Thursday, February 18, 2016

Gerakan Massa Selamatkan Negara


A Kadir Jasin
 
ALTRUISME adalah komoditi mahal dalam tindak-tanduk manusia, lagi-lagilah bagi manusia dalam arena politik.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Segala-galanya dengan tujuan dan matlamat tersurat dan tersirat. Keikhlasan dan kebetulan lebih kerap di bibir saja.

Dalam konteks politik negara kita, tujuan pembangkang adalah menang pilihan raya umum (PRU) dan memerintah negara. Mereka hampir-hampir berjaya dalam PRU 2013.

Logiknya, dengan skandal demi skandal dan masalah demi masalah yang melanda negara di bawah pengemudi (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, pembangkang hanya perlu mengeksploitasi kelemahan pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Mereka hanya perlu membiarkan Mohd Najib dan para pesekongkol beliau dalam Umno-BN dan pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian.

Biarkan mereka menggali kubur yang sedalam-dalamnya dan apabila tiba PRU, timbus mereka dalam kebencian dan penolakan pengundi.

Tetapi apa yang kita perhatikan tidak seperti itu.

Sebaliknya mereka mahu Mohd Najib berundur dan, untuk tujuan itu, sedia berpakat dengan elemen Umno-BN yang berpandangan serupa.

Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat. Mereka berpendapat menunggu sehingga PRU mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang.

Gerakan Massa Selamatkan Malaysia

Saya telah menyebut mengenai perlunya dijanakan segera gerakan massa (mass movement) yang merentasi sempadan politik, ideologi, agama, bangsa dan wilayah bagi menyelamatkan Malaysia.

Kita tidak lagi boleh bergantung kepada politik kepartian, apatah lagi politik pemakan dedak yang telah melanda Umno-BN, untuk kembali menyatukan rakyat jelata dan mengembalikan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

Paling besar harapan kita kepada Umno-BN adalah masih ada beberapa kerat Ahli Dewan Rakyatnya yang ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).

Saya tahu yang mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata. Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Mohd Najib dan kelompok eksklusif beliau.

Umum tahu bahawa ada usaha yang berkisar di sekitar Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Perdana Menteri melalui “undi” tidak percaya. Gerakan ini dipercayai mendapat sokongan luas Ahli Dewan Rakyat pembangkang dan segelintir Umno-BN.

Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.

Yang kita perlukan sekarang adalah bagi setiap orang yang peduli dan sayangkan negara bangun secara aman dan sivil menyatakan bahawa perubahan wajib berlaku dan berlaku segera.

Setiap orang yang berwajah, dikenali dan dihormati tanpa mengira usia dan jantina, kerjaya dan kepakaran, bangsa dan agama wajib memberanikan diri berdiri dalam satu barisan penyelamatan negara.

Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya. Bukan Perdana Menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila “the chips are down”. Semua yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama.

Wallahuaklam.

57 comments:

rashidkgbaru said...

apa kebenda la kadir cakap ni

Zalman A said...


"Umum tahu bahawa ada usaha yang berkisar di sekitar Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Perdana Menteri melalui “undi” tidak percaya. Gerakan ini dipercayai mendapat sokongan luas Ahli Dewan Rakyat pembangkang dan segelintir Umno-BN.

Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia."

Salam Datuk,

Yes, I hope this is true.

We are all so tired and fed up.

There is pessimism in the air of the country. The young ones - who should feel the most hopeful - feel the most hopeless of all.

You are 100% right - this is beyond politics because the very fabric of the institutions is being torn apart by the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, in his sheer desperation to cling on to power.

The pemakan dedak say all this sabotage is a sign of Mappadulung's strength.

It is not.

It is a sign of his selfish lack of principles.

Even LHDN are now making statements that are completely without legal merit.

When was the MACC Act 2009 revoked?

Nobody is applying it.

Too much destruction - all to save one man?

It is not worth it, Datuk. Let us try to regain our dignity. Umno will survive and get stronger, the minute Mappadulung leaves. If it is safe passage that is needed to remove him, then so be it.

Thank you.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Agak menarik komen daripada bekas hakim mahkamah rayuan Dato' Mohd Noor berkenaan dengan Peguam Negara.

Saya sertakan link seperti dibawah,

https://www.youtube.com/watch?v=1Yh4FJE1Yqk

Mengikut kata beliau, sistem kerajaan kita sedemikian rupa dan kita harus terima atau ubah sistem yang sedia ada.

Pilihan yang ada kita ada, bagi merubah keadaan yang sedia ada,

Yang pertama, melalui UMNO. Seperti mana Muhyidin dan Shafie Apdal lakukan sekarang. Saya tidak nampak hasil yang ada sekarang.

Yang kedua, melalui pembangkang. Gabungan pembangkang sekarang antara PKR, DAP dan Amanah untuk mengambil alih. Pada pandangan saya, PAS bukan lagi pembangkang.

Yang ketiga, kesemua yang mahukan perubahan begabung sebagai satu massa yang lebih besar.

Saya lebih yakin, pilihan ketiga adalah paling baik.

Saya teringat satu cerita berkenaan dengan Viking.

Pahlawan Viking adalah terkenal sebagai penjajah yang digeruni zaman dahulu. Viking telah berjaya jelajah Britain dan sebagian besar Eropah.

Hanya bandar Paris yang sukar bagi Viking untuk ditawan kerana kubu yang terlampau kuat.

Raja Perachis pada ketika itu sebenarnya tidak begitu pandai dan lemah tetapi kubu yang dibina oleh Raja sebelumnya amat kuat dan sukar ditembus.

Raja Viking pula pada ketika itu bernama Ragna Lodbrok. Oleh kerana mahukan Paris, ia terpaksa bergambung dengan kesemua kepala Viking walaupun ada yang merupakan musuh lama untuk menyerang Paris.

Walaupun lebih ramai Viking menyerang, kubu Paris masih tidak dapat tembusi. Akhirnya, Radna terpaksa menggunakan helah.

Raja Viking cuba berdamai dengan Raja Peranchis. Radna mengatakan beliau cedera dan akan meninggal dunia. Dalam mimpi, beliau telah menjadi kristian. Oleh itu, beliau meminta untuk disembahyangkan mayatnya dalam agama Kristian di bandar Paris.

Semasa upacara sembahyang, Raja Viking Radba keluar dari keranda. Ramai yang pengsan melihat mayat yang hidup semula dan beliau mengugut nyawa Raja Perachis supaya membuka pintu istana.

Dengan adanya kepandaian Raja Ragna Viking dan gerakan massa kesemua suku kaum Viking, maka akhirnya bandar Paris jatuh ketangan Viking.

Dalam konteks negara kita sekarang ini, saya setuju dengan Dato', gerakan massa yang besar adalah satu kemestian untuk merubah keadaan yang ada. Perlu juga ada seorang pemimpin yang berkebolehan untuk menyatukan kesemua massa ini untuk tujuan tersebut.

Wan I said...

Terbaik Dato'.
I am pretty sure future generations will remember the brave fights from you adn a few others for their wellbeings

Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku nak tanya hang...kita dah capai 'critical mass', titik kesatuan pemikiran dan aksi kritikal dlm gerakan massa ka ?

Aku rasa ahli sains politik dan pemerhati politik rata2 mungkin setuju bahwa rakyat Malaya masih jauh dari mencapai tahap ni, masih dok peluk tuboh, bukan kerana penggerak massa atau 'stake holders' tidak mencuba, tetapi kerana jurang 'ethno religious' atau 'fissures' terlalu dalam dan di ambik kesempatan semau maunya ahli politik pemangsa dan penyokong atau 'political predators' dgn 'back up' sumber kewangan yg banyaknya tidak terperi.


Terngiang ngiang lagi di telinga aku, sora breder yg sekarang dudok di Bamboo River "sapa tak tau parti depa parti rasyuah ?" (lebih korang). Laa ni anak raja Kelantan yg dok dekat Jln U Thant/Langgak Golf tu pon luahkan sentimen yg sama, tapi alahai longlainya... Yg nampak bersunggoh sikit ialah member hang dari Tongkang Yard tu dan adek ipag Erma Fatimah. Tapi
munkin member hang ni, orang Indon kata sarat bagasi, atau ada tulang belulang dlm almari (‘skeletons in the cabinet').

Dari kalangan rakyat pulak, ada yg cerdik sikit lari pi dok New York, Auckland dan Ostalia...

Jadi tinggailah orang2 macam hang ni...dan orang2 'alim kata Allah S.W.T. tak tanya hang berjaya ka dak hang cegah mungkag ttpi Dia tanya hang dah usaha bagitau ka dak...?? (suroh Yaa Siiin, marfhum secara longgag ayat 17), ....Dan Dia lah yg akan menghisap (akiag ayat 40, suroh al Ro'du). Wallahua'lam.

Teruihkan usaha hang.

Yg dho'if, aku.

pemikir said...

Salam Datuk AKJ,

Saya amat berharap juga nama nama besar di dalam arena politik samada yang masih aktif atau yang bersara, samada yang masih tua atau yang muda, samada lelaki atau wanita bersatu hati dan menolak Dato Mappadulung Seri Sanrobone Najib ini dari arena politik.

Apakah bodoh sangat rakyat Malaysia ini menerima cerita derma sebanyak 2.6billion dan memulangkannya semula sebanyak 2.06B? Kalau terima belanja macammana dan kalau dipulangkan guna akaun mana? Siapa penderma?

Saya hairan kenapa Ketua Polis Negara tidak bertindak? Saya pelik kenapa derma sebanyak itu dibenarkan dan dihalalkan oleh Peguam Negara? Saya terharu melihat usaha bersungguh sungguh SPRM dan Bank Negara diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara!

Tindakan ahli ahli Berhormat Parlimen Barisan Nasional pula dilihat tersangat jauh menyimpang apabila tidak mempedulikan wang rakyat diberi pinjaman sewenang wenang tanpa cagaran kukuh dan harta milik negara di gadai pada harga yang tersangat murah. Tidak adakah tindakan undang undang yang di ambil kepada Penasihat dan Pengarah Pengarah yang telah menjual harta Negara kepada Syarikat dari Negara China dan membuat pinjaman dengan membayar komisyen brokerage yang tinggi kepada institusi pinjaman asing!

Dan di dalam UMNO.

Ketua Pemuda nya amat memalukan. Kononya berani tetapi masih teringatkah kita isu ECM-Libra dan lain lain yang merugikan Negara. Mungkin kah Ketua Pemuda UMNO hanya berani sesama orang Melayu sahaja dan tidak perdulikan soal kewangan Negara.

Ketua Wanita UMNO tak payah nak cakap lagi lah. Dasar lalang dan tidak tahu malu. Teringat bagaimana Timbalan Ketua Wanita yang di pecat kerana kesilapan besar Ketua Wanita UMNO ini sendiri semasa menjelangnya pilihan raya 2013.

Ahli majlis Tertinggi kerjanya sekarang ialah 'cekup telur' di hadapan Presiden. Tetapi balik ke Negeri/bahagian masing masing berpura pura berjuang kerana rakyat. Jawapan apakah yang mereka beri apabila rakyat bertanyakan kenaikan harga barangan, kejatuhan nilai ringgit dan pengenaan cukai GST? Mereka mungkin dapat meyakinkan sebahagian penyokong mereka tetapi apa mereka hendak jawab dengan perbelanjaan boros seperti billionaire dari seorang Perdana Menteri ?

Apakah mereka terlalai bahawa ketua mereka adalah punca masalah besar yang melanda kepercayaan dan perpecahan poitik orang orang Melayu? Bagaimana untuk memenangkan pilihanraya sekiranya rakyat sudah tahu rasuah sedang membusuk sehingga ke usus di dalam Parti Umno ini?

Tindakan Ketua Penerangan UMNO yang baru, seolah olah Tun M mencabar untuk menangkap nya. Bukan kah kenyataan ini dari seorang yang baru dilantik, menunjuk nunjuk dengan Boss baru dia dan menegesahkan ketidakcerdikan diri sendiri dengan menerima bulat bulat cerita RM2.6b adalah suatu derma dan tidak mengetahui atau memberitahu siapa penderma itu?

UMNO sekarang berada di lembah kehinaan disebabkan tindakan seorang pemimpin yang tamak haloba.

Seorang demi seorang pemimpin kanan UMNO yang berjuang untuk kepentingan orang Melayu secara beramanah di pecat, di ganti dan dihinakan.

Yang dilantik, diberi tempat dan dimuliakan sebenarnya adalah orang yang bertalam dua muka, hipokrit tamak, pendendam dan dayus!

Saya masih berharap gerakan gerakan menyedarkan kepimpinan UMNO diteruskan.

Najib must go!

Wassalam datuk. Terima kasih kerana memberikan ruangan.

A KADIR JASIN said...

1. Pada hemat saya masalah sebenar rakyat jelata baru bermula. It is only the beginning.
2. Saya tidak hairan kalau Perbendaharaan ketidakcekapan hasil untuk memenuhi perbelanjaan asas dan menunaikan janji seperti BR1M dan membayar kontraktor.
3. Ia mungkin terpaksa berhutang dalam negara pada kadar lebih tinggi akibat kajian semula penarafan hutang kerajaan baru-baru ini.
Wallahuaklam.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Selepas membaca tulisan Dato, baru saya sedar mengapa ramai blogger pemakan-dedak kerap mengecop kita yang anti-Najib sebagai 'tali-barut' atau bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan BN dan UMNO. Rupa-rupanya mereka takut jika puak-puak yang anti-Najib 'bergabung' dengan DAP. Pemakan-dedak mahu'membuta' Rakyat terhadap hakikat, jika Najib turun, BN atau UMNO masih mampu terus memerintah sehingga PRU14.

Walaubagaimana pun saya masih ragu-ragu dengan sikap 'talam-dua-muka' DAP.
Keputusan 3 ADUN DAP + 1 PAN didepan Jemaah Pemangku Sultan Kedah, baru-baru ini terhadap sokongan kepada bekas-MB Kedah amat mengecewakan. Tiada sekelumit pun sifat 'ALTRUISME' dalam jiwa mereka, terhadap Rakyat Kedah bila membuat keputusan tidak-sokong atau berkecuali. Jelas mereka lebih mementingkan diri & masa depan Party mereka saja dan tidak kesah jika Rakyat Kedah mendapat MB baru yang kurang-cerdik dan senang terlena. Ataupun, ahli politik DAP, sudah mula 'sokong' PM yang lemah dan teruk-tercalar-integriti supaya peluang mereka menang PRU14, lebih cerah.

INDIGO said...

AKadirJ, why don't you do an in depth interview with UMNO Youth Khairy Jamaluddin?

Could you do a worthwhile hardtalk? Can you do a hardtalk, Kadir? I would love to read your insightful how do you see the man after the hardtalk. Or are you afraid? Of what? You tell me.

Fa atba'aa sababa.
And thank you for your discretion.

Salam hormat.

Hang Kasturi said...

Salam DKJ,

The current government of BN can be likened to 'SINKING SHIP SYNDROME(3S)'. The syndrome depicts physical symptoms i.e. holes in relation to ship, that will sink the ship. It is a very apt metaphor to use.

The holes are, amongst the prominent ones, 1MDB scandal, SRC and RM2.6Billion derma.Try to conjure up the scenario present in a sinking ship : panic,chaos, desperate shouting etc.

DSNR is trying his best to keep the ship floating by plugging the holes, at least until PRU14.Of course, he hopes the ship will survive beyond PRU14.

The sentiment of the rakyat is that the ship is doomed to sink come PRU14.

Hang Kasturi

zueda said...

Cian..bacalah berkali kali sampai faham .

Aku said...

Rolat, entri Aku 7.30 malam, perkataan 'hisap' dlm peringan terakiag sebetuinya di eja 'hisab'. Maghap no.

Ami k said...

Salamm

40 tahun semasa saya zamam persekolahan. Saya hairan bila ada.bnyk negara jiran yang begitu bodoh diperintah oleh pemimpin diktator spt Marcos atau Suharto.
Kini saya tidak menyangka selepas 40tahun negara malaysia dipimpin pemerintah seperti zaman purba. Yg peliknya disokong pula oleh menteri2 dan macai pemakan dedak. Kita masih lagi ke nak mengaku islam sedangkan mudah dan rapuh bila diumpan dgn wang.
Negara kapir sendiri pun masih ada maruah
dimana bila rakyat dah menolak pempin rela hati melletakan jawatan. Tapi apa jadi dengan pemimpin yang dikatakn melayu islam di malaysia. Adakah rakyat Malaysia yang kurang cerdik kerana tidak menumbangkn pemimpin yang nyata telah ditolak majoriti rakyat atau kerana kuatnya kuasa wang.

Ami k said...

Salamm

40 tahun lalu semasa saya zaman persekolahan. Saya hairan bila ada.bnyk negara jiran yang begitu bodoh diperintah oleh pemimpin diktator spt Marcos atau Suharto.
Kini saya tidak menyangka selepas 40tahun negara malaysia dipimpin pemerintah seperti zaman purba. Yg peliknya disokong pula oleh menteri2 dan macai pemakan dedak. Kita masih lagi ke nak mengaku islam sedangkan mudah dan rapuh bila diumpan dgn wang.
Negara kapir sendiri pun masih ada maruah
dimana bila rakyat dah menolak pempin rela hati melletakan jawatan. Tapi apa jadi dengan pemimpin yang dikatakn melayu islam di malaysia. Adakah rakyat Malaysia yang kurang cerdik kerana tidak menumbangkn pemimpin yang nyata telah ditolak majoriti rakyat atau kerana kuatnya kuasa wang.

abrarmujahideen said...

Adakah " Status quo UMNO mesti tetap memerintah " Bagaimana mungkin sistem tetap sama..orang politik ttp maen hancing. Namakan shj Pemimpin Yang Benar2 TERUJI demi mem bela rakyat.khalas

INDIGO said...

The Scribe,
Salaams

Altruisme dan INDIGO perkara enteng. INDIGO tak faham sangat altruisme.

Sesungguhnya kami tidak tahu apakah keburukan dikehendaki pada yang di bumi ini atau tuhan mereka mahukan kebaikan kata siJinn muslim lagi soleh.

Sesungguhnya che det sangat sayangkan Najib dan Najib sangat menghormati che det kata saya. Juga Datuk A Kadir Jasin tarik benang dari tepung tepung tak berterabur, betul tak, Scribe?

Mahu kita tanya pakar undang-undang @Zalman A boleh menangkah kes samanmalu che det atas @pete kamarudin malaysia today?
Boleh menangkah najib saman lim liong sik; saman wsj dan ken brown; dan sarawak report dan clair r-brown?

Kita tak tahulah kalau dap ada duit nanti nak berkempen PRU14 kalau MCA dan crcc tak derma atau toni pua kena masuk sungai buluh kerana jenayah menghasut.

Kita maklum Kerajaan Saudi Arabia suka najib dan SRCI entiti perniagaan bukan kerajaan tetapi pro kerajaan dan derma kepada UMNO bukan jenayah.

Altruisme bukan jahil undang-undang dan simukmin memenuhi sebarang kontrak bila dia berkontrak.

Altruisme simuslim hanya tuhannya AlAhad Maha Adil ArRahmaanirRahiim. Simuslim ini pada tuhannya makhluk bodoh yang hanya tahu bertawakkal. Itu pun mengharap sangat keampunan kemaafan dan rahmat tuhannya.

Salam hormat.

PutraKraken said...

Salam Datuk

1. Siapakah yang harus mengepalai gerakan massa ini?..Bukan kah Tun M, Muhyiddin, Shafei dan lain-lainnya telah membuka langkah..namun hakikatnya kita masih ditakuk ini.

2. Gerakan harus bersepadu dan terpimpin. Perlukan satu kempen yang konsisten dan menyeluruh agar mendapat sokongan rakyat disegenap pelusuk negara. Elakkan gerakan yang berpaksi kepada kepartian, perkauman, NGO dan individu.

3. Para pakar perundangan harus meneliti dan mengusulkan tindakan undang-undang yang dapat mengheret Najib kemahkamah.

BERANI KERANA BENAR.

Datin Nik Zaharah said...

Salam Dato' Please keep on writing. I hope you can save this beloved country of ours. You can be as forceful in your writings similar or even better than Jose Dalisay from the Philippines. Insya allah. We need people like you to save this nation.

tehtareksatubos! said...

WSJ refutes AG's Saudi donation claim

The Wall Street Journal (WSJ) has refuted attorney-general Mohamad Apandi Ali's claim that the money deposited into Prime Minister Najib Abdul Razak's private accounts was a donation from the Saudi royal family.

Its finance editor Ken Brown said this in an interview with ABC News Australia on Feb 12.

"Our reporting has shown for months now that the money did not come from the Saudis, but it came via a bunch of companies and bank accounts related to 1MDB.

“And you know, our story hasn't been called into question yet, and we have loads of evidence to back that up," he told ABC's Beverley O'Connor.

Interview with WSJ

http://mobile.abc.net.au/news/2016-02-13/pressure-mounting-over-1mdb-scandal/7165550

kusufian write said...

British hanya mewariskan negara INI seperkara sahaja Yang baik iaitu satu sistem pentadbiran. Masa berlalu Dan sistem INI dilacurkan Serta dicarutkan. Negara ini hanya akan pulih di tadbir urus oleh mereka yang tidak korup Serta takut kepada Allah swt apabila diamanahkan.
PRU 14 sahaja caranya.
Andainya gabungan parti pembangkang menang ianya akan lebih parah. Politician are politician. Malaysia needs a very damn good administrator to amend the system and to correct the wrong doings. InsyaAllah we will succeed. IMPP is one best solution....

TOK BISU said...

Hahahahahhahaaaaaah!!!

RD. said...

Pada hemah saya 'hardtalk' yang dicadangkan INDIGO antara Dato & KJ, akan hanya membuang masa Rakyat. Bukan elok sangat integriti dan kredibiliti dia. Menang jawatan KP pada 2009 pun, atas dasar Politik WANG. Di herdik dan di boo oleh perwakilan, keluar dewan PWTC. Tidak termasuk 'angkara Tingkat 4' semasa bapa-mertua beliau menjadi PM. Yang paling pelik, bilau boleh dipilih semula pada 2013.

Kalau dia lelong atau jual semua 'harta' yang ada, kemudian 'derma' pada UMNO, (masuk akaun Party) baru beliau layak untuk jadi bakal-PM, ke apa. Bertaubat saja tak memadai. Rakyat dah tak percaya pada ahli-politik UMNO yang sedia ada, hari ini. Petah bercakap, tak semestinya baik untuk Negara. Anwar Ibrahim pun petah bercakap.

Harap Maklum.

awang batuburok said...


Salam Jumaat Dato AKJ,

Kami dipantai timur bercelaru sedikit Dato.

Ketua Parti Lebai telah merujuk kapada kitab biru dan berfatwa bahawa PM Najib perlu dipertahankan kerana dipilih dalam PRU. Kemunkaran PM Najib belum terbukti dimahkamah dan tidak ada bukti (4saksi???) untuk membuktikan kemunkaran PM Najib.

Ke guane Din?

RD. said...

Saudara INDIGO ni dah merapu macam orang mengigau. Langsung saya tak faham apa yang Saudara tulis pada 10:28 AM.

Macam mana saya nak sokong Najib, kalau pembela beliau merapu yang bukan-bukan.

"Simuslim makhluk bodoh"???????

zainal abidin awang kechik said...

You jadi PM .. Tahun 2020'

Kata mahathir pada hishammuddin tun HUSSIN

1998 Bosnia

A KADIR JASIN said...

1. I am very sure that if and when the oppositions win the Parliament they will form a Royal Commission of Enquiry (RCI) to investigate the defeated BN government. That has been their narrative all along.

2. If even the BN remains in power but under a new PM, the old ways will have to give way to better, more transparent governance.

3. In the former case, people will go to jail. The argument is simple. If Anwar went to prison for crime of personal in nature, surely those who stole billions from the country and perverted the law are more entitled to long prison sentences. They include civil servants, GLC/GLIC managers and other conspirators.

4. Attorney-General (AG) Mohamed Apandi Ali called off the promised meeting with the MACC oversight panel at the 11th hour. It was an empty promise. A ruse.

5. The same with the importation of the Bangladeshis. A wayang and a diverstion. Mohd Najib said he would check with his deputy. Is Ahmad Zahid Hamidi so powerful that he could approve the importation of 1.5 million foreign workers without consulting his boss?

6. A wayang. AZH would say, after listening to the boss, the number would be reduced, conditions tightened and so on. The boss receives the praise. When we are not looking, the 1.5 million will be allowed in.

7. Same with the story of Tabung Haji promising to sell TRX land on the advice of the PM. When things cool down, the land is not sold.

Wallahuaklam. Thank you.

Othman Ahmad said...

Hanya yg masih berintegriti, bersih dari rasuah & waras memahami mesej perjuangan 'The Scribe'.

A KADIR JASIN said...

Yang berminat mengenai pandangan saya berkenaan Khairy Jamaluddin boleh baca/tonton di sini
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/02/11/stop-being-so-selfish-khairy-told/

Thank you.

INDIGO said...

Thank you.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
INDIGO said...

Maafkan kami, Scribe, maafkan kami.

Bila baca kata-kata anda teringat Libya, Tunisia, Mesir, Syria, GCC dan Iran.
Tak terlupa Indonesia, pak.

Agaknya Malaysia bak Unicorn dan yang lainnya useless thorough breds.

Maafkan kami, Maafkan kami.
Lagu Frank S. Fly me to the moon berkumandang.

In other words
I love you.
(Tun Teja Ratna Bengala)

Salaam

INDIGO said...

Salaam.

Read it and wept.

Who are the other young probable replacements that had faded, Kadir?

The article is too simple and superficial - almost farcical.

Maaf but I often do commit the crime of thinking in a vacuum unlike you, Scribe.

Then again you must still have high hopes for Mukhriz.

You arn't into doing a hard talk with any young politicians are you? Does not help with the circulation of your magazine, does it?

Altruism, reasonable doubt and biased judges: perhaps we need a revolution to restore a monarchy as colorful as the British and provocative as the Siamese. Let see how Myanmar shall fare, I say, however.

Come to think of it, can it be in actual fact Malaysia need a woman PM?
Thinking in a vacuum, again; while flying to jupiter and mars, Scribe.


In een andere zin, bedankt and tot zien, Kadirje
(apa timang-timangan ibu anda untuk anda, Scribe? Adiir?)


Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengenai Bangla yang berjumlah 1.5 juta orang.

Mengikut statistik penduduk pada tahun 2010, Jumlah kesemua penduduk yang tinggal di Johor Bahru adalah 1.3 juta. (Bandar Johor Bahru adalah bandar kedua terbesar di Malaysia setelah Kuala Lumpur.)

Kita boleh buat andaian pada tahun 2016 ini, jumlah penduduk sudah sampai 1.5 juta.

Ada cerita yang mengatakan kerajaan hendak bawa masuk sebanyak 1.5 juta rakyat Bangladesh ke Malaysia.

Persoalan kita hendak tanya, Bangla yang ramai-ramai ini hendak tinggal di mana.?

Orang Melayu sendiri susah hendak mencari rumah pada ketika ini.

Orang Bangla boleh tinggal 20 orang dalam satu rumah mampu milik. Adakah orang melayu perlu tiru cara yang sama.?

nazri halim said...

Tak paham...pasai kenyang makan dedak itik nila...

Ultra_Violet said...

Saudara RD,

Dalam teori Physics, jalan yang paling dekat antara 2 titik adalah garisan lurus.

Orang yang makan dedak tidak akan berjalan lurus. Dia akan pusing-pusing ke Timur Tengah, kemudian ke Planet Marikh, Jupiter dan Pluto dan kemudian balik ke Malaysia.

Di Amerika Syarikat, ada terma yang digunakan untuk ini. Mereka namakan ini sebagai "Bullshit".

Kalau sedara RD hendak berbahas dengan orang yang makan dedak, terpaksa saudara ikut sama pergi ke Timur Tengah dan angkasa lepas.

Adalah tidak munasabah kalau kita hendak harapkan orang makan dedak berjalan lurus.

ting tong guy said...

Tolonglah selamatkan negara ini dengam segera. What we have currently is a totally totally clueless leadership.

Kita dengar dia pergi Amerika punyalah gah..jumpa presiden amerika, pelabur antarabangsa, usahawan bertaraf dunia bagai. Kita harap adalah sedikit hasil yg boleh dibawa balik dlm bentuk urusniaga yg melibatkan perniagaan kita atau pelaburan asing besar besaran.

Tapi apa yg dia bawak balik? 100 buah kereta tesla...dalam kadar soon atau segera? Akhirnaya kera dihutan juga yang dapat susu. Selang tak sampai 2 minggu dia menghancurkan harapan pelajar lelajar terbaik kita untuk mendapat tajaan biasiswa dan melanjutkan pelajaran mereka ke universiti terbaik dunia.....

Jadi tolonglah buka mata hati kita semua. Dimana keutamaan pemimpin seperti ini. Apa pandangan hati dia pada kita terutama pelajar pelajar yang dinafikan hak untuk mendapat pelajaran bertaraf dunia...dimana keutamaan dia waktu ini?

Samantha said...

Pretty Nice article,i really impressed your article,thanks for posting us..

Zalman A said...


Salam Datuk.

How interesting that the Conference of Rulers have asked for the NSC Bill to be revised. That was a bold step.

Many think that the Raja2 Melayu still have residual powers in times of great national distress.

An Austrian legal philosopher called Hans Kelsen had a theory that a "grundnorm", or fundamental basis, must exist in every legal system, on which society is then built.

The Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone & his hand-picked henchmen are shifting the basic "grundnorm" of Malaysia.

The new "grundnorm" is no longer the Constitution & laws, it is now "Self-Preservation of Mappadulung".

You cannot have 2 grundnorms.

Either we follow the Constitution & laws, or we keep Mappadulung in power by discarding the Constitution & laws.

The Raja2 Melayu still have residual powers in times of great national distress.

Perhaps they will need to reset the system back to that intended by our founding fathers.

INDIGO said...

Kalau ikut isra mikraj ok kah?

Tolong ambil perhatian RD!
Dengar cakap UV!

Kadir kata makan dedak anak orangutan pun kata makan dedak, betul tak, UV?

Manatah Kadir tahu siapa makan dedak?

Jadi ikut logik UV jangan ikut Tabung Haji buat Haji atau Umrah betul tak?

Kesian Kadir susah susah membangun bangsa dengan mata pena, tak gitu UV?

Altruisme UV tinggi derjatnya.

Maa salaam.


panglimo potaseh said...

1.5 juta bangla yang nak datang tu, tentu hampir kesemuanya jantan yang berumur 20-40 tahun .. usia yang tengah gagah dan kuat nafsu.

Di Malaysia penduduk bukan warga negara berjumlah 2.4 juta, PATI dianggarkan juga 2.4 juta atau mungkin lebih, nak datang lagi 1.5 juta. Maka itu jumlah pendatang adalah 6.3 juta.

Bandingkan dengan jumlah penduduk warga negara yang berusia 20-44 tahun. Bilangannya untuk tahun 2015 adalah 10.72 juta. Bilangan penduduk lelaki umur 20-44 tahun pula berjumlah 5.52 juta sahaja.

Ini bermakna bilangan penduduk warga negara lelaki umur 20-44 tahun adalah lebih kecil daripada bilangan pendatang.

1.5 juta Bangla yang nak datang ni perlu disiapkan kemudahan keperluan harian mereka. Termasuklah kemudahan untuk mereka memancut .. kalau tidak ramai wanita, melayu terutamanya akan jadi korban sosial .. bayangkan 1.5 juta pancutan. Untuk ketenangan, perlu disediakan tempat untuk melepaskannya.

Ini bukan perkara baru, Singapura mengamalkannya, kita pun pernah menyediakan tempat untuk projek mega ia itu pembinaan Putrajaya dan KLIA, tapi jumlah mereka hanya puluhan ribu sahaja. Tapi kali ni 1.5 juta jantan. Ini satu lagu bisnis besar .. Zahid janganlah buat-buat tak paham .. duit masuk semua benda boleh disucikan, saya rasa Najib tak de masaalah asalkan boleh buat duit.

A KADIR JASIN said...

1. Debater Zalman A, among other things, wrote: “How interesting that the Conference of Rulers have asked for the NSC Bill to be revised. That was a bold step.”

2. As I said, “Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.”

3. Maybe the PM and BN members of Parliament, in hastily passing the Bill, thought that the Rulers are rubber stamp.

4. Their Majesty and highnesses are not. They understand the law and on the subject of the NSC Bill, I believe they sought the opinions of independent legal experts.

5. Mohamed Apandi better take heed and be mindful that the Rulers could have been advised by legal experts who are way better and more experienced than him.

6. Junjung kasih Tuanku.

Wallahuaklam. Thank you.

Praxis said...

Correct statement of problem , and direction in which our steps are to be taken. I fear it is going to be too messy and bloody an affair for our children's taste, the longer we servants are asleep to the truth.

NajibNazak said...

Rashid.

Study sampai Standard 5 ka?

INDIGO said...

Scribe
Selamat pagi.

Maaf bertanya kerana takut sesat ke langit 69 nanti:

What is to be revised?
If not done?

Is it true when najib must quit then che det must go to jail?

The Law Is The Law is a poem. Every creature tastes death; but what about the Angels?

I am sure the loyal AG will grant Tuankus' wish. The propsal was too lame, was it?

Tuanku sungguh pintar lagi bijaksana, don't you think?

Fusion energy is playing with fire is it?

A kassim selamat top of the morning to you.

INDIGO said...

The poem is by wh auden - not a gay was he? - Law, Like Love.

RD. said...

Lega rasanya. Troll dah ghaib. Jangan menjelma dengan nama-samaran lain sudah.


Saya setuju sangat pendapat Saudara panglima potaseh.

Saya pasti Kerajaan Najib langsung tak beringat tentang, "kemudahan untuk mereka memancut ..", ketika mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja-asing. Mungkin Zahid hanya memikirkan .........Faham-faham saja lah. Maklumlah, beliau (KDN) yang mula sekali cadang. Rakyat kecoh. PM dari US kata akn bincang balik dengan TPM Zahid. Kemudian tangguh/batal ketika 'berkempen' di Sarawak.

Pelik juga. Mengapa KDN dan bukan Jabatan Sumber Manusia yang koodinasi kemasukan perkerja-asing. Tunggang-langgang tanggung-jawab kementerian dalam kabinet Najib.

Berbalik kepada pendapat Saudara panglima potaseh;

Ketika Jepun bermaharajalela pada zaman Perang Dunia Kedua, mereka paksa wanita tempatan sebagai 'comfort-women'.

Daesh juga ambil-kira hakikat ini. Maksudnya, 'kebajikan' pejuang Daesh dijaga, 'zahir & batin'.

Kalau Kerajaan-Najib tidak ambil-berat aspek sebegini, bertambah rosaklah masyarakat kita. Teringat bagaimana Papagomo buat kawad-cam, kemudian sepak & terajang pekerja-asing yang urut anunya depan adik beliau. Kalau adik saya diperlakukan sedemikian pun, saya marah.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Sebaliknya mereka (pembangkang) mahu Mohd Najib berundur dan, untuk tujuan itu, sedia berpakat dengan elemen Umno-BN yang berpandangan serupa. Mereka (pembangkang) mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat."

Tiada nampak ada elemen UMNO yang berpandangan serupa dengan pembangkang pada ketika ini secara tersurat disebabkan kedudukan dan kemewahan rasuah kontrak-kontrak yang begitu lumayan termasuk lah MP seperti Shafie Apdal kecuali dia mau periginya kering kuntang. Yang tersirat semua tidak bolih pakai. Itu semua auta saja untuk kasi sedap telinga saja. Ini sudah terbukti secara bertulis pada Budget 2016, Oktober tahun lalu. Jangan kita ulang lagi yang sudah kita tahu.

Jangan gunakan pembangkang untuk konon nya menyelamatkan Malaysia, tetapi selepas Najib pergi, hantu baru dari UMNO yang sama jadi PM...then business as usual. Gunakan peluang keemasan ini untuk memulihkan dan megemaskini institusi-institusi yang lemah dan korup, bukan untuk membalas dendam. Yang salah tetap salah, kita ada undang undang.

Kita kena tunjukkan pada generasi baru macam mana kita mengatasi kemelut ini secara demokratic mengikut lunas-lunas perlembagaan, bukan nya membelakangi undang-undang.

Maka itu, gunakan peluang ini untuk menubuhkan kerajaaan sementara sebelum PRU14. Kerajaan sementara ini mesti la di ketuai olih Tun, bukan Tengku Razeligh. Kerajaan campuran sementara ini dengan pembangkang akan dapat menyelamatkan Malaysia sebelum PRU14.

Ada lah tidak adil kita mengharapkan Tun jadi PM selamanya kerana unsur usia. Kalau beliau tidak sanggup jadi PM sementara, buat la persetujuan dengan pembangkang, siapa orang itu. Ini kan masaalah politik, selesaikan lah cara politik.

BN is dead. Only UMNO survives and some East Malaysian-Bumiputra Parties. Ini saja yang ada dalam BN. Najib jangan jadi PM berpura-pura macam PM Malaysia....kosong. With 88 UMNO seats, belum tahu semua bolih survive tetapi hakikatnya UMNO tetap party yang terbesar...but, after PRU14, very unlikely it can form a BN Government as any mixed seats, including my constituency, UMNO is long dead...confirmed, no question ask.

Kerajaan campuran sementara sebelum PRU14, Tun jadi PM ada-lah model untuk kerajaan campuran selepas PRU14.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Kadir
Salaam.

Interesting when che det will bersumpah when challenged.
But there was a report of his impact on UMNO and BN which drew my attention.

I never took it seriously when RPK alledged you were che det master strategist. A spin master is more your role.

Now, looking at the how BN are governing and the Pakatan doing I must surmised that it is best che det leave UMNO and his followers too. That wont bother you too much as you are not even a card holding member of any party maybe the outlawed UMNO lama.

Though I have stated clearly my dislike for Najib much earlier, recent turn of events have mellowed it especially when the King of Saudi stands with him now.

You will have your good reasons for staying the course with che det; unfortunately how I see the coming decades will be dictates me part company with che det.

It is the fact that you have tasted too much of your own dedak and me mine that our world views may differ greatly.

I share a strong world view with the new generation of Saudis royal family and che det will always have a special place in our hearts but the what is coming in the years to come is best faced with yours truly on the good side of the Saudi King.

Che det sees it differently and you will relent to his views as a loyal friend will.

UMNO can not afford to fail now and in the future. The way che det is going about in UMNO will ensure only his loss, unfortunately.

Let us look at how things will turn out for zahid hamidi when he does not know when to stop eating.

Ali and Muawiyah ra were sahabahs but they went to war one against the other. Karma and that is the fate for Bani Adam and it baffles even the angels.

I leave you with a question if che det knows when to stop eating?

And salam teramat takzim.


Zed-85 said...

Sallam Dato'

Tan Sri Muhyidin meletak soalan yang baik kepada PM.

Bila hendak saman/sue WSJ ?

Setelah berulang-ulang WSJ menyebarkan palsu kepada negara kita, tidak juga disaman.

Walaupun, banyak negara-negara seperti Switzerland, Singapura, Hong Kong, England dan FBI dari Amerika menyiasat, kerajaan kita "nothing to hide".

Moleklah sekiranya kita saman sahaja WSJ.

Kalau tidak maruah kita akan tergugat. Saya rasa, rakyat kita tidak sabar lagi untuk lihat WSJ di saman.

Setakat ini, PM kita telah menunjukkan kekuatannya dalam UMNO dengan memecat Mukhriz. Kekuatannya dalam UMNO telah terbukti. Kita mahu lihat PM saman WSJ, barulah kita akan hormat pendirian kerajaan pimpinannya.

Unknown said...

Saya setuju dgan pandangan tuan. Bgitu la kita nk selamatkan anak cucu dan cicit kita di negara org melayu ini. Mlgnya ketua ketua umno hnya ingatkan tembolok mereka saja tnpa memikrkan masa depan bangsa melayu .

benartetapbenar said...

Salam dato. Gerakan massa yg dato utarakn seharusnya melibatkn semua golongan rakyat semestinya atad nama mnyelamatkn malaysia insyaAllah akn dpt sokongan massa rakyat msia.
Walau lead by TDM, ttp sekiranya tujuan utk buang najib dan selamatkn umno.... maaf... bukan gerakan massa namanya tdk akan di sambut oleh rakyat. Gerakan massa jika jujur utk bukan umno/bn tetapi gagasan SELAMATKAN MALAYSIA ... silakan dato sebuah Malaysia BARU utk semua rakyat malaysia!

Vincent Ang said...

The reality today is that Najib is completely in control of UMNO. If TDM wants a mass movement to knock out Najib he must also accept that at the same time UMNO must also be toppled. The Malays are however not ready to give up on UMNO and Mahathir knows that.

Vincent Ang said...

Will the Malays abandon UMNO?

The Malays believe in a numbers games whereby so long as the get to breed without control in the name of Bangsa, Ugama dan Negara their special privileges will be Dulu, Kini dan Selamanya protected by UMNO. Look a our budget. 80% goes towards operations to sustain a civil service which is 99% Malays. Everyone knows spending 80% of our budget on the civil service is just simply not sustainable. Do the Malays care or do they even want to care? Najib and the UMNO state governments are selling our strategic assets and prime property. Look at Klebang in Malacca. The beach is gone thanks to land reclamation approved by Idris Haron. Practically all prime Johor land is being bought up by Chinese developers. The former TUDM Sungai Besi airbase has been sold to a Chinese led consortium. This piece of land is arguably the most strategic and valuable piece of undeveloped real estate in Malaysia today. Pahang is being raped so as to satisfy the greed of bauxite miners who sell the ore to China. It is a forgone conclusion that the HSR between Bandar Tun Razak and Singapore will be build by China and serve to bring in more Chinese nationals. The firesale of Malaysia has gotten so bad that the racist rant of 'Apa lagi Cina Mahu?' has become a commercial statement. Yet today most Malays are much ado over trivial religious matters. Islam is the opiate of the Mlays and UMNO is the dispenser of that opiate.

Malaysia is doomed to be sold piece by piece until the Malay masses become no different from the welfare trash in many advanced countries. Will the Malays abandon UMNO?

No, no and no.

RD. said...

Jangan jadi buta-tuli, benartetapbenar.

Kalau tak selamatkan Malaysia dari Najib, nak selamatkan Malaysia dari apa lagi?

Kamu setuju ke, Najib guna Geng Baju-Merah untuk 'lawan' Bersih 4?
Kamu setuju ke, Najib tubuh 1MDB, guna harta-pusaka sebagai sandaran untuk berhutang bagi pihak Rakyat?
Kamu setuju ke PM 'memegang' Kementerian Kewangan, kemudian lantik ahli-politik yang 'setia' kepadanya jadi Pengerusi dan ahli-lembaga Pengarah Institusi Kewangan Bukan-Bank, seperti TH, Yapiem, PNB, KWSP, KWAP?

Kamu setuju ke, Najib terlalu 'rapat & mesra' dengan Barat, terutamanya Amerika?
Kamu setuju ke, Malaysia menyertai Arab Saudi menentang *'Keganasan'?
Kamu setuju ke, dasar luar Negara yang dipelopori Najib?

*Nota:
Keganasan membawa maksud berlainan kepada sesaorang atau sesebuah Negara.
Contohnya:-
- Kepada Rakyat Palestine, penganas dalah rejim Zionist.
- Kepada Kerabat di Raja Arab Saudi, mungkin puak Syiah adalah 'penganas'.
Sebab itu Arab Saudi menyerang/mengebom Yemen, tanpa provokasi, setelah Puak Houthi Syiah menguasai Yemen, Negara paling miskin di dunia sehingga tidak mampu memiliki Tentera Udara. Hari ini, setelah Puak Houthi menawan sebahagian dari wilayah Timur Arab Saudi, mereka di cop sebagai pengganas?
Arab Saudi, Turkey dan Amerika, secara tersembunyi, membiayai Daesh atau IS untuk menjatuhkan Hafez Assad Syria yang bermakzab Syiah Alawaite.

Dua hari lepas, saya dengar berita, Menteri Pertahanan Malaysia Hishamudin telah bersetuju dengan dua syor atau cadangan Arab Saudi, cara menentang 'keganasan'. Apakah 'syor' itu, tidak pula diberitahu. Semalam pula saya dengar berita, bahawa Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol untuk menghalang 132 Rakyat Malaysia yang berjuang bersama Daesh, dari pulang ketanahair.
Saya kira tindakan kerajaan-Najib, langsung tiada berperikemanusiaan dan tidak bertanggung-jawab. Dari segi undang-undang Malaysia, mereka tidak melakukan sebarang jenayah di tanahair sendiri. Kemana lagi mereka akan pergi?

Apakah lagi pilihan yang ada kepada 132 Rakyat Malaysia ini?
- Pergi ke Arab Saudi untuk berjuang menentang Syiah, di Yemen, Iraq, dan Iran?
- Pergi ke Turkey untuk menentang rejim Hafez Assad dan juga puak Kurdish bagi bagi pihak Erdogan?

Dunia maklum bahawa Daesh mengalami kekalahan teruk, setelah Russia masuk-campur untuk 'mempertahankan' Hafez Assad.

Adakah Malaysia dibawah Najib, sedang menjerumuskan Malaysia, secara technicalnya, melibatkan-diri dalam persengketaaan di Timur-tengah. Bermakna kita juga telah 'terpedaya' untuk berbunuhan sesama Islam, Sunni-Syiah, yang secara langsung menguntungkan Zionist dan Barat.

adion said...

Dato

Sunday times hari ini sibuk mem"propaganda"kan kesah 40 tahun najib dalam politik. Yang di temuramah kebanyakkan nya ada adc, driver dan para setiausaha najib. Komen yg bernas hanya datang dari musuh kita sebab mereka tidak akan kehilangan apa apa pun bila bersuara.

Mungkin ini langkah terdesak seterusnya setelah "propaganda" menumpang nama Tun Razak pada bulan januari lepas tidak membawa sebarang kesan yg positif.

Ternyata para pemakan dedak masih gagal mencari jalan mengaburi fikiran rakyat dari isu rm2.6 billi9n dan 1 mdb.

Cuma soalan tambahan saya kali ini dari mana kah datang nya dana untuk kempen propaganda kali ini.

carlos said...

YBhg. Dato'..

Pada pandangan saya, ketika kebanyakan rakyat M'sia gembira dgn perlantikan DS Najib sbg PM, mungkin sbnrnxa Allah telah nentakdirkan, perkantikan itu erupakan sbg satu kifarah dosa2 rakyat@ pemimphn2 Malaysia sendiri.

Kalau kita renumg kembali, sejak Najib jadi PM, keaddabn Malaysia baik politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dsbnya semakin bercelaru. Seolah Malaysia sudah jauh dari rahmat Allah.

Ya Allah..selamatkan kami dan negara ini dari kehancuran. Hancurkanlah kerajaan munafik yg telah byk menyusahkan hhdup kami.

Unknown said...

setuju.....negara sudah jauh dari rahmat Allah....menerus pakai undang2 british

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).