Thursday, January 28, 2016

Orang Sedekah Pasai Apa Bagi Balik?





KALAU emak saya celik huruf dan pandai mengarang, tentu dia tulis cerita derma Raja Arab kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, lebih kurang macam ini:

“La, awat tak bagi tau awai-awai kata duit (AS$680 juta) tu Raja Arab bagi?

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

“Kalu tau kata Raja Arab bagi pasai nak lawan orang jahat (kununnya Ikwanulmuslimin) tentu kita sokong.

“Ni dak, dok dalih sana dalih sini. Lepas tu siasat sana siasat sini. Buang oghang tu buang oghang ini. Buat menyusah dan perabih duit saja.

“Kalu awai-awai mengaku kata Raja Arab bagi pasai nak tulung Najib menang pilihan ghaya (2013) bukan ka baguih? Ni dak, semunyi sana semunyi sini macam kawaq.

“Kalau Raja Arab dah bagi sedekah kat dia, pasai apa nak bagi balik? Buruk siku.

“Kalu Raja Arab bagi pasai nak tulung dia menang pilihan raya, pasai apa tak pakai duit tu? Dok tak dok kata dah bagi balik (AS$620 juta).

“Raja Arab yang bagi sedekah tu dah mati. Macam mana nak tau betoi ka dia bagi? Kalau dia dah mati, macam mana nak bagi balik duit tu? Bagi balik kat sapa? Kat anak cucu dia ka?

“Ni kegheja (kerja) tak masuk akai. Kesian Raja Arab tu. Dia mati tu satu hai la. Tapi yang Najib dok pi bagi balik tu pasai apa? Macam mana nak kira pahala dia?

“Pasai Najib tak guna semua duit sedekah Raja Arab tu la kot dia tak menang besaq dalam pilihan ghaya  (2013)? Habih dia pakai duit sapa? Duit 1MDB ka?

Mohd Najib dengan Almarhum Raja Abdullah pada tahun 2010
“Ni yang mak heran. Pasai apa dia tak guna duit Raja Arab tu? Pasai bila orang keghobek (cungkil) baghu dia nak mengaku duit tu duit derma Raja Arab?

“Raja Arab bagi AS$680 juta. Dia bagi balik AS$620 juta. Jadi dia guna AS$60 juta saja la masa pilihan ghaya. Pasai pa dia tak pakai semua atau pakai banyak sikit?

“Yang tok guru mak dulu kata, duit sedekah yang orang amanah kat kita, kita kena istihar dan kena guna untuk oghang ghamai. Bukan masuk poket seniri.

“Yang kata dia pon teghima sedekah RM42 juta daghi SRC International tu macam mana pulak? SRC tu raja negeri Arab jugak ka?

“Tak tau la cik oi. Mak penin kepala. Dulu masa ayah hang jadi ketua Umno kampung kita, dia tak ada duit pun sampai kena gadai barang mas mak.

“La ni depa dok cakap milion milion bilion bilion. Mak sikit pun tak faham parti jaga rakyat atau jaga temolok depa.”

“Malu juga la Perdana Menteri kita dok pi mintak sedekah daghi Raja Arab. Macam kita ni susah sangat. Baik lagi kalu dia mintak Raja Arab tambah kota (kuota) jemaah haji kita.”

Nota kaki: Ikut kisah seribu satu malam, yang bagi duit tu kepada Mohd Najib adalah Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. Baginda mangkat pada 23 Januari 2015. Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Saudi kata mereka tidak tahu menahu mengenai derma itu dan sama ada ia dikembalikan. Mohd Najib terima gelaran King Abdul Aziz Order of Merit daripada Raja Abdullah pada tahun 2010. 

Wallahuaklam.


79 comments:

Abdullah Ngah said...

memang betul kementerian kewangan Arab Saudi tak tahu. memang tak tahu sungguh, kerana duit yang yang raja arab derma itu bukan duit kerajaaan, tapi duit itu adalah duit peribadi.memang lojik kementerian kewangan arab Saudi tak tahu, kerana duit itu adalah duit peribadi raja Abdullah.

Tak lojik ambil duit kerajaan untuk derma kat Najib. Pasti duit peribadi baru boleh pahala.kalau sedekah, tangan kanan yang memberi tangan kiri tak tahu. itulah seafdal afdal sedekah.

Yang tak lojik wang RM 2.6 itu diberi balik.nebgaoa beri balik sedangkan duit itu adalah derma dan tak salah dari segi undang undang walaupun masuk dalam akaun peribadi Najib. peguam negara dah jatuhkan hukuman tak salah terima derma. Ia bukan rasuah.

Tengku Razaliegh Hamzah dah sokong keputusan peguam negara. Cuma Tun Mahathir masih tak boleh terima keputusan yang cukup jelas itu.

Red said...

Depa ni geng2 mangkak tok oii...depa dok ligan duit kita...peh tu buat crita mengarut....

halim said...

Entah la dato akj...
Punya la depa dok pusing.....sampai depa sendiri pun penin.....

kohlberg steven said...

pendek kata...semua yg di buat oleh Najib ni salah belaka ...ya Datuk..???
dapat duit derma salah.....pulangkan balik salah.....pendek kata selagi Najib dan Rosmah tak masuk penjara, selagi itu la org akan condemn...dan mengata....
agak agak, segala post datuk ni dapat membantu lepas dan lulus soalan Malaikat dalam kubur nanti ke Datuk...??
Insaflah....asyik cari salah orangggg jer..rambut dah putih dah tu...

JASMEEN FATIMAH said...

Kalaulah saya yang bagi duit kat Dato untuk guna belanja pilihanraya, lepaih tu ada baki, Dato nak bagi balik dak baki duit tu kat saya?

Urang Awak said...

Salam Dato,

Saya masih ingat lagi pesan arwah bapa saya semasa saya mula2 menjawat jawatan executive disalah satu institusi kewangan kewangan lewat tahun 1880s. Diantara kata2 beliau yg masih saya amalkan hingga kini adalah seperti berikut :-

a) Biar miskin harta tapi jangan sampai miskin hati. Tipu adalah punca segala kejahatan.

b) Makan benda2 haram (rasuah) akan membuatkan hati kita sentiasa tertutup (tak mendapat hidayah)

c) Tuhan akan siksa kita di katil kematian (deathbed) bertahun2 lamanya sebelum tercabut nyawa jika kita kejam sesame manusia.

d) Setelah umur kita mencecah 60, kita masih tidak mau berubah (bertaubat) perlakuan kita akan kekal sehingga keakhir hayat. Masa paling afdal berubah adalah semasa umur 40/50

Renung2 kan lah.

Wallahualam

Brite Lite said...

Makin difikir makin sakit hati kita.

Orang yang dah takde memang selalu jadi fall guy. Buruknya perangai guna nama orang yang dah dipanggil pergi, dia dah tak boleh pertahankan diri dah.

Makin lama makin teruk cerita ni.

Kawan2, mai kita pakat tambah do'a lah. Tambah do'a masa lepaih solat semoga kita semua selamat. Usaha yang ada kat kita macam dah tak berapa nak jadi dah, serah lah pada Pencipta mintak tolong.

Hasbunallah, wa ni'mal wakeel (Cukuplah Allah bagi kami, dialah sebaik-baik wakil).

P.S: Memang salah pengundi pi pilih dia, tapi jangan la marah sampai kata toksah mintak tolong Tuhan. Saya pun frust masa Najib menang dulu, sebab 100% yakin akan jadi macam ni. Sebelum PRU13 memang dia berskandal dah dan tak buat kerja pun. Nak buat camna... what's done is done. We make the best of what we have now.

abdul majid said...

Salam Datuk...

Lama tak mencelah dalam blog Datuk. Cuaca agak panas melampau now area Changkat. Sudah ada blog yang disekat oleh KKMM. Biar la, itu tugas mereka yang dibayar gaji oleh Kementerian Kewangan yang menterinya our PM juga.

Sebelum ini, selalunya saya akan berhenti bila lampu isyarat merah even jam 4am & without traffic flow. Atas faktor 'Kepimpinan Melalui Teladan'. Later bila anak saya dapat saman kerana kesalahan begitu, anak tak boleh nak pertikai amarah-penampar dari ayahnya kerana si ayah ada bagi 'Kepimpinan Melalui Teladan' ini.

Datuk & rakan lain rasa, selepas ini perlu ke saya berhenti dilampu isyarat merah jam 4am even memeang tidak ada satu kenderaan pun pada laluan itu...?

Joe Harry said...

Salam dato
Terima derma tu tak salah. Cuma mengapa derma itu di teriama. Untuk apa. Kalau terima derma tak salah kenapa polis dok pi tangkap orang yang dok kutip derma di kaki lima tu.
Najib adalah penjawat awam, menerima derma dalam jumlah yang besar dan masuk me akaun peribadi adalah satu kesalahan.
Kenapa hendak ganggu gugat semua agensi penguatkuasaan seperti ag, sprm, polis, bnm dan pac semata2 nak sembunyikan cerita derma. Pelik kan.
Dari di pulangkan balik, ada baiknya duit tu digunakan untuk membantu selesaikan hutang 1mdb yang diilhamkannya dari menjual semua aset negara untuk bayar hutang.
Orang yang baru keluar dari gua pun belum tentu percaya dengan cerita donggeng ciptaan appandi ni, ini kan pula orang yang berada di tengah bandar yg pergi sekolah dan boleh membaca dan berfikir.
Anwar ibrahim( yg mana bila burung yang sedang terbang akan jatuh kebumi kerana terlupa nak kibarkan sayapnya disebabkan terpegun dengar anwar bercakap) belum tentu mampu menyakinkan khalayak sekiranya dia nak mempertahan najib seperti cerita appandi ni. Apatah lagi setakat bloger upahan.

sukasamasuka said...

Datuk.

Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud masih hidup sebagai Raja Arab Saudi saat-saat Najib mengembalikan derma itu, kalau cerita ini betul.

Jadi baginda Raja Abdullah "buruk siku" bila menerima balik duit baki itu, tetapi dari sudut yang berbeza, cuba kita renungi potongan-potongan hadis sahih ini. Besar kemungkinan juga baginda Raja Abdullah terlupa sebab dia pun manusia biasa.


Sedekah, hadiah, hibah* dan pemberian TIDAK BOLIH diambil kembali olih orang yang memberikannya (masa tu baginda Raja Abdullah masih hidup).

*Hibah ia lah pemberian hak atau harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Rasullulah S.A.W bersabda:
"Orang yang mengambil kembali hibahnya kedudukannya seperti anjing yang muntah kemudian anjing itu kembali memakan muntahan nya" (Hadis Riwayat Muslim no.3051)

Dalam lafatzh Al-Bukhari yang lain disebutkan:
"Bukan milik kami sifat yang buruk. Orang yang mengambil kembali hibahnya kedudukannya seperti anjing yang muntah kemudian anjing itu kembali memakan muntahan nya"

Dalam lafazh Muslim disebutkan:
"Perumpamaan orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti anjing yang muntah kemudian anjing itu kembali memakan muntahan nya tersebut"

(Muttafaq 'alaih; Hadis Riwayat Al Bukhari no.2589, 2621, 2622, 6975 dan Muslim no.1622 dari Ibnu 'Abbas r.a.a)


Adapun seorang anak bolih mengembalikan apa yang telah diberikan ayahnya kepadanya.

Rasullulah S.A.W bersabda:
"Tidak halal bagi seorang Muslim memberikan suatu pemberian atau memberikan hibah kemudian mengambilnya kembali, kecuali pemberian seorang ayah kepada anaknya. Dan perumpamaan orang yang memberi kemudian mengambil kembali seperti anjing yang makan; jika kenyang ia muntah kemudian ia kembali memakan muntahannya.

(Shahih, Hadis Riwayat Abu Dawud no.3539, at Tarmidzi no. 2132 dan Ibnu Majah no.2377.

SIAPA BETUL DALAM SOALAN INI? Baginda Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud atau Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib bin Abdul Razak?

mohd said...

Adalah najib sendiri yg memberi tahu setiap derma politik harus dimasukkan ke akaun parti.
Bukan org lain cakap, najib sendiri cakap.

Cerita atas angin tanpa bukti, adakah salah untuk dipertikaikan?

Mula mula dikatakan hanya fitnah.
Setelah itu dikatakan mmg terima tp tidak digunakan untuk kepentingan sendiri. Untuk membantu umno, melawan syiah dan isis.
Selepas itu zahid berkata sebenarnya bukan penderma tetapi penderma penderma dan beliau sendiri telah berjumpa.
Najib sendiri didalam PAU berkata duit itu semua sudah habis dibelanja.
AG pula berkata hanya penderma shj dan sudah meninggal pun.

Kita lihat berkat derma, UMNO tidak menang besar PRU lepas. Hanya 60juta shj digunakan. Knp tidak semua?
Akaun UMNO tidak menunjukkan sebaran transaksi daripada najib.
Demi melawan isis. 2013 isu ISIS belum muncul. Pihak berkuasa berkata tidak cukup dana utk membanteras aktiviti keganasan.
Untuk apa dipulangkan duit?

Menyokong penyelewengan pemimpin juga salah dari sisi agama. Mereka yg mnyokong membuta tuli tanpa bukti, tindak tanduk anda juga akan disoal.
Dianugerahkan akal tapi xmahu menggunakannya juga akan disoal

Anonymous said...

korang mmg pantat..penulis blog anak haram betol. sial kadir jasin anak babi

Unknown said...

"YA atau TIDAK"

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan 1 : (Diam)
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah?mungkin zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. ( Issue fitnah kembali berkumandang)
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.
Jawapan 29 : RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti

Ahmad said...

☝ xphm antara perli dan realiti..byk mkn dedak kot..

Ahmad said...

Bayar mahal2 takat tu je mampu nak berbahas.

djah salun said...
This comment has been removed by the author.
Josefharrys said...

Awak ni terencat akal agaknya salah masok blog

Romli said...

Tak salah kalau kena tangkap... kalau kena tangkap pepandai la pusing cerita sakit perut ka..bini nk bersalin ka..ataupun kasi derma kt polis yg tahan tuh..jgn smpai polis pulangkan balik sudah derma tuh..bahaya..tkut kena rujuk kes ke peguam negara..time tuh berdoalah agar peguam negara jatuh hukum tak bersalah

Azim said...

Mula..mula kata tak terima, kemudian nak saman WSJ, sampai la ni tak saman..saman.

Then kata pulak ada terima derma tapi guna untuk pilihan raya 2013.

Pastu cakap pulak sumbangan sebab kita tolak ISIS....

Sambung pulak cerita derma bukan dari sorang tapi ramai, tambah dan spin lagi duit dah pulangkan semula sebahagian pada Ogos 2013.

Orang tanya dalam parlimen minta tolong tombalan jawab, lain cerita....masa perhimpunan UMNO lain plak cerita...

Pening arr...

sukasamasuka said...

Datuk.

Kalau lah betul seperti yang kita dengar maka Baginda Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud tidak lebih dan kurangnya "seperti anjing yang muntah kemudian anjing itu kembali memakan muntahan nya tersebut"...kalau mengikut hadis ini...ini bukan aku yang cakap. Tolong kabar pada Saudi Arabia Embassy, suruh mereka check betul ke potongan hadis-hadis ni sebab terjemahan dalam bahasa malaysianya nya mungkin salah.

ku_seman said...

Datuk Kadir, dah terburai dan diburaikan oleh surat khabar luar negara. Surat khabar di sini tak boleh nak mengertek, kena pangkas. Dah tak boleh tutup lagi. Lalu jadilah lakonan sedang berjalan tetapi skrip baru dok susun oleh panglima-panglima. Orang lain buat skrip dulu baru berlakon, barulah nampak real.

Kalau tak diburaikan oleh surat khabar luar, tak akan mengakulah jawabnya. Dah tiga tahun. Kalau nak mengaku tiga hari sudah boleh mengaku menerima sedekah daripada raja Arab. Kenapa tunggu diburai selepas tiga tahun?

Disebabkan lakonan dah berjalan, skrip baru nak tulis maka kita pun menonton drama yang kelakar, ada yang kata dia sudah jumpa pemberi sedekah. Tetapi kalau mengikut laporan terbaru oleh BBC orang yang bagi sedekah dah meninggal dunia ketika panglima kata dia dah jumpa pemberi sedekah.

Panglima kata lagi, bukan seorang tetapi ramai. Bagaimanapun setakat ini hanya seorang sahaja. Ini drama yang paling menarik pernah saya tonton. Benar seperti kata Mak Datuk Kadir, kalau benar semua itu sedekah dari raja Arab, buat apa dok kucai semua agensi penguatkuasa, polis, SPRM, Peguam Negara dan Gabenor Bank Negara. Kemudian pecat sana, alih sini yang semuanya penuh tanda tanya?

Sebab itulah hanya dalam kalangan pemakan dedak sahaja yang percaya semua drama ini termasuk Anonymous 4.31 PM. Nampaknya pemakan dedak pun dah masuk dalam blog ini.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalaulah Derma dari Tok Arab berjumlah lebih RM2000 juta boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib, boleh ke penjawat-penjawat kerajaan masuk derma RM 10 juta atau Rm 20 juta ke dalam akaun peribadi?.

Mungkin boleh pakai RM1 juta dan pulang balik Rm9 juta pada penderma.

Adakah ini di kira ok?

Setahu saya PM sepatutnya jadi contoh yang baik.

Kalau PM masukkan derma ke dalam akaun sendiri sedangkan UMNO ada akaun, macamana pula dengan orang pegawai kerajaan.?

ADUHAI said...

Salam DAKJ,

Hatta sebesar zarah sekalipun saya tak percaya duit tu duit derma apatah lagi nak percaya bakinya dah dipulangkan.

What is at stake? = Hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi menjadi taruhan, serta hubungan Arab Saudi - Mesir menjadi kacau dek batu api kenyataan "untuk memerangi" IkhwanulMuslimin.

Kalau di Malaysia, penggunaan nama Raja/Sultan/Agong tanpa restu adalah suatu kesalahan, Saya percaya sama juga dengan Arab Saudi apatah lagi membabitkan Marhum Raja Abdullah untuk mensucikan dosa rasuah. Suatu penghinaan kepada Raja Saudi.

sukasamasuka said...

Datuk.

Jangan kita fikir RM2.06 billion tu masuk balik akaun Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud sebab belia bukan nya "ada sifat yang buruk"....jauh sekali dia ada perangai "seperti anjing yang muntah kemudian anjing itu kembali memakan muntahan nya tersebut".

Mana duit tu?

Masih dalam "pelaburan di Saudi Arabia"...Zahid ke sana dalam bulan Ogos, 2015 berjumpa dengan "pegawai-pegawai tertinggi pelaburan Arab Saudi"...duit itu akan masuk semula untuk PRU14....

Unknown said...

Datuk, awat Rosmah tak marah ke najib pulang balik bilion bilion tu?Kan kalu dihabiskan shopping d Dubai kan baguih...ruginya !!!!



tokwan.

panglimo potaseh said...

Bukan masalah Najib dan suaminya terima derma, lepas tu pulangkan balik .. masalah nya putar sana, putar sini, las las pulangkan balik .. lagi satu cuba hang baca akta rasuah bab tang derma?

A.Z said...

Datuk

Lepas ni depan setiap pegawai daerah, pegawai tanah, pegawai hutan, semua kena letak kotak derma.

Derma ikhlas tak salah. Yang pi kait dengan King Abdullah yang dah meninggal tu macam lebih sangat-sangat tu,

PM ni sampai yang dah mati pun terpalit dengan dia

BiruBiruan said...

Salam Datuk...
Kecik2 dulu kawan2 kata orang indonesia ilmu ghaibnya tinggi2...
Tahniah kepada rakyat Malaysia, Big boss jujurrr......timbalan kita ilmunya sangatlah dalam. Siap boleh bercakap dengan ahli kuburrr

din klang said...

Najib ni ingat rakyat Malaysia ni tak cerdik macam dia dan para penasihat serta pencacai nya.

Apakah dia fikir negara ini Arwah Tun Razak yang punya.

Ali said...

Ada jugak sekor binatang ternakan najib yg dok menyalak dlm ni...

jawipekan said...

Almarhum Raja Abdullah dipercayai mempunyai hata sebanyak USD18 billion.Beliau juga mempunyai banyak isteri dan 35 orang anak.Jika hartanya dibahagikan samarata kepada semua anak dan isteti beliau,tiap tiap seorang dari mereka akan menerima kurang dari USD 500million.Yang peliknya beliau sanggup memberi derma sebanyak USD680 million kepada PM Malaysia walaupun PM kita tidaklah berkuasa sangat dalam politik antarabangsa dan Malaysia bukanlah sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentara yang canggih yang boleh membantu Saudi Arabia dalam mengekalkan Kerajaan Beraja mereka atau membantu Saudi dalam geopolitical strategy mereka.Wang derma itu dapat memberi hasil yang lebih lumayan kepada Saudi Arabia jike beliau derma kepada Obama,Putin atau Erdogan dari Najib.Ini satu kemusykilan yang saya tak dapat selesaikan.

Mohd Nor Shariff said...

Duit peribadi pun mesti melalui bank, gabenor Arab mesti tahu duit keluar masuk.
Kalau simpan dlm tilam mungkin tak tahu. Macam mana pula Najib nak bawa.
100% tipu.

Mohd Nor Shariff said...

Kita sebagai orang Islam tak nak tuduh tuduh, berdosa. Cuba cakap dgn terang, jelas Dan jujur.
Ini orang luar bagi tahu sedangkan UMNO sendiri tak tahu.
Salah sapa. Tak kan nak diam. Saya akan puas hati jika Najib d tangkap walaupun 1 hari.

Zulhazam Mohamed said...

Salam DAKJ
Sampai sekarang tak terjangkau dek akal kenapa masih ada orang dok pertahan cerita mengarut tu? Adakah memang dah ditutupkan hati atau termakan dedak yang banyak?

sri tribuana said...

Kerajaan Arab adaah Saudi. Mana ada duit kerajaan. Duit Saudi semua.

yana said...

Salam Datuk AKJ.

There will always be people like Anonymous 4.31PM. Good that you published it - it only goes to confirm the gray matter component of their brains. I wonder how he/she/it looked like when penning those words...hihi.

Take care Datuk.

Zalman A said...


Salam Datuk,

To be blunt:

a) We have just witnessed a deliberate crime against the 30 million rakyat of Malaysia.

b) If the criminal and the stooges around her/him get away with it, they will become even bolder.

c) The next 6 months of our beloved country's young life (tak sampai umur 60 tahun pun) will be very important.

d) We either cure this cancer, or we all die. The choice is quite a stark one.

Thank you.

sukasamasuka said...

Datuk.

" “Malu juga la Perdana Menteri kita dok pi mintak sedekah daghi Raja Arab. Macam kita ni susah sangat. Baik lagi kalu dia mintak Raja Arab tambah kota (kuota) jemaah haji kita.”

Ishishish...malu...apa yang nak dimalukan...dia bukan nya ada kemaluan pun..."Bissu" lah katakan...ishishish...

Tambah quota jemaah haji??? apa benda tu???....Oooo, yang itu pun sudah buat makcik hajjah, abang Khir punya kerja dengan si Azeez tu la...Baginda Raja salah dengar, dia fikir minta tambah duit...jadi dia tambah la sikit sikit....ishishish....

sham zam said...

hg ni mmg benak la timah. analogi hg tu lgsung xleh pkai. apa hg nk bktikn dgn analogi tu timah ooii. blk ngaji dl la, ulang blk pper spm

budak jawa said...

Assalamualaikum DAKJ dan pembaca,

Terima kasih unknown 4.36 pm untuk kronologinya. ini yang nak tau, daripada plot yang berterabur dan kelam kabut, dah jadi siri bercakap dengan jin la pulak. ada yang kata dah jumpa penderma, tiba-tiba, penderma dikatakan dah arwah. jadi jumpa sapa ni? hantu raya ka? kehkehkeh...

budak jawa

mami jarum said...

kalau dah tipu sekali, kena berbohong dan menipu berterusan nak kambus tipu dan bohong yang asal tu.

polargamon said...

Kalau TanSri Gani Patail masih peguam negara barulah boleh percaya tak gitu cik Jasmeen Fatimah dan Anon 431PM yang banyak makan dedak.

grandmarquis said...

Nampaknya tak habis lagi spekulasi. Lantak lah Najib nak bagi balik atau tidak. Tetapi saya lihat orang-orang disini pandai-pandai. Pandai buat spekulasi, kenapa nak bagi balik la, duit derma kenapa nak bagi balik la. Apakah anda semua tahu secara terperinci.

Sebelum nak jadi rakyat hakim negara, patutnya semak diri sendiri. Najib ada bahagian dia di akhirat, kita semua pun ada bahagian kita. Kebanyakan saya tengok hanya spekulasi. Ingat tuhan. mengucap banyak-banyak.

Arie lara said...

Klu datuk cukup sifat jujur dan amanahnya,why not?

msh said...

Salam Dato.

Depa pelemah habieh.
Betoi2 HZ Bugih...Jawa dan geng2 makan dedak semua ni.

Tapi apa nak heran nya..kalau dah kawaq (pencuri bukan coward..maksud sy)...memang kuat 'muhung'pun...bak kata "gelama ikan duri...siakap senohong"....

.. Bila dah mencuri...kenalah berbohong.


Tetapi kawag ni dan geng2 makan dedak dia...berbohong pun tak pandai. .bagi balik duit derma kunun?

Kah kah !!!!

Alahai Bugih...cukup2 lah...hang nak pelemah org.

Dato...nmpk gaya...rakyat negara telah disogok dgn 1 drama tanpa plot yg penuh dgn elemen2 suspens. .dikuti ketegangan..tragedi...misteri...penuh komedi berserta adengan2 yg tidak logik .. .dan anti-klimak pula (bila 'hero'HZ bagi duit derma balik).

Bertambah pelik lagi bila drama sudah selesai atau tamat tetapi skrip baru siap.

Cukup2lah menipu..jgnlah nama baik Raja Arab dipermainkan pula.
Apa jenis manusia dan ketua yg sanggup berperangai begini.. buat malu bangsa dan ugama sahaja.

Astaghfirullahalazim...Tuhan sahaja yg tahu.










joe black said...

Dato',

Looks like We have to revisit the Age Old advise about supposedly "Claearing"a Scandal:

....Nobody ever really wants a scandal cleared up. Uncleared-up, a scandal is like a radio - it allows the imagination to rove like a child in a flowerr field, especially when humungous amounts of money is involved, and the imagination may cavort among infinite possibilities of Shopping Trips to Rome, Paris and London, the purchasing of diamonds and gold. Cavorting with hollywood vixens on and off the screen and after hour guzzling of $00000s Wagyu Beef of the best kind. When the candid spoilsport (no reward for guessing who) steps forward to tell it like it supposedly was to clear up the scandal, the imagination's freedom is curtailed. The audience grows vengeful....Carnage ensues.

....And the Fool steps up and says Its time to forget and move forward!

It is SO etched up in stone that even the never forgotten Nixon Scandal is put to Shame....

awang batuburok said...


Salam pagi jumaat Dato,

Kini golongan pro ikhwanulmuslimin (muslim brotherhood) telah tersingkir dari PAS sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO dan Penderma2.6billion.

Ejen ejen UMNO dalam PAS bolehlah meneruskan agenda bercumbu cumbuan UMNO dgn PAS secara terang terangan sebelum berkahwin secara resmi dalam PRU14 nanti.

Tahniah ejen ejen UMNO yang berada dalam PAS diatas kejayaan anda. Selamat berbelanja dengan upah yang lumayan.

delara said...

Kalau Najib tu mcm kamu a nobody, memang tak ada org nak kesah...apa yg spekulasinye, sbg penjawat awam, PM lagi pherg...dpt hadiah ke derma ke ada caranye... Sebab tak ikut tata tertib dan undang x2 yg sedia ada, rakyat kebanyakannye bising. Kalau tahu atau sangsi ada yg salah, tak bertindak dan siasat sbg umat islam kat dunia, awak ingat tak kena 'soal' kat akhirat???

mohd said...

Grandmaquis bodoh..
Rakyat mahu tahu kebenaran berdasarkan bukti2 yg jelas.

Rakyat telah mengundi dan akan mengundi untuk PRU akab dtg.
Rakyat berhak utk tahu kebenaran.
Rakyat membayar cukai pendapatan dan gst.
Maka sbg warganegara yg membayar cukai, adalah berhak utk kami tahu akan perjalan wang negara dan mereka yg mnguruskannya.

Ada paham encik grandmarquis?

Simpan shj ayat murahan kamu itu di blog kamu dan abadikan bersama pembaca setia kamu.

Ida S said...

Salam Dato

Orang derma kat kita RM2.60. Kita pulangkan balik RM2.00 kat orang tu. Sebab apa kita pulangkan balik?

1. Mungkin kita dah banyak duit.. (yo lah tu)
2. Mungkin orang derma tu tak ikhlas, macam-macam syarat dikenakan (mungkin..mungkin..)
3. Mungkin orang tu mintak balik (Ada ke orang derma pastu mintak balik? Buruk siku nya ...)
4. Mungkin originally kita nak guna duit tu untuk bagi kat kawan-kawan kita tapi kawan-kawan kita pulak tetiber jadi loaded.. So pulangkan je lah
5. Mungkin kita nak guna untuk finance projek kita pastu projek tu cancel. (Apa salahnya pegang je duit orang derma tu sementara tunggu projek lain?)
6. Mungkin kita takut orang tanya buat apa pegang duit RM2.60 banyak2 tu..
7. Mungkin kita takut bini kita mintak
8. Mungkin kita tak tahu nak buat apa dgn duit bnyk2 tu... (La..apa salahnya derma je pulak kat sesapa..)

Lain kali pm me for my acc details kalau tak tahu sangat nak buat apa dengan RM2.00 tu..

pemikir said...

Salam Datuk

Saya masih percaya bahawa itu bukan wang derma. Tiada surat dari Kerajaan Arab Saudi atau apa apa kenyataan rasmi pihak Arab.

Yg di war warkan ialah BBC interview dgn wakil Raja Arab. Sapa tu? Petro Saudi punya Putera Arab tu ker?

Bila WSJ dedahkan, gerombolan Najib kata WSJ bohong..bila BBC dedah interview... OK ..boleh accept.

P bohong budak sekolah boleh la !!!

Cik Minah said...

BBC pun boleh dibeli ke................????????
Saya sudah bohsan dengan rm2.67 b illion ni.
Blog-blog di block oleh skmmm.
SAYA BENAR-BENAR BOSAN.
Nampak gayanya, kebosanan ini meneybabkan saya takda pilihan
kecuali memangkah PEMBANGKANG.
Biarlah - untung sabut, timbul.
Untung batu, tenggelam.

1280 K Tmn Malik said...

Ini dah kes AMLA..money laundering. Kalau kita rakyat dah kena tangkap. Somborrone Najib tak pula? Dia above the law ka atau Apandi Nganga nak scratching big boss balls

1280 K Tmn Malik said...

Anon 4.49PM

Rasanya engkau yang anak babi sebab mak bapak tok nek kau jenis babi jg sebab yak ajar anak perangai mcm manusia.

* maaf ybhg dakj, sy mmg pantang jenis puak mcm ni. Bangang mcm PM dia juga

1280 K Tmn Malik said...

4.31..

Just go to hel* with your Somnorono Mapedulang Kaki Kelenting Besar tu

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Memang kena overhaul semua. Kena tukar yang baharu. Pemerintahan harus bertukar tangan. Barulah dapat di address segala luka, buruk, busuk semua, dibuang yang dah mati dan tak boleh pakai. Selagi kerajaan tidak bertukar selagi itulah keadaannya macam sekarang inilah. Melalaklah macamanapun, orang yang di atas tu tetap memanipulasi secara kuku besi.

Apabila kerajaan sudah bertukar tangan dan semuanya diganti barulah dapat dirungkai satu persatu bukak satu persatu onar si mappadulung. Bermula dengan si pemalu central bank kita tu, juga si pendiam AmBank Islamic tu. Money trail mappadulung. Perkara yang mudah jadi bercelaru gara-gara mappadulung++ yang memboneka semua.

Terima kasih Datuk Kadir Jasin.

Li'l Abner said...

Cuba tanya mufti harussani.Kalu duit yg arwah dermakan tu dipulangkan selepas arwah meninggal, mcm mane dgn duit tu? Adakah perlu difaraidkan kpd warith2? Oleh sebab arwah hanya dapat USD60/680 juta pahala saja drp jumlah asal bagaimana hukumnya jika USD620 juta yg dikembalikan tanpa pengetahuan arwah diterima warith-warith.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nenekghuffran said...

Salam Datuk AKJ...

Saya dan keluarga sebelum ini adalah penyokong tegar UMNO lebih2 lagi semasa era TDM sebagai PM. Tetapi sejak Najib sbg PM membuat onar yg merosakkan negara, pemimpin2 UMNO dan BN menyokong beliau membuta tuli..sehingga semua jalan untuk mendapatkan kebenaran disekat dgn cara salah guna kuasa maka saya sekeluarga nekad membuang UMNO. Saya tidak percaya lagi dgn apa yg dikatakan tentang ketuanan Melayu malah Raja2 Melayu juga bagi saya tidak perlu lagi kerana tidak dpt pun memayungi rakyat sebenarnya. Pergi jahanam dgn mereka yg khianat kpd negara dan rakyat..termasuklah mereka yg boleh berbuat sesuatu tetapi membisu demi kelansungan diri. Bagi saya Malaysia memerlukan seorg PM yg berintegriti, berpendidikan tinggi, bijaksana, berwawasan,berkeyakinan dan taat kepada ajaran agama. Tanpa mengira bangsa dan agamanya kerana semua bangsa mempunyai adab dan nilai2 murni dan semua agama mengajar ke arah kebaikan. Islam atau tidak itu adalah kepercayaan masing2... Sebabnya lihatlah bangsa apakah yg sedang merosakkan negara dan apakah agamanya? Malah di luar sana bangsa apakah yg tak habis2 berperang sesama sendiri ? dan apakah agamanya ?... inilah pendapat saya...Wallahualam..

BiruBiruan said...

Salam Datuk.

Pengumuman - Hoi ahli2 umno dan pengundi2 Kedah..Silalah cepat2 pergi melawat "law makers - law makers UMNO" masing masing. Inilah masanya yang kita tunggu2.. Rumah orang atas dah berkepok dengan dedak. Takkan kita yang dibawah nak tengok aje..Untung sabut, mintak bulan dan bintang pon boleh dapat.

P/s: tahniah buat Dato Ahmad kerana dilantik sebagai ketua biro IT dan media social UMNO. Macam mana nak join cyber army? saya pon nak makan dedak jugak....

xairlinepilot said...

4.49pm sorry. Wrongly typed. Supposed to be 4.31

grandmarquis said...

mohd, tidak perlu menipu diri dengan mengatakan rakyat mahu kebenaran. Sebenarnya apa yang kamu mahu hanya Najib didapati bersalah. Bagi kamu, itu saja kebenaran yang boleh diterima.

adzzam adzzam said...

Apa punya bahalol yg Najib berucap dlm majlis SPRM sendiri tu.

Bukak balik Youtube bawah tajuk Salur Derma Politik KeAkaun Peribadi, Apa Kata Najib.

Ini rakaman ucapan original di atas rostrum milik SPRM.
Jelas dan terang peringatan Najib.

Begitu jelas dan terang Najib seorang munafik.
Cakap tak serupa bikin.

Zalman A said...


Salam Datuk,

The revelation by the Swiss A-G that US$4 billion (RM 17 billion) has been stolen via 1MDB makes the arrest & unlawful detention of Khairuddin & Chang even more unforgivable.

The Swiss A-G is not a man to mess with, judging by the rather efficient way he uncovered the FIFA scandal and the antics of Platini and Blatter.

The Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone would be well advised to seek solace overseas, permanently.

More so, as the Scorpene case is now proceeding.

If not, then I believe the Conference of Rulers must intervene, because if the 24-hour replacement is deliberately covering-up wrongdoing, then he cannot continue in office; and he holds office at the pleasure of YDPA.

No PM should hold power, who damages Malaysia this badly.


RAWA LANUN-BAHASA said...

AKadirJasin
Salaams

Nessun Dorma
(jalutthalutdandaud)

Merel busy with mine craft
Mikael is waiting for his turn
Iris fooling around with the Lego

Nessun dorma
Nessun dorma

Puccini Pavarotti Potts
Only Bocelli sings sweet

And we shall have, alas, to die
To die

Vanish o night
Set stars
Set stars

At dawn I shall win
I shall win

And thus smile I
O how lovely are my mother
and my father
And thus smile I
As my thots goes to Tun Hasmah
and Tun Mahathir

Vanish o night
Set stars
Set stars

And at dawn
I shall win


My warmest salaams to you, The Scribe
Mahathir's generals and soldiers
And to my beloved Che Det

And at dawn
We shall win
We shall win



Maaf dan terima kasih

NordinabilaH said...

Salam dato
Biarlahlah apa yg dia nak kata depan 30juta rakyat tetapi ingat nak jawab depan allah nanti barulah dia tahu ditamvah pula ada org yg mengia dan menghalalkannya pun akan jawab nanti dipadang mahsyar mungkin di dunia mereka lepas masing2 ada kuasa sekarang aaaammmmiiiiiinnnnnn

rakyatpeninglalat said...

AG Switzerland siasat 1MDB? Berita ni asalnya daripada Reuters dan beberapa agensi berita lain di Eropah. Selain WSJ, diterbitkan juga oleh BBC, the Guardian, NYT, CNBC, Bangkok Post, the Australian, dll. Mungkin kerana kes Justo, seorang rakyat Switzerland? Lepas ni AG negara mana plak?

sukasamasuka said...

Datuk.

Dalam adat resam harian orang Arab pun, mereka tidak mau menerima balik duit yang sudah didermakan atau disedekahlan sebab si penderma itu dianggap "umpama anjing makan muntahan nya balik". Anjing itu haram.

Dalam adat resam harian orang Melayu pun, mereka yang mengambil balik duit yang sudah didermakan atau disedekahlan ada-lah "buruk siku"...malu, tetapi bukan nya haram macam orang Arab.

Bila AG mengumumkan derma sebanyak RM2 billion itu sudah dikembalikan kepada Raja Abdullah dalam bulan Ogos 2013 (baginda wafat pada 23 Jan 2015), pemgumuman itu dibuat untuk rakyat Malaysia yang menganggap itu perkara remeh-temeh. Tetapi, apa perasaan rakyat Saudi Arabia yang membaca berita tersebut dan seterusnya dunia Arab secara-am nya?

Perdana Menteri dan AG bukan orang Arab dan tahu adat resam sedemikian bila mengumumkan nya pada berita seluruh dunia.

Ada lah elok Kementerian Luar Negeri membuat pengesahan dan meminta maaf pada rakyat Saudi Arabia.

Kita rakyat Malaysia, semua kaum, tidak pernah menganggap Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud itu "seumpama anjing makan muntahan nya balik". Tidak sekali-kali.

sukasamasuka said...

Datuk.

There must be another way to distance ourselves, the majority of us ordinary Malaysians, from "accusing" the late Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud of stooping so low by accepting back part of "his royal gift".

Our PM Najib was behaving on his own in returning the gift and it had nothing to do with us majority Malaysian at that material time, sometime in August 2013.

Please restore the dignity of Malaysians. It is very important for the personal safety and security of ordinary Malaysians on the street and that of this nation as a whole. We do not want to become targets because of a foolish and uncouth behavior of someone.

Hantu Gigi Jarang said...

Suruh dia cerita pada kambing la...itu pun kalau kambing percaya...

mok said...

salam DAKJ dan semua pembaca..have a nice day..di sini saya letakkan pendapat hasil analisa dua pihak..

Najib semakin kuat. Inilah kuasa dalam politik, ada kuasa dan tidak bijak menggunakannya adalah sesuatu yg merugikan. tak kira la kuasa digunakan secara baik ataupun tidak yg penting kena pandai aplikasikan kuasa. Pada awal drama ini bermula, Najib berdolak dalih dan membiarkan jemaahnya bersilat mempertahankannya. ini politik dan di situ perang persepsi bermula.

kita sedia maklum Najib bersengketa dengan Tun M. sejarah tertulis yg Tun M ni dah ramai orang beliau lawan. kuat2 pula tu. dari Tunku, Tun Musa H, Tengku R, Anwar I, Pak Lah dan kita tahu keputusannya. Najib dari dahulu dianggap sebagai manja kerna jadi PM ni pun atas tiket Tun R, dan tak banyak peperangan politik yg beliau tempuh untuk naik ke kemuncak kuasa. dengan pertembungan dengan Tun M, Najib membina imej yg lebih kuat lagi dalam perang persepsi. Dalam politik tiada kawan atau musuh yg kekal. yg ada hanya kepentingan yg berkekalan.

Najib membiarkan peperangan persepsi tercetus dengan lamanya. Tak lain tak bukan hanya untuk memancing watak2 yg menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut, atau api dalam sekam. hasilnya banyaklah berlaku pemecatan, pertukaran, tindakan2 yg pelik terhadap penentang Najib krana mereka ini dianggap pengkhianat pada pentadbiran Najib.

itu politik dan kuasa. walaupun nampak serius tapi semua tu macam komedi yg tak ada penghujung. dari sudut ekonomi, GST diperkenalkan supaya kerajaan dapat sumber lain untuk menempuhi kegawatan ekonomi. harga minyak semakin turun dan negara kita memang bergantung pada minyak. so GST cam penyelamat ekonomi la konon2 nya sebab kerajaan tahu yg harga barang atau perkhidmatan takkan turun walaupun harga minyak dunia jatuh $1 setong. tapi pelik ke mana duit subsidi pergi ye?

untuk TPPA, Najib inginkan Malaysia menjadi negara yg berdaya saing, sama rata peluang diberi walau kepada sesiapa pun untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi. Persoalannya bersediakah kita untuk bersaing terutama sekali Melayu?

tentang derma no komen. selepas banyak persepsi dimainkan, akhirnya itu hanyalah derma politik yg tidak menjadi apa2 kesalahan. apa2 pun, rasa ingin usulkan satu filem bertajuk Cash Is King dan minta S Spierlberg atau C Eastwood jadi pengarah. jalan cerita dan plot mestilah berdasarkan kisah sebenar. yg penting penerbitnya mestilah seorang lelaki melayu muda dari Malaysia.

Allah Pemilik Ilmu.

tun teja said...

Dato....sunyi dan sedih sbb blog OSTB dan Dinturtle dah kena block....maybe yours will be next Dato...followed by Jebat must die...hopefully not...

awatcheq said...

Salam Dato..

Yang dok buat cereta penglipur lara ni kita tau la cereta depa mengarot dan tak masuk akai. Tapi yang cheq pelik, ada lagi yg dok sokong cereta mengarot depa ni. Akai boh tang mana tak tau. Yg dok menyangak dan merompak tu banyak akai dah..yg dok dengaq pon tak masuk2 akai dok sokong bagai..Allahuakbar..bila nak habeh drama ni kot tok na....lagi cepat lagi baguih kot..malu dah hai kat seantero donia..

Kalau arwah mak cheq ada pon, dia tentu gelak keraih perot...tak pon dia jenoh menangeh tak berlagu. Bangsa sendiri yg perlekeh bangsa Melayu..tak takot dosa dah..awat mati esok ada jet gamaknya pi syorga..

Allahul mustaa'an..moga cepat sikit cereta penglipur lara ni habis..dah pecah rekod seribu satu malam dah nih..

Sabaq saja la kan..apa lagi yg boleh rakyat marhaen ni buat...yg dok di atas dok melangut dan jaga kerosi depa ja..
Tak pa Tok..langit tak selalu cerah..kita doa ja banyak2..

Lahawla wala quwata illa billa hilazeem..

Awat Cheq
Aotearoa.

Pikul said...

Hari tu ada tbaca komen yg kunun2 ni lah padah makan duit hasil kasino. Bak kata omputeh, trickle down effect ke namanye? Malaysia is a joke. Dari rancangan takde kualiti kat tv, dari bola sepak main macam badut, kepala negeri atau head of state pun kena nasik kangkang. Lemauuuu

vasantha said...

Dear dato,
Nenekghuffran, we need more Malays like you. It is a fact that we look to the Malays as the viable force that can provide the kind of leadership that is seriously lacking these days. The majority race must stand up for what is right. Integrity is doing the right thing when nobody is watching.

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Menyentuh tentang 'sadakah' ni, ada yang ikhlas alhamdulillah. Yang berbahaya yang tak ikhlas, yang win-win situation, I rub your back you scratch mine. Selalunya macam tu lah, terutama yang melibatkan jumlah sadakah, derma, donation, atau 'sponsor' yang besar. Sadakah berbeliyun-beliyun kepada akaun peribadi PM tak terkecuali.

Terkini semenjak dua menjak ini nampaknya media tv arus perdana khasnya TV3 semakin menjadi-jadi meminta sadakah daripada individu tertentu menjadi penaja program-program berbentuk hiburan stesen tv itu. Yang menjengkelkan adalah stesen tv semacam terpaksa akur (stoop low) kepada berbagai kehendak dan auta si penaja berkenaan. Contohnya seperti yang kita lihat sendiri di kaca tv. Penaja yang tak reti berhenti bercakap itu kini berlagak seolah-olah dia pegang kuasa veto - hanya sebab dia yang 'sponsor' dan dia yang 'bayar'. TV3 dah letak dirinya sebegitu rendah hanya untuk dapatkan tajaan sadakah untuk program-programnya. Jangan terkejut jika tak berapa lama lagi Sri Pentas pun turut kena overhaul jadi warna pink.

Everything has a price.

Terima kasih dan take care Datuk Kadir Jasin.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Sgt hina dan menjijikan naji(b/s). Sudahlah orang yang masih hidup diperbodohkan, Raja Arab Saudi yang dah mati pun dia nak aniaya. Nauzzubillah.

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Merujuk para 3 komen Dato. bahawa seluruh dunia termasuklah pertubuhan pertubuhan keganasan Islam sudah mengetahui bahawa wang derma dari keluarga DiRaja Arab Saudi adalah untuk perbelanjaan menentang keganasan puak militan Islam. British memang pandai menyokong bukan untuk membersih nama Najib tetapi sokongan ini membawa bencana kepada Malaysia kerana selepas ini kemungkinan kita akan menjadi sasaran puak militan Islam sekeliling kita seperti di Indonesia, Filipina, selatan Thailand dan lain lain bahawa Malaysia secara terang menentang mereka.

Siapakah yang akan menjadi mangsa hanya tuhan saja yang tahu. Cawangan Khas PDRM kenalah keja kuat lagi mencari maklumat dan perisikan jangan jadi seperti mana pencerobohan Sulu dahulu yang mengorbankan banyak jiwa (Polis dan tentera)dan harta benda penduduk FELDA Sahabat.

Mohon Allah lindungi kita semua, walahuaklam.

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Merujuk para 3 komen Dato. bahawa seluruh dunia termasuklah pertubuhan pertubuhan keganasan Islam sudah mengetahui bahawa wang derma dari keluarga DiRaja Arab Saudi adalah untuk perbelanjaan menentang keganasan puak militan Islam. British memang pandai menyokong bukan untuk membersih nama Najib tetapi sokongan ini membawa bencana kepada Malaysia kerana selepas ini kemungkinan kita akan menjadi sasaran puak militan Islam sekeliling kita seperti di Indonesia, Filipina, selatan Thailand dan lain lain bahawa Malaysia secara terang menentang mereka.

Siapakah yang akan menjadi mangsa hanya tuhan saja yang tahu. Cawangan Khas PDRM kenalah keja kuat lagi mencari maklumat dan perisikan jangan jadi seperti mana pencerobohan Sulu dahulu yang mengorbankan banyak jiwa (Polis dan tentera)dan harta benda penduduk FELDA Sahabat.

Mohon Allah lindungi kita semua, walahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).