Saturday, May 07, 2011

Jemputan Najib Kepada Pas Langkah Taktikal

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MUTAKHIR, 16 Mei -- OLEH sebab ada pembahas yang membangkitkan atau cuba membangkitan hal perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tetapi sampai kini saya menolaknya, maka bagi mengatasi keadaan itu, saya "update" posting ini dengan menyiarkan berita terbaru mengenainya.

The Star Online melaporkan pagi ini yang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anwar membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya tiga tahun lalu.

Posting Asal

SUDAH lebih seminggu Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengulang gesaan agar Pas menyertai Umno demi perpaduan Melayu dan berhenti daripada berpakat dengan DAP.

Gesaan itu diulang ucap dalam rangka lawatan pendek beliau ke Terengganu, negeri Presiden Pas, Abdul Haji Awang. Pemilihan Terengganu adalah tindakan strategik kerana wujud tanggapan dan gambaran bahawa Abdul Hadi lebih terbuka kepada idea perpaduan Melayu.

Paling-paling tidak pun, Mohd Najib dan para penasihatnya tentu tahu bahawa kenyataannya itu bukan sahaja akan memaksa Pas bertindak balas, malah seolah-olah mencurahkan lagi minyak ke dalam api.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Islam Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan pantas berkata Pas tidak bercadang memutuskan kerjasama dengan DAP.

Semua orang tahu Abdul Haji dan Nik Abdul Aziz tidak sekata dalam isu perpaduan Melayu dan kerjasama dengan Umno. Ini dituruti pula oleh Naib Presidennya, Mahfuz Omar, yang menyifatkan Umno sebagai musuh nombor satu negara dan menyamakan cadangan kerjasama Umno-Pas dengan kerjasama Fatah-Hamas.

Tindakan Taktikal Mohd Najib

Saya rasa Mohd Najib tahu kepemimpinan Pas tidak akan menyahut gesaannya. Tetapi beliau membuatnya juga bagi membebaskan Umno daripada ditutuh tidak mementingkan perpaduan Melayu.

Ia juga boleh dilihat sebagai reaksi kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berjuang mempertahankan hak Melayu di luar kerangka politik seperti Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu.

Jika ditakdirkan Pas Pas menyahut seruan itu, namanya Mohd Najib dan Umno akan harum. Mohd Najib akan dilihat sebagai “unifier” seperti Allahyarham bapanya. Tetapi jika tidak, ia sekurang-kurangnya terus melagakan kepemimpinan Pas dalam isu perpaduan Melayu. Akhir sekali, Mohd Najib cuba meyakinkan Melayu yang hilang kepercayaan kepada politik kepartian bahawa Umno tetap mengutamakan perpaduan Melayu.

Percubaan Mohd Najib yang terbaru ini boleh juga dilihat sebagai reaksi kepada apa yang berlaku (atau lebih tepat, tidak berlaku), di majlis “makan malam perpaduan Melayu” di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu.

Mungkin Mohd Najib ingin mencuba nasib kalau-kalau beliau lebih beruntung daripada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang diuar-uarkan sebagai orang tengah pertemuan Umno-Pas di Istana Terengganu itu.

Isyarat Daripada Pilihan Raya Sarawak

Tetapi Mohd Najib menanggung risiko dituduh terlalu ketara (obvious) dalam pelawaannya kepada Pas kerana Barisan Nasional baru saja dikejutkan oleh keputusan pilihan raya negeri Sarawak 16 April, dimana parti Cina BN dibelasah teruk oleh DAP.

Jika trend itu berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang, BN mungkin kalah antara lima dan tujuh kerusi Parlimen Sarawak berbanding dua sekarang.

Apa pun tujuan Mohd Najib yang tersurat dan tersirat,  kemungkinan Pas menyahutnya dengan positif adalah tipis. Pertama, pendirian Pas dalam hal ini berbelah bagi dan Mohd Najib tentu sedar reaksi mengenainya boleh memburukkan lagi dikotomi antara puak Abdul Hadi dan puak Nik Abdul Aziz.

Kedua, yang sebenarnya menjadi masalah kepada Umno pada PRU 2008 dan mungkin juga pada PRU akan datang bukanlah Pas tetapi PKR. Undi Melayu sejak 1955 lagi sudah berpecah antara Umno dan Pas. Masalah Umno sebenarnya adalah PKR. PKR adalah serpihan Umno, sama seperti Semangat 46.

PKR sekadar meniru taktik Semangat 46 tetapi dengan lebih berjaya. Kalau Semangat 46 menaja dua pakatan pilihan raya – satu dengan DAP dan satu lagi dengan Pas -- pada PRU 1990, PKR berjaya menggabungkan Pas dan DAP dalam satu pakatan.

Tanpa peranan PKR sebagai orang tengah dan pemangkin, kerjasama DAP-Pas mustahil berlaku. Perbezaan ideologi, dasar dan demografi antara Pas dan DAP terlalu luas. Jika PKR tidak lagi mampu memainkan peranan itu, kemungkinan DAP dan Pas berpisah adalah besar.

PKR pula  bergantung bulat-bulat kepada Anwar Ibrahim. Pemimpin pelapisnya tidak mempunyai kedudukan yang cukup berwibawa untuk memainkan peranan seperti yang Anwar lakukan. Mereka terlalu “junior” dan kurang pengalaman berbanding veteran DAP dan Pas. Sukar membayangkan Lim Kit Siang, Karpal Singh, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz duduk semeja dengan dipengerusikan oleh pemimpin PKR yang bukan Anwar.

MCA Tolak Negara Islam

Berbalik kepada jemputan Mohd Najib agar Pas menyertai Umno menyatupadukan semula orang  Melayu, hakikatnya bukan Nik Abdul Aziz sahaja yang mencurahkan air sejuk ke atas cadangan beliau.

Parti komponen BN sendiri, iaitu MCA, tidak mahu menerima Pas dalam BN selagi Pas tidak menggugurkan dasar Negara Islamnya. Pendirian MCA dan DAP dalam isu Negera Islam serupa. 

Ini adalah reaksi strategik. MCA tahu kalau Umno dan Pas bekerjasama, BN tidak memerlukan sangat undi Cina di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Dengan itu semakin hambar dan lemahlah MCA sebagai parti Cina nombor satu BN.

Malah sebarang bentuk kerjasama Umno-Pas, seandainya berlaku, belum tentu akan membantu MCA, Gerakan dan MIC. Orang bukan Melayu tidak akan membelakangkan DAP semata-mata kerana Pas berpaling tadah. Malah sokongan orang Cina kepada DAP mungkin menjadi lebih kuat. Boleh jadi tanpa persekongkolan dengan Pas, orang Cina akan lebih komited kepada DAP.

Yang Mohd Najib harapkan mudah dikesan iaitu beliau berharap bila Pas tidak bersekedudukan dengan DAP, harapan Pakatan Rakyat menakluki Parlimen semakin tipis. Bila ini disedari oleh orang Cina, mereka mungkin kembali menyokong BN kerana mahu kepentingan mereka terus terlindung dan terjamin.

Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Hakikat bahawa orang Cina akan menyokong “the winner” bukankah perkara baru. Tetapi itu dulu, sebelum DAP menjadi alternatif kepada MCA. Kini DAP bukan sahaja lebih kuat, malah telah menguasai Pulau Pinang dan semua kawasan bandar majoriti Cina.

Lagi pun pilihan pengundi tidak bergantung kepada pakatan pilihan raya semata-mata. Lebih penting adalah kredibiliti parti yang bertanding dan mutu calon.

Taktik melemahkan lawan untuk menang pilihan raya mungkin berkesan, tetapi belum menjamin kemunculan pemerintahan bersih, telus dan berkesan.

Jadi, adalah lebih baik parti-parti politik melihat ke dalam diri mereka sendiri daripada hanya mencari kelemahan lawan. Pengundi perlu diberikan pilihan terbaik, bukan memilih yang terbaik di kalangan yang teruk dan hambar. Wallahualam. 

87 comments:

pakbelalang said...

A sensible proposal by Najib. How I wish PAS and UMNO could work together for the sake of umat Melayu dan Islam. In the final analysis, it is for the Malays to decide. Both parties have been bickering far too long and I think it is appropriate for both parties to sit down and reflect whether their struggles have really bring about benefits to the Malay community.

jab sp said...

Dato'
Sebenarnya PM Najib tak perlu lakukan semua itu.Pelawa DAP masuk BN,kemudian beralih pada PAS supaya meninggalkan Pakatan.
Pemimpin dalam PAS dan DAP bukan semacam pemimpin pelapis dalam PKR yang bolih diumpan dengan janji dan janji.
Mungkin pada lamaran pertama dulu ada sedikit olakan air dalam cawan pada ahli PAS.Tetapi kini depa amat memahami apa yang tersirat dalam hati PM Najib.
Tambah tambah lagi benteng terkuat PAS TGNA masih sihat,masih terus bersama.Dalam perinsip TGNA,tiada pengkhianatan pada kawan dan tidak akan meninggalkan mereka yang bolih dibuat sebagai kawan.

Sebenarnya bagi mendapat semula kepercayaan Melayu pada PM Najib,beliau tidak memerlukan perangkap yang sukar untuk mengena mangsa.Semua nya terletak ditangan beliau.

Pokoknya kenapa pemikiran penyokong atas pagar yang menyumbangkan undi sehngga umno hampir kehilangan kuasa pada Mac 2008 tidak dibaca olih PM Najib?.
Ramai tahu depa tidak menolak Pak Lah dan juga PM Najib,tetapi mereka menolak apa yang berada disekeling Pak Lah dan PM Najib.

Dato'
Orang orang yang menentu kuasa PM Najib adalah orang yang sama dengan orang orang yang keliling Pak Lah.Depa ini juga adalah perasit perasit yang menyebabkan Tun M terpaksa meninggalkan kuasa pada Pak Lah.
Depa ini adalah manusia cuci tangan,berada dibelakang tabir kekuasaan walaupun kadangkala semua menuding pada Khairi waktu Pak Lah dan Rosmah sewaktu PM Najib.Kekuasaan depa atas RM($$)seolah penyebab depa tak bolih ditinggalkan dari dunia umno.Nama saja Melayu,tetapi taukeh judi dan arak,itulah parasit parasit itu.Tidak ada penghayatan Islam dalam diri depa.
PM Najib wajib menendang keluar depa ini jika mahu sebahagian Melayu kembali pada depa.PM Najib juga perlu ada kekuatan sendiri,bukan berada dalam keadaan takut pada banyangan politik Tun M,PM yang telah bersara,tapi masih gian dengan politik semasa.

Akhirnya PM Najib juga perlu akui:
PKR juga majoriti Melayu.

Anonymous said...

Halo Datuk..,

Ada 2 org yg menjadi penghalang penyatuan Melayu. Nik Aziz & Anwar. Klau 2 org ni tiada dunia lebih aman tetapi bl fikir balik terasa kosong plk hidup ini kerana dgn 2 org ini la merancakkan suasana negara. Cb byangkn Anwar & Nik Aziz tiada mahu saturate shj kehidupan kita. Apa2pn PM jgn lembut sgt dgn kaum lain...yg dbwh ni penat memenangkn calon Melayu tp mcm tak dhargai shj.

komeng

Dr. Amir said...

Salam Pak Kadir,

menyentuh fakta melayu satu hal, kredibiliti pemimpin melayu lagi satu hal. sekarang baik melayu atau cina mereka mau pemimpin yang jujur dan telus. Namakan pemimpin umno
yang telus dan jujur Pak? Sebelah jari tangan pun tak bolih 'full'. Melayu kampung bolih ditipu tapi bukan melayu bandar pak. Jika UMNO bergabung dengan PAS, masih perlu undi cina cos melayu sekarang mau quality bukan pangkah membabi-buta lg. Bolih dikatakan 'barang yang sama cuma gelasnya beda saja". Cina pada dasarnya aakn tolak MCA, kos pemmpin MCA adalah pakturut dan ikut telunjuk UMNO dalam banyak hal dan MCA pula tolak agenda PAS, pasti merumitkan lagi PAS sertai BN. Apa jua UMNO adalah dipersimpangan jalan, jika PAK LAH 'is A libility' pada UMNO, Najib pun lebih kurang. UMNO perlu pemimpin baru untuk memenangi PRU13. Mereka ada calon? UMNO sudah banyak membuat catuan yang salah, terlalu lalai lagi dilihat banyak penyelewingan dana rakayat dan harta negara. UMNO bolih dikatakan 'takes things for granted for the malays will always be with with them thick and thin'. Mereka silap dan akan membayar dengan harga yang tinggi. Undi melayu sudah banyak berpecah cuma tunggu masa untuk lagi menjadi kecundang. Apa saja dibuat pasti membawa padah jika salah langkah. Dijel DSAI? kita sudah lihat apa jadi pada tahun 1999. Orang melayu sedang memerhati apa langkah UMNO, jalannya becek dan licin lagi bengkang-bengkok kali ini. Video lucah pun sudah buat orang melayu bosan dan mual? PRU 13, tidak siapa bolih mengaku dia akan berkuasa cuma apabila semau undi dikira baru kita tahu dengan pasti, kerana yang akan memisahkan yang menang dan kalah akan terlatu tipis.

Abdullah Ngah said...

saya cukup setuju dengan Datuk sesungguh Najib tahu yang pas tak akan sambut gesaan yang dibuatnya.

Macam juga "ubah" atau perubahan dalam umno itu sendiri.

Beliau (Najib) bercakap mahu berubah.

Dia sendiri tahu yang dia tak akan berubah atau mengubah kelemahan dalam umno.

Tapi dia bercakap disana sini dengan katanya kita akan ubah.

Ubah apa kita tak tahu.

Demikian dengan apa yang dugesa agar PAS bersatu dengan Umno.

Dia juga tahu yang dia tak akan bersatu dengan PAS jika PAS kenakan syarat.

Manakala PAS juga tak mudah percaya umno, kerana para pemimpinnya menjadi pengkhianat bangsa agama dan negara.

Mungkin orang PAS tahu yang Najib tak mahu PAS bersatu dengan umno, kerana para pemimpin PAS jadi penghalang cita cita peribadi para pemimpin umno.

Anonymous said...

umno telah diberi mandat sejak dari merdeka, apa yang dia buat untuk orang melayu. jadi tak salah rasanya kita bagi pkr pulak untuk memerintah, kalau tak ok lagi lima tahun kita boleh undi umno balik, kalau ok kita bagi sepenggal lagi.
untuk pas kita tahu dia parti yang membawa islam jadi dia tak boleh menang sebab itu janji tuhan, dari nabi nuh sampai nabi muhammad telah terbukti banyak penentang dari pengikut untuk agama allah ini. jadi biarlah macam sekarang ini kita ikut islam bab nikah kawin dengan hariraya je, bab lain kita ikut undang2 manusia, sebab kitakan satu malaysia.

mohd paizal

OKJ said...

Salam DAKJ

Bagi sayalah, rasanya Dato’ terkhilaf pada artikel kali ini. YAB Dato’ Seri Presiden tidak menjemput PAS ke dalam BN untuk strategi taktikal mahupun mengambil kesempatan. Ianya ikhlas dari hati yg suci, dituturkan oleh lidah yg jujur berkata-kata. Walaupun beliau tahu jemputannya akan dan TELAH mengundang kutukan, cacian, hinaan malah kejian oleh pemimpin PAS, penyokong PAS dan juga para bloggers tetapi hati kecilnya semata-mata hanya mahu melihat umat Islam hidup bersyariat. Beliau sanggup dimalukan sebegitu rupa hanya semata-mata kerana terngiang-ngiangkan sabda Rasullullah SAW iaitu sayangilah saudara seagama sebagaimana menyayangi dirinya sendiri. Tapi, apakan daya, seruannya dibalas dengan kata nista menggunung tingginya.

Saya juga merasakan bahawa YAB Dato’ Seri Presiden juga, cuba memberi sedikit sebanyak clue dan berkongsi fakta kebenaran sebagai orang No. 1 di Malaysia, bagi mendapatkan jawapan yg dicari-cari. Beliau amat mengasihani pemimpin-pemimpin Islam yg telah berkali-kali bersembahyang hajat memohon petunjuk, tetapi masih tak nampak-nampak kebenaran walaupun petunjuk sebenarnya dah ada didepan mata. Sesungguhnya, azab pemimpin yg menyanjungi peliwat dan penzina amat dahsyat sekali di akhirat kelak. Sekian TQ.

kluangman said...

Lontaran umpan Najib di Terengganu juga sesuatu yang signifikan dan membayangkan 'sesuatu' usaha sedang dijalankan ke arah itu. Apabila ada jemputan lebih mudah untuk sesetengah pihak membawa usul ini walaupun secara berbisik dan bukan sesuatu yang mustahil jemputan ini juga digunakan untuk memanaskan muktamar PAS kelak.

Jemputan ini secara logiknya akan ditolak 99.9% tetapi jika Najib dapat 0.1% pun sudah cukup baik dengan sekadar lima enam patah perkataan yang dikeluarkan.

Anonymous said...

cara terbaik untuk mempertahankan barisan nasional adalah dengan MERAMPAS DAN MELELONG SEMUA HARTA MILIK PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG KAYA RAYA.than bn will back to its core bizness, that is to developed rakyak and nation.

-machine head-

Anonymous said...

Abang Kadir, saya ingin menyentuh secara ringkas sahaja berkaitan tajuk jemputan Najib kepada PAS. Bagi saya mustahil bolih berlaku, kecuali pada pemimpin PAS yang berjiwa Umno. Kita tak bolih samakan Fatah/Hamas dengan PAS/Umno. Fatah dan Hamas merupakan dua badan tetapi perjuangan kearah yang sama- berjuang untuk membebaskan Pelestin dari kekejaman Israel laknatullah. Sedangkan PAS/Umno dua badan berbeza matlamat seumpama langit dan bumi. PAS berjuang untuk Islam tapi Umno untuk bangsa,agama dan tanah air (agama hanya mainan dibibir sahaja). Terang-terang pemimpin Umno menolak Islam- satu contoh mereka mempersedakan hukum hudud dengan berbagai tohmahan. Bermakna keIslaman mereka bolih dipertikaikan. TG Nik Abd Aziz pernah berkata kalau Umno ikhlas (100%) melaksanakan syari`at Islam, PAS akan dibubarkan dan ahlinya masuk Umno - saya bersetuju sebab matlamat perjuangan PAS untuk wujudkan sebuah negara Islam tulin. Wallahu `alam. Hasan Putrajaya.

wadi said...

Assallamualaikum...sudah tiba masa kawasan majoriti pengundi Melayu dalam PRU 13 diletakan Calon UMNO,lain lain kawasan bukan majoriti Melayu diletakan calon dari rakan dalam BN .

Kekuatan Umno(BN) hanya boleh dilihat dengan kemenangan dalam PRU 13 nanti..Kepemimpinan yang memegang teraju BN mesti berani merubah dasar demi kepentingan dan keunggulan suara majoriti .

Sudah tiba masa UMNO tidak terlalu ghairah menyalahkan perpaduan Melayu Islam..keikhlasan saja yang boleh menggugah perpaduan sebenar.

Biarkan MCA , MIC dll rakan BN mencari keselesaan masing masing. (BN) mesti berani merombak keahlian parti supaya menetapkan 1 wadah parti politik untuk mewakili suara kaum masing masing . Wakil parti serpihan mesti dibubarkan demi ketelusan suara dan perpaduannya.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Pada ketika yang sama, DS Najib turut memberi pilihan kepada orang Cina sama ada mahu menyertai kerajaan atau menyokong pembangkang. Rayu dan rajuk MCA samalah seperti pasca 13 Mei 1969, tolak lantikan dalam kerajaan kerana gagal raih undi orang Cina. Atau DS Najib dah palu gendang perang untuk bubar Parlimen dan adakan PRU dalam masa terdekat. 11 Jun 2011, Sabtu, cuti sekolah dan sesuai adakan PRU. Singapura dah pun memilih. Kalau DS Najib tunggu lagi, mungkin kawasan pilihanraya, Parlimen dan DUN disempadankan semula, lagi payah nak jangka keadaannya nanti. Yang penting, UMNO sentiasa siap siaga menghadapi PRU pala bila-bila masa. Jangan asyik nak bertelagah sampaikan lawan beroleh kemenangan dek kelemahan sendiri.

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan perenggan yang akhir itu.

Fed Up

Anonymous said...

Dear Datuk,

Sejak Mei 1, beberapa hal membuat saya sensitif terhadap beberapa perkara:

1. "Kematian" Osama memperlihatkan betapa rapuhnya pendirian pemimpin-pemimpin negara dalam hal berkaitan hegemoni Amerika. InnaLillahi wa Inna Ilaihi Rajiun... to both the death and the responses.

2. Lebih hampir di sisi, pada hari yang sama seorang ayah dan ibu yang telah berpisah, kehilangan tiga anak perempuan yang comel dibawa arus gelombang air yang sangat tidak di duga. Anak yang bongsu berumur 2 tahun masih belum diketemui. Muka hadapan NST hari ini menunjukkan ayah "Cutting a Forlorn Figure". InnaLiLLahiwa Inna Ilaihi Rajiun... May Allah SWT cloth them in sabar and understanding ...

3. Juga di NST May 1, saya dijentik dengan tajuk artikel ini " Transforming Tears Into Knowledge". Quoting the line that must have been quoted umpteenth times... "We must, between periods of digging in the dark, endeavour always to transform our tears into knowledge" James Campbell quoting Alain De Botton's The Consolations Of Philosophy.

4. It occurs to me, without being disrespectful to anyone, dua insan bersama dianugerahkan ALLAH SWT, anugerah yang sangat disayangi. Apabila terpisah, apakah anugerah itu dikembalikan kepada the Ultimate Owner...

5. What has this got to do with our current discussion ... Hanya merasa tidak tenteram apabila kita rakyat Malaysia (yang Islam terutamanya), terpisah-pisah di dalam tujuan dan kehendak, kemanakah agaknya segala anugerah ALLAH SWT yang kita nikmati di negara kita yang tercinta ini akan dikembalikan ...

6. Dan tentang Fitnah ... Saya gembira apabila beberapa akhbar Melayu, HM, SH sebagai contoh menyiarkan artikel mengenai Fitnah dalam Islam ... AlhamduLillah. Bukankah Fitnah punca segala perpecahan ... tak kisah lah siapa yang mula ... sama-sama kita hentikan menyambut dan memanjangkannya ... Wallahu'alam

Terima kasih

XERONINE

sayangmelayu said...

Dato',

Dalam politik macam-macam boleh jadi. Strategi hanya suatu langkah kedepan daripada duduk diam mengenang nasib kekalahan. Apa yang penting calun yang berwibawa dan berintergriti. Kalau DSAI masuk lokap sekali pun persepsi rakyat terhadap BN tidak berubah kerana telah dicap sebagai parti perasuah. Hal ini juga pernah diluahkan oleh mantan Tun Mahathir. Parti yang busuknya hingga keusus. Apakah kita boleh lupa? Buatlah apa sekali pun strategi, kalau persepsi rasuah itu dapat dimainkan oleh PR dengan berkesan BN akan tumbang suatu hari nanti kalau tidak PRU 13, PRU 14.

Dato, dalam BN siapakah pemimpin-pemimpin pelapis yang boleh diharapkan? Khairy? Mukriz? Oleh itu, PM sedar bahawasanya talian hayat BN semakin berakhir tambahan pula bila Ketua Menteri Sarawak yang kebal itu menjadi liabiliti bagi BN.Sarawak dan Sabah akan menjadi suatu igauan hitam suatu hari nanti.

Strategi UMNO menggunakan isu agama, kaum dan memupuk kebencian sesama kaum amat merbahaya tambahan media-media perdana dijadikan alat talian hayat UMNO. Kita bukan hidup diatas pokok Dato. 1 Malaysian hanya dijadikan slogan bombastik yang lebih kepada hipokrit!

Kenapa UMNO tidak boleh menggunakan pendekatan Islam secara langsung sedangkan Sharifah Aini yang kutuk ibunya sudah bertudung! Ini baru sikit. Isu-isu lucah dimainkan bagaikan pesta wayang kulit. Adakah ini negara islam? Jangan laung dibibir tetapi dihati...? Hanya kerana kuasa.

Duduk semeja sesama Islam tak salah, tetapi kelaku tu kena ubah dulu baru orang percaya. Orang-orang islam yang bersifat munafik itu lebih bahaya dari musuh islam yang sebenar. Ini yang Nabi Muhammad s.a.w ajar.

Itu sebab kita lebih berjaya berurus niaga dengan bangsa lain selain dari bangsa kita.

Cukup dulu Dato'.

husin syedmohamad said...

1/ Apabila tindakkan di tafsirkan sebagai satu langkah strategik atau taktikal, ia membayangkan bahawa tindakkan tersebut kurang keikhlasan. Samada ia dilakukan oleh UMNO atau PAS.
2/ Penyatuan semasa Allahyarham Tun Razak, kurang maklum bagaimana dan kenapa ia berpisah selepas Tun Razak. Isu itu mungkin terus menghantui PAS
3/ Mencari pemimpin yang ikhlas, jujur dan komited berjuang untuk rakyat- satu impian mungkinkah tercapai dalam masa terdekat?.

tokman said...

Pas sedia menerima tawaran UMNO untuk menyatukan umat Islam diMalaysia tetapi dengan syarat2 tertentu seperti pemimpin2nya dan ahli2 UMNO tukar sikap, hentikan tabiat bergelomang dengan rasuah dan maksiat, berpegang teguh kepada Al-quran dan hadith2 dll....sebagai orang Islam yang mana semua syarat2 ini patut dengan senang diterima dan diamalkan maka Pas sedia bersatu dengan UMNO untuk kemakmuran negara!

azhar said...

salam dato

pelawaan najib itu baik untuk orang melayu dan islam.

kebaikan akan membawa kepada kejayaan yang hakiki didunia dan akhirat.

so terpulang kepada PAS memikirkanya.yang pasti jika difikirkan baik ia akan mendapat jawapan yang baik dan begitu sebaliknya

dan pastinya samada setuju atau tidak itu bukan perkara yang penting lagi kepada dato najib.

dato najib telah melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang muslim dan juga peminpin.

Anonymous said...

Dato'
Apa yang UMNO hilang sukar dicari ganti.Begitulah kepercayaan setengah daripada pengundi Melayu yang telah menolak UMNO-BN.
Buatlah apa saja,UMNO akan terus ditolak.
Namun begitu ternyata UMNO tidak memahami keadaan itu.
Sewaktu Najib berusaha bersungguh menarik semula pengundi bukan Melayu terutama pengundi India,media utama BN masih terus buat hal.Pengarangnya memporakperanda usaha Najib dengan menimbul kebencian melampau pada kaum bukan bumi.Fitnah demi fitnah dilakukan.Sumber sampah dijadikan rujukan.Hishamudin pula cepat melatah dengan komen komen seolah lapuran Utusan Malausia amat benar.

Dato'-inilah pengkhianat kepada usaha Najib yang sebenar.Kenapa ia tidak dihalang.Seolah Utusan Malaysia ada bos lain selain UMNO dibawah Najib.Dan bos ini terlalu besar kuasanya hinggakan apa yang berlaku di Utusan tidak bolih disekat lagi.

Orang Tua UMNO

saji said...

Salam Dakj

Sdr tokman, berkata,"Pas sedia menerima tawaran UMNO untuk menyatukan umat Islam diMalaysia tetapi dengan syarat2 tertentu seperti pemimpin2nya dan ahli2 UMNO tukar sikap, hentikan tabiat bergelomang dengan rasuah dan maksiat, berpegang teguh kepada Al-quran dan hadith2 dll....sebagai orang Islam yang mana semua syarat2 ini patut dengan senang diterima dan diamalkan maka Pas sedia bersatu dengan UMNO untuk kemakmuran negara!"

Komen:

Salah satu ajaran Islam atau syariat dalam bentuk sistem perundangan muamalat Islam berdasarkan kisah Nabi Muhammad SAW yang pernah meLelong pelana kedua dan sebiji cawan fakir miskin ialah hukum jual beli Lelong Islam yang mana pengkaji Islam moden menyamakan maksudnya dengan sistem tender terbuka ciptaan tamadun Barat.

Atas alasan masih banyak projek kerajaan UMNOBN yang tulen dan diswastakan ditawarkan kepada kontraktor/pemaju secara tender tertutup dan direct nego, sedangkan kerajaan PAS di negeri Kedah dan Kelantan terus-terusan melaksanakan sistem tender terbuka dalam penjualan aset kerajaan negeri dan tawaran kontrak2 projek pembinaan dsb, memang ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh sdr tokman di atas. Persoalan yang ingin ditanya, sanggupkah UMNO meleksanakan sistem jual beli Lelong Islam diatas jika PAS menyertai BN?

ab said...

Salam Dato'




Melayu MESTI BERSATU...period.



MELAYU KAT ATAS MESTI ambil balik ` kepentingan' melayu yang depa dok kikis setiap tahun...



Eh saya lupa pulak ni, kita ada raja lagi ka tak ni?



MELAYU kat bawah ni jangan tak nampak yang musuh kita bukan UMNO,bukan PAS,bukan PKR,bukan DAP,bukan MCA....MUSUH UTAMA IALAH perangai dan hati batu ORANG MELAYU...bebai,buta perut tak mau nak sepakat lagi dah ni.

ITU LAH musuh nombor satu orang melayu.




SERONOH BENOR laa kalau sapa ganti kerajaan BN,....


Apa tak nya, ekonomi negara tengah bagus pada saya sebab:


1.Ringgit dari 5.00 satu USD dah kuat sampai dalam 3.00,minggu dulu 2.97 ringit sedolar


2.Simpanan negara dari RM33 bilion ringit dah lebih RM 330 bilion ringgit dah....


3.Export negara dah berpuluh bulan positif dah..


4.Pengganguran, kalau depa chong pun dalam 4%,kali dua adalah 8% kut...bagus dari US,UK,eropah.


5,Politik masih stabil...riuh rendah sana sini..tapi TAK ADA PUN rusuhan yang ada kena tembak sampai keok,bom sana bom sini,tak ada peperangan kaum pun..CUMA CAKAP BEDEGAU DEGAU ada laa..



Saya masih bagi grade A kat gomen of the day,tapi bab grade ni bolih
degenerates, bolih degrades bolih derated, bolih merudum.....


SO MELAYU SEMUA,dah rela nak juai
lelong ka malaysia ni?...


KALAU NAK JUAI,elok juai perabih dalam PR13, biaq puas hati.... walaupun mati diri,keluarga dan segalanya.....NAK JUAI jangan la alang alang juai sikit,juai semua sekali biaq mampuih semua!....



Lepas tu bolih la kita bersuka ria dok kat hutan balik macam tok nenek dulu,bolih merhaban siang malam,bolih ramai ramai makan buah hutan,bolih gotong royang tanam ubi dan makan ikan tangkap dengan `mengagau',lepak siang malam dan teruskan marah kat orang lain!...




Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato'

Sebenarnya, dalam kebanyakkan negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan parti adalah berdasarkan keupayaan, tetapi malangnya dinegara kita terlalu ketara kepada bangsa/kaum.

Adalah mustahak sekiranya parti yang dipilih adalah memihak kepada kaum kita namun tidaklah kurang penting juga ianya mesti berkeupayaan untuk membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi, membaikkan lagi kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat negara.

Saya sangat bersetuju perenggan yang akhir artikel ini iaitu parti yang perintah harus memperbaiki mutu dan kualiti bukan hanya menumpukan perhatian kepada parti lawan.

Untuk menjadi negara yang maju, dinamik politik yang ada sekarang perlu berubah kepada yang lebih sihat dan matang.

OrangKL

Dato Mazlan. said...

Dato.

Apabila Najib membuat kenyetaan terbuka di Terangganu menjemput PAS untok menyertai BN.Saya ada SMS dua orang kawan saya.satu dari PAS dan satu dari UMNO.Kedua2 mereka amat rapat dengan peminmpin tertinggi party.Ini jawapan mereka.

Kawan saya dari UMNO."Is a done deal,Yang menghalang PAS menyertai UMNO ia lah Anwar.Mereka segan dengannya.Mereka (PAS) hanya menunggu Anwar masok penjara.Apabila ia masok penjara PAS akan meninggalkan DAP dan join BN.Semua syarat telah setuju termasok lah pembahagian kerusi cabinet"

Kawan saya dari PAS pula menjawab SMS saya saperti berikut."PAS akan hancor jika mereka masok BN.Yang galak hendak join BN hanya lah dua tiga orang pemimpin tertinggi PAS sahaja.Mereka ini tidak tahu bagaimana periknya PAS bila di tendang keluar dari BN apabila UMNO telah kuat.PAS memerlukan hanpir 20 tahun untok menawan samula Kelantan.
Dewan ulamak kena bincang dana bawa ka muktamar PAS.Muktamar PAS tahun 2009 di Ipoh dan 2010 di Shah Alam telah menolak.PAS bukan macam UMNO,semua ikau cakap President.Hadi dan Nasaruddin tidak kuasai PAS.Seluroh jemaah PAS bantah.PAS akan nberpecah jika mereka memaksa bergabong dengan BN."

Saya ingat najib kenalah ambil iktibar bagaimana hendak mengambil hati orang Melayu Islam.Ia mestilah mempunyai sifat yang mulia.Ikhlas.Kita tidak boleh mencaci dan menfitnah orang Islam yang lain.Apa yang di buat oleh Media kerajaan TV dan Akhbar amat lah memalukan.Bayaran Royalty minyak hendak lah di beri samula kapada orang Kelantan dan Terangganu.Sekarang ini orang Melayu dalam UMNO pun marah dengan Najib kerana terlalu hendak mengambil hati orang Cina macam di beri kapada mereka.Tahukah anda Scholarship yang di beri kapada penuntut Cina oleh JPA lebeh banyak dari kaum bumiputra.bagitu juga tempat di university.

Salam.

saji said...

Salam Dakj,

"Saya (Dakj)rasa Mohd Najib tahu kepemimpinan Pas tidak akan menyahut gesaannya. Tetapi beliau membuatnya juga bagi membebaskan Umno daripada dituduh tidak mementingkan perpaduan Melayu."

Komen:

Saya rasa gesaan Mohd Najib PAS menyertai UMNO lebih kepada pertaruhannya untuk mengurangkan kemarahan orang Melayu terhadap gagasan 1Malaysia

Anonymous said...

Jangan senang-wenang menuding jari kat UMNO sahaja. Sdra juga mesti melihat kelemahan PAS juga.Kuman di seberang laut nampak, Gajah di depan mata tak nampak.

Tok Tik

kueh bakar said...

jika anwar tiada, pkr tiada apa...
PKR itu adalah bulat-bulat anwar.

said said...

Dato',
Sebelum PM sekarang ramai berpendapat PM masa tu tiada idea untuk rakyat terbanyak. Selepas PM itu digantikan, yang ternyata 1 Malaysia menggantikan Islam Hadhari. Perkara lain tidak ketara untuk faedah rakyat selain rakyat didahulukan dalam hal-hal ekonomi seperti kenaikan harga barangan keperluan berkali-kali. Dari mula menduduki kerusi pemerintahan isu seks tidak henti-henti. Bilakah agaknya kita sebagai rakyat biasa dapat menikmati kebahgiaan sebagai warga negara Malaysia.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sebenarnya senjata yang paling ampuh DS Najib ada di sisi beliau. Jika DS Rosmah dan anak perempuannya menutup aurat, saya jamin AHLI-AHLI PAS akan meluluskan paling tidaknya kerjasama di antara UMNO dan PAS di Muktamar Agong PAS akan datang.

Selain dari itu, DS Rosmah kena tone down (sedikit sahaja)dari segi penonjolan. Muslimat2 PAS yang berjawatan seperti Dr Lo'lo', Dr. Siti Mariah dan YB Zailah memang lantang tetapi isteri2 pimpinan tidak berdecit walaupun mereka membuat kerja dalam masyarakat. Contohnya isteri kedua TGH Hadi, seorang doktor, yang turut menyertai misi kemanusiaan di luar negara.

Jika anak2 lelaki DS Najib suka aktiviti 'clubbing', kena berhentilah.

Ini adalah perkara2 yang perlu dilakukan sebab dalam sirah Nabi Muhammad saw, pengikut2nya yang awal adalah dari kalangan yang dekat dgn Baginda: keluarga dan sahabat.

Kalau DS Najib boleh buat ini, gerenti CAIR ahli2 PAS.

Btw Dato', I expect PAS will have a new Timbalan Presiden.


-MAKORANG-

Anonymous said...

ORANG TUA UMNO
TOK TIK

SAYA SOKONG PENDAPAT ANDA ,BUAT LAH APA SAJA UMNO AKAN DITOLAK DAN GAJAH DPN MATA TK NAMPAK KUMAN DISEBERANG NMPAK PUN,SAUDARA NAK BUAT MACAMANA POLITIK .....

ATAS PAGAR

Anonymous said...

DAKJ,

Minta laluan untuk komen TokTik.

TokTik kata: Jangan senang-wenang menuding jari kat UMNO sahaja. Sdra juga mesti melihat kelemahan PAS juga.Kuman di seberang laut nampak, Gajah di depan mata tak nampak.

Komen saya, datuk:

Alahai TokTik,

Disamakan Pas dengan Umno?

Mana lebih bagus - Pas atau Umno? Umno atau Pas? Atau kedua-duanya bagus? Atau kedua-duanya tak bagus?

Cetek sungguh pemikiran TokTik tidak dapat membezakan intan dan permata. Apabila DAKJ mengulas tentang Umno itu tandanya beliau mengiktiraf Umno lebih daripada Pas. Beliau nampak Umno berpotensi untuk terus menjadi parti yang mewakili orang Melayu sebab itulah beliau membuat kritikan membina terhadap Umno dan bukan Pas.

Jadi orang Umno kenalah melihat tulisan DAKJ itu sebagai satu kritikan membina ke arah memperkukuhkan lagi parti demi kelansungan orang Melayu!

Inilah masalahnya dengan kita - memandang di dasarnya saja tapi tidak melihat jauh ke dalam. Baca sekali lalu cepat2 buat kesimpulan. Malas berpikir panjang.

Kalau TokTik orang Umno, lebih malang lagi kalau TokTik orang kanan pemimpin tertinggi parti, saya sudah dapat bayangkan apa akan jadi kepada Umno, lebih-lebih lagi kepada orang Melayu.

Yasin

A KADIR JASIN said...

Ramai pembahas yang berasa kepemimpinan Umno hari ini terlalu tunduk kepada bukan Melayu.

Saya terbaca dalam memoir Dr Mahathir "A Doctor in the House" kenyataan yang saya terjemahkan ke bahasa Melayu seperti berikut:

"Dalam usaha ini, mereka (British) berbincang dengan Dato’ Onn, seorang tokoh yang tidak mudah diyakinkan. Beliau mendapati setiap kali British membuat cadangan baru, matlamat taktikal mereka adalah untuk mendapatkan sokongan orang Cina. Jadi yang mereka utamakan adalah apa pendapat orang Cina. Dato’ Onn yang menjadi semakin marah dan meradang dengan sikap British yang sepatunya diambil kira adalah pandangan orang Melayu."

Wallahualam

Terima kasih.

sayangmelayu said...

PAS dan UMNO akan bersatu kiranya watak Anwar berkubur dalam penjara atau dimalukan secukup-cukupnya. Persepsi orang UMNO begitulah agaknya. Tapi mereka lupa gulungan-gulungan muda yang keluar dari menara gading itu mempunyai ekses yang cukup banyak mendapatkan maklumat. Mereka inilah penyebar maklumat kepada ibu bapa tentang lojik tidaknya sesuatu isu terbit dan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang luput tarikh berpolitik cara zaman melayu duduk atas pokok.Buat kenyataan separuh masak dll.

Apa pun UMNO atau PAS akan bersatu apabila salah satu parti sudah terdesak demi orang melayu. Dalam hal ini saya lebih condong parti yang terdesak itu mungkin UMNO dalam PRU13 nanti. Pada masa itu akan ada rundingan-rundingan pintu belakang menawarkan jawatan-jawatan indah dalam kabinet pada pemimpin-pemimpin PAS atau kiranya gagal UMNO akan mengajak DAP pula kerana DSN dah kata dengan apa cara, Putrajaya mesti dipertahankan. Percaya atau tidak kita tengoklah nanti. Kita yang melalak kesana kemari menyokong parti masing-masing akan jadi terkantoi dan terlupa apa itu perjuangan parti yang diperjuangkan sebenarnya. Kita akan terkedu dan terkebil-kebil ibarat lebai malang. Sebenarnya itulah realiti orang politik. Kerana kuasa mereka sanggup mengadai maruah dan perjuangan tak kira apa cara sekali pun. Hal ini akan terjadi kiranya persepsi rakyat melihat UMNO itu parti perasuah tidak berubah. Tak payah sembanglah pasal agama islam kerana orang-orang UMNO pun jarang menjadi imam-imam di surau-surau dan masjid dan gagal mentarbiah jamaah PAS kerana kekurangan ilmu agama.

Tetapi akan menjadi sebaliknya sekiranya UMNO itu berjaya menarik pengundi melayu dalam PRU13, maka bertambah-tambah takburlah pendekatan mereka dengan rakyat nanti. PKR akan tenggelam perlahan-lahan sementelah Anwar pula hilang dari menjadi penerajunya (Kalau masuk penjara). Watak pak-pak menteri UMNO akan tidak pernah berubah sehingga bersalam pun tak pandang muka. Kita tunggu...

affendi hussain said...

"Dalam usaha ini, mereka (British) berbincang dengan Dato’ Onn, seorang tokoh yang tidak mudah diyakinkan. Beliau mendapati setiap kali British membuat cadangan baru, matlamat taktikal mereka adalah untuk mendapatkan sokongan orang Cina. Jadi yang mereka utamakan adalah apa pendapat orang Cina. Dato’ Onn yang menjadi semakin marah dan meradang dengan sikap British yang sepatunya diambil kira adalah pandangan orang Melayu."

Salam Dato'..

Saya kira sejarah sedang berulang..
Pementasan moden hanya berubah pelakon & skrip wayang..
Jika tidak tiadalah cadangan Malayan Union dijulang kaum pendatang..
British pula bagai pucuk dicita ulam mendatang..
Walhal kedaulatan tanah air nenek moyang kitalah yg berhempas pulas berpatah arang..
Jika mereka itu ikhlas, tiadalah Komunis menentang tatkala kolonial dah pun pulang..
PKM sabotaj berpuluh tahun kemajuan negara terkekang..
Bersyukurlah kita masih mampu mengecap apa yg ada sekarang..
Apa tak nampak lagi mereka punya tembelang..
Bagi Melayu yg tidak ambil iktibar sememangnya amat malang..
Apatah lagi yg hidup tanpa tulang belakang..
Mengikut tiupan mereka ibarat lalang..
Bangga melacur maruah bangsa tak sedar diri hanya bertaraf jalang..
Apatah yang mengaku diri sendiri kaum pendatang..
Atau yang menggadai perkara akidah demi rakan politik tersayang..

wasalam

("/)

Anonymous said...

umno tak boleh bersatu dengan pas sebab umno bukan nak perjuangkan islam. umno patut bersatu dengan pkr, sebab dengan wujudnya pkr baru nampak kelemahan umno, pas tak kuat mana, sebab melayu yang pegang islam tak banyak mana, tapi melayu yang tiga suku islam majoriti di negara kita.


mohd paizal

OKJ said...

Salam Dato'

Bukannya saya nak memuji sangat tapi dengan keberkesanan pimpinan YAB Dato’ Seri sekarang, menyebabkan parti MCA secara terbuka merasa malu dengan parti Melayu Islam UMNO dan juga rakan-rakan dalam BN sehingga malu untuk meminta sebarang jawatan jika mereka masih tak mendapat sokongan dari kaum cina lagi.

Nah!!! Begitu tinggi diangkatnya dan dikembalikan darjat orang Melayu sekarang secara diam-diam. Dan rasanya tiada lagi dalam sejarah Malaysia perkara di atas terjadi dalam keenam-enam PM yg terdahulu. Begitulah aura PM kita sekarang. Tahniah dan syabas kepada YAB PM, tak lupa juga kepada para pemikir, para strategi serta para consultant sekalian. Sekian TQ.

jasmine said...

Salam dato'

Hakikatnya UMNO hanya ajak2 ayam. Masa dalam Perhimpunan Dilema Melayu di PWTC awal tahun ini, , bila ditanya tentang kemungkinan Pas dan UMNO bersatu semasa Forum Politik, Isa Samad sendiri yang menolak untuk bersatu dengan Pas, Mustaffa Ali pulak yang cakap 'Saya nak kata apa kalau Tan Sri dah cakap macam tu" . Lepas tu, Najib pulak lontarkan ajakan ayam tu seolah-olah UMNO betul2 ambil berat tentang perpaduan Melayu. Perpaduan jatuh nombor dua dalam politik Melayu, yang penting bagi pemimpin2 ini, memegang tampuk kuasa adalah lebih utama. Nilailah sendiri.

saji said...

Salam Dakj,

Sdr jab sap, antara lain berkata,
"M Najib wajib menendang keluar depa ini jika mahu sebahagian Melayu kembali pada depa.PM Najib juga perlu ada kekuatan sendiri,bukan berada dalam keadaan takut pada banyangan politik Tun M,PM yang telah bersara,tapi masih gian dengan politik semasa."

Komen:

Masalah M Najab, beliau bukan pemimpin bertaraf pemikir seperti Tun M mahupun Tun Razak, bapanya. Beliau lebih kepada seorang pelaksana dasar yang difikirkan oleh orang lain.

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ. Saya sgt gembira membaca tulisan Dato" yg sgt bernas.

Dalam keadaan sekarang siapa pun menjadi perdana menteri Malaysia secara otomatik beliau akan menjadi diktator. Apa tidaknya. Kuasa yg diperuntukkan oleh undang2 kepada PM Malaysia terlalu besar, menyeluruh dan mutlak.

Semua perlantikan (termsuk kuasa membuang kerja) penting dan strategik seperti perlantikan menteri dalam negeri, menteri kewangan, peguam negara, panglima angkantan tentera, ketua polis negara, pengerusi dan ahli SPR, ketua SPRM,hakim dan govenor Bank Negara dibuat secara mutlak oleh perdana menteri tanpa perlu mendapat izin Parlimen.
Di negara maju seperti Amerika Presiden hanya mempunyai kuasa menyerahkan nama calon. Sekiranya calon yg dikemukakan oleh presiden ditolak oleh Parlimen maka Presiden terpaksa mengemukakan nama yg lain. Dan setelah dilantik maka org kepercayaan Presiden berkenaan akan bekerja untuk rakyat dan negara kerana Presiden tidak boleh sesuka hati membuang org berkenaan tanpa kelulusan Parlimen terlebih dahulu. Oleh kerana di Amerika kuasa mutlak membuang kerja untuk jawatan penting dan strategik tidak ada pd Presiden maka org berkenaan tidak perlu menjadi barua dan pak turut Presiden secara membabi buta.



Tanyalah mana2 ustaz mereka akan jawab cara Amerika itulah cara yg sgt islamik kerana ia benar2 berpotensi menjaga kepentingan rakyat sebagai golongan yg sepatutnya paling berkuasa.

Tak hairan lah kalau disana rakyat boleh berdemo asalkan secara aman.Boleh mendapat pembelaan mahkamah jika ditindas secara tidak adil(seperti dituduh sodomi )oleh mana2 golongan,boleh menikmati pilihan raya yg bersih dan adil, boleh mempunyai hak menerbitkan surat khabar,DLL.

Kepada penyokong2 tegar UMNO-BN cubalah faham bahawa yg namanya tanggung jawab sebagai org Islam itu tidak tamat dgn sembahyang dan baca yasin di masjid saja. Menyokong, bersekongkol, bersetuju, sengaja diam diri atas kejahatan pemimpin UMNO-BN bererti anda telah gagal menunai tanggungjawab mencegah kemungkaran.

Mencegah kemungkaran itu tak mengenal bangsa atau kelompok. Hatta jika Allah kabulkan doa kami
pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepar PR 13 nanti wajib juga bagi kita menolak mereka jika mereka pun berperangai sama dgn UMNO-BN.

Apa yg nak diharap pd UMNO. Rasuah dimana2 hatta diperingkat mesyuarat agong cawangan hingga bahagian dan pusat. Orang2 inikah yg diharap menjadi baik2 bila dah menjadi menteri?

saji said...

Salam Dakj,

Generasi DEB pemimpin UMNO dipacu pemikiran kapitalis

Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu dipacu pemikiran kapitalis

Penjajah British menyemai dan memacu pemikrian kapitalis

Khasnya pemikiran mengkayakan diri sendiri, keluarga, suku sakat dan kroni.

Anonymous said...

salam semua,

saya sgt setuju perpduan melayu, cuma mungkin kalau kita leh reverse sikit kaedahnya dengan umno terus join pas. kesimpulannya tetap sama ... melayu bersatu...

hazzrul rohaimi

bulan said...

Assalamu'alaikum Dato’

Orang Melayu pernah berkata 'DAP' bermakna ‘Dalam Ada Puaka’ manakala MCA dalam BN bermakna ‘Melayu Cina Aman’. Kedua-duanya terbentuk selama ini hanya bertujuan untuk mewakili Cina sahaja, tetapi MCA hilang terus ditelan oleh DAP apabila undi Melayu berpecah, ketika pemimpin Melayu UMNO dan PAS kelaparan kuasa untuk membentuk kerajaan.

Oleh kerana dendam dan marah, bekas perasuah-perasuah yang telah diterajang keluar dari UMNO ini berjaya pula membentuk sebuah lagi parti Melayu, PKR kononnya 'Parti Keadilan Rakyat'. Parti ini dipimpin oleh seorang bekas penjenayah rasuah dan ia mendapat kepercayaan ahli ahli pejuang Islam (PAS) yang berazam menjadikan perasuah ini 'hero' dan pemimpin tertinggi mereka. Dimana terletak lojiknya. Astarafiruallah alazim.

Sudah tentu PAS yang memperjuangkan Islam Semalaysia ini telah menjadi bahan lawak bangsa bangsa asing temasuk alien. Ini menunjukkan bahawa penganut ugama Islam dari PAS ini memang bodoh, bodoh sekali alah lembu.

Dengan PAS, PKR dan DAP bergabung lalu membentuk PR ‘Pakatan Rasuah’ (Pakatan Rakyat) untuk melawan BN. Siapa akan menelan siapa, agaknya.

Sekarang, semua aktiviti politikal di Malaysia sudah berada dalam 'microscope alien'. Alien sedang mencari-cari kerajaan yang negerinya kaya dengan hasil bumi, untuk menjadi jajahannya.

Teringat akan 'Ideology British of divide and rule'.

Kalau Cina boleh bersatu sudah tentu Melayu pun boleh. Tetapi lebih baik, andaikata semua bangsa-bangsa di Malaysia bersatu menyokong perjuangan semangat kebangsaan, seperti UMNO. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjong.

Bangsa Malaysia haruslah belajar menerima kenyataan bahawa sifat tamak-loba dan selalu mengasingkan diri dalam kehidupan 'majority' pribumi hanya akan mengundang malapetaka, kerana ada kuasa luar yang lebih besar dan tidak berperi kemanusiaan, cukup mampu menjajah Malaysia, sekali lagi. Yang akan rugi adalah bangsa Malaysia yang berpecah-belah.

Janganlah jadikan bumi Malaysia tempat medang peperangan untuk berkuasa seperti yang belaku di Timur Tengah, kerana tidak puas hati.

Terima kasih.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Kalu dok ulang modai sama,lama lama orang naik meluat Tok.Lagi pun baguih apa kalu depa ni tak sama.Baru la Najib ada akai sikit.

Walau pun bijik mata saya nampak sebijik macam Anwar,bila dok ulang pagi petang,rasa kesian plak kalu betui sekali pun.

Awat depa semua ni baguih sangat kaa.Berani potong jari depa ni semua cuma tak kena tangkap Tok.

Tok sah la nak berangan orang Melayu boleh bersatu masa ni.Bak kata Buddha,

'Unity can only be manifested by the Binary. Unity itself and the idea of Unity are already two'.

tk

Melayu Diaspora said...

Hairulfitri,

Saya cadang supaya saudara membaca dan memahami sistem pemerintahan ala presiden di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Satu perkara jelas di Amerika Syarikat tidak ada parlimen tetapi Kongres.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Pendapat dan pandangan sesetengah orang, misalnya OKJ, hanya sekomeng pendapat dan pandangan si komeng. Oleh sebab kuatnya sifat membodek, memuji, memuja, mengangkat ekor, mengampu dan membodoh diri, maka seseorang itu sampai hilang pertimbangan dan pendirian. Apa sahaja yang dibuat oleh idola kita itu sempurna segala-galanya tanpa cacat cela walaupun setotet.

Alangkah bahayanya pendirian yang bejat dan jumud sedemikian, lebih-lebih lagi apabila pendirian kita itu melibatkan urusan aqidah dan keimanan kita sebagai Muslim. Tidak mustahil, tanpa kita sedari, kita akan mentaati pemimpin idola kita itu lebih daripada kita mentaati Rasulullah.

Sukalah saya nasihati semua agar jangan sekali-kali kita terlupa dan terlalai kerana keasyikan kita terhadap pujaan kita itu sehingga tergamak kita 'semacam' 'menyembah pemimpin idola' kita itu.

Ingatlah, PM Mohd.Najib hanya seorang manusia biasa yang cukup banyak kelemahan dan kekurangannya; terlalu jauh daripada maqam kesempurnaan.

Wassalam.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Pertama sekali analisa Datuk agak outdated didlm hubungan PAS-DAP.Mungkin masa dulu mmg betul tetapi tidak skg.Hubungan PAS_DAP berjalan baik samada DSAI ada tau tidak.Malahan DAP amat menghormati PAS keranatiada pemimpinnya yg melompat kepada UMNO setakat ini.Pada DAP PAS adalah rakan yg boleh dipercayai.Faktor DSAI bkn lagi "indispensible" skg walalupun khidmatnya masih lagi dperlukan lagi. DSAI sma spt manusia lain.Beliau boleh dibunuh bila2 masa atau pun meninggal dunia.Pemimpin datang dan pergi

Ajakan Najib ni samada taktik atau betul betul tidak penting bagi kami ahli ahli PAS.Sbb kami berpendapat mendekati UMNO samalah mcm mendekati org yg menghidapi penyakit kusta.Mendekati org yg berpenyakit kusta menyebabkan PAS juga akan mendapat kusta.DSAI cuba mendekati UMNO.LIhatlah apa dah berlaku pd dia.Sehingga sekarang UMNO masih lagi menganiaya dia.Samada ajakan Najib menguntungkan UMNO atau tidak pada kami tidak bermakna apa apa..

Kami yakin UMNO sdgn berada diambang kemusnahan skg.Puncanya sebab sikap sendiri.Lihat lah moral pemimpin dah ahli UMNO skg.Tiada satu pun yg boleh dijadikan contoh dan tauladan.Nak buat apa bergabung dgn parti yg tidak bermoral dan tidak memiliki masa depan? Buang karan aje..

jab sp said...

si BULAN
apa yang hang merapu ni.siap dengan singkatan ayat.ini semua jenis mat gian sahaja yang suka buat rekaan pada satu satu ungkapan pendek.

hang perati tengok,mana ada ulasan yang cokia macam ulasan hang.
setengah ulasan ,walaupun tidak disukai olih peng komen lain ada fakta ikut kepala depa.bolih dipanjangkan perbincangan.
hang punya ulasan elek,merapu semuanya.

lebih baik aku yang sudah tinggalkan um baca semula apa yang ada dalam um daripada ulas komen hang.

saji said...

Salam Dakj,

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan dalam blog ini dan lain2 blog mengenai bagaimana kepercayaan orang Melayu yang pernah menyokong dan mengundi UMNO khasnya, dan orang Cina yang pernah menyokong dan mengundi UMNO melalui MCA dan Gerakan dapat dikembalikan semula, pelbagai pandangan mustahil telah diberikan yang dirumuskan seperti di bawah:

a) Ramaps semua harta para pemimpin UMNO yang hasilnya daripada pendapatan rasuah

b) Hentikan politik memfitnah antara umat Islam

c) Melaksanakan sepenuhnya syariat Islam termasuk bekerjasama dengan PAS

d) Melemahkan parti2 PR

e) Rehatkan UMNO selepas PRU ke13

f) Buang perasit2 di keliling PM

g) Hapuskan DSAI

h) PM kena memiliki kekuatan sendiri

i) PM kena sama2 ambil hati orang Melayu di samping kaum2 lain

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ.

Mulut si Bulan ni patut dicili je sebab cakap ikut sedap mulut je. Tak pakai otak. Melayu macam ni tak baca apa2 surat khabar termasuk Utusan.

Cuba buktikan pada kita mahkamah mana yg pernah mendapati pimpinan tertinggi PKR seperti DSAI, Wan Azizah, Senator Syed Hussain Ali, Azmin, dll bersalah terlibat rasuah?

Untuk Melayu Diaspora pulak sdr tak ada isu lain ke nak komen . Orang ramai tau parlimen Amerika bernama Kongres. Di Israil nama parlimennya Knesset. Di Jepun namanya Diet. Indonesia pula namanya Majlis Permusyuaratan Rakyat. Di German Bundestag dan di Russia di gelar The Federal Assembly.

Kurang cerdik la sdr Melayu Diaspora ni. Lain kali cuba lagi kalau ada pendapat bernas.

Dato Halim. said...

Dato.

Jika Najib smart dia kena ikut apa yang Lee Kuan Yew buat di Singapore.Saya petik kata2 Lee Kuan Yew sabagai PM Singapore.

"Sabagai PM Singapura saya tidak perlu menjadi popular.Saya tidak kira samna ada raayat singipura suka kapada saya atau tidak.Apa yang perlu saya buat ia lah melaksanakan policy yang baik untok Singapura."

Najib amat lemah dan dia cuba hendak mengambil hati semua orang.Akhirnya semua orang akan marah kapada dia.

Bukit Larut said...

Tinta Hitam,

Saya percaya awak orang berpelajaran, tapi kenapa hina orang berpenyakit kusta.

Janganlah ikut sedap mulut saja. Kalau bencikan UMNO sekalipun janganlah libatkan orang berpenyakit kusta.

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Best of luck to you !! he he he
Masuk loboklah !!


Mat Lobok

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Tulisan sdra seperti orang angkoh dan bodoh sombong. Sdra perlu asah penulisan sdra supaya jangan ketara sangat memperlihatkan kebodohan sdra. Jangan ikut sedap tulis sahaja tapi tidak mempunya jiwa. Sdra menulis mengikut hati dan nafsu mengatasi akal sdra. Jiwa sdra kusut dan beku. Jiwa kosong !!! Itulah rumusan yang paling tepat dapat dirumuskan apabila membaca komen sdra. Ada elemen dendam tidak kesudahan !!! Nothing to appreciate!! Masa sudah suntuk untuk kita berbalah. Tidak mendatangkan faedah!!!


Cik Tik

Anonymous said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Tazkirah umrah

Alhamdulillah, YAB PM dan isteri telah berlepas untuk umrah sebelum ke Qatar. Bercakap tentang umrah ni, memang seronok. Setakat ni, semua orang yg buat umrah mesti kata best dan nak datang lagi. Dan tiada lagi orang jatuh bangkrap selepas buat umrah. Bagi saya pula, tiada tempat yg paling saya rindu selain melakukan umrah.

Apa taknya, setiap ibadah akan digandakan 100,000 kali di Masjidil Haram. Dan terdapatnya 120 syafaaat diturunkan setiap hari, 60 untuk orang melakukan tawaf, 40 untuk solat dan 20 untuk yg memandang kaabah. Juga terdapatnya 70,000 malaikat diturunkan oleh Allah ke Kaabah untuk meng‘amin’kan kepada sesiapa yg melakukan tawaf sambil berdoa terutama dari rukun Yamani ke Hajarul Aswad.

Juga terdapat banyak tempat yg mustajab untuk berdoa selain di Multazam. Sesiapa yg bersembahyang di dalam Hijir Ismail sama seperti bersembahyang di dalam kaabah sendiri. Juga dibelakang makan Nabi Ibrahim, di telaga zamzam, di bukit safa, bukit marwah, dan juga di murtadar iaitu pintu belakang kaabah. Juga di Raudah, Madinah.

Sesungguhnya, marilah kita bersama-sama menegakkan kebenaran dan tergolong di dalam orang-orang yg benar. Tiada tempat yg lebih baik untuk berdoa meminta keampunan dan petunjuk selain dari di Masjidil Haram. Barangsiapa yg dapat melakukan tawaf sebanyak 50 kali (350 pusigan) semata-mata kerana Allah, insyaallah dosanya akan dihapuskan. Juga jika dapat bersembahyang sebanyak 40 waktu di masjidil Nabawi berturut-turut. Insyaallah, saya berazam akan ke sana pada setiap tahun sebagai tetamu Allah, Insyaallah. Sekian TQ.

OKJ

bulan said...

Assalamualaikum Dato’
Budaya Melayu silam suka mendidik menakut–nakut perasaan (fear) seperti cerita hantu jembalang dan kuasa ajaib. Pabila Melayu menganut ugama Islam mereka mula mendidik ‘fear’ kepada Tuhan dan Saitan.

Sekarang pula terbalek, dunia Melayu hari ini semakin ‘fear’ sesama mereka sehingga sukar untuk mereka bersatu. Walaupun ada usaha baik Perdana Menteri Dato’ Najib menjemput PAS supaya berganding-bahu dengan UMNO dalam BN.

Yang anihnya DAP sanggup pula bersatu dengan PAS sedangkan bangsa Cina juga cukup ‘Fear’ sekiranya PAS memegang kuasa akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam Kunu setidak-tidaknya.

Adakah bangsa Malaysia keturunan Cina bersatu sesama mereka kerana lebeh ‘fear’ terhadap Nasinolis Melayu pribumi dari orang Islam yang tidak mengaku bangsa sendiri.
Nampaknya hanya ahli-politik yang menggunakan 'fear' saja yang berjaya menyatukan kaumnya. Adakah bangsa Melayu hari ini tidak ada ‘fear’ sehingga menggila menikam sesama mereka.

Sedunia sekarang sudah difahamkan batapa pengaruh 'fear' boleh menjahanamkan pemikiran manusia. Seumpama dunia yang 'fear' dengan Sadam Hussein yang memiliki senjata WMD (Weapons of Mass Destruction). Bangsa Malaysia harus berwaspadalah cara politik ala 'Hollywood' – pada pandangan mata kasar ia benar tetapi sebaliknya hanya palsu belaka (superficial).

Terima kaseh.

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf lambat siarkan komen.

Seperti Saudara dan Saudari mungkin maklum, sistem Blogger mengalami sedikit masalah.

Untuk beberapa waktu, kita hanya boleh buka dan baca, tetapi tidak boleh membuat posting baru atau komen.

Harap maklum dan terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Alhamdulillah kalau OKJ suka buat Umrah. Agaknya buat Haji pun dah banyak kali.

Saya buat Umrah masa buat Haji saja. Itu pun sekali saja. Kalau ada sikit-skit duit lebih, saya sedekah kepada orang susah yang nak buat Haji pun susah.

Tapi saya tahu ada juga member yang buat Umrah kerap tapi tak pula buat Haji.

Saya pun pelik juga. Bila nak ke Mekah buat kenduri doa selamat bukan main sakan. Tapi bila ulang alih Paris, London, New York dan Haatyai yang penuh ujuan dunia, tak pula buat doa selamat.

Bagi saya, pi Mekahlah paling selamat. Apa taknya, niat memang baik. Nak bersama bini pun tak boleh sampai habis buat Haji.

Khabarnya, ada juga yang pi Haji atau pi Umrah kerana nak jumpa boss di sana. Boss dunia, bukan "BOSS" akhirat. Tak tahulah berapa ramai yang ikut PM pi Umrah. Bunyi-bunyi macam OKJ pun di sana. Wallahualam.

Maaflah kalau cara saya berfikir kuno sikit.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam, datuk AKJ

Tumpang lalu nak sembang sikit dgn okj.

okj, okj. bila baca komen ojk dalam blog Datuk AKj yang berhemah dan budiman ni, saya rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada.

"Setakat ni, semua orang yg buat umrah mesti kata best dan nak datang lagi," kata okj.

Soalan saya, ada ke sesiapa yang gi umrah kata x best dan x nak datang lagi? Apa punya bengaplah si okj ni. kalau ada pun yg kata x best, org tu tak akan bagitau seluruh dunia. setakat ni belum adalah saya baca orang kata buat umrah dan haji tak best.

okj, kalau saya kata berfikiran dangkal nanti marah pulak tapi nampak2 macam tu lah.

okj, orang yang beribadat hanya kerana Allah SWT tidak akan menghebahkan ibadat dia.

Harun

zainal abidin awang kechik said...

Semangat kebencian rakyat terhadap peminpin amat tinggi.
Malaysia ini seolah olah tiada parti lain selain Pas. Pas pulak parti yang maksum yang tiada dosa lansung bagi mereka di dalam Pas. Saya nak tanya Mat sabu... Dia juga manusia yang tiada dosa.DAP PULAK ANGKUH SELEPAS MENANG. SAYA NAK BERI TAHU KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL.. BAHAWA UMNO DAN BN ADA PARTI MASYARAKAT DESA ,PETANI PESAWAH,DAN NELAYAN... MEREKA YANG SOKONG UMNO, CINA BANDAR TAK INDAH JASA JASA TRADISI MEMBELA RAKYAT..... Moga Allah selamat Malaysia.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Berbalik kepada perpaduan PAS dan UMNO nih.Isu lama tu.Kita buat perbandingan disini.Dulu masa PAS bersatu dgn UMNO secara iklhlas dna tidak mengharap kan laba dunia.Malahan mereka tak minta pun jawatan menteri kanan.Presiden PAS cuma dpt portfolio menteri wilayah shj.PAS hilang Kelantan dan terus ditikam dari belakang dan dianiaya sehingga sekarang.Bila PAS bergabung dgn DAP membentuk pakatan Rakyat,PAS berjaya memerintah Kedah,Perak dan Selangor.UMNO mengalami pukulan KO diKelantan.Diantara dua ni kami org org PAS mendapati bergabung dgn DAP lbh berbaloi.lagi pun yg asyik ajak bergabung ni hanyalah pimpinan UMNO dan balaci balacinya yg tidak akan mengundi PAS dulu,kini dan selamanya. Jadi nak buat apa ambil pusing pd pelawaan mereka..Total waste of time,Datuk.
PAS dan UMNO sebangsa dan seugama? Biasalah tu bila mereka dah tersepit mula la mengaku saudara dan sebangsa.Ini mcm punya jenis manusia manusia mmg tak boleh dipercayai dan diberi muka

maae said...

Salam Datuk,

1.Sebagai Pemimpin, PM Najib kena lah berbudi dan berbahasa dalam lenggok Ketua No 1. Susah bila rakyat dah berpecah belah ni.Macam anak-anak kita bergaduh sesama sendiri. Kena pula anak lelaki, Penumbuk bertubi dan siap cari pisau lagi.

2.Masaalah taktikal kat sini, mana boleh jemput lebai malang makan kenduri banyak-banyak tempat. Kena lah buat satu kenduri besar, baru lah mereka boleh dan teruja nak datang. Tapi lebai ni langsung tak di hargai sehingga meletakkan martabat Islam di tapak kaki. Dah dapat fobia dengan keikhlasan saudara sendiri. Mana betul, mana salah dah sama je.

3.Macam sebahagian pengomentar kat sini. Dulu nak belajar tinggi-tinggi tak duit nak biaya. Bergolok, bergadai, pinjam sana sini dengan saudara mara. Orang melayu dulu-dulu kaya ke? Kalau cakap kaya, pembohong lah nama nya. Hanya segelintir yang bijak akal. Arwah bapa saya hanya pesara zaman British dengan pencen $30 sebulan. Tak cukup. Tampung dengan noreh getah. Anak 12 orang.

4.Kerajaan UMNO / MARA juga yang beri biasiswa dan hantar belajar ramai-ramai ke luar Negara. Pilih dan didik yang menyerlah. Bila dah berjaya, majoriti nya, madu di balas tuba. Ludah sana, ludah sini. Bila dah kaya, anak tak dapat biasiswa, kerajaan UMNO/BN korup dan tak adil pula. Duit sendiri berlimpap tidak boleh di usik sebab kerajaan ada membantu. Sikap Melayu talam dua muka!

5.Itu lah kenapa melayu berpecah dan bermusuh sama sendiri. Negara, Agama, Budaya dan Warisan tergadai pun masih lagi berselingkuh - terma Indon (konteks ni, lakukan maksiat yakni pencilkan diri sambil melondeh Aib sendiri dan bangsa nya, melayu) terus lari dari arus majoriti melayu, menentang kerajaan Melayu. Sebab apa, sudah berharta dan kaya raya.

6.Brain in the drain. Bukan Braindrain. Kalau terma yang kedua ini tak apa juga kerana mereka tidak ingin lagi jadi warga Malaysia. Tak rugi pun. Tapi kalau brain in the drain, taraf intelektual(belajar tinggi) masih di takuk lama, hanya retorik katak bawah tempurung. Onk..onk lama-lama jadi bunyi oink...oink..oink...
PELIK.

Wajasetia said...

Salam Dato',
Pelik kan? Bila bercakap pasal penyatuan melayu, PAS dimestikan untuk sokong dan bersama-sama UMNO, bersatu dengan UMNO dalam BN.

Memandangkan DSNR sendiri telah menyedari tentang perihal perpecahan ini, mengapa tidak UMNO yang bertindak bersekongkol dengan PAS? Dari segi strateginya, UMNO untuk orang melayu, manakala PAS untuk orang islam, secara logiknya, sudah tentu umat islam di negara kita ini lebih bilangannya daripada orang melayu itu sendiri jika diambilkira golongan mualaf.

Sebagai umat islam, saya rasa tidak perlu saya tanya yang mana harus kita lebihkan di antara perjuangan bangsa atau agama. Soal berjaya atau tidak adalah ketentuan Allah. Yang penting usaha kita untuk menegakkan agama Allah kita jalankan walaupun hanya dengan satu undi. Dan PAS telah menjanjikannya. Tiada parti lain, hanya PAS.

Dan sekiranya berjaya, dan PAS masih gagal untuk melaksanakan apa yang dijanjikan itu, sekurang-kurangnya bukan saya yang harus menjawab di hadapan Allah nanti. Pinjam sikit kata orang utara, "Hampa janji dengan aku, hampa jawab".

Untuk saya? Sekiranya benar pun Islam adalah janji kosong PAS, saya amat yakin , selagi engkau menjaga agamamu, Allah akan bersamamu

saji said...

Sdr Tinta Hitam

1. Mengatakan UMNO sebagai parti politik yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu khasnya sedang menghidapi penyakit kusta dan diambang kemusnahan mungkin ada kebenarannya.

2. Tetapi, jika kita lihat parti2 nasionlis yang seangkatan dan sinonim dengan UMNO yang telah ditolak oleh rakyat masing2 melalui pilihan raya atau demontrasi jalanan ianya masih wujud lagi atau tidak musnah. Bahkan ada yang sudah kembali memerintah

3. Berdasarkan komen saya sebelum ini dan artikal saya di akhbar Mingguan Wasilah, saya ulangi, saya, sebagai orang Melayu, ingin melihat UMNO melalui proses pemuliharaan atau konservasi sejak kepimpinan Pak Lah lagi, iaitu bagaikan tindakan ahli konservasi bangunan bersejarah atau konservator mengkonservasikan bangunan bersejarah yang saya anggap lebih sesuai jika dibandingkan dengan laungan mentrasformasi UMNO oleh kepimpinan DSN sekarang yang, pada saya, mempunyai kelamahan dari segi tatacara pelaksanaannya.

4. Bahkan saya ingin melihat UMNO dikonservasikan seperti mana ahli konservasi kita melakukan proses konservasi terhadap bangunan lama Central Market di pusat bandar KL yang berjaya menghasilkan bangunan baru yang diberikan nama Pasar Seni yang jauh lebih sesuai daripada pelbagai sudut-persekitaran baru setempat,kebersihan, nilai gunaan dsb, berbanding jika ianya dikekalkan sebagai bangunan pasar yang menjual ikan, ayam, sayur dsb.

langitbiru said...

ASSALAMUALAIKUM DATO'

LANGKAH TAKTIKAL bukan satu niat yang ikhlas. Itu satu perkara yang saya AMAT PASTI dan YAKIN.

Dengan 'langkah taktikal' jugalah UMNO berjaya merampas Kelantan tahun 1978. Ia bukan langkah demokrasi, tapi 'langkah taktikal' yang sekaligus melumpuhkan PAS. PAS berpecah begitu teruk sekali. Ini kali kedua PAS bergabung dengan UMNO, pertama kalinya melalui Hizbul Muslimin, masuk UMNO menguasai Biro Agama UMNO......akhirnya juga ditendang keluar!

Dengan 'langkah taktikal' juga UMNO menguasai kembali Perak! Ianya juga bukan langkah demokrasi! 'Langkah taktikal' yang diiktiraf oleh mahkamah. Tiada yang pelik kerana UMNO menguasai dan menggunakan segala-galanya demi kelangsungan KUASA POLITIK nya.

UMNO tidak pernah ikhlas dengan PAS. Kalau dah 2 kali kahwin cerai, mahu kahwin kali ketiga, apa kali ini pujuk rayu JANJI MANIS UMNO? UMNO tidak pernah menunjukkan rasa kesal JAUH SEKALI rasa bersalah selepas bercerai kali kedua dengan PAS.

Bila PAS kahwin dengan DAP, UMNO jelas menunjukkan rasa cemburunya. Permintaan PAS kepada UMNO amat mudah, kembalikan kepada pemerintahan Syariat Islam sepenuhnya, dilafazkan dengan mulut, diyakinkan dengan hati, dilaksanakan dengan kuasa politik yang ada-lengkaplah KEIMANAN kepada ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada Pemerintahan Syariat Islam dan hidup bersyariat.

UMNO terbukti gagal dalam hal ini. Berbuih-buih mulut menyebut mahukan Islam, tapi hati hitam berkarat. Kalau benar-benar mahukan ISLAM, isu liwat dan zina, WAJIB kembali kepada Hukum Qazaf, BUKANNYA bersumpah di Masjid memakai baju kalis-peluru!

PAS yakin benar UMNO kini dan selamanya tidak lagi boleh dipercayai. Dalam hati UMNO ada benih sekular yang bercambah dengan cepat seperti lalang tumbuh diladang, memusnahkan semua tanaman, yang hidup lalang yang tak berguna kepada petani. Inilah hakikat UMNO.

Lawaknya UMNO, selepas berjaya 'menyunting' Gerakan dulu, mahu mengguna modus operandi yang sama kepada DAP. Dalam pada itu, cuba merisik PAS, ajak PAS bercerai dengan DAP. Yang UMNO mahu, KUASA, bukan DAP, bukan PAS.

'LANGKAH TAKTIKAL' UMNO cukup memualkan PAS dan DAP.

( Esok, 16.05.2011, SAYA AMAT YAKIN mahkamah akan memutuskan dan memanggil Anwar membela diri kerana meliwat Saiful. Skripnya mudah untuk dibaca!!!! Anwar membela diri tak lama, 2-3 bulan saja. DAN saya juga amat yakin, sejurus Anwar dihumban dalam penjara, PRU 13 dipanggil!!!.)

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru, komen Sdr sesuai sehinggalah Sdr menulis mengenai keputusan mahkamah tinggi kes Anwar esok. Buang perenggan itu dan kekalkan yang lain, saya akan siarkan. terima kasih.

langitbiru said...

ASSALAMUALAIKUM DATO'

LANGKAH TAKTIKAL bukan satu niat yang ikhlas. Itu satu perkara yang saya AMAT PASTI dan YAKIN.

Dengan 'langkah taktikal' jugalah UMNO berjaya merampas Kelantan tahun 1978. Ia bukan langkah demokrasi, tapi 'langkah taktikal' yang sekaligus melumpuhkan PAS. PAS berpecah begitu teruk sekali. Ini kali kedua PAS bergabung dengan UMNO, pertama kalinya melalui Hizbul Muslimin, masuk UMNO menguasai Biro Agama UMNO......akhirnya juga ditendang keluar!

Dengan 'langkah taktikal' juga UMNO menguasai kembali Perak! Ianya juga bukan langkah demokrasi! 'Langkah taktikal' yang diiktiraf oleh mahkamah. Tiada yang pelik kerana UMNO menguasai dan menggunakan segala-galanya demi kelangsungan KUASA POLITIK nya.

UMNO tidak pernah ikhlas dengan PAS. Kalau dah 2 kali kahwin cerai, mahu kahwin kali ketiga, apa kali ini pujuk rayu JANJI MANIS UMNO? Nak kahwin kali ketiga mestilah benar-benar ikhlas, kena ada tanda-tanda penyesalan dengan dua talak yang lalu! UMNO tidak pernah menunjukkan rasa kesal JAUH SEKALI rasa bersalah selepas bercerai kali kedua dengan PAS.

Bila PAS kahwin dengan DAP, UMNO jelas menunjukkan rasa cemburunya. Permintaan PAS kepada UMNO amat mudah, kembalikan kepada pemerintahan Syariat Islam sepenuhnya, dilafazkan dengan mulut, diyakinkan dengan hati, dilaksanakan dengan kuasa politik yang ada-lengkaplah KEIMANAN kepada ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada Pemerintahan Syariat Islam dan hidup bersyariat.

UMNO terbukti gagal dalam hal ini. Berbuih-buih mulut menyebut mahukan Islam, tapi hati hitam berkarat. Kalau benar-benar mahukan ISLAM, isu liwat dan zina, WAJIB kembali kepada Hukum Qazaf, BUKANNYA bersumpah di Masjid memakai baju KALIS-PELURU!! Islam kah ini??

PAS yakin benar UMNO kini dan selamanya tidak lagi boleh dipercayai. Dalam hati UMNO ada benih sekular yang bercambah dengan cepat seperti lalang tumbuh diladang, memusnahkan semua tanaman, yang hidup lalang yang tak berguna kepada petani. Inilah hakikat UMNO, bagaikan lalang memusnahkan tanaman,harapkan pagar, pagar makan padi!.

Lawaknya UMNO, selepas berjaya 'menyunting' Gerakan dulu, mahu mengguna modus operandi yang sama kepada DAP. Dalam pada itu, cuba merisik PAS, ajak PAS bercerai dengan DAP. Yang UMNO mahu, KUASA, bukan DAP, bukan PAS.

'LANGKAH TAKTIKAL' UMNO cukup memualkan PAS dan DAP.

langitbiru said...

Sdr Langit Biru, komen Sdr sesuai sehinggalah Sdr menulis mengenai keputusan mahkamah tinggi kes Anwar esok. Buang perenggan itu dan kekalkan yang lain, saya akan siarkan. terima kasih.

Terimakasih Dato'

Naluri saya kuat menyatakan, atau ramalan saya kuat menyatakan, keputusan Mahkamah Tinggi esok, Dato' Seri Anwar akan dipanggil membela diri kerana meliwat Saiful.

Itu naluri hati saya, ramalan saya. Salah ke Tok buat ramalan?

Dan saya ramalkan atau jangkakan, Anwar akan membela diri sekitar 2-3 bulan.

Dan saya ramalkan atau jangkakan, PRU 13 selepas itu.

Hanya ramalan dan jangkaan!

Anonymous said...

Maae dok cakap pasai jasa UMNO. Ini saya nak tambah.

Dulu MARA ambik anak orang melayu hantar pi MRSM. La ni cuba pegi tanya, berapa kerat pelajar MRSM yang datang dari keluarga miskin.

Dulu MARA bantu orang miskin melayu dalam meniaga. La ni, depa cukup kerap cakap "tak ada bajet". Malah bangunan MARA yang baru dah tak ada manakala yang lama dah mula buka pintu kepada orang bukan melayu.

Sekarang nak tanya pada Maae yang kata orang lain tak pakai akai.

1.UMNO dulu sama ke dengan UMNO la?
2.Berapa kali undi nak bagi kat UMNO baru dikira habis hutang budi?
3.Sila banding kerajaan Najib, kerajaan Pak Lah, kerajaan Che Det, kerajaan Hussein Onn, kerajaan Tun Razak dan kerajaan Tunku. Semua tu kerajaan UMNO tetapi semua tu sama ka?

Lagi pulak, bukan ke bagi biasiswa dan pelajaran itu tanggungjawab kerajaan yang berterima kasih kerana dipilih rakyat?

Ini bukan teka-teki "ayam dulu ke atau telur dulu". Takkan keliru kot?

DAKJ, saya teringat masa muda dulu. Pernah jumpa seorang budak tabligh. Kehulu-kehilir bawa calculator. Sampai lupa nak ikut yang lain buat ziarah. Rupa-rupanya dia dok sibuk kira berapa pahala dia dah buat setiap hari. Kesian dia. Sama macam saya kesian kat OKJ.

p/s Saya sekarang cukup bengang bila kerajaan ketengahkan balik usaha nak laksanakan GST.

Fed Up

OKJ said...

Salam Sdr Harun

Maaflah kalau tazkirah umrah saya menyakiti hati saudara. Niat saya cumalah untuk berkongsi ilmu yg sedikit ini bersama-sama, sebagai usaha kecil berdakwah setakat termampu, Insyaallah. Firman Allah dalam surah Al ‘Asr yg mengatakan sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan mengerjakan kebaikan, serta yg saling mengingati pada kebenaran dan kesabaran.

Tazkiah atau saling mengingati kepada kebaikan ada diulas di dalam Tafsir Ibnu Kasir (1999, 1209) dan juga Tafsir At Tabari (Jilid XXIV, 2001, 612-615) supaya kita saling berpesan-pesan didalam kebaikan dan juga bersabar terhadap sesiapa yg menyakiti orang-orang yg menyerukan kebaikan. Dan juga keazaman untuk kembali ke Masjidil Haram adalah salah satu doa selepas solat sunat Tawaf Wida’.

Sekali lagi saya meminta maaf jika saling berpesan-pesan saya tersebut dianggap bengap dan bangang oleh saudara. Semoga Allah memebalasnya dengan seadilnya. Amin. Sekian TQ.

Anonymous said...

Tinta Hitam,

Apa bendanya waste of time. Sdra adalah negatif orangnya. Sdra tak boleh kemana-mana. Setakat memberi komen je lah. Hanya orang yang selalu berfikiran positif sahaja akan berjaya didunia dan akhirat. Orang yang selalu mempunyai jiwa yang murni tanpa ada rasa was-was dalam hatinya akan membawa kejayaan dalam segala urusan. Hatinya selalu tenang dan boleh membuat keputusan yang bijaksana tanpa sentiasa berperasaan negatif.

tinta kunte

saji said...

Sdr Fed Up

Saya sokong persoalan2 yang sdr timbulkan mengenai jasa2 kerajaan UMNO berdasarkan komen sdri maae berkenaan. Cuma nak komen lanjut di bawah mengenai apa yang berlaku terhadap jasa2 UMNO dalam bentuk dasar awam yang meliputi program, akta, belanjawan dsb setelah Negeri Selangor di perintah kerajaan PR;

Di bawah DEB yang dicipta oleh UMNO pada 1970, kerajaan UMNO di Negeri Selangor telah terus menerus menyediakan biasiswa ke luar negera untuk anak2 rakyat negeri.

Tidakkah tindakan kerajaan PR di Negeri Selangor sekarang yang meneruskan program biasiswa berkenaan itu di buat atas dasar mengenang, menghargai dan menyembung jasa2 UMNO?

Malah, saya percaya, jika kerajaan UMNO mengambil semula pemerintahan Negeri Selengor nanti mereka akan mengekalkan dasar2 awam yang dicipta oleh kerajaan PR di Negeri Selangor sekarang seperti derma RM1000 kepada setiap pelajar yang dapat masuk universiti, derma kematian sebayak RM 2000 dan orang tua sebanyak RM 1000

langitbiru said...

ASSALAMUALAIKUM DATO'

LANGKAH TAKTIKAL bukan satu niat yang ikhlas. Itu satu perkara yang saya AMAT PASTI dan YAKIN.

Dengan 'langkah taktikal' jugalah UMNO berjaya merampas Kelantan tahun 1978. Ia bukan langkah demokrasi, tapi 'langkah taktikal' yang sekaligus melumpuhkan PAS. PAS berpecah begitu teruk sekali. Ini kali kedua PAS bergabung dengan UMNO, pertama kalinya melalui Hizbul Muslimin, masuk UMNO menguasai Biro Agama UMNO......akhirnya juga ditendang keluar!

Dengan 'langkah taktikal' juga UMNO menguasai kembali Perak! Ianya juga bukan langkah demokrasi! 'Langkah taktikal' yang diiktiraf oleh mahkamah. Tiada yang pelik kerana UMNO menguasai dan menggunakan segala-galanya demi kelangsungan KUASA POLITIK nya.

UMNO tidak pernah ikhlas dengan PAS. Kalau dah 2 kali kahwin cerai, mahu kahwin kali ketiga, apa kali ini pujuk rayu JANJI MANIS UMNO? UMNO tidak pernah menunjukkan rasa kesal JAUH SEKALI rasa bersalah selepas bercerai kali kedua dengan PAS.

Bila PAS kahwin dengan DAP, UMNO jelas menunjukkan rasa cemburunya. Permintaan PAS kepada UMNO amat mudah, kembalikan kepada pemerintahan Syariat Islam sepenuhnya, dilafazkan dengan mulut, diyakinkan dengan hati, dilaksanakan dengan kuasa politik yang ada-lengkaplah KEIMANAN kepada ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada Pemerintahan Syariat Islam dan hidup bersyariat.

UMNO terbukti gagal dalam hal ini. Berbuih-buih mulut menyebut mahukan Islam, tapi hati hitam berkarat.

Kalau benar-benar mahukan ISLAM, isu liwat dan zina, WAJIB kembali kepada Hukum Qazaf, BUKANNYA bersumpah di Masjid memakai baju KALIS-PELURU!

PAS yakin benar UMNO kini dan selamanya tidak lagi boleh dipercayai. Dalam hati UMNO ada benih sekular yang bercambah dengan cepat seperti lalang tumbuh diladang, memusnahkan semua tanaman, yang hidup lalang yang tak berguna kepada petani. Inilah hakikat UMNO.

Lawaknya UMNO, selepas berjaya 'menyunting' Gerakan dulu, mahu mengguna modus operandi yang sama kepada DAP. Dalam pada itu, cuba merisik PAS, ajak PAS bercerai dengan DAP. Yang UMNO mahu, KUASA, bukan DAP, bukan PAS.

'LANGKAH TAKTIKAL' UMNO cukup memualkan PAS dan DAP.

saji said...

Sdr langitbiru

Antara langkah tektikal dalam permainan bola sepak dengan permainan politik:

Yang saya tahu pasukan bola sepak yang tak kuat akan menggunakan permainan secara tektikal untuk mengalahkan lawannya yang kuat.

Tidak dinafikan memang ada yang berjaya. Tetapi, tidakkah kebanyakknya terpaksa akur dengan kekuatan lawannya?

Berdasarkan analogi saya di atas, agak2 sdr parti Melayu yang mana satu yang sdr anggap lebih kuat antara UMNO dengan PAS sekarang?

maae said...

Saya 'reply' sikit untuk sdr fed up dan sdri anon saji.

1. MARA,UMNO di tubuhkan untuk apa dan jaga siapa? Ia tetap sama. Yang tak sama watak-watak dalam org. ni. Yang baru nya, ramai bijak pandai berkelulusan. Tapi, Brain in the drain. Langsung tak tahu taktikal. Masih angguk-angguk, geleng-geleng.

2. Jangan bakar kelambu. Nanti rumah juga yang terbakar. Nak bina baru belum tentu duit tersedia. Kita harap pada Pak Lah, amat mengecewakan. Sekarang kita harap pada PM Najib kerana nasib beliau mewarisi org. yang di huru-harakan.

3.Pemimpin sebelum nya, semua ada visi. Masa itu kaum lain terutama cina sedang sibuk mengumpul wang, harta dan kekayaan. Tak cukup masa berpolitik. Tak heran pun mereka fasal politik kecuali segelintir.

4.Kini mereka kata wang cukai yang mereka bayar di perabihkan untuk MARA dan UMNO ? Semua untuk untuk Melayu ! Habis sdr fedup tak fed up ke? Masa untuk UMNO berubah kembali seperti saya maksudkan.Tugas kita menyokong dan terus menyokong dalam apa jua keadaan. Macam bandar2 cina dengan DAP.

5.La ni apa saja tindak tanduk, pengorbanan Melayu dan milik Melayu semua di pertikaikan. Agama Islam pun turut di seret ke lubang kubur.
Sdr anon fedup tak fedup? Fed up dengan bangsa sendiri satu sen pun tak guna.

6.Jika lah sdri anon saji boleh menjadi 'arkitek' untuk dua org. ini, saya pun teruja nak lihat bentuk persembahan 'binaan' nya. 'Silau' bangunan kaca sungguh mempersonakan dan indah sekali. Malang nya, bentuk bangunan tidak boleh di ukir kecuali dengan ukiran 'sandblast' dan tidak asli seperti yang terlintas dalam pemikiran kita....Akhir nya juga rumah kampung bersendi, tepi sawah saujana mata memandang, liang liok daun kelapa, hutan belukar yang menghijau, berlatar belakangkan kebiru-biruan gunung ganang, merdu kicauan burung-burung di selang bunyi arus jernih tali air tetap menjadi pilihan.

saji said...

Salam Sdri maae

Sdri mencadangkan, "Jika lah sdri anon saji boleh menjadi 'arkitek' untuk dua org. ini (UMNO dan MARA) , saya pun teruja nak lihat bentuk persembahan 'binaan' nya. 'Silau' bangunan kaca sungguh mempersonakan dan indah sekali. Malang nya, bentuk bangunan tidak boleh di ukir kecuali dengan ukiran 'sandblast' dan tidak asli seperti yang terlintas dalam pemikiran kita.."

Komen:

Saya tidak tahu sama ada sdr sudah membaca komen saya sebelum ini di bawah pada entri 9:30AM:

3. Berdasarkan komen saya sebelum ini dan artikal saya di akhbar Mingguan Wasilah, saya ulangi, saya, sebagai orang Melayu, ingin melihat UMNO melalui proses pemuliharaan atau konservasi sejak kepimpinan Pak Lah lagi, iaitu bagaikan tindakan ahli konservasi bangunan bersejarah atau konservator mengkonservasikan bangunan bersejarah yang saya anggap lebih sesuai jika dibandingkan dengan laungan mentrasformasi UMNO oleh kepimpinan DSN sekarang yang, pada saya, mempunyai kelamahan dari segi tatacara pelaksanaannya.

4. Bahkan saya ingin melihat UMNO dikonservasikan seperti mana ahli konservasi kita melakukan proses konservasi terhadap bangunan lama Central Market di pusat bandar KL yang berjaya menghasilkan bangunan baru yang diberikan nama Pasar Seni yang jauh lebih sesuai daripada pelbagai sudut-persekitaran baru setempat,kebersihan, nilai gunaan dsb, berbanding jika ianya dikekalkan sebagai bangunan pasar yang menjual ikan, ayam, sayur dsb.

saji said...

Salam Sdri maae

(Sambungan)

Pada saya, UMNO dan MARA serta organisasi lain yang telah banyak berjasa kepada masyarakat setempat khasnya dan negara amnya tidak memerlukan apa yang sdr sebut sebagai 'arkitek' untuk meneruskan peranannya atau menabur jasanya.

Yang diperlukan oleh organisasi2 tersebut ialah 'ahli konservasi' (bangunan bersejarah)atau 'conservator'

Maksud saya, Persiden UMNO sekarang, DSN kena memainkan peranan sebagai 'ahli konservasi'.

Namun, berdasarkan pengalaman, ada kelebihan jika 'ahli konservasi' tersebut juga seorang 'arkitek'.

Anonymous said...

Maae,

Kerana balas jasa, maka BN menang besar (rekod paling baik) dalam PRU 11.

Namun, hutang negara meningkat. Hasil kenaikan harga minyak dan sawit, entah kemana perginya. Bangunan runtuh sana-sini.

Letih nak bilang. Jadilah saya fed-up.

Maka PRU 12, BN dapatlah rekod paling buruk dalam PRU 12.

Bila Najib jadi PM, apa yang diubah dari dasar Pak Lah?

Yang ada hanya retorik. Maka fed-up saya terus kekal.

Ada seorang komen tentang data/statistik ekonomi negara.

RM berbanding USD memang naik, tetapi apa pula RM berbanding matawang lain? Jangan tak tahu, nilai USD jatuh kerana kerajaan US sendiri yang mahukan matawangnya rendah.

Apa pula hutang negara? Data Bank Negara tidak memasukkan Bon Kerajaan sebagai hutang negara.

Sila semak bajet negara. Kalau dulu bajet besar adalah pada Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kerjaraya. Budaya Pak Lah yang memusatkan bajet di JPM masih berlaku, malah skalanya lebih besar lagi. Budaya tingkat 4 masih "utuh".

Makanya saya tidak boleh meletak harap saya pada Najib.

Saya fed-up dengan retorik.

Fed Up

saji said...

Salam maae

(sambungan)

Antara bangunan kaca dan rumah kampung:

1. Kedua2nya mempunyi bentuk senibina yang tersendiri dan kesesuaian persekitaran tersendiri -antara urban dan rural, di samping mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing yang sdri sendiri telah cuba jelaskan itu

2. Cuma jika dirujuk komen saya sebelum ini, mengenai bangunan kaca atau lebih tepat lagi glass architecture yang sedang ghirah di persembahkan oleh para arkitek di negara ini dan diluar sana akhir2 ini ialah mengenai usaha murni para arkitek kontemporari untuk menjelaskan kepada umum bagiamana mereka menggunakan elemen /bahan kaca sebanyak mungkin di dalam dan diluar bangunan atas alasan penggunaannya sebagai medium yang berkesan bahawa kita, sama ada suka atau tidak, sedang mengharungi era globalisai yang amat menekankan apa yang dipanggil KETELUSAN dalam semua aspek kehidupan yang meliputi aspek pentadbiran kerajaan khasnya.

Di mana ianya jauh berbeza dengan bentuk senibina sebelumnya yang dipanggil postmodernism architecture yang banyak dikaitakan dengan unsur kepalsuan dan ketidaktelusan yang di negara ini, secara kebetulan, bermula daripada era mantan PM, Dr M dan penghujungnya di permulaan mantan PM, Pak Lah pula

saji said...

Salam Dakj,

Sdr rakan pembahas kita, Fed UP, berkata (terhadap sdri maae), "Bila Najib jadi PM, apa yang diubah dari dasar Pak Lah?

Yang ada hanya retorik. Maka fed-up saya terus kekal."

Komen:

Ingin saya merujuk perkara di atas dengan mengulas lanjut perbincangan saya sebelum ini mengenai konsep dan ciri penguruan organisasi moden (K&CPOM) membabitkan aspek kemanusiaan dan teknikalnya yang saya cuba kaitan dengan kelemahan/masalah pelaksanaan dasar awam di negara ini di bawah pemerintahan kerajaan UMNOBN seperti berikut:

1. Aspek Kemanusiaan:

Tanggungjawab mutlak ahli organisasi politik yang juga pemimpin organisasi politik dan negara seperti DSN dan Pak Lah khasnya mencetus isu masyarakat dari semasa ke semasa untuk mencari jalan mengatasinya melalui pembentukan dasar2 awam baru dalam bentuk akta, belanjawan, program dan projek atau memperbaiki kelemahan2 dasar2, sebelumnya, di samping menjaganya daripada diselewengkan oleh mana2 pihak.

2. Aspek Teknikal:

Tanggungjawab mutlak seluruh kakitangan awam di semua peringkat yang diketuai oleh pemimpin politik iaitu menteri untuk menterjemahkan dasar2 awam tersebut kepada realiti yang diinginkan oleh pemimpin politik dan negara tersebut berdasarkan apa yang disasarkan di bawah dasar2 awam tersebut

saji said...

Sdr Fed Up

(sambungan)

Retorik yang sdr maksudkan itu, dari sudut Dasar Awam yang saya cuba rujuk kepada K&CPOM di atas, boleh berlaku jika salah satu atau dua atau ketiga2 daripada 3 bentuk atau komponen Dasar Awam berikut; A) PERUNDANGAN B) BELANJAWAN C) PROGRAM/ RANCANGAN/ PROJEK tidak dapat disediakan atau tidak dilaksanakan dengan berkesan atau diselewengkan atau tidak seimbang.

maae said...

reply sikit lagi untuk sdr fed up / sdri anon saji.

1.Ok saya dah nampak pemikiran anda. Umpama menyulam awan di langit biru. PM Najib belum teruji dari segi undi dan dapatan kuasa menterjemah "full throttle" beliau. Itu yang saya katakan malang, kerana bebudak T4 ini belum boleh lagi hendak di humbankan. UMNO sendiri jadi statik dan hilang arah. Hilang kematangan. Apa yang ada tinggalan Tun M dulu, sudah di cantas belum sempat berkembang dan berbuah. Kira defisit lah tu...

2.Kalau dah defisit, kena buat bajet dalam defisit. Bajet ni pening siol hendak di rangka. Ambil Persekitaran luar dan dalam. Paling sensitif dengan harga minyak dunia. Dah tu terlibat barangan harian. Harga tinggi inflasi pula. Rakyat tiada duit nak belanja. Tiada simpanan. Kilang dan perniagaan tutup. Pengangguran pula... Oh ni dah cerita KDNK Negara. Fed up pula nanti. US mahir taktikal dan retorik, rendahkan nilai matawang, cetak wang berlebihan dan buat spekulasi pelaburan keliling dunia. Kemudian buat "havoc" guna NATO jajah negara-negara minyak - senjata ampuh mengawal ekonomi dunia. Kemudian "bunuh" lagi Osama yang entah di mana, untuk raih populariti dalam kemelesetan. Akhir nya hanya retorik, tiada nilai sebenar apa yang di perdagangkan. Jadi fed up nak terus fikir lebih sebab ada pakar-pakar nya. Balik lah Malaysia, terpenting sumbangan undi kita untuk memperkasakan ekonomi dan Melayu khas nya. Bukan untuk siapa, untuk anak cucu kita jua. Yang penting Allah merahmati kita semua.

3.Fasal bangunan runtuh ni,sdri saji tahu apa nak komen.Dalam 'line up' beliau, mesti terdapat 'negotiable income di belakang tabir.Silap hb arkitek pun balun habis. Macam-macam retorik masaalah bakal di timbulkan jika tidak akur dengan 'team' ini. Paling tidak tuntutan dah tentu di lewatkan, di potong % kemajuan siap kerja berbanding % sebenar telah siap. Jangan tuduh pihak berwajib pula rasuah. Mereka dah ada "gear" dalam peringkat awal. Anda tahu siapa yang paling beruntung dalam projek binaan ini? Sdri anon Saji boleh jawab tepat. Saya kata "structural engineers" Yang lain dapat hampas je. Arkitek bila design bangunan yang hebat dan canggih, yuran mereka akan tetap di bayar lumayan mengikut jumlah kos bangunan mereka lukis seperti kehendak (spesifikasi) prinsipal. Kalau bangunan pintar sudah tentu bangunan kaca ! Lagi besar untung !

4.'Persekitaran' dalam olahan sdri anon saji, tepat. Malang nya tidak tepat untuk Bangunan kaca. Binaan ini tujuan nya tidak lain untuk jimat tenaga dan bersesuaian green tech. dlm terma "architectural design" masa kini. Lantaran tu kenapa UMNO dan MARA mesti kekal utuh tetap sama tapi berani berubah mengikut persekitaran. Mesti lebih "Efficient". Kehendak tidak lain mengadaptasi sindrom taktikal lonjakan ekonomi masakini. Baru selari dengan pertumbuhan Negara.

5.Anak-anak Melayu sudah berjela-jela celik ilmu. Majoriti bertambah cerdik dalam pelajaran tapi kurang celik dalam ilmu agama. Maka dengan itu PAS di jemput sertai UMNO. Tujuan tidak lain "konservasi" untuk kelangsungan Melayu. PAS sudah tersasar dan menjadi "musuh" Melayu pula. Cukup DAP dan kuncu-kuncu mereka sahaja jadi musuh tradisi. Sekarang pun dah pening dengan jenayah seludup,proses dadah dan maksiat saban hari chinadolls. PKR? Dah jadi silau kaca... sakit mata. Pakai ray-ban hitam dan lihat secara tepat, kelek mata diam-diam kerana orang tak pasti siapa yang kita renung pilih...

Ok saya berhenti di sini. Jangan kita jadi satu sen tanpa nilai, kerana kita dah ada formula "round off".

saji said...

Salam maae dan fed up

Jika dirujuk komen panjang saya di lain2 blog mengenai bangunan runtuh di negara ini, saya cuma komen bumbung Stadium Sultan Mizan (SSM) yang runtuh itu. Komen yang saya maksudkan ialah

1. Penggunaan struktur bumbung jenis SPACE FRAME yang sesuai untuk style senibina HI TECH khasnya, dari satu aspek, tetapi tidak sesuai bagi digunakan untuk style senibina bangunan SSM yang dinamakan TEKNO ORGANIC yang dipopularkan oleh arkitek kelahiran Itali, Renzo Piano. Contoh tempatan senibina jenis TEKNO ORGANIC ialah Bangunan KL Sentral

2. Penggunaan kontrak pembinaan jenis Design & Build with contractor's input design yang dalam mumalat Islam dikategorikan sebagai kontrak pembinaan al muqawalah - al Istisnaa' yang tidak diharuskan penggunaannya oleh mazhab imam Hambali, Maliki, dan mazhab kita Shafie'

saji said...

Sdri maae, antara lain, berkata, " PM Najib belum teruji dari segi undi dan dapatan kuasa menterjemah "full throttle" beliau. Itu yang saya katakan malang, kerana bebudak T4 ini belum boleh lagi hendak di humbankan. UMNO sendiri jadi statik dan hilang arah. Hilang kematangan. Apa yang ada tinggalan Tun M dulu, sudah di cantas belum sempat berkembang dan berbuah. Kira defisit lah tu..."

Komen:

Dari sudut perancangan dan pembangunan negara,UMNO bukan statik dan hilang arah, tetapi telah sampai apa yang dipanggil 'blur point'

Anonymous said...

Maae,

Saudara kata PM belum full trottle.

Jangan saudara tak tahu, orang macam saya mengira tempoh sakit bukan setakat masa Najib jadi PM saja. Kebanyakan orang, saya percaya, mengira tempoh sakit sejak Pak Lah jadi PM. Maknanya bukan 3 tahun tapi 7 tahun.

Jika tingkat 4 masih ujud, lemahnya akan dipandang pada Najib. Sikap Najib yang mahu mengelak konfrontasi semasa Muhyiddin meminta Pak Lah berundur, tidak lagi dipandang sebagai sifat rendah diri tetapi lemah diri.

Jika PRU 13 jatuh pada 2012 maka sudah 8 tahun rakyat menderita. Berapa ramai yang tidak akan menjadi fed-up semasa itu?

Percayalah, masa PRU13 nanti, pengundi hanya akan memandang perbandingan pendapatan boleh guna dan indeks harga barang tahun 2004, 2008 dan semasa.

Maka telunjuk akan diarah pada Najib sebagai PM dan bukan tingkat 4.

Fed Up

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato’

Dalam menyatakan Anwar perlu membela diri, Hakim kata, “Saiful seorang yang benar dan berwibawa”. Saya tak nak komen, nanti dikatakan hina mahkamah!

Walaubagaimanapun, PRK Permatang Pauh 2008, 30,000 pengundi Permatang Pauh menolak Sumpah Laknat Saiful, sekaligus menolak untuk mempercayai Saiful seorang yang benar dan berwibawa. Apakah hari ini 30,000 pengundi tersebut tetap dengan pendirian mereka?

Saiful muncul sejurus sebelum PRK Permatang Pauh.

Shazly Eskay muncul sejurus sebelum PRU Sarawak.

Dan Utusan Malaysia memukul gendang menyatakan berkali-kali, ini tiada kena- mengena dengan UMNO atau kerajaan. TAPI tak segan silu menayang di muka depan gambar lelaki bogel dan wanita bogel…….masih menegakkan benang yang basah tiada kena mengena dengan UMNo dan kerajaan!!!

Inilah cirri-ciri ‘penerapan nilai-nilai Islam’ oleh UMNO. Maka dengan itu dikatakan Kerajaan UMNOBN adalah sebuah kerajaan Islam, Negara Islam!!!

WALAUPUN MCA , Parti komponen ke 2 BN, terang-terangan menolak Negara Islam. MIC menerima Negara Islam? PPP? SUPP? PBB? Dan lain-lain?

Kalau Parti komponen BN yang lain menolak Negara Islam, dan UMNO sendiri pun menolak Negara Islam, apahalnya Najib melamar PAS, dengan alasan DAP menolak Negara Islam???

( Apakah nama-nama besar yang ditemui Saiful pada 24 dan 25 hb, sebelum 26 hb diliwat akan tampil menjadi saksi dimahkamah? Bukan nama-nama besar, TAPI mahabesar namanya……..Najib, Rosmah, Musa Hassan, Ezam! Akan munculkah mereka??)

saji said...

Sdr Fed Up

"Jika tingkat 4 masih ujud, lemahnya akan dipandang pada Najib. Sikap Najib yang mahu mengelak konfrontasi semasa Muhyiddin meminta Pak Lah berundur, tidak lagi dipandang sebagai sifat rendah diri tetapi lemah diri."

Komen:

Bagaimana jika saya kata lemah diri di atas yang dilemahkan oleh sistem ekonomi kapitalis ala UMNO yang lebih teruk daripada sistem kapitalis ori

Anonymous said...

Orang Cina memang dah tak sokong BN. Apa lagi nak di layan desakan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Jangan bagi langsung. Habis cerita. Bagi pun depa tak sokong, tak bagi pun depa tak sokong. Siapa jadi SUCKER? UMNO. Kalau BN kalah depa sokong Pakatan dan PAS pulak jadi SUCKER. Wal hasil sebenarnya orang Melayu yang jadi SUCKER !!

Mat Sucker

Anonymous said...

Orang Cina memang dah tak sokong BN. Apa lagi nak di layan desakan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Jangan bagi langsung. Habis cerita. Bagi pun depa tak sokong, tak bagi pun depa tak sokong. Siapa jadi SUCKER? UMNO. Kalau BN kalah depa sokong Pakatan dan PAS pulak jadi SUCKER. Wal hasil sebenarnya orang Melayu yang jadi SUCKER !!

Mat Sucker

3:41 AM~~

Tahu lama dah. Survival.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).