Wednesday, February 03, 2016

Kesan Pecah-Belah Kepada Politik Kedah


A Kadir Jasin

PENYINGKIRAN (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah peristiwa politik negeri yang cukup sesuai dijadikan bahan kajian oleh penuntut sains politik.
 
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Ia mempunyai segala ramuan yang diperlukan untuk sebuah drama “intrigue” politik. Pertimbangkan fakta-fakta berikut:

1. Mukhriz adalah satu-satunya anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang cergas dalam politik.

2. Beliau adalah "late starter" kerana Dr Mahathir menyekat anak-anaknya daripada bertanding pilihan raya ketika beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno.

3. Abang Mukhriz, iaitu Mokhzani yang dikatakan lebih sesuai dalam politik hanya bergiat di peringkat Umno bahagian ketika Dr Mahathir masih Perdana Menteri. Cadangan agar beliau bertanding pilihan raya ditolak oleh bapanya.

4. Apabila Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada tahun 2003, barulah Mukhriz boleh memikirkan sama ada mahu memasuki politik atau tidak. Beliau bertanding kerusi Parlimen Jerlun, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menang walaupun Kedah jatuh ke tangan PAS tahun itu.

5. Dalam PRU 2013 Mukhriz dan bapanya bergabung berkempen dan berjaya merampas balik negeri itu daripada Pas.

6. Janji pilihan raya adalah jika BN merampas semula Kedah, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau menang kerusi Dewan Undangan Ayer Hitam dan dilantik menjadi Menteri Besar.

7. Malangnya, kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, bukan Tun Abdul Razak, Mukhriz pula bukan Tun Dr Mahathir. Beliau tidak mempunyai perwatakan, kecekapan politik, ketekunan dan kreativiti bapanya.

8. Kesilapan besar beliau yang pertama adalah tersalah kira permainan politik Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno. Beliau sama ada tidak sedar atau tidak mempedulikan hakikat bahawa majoriti Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno Kedah adalah veteran politik tikam belakang dan kayu tiga.

9. Tetapi jerami yang mematahkan belakang kerbau adalah pergeseran antara Dr Mahathir dengan Mohd Najib. Mukhriz menjadi mangsa politik pukul anak sindir menantu. Atau lebih tepat, belasah Mukhriz kalau tidak berdaya melawan Mahathir. 

10. Mukhriz secara langsung menjadi mangsa "collateral damage" perang Najib-Mahathir. Kerana beliau sendiri tidak begitu kuat maka mudahlah digasak oleh budak-budak Mohd Najib.

11. Apatah lagi budak-budak Mohd Najib diberi banyak dedak untuk makanan sendiri dan untuk diagih-agihkan. Politik “cash is king” bukan saja digunakan untuk mencari sokongan dan membeli kesetiaan tetapi juga bagi memusnahkan musuh.

12. Walaupun Mohd Najib dan budak-budaknya telah berjaya memperoleh apa yang mereka idamkan, isu yang lebih mencabar sebenarnya baru bermula.
13. Apakah Menteri Besar baru ini paling layak di segi pengalaman, pelajaran, ilmu dan pengetahuan untuk menerajui negeri dan parti berbanding Exco dan Adun Umno yang lain?

14. Adakah beliau mampu menyatupadukan semula Umno dan mengambil hati ahli serta penyokong parti sebelum PRU nanti?

15. Realitinya, sesiapa pun yang mengambil alih akan mengalami "handicap" pada pilihan raya akan datang kerana sudah menjadi sejarah di Kedah, iaitu apabila parti yang memerintah berpecah-belah ia akan kalah dalam pilihan raya.

16. Umno/BN kalah kepada PAS pada PRU 2008 kerana pecah-belah Umno negeri dan masalah pentadbiran pusat. (Datuk Seri) Mahdir Khalid sempat jadi Menteri Besar selama 802 hari sahaja selepas mengambil alih daripada (Datuk Seri) Syed Razak Syed Zain (2,203 hari).

17. PAS kalah pada PRU 2013 kerana pecah-belah akibat cabaran terhadap Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

18. Pengundi Kedah yang sudah biasa dengan pertukaran parti amat sensitif terhadap permainan politik. Mereka akan tolak parti yang dilihat sebagai mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat jelata.

Wallahuaklam.

47 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Setakat makan babi, hanya pemakan yang berdosa

Dapat duit haram, beli dedak, beli pakaian kegunaan anak bini, belanja kroni - dosa merebak.

Semoga mereka, puak mereka, bapak segala puak mereka diberi hidayah samada insaf atau azab yang hina.

Unknown said...

Salam Dato',apa yang berlaku di negeri Kedah sekarang ini terang-terang menunjukkan UMNO tidak belajar atau sengaja tidak mahu belajar dari kesilapan lampau.Dengan kedudukan Perdana Menteri kiya yang semakin hari semakin goyah di mata rakyat saya menjangkakan BN khususnya UMNO akan tinggal nyawa-nyawa ikan di PRU akan datang.

UMNO yang selama ini menjadi tunjang kepada BN semakin hari dilihat hilang kredebilitinya dalam membantu rakyat untuk menempuh masa-masa sukar yang mendatang.Apa yang lebih penting bagi kebanyakkan pemimpin dalam UMNO hanyalah untuk 'political survival' dan periuk nasi masing-masing.Mereka yang bekerja untuk rakyat di dalam UMNO semakin kurang bilangannya dan selebihnya hanya menjadi pak turut kepada pucuk pimpinan yang bagi saya semakin hilang arah tujuan.

Banyak kemelut yang menimpa negara,UMNO khususnya betapa menunjukkan keberkatan sudah makin hilang di dalam pemerintahan negara yang kita cintai ini.Saya akan sentiasa berdoa agar kita dan negara ini akan sentiasa di lindungi dari bala dan bencana dan kemurkaan ALLAH SWT.Kepada rakyat Kedah teruslah berdoa semoga negeri Kedah akan sentiasa berada di dalam kemakmuran,Insha Allah.

awang batuburok said...

Salam Dato,

Insya Allah masih ramai rakyat yg cerdik politik, mungkin lebih cerdik dari yang berjawatan Presiden Parti.

PRU14 nanti rakyat akan humban semua ahli ahli politik yang tidak AMANAH kedalam tong sampah.

Hamba Allah / Rakyat Kedah. said...

Saya setuju. Memamg semua ini dilakukam tanpa mengira sentiment rakyat. Ini bukan rakyat didahulukan.Jangan under estimate people's power.

wankamarul701 said...

"Beliau tidak mempunyai perwatakan, kecekapan politik, ketekunan dan kreativiti bapanya."

Setuju. Bagi saya Mukhriz slow...

Kalau bukan kerana Dr. Mahathir, saya pun tak kenal Mukhriz.

fatimah jasmeen said...

Dato Kadir Jasin ni tak kenal perangai Mukhriz. Dok nak bela mukhriz walau pon tak ketahuan hala punca. Mukhriz ni jenis orang yang merak-merak buih. Jenis suka style. Otak dia cangkat sangat. Kalau tak caya cuba observe ucapan atau komen dia. Dia Tak tahan tekanan. Dia tak ada 'Diehard supporter' atau penyokong politik. Yang ada cuma budak-budak "Fan' dia. Dia ni macam artis ja standart dia. Semua yang ada dikeliling dia sebab nak makan dedak-dedak yang dia dok taboq. Dari segi pemerintahan negeri kira out terus, tak boleh nak bagi markah walau pon 1 markah. Penyokong dia takdak. Yang dok wel-wel sorak ramai tu budak-budak kanyiag tak ketahuan hala undi ka dak pon tak tau. Kalau dibiarkan dia lama lagi seluruh negeri kedah tunggin langgang. Elok sangatlah depa bagi dia yang tunggin upaya negeri tak tunggin. Saya bukan anti mukhriz. Hati dan perasaan saya pon cayag juga tangok dia, siti norhaliza pon. Tapi taklah karan kast dia sampai kelam mata hati.

ku_seman said...

Kupasan terbaik daripada Datuk Kadir yang tidak akan dapat baca di mana-mana. Harap blog ini jangan kena tindakan oleh SKMM macam Out Syed The Box. Saya dah tak berani nak tulis panjang-panjang nanti kena black list.

Politico pals said...

Those 2 assemblymen who were abstained were from DAP huh? I told you the Chinks in DAP couldn't be trusted. The crisis blew open their top. I knew it all along. It is in time like this we could see their true colour. They were just indifferent to the cause other than theirs. They couldn't care less. They have this deep resentment and aversion on anything Malay. They are bitter people as well. They looked after their own interest. Everything else was secondary.
They knew with the number they had they could made the difference but they chose to play hard ball. They chose to be indifferent. I don't blame them to be honest. It's in their DNA. Exploitative and opportunistically sleazy.
I don't know if they do this out of revenge to Pas. Whatever the reason is, I now have a deep distrust on them. A very deep one. Imagine with little power they have, they could to wreck havoc on you and tilted the balance in different direction. What if these people got hold to political power? What happen to the country then? and the Malays in general?

BiruBiruan said...

Salam DKJ

betul kata DMM - " don't be sad, be angry"

- Marahlah kat geng UMNO yang tikam belakang dan bodoh
- Marahlah kat geng pembangkang yang tiga kali lebih bodoh. Dah Jemaah Sultan gi tanya awak sokong DMM ke tak, die gi kata tak sokong tu kenapa? Hoi bodoh, in this case, if you're not supporting DMM, you're supporting pemakan dedak & Pendekar Bugis. tu kan dah dua kali bodoh.
- Politik pon politik la jugak. patutnya bersatu lah kearah kebaikan demi agama, bangsa dan negara. ni tidok. Tiga kali bodoh. Dedak2 to haram oi, tak sampai tahap haram pon kira tahap subahah dah. Yang ko makan jugak tu kenapa?
- Orang lulus SRP pon boleh jadi menteri besar, buat apa belajar tinggi2 lagi.

Anak Kulim Kedah said...

Assalamu'alaikom
Ka’ab bin Ujrah Radiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam menzahirkan kebimbangan terhadap masa hadapan ummah apabila terdapat pemimpin yang menyisihkan aspek kebenaran dan amanah, dengan bersabda yang bermaksud;

“Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umat ku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).” Na'uzibbillah Min Zalik.

Adakah Ahli UMNO yang "mendukung" diperlihatkan sebagai tidak lagi takut kepada Allah SWT?

ADUHAI said...

Dalam Datuk AKJ,

1. Saya rasa perlu ada kes duluan dan mendefinasikan peruntukan "Undi Tidak Percaya" (setelah berakhirnya PRU dan MB telah dilantik) hanya boleh digunakan bagi menggugurkan MB yang korup, salahguna kuasa dan rasuah serta yang terlibat dalam jenayah sahaja.

2. Amat malang peruntukan tersebut disalahgunakan untuk menghapuskan musuh politik yang tiada kena mengena dengan rakyat terbanyak.

3. Alasan sepertimana yang diberikan dalam kes MB Kedah bahawasanya beliau tidak berupaya meyatukan UMNO serta gagal merancang persediaan PRU akan datang TIDAK BOLEH samasekali mewajarkan "Undi Tidak Percaya". Ini kerana urusan sesebuah parti tiada langsung dalam peruntukan Undan-Undan Tubuh sesuatu negeri. Ini langsung tiada kaitan dengan kesejahteraan rakyat.

4. Saya tidak nampak politik Malaysia akan matang jika alasan yang "mengarut" ini boleh digunakan dan diterima sebagai alasan kukuh bagi mewajarkan "Undi Tidak Percaya".

5. Semoga ada kes duluan yang mencabar penggunaan peruntukan "Undi Tidak Percaya" dan mahkamah memberikan jusrisdiction atas perkara ini.

T.kasih.

curiuosct said...

risau jgk klu jadi ikutan anak remaja..belajaq tak habis pun boleh jadi MB..takut depa pakat malais belajaq...

PRamlee said...

Boleh tanya mat kulim kau sokong ISIS Dan kah sokong PAS atau Amanah?

Atau kah anak kulim otak di celah nak hang?

Kau nak heboh kah pasal wahabi?

Pi berangan berjimak dengan hawri, mat.
Jangan jual hadith jadi taik minyak.

Syed Nadzri said...



Assalaam Tok Kadiaq. Saya ni anak Kedah. Walaupun dah lama tinggalkan negeri, hati tu masih lagi di Kedah. Dan bila timbui isu MB ni, rasa terkilan lah sikit. Lebih lebih lagi bila terkenang saya ada sangkut adik beradik (saudara) dengan MB Dato Syed Omar, MB Tun Syed Ahmad Shahabudin, MB Tan Sri Syed Nahar Shahabudin dan MB Datuk Seri Syed Razak Barakbah.
Apa yang kalut sangat ni sampai nak ambik alih kuasa? Pasai Mukhriz tak buat kerja? Sapa kata? Pelaburan tak masuk ka? Pasai dia selalu di KL? Syed Nahar dulu apa kurang. Sanusi apa kurang. Pasai dia tak rapat sangat dengan ketua bahagian? Yang ni kena examine betoi betoi. Sapa yang dok pulun kot belakang? Ada dua tiga kerat yang memang terkenal dah.
Dok tak dok, buat announcement suruh Mukhriz undur. Aii, mungkin dua tiga kerat warlord ni saja kot yang dok tebiang sangat. Rakyat going about their daily lives fine. A bolt out of the blue like this will shake Kedah politics to the bone. Mark my words

PRamlee said...

Boleh Tanya sikit anak kulim sikit lagi?

Hang malam berapa jam buat tahajjud?

PRamlee said...

Anak kulim hang boleh bagi syafaat tak dunia akhirat?
Boleh aku jadi ejen hang but marketing kat ahli-ahli umno.

Maaf no aku tanya hang banyak soalan. Hang lebih hebat dari anwar Ibrahim Dan a-buaya shaari arqam no?
Hang anak kulim pintar no tau tuhan murka kat sorang suka kat yang main no?

Maaf no saya ahli umno cabuk.

adion said...



Nampak gaya nya pemimpin Umno kedah kena pulun habis projek kerajaan negeri sebelum kalah dalam Pru 2018 nanti.

Nanti tak sempat pulak nak kumpul habuan, buat penat saja jadi MB dan exco.

Nak harapkan share duit derma, baki nya sudah di pulangkan semula pada pak arab saudagar tahi minyak

Unknown said...

Orang tulis hadith supaya kita waspada akan amaran baginda Rasulllah s.a.w...kalau tak mau ikut tak pa....ikut lah cita rasa anda....tok sah dok tanya orang yang ni yang nu....yang beri nasihat pon tak rugi apa2...kalau orang ikut dapat pahala.....


saini said...

Datuk, melihat kepada situasi politik sekarang amat menggusarkan. Lebih-lebih kami di Sarawak. Jujur, dahulu kami yakin dengan BN. Namun, senario sekarang sudah berbeza. Persepsi negatif terhadap pimpinan atasan BN yang rakus menyebabkan kami ibarat atas pagar. Ketua Menteri Sarawak Tok Nan sangat menonjol dan berkredibiliti. Tapi, keyakinan itu diganggu oleh sikap pimpinan atas itu sendiri.

Besar kemungkinan, akibat "atas pagar" ini, peratusan keluar mengundi pasti akan menurun.

Kita nantikan saja keputusannya kelak.

RD. said...

Disebalik rasa marah saya terhadap penyingkiran Mukhriz, saya juga bersyukur. Sekurang-kurangnya tiada sekatan dan halangan lagi untuk Dr.M 'membelasah' Najib dengan lebih teruk dan kerap. Terbaru dari CheDet, AG to AG, nampaknya amat menyakinkan lagi bahawa Najib dilindungi oleh Apandi yang dilantik melalui "false representation made to the King".

Saya sudah bakar-jambatan dengan UMNO, setelah Mukhriz disingkir. Langsung saya dah tak percaya cakap Najib. Nak remajakan UMNO konon. Rakyat didahulukan, Sekarang dah 'berpaksikan Rakyat' pulak. Tapi kehendak Rakyat langsung dia dan geng pembodek tak ingat, ketika mahu merampas jawatan MB Kedah demi tempolok sendiri.

Dulu Najib kata nama Bashah tidak ada dalam senarai 3 nama yang dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Tiba-tiba Bashah yang rendah tahap pelajaran, kaki-tidur dan sudah tua-bangka, diangkat ganti Mukhriz. Najib penipu dan penipu tidak layak memimpin Malaysia.

Zalman A said...


Salam Datuk,

So Mukhriz lives to fight another day, though in a different capacity.

The struggle must not end.

The biggest losers: UMNO, who have just proved how unprincipled the party is.

The biggest winners: Surprisingly, PAS. They have played their cards impeccably - they saw that that rejecting Najib was a bigger national goal than weakening UMNO in Kedah. Although their support of Mukhriz came to nothing, it has won the support of the fence-sitters in Kedah and those who will swing to PAS in sheer disgust with UMNO’s antics in the last 3 weeks.

Ahmad Bashah wears a poisoned crown - he already feels a strange truth of UMNO in 2016 - the grassroots, the people, are not with him. But he has the comfort of being supported by great honest Muslim leaders like the Yapeim golfer, the TH chairman, and Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Lucky man.

Unknown said...

Betul lah tu ...nak buat apa sokong mukriz aka umno. .rakyat kedah lah yg bodo pergi undi orang gila kuasa (umno)...ini bukan masalah pembangkang..ini masalah umno dah rakyat yang mengundi umno bn...kenapa nak salahkan pembangkang...najib umno..mukriz umno..basha pun umno...bukan pas pkr atau dap...kalau mukriz kekal pun pembangkang akan tetap dianaktirikan juga...

Unknown said...

Betul lah tu ...nak buat apa sokong mukriz aka umno. .rakyat kedah lah yg bodo pergi undi orang gila kuasa (umno)...ini bukan masalah pembangkang..ini masalah umno dah rakyat yang mengundi umno bn...kenapa nak salahkan pembangkang...najib umno..mukriz umno..basha pun umno...bukan pas pkr atau dap...kalau mukriz kekal pun pembangkang akan tetap dianaktirikan juga...

Unknown said...

Betul lah tu ...nak buat apa sokong mukriz aka umno. .rakyat kedah lah yg bodo pergi undi orang gila kuasa (umno)...ini bukan masalah pembangkang..ini masalah umno dah rakyat yang mengundi umno bn...kenapa nak salahkan pembangkang...najib umno..mukriz umno..basha pun umno...bukan pas pkr atau dap...kalau mukriz kekal pun pembangkang akan tetap dianaktirikan juga...

sukasamasuka said...

Datuk.

"10. Mukhriz secara langsung menjadi mangsa "collateral damage" perang Najib-Mahathir."

So be it...

mok said...

Najib banyak helah dan tipu daya..pandai bermain dengan persepsi..tiap kali keluar tv nampak tenang bersahaja..walau berjuta rakyat kutuk tak menggugat secebis kuasa yg ada padanya..

Tinta Hitam said...

Kezaliman apabila.disokong akhirnya ia akan melantun kembali kepada sesiapa yg melakukanya serta yang menyokongnya..

Ambil lah pengajaran dari peristiwa ini

Aku said...

Kadiag, salaam.

Tekenang aku masa dolu2. Masa tu Mukriz ni baru umog satu atau dua tahun, naik kereta 'pontiac' (tak salah aku) pak dia, selalu pi jalan romah pak menakan dia, (lani alMarhum) Mat Sahog, kira kawan baik aku la.

... lima puloh taon dah belalu. Dlm pada tu banyak liku2 atau kata Pak Shahnon, ranjau2 yg kena redah, yg timpa Malaya.

Betui tulihsan hang Kadiag, pepecahan semakin melebag. Tapi 'collateral damage' yg hang tulih tu sebenagnya dah lama dah, dan fitnah dimana mana. Sayu pon ada, sedih becampog sesai... entah mai mana.... Malaya ni negara anugerah Allah yg sangat kaya, dgn ummat Islam idup dgn orang2 agama lain, masing2 mencari rezeqi sekadag tetentu... betukag menjadi negara huru hara, negara penipu, lubang tomak seraqah tenganga, rakuihnya tak betepi, akhlaq kemana, agama kemana ... menjadi hina.

Bila gamaknya, kita dapat keluag dari ujian atau musibbah ni...
Kata orang2 'alim, pertolongan Allah sangat dekat, terutama pada yg ihklaih berusaha, dan berdu'a kpd Nya.

Mangap no...,
Aku

PRamlee said...

Betui ka rasul kata?
Ha ha hatihati no macam DrHamka kata ada hadith palsu.

Siti Jenar lawak no?

PRamlee said...

Umarzan hang p juai agsma hang kat Guan Eng KM Penang lagi bagiuh.

Takpalah simpan pahala hang. Islam cap kepala ayam hadi juai kat madinah dapat pahala besak no.

Pi nasihat sikit no hadi awang jangan ikut sangat najib tu.

Hang Jebat said...

PAS dah bagi signal pada najib - hang tak boleh cucuk hidung kami dulu kini dan selamanya.

Jangat ingat bila pilihanraya nanti, lawan 3 penjuru, umno boleh menang senang kat kedah. Silap hang kira tu.

Mat bashah kami kompom jadi MB kedah paling sekejap dalam sejarah Kedah noo..

Dia ingat dia pandai.. boleh lama boleh jadi MB, tapi dia piang tak tau Najib cuma nak guna dia tolong cover kes 1mdb dgn sedekah jariah yang makin panas tu.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saya baca banyak komen di media sosial mengenai isu Mukhriz. Terlalu ramai yang memberi bermacam-macam analisa; kononnya pandai. Tetapi kebanyakannya lupa untuk melihat isu ini dari pandangan rakyat biasa di Kedah.

Rakyat Kedah telah melalui banyak pengalaman dengan kepemimpinan yang berbagai ragam. Dahulu bila UMNO/ BN berkuasa, pemimpin jadi lupa diri dan bongkak. Mereka ingat apa sahaja yang mereka buat mereka masih akan dipilih rakyat untuk memerintah. Jadi tidak hairanlah bila pada pilihanraya 2008, rakyat Kedah memilih untuk menolak UMNO dan memberi kuasa kepada pembangkang.

Selama lima tahun dibawah pemerintahan PAS, rakyat dapat lihat bahawasanya walaupun berlandaskan Islam, PAS gagal untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan baik.

Oleh itu bila tiba pilihanraya 2013, rakyat Kedah berada dalam dilema. Jika dipilih PAS, negeri akan mundur. Jika dipilih UMNO, akan dapat pemimpin yang lupa diri dan bongkak. Disinilah pentingnya faktor Mukhriz sebagai Menteri Besar yang membuatkan rakyat kembali memilih UMNO untuk berkuasa.

Datuk, orang politik sering membuat kesilapan dengan memandang rendah tahap kebijaksanaan rakyat. Rakyat Kedah tahu kekurangan yang ada pada diri Mukhriz. Tetapi mereka juga tahu apa kelebihannya. Dia bukan pemimpin yang sempurna, tetapi sikap rendah diri dan beramanah beliau menyakinkan rakyat bahawa dialah yang terbaik.

Sekarang Mukhriz telah digantikan dengan seorang pemimpin veteran UMNO Kedah. Rakyat sudah semestinya bimbang tabiat-tabiat lama akan kembali menular di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Diharapkan kerajaan baru nanti akan menjadi sebuah kerajaan yang lain dari dahulu iaitu - bersih, cekap dan ber amanah. Bukan susah untuk memenangi hati rakyat. Dahulukanlah nasib mereka dari diri sendiri.

Bugis said...

Terima kasih ayas penjelasan jasmeen.
DKJ mungkin tidak kenal perangai mukhriz. DKJ dan para pembaca juga tidak kenal perangai bashah.
Minta jasmeen terangkan sedikit

Azsh said...

salam datuk,

dengan terjadi nya isu Mukhriz ini, kita dapat melihat betapa kepentingan parti lebih diutamakan berbanding kepentingan masyarakat.

Sebab itu saya sangat berharap pola pengundian akan datang lebih tertumpu kepada calon bebas yang mewakili masyarakat bukan calon yang mengutamakan parti.

INDIGO said...

Apalah susah sangat kalau suka sangat dengan mukhriz; pi lah ajak mukhriz buka partai baru. Raja Kedah ada tak kan tahu buat kerja. Telah dibukfikan dalam kes ini.

Taniah MB Basha baru dan Ahmad Maslan dan geng sibernya.
Tak lupa terima kasih pada tuan punya blog bebanyak. Anti Christ itu dogeng siapa?


Zalman A said...


Salam Datuk,

An article I read recently pointed out that less than 200 people are keeping Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone in power.

These include the KBU, the 24-hour replacement, and other diseased limbs of govt. None of these people are working for the rakyat.

The writer pointed out...

"Many of the warlords support Najib for practical reasons. They are on the Najib gravy train of contracts and well-paid positions on GLCs. There are, however, three scenarios that could cause the warlords to rock the boat. These would be if:

1) It seems likely Najib will lose the next general election (due in 2018).

2) The Malaysian economy dives.

3) There is an arrest warrant issued for Najib.

From my vantage point in Kuala Lumpur, the second of these is the most probable."

Even (3) cannot be ruled out entirely. The FBI and DOJ do not play games.

However, I prefer to think we can settle this problem without foreigners - we are a sovereign country, an independent country. We have 16 million Muslims and the remainder are sensible Malaysians who would not tolerate grand theft, corruption and abuse of power, which is what Mappadulung specialises in.

The Kedah coup plotters will be richly rewarded from public coffers.

I can already see that in less than six months, Mat Basah & Mappadulung will announce a mega-project in Kedah, to help the people kononnya, but (as always) actually to help themselves.

The article's writer also says there will be a palace coup if the ringgit touches 5 to the dollar.

Again, let it not be economics that moves us.

Surely we Malaysians are not so morally degraded that we can accept what is happening to our country; those who are sheltered must awake.

Thank you.

INDIGO said...

Zalman,
Why should the sheltered ones wake up? Wake up and do what? Who are sheltered ones i do wonder? Surely not kings and queens.

May one enquiry as to what you do professionally? I speculate the KLSE. Not easy but safer than gambling. Fun, too.

Lots of Chinese though.
I love to sailang puncak i say. And they laugh at ikan bilis like me.

Well are you a sheltered one? I wish I am.

Anyway you wont want to reveal of yourself too much would you? Not wise morally not good economically, I say.

Thank you, AKadirJ.

Trump_Melayu said...

Sallam DAKJ,

Ada berita yang mengelirukan. Mengikut Wikipedia, MB yang baru tak habis sekolah menengah iaitu pas setakat tingkatan 3.

Ada yang mengatakan berita ini tak betul, khabarnya beliau berpelajaran tinggi sampai SPM. Yang mana benarnya?

Dalam struktur organisasi, mereka yang berpangkat tinggi sepatutnya berpelajaran lebih tinggi daripada yang dibawah. Kalau tidak, adalah susah untuk orang bawah untuk hormat dan mengikut arahan dari atas sekiranya orang di atas tidak habis sekolah menengah.

Sebagai contoh, pekerja bandaraya yang menjaga parking berkelulusan SPM tetapi Menteri Besar berkelulusan SRP.

Dalam negara maju, mereka yang berpelajaran tinggi iaitu peringkat sarjana (Masters Degree) dipilih untuk jawatan tinggi untuk mentadbir negeri dan negara.

Saya bersimpati dengan rakyat negeri Kedah kerana mendapat MB baru yang khabarnya lulus SRP atau SPM untuk menyambut Wawasan 2020.

Syed Akbar Ali said...

Dato,

Kedah is in the same class as Kelantan, Terengganu and Kelantan. Hardcore Malay belt, hard core 'agama', inward looking. There has been no real progress in the thinking of the people. They are not fully in the 21st century. The same in Terengganu and of course worse in Kelantan.

Sabah may be economically poor but the people in Sabah (even the poorest) are quite up to date on many issues. In time their economic outlook will improve.

It does not look that way in Kedah. For decades now only Pulau Langkawi and Kulim High Technology Park appear to be bright spots in Kedah. Both are Federal intitiatives.

On my last visit to Gunung Mat Cincang, there was a queue waiting to go to the top most part of Mat Cincang. We also joined the queue. The queue was not moving. When asked the operator (a young girl) just shouted that the top was closed. We found out that it had been closed for more than a year. Closed for one year yet no one advised people from queing up. Or place a 'Closed for repairs' sign. For me that sums up Kedah.

With or without Mukriz, with or without PAS or UMNO, Kedah is not going anywhere in a hurry.

And going by the situation in the country now, I think Kedah has its own downhill path.

Syed Akbar Ali.



berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Mukhriz pun dilayan macam tu. Dia ketua bahagian. Dia pengerusi perhubungan negeri. Dia ahli majlis tertinggi. Dia menteri besar negeri. Kalau dia tak bagus takkan dia diletakkan di posisi2 berkenaan.

Dalam parti memang Mukhriz asyik kalah bertanding. Lawan KJ dan Khir Toyo untuk KP,dia tewas. Lawan Naib Presiden pun dia tewas. Tapi di gelanggang pilihanraya, dia menang di Jerlun walaupun parti Cina boikot dia ketika Umno/BN tewas di Kedah. Dia menang di Ayer Hitam dan BN menang semula di Kedah atas janji Mukhriz jadi MB.

Nampak sangat Mukhriz asyik dipermainkan dalam partinya sendiri. Kalah KP dengan kaedah penguraan yang meragukan di samping politik wang yang diperakui oleh Lembaga Disiplin parti. Kalah Naib Presiden kerana ada wahyu dari istana tertentu dan pucuk pimpinan.

Sekarang telah lengkap trio MSM. Diharapkan selepas ini mereka akan bergerak ke seluruh negara untuk memperkukuhkan parti dan mengembalikan keyakinan ahli dan pengundi. Akar umbi dan penyokong ternanti2 langkah seterusnya oleh patriot2 ini. Masih cukup masa untuk menjadi penyelamat sama ada pada PRU dan pemilihan parti.

Yang di Putrajaya itu akan tersingkur dengan doa rakyat jelata. Sedangkan firaun yang lebih gagah pun tewas, inikan pula Najib.

kusufian write said...

Zalman A . Saudara dijemput melayari fb Ku Sufian. 17/1 IMPP. Komen anda bernas. Saudara yang lain juga di jemput. Tk.

merahmerahan. said...

BiruBiruan ni jenis tak makan dedak tapi makan sekam padi. Adun BN sendiri pun tak sehaluan, kau nak harapkan Adun pembsngkang pulak menyokong secara solid calon MB drp BN. Berapa puluh kali booooddoohh kaun ni? Apa punya turrrr.

adion said...

Dato

Ada 2 spesis manusia yang boleh tahan lama dalam politik ni.
1. Spesis Yes.
2. Spesis Yes Sir!

Jadi mereka tak perlu kelulusan tinggi sampai Phd pun.

Unknown said...

As salam..dulu budak2 kecik ada cita2 baru..yakni nak jadi angkasawan. La ni boleh tanam cita2 nak jadi Menteri Besaq..takyah ngaji tinggi2 pun. Kesian kat jentera BN Kedah for next GE..kena kerja keras la gamaknya..Waallahualam..

trapnest said...

salam dato

saya seorang rakyat sarawak yang berkahwin dengan org kedah.apa yang saya boleh perhatikan bersembang dgn ayah mertua saya (dia hanyalah orang biasa, penoreh getah), kebanyakan orang mmg tidak bersetuju dengan cara dato mukhriz disingkir. bagi mereka,adakah dgn menukar menteri besar boleh membantu mereka dari segi ekonomi (naikkan harga getah, kurangkan gst, dsb).mereka paham brim tidak akan bertahan lama dan mereka nakkan sesuatu yg lebih konkrit daripada kerajaan. umum daripada mereka paham bahasa dato mukhirz mempunyai pelan untuk memajukan kedah (airport baru) tetapi kerajaan pusat berlengah atau bermain tarik tali yang akan membuat org melihat kedah tiada pembangunan nyata di bawah dato mukhirz

but to digress a little, im a bit offended by the way dato syed akbar said that kedah inward people and not up-to date in ecomonical issues. like i have mentioned before, talking to my father in law, he is aware of the current issues usch as imdb, corruption so on. they are looking for someone to lead them and they really look up to mukhriz to lead them out from the ínward'mentality that saa have mentioned just now. its not that they are happy with thier cocoon. then again putrajaya isnt helping that much (and as i am from sarawak, people are angry with the refusal to increase the oil royalty to sarawak).people need leaders to lead them and maybe thats why i find saa writings a bit patronizing.what can i say is at least these humble people are trying to fight (i repeat normal humble people). what are the people with powers are doing. total silent. im referring to the former a.g, zeti and muhiyddin so on. sometimes im wondering, are these people closet are full of skeletons that people can use that against them? all we have is silent "no comment" or barks that even a cats meow is louder that their statement/action. to quote dietrich bonhoeffer, "silence in the face of evil is itself evil". maybe thats why i find myself at a love-hate relationship with saa writings (what happen to the 'light'that you have mention about fighting you-know-who? day by day we have seen you-know-who tightening the grip with his power to the country)

thank you for letting me speak here dato. (1st time commenting, has been a silent reader of yours)

RAWA LANUN-BAHASA said...

Scribe
Salaams

Off the cuffs...
Just read che det.com - to keep tracks of things.

Rather taken aback with his view of AG's action in Altantuya trial and his allusion tied to France enquiry in Scorpene sale.
Is che det too emotional?
Canada allowed the transaction.
And there is the question of intent in all cases of jurispidence made known but not in Altantuya Murder trial.

Scribe, reading some comments here begs the question if these pro Mukhriz thinking straight and facts checked.

Do not underestimate Najib. Why? Well, look at what TPPA alludes to: regional
security to free market access and tie that to China military dominance in the South China Sea. It better to have a weak Najib in the eyes of the Americans. And Najib knows this.

Yes, I agree with you: If we fail to educate KJ and Pemuda and Puteri then the Middle East is lost, Scribe. Like it or not che det is a key player to our success in bring down Najib and bringing up KJ.

I am Islam biased.


Salam Takzim

Unknown said...

apapun tahniah pada mb baru kedah,wlupn dihina,digelar penghianat dan mcm2 lagi beliau sangup telan semua dan terus berjuang utk capai impian beliau2,smangat juang mb baru ni patut ada x kira la dema belah mana pun..mm pula bagus la xde jawatan dah,benda ni blh jadi pelajaran,mm kene blaja dgn bashah..wlpn srp je tp smangat juang tinggi,lautan api sangup direnangi,mm xde smangat juang lagi seperti ayahnya,masih x tahan tekanan agaknya. patut bubarkan dun,x kisah la apa org kata dan halangan pun,cuba dulu,serahkan blk kuasa memilih pada rakyat,rasanya ni keputusan yg tepat tp mm x buat,,tp xpe la,mm budak lagi.harap dia blaja..apapun komen sy ni klu slh tlg betul kan,jgn kecam sy,sy x kuat awak koh3..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).