Friday, July 10, 2015

Satu Cerita Daripada Berjuta Derita


A Kadir Jasin

SEORANG ibu tunggal. Miskin. Ada dua orang anak. Yang bongsu sihat. Yang sulung dilahirkan sempurna, tapi jadi cacat akibat demam panas. Makan cecair melalui tiub - gastrostomy tube feeding.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Perlukan tiub bersekali butang penutup. Perlu diganti setahun sekali. Dulu kos mesin RM700. Sekarang RM742 kerana GST.

“Orang miskin macam saya pun kena bayar GST,” rintih si ibu tunggal itu.

Sebuah cerita derita daripada berjuta. GST cukai terangkum simpul mati. Tiada siapa terkecuali. Siapa berbelanja dia kena. Tak kira si miskin atau si kaya.

GST buat Fitch gembira. Naikkan rating hutang negara. Hasil kerajaan bertambah. Rakyat jelata susah. Perniagaan turut terima padah.

Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association (MRA)) kata, pertumbuhan jualan makin kecut. Pengguna makin takut.

Mereka turunkan unjuran kali ketiga untuk tahun semasa kepada empat peratus saja.

Pengguna enggan berbelanja. Kos sara hidup yang tinggi jadi punca. Kelemahan ringgit bawa bencana. Itu kata mereka.

Ibu tunggal. Anak cacat. Beban GST. Banyak perniagaan terhenti. Itulah antara sejuta cerita derita menjelang hari raya.

Wallahuaklam.

30 comments:

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Orang mati pun kena GST..beli kain kapan kena GST, Sewa Backhoe untuk korek liang lahat kena bayar GST, papan keranda pun kena GST..nasib baik jemaah sembahyang mayat tak charge GST.. Tahniah esp Mentri GST, Datuk Mazlan & his BOSS..

ZakiahSaffiya said...

Peminta sedekah pun kena GST.

anak kedah said...

Di malaysia semua rakyat di himpit dgn kos sara hidup yg tinggi..buka2 mata dah kena cukai..semua kerjaan sapu tanpa belas ihsan...dulu yg kaya saja yg kena..la ni semua kena...agaknya yg tak terkesan dgn masalah ini hanyalah najib..hippo dan menteri2 kabinetnya..oppps lupa pula dan kbu2..depa2 dah kenyang dijamu oleh najib..tggu lah GE14, rakyat pasti menghukum hampa2 pengkhianat bangsa semua..in sya allah...hampa tggu saja la nanti..

Sharul Nizam said...


Sudah sudah lah tu. Kita terima aje lah. Merintih pun tak guna.

ORang melayu juga dukung umno.

MarkerPutih said...

I cry. Alhamdulillah for what I have, astaghfirullah for being party to letting Malaysia go down the drain.

joe black said...

Dato',

The way things are going, it looks like we have little hope of depending on the OPPOSITION to change the political landscape of this country.

At the moment the battle for CHANGE in UMNO are mainly coming from UMNO's OWN SUPPORTERS who wants to see change. The current UMNO leadership do not see them as a threat as they will disappear as soon as Tun Dr M is no longer around (can the old man actually live to 100!?), hence the postphonement of the UMNO general Assembly aided by the delay on the completion of Investigations into 1MDB (1MDB will be giving financial info in drips and draps hence causing further delays).

UMNO's leaders will ONLY change if they see a threat from a STRONG Opposition (It is normal for People to be MOVED only when they see a THREAT LOOMING}. If they are worth anything, the OPPOSITION must set their house in order before Tun Dr M departs the scene. This, and only this is the way out of the Current Morass...

And by the Way, with regards to PAS..... Do not count on the Ulama who claim to be able to talk to goblins and ghosts or his Boss Who is still waiting for his back to be scratched.

Lahuma said...

Dato.

Akhirnya negara akan jadi negara yang kaya dengan kemiskinan.
GST ini makin menekan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.
Apa benda yang tak naik.100 % bahan keperluan naik.
Rakyat miskin cuma dapat BRim saja.
Pemimpin bolehlah mereka dapat komisen.

Kemiskinan dalam drama tidak sama dengan kemiskinan sebenar.

Terima kasih Dato.

aku said...

Kadiag, salaam. Baguih hang tulihni. Yg jadi paraknya apa depa kata 'multiplier effect', kesan berantai, kesan yg beranak pinak, misalan kalau kos transpot naik, harga ikan turut naik, upah dereba naik, upah kelindan naik, jadi macam2 lagi turut naik. Kalau tak naik pon, macam karipap, isi atau inti dia depa korangkan, sampai lepiag, goreng pisang depa hirih nipih2...juai laa di kantin2 sekolah, tepi2 jalan...peniaga2 pon tompang sekaki, munkin dlm keadaan terdesak, cekik darah, hasil tindakkan pemimpin. Lagu hang tulih, depa perah bukan ikut mampu, yg jatuh dlm asnab lapan layak terima zakat, yg nyawa2 ikanka, semua diragut, dirompak...pada hai negeri banyak hasil bumi, petrol, ladang2 dan sawah sampai kekaki langit, tanah balak tak putuih2...hanyasanya uruih tadbir dia yg cokia.

pon said...

Malangnya Pak Pandir terus berjenaka...

Umar Abdul Aziz said...

Aslkum Dakj.

Siapalah punahsihat Najib yg bangang sangat.

Malam sebelum perlaksanaan GST , timbalan menteri CGPA 3.85 berkobar2 berhujah di TV bahawa GST adalah sistem cukai baik kpd rakyat yg sudah tertangguh selama lebih 30 tahun.

Sekarang setelah lebih 3 bulan di laksana barulah kita tahu pengangan serangan bala GST terhadap poket rakyat terbanyak.

Saya meramalkan pertambahan hasil yg diharap drpd GST kita tidak boleh membantu kerajaan menambah hasil untuk bayar hutang yg dibuat2 oleh pemimpin zalim.

Yg dikejar tak dpt. Yg dikendong berciciran.

Apa tidaknya. Hasil tak bertambah gara2 rakyat memotong perbelanjaan gara2 tak cukup bajet.

Dan sokongan rakyat pd UBN akan berkecai.

aku said...

Kadiag, salaam. Baguih hang tulih ni. Yg jadi paraknya apa depa kata 'multiplier effect', kesan berantai, kesan anakberanak pinak, misalan kalau kos transpot naik, harga ikan turut naik, harga santan naik, upah dereba naik, upah kelindan naik, jadi macam2 lagi turut naik. Kalau tak naik pon, macam karipap, isi atau inti dia depa korangkan, sampai lepiag, goreng pisang depa hirih nipih2...juai laa di kantin2 sekolah, tepi2 jalan...peniaga2 pon tompang sekaki, munkin dlm keadaan terdesak, cekik darah, turut tindakkan pemimpin.
Lagu hang tulih, depa perah bukan ikut mampu, yg jatuh dlm asnab lapan yg Islam kata layak terima zakat, yg nyawa2 ikanka pon semua diragut, dirompak, depa tibai semacam...pada hai negeri banyak hasil bumi, petrol, ladang2 dan sawah sampai kekaki langit, lombong maih, kilang dan bengkel merata rata, tanah balak dan laut terbentang ..., duit hang jangan kata, berbilion bilion, berlaksa laksa....hanyasanya uruih tadbir dia yg cokia.
Betui cerita hang, yg kenanya berjuta-juta, yg turun ke jalan-jalan pon beribu ribu, kena sepak, kena terajang, kena lokap, yg mati hidu ges pon ada...innalilah wa innnalillahiroji'un.

1brgX1RM said...

Assalamualaikum Dato.

Gst ni memang perit. Kona kot mana pun kena jugak. Di kampung saya peniaga 1 barang 1 ringgit pun dah tak boleh juai 1 ringgit dah.. lani 1 ringgit 5 kupang. Saya tanya awat naik sampai 5 kupang? Dia kata gst punya pasai la. Nak pi beli barang kat mana lagi Dato? Ada bini orang tu tak heran la nak shopping kat mana pun.. kan?

Abdullah Ngah said...

GST usaha kerajaan untuk gali lubang tutup lubang, Bayangkan hutang luar negara ratusan bilion ringgit

Josefharrys said...

Perlaksanaan sistem GST ini tidak tepat pada waktu nya dan cukai 6peratus juga agak tinggi. Jika cukai ini dimulakan pada kadar 3 peratus dan dilaksanakan semasa keadaan ekonomi dan politik yg tak berserabut spt skg rasanya rakyat dpt terima dan dgn perancangan yg sempurna dgn mengambil pandangan dari pakar2 ekonomi dan rakyat serta tanpa skandal kewangan spt skrg sudah tentu rakyat akan lebih terbuka menerima sistem cukai GST ini.

Anony said...

GST bikin semua benda tersentat.

vasantha said...

Dear dato,
Selepas tiga bulan pelaksanaan GST,semua rakyat dah fahamlah apa itu GST . Scenarionya ialah buruh kasar dan pengawal keselamatan yang masuk Sogo kena bayar cukai keatas setiap pembelian mereka. Kebanyakan mereka gaji minima ialah RM900 sahaja.Kerajaan dalam ketamakan mengumpul dana melalui cukai tak masuk ini, mengabaikan 'social responsibility' mereka. Golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit kehidupan mereka.Teringat pula lirik lagu Jamal Abdillah, "tak henti di landa deritas

Pak Andy said...

Betul tu!..... Kalau boleh jgn dulu mati klu duit tak cukup!!!!......

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau ye pun, perkakas perubatan, ubat-ubatan tak payahlah nak kenakan GST.

Sepatutnya, ada polisi kesihatan tertentu yang patut dibuat untuk orang-orang yang memerlukan bantuan atau orang yang sudah berumur.

Setahu saya di Singapura ada dan banyak negara maju ada.

Kalau di Amerika, Presiden Obama buat "ObamaCare" supaya kos kesihatan mampu ditanggung rakyat dan juga ada kualiti.

Patutnya, Najib buatlah NajibCare supaya rakyat dapat manfaat. Barulah kena slogan "Rakyat didahulukan..."

Tapi NajibCare tak ada yang ada 1MDB.

Ada juga menteri yang mengatakan untuk mengurangkan kos beban rakyat, maka patut tanam sayur dirumah. Bila masa yang kita hendak tatang tanaman sayur dekat rumah? Yang duduk dekat apartment nak tanam kat mana?

Saya setuju dengan saudara Shahrul Nizam. Kita diberikan hak untuk memilih siapa yang perintah, kalau tidak bagus, terima sahajalah.

Nick Bagan said...

Assalamualaikum Datuk The Sribe dan salam sejahtera semua..

1. Sebelum GST, cuma ada cukai kerajaan 5% dan di kedai-kedai tertentu dikenakan 'service charge/tax' sebanyak 5% juga. Campur dua-dua benda ni maka jadilah 10%.

2. Berasaskan kepada nilai campur 10% itulah Ahmad Maslan dengan kecerdikan CPGA 3.85 memukul canang kepada rakyat bahawa perlaksanaan GST akan menjadikan harga barang lebih murah.

3. Dengan bijaknya dia membuat perkiraan matematik untuk mengajar rakyat yang dianggap bodoh, dulu 10% sekarang 6%. 10% - 6% = 4%. Katanya selepas GST harga barang akan turun lebih murah 4% berbanding dulu.

4. Kebangangan apakah si Ahmad Maslan 3.85 ni, kononnya nak menunjuk bijak tapi dia tak sedar, sebenarnya dia dah menunjuk betapa bodohnya dia ( dan menteri2 lain ) kepada rakyat Malaysia yang dianggap bodoh dan mahu terus diperbodohkan oleh kerajaan.

5. Dulu bukan semua barang dan perkhidmatan dikenakan 5% cukai kerajaan dan bukan semua kedai mengenakan 5% cukai perkhidmatan.

6. Kedai dan premis perniagaan yang mengenakan kadar 5% + 5% itu kesemuanya adalah merupakan yang dikunjungi oleh golongan yang berada, berkemampuan dan kaya saja.

7. Kedai dan premis perniagaan tersebut mestilah mempunyai jumlah revenue jualan tahunan yang melebihi RM 1 juta barulah boleh dikenakan cukai kerajaan dan juga bayaran bagi perkhidmatan. Kebiasaanya adalah kedai dan premis perniagaan yang mempunyai jenama terkenal dan sering mengiklankan jenama, barangan serta perkhidmatan mereka.

8. Maka adil lah mereka-mereka yang berkemampuan, yang berada dan yang kaya dikenakan cukai 10% bila mengunjungi tempat tersebut. Bagi mereka yang tidqk pergi ke sana sebaliknya pergi ke tempat lain yang berkos murah tidaklah perlu membayar 10% cukai-cukai tersebut.

9. Kebodohan Ahmad Maslan terserlah kerana tidak mengambilkira faktor tersebut sebelum membuat kenyataan bahawa GST akan menjadikan harga barang dan perkhidmatan lebih murah 4%.

10. GST ini bukan saja menjadikan harga semakin mahal. Tiada lagi golongan yang terkecuali dan dikecualikan daripada membayarnya. Samada kaya atau miskin, bekerja atau pelajar, dewasa atau kanak-kanak, sihat sempurna atau OKU dan tak terkecuali bayi yang baru dilahirkan ke dunia yang tidak tahu apa-apa pun tidak terkecuali terpaksa juga membayar GST.

Maka slogan RAKYAT DIDAHULUKAN itu perlulah ditukar kepada RAKYAT DIZALIMI DAN DIPERBODOHKAN oleh kerajaan Barang Naik yang korup dan songlap...

Selamat bersahur...

Rustam Maidin said...

Satu analisa yang sangat bernas. Saya bersetuju dengan pendapat anda.

az said...

Assalammualaikum Dato,

1. Untunglah penjawat awam aka kakitangan kerajaan (orang gomen) vs GST

2. DS Najib dah pun umumkan keanaikan elauan rumah mulai bulan Nov. 2015.

3. Kan DS Najib dah bagitau dulu pada orang gomen, sokonglah GST, kau bantu aku, aku bantu kau.

4. Bantuan kewangan RM500 untuk hari raya pun dah dapat.

5. Bersabarlah orang gomen, InshaALLAH kita akan dapat lebih lagi nanti, kerana apa, kerana GST lah. Dengan GST ni dijamin janji-janji DS Najib akan tunaikan permintaan CUEPACS dapat ditepati. COLA, Elaun Khidmat Awam, Kenaikan Gaji dan Bonus 2 bulan gaji.

6. Tunggulah berita baik ini pada Budget 2016 pada bulan Oktober ni, tunggulah ......

7. Yang pasti orang kampung kat Baling, Jerlun dan Sik makin tersepit, makin terseksa dengan sara hidup yang makin meningkat, jual sekrap getah pun tak dapat makan sedap-sedap... KFC, Pizaa Hut, Mc D jauh panggang dari bara api, yang membara-bara adalah perasaan bangganya anak menantu yang kerja gomen, mak ayah jangan bimbang ada habuan untuk mak, toksah dok dengar cakap orang... sebenarnya Najib tu baguih mak, tengok chek bok balik kat mak macam-macam, mak boleh rasa naik keta baru chek ni....

8. GST adalah pemangkin ekonomi malaysia, dengan GST jika benar durian runtuh untuk orang gomen bulan oktober ni akan memacu ekonomi Malaysia dengan jayanya.

9. Sokonglah GST, Sokonglah Najib wahai orang gomen kalau tak siapa lagi....

Marhaen kota said...

Korang kutiplah cukai banyak-banyak. Korang buatlah sesuka hati korang. Tak consult rakyat marhaen seperti kita ni pun tak apa. Slogan "the days where the government knows best are over" yang selalu dilaung-laungkan masa sebelum pilihan raya nampaknya dah tak boleh nak guna dah. Dah kena ubah kepada" ...still not over". Kami faham kamu guna slogan tu nak dapatkan undi kami je. Bukannya ikhlas sangat pun. Lepas pilihan raya dah tak dengar dah slogan tu. Tak apalah. Ikut suka hati koranglah.
Nak naikkan cukai 6% kepada 10% pun tak apa. Lagi banyak kerajaan boleh kutip dalam jangka masa yang singkat lagi bagus. Cepat sikit boleh bayar hutang berbiliyon-biliyon tu. Gaji kami bulan-bulan pun masih banyak lagi. Walaupun hutang-hutang tu dibuat bukannya untuk kepentingan kami tapi kami redha. Kerajaan ada sebab yang tersendiri kenapa hutang-hutang besar itu dibuat. Rakyat tak perlu untuk mempersoalkannya. Trend sekarang, kerajaan yang meminjam, rakyat yang membayarnya.
Kami hidup susah tak apa asalkan pak-pak menteri dan ketua-ketua cawangan hidup senang lenang. Kami tak makan pun tak apa asalkan pak-pak menteri dan ketua-ketua cawangan dapat makan hidangan buffett di hotel 5 bintang tiap-tiap hari. Kami makan sebenarnya. Jangan risau. Kami tidak akan kebulur dan mati kelaparan. Kami masih boleh makan. Kami dah tahu cara macam mana nak makan tanpa kena cukai GST. Caranya dengan makan nasi goreng Mat Maslan. Kami makan nasi goreng tu 3 kali sehari dan tiap-tiap hari. Walaupun anak-anak dan orang rumah dah start complain tapi nak buat macam mana. Orang macam kami ni tak layak makan sedap-sedap.
Pak menteri kata kalau ayam mahal, jangan makan ayam. Sama seperti tol lebuh raya. Kalau tak mampu tol, jangan pakai lebuh raya. Kita kena patuhi saranan mereka.

nor ishak ismail said...

Ahmad Maslan mungkin ada cara penyelesaiaan pada masalah ibu tunggal dengan anaknya yang cacat.

Petua pertama, Kalau sakit pergi saja jumpa bomoh atau minta air doa uztas (itu pun kalau ustaz itu nak bagi secara percuma sebab sekarang air doa pun dah di komersialkan).

Petua kedua, dah tahu miskin jangan buat anak.

A KADIR JASIN said...

Leadership by example - Abuja (AFP) - Nigeria's President Muhammadu Buhari will take only half of the salary paid to former head of state Goodluck Jonathan, his office announced on Friday.

"President Muhammadu Buhari will only receive 50 percent of the salary paid to his predecessor," the head of state's spokesman Garba Shehu said in an emailed statement.

"The president's decision to take a 50 percent cut was conveyed to the Office of the Secretary to the Government of the Federation yesterday (Thursday)," he added.

The annual salary of Nigeria's president is currently set at 14,058,820 naira (US$70,000) (RM259,000), including allowances, according to the Revenue Mobilisation Allocation and Fiscal Commission.

The announcement comes as Africa's leading economy faces the fall-out from the slump in the global price of crude oil, which provides most of Nigeria's government revenue, and a public outcry over the remuneration of lawmakers.

Wallahuaklam.

Thank you.

zainal abidin awang kechik said...

Tok... Saya Anak bangsawan mana saya tahu kisah sedih ni.. Bapak saya mati kerana cancer.. Saya marahkan boss lama saya kerana boss saya pilih Dolah jadi pm... Sekarang saya dah jadi raja kertas.. Saya berkuasa.. Isteri saya dulu Nya .. Isteri orang... Tok saya mengorat semasa di isteri orang lagi.. Saya Berjaya .. Saya berkuasa ..

BALA DATANG TOK... SAYA TAK PEDULI APA PUN.. SAYA TETAP DENGAN SAYA.. KONON NYA ORANG FITNAH SAYA.. TOK SURUH SAYA BERHENTI.. SAYA MANA MAU.. SAYA TAK CURI DUIT RAKYAT.. SEBAB KAWAN KAWAN SAYA PERANGGAI MACAM SAYA..

HELI JATUH MELUTOOP.. PUN SAYA TAK SEDAQ DIRI TOK.. SAYA TAK PEDULI..
RAKYAT SAHAJA YANG DAPAT MEMBETULKAN PERBUATAN SAYA..

SAYA TETAP SAYA.. ESOK SAYA PI BUKA POSA.. LEPAIH TU SAYA BAGI DUIT RAYA DARI DUIT SAMUN SAYA...

SAYA YANG DI FITNAH KONON NYA... SAYA..KETUA UMNO BAHAGIAN PEKAN BUKAN KAMPUNG

Seri Nara al-Diraja said...

Harga barang terus naik retapi rahmat Allah tidak pernah berkurang....

ibrahim darus said...

Says sokong pandangan ini. TDM juga telah meminta pelaksanaan GST ditangguhkan. Tapi hampa. Pandangan serupa yang diberikan oleh Ku Li juga tidak dipedulikan. Pandangan kita orang tepi jalan ni tak ada dalam radar pemimpin kerajaan sekarang ni.
Yang penting kepada mereka ialah wang 'masyuk' - pergi ke mana GST ni kita pun tak tahu. Menteri Kewangan tak ada pulak nak bentangkan kepada Parlimen data mengenai kutipan GST dan agihan perbelanjaannya. Kalau ada pencerahan oleh Menteri Kewangan maka kurang lah juga gundah dihati.
Disamping tu saya ingin bertanya PATI bayar GST tak ? Cukai pendapatan mereka sudah tentu tak bayar.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

Selamat berpuasa dan berhari raya, maaf zahir batin . Cukai Barangan dan Perkhidmatan disebut untuk dipopularkan dengan nama GST. Orang kampung tak faham sebab sebutan itu untuk bahasa inggeris. Selain itu ia tidak sebut pun cukai. Ini. satu teknik propaganda yang sangat meyakinkan masyarakat massa yang seolah olah ia tidak memberi kesan buruk . Teknik yang hampir serupa digunakan ketika hendak menghapuskan subsidi. Istilah "rasionalisai"digunakan .

Namun kedua dua dasar ini memberi kesan buruk kepada masyarakat.terutama golongan miskin . Sangat menarik alasan hapus subsidi kerana ia " tidak adil" sebab "orang kaya pun dapat juga ". Jika begitu oklah kata orang orang kampung . Padahal dari segi kesan nya orang orang kampung lah paling teruk kerana kebanyakan mereka miskin . Begitu juga dengan GST mereka juga yang paling teruk ditimpa kesannya . Sedangkan mereka wajar dikenakan cukai dalam semua barangan dan perkhidmatan. Anihnya tidak pula ia dikatakan sebagai "tidak adil untuk golongan miskin seperti mana tidak adil nya subsidi untuk orang kaya " . Sedangkan dari segi kesan nya kepada orang miskin GST lah yang paling buruk .

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Tok

Saya pernah lalui GST ni puluhan tahun yang lampau.Seingat saya tak kalut pun pada hai lagi tinggi cukai dia.

Yang paling kalut bab nak kira cukai GST lani. Saya kira keluaq mcm lain.Akaun manager kira lain pulak.

Peniaga cina kira paling sikit depa bayaq.Kalu tak betui berjuta boleh kena denda.

BOLEH MAMPUIH

K-Dean said...

Katakunci:
Boko haram dan kestabilan negara:
Ribuan nyawa anak adam:
Amal soleh:
Muslim

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).