Saturday, August 30, 2014

Jangan Bebankan MAS Ke Atas Rakyat Jelata Lagi


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

LAPORAN media massa hari ini mengatakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.

Saya sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu:- 1. Bubarkan. 2. Jual kepada swasta. 3. Selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara. 4. Lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan 5. Hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan.

Untuk berhentikan pekerja saja sudah memerlukan RM1.9 bilion. Apa halnya dengan kos-kos lain. Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris.

Pelawat dan pembahas yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pandangan saya dengan menekan ikon Kunta Kinte “Ada Had Bantu MAS” di sebelah.


Wallahuaklam.

47 comments:

berasiam said...

salam DAKJ

langkah membantu mas secara berterusan satu perkara. yang lebih tidak masuk akal, orang yang sama juga yang terlibat. dahulu azman mokhtar melalui bina fikir yang kemuka cadangan bundling-unbundling. habis aset mas diserah kepada penerbangan malaysia. masa itu bukan main sanjung lagi idea berkenaan sebagai jawapan kepada masalah mas.

lantik isris jala dari shell jadi boss mas pun sama. habis segala sisa-sisa harta mas dijual. bangunan mas di tengah segi tiga emas kuala lumpur pun selamat difaraidkan.

sekarang azman mokhtar jadi kepala khazanah. pelan pemulihan mas datang dari khazanah. dah gagal sekali dahulu, masih nak cuba lagi ker. ini bukan perniagaan runcit yang bermodalkan rm100 ribu. tak masuk akal orang yang sama memainkan peranan sekali lagi selepas idea terdahulu gagal.

bila timbul ura-ura nak tukar ceo, tiga nama disebut-sebut termasuk sazally ramly dan idris jala. idris jala dulu dah gagal nak dipertimbangkan semula ke. sama kes dengan azman mokhtar jugalah. tidak adakah prospek baru yang segar dari kalangan anak Melayu untuk ditonjolkan dalam dunia korporat selain kumpulan yang ada sekarang. letih dibuatnya, dah jadi macam 40 penyamun pulak.

bukan sedikit anak Melayu yang berkebolehan yang masih berada di Malaysia dalam pelbagai industri multinasional. disebabkan mereka bukan dari kumpulan 40 penyamun, mereka tidak mendapat peluang untuk menunjukkan kebolehan.

rasa dah muak pun ada dengar nama-nama yang sama dikitar semula, dan kegagalan yang serupa berulang merugikan negara. akhirnya orang akan kata kerajaan yang salah sebab bergantung kepada orang yang sama. memang salah kerajaan pun.

Unknown said...

mas kalau boleh ke langit tujuh dan planet-planet di tata surya hendak dijadikan destinasi penerbangan. mana tak muflis....

ismail muda said...

Dato, jgn terkejut felda yg dijaga oleh PM Najib akan alami nasib yg sama dgn MAS. Kabarnya felda terpaksa menjadual semula hutang dgn KWSP kerana aliran tunai yg lemah. Felda ditadbir oleh seorg KP baru yg paling boros. Jika PM Najib tidak mengawasi pengurusan felda yg boros, maka jgn terkejut agensi Melayu yg tersohor akan alami nasib yg sama spt MAS, malah nama baik PM Najib akan tercemar teruk kerana beliau mentri yg menjaga felda. Isu MAS mungkin bebankan Kerajaan dari segi kewangan, tetapi isu felda bole jejaskan pengundi setia...

Anonymous said...

Assalam DAKJ. Saya setuju dgn pendapat berasiam diatas. Yg amat menghairankan, mengapa Mat Johari dan parapengurusannya dikekalkan dlm tempoh interim sehingga julai 2015? Kalau dah 3 tahun dia tak boleh buat untung (yg dia sendiri janjikan!), lagi lama dia berada dipesada Mas, lagi banyak akan Mas rugi! Sama juga dgn lembaga pengarah. Kalau dah 3 tahun tak boleh kawal parapengurusan Mas dari kecundang, baik diubah saja kesemua mereka ini. Jangan pula digunakan MH17 & MH370 sebagai sebab kerana jika musibah itu tidak berlaku, bolehkah Mas untung pada tahun ini seperti yg dijanjikan oleh pengerusi Md Nor Usoo & CEO Mat Johari? Nampaknya mereka ini hanya cerdik bercakap seperti politikus. Hasilnya omong kosong saja. Nampaknya yg pasti adalah bila dinyahsenaraikan, rakyat tidak akan tahu akan kerugian tambahan yg akan diterima Mas. Jadi rakyat takkan bising. Khazanah pon boleh simpan kerugian dibawah kapet. Patutlah MAS digelar Mana Ada Sistem?

IloveMalaysia said...

I am quite sure if the country run by you, the country will be lingkup, bankrupt and poor.

you basically have no plan whatsoever. they plan is an investment to ensure the success of our national airline and to turnaround to make it successful. Its severely ailing right now, but for the sake of the whole country interest and the larger business ecosystem, saving and creating a strong MAS is necessary for bringing back jobs and investment into Malaysia. Be more thoughtful and look at it more broadly than your narrow mindedness.

din klang said...

Salah satu punca kos operasi Mas menjadi tinggi adalah kerana ia mempunyai tidak kurang dari 7 kesatuan pekerja dengan pelbagai permintaan yang membebankan pihak pengurusan.

Zed-85 said...

Dato'

Dulu depa kata "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Agaknya, orang kampung, harga barang naik, harga rumah pun naik, bil letrik naik.

Terkebil-kebil tengok kapalterbang MAS terbang di udara. Agaknya hilang segala masalah.

zainal abidin awang kechik said...

Tok berikan malaysia peluang UNTUK buktikan mas boleh terus terbang

Saya yakin boleh dengan syarat tiada rasuah

zainal abidin awang kechik said...

KEYAKINAN MEMBAWA MAS TERBANG TINGGI

A KADIR JASIN said...

PERMOHONAN!!!!!!!!

Mohon pembahas yang kutuk saya jangan guna "anonymous".

Ramai yang komen guna "anonymous".

Saya tidak akan siarkan komen guna "anonymous".

Minta tolong. Gunalah nama sendiri atau busuk-busuk pun nama samaran, nama pena, nom de plume.

Saya tak akan saman atau suruh polis tangkap pembahas yang kutuk saya.

Terima kasih.

msh said...

Salam Dato.

Dari pengalaman lepas2...kerajaan kita kerap membelakangkan rakyat dlm banyak perkara yg melibatkan perkara2 seperti ini.

Maksud sy....didlm perkara2 seperti penswastaan....ambil alih syarikat persendirian yg mengalami kerugian oleh kerajaan....penjualan syarikat yg ada saham kerajaan pd syarikat persendirian....meletak individu terutama org politik yg tidak berkelayakan untuk mentadbir syarikat milik kerajaan dsb.

Seperti MAS.....umum faham bahawa objektif kerajaan adalah untuk menyalamat segala apa dana yg telah dilaburkan pd syarikat ini dari terus menjadi muflis.

Sebaliknya..umum faham bahawa MAS sudah pun muflis secara teknikal....cuma 'buku' nya belum 'ditutup' lagi.

Tetapi jika sudah 3 kali begini....dari zaman Tajuddin..zaman Idris Jala...hingga ketangan Jauhari...ini kira sudah 'over'.

Ini perkara besar....'National Carrier'...yg melibatkan berbilion ringgit....jgn pula dibuat seperti perniagaan perabut atau gerai dikaki lima pula.

Perniagaan yg kecil pun mesti ada 'business plan'...untuk memastikan kejayaan......inikan pula MAS.

Seperti yg kita faham...jika org yg sama juga ditugaskan membaik pulih dgn kaedah yg sama diguna pakai....apa pembaharuan yg boleh kita harapkan?

Bak kata dlm bahasa inggeris 'if you keep doing thing the same way....you will end up with the same result....'

Dato...syarikat milik kerajaan seperti Petronas cukup berjaya...kenapa MAS pula bermasalah?

Apa pun...dlm perkara MAS ini...kerajaan mesti melakukan dgn cara yg berlainan agar perkara sama tidak berulang.

Rakyat sudah mual dan jemu dgn sikap kerajaan sebegini yg tidak begitu peka dgn pembaziran dan mengguna strategi yg salah serta ' business model' yg tidak 'full proof'....seperti dgn MAS ini.

Org kata pisang tidak berbuah 2 kali...tetapi MAS membuktikan bahawa pisang boleh berbuah 3 atau 4 kali...mungkin 5 kali.

Terima kasih.








A KADIR JASIN said...

1. PM kata ini bukan “bailout” (penyelamatan) dan Khazanah bercadang memperoleh semula setiap sen (RM6 bilion) yang dibelanjakannya.

2. Oklah, kita beri can kepada PM kata apa yang beliau mahu. It’s a free world and talk is cheap. Cuma kita perlu bertanya kepada beliau, sebelum ini adakah kerajaan/Khazanah mendapat balik berbilion ringgit yang telah dibelanjakannya ke atas MAS sejak syarikat itu diambil balik daripada swasta pada tahun 2002?

3.Berapa banyak dividen yang kerajaan/Khazanah peroleh daripada MAS dan berapa banyak pula keuntungan modal (capital gain) daripada saham MAS?

4. Tak eloklah kerajaan anggap seolah-olah semua rakyat jelata tidak faham perniagaan, operasi pasaran saham, M&A, IPO dan sebagainya!

5. Saya terpaksa setuju dengan Sdr Berasiam bahawa Khazanah “lacks credibility” untuk menyusun semula dan menguruskan MAS setelah segala percubaannya selama ini gagal.

6. Harapan paling baik, kalau pun masih ada pun ialah dengan melantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti bagi menggantikan pengurusan tempatan yang sudah banyak kali gagal.

7. Khazanah hanya berharapan dapat balik sebahagian modalnya kalau dalam masa 3 atau 4 tahun dari sekarang MAS untung besar dan boleh dijual kepada pelabur swasta dengan harga lumayan. Selepas itu kerajaan jangan lagi terlibat dengan MAS.

Terima kasih.

Unknown said...

Najib kalau bijak lantik Khalid Ibrahim jadi ceo mas. Bukan khalid samad ok. Anwar mesti terlopong lopong nk keluar negara pasni. .Kalau nk pergi israel hantar pakai tikar terbang je

Unknown said...

let mas bites the dust. switch off the life support machine. start fresh with one or three or five planes. there is no two ways about it. khazanah is proven to have made a lot of blunders. heads must roll.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Memang kita kurang yakin prestasi Khazanah. Bukankah diaorang ni yang membenarkan Air Asia masuk 'menguruskan' MAS? Tetapi kita belum tahu siapa yang akan membida untuk membeli MAS jika di swastakan. Jadi terpaksalah akur dengan keputusan kerajaan. "Better the devil that you know than the devil you don't"?

Selamat Hari Merdeka. Memperingati perajurit yang terkorban mempertahankan kemerdekaan dari komunis 1960an, 1970an dan 1980an.

observer said...

setiap kali saya menghadiri kursus yg diwajibkan ke atas kakitangan awam, saya tidak lupa tanya fasilitator: " we have many people like you handling courses on risk management, coaching & mentoring, turning ideas into action and so on, but why is that no one is able to turn around MAS?" Maka terkebil2 lah sifasilitator mencari jawapan. Pada saya bukannya tidak ada mereka yang berkebolehan, tetapi sekiranya kita suka bermain 'musical chairs' dengan 40 penyamun tadi, inilah hasilnya.

say.it said...

Salam datuk..

My oppinion..its obviously khazanah cannot run MAS anymore. Their strategy totally not works at all. I love MAS. I flew with MAS..they have very good services and nice people. Hoe about reduce directors renumeration?? As i understand their renumeration cn cover more that hundreds employees salary..

wanitabukittinggi said...

Datuk...

Saya setuju dengan cadangan saudara Amat Encik Amat ...Khazanah ambil seorang CEO yang ada track record
seperti TS Khalid Ibrahim ..yang boleh turn over ailing company.
Janganlah MAS dijual kepada swasta walaupun setelah diselamatkan dan dijangka peroleh keuntungan dalam masa 3-4 tahun lagi.

Saya setuju dengan pendapat ramai bahawa Malaysia perlukan satu penerbangan nasional seiring dengan wawasan mencapai negara maju @2020.

Kaedah pengurusan adalah punca kepada permasalahan MAS. Tidak payah pun beri kepada pakar pengurusan antarabangsa untuk memulihkan MAS. Apa yang kita mahu adalah pihak pengurusan tempatan yang tiada kepentingan peribadi.

Ambil contoh JAL dimana setelah ditutup sementara kerana rugi dibuka kembali.

Setiap permasalahan ada penyelesaiannya..cuma pada lazimnya manusia ini gajah didepan mata tidak kelihatan tapi semut dilautan jelas kelihatan.

Salam Merdeka 57.

A KADIR JASIN said...

1. Dulu bila orang buat jenaka kata MAS ertinya "Mana Ada Sistem", kita marah.

2. Kalau MAS tak ada sistem, pemilik utama MAS iaitu kerajaan/Khazanah lagi tidak ada sistem.

3. Mula-mula swastakan MAS. Lepas itu ambil balik. Buruk siku.

4. Lepas itu, pada zaman Pak Lah, paksa MAS kongsi laluan domestik dengan Air Asia. "Jual" operasi MAS di Sarawak dan Sabah kepada Air Asia. Bila Air Asia tidak berjaya "commercialise" rural air services Sarawak dan Sabah, serah balik kepada MAS.

5. Kemudian buat share swap dengan Air Asia. Tidak berjaya juga dan ramai bantah. Batalkan share swap.

6. Dalam pada itu MAS makin teruk dan Air Asia terus maju.

7. Kerja siapa semua ini kalau bukan kerajaan/Khazanah dan spin doctors mereka?

8. Cuba congakkan berapa puluh bilion ringgit kerajaan dan pembayar cukai sudah berikan kepada MAS dalam bentuk pembelian saham, pinjaman, jaminan hutang dan shareholder's advances?

9. Congakkan pula berapa puluh atau belas bilion kerajaan/Khazanah serta pembayar cukai sudah rugi akibat hutang lapuk MAS, jaminan hutang MAS, capital reduction dan susutan pelaburan akibat harga saham MAS yang merudum.

10. Tolak perbelanjaan dengan perolehan (dividen, keuntungan modal dan penjualan aset) berapa banyak keuntungan (atau kerugian) kerajaan/Khazanah telah cacat kerana memiliki MAS?

11. Konsultan demi konsultan, MD/CEO demi MD/CEO dilantik dengan ganjaran lumayan (termasuk Idris Jala), tetapi apa yang telah mereka sumbang kepada MAS?

12. Dalam operasi penyelamatan MAS kali ini, berapa banyak pula bayaran rundingan dan konsultasi yang akan dibayar?

14. Fikirlah secara rasional dan bukan dengan emosi.

15. Adakah kita akan mati tanpa penerbangan kebangsaan?

Mohom maaf dan terima kasih.

awang batuburok said...

Salam Merdeka Dato,

Penyakit yang dihadapi MAS sekarang ini umpama kanser tahap 4, yg hanya menunggu saat kematian, hidupnya hanya bergantung kpd "life support machine" (duit rakyat).

Rasanya eloklah ditutup sahaja MAS ini dan gantilah dengan syarikat baru yg tidak melibatkan kumpulan 40Penyamun. Adalah tidak perlu untuk terlalu beremosi kononya sayangkan MAS maka terus dibiarkan menghisap darah (wang rakyat) yg tidak berkesudahan....

awang batuburok said...

Salam Dato,

Sebagai komen tambahan, MAS sudah menjadi pokok yang ditumbuhi oleh terlalu banyak dedalu-parasit. Untuk membunuh parasit adakalanya kita terpaksa mematikan pokok induk yang telah tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu ditanam pokok baru, umpama tanam semula pokok getah dan kelapa sawit.

sayataksetujuDatuklangsung said...

saya tak setuju pendapat Datuk yang sepet dan tak bertimbangrasa dan tak munasabah.

kalau lah MAS dijual, apa akan jadi ? MAS akan dibeli dengan murah oleh investor asing atau siapa kalau orang tempatan Syed Mokhtar ? yang dipotong kerja tak akan ada compensation. akan di control agen asing dimana tak ada kebaikan social dan peningkatan ekonomi untuk negara kami. Cuba lihat MNC diMalaysia, adakah ia membantu sepenuhnya perniagaan di negara kami sepenuh. tidaknya, semuanya adalah profit driven dan kebanyakkannya akan disalurkan diluar negara. cuba tengok McDonald, apa yang negara kami dapat dari keuntungan McDonald, banyak ke ? Lazat makanan McDonald tu, biarlah McDonald beli MAS.

Fikir sejenak kebaikkan kesuluruhan untuk MAS dan negara. Knock-on effect kalau MAS manage dengan baik. Maruah negara dan nama negara baik tersebar diseluruh dunia, MAS untung sama-sama dengan perniagaan diMalaysia dan juga rakyat. Adalah penting bagi kami supaya MAS akan menjadi success dan menjanakan lebih banyak keuntungan untuk negara.

Cuba fikir banyak Datuk, jangan suka-suka ikut jejak Anwar yang tak kisah pun negara. Macam pisang lupakan kulit Datuk. Dulu Datuk diberikan kuasa, sekarang macam habis kutuk kerajaan tak tentu hala. Kalau nak kutuk biarlah positive untuk kebaikkan negara bukannya untuk memburukkan negara. Jaga nama negara, jaga maruah negara supaya negara kami lagi maju.

YESweCAN! said...

Dear Datuk,

You sound like an old fart who is bias in thoughts. I dont think you have a real strategy. You think giving to Anwar to manage MAS would be a good idea, he will bankrupt anything in the country he touches. Never trust Anwar, he almost gave away everything we had to IMF in the Asian Financial crisis. What is needed is to remove the excess, cut down on corruption, streamline the management, return it to profitability. This carrier is our national pride. Its an award winning airline for so many year despite the issues they had. With strong backing from the government and good strategy it can be turned around and make it a strong success. Dont underestimate the strength of our people to rise up to the task. You underestimate too much and too much of an inferiority complex. We can do it and I believe strongly we can. Petronas is a world champion. TnB too, Prasarana will be too, Axiata too, what makes you think our GLC is a failure ? There are certain problems, MNC too are full of corruption dont you know. Dont be bias. Atleast if its under our government arms, our national interest and pride is considered.

Dont be too eager to put down your country, we are moving forward, and we are moving forward far more better than so many countries. So you must think Indon is better ? Egypt is better ? Grow up. Have more common sense in your writings than just lambasting senselessly.

wanitabukittinggi said...

Datuk...

Hujah-hujah Datuk itu memang ada kebenarannya.

1. Pertama-tamanya MAS perlu buat perubahan
180 darjah.

2. Untuk berbuat demikian, MAS harus tutup
operasi.

3. Kemudian ambil pekerja baru dan pengurusan
baru. Pekerja sediada diambil balik
berdasarkan prestasi dan pengalaman tetapi
dengan syarat dan terma baru.

4. Buat terma dan syarat baru. Diantaranya anak
anak kapal perlu ada had terbang.
Jangan ada Kesatuan Pekerja.
Sekarang ini ada 3 union...untuk pekerja yang
tidak terbang; Anak-Anak Kapal dan
Juruterbang.

5. Untuk laluan pendek/domestik anak-anak kapal
tidak perlu bermalaman. Jimat overhead.
Sekarang ini penerbangan ke KK ; Kuching pun
anak kapal bermalaman.

6. Laluan Antarabangsa 8 jam kebawah tidak perlu
bermalaman.

7. Dulu ada perkhidmatan Firefly untuk
penerbangan murah tetapi telah ditutup kerana
menggugat perkhidmatan AirAsia.

8. Itu yang timbul share swap tu bukan apa..
Bila dah tak jadi share swap...AirAsia tidak
kembalikan laluan-laluan untung yang diambil
daripada MAS. Sekarang laluan "high-load"
seperti KK, Kuching untuk MAS dah jadi kurang.
Macam mana MAS tak rugi dan Air Asia untung
setiap tahun.

9. Dilarang sama sekali penglibatan orang politik
dalam urusan perniagaan syarikat kerajaan. Bila
ada ura-ura akan buang pekerja MAS..Menteri
Sumber Manusia pun buat kenyataan... MAS tak
boleh buang pekerja.
Ini semua taktik politik yang tidak akan
membawa kepada perubahan cara bekerja
sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju.

10.Untuk membuat perubahan-perubahan ini
DS Najib kena berani jangan duk takut hilang
undi. Kita takut kepada Allah bukan kepada
manusia.
Kalau kita berani kerana benar (ikhlas dan
jujur) Inshaa Allah... Allah akan tolong kita.

Unknown said...

Saya sokong pendapat DAKJ.

Notion but not emotion. There is no need to employ the services of foreign international consultants. Our own home grown accountants are equivalent if not better than them. Go back to nature. Go back to basics. From them we can get answer and panacea to all ills. They are cheap and even free. When I was in Form Four I learned that Profit = Selling Price - (Fixed Cost + Variable Cost). What is so difficult about that?

Gen Peneroka said...

Dah jemu hal MAS ni. Dah byak kali diulang2. Saya lebih minat hal felda kerana saya anak dari tanah rancangn. Memang betol KP felda seorg pemboros. Dia skrg di London selepas terbang dari Perth, Aus. Felda sudah mula mencairkan asetnya kerana kekurangan tunai. Lot kebun Peneroka semak samun tak berjaga. Pokok tak beracun berbaja. Hasil Peneroka byak tiris. Buah sawit tak bertuai. Gaji Peneroka lambat bayar. Felda melantik ramai konsultan. Pengurusan mewah & mesy di luar negara. Bila nanti saham felda dlm may bank, misc, klk & semua saham dijual, maka tinggal lah felda selai sepinggang mcm MAS jual bangunan di segi tiga emas...alahai felda, jangan la jadi mcm MAS!!!

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Nampaknya topic Dato’ kali ini agak hangat. Banyak juga komen-komen yg menghentam Dato’ kali ini. Kesian juga saya tengok tapi eloklah juga begitu supaya dapat memberi kesedaran dan keinsafan kpd Dato’ yg bukannya semua pendapat Dato’ tu betul sangat w/pun selalu disiarkan dlm harakahdaily.

Ramai juga yg dah mula perasan yg Dato’ memang bias kepada Pakatan Rakyat sehingga melantik bini dan anak beranak sendiri pun katanya tak apa sebab mereka dipilih oleh perwakilan. Yelah tu. Bila PR je, semuanya molek belaka.

Izinkan saya memberi pandangan yg berbeza sedikit. Jika diteliti dari artikel ini, maaf cakaplah tapi semangat patriotic Dato’ terhadap Negara kita Malaysia agak hambar. Sedangkan US pun berbelanja sehingga USD700B pada tahun 2008 utk menyelamatkan syarikat mereka dari lingkup. Ini kerajaan kita baru berbelanja UB2B pun dah bising. Tema kemerdekaan “disini lahirnya sebuah cinta” nampaknya masih jauh lagi utk dicapai.

Keduanya, memang logic jika duit USD 0.5B boleh memberi faedah kepda sebilangan petani di kampong Dato’ tu. Tapi masalahnya, kerajaan juga memerlukan duit belanja. Adakah duit itu boleh jatuh “gedebup” terus dari langit? Jadi agak-agaknya, golongan yg manakah yg banyak membayar tax dan membantu kerajaan membangunkan Negara kalau bukan yg selalu naik kapal terbang MAS? Saya bukannya apa. Kesian tengok mereka terpaksa berpuasa bila naik ailine lain sebab bukannya senang nak dapat makanan halal.

Dan terakhir, cadangan tersebut adalah hasil dari mesyuarat gabungan para penasihat dan consultant2 sehingga melahirkan buah fikiran yg begitu bernas. Tapi sayangnya, saya nampak dari dulu lagi Dato’ sedikit pun tidak menunjukkan tanda hormat kepada mereka w/pun jasa dan sumbangan mereka begitu besar di era YAB dato’ Seri Presiden UMNO merangkap PM kta. Kalau tak nak hormat pun, jangan mengeji.

Akhir kata, itulah pandangan saya sebagai orang kampong. Sekian TQ.

Zed-85 said...

Dato’

Kadang-kadang tengok orang yang komen ini, nampaknya dia tak paham apa bendanya isu sebenar.

Isu sebenarnya adalah duit untuk dilaburkan semula untuk MAS bukanlah turun dari langit tetapi adalah duit kerajaan untuk faedah rakyat.

Kalaulah PM atau UMNO kita, nak laburkan Rm6 billion daripada wang saku mereka tak apalah. Tapi bukankah RM6 billion lebih berfaedah untuk biayai projek untuk faedah rakyat?. Samada untuk menaik-taraf sekolah, hospital atau membuat jalan yang tidak ada toll atau apa-apa projek untuk rakyat.

Berapa RM Billion yang kita sanggup laburkan sedangkan sudah berbillion sudah dilaburkan dan untungnya tidak tercapai.

Mengikut perpatah orang melayu UMNO , “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Di sini, pencapaian harus diutamakan, bukan sekadar membuat pelaburan yang tidak kunjung dapat hasilnya. Sudah berdekad dah.......orang dah sakit telinga dengar pengurusan dan pelaburan untuk MAS.

A KADIR JASIN said...

1. Tidak perlulah sesiapa bersimpati dengan saya kerana dibelasah dalam blog ini. Kalau saya takut dibelasah, saya tidaklah membuka blog ini dengan menggunakan nama sendiri. Saya buatlah macam banyak penembak curi yang bersembunyi di sebalik anonymity.

2. Tujuan saya berkongsi pendapat dan berbahas, bukan untuk dipuji dan dipuja.

3. Saya sudah 45 tahun mengikuti perjalanan MAS. Sudah berpuluh pengurusan dan model perniagaan diperkenalkan tetapi hasilnya sama saja – lebih kerap rugi daripada untung. Jadi saya kata tutup atau jual saja MAS.

4. Bagi golongan elit yang naik first class dan bisiness class tentulah mereka mempertahankan MAS. Mereka mana peduli kaum tani dan nelayan yang hanya dapat bantuan/kemudahan kelas tiga.

5. Mereka pun mana tahu yang kesemua projek pengairan di negara ini tidak ada “tertiary irrigation”. Semua tidak lengkap sebab itulah penggunaan air banyak tetapi hasil kurang.

6. Lebih elok duit yang berbilion yang diberikan kepada MAS untuk menjaga 19,000 orang pekerja dialihkan kepada rakyat miskin. Ada lebih setengah juta rakyat miskin yang bergantung kepada padi di MADA saja.

7. Untuk sediakan “tertiary irrigation” di MADA saya dimaklumkan (oleh seorang yang sangat besar di Malaysia) memerlukan kira-kira RM2.4 bilion. Untuk selamatkan MAS kali ini perlukan RM6 bilion!

8. Saya kata sudah cukup lama kita dodoikan dan manjakan MAS. Eloklah kita campah ke luar rumah. Manalah tahu tanpa dimanjakan MAS boleh jadi anak jantan yang gah di persada dunia.

9. Kepada penyokong tegar PM, Umno dan BN, kalau mereka anak jantan atau srikandi sila nama sebenar dan tak perlulah kaitkan isu kerugian MAS ini dengan politik. Ini isu perniagaan.

10. Berkenaan Felda, saya ada dengar yang anggota kabinet pun bersungut iaitu untuk lancar hotel atau projek di luar negara berpuluh-puluh pegawai kanan Felda ikut "melancong".

11. Saya pun turut bimbang masa depan warga Felda khususnya dan pekebun kecil kelapa sawit anmnya. Harga kelapa sawit kini di paras paling rendah dalam masa lima tahun. Ini pun bala juga.

Terima kasih.

ismail muda said...

Dato, tk byak sentuh hal felda walaupun sikit menyimpang. Skrg harga getah jatuh teruk. Dah berbulan2 pekebun peneroka petani org kg resah. Org tgh pun resah sbb dok bagi advance money... Kerajaan bagi one off mcm BRIM kpd org kg atasi kejatuhan harga getah. Tetapi ini penyelesaian jangka pendek saja. Yg dpat nama org politik kerana dapat tumpang ambik peluang di majlis serahan duit. Tak kah terfikir pemimpin nak bagi top up price kpd org kg atasi kejatuhan harga getah?? Tak kah ada usaha bersungguh2 Kerajaan membantu org kg dgn kaedah2 atau mekanisma lain? Misalnya beri insentif tanam semula getah? Kita bimbang kalau Thailand jual semua stok, maka harga getah jangka menjunam jatuh.
Betul lah Dato kata kalau rm6 bilion MAS digunakan utk bantu org kg, mcm2 benda bole buat.
Hal felda ni Dato, dah jadi bualan di kalangan generasi penroka. Kami anak penroka susah cari mkn dgn felda sbb kontrak tender byak dibuat runding terus kpd org2 tertentu. Org besar felda pulak payah nak jumpa mintak tolong jauh sekali. Bab melancong luar negara saban bulan memang tak dinafikan. Kadang2 penroka terkejut beruk org felda skrg masuk tanah rancangan pakai Polis sendiri, kawalan, siren. Seolah2 tanah rancangan mcm tak selamat. Buat majlis besar2an dg kemah sebesar2nya sdgkan kaw felda ada dewan, mesjid, padang dll.
Nampaknya budaya hemah jimat sudah hilang dlm amalan felda. Saya percaya ini lah yg terjadi pada MAS akibat belanja yg boros, top heavy, campur tangan politik dan mcm2.
Dato teruskan menulis bab MAS ni. Biarpun sahabat saya gen peneroka sudah jemu, elok Dato ulangi utk renungan bersama.
Kabarnya jugak felda akan kehabisan dana utk biayai projek2 penroka, generasi, projek sosial dll. Bajetnya dikatakan defesit negatif mulai tahun depan. Kalau harga sawit dan getah terus kekal jatuh, jawabnya felda bole bungkus spt MAS. Ketua Pengarahnya susah nak jumpa di ofis. Agaknya tak puas2 melancong.
Perdana Mentri mungkin dok tumpukm MAS skrg tetapi lupa ayam tambatan felda. Mungkin Perdana Menteri telah dibrief tak de isu di felda. PM yakin 'org kanan' di felda tetapi org yg satu ketika memulihkan MAS berada di sebelah PM sendiri. Hendaknya felda tidak meletup spt kapal terbang MAS kerana kalau meletup, ia berselerak di kebun2 sawit penroka seluruh negara....

berasiam said...

salam DAKJ

terima kasih kerana bersetuju walaupun terpaksa. teruk DAKJ kena hentam setiap kali berbeza pandangan dengan mnajib hinggakan dikatakan DAKJ cenderung kepada anwar dan pr. tapi dalam isu mas DAKJ bukan keseorangan. .syed akbar ali ulas isu sama. begitu juga rocky bru. wee choo keong pun. tapi kerajaan pekakkan telinga. tun mahathir dah tegur pun tak reti nak menyahut. itulah silence is golden kerajaan.

yang nampak bermasalah adalah mas. tapi kalau nak selesaikan masalah takkan di penghujungnya sahaja. jika khazanah yang menjadi punca masalah, kenalah perbetulkan khazanah juga. barulah masalah akan selesai sekali dan selamanya. jika hujungnya sahaja dirawat sedangkan puncanya dibiarkan, masalah serupa akan berulang.

kita sebut ramai lagi anak bangsa yang cerdik dalam pengurusan atasan dan teknikal pelbagai syarikat multinasional yang berada di negara ini, honda, sony siemens, intel dan pelbagai lagi. dalam multinasional tidak ada 40 penyamun. mereka naik kerana mereka layak. bukan kerana kawan-kawan sama sekolah, universiti dan sebagainya. talentcorp tak tahu dan tak mahu kenal mereka ini. talentcorp cuma mahu bawa balik yang dari luar negara sebab boleh makan angin sambil kerja. siapa yang tahu dan kenal mereka agaknya? mungkin saingan politik pucuk pimpinan umno sekarang. kalau Allah izinkan pucuk pimpinan umno berubah, insya Allah khazanah pun akan berbeza wajah.

Zed-85 said...

Saudara OKJ,

Komen Saudara,

Jadi agak-agaknya, golongan yg manakah yg banyak membayar tax dan membantu kerajaan membangunkan Negara kalau bukan yg selalu naik kapal terbang MAS? Saya bukannya apa. Kesian tengok mereka terpaksa berpuasa bila naik ailine lain sebab bukannya senang nak dapat makanan halal.

Komen Saya,

Sebenarnya, hasil cukai negara lebih dari 30% adalah daripada daripada minyak. Yang lebih dari cukai terus, dan lain. Ini bermakna, kebanyakkan hasil negara kita ini adalah datang dari Allah s.w.t. , bukanlah dari saudara atau golongan elite atau yang selalu naik kapalterbang MAS.

Kalaulah hasil negara kita daripada hasil minyak yang dianugerahkan Tuhan, bukankah keutamaan patut diberikan kepada gologan yang memerlukan, umpamanya golongan melayu yang miskin.

Adakah lebih patriotic sekiranya kita memberikan keutamaan kepada orang melayu yang selalu naik kapalterbang MAS daripada golongan yang miskin.

Berkenaan dengan makanan halal di kapalterbang. Banyak ada pesawat timur tengah umpamanya Emirates yang makanannya halal. Saya pernah juga naik pesawat Eropah, Fin Air, ada makanan Islam dan sedap-sedap belaka. Tidak ada masalah.

Kalaulah was-was, boleh bawa bekal biskut dan lain-lain dalam kapalterbang, tak payahlah nak sampai berpuasa.

Lahuma said...

Dato.

Yang paling sedih bila 6000 pekerja MAS kena buang kerja.Maknanya kena gantung periuk.
Kemudian rasa reda sikit bila ada kenyataan katanya 3500 bakal pekerja MAS ini akan diberi kerja dengan anak-anak GLC Khazanah.

Wang 1.6 blion akan disedia kan sebagai saguhati.
Ada yang dapat lumayan dan ada yang dapat tak seberapa.

Ramai pekerja MAS sekarang ini yang tidur tak lena.Ada juga yang tidur lena kerana sudah dapat segala faedah.

Kita pun tak tahu yang mana kerajaan hendak dahulukan.

1.Rakyat didahulukan.
2.Syarikat MAS didahulukan
3.atau saudagar-saudagar besar dalam MAS hendak didahulukan.

Kerugian MAS ini kita pun kurang jelas.Sudut mana yang menjadi penyumbang pada rugi teruk.Tentu ada sudut tertentu yang rugi teruk.

Tak jelas dan tak dibentang pada rakyat dengan tepat.
Kalau Dato ada maklumat atau fakta yang jelas tolong cerita pada kita semua.

Saya yakin puncanya MAS rugi kerana faktor manusia dan pengurusan.Bukan faktor politik atau lainnya.

Mahu tak mahu rakyat akan dihambat dengan beban cukai kerana MAS.

Sabarlah Dato tentang askar upahan yang keji itu.Biasalah asam garam dalam hidup.

Terima kasih Dato.

Lahuma said...

Dato.

Yang paling sedih bila 6000 pekerja MAS kena buang kerja.Maknanya kena gantung periuk.
Kemudian rasa reda sikit bila ada kenyataan katanya 3500 bakal pekerja MAS ini akan diberi kerja dengan anak-anak GLC Khazanah.

Wang 1.6 blion akan disedia kan sebagai saguhati.
Ada yang dapat lumayan dan ada yang dapat tak seberapa.

Ramai pekerja MAS sekarang ini yang tidur tak lena.Ada juga yang tidur lena kerana sudah dapat segala faedah.

Kita pun tak tahu yang mana kerajaan hendak dahulukan.

1.Rakyat didahulukan.
2.Syarikat MAS didahulukan
3.atau saudagar-saudagar besar dalam MAS hendak didahulukan.

Kerugian MAS ini kita pun kurang jelas.Sudut mana yang menjadi penyumbang pada rugi teruk.Tentu ada sudut tertentu yang rugi teruk.

Tak jelas dan tak dibentang pada rakyat dengan tepat.
Kalau Dato ada maklumat atau fakta yang jelas tolong cerita pada kita semua.

Saya yakin puncanya MAS rugi kerana faktor manusia dan pengurusan.Bukan faktor politik atau lainnya.

Mahu tak mahu rakyat akan dihambat dengan beban cukai kerana MAS.

Sabarlah Dato tentang askar upahan yang keji itu.Biasalah asam garam dalam hidup.

Terima kasih Dato.

orang tobiar said...

Masalahnya dato. Cuba tgok makanan yg dihidang sama. Kontrak supply makanan pun mcm ada sesuatu. Makana menu asyik sama. Chicken with noodle.

ab said...

Salam Dato,



MAS rugi,Qantas rugi,Virgin aust rugi...SIA pun rugi sikit tahun ni.



Bolih tak siapa yang pandai berniaga dalam bidang penerbangan komersial beritahu berapa sen keuntungan untuk satu kerusi untuk satu km untuk satu penerbangan dalam atau luar negeri?


Ada 10 sen ka tak?.


MAS lebih rugi kat bumi dari kat udara.


Bolih ka MAS tujuk statistik ramai mana kakitangah kerajaan/separa kerajaan yang `naik free' punya setiap hari dan setiap 365/366hari setahun. Dan statistik juga untuk mereka yang `upgrade service secara percuma juga' ?



Buat macam satu lagi punya `airline' mesti untung punya...parking fees tak payah bayar,prepaid fees untuk booking,untuk angkat beg,untuk kerusi roda,untuk toilet seat,untuk ayaq sejuk,untuk airconditioneer,untuk oxygen ,untuk air refresher spray,untuk budak lari sana sini,untuk budak menyusu dll...LAGI banyak `charges' lagi la bagus..tak gitu?



JANGAN KATA TAK BOLIH add charges itu laa...,kan GOMEN juga yang luluskan! WHY they can and yet MAS cannot can not charge?.



Saya tidak `kesian' kat MAS kerana rugi,SEBAB model perniagaan MAS memang untuk rugi!(olih bos bos kat khazanah).


Anyway ADA BERAPA ORANG BOS BOS KAT KHAZANAH itu yang pernah dan ada pengalaman menguruskan syarikat,atau syarikat penerbangan yang UNTUNG??



Kalau tak ada,sudah sampai khazanah pi melawat semua universiti/kolej yang ada kursus berkaitan BUAT BUSINESS THESIS competition untuk perniagaan penerbangan... universiti/fakulti/jabatan bolih dapat royalti... student yang menang bolih kerja kat MAS..



MAS must flies...keep the good crews,fires the deadwoods...


Clean the khazanah to begin with.


Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Khazanah said the RM6.0 billion is an investment and every sen of it can be recovered. Please lah Khazanah.. don't propose a bail out scam under the guise of investment. Enough is enough. Just liquidate MAS. There are too much factors that brought MAS to the ground. From the previous episodes MAS staff should have already expected and prepared for this. They should already plan their retirement/retrenchment much ahead. It is not doomsday. They will survive.

HARI said...

Dato',

Adakah operasi besar-besaran polis sekarang untuk alihkan pandangan rakyat dari MAS dan keadaan ekonomi sebenar ?

A KADIR JASIN said...

MASbanknegara

1. Dari awal lagi MAS tak untung atau buat "lebihan" (surplus) yang kecil saja. Tapi umum tak tahu dan tak peduli sebab MAS milik 100% kerajaan.

2. Kemudian pada tahun 1980-an sebahagian saham MAS dijual melalui "private placement" kepada pelabur swasta, termasuk Brunei Investment Fund. Bila ada pemilik saham luar, mereka tentulah mahu keuntungan dan dividen. Pada waktu itulah untung/rugi mula menjadi masalah kepada MAS.

3. Bila kerajaan tak mampu lagi menanggung MAS, ia dijadikan "anak angkat" kepada Bank Negara. Pun tidak berjaya juga. Lagi pun bukan fungsi Bank Negara melabur dalam perniagaan. Bila kerugian MAS terus meningkat dan Bank Negara tidak boleh dibebankan lagi, maka kerajaan pun berfikir menswastakannya.

4. Jerami yang mematahkan belakang kerbau berlaku apabila kempen Tahun Melawat Malaysia (VMY) yang pertama dibuat pada tahun 1990. Ia sangat berjaya tetapi MAS tak cukup kapal terbang untuk bawa penumpang dalam dan luar negara.

5. Kerajaan marah. MAS terpaksa sewa kapal terbang antaranya jenis DC-10 yang kakitangan MAS sendiri gelar "the flying coffin" (keranda terbang) kerana selalu rosak. Bila media massa lapor, kerajaan marah. Saya kena “lecture” oleh PM masa itu Tun Dr Mahathir kerana kritik MAS.

6. Pada tahun 1994 MAS diswastakan dengan harga yang tinggi untuk bayar balik pelaburan Bank Negara. Masa itu BN tengah tenat akibat kerugian besar spekulasi mata wang asing oleh Nur Mohamed Yackop.

7. Walaupun MAS diswastakan, ia terus beroperasi macam syarikat kerajaan kerana kerajaan ada “golden share” (saham emas). Kakitangan tidak boleh dikurangkan. Tambang tidak boleh naik tanpa persetujuan kerajaan. Terbang ke mana saja yang kerajaan mahu. Apabila krisis ekonomi Asia 1997/98 melanda, MAS yang sudah teruk jadi lebih teruk.

8. Maka bermulalah era Khazanah. Ada orang buat “fitnah” dan kerajaan ambil balik MAS. Macam-macam penyusunan semula ala Nujum Pak Belalang dan Pendekar Bujang Lapuk dibuat – asset unbundling, jual bangunan, jual anak syarikat, jual kapal terbang – tapi walhasil balik asal, itu pasal tak hasil.

9. MAS mengendalikan 96 buat pesawat pelbagai jenis dan saiz dan terbang ke-60 destinasi (tanpa perkongsian kod) dengan hampir 20,000 pekerja. Air Asia mengendalikan 169 pesawat jenis Airbus A320 dan A330 ke-88 destinasi dengan lebih kurang 10,000 kakitangan. MAS obes.

10. Banyak syarikat penerbangan nasional sudah tutup atau dijual hatta di negara-negara maju. Malev (Hungary) tutup. Swiss Air (Switzerland), Sabena (Belgium) dan KLM (Belanda) dijual. Quantas terpaksa berkongsi dengan Emirates. Jadi apa salahnya tutup atau jual MAS kepada sesiapa yang sanggup beli?

11. Lebih mulia kerajaan membelanjakan wang sebanyak itu (atau lebih) ke atas berjuta-juta petani, pekebun kecil, peneroka FELDA, nelayan dan pekerja bergaji rendah yang kini dihimpit kejatuhan harga komoditi dan kenaikan kos sara hidup.

12. Masalahnya, ramai yang bercakap bagi pihak MAS adalah golongan elit yang hanya jaga tembolok sendiri atau mereka yang tidak pun peduli untuk mempelajari sejarah MAS.

13. Selepas berulang kali gagal menyelamatkan MAS, kita perlu menumpukan fokus kepada keseluruhan pelaburan dan pengurus Khazanah takut-takut apa yang berlaku dengan MAS hanyalah “the tip of the iceberg”.

Wallahuaklam.

budakjawa said...

salam dakj,

saya melihat ada rasionalnya MAS wujud. Ia bukanlah sekadar isu untung dan rugi. Persoalannya bukan sekadar kalau mas ada, berapa banyak kerugian yang perlu ditanggung, tetapi berapa banyak negara akan hilang sekiranya mas tiada.

Masalahnya adalah apabila kelemahan pengurusan menyebabkan kerugian berterusan yang jumlahnya sangat besar sehingga menjejaskan kebajikan rakyat. MAS dilihat seperti kantung bocor Kerajaan yang digunakan untuk menyalurkan keuntungan secara tidak wajar kepada pihak tertentu.

kenapa pengurusan lemah? ketidakbertanggungjawaban pegawai yang dilantikkah atau campur tangan politik yang keterlaluankah atau kedua-duanya

budak jawa

Old Old Timer said...

Dear DAKJ.

You are spot on. I propose Ahmad Zahid Hamidi be appointed as MAS CEO so that he can fly all those ungrateful Non Bumis to where they belong and make money for MAS at the same time.

redz said...

spot on Dato..."the tip of the iceberg"..???..just wait and see. ..

abdullahngah said...

sebanyak 30 buah GLC di jual semuanya tak pernah buat untung.

Macam mana nak utung belanja lebih banyak daripada pendapatan.

Bayangkan nasi lemah yang berharga RM4.50 satu dibayar RM45.00 satu.

Kerajaan pun begitu, macama tak berhutang, jika satu unit kerusi yang berharga RM90.00 dibayar RM 250.00 satu unit.

Demikian juga kos bangunan satu unit RM 5 juta dibayar RM15 juta.

Jalanraya satu kilo meter RM 7 juta dibayar RM 27 juta,

Cuba Bayangkan. macam mana nak buat untung dan mana mana tak berhutang.

wankamarul701 said...

p.a.n.a.s.

wawh said...

Assalamualaikum Dato'
No amount of expertise neither funds could help MAS! Dato' mentioned 'fitnah'......yes! Itulah kerja orang2 MAS dan mereka yang bersangkutan dengannya. 'Apabila Aku Murka terhadap sesuatu kaum itu.....in this case 'organization'! Don't undermine, doa orang2 yang teraniaya! Mh370, mh17 are beyond anyone's comprehension! For all those concerns, bertaubat, ask forgiveness and help from God!

RD. said...

Dear Dato.
When we lost MH370, I have already commented that it had something to do with the crisis in Ukraine. The west had somewhat swallowed more than what they could chewed. To deflect world attention away from Ukraine and Israel's aggression in Palestine they somehow created the lost of MH370. At the same time, trying to strain relation between China and Malaysia.
As a 'weak' or lembut Muslim country, the downing of MH17 is of no surprise, to me.

Unknown said...

Buang pekerja tidak akan menguntungkan atau menyelamatkan MAS. Tukar management dan timbal balik segala contract yg pernah dibuat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).