Thursday, August 21, 2014

Dr Mahathir Bapa Politik Mohd Najib

A Kadir Jasin

KALAU lapang dan berminat, silalah lawati alamat ini http://mobtv.my/talkshow-5751.html

Temu ramah mobtv dengan saya mengenai teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Terima kasih.

16 comments:

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Bagi sayalah, kalau Anwar Dato’ kata personalitynya jenis “narcissistic grandiosity”, Tun pula personalitynya jenis “perfectionist”. Semua benda nakkan sempurna dan molek belaka. Itulah Tun Dr Mahathir. Jadinya, kita tak boleh salahkan beliau sebab memang personailinya begitu.Cuma, kalaulah semua rakyat Malaysia berpersonality macam Tun, rasanya Malaysia dah sama taraf dgn Negara Amerika dah.Tapi eloklah kita ukur baju di badan sendiri. Tahu kekuataan kita dan redho dgn kelemahan kita. Itulah dinamakan manusia.

Cuma saya rasa sedikit sedih bila Tun kata ekonomi kita terutamanya ekonomi org Melayu merosot. Saya tak setuju sebab lihat kesan pada Mc Donalds bila org Melayu Islam berpakat boikot seminggu dua ni. Lengang. Bayangkan betapa banyaknya duit orang kita sebenarnya dan ini membuktikan Melayu mempunyai kuasa beli yg cukup besar.

Perniagaan org Melayu pun amat rancak sekali. Malah, bulan ni sahaja, saya membayar dekat RM 50K tax kepada kerajaan. Ini baru anak melayu biasa je, belum lagi Dato’- Dato’ macam Dato’ Kadir. Belum lagi Dato’ Seri dan Tan Sri. Jadinya, macam mana Tun Mahathir kata ekonomi org Melayu makin teruk?????? Salah tu Tun……

Akhir kata, memang benar ada sedikit kelemahan pada YAB Dato’ Seri Presiden terutamnaya masih tercari-cari dimanakah MH370 w/pun bukti sebesar gajah di depan mata. Sekian TQ.

Unknown said...

re video @ 16:32... lebih kurang mengatakan "kita ada pm yg lemah...... kita tidak mahu pemimpin yg lemah kekal menjadi pm kerana sistem yg ada mengekalkan beliau sebagai pm..." lebih kurang lah bunyinya...

oleh itu bukanlah salah Najib... tetapi salah sistem.. apalah gunanya menukar Najib dgn yg lain jikalau sistem yg ada sekarang ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu!

Pak Teh Omar said...

OKJ,

Apalah yang hang dok merepek ni! Aku tengok hujah hang makin hari makin merapu macam orang tak dak akai.

Rasulullah SAW pesan: "Berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata jika berkata-kata hanya menimbulkan dosa."

If you have nothing good to say then just read what an intellectual man like Datuk Kadir has to say lah....

Dont argue for the sake of arguing...

Zed-85 said...

Saudara OKJ,

Komen Dr.M mengenai ekonomi orang melayu merosot merujuk kepada statistik (sila rujuk Jabatan Perangkaan) yang sedia ada iaitu pendapatan "purata" orang melayu adalah paling rendah di Malaysia.

Kalau saudara tengok kawawan perumahan murah, banyak yang didiami oleh orang melayu

Saya tidak fikir orang melayu yang tinggal di kawasan rumah murah bayar cukai sampai RM50 ribu sebulan seperti saudara. Pergi bercuti di Disneyland, Belgium, Dubai dan lain-lain.

Apa yang kita bahaskan adalah masalah orang melayu kesemuanya (iaitu hampir 20 juta orang), bukan masalah Dato', Tan Sri dan lain-lain. Berapa kerat sahaja orang melayu yang menjadi Dato'.

Juga masalah orang melayu untuk zaman akan datang.

awang batuburok said...

Tuan OKJ,

Tahniah kerana dapat menjadi umnoputra yang berjaya.

Lahuma said...

Dato.

Saya ikuti temuramah Dato selama 28 minit.
Setuju atas dasar fakta dan kebenaran.Jauh atas nada bodek.
Adalah suara kata Dr M sudah tak relevan.Pemimpin UMNO sendiri.
Betul.
Dr M tak relevan kerana sudah pencen.Tetapi sedikit sebanyak pemikirannya masih relevan.
Tak perlu Slogan yang hebat tetapi tin kosong.

Terima kasih Dato.


berasiam said...

salam DAKJ

dalam pau tahun lalu, seorang pembahas umno menyarankan supaya lebih ramai jutawan melayu dicipta. dikenali sebagai kononnya salah seorang jutawan, ketua bahagian dari selangor tersebut mungkin mengandaikan dirinya mewakili melayu yang berjaya. lantas beliau mau lebih ramai watak sepertinya dilahirkan dan umno perlu berjuang ke arah itu.

kekayaan orang melayu bukan terletak pada bilangan jutawan yang dilahirkan dari kalangan bangsa itu. jika bilangan jutawan yang dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap ekonomi orang melayu, malanglah nasib bangsa ini. memang segelintir orang melayu mampu mencapai status pendapatan tinggi tetapi jika dibandingkan dengan kum lain di malaysia, kita jauh ketinggalan. maka jika ada kalangan melayu yang berjaya mengatakan tahap ekonomi orang melayu telah setaraf dengan kaum lain, khususnya cina, itu adalah sikap tipikal orang melayu yang menjadi sebahagian punca masalah.

tun mahathir tidak ada sebarang kepentingan diri dalam mengetengahkan kritikannya. jika dari tahap ekonomi, beliau dan anak-anaknya, tun mahathir tidak perlu risau apa-apa. tun mahathir bersuara untuk keseluruhan bangsanya. dakj pun bersuara tanpa konflik kepentingan rasanya.

bagi melayu yang dah berjaya tu, banyakkanlah bersyukur kerana anugerah Allah boleh dicabut pada bila-bila masa sahaja. andainya tidak mahu membela nasib manusia sebangsa dan seagama, jangan pula memperkecilkan usaha orang lain yang masih ingat pada nasib bangsanya.

xyz said...

video sudah tidak boleh di access

OKJ said...

Salam Dato Kadir dan para pembahas

Saya minta maaf kalau komen saya menyinggung perasaan sebilangan pembahas. Niat hati saya cuma nak bergurau senda je sejenak dua……. dikala pelbagai bencana menimpa Negara kita Malaysia. Janganlah ambil serious sangat dan janganlah ungkit-ungkit kisah lama. Takkanlah nak bergurau sesekali pun tak boleh. Lagipun, saya ni orang kampong je. Tebang pokok pun pakai chainsaw sendiri. Boleh kata tiap-tiap minggu balik kampong tengok org tua di kampong tu.

Akhir kata, saya mengaku gurau senda saya tidak kena pada masanya. Maafkan saya. Sekian TQ.

Lahuma said...

Dato.

PRU 14 sudah makin hampir.
Yang akan hadapi PRU 14 bukan Dr Mahathir tetapi Mohd Najib.

Di Kedah Dr Mahathir pun kena tegur juga MB Kedah.Pun serupa juga banyak kelemahan .

Katanya angkara orang keliling.

Asal BN Menang Kedah Senang.
Siapa yang senang ?

Terima kasih Dato.


A KADIR JASIN said...

Sdr XYZ, video masih boleh diakses.

Tekan alamat dan scroll ke bawah.

Temu ramah dengan saya masih ada, tapi terkebawah sikit.

Terima kasih.

msh said...

Salam Dato.

Temubual Dato baik sekali.

Harap ia dpt membantu umum untuk mengambil pendirian yg lebih objektif mengenai topik...Tun M 'menegur serta menarik balik sokongan pd DS Najib'.

Jika DS Najib seorg pemimpin yg bersikap terbuka dgn mempraktik 'inclusive mgmt style' atau keterangkuman.....teguran Tun M adalah sesuatu yg beliau patut malah mesti terima untuk memperbetulkan kesilapan.

Dlm blog 'Zamkata' dan 'Rockybru'.....termasuk blog Dato....saranan yg serupa juga dilontarkan.

Isu disini bukan Tun M tetapi DS Najib.

'Its all abt Najib'.

Tun M tetap relevan....selagi beliau seorg rakyat negara.....serupa juga Dato...Rocky...Zam..sy...malah semua rakyat Negara...yg hidup dibawah permerintahan DS Najib

Inikan lagi beliau (Tun M) seorg ahli Umno....yg kini digelar veteran Umno...dimana DS Najib dipilih sbgai Persiden Parti merangkap PM Malaysia.

DS Najib atau sesiapa pun abgai PM tidak kebal dan tidak bebas dari kritikan daripada rakyat.

Rakyat yg meletakan beliau disitu dan rakyak berhak untuk membuat teguran jika beliau lemah atau gagal menjalankan tugas.

Siapa ahli Umno yg berhak mengatakan Tidak?

Sebagai seorg Melayu dan rakyat ...sy terasa sangat malu dan kecewa dgn DS Najib selaku pemimpin negara No 1 dari bangsa sy sendiri yg gagal menjalankan tugas nya dgn tegas dan menyakinkan.

Tun M betul dlm teguran beliau.

Terlampau banyak sngat....bukan 1 atau 2 isu2 kronik yg rakyat negara dipaksa menanggung saban hari dan waktu.....dibawah pimpinan beliau.

Sy rasa tidak perlulah dipanjangkan lagi isu2 yg kita maksudkan disini.

Tetapi sekadar 2 atau 3 isu2 penting sy sy sebutkan juga disini;

1. KOS SARA HIDUP YG TINGGI....merangkumi harga minyak...barang makanan...sewa beli rumah....toll...perubatan dsb.

2.JURANG EKONOMI ANTARA 2 KAUM TERBESAR....MELAYU DAN CINA... MASIH TIDAK RAPAT.

KEDUDUKAN EKONOMI BANGSA CINA JAUH LEBIH BAIK DARI BANGSA MELAYU....SEDANGKAN MELAYU ADALAH MAJORITI DGN BILAGAN KAUM 19 JUTA SEDANGKAN KAUM CINA ADALAH 6 JUTA SAHAJA.

3. HUBUNGAN KAUM.. yg semakin tegang....dan tiada tanda akan pulih.

4. MASALAH SOSIAL...gangguan pendatatang berizin dan Pati...rompak..ragut...rogol..bunuh..ugut.pecah rumah...judi haram....dadah...dll

- AJARAN SESAT...syiah... dsb

Isu2 berbangkit ini telah berlarutan terlalu lama sngat.

Walau pun ada isu2 yg DS Najib 'inherit' dar PM 2 sebelum beliau....seperti isu No2...Jurang Ekonomi antara Melayu dan Cina...masih besar dan tiada tanda2 akan rapat pula.

Apa pula alasan DS Najib atau Umno tentang isu ini?

Serba mcm Dasar telah diwujudkan...tapi masih tidak kesampaian dan masih tersasar....apa guna nya Presiden dan Parti Umno pd org Melayu lagi?.

Memang nampak agak berat sebelah bila sy bertanya begini....tetapi itulah yg sebenarnya.

Ekonomi dan Kos sara hidup adalah tanggung jawap pemimpin...bukan rakyat....tetapi sebab Melayu yg majoritu dan Melayu yg lebih ramai susah....adalah wajar pemimpin memberi penekanan yg lebih khusus...dan ianya juga sejajar dgn matlamat dan sasaran dlm Wawasan 2020.....Merapatkan Jurang Ekonomi antara kaum.......ditambahkan lagi dgn apa yg telah termaktub didlm perlembagaan.

Terima Kasih

ismail muda said...

Dato, bulan puasa yg lalu pegi melawat anak di London. Sbb dah jemu mkn nasi Pakistan, maka kami masak lah di rumah seorg teman. Kalau ikut kira2, di London sara hidup tak lah mahal sgt berbanding Mlsia. Sbb, dgn £40 dpat beli mcm2 beras, kopi sayur bwang dll. Bole makan 2 hari kira ok laa. Harga barang biasa spt bawang, buah2, sayur dikwal Kerajaan. Fresh lagi.. Di pasaraya Giant dll di Mlaysia, harga dah naik melambung. Kerajaan kata harga barang dikawal tapi apa yg dikawal? Skrg harga getah menjunam, sawit mula turun, pendpatan org kg pekebun penroka susut. Kos sara hidup mendadak naik, tapi Kerajaan masih berkira2 dgn rakyat. Sepatutnya subsidi harga diperkenalkan segera oleh pak menteri menampung harga getah yg jatuh bukan bantuan one off. Bab sara hidup mendadak naik ni, saya setuju sgt la, patut Kerajaan buat sesuatu yg total dan immediate

RD. said...

Salam Dato Kadir.
Saya telah mendengar pandangan Dato dalam temubual itu.
Saya ucapankan terima-kasih dan syabas kerana memberi pandangan yang bernas dan jujur sekali.

Yang nyata, Dato amat berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam politik tanahair. Jika pandangan Outsyed The Box mengenai "Team of Elders" sebagai penasihat kepada PM, boleh di guna-pakai, saya rasa Dato adalah kemestian, sebagai ahli panel.

RD. said...

Maafkan saya Dato.
Sepatutnya 'Council of Elders' sebagai penasihat kepada kerajaan. Saya rasa lebih murah berbanding dengan consultant. Silap-silap, free saja, jika mereka hanya mahu berbakti kepada negara.

msh said...

Salam Dato.

Alhamdullilah...marilah kita sama2 menghayati pesanan beliau.

Bila Najib menyuruh kita org Islam bertaqwa dan meminta doa pd Allah itu sy kira cukup baik sekali kerana sbgai org Islam....itu lah sebaik2 cara...selepas berusaha.....kita berdia dan berserah (bertwakal)...apa yg terjadi selepas itu adalah kehendak nya.

'The rest is his call'

Sy tiada apa2 prasangka pd niat Najib dgn menyuruh kita berusaha...berdoa dan menyerah.

Syabas...sy berharap agar beliau sentiasa meletakan Ugama sbgai pedoman dan sempadan bila bertindak...kerana itu yg dikehendaki dan tidak cakap2 sahaja.

InshaAllah

Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).