Sunday, December 08, 2013

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD)


Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.

81 comments:

Muhamad Taufek Bohari said...

Hairan melihat parti yg berada dihujung nyawa ni... Berkumpul ramai2 di perhimpunan agong utk justify isteri PM guna aset negara mcm dia seorang menteri. Dlm 3+ juta ahli Umno x de ke yang terfikir negara kita dlm keadaan yg nazak... Ekonomi rakrat dlm keadaan yg terhimpit, institusi kerajaan dlm keadaan yg lemah dsb.

Yang wakil2 Umno tahu cuma memuji2 pemimpin mereka yg entah apa yang dibuat... Sama2lah kita berdoa agar ada sinar lagi untuk Malaysia...

azhar said...

salam dakj

nanti dimana ada PM di situ ada Menteri tugas -tugas khas.

dah macam membazir aje satu kerja dua menteri lakukan.


Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Alahai Zahid menteri dalam negeri.

Dengan sebegitu banyak masaalah keselsmatan dan ketenteraman rakyat jelata Zahid hanya buang masa rakyat dan RTM dgn tuduh Mat Sabu Syiah?

Itulah contoh betapa hampasnya dan sesatnya taraf pemikiran ketua2 UMNO.

Kalaulah betul tuduhan Zahid tentang Syiahnya Mat Sabu, patut ke Zahid belasah beliau didepan perwakilan UMNO.

Bukankah lebih bermaruah jika Zahid tangkap saja Mat Sabu tu dan dibicarakan. Seorang menteri jadi hakim , bicarakan Mat Sabu depan PAU! Cari publisiti murahan nampak.

Dalam PAU , Zahid akan kelihatan lebih bermaruah jika beliau berjaya menjawab persoalan2 berkaitan isu keselamatan rakyat yg tak reda di bangkitkan.

Isu bukan warganrgara jadi pengawal keselamatan. Di mana letaknya maruah KDN. Dah tak ada rakyat sendiri ke?

Isu kes jenayah bunuh yg membabitkan mangsa terdiri dari penjawat awam. Apa usaha kerajaan.

Bagaimana polis boleh gagal menemui kes pemalsuan ic hingga pengawal keselamatan warga Indonesia boleh lulus tapisan keselamatan polis dan diberi lesen senjata api.

Kepafa Zahid dan pembodek UMNO. Kalau isu besar spt tapisan keselamatan pun gagal, bagaimana nak berhadapan dgn isu lebih besar spt pertahanan dan serangan negara luar.

Jangan ingat Zahid saja yg berdosa. Ahli dan pembodek UMNO akan sama2 jawap di hari akhirat nanti.

joe black said...

Cadangan Dato' supaya Datin Seri Rosmah di jadikan Menteri supaya Rakyat Lebih Tahu betapa Pentingnya Isteri PM dalam hal menyelesaikan masaalah Kementerian yang terlibat saperti Kementerian Perdagangan dan Kementerian LuarNegeri. Pendek Kata Kementerian Pelajaran dan Kementerian Hal Ehwal Wanita Juga memerlukan sumbangan beliau. Banyak Wang Dapat dijimatkan jika beliau seorang meyandang jawatan dan kerjaya 4 Kementerian Tersebut.

Pendek Kata DS Najib akan lebih menonjolkan Nama Baik Isterinya dan Kasih Terhadap Isterinya jika Slogan Negara di ubah dari 1Malaysia kepada "1Rosmah". Dan "Rosmah Didahulukan".

OKJ said...

Salam DAKJ

Cadangan Pengerusi Biro Media Baru (BMB) supaya kurangkan berpolitik di media social ini bagus juga.. Jadikan sebagai lifestyle, tempat utk relax, bertukar-tukar pendapat dan menambahkan pahala. Kurangkan buat dosa kering dan beri orang marah je...

Jadinya, saya rasa tidak ada yg tak kena pun Dato’ Seri Presiden begitu baik dan sayang terhadap bininya. Sebabnya, ada satu nasihat dari Rasulullah iaitu; “Dan sebaik-baik dari lelaki ialah, orang yang paling baik terhadap isteri-isterinya”. (Shahih; HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah,)

Bukan saja Dato’ Seri dan Tan Sri, saya pun cukup sayang dekat bini saya. Cantik orangnya, lembut tutur katanya dan ringan tulangnya. Biasanya saya bagi “hadiah” dekat dia tetapi kadang-kadang beliau pula yg bagi “hadiah” dekat saya. Wow!!!! Memang best. Akhir kata, sapa tak sayang bini Ooi !!!!!!!!!!!! Sekian TQ.

ku_seman said...

Datuk, izinkan saya tampalkan entri ini dalam blog saya. Terima kasih.

Esa Adam said...

DAKJ,
22 tahun Tun M jadi PM tak pernah dgr dia sebut jasa Dr Hasmah.
Saya percaya banyak jasa Dr Hasmah kpd negara.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Tiga empat hari paling bosan dalam setahun iaitu setiap kali PAU dah berlalu.

Pesta puja puja puji presiden UMNO oleh perwakilan yg kandungan ucapannya dah ditapis dengan hujah2 yg sangat dangkal.

Pendebat tak akan berani mengupas isu sebenar yg semakin mendera rakyat terbanyak.

Isu kemiskinan, kenaikan kos sara hidup, gaji yg kecil, rasuah, kroni menguasai ekonomi dan pentadbiran, bukan Melayu semskin berpengaruh di aektor awam, ketirisan, perlajaran anak Melayu yg semakin tercicir, hak istimewa Melayu semakin terhakis sengaja tidak disentuh..

Semacam telah dihafal dgn skrip biasa maka perwakilan lanyak pembangkang tanpa rasa malu dgn tuduhan tsunami, tak mengenang jasa, LBGT, dan terbaru pengikut Syiah.

Kalaulah peteakilan ada azam bela Melayu tentulah mereka dgn lantang persoal rugi NPC, kenaikan tariff TNB dan ada kroni kaya raya kerana AP kereta dan air di Selangor.

Yg betulnya hampir semua pembahas tu dah jadi penunggu projek2 masing2.

Masaalahnya ialah entah berapa lama rakyat terutama Melayu yg masih dibuai mimpi konon UMNO lah pembela mada depan mereka

looes74 said...

Nah! Why not sack all ministers, abolish parliament & appoint Najib & his wife, President & First Lady for life.

MUMMY ROKIAH said...

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/01/lawatan-ds-rosmah-ke-luar-negara-adalah.html
Dulu Rais Yatim ditugaskan untuk pertahan Rosmah kini Shaidan Kassim dan Affendi Zahari sedang didik untuk menjadi pembodek tegar.
HABIS!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

The samurai melayu still sits on the dock of the bay and still calls on the UMNO Supreme Council to motion a Vote of No Confidence IF they love the Party more then the PM..

If otherwise, the old samurai feels the Opposition will be partying all night long comes the outcome of PRU 14... Allah forbids.

Alfatihah, amin

nedie yusuf said...

Askm Dato'

Negara kita malang jika ada pengampu seperti Affandi ini.Walaupun tahu ,buruk laku pemimpin Umno ,tapi cuba juga mencari jalan untuk membetulkan kesalahan mereka.

Kini di dlm kabinet juga terdapat jramai menteri pengampu hingga mereka digelar menteri cap ayam.

Terima kasih kepada yb Khairi yang berani melawan arus.Sekurang-kurangnya terubat sedikit bila kenang kembali perhimpunan umno baru -baru ini.Beliau berpura-pura atau tidak untuk menyuarakan rintihan rakyat,itu hal lain.

Moga pengampu -pengampu didlm hiraki umno ni akan pupus suatu hari nanti.terima kasih dato'

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Kadang-kadang kita yang siuman tidak percaya akan keluarnya hujah-hujah yang tidak boleh diterima oleh akal dari kalangan yang mengaku mereka orang politik.

Namun, itulah hakikatnya. Banyak lagi hujah-hujah spesis sedemikian yang tidak perlu lagi dinyatakan di sini.

Ironinya, itulah hujah yang terkeluar dari kepala otak Ketua Cawangan yang LCE pun tidak lulus dan professor dari kalangan mereka.

Mereka memang tidak tahu malu!

drlangitbiru penang said...

Menteri-menteri UMNO memang hebat-hebat!

Di bawah adalah sedutan kata-kata Menteri-menteri UMNO. Teka lah sapa yang cakap tu.....

1. Individu yang tidak suka dengan Sitem Pilihanraya Negara ini, sewajarnya "duduk dalam hutan"

2. Kalau tidak suka Undang-Undang Malaysia, sila keluar dari Malaysia.

3. Hantar anak belajar keluar negara jika tidak setuju Pelan Pendidikan Negara

4. Jangan beli rumah kalau harga naik.

5. Jangan makan ayam kalau harga naik, makan ikan atau daging.

6. Jangan beli sayur kalau harga naik, tanam sayur sendiri.

HEBAT-HEBAT PANDANGAN DAN NASIHAT MENTERI-MENTERI UMNO KPD RAKYAT.......

DI SAAT RAKYAT BERGELUT DENGAN BANJIR BESAR, UMNO TETAP MENERUSKAN PAU, TIADA DISEBUT SEPANJANG PAU TENTANG SUSAHNYA RAKYAT/MANGSA BANJIR.........YG DISEBUT ROSMAH WAJAR DAN LAYAK NAIK JET PERIBADI.....

OH YA.... PM KITA PUJI BININYA DIKHALAYAK RAMAI...HEMMMMMMMM....

MomTom said...

artikel ni dibuat sebagai lawak hujung minggu ke? macam tak ada point langsung. sengaja ditulis untuk melepaskan suatu perasaan tidak senang dalam hati.

drlangitbiru penang said...

PAU 2013: KEMANA HALATUJU UMNO???

NAK JADI ISLAM SUNNI PULAK DAH....

1 MELAYUU....!!

BANK WANITA????

LANGITBIRU TAK NAMPAK MANA HALATUJU UMNO....MELAINKAN 2 BATU NESAN..!!!!

Azmi Bakri said...

Digelar dicemuh rakyat mukanya selamba,
Aib malu jatuh maruah baginya adalah sama saja,
Menjilat mengampu bertempik sorak suka lah ia,
Esok lusa memimpin umat akan membawa celaka....

drlangitbiru penang said...

PAU NI TAK ADA MAKNANYA.......

MEDAN ATAU PENTAS PUJI-PUJIAN.....AMPU-AMPUAN......

PETROL NAIK...
GULA NAIK...
AIR NAIK.....
ELEKTRIK NAIK....
TOL NAIK....
TAMBANG BAS NAIK.....
RPGT NAIK....

OHH....UNTUK KEBAIKAN RAKYAT KATA PEMBESAR UMNO......

REALITI...

INFLASI NAIK...

HUTANG NEGARA NAIK...

NEGARA MENUJU MUFLIS DI BAWAH UMNO....

FMZ.com said...

Enche Kadir,

Semakin lancang nada dan bahasa Enche terhadap UMNO BN; petanda Enche ada jati diri yg tak dapat dibeli dengan anugerah negara, tidak seperti kelompok pemikir Melayu lain.

Jika dulu, penulis dan wartawan seperti Enche berjaya mencetus perubahan dan gagasan besar untuk merdeka, menggunung harapan rakyat marhaen seperti saya untuk melihat Enche meneruskan legasi itu.

Menyatakan kebenaran dan hak itu penting untuk orang besar seperti Enche, bukan saja dalam prinsip kewartawanan yang diajar di Level 13 bahkan Islam mewajibkannya. Apatah lagi matlamatnya untuk kesejahteraan orang kebanyakan.

Semoga Enche dirahmati Allah dalam perjuangan ini; berpesan dengan kebenaran, berpesan dengan kesabaran.

FMZ

Rosiah Ismail said...

Assalamualaikum wbt...salam diberi tanda ingatan ikhlas dihati untuk dato yang dikasihi semoga terus sehat sepanjang hayat...anugerah ALLAH kepada yang paling berharga ialah sehat tubuh badan dan sehat hati kita kerana jika hati sakit maka keseluruhan tubuh badan kita akan sakit termasuk la batin kita juga akan sakit dan rosak...maka pelihara la kesihatan kita seluruh nya...Jasa dan pengorbanan tidak perlu dilaungkan dikhlayak ramai cukup sekadar syukur dimana kita pernah berjasa semoga jasa kita itu diberkati ALLAH dan juga sentiasa dalam rahmat nya. Apakah seorang PM wajar memberitahu akan jasa2 isteri nya kepada rakyat tepuk dada tanya akal la saya tak mahu jawab,,,,kalau saya jawab maknanya saya pun bodoh juga macam perwakilan yang dato sebut, Malaysia adalah sebuah negara yang ada sistem nya dan rakyat telah melantik mereka2 ini menjadi ahli parlimen dan dilantik jadi menteri tapi kalau gagal adakah wajar rakyat membayar gaji mereka lagi...fikirkan ya semua..ok dato selamat malam tidur dulu T/kasih kerana masih menerima kemerapuan saya...wassalam.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Saya tidak tahu diantara DS Najib dan DS Rosmah, siapa yang lebih terkeliru. Yang mana menteri dan yang mana isteri?

Adakah selepas melantik Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri Pelajaran; DS Najib mendapati bahawa mereka telah gagal melaksanakan tugas-tugas mereka masing-masing sehingga terpaksa DS Najib meminta bantuan isterinya untuk menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh menteri-menteri berkenaan? Ataupun DS Rosmah rasa tidak berpuashati dengan perlaksanaan tugas menteri-menteri berkenaan sehingga beliau dengan rasa tanggungjawab telah menjalankan tugas mengganti tugas-tugas menteri-menteri berkenaan? Ataupun menteri-menteri berkenaan terlalu lemah dan tidak kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sehingga terpaksa meminta bantuan DS Rosmah?

Walau apa pun, kini telah terbukti kenyataan pemimpin negara jiran bahawa negara kita sedang dipimpin oleh orang-orang yang tidak kompeten sehingga memerlukan DS Rosmah untuk membantu menyelesaikan permasalahan negara. Jika ia benar, maka rakyat Malaysia harus menuntut agar TS Muhyiddin, DS Mustapa, DS Anifah Aman dan D Rohani untuk meletakkan jawatan mereka masing-masing kerana mereka telah dibuktikan gagal dalam melaksanakan tugas mereka masing-masing oleh DS Najib sehinggga terpaksa diambil-alih oleh DS Rosmah.

Jika kenyataan diatas tidak benar, ternyata DS Najib dan DS Rosmah suami-isteri yang terkeliru?

Tetapi, yang nyata adalah samada keempat-empat menteri-menteri berkenaan adalah tidak kompeten ataupun DS Najib yang telah membiarkan DS Rosmah mencampuri urusan dan hal-ehwal pentadbiran negara tanpa sebarang kuasa/autoriti yang dibenarkan menurut undang-undang negara.

Yang kita semua sedia maklum, negara kita bukanlah sebuah negara monarki atau negara republik yang mana seorang isteri Perdana Menteri mempunyai hak untuk mewakili negara ataupun mencampuri sebarang urusan pentadbiran negara sewenang-wenangnya. Malah negara-negara monarki dan republik pun tidak dengan mudahnya membenarkan Wanita-wanita Pertama mereka untuk mengganggu pentadbiran negara mereka masing-masing. Inikan isteri seorang Perdana Menteri di dalam sebuah negara monarki berperlembagaan yang masih mempunyai Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Raja-raja dan Permaisuri/Sultanah/Raja Perempuan di negeri-negeri.

Sufian Idrus

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Saya mengharapkan artikal yang lebih mencabar berikutan dari ucapan penutup Presiden UMNO DS Najib dari hanya berbicara tentang Rosmah yang trivial.Obviously, all is not over yet for her gamaknya.Rosmah terus mendapat perhatian Dato kerana ramai yang tidak senang dengannya nampaknya. Apakah kita harus masih mahu terikut ikut dengan rentak Malaysian Insider Pak penakan Malaysiakini?. Depa bersaudara Dato.Ramai yang mahukan Rosmah hanya berfungsi sebagai saorang suri rumah tangga yang baik dan dilarang menonjol..That's all.UMNO goes beyond Rosmah surely .Must we dwell further and that she has to take the centre stage?. The bashing on her for that jet thing was not enough?.Kesian .Najib should have known better.Lain kali jangan hanya raikan Rocky Bru sahaja.Ramai blogger lain diluar sana juga perlukan perhatian.

2.Many lack and cannot appreciate sense of humour.Remember what Tun said when he submitted his resignation letter to quit as Petronas advisor?.Dr Mahathir said this "There are numerous opportunities for Bumiputeras (in Petronas)...a lot are given to Mokhzani bin Mahathir,".Ada yang tidak faham.Issh...ishhh..

2. Pandangan saya PAU (Bukan PAU sedap Tanjung Malim tu) baru baru ini amat berjaya tanpa ada tekanan pilihanraya dengan berbagai ketetapan telah dibuat bagi memperkukuhkan parti UMNO parti yang memperjuangkan Islam, bangsa dan negara selama ini kerana parti lain TIDAK lagi.Saya tidak pernah ragu dengan kekuatan parti ini.Terima kasih Dato.Wallahwualam.

BudakPendang said...

Assalamualaikum Datuk,

Melainkan saya terlepas pandang, belum pernah sekalipun saya ternampak atau terdengar mana-mana Presiden atau Perdana Menteri puji bini di depan khalayak.

Agama pun - Islam, maksud saya - tak suruh kita buat perangai tu. Kerana isteri tu sebahagian daripada kita, puji isteri dengan niat nak membesar-besarkan jasanya di depan orang, sama jugalah dengan memuji diri kita sendiri.
Hanya 'orang tak cukup sagi' (kata orang Kedah...) buat kerja macam tu.

Habaq la kat Najib kalau nak pertahankan isteri pun carilah kaedah lain. Tak payahlah buat perangai budak-budak tak cukup umur macam tu. Nampak sangat tak cerdiknya dia...

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr OKJ

Dah betul sangat kita dituntut berbuat baik kpd ahli keluarga terutama keluarga terdekat.

TAPI dalam proses konon membuat kebaikan kpd mereka OKJ lupa atau tak tau nak sebut ada syarat2 tertentu.

Kalau Najib punya jet peribadi yg dibeli sendiri bukan duit curi atau diragui sumbernya beliau boleh benarkan siapa jugak inikan pulak kak mah isterinya.

Begitu jugak semasa krisis kewangan Asia tahun 1990an dulu kalaulah PM waktu tu TAK GUNA duit rakyat 2b untuk tolong selamat bisnis anak sendiri hingga merugikan GLC bernama Petronas tiada siapa pun komplain.

Begitu jugak bukan caranya yg dihalalkan dalam Islam menolong anak terlepas dari pengadilan atas tuduhan pukul pengaeal semata2 kerana bapanya menteri jaga polis.

Kes duit rakyat 750jt diderma pd NPC jugak satu lagi kes buat baik sesama keluarga penyamun UMNO yg rakyat dan agama tak akan restu.

Moral ceritanya jangan sesiapa cuba loyar buruk nak menghalalkan yg jelas haram

Rugilah dan celakalah kita kalau tak kenal halal haram dan Allah bisrkan kita terus bergelumang dgnnya

Lahuma said...

Dato.

Kenapa terjadi begini rupa.

1.mentaliti orang UMNO sendiri.
2.kualiti yang ada pada kepimpinan UMNO.

Budaya kipas bodek dan ampu sudah lumrah.
Harapan mengubah penghidupan diri sendiri cukup rakus.

Lihatlah apa yang pembahas buat bila dia sendiri balik ke cawangan atau kebahagiannya sendiri.Tin kosong.

MT /Menteri yang berada didepan pentas jawap pun lepas batuk ditangga.Perwakilan pun tepuk macam nak runtuh dewan.

Akhir sekali jasa isteri lebih mahal dari jasa rakyat.

Jangan jadi kapal ada dua nahoda.Lori balak ada dua drebar.

Lepas ini mesti ada ikutan pemimpin bawahan pula akan ada puji isteri mereka daripada yang lain.

Antaranya:

Menteri
MB
Ketua Bahagian
Ketua Cawangan

Semua ini ada akitan dengan Wanita Tulang Belakang.

Nampak sangat agneda peribadi.

Kemudian Bank Wanita pula.
Perbetulkan dulu mana -mana yang takbetul dengan bank yang ada.

Kalau sudah ada isteri campur tanga urusan dan pentadbiran negara percayalah sejarah tidak akan bohong pada kita.

Bukan persepsi lagi.

Terima kasih Dato.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas dan pelawat sekalian.

1. Pembahas Esa Adam berkata: "22 tahun Tun M jadi PM tak pernah dgr dia sebut jasa Dr Hasmah.
Saya percaya banyak jasa Dr Hasmah kpd negara."

Jasa Tun Dr Siti Hasmah yang paling besar adalah menjadi isteri yang membawa ketenangan kepada suaminya, mengharumkan nama dan imej suaminya dan menbuatkan khalayak sayang dan hormat kepadanya. Tahu dan sedar diri.

Begitu jugalah dengan Tun Syarifah Roziah, Tun Rahah dan Tun Suhaila. Alhamdulillah.

2. Dulu pada zaman saya, apabila seseorang pemimpin ada sesuatu yang hendak dihebahkan, tetapi dia sendiri tidak boleh menghebahkannya kerana tidak kena tempat atau tidak manis, maka dilakukan "leak".

Orang lain atau pihak, termasuk media massa, melakukan bagi pihak beliau secara subtle dan tidak menonjol. Mesej sampai juga dan tidaklah nampak macam MBAS (masuk bakul angkat sendiri).

Orang putih kata, there are many ways of skinning a (big) cat.

3. Pembahas MomTom antara lain berkata: "artikel ni dibuat sebagai lawak hujung minggu ke? macam tak ada point langsung.

Tak apa. Anggaplah ini sebagai satira untuk menghibur lara.

Terima kasih.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ 7.30am,

Di wajah Dr Siti Hasmah ada kasih sayang dan menenangkan samada kepada rakan atau musuh Tun M.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Najib kata walaupun kenaikan tsriff letrik akan membebankan majoriti rakyat tetapi ianya terpaksa dilakukan.

ERTINYA RAKYAT:

mesti faham dan reda maklum qada dan qadar. Sebagai org beriman SABAR JE.

kalau gaji yg ada ni tak cukup nak bayar bil2 letrik , petrol dan makan minum pergilsh cari usaha lain. Harap2 yg halallah. Atau pergilah mintak sedekah dgn ketua2 UMNO. Kan mereka tu pejuang bangsa.

Mungkin juga idea yg baik rakyat tak perlu hantar anak ke sekolah. Kalsu pandai pun kena pulak pinjam PTPTN. Dah lulus jadi pulak penggangur terhormat. Anak2 Indon yg jadi tukang kacau rezeki org Melayu tu pun mana ada sekolah tapi bawa balik tiga empat ribu sebulan.

Rskyat mesti faham, mereka sengsara tak pe. Tapi toke2 IPP yg gembira bagai nak rak sebab boleh jual letrik pd TNB/RAKYAT wajib dilindungi.

Kesian. Itu sajakah yg boleh Najib perjelaskan.

Mampus Melayu dibuatnya.

Dakj....tulisan Dato bukan bahan lawak hujung minggu.

Vagrant John said...

1. Tuan Presiden UMNO 'hormat' isteri dia, sehingga terpuji puji jasa isteri.

2. wakil wakil UMNO 'hormat' Tuan Presiden, masing-masing sibuk mempertahankan status istimewa bini kepana tuan presiden

3. Isu kos hidup yang melambung tinggi tidak dipertikaikan langsung, ia tidak memberi kesan pembesar yang kaya raya

4. sejak bila menteri menteri/warlord umno kita ni kompeten?

5. DSR harus diberikan peluang untuk berpolitik

Salatus Salatin said...

Datuk,
Saya juga percaya tidak perlu DS Najib membuat kenyataan sebegitu rupa. Seakan DS Najib mahu menghalalkan ' campurtangan ' Rosmah dalam banyak hal.
Kedua..
Perwakilan Wilayah dan Selangor pada pandangan saya antara pembahas yang gagal. Maaflah, mungkin ini antara sebab mengapa UMNO lemah di sana.

Wan Kamarul said...

Hujung minggu 1-2 ari ni gi jalan-jalan di kedai buku cari buku terbaru Datuk 'Mohd Najib Selepas Tsunami Cina'. takda lagi.. hmmmm

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ,

Pada kalangan sahabat-sahabat saya ada yang telah menanyakan saya kenapa yang terhormat Pak Kadiek telah meningkatkan tegoran dan pandangan beliau terhadap kepimpinan Najib Tun Razak baru-baru ini, khas nya selepas PRU13. Sebagai sahabat lama sepanjang perhubungan saya dengan Pak Kadier semasa kami bersuamuka didalam dan di luar negeri, saya agar lebih memahami sentimen beliau yang begitu rapat dengan Mantan PM Tun Mahathir dan juga YABhg Tun Siti Hasmah. Saya juga telah pernah berkhidmat sepanjang unsur saya dengan Kerajaan di luar negara yang sering mendampingi pimimpin-pimimpin politik kita yang disebutkan sebagai "political godfather." Tetapi saya cakap benar atas pendirian saya adalah berbeza dan saya tidak ganjak untuk mengkritik kelemahan pimimpin-pimimpin kita secara terbuka, sehingga ada yang mendesakkan agar saya diserap balik perkhidmatan di luar negeri ke perjawatan pegawai perkhidmatan dalam negeri."

Sebagai seorang yang setia dengan pimimpin dan ketua saya dalam perkhidmatan awam, kita harus menghormati kedudukan dan kewibawaan seorang perdana menteri dan juga isteri beliau dalam apa situasi oleh kerana seseorang hanya bersalah jika ada hukuman undang-undang yang sah, dan bukan hanya atas andaian sesuatu pihak yang mungkin ada kepentingan peribadi. Contohnya kita mengkritik bekas Wanita Pertama Philippines, Puan Maros adalah wajar atas sebab-sebab yang tertentu dan beliau juga telah dihadapkan ke keadilan Undang-Undang.

Sebalik nya apa kah salah nya yang pernah berlaku oleh isteri PM Najib sehingga beliau selalu dicercir dan di maki hamun di pembukaan sosial media atau blog? Jawab persoalan ini agar kita lebih berterus terang untuk mengutamakan kritikan kita terhadap beliau secara di kalangan umum. Sebagai manusia yang kurang fitrah dari segi kemuliaan agama, kita pun ada kelemahan masing-masing sendiri. Bak kata orang jika kita menghulurkan jari penunjuk kepada orang lain, 4 jari-jari lain akan memanah kepada muka kita sendiri!

Kita seharus nya mengimbas kembali kebaikan dan lelebihan seorang pimimpin itu dari segi faktur dan kenyataan yang setia ada. Sebagai mana kita sedia maklum, setiap isteri perdana menteri kita telah hidup di saman yang berbeza dengan tanggungjawab dan peranan yang berlainan mengikut keedaran masa dan situasi. Kita harus mengakui kehebatan dan kebolehan seseorang dan bagi DS Rosmah beliau juga ada banyak jasa nya yang tidak diketahui umum. Justeru tidak salah jika Najib selaku suami yang ada kejantanan dan prinsip memberitahu secara umum apa-apa peranan dan jasa Rosmah di kalangan perwakilan PAU13 adalah tidak bersalah. Bukan jual ubat dan angkat bakul sendiri, tetapi hanya membela isteri yang tercinta itu yang selalu mendapat kritikan dan hukuman sekelompok pengkritik yang suka mengkritik tanpa faktur-faktur yang benar dengan seribu satu andaian. Mungkin pada satu hari juga, Puan Sri Norainee yang memaparkan sistem meneruskan pelajaran untuk anak-anak yang sedang dalam rawatan perubatan di hospital juga akan ditegur dengan ada nya saham-saham dalam penglibatan beliau. Tidak mustahil sebab manusia ini tiada kerja yang lain, tetapi suka menyibuk atau hanya "busy body for nothing"

Wan Kamarul said...

darilangitbirupenang.. usahlah duk memekak belasah pemimpin umno.. gi tarbiah dap tu dulu supaya mengenal islam ok?

jebat said...


Salam takzim DAKJ,

Wah sungguh hangat edisi kali ini, Bertujai komen-koemn pembaca.

TAPI, apakah kesanya ?

Semuanya didengar oleh mereka yang PEKAK BADAK belaka.Saya cuma nak mengingatkan semual beberapa pepatah lama:

1. AIR LAUT SAPA NAK MASIN KAN ?

2. MASUK BAKUL ANGAK SENDIRI.

3. SOKONG MEMBAWA REBAH.

4. SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABU NYA.


Satu perkara lagi saya suka menarik perhatian semua tentang PAU. Dalambahas Teonghua ( Ah JIb Koh ) tentu tau PAU bermaana BUNGKUS. Tentu ada kaitan nya dengan Perhimpunan Agung UMNO .

Apakah PAU kali ini benar-benar membawa erti BUNGKUS !!

Wallahu Alam.



A KADIR JASIN said...

Sdr Kampong Man, thank you for your eloquence and kind reminder. Also Sdr Mustapha Ong.

Yes, there were some traces of sanity and seriousness at the assembly. But the ampu-mengampu took centre stage. It was about the survival of those present and less about the rakyat outside and the eventual survival of Umno.

Who started it? The apple polishers. Who made it worst? The president himself. Don’t pile the blame on Malaysiakini, Malaysian Insider or anybody else.

Did the PM not praised his wife at the assembly? If we still believe in Umno, it has to be about bangsa, agama and negara and not about your wife or my wife. That's private matter. Yes, OKJ can quote the Hadith and smooches his wife all night long. But OKJ is not Umno President and his wife is not the PM’s wife. So let us make the distinction.

I do not know if Kampong Man is a friend of the PM or knows him well. I am not the PM’s friend but, as a reporter, I know him since 1977 when I interviewed him on the anniversary of his first year as Pekan MP. He was then single and we met at their family home in Jalan Eaton.

I got to know him better when he was Pahang MB. I thank him for inviting me to have meals with him at his official residence in Kuantan. He was then married to his first wife. I also thank him and Datin Seri Rosmah for inviting me to their home in Taman Duta for meals.

But this is not about kindness to me or about the PM supposedly not treating me as he treats Rocky’s Bru. This is about doing the right thing for the country. So I believe I know him enough unless of course Kampong Man is his bosom buddy.

Kampong Man, personally I WANT NOTHING from the PM. Soal “apa kadir ndak” (What Kadir wants) does not arise. Sadly that’s what an operator of the PM asked a journalist friend of mine. What I want is for Umno to have good incorruptible visionary leaders. I want Umno to flourish. I want my children and grandchildren to inherit a better Malaysia. Thank you.

looes74 said...

Kadir Jasin,
So what if there is tiny weeny trace of sanity & seriousness as you have put out. This I agree with you. Anyway, this is getting fun

http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/jangan-dengar-cakap-kadir-jasin.html

matpenang said...

Salam dato',

Kalau talipon menalipon buli (bahasa bangla) mengubah keputusan, maknanya banyak lah keputusan yang telah berubah di negara kita juga. Patut ramai yang terlepas.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Isteri yang paling banyak jasanya kepada Nabi Muhammad SAW ialah Siadatina Khadijah bt khuwailid ra, Nabi SAW tidak berkahwin dengan wanita lain sehinggalah Saidatina Khadidah ra, wafat..

Cinta dan kasih sayangnya terhadap Nabi SAW sangat mendalam.. masa senang, masa susah, ia tetap bersama Nabi SAW.. menghantar makanan di Gua Hira' yang berkedudukan tinggi di Jabal Nur dengan keadaan jalan yang berbatu-batu kerikil tetap dilakukan oleh Saidatina Khadijah ra..

Tidak pernah terjumpa dalam sejarah dinukilkan.. Saidatina Khadijah melakukanya dengan cara menunjul diri.. menunjuk-nunjuk.. semuanya dilakukan dibelakang tabir kerana sayangnya terhadap Suami..

Jadilah isteri yang solihah yang menggembirakan hati suami agar mendapat keredhaan ALLAH..

TQ Tok..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Kalau kita ni sedar dan insaf bahawa kita ni hamba Allah tentu kita tak putar belit nak sedapkan hati selepas menhampakan rakyat.

Kita tak akan buat dosa berterusan kalau bukam demi nak tutup dosa terdahulu. Sebab itu kita ada2kan akta rahsia rasmi.

Kita tidak akan tipu2 dalam PRU kalau memang kita tak takut bayang memikir kejahatan kita selama ini. Sebab itu kita jadikan pengerusi SPR pengadil berat sebelah.

Kalau kita jahat jangan fikir org lain pun boleh di upah supaya jahat macam kita.

Pembodek UMNO. Suatu masa nanti mulut anda yg loyar buruk itu akan Allah kunci.

Nak pilih neraka? Terserah

joe black said...

Dato'

The Question"apa kadir ndak" reflects the nature of the person who asked the question knowing full well what your intentions were in commenting on affairs in the interest of the nation.

The Answer expected from you were...a million or more $$s..A Major Contract...A Development Project...Chairmanship of a GLC with all the Financial emoluments etc etc.

To DS Najib, people are accorded their worth in monetary value and nothing else. So those who are ardent supporters beware for you may be in turn similarly seen to be worth as such in the public eye.

shamal66 said...

Salah DAKJ Ramai di kalangan bijak pandai, penjawat awam da bosan dgn ahjibgor n wife..+ Cosultan+ punahsihat..jilat pengkhianat negara+ mengikut tandak pakatan, semua nak d mansuhkan Cuma AhjibGor tak berani mansoh kan Rosmah mansor ..tranfomasi tak membawa apa apa erti pada rakyat..semua jabatan kurang peruntukan, kertas A4 pun x ada, Kenderaan jabatan pun teruk rumah dan pejabt pun sama, semua nak KPI..line internet lembab, kura kura..ah usah lah...melalakkan dgn ucapan yg membosankan,, pru 14 akan di ajar supaya belajar mendengar kata, sengar suara takyat, buka pembodek, penasihat..pakai topeng menyamar duduk kedai dan bas stop tanya pasal AhjibGor dan bini dia, tanya ada kesankah Tranfomasi, KPI, NKRA...sure pedas pedas akan kau dengar..itu aja

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Pepatah betkokok berdegar2. Tapi ekor main tahi.

Itu senario yg boleh menerangkan kelakuan pelawak2 yg ambil bahagian setiap kali PAU . Dari presiden sampailah ke ketua cawangan yg hadir.

Semua org tau Najib tu bukanlah lulusan first class dari Oxford. Tapi bukan itu yg org pentingkan.

JUJUR, IKHLAS, BERSIH DAN ADIL TERUTAMA PADA MELAYU.

Itu yg lebih utama pd kami tak kira penyokong atau yg membangkang.

Susah sgt ke kalau panggil menteri dan org kanannya dan beri arahan jelas isitu: MULAI SAAT INI JUGAK SAYA MAU PEMBAZIRAN DAN KETIRISAN DALAM BAJET NRGARA DIKURANG AGAR BAJET NEGARA DAPAT DIJIMAT SEBANYAK 20%

SEMUA ORG TERMASUK ORG BESAR UBN KENA IKAT PERUT DEMI MENCAPAI MATLAMAT DI ATAS

ADA BRANI KA.

Bagi ketua2 UMNO, kebangkitan rakyat hanya boleh berlaku di negsra lain.

buah kerdas said...

"What Kadir wants" or "What Kadiaq wants" is an absolute derogatory remark by pure apple polishers, whoever they might be. Pathetic remark from self-proclaimed men of meritocracy, bla bla bla....

Competente said...

Datuk,

Datuk Seri Najib's love for his wife had overwhelmed and overtaken his responsibility as the Prime Minister of the country. For whatever he does, he did it for Rosmah. Rosmah always comes first, beyond the needs of the rakyat, the nation, and of course the taxpayers who paid his salaries. He had sacrificed the desires and requests of the people just for the sake of Rosmah.

That is how he truly loves Rosmah. Is it anything comparable with our love to our wife? I love my wife too, of course. But, I am sure it is not anything comparable to how Datuk Seri Najib loves Rosmah.

Anyway, I wonder what will he answer in the hereafter, if he had inadvertently forsaken his responsibility as the leader of the people just because of his greatest love for Rosmah. Will Rosmah answer for him?

I only love my wife because of Allah, and I dare not forsake any of my responsibility to Allah or to anyone just because of my love for my wife.

"Verily, among your wives and your children, there are enemies for you who may stop you from the obedience of Allah; therefore beware of them" Al-Qur'an 64:14

Wallahualam.

-Competente-

nedie yusuf said...

Askm dato'

Tahniah atas jawapan yang cukup kritis buat mustafa ong dan kampung man.

Sesungguhnya hanya jauhari yang kenal manikam.kita kritik bukan kita benci tapi kita kritik pemimpin supaya mereka sedar diri.yang lebih penting,kita kritik supaya kita ihasnya rakyat jelata tidak diperkotak -katikkan.

Tahniah dato'

looes74 said...

Din Melaka,
Dia lulusan darin university nortingham. Mana tu Nortingham. Tempat di man sheriff tu yang bermahajarela. The place where Robin the hood fight against the injustice inherent in Yingeland

drlangitbiru penang said...

Salam Dato'

Sdr Wan Kamarul,

DAP tak perlu ditarbiah, tapi perlu didakwah!

Yang perlu terbiyah ialah orang Islam yang langgar syariat

Orang Islam yang ragu-ragu dengan hukum Hudud yang terkandung dalam Al-Quran, ITU YANG PERLU DITARBIYAH.

Orang Islam yang menyalahgunakuasa politik dan pemerintahan negara untuk kepentingan peribadi, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang merompak duit rakyat, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang:
Bila berkata dia dusta
Bila berjanji dia mungkiri
Bila diberi amanah dia khianat
Bila berselisih pendapat dia melampaui batas

ITU YANG PERLU DITARBIYAH

KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British......MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!

Nabi saw berdakwah kepada bukan Islam supaya masuk Islam.

Jadi DAP itu perlu didakwah, bukan ditarbiyah

Kena daham perbezaan dakwah dengan tarbiyyah!!

NAIK JET PERIBADI KE LUAR NEGARA TU BUKAN SATU WASATIYYAH.....ini pun perlu tarbiyyah!

Sufian Idrus said...

Datuk,

Rosmah dikritik kerana gemar menggunakan aset negara bagi kepentingan dan tujuan peribadi beliau. Kita tidak berapa tahu kisah terperinci kenapa beliau menggunakan jet kerajaan atas urusan peribadi beliau, namun rasanya tidak salah jika Rosmah sekali-sekala mendengar keperihatinan rakyat atas perbelanjaan mewah para pembesar sehingga rakyat terpaksa mengikat perut diatas kenaikan kos hidup. Lebih-lebih lagi yang sering berbelanja mewah adalah diri beliau sendiri.

Jikalau Najib tidak boleh menerima kritikan tersebut, amatlah malang rakyat yang telah memilih dan mengundi Najib sebagai pemimpin negara. Alangkan Khulafa Ar- Rashidin Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sanggup dikritik, adakah Najib maksum dari sebarang kritikan?

Perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan mempertahankan tindakan Rosmah menggunakan aset kerajaan kerana sayangnya Najib kepada Rosmah. Saya rasa kisah kasih-sayang suami-isteri adalah bukan urusan orang luar. Kaki pembodek tidak diperlukan di sini. Terlalu malang UMNO Wilayah Persekutuan kerana mengambil kaki bodek sebagai perwakilan, mereka inilah golongan yang akan menghancurkan negara. Alangkan Saidina Umar sanggup memadamkan lilin dari harta kerajaan ketika berbincang urusan peribadi beliau, ini pula penggunaan jet kerajaan untuk terbang kesana-sini.

Saya sarankan Najib dan Rosmah agar lebih mencontohi amalan Rasulullah dan para sahabat. Dan Insya Allah rakyat juga kelak akan mencontohi mereka. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan rakyat semua agar tidak terdorong dengan kepentingan diri sendiri dan sifat tamak.


Sufian Idrus

drlangitbiru penang said...

Penangan Mat Sabu mengekalkan no 2 dalam hirarki PAS,

UMNO terpaksa ubah perlembagaan Partinya khusus untuk jadi Sunni.....Sunni Melayu!!!

drlangitbiru penang said...

PARA ahli UMNO patut contohi Presiden mereka...puji melangit isteri di khalayak ramai.....

Ghab said...

Why not? To be down with his wife no matter what through good or bad because of love. Najib's hardihood was a little surprising to all but considering it, it is a demonstration of courage. He probably careless of bringing bed time stories before his congregation; nevertheless, he was possessed of no false hardihood. 

Indeed responsibility is a mark of leadership. What we hope for and expected of our leaders sometimes did not meet our expectations. Maybe the following quotations will splash out a little explanation. 

“Humanity has advanced, when it has advanced, not because it has been sober, responsible, and cautious, but because it has been playful, rebellious, and immature.” Tom Robbin

“The thing the sixties did was to show us the possibilities and the responsibility that we all had. It wasn't the answer. It just gave us a glimpse of the possibility.” 
― John Lennon

budakjawa said...

Assalamualaikum YBhg. DAKJ,

Setelah mengikuti blog datuk beberapa lama, saya percaya datuk bukan menulis entry ini atau lain-lain entry yang keras terhadap kerajaan atau pemimpin kerajaan kerana inginkan sesuatu. Mudah-mudahan datuk diberikan keberkatan dalam bentuk kesihatan yang baik untuk meneruskan penulisan yang seimbang dan boleh memberi kesedaran kepada kerajaan dan pemimpin.

Tentang ds rosmah ni, saya tak faham kenapa ada yang menganggap ia perkara yang remeh sehingga ada pula yang berkata seseorang tidak bersalah sehingga dijatuhkan hukuman dari segi undang-undang. Apa punya logik? Adakah undang-undang yang dicipta ini sempurna? Adakah orang yang didapati tidak bersalah pada sesuatu masa boleh didapati bersalah pada masa lain atas kes yang sama, dan sebaliknya? Tentu boleh. Yang lebih penting bagaimana seseorang itu boleh disabitkan bersalah kalau tidak dituduh dan dibicarakan? Dan yang terlebih penting lagi adalah apakah tidak boleh menegur terutama sekali pemimpin dan orang yang berkaitan dengannya kalau ada yang difikirkan (bukan oleh seorang dua tetapi ramai orang) tidak kena sebelum sesuatu perkara tersebut menjadi masalah yang lebih besar?

Kalau ds rosmah ni pandai sangat, kenapa tidak menyumbang sebelum daripada ini? Kenapa selepas bergelar isteri pm baru nak menonjol? Atau kelebihan beliau itu sebenarnya semata-mata kerana kedudukannya sebagai isteri seorang pm?

Tiada sesiapapun kisah kalau ds rosmah nak menyumbang, tapi kalau dah namanya menyumbang tu, kenalah guna tenaga dan sumber sendiri. Bukan guna jentera dan sumber kerajaan. Kalau nak guna pun ada had dan prinsipnya. Janganlah sampai melangkaui kuasa menteri-menteri sedia ada atau mengguna pakai harta kerajaan sesuka hati hatta mendapat kebenaran daripada kabinet kerana kabinet juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan sesuka hati dan bukan atas dasar kepentingan rakyat.

Yang betul itu betullah. Yang tidak betul itu tidak betullah. Janganlah hitam dikata putih atau cuba menegakkan benang yang basah sehingga perhimpunan agong parti politik terbesar negara yang ada kaitan dengan kebajikan rakyat diselitkan hal rumah tangga hubungan pm suami isteri.

Akhir sekali datuk, saya memang sangat risau apabila urusan antara dua negara boleh diuruskan melalui telefon oleh orang yang tiada autoriti pun. Melakukannya secara tersembunyi adalah satu perkara, manakala melakukannya dan mengisytiharkannya seolah-olah ia bukan satu kesalahan pula adalah pekara yang amat menakutkan.

Wallahualam

Sesungguhnya segala kerosakan yang berlaku di laut dan di darat adalah disebabkan oleh tanagan manusia. Lalu diturunkan bala bukan sebagai hukuman, tetapi sebagai peringatan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Oleh itu bergembiralah sekiranya kita diberi peringatan, dan bukan bersifat defensif kerana kita manusia tidak lepas dari kesilapan waima pemimpin dan keluarganya.

Competente said...

Datuk,

Sometimes it was said that the national economy has improved. At another time, it was said the government is close to bankruptcy. Then it was said that the oppositions are the ones who had caused the national economy to suffer. But at the end, it is the people who are suffering.

The subsidies have been cut, costs of living escalated and it seems to be getting from bad to worse. GST is going to be launched, electricity tariff is rising. The rakyat are feeling too frustrated with the conditions in the country. Yet, Najib advised the rakyat to change their lifestyle and cut their spending.

Najib does not have the slightest idea that what the rakyat sees are different. The Prime Minister's wife is spending lavishly, using the taxpayers' money for her own purposes, flying on a jet paid by the taxpayers, and many more glaring acts. The rakyat's dissatisfaction is unavoidable. While the rakyat is facing the flood in the East Coast, he boasts about his wife. Najib is just blind, he has an attitude of blaming others and does not take responsibility of his actions (or should I say non-actions). He is like an old record player who plays the history of what his father did in the 70s. He refused to acknowledge that this is 2013 and 2014 is coming and so far he has done nothing, but giving baits of BRIM so that people will continue to vote for him. He just make the rakyat felt sick.

What made Najib more blind and is more sickening to the people are the species of great apple polishers like Affandi Zahari, who just made people vomit!

Someone should come up front and advise the President of UMNO. He should be reminded that it was him who asked to be elected and the people have elected him. Therefore he has to honour the people's request for an improvement in the economy, a lower cost of living, a greater purchasing power and lesser Rosmah's spending. Instead what he did was totally reverse; a degradation of the economy, a higher cost of living, a much lesser purchasing power, but greater Rosmah's spending. This is not what his slogan is all about "The people first". He practices "Rosmah first".

Najib should not blame the opposition. The opposition is not responsible for the national economy. The blame is on the failures of the Prime Minister and the Minister of Finance, both himself.

So far in the history of Malaysia, Najib is no better than Pak Lah. He is even the worst Prime Minister in the history of Malaysia to date, and his behavior only shows deteriorating performance.

If Najib continues like this, UMNO will fail, BN will fail and Malaysia will fail. Nobody else to be blamed, but Najib.

-Competente-

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr looes74. Tkasih kerana info Najib belajar dimana.

Saya tekankan antara graduan u terbilang dgn yg jujur , amanah dan perihatin dgn nasib rakyat maka tentulah yg kedua itu jauh lebih penting.

Kes Najib ni jauh lebih teruk.

Apa yg dia buat dgn duit rakyat bila dalam masa 4 tahun dia jadi PM, hutang rakyat mencanak naik daripada rm293b kepada rm550b.

Mahathir yg terkenal dgn kehebatan projek2 mewah pun tidak mewariskan hutang rakyst sebesar itu.

Campur tolak setelah beri Najib benefit of the doubt, saya rasa rakyat patut doa agar kita cepat dpt PM baru.

Sebab zaman Najib banyak menghancurkan terutama umat Melayu.

Sudah tentu Melayu pembodek yg sekongkol tidak akan setuju.

Bagaimanapun jangan lupa betapa besarnya saham Mahathir yg perkenal konsep pengswastaan dan Malaysia incorporated dalam konteks yg menyeleweng SANGAT MELINGKUPKAN MELAYU.

NAJIB SEKADAR MENYEMPURNAKAN KEROSAKAN SELAMA INI.

Wan Kamarul said...

Darilangitbirupenang, usahlah bajet bagus sangat...

1. KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British......MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!--Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya? Kalau saudara kata saya ini ragu-ragu dengan hukum al-Quran bawalah beristifar. Silap-silap kita buat fitnah dekat orang. Mengapa senang sangat kita menghukum orang? Adakah kita terlalu suci atau sudah banyak ilmu di dada untuk menghukum orang? Oleh itu, usahlah kebudak-budakan.

2. Usahlah nak cakap dakwah ke tarbiah ke atau kata-kata sewaktu dengannya.. Faham konsep tarbiah dahulu. Tarbiah terbahagi kepada kepada dua iaitu tarbiah tarhib dan tarbiah targhib. Bukannya duk memaki-hamun orang. boleh belajar dengan tok-tok guru pas. Fahami konsep tarbiah dulu. Cara saudara ini bukan cara nak tarbiah atau berdakwah..tp cara syok sendiri duduk maki hamun orang.Adakah ini cara Islam? Silap-silap boleh timbul riak. Riak adalah syirik paling kecil.

3. Ok, saudara kata kita perlu berdakwah kepada dap. Teruskan dakwah saudara. Sekiranya ada pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam sila maklumkan kepada saya. Dalam sejarah umno, sudah ada dua orang pemimpin mca yang memeluk agama islam di zaman tunku Abdul rahman di mana pas mengatakan kerjasama umno-mca adalah haram kerana bekerjasama dengan orang kafir. tp pas jilat ludah sendiri pada akhir 1990-an apabila berkerjasama dengan dap.

4. Ok, teruskan dakwah saudara kpd dap.. kita ternanti-nantikan pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam.

TQ

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas dan pelawat.

1. Terima kasih kepada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), sebuah gabungan NGO Melayu, kerana memberi taklimat kepada saya mengenai kemajuan tuntutan mereka terhadap Petronas. Teruskan perjuangan. Saya faham. Saya meliputi Petronas sejak 1976. Saya kenal watak-wataknya daripada zaman Tengku Razaleigh.

2. Terima kasih kepada orang muda "inner circle" Perdana Menteri yang dikatakan sangat berpengaruh dan berkuasa, kerana berjumpa saya dan menerangkan peranan beliau dalam urusan negara. Nasihat saya kepadanya ialah kalaulah dia sehebat yang digambarkan, dia wajib membantu bosnya menyelesaikan isu-isu seperti MTEM vs Petronas sebelum ia menjadi satu lagi isu politik.

3. Terima kasih kepada Datuk pembesar Wanita Umno kerana menalifon saya tengah malam tadi dan bersetuju dengan posting ini. Tok, saya masih komited kepada idealisme bangsa, agama dan negara. Tetapi saya tidak yakin yang bangsa, agama dan negara dijiwai oleh majoriti pembesar Umno yang bertepuk gemuruh atas pentas apabila PAU dijadikan pentas drama asmara laki-bini.

Terima kasih.

safiai saad said...

Sdr Kadir, your writing attract a lot of attention,while your "nawaitu" intention might be good but it is akin to splitting the bean.
The whole issue is Rosmah entitlement to use executive jet for unofficial purpose.To me I looked at from two views namely as follows.It is the discretion of the Prime minister to send anybody he wants to perform some jobs to the interest of the nation.Recently Dr Mahathir stated that he had send Lim Kok Wing(LKW) to South Africa to help Nelson Mendela in his political campaign.Is that means that Dr mahathir should appoint LKW as minister first to carry out that duty? Here we all must respect the administrative law that the discretionary power lies in the hand of the Prime Minister.
Another view, What is Rosmah role in this less than 2/3 majority government as stipulated in the constitution.She was not elected by the people,of the people and for the people.Thus many see that she is in unchattered territory.
Malaysia should have standard operating procedure on the role of Rosmah( reads the first lady).I think this ambiguity will continue in Najib admistration and perhaps can caused the downfall of UMNO.
You must remembered the former prime minister spouse are just the house wife,Tun Rodhiah,Toh Puan Raha,Toh Puan Suhaila.Only Dr Hasmah is the university graduate.So their expectation migh be different,now more women are entering tertiary education as a result most likely our First lady will be university graduate. Look at US and Singapore.Thus the need for proper policy guideline on the role of First lady must be properly defined.
Otherwise we will be arguing but nothing is done on the so called the Malay Agenda and of course the future of Islam in this country.
Nevertheless Kadir brough a pertinent question that Rosmah should not overplay her role in the administration of this country especially using taxpayer money. The people are watching this geverment and PRU 14 is not far,and we don't want to see that UMNO gone with the wind.To borrow the words of Humprey Boggard the actor in the movie "Frankly my dear, I dont give a damn!

din klang said...

Salam Dato

Jadi, apakha yang di terang kan oleh orang muda inner circle PM kepada Dato.

Ini masalah dan kepentingan negara. Jadi ia perlu di kongsi kan dan bukan di simpan sesama sendiri

looes74 said...

Din,
If you wanna say which malay leaders are the best for country. I would say it's Tun Dr Ismail. Wait a minute, Dr Ismail did drink wine from time to time. Ask Kadir Jasin. So?Such leader would uphold the rule of law. Too bad he died young.
Najib dad was the more competent leader. No doubt anout it. Even though some policy seemed to be detrimental to the minority communities. Nevertheless as a guys who was born with the silver spoon, Najib gave no hoot to common men & women

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Seorang suami yang solih sudah pasti amat menyayangi isterinya. Beliau tidak akan sekali-kali sengaja membiarkan isterinya berpakaian yang mempamerkan auratnya. Beliau cukup faham yang beliau menjadi suami dayus sebagai implikasi daripada membiarkan isterinya mendedahkan auratnya.


Demikian juga seorang isteri yang solihah tentu sekali senantiasa berpakaian menutup aurat dengan sempurna menepati perintah al-Quran, antaranya: Surah an-Nuur: 31 dan 60; Surah al-Ahzab: 59 dan Surah al-A'raf: 26.
Lagipun, isteri solihah cukup
faham bahawa hanya isteri tolihah yang tidak menutup auratnya yang pula mengakibatkan suaminya berstatus dayus.

Kesimpulannya, pasangan suami dayus yang tolih dengan isteri tolihahnya tidak dijamin syurga oleh Allah SWT, walaupun mereka beriman.

Dalilnya dapat dilihat dalam QS: Hud: 23 yang bermaksud, "Orang beriman yang mengerjakan kebaikan
serta merendah diri kepada Allah, akan pasti menghuni syurga; mereka kekal di dalamnya".

Seorang suami dayus bukanlah seorang lelaki yang merendah diri kepada Allah. Demikian juga seorang isteri yang sengaja tergamak mendedahkan auratnya; dia bukan seorang perempuan yang
merendah diri kepada Allah SWT.

Walaupun mereka itu orang beriman, tetapi oleh sebab mereka bukan orang yang bersikap merendah diri kepada Allah SWT, bahkah sebaliknya bersikap sombong diri serta tidak malu kepada Allah SWT, maka mereka itu tidak akan menjadi penghuni syurga Allah 'di sana', kelak.

Wassalam.

Wan Kamarul said...

tak payahlah nak tarbiah2 org kalau diri tu x sembahyang subuh.. hmm

Zed-85 said...

Datuk,

Saya hendak komen sedikit mengenai komen Mustapha Ong,

Mengikutnya, apa hak kita rakyat Malaysia mengkritik wanita pertama sekiranya tidak ada kesalahan undang-undang yang dilakukan dan kesemua kritikan adalah andaian
belaka.

Dalam kita menilai samada sesuatu perkara itu salah atau benar kita harus melihat 2 sudut.

1. Undang-undang
2. Etika (morally right or wrong)

Kampong Man ada komen yang beliau bersusah payah buat MBA. Di dalam pengajian MBA dan Business ada termaktub konsep "Business Ethics".

Sesuatu perkara yang tidak menyalahi undang undang tidak semestinya tidak menyalahi etika.(atau adab)

Umpamanya, sekiranya wanita pertama yang akan datang memakai seluar pendek dan merokok di PAU. Tidak ada undang-undang yang ada yang boleh digunakan untuk mendakwa oleh polis. Pendekata tidak tidak salah dari segi undang-undang.

Tetapi dari segi etika atau adab, kita tidak boleh terima hal sedemikian.

Dalam kes penggunaan jet. Sekarang ini terdapat hal-hal ekonomi dan kewangan yang ditanggung oleh rakyat. Harga minyak, gula, elektrik, cukai pintu naik. Ditambahkan lagi cukai GST yang akan dikenakan kepada rakyat.

Dengan bebanan yang sebegini rupa, adalah salah dari sudut etika wanita pertama menggunakan jet yang mewah yang mana perbelanjaan jet ini dari tabungan rakyat.

Sekiranya, jet yang ini adalah daripada waris pusaka sendiri, saya tidak rasa rakyat tidak boleh mempersoalkan.

Sekiranya, dengan penggunaan jet ini juga, boleh dibawa pelaboran berbillion ke negara, saya fikir kita juga boleh terima. Tetapi untuk sekadar melawa sahaja, kita boleh persoalkan.

Saya melihat wanita pertama di negara barat umpamanya di Amerika dan Britain sangat menjaga persepsi mereka di khalayak ramai.

Kita harus menunjukkan contoh yang baik di dalam negara dan luar negara.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Kini tenaga orang Melayu lebih banyak disalurkan dalam berpolitik dari berusaha membina diri, keluarga, bangsa, negara dan ugama. Terlalu sibuk berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu sehingga tiada apa lagi yang lebih penting dari berpolitik. Apabila banjir melanda Kuantan, ahli politik mencemuh dan menyuruh ahli parlimen yang meminta bantuan hanya kerana parti politik yang berbeza. Apabila isteri menteri menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi, ahli politik mempertahankannya atas sebab kepentingan politik. Kesemua yang dilakukan oleh orang Melayu kini adalah tertumpu kepada politik.

Ekonomi menjadi semakin teruk, harga barangan meningkat, hutang negara mencecah tinggi, cukai-cukai baru diperkenalkan, tariff elektrik semakin naik, pengangguran meningkat, kuasa membeli rakyat semakin menguncup sehingga terbayang kehancuran ekonomi negara. Keadaan semakin meruncing sehingga kaum-kaum lain mula mencemuh orang Melayu. Orang Melayu yang memegang tampuk pentadbiran negara dipersalahkan. Berbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ditujukan kepada pemimpin negara yang terdiri dari orang Melayu. Hak kepentingan orang Melayu dipersalahkan atas kegagalan ekonomi negara.

Namun, pemimpin negara masih terus berpolitik. Kepentingan orang Melayu diketepikan demi memancing undi orang Cina dan India. Ekstrimis Hindu dilantik sebagai senator dan Timbalan Menteri. Orang Melayu hanya diberi BR1M agar boleh terus mengundi pemimpin negara. Semuanya atas sebab politik.

Sementara itu, kaum-kaum lain berterusan menghina orang Melayu di dalam blog-blog dan laman-laman sosial mereka. Ugama Islam dan Rasulullah dihina kerana dikaitkan dengan orang Melayu. Kaum-kaum pendatang ini mula mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang dari Indonesia. Penemuan-penemuan artifak sejarah di Johor dan di Kedah dikaitkan dengan ugama Hindu. Kononnya orang Hindu dari Indialah yang mempunyai hak keatas negara ini kerana Parameswara adalah orang India. Kononnya candi di Lembah Bujang telah sengaja dirobohkan kerana ia membuktikan orang India terlebih dahulu menguasai negara ini sebelum kedatangan orang Melayu dari Indonesia. Itulah akibat melantik orang bodoh menjadi Timbalan Menteri, yang lebih bodoh adalah orang yang melantik atas sebab tamak kuasa politik.

Pemimpin yang tidak pernah merasa susah-payah rakyat, tidak pernah bekerja untuk mencari rezeki selain dari berpolitik hanya menyumbang kepada kerosakan. Orang sebegini hidup kerana politik dan hanya tahu berpolitik sepanjang hayat. Orang sebegini tidak berpengalaman dalam urusan pembangunan ekonomi selain dari sudut pandangan politik. Orang sebegini hanya akan mempengaruh orang-orang lain untuk bersama-sama hidup dengan politik sepertinya.

Apa akan jadi jika keadaan sebegini berterusan. Pemimpin-pemimpin rakyat yang berada dalam UMNO, PAS dan PKR, fikir-fikirkanlah ketua yang macam mana yang kamu pilih. Yang membina negara dengan pembangunan ekonomi dan sosial atau yang hanya tahu berpolitik sepanjang hayat?

Sufian Idrus

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Siling hospital Serdang runtuh untuk kali ke 7. Fuyo. Rekod dunia tu.

Kalau buat bagus2 bertahun2 pun tak akan rosak. Kalau begitu bagaimana nak masuuuk duit lagi untuk penuhkan tembolok pejuang2 Melayu yg bersidang dan berucap berapi
dalam PAU.

Mantan menteri besar Selangor Khir Toyo menyesal keluarkan kenyataan fitnah mengenai isu azan dan setuju bayar kos pd yg difitnah Teresa Kok.

Terserlah sudah sejak mula siapa berbohong. Kalau yg educated dalam UMNO pun buat kerja macam org tak sekolah, kena sergah di mahkamah dah mengalah.

Ketua2 UMNO macam Khir mana reti berdebat. Kalau dia baik dgn Najib, macam kak ijat lainlah cerita. Bolehlah media perdana tolong cover bagai nak rak.

Bagi malu umat Melayu lain je

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Dan Budakjawa.

Terhibur benar hati saya bila membaca tulisan sdr dgn gaya bahasa dan hujah yg logik lagi bernas.


Cemburu jugak saya.


Semoga ramai lagi pelawat blog Dakj mau atau berani menyatakan pendapat agar lebih meriah blog Dakj ni.

Apa juga hujah kita kalau boleh dipatah dgn hujah yg kebih baik oleh sesiapa yg tak setuju maka kita harus berlapang dada.

Asal niat kita bila memuji malah ketika marah kerana Allah, maka tiada apa yg perlu dibimbangkan.

Saya lebih binbang dgn nasib anak cucu, agama dan negara drpd golongan yg tercari2 ayat untuk menegak benang basah di blog ini.

Kalau dibanding dgn mereka yg ketika berjuang dilanyak dgn cota, meriam air, , gas pemedih mata, tahanan ISA, penjara dan perbicaran dimahkamah olok2, apalah sangat dgn maki hamun beberapa kerat pengambil upah di sini.

Semoga usaha baik demi pertahan hak rakyat diterima sebagai amal jariah.

Amin!

Din Kalut said...

Lagi hebat bila Wan Zizah puji Anwar.Lelaki anugerah Tuhan.
Din Melaka terlupa ke..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Pemimpin yg jujur berjuang bukan untuk perut dan anak bini tidak mungkin melontar pertanyaan berbentuk takabur spt "tanpa UMNO dimanakah kedudukan org Melayu"

Tanpa rasa bersalah atau malu itulah yg disebut oleh Najib dalam PAU baru2 ini.

Sebenarnya itulah doktrin yg mau dipasak ke telinga dan fikiran org Melayu sejak kecil agar beranggapan bahawa tanpa UMNO dunia akan kiamat.

Sebab itulah pelopor doktrin sesat iaitu mantan PM selama 22 tahun selalu menuntut agar jangan ada yg menggigit tangan yg memberi makan.

Sebab itulah PAU jadi pesta puja puji selain pesta kutuk pihak lawan yg tak diberi kesempatan membalas.

Kalau tak boleh dikritik bererti ketua2 tu dah jadi sombong dan bongkak macam sifat Firaun dan setan

Lahuma said...

Dato.

Seeloknya pemimpin dan isteri pemimpin jangan buat apa yang rakyat tak suka.
Habis cerita.
Rakyat pun jangan buat apa yang pemimpin tak suka.
Bahagia lah negara.
Masaalahnya ada pemimpin yang syok dengan kaki pembodek yang ada keliling mereka.
Pembodek tak akan hilang kuasa atau jawatan.
Apa jadi pada bekas PM Pak Lah kerana penasihat yang menjahanamkan dirinya sendiri.

Sebenarnya PM Najib tak tahu aagaknya yang ahli UMNO sendiri pun kurang senang dengan hal isteri nya yang laju dan lajak terlebih.

Mereka bukan penasihat UMNO.Mereka ahli pendokong UMNO.Mereka juga sebilangan besar berada diluar dewan PWTC.

Mereka berada dibendang,laut,kebun getah,pejabat swasta,pejabat kerajaan,kilanh-kilang,penebas rumputtepi jalan,peniaga pasar malam,drebar teksi halal,drebar teksi sapu,pesara kerajaan,pesara sendiri dan macam-macam lagi.

Orang sekitar Putrajaya kata,Biar sahajalah.Ikut suka dialah.

Terima kasih Dato.

Wan Kamarul said...

Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.

--artikel ini memang panas.. tahniah DAKJ

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ dan semua pengkritik yang telah memberi komen mengenai artikal yang bertajuk "Antara Cinta dan Jasa" oleh penulis yang terkenal Datuk Kadir Jasin. Tajuk ini telah menimbulkan berbagai reaksi pembaca-pembaca sama dari segi positif mahupun negatif atas isu yang menglibatkan kedudukan PM dan isteri nya DS Rosmah yang agar kontraversi.

Setelah beberapa hari sehingga kini, ramai juga yang kurang setuju dengan kritikan DAKJ dengan berbagai alasan mengikut pandangan masing-masing. Pada hakikat nya isu ini telah disalah tafsir dimana PM Najib "hanya memaklumkan kepada para perwakilan di PAU13 atas dua tindakan/usaha yang telah disempurnakan dan dijayakan oleh DS Rosmah dalam peranan beliau dengan Kerajaan Timur Tengah yang berkenaan untuk memudahkan pemindahan pelajar-pelajar yang terkandas di luar negeri. PM Najib tidak memuji usaha yang telah dijayakan oleh isteri yang tercinta beliau, akan tetapi ia merupakan satu jasa negara yang harus diakui oleh seorang pimimpin negara." Seandainya orang yang telah berjaya itu adalah bukan seorang VVIP, nescayanya PM kita juga harus komen dan memberi perhatian serta memuji atas kejayaan kepada beliau yang berkenaan.

Dengan ini saya juga merasa dukacita bahawa kritikan DAKJ terhadap PM dan DS Rosmah adalah kurang tepat dengan sindirannya sekali yang telah menimbulkan berbagai reaski mengenai isu ini. Dalam hal ini, kita tidak hanya memegang kepada prinsip atas kebesan HAK kita untuk mengkritik sesiapa sahaja mahupun apa sahaja tanpa menghormati dan menghirau sensitiviti isu yang diperbahaskan secara umum dan terbuka.

Terpulanglah kepada budibicara DAKJ untuk menarik balik sebahagian daripada kenyataan nya, memohon maaf atau sebagainya, tetapi PMO juga berhak untuk mengambil tindakan yang sewajar nya mengenai isu ini.

kluangman said...

Mustapha Ong mempertahankan rosmah atas dasar apa? Undang2 atau etika?

Adakah tulisan dakj menyalahi undang2 atau tidak beretika?

Kenyataan dan persepsi musthapa ong atau dakj hanyalah satu persepsi atas kacamata masing2 tetapi persepsi rakyat? Apakah umno tambah undi dng gelagat rosmah!

zul said...

PAU tahun depan semua pembahas yg berucap mesti puji bini masing2.. kalu tak sah diaorg tak sayang bini.. Sayang Anak Tangan2kan.. Sayang Bini Madu-madukan...

dahmulamenyampah said...

Assalamualaikum Datuk,

Senangnya macam ni la, tak sah la tegur apa-apa pasal UMNO ni. Biar kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas saja bergendang sesama mereka dengan lagu puji-pujian.

Susah berurusan dengan manusia jenis mereka yang tak pernah tahu seksanya kami di akar umbi nak menjawab soalan makcik pakcik kat kampung, kat kedai kopi tentang gelagat kelaku pemimpin-pemimpin yang masih hanyut dalam mimpi walaupun parti dah semakin nazak ni.

Tkasih

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Dato' dan Sdr Wan Kamarul,

Mungkin emosi Sdr Wan Kamarul sedikit terusik bila saya menyebut "perlu ditarbiyyah".

1. KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British......MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!--Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya? Kalau saudara kata saya ini ragu-ragu dengan hukum al-Quran bawalah beristifar. Silap-silap kita buat fitnah dekat orang. Mengapa senang sangat kita menghukum orang? Adakah kita terlalu suci atau sudah banyak ilmu di dada untuk menghukum orang? Oleh itu, usahlah kebudak-budakan.
Saya tidak menyatakan Sdr Wan Kamarul ragu-ragu dengan hukum al-Quran. Bahasa Melayu saya kurang baik, TAPI saya yakin sangat mudah untuk difahami.
Saya nyatakan, KALAU. Baca di atas; KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British......MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!
Sebelum itu, saya menjelaskan secara ringkas ciri ciri orang Islam yang perlu ditarbiyyah.
KALAU SDR WAN KAMARUL yakin dan percaya, TANPA ragu-ragu Hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu SANGAT SESUAI menggantikan hukum buatan manusia dari British…..MAKA SDR WAN KAMARUL TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI PERLU DITARBIYYAH (dalam bab hukum Jenayah Islam).
BAGAIMANAPUN, Sdr Wan Kamarul tetap menyokong dan mengundi UMNO yang mana para pemimpinnya TIADA KOMITMEN, jauh sekali ada Istiqamah untuk menegakkan Hukum Jenayah Islam yang terkandung di dalam Al-Quran. Pelbagai alasan dan dolak dalih dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk menjustifikasikan tidak menegakkan Hukum Jenayah Islam. BAHKAN terdapat kenyataan yang menghina Hukum Jenayah Islam yang terkandung dalam Al-Quran. MENUNJUKKAN PARA PEMIMPIN UMNO RAGU-RAGU, TIDAK YAKIN dengan Hukum Jenayah Islam. Tidak pernah dalam Perhimpunan Agung UMNO, terdapat usul supaya Hukum Jenayah Islam dijadikan Undang-undang Negara menggantikan Undang-Undang sedia ada yang dibuat dan diwarisi dari Penjajah British.
"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Al-Maidah 50)

Hukum Jahiliyyah adalah apa-apa hukum buatan manusia yang bertentangan dengan Hukum Allah.

drlangitbiru penang said...

Al-Quran mengaitkan Penguasa yang zalim dengan penyebaran kerosakan yang menjadikan sebab kehancuran umat.

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad? (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu" (Al-Fajr:6-12)

Al-Quran juga mencela orang-orang yang tunduk kepada Penguasa yang zalim.

Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran). (Surah Hud: 59)

"Tetapi mereka mengikut perintah Firaun, padahal perintah Firaun sekali-kali bukanlah (perintah) yang benar. Ia berjalan di muka kaumnya di Hari Kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi. (Surah Hud 97-98)

Al-Quran tidak membatasi serangannya terhadap para penguasa yang zalim yang menuhankan dirinya, tetapi serangan Al-Quran juga tertuju kepada orang-orang yang menyokong dan mengikuti perintah penguasa yang zalim, bergabung ke dalam kelompoknya dan tunduk kepada kemahuannya. Al-Quran membebankan tanggungjawab kepada mereka, di samping kepada Penguasa.

drlangitbiru penang said...

UMNO tidak menegakkan Hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran, tetapi menegakkan Hukum Jahiliyyah yang di buat oleh Penjajah British, golongan kafir. Maka pemimpin UMNO tergolong di dalam golongan yang zalim.

"Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang- orang yang kafir". (Al-Maidah 44)

"Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim". (Al-Maidah 45)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik". (Al-Maidah 47)

Sdr Wan Kamarul menyatakan Sdr seorang yang percaya dan yakin dengan hukum Allah dalam Al-Quran. Jika yang sedemikian, mengapa Sdr Wan Kamarul masih menyokong, dan mengundi UMNO yang jelas tidak yakin dan ragu-ragu dengan Hukum Allah?

Saya tidak menghukum, sebaliknya membawa Sdr Wan Kamarul berfikir sejenak berdasarkan keterangan di atas.



"Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya?"

"Spesis" adalah perkataan yang digunakan untuk binatang, flora, dan bukan untuk manusia! Sepanjang 5 tahun saya menulis di Blog A Kadir Jasin (terimakasih Dato'), saya tidak pernah memaki hamun para pendebat atau pelayar di sini. Tidak pernah juga saya memanggil mereka sebagai "Spesis" !

Saya SEKALI-KALI tidak pernah menyatakan, "kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran".

PAS hanyalah sebuah Gerakan Islam dan Parti Politik Islam. PAS komited dan Istiqamah berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam. PAS itu hanyalah sekumpulan manusia yang bukan maksum, tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Tidak menyokong sekumpulan manusia tiada menjadi kesalahan, tetapi menentang sekumpulan manusia yang membawa kebenaran dan memperjuangkan kebenaran melalui jalan dakwah adalah satu perbuatan zalim dan mungkar!

angin sebu said...

selagi berada dalam umno selagi tu benda kebatilan tidak napak.

orangpendang said...

angin sebu,

Selagi berada dalam PAS pula, selagi itulah kebodohan sendiri tak nampak...

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr angin sebu dan orangpendang.

Raikanlah blog Dakj Wartawan Negara dgn penulisan yg lebih bermakna.

Bukan sekadar sepotong ayat yg hanya menyakitkan hsti pihak yg satu lagi.

Itu buksn cara debat dewasa lagi matang.

Alimin,Shah Alam said...

Datuk Kadir Jasin,
Saya membaca dengan minat komen tuan tentnag pujian yang tidak kena tempat yang dicurahkan PM Najib kepada isterinya. Saya juga gugup dengan keberanian Najib mengungkapkan sebegitu dalam konteks budaya apapun, termasuk dan khususnya Melayu. Rendah hati adalah kata kunci dalam hal ini.

saya jiga setuju dengan peringatan tuan agar "First Lady" Malaysia(Permaisuri Agung, bagaimana?)tidak melaksanakan tugas beberapa kementerian walaubagaimana baik maksudnya kerana protokol menjadi kata kuncinya. Sebab-sebabnya telah tuan huraikan dengan jelas. Mengungkapkannya dengan terus terang tentunya sulit. Namun, tuan ternyata memengang teguh norma kewartawanan. Sesungguhnya tuan telah menyelesaikan teka teki:"who is belling the cat?" Jawapannya:tuan

Kira-kira dua dekad lalu, seorang pengarang kanan akhbar mengguna menggunakan istilah lucu tentang seorang ahli politik senior, tetapi muda usianya pada waktu itu, dengan julukan"yang berhormat Zig-zag". Tentunya YB tersebut mempunyai pengikutnya. Bolehkah tuan,dengan daya keprihatinan sejarah yang ada pada tuan, menyatakan apakah legasi "zig-zag" masih terdapat dalam PAU?

Akhirnya,jika tuanberkenan, bolehkah tuan juga identifikasikan siapakah gerangannya YB tersebut, sekiranya beliau masih berpengaruh sampai di saat ini? Sekiranya tuan menyarankan saya menyarankan saya menanyakan sahaja pengarang bersara itu, saya akan mengucapkan terima kasih saja kepada tuan sekarang.

Paqar Builders said...

Salam Dato..
'Well said'.
Syarizat memang tak tahu Malu...tapi bersebab...kerana dia mesti bersikap begitu semata2 kerana nak menyelamatkan diri suaminya mengenai 'isu lembu'...selagi ada PM bernama Najib.
Sampai Bila?...
Wallahmualam....ini semua kuasa Tuhan..
Apa pun ramai ahli2 dan ketua2 Umno yg bersikap begini....kira dah jadi Amalan mereka pun....Diri Sendiri lebih penting dari Parti ....perasaan ahli akar umbi tak penting lagi....walau pun perasaan mereja tersentuh.
Lagi pun ini Parti 'Elite'...hak persendirian laki bini & kawan terdekat atau Parti Keluarga...juga suku sakat...
Ketua2 lainpun 'Yes Men' belaka...
Masa PAU...1001isu dibentangkan..penuh dgn Pantun Seloka....Sajak...disambut dgn 'standing ovation'...hilai ketawa...tangis sedu...penuh drama...hiruk pikuk belaka....lepas itu 'business as usual'.....setiap kali PAU.
HASILNYA?..
NAH....INILAH HASILNYA..walau pun dah Hampir 60 tahun Merdeka..
#.Melayu yg hampir 18 juta orang..majoriti masih miskin..hingga ada istilah 'hardcore poor' dan yg baru 'urban poor'..
Yg senang pun tak terlawan Cina yg Kaya Raya...sedangkan bilangan mereka tak sampai pun separuh bilangan org Melayu...
#.Ramai Melayu yg tinggal di flat2 dan rumah murah.
#.Ramai yg kais pagi makan pagi.
#.Ramai yg masih tiada apa2 harta.
Pokoknya...
Parti Umno yg menjadi teras atau payung Melayu ini masih lagi tidak berjaya untuk menyelesaikan perkara2 asas ..iaitu Kemiskinan yg ditanggung olih ahli Melayu nya...
Yg jelas...saperti yg disebut diatas..PAU CUMA MEDAN ATAU 'STAGE' untuk ketua2 mengukuh kedudukan...'mileage' diri sendiri....RETORIK BEKAKA...lepas satu PAU ke satu PAU...ke satu PAU..kesatu PAU... tetapi kedudukan Melayu bukan lagi baik bertambah buruk jadinya..
Astaghfirullah.....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).