Wednesday, March 23, 2016

Saman mungkir kewajipan fidusiari Ke Atas Mohd Najib


A Kadir Jasin

﷽‎


MUTAKHIR, 24 Mac - Laporan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani "Deklarasi Kelantan" yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Mohd Najib, sekali gus memeranjatkan dan tidak memeranjatkan.

Terbaik yang boleh diharapkan adalah ia satu taktik licik oleh Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mohd Najib. Terburuk, ia satu pengkhianatan mutakhir oleh Tengku Razaleigh. Masa akan menentukan.

Yang ramai orang tahu adalah Mohd Najib banyak meluahkan perasaan kepada Tengku Razaleigh manakala Tengku Razaleigh pula mempunyai keyakinan ramai ahli Dewan Rakyat serta rakyat jelata dalam usaha memaksa pengunduran Mohd Najib.

Mohd Najib tahu kalau ada orang yang boleh menjatuhkan beliau melalui proses Parlimen orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Razaleigh.

Pada suatu ketika, beberapa bulan lalu, Tengku Razaleigh dikatakan telah mendapat akuan berkanun (SD) daripada majoriti ahli Dewan Rakyat bagi menjatuhkan Mohd Najib melalui undi tidak percaya.

Tetapi melalui pemberian habuan, pangkat dan tekanan (coercion) Mohd Najib nampaknya telah berjaya mengepung ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Politik apa yang sedang dimainkan oleh gabungan Mohd Najib-Tengku Razaleigh ini sukar didalami.

Yang jelas adalah, bagi Mohd Najib kalau masih ada orang yang boleh menyelamatkan beliau, orang itu ialah Tengku Razaleigh.

Posting Asal


TIGA orang awam hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Mereka menuduh beliau mungkir kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasans (tort misfeasance) dalam kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Najib ialah defendan tunggal dalam tuntutan itu. (Lanjut di sini).

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Dalam bahasa yang mudah, fidusiari (bahasa Inggeris fiduciary) adalah amanah, khususnya yang melibatkan perhubungan di antara pemegang amanah dengan benefisiari (pihak yang mendapat faedah).

Dalam konteks ini, Mohd Najib adalah pemegang amanah manakala plaintif adalah benefisiari. Dalam kaitan yang lebih luas mereka bertiga mewakili semua pihak yang sepatutnya mendapat faedah daripada kedudukan Mohd Najib sebagai penjawat awam nombor satu negara.

Tort adalah salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil seperti ganti rugi.

Fakta saman:

1. Mohd Najib, sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

2. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

3. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Dua jumlah ini bersamaan dengan amaun yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib di AmBank dan amaun yang disyaki dialihkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan, ke akaun peribadi beliau.

Implikasi kes ini:

i. Menguji sejauh mana rakyat jelata boleh mengambil tindakan undang-undang/mahkamah ke atas seorang penjawat awam politik.

ii. Menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman Negara.

iii. Menguji sejauh mana tindak-tanduk seorang Perdana Menteri  “kebal” daripada tindakan undang-undang.

iv. Membuka Perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.

v. Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Mohd Najib.

Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu.

Saya tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Mohd Najib berupaya memutarbelitkan kes ini kerana mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada beliau dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam.

Wallahuaklam.

80 comments:

Ahmad Zaki said...

Datuk, untuk plaintif mendapat penghakiman, plaintif perlu membuktikan bahawa tindakan atau kecuaian defendan menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada plaintif. Saya rasa ini amat sukar dilakukan. Mungkin Datuk Khairuddin bersama Mathias Chang mempunyai lebih peluang berjaya terhadap AG vis-a-vis penahanan mereka tempoh hari. Bagaimanapun saman ini mungkin akan menambahkan tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan walaupun kita semua tahu dia tidak mempedulikan sesiapa atau apa-apa pun dalam mengekalkan kuasa.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Zaki Ismail

Waghih said...

AsSalam Dato'...

Bolih tak orang awam saman Tun M atas ...
1) Rm 10 billion yg BNM hilang ?
2) Rm 1 billion Bank Bumiputra / Carrian skandal .
3) Kematian penyiasat Bank Bumiputra keatas skandal Carrian .
4) Kematian orang kampong dlm kes Memali .

Isu yg berkaitan nampak samo , mengenai PM yg gagal menunaikan tanggung jawab dio dulu .

Waghih.

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ,

Skepikal sikit sama ada saman ini boleh berjaya, walau bagaimana pun suatu susulan yang baik untuk menguji bidang kehakiman kita. Seandainya ditolak mereka perlu jelaskan kenapa ditolak Saya kira Tun M cukup bijak mengolah tindakan ini supaya rakyat dapat saksikan lakonan AG kita. Beliau AG harus sedar seluruh dunia sedang memerhati beliau. Kepada para hakim pula mereka sewajarnya bertindak sesuatu seandainya mereka benar benar adil jika tidak mahu dicap sebagai pak turut.

Seandainya para yang arif mengikut rentak pukulan gendang AG alamatnya kepercayaan rakyat hatta masyarakat luar kepada bidang kehakiman kita akan luntur macam kain kena kelorox. Ingin sekali saya lihat muka muka pembodek Najib seandainya tuntutan ini menjadi kenyataan dan sewajarnya akan menjadi pembuka " flood gate " untuk menteri menteri yang lain di saman oleh rakyat. Sama samalah kita lihat nanti.

Nampaknya keadaan harga barang semankin teruk naik. Satu bundel (10 bungkus laksa kasar) naik mendadak kepada RM 22 daripada RM 18, sedangkan laksa dibuat dengan bahan utama beras yang bersubsidi. Apa kata menteri yang bertanggung jawab ? Sila beri jawapan.

wallahuaklam.

tebing tinggi said...



Sejauh mana usha ini berkesan ,adalah sangat-sangat diraguai .

hari said...

this won't work...it's just an attempt to create further perceptions...if a member of the public is allowed to sue a sitting officer for their official duties... then there would be a floodgate in litigation...imagine every MB being sued, every minister, exco, secretaries, department heads, local councils and civil servants being sued as they all hold a fiduciary duty towards the public...

LaM said...

Saman ni dibuat kerana Apandi gagal menjalankan tugas dan amanah sebagai penjawat awam utk jaga kepentingan awam,dengan melindungi pengamal rasuah Najib daripda didakwa. Apandi dgn niat jahat dan secara jenayah menghalang Sprm utk dakwa Najib dibawah sek.403 kerana secara jenayah menyalahguna duit awam RM42million yg dimasuk keakaun dia olih SCRI.

Apandi telah membiarkan wang rakyat RM42million lesap dgn bersokongkol dgn Najib. Peg kanan SPRm ckp kes terhadap Najib 'clear and straight forward'. Kalau dithabitkan, mahkamah akan arah Najib pulangkan balik RM42million selain terima hukoman jail and fine.

Sebab Apandi sudah bersekongkol dgn penjenayah, jadi saman ini adalah satu cara utk dpt balik RM42million dan RM2.6billion dari Najib. Harap Hakim2 melayu yg munkin bicara saman ni jaga kepentingan rakyat malaysia & tak jadi spt Apandi yg jaga kepentngan perasuah Najib.

Tai-Pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

Malaysia 2016 - Tempus Fugit

-Wow! So many things happening to Our Nation in this short period of time... Quite hard to catch-up..

-"Me, Myself & I" now got less time to write.. Have to work 3-2 times harder nowadays.. Adoi!

-So many things to read.. So many things to analyze.. So many things to comprehend.. Fuhhh!

-Our "Citizens Declaration" is 'in-motion'.. Rapidly 'snow-balling'.. Becoming "bigger & heavier" than ever.. YES LAH!!! :-)

-How to know??? Just go & mingle around the ordinary rakyat -"Newschool" & "Oldschool".. "Urban & Rural"- The support is extraordinary.. A solid "ripple-effect".. Alhamdu'Lillah!


Malaysia 2016 - Galactic Momentum

-What comes next (?) might be "an uprising" of Malaysians... A "Peaceful Uprising" Insy'Allah..

-Fasten our seatbelts everyone! The journey ahead will be steeply, bumpy & muddy...

-But for the sake of Our Nation.. "Come What May".. There is no turning back now..

-In order to save Our Nation... The only way to go now is to MOVE FORWARD.. NO FEAR!

-May God Almighty consolidate Our People in pursuing Righteousness... Ameeenn!

-------

"An error does not become a mistake until you refuse to correct it"
-unknown

"Always remember...
we are braver than we believe,
we are stronger than we seem,
and we are smarter than we think"
-Tai-Pan Jr

"Progress is the activity of today and the assurance of tomorrow"
-unknown

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Onwards Malaysia! Stay True!

P/S: Kudos DAKJ.. Stay safe.. Stay tough.. Stay sharp.. :-)

Yusree Razak said...

Boleh.....buat lah, kenapa tanya kat sini??? Pergilah buat sekarang

Yusree Razak said...

Boleh....nak saman pergilah saman, jangan cakap jer lebih...pergi buat lah

Kelapa Matag said...

Ekau mulo dulu lah waghih ooi.

Daniel Noor said...

Salam Datuk,

Since our beloved Tun M has started the ball rolling by suing Najib, I hope the Rakyat can follow suit.

But is this possible as you more learned than me regarding the laws of the country.

I am vety sure many thousands of Rakyat would lije to sue this Coward Warrior.

My only worry is the Court will sit on this issue abd only re-open it say in 10-15 years time.

Buyong. said...

Ayam kamu tak bertelor zaman Tun dulu pun boleh bawak saman ye.

Hang Kasturi said...

Salam DAKJ..we can safely assume that TDM and 2 others as Plaintiffs have consulted the best legal brains before filing the action. It is NOT based on frivolous or obnoxious facts that amount to an abuse of court process.

It is going to be a landmark case in Law of Torts and or Administrative Law.We can expect that both parties will be represented by the best legal minds and that the case be presided before the best judicial mind too.The whole country, in fact , the whole world awaits with keen interest how this case will proceed.

Hang Kasturi

Othaman Ahmad said...

Tak ada siapa melarang mentelah AG yg sedia ada kan orang Najib. Lagipun Tun Mahathir berulang kali mempersilakan mana-mana pihak menyaman beliau jika ada bukti. Nak tengok waghih ada telur tak atau hanya cakap berdegar macam pahlawan bacul itu?

pemerhati said...

Mr Hari...do not think it is floodgate...as long as agent fulfill his or her fiduciary duties to principal....no need to worry...para atlit dan persatuan sukan juga boleh mula saman penjawat awam yang berkenaan di kbs termasuk menteri dan bekas menteri kerana rasuah 100juta...atlit dan persatuan sukan lebih tahu apa yg berlaku

Ali said...

Hang buat la kalau rasa betui...tuui.

sukasamasuka said...

Datuk.

Please forgive me to digress from the topic of discussion on this blog due to the fact that I need to express my opinion on this subject of:

"Crown prince recalls 'dark history' of 1992 under Mahathir...Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim has recalled the incidents which transpired in 1992 during the tenure of former premier Dr Mahathir Mohamad, and reminded the government not to repeat such greed-driven episodes .

"I will never forget the 1992 constitutional crisis. I still remember how my family was treated by federal government officers.""

(http://www.malaysiakini.com/news/334934).


I WOULD LIKE TO STATE CATEGORICALLY THAT 1992 UNDER TUN MAHATHIR WAS NOT THE DARK HISTORY OF THIS NATION. IT WAS THE BEST WE EVER HAD WHERE DR. M STAND FOR THE RAKYAT AS LIKE WHAT HE IS DOING TODAY EVEN AT THE AGE OF 91.

RAKYAT WAS WITH DR MAHATHIR IN 1992 TO AMEND THE CONSTITUTION, NO TWO WAY ABOUT IT.

NO ONE SHOULD RE-INTERPRET THE HISTORY AS THEY LIKE INCLUDING THE CROWN PRINCE OF JOHOR. NO ONE IS ABOVE THE LAW. PERIOD.

1992 WAS NOT A DARK HISTORY IN MALAYSIA.

I DO NOT APOLOGISE FOR THAT. SORRY.

Just in time said...

Tengku Razeleigh has weighed in to say any taxpayer has locus standi to sue any public official for abuse of position.
He's not sleeping now thankfully.

Sirahak said...

Rasanya Kadiaq dah tak ada modal langsung sekarang..dok pi cerita benda sama dan tuduhan yang kadang 2nampak low class dan 'petty' (kemudianya berubah ubah pula, macam moving target).Dulu ulasan kadiaq selalu on the spot dan bernas dan intelligent tapi sejak nak jadi 'pencacai'Tun dan entah sapa lagi, (maaf cakap), sanggop merendah martabat dan kualiti penulisan serta kredibiliti...Mungkin ikut peribahasa 'dah selok pekasam biaq sampai pangkal lengan'jadi Kadiaq terpaksa ler jadi jurucakap orang lain..tak kira kredible atau tidak..Kadiaq berpandangan sama iaitu 'matlamat menghalalkan cara jadi bagi kadiaq tak pa ler Tun bersekongkol dengan LKS dan yang sebulu dengannya dan kumpulan kumpulan yang sememangnya anti Melayu dalam segala tindak tanduk mereka (segala apa yang boleh dikait dengan Bangsa Melayu dan Bumiputra akan di cemuh, disindir, di perli, dituduh, dipandang rendah dsbnya.) dan mereka yang berekongkol ini akan senyum lebar dan gembira dan merasa puas hati.Tak pa lah di jadi kaldai tungangan asai hati puas dan matlamat tercapai tapi akhirnyas rumah dan kampung tergadai.

muhazam shah a aziz said...

Boleh saman jela. Tuan nampak yakin seolah-olah ada saksi tidak fasik dan bukti nyata. Sila majukan saman tersebut.

Maaf menyampuk

roslan othman said...

Waghih,
Kamu ini mabok ka atau biol,kes BNM bermula pd tahun 1978,semasa tg razaliegh jd menteri kewangan dan Tun Hussain PM jd kelulusan pinjaman tu bermula tahun itu jd tanya tg razaliegh la,kemudian jalil auditor BMF dibunoh dihong kong tahun 1981/82 oleh kuncu carrian group itu lu pi tanya itu carrian group pasai apa bunuh. Berkenaan memali itu Ibrahim libya dah terlalu taqsub dgn amanat hj hadi yg kafir sesama islam kita kena salahkan juga hj hadi dan mereka menjadi extremist sanggup bunuh pihak keselamatan dan jgn lupa Tun Musa hitam yg juga menteri dlm negari ketika itu arahan dr beliau.

teja said...

Waghih,

Silakanlah mana2 rakyat Malaysia mahu saman Tun M. Rasanya beliau berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Sepanjang pengetahuan saya beliau adalah seorang yang terbuka walaupun dituduh seorang diktator. Pada zaman pentadbiran beliau akhbar Harakah catat jualan paling tinggi sampai mencecah ratusan ribu. Pada zaman pentadbiran beliau Umno diheret ke mahkamah sehingga diisytihar haram. Pada zaman pentadbiran beliau internet diperkenalkan dan DAP antara parti politik paling cergas memanfaatkannya. Pada zaman pentadbiran beliau tidak ada Brim bram brum dan rakyat jelata hidup senang tanpa perlu bayar tambahan GST. Pada zaman pentadbiran Tun M isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah tahu menjaga kedudukannya di sisi suami dan batasannya sebagai seorang isteri Perdana Menteri.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu."


Aku sokong 100% usaha tiga orang awam memfailkan saman awam terhadap Mohd Najib, terutama sekali atas keberanian dan ketegasan Dr. Mahathir dalam menangani masaalah negara akibat perbuatan durjana Perdana Menteri ke-6 ini yang dilihat sebagai pembohong, penipu dan kuat rasuah.

Ini lah kesempatan emas yang harus diambil olih Mohd Najib untuk "membersihkan" nama nya di mata rakyat Malaysia dan dunia. INI TANGGUNG JAWAB NYA SEBAGAI PERDANA MENTERI, WALAUPUN SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN NYA KETIKA INI MUNGKIN HANYA DALAM KADAR 26%.

"Nothing-to-Hide" ada-lah platform berunsur politik dan Mohd Najib sudah tersungkur dimata khalayak ramai dan kalah dimahkamah "public opinion".

Saman Awam ini berunsur undang undang negara, maka hanya di sini sahaja dia bolih "membersihkan" nama nya dimahkamah undang undang untuk kali terakhir sebelum membubarkan parlimen untuk PRU14. Kalau dia "lari" juga dengan alasan alasan tertentu macam kes Ling Liong Sik ( useless fock chow?), maka Mohd Najib tiada cerita.

Mohd Najib...can you face a 91 years old real Malay warrior in the Court of Law? I DON'T THINK SO.

What about Lim Kit Siang, as he was one of the signatories of "Deklarasi Rakyat"? I DON'T THINK SO.

Begini lah Mohd Najib...can you face seorang askar tua Mat Bakar sebab dia nak tau kenapa "satu bundel (10 bungkus laksa kasar) naik mendadak kepada RM 22 daripada RM 18...". I DON'T THINK SO.

MOHD NAJIB...yang mengundi kamu BUKAN Presiden Obama atau King Salman al-Saud...jangan la tunjuk berani dengan orang yang tidak mengundi kamu termasuk Sultan Johor dan Crown Prince Johor. I DON'T GIVE A SHIT WHAT THEY SAY ABOUT YOU.

What Dr.Mahathir say about you matter because I don't know you.

Stand tall like a man and be counted as one to face-off Dr.Mahathir...IT MATTER.

abdul qayyum said...

Dulu masa Tun buat jambatan P.Pinang ramai gila yg ragu2. La ni tak cukup satu nak lagi satu pastu nak lagi satu. Tun ni wawasan dia jauh lebih dari pemikiran kita. Kalau tak camana Dawning Raid tak de orang dok pikir kita sebagai bekas tanah jajahan lawan penjajah kita

abdul majid said...

Salam Datuk...

Lama dah tak mencelah or maybe melatah pada pandangan pihak yang yang sangat suka melatah.

BNM Governer Tan Sri Zeti Akhtar Aziz said the state investment fund failure to furnish documents to prove that the US1.83 billion investment that was supposed to be brought back to Malaysia from abroad, had been used for its restructuring plans and to pay off debts.

Zeti said the central bank had asked 1MDB to furnish the documents since last October, but the Finance Ministry-owned company has yet to do so.

However, the final decision is subject to the AGC'c approval.

Emmmm, saya sebagai pembayar cukai individu yang sekadar cukup makan & memang 'benggong' ini hanya diberi masa 4 bulan untuk tarikh akhir penyerahan borang BE to LHDN. Denda dikenakan jika lewat penyerahan.

1MDB ini kan 'glocal' as ungkapan PM kita masa awal menjawat. Business deal billion-billion tak kan dah 5 bulan lebih pun dari October 2015 untuk furnish documents to BNM...!

'Angan-angan mat jenin' ini pepatah dulu-kala yang tak berapa sesuai pada zaman maklumat sepantas kilat kini. Jika tidak berangan-angan dahulu then tiada dengan pasti hasilnya dikemudian hari. Sama la apa yang Tun lakukan hari ini. Dari tegak bertimpuh, baik rebah merempuh...

aku said...

PKadiag, salaam.

Setakat ni, nampak lebih ramai penulih yg tak yakin kesanan tindakkan saman munkir kewajipan atau 'fiduciary duty' ni. Pada pendapat aku la...ini satu tindakkan yg berani dan elimen kreatib. Kepada yg 'naysayers' ni, aku rasa benda ni tak perlu berjaya pon. Paling ciput, mat saleh kata dlm 'worst case scenario' kalu ditolak mentah2 sekali pon, maka ia munkin akan tambah 'kontradiksi' di pihak yg sepatutnya berwenang dan munkin menambahkan 'stress'. Sebelum menggagaikannya, seperti dijankakan olih pihak 'naysayers', depa yg kena dakwa ni munkin kena reka satu muslihat atau helah lisan atau sbgainya yg meyakinkan. Munkin lelah jugak. Lagu manapon, orang yg kena libat munkin akan teruih betambah dgn kos yg juga betambah kot...ke arah 'tipping point' atau 'critical mass' dlm satu gerakan massa....
Aku jugak kira tindakkan ni, insya'Allah akan bukak lagi satu medan tempog atau 'battle front', munkin dedahkan banyak poin serang hendap, perangkap samag dll. Orang dolu dolu munkin kata takkan selalu langit cerah di pehak depa...atau munkin panaih tak sampai ke petang... yg paling teraih kita coba seberapa daya, dan bejaya atau tidak, itu kerja Allah. Insya'Allah.
Wasallam.

Aku.

QalamQabut said...

Aku setuju dgn pendapat tebing tinggi. TDM akan terikat dlm satu proses yg ambil masa yg lama, jika pun saman ini dapat dijalankan. Jentera utk turunkan Mohd Najib akan terbeku.

Banyak cara lagi boleh digunakan utk gempur Mohd Najib.

Another Waghih said...

Somuo duit yang disobut kek ateh ni masuk ko dalam private account TDM ko?

Another Waghih

malaysia dilanggar todak said...

Salam Datuk,.....saman Dr.Mahathir,Khairuddin dan Anina terhadap Najib sangat dramatik.Satu episod yang sangat-sangat dinantikan rakyat.Jadi saya ingin menamakannya sebagai MAHATHIRISM VS NAJIBISM.Saya berharap setelah perkara ini berakhir nanti,pemerintah dan rakyat masa depan tahu apa itu NAJIBISM dan keburukannya kepada negara.Say No To Najibism.

timberman said...

To do something like I'd better then no one doing anything...really appreciate your trying to do bring down this tyrant...he has done everything in his favour...how can someone expect to get away with it...even if this fails there is still ways to bring him down as long as all Rakyats are willing to stand up for the cause...without the Rakyats he is nothing...Rakyats are getting very edgy as I can feel it...let's hope it will not come to that stage but if he is not resigning sad to say but it will happen as can be seen from history from Indonesia Thailand and the Phillipines...

ismail muda said...

Datuk, ada tak kesannya kalau sebilangan raykat negara ini di setiap negeri, pelosok & daerah membuat laporan Polis kes kehilangan duit rakyat yg begitu banyak?!?!

awang batuburok said...

Tahniah kpd YB TDM kerana berusaha untuk memperbetulkan semula segala kesilapan yang beliau mulakan dgn menjatuhkan DS Anwar dan Tun Abdullah dari jawatan yang mereka pegang.
Semuga doa almarhum Dato Ustaz FN dimakbulkan oleh Allah SWT.

A KADIR JASIN said...

1. Saya rasa ada ramai penyokong Mohd Najib atau mereka yang tidak setuju dengan pendapat saya yang cuba berbahas tetapi takut menggunakan nama sendiri atau pun nama samaran. Makin ramai yang hantar komen menggunakan "Anonymous" yang kita tidak layan dalam blog ini.

2. Saya amat hairan kalau mereka penyokong Mohd Najib mengapa hendak guna nama samaran pun keberatan atau takut? Apa yang mereka takutkan?

3. Adakah mereka takut kerana mereka sendiri mengakui majoriti pengguna media atas talian/Internet adalah anti-Mohd Najib dan mereka tahu mereka akan dibelasah teruk jika mempertahankan beliau?

4. Yang sepatutnya takut adalah pembahas yang anti-Mohd Najib.

5. Atau apakah mereka ini laskar siber baru/pelatih yang dilantik oleh panglima siber Umno, Ahmad Maslan yang tidak tahu kita tidak melayan komen "Anonymous" dalam blog ini?

6. Sebanar ada komen yang bernas daripada pengulas "Anonymous" ini. Saya cadangkan mereka cari nama samaran dan hantar semula komen mereka. Apa yang hendak ditakutkan?

Wallahuaklam. Terima kasih.

Ahmad Zaki said...

Datuk, saya nampak dua-dua pihak, samada komen mentokong DHN ataupun TDM diberikan tanpa meletakkan nama sebenar. Saya rasa kalau nak menyeru kepada keberanian, perlulah sendiri ada keberanian. Ada masanya kita tidak boleh hanya menyokong dari belakang. Ini juga yang disarankan oleh TDM dalam banyak ucapan beliau dan kelemahan ini jugalah yang menyebabkan DSN masih boleh kekal sebagai Presiden UMNO dan PM. Orang Melayu kita memang berkobar-kobar kalau bercakap tentang perjuangan tapi yang benar-benar berani berjuang dan mengambil risiko berapa kerat saja.

Terima kasih.

Ahmad Zaki Ismail

Waghih said...

Samo lah cerito ...

Tun M dulu taknak nyaman sobab ....
Tak Nak Habihkan Bogheh ..

Sekarang Tun M nak nyaman sobab ...
Nak Habihkan Bogheh ...
(Dah melimpah dlm kepuk ).
Mano datang agak ehh ?

Waghih.

Nor Firdaus Affendi said...

Assalamualaikum wrt Datuk,

Tertarik dengan komen Datuk tentang pengulas "Anonymous" dan ketakutan.

Dalam konteks Psychology, ketakutan / fear sering dilihat dari perspektif negatif. Dikatakan fear adalah punca kepada segala emosi negatif seperti kemarahan, kebencian, iri hati, tamak, inferiority complex, etc.

Pada masa yang sama, kita percaya Allah swt mencipta setiap sesuatu dengan sebab tersendiri, termasuklah ketakutan. Kita perlukan ketakutan. Jika tidak, mana mungkin kita dapat melintas jalan dengan selamat. Dek kerana ketakutan, kita mengambil sikap berhati-hati.

Jika kita mengkaji peel pengulas "Anonymous", timbul pula persoalan seterusnya. Mengapa mereka mengambil sikap berhati-hati? Tidak yakinkah mereka dengan apa yang mereka percayakan / tuliskan / perjuangkan?

Datuk, sebijak-bijak manusia, alam semesta ini dikuasai oleh kuasa yang jauh lebih bijaksana. Sekuat-kuat manusia, di atas manusia gagah perkasa ini ada kuasa mentadbir perjalanan alam semesta.

Pihak yang benar akan dilimpahkan rasa berani dalam lubuk hati mereka. Dan mereka diiringi dengan kekuatan. Atas keberanian dan kekuatan inilah, apa yang salah akan diperbetulkan.

Kebenaran akan menang. Sentiasa menang. Manusia boleh ubah AG, boleh ubah Menteri. Tetapi manusia tidak boleh mengubah hukum alam.

Kerana, perasaan dan tindakan manusia itu sendiri berjalan mengikut hukum alam. Termasuklah mereka yang diselimuti ketakutan.

Wallahua'lam.

Waghih said...

Bro ..

Dr Mahathir bilo bersaro dah jadi Tun M ...

Apo Tun M idamkan ?
Nak jadi ketuo balik .. jadi dio nak tubuh ' Council of Elders ' dgn dio jadi supreme leader .

Dio cukup marah dgn orang berpendapatan rendah . Taktau sobab ehh . Tun M nak tak setuju dan nak mansuhkan BRIM tu . Alahai ngapo gitu ? Biarkanlah ... Angapkan itu bonos untuk pekerja kilang , attendant minyak , penyampu sampah , cleaners dll . Rm 900 setahun ajo .
Ahli2 korporat (tambah lai penyokong Tun M ) dah dapek berjuta ...

Tun M sekarang ni lak dah nak hapuskan Jakim . Kan dulu Dr Mahathir jugak yg tubuhkan Jakim.

Panjang nak cerito ... tapi setakat ni jo lah ..

Sayang Dr Mahathir .. but Tun M must go lahhh.

Waghih

Think twice said...

Sukasamasuka 9.43pm
the rakyat is fully behind your vehement statement RAKYAT WAS WITH DR MAHATHIR IN 1992 TO AMEND THE CONSTITUTION, NO TWO WAY ABOUT IT.
.......NO ONE IS ABOVE THE LAW. PERIOD.
1992 WAS NOT A DARK HISTORY IN MALAYSIA.

Unfortunately someone opened Pandora's box and received an unexpected backlash, it unleashed the flood of comments supporting Tun M. Better think twice.

The rakyat was fully behind Tun M in the steps he took to protect them.

teja said...

Waghih

Ekau meghepek apo ni? Menyondol yo. Ekau suruh Tun M "must go lah" tapi go where? And from where?

Setahu saya perkataan go atau pergi dalam bahasa Melayu membawa maksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Jadi Tun M ini hendak disuruh pergi ke mana? Dan dari manakah Tun M itu?

Yang tepatnya kita boleh suruh PM Mohd Najib pergi. Ya, pergi dari pejabatnya dengan meletakkan jawatan yang disandangnya sekarang pulang ke rumahnya (tempat dia harus berada bersama isteri tercintanya). Sebab kami sudah jelek dengan tingkah laku dia dan menteri2 dia.

Isu 1MDB belum lagi diselesaikannya tapi dia boleh bercakap pulak tentang rasuah rm100 juta pegawai KBS. Agaknya apa perasaan dia waktu bercakap hal itu? Apakah kulit wajahnya setebal 10 inci?

Mohd Najib is a liability to Malaysian so please stop defensing him. Instead we must get rid of him kalau kita betul2 sayangkan agama, negara dan anak cucu cicit kita.

roslan othman said...

Waghih,
Kamu ini dah mula cakap benda tak relevant dgn apa yg saya jawab mula tadi sah pemakan dedak kelas bawahan hihihi..sori org mcm ni sepatutnya saya tak layan sebab tiada fakta mungkin kamu ini tak tau apa baru lahir masa kes BMF berlaku atau dengar cerita buta tuli.

roslan othman said...

Waghih,
Apa yg kamu sebut disahkan ke,kamu hanya spekulasi saja,kamu menyampah pun kat org tua tak yah la buat andaian saja....kalau tak ada fakta tak yah cerita la

roslan othman said...

Apa yg kamu merapu ini waghih,dulu Tun M tunggu najib saman atau kenakan tuduhan hasutan jadi boleh la dia pi makamah buka cerita,tapi sebab najib ini jenis panglima bugis penakut nak saman jd terpaksa la Tun M saman najib cuma nak masuk makamah buka cerita,WSJ dah masuk minggu hari selasa yg berapa ye Waghih Najib kantoi tak saman saman

ibrahim darus said...

Saudara Sukasamasuka
Did you get an aeroplane for your birthday ? After adding your salary plus allowances can you afford a BMW ? If not you will have to do some business. Perhaps buying land cheaply and selling them to foreigners at an obscenely high price would not be a bad option. But then in order to do this you have to be in the elite group otherwise forget it. Getting a model aeroplane is more appropriate.

Nenekghuffran said...

Waghih ooi...awak tahu ke ada orang berpendapatan tinggi pun dpt BRIM sbb tak dpt dikesan oleh LHDN mcm sorang kawan saya tu ada syarikat...rumah banglo...pakai Toyota Herrier..tp dpt BRIM. Siap tayang surat kelulusan BRIM dr LHDN kat kawan2..ape cerita?

Lu fikirlah sendiri...

QalamQabut said...

Memandangkan si Waghih ni popular kat sini, aku copy paste komen aku kat satu blog. Saja nak mudahkan dia baca respond aku kat situ...

>>> Waghih,

Kalau hang rasa seronok sangat duduk celah kangkang Mohd Najib, hang duduk la situ. Kami tak kisah, tak jeles pun. Kalau yg hang katu dedak, ambik la dekat hang.

Aku tau bagi hangpa Mohd Najib tu suci dan menyucikan. Apa yg dia dapat semuanya halal dan suci, nak sedekah dekat hangpa pun takdak masalah. Nak bawak balik bagi anak bini makan pun no problem. Aku tumpang syukur jugak. Tapi itu rezeki dia dan rezeki hangpa.

Bukan aku nak kutuk Mohd Najib habis2, bukan dia perangai setan iblis. Memang banyak budi dan jasa dia untuk Malaysia. Tapi bila nak cerita pasal 2.6b pun sampai terbelit lidah dia sendiri dan menteri2, tak upaya nak ceritakan kebenaran hingga ke saat ini, aku tahu dia bukan seorang pemimpin yg jujur dan ikhlas. Tak sudi aku nak kekalkan dia jadi PM walaupun dia gandakan BR1M aku ke seribu sebulan.

Kalau waghih masih fikir Mohd Najib pemimpin yg jujur, ikhlas dsbnya, teruskanlah bela, ampu sokong dan dokong dia. Tapi aku akan nampak seolah2 waghih dokong sekor biawak saja. <<<

Sedikit ajinomoto: Aku harap Waghih tak buat andaian dia kena serbu dgn pemakan dedak TDM. Aku percaya tak ada pengkomen di sini yg makan dedak. Aku percaya Waghih pun bukan pemakan dedak.

Pusing balik said...

Datuk, the latest news if it is true of Tengku Li signing the Kelantan Declaration means he has changed his position once again. Would be interesting to know if he is now trusted enough to be appointed Deputy PM ? Then what about Zahid and Hisham ? Guess we have to wait and see.

Waghih said...

Bro ...

Den bolih faham ghamai yg masih sayang Dr Mahathir . DSN pun masih sayang Dr Mahathir . Ahli2 UMNO pun sayang . Tak ketingalan ghamai rakyat Malaysia masih sayang pado Dr Mahathir .

Soalan yg bosar , ngapo Tun M tak sayang penganti beliau ... Tun AAB . Kan Tun M yg pilih sendiri .

Lopeh Tun AAB ... digantilak dgn DSN ... dipersetujui olih Tun M sendiri .

Masuk tahun keduo pentadbiran DSN ... Tun M dah mulo buek huru hara nak singkir DSN .
Sabelum thn 2015 isu yg dibonci kek DSN iolah tak buek jambatan bengkok , tak buek rail kereto api kembar , pemberian BRIM dan perkaro peribadi PM .
Takdo cerito 1MDB atau 2.6 B. Padohal maso tu Chicken Pua tongah berkiok pasal isu itu ...

Tahun 2015 dan saterusnya .. Tun M ambik lak 1MDB dan 2.6B .
Persoalan ehh mengapo Tun M percayo sangat cerito SR walaupun si Justro tu dah ngaku dokumen dah diubah .

Tun M masih tak nak percayo penerangan dari CEO baru 1MDB maso tu yg sumo dokumen above board dan di sahkan olih duo auditor antarobangso .

AG dah tanyo pado SPRM secaro spesifik apokah undang2 yg dilangar atas derma yg diterimo secaro peribadi . SPRM tak dapek jawab dongan spesifik . So no kes lah ...

So .. nampak bona dendam Tun M pado DSN . Lobih pado peribadi .

But then Tun M ado banyak kes dgn pemimpin kito sabolom ni ..
Dongan Tunku ..
Dongan Tun Husein on ..
Dongan Ku Li n Tun Musa..
Dongan Anwar .. ini sohih lah..
Dongan Rajo2 .. ok bolih terimo.

So , if you have issue with everybody .. then the problem is with YOU .

Peace bro ...

Waghih.

sukasamasuka said...

Datuk.

Sampai hati kau ya, saudara "ibrahim darus 6.35PM".

Aku guna duit titik peluh aku sendiri beli singlet pagoda dan selipar jepun. Sekurang kurang nya aku mampu juga tukar singlet baru kalau sudah koyak...bukan nya macam Datuk AKJ, pakai baju cantik cantik tapi macam yang sama saja...barangkali dirumah dia tak pakai baju.

Yang penting, kita beli barang pakai duit titik peluh sendiri. Buat apa tayang kapal terbang dan BMW kalau duit dari hasil titik peluh rakyat bayar cukai...puuiiiiih!

Cuba la buat kerja sikit macam askar tua Mat Bakar...berkat tu...Ya Allah Ya Rabbi. "Sejarah Hitam" askar tua tu bila nyawanya jadi benteng melawan Komunis, bukan nya balik dari Singapura bershopping.

Kammoo said...

Kpd penyokong2 najib tlng bthu boss hangpa kalau dh Majlis tertinggi, ketua bhg, timb ketua bhg dn naib ketua bhg semua sokong najib, tkde alasan utk buat PAU pd 2016 ni cabar tsmy lwn presiden tp kalau dia ada telor la

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saya harap saman ini adalah sebahagian daripada 'master strategy' Tun M dan bukannya satu-satunya strategi beliau.

Boleh dikatakan setakat ini DS Najib mempunyai strategi yang lebih berkesan sehinggakan Ku Li pun telah berubah untuk menyokong beliau.

In my humble opinion, less bluster more guile needed on our side.

Pahami Quran said...

Honesty & Justice Advocated
[4:58] GOD commands you to give back anything the people have entrusted to you. If you judge among the people, you shall judge equitably. The best enlightenment indeed is what GOD recommends for you. GOD is Hearer, Seer.

Baca context dari ayat 56 hingga 63
Baca di sini
http://masjidtucson.org/quran/noframes/ch4.html#58

msh said...

Salam Dato dan Pembahas2 yg dihormati.

Selain dari semua Pemakan2 Dedak HZ 'rasmi' yg melibatkan majoriti Ketua2 Cawangan..Ketua2 Bahagian... Ahli2 MT Parti dan anggota2 Kabinet..AG dll ...ada ramai lagi org2 Melayu diseluruh negara yg masih buta mata... akal dan hati termasuklah sdra Waghih...kerana ikut serta menjadi Pemakan Dedak i.e; mahu Penyangak No 1 negara Kekal memerintah.

Kalau Pemakan2 Dedak HZ rasmi.... memang kita faham... kerana dapat Mentedarah Dedak yg ditabur oleh Penyangak ...Tetapi bila Melayu2 lain (termasuk Waghih) pun turut serta...ini yg masalahnya.

Tetapi sbgai seorg Melayu..yg telah hidup hampir 60 tahun. sy kini TIDAK LAGI TERPERANJAT ATAU HAIRAN DGN BANGSA YG 'MUDAH LUPA'spt kata Tun M..RENDAH JATI DIRI....MALAS BERFIKIR DAN ISLAM CUMA PD NAMA SAHAJA.

Lihat sahaja bagaimana Ketua2 Melayu baik Umno.,PKR mahu pun PAS yg lagi teruk ....telah dgn TERANG2 MENJADIKAN UGAMA sbg ALAT semata2.

Berbalik pd Topik Dato....usaha Tun...Khairuddin dan Anina wajar disokong semua walau pun kita percaya Penyagak HZ ini akan tetap konsisten yakani penuh tipu daya untuk menangkis dan mempertahankan diri.

huhhh!!!
Sial tahap gaban.

Hidup Tun..kerana anda adalah seorg Pejuang Bangsa dan Ugama yg sejati.

Bagi mereka yg masih Menyokong Penyagak HZ ini....tulislah diblog lain atau buka blog sendiri... tidak perlulah berkongsi hujah kurang cerdik anda disini sebab isu disini adalah Mengenai Salah Laku Penyagak No 1 Negara....bukan pasal Tun M..DAKJ..Zam..Kit Siang...Hadi dsb.

Faham betul2.

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ,

Mohon sekali lagi saya mencelah, buat saudara suka sama suka, janganlah terlalu meyanjungi saya di atas "jasa" saya kepada negara ini. Sebenarnya tugas saya sama saja dengan rakyat jelata yang lain tetapi berisiko yang berlainan. Risiko saya ialah jika silap atau lalai peluru musuh akan memamah tubuh saya, begitu juga seorang tukang sapu sampah di tepi jalan, jika ia lalai mungkin akan dilanggar kenderaan yang lalu lalang namun tugas tetap sama untuk negara. Besar atau kecil upah yang diterima adalah halal dan berkat (jika tak ponteng kerja) setiap sen yang kita belanjakan diberkati tuhan untuk kita dan seluruh keluarga kita insya'allah.

Kisah saya "pinned down" oleh musuh di Sarawak tahun 1973 sebenarnya bukan semalaman tetapi hanya beberapa jam sahaja, musuh kami ketika itu (PARAKU) Pasukan Rakyat Kalimantan Utara serpihan Parti Komunis Sarawak ketika itu. Mereka terdiri dari lebih kurang 20 anggota sedang dalam perjalanan balik kampung untuk tahun baru cina. Kami 4 anggota Pasukan Khas Perisikan Tempur bertembung dengan kumpulan ini di dalam paya belukar yang dipenuhi dengan pokok nibung. Kami dalam misi mencari maklumat musuh untuk tindakan susulan pihak atasan. Pihak musuh meyedari kehadiran kami maka terjadilah tembak menembak. Terus terang saya katakan sebutir peluru pun saya tidak lepaskan kerana princip latihan kami tembak bila nampak clear target, lagipun saya radio operater berusaha menghubungi markas di Kuching yang seterusnya menghubungi pasukan RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) berdekatan iaitu di Lundu untuk membantu kami.

Berbalik pada situasi tadi pihak musuh tidak berani merapati kami kerana mereka kekurang "fire power" sedangkan kami berbekalkan 500 butir peluru seorang, setelah beberapa jam bantuan tiba barulah kami keluar menemui anggota RAMD namun kami agak bimbang ditembak mereka kerana kami berpakaian preman. Setelah semua selamat pihak musuh melarikan diri (Tak rayalah depa) dan di buru oleh pasukan tadi. Saya difahamkan dalam pertempuran susulan 5 anggota musuh berjaya dibunuh.

Moral daripada kisah ini ialah wang gaji yang saya terima adalah halal dan diberkati Allah, pada mereka yang mencuri duit rakyat dan membeli makanan HALAL, makanan tersebut tetap HARAM sampai bila bila. Bertaubat atau pergi UMRAH untuk menyucikan diri memang baik dan tuhan itu maha pengampun TETAPI bagaiman dengan rakyat, ampunkah mereka ? jika tidak maka yang haram tetap haram walaupun 100 kali buat umrah. Kepada pencuri dan pengikutnya, inilah pesan saya jangan meyesal dan merintih jika anak dan keluarga anda ditimpa musibah, sakit berpanjangan tidur tak lena (melainkan telan Valium). Awaslah balasan tetap ada cuma cepat atau lambat sahaja, ALLAH maha adil.

Wallahukalam.

ibrahim darus said...

DAKJ
Saudara Sukasamasuka,
Apa yang saya catat tu adalah sarcasm. Bukan ditujukan kepada saudara tapi kepada golongan istana. Maaf kalau menyinggung perasaan saudara.

Ali Awang said...

Dato',

If this is a betrayal then Tengku Razaleigh should be condemned for his act. He has given hope to so many people with his SD to remove Najib. He has received full backing of the opposition MPs and some BN MPs from Sarawak.

He has also met the Agong and other rulers to get their consent for his no confidence SD against Mohd Najib.

By signing the Kelantan Declaration Tengku Razaleigh has indeed betrayed the rulers, the MPs and the people who support him.

But if that is a trojan horse strategy then there's hope for the country to see the exit of Najib.

I agree with you Dato' that if there is anybody left for Najib to trust Tengku Razaleigh is one of them.

Tengku Razaleigh can work out safe passage for him. However if Tengku Razaleigh, like most of them, has also eaten the dedak as you often said then we have lost all hope of removing Najib via Parliament.

We have to wait for the General Election... sad

Ahmad Zaki said...

Datuk,dengan tindakan ini nampaknya macam TR bertindak secara opportunis. Betul seperti Datuk cakap, yang terbaik akan datang daripada ini adalah DSN akan turun. Namun bijakkah jika jawatan PM dipegang oleh pemimpin opportunis yang, dalam membuat satu tindakan atau pendirian, akhirnya akan memikirkan bagaimana tindakan itu boleh mendatangkan kelebihan pada dirinya? Mungkinkah kita keluar dari mulut harimau terus masuk mulut buaya? Harap-harapnya tidak. Mereka yang lebih mengenali TR yang lebih tahu. Dan Allah yang maha mengetahui.

Terima kasih.

Ahmad Zaki Ismail

nothing to hide said...

Say what you like about Tun but forget not under him BN won 5GE with 2/3 majority. Something future leaders can only dream of. Current pm? Dont waste time dreaming. The foreign agencies investigating him cannot be bought. Dream of a tiny place in sungei buluh. That's where he belongs.

nothing to hide said...

The malays are being laughed at for still supporting a liar a cheat and a thief. Apa ada pada melayu sekarang kalau masih membutakan diri pada perbuatan menipu dan mencuri? Tak malu ke menyokong seorang pemimpin yg pembohong penipu dan pencuri?

nothing to hide said...

Macam mana melayu nak maju? Masih sayangkan pembohong penipu pencuri?

Abdul Lah said...

salam...

waghih,

saya tak tahulah awak, tapi saya marhaen yang biasa2 ni mmg tak dapat hadamlah konsep 'DERMA PERIBADI' bernilai RM2.6 BILLION...

puas dan gigih saya telusuri akal dan sanubari saya untuk mencari rasional bagi justifikasi derma tersebut, tp sampai la ni tak jumpa lagi logiknya...

awak tolong bagi 'enlightenment' ke saya, boleh?

Betrayal said...

Datuk, what does Tengku Li want now? If by signing the Kelantan Declaration, then he is condemned for his act.
If it is true that he met with the opposition and the rulers to get their consent for his no confidence SD against Mohd Najib, then Tengku Razaleigh has indeed betrayed everyone including the rulers, the MPs and the people who supported him.

Moral of the day: What does it take for a person to lose his/her principles ?

pemikir said...

Salam Datuk AKJ,

Persepakatan Najib(NR) / Razaleigh (TR) adalah menepati ramalan apabila TR tidak menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Terlihat seolah olah TR kecewa kerana sekiranya dia menandatangani DR, ia kelihatan seolah olah dia menjadi Pak Turut kepada Tun Dr Mahathir sekali lagi.

Saya merasakan cara TR ialah kita perlu membuat kerja untuknya dan dia hanya mahu di lihat sebagai orang yang mempelopori sesuatu movement yang baharu. Kekecewaan TR ini mungkin telah mewajarkan langkah terbaru dengan mempelopori persepakatan bersama NR.

Walaubagaimanapun, TR telah termaktub tidak dihormati lagi olehkawan dan lawan. Dan Kelantan semenjak 1990 selepas TR tersingkir dari UMNO telah tidak dapat di tawan lagi oleh beliau walau pun berlambak lambak peruntukan yang di beri.

Hari ini kuasa politik dilihat bagaimana anak anak muda memilih.

Memilih untuk bersama TR/Najib akan menyebabkan masa hadapan Negara akan menjadi sejarah masa kini. Kedua dua mereka tidak mempunyai idea yang terkini.

Saya tidak percaya bahawa TR telah berjaya mendapat majoriti SD dari Ahli Parliment BN/Pembangkang bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada NR.

Memang ada usaha dibuat,ada peristiwa yang berlaku tetapi ia adalah satu petunjuk daripada TR untuk mendapatkan perhatian semua dari NR atau Tun M. Namun usaha beliau (TR) adalah hangat hangat tahi ayam.

Kini persepakatan dengan NR telah memberikan nafas baru kepada TR di dalam politik.

Sebagai kuda tua baru tunggangan Najib dan kuncu kuncunya,TR akan berasa bahawa nostalgia 1987 berulang.

Kita akan melihat seterusnya langkah TR samada jelmaan semulanya akan menjadikan dia kuda lumba, kuda sarkas atau kuda padi.

Wallahualam.

sukasamasuka said...

Datuk.

Orang Melayu Kelantan tau menilai yang mana kaca, yang mana batu permata...Tengku Razaleigh mana ada pengaruh di Kelantan...jauh sekali di kawasan tempat lain, terutama sekali sokongan MPs dari diSabah/Sarawak. ZERO.

"Deklarasi Kelantan" hanya lah "diversionary tactic" mainan politik yang bertujuan untuk mengutip "duit derma" untuk diagih agihkan kepada macai macai UMNO. Selain itu, "Deklarasi Kelantan" ada-lah untuk Anuar Musa mengaburkan mata pasal kes skandal rasuah MARA di Australia dan Mustafa dengan TPPA nya.

INI SAJA MAINAN POLITIK ORANG MELAYU UMNO KELANTAN SELAMA INI...CARI DUIT...DAN MAIN DUIT MENANGGUK DI AIR YANG KERUH MELALUI PROJEK PROJEK LUMAYAN...

TENGKU RAZALEIGH TIDAK ADA KUTIP SD. CONFIRM TIDAK ADA. JANGAN TIPU LA TENGKU. PEMBOHONG. MAU CARI DUIT ADA LAH.

Begini lah politik orang orang Melayu dalam UMNO buat masa ini...cari duit. Ada yang kreatif lagi jual agama seperti "buat kenduri tolak bala", ambil fotos, dapat duit dan project. Macam macam kerja kamu ni...semua nya kerja menipu macam pemimpin nombor satu negara.

Sekarang pula, si Khairy pula kena "cuci kaki dan jilat tapak kaki" si Najib...kesian juga budak Oxford ni...bapa mentua jadi penasihat Petronas, dia pula kena jilat kaki orang.

INI LAH UMNO. SEDIH.

Mujahid said...

"Persoalan ehh mengapo Tun M percayo sangat cerito SR walaupun si Justro tu dah ngaku dokumen dah diubah."

Mintak tunjuk sikit bukti side by side, tang mana dokumen yang dah diubah tu boleh? 1MDB kan ada dokumen-dokumen original. Letak je sebelah dokumen yang katanya dah diubahsuai tu kita nak tengok sket.

O ye. Sehubungan tu. Dah terlanjur nak tunjuk kat kita bukti dokumen asal tu, boleh la tunjuk sekali semua penyata kewangan asal wang yang dah dipulang balik, stetmen dua kad kredit yang peguam negara tunjuk kat kita hari tu, dan juga rujukan cukai yang dah dibayar atas penggunaan wang untuk tujuan politik yang lebihkurang 500 juta tu. Mintak kat Shahril Samad, resit cukai sejuta yang dia terima hari tu.

"Tun M masih tak nak percayo penerangan dari CEO baru 1MDB maso tu yg sumo dokumen above board dan di sahkan olih duo auditor antarobangso."

Kalau harap percaya air liur Arul Kanda suruh percaya pada cakap dia, dah sah-sah tak boleh percaya: dah berapa kali dia kantoi kelentong? Tengok cash dengan mata kepala sendiri tiba-tiba boleh tertukar jadi unit. Bos ter-tipu dalam Parlimen pun dia boleh buat dek, ni nak suruh kita percaya pada CEO Baru 1MDB?

Auta je lebih.

MakUda said...

KuLi sejak dulu lagi memang begitu perangainya..
Tidak boleh dipercayai..tengok riak muka pun dh tahu sikapnya
kemana ego orang kelantan?? Ku Li telah menjawabnya..
Orang seperti KuLi jangan sekali kali diberi peluang menjadi Perdana menteri..
Allah tidak merestuinya dan telah kecundang ditangan Tun M..
Masa telah lama belalu namun KuLI tetap KuLi..budu tetap budu..

Orang Kampung said...

Sekadar mencelah dan perkongsian ilmu. Setakat pengetahuan saya selama sembilan tahun belajar agama secara formal dan ditambah dengan belajar tidak formal sehingga kini, Allah hanya ampunkan dosa dosa yang tidak terlibat dengan sesama manusia melalui taubat kepada Nya seperti melalui wasilah umrah dan seumpamanya . Tetapi yang terlibat dengan manusia perlu mendapat ampun maaf dari mereka terlebih dahulu. Jadi saya amat bersetuju dengan hujah saudara . Wallahualam .

Praxis said...

The court action takes care of the legal front, and formulates the legal, judicial problems in a manner no other can, and aslo resolves it in one clear move which situates the legal problem in its proper context, and should help people focus on the critical issues. Whether Tengku Razaleigh remains true to the cause of righteosuness and justice is his problem, not so much the problem of the Save Malaysia movement. We have to remain loyal on the genius and sanctity of Dr Mahathirs' solurions.

sukasamasuka said...

Datuk.

"50 World's Greatest Leaders by Fortune Magazine.

Clare Rewcastle Brown,56, Editor and Founder, Sarawak Report: Through her website Sarawak Report, London-based journalist Brown has become an irritant in the corridors of power in Malaysia. Her exposés on state investment fund 1MDB—publicizing the alleged siphoning of $700 million into the pockets of Prime Minister Najib Razak...the government has tried to arrest her for “activities detrimental to Parliamentary democracy” and has banned her website.

Angela Merkel, 61, Chancellor, Germany.

Aung San Suu Kyi, 70, Leader, National League for Democracy, Myanmar.

Sheikh Hasina, 68, Prime Minister, Bangladesh."
(http://fortune.com/worlds-greatest-leaders/)

Sorry, Mohd Najib WAS NOT on the list and there IS ONLY one Muslim leader on the List of Top 50, none other than Sheikh Hasina, 68, Prime Minister, Bangladesh.

Islam-protected UMNO concept of "Wasabiyah" sucks, NOT EVEN RECOGNIZED in Malaysia, let alone outside Malaysia.

So, Tun M is right and please proceed with the court case. We are in the right direction.

sukasamasuka said...

Datuk.

One of the leadership qualities of Tun M is like to try new idea and "swim against the current". During the Asian Financial Crisis 1998, not only ordinary Malaysians were skeptical about the exchange control to curb excessive speculation of Ringgit, but IMF, the World Bank, the Wall Street and just about anybody who was somebody was dead against the never-tested idea.

The revolutionary idea saved Malaysia.

If our Malaysian lawyers are not sure how to proceed, please humble ourselves by engaging the best mind in legal fraternity by inviting the service of the Queen Counsel. I am sure such a landmark case will attract great interest within the Commonwealth countries especially Britain. Please advise Tun M nicely...sometime the old man has big pride as Malaysian, we understand that. Please, we and those outside Malaysia who know Tun M, always have trust on him on issue like this. Everyone is watching Malaysia now as this is unprecedented.

RD. said...

Saya setuju pendapat Saudara Mujahid.

Kalau betul 1MDB tak salah, bentanglah semua document. Apa yang nak dirahsiakan dari Rakyat? Lagi pun, duit yang 1MDB pertaruhkan tu adalah duit Rakyat. Kalau guna duit sendiri, boleh la, Arul atau Najib nak berahsia-rahsia.

Selasa bin Selasa said...

Tun M jadi PM selama 22 tahun. 22 tahun bukan masa yg singkat. Kalau Tun M bukan PM yg berjuang utk rakyat dan negara, Malaysia ni dah lama muflis dah. Tak payah tunggu 22 tahun, dlm 10 tahun pun dah boleh bankrap tanggung hutang berbillion2.

Walaupun Tun berdepan dgn krisis RM dizamannya tapi Tun tak bebankan rakyat dgn GST. Tak de GST pun Tun berjaya naikkan balik nilai RM kita.

Yg pasti Tun bukan penyamun.

nothing to hide said...

No such thing as safe passage. He will be brought to justice. The people will demand it. The next pm will not last long if he lets the thief go.

Zalman A said...


"Tengku Razaleigh can work out safe passage for him. However if Tengku Razaleigh, like most of them, has also eaten the dedak as you often said then we have lost all hope of removing Najib via Parliament."

Ku Li has often given mixed signals. It is a trademark of his.

Some theories:

a) Mappadulung wants to make him DPM over Zahid's head - not likely at all.

b) Ku Li was "ambushed" by Annuar Mara to sign it - maybe.

c) Ku Li just wants no more effort or trouble and has just given up - likely.

By the way, Ku Li is 12 years (a full decade) younger than Tun.

Age is no barrier to fighting on, but does Ku Li have it in him?

Ku Li will not be remembered well, if he has decided to switch camps, because I am 100% certain that Mappadulung's name will be tainted for every future generation of Malaysians.


Zalman A said...


Tun's court case will fail.

But I think he knows that!

BlackBelt7676 said...

Waghih ini satu contoh orang bodoh yang nak tunjuk pandai, cakap berdegar, telor tak de. Buat lah Waghih, sebelum tu cari duit nak bayo kos mahkamah ye.... kot gagal, hai pendek akal...

Pompuan said...

Salam DAKJ and fans/ non-fans
I agree totally with Wagih and Hari. Just a futile effort by my beloved Tun M to sue Najib. It will not see the light of day. Lawak jugak Tun ni ya nak setaraf dengan si Ainina dan suami Umi Aida. Takde orang lain ke yang nak jadi litigation partners. At least DAKJ or TS Zam okaylah jugak. This will be just for the record jelah ya. Nak tunjuk yg Tun M means business.
Every night I watch TV3, I cried a silent tears. Tun M has been shredded to pieces by every Tom, Dick and Harry. Dah takde harga lagi.
In the first place, from the start Ku Li never make any declaration to support Tun M. On the day of the declaration, he said he never knew at all about the declaration. Now he's signed the Kelate Declaration to support Najib.
Tulah Tun M memang silap langkah pilih Anwar masuk UMNO to neitralize Ku Li. If not we won't be having this problem now. Najib wont be in the picture yet as PM.
The only problem is Ku Li is such a gentleman to seize the opportunity now.
Winner is still Najib. Punyalah licik mainan politik dia. Ku Li taknak jadi Advisor Petronas. Okay I lantik Pak Lah. Jakilah Tun M. Panggil pulak Dollah lancar buku His 40 years journey in politics. Puji melangit Najib.
Lepas tu Najib buatlah bangunan 118 nak tunjuk terror lagi dari Tun M's Petronas Twin Tower. Bak kata my Aki gona melawan Najib.
Give up jelah this bid to ouust Najib. Tun M will end up being dug deeper into obscurity and shame.
So DAKJ you are going to tomorrow's rally? Do you think it will get the thousands of supporters ressponse? Or will it be aborted for very small attenfance? Very likely kan. Malu lagi Tun M.
Udahlah tu. Mukhriz said your declaration will be brought to the Conference of Rulers. Really? Do you think the Sultans will look at it. Hari tu ramai yg cakap kononnya Sultan Johor tak suka Najib. Come on yg naik kereta dan santap dengan Sultan tu siapa. Najib ni dah keturunan orang Istana. Tentu Sultan sayang kat dia hendak pulak Sultan Pahang.
Kalau baca blog Tunku Mahkota Johor memang tiada maaf bagi Tun M yang mengurangkan power Istana. They don't forget.
Susahle DAKJ. Kalaulah Badawi setegas Najib tak nak letak jawatan. Alangkan si racist Guan Engpun tak nak letak jawatan. Isy isy. Bila nak tulis pasal scandal rasuah Penang?

mmmm said...

go sleep & dream. much better huhu

nothing to hide said...

The courts wont allow any queen counsel to appear here. Our judges are not bright enough to comprehend their arguments.

muhazam shah a aziz said...

Funny la u kakak. Trying so hard to look down on TDM and his supporters. No fact just random quote from tv3 and utusan.

1 request if u dont mind. Pls use only 1 languange in your writing which i can see your are good at both...better than me. But bahasa rojak is disturbing. I am learning from you and others too as i noticed most of people here have very good english writing skills. Then we can continue to disagree with each other in more mature way.

Btw. I need no further evidence on 2.6b case because Najib himself has admit it. To me it is very simple. Donation or not the conduct is unacceptable. If Najib is not PM, will he gets that money? Its a clear case of power abuse.

Who on earth will donate that much money without expecting something in return? Lunatic at it best.

With his and family superly lavish lifestlye....i doubt he is clean.

Btw.BN or Opposition, lets bring corrupted leader before justice.

Saya Jantan said...

Alamak, makcik Pompuan meleter lagi.
Makcik tak nak tau ke kenapa PM banyak sangat duit? Takde langsung curiosity?

OK apa Tun nak tanya pasai ni semua. Sebab kami warga marhean pun nak juga tau.
Saya tengok Tun (generasi tok saya) orang yg berani. Saya banyak baca tentang dia.
Saya rasa dia tak brpa kisah how history judges him. Jadi tak payah lah makcik nak rasa konon nya kesian ke apa. He is his own man. He knows exactly what he is doing. Satu lagi, Tun M boleh jawap apa saja soalan ditanya. Tapi kita tak pernah tengok dsn taking questions.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).