirnya Islam akan terancam dan rugi. Dia pun tahu, kalau Pas berjaya kalahkan Umno dalam PRU ke-13 ini, Pas terpaksa juga berpakat untuk tuboh kerajaan.
Jadi Pas ada pilihan berpakat dengan sesama Islam iaitu Umno atau berpakat dengan bukan Islam. Jadi saya rasa pilihan inilah yang Tuan Guru dan Ustaz Nasharudin sedang fikirkan. Jadi sama ada kita Pas atau Umno,kita janganlah tutup mata dan hati kita kepada perpaduan Islam.
Saudara Islam
Sdra/Sdri,
Saya pernah hidup di bawah kerajaan perpaduan/campuran yang membabitkan Umno dan Pas antara 1969-1977.
Semua parti utama di Malaysia kecuali DAP terima konsep itu.
Hatta orang Umno dan Pas yang fanatik pun terima hakikat itu.
Sebabnya pada waktu itu ada keperluan, ada keikhlasan dan ada kebijaksanaan di kalangan kepemimpinan Islam-Melayu.
Kepemimpinan bukan Melayu dan bukan Islam pula menyedari bahawa perpaduan adalah sangat utama.
Saya ingat lagi Allahyarham ayah saya, walaupun Umno tegar, tetapi tetap bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pas yang menjadi Timbalan Menteri Kesihatan, Allahyarham Ustaz Abu Bakar Omar.
Setiap kali Allahyarham mengunjungi saya di Kuala Lumpur, kami akan menjenguk Uztaz Abu Bakar Omar (bukan Abu Bakar Hamzah) di rumah rasminya di Jalan Pahang.
Bila ayah saya meninggal dunia pada 2 Jun lalu, orang yang terawal menziarah adalah MP Pas Pendang Dr Mohamad Hayati Othman dan Adun Pas Tokai, Mohamad Taulan Mat Rasul.
Jadi janganlah kita tutup pintu persaudaraan Islam ini walaupun kita dikatakan "haiwan politik" (political creatures). Akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.
Sekurang-kurangnya janganlah kita terlalu taasub dengan propaganda politik dan bermusuh-musuhan.
Terima kasih.
saya setuju bahawa akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.
kita juga kena ingat bahawa kita umat islam yang disebut oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak.
Umat Islam yang diterima oleh Rasulullah SAW hanya puak yang ikutnya sahaja (satu) manakala 72 puak lagi tidak diterima walaupun mati sebagai orang Islam.
Rasulullah SAW tidak terima mereka yang makan rasuah dan makan riba sebagai umatnya.
Demikian juga mereka yang menipu dan berbohong. Betul kita mati sebagai Islam tetapi islam puak manakah.
Apatah lagi yang tolak Islam dengan mengatakan agama suku politik suku yang bermakna politik tidak ada kaitan dengan agama dan agama tiada kaitan dengan politik.
bagaimana agaknya.
Salam,
TG Haji Hadi masuk UMNO dan menjadi menteri. Hmm, idea mengarut tu. Dengan masuk ke dalam UMNO, TG Haji Hadi akan jadi Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Ustaz Nakhaie Ahmad - cepat sejuk dan bekunya. Percayalah.
Demi keberterusan Melayu, PAS perlu berada di luar UMNO dan memainkan peranan seperti DAP yang sebenarnya sama matlamat dengan Gerakan dan MCA - untuk kaum Cina. Dalam kerajaan perpaduan, tidak timbul, saya fikir, soal orang PAS masuk UMNO. Mereka sebahagian daripada kerajaan! UMNO-PAS bukan bersaing tetapi berpadu. Berbalah untuk bangsa dan agama serta negara bukan berbalah untuk jawatan dan projek!
UMNO perlu meminta PAS memainkan peranan ini dan mengesampingkan ego masing-masing sepertimana Gerakan dan MCA mengetepikan ego mereka apabila berkaitan dengan bangsa mereka.
Cuma, jika kerajaan perpaduan menjadi realiti, bagaimanakah kelak dengan peruntukan dan pembahagian kerusi Parlimen? Pasti akan ada perbalahan. Kalau senario semasa dijadikan titik penentu, UMNO kena banyak berkorban.
Umat Islam umumnya dan pejuang Islam khususnya (dalam konteks zaman maju sekarang, pejuang Islam adalah orang yang konsisten istiqamah dalam memperjuangkan Syariat Islam selaras dengan kesempurnaan agama Islam yang merangkumi setiap perkara mulai bangun tidur hingga ke tidur semula, mulai cara beristinjak hinggalah cara Pentadbiran Siasah Negara dan hubungan antarabangsanya)disarankan AMAT PERLU berhati-hati agar tidak dipatuk ular yang sama 2 kali.
Sesuatu yang Dato AKJ tak sentuh disini (sengaja atau tidak sengaja?) adalah ilham Kerajaan Persekutuan adalah Ilham Abdullah Badawi setelah kalah teruk PRU 12 untuk bentuk kerajaan perpaduan di Perak dan Selangor, menyebabkan proses angkat sumpah 2 negeri tersebut lambat.
Cara ini jugalah dilakukan oleh Tun Razak bila kalah teruk 1969. DAN ISU TIMBUL PERPADUAN INI BILAMANA UMNO KALAH DLM PRU, DAN SOKONGAN MELAYU.
ISU KERAJAAN PERPADUAN TIDAK PERNAH TIMBUL bilamana UMNO MENAG BESAR dalam PRU. Mengapa tak timbul pada PRU 11 2004? UMNO Menang besar bukan? Itulah UMNO.
Bagi perayap yang rasa pelik Nik Aziz hentam Kerajaan Perpaduan bagi saya perayap ini tidak pernah menjadi aktivis parti politik, baik PAS mahupun UMNO. Bagi aktivis PAS dan UMNO, mereka berdua amat arif dan tahu bahawa mereka amat jauh berbeza laksana langit dan bumi.
Dasar Pas adalah menjunjung Syariat Islam te tahap tertinngi dan paling tinggi. Dasar UMNO apa?
PKFZ dari 1.75 billion jadi 7.5 billion. Stadium 300juta runtuh tak sampai umur 1 tahun, ratusan aktivis politik dihumban dalam penjara sepertimana LKY humban,Isu Linggam tubuh siasatan mana tindakan mahkamah diambil........banyak lagi ratusan perkara yang MEMPERLIHATKAN BAHAWA UMNO tidak ikut Syariat Islam. Ini jelas dan nyata.
Bilamana kalah teruk PRU DIWARWARKAN keseluruh pelusuk tanahair KUASA MELAYU TERANCAM KERANA MELAYU PECAH BELAH.
Tak. Tak. Melayu bukan pecah belah TAPI UMNO tunggu untuk rebah KERANA Melayu semakin bijak, pandai dan SEDAR kebobrokan UMNO.
Tun Razak buat dah, ni bapa borek anak rintek nak ulangi lagi sekali modus operandi yang sama......TAK KAN BERJAYA.
Hatta, idea kerajaan perpaduan ini telah ditolak mentah-mentah Di MUKTAMAR PAS baru-baru ini, tapi habis saja MUKTAMAR Hadi buat kenyataan dia yakin idea yang ditolak ini akhirnya diterima disambut pula ulasan Nasha. MAKA Nik Aziz bercakap pada landasan yang tepat dan benar kepada semua ahli PAS bahawasanya ini adalah pandangan peribadi mereka bukan pandangan PAS kerana Muktamar sebulat suara dah tolak idea tersebut.
Tiba masanya menguburkan UMNO!!!
Dato'
The obsession with Malay Unity for Survival is one to be relegated to the 15th Century...
Orang Melayu telah BANYAK BERUBAH...
Kalau di pandang dari segala segi, anda akan dapat lihat betapa berbezanya orang Melayu di Bandar, di Pekan dan diluar bandar..
Dari Segi Agama juga banyak perbezaan yang dapat dilihat, yaitu perbezaan diantara yang orthodox dan yang secular...
Sebelum Orang Melayu dapat memikir untuk bersatu sebagai satu Bangsa Melayu, mereka mesti dahulu ada keinginan untuk MENOLONG orang Melayu...
Ramai orang melayu tidak menyokong UMNO sebab mereka merasa UMNO sudah tidak lagi memberi perhatian kepada kepentingan orang melayu biasa yaitu...the common man....
Orang melayu Memang Banyak ATNO (All Talk No Action)....
Cakap tentang menyatukan Melayu bukan perkara baru dan DS Najib tahu ini semua ATNO, jadi baik ambil kesempatan untuk meraih keuntungan....
Apakah agaknya Nasib PAS jika Nik Aziz tiada nanti....
Dato'
Pakbelalang Says;
"I strongly believe in the absolute monarchy system. We should revert to this old Malay traditional absolute monarchy rule.This is the only way to make this country stable and united."
Ini lah yang diPanggil "FROM THE FRYING PAN INTO THE FIRE"
Heh heh
"abdullahngah said...
saya setuju bahawa akhirnya kita semua akan mati sebagai orang Islam -- bukan Pas atau Umno.
kita juga kena ingat bahawa kita umat islam yang disebut oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak.
Umat Islam yang diterima oleh Rasulullah SAW hanya puak yang ikutnya sahaja (satu) manakala 72 puak lagi tidak diterima walaupun mati sebagai orang Islam."
Orang PAS hanya boleh bersatu dengan DAP yang tidak mahukan negara Islam. Jadi orang PAS di puak mana?
Allah maha pengampun. Berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berceraiberai. Sekiranya berselisih faham juga, rujuk Al-Quran.
BUKAN RUJUK PADA PAKATAN PKR DAN DAP!
*manletih*
Salam Dato',
Dalam pada UMNO rasai keikhlasan Cadangan Pas (? atau Presiden Pas) dan dalam pada Dato' Nik Aziz menyelar SU Agung Pas kerananya, masing-masing UMNO dan PAS bersiap2 untuk bertarung di Manek Urai. Aduhai! Sensasi sungguh.
Ini seperenggan berita Utusan Online yang saya baca sekejap tadi:
"“Ini pilihan raya kecil, penting untuk kita buat keputusan yang terbaik dengan mengambil kira pandangan semua pihak,” katanya (TS Muhyidin Yasin-penulis) ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama jentera pilihan raya kecil BN DUN Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini."
Inilah yang amat susah untuk kita percaya yang UMNO mahu atau sedang berubah. Kerajaan sendiri keluarkan larangan presmis sekolah bebas dari politik, tiba2 Pak Menteri Pelajaran sendiri gunakan premis sekolah untuk urusan politik. Saya harap editor dan pemberita Utusan Online "tersalah lapor"..
Pak HJ JB
Nak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is a waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!
Semuanya berkisar kepada nafsu nafsi. Umat Melayu terutama pemimpinnya tidak kuat iman mereka kerana iblis dan setan sentiasa membisik ditelinga mereka supaya berbecah belah. Selagi umat Melayu tidak menghayati seruan Allah untuk merapatkan tali sillahturahim selagi itulah Melayu tidak akan dapat bersatu dan lemah longlai.
Orang Melayu sudah sebati dengan perangai hasat dengki, cemburu, iri hati, sakit hati , dendam mendendam, fitnah memfitnah dll. Semuanya ini adalah sifat negatif yang ada pada orang Melayu. Semuanya adalah sifat yang dikeji dan dilaknat Allah. Tapi orang Melayu masih BODOH SOMBONG (arrogant).
Akhirnya orang Melayu tidak akan berjaya dan mendapat hidayah dari Allah untuk menempoh hidup yang diredhai oleh Allah.Orang Melayu akan terus hidup terombang ambing tanpa hala tuju dan pedoman. Mereka sentiasa hidup daif dan dalam kegelapan. Itu lah umat Melayu dulu, kini dan selamanya !! Kesian !!!!
Salam dihulur pembuka aqli..
Buat yang masih hidup bermimpi..
tanyalah pada diri sendiri..
daripada siapa syafaat dpt diberi?
dari ulamak idola sendiri..?
Atau dari junjungan Nabi?
apakah dijamin masuk syurga Ilahi..
jika nisan ada lambang keris, bulan atau bumi?
Islam itu agama wahyu..
serba lengkap serba satu..
matlamat jadikan umat terbaik contoh yg satu..
Serba lengkap & hebat seribu satu,
kalau betul kepala ikutan dituju,
kenapa masih melayu tak sampai ke situ..?
Rukun Islam 5 Perkara..
kunci utama matlamat & cara..
Yg sunat dijulang, yg wajib dilupa..
Ibarat rumah lengkap berperabot berada..
tetapi malang bumbung, tingkat & pintu tiada..
Terus jahil bermegah, diri hanyut terlupa..
Kalau ilmu dalam dihati..
Kenapa masih keliru riba & judi?
Yang haram hanya nampak si babi..
Kenapa masih hidup menagih subsidi..?
Bukankah zakat tunjang ekonomi?
Bagaimana tertubuh negara Islam jika umat tak mampu berdikari..
Gadai tanah, gadai bangsa,
hidup tak bermaruah, hilang jatidiri..
Lemah ekonomi, hidup kufur,iman terbeli...
Tengok cermin tanyalah diri..
Apakah aku sudah tahap muslim mithali..?
Mampu bicara, tegur kutuk itu-ini..
Dgn kail sejengkal dah mampu menegak Islam ke serata bumi?
Jangan hanya sekadar perasan betul & syok sendiri..
Dirimu hakikat tetap tak kemana pergi..
Hanya cetus berbalah, bangsa sendiri yg nak dikebumi..
Bangsa arab, tunjang bangsa perjuangan nabi..
Berperang menentang roman & parsi..
Jika tiada melayu dibumi ini..
Islam kemana nak bawa pergi..??
Sekarang lu pikirlah sendiri!
(",)
Saya gagal melihati/merasai keikhlasan UMNO.
Di ketika beberapa parti komponen BN sudah mula berjinak dengan PAS, hatta Lee Kuan Yew pun mula menjenguk ke rumah PAS, UMNO sewajarnyalah menyetujui untuk berkongsi Putera Jaya dengan PAS.
Namun PAS perlu kekal dengan prinsip asalnya iaitu ISLAM, Ajakalah UMNO untuk mengenali Pemerentahan Islam, Hudud dll.
Jika untuk melasanakan hukum Allah pun UMNO tak boleh bersetuju, tak usah cakaplah nak jaga kepentingan Melayu. Itu cuma omong-omong kosong sahaja.
KERAJAAN PERPADUAN MESTI BERSYARAT.
UMNO MESTI SEDIA MENEGAKKAN HUKUM ALLAH BERSAMA PAS. KALAU TIDAK, TAK USAH BINCANG, MNGHABISKAN BOGHES AJO.
Hj Hadi mesti ingat. UMNO desperado sekarang. PAS jangan jual murah. Negara Islam tetap mmenjadi idaman. Tiada kompromi dalam hal ini.
Saya menyokong Nik Aziz. Saya percaya kalau UMNO bersedia melaksana seperti kehendak ISLAM, saya pasati TG Nik Aziz tiada bantahan.
Ikut gosip kawan-kawan macai umno kerajaan perpaduan akan jadi berasaskan pertemuan pemimpin pas dengan macai-macai umno diluar negara. Orang pas pun manusia juga ingin merasa jadi menteri atau timbalan menteri. Dalam politik semua boleh jadi.
Janganlah tunggu terjadi 13 May baru nak tubuh kerajaan perpaduan seperti tertubuhnya BN tahun 1974. Masa Tun Razak pas happy dalam BN cuma masa Tun Hussein terjadi mageran di Kelantan dan pas dicerai. tak tahu kenapa? Adakah kerana Asri tubuh banyak cawangan pas di felda selaku menteri pembangunan wilayah? Wallahuaalam gisawab, jangan tanya aku tak tau jawab!
Datuk,
Saya bersetuju dgn pendapat saudara Atan 8.55 am. Kalau UMNO dan PAS ikhlas ingin bekerjasama, tidak perlu hendak terjun masuk dalam satu bakul.
Bekerjasama atas isu-isu tertentu sudah memadai. Ambil contoh isu murtad. Sebelum PRU12, PAS paling lantang mengkritik UMNO atas isu ini. Tapi kita lihat selepas PRU12, kelantangan suara PAS terhadap isu ini juga turut hilang. Terbaru kes Indra Gandhi di Ipoh, dimana suaminya yang memeluk Islam telah mengambil anak mereka untuk dibela sendirian....; kabinet Malaysia telah membuat keputusan yang memilukan umat Islam. Dimana UMNO? Dimana PAS? Masing-masing diam membisu, kerana tidak mahu menyakiti hati pengundi bukan Melayu/Islam.
Kita perlu contohi kerjasama diantara DAP-MCA-Gerakan. Masing2 menjadi kuasa pendesak untuk kejituan dan kepentingan hak orang Cina di Malaysia.
Bagi saya ini bukanlah sesuatu yang tidak elok tetapi inilah sepatutnya yang dilakukan oleh setiap pemimpin2 politik. Menjaga kepentingan penyokong2 mereka.
-sinbad-
Cadangan kerajaan perpaduan ini tidak praktikal, bukankah Hj Hadi telah memberi prasyarat sebelum berunding dengan UMNO, antaranya perbaiki sistem kehakiman dan beberapa perkara lagi. Sepatutnya prasyarat itu yang menjadi sebahagian perkara yang nak dibincangkan. Kalau UMNO boleh bersetuju dengan prasyarat itu, apa lagi yang nak dirundingkan - berapa jawatan menteri nak bagi pada PAS?
Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena dengan Haji Hadi kerana membiarkan ahli PAS bertingkah angkara cadangan tergantung beliau. Bayangkan sebahagian pemimpin tinggi dalam parti sendiri tidak faham apa rasional cadangannya,inikan pula ahli di peringkat akar umbi.
Sdr Langit Biru, saya sediakan kapan, mandikan dan talkinkan - setuju? Bab-bab Mungkar Nangkir ini kita serah kat MahaFiruan tackle - ok?
PRU13...(anda tahu ak-47? yes, something like a molotov cocktail, only better, Pak Kadir, sir)
Dato,
Jika kita teliti hujah-hujah muktahir di sebalik polemik Kerajaan Perpaduan atau UG, di kalangan orang Melayu amnya dan pemimpin UMNO khasnya, ia mengesahkan komen saya yang lalu di atas bahawa, UG yang dikehendaki UMNO ialah PAS kena bersatu dengan UMNO.
Tetapi, mengapa mula timbul kesangsian mengenai sama ada ia boleh menjadi kenyataan? Adakah kerana PAS mula meletakkan pelbagai syarat tambahan yang sukar hingga ditafsirkan oleh UMNO sebagai tidak lagi ikhlas?
Mungkin ada kebenarannya. Tetapi, pada saya, UMNO perlu juga menunjukan keikhlasannya dengan cara yang boleh meyakinkan golongan ahli PAS yang anti UG,khasnya, iaitu seperti mana UMNO mahukan PAS menunjukan keikhlasannya dalam usaha membentuk UG itu. Antara cara yang dimaksudkan ialah;
Pertama, UMNO sendiri perlu membuat pengakuan terbuka mengenai kelemahan pemerintahannya selama ini yang meliputi tindak tanduknya yang melukakan hati dan perjuangan PAS seperti PAS ditendang keluar daripada Kerajaan Campuran dulu. Kemudian menjelaskan mengapa dan bagaimana kelebihan dan kekuatan PAS yang mereka akui dapat mereka gunakan untuk mengatsi kelemahannya itu yang diakhiri dengan pendgasan bahawa, itulah caranya untuk mensenergi dan melahirkan parti baru orang Melayu yang bukan sahaja kuat, malah ditakuti oleh parti lawannya pada abad 21 ini.
Kedua, UMNO sendiri perlu menggunakan dasar perundangan Islam yang mengharuskan perkara yang memberi manfaat dan menolak perkara yang membawa kepada mudarat yang dinamakan Masalih Mursalah bagi maksud meyakinkan dari sudut Islam bahawa, bersatunya PAS dengan UMNO dalam satu parti dan dalam UG akan mendatangkan kebaikan dan membawa kemanfaatan atau menolak daripada bahaya dan kerusakan, dalam erti kata berikut:
a) Maslahat iaitu kebaikan dan manfaat yang dijangka diperolehi daripada bersatunya UMNO dengan PAS itu tidak terbabas atau tidak menyeleweng daripada 5 matlamat syariah iaitu memelihara agama, jiwa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.
b) Penekanan diberikan kepada usaha memelihara kesucian agama dan kebaikan mengamalkan hukum-hukum syarak.
c) Tiada berlawanan maslahat-maslahat itu dengan salah satu daripad 5 matlamat syariat tersebut, dan tidak bertentangan dengan mana-mana dalil syarak yang empat iaitu al-Quran, Hadis, ijma; dan quias.
d)Maslahat itu tetap dan pasti terhasil pada syarak atau maslahat itu sesuatu yang tidak diagakkan.
Dato,
Kadang-kadang saya tak paham dengan orang melayu (islam) kita ni, dengan Chin Peng boleh pulak dimaafkan tetapi dengan UMNO nak dengki/dendam sampai ke liang lahad!
Solzamri
Baik tukarkan sahaja "Unity Goverment" kepada "Rescue Goverment". Seumpama Si Bangang cuba menyelamatkan kelab si penipu...
kalau setakat baja subsidi pon habis dibolot dek orang UMNO dan sampai mampos orang PAS nak merasa.. inikan pulak kuasa.
Bukannya UMNNO ikhlas sangat pon nak kongsi-kongsi kuasa... cuma harapkan kesian PAS je jangan talkinkan diorang...
kepada UMNO .. dahulu kini dan selamanya penipu..
kepada PAS .. dahulu kini dan selamanya bangang..
Dear DAKJ,
Sabtu lalu saya dan keluarga singgah di Ipoh dan pergi untuk makan tengahari di satu hotel bajet milik kerajaan yang telah difrancaiskan. Semasa masuk ke dewan makan dengan sertamerta hidung kami tercium bau rokok. Semasa itu saya lihat ramai orang berada di hotel tersebut. Kami juga lihat ada beberapa meja dikelilingi orang-orang yang nampak muda juga sedang berbincang. Di antara mereka saya perhatikan 4 orang sedang merokok.Saya juga perhatikan di dinding dewan makan itu ada beberapa papan tanda 'Tidak Boleh Merokok'. Walaupun bau dan asap rokok di tempat itu sangat tidak menyenangkan, kami memesan makanan dan seterusnya menghabiskan makanan kami. Setelah habis makan, saya memanggil pelayan lelaki yang ada di situ dan bertanya, kenapa staf hotel itu tidak melarang mereka yang berkenaan merokok dalam dewan makan itu. Apa guna taruh papan tanda tidak boleh merokok tetapi tidak dikuatkuasakan. Saya amat terkejut dengan jawapan pelayan tersebut kepada saya. Katanya pada ketika itu, hotel sedang digunakan oleh orang-orang UMNO untuk mesyuarat tertentu. Kami staf hotel merasa sangat serbasalah kerana General Manager hotel adalah orang kuat UMNO.Jadi kami biarkan sahajalah.
Kesimpulan dari episod kecil ini ialah (1) Ada dua undang-undang atau peraturan di hotel tersebut, satu untuk orang biasa dan satu lagi untuk ahli-ahli parti; (2) Orang-orang UMNO tidak hormatkan undang-undang atau peraturan, mereka yang tidak merokok di meja tersebut tak kisah pun hendak menasehatkan rakan-rakan mereka yang merokok; (3) Orang-orang UMNO tidak hormat kepada dasar kesihatan yang dibuat oleh Kerajaan mereka sendiri.
Cuba fikirkan.Tak heranlah ramai rakyat lari daripada menyokong UMNO.Hj Hadi patut fikir betul-betul .
Dalam soal perpaduan melayu dan Islam ini sebenarnya PAS agak konsisten. Berpuluh-puluh tahun PAS mengajak UMNO dan UMNO(Baru) berbincang.
Tetapi semasa UMNO dan UMNO(Baru) kuat ajakan tersebut tidak pernah dipandang serius. Pelbagai alasan dan cara digunakan untuk mengagalkan ajakan tersebut. satu ketika depa guna nama DYMM Seri Paduka Banginda yang DiPertuan Agong untuk batalkan.
Sebenarnya ruang untuk menghidupkan peluang perbincangan diantara PAS dan UMNO(Baru) masih ada. Cumanya UMNO(Baru) kena buktikan dengan perbuatan dahululah, bukan sekadar cakap mulut sahaja.
Sejak tahun 1969 ( kecuali dari tahun 1978-1990), negeri kelantan dianaktirikan disebabkan oleh perbezaan kerajaan negeri. Kelantan negeri orang melayu, 98% penduduknya orang melayu.
Why not, kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO(Baru) pulangkan balik hak-hak rakyat kelantan dibawah perjanjian federalisma dahulu. Bawa pembangunan kesana dengan ikhlas. Bina ekonomi kekuatan ekonomi orang melayu disana.kita bina base ekonomi untuk orang melayu keseluruhannya dari sana.
Kalau ini dapat dibuat, barulah ada peluang nak cakap perpaduan orang melayu. kekuatan ekonomi orang islam.
Sebenarnya onus untuk membuktikan keikhlasan terletak lebih kepada kepada UMNO(Baru).
bat8
Post a Comment