Tuesday, February 02, 2016

Krisis MB Kedah: Pemberontak Kena Tendang Celah Kangkang


A Kadir Jasin



TERBARU - Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional Bakar Bata, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan.

MUTAKHIR, 3 Feb - Nampaknya "game over" bagi Mukhriz. Beliau tidak lagi mempunyai bilangan. Dedak dan ancaman berkesan. Namun beliau harus juga menilai kelemahan dan kekurangan diri sendiri sekiranya mahu terus cergas dalam politik. Mohd Najib dan budak-budaknya bolehlah bergembira mendabek dada.

ORIGINAL POST

PERCUBAAN mengusir (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir dari Pejabat Menteri Besar Kedah langsung tidak memeranjatkan. Sebab itulah saya tidak mengulasnya sampai hari ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tetapi nampaknya sesuatu yang di luar dugaan telah berlaku.

Percubaan rampasan kuasa oleh pihak-pihak yang setia kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak nampaknya telah menemui jalan buntu.

Malah lebih memalukan 15 Ahli Dewan Undangan (Adun) pembangkang sebulat suara mengutuk tindakan menjatuhkan Mukhriz sebagai itu tidak demokratik dan sekali gus menyokong beliau sebagai Menteri Besar. (Baca di sini).

Tidak ada ungkapan yang lebih sesuai bagi memperjelaskan tindakan Adun pembangkang itu daripada memberi tendangan celah kangkang terhadap kepemimpinan Mohd Najib.

Kalau kita percaya kenyataan para perampas kuasa dan laporan media arus perdana (MAP), Mukhriz sepatutnya sudah lama terpelanting.

Hakikat bahawa Adun BN tidak mengeluarkan kenyataan bersama seperti yang dibuat oleh Adun pembangkang dengan jelas membuktikan yang mereka tidak sepakat mengusir Mukhriz.

Agaknya ketidaksamaan pendapat di kalangan Adun BN itulah yang memaksa Jemaah Pemangku Sultan Kedah memanggil Adun pembangkang untuk mengetahui pendirian mereka.

Akhbar aliran perdana The Star melaporkan hari ini (2 Februari) bahawa Jemaah Pemangku telah mengambil langkah luar biasa memanggil Adun pembangkang menghadap mereka.

Ertinya, Jemaah Pemangku tidak bersedia membuat keputusan berasaskan semata-mata kepada pertemuan dengan Adun Barisan Nasional semalam (1 Feb). Tidak memeranjatkan jika pemberontak tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk meyakinkan Jemaah Pemangku bahawa Mukhriz telah hilang keyakinan Dewan.

Dalam bahasa yang mudah, anggota Jemaah Pemangku menggunakan hak perlembagaan dan autoriti moral mereka untuk tidak mendengar cakap BN sahaja. Mereka telah bertindak secara demokratik.

Mohd Najib, para penyokong beliau dan MAP mungkin tidak sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa mereka sedang mengalami “krisis perlembagaan” dalam erti kata kuasa politik mereka sedang dicabar oleh kuasa perlembagaan.

Ia bukan krisis Umno lagi. Ia sudah menjadi lebih besar dan terkeluar daripada bidang kuasa Umno. Ia sudah menjadi isu perlembagaan. Jadi Setiausaha Agung Umno Teuku (sekarang Tunku) Adnan Mansor eloklah tutup mulut.

The Star menyifatkan apa yang berlaku di Kedah sekarang sebagai “political crisis” – krisis politik.

Jemaah Pemangku dilaporkan menemui 20 Adun BN terdiri daripada 18 Umno dan dua MCA.

Dalam majlis menghadap oleh Adun pembangkang, Jemaah Pemangku dilaporkan bertanya dua soalan. Pertama, sama ada mereka menyokong Mukhriz sebagai Menteri Besar dan kedua, adakah mereka dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan.

Pembangkang mempunyai 15 ahli terdiri daripada lapan Pas dan tujuh Pakatan Harapan (Dap 4, PKR 2 dan Amanah 1) dalam Dewan 36 kerusi.

Sejarah

Sebaik saja merampas kembali Kedah daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum 2013, Mukhriz telah dinasihatkan supaya menubuhkan kerajaan campuran dengan Pas, tetapi beliau tidak melayannya.

Gerakan menjatuhkan Mukhriz bukan bersendirian dan terasing. Ia adalah sebahagian daripada pengusiran politik (political purge) yang dirancang bagi menyingkirkan semua Menteri Besar yang disyaki menentang Mohd Najib atau tidak setia sepenuhnya kepada beliau.

Operasi gelap itu dikatakan turut menyasarkan Menteri Besar Pahang (Datuk Seri DiRaja) Adnan Yaakob, Negeri Sembilan (Datuk Seri Utama) Mohamad Hassan dan Perak (Datuk Seri DiRaja) Zambry Abdul Kadir.

Malang bagi Mohd Najib dan perancang rampasan kuasa, budak-budak dari Kedah bergerak terlalu pantas tanpa membuat koordinasi dengan negeri-negeri lain.

Budak-budak yang memberontak di Kedah itu pula sama ada gagal mengambil kira atau sengaja memperkecilkan peranan Jemaah Pemangku.
Mereka bertindak seolah-olah mereka berdepan dengan seorang raja. Mereka lupa yang mereka kini berdepan dengan tiga orang kerabat diraja, iaitu (Tan Sri) Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, (Tan Sri) Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan (Datuk Seri DiRaja Tan Sri) Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mereka juga terlupa atau sengaja mengabaikan hakikat bahawa Raja-raja Melayu telah mula bertindak proaktif dan radikal dalam menghadapi krisis negara yang tercetus akibat skandal 1MBD.

Majoriti Raja-raja Melayu mula menguatkuasakan secara lebih terperinci hak perlembagaan, budi bicara dan autoriti moral mereka dalam hal pentadbiran.

Mengulang pakai ungkapan The Star, krisis politik yang berlaku di Kedah sekarang boleh dilihat sebagai pra-tayang kepada apa yang mungkin berlaku di peringkat persekutuan sekiranya kemelut politik dan ekonomi yang sedang berlaku sekarang meruncing dan mengancam keselamatan negara serta rakyat jelata.

Kesimpulan

1. Secara tidak langsung Kedah kini diperintah oleh “kerajaan campuran” yang terdiri daripada penyokong Mukhriz di kalangan Adun BN dan Adun pembangkang.

2. Mukhriz dan penyokong-penyokongnya boleh memikirkan untuk menubuhkan kerajaan campuran rasmi dengan parti-parti pembangkang.

3. Mereka boleh mencadangkan pembubaran DUN supaya pilihan raya baru boleh diadakan.

4. Sekiranya Mukhriz selamat dalam krisis ini, beliau wajib mengubah sikap dan cara beliau mentadbir Kedah. Beliau wajib lebih hands-on, tegas dan tekun. Jangan malukan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan jangan lagi hampakan penyokong.

5. Kedah sudah pun dianaktirikan. Tidak menghairankan kalau selepas ini negeri itu akan dianakharamzadahkan. Jadi amat wajar Mukhriz dan para penyokongnya dari BN dan pembangkang memikirkan penyelesaian jangka panjang, termasuk menimbangkan penubuhan kerajaan campuran.

Wallahuaklam.

31 comments:

INDIGO said...

The Scribe,
Salaams.

Mukhriz sudah tak layak jadi ahli UMNO.

Hairan Che Det tak berani tunjukajar anaknya sendiri.

Kalau tak setuju dengan PM hendak memberontak maka kita rakyat pun boleh memberontak guna kekerasan.

Mukhriz tak layak memimpin kearah Wawasan2020.

Seburuk manapun Najib sebagai pemimpin dia masih guna otak. Benefit of a doubt is there bak kata orang barat.

Mukhriz tak sesabar Najib. Che Det lalai. Rakyat yang rugi.

Kalau mahu bergabung dengan pembangkang silalah, Mukhriz.
Keluar UMNO.

Anda sokong Mukhriz saya pun dokong dia tetapi jangan jadi bebal. Anina Padang Mat Sirat cepat bebal. Sdr Khairuddin Batu Kawan cerdik dan sabar samajua Mathaias Chang.

Yes, I told the Major I was disappointed in him. Losing a battle does not mean losing the war.

Mukhriz sila keluar UMNO saperti mana ramai yang ahli MT UMNO pun setuju.

Kenapa MCA pun tak sokong dia?





mok said...

memang adun BN yg nak tumbangkan Mukhriz tidak bijak..kan lebih baik merancang sebetulnya seperti mana taktik Langkah Kajang..ni gelojoh betul mahukan kuasa..tapi tu la tunggu je la sehingga 7 feb ni..

dt rahman pekan said...

salam d kj.
kedudukan yab mukriz masih belum selamat sepenuh nya. nasihat/cadangan dato kpd nya amat wajar sekali.

saya baru saja berjumpa dgn rakan yg masih aktif dlm politik dan tlh d maklumkan bahawa kedudukan habibur n dr ghazali dlm inner circle najib terancam. kalu 'pinzer move' ini gagal n najib d malukan ,maka hayat mereka sebagia penasihat paling dekat akan berakhir.

masih tidak terlewat bagi muhriz melantik ahli exco yg baru utk terus mentadbir Kedah.

saya rasa majlis penasihat tlh juga dpt merasa sentiment rakyat negeri kedah'

nothing to hide said...

So najib has made a bigger fool of himself. Ku nan is, everyone knows, a bloody fool.

pemikir said...

Salam DAtuk AKJ,

Tahniah Datuk, senang difahami.

Dato MM perlu lebih yakin selepas ini bahawa keris UMNO itu tidak bersarung dan mencari mangsa tidak kira kawan atau lawan.

Krisis ini akan mematangkan Dato MM untuk hubungan masa depannya dengan Keluarga DiRaja, Parti, Kumpulan Pembangkang, anggota Kerajaan Negeri dan Rakyat negeri Kedah.

Sekiranya Dato Mukhriz Mahathir berjaya keluar dari krisis ini, ia akan memberikan sinar baharu kepada Negeri Kedah kerana Dato MM akan lebih kuat dan lebih bersemangat dan bekerja dengan orang orang yang sangup sehidup dan semati dengannya.

Undi tidak percaya kepada Dato MM akan gagal kerana masih ada 4 Adun Barisan Nasional yang menyokongnya dan dipercayai kesemua Pembangkang bersamanya.

Tak tau ler pula selepas ini di mana Dato Seri Sanrubone Mata kaji semarang en seng nak letak muka dia.

Orang Kedah kata p boh kat jamban!

Salam. Harap maaf.

Emer said...

Pilihan paling tepat adalah memohon perkenan Jemaah Pemangku Sultan pembubaran DUN memberi laluan kepada PRN. Jika Mukhriz Mahathir bertanding tiket bebas pon beliau pasti menang. Namun jika menggunakan platfom baharu Amanah (Parti Amanah Negara) parti lebih segar dan kurang kontroversi kedudukan beliau akan lebih kukuh. PAS Kedah tidak mampu menghampakan Mukhriz dan rakyat Kedah sekalipon Haji Hadi Awang lebih berselera ke atas tawaran Mohd Najib Abd Razak lantas platfom manapon dipilih Mukhriz tiada siapa di Kedah dapat melupakan sumbangan bapanya Mahathir dan PAS terpaksa mengalah. PRN peluang terbaik menunjukkan kepada Najib dan kerajaan angkuh bahawa kuasa rakyat lebih kuat! Kemenangan pula akan memberi tendangan maut kepada pengampu (baca penjilat) di negeri Jelapang Padi dan Persekutuan. Selamat Maju Jaya Mukhriz Mahathir

Praxis said...

Brilliant portrayal of our monarchic and democratic credentials, which augurs well!

sukasamasuka said...

Datuk.

Mukriz, dengar sikit cakap orang tua, Datuk AKJ "...wajib mengubah sikap dan cara beliau mentadbir Kedah. Beliau wajib lebih hands-on, tegas dan tekun."

sukasamasuka said...

Datuk.

"...menubuhkan kerajaan campuran..."

Mukriz, show us we you can do this "kerajaan campuran" berlandaskan perlembagaan. This is the model of a new government after PRU14, after all, there is no such thing as "opposition assemblymen". All 38 ADUN are elected by people from constitutional point of view.

Dengar nasihat Datuk AKJ.

din klang said...

Syabas dan tahniah kepada jemaah pemangku Sultan Kedah yang telah mengambil pendekatan yang penuh adab dan sopan santun budaya Melayu serta bijaksana dan adil lagi saksama.

Ternyata adun pemberontak dan penyamun umno sepatutnya berasa malu dengan sikap membabi buta mereka akibat tamakkan kuasa dan haloba serta menyokong pemimpin yang penuh masalah hanya sekadar secupak dedak.

This is a classic action dan jangan terkejut jika najib sekarang ketakutan dan sedang memikirkan kedudukan dan kewibaannya nya yg semakin di pertikaikan di seluruh Malaysia.

Biar dia sedar bahawa Tanah Melayu.ini bukan milik arwah Tun Razak

Pemerhati Setia said...

Ini bukanlah kesilapan Najib. Sememangnya dirancang dari awal. Sebahagian besar ADUN yang memberontak adalah ADUN yang mendapat payung terjun di saat-saat akhir. Ada kes yang watikah pencalonan dah ditangan bakal calon tetapi hanya beberapa jam sebelum penamaan calon, watikah dibatalkan dan calon payung terjun dikemukakan.

Kes sama banyak terjadi di beberapa negeri lain seperti Pahang, NS dan juga di Perak. Teman baik saya sendiri di utara Perak telah menerima watikah dan peruntukan kempen dari perhubungan negeri, tut-tut kurang 24jam sebelum penamaan calon, pencalonan beliau dibatal dan ditukar atas adanya 'wahyu turun' dari Putrajaya. Calon wahyu ni banyak yang bungkus.. Dan wajar sekali ADUN pembangkang di Kedah menyokong Mukhriz kerana kalau tak adanya gerombolan calon wahyu yang bertanding (dan kalah), mungkin kerusi pembangkang juga akan menang tak sebanyak sekarang.

Sama juga kes yang berlaku di Pahang (Lipis) di mana UMNO bahagian berkeras menolak calon wahyu ini (bekas KB yang kalah) dan subuh hari penamaan calon, terpaksalah akur kehendak bahagian.

Jadi, sekarang masa membayar balik jasa-jasa yang menurunkan wahyu. Kalau tak lawan pun, pusingan PRU berikut dah pasti hanyut. Jadi, tak perlulah kita pelik kalau kita tau akar umbi masalahnya.

Dan untuk Sdra Dato YAB MB, kenalah tegas sikit, kena selalu duk negeri dan pastikan pegawai sekeliling bukanlah macai-macai yang membuatkan bossnya jadi hangit. Kalau dulu saya juga sering dirujuk untuk berbincang tapi sekarang dah meluat sikit dengan orang sekeliling Sdra YAB.

Unknown said...

Mabuk mu ni

Trump_utara said...

Sallam DAKJ'

Untuk menjatuhkan kerajaan dalam satu negeri, perlu pakar strategi sepertimana terjadi di Perak.

Di Kedah, orang yang tak habis sekolah menengah diwar-warkan untuk menjadi Menteri Besar.

Saya rasa, sepatutnya, orang yang kelayakkan yang munasabah dipilih untuk menjadi Menteri Besar. Jawatan menteri besar perlukan keupayaan berfikir yang besar kerana terpaksa berdepan dengan masalah dalam sebuah negeri.

Orang yang berkelayakkan SRP sepatutnya ditawarkan jawatan yang tidak memerlukan keupayaan berfikir yang berat-berat seperti membaca meter air atau menjaga lampu traffik. Ini adalah kerana kapasiti untuk berfikir adalah terlampau kecil dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang besar.

Kebanyakkan rakyat Malaysia ketika ini sudah pun habis sekolah menengah dan ramai orang melayu yang mendapat sijil sekurang-kurang diploma dalam berbagai bidang dan jurusan. Oleh itu, saya rasa ada ratusan ribu orang melayu yang lebih layak untuk menjadi menteri besar.

Saya rasa campur tangan pihak diRaja amat wajar demi untuk kebaikkan rakyat Kedah.

Imlan Adabi said...

Bubar DUN. terima mandat rakyat

RD. said...

Begitu gelojoh sekali Ahmad Bashah buat sidang akhbar tanpa mengambil kira bahawa Negeri Kedah sedang menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan. Nampaknya Geng pemakan-dedak telah terlupa bahawa pihak Istana dan Rakyat juga punyai hak, menentukan kedudukan MB sedia ada. Mungkin mereka hanya ingatkan kelangsungan pemberi-dedak saja, lantas terlupa laungan 'Rakyat di Dahulukan'.

Tanpa disedari Najib, hasrat untuk UMNO berkerjasama dengan PAS mungkin tercapai di Kedah, tanpa bantahan dari Party komponen BN yang lain. Mukhriz, bersama ADUN BN yang menyokong beliau tidak perlu istihar keluar UMNO untuk menubuhkan 'Kerajaan Campuran' seperti yang Dato AKJ cadangkan. Walaupun pada hakikatnya, keahlian UMNO akan dianggap terbatal dengan berbuat demikian. Itu pun terpulang kepada Setiausaha Agong UMNO dan President, memeras otak memikir dan menterjemah perlembagaan UMNO demi menyelamatkan air-muka mereka sendiri.

Pembubaran DUN dalam keadaan ekonomi sekarang akan hanya membazirkan WANG dan masa Rakyat. Suasana kempen piliharaya berpanjangan dan berpolitik tanpa-henti akan mengeruhkan lagi perhubungan kaum.

fatimah jasmeen said...

Dato MUkhriz searang MB yang 'Baloq Liat dan Penyegan pait" yang pernah rakyat kedah dapat. Boleh kata semua pegawai khas dia belagak piang. Pegawai yang dilantik di Pejabat UMNO negeri pon semua ngong-ngong pasal kerja-kerja kukuhkan politik negeri. Yang depa tau nak buat duit sambil bermerak-merak dengan jawatan dan kereta besar dapat free oleh kerajaan negeri. Sekianlah taklimat ringkas saya. Terima kasih.

RD. said...

Khabarnya MARA pun dah nak buat Bank sendiri. Saya sokong dengan syarat ahli politik tidak di'angkat' ke lembaga pengarah atau pun sebagai penasihat. Biar mereka yang pakar dalam kewangan mentadbir dan mengurus. Lihat saja apa yang berlaku kepada TH dan Yapiem apabila di 'amanah'kan kepada orang politik. Bukan saja WANG Rakyat, kesucian Agama dan maruah Bangsa pun tercemar hasil 'air-tangan' ahli politik.
Dalam FB pun sudah ada 'kempen' untuk 'membersihkan' TH dan Yapiem dari orang politik.

Fight another day said...

Dato,
Mukhriz lost the struggle, latest from MI is that he will hold a special press conference this morning at 10am to announce he will resign.

Anonymous said...

Apabila adun pembangkan dijadikan ukuran, nyata amat terdesak mereka ni. Pembangkang ni hipokrit belaka. Bila mereka jatuhkan Khalid Ibrahim dengan cara yang lebih menjijikkan, tak de pula nak kata demokratik atau tidak. Kalau tak setuju dengan Najib pun, perlulah bermaruah. Jangan jadikan pembangkang atau Wan Azizah sebagai ukuran sebab mereka ni memang tak de maruah.

Ramai orang yang menjerit-jerit love Mukriz tu hujung pangkal pun tak tau. Nampak nama Madey dan anak beranak, sokong aje membuta tuli.

Atui Dtabasan said...

Jangan putus asa Datuk. Walaupun perjuangan Datuk mengalami sedikit kegagalan kerana masih gagal menumbangkan Ahgib Gorr sebaliknya anak Tun M yang kecundang teruskan berusaha. Semoga tuhan bersama Datuk. Usaha hingga berjaya kerana kalau gagal besar kemungkinan Ahgib gorr akan kecundang pada pru14. Masa itu kita tidak mahu Ahgib gorr akan memberi alasan dan menuduh yang kitul2 la
yang menyebabkan dia kalah. BERUSAHA!!!!

jumbeaux said...

Salam Datuk

Apapun jadi pagi ini rasanya matlamat Mukhriz telah tercapai. Dia tidak pergi dengan senyap. Kesannya ada.

p/s - nampaknya Datuk ada peminat-peminat baru. Meriah lah blog Datuk nanti.

A KADIR JASIN said...

1.Daripada apa yang saya fahami membaca komen para pembahas sekalian dan daripada laporan media Internet, saya fikir krisis politik Kedah jauh daripada selesai.

2.Kesemua 15 Adun pembangkang tidak setuju cara Umno hendak menyingkir Mukhriz. Tidak semua Adun Umno/BN pemakan dedak. Gabungan mereka dan 15 Adun pembangkang memberi majoriti kecil kepada Mukhriz dalam DUN. Jadi buat masa ini mengusir Mukhriz melalui undi tidak percaya mungkin tidak berjaya.

3.Namun jangan lupa bahawa pemberi-pemberi dedak yang mewakili Mohd Najib dan Teuku Adnan akan terus menggoda dan mengugut Adun Umno/BN yang masih menyebelahi Mukhriz.

4. Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar lantikan Umno/BN mungkin tidak boleh dipertahankan lagi (untenable) kerana telah hilang sokongan majoriti Adun Umno/BN. Jadi adalah tidak memeranjatkan kalau beliau meletakkan jawatan.

5. Kalau beliau mahu terus menjadi MB, salah satu caranya adalah melancarkan rampasan kuasa balasan (coaunter coup). Beliau boleh berpakat dengan Adun pembangkang dan Adun Umno/BN yang masih menyokong beliau. Beliau mungkin mempunyai kelebihan suara minoriti untuk memerintah.

6. Atau beliau berundur tapi kekal dalam DUN dan Umno sebagai duri dalam daging sambil menunggu masa dipecat dan dihina oleh media massa kawalan.

7.Dalam hal yang berasingan pula, sungai wang yang mengalir masuk akaun Umno dan Presidennya mungkin semakin kering akibat pembekuan akaun-akaun berkaitan 1MDB, kematian (Tan Sri) Jamaluddin Jarjis dan ketua staf Mohd Najib, (Datuk) Azlin Alias April lalu, kemelesetan ekonomi dan pengawasan lebih ketat oleh Bank Negara ke atas pengaliran wang dari syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang. Umno/BN mungkin semakin kekurangan dedak.

Wallahuaklam.

muzaffar said...

Apa kamu merepek ni? Macam orang tak tahu hujung pangkal cerita.

INDIGO said...

Kenyataan #7 bukti anda prihatin.
Sabar biar bertempat.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya rasa ada baiknya perkara ini berlaku.

Orang seperti Mukriz, Muhyidin dan lain-lain orang melayu yang tidak makan dedak sepatutnya sedar akan realiti baru. Kalau mereka pikir UMNO adalah parti mereka, mereka hanya bermimpi.

Apa yang berlaku di Kedah ini adalah kerana "kuasa" bukan hal bersangkut paut untuk berkhidmat kepada rakyat.

Orang melayu yang pandai-pandai seperti G25, Muhyidin, Mukriz, Tun MM, dan lain-lain sepatutnya duduk semeja dan berbincang bagaimana hendak selesaikan masalah makan dedak ini.

Kalau diluar negara, sekiranya satu parti terlampau banyak makan dedak, rakyat akan pilih parti lain. Ada Plan B.

Kereta pun ada tayar "spare", kapaterbang ada 2 enjin, komputer pun ada "backup"

Dekat Malaysia, orang melayu terlampau bergantung kepada satu entiti untuk harapan mereka.

Selagi dinamik politik negara tidak berubah, selagi itu masalah makan dedak tidak selesai.

Orang Johor kata, "harap-harap akhirnya akan tiarap".

tsrempax said...

this is mukhriz's own undoing. i doubt he is as bad as najib was at the same age. but what is making the rounds must have some truth in it. he lost the feelings on the ground. this is similar to what najib is going through. i am no fan of those born with a silver spoon to be leaders. najib is a clear cut example and unfortunately for mukhriz, his dad was too big a figure to grow into as well. forever in his shadow if he is to go down the road as a politician. anyways, adios mukhriz.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

Malaysia - Persistently Inconsistent

-What a tragedy! Dah lah buat press-conference tergesa-gesa sebab dah kemaruk sesangat nak jadi MB.. Calon yang "berangan" nak jadi MB ni pulak telah 'di-fakta-kan' iaitu "sekolah pun tak habis".. Mereka ni semua "Biadap & Berlumuih" bila segala 'chacha-marba' ini berlaku dalam suasana sambutan Jubli DYMM Tuanku Sultan Kedah.. Pemerintah kepada Orang Melayu!

-Semua yang datang "press-conference tergempar" tuu SEMUA NYA MELAYU.. Cuba kita semua imbas-kembali siapa yang ada disebelah "Ketua lulusan S.R.P" tuu.. "Menteri Tabung Haji" ada.. dan yang paling gempak ***jeng jeng jeng** "Menteri YaPEIM" pun ada!

-Semua nya muka tak tahu malu! Semua nya muka tak takut dosa! "Manusia yang takut dosa" takkan buat 'perangai3 mengarut2' ni... Teramatlah jelas sikap3 mereka2 ni semua..

-Seperti yang semua kita maklum... MALAYSIA PERLUKAN P.M YANG BARU -BUKAN- M.B YANG BARU!

-Sedih memikirkan keadaan Negara Kita sekarang ni.. Ada Saja yang tak kena.. Dah lebih dari pelik kita semua ni..

-Moga Allah SWT lindungi kita semua yang cintakan kebenaran... Ameeenn!

-------

"They can never hide the truth no matter how hard they try.
There will come a day, when all the lies will collapse under
their own weight, and the truth will triumph again."

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay Strong Malaysia! :-)

P/S: Splendid piece Datuk Maestro... TQ!
So many things to read, with so little time..
Touché to all Our Fellow Sahabats here.. Stay Righteous!

INDIGO said...

Ya ka?
Pasal apa?

You zindik mana?

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato'@ Menonggak arus yang deras penuh dengan jeram batu amat sukar dan kebiasaanya akan tersangkut di tepian samada berdayong ke pengkalan atau menunggu musim tengkujoh sehingga air melimpahi tebing dan perlahan-perlahan berdayung ke hulu.

2 Harga yang terlalu mahal bagi yang mencuba dan malang sekali tidak kesampaian. Begitulah nasib menimpa Tun Mahathir sekarang.

3. Perlukan seorang negarawan cuba untuk menembusi tembok yang begitu kukoh sehingga anaknya jatuh terhempas saperti kaca berkecai.

4. Adakah Dato' bersedia untuk menerima nasib yang sama dikala air di jeram tersangat deras. Mengapa tidak berlabuh sahaja di kuala sehingga air di hulu tenang semula.

iklas,
rahim

Ozz said...

Dato' KJ,

Negeri Kedah Darul Aman sekarang cuba nak kembali ke zaman kegemilangan Merong Mahawangsa. Pasai tu la boh pemimpin KEDAH TUA.

dt rahman pekan said...

for mukhriz a lesson well learnt I hope.

u hv lost d battle but d exact fate of d war is still being played.

my take is that a 'general' shld make all major decisions n allows a 'major' 2 make general decisions.

I do not know whether this is happening in mukhriz's household also.

wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).