Wednesday, May 04, 2011

Hegemoni Amerika "Raison d'etre" kepada Fenomena Osama

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MENGHARAPKAN dunia aman (atau lebih aman) semata-mata kerana Amerika mendakwa ia telah membunuh Osama Bin Laden adalah naif.

Osama adalah ciptaan Amerika untuk memerangi Rusia di Afghanistan pada tahun-tahun penutup Perang Dingin. Selagi Amerika bermaharajalela dengan hegemoninya, adalah tidak mustahil “Osama” lain akan muncul atau sudah pun muncul.

Hanya mereka yang pro-Amerika secara melulu dan cetek mengenai geopolitik sahaja percaya bahawa “kematian” Osama akan mengamankan dunia.

Dunia tidak akan aman dan tidak akan selamat selagi hegemoni politik, ketenteraan dan ekonomi Amerika menjadi punca ketidakadilan.

Amerika melabelkan Allahyarham Saddam Hussein pemilik senjata pemusnah massa (WMD) dan melanggar negaranya. Tidak ada WMD ditemui. Lebih ramai rakyat Iraq mati dan menderita akibat penaklukan Amerika daripada berdekad-dekad diperintah Saddam. Ramai rakyat negara itu membenci Amerika. Salah seorang daripada mereka boleh muncul menggantikan Osama.

Berpuluh ribu orang muda, belia dan remaja Palestin membesar tanpa ibu bapa kerana dibunuh rejim Yahudi Israel yang dilindungi Amerika. Mereka hidup tanpa pendidikan dan pekerjaan. Salah seorang daripada mereka boleh muncul menggantikan Osama.

Ratusan ribu orang muda, belia dan remaja Afghanistan hanya kenal peperangan dan hidup dengan hukum rimba “siapa yang bersenjata, dia berkuasa.” Salah seorang daripada mereka boleh muncul menggantikan Osama.

Ratusan ribu rakyat Pakistan menjadi radikal akibat kepemimpinan yang kalau-bilau ketika negara mereka menjadi negara satelit Amerika sewaktu Perang Dingin. Salah seorang daripada mereka boleh muncul menggantikan Osama.

Ratusan ribu anggota masyarakat cempera (diaspora) Arab/Islam di Amerika dan Eropah hidup ibarat melukut di tepi gantang dan diprofilkan sebagai berpotensi menjadi pengganas. Salah seorang daripada mereka boleh muncul menggantikan Osama.

Dunia tidak akan aman atau lebih aman semata-mata kerana Osama sudah “mati” kerana ramai umat Islam yang berfikiran sinis bertanya, kalau mati mana mayatnya. Ramai tidak percaya Osama “dikebumikan” di laut.

Kalau mati sekalipun, rohnya akan hidup di kalangan pengikutnya dan di kalangan orang yang berasa tertindas akibat hegemoni Amerika.

Dan sesiapa pun yang percaya Amerika mahu keamanan dan kedamaian mutlak adalah naif. Ideologi politik Amerika berpaksikan “managed chaos” di mana Amerika mengambil kesempatan daripada kacau-bilau dan ketidaktentuan antarabangsa untuk memperkukuhkan kelangsungannya.

Dalam suasana kacau-bilau yang terkawal itulah Amerika mengekalkan hegemoninya dan menjustifikasikan kewujudan kompleks perindustrian perangnya.

Setiap tahun, “military industrial complex” Amerika mendapat berbilion dolar subsidi daripada Pentagon bagi menyelidik dan mencipta kelengkapan perang baru sambil mewujudkan berpuluh juta pekerjaan. Untuk itu, Amerika memerlukan medan ujian.

Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Palestin adalah antara medan ujian hidup produk kompleks perindustrian perang Amerika masa ini. Orang Islam menjadi tikus makmal kepada “military industrial complex” Amerika.

Amerika mewujudkan Osama untuk memerangi Rusia di Afghanistan. Apabila Osama tidak diperlukan lagi, Amerika dan sekutu Baratnya menjadikan “war on terror” sebagai “raison d’etre” (alasan) untuk menakluki Iraq, menduduki Afghanistan dan memaksa negara-negara Islam tunduk kepada kehendaknya.

Malangnya, ada negara Islam dan pembesar mereka yang secara sukarela menyerah diri kepada Amerika semata-mata kerana mahu dijemput ke Rumah Putih untuk bergambar dengan Barrak Hussein Obama. Wallahualam.

37 comments:

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Amerika ni tak takut dengan sapa sapa tapi dengan Osama depa ketaq Tok.

Satu satu nya manusia yang boleh buat
Israel dan sekutunya gundah gulana tak tidoq malam.

Saya jenis anti maknusia yang suka buat huru hara pasai susah nak cari makan.

Tup tup bila dia tiada rasa macam satu kehilangan plak Tok.

Yang pasti, kita boleh buat apa saja jika kita 'BELIEVE IN IT'

ALFATIHAH BUAT OSAMA BIN LADEN

TK

ab said...

Salam Dato,




Saya puji amerika sebab depa pandai
dan cerdik menggunakan isu dan kejadian(events), macamana pun depa dapat juga ubah persepsi orang lain didunia...terutamanya ketua ketua negara terbanyak, MEMUJI DAN IKUT angin amerika.



Saya hanya berdoa 1.5 bilion umat islam dapat menghasilkan orang orang yang BOLIH BUAT MACAM ITU juga.....tapi tak tau bila..


Sekarang Amerika bolih ambil Timur Tengah,Amerika Selatan dan Afrika, German ambik Eropah dan China bolih ambil Asia dan Asia Tenggara.


Next `enslavation' for off shore labours for america are PAKISTAN, BANGLADESH,INDINESIA and MALAYSIA?.



Jadi elok la PM dan geng selalu jenguk jenguk Beijing...



Kematian Osama adalah non-issue dalam extremism...ramai lagi `osama' yang sudah terlatih, sedang berlatih, akan dilatih, sedang membesar dan sedang dilahirkan setiap minit....SEPERTI
TULISAN DATO.


TAK KAN hai macam ni pun PM dan geng tak tau kut?.



Abu Bakar Ab Rahman

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

The US is a crusader state.

After the announcement, US is cushioning the would-be revenge to Pakistan and get Saudi to bankroll. The latter is nervous about protests, hence Osama got to be killed lest he might stoke the protest to a peoples' revolution. He had an axe to grind regarding US military base in Riyadh. Anyway, with the turmoil in the Middle East Osama's usefullness to the US has expired, according to Robert Fisk.

Osama was somewhere in Pak-Afg when the 9/11 happened. He may be indirectly involved as to giving instructions.

Bush was at the White House when Iraq was attacked. Definitely, he was directly and indirectly involved in the war and follow-up massacre of half million Iraqis as to orders, approving budgets for armaments, warships and fighter jets, military might ...

So who is the Mother of All Terrorists! Who is the Axis of All Evils? Justice is not done yet. May Allah grant justice for He only knows.

Due to years of incessant media bombardment on terrorism-Osama-Muslims we have been indoctrinated, side-tracked from the truth, become whimpish and dare not associate with anything Osama.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih kepada "Anon" atas pembetulan ejaan "Raison d'etre". Sudah diperbetulkan.

A KADIR JASIN said...

Reaksi Malaysia terhadap "kematian" Osama mengingatkan saya kepada panggilan telefon seorang diplomat Malaysia (Melayu aka Islam) yang berpangkalan di Washington DC tidak berapa lama dulu.

Dia kata elok saya datang melawat Washington. Saya kata saya dah serik ke Amerika setelah ditahan "incommunicado" selama tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Des Moines pada tahun 2002 kerana saya tukar destinasi dan beli tiket bayar tunai. Dan nama saya Bin Jasin!

Dia kata Amerika di bawah Obama sudah berubah. Saya kata, tidak ada Presiden Amerika yang akan berubah atau boleh berubah mengenai Islam (Arab) dan Isreal.

Malah, saya beritahu diplomat itu, Obama akan lebih putih dan lebih Kristian daripada presiden kulit putih.

Obama menonton "live" pembunuhan Osama yang Amerika sendiri mengaku tidak memiliki senjata api ketika ditembak di kepala.

Sebaliknya, Amerika dan sekutunya hampa tidak dapat menawan Hitler hidup-hidup. Tetapi dek kerana Osama bukan daripada bangsa Eropah dan Islam pula, maka Amerika tidak mahu menawannya hidup-hidup.

Tetapi orang kita yang naif dan fanatik menyokong Barat, akan menyanjung Obama sebagai wira anti-keganasan!

Terima kasih.

Ikhlas said...

Salam Dato',

Sesiapapun Osama Ben Laden , dia tetap seorang ISLAM dan ALFATIHAH buat rohnya dan semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat keatasnya dan tempatkan rohnya bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas.

Anonymous said...

DATUK

SOKONG SANGAT KOMEN BALAS DATUK PADA PERENGGAN TERAKHIR, MALULAH DATUK KITA SEBAGAI UMAT ISLAM MENYOKONG TINDAKAN AS TU.

ATAS PAGAR

kluangman said...

Dato', Pemimpin Utama negara kita pun nampaaknya tidak mahu ketinggalan, terburu bruru dan tergesa gesa memberi komen yang senada dengan Amerika.

Malaysia sebagai bekas Pengerusi OIC dan juga menempatkan Global Peace menentang kekejaman Israel ke atas Palestine wajar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak berhemah dan tidak bijak berhubung dakwaan kemtian Osama.

Dalam hal ini Nik aziz menunjukkan kematangan dan impaknya dari segi politik Malaysia, UMNO dilihat membodek dan ampu Amerika. (Najib ada udang di sebalik mee??!!)

Pusat keganasan baru kini tertumpu di Indonesia dan sikap mengguris Malaysia dibimbangi akan menjadi sasaran militan selepas ini.

Malaysia, tiada batu, beban digalas.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Satu analisis secara bersurat dan tersirat yg memang tepat. Memang mendalam makna dan begitu teliti untuk diperhalusi bagi mendapat jawapan sebenar. Dan senario bagaimana Sadam dan Osama pada mulanya ditatang bagai minyak yg penuh kemudiannya dihina bagai habis madu sepah pun dibuang.

Kemudian akan tumbuhlah pula Osama yg baru ciptaan mereka. Yg akan diberikan sambutan karpet merah, boleh bebas keluar masuk negara mereka dan berjumpa pemimpin-pemimpin kanan mereka. Tugas yg diberikan kepada ‘jelmaan osama yg seterusnya’adalah untuk mengucar-kacirkan sebuah Negara Islam yg berdaulat. Apabila terjadinya porak-peranda, mereka akan terus mengambil kesempatan. CUKUP TEPAT.

Hanya manusia yg mendustakan kebenaran sahaja yg buat-buat tak nampak maksud tersirat di dalam artikel baru Dato’ ni. Sekali lagi, syabas Dato’kerana sekurang-kurangnya Dato’baru mula berani sikit-sikit menunjukkan kejantanan terhadap kawan baik Dato’ pada suatu masa dahulu. Tahniah dan satu CUBAAN permulaan yg baik walaupun dah agak terlambat. Sekian TQ.

saji said...

Salam Dakj

Dato' kata OSAMA ciptaan AMERIKA untuk memerangi RUSIA...........

Tak usah pergi jauh-jauh Dato'!

Bukankah parti UMNO yang membela ANWAR kalaupun parti itu tak menciptanya?

Sekarang apa dah jadi, parti UMNO sebiji macam AMERIKA sedang berusaha 'membunuh' ANWAR sebelum PRU 13 !!!!!!!!!!!!!!!

anakbuah said...

Salam Dato',

Betul kata Dato', mungkin dalam diam sudah ada ramai lagi Osama yg bakal muncul bila2 masa dan di mana saja. Berbeza dgn tentera2 Obama, mereka melawan Amerika dan sekutunya dgn semangat utk mati. Bagi mereka, jihad begini adalah untuk syahid.

Seperti WMD Saddam, saya percaya Al Qaeeda diwujud dan dibela utk kepentingan Amerika. Bagi sebilangan rakyat Amerika sendiri, kejadian 9/11 itu sendiri adalah konspirasi ciptaan bersama konspirator2 New World Order mereka dgn Yahudi Zionist.

Membunuh Osama tidak mematikan kebencian terhadap Amerika dan sekutu2nya. Bagi Osama baru pula, mereka juga ingin mati dlm perang yg baru saja bermula.

anakbuah said...

Dato',

Cuba perhatikan video Obama Gets Osama!! - Special Report ini tentang 9 nyawa Osama sebelum ini - menarik!

Gambar mayat Osama yg diragui itu mengingatkan saya tentang analisa gambar2 Pentagon semasa WTC (9/11) diserang dahulu.

Off Micro and Macro said...

Salam Datuk,

izinkan saya menggunakan sepatah dua ayat dari blog datuk ini untuk dimasukkan dalam blog saya kerana saya juga berpendapat bahawa 'osama' adalah rekaan Amerika dan sebahagian daripada agenda dan propaganda mereka. Kesannya, mereka dihantui bayang-bayang sendiri.

Wasalam. :)

Anonymous said...

Datok,

Salam, Pm kena buat macam tu leee tok, nak hidup dan supaya dapat jemputan rumah putih. Tetapi OBL ni, sejak 2001 ada ke tak ade ke tidak penting.Ikut Amerika, dia tu macam dah tersepit. Biarlah le dia pergi dengan aman, tapi penggeraknya akan bercambah.

meru

suhaimi said...

Salam DAKJ,
Bravo Datuk, Bravo. Puas rasanya membaca tulisan Datuk, antara tulisan yang terbaik dan paling seimbang dalam memperkatakan pembunuhan Osama oleh pengganas Amerika Syarikat.
Malangnya Datuk, ada orang besar utama negara kita ikut mengaitkan pembunuhan Osama dengan keamanan dunia. Saya dah letih dengan jalan fikir dia tu, lepas satu... satu. Memanglah HP6.
Tetapi Datuk, tampak gayanya, ada kempen publisiti yang hebat bagai mendewasucikannya - tak cukup di surat khabar, di TV; tak cukup di TV di radio. Maka terkagum-kagumlah para hamba rakyat jelata terhadap kesuciannya. Alahai... .
Terima kasih.

Competente said...

Mungkin Osama mempertahankan bumi orang Islam yang dicerobohi Amerika; kroni kuat Israel. Mungkin juga cara Osama adalah ganas. Tetapi adakah cara Amerika dan Israel tidak ganas? Orang ganas yang berkuasa adalah lebih merbahaya dari orang ganas yang kurang berkuasa.

Walau apa pun, Osama Bin Laden adalah saudara seIslam kita. Membuang jasadnya ke laut adalah penghinaan kepada ugama kita dan penghinaan kepada umat Islam sedunia. Bayangkan bagaimana perasaan keluarga beliau?

Bin Laden adalah keluarga dari Yemen yang hebat dan berjasa kepada pembangunan negara-negara
Arab Teluk terutama Arab Saudi, dalam bidang pembinaan, telekomunikasi dan sebagainya. Perkhidmatan mereka kepada Masjidil Haram sahaja telah beberapa dekad.

Walau apa pun kesalahan beliau, pengebumian yang sesuai untuk umat Islam harus dituntut.

Namun, pendapat pemimpin kita berbeza...

Utusan Malaysia, 3 Mei 2011
KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Mengambil kata Nik Aziz, kenyataan pemimpin yang berkata bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama Bin Laden adalah kenyataan yang kurang cermat.

usabukata said...

dato,

sapa bagi nasihat kat dua orang sepupu yang terus bagi kenyataan dunia akan lebih aman atau berharap dunia akan lebih aman dengan kematian osama? ataupun buat kenyataan ikut sedap je? kalau mahathir dia tak akan buat kenyataan macam tu, walaupun dia tak setuju dengan osama.

dato,

tolong bagitahu sama dua orang sepupu tu bukan semua keadaan atau peristiwa kena buat kenyataan. kena analisa dulu keadaan dan peristiwa baru buat kenyataan yang berlapik dan berhati-hati. kenapa dia orang ni tak cerdik macam mahathir?

usabukata

A KADIR JASIN said...

Pembahas Anomymous (usabukata), antara lain, berkata:

"tolong bagitahu sama dua orang sepupu tu bukan semua keadaan atau peristiwa kena buat kenyataan. kena analisa dulu keadaan dan peristiwa baru buat kenyataan yang berlapik dan berhati-hati. kenapa dia orang ni tak cerdik macam mahathir?"

Reaksi saya? Nak gelak la tu! Saya bagitahu pembesar negara? Siapalah saya berbanding mereka yang diberi kuasa oleh pengundi?

Dalam posting ini, saya tidak sebuat nama sesiapa pun. Saudara yang membuat kesimpulan.

Lagipun, semua pembasar kita ada pegawai dan penasihat. Merekalah yang sepatutnya bagi nasihat kepada bos mereka. Kita ni hanya boleh suarakan pendapat kita.

Saya hanya seorang penulis. Kalau saya seorang pemimpin, apa yang saya tulis inilah yang akan saya beritahu wartawan kalau mereka minta komen saya.

Kepada OKJ, terima kasih. Saya hormati imaginasi saudara yang sangat kaya itu. Saya tulis mengenai hegemoni Amerika. Bagaimana saudara menginterpretasinya, itu hak saudara.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dear Datuk,

1. You said: "Kalau mati sekalipun, rohnya akan hidup di kalangan pengikutnya dan di kalangan orang yang berasa tertindas akibat hegemoni Amerika."

2. Sangat benar. To Muslims world over ... What is life di bawah kezaliman dan ugutan. Tiada makna. Itu sebabnya I believe, selagi Melayu itu Muslim, Tidaklah Melayu Hilang DiMalaysia dan DiDunia ...

3. Sdr OKJ: At the end of the day rumah kita seruang manhole yang kita nak mengiring kekanan pun tak boleh kekiri pun tidak. Jadi apa perlu sindiran yang disandarkan kepada imaginasi, samada benar atau tidak.

4. So let us have emphaty for those that really have to bear the kezaliman negara yang menganggap diri mereka ketua dunia. Bak kata puisi "Palestin Itu Jauh".

5. And dear Datuk, despite your experience, America itself has bucketfuls of kindhearted people ... I can assure you. Why buckets? Remembering lovely buckets of strawberries at those "Pick Yourself" farms. Kenapa kita tak ada "Pick Yourself" Durian Farms ye ... pick durian yang dah gugurlah maksudnya ...

6. Masalahnya kita mengikut dan setuju dengan yang tak elok di antara mereka ...

7. Sdr Anakbuah: Thank you for the link. Will share with others InsyaALLAH.

Terima kasih

XERONINE

Anonymous said...

Dato,

Hari ini, USA ada lah super power utama dunia.
Pada satu masa dulu,UK adalah superpower tetapi selepas Perang Dunia Kedua, USA mengambil alih tempatnya.
Walaupun Soviet Union (SU) pernah setanding pada satu masa, hari ini SU sudah berkecai.
Semasa Perang Dunia Kedua, USA terpaksa masuk campur walaupun tidak mahu masuk,tetapi selepas Jepun membedil Pelabuhan Pearl Harbour, USA terpaksa masuk campur Perang itu sehingga bersama UK dan Russia, mereka dapat memenangi perang tersebut.
Pada masa itu juga negara kita Malaya dijajah oleh Tentera kejam Jepun, yang memang KEJAM, hakikatnya. Tetapi apabila USA membedil Hiroshima dan Nagasaki, tentera Jepun mengaku KALAH dan melepasi negara kita Malaya.
Raykat Satu Malaya dulu amat gembira apabila ini berlaku dan dapat menikmati semula kebebasan selepas itu walaupun British kembali sehingga kemerdekaan negara kita.
Jadi, penglibatan USA secara pun telah mendapatkan kebebasan semula untuk rakyat Malaya pada masa genting itu.
Hari ini USA masih kuat sejak masa lama itu tetapi persepsi akan mereka sudah bertukar..tetapi rakyat Malaya/Malaysia masih ingat keperitan pada masa tentera Jepun memerintah Malaya yang diakhiri oleh USA.
sekian terima kasih.

KASTURI

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya setuju dgn artikel Datuk ini 100%.Osama lahir diatas penindasan USA kepada umat Islam.Makananya dia melawan USA "head on".Ramai lagi yg bersdia menggantikan beliau.Osama seoran gmujahiddin.Seoran gyg telah komited utk berjihad baisanya sering menunggu nunggu utk mati shahid.Allah SWT telah menghadiahkan pd beliau keshahidan setelah lama menderita hidup didunia iniPerginya beliau dair dunia ini akan disambut oleh para malaikat dilangit.Maksud say jika betul USA bunuh dia lah.Terlalu byk cacat celanya laporan Rumah Putih ini.DNA boleh dpt on the spot,Mayatnya tidak dipertontonkan spt kelaziman USA,Tiba tiba dibuang kelaut Arab yg jaraknya 1200km dan tiada pimpinan Al Qaeda yg membuat pengumuman rasmi,tak logik beliau tiada pengawal peribadi dll persoalan yg panjang.Itu pun belum masuk hujah samada 9/11 betul ke dia yg buat?

Nmpak gaya RUmah Putih semakin kelam kabut nak menjawab segal persoalan berkenaan.Lagi lambat bagi jawapan lagi oran gtka percaya.

Osama mati atau tidak tidak penting.Akan ada ramai lagi yg bersedia menggantikan beliau selagi mana USA enggan mengubah polisi menindas mereka..

Hanezam said...

Datuk,

Saya bengang betul baca OKJ tulis part yang ini.

"Sekali lagi, syabas Dato’kerana sekurang-kurangnya Dato’baru mula berani sikit-sikit menunjukkan kejantanan terhadap kawan baik Dato’ pada suatu masa dahulu. Tahniah dan satu CUBAAN permulaan yg baik walaupun dah agak terlambat. Sekian TQ."

Datuk,
This OKJ character is not even one tenth a jantan that you are. He doesn't even have one tenth of your brain capacity. Betul ke OKJ ni tuan doktor, Datuk ? Ke dia ni doktor Quack Quack Quack je ?Takkan sistem pendidikan kita boleh melahirkan doktor perubatan yang standard akalnya macam OKJ ini. Jelas dia tak boleh faham pun apa yang Datuk tulis dalam posting ini.

eee geramnya!

saji said...

Salam Dakj

Mengapa DSNajib senada dengan OBAMA dalam penghapusan OSAMA?

DSNajiab bersama penasihatnya orang Islam yang dipacu pemikiran kapitalis

OBAMA bersama penasihatnya orang Kristian dan Yahudi yang dipacu pemikiran kapitalis

Khasnya pemikiran kapitalis yang menekankan pentingnya monopoli kuasa untuk menjaga kepentingan diri,keluarga, kroni dan organisasi politik yang dipimpinnya.

Sebaliknya rakyat terbanyak disuruh bersaing dalam menjalani kehidupan.

Anonymous said...

dATUK-Saya hairan baca disini komen komen yang meng-agung-kan persepsi bahawa Osama bin Ladin adalah seorang pejuang yang perlu disanjungi pada hal apa yang berlaku di9/11 telah mengorbankan ramai orang manusia berbilang kaum dan agama termasuk orang muslim MULIA juga serta rakyat Malaysia kami.

Ini amat menduka citakan apabila kita tidak boleh tahu apa yang betul dan salah dan hanya mengikut emosi lebih dari akal.-PEDOMAN DUA-

said said...

Dato',
Saya rasa musykil bagaimana seorang pemimpin yang dikatakan beragama Islam boleh menyatakan rasa gembiranya di atas 'kematian' seorang pejuang Islam yang bermati2an mempertahankan hak orang Islam. Pada masa yang sama orang itu membisu dan redha pula dengan tindakan penentang2 Islam menindas orang Islam di bumi sendiri. Layak kah orang macam ini dinobatkan sebagai pemimpin orang Melayu (yang beragama Islam).

maae said...

Salam Datuk,

1.Satu bonus untuk Obama melonjakkan populariti nya di dalam Amerika dan luar negara yang sudah merudum teruk. Macam pembangkang disini yang berkokok hebat tetapi tiada apa pun dapat di laksanakan secara tolok dan telus, malah lebih teruk lagi. 'Menduakan' kesinambungan bentuk acuan UMNO dan BN sebelum nya! Kemudian momokkan berterusan di sensasi menyalahkan semua nya pada BN dan UMNO .Tiada apa pun yang baik.

2.Osama bayang Amerika.Osama hanya manusia biasa tetapi dengan daulat Amerika.Osama di ketahui masih beragama Islam dan memperjuangkan apa yang hak. Jika Osama individu kafirun seperti mereka,apa kah dia akan di buru hidup dan di bunuh mati? Di Malaysia sudah ada bayang fenomena kuasa-kuasa ini....Hidup atau mati tetap sama! Mungkar, haram atau halal tetap sama!

3.Saya tidak kisah macamana Obama atau sewaktu dengan nya di Amerika perlakukan Osama kerana pandangan peribadi saya ialah menjurus 'bapak pengganas yang membunuh anak nya sendiri yang berpaling derhaka.

4.Wajah membunuh bayang! Boleh ke? Ia masih wujud dalam mempersendakan dan menjadikan Umat Islam 'tikus' ujikaji setiap keluaran peluru canggih buatan mereka dan yang sehaluan penuh dengan mereka. Dalam apa keadaan Islam tetap musuh; sehingga Umat Islam redho dengan fahaman dan sehaluan mereka...

4.Agama Islam di ajar Allah Subhanawataala, melawan secara strategik dan berhemah (bukan cara hukum rimba / war on terror) Kekentalan ilmu dan aqidah ialah senjata ampuh. Rahmat untuk 300 pejuang syahid melawan 1000 kafirun

5.Paling utama.Ekonomi dunia mesti dalam genggaman.Minyak mesti di kuasai sepenuh dekad ini. Cara mutlak menjadikan seluruh Umat Islam dan manusia lain nya tunduk, tidak lagi mengenal Pencipta nya. Wujud lah seribu kebathilan.

6.Bersatu dalam kepelbagaian. Mempercayai Tuhan ialah dari Kalangan Manusia berkuasa!PRO AMERIKA.Sejarah Firaun bakal berulang kembali.

Asam Pedas said...

Salam. Dato.

America will always be America. Nothing will change in foreseeable future especially when it comes to it foreign policy. That is given.

It seems Malaysia foreign policy is more align to American policy unlike before. Whether it is done deliberately for economic reason is not certain. What we know globally America no longer holds the economic power house unlike its superiority in military.

Historically America will invest anywhere it suits them economically (whether you agree or not with their policy). Countries that have America strategic interest but without economic potential will receive yearly financial assistance especially to protect strategic interest aka protecting its policy towards Israel. Unfortunately these country must toe-the-line towards its slanted policy although it against the wishes of their own people. We all know what happen to several of these countries leaders especially with middle-east uprising.

Can Malaysian government to be closer to America yet can be independent voice over issues such as Palestine and voices of freedom? We will have to wait for the answers. However we know American economy thrives on global chaos and will not hesitate in switching sides after the country leaders no longer suit it purpose.

A KADIR JASIN said...

Anakbuah,

1. Saya setuju dengan pandangan Anakbuah yang keputusan siasatan suruhanjaya diraja tidak diambil berat. Saya pernah terbabit apabila menjadi ahli Suruhanjaya Diraja Pemambahbaikan Operasi da Pengurusan PDRM. Sampai hari ini saya tak pasti daripada 125 perakuan, yang mana diterima dan dilaksanakan; dan

2. Tetapi komen Anakbuah mengenai peranan Raja di Perak dan Terengganu mengandungi unsur hasutan.

Terima kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf cakaplah tapi rasanya nasihat itu bukannya perintah, iaitu tak semestinya diikuti. Kalau kena ikut juga, bermaksud perintah dah jadinya. Macam Residen British yg memberi nasihat kepada raja-raja negeri-negeri melayu bersekutu pada kurun ke19. Jadi, janganlah anggap suruhanjaya itu sama tarafnya macam Residen British pulak. Tak berapa molek rasanya.

Walau bagaimana pun, kerajaan yg adil akan sentiasa menerima nasihat dari semua warganegara tak kira siapa, terutamanya dari suruhanjaya, asalkan ianya baik dan bernas. Cuma, bagilah nasihat 2 ke 3 ke, janganlah sampai beratus-ratus nasihat. Agak-agaklah kalau nak beri nasihat pun, sebab boleh pening kerajaan dibuatnya nanti. Sekian TQ.

Tokman said...

Siapa penceroboh2 dan pengganas2 yang sebenarnya daripada zaman dahulu....
Alexander the Great dan ramai 'wira' dari England, Spanyol, Portugal, Itali dll negara2 dari Europa telah berkurun2 mencerobohi dan menakluki negara2 yang berdaulat dimerata dunia termasuk diAmerika Selatan, Amerika, Kanada, Australia, New Zealand dll untuk mengaut keuntungan dari apa yang ada dalam negara2 tersebut. Malangnya ramai pembesar2 negara2 berkenaan 'terhutang budi' dengan pendatang2 ini. Hati perut busuk ini serupa juga di tunjukkan olih Rusia, Jerman, Jepun dan sekarang Israel. Orang2 Amerika ini adalah 'keturunan' daripada geng pengganas2 daripada Europa ini tapi lebih ganas lagi disebabkan dicampur aduk olih darah2 penjahat2 dan Yahudi yang pekat mengalir dalam diri mereka. Jadi masalah hari ini bukan hanya untuk mengejar kekayaan (ekonomi) dalam negara2 tersebut tapi yang amat dibimbangi adalah peperangan secara halus untuk meruntuhkan pengaruh fahaman Islam diseluruh dunia! Jadi selagi ekonomi dunia dan Islam dapat berkembang tanpa gangguan selagi itu Amerika akan terus mencari alasan2 untuk menceroboh dan mengganas seluruh dunia. Yang malangnya ramai pemimpin2 Islam merata dunia 'terhutang budi' dan sangat 'bangga' bila dapat bergambar dengan President Amerika walhal ada yang merasa menyesal bila tak dapat bergambar! Selagi pemimpin2 dunia tidak sedar dengan phenomena ini selagi itulah PBB akan diterus dipengaruhi olih Amerika dan dunia kita terutama dunia Islam. Rakyat jelata berasa amat malu dengan sikap 'feudal' (mengagong2kan penjajah) yang masih hidup dalam jiwa pemimpin2 kita. Saya lihat dalam TV dimana pemimpin2 dan pembesar2 kita amat berasa kagum semasa lawatan Bill Clinton bekas President Amerika keMalaysia tak lama dulu (walau pun beliau tak pernah datang atau ingin berkunjung keMalaysia semasa menjadi President). Sudah sampai masa pemimpin2 Islam terutamanya 'berkiblat' sebenar2 kepada Kaabah dan bukan keWhite House hanya kerana nak kesenangan dunia! Osama mungkin dah meninggal tapi semangat berjihad masih berkobar2 dalam semangat orang Islam seluruh dunia.......insyaalah!

Anonymous said...

Dato,
Saya rasa Obama seorang yang 'baik' kerana telah memadamkan satu icon bagi membolehkan US terus berslogan anti keganasan mereka....
Tapi spt kata Dato, akan muncul 'Osama' lain samada kesan reaksi kematian Osama atau diwujudkan oleh US.
Setidak2 ini satu usaha untuk Obama menang penggal ke2 President US. Bukan setakat umat Islam kebuli... rakyat US pun kena perbodoh dek pemimpin mereka dan Yahudi.

Abu Zaid

Anonymous said...

Dato'

Saya tak percaya orang yang dibunuh itu Osama, saya musykil jenazah yang disemadikan di samudera itu Osama, dan saya juga tak yakin dakwaan Amerika bahawa mereka memenuhi tuntutan Islam dalam menyempurnakan jenazah. Seperti juga saya tak percaya bahawa menara berkembar WTC itu meletup dan runtuh akibat dua kapalterbang yang merempuh bahagian atas menara. Malahan, ada saksi-saksi yang menyatakan bahawa letupan di bahagian bawah menara terjadi lebih-kurang sama waktu dengan rempuhan di bahagian atas. Kalau setakat rempuhan di bahagian atas, mana mungkin menara berkembar itu boleh runtuh seluruhnya, Dato'.

Selain itu, seingat saya, ada laporan dari Barat yang mengatakan Osama bukan suspek utama FBI, dan ada juga laporan bahawa Osama sendiri tidak mengaku bertanggungjawab atas keganasan yang dilakukan terhadap menara berkembar itu. Dato' juga mungkin ingat bahawa penyiasatan yang dijalankan mendapati bahawa senarai nama penumpang yang awalnya diberikan oleh pihak berkuasa Amerika ada yang terdiri daripada orang-orang keturunan Arab yang sama ada dah mati setahun sebelum kejadian atau masih hidup di negara masing-masing. Selain itu, saya ada membaca - mungkin juga Dato' - Osama menafikan beberapa siri keganasann yang dilaporkan dan didakwa melibatkan AlQaeda.

Menambahkan kesangsian saya tentang operasi menentang keganasan oleh kerajaan Amerika ialah keengganan Barack Obama menyiarkan gambar-gambar Osama yang telah dibunuh. Apa yang Amerika lakukan adalah menjijikkan dan menghina masyarakat Islam di seluruh dunia. Saya doakan semoga Allah menunjukkan kebenaran dan membalas perbuatan musuh-musuh Islam di dunia ini, dan dalam masa terdekat.

Satu lagi, Dato', saya rasa terkilan bahawa Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri kita, yang seharusnya mempunyai maklumat risikan yang menyeluruh mengenai pergerakan seperti alQaeda dan watak seperti Osama, telah mengeluarkan komen yang dangkal dan kurang bijak apabila diajukan soalan tentang "pembunuhan" Osama. Nampak sangat bahawa kedua-dua pemimpin ini tidak banyak mengikuti perkembangan mengenai sesuatu yang mendatangkan kesan kepada kehidupann sejagat masa kini.

I hope there will be some damage control prepared by their advisers to appease the feelings of Muslims in Malaysia and in other parts of the world. If there is none, then, I am saddened to have leaders of such stature - Muslims who know nothing much about how to address issues which are close to the hearts of Muslims.

By the way, Dato', I don't think it fashionable to use "diaspora" to describe the Muslim communities of the world, because the term is derived from old Jewish literature which describes the movement and resettlement of Jews in different parts of the world.... the term "Muslim world" would suffice.... :)))


Mom-o-Success

A KADIR JASIN said...

Pembahas OKJ (Tuan Doktor?), Suruhanjaya Polis buat 125 perakuan. Termasuk latih polis supaya lebih bersopan santun dan boleh berkomunikasi dengan orang ramai.

Tapi yang paling penting yang sampai hari kerajaan berdolak-dalik ialah IPCMC.

Terima kasih.

saji said...

Salam Dakj

Sdr OKJ, antara lain berkata, "Kemudian akan tumbuhlah pula Osama yg baru ciptaan mereka. Yg akan diberikan sambutan karpet merah, boleh bebas keluar masuk negara mereka dan berjumpa pemimpin-pemimpin kanan mereka. Tugas yg diberikan kepada ‘jelmaan osama yg seterusnya’adalah untuk mengucar-kacirkan sebuah Negara Islam yg berdaulat. Apabila terjadinya porak-peranda, mereka akan terus mengambil kesempatan. CUKUP TEPAT.

Hanya manusia yg mendustakan kebenaran sahaja yg buat-buat tak nampak maksud tersirat di dalam artikel baru Dato’ ni. Sekali lagi, syabas Dato’kerana sekurang-kurangnya Dato’baru mula berani sikit-sikit menunjukkan kejantanan terhadap kawan baik Dato’ pada suatu masa dahulu."

Komen:

Berdasarkan api perkauman dan agama yang hari2 dipermain dan disemarakan oleh pemimpin elit UMNO bersama UTUSAN akhir2 ini tanpa menerima amaran dari pihak keselamatan dalam negeri, saya kata, hanya orang Melayu yang mendustakan kebenaran sahaja yang buat2 tak nampak siapa yang sedang berusaha mengucar-kacir dan memporakperandakan negara sebelum PRU 13!!!!!!!!!!!

abdullahngah said...

Dulu osama dah mati, sekarang ini mati lagi.

Dah dua kali mati mana ada orang dua kali mati atas muka bumi ini.

Jika surat kabar china saya tak hairan.

Pagi ada berita kemalangan jalanraya dilapor mati.

manakala keluar petang atau pegai esoknya mati hidup semula.

Mungkin Amerika pun demikian juga.

Apatah lagi Obama yang pengarahnya sudah menurun dengan banyak kes dan isu yang tak dapat diselesaikan.

Dulu bangunan runtuh diserang. Pada hal diroboh sendiri dengan satu perancangan yang strategik untuk menyerang dan menakluk negara orang islam.

Anonymous said...

OKJ,

"Perintah tak sama dengan nasihat"

Betul ke ini tusn doktor?

Tunggu, nak gelak sekejap.

Nasihat diberi dengan disokong hujah, fakta. Bukan semata-mata cadangan semata-mata.

Makanya, nasihat yang beratus itu, bukan sedikit peningnya si pencadang.

Apa salah jika kerajaan turut pening menilai cadangan?

Bukan sedikit usaha suruhanjaya untuk justifikasikan belanja. Tak caya tanya DAKJ.

Apa salahnya kerajaan salurkan usaha untuk justifikasikan pembentukan suruhanjaya yang mereka sendiri tubuhkan?

Fed Up

Idris Mamat said...

Dalam komen beliau tentang pembunuhan Osama, PM Australia, Julia kata persoalan keganasan tidak selesai selagi persoalan akar umbi (root cause) tidak diberi perhatian dan ditangani sebaiknya. Apa yg beliau maksudkan saya tidak pasti tapi bagi saya root causenya ialah kegagalan Barat (khususnya Amerika) untuk mempastikan yg Israel mematuhi undang-undang antarabangsa. Pihak PBB telah memutuskan supaya Israel keluar dari wilayah Arab yg ditawannya di dalam perang 1967 tapi tidak diendahkan. Banyak lagi keputusan PBB yg dipandang sepi oleh Israel tapi Israel tidak dihukum sedangkan jika Negara Arab atau Islam yg melakukan kesalahan ada saja tindakan yg diambil. Jadi apa guna ikut undang-undang, lebih baik angkat senjata saja.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).