Tuesday, August 19, 2014

Mohd Najib Hilang Sokongan Dr Mahathir


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

TAJUK rencana terbaru (Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada 18 Ogos amat ringkas. Menegur.

Tetapi sesiapa saja yang membacanya akan mendapati bahawa ia lebih daripada teguran.

Ia berupa kritikan paling tajam dan paling terbuka terhadap anak didiknya sendiri, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.

Antara lain, Blogger Che Det menulis: “24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.”

Hari-hari gembira: Dr M pendidik dan pelindung Mohd Najib
Saya langsung tidak terperanjat dengan rintihan Dr Mahathir itu.

Ke mana pun beliau pergi dan di mana pun beliau berada, pelbagai pihak "mengadu" mengenai tindak-tanduk Mohd Najib yang kabur dan kacau. Hatta cuti di Eropah baru-baru ini pun menjadi satu misteri.

Meminjam ungkapan bahasa Inggeris, “the PM deserves every word that Dr Mahathir hurled at him.

Saya ditanya oleh portal berita Malaysiakini dan Malaysian Insider mengenai kecaman Dr Mahathir itu.

Saya tidak bercadang mengulanginya di sini. Sesiapa yang berminat boleh membaca Malaysiakini di sini dan Malaysian Insider di sini.

Wassalam.

25 comments:

Unknown said...

anak punai anak merbah
pandai ia membuat sarang
anak sungai lagi berubah
ini pula hati orang

safiai saad said...

salam sdr Kadir. I am at the loss on this issue,should the former premier criticized the present government, why dont you leave Najib alone.Is the practice of western democracy. Did bush commented on Obama policy.Surely he decide based on the information available to him,which is not a privy to the former prime minister.
On the other hand there should be check and baance, so that the country is moving in the right direction.
On this aspect Pak Lah has not interfere in Najib administration, but Dr Mahathir seemed to do other wise.
Right or wrong.
I guest we need both but with proper ingredient to save the flavour.Too much interference reflect the flaws and weakness of the current prime minister.Too little comments can signify that the presen government is without defect and can lead to policy abused.
To my humble opinion we need to Secritunise the merit of each comment.Dr Mahathir might have the merit on his arguments.
Let the rakyat be objectives about it.

Joe Black said...

Dato'

Tun Dr M sendiri pernah mengaku bahawa ia menganggap dirinya sebagai seorang yang mempunyai kelemahan "Poor Judge of Character" jadi tidak hairanlah jika beliau membuat U-Turn Tentang Najib setelah mengkaji tindak tanduk Najib kebelakangan ini.

Kesudahan nya beliau terpaksa menarik balik sokongan terhadap Najib tetapi disebalik itu tidak menyuruh beliau letak jawatan PM demi kepentingan UMNO. Ini mungkin tidak bijak kerana selagi Najib memegang jawatan PM prestasi UMNO akan makin menurun dan pilihan raya yang akan datang mungkin akan menyebabkan BN kalah.

Lihat sahaja PR. Parti komponen PR sanggup "bite the bullet" untuk mengganti MB Khalid demi kepentingan pilihanraya akan datang.

Patut kah UMNO "Bite the Bullet" dan ahli ahlinya menyeru supaya Najib letak jawatan supaya segara diganti olih yang lain untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

berasiam said...

salam DAKJ

alhamdulillah, akhirnya tun mahathir secara terbuka menegur najib. sama ada kebetulan atau memang dirancang, ketika ini persidangan umno bahagian sedang berlangsung di seluruh negara. pasti gema teguran tun mahathir akan terdengar di sebahagian persidangan bahagian yang diadakan. namun kita sangsi respon najib dan penyokongnya.

sejak tamatnya pru-13 khususnya, najib telah menerima kritikan yang hebat. musibah demi musibah melanda negara, termasuk peristiwa lahad datu, mh370 dan terkini mh17, tetapi najib terus dengan diamnya. sebaliknya akta demi akta yang menjadi teras negara terus dimansuhkan, kononnya kerana menepati janji.

harapan kita najib akan menerima dengan terbuka dan respon secara positif pada teguran tun mahathir.

krisis politik di selangor masih belum berkesudahan. itu juga satu musibah terhadap negara. anwar mahu menggunakan istana untuk mendapatkan pengampunan diraja. itu sudah hampir pasti menjadi matlamat utamanya menaikkan isterinya sebagai mb. dengan kedudukan penyokongnya merupakan majoriti melebihi dua pertiga di dun, anwar bakal memanipulasi keadaan untuk beroleh pengampunan.

sedang najib masih keberatan menggantikan noh omar untuk memberi suntikan baru kepada umno selangor.

club1268 said...

Dato,
You have always been a TDM's Man. Right from before. Thus your comment supporting him is expected.
You have never uttered anything against him even in the general opinion that he should just retire and reserve his comments to himself.He may have caused irrepairable damage to one's premiership - to Pak Lah and Najib's. Still you refrain from commenting.
I noticed that you articulate and write well. If only you have really given comments in the true spirit of 'honestly speaking'
Salam.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'

Najib must make a choice whether he wants to be remembered as perfect gentleman or as statesman when he retires from his present position. He cannot have both because to be statesman you place national interest above everything which sometimes your action can be very brutal.

Tun Mahathir is a statesman although some of his actions during his tenure as prime minister were considered brutal such as detention without trials of his political opponents under the ISA. But his actions had saved the country from untoward chaos from misconduct of irresponsible politicians.

To be remembered as perfect gentleman you only find an easy way of solving national problems. Just keep quiet and not responding to criticism hurled to the government. When you feel it is time to retire then you just fade away as a perfect gentleman.

Now, PakLah lives and enjoying the benefits as a retired prime minister. He is a good model of a perfect gentleman.

It is still not too late for Najib to be a statesman like Dr Mahathir. He must have a clear vision to realize the objective of transforming Malaysia into a fully developed country by 2020 as envisioned by Dr Mahathir. In pursuing that objective, Najib must seriously look at the aspiration of our nation to have an equitable distribution of wealth and the country is managed transparently free from corruption and nepotism.

It is sad if Najib is forced to retire and fades away from politics as a perfect gentleman .He should aspire to retire as a statesman as his late father, Tun Razak

Iklas,
rahim

A KADIR JASIN said...

Sdr Hamzah Hassan,

1. Memory is often short. Add to that is the lack of knowledge.

2. Yes I know Tun Dr Mahathir for a long time - since 1964 to be exact.

3. Yes I supported much of his policies, actions and decisions. They were correct policies, actions and decisions.

4. But I also spoke out against some of them like the privatization of Jalam Ampang Race Course to Ananda Krishman. Of course he won because he had the power.

5. Politics is mightier than pen.

6. I opposed the nationalization of MAS and UEM in the aftermath of the 1997/98 Financial Crisis.

7. I warned him repeatedly about the intrigue and conspiracies by Anwar's supporters, which he did not believe.

8. At least with Dr Mahathir you could write and argue intelligently and intellectually.

9. In the case of Dr Mahathir's latest blog post, I think I am less damning of the Prime Minister than him.

10. Dr Mahathir is "a father" to me. Mohd Najib a "younger brother".

Thank you.

Ghab said...

Satu tamparan demi tamparan sekian berulang kepada dasar dasar kerajaan dibawah kepimpinan Najib. Namun kali ini TEGURAN lebih tepat sasarannya yang telah dilafazkan oleh mantan Pedana Menteri.

Yang Tun maksudkan, beliau tidak bersetuju dengan dasar dasar Najib.

Tanggapan yang digembur oleh kumpulan sampingan Penasihat berbisik kepada terlingga Najib bahawa ada usaha yang tidak senang dan akan menjatuhkannya. Yang mengatuai disangka penyarang ialah Tun. Tun has to clear the air.

Jikalau disemak dengan teliti, Tun hanya memberi pendapat bersandarkan pada terguran bahawa dasar Najib tidak memberi kesan baik kepada Melayu dan Negara.

Tidak sekali untuk menonjolkan kesan fasik atau nada melampaui batas kepada pentabiran Najib. Dengan ingatan ini, sikit sebanyak teguran Tun itu akan meredakan sausana politik dungu dalam Negara. Lebih lagi, agar Najib akan mendokong dasar yang lebih membena dan berkesan. Soalannya apakah dia dasar dasar ini? Sama kita Melayu fikirkan.

Namun boleh dilihat bahawa lebih baik teguran teguran ikhlas ini dilafazkan daripada pihak pro- estabishment. Manakala dan juga sebaliknya pihak Pembangkang lebih selesa dengan "kritik kritikan" bernadikan songsang kononya akan memberi debaran ( political phobic disorders) untuk tercapainya mereka memerintah kelak.

Jesteru itu, teguran Tun telah dipetik sebagai kritikan, oleh media anti- estabishment seperti Malaysiakini, menerkam dan menyambar teguran itu sebagai kritikan (pandai ngomong) perpahut kepada tanggapan sensasi untuk keenakan caca mata dan set minda untuk membangkang.

Satu lagi usaha dan cubaan membangkang (Phobic Disorders Syndrome) kepada yang kurang senang dengan kedua peminpin dan disertakan Umno. Sebab yang dikemukakan ialah tujuan pertembungan diantara Tun dan Najib yang akan kearah mencederakan lagi kelemahan dan kehinaan "Psychic Melayu".

wankamarul701 said...

Kadang-kadang teringat juga dengan doa Allahyarham Fadzil Nor yang mendoakan Dr. M dipanjangkan umur supaya melihat kemusnahan yang Dr. M telah buat. Wallhualam.

Hj ismail said...

Ku Nan comment beri sikit masa untok Najib.

Jika performance Pak Lah dalam PR2008, teruk dan ia di paksa berhenti.
Bagaimana dengan Najib,dalam PR 2013 keputusan nya lebeh teruk dari Pak Lah.
Dia kena berhenti lah,.
Dibawah Najib hutang negara lebeh tinggi.ekonomi tak berkembang,
Ada kah Najib lebeh penting dari UMNO.

Susah hendak menjadi PM yang berkesan jika ianya takut bini.QC.
Look at the mess he created in 1MDB.$30 billion exposure.

Tentu ada sebab kenapa Tun menarek bakek sokongannya kapada Najib.

Zed-85 said...

Dato'

Apa yang dikatakan oleh Dr.M boleh dibahaskan.

Ada yang mengatakan Dr.M boleh jadi "check and balance" untuk PM.

Soalnya, umurnya sudah 89 tahun.

Budaya ketika ini, yang diamalkan ramai orang UMNO adalah PM tidak boleh ditegur.

Kalaulah Dr.M pejam mata. pendekata tidak ada siapa yang boleh tegur, melainkan segelintir sedikit orang seperti Dato'.

Dalam senario semasa yang ada dan akan datang, pada pandangan saya, peranan pembangkang adalah perlu untuk adanya "check and balance"

Sallam

Meleis said...

We cannot deny Dr.Mahathir did a great service to the country when he was a Prime Minister of Malaysia for 23 years.

I grow up admiring the old man and always in awe with the way he outmaneuvered his enemy, foreign and domestic.

However, I'm getting tired of his antics of wanting his successors to listen to him. It is an open secret he has cronies everywhere and anywhere within and outside of the government. He wanted Najib to heed to his calls after he received complaints from people who he met. Of couse all the complaints are made from people with vested interest, not for the love of the country.

Just this one time, let your successor do his job. It seems like you discredit him for loosing grounds during GE13. Yes, he did perform worst than Pak Lah in GE13, but BN still forming the Government and still won majority of the seats contested during the GE when EVERYONE EXPECTED BN TO LOSE BADLY.

Just don't judge Najib based on GE13. The circumstances during GE13 and GE during your period are different. There were hardly any blogs, medial socials and access to internet during your time (with an exception to Malaysiakini).

Najib already proved that he is worth it when he managed to secure enough vote to form a government even after he abolish all the archaic and draconian laws, i doubt that you able to emulate the same success. Case in point is when Malaysia have very limited access to internet, you LOST Kelantan and Terengganu. And that is when you are in control of traditional media and people has a very limited access to internet.

UMNO now has leadership crisis and thanks to you, your 23 years of reign in UMNO did not really tackle the issue. All the potential young leaders were sabotaged and snubbed by those who supported you and you did nothing. These supporters of yours (not a leaders material) now a Ketua Bahagian, Ketua Cawangan and all kind of ketua. Do you think its easy to get rid of them? Now, you are making noises when you are at the top of the echelon.

All the issues that UMNO facing nowadays are deep rooted since Mahathir's time. From the leadership crisis to money politics to joining umno with personal interest all goes back to Mahathir's time.

By trashing Najib for all the mess that you have help created, really not a good thing to do. Especially in a time like this when our country is tested with external and internal threats and Najib requires all the support he needs. Division in UMNO and the government is the last thing he need.

FORENSIC PATHOLOGY said...

Salam. Menegur itu wajib jika untuk membawa kebaikan bersama (ummah). Tetapi..... lakukanlah dengan berhemah dan bijaksana. Semoga kita semua diberkati Allah. Kan Melayu tu penuh dengan adap dan sopan santunnya. Menegur seseorang "direct to his face with diplomacy is more appropriate and more effective, rather than doing it in public" : The outcome is different! semoga susu yang dah ada sebelanga tidak dirosakkan oleh NILA SETITIK.

msh said...

Salam Dato.

Hari ini MCA dan Gerakan minta Tun M buktikan yg Najib lemah.

Hmm..itulah 2 parti sekutu yg memang gunting dlm lipatan.

Habis beras saja kalau berbaik dgn puak ni.

Dato....1 perkara yg jelas....bila Pemerintah Melayu itu lembut atau lembik...dia disenangi oleh bukan Melayu.

Bila org Melayu marah kerana dia kembut dan lembik...bukan Melayu dah berdesing.

Apa semua ini?

Melayu marah pd pemerintah yg lemah kerana sentiasa memberi muka kepada mereka (bukan Melayu).

Ini kerana...mereka selalu sngat mempersoalkan perkara yg telah termaktub dan dipersetujui didlm Perlembagaan Negara mengenai hal Kebebasan berugama dan Ugama Islam menjadi Ugama Rasmi Negara... Hak2 Melayu...Hak Raja2 Melayu ...Kouta pd Bumiputra.....dan segala apa Dasar yg telah dipersetujui seperti DEB...kemasukan IPTA...dsb.

Jadi apa masalahnya dgn bukan Melayu ini?
Kita tidak minta lebih..cuma mempertahankan apa yg sudah dipersetujui.

Ada kah org bukan Melayu boleh mengutuk...mencaci apa saja Melayu dan Islam?
Juga boleh menghasut sesuka hati dan membenci apa saja Melayu?

Cuma org bukan Melayu sahaja yg berhak menjadi kaya raya?
Hingga...walau pun ada 3 atau 4 org billionair tanah air adalah org Melayu dari 15 atau 16 org berbangsa Cina....itu sudah kira salah dan berdosa.

Apa yg salahnya dgn DEB yg bertujuan memberi peluang pd Melayu merapatkan jurang kekayaan dgn bukan Melayu?

Bukankah Wawasan 2020 pun meletakan nya sebagai sasaran?

Apa yg tak betul dgn bukan Melayu ini sebenarnya?

Kiasu berlebihan.. cukup memualkan.

Mereka mahu kita berkongsi tetapi mereka tidak mahu berkongsi.

Tun M betul.

Dia melihat 20 atau 30 tahun dari sekarang....terutama kedudukan Melayu dlm Negara.

Dia nampak betapa lembiknya Najib memenuhi kehendak dan asakan bertubi2 bukan Melayu ini yg nelampaui had.

Dia percaya untuk masa depan negara....perkara asas ini MESTI DI BENDUNG TERLEBIH DAHULU....
DIA MAHU MENGELAK PERGADUHAN...DAN DIA MELAKUKAN DEMI MASA DEPAN MELAYU ISLAM.

Sy menyokong Tun M....dan sy mahu lihat agar Najib berundur dgn cara yg terhormat.

Sebab nya Najib;.

... "anda cukup mengecewakan bangsa.....kami yg telah meletak anda disitu....dan kami juga berhak menyuruh anda beredar."

Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Ramai sudah yang meminta dari yang menjangka akhirnya mahathir beletiaq juga kpd najib selepas lama dipendam...

Salah satu sebab teguran terbuka terpaksa dilakukan segera kerana krisis MB Selangor membuka mata Mahathir betapa rakusnya Anwar sedang mara untuk merampas Putrajaya tanpa perlu PRU14... Orang seperti Najib yang masih nak maintain "macho" tanpa senjata hanya jadi bahan "ratah" Anwar... Masa tu puak umno lah juga sedikit sebanyak datang menyusahkannya (Tun) untuk minta jampi serampah...

Fokus sepatutnya bukan pada Mahathir...kepada Najib samada ada perubahan atau tidak...malangnya orang-orang kanan najib sudah membuka langkah silat... Hang jebat, hang lekiu, hang kasturi ajak hang tuah bersilat !!!

Tulisan Dato' sebelum ini pernah menyatakan kekebalan najib dalam umno, tidak dinafikan sebab tak ada siapa yang berani menikamnya..tetapi sekarang, dari dalam Tun menjoloknya... Wait and see...

abdullahngah said...

Tun Mahathir lah yang ajar menteri kebinet kumpul harta, termasuk ajar menteri besar dan ketua menteri dan EXCO ada harta RM 300 juta setiap seorang.(kata Anwar Ibrahim)

Habis harta kerajaan pakat ambil agar jadi kayaraya.

Rakyat dibiarkan hidup susah tanggung hutang angkara pengkhianatan dan kejahatan para pemimpin yang kononnya, membela bangsa agama dan negara.

Lahuma said...

Dato.

Dr M memang sudah relevan kerana dia sudah bersara.Sudah tiada kuasa.
Tetapi Pemikiran Dr M masih relevan.
Aliran pemikirannya sudah meresapi ramai tokoh tokoh hebat.
Inilah yang menjadi kesukaran PM Najib menangkis fakta ini.

Penasihat PM Najib yang ada adalah golongan cari rezeki dan cari makan.Mereka tidak mampu menimbus aliran Pemikiran Dr M.

Bila tercetus teguran terbuka Dr M ini lagi sekali pemikirannya menjalar dan subur dalam pemikiran rakyat walaupun bukan semua.

Ramai tokoh tokoh akui tentang kehabatn Dr M ini.

Ramai suara suara mengatakan PM Najib tidak boleh ditegur dan tak mahu layan segala teguran.
Ibarat Burung Merpati.Nampak sahaja jinak.Tetapi sebaliknya.

FOrum untuk menyalurakan suara dan kritikan serta pandangan ditapis cukup ketat agaknya.

Maka wujudlah jurang yang makin melebar antara rakyat,bekas pemimpin dengan para pemimpin hari ini yang dianggap paling lekeh dalam sejarah negara.

Perhimpunan Agong UMNO sudah dianggap seperti Pesta Ratu Cantik.Pesta Pameran Kereta Mewah.
Dan macam macam lagi.

Yang paling menarik Perhimpunan Agung UMNO ialah Pentas lawak Jenaka yang tenggelam timbul.

PM Najib kena renung dan ambillah perhatian .Suara Dr M jelas adalah mewakili suara rakyat dibawah.Kebetulan dia PM Pencen.

Nak harap Pembangkang PR,PAS,DAP,PKR mereka pun kelam kabut macam mabuk pinang.Mereka pun krisis gila jawatan MB Selangor.

Orang keliling PM Najib pun jadi panik sekarang.

Carilah jalan terbaik.Bawa Dr M bersama .Berilah apa apa peranan yang sesuai dengan nya.

Dia orang lama dan masih ada pengaruh.Kita langgar dia pun kena rosak.

Sebenarnya PM Najib dan pemimpin yang ada gagal untuk bersama bekas pemimpin mereka dahulu yang ramai masih sehat dan kuat.

Mungkin mereka amat takut pada bayang bayang sendiri.

Terima kasih Dato.

MARMAR said...

Najib - Man of a few words, to match his deeds.
His motto - "Silence is Golden".

A KADIR JASIN said...

1. Sdr msh, amat tepat penjelasan sdr.

2. Dalam politik, bukan Melayu mahu kepemimpinan Melayu yang lemah (macam sekarang) supaya mudah diperalatkan. MCA, Gerakan, MIC dan DAP sama saja. Itu realiti.

3. Dalam ekonomi/pernniagaan, bukan Melayu mahu kepemimpinan Melayu yang kuat (macam zaman Dr Mahathir) supaya ekonomi teguh dan mereka dapat habuan terbesar. DAP, MCA, Gerakan dan MIC sama saja.

4. Melayu dan Bumiputera? Seronok berkuasa tapi tak tahu, tak mampun atau tak mahu ambil peluang. Menang bersorak saja.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Meleis, I hope you know Dr Mahathir as closely as some of us (including Mohd Najib)do.

Not all people who gave feedback and pleaded with Dr M are his cronies, as you put it, or business people.

Many are ordinary rakyat. Mind you then, when he was PM and now as an elder statesman, he makes regular walkabouts.

People stop him to take pictures and tell him things.

Unlike Mohd Najib, who once said he was told by the police not to drive himself, Dr Mahathir drives on his own on weekends and goes wherever he likes.

He leaves his safety in the hands of God.

Thank you.

Son of the Soil said...

Water shortage in a country that rains throughout the year; influx of low skilled illegal foreigners for a country that visions itself to be a high tech, hi income nation in 4-6 years time; almost non-existent of affordable public housing in urban areas despite the existence of such entities as UDA, SPNB, Jabatan Perumahan Negara, SEDCs and the newly formed entity PR1MA; chaotic education system; compromising the safety of our children and our families to criminals; compromising the sovereignty of the motherland to foreign militia attacks; dismal achievements in sports at international level; high electricity tariffs; continuous increase of food prices; taking the rural Malay support for granted; abuse of authority by incompetent, self centred high ranking government officials; – just to name a few. All these are outcomes of weak leadership and governance.

The deafening silence of the No.1 leader of the country and his bunch of merry cabinet members on issues related to the rakyat is mind boggling, beyond comprehension …..

Haji Mohd Ali said...

Assalamualaikum Datuk,

Semasa belajar di luar negara empat dekad yang lalu, ramai yang bertanyakan perkara asas model kereta buatan kita, dan ketika berada di menara Space Needle ada juga yang bertanya 'do u hav one like this ...?'.

Kalau usia saya dimudakan 40tahun dan soalan yang sama dipertanyakan sekarang ini tentu sekali diri akan berasa MEGAH untuk menyatakan segala-galanya. Proton, Produa, Menara Kembar...... itu hanya sebahagian sahaja.

TDM adalah seorang pemimpin BESAR berwawasan, belum ada terlihat gantinya. Rugilah kalau tidak mahu menerima pandangan suci dan berharga. Sebagai datuk teguran kepada cucu tentu sekali yang membina. Mungkin juga mereka itu dari cucu-cucu yang lebih pandainya. Seperti saya DKJ pun ada cucu juga kan?. Wasalam.

Kawanlama said...

AsSlm Dato,

Saya amat setuju dengan pandangan Sdra Hamzah Hassan.

Mungkin juga Dato terlupa atau buat lupa bagaimana pemberian saham2 khas IPO kepada individu atau syarikat bumiputera berluas luasa semasa awal pemerintahan Tun Mahathir bersama Tun Daim serta Sdra Anwar juga tidak dilihat oleh Dato bukan langkah bijak menjamin pegangan saham bumiputera berkekalan dan produktif. Sehingga terlalu banyak syarikat bumiputera yang wujud khas untuk menerima peruntukan sebegini telah kemudianya menjadi masalah besar kepada SSM.

Apa tidak saham itu dijual segera dan syarikat2 tersebut dibiarkan begitu sahaja.

Akhirnya pegangan saham bumiputera terus merundum...

Kawanlama said...

Tambahan...

Di mana kah Dato dan komen Dato ketika dasar sebegitu dilaksanakan?

Tinta Hitam said...

Datuk,
Jika Tun M menarik kembali sokongan kepada Najib apa kesannya.Adakah PERWAKILAN UMNO berani menumbangkan Najib dari kerusi Presiden UMNO?

Keseluruhan perwakilan telah dikembirikan okeh pemimpin pempin UMNO sendiri..Perwakilan yg dtg hanya tukang kaki angguk dan kaki buat lawak shj ketika memberi ucapan..Nak melakukan perubahan jangan haraplah..

Anyway I am enjoying the show now

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).