Monday, May 30, 2011

Dunia Muslim Ibarat Kembiri Tanpa Kepemimpinan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas dalam posting bertajuk Suharto Popular, Pegawai Awam Kita “Derhaka” menyalahkan sistem pemerintahan (Islam vs Kapitalisme Barat) sebagai penyebab kepada ketidaksejahteraan hidup, khasnya di kalangan umat Islam.

Saya tidak bercadang memanjangkan polemik ini. Apa yang lebih merisaukan saya adalah ketidakupayaan negara-negara berpenduduk majoriti Muslim menangani masalah dalaman dan antarabangsa.

(Saya tidak mahu menggunakan istilah Negara Islam kerana boleh kata hampir semua negara yang majoriti penduduknya Muslim, tidak mengamalkan pemerintahan Islam. Saya akan guna istilah negara-negara Muslim (Muslim nations)).

Ketidakupayaan yang paling ketara di kalangan negara Muslim adalah menggunakan kekayaan alam yang dianugerahkan Allah dengan baik. Ini diikuti oleh kegagalan mereka membebaskan diri daripada hegemoni ekonomi dan ketenteraan Barat.

Akibatnya, walaupun ada negara Muslim yang kaya dengan hasil bumi, mereka membazirkannya. Hanya segelintir golongan atasan yang kaya raya manakala rakyat jelata menderita. Golongan atasan ini pula sanggup menjadi boneka Barat semata-mata untuk menjaga kekayaan dan kedudukan istimewa mereka.

Jadi, apabila Amerika dan sekutu Eropahnya menggunakan kuasa veto mereka dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa bersatu untuk melanggar dan menduduki negara-negara Muslim, majoriti negara Muslim menyokongnya dan ada yang membenarkan wilayah mereka dijadikan pangkalan tentera bersekutu Barat untuk tujuan itu.

Apabila ada rakyat yang benci penaklukan Barat bangun menentang atau memberontak, mereka akan dilabelkan pelampau dan pengganas. Tidak cukup dengan pasukan keselamatan sendiri, mereka membenarkan perisik Barat mengebom wilayah mereka sendiri dan penangkap rakyat mereka untuk dibawa macam binatang ke Teluk Guantanamo di Cuba.

Sikap pro-Barat yang melampau ini sudah pun mula meracuni fikiran sesetengah pembesar Muslim kita yang menyokong setiap langkah Barat dan menjadi burung kakak tua yang melaungkan slogan anti-keganasan ala Bara.

Pemikiran mereka ini terlalu dangkal dan simplistic untuk membuat analisis dan mencapai kesepakatan bahawa punca kepada kebangkitan dan pemberontakan umat Islam hari adalah hegemoni dan monopoli ekonomi oleh Barat.

Ramai rakyat Pakistan bersimpati dengan Al-Qaeda dan Taliban di samping menentang kerajaan mereka kerana mereka benci dengan “penaklukan” Amerika ke atas negara mereka dan ke atas Afghanistan.

Pakistan adalah negara satelit Amerika ketika Perang Dingin. Amerika menggunakan sengketa India-Pakistan untuk mencengkam negara Muslim itu. Amerika membekalkan senjata kepada jeneral-jeneral Pakistan kerana Kesatuan Soviet membekalkan senjata kepada India.

Amerika menyokong pemerintahan tentera di Pakistan dan mengganggu-gugat mana-mana pembesar Pakistan yang tidak menyokong dasarnya atau cuba menegakkan pemerintahan Islam.

Amerika menyokong pemerintah-pemerintah negara Muslim yang autokratik, korup dan sasau dengan menggunakan kuasa politik, diplomasi, wang ringgit dan senjata. Syaratnya mudah saja – mereka membenarkan syarikat Amerika mengeksploitasi hasil bumi mereka.

Tetapi syarat paling penting adalah mereka mengiktiraf kedaulatan Israel dan tidak bermusuh dengannya. Contoh klasik eksploitasi Amerika adalah layanannya terhadap Muammar Gaddaffi, Libya.

Pada mulanya mereka memusuhi beliau kerana beliau pro-Russia dan memiliknegarakan aset syarikat minyak Barat. Kemudian mereka berbaik-baik dengannya apabila beliau membuka ekonomi Libya kepada Barat.

Kini, kerana Amerika dan Barat takut hilang pengaruh di negara-negara Arab yang sedang mengalami protes jalanan, mereka cuba memaksa Gaddafi meletakkan jawatan dengan “menyokong” pemberontak. Ditakdirkan pemberontak Libya berjaya, tidak dapat tidak mereka terpaksa “mengenang budi” Amerika dan sekutunya dalam Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Lihat pula apa yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir. Daripada sabat akrab Amerika dia kini menjadi paria di negaranya sendiri, ditahan dan dibicarakan atas tuduhan rasuah dan sabotaj ekonomi.

Ramai pembesar negara Muslim yang dangkal pemikirannya dan taasub kepada Washington, tidak sedar sikap dan dasar Amerika. Amerika adalah apa yang disebut sebagai “fair weather friend” atau kawan masa senang.

Bila politik Mubarak dan Suharto kuat dan disenangi rakyat jelata, Amerika menyokong mereka. Tetapi apabila segelintir rakyat bangun menentang mereka, Amerika cepat-cepat angkat kaki.

Hal ini amat disedari oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (Tun). Sebab itulah beliau tidak taasub kepada Barat. Malah beliau amat kritikal terhadap tipu-helah dan hipokrasi Barat.

Hari ini, Dunia Muslim bukan sahaja tidak mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa, malah ia tidak lagi mempunyai seorang jurucakap seperti Dr Mahathir.

Dalam keadaan tersepit dan penuh kehampaan itu, ramai Muslim bersedia menerima kepemimpinan Osama bin Ladin atau, setidak-tidaknya pun, bersimpati dengan perjuangan beliau.

Selagi Dunia Muslim gagal kembali kepada persaudaraan Muslim dan mewujudkan pemerintahan yang cekap, adil dan bersih, selagi itulah hegemoni dan eksploitasi Barat akan mencengkam mereka dan kekallah mereka sebagai kembiri dan sida-sida politik.

60 comments:

Anonymous said...

Dear Datuk,

Talking about negara Muslim, semalam melihat NST (Sunday) front page "Power of Youth".

1. Nak tanya, Editor-in-Chief redha ke illustration muka depan tersebut.

2. Itu ke yang menggambarkan "Power of Youth" Malaysia (dan Dunia)?

3. Atau itukah gambaran yang perlu dicontohi Malaysian Youth ... Kalau tak ke barat (America), ke Timur (Sahabatnya, Korea).

4. Jika begitu, berterusan jugalah generasi yang menyokong hegemoni negara-negara tersebut.

5. Simplistic maybe ... but budaya kita yang longgar pasti tidak mampu menggarap keilmuan dan kekuatan seumpama mereka-mereka yang berani kerana benar ...

Terima kasih

XERONINE

saji said...

Salam Dakj

"RAMAI pembahas dalam posting bertajuk Suharto Popular, Pegawai Awam Kita “Derhaka” menyalahkan sistem pemerintahan (Islam vs Kapitalisme Barat) sebagai penyebab kepada ketidaksejahteraan hidup, khasnya di kalangan umat Islam."

Komen:

1. Walaupun ramai yang mengatakan masalah pelaksanaan projek tulen kerajaan dan diswastakan yang sering dikaitkan dengan masalah lamabt mula dan lambat siap, terbengkalai, kualiti rendah, kos penyelenggaraan tinggi dan tinggi VO tambahannya di sebabkan oleh permasalahan sikap -lemah pengawasan dan pemantauan, sikap kontraktor Melayu yang gemar mengali-babakan projek untuk keuntungan cepat dsb, menawarkan projek kepada kontraktor kroni yang tidak layak, atau amalan2 tidak bermoral, saya terus mengkajinya dari sudut amalan kontrak pembinaaan

Pada mulanya saya mengkajinya dari sudut amalan kontrak pembinaan Barat yang saya ketemui cara2nya mengatasi permsalahan sikap tersebut, tetapi demi untuk mudahkan kefahamannya bagi kalangan umat Islam khasnya,saya mengambil langkah mengkajinya dari sudut amalan kontrak pembinaan Islam yang baru2 ini fiqh dunia Islam memberi dan menetapkan istilahnya sebagai al-muqawalah

2. Masalah besar yang saya hadapi mengkaji amalan kontrak pembinaan Barat tersebut ialah ketidaan teks yang menjelaskan evolusi sistem kontrak pembianaan Barat.Paling hampir untuk saya kaji ialah evolusi kontraktor am atau general contracting. Memburukan keadaan ialah pembahagian jenis sistem kontrak pembinaan Barat yang pelbagai, seperti, antaranya, jenis traditional vs modern, jenis single line responsibiltis vs dual line responsibility dan jenis Price-in-advence contract vs Cost Reimbursement.

Mengapa saya tekankan aspek penjenisan amalan kontrak pembinaan Brat di atas?

Bersambung.......

saji said...

Salam Dakj,

Islam vs Kapitalisme Barat:

(Sambungan)

3. Mengapa saya tekankan penjenisan sistem kontrak pembinaan Barat?

Jawapan yang saya perolehi dari analisa perbandingan secara sinektiks di antara sistem kontrak pambinaan Barat dengan Islam atau al-muqawalah ialah seperti berikut:

a) Wujud persamaan yang jelas dan nyata di antara sistem kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance dengan kontrak pembinaan Islam al-Istisna'/Tempahan dan di antara jenis Cost Reimbursement dengan kontrak pembinaan Islam al-Ijarah/Upahan yang meliputi aspek takrif, rukun dan syarat2 serta contoh2 penggunaannya.

b) Bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat di bawah jenis Price-in-advance tersebut - Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build sesuai dan diperlukan untuk negara2 yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis seperti Malaysia dan Singapura. Pun begitu, perlu dipastikan pihak2 yang berkepentingan dalam pelaksanaan projek terdiri daripada golongan yang amanah dan bertanggungjawab atau tinggi integritinya.

Manakala bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat di bawah jenis Cost Reimbursement tersebut - Direct Labour, Target Cost, Cost Plus, Management Contract dan Construction Management sesuai dan diperlukan untuk negara2 yang mengamalkan sistem ekonomi Islam, mahupun sosialis

abdullahngah said...

Datuk,

saya tidak setuju datuk menggunakan istilah muslim nations, kerana orang muslim adalah orang yang sangat dekat dengan Allah.

Dengar kata lain muslim adalah manusia yang sangat dekat hubunganndengan Allah demikian hubungan sesama manusia.

Adalah tidak wajar Datuk katakan negara orang muslim.

Yang ppaling layak ialah negara orang islam, kerana Islam terbahagi kepada 73 puak cuma satu puak saja yang diterima oleh Allah iaitu muslim.

Bayangkan jika negara itu dioerintah oleh muslim mana mungkin tidak melaksanakan hukum hakam Allah.

Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz barangkali sangat sesuai di gelar muslim nations. kerana melaksanakan hukum hakam Yang diturunkan oleh Allah.

Hari ini semua negara yang ada ddiatas muka bumi ini miskipun pemimpinnya terdiri daripada orang Islam, tapi sangat tak layak digelar sebagai muslim apatah lagi negara muslim.

Bagaimana mungkin kit5a gelara mereka muslim sedangkan mengajar rakyat makan mengajar rakyat makan rasuah mengajar rakyat menipu dan mengajar rakyat menjadi penagih arak dan dadah serta menggalakkan perzinaan seperti menyediakan kelab kelab malam dan pusat hiburan iblis dan syitan.

Muslimkan mereka itu?

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan pembahas yg dirahmati.

Dalam dunia ini saya suka membahagikan negara kepada 5 kelompok:

1. Negara Muslim dimana penduduknya majoriti mengaku beragama Islam(tetapi sangat jahil atau tidak mahu mengikuti ajaran Islam)...seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Masir, Kuwait, Pakistan dll.


2. Negara kafir tapi bukan Mat Saleh....seperti Filipina, Thailand,India, Brazil,Argintina,Mexico dll.

3. Negara kafir Mat Saleh seperti Russia, Ukraine, Rumania, hungary, Belarus dan negara2 bekas kuasa Soviet Union yg lain.

4.Negara kafir yg baru maju dan perkasa seperti Jepun, China, Korea, Taiwan dan Singapura.


5. Negara kafir yg dah lama maju dan perkasa seperti Amerika, England, Perancis, Kanada, Australia,German,Itali, Sepanyol dll.

Ada beberapa persamaan sifat negara golomgan ke 4 dan 5 iaitu:

- pemimpin bersih dan tidak mencuri harta rakyat mereka
- pemimpin tak memerintah terlalu lama
- undang2 terpakai sama rata tampa mengenal pemimpin atau rakyat
- polis, hakim,pendakwa raya, badan pengelola pilihan raya, badan pencegah rasuan dan media tidak di bawah telunjuk pemimpin.
-mereka sangat bertolongan sesama mereka tetapi sangat kejam dan berpura2 pada negara lain daripada kelompok mereka.

Negara2 yg tergolong 3 di atas diatas tidak maju , diperintah oleh samaada diktator,pemerintah yg mewarisi kerajaan yg hampir muflis(seperti Indonesia), penipu pilihan raya(seperti Malaysia)atau pemimpin zalim yg sentiasa menindas dan kesannya adalah rakyat menderita. Pertahanan negara lemah dengan senjata dan kelengkapan perang yg rata2 usang( seperti halikopter Nuri dan kapal selam yg tak boleh menyelam).

Ditambah pulak dengan majoriti rakyatnya(seperti penyokong UMNO-BN )seperti rela diperlakukan apa saja hatta hak asasi mereka dirampas.

Pemimpin negara miskin tadi akan sentiasa kelihatan rapat dgn negara maju kerana:

-media pembodek sentiasa memgembargemburkan hubungan baik konon.
-menyorokkan hasil kekayaan mereka di bank2 negara maju
-sikap berpura2 pemimpin negara maju yg takkan pernah jujur dgn pemimpin negara miskin yg tentunya jugak tak jujur.

Bila rakyat akhirnya memberontak maka:

1. Takkan la kita harapkan negara lain jadi penyelamat pemimpin jahat maupun pihak pihak rakyat yg memberontak?

2, Kalau pun ada negara yg bermurah hati tentu ada harga yg perlu dibayar. Sudut mana pun rakyat yg terkena.

Moralnya ialah jangan simpan regim zalim spt UMNo-BN terlalu lama kerana harga yg perlu dibayar terlalu mahal sebab bukan senang nak pulihkan negara yg dak rosak...

Pasal TDM campur tolak campur tolak saya rasa buruknya lebih banyak dari baiknya......sorry

saji said...

Salam Dakj,

Islam vs Kapitalisme Barat:
(sambungan)

Bagi saya, selagi kita tak bangunkan dan lakasanakan seluruh sistem sosio-ekonomi atau muamalat Islam, setidak-tidaknya, sebagai alternatif yang dicari2 oleh seluruh umat manusia bagi menggatikan sistem2 ekonomi Kapitalis tajaan Barat yang kita anggap telah memudaratkan kehidupan umat manusia selama ini barulah kemimpunan dan pemimpin Islam seperti mantan PM, TDM akan timbul semula.

Ini mungkin menjawab peroalan mengapa mantan PM, TDM yang dikatakan pernah menjadi pemimpin negara umat Islam yang wibawa dan jurucakapnya tiba2 tenggelam!

Maksudnya, wujud elemen superficial yang mengangkat kedudukan TDM di kalangan negara umat Islam yang Dato' maksudkan pada ketika itu.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Rungutan datuk itu sebenarnya dah lama dibincangkan oleh ulamak ulamak Islam dari serata negara.Bacalah buku buku tulisan Sayid Qutb,Abul A'la Maududi,Fathi Yakan serta lain lain ulama yg membincangkan secara panjang lebar permasalahan umat Islam.

Apabila penjajah mengangkat kaki dari bumi Islam mereka akan meninggalkan balaci balaci mereka utk meneruskan polisi polisi mereka.Balaci balaci ini akan dibela dan disokong bila perlu.Di Malaysia British telah meninggalakn UMNO utk mewarisi dan meneruskan segala polisi polisi mereka.Balaci balaci ini akn berpura pura membela umat Islam tetapi jika diperhatikan merekalah yg menindas Islam dan enggan Islam berkembang serta dihayati oleh umat Islam.Mereka akan melaksanakan beberapa program yg nampak spt Islam tetapi program program tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan kepada penghayatan umat Islam.Malahan mereka akan memastikan agar umat Islam tidak betul betul menghayati Isla,Sebab jika umat Islam menghayati Islam akan susah la mereka.Mereka akan hilang sokongan dan ditewaskan.Umat Islam tidak akan kemana selagi pemimpin pemimpin ini tidak dibuang terus dari persada pemerintahan negara negara Islam.Masanya akan tiba dan telah pun dijanjikan oleh Rasullullah SAW melalui hadis hadis sahihnya bahawa khilafah Islam akan kembali berkuasa dan menjadi superpower diakhir zaman nanti.Org org yg menerajui khilafah bukanlah org org spt Najib,Hosni Mubarak.AlMalik Kuwait,AlMalik Aran Saudi,Presiden Asif Zardari dll.Org org spt mereka ini kan dihumban kedalam bakul sampah sejarah dan tidak akan kembali berkuasa semula.Org org yg menggantikan mereka adalah orgorg yg beriman dan bertaqwa dan jelas komited kepada jalan Allah.

Umat Islam Malaysia ni sebenarya diberi peluang utk memilih pemimpin sedemikian tetapi mereka lebih percaya kepada cerita cerita hantu yg didendangkan oleh UMNO.Pd thn 70an meeka mendendangkan sesiapa ikut Islam maka umat Islam akan mundur dan tak maju.NGO NGO Islam diganyang seteruk teruknya oleh UMNO dan balaci balacinya.Malahan pakai serban dan purdah pun jadi caci maki UMNO.Sdgkan kalau kita lihat tok tok lebai Iran telah berjaya membawa Iran kepada status spt skg.Maju dari segi saintifik serta pengaruh serantau walaupun mengalami sekatan ekonomi dari USA dan balaci balacinya.Tiada siapa berani menceroboh wilayah mereka.Tetapi kita nak buat enjin Proton Saga pun tak lepas lepas lagi.Persolannya skg umat Islam Malaysia ni masih lagi ke nak percay apd golongan golongan sekular yg tidak membawa mereka kepad kejayaan samda dunia atau akhirat.Bukan kan sampai skg kit aamsih lagi membincangkan masalah ekonomi melayu yg masih tidak kemana? Keruntuhan moral yg dipejamkan mata oleh UMNO.Malahan ramai dari kalangan ahli dan pimpinan UMNO ytg terlibat dgn kegiatan tidak bermoral??

OKJ said...

Salam DAKJ

Konflik negara Arab sebenarnya seperti marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Yg menang jadi arang dan kalah jadi abu. Kedua-dua rugi, baik pemimpin, rakyat dan juga negara. Islam dipandang lebih hina. Harta binasa, Pleurarisme dituntut, parti berasaskan agama nak dilarang dan sebagainya. Pendek kata, lebih banyak rugi dari untung.

Bagi sayalah, ianya terjadi apabila masyarakat tidak dapat membezakan antara fakta & fitnah, ulama’ & alamak, bukti bervideo dengan jual air liur, dan diadakan perbincangan dengan orang yg ‘sama-sama tak tahu’. PUNAH Negara jadinya.

Alhamdulillah, Malaysia tak terjadi konflik di atas sebab sebahagian BESAR rakyatnya berfikiran matang, bijak, berpendidikan tinggi, berilmu, hidup bersyariat dan tak mudah ditipu. Cuma seorang dua yg masih lagi tak tahupun dirinya ditipu dan masih tercari-cari jam Omega dengan harapan terjumpalah ia satu hari nanti. Kesian! Kesian!!

Akhir kalam, tahniah Dato’ kerana perbincangan kita dah meliputi faktor global dari faktor setempat. Itulah yg sebenarnya impian YAB Dato’ Seri Presiden apabila beliau mengilhamkan perkataan GLOKAL. Berkat kesabaran dan doa, akhirnya cita-cita menjadikan rakyat Malaysia berfikiran GLOKAL membuahkan kenyataan. Tak tahu pulak Dato’ pun dalam diam-diam mengikuti saranan YAB Dato’ Seri Presiden. Ha!! Macam tulah. Sekian TQ.

husin syedmohamad said...

Dato'
Muslim yang tidak islam?. Pemimpin Muslim tetapi bukan pemimpin Islam?.

Zaid@Zaidel said...

Realiti manusia, Datuk, inginkan nama dan kemewahan. Berkawan dengan Barat menaikkan nama mereka, dan status kononnya. Lantaran, Barat dijadikan kawan dan rujukan, hampir dalam semua hal. Realiti yang paling mudah ialah dua situasi; pengemis Mat Salleh vs. lelaki Malaysia, bila berebut bilik di hotel di Malaysia, lelaki mat salleh pasti menang, walaupun dinegara asalnya adalah pengemis, berbanding rakyat Malaysia sendiri. Dari atas ke bawah dalam sistem kita, masih berkiblatkan Barat, dan hal ini akan berterusan berlaku jika citra, bahasa, budaya Malaysia tidak diterapkan awal dalam sistem pendidikan kita sekarang. Sudah sampai saatnya hanya sekolah kebangsaan diwujudkan di negara kita jika mahu kelangsungan ilmu lebih kita hargai berbanding mengampu, terutamanya kepada pihak Barat dalam semua perkara.

besi said...

sedih...bilangan umat islam yang ramai tidak mampu untuk membuat apa2.
namun dari lubuk hati tetap percaya akan muncul juga pembela umat islam...mana tau selepas pemilihan PAS nanti...kita tunggu dan lihat.

maae said...

Salam Datuk,

1.Cantik ulasan Datuk ini. Realiti politik antarabangsa masa kini di mana Amerika dan Israel bersama sekutu Eropah mereka sentiasa duduk dominan dalam percaturan dunia.

2.Sungguh hina Pemimpin muslim Arab dahulu, terkini kerana masih berkiblatkan barat. Amalan korup dengan menghimpun kekayaan sendiri kerana tidak bijak mengurus sumber galian anugerah Allah. Harta kekayaan yang sudah mencengkam tengkuk sendiri. Rakyat juga yang tersiksa.

3.Masaalah di mana Malaysia boleh menjadi pemain utama jika tahu gaya nya. Dulu Tun begitu lantang, tetapi tiada sokongan padu dari pemimpin berkaliber dari negara- negara muslim lain nya.

4.Amat penting kepada Pemimpin Malaysia mengawal keadaan dalam negara yang kian di porak perandakan. Jika gagal, musuh sudah lama bersedia mengambil peluang dengan kemelut seperti di nyatakan "fair weather friend" yang sudah di laungkan bertalu-talu. Kita gagal lagi mengesan keadaan.

MOHAMAD EDRUS said...

Itulah realitinya. Islam adalah lemah di mata mereka. Selagi mana perjuangan didasarkan untuk mencari kuasa + harta + nafsu; selagi itulah kita akan digunakan.

Tidak perlu jauh; keadaan di tempat kita ini pun adalah membimbangkan. Sangat bersyukur kombinasi PM+TPM menunjukkan keserasian dan amat berharap momentumnya akan kekal.

Jurucakap dunia membangun/ Islam sebenarnya sudah tiada selepas Tun M. Namun jika negara Islam dan umatnya mengamalkan ajaran Islam sepatutnya; kita tidak memerlukan jurucakap sebenarnya.

Zaaba Anak Sarawak said...

Saudara AKJ,

Saya setuju dengan pandangan bahawa banyak negara Muslim ditakluki (ala moden) oleh AS.

Selagi kita membelakangi hukum yang Maha Esa, selagi itulah kita terus tertakluk.

Hukum yang saya maksudkan bukan setakat cara pemerintahan malah merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah dari aspek pembelajaran.

Yang amat memilukan adalah sangkaan bahawa mendirikan lebih banyak masjid, surau dsb menunjukkan semangat keIslaman sedang berkembang. Pada saya, keadaan ini adalah jauh dari hakikat.

Ada kenalan dari Mesir telah berkata: "The spirit of Islam lies in the West. In the East, Islam exist in form but the spirit is slowly dying." Saya tanya kenapa beliau berkata begitu. Jawabnya "In the east, we build a lot of symbols i.e. mosques, institutions etc but the Muslims tend to avoid these places and follow more of the western ways. Whereas in the west, despite the absence of necessities (mosques etc.), more people are converting to Islam.

My 2-sen worth of thots...

saji said...

Salam Dakj,

Sdr Tinta Hitam, antara lain, mengulas dan berkata, "Rungutan datuk itu sebenarnya dah lama dibincangkan oleh ulamak ulamak Islam dari serata negara.Bacalah buku buku tulisan Sayid Qutb,Abul A'la Maududi,Fathi Yakan serta lain lain ulama yg membincangkan secara panjang lebar permasalahan umat Islam.

Apabila penjajah mengangkat kaki dari bumi Islam mereka akan meninggalkan balaci balaci mereka utk meneruskan polisi polisi mereka.Balaci balaci ini akan dibela dan disokong bila perlu.Di Malaysia British telah meninggalakn UMNO utk mewarisi dan meneruskan segala polisi polisi mereka.Balaci balaci ini akn berpura pura membela umat Islam tetapi jika diperhatikan merekalah yg menindas Islam dan enggan Islam berkembang serta dihayati oleh umat Islam.Mereka akan melaksanakan beberapa program yg nampak spt Islam tetapi program program tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan kepada penghayatan umat Islam.Malahan mereka akan memastikan agar umat Islam tidak betul betul menghayati Isla,Sebab jika umat Islam menghayati Islam akan susah la mereka.Mereka akan hilang sokongan dan ditewaskan.Umat Islam tidak akan kemana selagi pemimpin pemimpin ini tidak dibuang terus dari persada pemerintahan negara negara Islam."

Komen:

Saya setuju benar komen sdr di atas mengenai 'apabila penjajah mengangkat kaki dari bumi Islam' dan seterusnya tersebut. Cuma nak tambah sesuatu yang, pada saya, ulamak Islam di serata negara (umat Islam)hingga kini, sama ada,tak perasan, tak sempat kaji atau tak mampu nak kaji seperti dibincangkan di bawah.

1. Apabila penjajah Inggeris menjajah Tanah Melayu atau Malaya dan negara2 umat Islam lain yang sewaktu dengnnya dan mula membangunkannya, mereka membawa masuk kontrak pembinaan Direct Labour iaitu bentuk kontrak pembinaan Inggeris jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Ijarah atau Upahan

Bersambung.....

saji said...

Sdr Tinta Hitam

Apabila penjajah mengangkat kaki dari bumi Islam.......

(sambungan)

2. Apabila penjajah Inggeris mengangkat kaki dari bumi Malaya mereka mula mengurangkan penggunaan kontrak pembinaan Direct Labour di atas untuk mereka gantikan dengan kontrak pembinaan Inggeris bentuk Lump Sum dan kira2 sedekad sebelum Malaya mencapai kemerdekaan mereka membawa masuk kontrak pembinaan Inggeris bentuk Bills of Quantities pula.

Di mana, bentuk kontrak pembinaan Inggeris Lump Sum dan Bills of Quantities merupakan bentuk2 kontrak pembinaan Inggeris jenis Price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak al-Istisnaa'/Tempahan yang penggunaannya sebagai kontrak pembinaan tidak diharuskan oleh mazhab Hambali, Maliki dan mazhab kita, Shafi'e. Begitulah kedudukannya sebagai kontrak kewangan Islam, melainkan umat Islam di negara ini bersetuju berubah kepada mazahab Hanafi yang mengharuskan penggunaan kontrak al-Istisnaa' sebagai kentrak kewangan Islam, mahupun kontrak pembinaan.

3. Saya terpaksa timbulkan perbincangan di atas, kerana, pertama, ulamak2 yang sdr kata itu terlalu menumpukan kepada permasalahan riba' yang, pada mereka, merupakan penghalang utama yang menyekat umat Islam maju dalam bidang perniagaan yang, pada saya, telah menyebabkan mereka terlepas pandang permsalahan kontrak pembinaan al-Istisna'/Tempahan sebagai penghalang utama umat Islam di nagara ini maju dalam bidang pembinaan, dan kedua, setelah, Bank Islam Malaysia ditubuhkan pada 1984 dan diikuti penubuhan SPTF kira2 sedekad kemudian, saya tidak nampak umat Islam di negara ini mejadi maju dalam bidang perniagaan dan pembinaan khasnya hasil daripada penubuhan dua institusi kewangan Islam itu.

saji said...

Sdr XERONINE

Jika kita lihat di negara2 Arab para pemudanya menunjukan 'power of youth' dengan memberontak mengadakan pilihan raya umum jalanan. Di Malaysia kerajaan UMNOBN kenalah main perang psikologi untuk tujukan kepada seluruh rakyat dan dunia bahawa, para pemudanya berdiri teguh memepertahankan kerajaan UMNOBN

Superficial atau tidak, gunakan duit rakyat atau tidak, cukup 1 juta pemuda2 bejaya dihimpunkan atau tidak dan ikhlaskah pemuda2 yang datang berhimpun atau tidak, yang penting, DSN dah kata beliau akan mempertahankan PJ dengan apa jua cara - sebijik pemikiran kapitalis Barat

saji said...

Sdr OKJ

"Konflik negara Arab sebenarnya seperti marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Yg menang jadi arang dan kalah jadi abu. Kedua-dua rugi, baik pemimpin, rakyat dan juga negara. Islam dipandang lebih hina. Harta binasa, Pleurarisme dituntut, parti berasaskan agama nak dilarang dan sebagainya. Pendek kata, lebih banyak rugi dari untung."

Komen:

Saya cuma setuju pandangan sdr di atas hanya jika sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh regim2 lama yang ditumbangkan itu di sambung oleh regim baru yang mengambil-alih daripadanya, walupun mereka berjaji melakukan perubahan sana-sini seperti melakukan tender terbuka untuk projek awam. Dengan kata lain, mereka engan berubah kepada sistem ekonomi Islam.

affendi hussain said...

Salam Dato' & sekalian Muslim Malaysia..

Tak payah lihat sekala dunia yang luas sebarang laut..gajah yang ada di sini pun sudah terang lagi bersuluh..

Pemimpin2 Islam di Malaysia hari ini rata2nya dah dikembiri atau kena tulah koro..simptom penyakit akut, takut hilang dunia sanggup korbankan akhirat.. 2x5, 5x2, 10x1.. sama saja parti cap apa pun..

Dari skala mikro bergumpal jadi skala makro.. itulah dunia Islam akhir zaman yang perlu di muhasabah kenapa dibelenggu bala dunia..

Apa guna mendabik umat terhebat,
Jika miskin ilmu, rukun & syariat,
Pilih ikutan & amalah berkerat,
Baik yg serban bergulung, yg berduit & berkuasa masing2 perasan dah hebat,
Hidup berparti, berlapis, berpangkat bersuku-sakat,
Soal Islam tiada pernah nak muafakat,
Jadilah tunggangan sikafir sipolan bahlul ini semua punya kederat,
Hidup tiada pegangan hanya menjilat ibarat bangsat,
Janji kuasa politik tercapai matlamat,
Bangsa & agama sendiri dihenjak jatuh orang lain pula dijulang diangkat.
Akai berhayun macam mangkuk tingkat..
Akibatnya hidupnya ummah diMalaysia ibarat keparat melarat.
Itulah yang teruntai terselit manjadi hakikat,
Pemimpin Muslim Malaysia ibarat orang jauh yang duduknya terlalu dekat..

wallahualam

("/)

Abdullah Ngah said...

Rasulullah SAW pernah menyatakan suatu masa nanti umat Islam laksana "buih dilaut".

Cuba kita bayangkan "buih". Barapa lama buih itu boleh bertahan.

Buih jelas dan nyata tidak punya ketahanan.

Begitulah lemahnya umat Islam. Macam mana tak lemah dan macam mana boleh jadi kuat.

IKIM telah membuat kajian bahawa 80 peratus umat islam di negara ini tak solat.

Jadi macam mana nak jadi kuat sedangkan umat Islam tiada "tiang" untuk jadi kuat.

Lainlah jika ia "muslim" yang patuh dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW.

Realitinya memang begitu dek pemimpin yang tak mahu kepada ajaran islam yang syumul.

Oleh itu alangkah benarnya umat Islam ibarat kembiri tanpa kepimpinan.

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ

Saya sgt tertarik dan 110% setuju dgn perenggan akhir hujah Dato iaitu persaudaraan Muslim.

Inilah masaalahnya. Kalau boleh para mufti memberi definasi khusus apa yg dimaksudkan persaudaraan Muslim.

Apakah demi persaudaraan Muslim :

1. kita org Islam terpaksa membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap sebarang kezaliman pemimpin termasuk UMNO(yg mengaku Islam dan nama pun Islamik )?

2. atau pun persaudaraan Muslim hendaklah terikat kepada syarat bahawa pemimpin hendaklah jangan derhaka kepada perintah Allah dan Rasul

Entah apa yg silapnya dengan pegangan dan panduan hidup sebahgian besar org yg bernama Islam maka majoriti lebih cenderung kpd pendapat pertama.

Akibatnya maka timbullah pendapat songsang seperti berikut:

-dia orang suruh aku buat jahat aku pun buat tapi dosa biarlah dia org tanggung. Aku org bawah ikut perintah je

-berapa banyak pun dosa boleh diampun jika aku pergi umrah

-aku curi ke, aku tipu ke, aku fitnah ke apa takut....Allah kan maha pemurah lagi pengampun.

-aku tak akan gigit jari org yg beri aku makan dan aku tak perlu tanya makanan itu dari sumber yg halal atau haram

Fahaman songsang inilah yg menyebabkan mustahilnya ujud persaudaraan Muslim kerana dari dulu hingga skrg masih ada org yg benar2 sanggup berjuang menegakkan pemahaman Islam sebenar walaupun mereka ditindas, difitnah, diseksa, dipulau, hatta dibunuh sekalipun.

Yg menyedihkan ialah fahaman songsang ini tidak membantu ujudnya pemerintah yg cekap, adil dan bersih.

Ya Allah bilalah saudara ku hendak sedar.

kermitt said...

negara ini sebenarnya bukan negara islam.. ianya hanya negara umat islam.. sebab sistemnya itu sendiri tidak islam.. dan perlembagaan negara sendiri berstatus sekular.. Malah sistem pendidikan kita sendiri adalah sekular.. malah kalau diteliti perlembagaan sekolah kebangsaan sebenarnya pemakaian tudung tidak wajib.. dan sekiranya fight dimahkamah.. boleh menang kes pada pihak yg pro-free hair.. sebab itu bila ada kes budak pakai serban dibuang sekolah.. saya tahu awal lagi.. mereka akan kalah.. sebab batu asasnya negara ini telah ditulis oleh lord reid seorang kafir berasal dari negara penjajah ENGLAND.. UMNO created to continue its legacy.. tak hairan bila malaysia di ambang peperangan ketika kes ambalat hari tu kita pergi ke ENGLAND untuk mengadu..

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Orang Islam sebenarnya kurang ilmu.Itulah puncanya. Serba serbi kurang.Kalau PAS memerentah pun saya rasa Melayu Islam tak kemana juga. Tak usahlah nak cerita panjang-panjang menuding jari kat UMNO je.Isunya simple. Iaitu ILMU. Perbaiki dan kembangkan ilmu orang Melayu Islam. Sejahteralah orang Islam. Peluang dah diberi bemacam untuk orang Melayu tapi tidak digunakan dengan sebaiknya. Jati diri orang Melayu Islam tak kuat. Bila ilmu orang Melayu tidak cemerlang maka secara tidak langsung pemimpinnya pun tak cemerlang juga untuk memimpin bangsanya baik dari UMNO, PKR mahu pun PAS.

Kita mesti ubah sikap kita. Peranan yang boleh ubah sikap datangnya dari rumah. Iaitu dari IBU orang Melayu. Ibulah yang paling penting untuk membentuk untung nasib orang Melayu pada masa depan. Kalau ibu cuai mendidik anak-anak mereka maka itu adalah sungguh malang sekali kepada bangsa Melayu Islam.

Dunia Islam tak akan berubah jika IBU Islam tidak pandai mendidik anak-anaknya. Jadi untuk mendapat pemimpin hebat dikalangan negara Islam kita harus "go back to basic". Tak usahlah kita membebel menuduh yang bukan-bukan. Yang tak ada substancenya !!!

Kita lihat apa yang berlaku dinegara Arab. Apa telah terjadi. Pemimpin mereka semuanya korup kerana dari kecil lagi tidak di ajar dengan sempurna. Apabila Rajanya korup anak-anaknya pun terikut korup. Bila pemimpin diktatornya korup anak-anaknya pun korup. Lihat sahajalah kepada Mubarak, Ghadafi dan Sadam Hussein.

Kudus

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

At the very macro or global level, the Muslim world is in tetters. How could that be? We have to examine and build the foundation right from basic micro level and the gradations there off - from individual members to the state and nation.

Take an example, at the state level we see how Perak destroys its beautiful natural resource to cover a past economic blunder or mismanagement.

THE RAPE OF TELUK RUBIAH
Teluk Rubiah, a cosy, tranquil cove not far from Setiawan.

The resort project was built perhaps during MB Ramli Ngah is now abandoned.

Numerous delipidated 2 storey wooden bungalows and unkept golf course.

Millions had been spent on the project. What when wrong with the investment that failed? My guess is that it was meant to be an exclusive holiday niche for the rich. A cleared site for their holiday homes now full of lalang.

Designed for exclusiveness for the elites Tlk Rubiah was not promoted for public use and thus little income. The elites would frequent the resort at their whims and fancy for there are other places of choice to wallow.

The guard told me that the abandoned resort has been leased to a Brazillian company for an iron/steel mill. A jetty reaching far out into the sea is being built. Why build an environment polluting heavy metal in such a beautiful nook? Why not somewhere near to transportation route but away from peole? Even if the guard's statement was not true, Teluk Rubiah has been wronged.

An idyllic hideaway, heaven on earth, gift of Allah to earth beings will be soon gone, unless and unless the MB decide otherwise.

Anonymous said...

Selamat Sejahtera Dato'

Pada pendapat saya,masaalah yang menimpa negara negara muslim tu Dato' adalah kerana pemimpin dan setengah rakyat mereka tidak mengamalkan suruhan islam sebenar. Tidak takut dosa pahala, tidak takut kepada hari kebangkitan dan hari pembalasan.

Berperibadi sebagai muslim sebenar ada lah kunci segala2 nya. Seorang muslim sebenar akan mengambil islam sebagai 'way of life' dengan sunah Nabi Muhamad SAW sebagai ikutan dan meletak beliau sebagai ikon dan 'role model '. Bermula dari sekecil2 perkara sebagai pemimpin keluarga, cara2 menghormati jiran, sebagai pemerentah tentera, cara menguruskan ekonomi dan khazanah negara dgn penuh jujur, menjaga hak anak yatim, menjaga hati kawan, menjaga aib sahabat dan muslim , adab berpolitik, adab bercakap, adab dlm berdakwah, adab masa ketawa, tidak menyakiti oarang lain, sifat bermaafan, menganggap semua muslim bersaudara, adab dan cara melayan yang bukan muslim, melayan tawanan perang, adab dalam berperang sampailah adab dalam beribadat. Tak cukup ruang jika nak ditulis dlm blog Dato' ini.

Persoalan nya ada kah nilai2 diatas kita amalkan sebagai seorang muslim. Dimana silapnya?.

Jawapan nya kebanyakan kita terlalu melihat keluar mencari salah arang lain sebelum melihat kedalam diri sendiri.

Jika setiap seorang muslim menyoal apa yang telah dilakukan nya sebelum ini, kelmarin, semalam , hari ini , ketika dan disaat ini selari dengan kehendak islam ?, Jika ada pelanggaran ada kah kita bertaubat dan cuba membaiki nya supaya tidak mengulangi nya kerana takut akan kemurkaan Allah.

Nafas yang keluar masuk ini ada lah tanda kebesaran Tuhan.jika tersekat lebih 5 minit kita akan hilang kekuatan fizikal seterusnya mati.

kita terlalu kedil untuk bersikap sombong dengan menganggap kita yang kuat dan berkuasa, kita yang pandai, kita yang kaya, kita yang memiliki segalanya.

Sifat2 mazmumah(tercela), riak, takabur dan seterusnya ini lah yang membawa manusia kepada kezaliman dan kekufuran. Jika sifat terpuji (mahmudah) dapat dihidupkan dan diamalkan oleh setiap muslim , maka kehidupan dunia ini sangat bahagia.

Tuhan melantik manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini dan jangan melakukan kebinasaan , pembunuhan, persengketaan dan penindasan dan hendak lah berlaku adil.

keadilan sosial dalam islam telah ditetapkan dimana orang miskin ada hak nya manakala orang kaya pun ada hak nya. Ingatan kepada setiap muslim ,Yang kaya diwajibkan membayar zakat dan fitrah disamping membantu yang miskin. sebagai ingatan jika kita membiarkan jiran kita lapar , kita juga mendapat dosa.

Bagi yang miskin diminta cuba keluar dari kemiskinan dengan ingatan 'tangan yng memberi lebih mulia dari yang menerima', 'kemiskinan membawa kepada kekufuran',

Apa yang berlaku nilai2 dan sifat terpuji tersebut banyak diamalkan oleh non muslim dan negara non muslim dalam hal ehwal pemerentahan seperti 'good governance'ketelusan, polisi2 yang membantu golongan miskin dan memerlukan bantuan. Dari nilai murni ini lah ujud nya keharmonian dan keadilan sosial mereka tanpa berlaku pertumpahan darah dan rampasan kuasa atau pemberontakan.

Kesimpulan nya Dato' , setiap muslim hendaklah cuba menjadi seorang muslim yang sebenar dari segi keperibadiannya, pemahaman nya, penjiwaan nya, pengamalan nya, pengisiannya, perlaksanaannya seperti di bawa oleh Rasullalah SAW

Jika ini dapat dilakukan dan dicapai ,maka pada pendapat saya disaat itu tidak akan berlaku amalan negatif samada sebagai seorang muslim, hubungan sesama muslim (tak kira apa parti jika diMalaysia), didalam pemerentahan samada di Malaysia atau negara muslims didunia ini ,

Dengan nilai murni diatas ditambah ilmu siasah yang tajam (seperti TDM) Ia juga dapat menghindari pengaruh , dipengaruhi, dipergunakan oleh kuasa barat atas apa alasan sekali pun samada politik , ekonomi dan ketenteraan seterusnya pemasalahan yang Dato' sebutkan diatas

Wassalam,

Orang kampong

ab said...

Salam Dato,



Kembiri tu terlalu baik Dato, saya takut dah jadi firing target dan monyet makmal dah......!.



DiMalaysia dah sampai tahap muslim takut kat muslim,melayu takut kat melayu,melayu benci melayu lebih teruk dari benci kat bukan muslim....



Kat timur tengah, orang arab dah takut orang arab,arab benci arab lain lagi teruk dari firaun benci rakyat dia.....



Kat benua india tu keling india dah benci keling pakistan..keling bangla pulak benci keling india dan pakistan, dan sebaliknya.....


SAYA FIKIR JAUH LAGI LA untuk islam menjadi kompas dunia!


YANG BAGUSNYA ialah orang islam ni kebanyakanya miskin tapi kuat beranak!!,diharap akan sampai `critical mass' untuk evolusi tamadun seterunya...?macam kat peranchis dulu,macam kat negeri cina dulu ataupun macam kat zimbabwee....


YANG PASTI IALAH perubahan akan tetap berlaku..



Abu Bakar Ab Rahman

Asam Pedas said...

Dato,

"We practice what we preach"

As most Malaysians looking at Middle East conflict especially Palestinians against Israel occupation, most of us can agree and pass the blame that the Arabs are not united to stand-up against Israel and western powers.

Looking at Malaysia, I am not very confident we are capable of addressing the problem that divide us. Political leaders have divided the lines between them so much so the people interest are more often are taken for granted. Most of us ordinary folks are seeing current political scene is brewing which about to be turn ugly.

Blaming the west to world problems is easy although some are well founded. But it cannot be an excuse to hide one's weakness. We need to fix our political system, rebuilt the trust of the voters and build stronger economy plus better education. Fix that and show the world, than we can earn the credentials and to be more respected. Otherwise we are no different than the divided Arabs.

saji said...

Salam Dakj,

Sdr Zaaba, antara lain berkata, "Selagi kita membelakangi hukum yang Maha Esa, selagi itulah kita terus tertakluk.

Hukum yang saya maksudkan bukan setakat cara pemerintahan malah merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah dari aspek pembelajaran."

Komen:

1. Perundangan Islam moden merangkumkan dan mengistilahkan hukum-hukum yang Maha Esa yang menyentuh setiap aspek kehidupan sebagai Muamalah Duniawiyah yang mencakupi hukum2 Munakahat dan Jenayah dengan difinisinya (Muamalat Duniawiyah) di bawah:

Perbuatan2 yang berhubung dengan hidup dan kehidupan manusia sehari-hari. Ia boleh diubah2 mengikut keadaan masa dan tempat atau boleh diijtihadkan.

2. Tahukah sdr kebanyakan hukum2 Muamalat Duniawiyah tersebut masih telipat dalam 'kitab kuning', dalam erti kata belum diijtihadkan lagi untuk disesuaikan dengan keadaan tempat dan masa yang, dalam konteks keperluan pelaksanaan moden, ia membawa maksud belum terjemahkan kepada bentuk sistem dan tataca pelaksanaannya? Harap sdr faham mengapa saya cepat2 membuat pertanyaan ini.

saji said...

Salam Dakj

"Selagi Dunia Muslim gagal kembali kepada persaudaraan Muslim dan mewujudkan pemerintahan yang cekap, adil dan bersih, selagi itulah hegemoni dan eksploitasi Barat akan mencengkam mereka dan kekallah mereka sebagai kembiri dan sida-sida politik."

Komen:

1. Cantik, padat, kena masanya dan tepat saranannya di sebalik rumusan Dato' di atas.

2. Tetapi, ia bagaikan seorang pemuda yang mengidam sangat berkhawin dengan seorang gadis, tetapi si pemuda itu sendiri tahu ia sesuatu yang beliau tidak akan dapat!

3. Pun begitu, Dato' sebagai golongan kemanusiaan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dalam organisasi umat Islam dari segi memberikan nasihat atau kefahaman yang jelas dan sesuai, berdasarkan pengetahuan kemanusiaan yang Dato' miliki, khasnya yang berkitan dengan resolusi konflik dan nilai

Anonymous said...

SAUDARA HAIRUL FITRI

MOGA DAN MUNGKIN NEGARA KITA BERADA DLM KELOMPOK 4 & 5 HENDAKNYA(BILA PAKATAN DITAKDIRKAN MEMERINTAH KOT)DENGAN PEMIMPIN PAKATAN YANG DIKATAKAN BERSIH(TANPA RASUAH DAN ADIL) TETAPI SAYA TAK YANG YAKIN AKAN TERJADI (BIARPUN SAYA SILAP) KERAJAAN PAKATAN DAN BN SAMA JE LIHAT CORAK PEMERINTAHAN DINEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN TAK ADA YANG ISTIMEWA PUN.... PEMIMIPIN JUGA YANG DAPAT GAJI DAN IMBUHAN ELAUN(PENGERUSI) SYARIKAT2 KERAJAAN (BN & PAKATAN 2 X 5) POLITK MALAYSIA DAN BUDAYA ORANG2
M E L A Y U....

ATAS PAGAR

ATAS PAGAR

husin syedmohamad said...

Datuk,
Adakah jalan penyelesaian?. kita semua maklum kelemahan dan permasalahan yang muslim ( yang mengaku sebagai Islam). Dimanakah silapnya dan dimana salahnya?.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Dunia islam sekarang menghadapi krisis kepimpinan kerana ramai pemimpin yang ada lupa kepada tanggong jawap mereka untuk membangunkan umah dan membangunkan negara supaya menjadi kuat serta boleh bersaing dengan negra Barat yang lain. Ramai pemimpin negara islam yang rasuah dan mementingkan diri dan keluarga serta banyak amalan penyalahgunaan kuasa. Akibatnya negara-negara islam semakin mundur dan tidak dapat bersaing dengan negara Barat. Sumber asli yang banyak tidak menjamin sesabuah negara boleh jadi kaya dan kuat tetapi sebaliknya boleh membawa kepada kemusnahan kerana perebutan pengaruh antara negara Barat untuk menguasai sumber asli tersebut saperti apa yang terjadi kepada negara-negara yang kaya sumber minyak saperti Iraq dan Libya. Pemimpin yang sedia ada tidak bijak menggunakan sumber kekayaan untuk membangunkan negara tetapi banyak wang negara dihabiskan untuk memperkukuhkan kedudukan kuasa mereka dan kroni disekeliling. Ini satu pengajaran kepada negara kita Malaysia. Kita ada sumber asli yang banyak. Hasil negara elok diagih dengan bijaksana dan bukanya dibelanja sewenang-wenang untuk memperkukohkan mereka yang berkuasa sahaja. kita patut jadi contoh kepada negara islam yang lain. Dato Najib tak payah nak jadi jurucakap kepada negara islam tetapi bangunkan negara supaya jadi kuat dan boleh dicontohi negara islam yang lain
2. Kita patut belajar dari Singapura. Bagaimana LEE Kuan Yew telah mentransformasi negara Singapura dari sabuah negara dunia ketiga menjadi sabuah negara maju yang kuat dengan pendapatan perkapita diantara tertinggi di Asia dan dunia. Kekuatan ekonominya membolehkan Singapura membangunkan kekuatan angkatan tenteranya menjadi yang tercanggih di rantau ini dan boleh mencabar kekuatan tentera negara jiran yang lain. Negara mana yang boleh gangu gugat Singapura sekarang. Indonesia yang mempunyai pendudok lebih 200 juta belum tentu berani mencabar kekutan tentera Singapura. Malaysia hanya dapat melihat kekuatan Singapura dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat. Sewaktu Singapura membangunkan negara dari semua aspek, kita asyik leka berpolitik dan berkelahi antara satu sama lain. Sesama islam pun kita asyik dok berkelahi dah hampir setengah abad. Orang PAS asyik dok mencari jalan bagaimana nak jatuhkan UMNO dan pemimpin UMNO pula ada yang lupa kepada tanggong jawap untuk memperkuatkan Negara supaya kita muncul sebagai contoh kepada yang lain.

Iklas,
Rahim

hairulfitri said...

Aslmkum

Sdr Atas Pagar tolong jangan samakan Melayu termasuk pemimpinnya sama je. Anak kita pun ada yg baik ada yg tidak.

Kalau pun ada beberapa kerat pemimpin Pas dan PKR yg tak betul sdr harus menganalisa seperti berikut:

- memang sebagai manusia ada org Pas atau PKR yg memalukan. Tetapi yg lebih selalu ialah mereka sengaja difitnah oleh media dan hamba sahaya UMNO sebagai tak betul. Mahkamah kangaroo mereka juga sering diperkudakan untuk mendapati pemimpin pembangkang bersalah. Tapi tak ke sdr Atas Pagar sedar bahawa dikaca mata mahkamah Allah nanti kebenaran akan terbongkar dan lain pulak ceritanya? .....saya percaya kita semua masih yakin tentang ujudnya mahkamah Allah ye.

Kalau kita hendak menjadi Muslim yg baik kita tidak boleh mengambil sikap atas pagar bila berhadapan dgn kezaliman yg dibuat secara terang2 depan mata kita oleh penguasa(termasuk pemimpin PAS dan PKR jika mereka ditakdirkan memerintah kerajaan persekutuan suatu hari nanti). Apa yg susah sgt nak jauhkan diri kita dari penguasa zalim. Bukankah Allah yg mempunyai kekayaan di langit dan bumi yg sepatutnya menjadi tempat kita bergantung dan meminta2?............lebih sayang dan takut pd mereka daripada kita sayang dan takut Allah?. Boleh syirik tu.

Permintaan saya ialah jangan hukum PAS da PKR secara semberono tanpa hujah kongkrit terutamanya apabila mereka belum pun pernah diberi peluang tadbir Putrajaya. Demi kebaikan sdr Atas Pagar dan umat Islam jugak.

Abdullah Ngah said...

hairulfitri,

macam mana nak sedar kalau "hati sudah mati"

Mereka ini bukan "muslim", kerana muslim tak membiarkan hatinya mati.

Sayed Qutub pernah berkata,kelemahan umat Islam kerana mereka tolak Islam tulen.

Saya sangat sedih apabila pembahas kita umat Islam atau para pemimpin negara orang Islam sebagai muslim.

Kalau dia muslim dia tak tolak Islam tulen dan tak tinggal solat lima waktu sehari semalam.

Macam mana nak kuat solat tidak puasa tidak sedangkan puasa itu perisai muslim.Zakat pun tidak.

Tak dinafikan mereka terlalu kerap menuai haji dan umrah bagi mereka yang mampu saja.

Muslim orang tak makan riba orang tak makan rasuah. Mereka patuh dengan perintah Allah.

Orang tak tinggal solat, kerana sengaja tinggal solat jadi kafir.

saji said...

Sdr Orang kampong

"Pada pendapat saya,masaalah yang menimpa negara negara muslim tu Dato' adalah kerana pemimpin dan setengah rakyat mereka tidak mengamalkan suruhan islam sebenar. Tidak takut dosa pahala, tidak takut kepada hari kebangkitan dan hari pembalasan."

Komen:

Lebih kemas jika sdr sudahi dengan ayat berbunyi, "melakukan kerja2 harian (mencakupi ibadah khusus dan umum) bukan tujuan akhirnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT".

saji said...

Sdr kudus

"Orang Islam sebenarnya kurang ilmu.Itulah puncanya. Serba serbi kurang.Kalau PAS memerentah pun saya rasa Melayu Islam tak kemana juga.Tak usahlah nak cerita panjang-panjang menuding jari kat UMNO je.Isunya simple. Iaitu ILMU. Perbaiki dan kembangkan ilmu orang Melayu Islam. Sejahteralah orang Islam. Peluang dah diberi bemacam untuk orang Melayu tapi tidak digunakan dengan sebaiknya. Jati diri orang Melayu Islam tak kuat."

Komen:

1. Ada kebenarannya komen sdr
di atas berdasarkan kajian saya dari sudut pemerolehan kontrak pembinaan membabitkan perbandingan di antara apa yang kerajaan2 negeri yang diterajui oleh PAS buat di Kedah dan Kelantan dengan apa yang kerajaan2 negeri UMNOBN dan pusat buat selama ini sekali gus.

2. Pada para pemimpin dan orang PAS, tender terbuka/open tender yang dituntut Islam berdasarkan hukum/ kontrak jual beli Lelong Islam sudah cukup menyelesaikan masalah rasuah dan kronisme atau menjelaskan maksud adil dan bersih dalam urusan pemerolahan kontrak kerajaan atau projek2 yang menggunakan wang awam.
Begitulah kerajaan negeri PR lain yang dterajui oleh PKR dan DAP di negeri Selangor dan Pualu Pinang masing2.

3. Padahal, dari sudut ilmu muamalat Islam dan Barat, ia perlu diikuti dan diselarikan dengan pemilihan dan penggunaan sistem kontrak pembinaan yang mereka anggap atau fikirkan mampu mengatasi masalah rasuah dan kronisme secara kontraktual seperti apa yang saya pernah tulis di Harakah, Utusan Malaysia dan dalam blog ini (akhir2 ini). Tetapi dan malangnya, mereka masih terus menggunakan bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities dan Design and Build, atau maksud Islamnya, al-Ijarah/Tempahan yang menggalakan amalan rasuah dan kronisme dalam pelaksanaan projek awam, atau, mereka, dalam urusan pemerolehn kontrak pembinaan, membuta tuli mengikut apa yang telah dibuat oleh kerajaan UMNOBN sebelumnya. Lebih tepat, mereka sama seperti kerajaan UMNOBN enggan atau tidak terfikir untuk berubah menggunakan bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement atau maksud Islamnya al-Ijarah/ Upahan, di mana kajian saya mencadangkan penggunaan bentuk Management Contract, atas alasan ia mempunyai kemampuan mengatasi masalah rasuah dan kronisme tersebut secara kontraktual

Sufian Idrus said...

Datuk,

Saya amat menyokong pernyataan 'persaudaraan Islam' yang disebut Datuk.

Orang Islam hendaklah bersatu menurut persaudaraan Islam. Ia bermakna bersatu dalam memeperjuangkan Islam, bersatu mengamalkan Islam keseluruhannya dan sedaya-upaya bersatu juga untuk memujuk orang-orang Islam agar kembali kepada Islam.

Kini ramai pihak-pihak berkuasa dalam negara-negara Islam menyarankan agar orang-orang Islam untuk bersatu, tetapi bersatu untuk menurut telunjuk mereka. Menghalalkan pendedahan aurat, menghalalkan fitnah berleluasa, menghalalkan rasuah dan riba, menghalalkan pencampuran lelaki-perempuan bukan mahram, dan menghalalkan perbuatan maksiat. Penyatuan sebegini hanyalah mendorong kepada kemurkaan Allah dan bukanlah penyatuan yang disarankan Allahh s.w.t.

Rasulullah tidak bersatu dengan kaum musyrikin di Makkah semata-mata kerana ingin bersatu.

Penyatuan persaudaraan Islam mestilah mengikut panduan Rasul dan Allah s.w.t, dan bukan sebaliknya.

Hj.Munawir said...

Dato.

Jika kita hendak fikir apa yang terjadi di dunia ini dan khasnya dunia negara Islam,kita boleh jadi gila.Tapi jika kita berpandu dengan Hadith Nabi saw dan apa yang dia predict apa yang akan terjadi apabila dunia hendak kiamat,kita akan lebeh tenang dan akan lebeh beribadat.

Salah satu tanda yang jelas akhir zaman ia lah berlaku peperangan dan pergadohan di negara Islam dan ramai orang akan mati.Juga Nabi predict di akhir Zaman orang Arab akan berlomba membena menara tinggi.Sekarang di Dubai ada Bur Khalifah menara tertinggi di Dunia.Sekarang di depan Kaabah.Clock Tower yang baru siap merupakan bangunan yang paling tinggi di dunia.Kuwait dan Abu Dhabi pun akan bena menara yang lebeh tinggi.

Jadi Dato.jangan lah susah hati sangat apa yang terjadi di dunia Islam.Semuanya telah tertulis di dalam Luz Mahfuz.Saya dan Dato sudah masok waktu Asar dari segi umornya.Mesti banyak beribadat.Tidak tahu bila kita akan di panggil.

Saya hanya bimbang kawan kawan kita dalam UMNO dan Utusan.Hari hari buat fitnah dan slander dengan saudara2 Islam kita.Saya mendoakan semoga mereka takut akan hukum Allah.

bulan said...

Assalamualaikum Dato'

Whatever is stated by Dato' is 100% correct. There is no 'ifs' and there is no 'buts'.

Basically, most of the Muslim nations are bald of leaders with the capability and honesty of Tun Dr Mahathir who could read a political situation, ahead of its time. Apart from Tun, it is hoped there will be others who will follow his foot-step. So far there had been no corrupt leaders in Malaysia. In some Muslim and non-Muslim nations, if a wrong leader is elected to lead the nation and if he or she harbors one motive and that is to become rich, the whole nation would be in turmoil, resulting in social unrest. However this will not be possible, if corrupt leaders do not befriend the superpowers with sophisticated weapons to crush any uprising.

The superpowers will always support those Muslim nation leaders whose countries are gifted wealth, especially oil, for the benefit of the superpowers. The moment those corrupt leaders refuse to toe the line of the superpowers, there will be road-protest. It is part of the sophisticated machinery of the superpowers, at work.

Based on capitalism and the greed to plunder these rich Muslim nations, the leaders of these nations who were once the allies of the superpowers were removed, subtly. The superpowers would support the protesters by giving to them weapons and money to overthrow their leaders. From then on, the protestors would look upon the superpowers as their God send savior. The citizens of the country would be given just enough to survive and will work during their life-time for the superpowers. When compared to their previous leaders, it is better to be under the superpowers than their own.

Who made the leaders of Muslim nations corrupt, so as to give rise to a protest? They are the superpowers, the most corrupted people born on earth. However, they are untouchable, in view of the deadly weapons they have in their possession.

Only one Muslim leader could read the modus operandi of the superpowers and he is no other than Tun Dr Mahathir. However, he is looked upon as an outcast in his own country because the propaganda machinery of the superpowers will get the support of people who do not understand the mechanism of politics in this modern world.

Nothing is this world is for free. If the foreign powers come to help, surely there is a reason. They will not come to the rescue if a country is full of coconut trees. But if the nation is rich in natural resources, especially oil, the rescue team will come in, swiftly. Unfortunately, when one realized his oversight or stupidity, it is too late to recover – just like what our Malay proverb says, 'Nasi sudah menjadi bubur'.

Once the superpowers have conquered and overpowered the Muslim nations, using proxies as their leaders, they would never leave, as long as they can plunder the nations' wealth, especially oil.

Anonymous said...

Sdra Saji,

Dalam penulisan sdra banyak dikaitkan tentang kontrak, kontrak, kontrak. Saya bukan kontraktor jadi penulisan sdra sangat boring.Comment sdra terlalu memberi penghususan mengenai pengalaman sdra. Saya nak tanya sdra dah berapa banyak sdra dapat kontrak dengan kerajaan Pakatan dengan mengunakan kaedah pemberian kontrak dari kerajaan PAS. Apa projek-projeknya dan berapa nilai kontraknya?

Comment saya ialah berkaitan dengan pencapaian ilmu orang Melayu Islam dan bukannya berkisar kepada cerita hal kontrak.

Kudus

saji said...

Sdr kudus

Pembetulan......

...........Tetapi dan malangnya, mereka masih terus menggunakan bentuk2 sistem kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities dan Design and Build, atau maksud Islamnya, al-Istisnaa' (bukan al-Ijarah)/Tempahan yang menggalakan amalan rasuah dan kronisme dalam pelaksanaan projek awam,.............

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Sdra kata "Apabila penjajah mengangkat kaki dari bumi Islam mereka akan meninggalkan balaci balaci mereka utk meneruskan polisi polisi mereka".

comment:

Tidak semua polisi-polisi penjajah itu tidak memberikan manfaat kepada negara-negara yang dijajah. Contohnya tentang pelajaran dan "rule of law". Zaman British dulu mereka buat sekolah-sekolah di setiap bandar di negara kita dengan tersergamnya dan berlainan bentuk architecturenya. Lihat sahaja rupa bentuk Victoria Institution, Malay College, Penang Free School dll. Macam-macam lagi reform yang dilakukan untuk cara bagaimana untuk mentadbir negara dengan systematic. Bila mereka membuat berbagai public infrastructure seperti rumah-rumah kerajaan, jalan raya dll semua berkualiti. Engineer "Mat Salleh" betul-betul kommited dgn kerja mereka.

Sekarang ini bila dah merdeka apa dah jadi? Banyak negara-negara yang telah dijajah hancur menjadi "FAILD STATE" dan kebanyakannya ialah dari negara-negara dari Afrika dan Timur Tengah.

Jadi sdra punya comment is only half truth !!!Sdra melihat kebelakang semuanya NEGATIF dan tak ada yang POSITIF.

Kudus

Anonymous said...

Dato,

Saya kira tajuk ini tidak berapa tepat pada keadaan semasa ini kerana ketika ini dunia arab sedang mengalami revolusi.

Saya anggap perkara ini adalah positif kerana pemimpi kuku besi yang lama perintah dipaksa turun dengan desakkan rakyat arab boleh dikatakan kesemua mereka di Timur Tengah.

Bermula dengan Tunisia, Presidennya sudah turun, ini diikuti oleh Mubarak di Mesir, Salleh di Yaman, Ghaddafi sedang tertekan, juga Assad di Syiria, Jordan dan juga Bahrain.

Yang agak menarik, ramai dikalangan orang muda arab berkumpul maklumat dan fikiran melalui facebook dan dan internet.

Sebenarnya, pengaruh osama dan alqaeda sudah menurun manakala semangat untuk melepaskan cengkaman daripada pemimpin diktator semakin kuat.

Perlu diingatkan disini yang apa yang terjadi di timur tengah tidak siapa yang tersangka.

Pengajaran daripada dunia arab kepada kita adalah pemerintah yang ada sekarang harus peka terhadap sentimen rakyat.

Zaman sekarang sudah berubah dan manusia juga akan berubah, sekiranya pemerintahan tidak berubah mengikut masa maka lihat apa yang terjadi di timur tengah.


OrangKL

saji said...

Sdr kudus

Sdr yang bekata, "Orang Islam sebenarnya kurang ilmu.Itulah puncanya. Serba serbi kurang.Kalau PAS memerentah pun saya rasa Melayu Islam tak kemana juga.Tak usahlah nak cerita panjang-panjang menuding jari kat UMNO je.Isunya simple. Iaitu ILMU. Perbaiki dan kembangkan ilmu orang Melayu Islam. Sejahteralah orang Islam. Peluang dah diberi bemacam untuk orang Melayu tapi tidak digunakan dengan sebaiknya. Jati diri orang Melayu Islam tak kuat."

Kemudian sdr berkata,"Dalam penulisan sdra (saji)banyak dikaitkan tentang kontrak, kontrak, kontrak. Saya bukan kontraktor jadi penulisan sdra sangat boring.Comment sdra terlalu memberi penghususan mengenai pengalaman sdra. Saya nak tanya sdra dah berapa banyak sdra dapat kontrak dengan kerajaan Pakatan dengan mengunakan kaedah pemberian kontrak dari kerajaan PAS. Apa projek-projeknya dan berapa nilai kontraknya?"


Komen:

1. Bagi saya, kalau orang seperti sdr kata orang Islam dan Melayu khasnya kurang ilmu saya akan berusaha tambah ilmunya yang saya rasa mereka kurang. Bahkan ia juga saya lakukan untuk bukan Islam, mat salleh dan pekerja warga asing - Indon, Bangla dsb. Maksudnya, saya tidak akan jadi sdr memperlekeh orang kita sendiri kerana kurang ilmu tanpa berusaha menambah ilmunya.

2. Antara ilmu orang Melayu Islam membabitkan aktiviti muamalat ialah ilmu berkontrak cara Islam membabitkan, pertama, jual beli mutlak, dan kedua, tidak mutlak iaitu jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad, di mana dalam bidang pembinaan membabitkan kontrak Tempahan dan Upahan. Ilmu berkontrak Islam pertama di atas rata2 umat Melayu Islam faham, tetapi tidak ilmu berkontrak kedua di atas, hatta dikalangan ulamak pakar muamalat. Salahkah saya tambah dan fahamkan ilmu berkontrak kedua di atas dari segi keperluan penggunaan dalam konteks zaman moden ini?

3. Bukan sdr sahaja yang boring mendengar kuliah mengeni kontrak tersebut. Bahkan di kalangan pelajar2 profesional terbabit di universiti2 pun merasakan demikian! Kenapa? Bagi saya, pengajaran dan pembelajarannya tidak disesuaikan dalam konteks isu2 semasa dan setempat seperti rasuah, ali-baba dan kronisme, dalam ertikata bagaimana penggunaan sesuatu kontrak pembinaan menggalakanya atau menghalangnya.

3. Tidak perlu saya beritahu sdr berapa banyak kontrak saya dapat daripada kerajaan PR, kerana saya seperti sdr bukan kontraktor.

Anonymous said...

PAS eases up on Islamic state ahead of general election
By SIRA HABIBU


KUALA LUMPUR: PAS is not harping on Islamic state anymore as it gears up for the 13th general election.

PAS president Abdul Hadi Awang said it was not time yet to implement an Islamic state.

Also, in the Quran there was no mention about an Islamic state, but there was a mention of welfare state, he told a press conference after opening the 57th PAS Muktamar at PAS premises in Taman Melewar on Friday.

“Under the welfare state concept we have to be kind to all - humans, animals, and the environment.

comment:

Sekejab nak bentuk negara Islam. Sekarang negara welfare pulak.

PAS Oh PAS. Nak tergelak saya. Macam prinsip tonggang terbalik dan kongkalikong !!! Pi mai pi mai tang tu !!!

Penyokong PAS pun cuba buat hujah-hujah yang baru to be in line with the new falsafah PAS. Mana consistency nya kononnya nak menegak negara Islam? Cakap tak serupa bikin. Berapa lama lagi nak tunggu? 100 tahun lagi atau sampai kiamat pun tak ada apa-apa pun.

Cakap kosong sahaja tak ada isi. Begitu lah cara pemimpin PAS berfikir. Macam mana nak sokong PAS. Ini hari cakap lain, esok cakap lain.

Macam mano mau cayo !!!

Kudus

Anonymous said...

Datuk kata "Selagi Dunia Muslim gagal kembali kepada persaudaraan Muslim dan mewujudkan pemerintahan yang cekap, adil dan bersih, selagi itulah hegemoni dan eksploitasi Barat akan mencengkam mereka dan kekallah mereka sebagai kembiri dan sida-sida politik.

comment:

Dunia Melayu juga patut ambil iktibar. Dunia Melayu populasinya tak sampai lebeh kurang 10 juta tapi berpecah belah. Saya tak paham.Kalau tak kena gaya Melayu akan tersungkur menjadi bangsa yang senantiasa dalam keadaan "mengemis" di negara sendiri. Orang Melayu tidak ada pilihan. Mesti bersatu untuk menghadapi dugaan yang semakin hebat masa kini. Itulah jalan yang sebaiknya. Tidak susah untuk bersatu. Pangkalnya ialah dari hati yang ikhlas dan ada kesedaran!Kita tidak akan mencapai apa-apa faedah jika kita berbalah sesama sendiri. Orang lain memang menanti kita berpecah belah kerana inilah senjata yang paling mujarab untuk mereka mengambil kesempatan untuk mendesak sesuatu yang tersemat di dalam hati mereka. Lambat laun mereka akan tercapai cita-cita mereka. Percayalah !!! Sanggupkah anak cucu kita nanti melopong dan terlopong kerana kebodohan kita!! Ketika itu kita dah pun dalam kubur. Harap-harap anak cucu kita jangan kencingkan kita.

Melayu Celik

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Dato’ tak nak komen sikit tentang Murtamar PAS kali ini ke? Saya ada sepatah dua perkara nak cakap dan bagi nasihat tapi minta Dato’ mulakan dulu. Tak sedap pula nak memandai-mandai keluar dari tajuk GLOKAL ni sebab, penumpang mana boleh lawan Tuan Blog. Kalau Dato’ tulis, saya tumpang sekaki. Bukan apa bolehlah kita berpesan-pesan demi kebenaran dan kesabaran antara sesame Islam. Itupun kalau sudi. Sekian TQ.

saji said...

Sdr kudus

1. Tamadun Barat mencipta 2 jenis kontrak pembinaan yang di namakan Price-ini-advance dan Cost Reimbursement.

2.Tamadun Islam juga mencipta 2 jenis kontrak pembinaan yang dinamakan al-Istisnaa/Tempahan dan al-Ijarah/Upahan

3. Di mana,keduanya masing2 mempunyai maksud yang sama iaitu Price-ini-advance = Tempahan dan Cost Reimbursemnt= Upahan

4.Tamadun Islam mencipta kedua2 kontrak pembinaan tersbut sekali gus berdasarkan ijtihad imam Hambali, Maliki, Shafi'e dan Hanfi.

5. Sebaliknya, pengkaji kontrak pembinaan Barat tersebut di kalangan umat Barat dan di kalangan profesional umat Islam megatakan 2 kontrak pembinaan Barat tersebut lahir secara semulajadi atau evolusi iaitu dimulakan dengan Cost Reimbursement dalam bentuk yang paling mudah iaitu Direct Labour dan diikuti dengan kelahiran Price-in-advance dalam bentuk yang paling mudah iaitu Lump Sum

6. Sdr masih boring dengan penjelasan saya mengenai kontrak pembinaan di atas?

7. Jika ya, sdr saya anggap golongan umat Islam yang kurang ilmu yang sdr maksudkan itu di sebabkan, sama ada,sdr malas berfikir atau suka berfikir benda2 ringan atau malas menambah ilmu baru diluar bidang sdr

8. Bagi saya, umat Islam bukan sangat kurang ilmu, tetapi malas berfikir benda berat2 untuk meningkatkan hasil kerjanya dari semasa ke semasa dan lambat berubah, di samping enggan menambah ilmu diluar bidangnya atau puas hati dengan ilmu2 yang mereka pelajari di sekolah dan universiti

saji said...

Sdr Kudus

1. Untuk komen saya kali ini saya tak nak cerita pasal kontrak kerana sdr boring nanti.

2. Saya nak komen pasal politik PAS yang sdr kata sekejab nak bentuk negara Islam, sekarang negara welfare pulak - macam prinsip tonggang terbalik dan kongkalikong itu

3. Untuk maklumat sdr, Islam meletakkan bidang politik di bawah muamalat Islam yang boleh diijtihadkan, dalam erti kata ia bidang yang boleh diubah2 peraturan2nya pada bila2 masa mengikut kesesuaian keadaan,pesekitran, tempat, keadaan dan masa atau zaman.

4. Yang peting, peraturan2 yang hendak diubah2 itu perlu dilakukan berdasarkan kaedah perundangan Islam yang dinamakan Masalih Mursalah dari segi memastikan perkara2 dan masalah2 baru yang hendak diubah2 itu tiada didapati nasnya yang terang dalam alQuran, Hadis, Ijma' dan qias.

5. Jikalah sdr orang Melayu Islam bukan golongan kuarang ilmu sdr diminta menjawab secara jujur soalan berikut:

a) Adakah wujud nas yang terang dalam alQuran, Hadis, Ijma' dan qias menganai keperluan umat Islam mewujudkan negara Islam?

b) Adakah wujud nas yang terang dalam al Quran, Hadis,Ijama' dan qias mengenai keperluan umat Islam mewujudkan negara welfare?

c) Adakah wujud nas yang terang dalam al Quran, Hadis, Ijma' dan qias mengenai tanggungjawab setiap umat Islam tidak terlibat dengan amalan rasuah?

Anonymous said...

Saji,

Cabang ilmu saya berlainan dgn sdra. Sdra seorang akitek. Mana nak sama ilmu sdra dengan ilmu saya. Tahap pemikiran saya tidak sama dgn ilmu yang ada pada sdra. Jadi comment sdra itu banyak menjurus kpda istilah profession akitek yang "alien" kepada saya dan mungkin juga kepada orang lain.

Dalam blog Datuk AKJ ni saya rasa bukan semuanya paham apa yang sdra komen.Apabila kita buat komen kita mengharapkan orang lain dapat faham apa maksud yang kita nak sampaikan. Tapi kalau orang lain tak faham maka message sdra hanya tergantung sahaja. Kesannya tak kemana. Bukan begitu sdra?

Comment sdra tidak dinafikan ada substancenya tapi kalau dapat dikurangkan istilah berkaitan degn profession sdra mungkin messagenya lebeh berkesan lagi.

Masaalah malas berfikir itu bukan satu ukuran yang wajar!!

Kudus

Hj Munawir. said...

Kadir.

Satu lagitanda Kiamat sudah hampir apabila orang2 Islam melantek pemimpin yang kurang ilmu ugama Islam menjadi Pemimpin.Jadi tidak hairan lah jika Umat Islam hidup di dalam purak peranda.

Lihat sahaja barisan pemimpin Pas yang baru di lantek.Mohamad sabu menjadi Timbalan President PAS.Husam dan salehuddin menjadi VP.Mana dia ulamak di dalam PAS.Apa beZanya PAS dengan Party secular yang lain.Memanag mereka mahu menegakkan ugama Islam dan hukum Islam.Bagaimana dengan pemimpin yang tidak faseh dengan hukum Islam di lantek menjadi Ketua.

Nasib baik UMNO tidak jadi bergabong dengan PAS,jika tidak Politik Malaysia akan jadi bubor asura.

Salam.

Quantum Metal Consultant said...

Pemilihan kepimpinan baru PAS sebenarnya tidak banyak membawa apa apa perubahan kecuali menguatkan lagi kepada dasar yang sedia ada. PAS masih one man show Nik Aziz.

Hadi akan lebih ketara melukut tepi gantang jika tidak senada dengan mereka.

UMNO yang mengharapkan sesuatu yang lebih 'lembut' dari PAS, kini akan bertungkus lumus keseorangan dalam pilihanraya akan datang.

Saya berhdap Dato dapat mengupas soal pemilihan UMNO yang ditangguhkan dalam posting yang akan datang, sedangkan PAS dengan berani mengadakan pemilihan di ambang pilihanraya.
UMNO perlu mengadakan pemilihan walaupun kemungkinan bepecah kerana rakyat mahu melihat kepimpinan UMNO sebenar yang lebih jitu dan berkualiti daripada UMNO sekarang yang dilihat lemah untuk meneruskan kepimpinan negara.
Kemenangan UMNO dipilihanraya ditentukan oleh rakyat secara total.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Pemilehan Mohd Sabu menandakan permulaan proses kehancuran atau kemusnahan PAS sebagai sabuah Parti politik memperjuangkan Islam sabagai agenda utamanya saperti termaktub dalam Perlembagaan PAS. Akhirnya PAS akan jadi sabuah lagi parti secular Melayu yang bersaing sengit dengan UMNO dan menjadi peyumbang utama kepada perpecahan umat Melayu. Mohd Sabu adalah pemidato kelas satu yang boleh diberi gelaran Maharaja Lawak Poltik. Kehebatannya boleh memberi orang tidak kering gusi dan menjadibsaluran hiburan terbaik dalam YouTube.
2. Kalau bagini pemikiran perwakilan PAS yang menolak calun yang lebih berwibawa dengan memileh Maharaja Lawak sebagai orang no 2 dalam PAS, saya yakin PAS bermula era kehancuran kerana mereka rela menghalalkan sebarang cara untuk menawan Putrajaya. PAS akan rela diperalatkan oleh DAP untuk menjatuhkan Umno dan akhirnya membawa kemusnahan kepada kestabilan politik negara.
3. Saya setuju seratus peratus ayat Dato bahawa TGNA dan Hadi adalah ahli politik yang kebetulannya berlatarbelakang sebagai ulama. Sebagai ahli politik, matlamat terakhir mereka adalah untuk berkuasa. Mereka sanggup mengenepikan prinsip asas perjuangan asaslkan menang dan berkuasa.
4. Dengan peingistiharan PAS tidak lagi menjadikan pembentukan negara Islam sebagai matlamat perjuangan maka asas persaingan dengan Umno akan menjadi lebih rata dan memudahkan Umno menyerang balas dengan program kebajikan rakyat yang lebih berkesan. Umno sepatutnya memiliki kelebihan untuk mewujudkan program kebajikan rakyat bagi mengatasi program Kerajaan Pakatan Rakyat saperti memberi elaun kepada golongan miskin atau menghapuskan TOL disemua jalanraya. Saya yakin Umno mempunyai senjata untuk serang balas negara berkebajikan Haji Hadi dan lebih mudah kerana Haji Hadi tidak lagi berselindung disebalik Al-quran Dan Hadis. Manakala Maharajalawak Mat Sabu tidak ada credibility untuk menggunakan Al-quran Dan hadis kerana latarbelakangnya bukan ulama.

Iklas,
Rahim

Anonymous said...

merujuk kepada komen saji yg meminta kudus memberikan nas tentang perlunya mewujudkan negara Islam, saya merasa amat pelik dengan permintaannya.

Pertama, saudara Kudus tidak perlu memberikan nas itu kerana komennya adalah berdasarkan apa yang dicanangkan oleh pemimpin PAS.

Adakah saji sekarang membuka pekung kepimpinan PAs bahawa semasa mereka mencanangkan tentang negara Islam mereka tidak melandaskannya kepada nas-nas dari Al Quran?

Lantas, berdasarkan kepada persoalan yang ditimbulkan saji, pemimpin PAS cuma menimbulkan isu negara Islam semata-mata untuk kepentingan politik dan bukannya atas kepercayaan bahawa itulah yang dikehendaki oleh Islam.


Cukuplah saji cuba untuk membuat justifikasi keatas dolak-dalik PAS mengenai negara Islam.

Nik Aziz dan Hadi Awang, selepas kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 tak lekang dimulut bercakap mengenai hudud dan negara Islam dan menjadi tanggungjawab setiap pemimpin Islam melaksanakannya.

Malahan mereka menyatakan sesiapa pemimpin Islam yang menolak melaksanakan hudud dan negara Islam termasuk orang yang kufur.

Sejak bersama Pakatan Rakyat, hudud dan negara Islam cuba dihindarkn seberapa boleh dari dibincangkan.

Jika dilandaskan kepada kata-kata Hadi Awang dan Nik Aziz, tidakkah kepimpinan PAS sekarang didalam bahaya menjadi kufur?

Cukuplah dolak-dalik dan cubaan menutup penipuan yang telah dilakukan ole kepimpinan PAS.

Jika Umno itu sudah dianggap kufur dan toghut, apakah belum sampai masanya penyokong PAS seperti saji menghukum kepimpinan PAS sekarang sebagai kufur dan toghut?

Tinta Hijau

Anonymous said...

Datuk,

Di dunia ini ada banyak negara Islam. Satu pun tak boleh pakai. Nama sahaja negara-negara Islam tapi semuanya kelam-kabut.

Jadi negara kita ni pun sama juga. Berdebatlah siang malam tentang hendak mendirikan negara Islam.

Lihatlah sahaja di negara Timur Tengah. Apa dah jadi. Memberontak sana sini. Di Pakistan, Afganistan sampailah ke Morocco semuanya hura-hara. Apabila pemborantakan dah tamat negara Islam pun hancur lebur.Timbullah perang saudara nak rebut kuasa. Akhirnya negara hancur dan Islamnya kemana!! Kuasa besar barat pun mengambil kesempatan untuk menakluki negara Islam dengan bermacam-macam dakyah (brainwashing) hingga umat Islam menjadi lemah.Jadi daif dan papa kedana. Akhirnya terpaksa "jual" negara. Di jajah semula oleh negara kuasa barat. Kita tengoklah apa akan terjadi kepada Libya. Ramai yang dah termakan budi dengan negara barat!!

Juleng

tokman said...

Saya tak bersetuju bila Dato' kata tanpa Tun Mahathir negara Muslim telah kehilangan jurucakap yang lantang dan berpengaruh. Tun Mahathir memang suka bercakap2 tapi tak jujur dan telus dan rakyat Malaysia yang tulin faham sangat karenahnya. Mungkin negara Arab dan Muslim lain tidak tahu perangainya yang sebenarnya atau pun berperangai sama dengan dia! Maksud saya rasuah, utamakan kroni2 dan terutama sekali jauh daripada ajaran2 Islam yang sebenarnya. Dengan mempunyai sifat2 buruk demikian maka dengan senang negara Muslim ini dipermainkan olh kuasa2 barat dari dulu hingga sekarang. Jadi sampai bila pun negara2 Muslim (walau pun terkaya dalam dunia dengan hasil buminya ini tidak akan bersatu kerana tak bertakwa, beriman dan jujur tetapi hanya berlakun bersepakat semasa mesyuarat2 seperti OIC...... selepas itu akan tunduk dan balik dikuasai olih Amerika dan kunco2nya. Pemimpin2 kaya dengan harta pesaka yang bertimbun2 tapi rakyat terus miskin dan meleset!

Anonymous said...

Saji,

Negara welfare macam mana yang PAS nak buat. Secara ala Barat atau ala Islam. PAS patut berikan butirannya apa bentuk negara welfare yang nak dibuatnya. Sekadar cakap sahaja tak ada maknanya. Hadi patut mengambil peluang keemasan untuk menghuraikannya didalam persidangan PAS.

Adakah huraian sdra itu boleh diterima pakai oleh PAS atau hanya sekadar interpretasi sdra sahaja.

Kudus

saji said...

Sdr Kudus

1. Kalau harta rakyat Malaysia tidak terus beredar di antara yang kaya dan kumpulanya seperti maksud firman Allah SWT surah al-Hasyr ( 59:7) Malaysia adalah negara welfare di bawah pemerintahan kerajaan UMNOBN sejak merdeka lagi.

2.Mengapa harta rakyat Malaysia beredar di antara yang kaya dan kumpulannya? Jawapannya, kerajaan UMNOBN di kuasai pemikiran kapitalis untuk membangun dan memajukan ekonomi negara sejak merdeka.Ringkasnya, kerajaan UMNOBN mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

3. PAS di bawah gabungan PR bertindak untuk memastikan ayat alQuran tersebut tidak diabaikan, dengan maksud hasil kekayaan negara perlu dipastikan sampai dan sama2 dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

4. Cuma, saya lihat, PAS masih terkial2 memikirkan pendekatan ekonomi mikro yang sesuai dan berteraskan Islam tentang bagaimana hasil kekayaan negara sampai dan sama2 dikecapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama atau pemikiran, selain daripada apa iaitu dasar2 ekonomi mikro lengkap dengan sistem serta tata cara pelaksanaan yang telah dan sedang difikir dan dilaksanakan oleh kerajaan UMNOBN sejak merdeka yang boleh ditafsirkan sebagai mempunyai ciri2 untuk memenuhi maksud dan difinisi negara walfare.

Bahkan, jika pun PAS nampak kelemahan pendekatan ekonomi mikro kerajaan UMNOBN tersebut dari segi hasil kekeyaan negara tidak berleggar di kalangan orang kaya2 di negara ini dan kumpulannya, tetapi hujahnya terus berkisar kepada tindakan menyalahkan sistem ekonomi mikro kerajaan UMNOBN yang berteraskan amalan ekonomi kapitalis itu.

saji said...

Sdr Tinta Hijau

1. UMNO yang diketuai oleh bekas presidennya, TDM marahkan PAS kerana menggugurkan dasar untuk membina negara Islam di negara ini.

Sedangkan beliau yang banyak menyindir hukum Hudud dan PAS (yang saya tak perlu jelaskan) apabila PAS mahu melaksanakannya di Kelantan di zamanya!

2. Kalaupun UMNO marah sangat terhadap PAS kerana menggugurkan dasar membina negara Islammnya itu, apa salahnya UMNO sendiri mengambil alih tugas membina negara Islam di negara ini?

hairulfitri said...

Sdr Mat Dargo

Sdr boleh terpekik telolong mengaku sdr seorang Muslim. Bagus la tu. Tapi selain sembahyang, puasa, zakat dan haji sdr ingat sdr dah jadi Muslim hebat ke. Apa kata kalau diakhirat nanti semua tu terbatal sebab sdr dicop syirik menyegutukan kan Allah dgn lebih takut pd harta , pangkat , pengaruh dan pemimpin UMNO?

Sama2lah kita berdoa agar sdr dan saya tidak dicop spt itu. Muslim yg baik tidak sekongkol dgn pemimpin UMNO, paling tidak berusaha menjauhi mereka.

Sdr org Johor

Terima kasih atas budi bahasa yg sgt baik yg tentunya bukan dtg dari mana2 tok guru atau ustaz. Doa sdr memang berlaku sebab kelima2 anak saya dah tamat U . Dgn cgpa yg sgt bagus mereka dpt kerja ( sebelum keputusan semester akhir keluar) di tempat bagus spt bank luar negeri, sykt minyak milik luar negeri, bank CIMB, Petronas dll.

Sdr tak tau pun erti riak dan Islam vs Islamik. lebih baik jgn buang masa DAKJ dll. Ada baiknya sdr bantu kami memnhapuskan kemungkaran pemimpin UMNO.....BANTULAH JUGAK ramai ahli UMNO JOHOR yg baik2 tapi sedang khayal dibuai mimpi kerana janji2 manis pemimpin UMNO.

Sdr Suhana

Saya iri hati dgn hujah bernas sdr. Sistem pelajaran kita ada kecenderungan membawa kita taksub melihat yg jahat itu sebagai baik.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).