A Kadir Jasin
[KOMEN
anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau
Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
DUA peristiwa
mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.
Pertama, apabila
saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah
universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.
Kedua, hujah bekas
menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang,
Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih
kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.
Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik |
Dalam peristiwa
pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram
dan murung duduk berseorangan.
Saya bertanya
adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan,
tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini
dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta
berkemungkinan meledak.
Saya katakan,
Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.
Di kedai kek
berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti
televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.
Saya menasihati
bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya
sehingga merana memakan diri.
Saya katakan
kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri
sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"
Kepemimpinan Bentuk Baru
Sama ada benar
atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership
breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Mohd Najib, sebagai
orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya
sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.
Dari segi
pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul
Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi
kedudukan politik; setidak-tidaknya pun secara perbandingan.
Justeru itu,
sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan
beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari
atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.
Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai
Presiden Umno dan selagi beliau kekal
Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri.
Hanya Umno yang
boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi
Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.
Yang terdekat
adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd
Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat
mencabar Mohd Najib.
Antara alasan
beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan
mana-mana Perdana Menteri. Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi
Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Baru-baru ini,
Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom
Timbalan Perdana Menteri" - merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik
menjadi PM - (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam
(meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri)
Anwar Ibrahim (disingkir).
Main Selamat Baik Untuk Najib
Hatta Dr Mahathir
yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti
seperti Mohd Najib.
Tidak sampai lima
tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula
dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti
pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan
jawatan Presiden Umno.
Tidak ada sebarang
isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam
kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Mohd Najib.
Mohd Najib sering
disindir kerana kononnya main selamat (play
safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan
Mohd Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan
berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.
Dan sejak menjadi
PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi
untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh.
Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding
pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.
Ramai pengkritik
beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah.
Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence"
beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan
negara.
Siapa kata Mohd
Najib lembek? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi
mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya - umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas
daun, tetapi sepantas kilat menerkam.
Nasib Mohd Najib
luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan
luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun
menjadikan Mohd Najib lebih kuat dan popular.
Ke Mana Arah Tujuan Kita?
Buat waktu ini,
kedudukan politik Mohd Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada
siapa yang boleh menjatuhkan beliau.
Dalam situasi itu,
Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus
memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.
Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan
kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Mohd Najib.
Apa yang
membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil
that they know" dengan "the devil that they don't know"
seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang
terkuat di kalangan yang lemah.
Natijahnya, kalau
kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan
ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi
maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.
Mohd Najib kuat,
tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.
Wallahuaklam.
63 comments:
I'm reading between the lines Kadir. Combing word by word. I know what you're up to. Why such lengthy introduction when the gist of it lies towards the end of the piece.
I have got a feeling there's a bad blood between you two. Do you have an old score which haven't settled yet?
Salam Dato’ A Kadir Jasin
Bagi sayalah, ini adalah satu artikel yg begitu ikhlas dan jujur, yg diluahkan dari hati Dato’ Kadir sendiri. Tahniah Dato’. Bukannya niat saya nak memuji Dato’ sangat, tetapi cara penulisan Dato’ kali ini amat berbeza sekali. Tak sangka rupanya dalam diam-diam, Dato’ mempunyai rasa hormat dan respect yg tinggi terhadap Dato’ Seri Presiden UMNO.
Betul kata Dato’. Setelah 5 tahun, tiada sesiapa pun yg berani mencabar jawatan presiden UMNO, bahkan segah-gah Tun Mahathir dulu pun dicabar, sehinggalah dicadangkan Presiden dan Timb Presiden tidak lagi dicabar….
Saya ada beberapa prinsip dan salah satu prinsip saya adalah, “orang yg bijak adalah orang yg boleh menggajikan orang yg lebih bijak daripadanya”. Sebab itulah YAB PM kita memang seorang yg bijak kerana belaiu dapat menggajikan lebih ramai menteri, consultant dan para penasihat yg otak-bergeliga bekerja dgnnya. Bayar lebih sikit tak apa, janji puas hati. Nah !!!! hasilnya telah dapat dituai sekarang.
Akhir kata, syabas Dato’ kerana berkata benar dan jujur tentang situasi politik sekarang. Saya pun cukup bersetuju dan berpuas hati. Sekian TQ.
Dato'
Bukan Susah Nak Jadi Perdana Menteri yang Kuat...Pilih lah Timbalan Perdana Menteri Menteri Menteri dan penolong serta penasihat yang bodoh dan lemah.
Walau pun Tindakan ini mungkin menampil beliau sebagai PM yang kuat tetapi tak semestinya ia akan memberi kesan positif kepada negara bahkan dengan menteri menteri yang bodoh dan lemah ia akan melemahkan lagi keadaan pentadbiran dan ekonomi negara.
What goes around comes around.
Adakah Dato cuba merumuskan pm najib adalah tergolong dlm best among the worst???
Dia akan jatuh jua. Dgn cara sgt Travis dakam sejarah pilutik orang melayu. & tanahair. Tunggu & lihat.
DAKJ,
Bukan senang jadi pemimpin di Malaysia dan juga bukan susah sangat jadi pemimpin di Malaysia.. Ungkapan saya ini mungkin mengelirukan tetapi inilah terjadi kepada dua pemimpin besar Malaysia masakini, iaitu Najib dan Anwar.
Jadi Najib yang macam mana dan Anwar yang bagaimana, terpulanglah kepada semua memikirkan nya.
Salam eidul ditri Dato,
Samada PM Najib semakin kuat atau semakin lemah bukan persoalan penting.
Persoalan terpenting sekarang ini ialah tahap ekonomi dan keselamatan negara sedang menuju kearah kehancuran... Nauzubillah!
14-7-2014
tok.. tarikh di atas saya nak maklumkan kepada tok dan sekalian pembaca blog..kita..
"YAB PERDANA MENTERI memang hebat dan pandai serta bijak"
saya kagum dengan YAB PM.. sebab dia hebat bila buat keputusan..dan tidak mengikut telunjuk serta orang di tepi dan kanan dia.. dan idris jala pun sama kualiti sebagai YBM menteri.
"hanya allah sahaja yang mampu mengubah keadaan"
salam dari saya untuk tok seisi keluarga
salam adilfitri
tunggak parti yang memrintah, melayu. Dah berlalu 5 PM, semua di kira nombor satu,tapi tak banyak yang boleh diharapkan oleh orang melayu....sejak PRU 13, aku memencil diri, mengikis minat politik...tapi bila keluar aku hanya melihat bangunan baru yang melayu tak mampu dan tak punya biaya untuk memilikkinya. semakin banyak di dirikan pusat perniagaan semakin terpinggir melayu....dari jitra hingga ke lumut, di depan pusat perniagaan yang dimilikki non malays,just over the road the malays set up foodstalls... other than this business the malays are incapable of doing....they tax only a minute portion of economic richness. others fall into the hands of other people... looked like the malay leaders who cried out loud to fight for the betterment of the malays were none but rhetorical. they fight only to ensure that they were in power... in the 60s malays lived in attap houses, aids were given that the roofs were changed to zinc, somewhere in the 70s, but now when other people used asbestos sheets tiles as roofs the malays were given zinc roofs....a lot can be said if one only carefully observes the patterns of the present political traits..it is enough to say that the struggles for power will ultimately lead to the DOWNFALL of the MALAYS...no concerns shall appear in this comment for there is no concern felt. let my child live and work elsewhere other than in the land where he has nothing that he owns, and i have nothing to give him upon my death. let the malay leaders be as strong as they wish, as powerful as they want, that in the struggle for it,they miss the chance to look into the problems that ruins the malays from the interior...
Ada la tu
Pelik sekali tulisan Datok kali ini, semacam nak bodek Najib je, sedangkan tindakan Najib sejak dulu lagi dan kini,telah menjual Melayu menerusi kesinambungan sepanjang Tun Mahathir mohamad memerintah malaysia.
Satu malaysia, jual Melayu kepada orang china.
Salam Tok..
Lebihnya PM Najib ialah dia tidak melatah bila orang kutuk.. dia buat muka selambe aje.. Tapi sampai bila boleh bertahan begitu..
T kasih Tok.
Salam Dato.
Najib bernasib baik.....dia berada di tompok teratas sebagai PM kerana dia dipilih sbgai Presiden Umno.
Siapa yg pilih dia?
Org Melayulah.....ORG MELAYU YG MAJORITI.
Bukan Pas atau Dap.
TETAPI DIKACA MATA CINA....
DIA CUMA HAMPAS SAJA.
KALAU BUKAN DIA SEKALI PUN...BAGI ORG CINA.......PRESIDEN UMNO ATAU MANA2 KETUA MELAYU ADALAH HAMPAS BELAKA.
HAMPAS YG CUMA SESUAI UNTUK DIGUNA DAN DIKUDAKAN SEPERTI ANWAR....SABU...RAFIZI DLL RAKAN PEMBANGKANG.....PAS TERMASUK.
INI KENYATAAN !!!!!
Memang beliau kebal ketika ini...tetapi tidaklah hebat...masa akan menentukan.....dan sejarah akan bercerita dimasa hadapan kelak.
Setuju bila Dato ambil ungakapan Tun M...bahawa dia yg terbaik diantara yg lemah.
Dlm perkara Pemerintahan...Nasib memang ada....tetapu tidak boleh menolong selalu.....serupa perniagaan juga.
Semuanya mesti ada plan....ada strategi....mcm 'business plan' untuk berjaya dlm mana2 perniagaan.
Kalau setakat bergantung harap pd nasib....atau kelemahan lawan atau kebodohan ahli.....dia tidak akan bertahan lama.
Ahli mungkin bodoh atau diperbodohkan...tetapi seperti kata org putih;
.."you can fool all the people sometime...and you can fool some of the people all the time but you cannot fool all the people all the time"
Disini...org yg diperbodohkan ada lah org Melayu....kerana org Melayulah yg meletakan beliau disitu.....tetapi sentimen marah..kecewa..bosan..dan menyampah telah pun terpancar dan seperti yg disebut diatas.....org Melayu cuma tiada pilihan yg lebih baik....yg ada pun pembangkang yg seperti lembu pula dan Haprak belaka......cuma pandai dlm membina persepsi...dan menambah lagi kacau bilau dan menyebab rasa ketidak tenteraman pd rakyat sahaja...dlm hal2 perkauman....ugama..dsb....kerana ramai diantara mereka dari DNA Umno (pinjam kata2 Dato)
Hmmmm apalah nasib org Melayu...
Seperkara lagi....taat dan sokongan Melayu pd ketua memang kuat....tetapi kalau asyik duduk diperbodohkan selalu pun....letih jadinya ...sebab itu pd GE12 ramai Melayu beralih pd Pas dan Pkr....menyebabkan Kedah...Perak dan Selangor tewas ketangan Pembangkang.
Sy masih berpegang kepada Perjuangan Asal Kemerdekaan yg diperjuangkan dulu.... tentunya lah untuk membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan British yg pemerintahan berteraskan pd 'master and servant'...Tuan dan Hamba...
Dan juga diperjuang untuk menegakan ugama..bangsa dan bahasa.
Pokoknya kita berjuang untuk kebebasan...membebaskan diri.......maaf sebab sy sendiri pun tidak tahu apanya sebenarnya..'misi dan visi perjuangan yg digunapakai waktu menutut kemerdekaan'.
Tetapi kini Najib kuat...
tetapi akan berubahkah nasib Melayu...yg hampir 60 tahun Merdeka.......majoriti masih lagi susah?
Jika tidak apa tujuannya BRIM?
Kenapa masih ada 'hardcore poor...rural poor...dan kini urban poor' yg dimonopoli oleh majoriti org Melayu?
Kuat untuk apa?
Kuat yg bagaimana?
Mungkin cuma kuat bertahan dlm memegang jawatan Presiden dan PM...tetapi kemampuan dan keupayaan memberpaiki taraf hidup...menaikan ekonomi...menangani 1001 masalah...masih lagi menjadi tanda tanya..
Cuma masa menentukan...
Terima kasih.
Datuk,
Kedua dua contoh yang Datuk utarakan adalah seperti apa yang saya rasa sekarang.
Nampaknya begitu sekali peminat Datuk Najib melambung lambungkan beliau.Begitu ketara selepas tragedi mh 17. Dikatakan betapa bijaknya beliau uruskan kes ini.
Dari perhatian saya,dalam berpuluh puluh keputusan yang dibuat,inilah satu satu keputusan yang betul betul tepat yang pernah dibuat beliau.lni adalah sebaliknya berbanding Tun M.
Kami penduduk luar bandar yang sebelum ini tidak tahupun makna kegawatan,kepayahan dan kesulitan kerana kesederhanaan cara hidup,kini semakin tahu,semakin terasa dan semakin terhimpit akibat bebanan kos sara hidup.Inikah kesan dari pemimpin yang dikata bijak dan berpandangan jauh itu?Ataupun tuan tuan yang memuji itu sedang mewah berbelanja sekarang ini?
1. Rencana ini saya tujukan kepada orang dan pihak yang beria-ia hendak nyahkan Mohd Najib dan yakin itu akan berlaku.
2. Saya hanya kata, MN kuat di segi politik. Itu pun kerana Umno lemah dan tidak ada percabar "viable" dalam parti itu dan Pakatan Rakyat terhoyong-hayang.
3. Rakyat dalam dilema. Tidak ada pilihan jitu. Yang ada hanyalah yang terbaik di kalangan yang buruk.
4. No score to settle with MN (or any other politician). I asked nothing from him and he did not ask any from me.
5. I am merely an observer and a concerned Malaysian. I am not convinced that Malaysians are getting the best from their government.
6. But many don't realise the magnitude of problems the country is now facing!
7. Maybe they will never realise or when they do, it is too late.
Wallahuaklam.
salam DAKJ
bila pemimpin tidak pernah dicabar, kekuatan sebenarnya tidak diketahui. untuk mengatakan pemimpin itu kuat sedangkan dia tidak pernah dicabar mungkin kurang tepat. kedudukannya kukuh bukan bermaksud dia kuat. pemimpin yang rasa dirinya kuat pun akan terbuai dalam dunianya sendiri.
tentang kebaikan ds najib, memang tidak dapat dinafikan. pasti ramai yang mempunyai pengalaman tersendiri berhadapan dengan beliau dan mengalami serta merasai kebaikannya. krisis mh17 menunjukkan kebaikan ds najib merupakan kekuatannya. walaupun kebaikannya itu menjadi salah satu sumber kekuatannya, di situlah juga kelemahannya. secara terang-terangan, kaum cina mengambil kesempatan atas kebaikan beliau untuk meminta segala-galanya dan kemudian memberikan sokongan padu kepada dap dan sekutunya dalam pru-13. secara kelem-kelam, orang-orang di sekeliling beliau juga mengambil peluang kebaikannya dengan melakukan tindak tanduk yang menyebabkan sebahagian rakyat mencelanya.
selain kekuatan kerana jawatan, pengaruh juga perlu diukur. mungkin lebih bermakna sekiranya DAKJ dapat memberikan serba sedikit ulasan tentang kedudukan pengaruh ds najib untuk melengkapkan artikel ini.
Salam Dato' A Kadir Jasin,
Tahniah atas artikel yang objektif dan berasaskan pandangan yang cukup mendalam, setelah beberapa artikel yang kurang objektif sebelum ini.
Saya rasa Dato, telah berjaya merungkai dinamik kuasa politik disekeliling PM Najib dalam artikel ini.
Cuma satu saya kurang faham. Mengapa Dato, tamatkan penulisan dengan perkataan Wallahuaklam. Saya rasa yang betul ialah wallahu a'lam dan bererti Allah maha mengetahui.
Salam Dato,
Sememangnya Nasi sudah jadi bubur,
Cuma org melayu masih seronok sebab "bubur belum basi, masih boleh ditelan....."
Dah lama dok tak karang puisi
Tapi blog Tok Kadir dok jengok tiap hari
Tok Kadir pun buat update lama2 sekali
Tapi Alhamdulillah Tok Kadir ada lagi.
Banyak generasi Tok kadir dah mati
Yang lagi muda pun ada dah pergi
Kena strok dan darah tinggi
Ada yang terpeleot kancing gigi.
Macam ni lah nasib kita orang Melayu
Kalau cakap kita la nombor Satu
Kunun tuan di tanah Melayu
Kita berkuasa di hilir dan hulu.
Betoi la macam Syaykh Ismail kata
Buatlah kedai buatlah menara
Yang beli Cina dan India
Melayu Bumiputera dok ternganga.
India Cina ada stor dan gudang
Minta hutang bank bagi senang-senang
Melayu terhegeh-hegeh buka gerai tepi longkang
Mai penguat kuasa lari tunggang-langgang.
Projek besar langsonglah tak rasa
Modai kecik pengetahuan tak ada
Anak orang besar bolot semua
Kongsi dengan cina jadi Ali Baba.
Agenda Melayu dah lama mati
Khairy kata tak laku lagi
Mai Mat Najib dia buat transformasi
Tinggailah kita air liar basi.
Tapi Melayu ni dia lalai
Ada otak dia tak pakai
Pasai tu mengaji tak berapa pandai
Siang malam kena juai.
Lagilah teruk bila pemimpin tipu
Bagi kontrak kat anak cucu
Sana sini cakap pasai Melayu
Tapi Cina India depa tulung dulu.
Minta maaf berkoyan koyan
Mat dok merapu macam orang meroyan
Otak kusut dah jadi belacan
Tengok orang Melayu dibuat korban.
Selamat hari raya kepada semua
Ampun dan maaf Mat minta
Kepada Allah kita berdoa
Dibagi rezeki disambong usia.
Mat Tunjang Enterprise
Orang Malaysia khususnya orang Melayu lebih suka kepada banyak gelak ketawa daripada banyak bercakap walaupun mendatangkan faedah; sebab itu kalau inginkan kelangsungan hidup (jawatan, kedudukan dll) mestilah tahu mengguna elemen begini. Dalam hal ini saya rasa MN dapat mengguna serta memanfaatkan strategi PR secara berkesan meskipun mungkin terdapat elemen manipulasi terhadap sesuatu insiden dan isu yang setengahnya menyedihkan serta menghancurkan perasaan. Namun itu boleh ditenggelami oleh teknik-teknik manipulasi emosi massa yang tidak disedari yang akhirnya mendapat hasil yang cukup baik.
Masyarakat umum Malaysia `mudah lupa' dan `malas' membaca yang tersirat. Sebab itu sesiapa juga yang bijak memanipulasikan isu atau sesuatu insiden ke arah mencetuskan emosi simpati dia akan berjaya di dalam usaha memprojek imejnya di kalangan umum, lebih lagi apabila dibantu oleh media massa nasional dan antarabangsa .
Dato,
Pada pandangan saya, situasi politik yang ada sekarang adalah disebabkan oleh dinamik politik yang ada.
Di dalam politik di Malaysia, pertandingan antara parti politik adalah amat berteraskan pertandingan antara satu kaum dengan lain.
Di kebanyakkan negara dalam dunia, terutamanya di negara yang maju, pertandingan politik adalah antara siapa yang lebih cekap untuk memerintah. Peranan kaum bukan menjadi isu yang paling utama.
Di negara maju, parti politik akan mengeluarkan polisi-polisi yang lebih baik untuk rakyat. Di Malaysia, isu perkauman menjadi agenda utama.
Oleh sebab itu, kita akan dapat pemimpin yang dipilih berdasarkan piliihan kaum tetapi tetapi tidak “setara” dengan standard dalam dunia.
Di dalam pemilihan pemimpin di Indonesia baru-baru ini, kedua-dua calon presiden berdebat berkenaan dengan polisi yang penting di kaca TV disaksikan jutaan rakyat Indonesia. Rakyat Indonesia dapat berpeluang menilai calon yang mana yang berkebolehan untuk memerintah.
Ini juga berlaku di negara maju yang lain seperti Amerika dan UK di mana calon Presiden/PM akan berdebat di media awam sebelum dipilih.
Sekiranya dinamik politik di Malaysia berubah kepada yang lebih sihat dan lebih cenderung kepada kepentingan rakyat, pemimpin yang lemah tidak akan dipilih menjadi PM dan sekiranya terpilih tidak akan bertahan lama.
Bagus la tu dok kutuk jer la... Tu la anda sebenarnya..
Batul tok,
Masalah lambakan warga asing pun pemerintah dah hilang kawalan. Dah kronik di bawah ni tok!
Datuk,
Bukan Najib shj yg patut pergi..UMNO juga patut pergi dari persada politik Malaysia ini..Dah cukup dah lbh 57 memerintah.Things getting worse day by day..Cuma UMNO dpt bertahan sbb majoriti org org melayu spt Hang Isap ketua Pengawal Melaka.Mengikut ceritanya Hang Isap sdg berkawal terserempak dgn Sultan Mahmud yg baru balik selepas berzina dgn isteri beliau.Kata Hang Isap" Jika bukan anak melayu tidak boleh derhaka pd Rajanya,engkau sudah merasa bekas keris ku ini,Mahmud"..
Yg menyelamatkan UMNO ialah total submission umat melayu diMalaysia ini..Ini bermakna UMNO boleh buat apa shj tanpa perlu merasa takut kepada tindakbalas org org melayu.Tingkah laku org org melayu 500 tahun sama shj dgn org org melayu kurun ke20 ini..
Datuk, salam sejahtera, salam eidulfitri
sy pun rasa sedih dengan keadaan negara , nasib rakyat malaysia. mungkin ramai lagi yg rasa serupa spt sahabat yg Datuk jumpa kelmarin.
ekonomi rakyat pun tak berapa nak cantik. pekerja gov pun dah rasa sikit bahangnya.
pemimpin sekarang yg tidak layak tadbir negara dibiarkan memandu malaysia entah kemana. akibatnya rakyat, kita dan anakcucu kita yg tanggung kesan.
mas yg sedia ber masalah, digugat bencana kehilangan pesawat kali kedua sudah pasti akibatnya rakyat kita dan anakcucu kita yg tanggung kesannya. pakar kata org tak berani beli tiket mas, dan masa depan mas nampak gelap.
salah kita juga kalu kita semua lembik, we deserve what we deserve.
ya tuhan, tolong selamatkan kami semua dari segala bencana. amin.
salam
sy
bagi golongan pro debat melihat retorik adalah perkara utama memandu malaysia kearah kejayaan....
golongan ini mudah difahami suka berpolitik sampai air pun tarak jgn layanla macam la indonesia akan maju dgn retorik perdebatan dan demo jalanan.
agak2 la kalau berdebat berdegar- degar air lombong bertukar tak ke empangan??? sudahlah brother dgn retirik gempak tapi tidur kerjanya ada faham tak??
DAKJ,
1. Saya bosan dengan artikal Dato merendahkan PM disana sini berterusan saolah olah terlalu banyak yang tidak kena dengan cara pemerintahan nya sedangkan ada lagi isu yang lebih penting dan utama sekarang saperti MH 370 , MH17 juga Gaza yang perlukan perhatian.Rata rata rakyat Malaysia lebih banyak menumpukan perhatian pada ketiga tragedi ini.Sudah sudah lah just to be blunt.
2.Realitinya PM tidak akan dapat ditumbangkan melalui pena dan artikal begini.Hanya ahli UMNO yang dapat menjatuhkan nya itu pun jika ada keperluan.
3.Semua tahu partinya UMNO sedang melalui satu 'TRANFORMASI' politik demi kestabilan politiknya dan ini berbeza dengan parti parti lain baik dari parti komponen BN mahu pun dari parti pembangkang.Bagi parti pembankang pula lansung tidak dapat diharapkan.Mereka terus bercelaru dan sudah mula nampak perpecahan dan rakus sekali dengan the limited power yang yang ada dengan perebutan kuasa yang sangat hodoh baik dalam pemilihan dalam parti dan apa yang berlaku di Selangor sekarang ini.
4.Kita tidak mahu melihat pertukaran PM tak habis habis saperti di Thailand dan negara Arab yang sentiasa bergolak , volatile dan fragile.Kita tidak begitu.Kita stabil.
5.Sebagai saorang Melayu dan rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan cara berdikari sendiri dan tidak pernah perlukan satu pun network dan bantuan politik ,saya mahukan Najib memberi penekanan bagi terus memperbaiki EKONOMI orang Melayu yang memilihnya dengan lebih serius.I really mean SERIOUS .Jangan terlalu terhegeh hegeh sangat menjaga hati kaum 'NONS' terutama mereka yang > 90% memilih menolak Najib/BN di PRU lepas.Kita semua tahu siapa mereka terutama chauvanistic DAP. Agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu mesti diteruskan dengan lebih bersungguh sunggih kerana ini dulunya kan Persekutuan Tanah Melayu dan kini kita berkorban sanggup sama berkongsi negara dan kekayaannya menukarnya pada Malaysia.Mereka bukan pendatang lagi mereka rakyat Malaysia dan kita perlu hidup bersama.Janganlah terlalu KIASU membolot semua rupa kekayaan yang ada hanya untuk sendiri.Orang lain pun mahu menikmati kekayaan negara mereka.In short jurang kekayaan dan kemiskinan harus dirapatkan. Ini tugas penting bagi Najib bukan hanya hebat melaung bila ada PAU sahaja.
5.Saya tidak fikir PM bodoh.Lets look at his good contributions as well.Credits should be given when due.Barulah balance.Apa kita masih mahukan leaders dari Pakatan pembangkang ke ?.Ada ke leaders di sana?.Ya , Selangor hebat dan kaya raya hasil kerja tangan PR.Rome is not built in a day, faham kan.Wallahw'alam.
Saudara Ahmad Muadz,
Komen saudara,
bagi golongan pro debat melihat retorik adalah perkara utama memandu malaysia kearah kejayaan....
golongan ini mudah difahami suka berpolitik sampai air pun tarak jgn layanla macam la indonesia akan maju dgn retorik perdebatan dan demo jalanan.
Komen saya,
Sebenarnya di Parlimen hari-hari berdebat.
Di Parlimen, rakyat tidak nampak ahli parlimen berdebat.
Di negara maju seperti Amerika, UK calon Presiden/PM berdebat supaya rakyat mereka dapat pilih yang mana pandai dan yang mana bahalol.
Kalau Malaysia tidak ada masalah maka tak payahlah berdebat.
Kalau 20 tahun dahulu, gaji orang melayu pas universiti 2 ribu lebih dan yang tidak pas universiti 1 ribu lebih.
Sekarang pun masih sama.
Adakah 20 tahun akan datang sama juga?
Harga rumah sekarang sudah lebih setengah juta, 20 tahun kemudian akan jadi satu juta.
Orang melayu yang pas universiti masih tak ramai.
Perkara ini perlu didebatkan dan supaya hanya pemimpin gred A (bukan B dan C) yang sepatutnya dipilih perintah Malaysia.
1. Saya setuju dgn datuk najib kuat didalam umno dan jgn lupa disayangi umno peringkat bawahan. Datuk jgn lupa yg marah sangat dgn najib golongan dh senang cuma hutang keliling pinggang dn nak kaya terus dan terus. bila ekonomi merudum mudah cari penyelesain salahkan umno..
2.umno adalah parti memerintah malaysia semenjak merdeka. akar umbi sayangkan najib dn melihat beliau menjaga amanah negara. datuk jgn samakn umno dgn pkr. dtuk silap bila kaitlan sindrom timbalan kpd muhiydeen. datuk kne ingat UMNO johor lain depa taat bertempat. UMNO johor dh buktikan zaman berzaman kepimpinan utama meletakkan perjuangan parti dipuncak.
3. yg dilemma hanya golongan sudah senang.golongan bawahan cukup sayang dgn najib. Brim dicemuh golongan atasan sedangkan bawahan mendapat nikmat. sekadar rm 600 dijadikan hinaan. ada beza otak org senang berhutang dgn bawahan.
4. tapi datuk jgn risau wawasan 2020 akn kayakan pengundi . dan macam biasa bila dh ada kereta sebiji hati sudah goyang la. DSAI cukup janjikan kereta alphard sekitar 50 ribu semua beralih walaupun air tk selesai.
jadi itulah mentaliti rakyat bila dh kaya... ada kereta je dh rasa dunia ini ana yg punya sedangkan itu semua hutang. bila tak terbayar emosi terganggu dtg rafizi kaki air liur semua kata inilah pemimpin masa depan... bodoh
1. najib bg aku la dh berusaha kearah bantu bumiputera lihat la camna glc disatukan agar kontrak kpd melayu diutamakan.... tapi kita kena faham masalah sekarang yg pegang jawatan tak betul... cth PBT semua melayu yg pegang tapi bila ada job bg kat kroni depa bukan umno ya,.... tak percaya pi la tengok... sprm aq dengar kalau nak kaut mahu abis semua kakitangan pbt...
cerita kutuk org melayu yg miskin dah biasa sangat kita dengar... semenjak pas dan pkr dpt beberapa negeri kutukan hina terhadap org miskin dah macam makan nasi...
org kaya pun bodoh juga tengok je la bila anwar kata bangla mengundi berduyun- duyun org kaya sokong penuh dan percaya ... bodoh la korang ini.
malaysia gunaka sistem undi hormatlah... umno perintah malaysia sbm merdeka lagi jadi tk payah kutuk melayu.. zaman melaka maju dulu tkda pkr dan pas la klu ada air pun tarak...
apa apa hal internet yg kau pakai umno la yg buat nak harap pkr air pun tara ada faham.... pas malas nk layan ayik2 kelantan negeri contoh air kuning ada la
Jangan angan mat jeninlah
Salam.
Banyak kebenaran.
MN kuat pun kerana Melayu..."total submission"...pd ketua.
Tetapi...Melayu tiada pilihan....
Dlm arena politik...suara rakyat akan terdengar dari Parti yg mereka anggotai.
Parti ini adalah Umno.
Justeru itu Parti Umno tetap menjadi parti untuk org Melayu.
Perkara ini tidak timbul kerana sebelum ini Umno dilandasan yg betul....cuma sejak Tun M bermula dari PakLah..GE12...GE13...hingga kehari ini masalah kelemahan pimpinan telah mula kelihatan..
Pemimpin Umno yg memerintah mulai goyah dan membuat terlalu banyak kesilapan...ini adalah ketana pemimpin No 1 lemah dan kerap memilih rakan taulan sbgai nenteri.
Sebenarnya kita perlu pemimpin yg bukan saja bijak....tegas dan berani...tetapi jujur dan tiada berkepentingan diri dan keluarga.
Pemimpin yg bijak..tegas dan jujur sangat2 diperlukan tambah2 lagi di negara majmuk seperti Malaysia.
Tetapi Pak Lah dan MN sebaliknya pula....
Inilah bahayanya.
MN..kuat pun kerana Melayu.
Sy juga berpandangan bahawa ada yg tidak betul dlm parti Umno ini tentang pemilihan pemimpin dan kuasa2 yg diberi..
Ianya perlu diperbaiki secepat mungkin....jika tidak ketua2 atau Presiden dpt memanipulasikan pemilihan kerana terlalu kebal dan boleh berbuat sesuka hati.
Pertandingan Pemimpin mesti lebih terbuka dan bebas dari tekanan dan penipuan atau manipulasi.
Lihat saja apa jadi pd Mukhriz bila bertanding dgn Hishamudin...1 undi pun tiada dari Pahang.....mana mungkin boleh terjadi begini jika tiada tangan2 ghaib yg melakukan.
Kerja kotor begini mesti berhenti segera bukan saja tidak adil...malah mengkhianati dan menipu ahli yg sedia ada.
Umno tetap relevan...tetapi ketua2nya sudah melampaui batasan dan mengambil kesempatan dgn memanipulasi dan membohongi ahli.
Sudah smpai masa nya irg Melayu yg ahli2 mesti berani bersuara dan berubah....tidak perlu lagi menjaga hati ketua yg didapati menipu dan berbohong (sikap semula jadi Melayu...mcm Hang Isap yg sdra sebut).....berubah dari 'Yes Boss'
Mesti mempunyai pandangan sendiri bukan lagi menjadi 'lembu' yg taat membuta tuli pd ketua.
Terima kasih.
Salam Dato.
Sy tetap beranggapan bahawa kejayaan sesuatu negara itu terhasil dari kebijaksanaan pemerintah yg memimpin.
Kejayaan yg sy maksudkan terbahagi kepada banyak perkara.
# ekonomi yg tinggi
# sistem pembelajaran yg baik
# kos sara hidup yg rendah
# taraf hidup yg tinggi
# infra struktur yg baik
# masalah sosial yg rendah
# jurang kekayaan antara kaya dan . miskin kecil...tambah2 lagi antara kaum2 yg besar.
dsb.
Perkara yg sy sebut ini bukannya suatu yg mustahil berlaku atau susah dikakukan oleh pemimpin.
Negara2 Eropah yg berstatus 'Negara Maju'....selain Jepun..Australia dan Singapura telah berjaya melakukan nya.
Dan untuk kita lebih yakin dan percaya bahawa ianya tidak mustahil dilakukan...kita ambil Singapura sebagai Negara contoh.
Dan sy juga pasti inilah wawasan yg kita berpegang...iaitu Vision 2020'.
Tetapi yg menjadi persoalan besar ialah...tercapaikah kita dgn Visi ini?
Kalau jurang kekayaan antara 2 kaum terbesar ini masih ditakah lama...seperti 45 tahun yg lepas....bilamana Melayu yg majoriti masih terkial2 dan cuma berjaya setakat 30% sahaja....boleh kah 'vision 2020' tercapai?.
Walau pun DEB yg dilaksanakan 43 tahun yg lepas masih tidak berjaya merapatkan jurang kekayaan antara Cina dan Melayu.
Sy bertanya bolehkah ini tercapai dlm masa cuma 6 tahun dari sekarang?
Apa yg kita tahu org Melayu masih lagi ketinggalan dlm perkara ini....sebagai pengukurnya..dan juga bukti.....kita lihat sahaja betapa sy milik Cina yg 80% tersenarai diBSKL.
Ini isu besar !!!!
Pemimpin Melayu kita pun berkata saban waktu dan tahun...lebih2 lagi dlm PAU.....tetapi keadaan masih tetap sama.
Jadi apa yg kita harapkan lagi dari pemimpin Melayu?
Sekali lagi sy berkata.
Ini isu besar!!!!
Dan sy bukannya meminta kerajaan menyekat kemajuan org Cina didlm mencari kekayaan.
Tetapi sy juga mahu biarlah kekayaan ini juga dinikmati bersama.
Sebaliknya..dari 18juta org Melayu...lebih dari 50%..atau 9 juta org yg hidup tahap sederhana dan masih ramai di tahap yg begitu rendah...jika dibandingkan dgn org Cina yg sahaja senang lenang...tetapi kaya raya dgn penduduknya cuma 7juta sahaja.
Apakah ini yg kita mahu?
Haruskah ianya dibiarkan begitu sahaja dan wajarkah ianya dibetulkan?
Jika org Melayu bukan lagi malas...atau kurang berkebolehan...apa yg tidak kenanya?
Jawapan sy...ialah polisi yg sedia ada ini telah tidak berupaya membetulkan atau tidak lagi berfungsi kearah tersebut.
Sy tetap berkata bahawa jawapan nya terletak ditangan pemimpin2 Melayu dari Umno.
DEB..yg sepatutnya membetulkan keadaan ini patut dikaji semula atau dasar alternatif wajar diperkenalkan bertujuan memperkasakan Melayu supaya jurangnya jadi lebih rapat dgn kaum Cina.
Ini bukan suatu permintaan yg berbaur rasis...ianya wajar dan mesti dilaksanakan tanpa rasa bersalah atau apologetik lagi......malah ianya juga menjawab kpd apa yg pembangkang kerap laungkan...sekian waktu;
'Equaliti'..atau Perdasamaan.
Jika MN kuat seperti yg Kita sebut2....BETULKAN ISU JURANG KEKAYAAN DIANTARA CINA DAN MELAYU DULU.....DAN LAKUKAN SECARA BERSUNGGUH2...
BUKAN LAGI CAKAP2 SAJA.
Lagipun ini yg diperjuangkan oleh perjuang kemerdekaan dulu.
Memerdekakan diri dari penghambaan.
Terima kasih.
Macam aku kata la adakah debat akan maju kau faham tak???
malaysia jgn bandingkan dgn us atau uk... kenapa tk bandingkan dgn sekelas dgn nya???
bg kau debat adakah terbaik tapi maaf kata la bahalol...
najib gunakan pendekatan berbincang yg dipanggil hanya pandai tapi bkn pandai air liur la...
cth mudah la masalah ketirisan subsidi aku nak tanya siapa yg uruskan???
ada panel dan pakar bkn nya pakar air liur pasal itu la bangla dan air tak selesai.... sudahlah brother jgn malukan diri sendiri tahu kau duduk kat malaysia bkn us la...,
malaysia negeri senang pendatang dtg berduyun2 tahu yg kau bodoh tk tahu cari rezki jgn samakan dgn semua org lain ada faham???
agak2 nya la kau ni ada kawan dgn pendatang tak??? atau kau jenis bwa kereta mewah tak bercampur ngan orang .... bergaya tapi berhutang??
mulai dr sekarang buka mata berkawan dgn pendatang tengok la berapa pandai depa cari duit cuma biasa la geng2 pakatan tahu berhutang je.. maaf kata la bank negara kata apa hutang yg banyak ?? hutang isi rumah tahu
faham tak apa itu hutang isi rumah?? hutang bergaya tapi bkn pelaburan mudah faham org bahalol yg nak bergaya
Bg rakyat mudah salahkan pemimpin...
pernah kah kita bantu pemimpin??
itu persoalanya.. rakyat yg ada hari ini kalau tk dapat duit tak bantu la pemimpin.... agaknya faham tak maksud saya???
dunia yg kita hidup bkn pemimpin sahaja susah nk ikhlas rakyat lagi la semua ada penyakit memberontak.
Rakyat kita terdidik semua masalah mesti salah pemimpin pasal itu la anak tkda baju najib dipersalahkan,.. anak tk
pi solat najib dipersalahkan...
budaya salahkan umno diterajui oleh pas dan pkr psal itu la bila dpt je memerintah ayat pertama keluar umno salah mudahkan???
kita lupa masa merdeka agak2 tahu tk kita berapa peratus melayu miskin? 20% 50% atau 90%...
wawasan 2020 dh hampir tiba melayu sekarang dh kaya psal itu lupa diri... kalau pakai kereta nk mewah klau bli rumah nk besar ... semua nk cepat istilah cekal dan sabar dh tkda yg ada konsep bergaya.
melayu dulu suka menyimpan tanah jadi pelaburan anak2 hebat berpolitik jual tanah pasal nk jadikan gaya bkn pelaburan... kalau nk melabur skim cepat kaya...
itulah melayu hari ni pandai bercakap tp semangat membantu negara tiada yg ada fikir diri sendiri bagaimana nak kaya.
Bukannya Mahathir popular dan Najib tidak popular. Tetapi Umno sudah melalui zaman yang berbeza.
Dulu Umno merupakan parti perjuangan sekarang Umno menjadi parti penuh dengan rasuah. Kalau takda duit jangan sembang nak bertanding jawatan dalam Umno apatah lagi nak cabar Mr. President.
Seburuk-buruk Umno pun takda lg parti boleh menggantikan Umno walaupun pembangkang sering mendakwa diri mereka sentiasa suci.
Dato.
Najib bukan lagi lambang kekuatan Melayu.Najib adalah lambang kekuatan pada UMNO sahaja.
Manakala Hadi Awanag pun berada dalam kategori yang sama.Hadi juga bukan lambang mewakili orang Melayu/Islam.Hadi imej pada kekuatan bagi pihak Pas sahaja.
Anwar pula lansung tidak mewakili kekuatan Melayu.Anwar banyalah opurtunis politik yang terlalu banyak retorik.
Anwar ingin menjadi hero pada semua kaum kononnya.
Yang jelas LGE/LKS adalah lambang kekuatan orang Cina di Malaysia.
Najib,Hadi dan Anwar adalah imej pada perpecahan orang Melayu yang makin hancur.
Hari-hari maruah Melayu dan Islam di perlekehkan.Mana suara Najib.Hadi dan Anwar.
Najib kuat dalam UMNOnya sendiri kerana dia merupakan Jeneral dalam pasukan yang lemah dan longlai.
Hadi Awang macam tikus tanah.Takut bayang bayang yang tak tahu objeknya.Cakap nak bina Islam.Apa yang Pas buat di Selangor dan Pulua Pinang.Kelantan pun serupa juga.
Pas pun 2x5 UMNO sahaja.
Pas banyak berdakwah politik daripada berdakwah UKwah Ilsmiah.
Akhirnya ralyat Melayu jadi haru biru.
Anwart cuma nak jadi PM dan hendak balas dendam pada UMNO sahaja.
Persoalan Najib makin kukuh ini hanyalah satu sindiran yang amat tajam buat UMNO dan Najib dari Dato.
Itulahj yang saya faham pun.Najib sendiri pun tahu yang dia cuma hebat dalam UMNO sahaja.
Puncanya kerana dalam UMNO itu sendiri pun yang ahlinya bukan ada disiplin lagi.Banyak isu yang sedia maklum.
Pemimpin UMNO sana sini kita dengar kejar kemewahan dan kekayaan.
Sekarang baru pemimpin UMNO sedar yang jurang miskin kaya antara sesama rakyat kian melebar.
Malahan dan UMNO sendiri pun wujud jurang kaya miskin antara ahli dengan pemimpin mereka amat ketara.
Sudah realiti.Rupa nya bukan UMNO sahaja.Pemimpin Melayu dari parti lain serupa juga.Cuma nasib dan masa menanti untuk mereka.
Kayu ukur Najib dan lain pemimpin Melayu ialah PRU 14.
Bukan Melayu mereka sentiasa bekerja dan bersatu.Jika tidak mereka pun rosak juga.
Terima kasih dato.
Saudara A Muaz,
Komen Saudara,
Macam aku kata la adakah debat akan maju kau faham tak???
Komen Saya,
Bukan ke sekarang saudara sedang berdebat. Apa salahnya berdebat? Tak salah bukan.
Komen saudara "hutang isi rumah orang melayu tinggi"
Sebenarnya hutang negara sudah lebih 500 billion dan dah sampai had yang ditentukan bank negara.
Seperti saudara kata hutang isi-rumah antara tertinggi di Asia tenggara. Kenapa agaknya hutang isi-rumah begitu tinggi?
Adakah ini kerana orang melayu suka bergaya atau kerana masalah inflasi (harga barang semakin naik) dan kerajaan tak cekap tadbir negara?
Brilliant x 8 Dato. Ur capturing the situatio of our politics.
Saudara MSH,
Berkenaan dengan wawasan 2020, samada tercapai atau tidak.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu wawasan 2020 diperincikan kepada 9 teras.
Saudara boleh dapatkan di wikipedia atau sumber lain yang mudah didapatkan.
Berdasarkan kepada 9 teras ini, kita boleh anggarkan samada wawasan 2020 tercapai atau sebaliknya.
Persoalannya adakah pentadbiran yang ada sekarang ini menggunakan wawasan 2020 atau masih kabur hala tujunya.
http://en.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
Betol bro..rakyat yg perlu dikritk tak boleh salahkan pemimpin saja..
Malaysia dah jadi dalca...
Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab yang dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.
"Kita sedang pantau mereka," kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi Bernama semalam.
Jutaan yang ada ni larat ke nak pantau!!
Assalamualaikum...Dato Kadir
Ahmad Muaz...yg saya hormati.
nampaknya anda masih dibelenggu dgn sifat Feudalisme yg tebal . Buktinya bila anda menolak debat dan menyalahkan rakyat yg anda katakan masih tak puas hati & memberontak. Pendek kata anda seorang berfahaman feudalisme & bukan samasekali demokrat tulen. Saya tak nampak apa faedahnya pada negara bagi pengamal feudalisme .
Bagi sebuah negara demokarasi , rakyat adalah customer. Anda jelas seorang businessman yg tak bagus bila anda menyalahkan customer dan pesaing2 bila produk anda tidak laku.
Tak perlulah beri alasan2 yg memperbodohkan orang bila anda menolak debat. Yg jelas orang2 umno memang tidak mampu berdebat kerana hambatan fakta yg tidak memihak kpd mereka dan tidak punye daya intelek. Balik Ipoh Aidilfitri baru2 ni , saya berdepan dgn saudaramara yg pekat umno...mereka mengelak bercakap bab politik & isu semasa , banyak cerita pasal pencapaian ekonomi orang lain, cerita pasal anak2 masing (yg bagus2 aje) dan diri sendiri. Tkasih.
Sdra Zed-85..
Terima kasih...pd input sdra.
Ya sy berkesempatan meneliti 9 teras tersebut.
Tetapi secara jujur berpandangan bahawa persoalan yg sy lontarkan bersama pembahas lain mengenai jurang ekonomi antara Melayu Cina berkemungkinan....jadi khayalan sahaja.
Selepas...melihat dan meneliti 9 teras tersebut....perkara 'jurang' ini....samada lebar atau kecil berkemungkinan dimaksudkan dlm cabarani 'challenge'yg ke 8...'just and fair distribution of wealth among races........'
Bermula dari situ...sy berpndgan bahawa.....'vision 2020'....sekadar sedap disebut....bak kata sama seperti syarikat2 yg mempunyai 'vision and mission statement' yg cuma difahami oleh empunya syarikat sahaja....tetapi langsung tidak difahami dan dijiwai oleh perkerja.
Dlm perkara ini MN wajar atau mesti melakukan kerja2 merapatkan jurang ini dahulu disamping cabaran yg lain2...untuk mencapai matlamat Visi ini.
Nmpaknya.....khayalan semata.
Terima kasih
Buat kerja msg2... Keluar dr comfort zone msg2..
Bukan negara yg nak maju.. Diri sendiri....
Kekuatan Najib kerana dia terlalu lemah untuk ditolak.
Dia tidak memberi ancaman kepada musuh dan tidak membinasakan kepada kawan.
Tetapi kekuatan itu untuk dirinya sendiri, keluarga dan kaswan2nya dan bukannya kekuatan untuk bangsa Malaysia.
Najib akan tinggalkan satu legasi bangsa malaysia yang berpecah belah.
Datok,
Kaedah pemilihan presiden umno mesti diubah.Walaupun telah diubah daripada cara terdahulu,nampak tak berjaya menyatakan hasrat kebanyakan ahli.Pemimpin yang ada pengaruh masih mampi mengatur pemilihan.Pemimpin yang berkebolehan gagal kerana permainan pemimpin saingannya.Kita lihat sahaja pemilihan antara Mukhriz dan Hishamuddin yang baru sahaja berlalu sebagai contoh situasi ini.
Undi popular lebih menyeluruh dan tepat keputusannya.Mengapa tidak diguna pakai sahaja kaedah ini?
Dear Dato,
Why are you so difficult ? Why cant you kutuk Anwar instead for all the problems he has done. Why cant you see the insincerity of Anwar, Lim Guan Eng, Azmin, etc ?
Are we so bad off with BN. For me, PR is the worst. You just go to Penang, no outside contractors can easily do work in there unless you are aligned to them. Its a lie from PR.
BN, though many issues still, the main agenda is there, for the progress of our country our nation. As you are getting more influential, I sincerely urge you to write more positively on things we have achieve. Its easy to write bad things, but you know its even harder to build. There are so many unrecognized heroes in our nation, and they do it diligently to help the progress of the nation.
Stop supporting and aligning yourself to Anwar, and expose all the crap he has.
Zed-85 said...
1.Berdebat yg aku cerita bukanlah debat dengan kau ...Debat yg aku tak suka debat politik hanya retorik je..kena faham betul2...
2.Di US yg kau banggakan pun teruk la kau tengok je la politik antarabangsanya GAZA kena serang depa la bantu yahudi?
3.Politik Malaysia musyawarah atau berbincang...kau tengok je la komunis ghaib kat Malaysia ..siapa mentornya?
Siapa yg hebat orgnya? dapat pingat tak? dapat nama tak?
5.Siapa yg bantu melayu dengan penubuhan institusi .CTH Felda?
Siapa yg duduk Felda sampai generasi cicit pun boleh beraya yg duduk flat cukup abang long fadil datang dah penuh satu rumah...
Siapa yang bagi idea hebat?
6.Masalah 13 MEI siapa yg tangani?
Debat hanya retorik je...masalah baling berdegar2 cakap nak tolong rakyat tapi bodoh bacalah sejarah...
7. Zaman Najib terkenal dengan ratusan penasihat sabar je la hasilnya insyaallah akan dituai 2020...
CTH dunia pun iktiraf pelan pendidikan kita lihatlah bagaimana UMNO tangani untuk didik bangsa kita...
8. Saudara Zed maaf katalah kalau saudara tinggal dimana-mana dunia pun saudara akan salahkan kerajaan kerana semua kerajaan menghadapi masalah inflasi...
9. Melayu suka bergaya????? bukalah mata kawan ku...lihat sekeliling..
Macam ini lah pi kilang sembang dgn anak2 muda yg gaji sekitar rm 1800...agak2nya la depa pakai motor ke kereta?
Katakan pada mereka berapa duit gaji utuk ibu bapa?
Berapa simpanan masa tua?
Zaman tok2 kita lagi miskin tapi hati senang pasal apa ya?
10. Di selangor bila air takda berapa jimat air? Percaya tak ada yg jimat sampai 1 ribu?
Saudara melayu sekarang kalau mandi tak lebih 5 minit bukan melayu la...ada faham tak?
Melayu sekarang pening poket kering tapi bila masuk kereta pasang aircond?kenapa?
Melayu sekarang malas nak masak semua makan di kedai?
Melayu sekrang malu nak bawa bekal? kenapa?
11. Pendatang datang malaysia tak faham apa itu inflasi yg mereka tahu duit bersepah sepah di bumi bertuah malaysia.
Pendatang yg datang seluruh dunia bukan indonesia sahaja...semua nak berkahwin dgn gadis2 kita? kenapa?
Salah siapa?
12 UMNO memang bersalah ...sistem yg ada melahirkan rakyat yg manja dan menadah tangan...kerana itulah sahabat saya dari sulawesi berkata kalau sejuta rakyat malaysia berhijrah sejuta juga yg akan kembali? malu la wei kenapa?
UMNO gagal menagani rakyat berhutang kerama sistem hutang dipermudahkan ..beli kereta pun takda deposit?
13. Mengikut kajian dari institusi swasta pemuda kita bila bekerja je 1 tahun je dah bermewah tak ikut kemampuan...yg pasti institusi keluarga goyang ibu bapa yg dah tua tak dapat duit dari anaknya...
13.UMNO salah ke?
BUKAN UMNO yg salah yg salah RAKYAT....RAKYAT pada hari ini dah lupa membazir merosakkan masa depan mereka,,
Mereka tertipu dengan propaganda US hidup mudah dengan pinjaman riba...
Bila pinjam je ANDA akan terus hidup dalam kesempitan..inilah sistem US yg diprogramkan kepada seluruh dunia..
Hari ini kehidupan kita semakin sukar berbillion ringgit dihabiskan kepada kesihatan?
Rakyat semakin bodoh dalam menjaga kesihatan...susah sangat ke jaga badan??
15.Di parlimen kita bangga ratusan billion dibelanja membina hospital..bagus ke rakyat banyak sakit?
UMNO salah ke tak ajar rakyat makanan yg baik2?
Akhir sekali nak jadikan malaysia baguslah lahirka banyak mungkin rakyat yang sayangkan pemimpin negara dan berakhlak baik..
Hari-hari isu MB Selangor. Sentuh pun sipi-sipi je Datuk Kadir?
Salah UMNO, perangai UMNO, semua UMNO lah. PKR baik-baik belaka. Pijak kuman pun tak mati.
Ini lgi satu...buat lah kerja yg membanggakan diri keluarga saudara mara n masyarakat setempat anda.... Tunjukan kepimpinan anda dlm kapasiti anda... Msg2 lakukan yg sama ..maka kita akan berjaya...insyaAllah.
Saudara A. Muaz,
Tidak salah orang melayu berbahas dan berdebat secara baik. Sebelum berbahas/debat seorang itu perlu berfikir dahulu dan ini menggalakkan lagi orang melayu berfikir.
Kalaulah rakyat dah mula berfikir dan berbahas, apakah pemimpin tidak boleh berbahas?
Waktu pilihanraya yang lepas, yang dihantar oleh UMNO untuk berbahas hanya pemimpin bawahan seperti, Dato Nur Jazlan, Saiffuddin dan Khairy Jamaluddin. KJ ada kebolehan untuk berbahas.
Pemimipin peringkat tertinggi tidak mahu berbahas. Saya menganggap mereka tidak mahu pamerkan kelemahan masing-masing dan mahu “play safe”.
Ini berbeza dengan negara maju, pemimpin tertinggi berbahas kerana rakyat meraka mahu tahu tahap keupayaan mereka dan polisi kerajaan untuk rakyat sebelum rakyat mengundi. Kita sudah semakin sampai ke tahun 2020, oleh itu sudah tiba masa kita bandingkan negara kita dengan negara maju bukan lagi negara kelas ketiga.
Komen saudara mengenai orang melayu bergaji 1800 tapi bergaya dan beli kereta. Komen saya, zaman sekarang kalau orang melayu tidak berkereta, nak meminang anak dara orang tak boleh pass.
Persoalannya, adakah gaji orang melayu setakat Rm1800 cukup? Zaman sekarang nak beli rumah pun installment sebulan Rm2000 lebih. Sampai bila orang melayu dengan rumah murah sahaja.
Kita mengamalkan sistem kapitalis. Kalau orang melayu ada rumah murah, setelah 20 tahun, harga rumah naik sedikit, harga rumah orang bangsa lain melonjak naik jauh tinggi. Orang melayu akan terus menjadi terus miskin.
Sebenarnya bukan UMNO yang berjasa, yang berjasa adalah pemimpin UMNO yang dahulu. Orang-orang itu sudah tidak ada lagi. Sekiranya UMNO berubah, adakah perlu kita berubah?
Adakah saudara percaya orang UMNO ambil berat terhadap orang melayu dan termasuk yang bergaji RM1800 seperti saudara katakan. Ada orang melayu kroni dan juga golongan bangsawan apabila bercerai, dibahagikan harta mereka beratus juta.
Sekiranya saudara percaya dan yakin UMNO (yang sekarang ini) ambil berat kepada saudara dan juga orang melayu (termasuk yang bergaji RM1800), saya syorkan saudara terus sokong UMNO.
1.Saya tak salahkan berbahas yg saya salahkan retorik politik.saya suka berbincang dalam satu kumpulan fokus.Bagi saya US sendiri
gagal ........sistem mereka bergantung pada dollar yg yahudi ciptakan.........bacalah tentang konspirasi duit dollar...........mudah
kata retorik politik yg dibahaskan hanya lakonan hakikatnya rakyat tetap menderita..
2.Khairy Jamaluddi memang power berbahas tapi bodoh dalam menjalankan amanah.Lihat sahaja kmenterian belia apakah yg
dilakukan.duit habis kpd sukan bkn pembangunan belia?
Maknanya hebat berbahas tapi teruk bekerja.Begitu juga DS Anwar beliau menjadi penasihat ekonomi...... AIr pun tak selesai? Rakyat
menderita disebabkan debat retorik semua tertipu dgn kata2.Bgitu juga Raizi hebat berkata-kata tapi tiada perlaksanaan...tadika
pun tak percuma di selangor ? apa cerita?
3. Saudara bagi saudara gaji rm 1800 takkan bertambah kpd 10 ribu kerana sikap menadah tangan kpd UMNO yg melampau?
Pemikiran subsidi dan tongkat menjadi pegangan selama-lamanya..
Bagi rakyat indonesia bermula dgn RM1800 cukup 10 tahun mereka membina empayar perniagaan baik dibumi malaysia mahupun
indonesia?
Ramly burger bermula meniaga bukan dgn ratusan rbu tetapi hanya sekadar idea dan ribuaan ringgit tetapi berjaya membina empayar
perniagaan.
4. Saudara menjadi beku kerana tidak memahami malaysia bumi bertuah dilimpahi jutaan pendatang haram.....
Kapitalis menjadi ikutan kerana bodoh memahami ekonomi islam...Islam tidak membenarkan riba kerana itulah mereka yg ikut Islam
100% tidak terjerumus dalam kesempitan hidup kerana keberkatan menjadi keimanan...
Billionair Melayu Bukhari bersyukur dan dgn rasa rendah diri mengucap terima kasih kpd UMNO yg membantu mengembang
perniagaanya...
5. UMNO sudah membebaskan melayu dari kemiskinan lihat shj sejarah melayu era 70an dan sekarang.Saudara saya yakin saudara
juga bersetuju wawasan 2020 akan tercapai malah kita juga yakin pendapatan per kapita akan meningkat..........
Melayu sekarang sudah bersepah memakai Alphard .Istilah kemiskinan dikalangan melayu dah tak dengar pun...kalau ada melayu
merempat rumah akan diberi percuma....UMNO jelas sudah berjaya mengeluarkan kita dari garis kehidupan susah....
6. Hidup di malaysia tak mungkin mati kebuluran yg ada hari ini melayu ramai menjadi penagih dadah dan penghisap rorok
tegar..Melayu hari ini menghabiskan hidup dgn makan makanan yg merosakkan.Mengikut kajian 10 melayu hanya 2-3 yg betul2
menjaga kesihatan...
Apa yg terjadi? UMNO belanjakan sekitar 2 billion hanya semata-mata menjaga rakyat yg bodoh?Itu belum lagi termasuk membina
hospital dan klinik peruntukan sentiasa bertambah kerugian membazir tidak pernah diperderdebatkan....
Melayu hari ini ketawa berdekah-dekah bila kempen makan kangkung menjadi hina.Sedangkan kangkung makanan paling baik didunia
hari ini.
]
7. Saudara Zed 85
UMNO adalah parti keramat Melayu...dipanggil keramat Krn sukar dikalahkan UMNO.UMNO menjadi benteng kpd masayarakat miskin
dan pertengahan.Tunjang UMNO adalah rakyat bawahan ttp bg melayu dah kaya mereka mengelar golongan miskin bodoh dan tiada
otak.Golongan ini dihina hanya semata-mata menyokong UMNO.Melayu yg kaya lupa UMNOlah berjaya pada zaman dahulu.
Mengikut kajian MRSM yg dirintis oleh Tun Ghaffar Baba hari ini menjadi lambang pemberontak terbesar UMNO.MRSM dahulu
penyokong kuat UMNO ttp dunia sudah berubah dgn gaji ribuan ringgit mrk beralih kpd PAKATAN hanya dgn slogan UMNO
rasuah.BUKTI rasuah hanya berdegar-degar ditelingan ttp tiada report yg ada hanya sekadar "senjata retorik politik".
Melayu era sekarang sudah ramai yg kaya tetapi sudah lupa siapa yg berjasa.UMNO dihina setiap minit hanya sekadar mengharapkan
UMNO dapat MEMBEBASKAN DIRI MEREKA DARI HUTANG BERGAYA.
8. Saudara jadilah seorang yang hebat dan lahirkan generasi yang hebat........kita hidup didunia bukan syurga..
Di dunia ada yg baik dan ada yg jahat yg penting Islam jadi pegangan....Taatilah Allah,Rasul dan ulil Amri .Kehidupan tenteram dan
berkat.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-
orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59
Saudara Ahmad Muaz,
Memang ramai golongan pendatang di Malaysia. Ramai yang datang dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Orang Myanmar dan Bangladesh boleh hidup dengan gaji setakat RM600 sebulan dan berkongsi tempat tinggal sampai 10 orang satu rumah.
Minta-maaf saya katakan orang melayu tidak boleh hidup sedemikian rupa.
Saya berasal dari Johor. Kalau saudara berada di Johor Bahru sentral pukul 5 pagi, berpuluh ribu orang seberang ke Singapura untuk bekerja kerana gaji yang lebih besar.
Faktor ekonomi memainkan peranan yang besar. 80% orang melayu di Malaysia terdiri dari golongan orang yang sederhana (sekitar 40%) dan kurang berada (sekitar 40%).
Berbeda dengan dahulu orang melayu ketika ini lebih tertekan dengan faktor ekonomi terutamanya golongan muda yang baru memulakan kehidupan. Rakyat Malaysia berjumlah hampir 30juta. Golongan majoriti adalah golongan muda. Golongan yang berumur 55 ke atas tidak lebih dari 14%.
Bila mana timbul kerenah-keranah terutamanya dalam laporan PAC berhubung dengan masalah rasuah, ketirisan dan lain-lain. Persepsi rakyat kepada kerajaan akan menjadi negatif. Laporan PAC bukanlah satu perkara “retorik” seperti mana saudara nyatakan. Rakyat mula berfikir negara ini tidak ditadbir dengan sepatutnya dan menyebabkan masalah ekonomi yang sedia ada.
Saya setuju dengan saudara, UMNO sudah memerintah lama. Tetapi kalau saudara lihat negara-negara lain di muka bumi ini, tidak ada parti politik yang dapat bertahan selama-lamanya.
Pada saya orang melayu sudah ada dalam dunia sebelum UMNO. Yang paling penting adalah orang melayu berkuasa dalam Malaysia dan orang melayu dapat hidup secara bermaruah dalam Malaysia. Itulah yang paling penting.
ZED 85
Malaysia bumi bertuah disebabkan rezki yg melimpah ruah.........
Kebijaksanaan pemimpin UMNO menubuhkan petronas menjadikan pendapatan perkapita negara meningkat mendadak.Petronas menjadi penyumbang terbesar hasil negara.
Hari ini UMNO meletakkan biodisiti yg dikatakan triiliion ringgit yg belum terusik?
Di mana melayu?
Melayu hari ini sudah kecewa hidup di bumi Malaysia.Melayu hari ini tidak ada rasa malu kpd pendatang. Melayu hari ini nak jadi bos tapi pemalas,Melayu lebih suka merokok dan merosakkan kesihatan.Bangga bila UMNO membelanjakan kesihatan 2.2 billion setahun.
Melayu hari ini pemalas dan majoriti berpendidikan rendah.Inilah hakikat melayu.
Saudara salah seorang melayu yg tiada bersemangat berjuang yg ada melihat Najib dan Muhiydeen perlu diganti.......... seolah-olah melayu bakal menjadi kuasa besar sekiranya UMNO dimampuskan........
Sejarah UMNO membangunkan negara secara teratur dianggap mudah sahaja hendak dilakukan walaupun hakikatnya PAKATAN tida cemerlang dlm pentadbiran.Semua bergantung pada menteri UMNO.
PAC bukan lah retorik tapi dijenamakan cara bekerja dizaman Najib.Hari ini Najib perangi golongan yg tidak buat kerja di kementerian2.Transformasi berlaku secara aggresif di zaman Najib.UTC dan RTC mendekati rakyat semuanya berubah demi melihat rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dari kementerian.
Hakikatnya kementerian yg ada didalangi golongan pembangkang.Golongan pembangkang menguasai majoriti di semua kementerian tetapi cara bekerja mereka boleh dikatan sabotaj kpd UMNO.
Majoriti remaja melayu malas dan berpendidikan rendah kerana itulah UMNO BANGKIT menubuhkan pelan pendidikan DEMI MELIHAT BANGSANYA menjadi bermaruah.
PAS dan PKR semenjak dahulu hanya berpolitik tin kososng tidak mungkin melayu bangkit dengan emosi.Melayu sekarang tidak lagi miskin tetapi mewah .Melayu sekarang tidak mahu mengakui pembaziran berlaku melampau didalam kehidupan seharian.
Tadi saya ke hypermarket Giant terdapat iklan dgn hanya menyimpan rm 10 sehari selepas 10 tahun simpanan menjadi rm 40 ribu...
Persoalanya berapa ramai melayu yg faham?
Dikalangan pendatang 100% faham apa itu simpanan.Melayu hari ini membelanjakan rm 600 membeli kereta berharga rm 50000.cukup 10 tahun nilai kereta hanya sekadar 15 ribu.Melayu bodoh dan suka bergaya.
Tetapi melayu yg bijak selepas 10 tahun duit 40 ribu bakal merubah kehidupan masa depan.UMNO menyediakan ruang yg besar kpd melayu yg bijak dan rajin.
Kepada melayu yg suka bergaya dan membazir anda tetap hidup tetapi dalam kemiskinan jiwa dan harta.Hanya mendoakan rezki dari langit turun ke kaki anda sedangkan pendatang bertali arus ke malaysia kerana faham nilai rm 600 berubah kpd rm 40 ribu hanya dalam masa 10 tahun.
@ Ahmad Muaz
Fikirkan secara rasional.. Sekiranya standard PM Malaysia adalah seperti PM Singapura, negara kecil yang tak punya hasil sumber dari minyak, balak, sawit, getah, emas, timah dan lain-lain tetapi berjaya menjadikan Singapura antara negara maju dan terkaya. Negara ini juga meraih antara indeks rasuah paling rendah dlm dunia. Yang merasa untung dan bangga pasti rakyatnya yg berbilang bangsa terutama kaum Cina yg menjadi penduduk majoriti di sana.
Begitulah harapan org Melayu majoriti dan kaum lain di Malaysia, mengharapkan PM Najib mempunyai intergriti yg tinggi dan amanah dlm menguruskan negara. Kalo yg beratur menunggu BRIM setiap tahun itu ramainya org Melayu, jgnlah terlalu mendabik dada ttg kecemerlangan Umno. Pernah saya dgr ungkapan sinis ~di mana Umno kuat, di situ umat Melayu hidup merempat~. Mungkin mrk ini golongan yg mudah digula2 dan dieksploitasi.
Dalam menghadapi persaingan dunia tanpa sempadan skrg, sistem dua parti amat perlu dan budaya debat elok diamalkan di negara ini. Tiada salahnya rakyat melihat pemimpin kerajaan dan pembangkang berhujah dgn fakta dan bukan fitnah.
Umno parti keramat itu telah lama berkubur dan digantikan Umno Baru dgn perjuangan yg baru. Menukar parti politik berlainan bukannya spt menukar aqidah dan bangsa. Rakyat semakin matang berhak memilih terbaik antara yg baik.
Satu pertanyaan jujur, setelah lebih 56 tahun Umno memerintah Malaysia dan org Melayu, apa lagi pemimpin2 dan Melayu Umno mahu?
Terima kasih dan Selamat Hari Raya kepada Datuk sekeluarga.
Ye lah tu
blogger orked
Terima Kasih...
Saudara belajar la membaca terutama SEJARAH..
Saudara Singapura agak2 la masa sebelum merdeka jadi apa ya?
Pulau tara apa ke?
Penduduknya 20 org ke? nelayan je ke?
Saudara singapura dah maju betul2 maju pasai apa? British dah bangunkan dan dijadikan TAPAK melupuskan kekuatan ISLAM..percaya tak?
Saudara saya tak mahu sembang singapura sangat bg mereka faham apa itu ekonomi cukuplah kita katakan singapura dah maju 30 tahun kedepan sedangkan malaysia pada waktu itu pelabuhan dan higway pun tara...
bacalah buku Tun Mahathir .Beliau ada menceritakan sejarah tersebut.
Saudara UMNO bangunkan ekonomi ketika Brirtish kata kpd Melayu nak buat kilang JARUM pun tak boleh tahu?
Saudara tk tahu jumpa Tun Mahathir dia itu UMNO tahu ya..
Saudara Melayu masa itu miskin sangat hampir 5% je kaya yg lain hidup merempat..salah UMNO atau British?
Sekarang dah jadi sejarah yg buat tadika sampai universiti semua UMNO..
FELDA pulak kat dunia hanya ada satu .Petronas tak mahu sembang la..Begitulah UMNO...yg terkini GST gaya UMNO..
Singapura semua kena GST UMNO plak belacan antara tak kena GST...UMNO memang pelik.
Jadi melayu sekarang BODOH jaga kesihatan salah UMNO ke?
Melayu kuat merokok sampai duit habis UMNO tanggung perubatab hospital...Bodohnya UMNO.
UMNO buat sekolah hebat2 berbillion tapi Melayu bodoh asyik tahu berpolitik tin kosong je..Bodohnya UMNO
Melayu suka hiburan duit habis kat Astro setahun 1 ribu tapi duit pelajaran anak2 mengeluh...
Akhir sekali pi la sokong Wan Azizah wanita pertama menjadi MB...UMNO bodoh pasai tak bagi wanita.........
Sembang dengan pembangkang tak habis2 PAKATAN hebat pasai Anwar ada WOW faktor.
Dan sebelum berundur Orkid harap2 anak keturunan kau tak minta tongkat kat UMNO la ya belajar berusaha lihat rakyat selangor bila takda AIR tak mengeluh malah jimat lagi...siapa tak terkejut setiap keluarga di selangor jimat bill air gila2 tapi jgn lupa la waktu krisis Air la.Pandai PAKATAN ajar rakyat berjimat UMNO BODOH ajar rakyat membazir dan bergaya.......memang bodoh UMNO
UMNO kena didik Rakyat jadi PANDAI...
orked
Satu pertanyaan jujur, setelah lebih 56 tahun Umno memerintah Malaysia dan org Melayu, apa lagi pemimpin2 dan Melayu Umno mahu?
Saya tak mahu bicara panjang lebar apa yg UMNO mahu cukuplah
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf
Bagi mereka bodoh pelajaran akan anggap ini benda enteng sekadar sembang kedai kopi ...betul tak? angguk je la pasai PAKATAN tak sokong pun secara terbuka.
Bacalah link diatas bagaimana UMNO akan membawa Malaysia ke arah dimensi yg lebih hebat..
saudara orked jgn lupa beli buku Tun Mahatihr baca sejarah singapura ya...dan kalau dah habis baca pulak buku lee kuan yew...Nanti mesti faham kenapa singapura maju...Kita hidup kat dunia tiada gear automatik ya semua kena manual...pi kedai beli buku jangan emosi dan bodoh.
UMNO hendah engkau pandai bukan BODOH.
@ Ahmad Muaz,
Umno ini terlalu baik kpd pemimpin pulau Singapura tetapi bukan pd rakyat sendiri. Sejarah telah membuktikan; Ada pulau diberi percuma, air dijual murah dibeli balik mahal. Apa dah jd dgn Pulau Batu Puteh, Tanjung Pagar, Wilayah Iskandar dll?. Byk yg sudah tergadai. Inilah sebahagian dari kehebatan pemimpin kita.
Quote "UMNO hendah engkau pandai bukan BODOH".
Yang beremosi dgn komen2 mencaci pembahas adalah saudara. Hujah2 saudara asyik membodohkan orang. Satu jari menuding org lain, 4 jari lagi ke diri saudara seorang.
Dr Mahathir pernah berkata yg tinggal dlm Umno skrg ramai di kalangan orang bodoh saja. Tahniah...Saudara Muaz telah mengesahkan kata2 Dr Mahathir. Kesimpulannya, Umno tak boleh diharapkan lagi.
Terbaru, petikan dari blog Dr Mahathir.
DR MAHATHIR TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA NAJIB
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya melalui tulisan di blog, www.chedet.cc. .
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.
"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.
"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.
Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin. "Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya. Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.
Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.
"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.
"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya. Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.
Terima kasih.
orked.
sejarah singapura berpisah dan sebab air diberi murah bacalah sejarahnya.
bila saya kata bodoh marah pulak... dah bodoh tak kan nak kata cerdik..
nak tanya la kenapa lee kuan yew menangis masa berpisah??? sepatutnya gembira air murah dan dpt pulau free lagi..
bacalsh buku sejarah sebenar bkn buku sejarah pembangkang memperbodohkn lagi ada la.
kau dh baca ke buku mahathir dn lee kuan yew ni? baca lagi buku tuanku abdul rahman
Post a Comment