Sunday, March 27, 2016

Siapa Orangnya Melayu?


A Kadir Jasin


SAMBIL menunggu inspirasi menjelma
Minda disirami kreativiti kelas dunia
Mohon izin saya bertanya:

Melayu itu siapa?

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Adakah Melayu itu perwira
Cendekiawan dan pendeta?
Yang kepahlawanannya
Terkenal di seantero dunia
Atau sekadar cerekarama
Mitos dan khayalan semata-mata.

Adakah Melayu itu Hang Tuah?
Setianya padu tidak berbelah
Hilang segala kira bicara
Sanggup membunuh sahabat setia
Kononnya, pantang Melayu derhaka.

Atau Jebat kah Melayu?
Ambil peduli ambil tahu
Setianya berpaksikan keadilan
Kerana saudara sedia berkorban
"Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah."

Atau Melayu bangsa pura-pura?
Tiada maruah tiada sifat mulia
Diberikan agama dia persenda
Jubah serban itu yang utama
Kerja mungkar dibuatnya juga
Derma dan sedekah dimohon dipinta
Bila berhutang buat-buat lupa.

Atau Melayu tiada jati diri?
Diberi amanah dikhianati
Maruah boleh dijual beli
Tidak peduli harga diri.

Disogok disuap tenggelam punca
Haram halal tidak lagi dikira
Asalkan kaya, rumah bagai istana
Peduli apa slogan dan cogan kata
"Demi agama, bangsa dan negara"
Itu hanyalah pemanis kata.

Atau adakah Melayu lahirnya penipu
“Congenital liars” takdirnya begitu?
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri
Siakap senohong gelama ikan jenahak
Bercakap bohong lama-lama jadi penyangak.

Benarlah kata Usman Awang:

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.



Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak....

Wallahuaklam.

43 comments:

Fendi Ahmad said...

"Demi Agama, Bangsa dan Negara"

Kalau Melayu pegang betul-betul maka Melayu tidak akan layu, tidak akan haloba, tidak akan khianat dan tidak akan diketawakan

Zalman A said...


Salam Datuk

I can understand Tun's frustration and anger at the direction of the Malay community.

He gave the prefect springboard to uplift the Malays; but under Dol Tido & Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, the country has gone backwards to the status of an international laughing stock.

The culture now is nothing but corruption, hypocrisy and stupidity. The two principles of "Loyal But Not Smart" and "Cash Is King" have a logical consequence - you will end up with stupid, corrupt people running the country. And that is exactly what we have.

Maybe we should just hand the Peninsula to Indonesia and East Malaysia to the Philippines. Let them run the country. They have done better in solving their corruption issues.

Or even better, just remove Mappadulung.

Then we can remove budaya "Cash Is King" & "Loyal But Not Smart" and rebuild the country.

Waghih said...

Apo camtu lak Dato ...?
Yang last tu ...

Sepatut ehh ...
" Biar mati anak jangan mati adat "

Persoalan ...
Melayu campor koling .. camno lak ?

Pure melayu ..
Waghih.

jafri muda said...

Salam tok...melayu tu kalau mengikut kamus jawa bermakna lari atau meminggirkan diri

buah kerdas said...

Untuk kesekian kalinya, izinkan saya menurunkan semula nukilan Khalil Gibran yang diterbitkan pada tahun 1923 dulu. Teralu banyak kesamaan antara identiti bangsa Melayu kini dengan bangsa yang sedang diratapi Khalil Gibran. Ini nukilannya:

Pity the nation that is full of beliefs and empty of religion.
Pity the nation that wears a cloth it does not weave
and eats a bread it does not harvest.

Pity the nation that acclaims the bully as hero,
and that deems the glittering conqueror bountiful.

Pity a nation that despises a passion in its dream,
yet submits in its awakening.

Pity the nation that raises not its voice
save when it walks in a funeral,
boasts not except among its ruins,
and will rebel not save when its neck is laid
between the sword and the block.

Pity the nation whose statesman is a fox,
whose philosopher is a juggler,
and whose art is the art of patching and mimicking

Pity the nation that welcomes its new ruler with trumpeting,
and farewells him with hooting,
only to welcome another with trumpeting again.

Pity the nation whose sages are dumb with years
and whose strongmen are yet in the cradle.

Pity the nation divided into fragments,
each fragment deeming itself a nation.


― Kahlil Gibran, The Garden of The Prophet

Sebagaimana Khalil Gibran meratapi musibah bangsanya, bangsa Lubnan, begitulah juga bijak pandai Melayu sedang meratapi bangsanya sendiri sekarang.

Hari ini Lubnan bukan lagi satu bangsa dalam ertikata yang sebenar. Lubnan kini adalah kelompok manusia yang setiap kali bangkit dari tidur hanya mampu mengharap agar Israel tidak mengebom mereka.

Adakah Melayu Malaysia akan jadi seperti Arab Lubnan menjelang 2050 nanti?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan Hang Tuah dan Hang Jebat,

Pernah saya sekali pergi ke perpustakaan di Singapura.

Ada buku Sejarah Melayu, saya baca.

Ada cerita berkenaan Hang Tuah, Hang Nadim dan Puteri Gunung Ledang.

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang minta hantaran kawin satu dulang hati nyamuk dan macam-macam yang bukan-bukan. Dalam ilmu Sains, Nyamuk tidak ada hati pun.

Saya pun pernah sampai ke Gunung Ledang sewaktu sekolah dahulu, tidak ada Puteri atas Gunung.

Saya agak terkejut kerana dalam buku Sejarah Melayu, Hang Tuah bertarung bukan dengan Hang Jebat tetapi dengan Hang Kasturi.

Dalam buku Sejarah Melayu , Hang Tuah bunuh Hang Kasturi, sahabat karib sama "Hang" dengan dia yang mengamuk membela kematian Hang Tuah.

Hang Tuah bunuh sahabatnyam Hang Kasturi dengan menikam dari belakang.

Kalau kita tengok filem koboi "Cowboy" Hollywood, menembak dari belakang "Shooting in the back" adalah dilarang dan dianggap pengecut.

Tindakan membunuh sahabat karib sendiri, kesetian membuta tuli dan menikam dari belakang adalah bagi saya "nilai" yang tidak boleh diterima untuk tamadun manusia zaman sekarang.

Daripada zaman sekolah lagi, Hang Jebat idola saya.

JMS said...

DAKJ,

This is in response to Pompuan's comment in your previous posting.

1. Pompuan is just a fainthearted (Melayu?) who can easily succumb to any form of challenges and threats, big or small, facing him. The very first to become a deserter if it were a war will be him. On the hand TDM has been a fighter since his younger days. He will continue to pursue his cause even if he is the only one left in the battle field. The more challenges he faces, the more determined and resolute he becomes until victory is achieved.

2. On Ku Li, he is out of circulation and has become irrelevant in so far as Kelantan Istana is concerned. A sun set politician what he is. And knowing personally that the Kelantan Istana is such a powerful and influential institution in the eyes of the Kelantanese, what better opportunity for him to exploit to rekindle any semblance of self-importance other than signing the Kelantan Declaration. But then, Anuar himself, the mastermind of the Declaration lacks credibility ergo the Declaration itself is questionable.

3. On TV3. it has lost its audience for a very long time. Unlike those glorious days, it is no more a must watch TV, the reason being it merely serves as a propaganda tool for its masters. So Pompuan you don't have to cry a silent tears.

4. I feel sorry that Pompuan is so naive not to know why TDM names Khairuddin and Ainina as litigation partners in his suit against Najib. These two persons plus TDM are those who have been PERSONALLy affected by and become victims of 1MDB. That is the core issue of tsuit as strongly stated by TDM. ZAM is not personally affected. And what Pompuan also fails to comprehend is the wisdom of TDM. By naming those two, it is evidenced that every level of the society is adversely affected by the 1MDB scandal, from the highest who is a former PM to the ordinary folks in the likes of Khairuddin and Ainina.

5. BTW, your show of sympathy for TDM is all fake.

awang batuburok said...


Melayu menipu dengan syahdu
Quran Hadis disalahguna hujah mengampu
Munkar depan mata jadi kelabu
Rasuah jadi sedekah demi pepaduang Melayu.

SG said...

Your article today aptly rounds up the general definition of the Malays.

Maybe the Malays have been too feudal in thoughts and actions, having been brought up extolling the virtues of Hang Tuah, while at the same time castigating and lambasting Hang Jebat.

Maybe taking the best virtues from both the characters should have been the way forward, and not one over the other.

Maybe there should be a limit or even exception to the "pantang Melayu derhaka" adage.

Maybe we have lost our moral compass as we march forward despite the unrelentless efforts by the many parties to Islamise (Talibanise?) the Malays.

And to think that we want once stood tall and proud among the nations of the world.

And to think that many nations wanted to study the miracle that is Malaysia and to copy its successes.

How I yearn for those days.

anaabdullah said...

Atau Melayu tiada jati diri? tidak semua melayu begitu. Diberi amanah dikhianati itu manafik namanya sehingga Maruah boleh dijual beli dan Tidak peduli harga diri.

diberi amanah dikhianati,itulah sifat orang munafik. Melayu tetap melayu.munafik gelaran diberi oleh Allah sendiri.

JohorMali said...

A pity or a blessed thing to be born a Malay?
Just becos of a tainted few, does the whole white canvas need to be painted the same?

sukasamasuka said...

Datuk.

Ini hanya pandangan aku sebagai seorang Melayu biasa atau "man on the street" untuk anak anak ku dan saudara saudara kandungan ku yang membaca blog ini serta kawan kawan ku, bukan nya untuk orang lain.

1. Melayu itu adalah "satu rumpun bangsa" yang besar di nusantara ini, maka nya terdiri dari berbagai bagai "keturunan" atau "suku kaum". Walau macam mana pun, ada ciri ciri persamaan nya dan ada juga ciri ciri perbedzaan nya.

2. Sedikit sebanyak ciri ciri Melayu yang sama ia-lah "kebanyakan"nya beragama Islam sehingga kita di Malaysia, Melayu itu mesti beragama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini berguna pada masa kita berjuang politik untuk kemerdekaan, tetapi mungkin sudah tiba masa nya kita mansuhkan lah demi untuk kebaikan kita juga sebab bangsa dan agama tidak bolih dicampur campur macam "air dengan minyak".

3. Yang peliknya, "genetik" Melayu berubah ubah kerana kacukan "genetik" bila berkawin. Ini hukum alam biologi yang tidak bolih diubah suai...hukum Allah Taala. Maka itu di muka bumi ini, tiada Melayu tulen lagi dari segi "genetic make-up" nya. Maka itu la definasi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan susah kalau mahu dipertahankan selama nya sebab ia nya hanya rekaan manusia sahaja.

4. Budaya Melayu bercampur aduk dan sudah bertukar mengikut peredaran masa. Zaman aku, lelaki Melayu suka berkain sarong tanpa pakai baju dan sepatu, sekarang pakai baju kot dan neck-tie. Masa kenduri dulu dulu, makanan dihidang guna talam besi bulat, nasi pula "served" dalam pinggan batu ceramic, duduk bersila dilantai menjemu selera...sekarang, kita makan ala buffet style pakai alat alat plastik pakai buang.

5. Budaya Melayu sudah berubah dari segi pakaian..."Arab ke sini jadi Melayu...sekarang Melayu pula mau jadi Arab". Ini bukan lah salah. Yang salah nya bila kita "paksa" atau "impose" nilai nilai Arab itu kepada anak anak perempuan kita dan isteri kita disekolah sekolah dan tempat mereka kerja. Lelaki Melayu yang pakai ala Arab tu nampak pelik dan sangat "menakutkan" pula.

Di sini aku ingin memohon maaf pada anak anak buah ku, saudara saudara ku yang berpakaian ala "Abuyah", aku (ada yang panggil "uncle", "datuk" dsbnya) bukan melarang kamu sebab itu ada lah hak kamu. Sekali gus disini aku ingin mengaku bahawa keturunan kami ada-lah al-Rifai al-Hussaini...dari Hadralmaut, Yemen...mengikut dokumen wasiat bertulis dan lisan. Itu pakaian datuk nenek moyang kita, jadi sudah sudah lah...kita sudah lama di Tanah Melayu, jadi lah Melayu modern...kita tidak akan balik ke tanah air asal kita lagi...INI LAH TANAH AIR KITA.

6. Islam dan Melayu tidak sama. Islam itu agama untuk manusia sejagat, Melayu itu bangsa.

Konsep Islam baik untuk semua manusia, termasuk yang bukan Islam sebab ciri ciri universalnya seperti berlaku adil, bebas bersuara, jangan rasuah dan sebagainya.

Orang Melayu terlalu menitik berat aspek keugamaan Islam yang keterlaluan, sehingga lupa yang lain.

Dr. M menekankan aspek aspek Islam dalam pentadbiran negara seperti datang kerja on-time, bersifat global, rajin dsbnya...tetapi Perdana Menteri selepas dia "menjual Islam" dengan "suka bersajak bukan bekerja", berpolitik untuk minta derma...dan mencuri harta dan duit negara. INI LAH ASAS DEKLARASI RAKYAT...TUN MAU MENYEDARKAN KITA ADA KERJA KERJA MOHD NAJIB, BUKAN NYA SEMUA, YANG SALAH. Kita rakyat biasa pun bolih "rasa" apa yang salah, tetapi tiada daya untuk membuat apa apa kecuali Tun M. Dia tau nadi rakyat yang "menjerit". Terima kasih Tun.

7. Dalam kelompok Melayu, ada Hang Tuah...ada Hang Jebat. Bangsa bangsa lain pun begitu juga. Hang Jebat di Thailand, Filipina, Tunisia, Perancis (French Revolution) menjatuhkan kerajaan mereka dengan revolusi ganas. Orang Melayu pula kena jaga bila mengamuk.

PutraKraken said...

Aku juga Melayu
Aku bangga dilahir Melayu
Aku sanjung budaya Melayu
Aku pegang santun Melayu
Aku hormat pimpinan Melayu

Tapi itu dulu....

Kini Melayu jadi layu
Melayu menghinakan Melayu
Islam itu pakaian luar Melayu
Santau dan sihir amalan Melayu
Iblis dan syaitan mengalir dijiwa Melayu
Dengki dan hasad kegemaran Melayu
Korup dan haloba pimpinan Melayu
Wang dan ringgit menjadi raja
Maruah digadai hilang tah mana

Aku malu digelar Melayu
Aku tetap juga Melayu
Walau pahit ku telan jua

Waklu said...

jangan mati anak, bagi makan benda haram
mau cepat kaya, asal boleh melaram
harta haram masuk perut, itu takda apa
nanti dekat akhirat, neraka dah tersedia,

ini adat lama melayu tak kisah sangat
dalam zaman moden baik dunia dari akhirat
hidup suka menipu itu perkara biasa
jangan salahkan melayu bila belajar dengan cina,

kalau tanah melayu china boleh beli
pemimpin muka tak malu maruah diri jual sekali
anak cucu dia makan sudap cukup,
jual tanah pusaka mau senang hidup,

bila suka menipu nafsu jadi liar
muka nampak baik hati sebenar kasar
dulu rampas quran hari ini dia bakar
anak murid hanya sambung apa guru ajar,

baru dia tau apa salah dia
apa dia ingat dia melayu yang berjasa?
bila orang tegur dulu, taknak dengar kata
pasal dia cakap Aku Pegang Kuasa!

Cakap Allah Taala kau ubah ubah
apa Dia cakap kau tokok tambah
Nak majukan islam sampai taraf dunia
Tapi kau tak sedar islam kau menuju neraka,

Tuah dengan Jebat orang ada ilmu,
Walau dikata khianat Jebat pegang Quran satu,
Setia pada Allah pegang kata Dia
Setia pada penyangak pada Allah jadi derhaka,

Hari ini melayu ramai tak kenal diri
Nampak sembah Allah tapi puja nabi
Islam Allah taraf akhirat bukan maju dunia
Berapa kau boleh bayar untuk masuk syurga?

memang adat melayu suka kena tipu
tipu dengan ketua, iblis setan jadi guru
baru padan muka suka sangat ikut dunia
bila umur lanjut semua kerja sia sia.

JohorMali said...

A pity or a blessed thing to be born a Malay?
Just becos of a tainted few, does the whole white canvas need to be painted the same?

cheqtaw said...

DAKJ
Kalau nak ikot pengetahuan Dato apa dia perkakataan melayu tulin untuk PRINSIP?
Adakah perkataan pronsip ini ditiru dari principle yg maksud dan maknanya sama
Sekiranya ditiru dari perkataan inggeeis tersebut maka sebelum sampainya bahasa inggeeis ka alam melayu apakah kefahaman dan persepsi orang melayu terhadap konsep principles?

abdul said...

Wahai kaum mukmin, kalian benar-benar umat terbaik, yang ditampilkan ke tengah manusia lainnya, supaya kalian menyuruh manusia berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya kaum Yahudi dan Nasrani mau beriman kepada Al-Qur’an da kenabian Muhammad, maka hal itu lebih menguntungkan mereka. Di antara kaum Yahudi dan Nasrani ada yang mau beriman. Akan tetapi sebagian besar dan mereka adalah penentang kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad. (QS  Ali Imran [3]110)

adion said...

Me-layu. Itulah asal usul perkataan yg diberikan oleh pengembara asing kepada penduduk di semenanjung Tanah Melayu.

waghyu said...

Koling campur melayu dia bkn pure melayu. So dia xikot kata usman awang..
Kalau bugis dia pure melayu.
Sangat berani bila dia buat salah. Tapi tiba2 hilang telur, kecut takut bila nk nyatakan kebenaran

sukasamasuka said...

Datuk.

8. Orang Melayu memang bersopan santun, diajar sejak dari kecil lagi. Ini sikap yang baik. Adat adat Melayu dalam bertutur, bergaul, bergunting, berkawan, berkahwin, kenduri kendara tidak bercanggah dengan hukum universal Islam sebab budaya itu telah di perhalusi turun temurun.

Budaya tetap akan berubah sedikit demi sedikit, mengikut peredaran zaman bila orang Melayu di "urbanized" dan di "globalised" melalui ekonomi dan pelajaran, terutama sekali di zaman Internet.

Malang sekali, pemimpin Melayu UMNO tidak dapat memahami trend sebegini lalu cuba menghadkan access nya dengan akta akta yang bodoh dan ketinggalan zaman. Sedih. Peluang ini tidak dapat digunakan untuk mengana ekonomi baru, malahan disekat seboleh bolehnya. Bukan pemimpin UMNO tidak ada pelajaran yang tinggi, tetapi tamak kuasa dan membolos harta haram menyebabkan pembesar Melayu UMNO lupa daratan.

Bila disekat, budaya Melayu yang dulunya bersopan santun terus bertukar menjadi "kurang ajar". Konon nya kebebasan ini perlu dikongkong demi "bangsa, agama dan negara" atau "threat to parliamentary democracy". Apa kah orang Melayu begitu senang diperbudak budakan?

Kalau dulu UMNO dilihat dapat mempertabatkan orang Melayu...sekarang di bawah pimipinan Mohd Najib, "jiwa" UMNO sudah mati dan perjuangan nya sudah "tawar", walaupun diganti dengan perdana menteri baru. Ini bukan lagi persoalan ganti Mohd Najib, tetapi system perlu di perbaiki dan ada yang perlu diganti.

Kita harus berterima kasih atas jasa baik UMNO...tidak bolih dilupakan dalam ingatan...dan akan tercatit dalam sejarah negara. Patah tumbuh, hilang berganti....aku redha atas "pemergian mu UMNO" untuk selamanya...moga2an generasi baru akan dapat terus menguasai dunia ini "with self-respect, pride and dignity".

Kepada anak anaku ku, Abah minta maaf tersilap memilih UMNO untuk kamu. Ini tidak kan terjadi lagi. Cukup la 60 tahun...kita perlukan system lebih baik untuk menuju 60 tahun kehadapan.

9. "Melayu itu berani jika bersalah...Kecut takut kerana benar".

Orang Melayu selalu berkata "aku tidak takut sama manusia, aku hanya takut sama Tuhan".

Aku tidak mau bergantung pada "niat" baik orang yang semacam ini. Malahan aku tak kisah dia tidak takut pada manusia atau sebaliknya sebab perhubungan manusia dengan manusia lain, sebaik baik nya yang berdasarkan "perjanjian bertulis", bukan "perjanjian lisan". Islam suka pada perjanjian bertulis. Deklarasi Rakyat berdasarkan perjanjian bertulis. Dr. M faham tentang Islam sebenar. Terima kasih Tun.

Memang betul manusia membuat sesuatu kerana "niat". Tapi kita manusia tidak nampak niat. Niat ada lah hak Allah Taala, bukan manusia. Jangan lah kita persoalkan niat seseorang itu kerana itu bukan hak kita, tetapi Allah Taala. Biar lah Dia yang menentukan nya. Islam mau kita menyampaikan "niat" kita dengan cara perjanjian bertulis untuk kebaikan manusia sejagat. Sekali lagi ingin saya merakam kan terima kasih saya pada "niat" Tun yang kita nampak sebagai Deklarasi Rakyat.

Jadi, bila kita tanda tangani Deklarasi Rakyat itu, moga mogan niat suci kita itu diberkati Allah Taala.

Bagi saudara saudara kita yang belum lagi menandatangani Deklarasi Rakyat tersebut, berikan lah mereka ruang dan masa, bukannya memaki hamun. Itu ada lah hak mereka juga sebab dalam Islam, tiada paksaan dalam "beragama".

zainal abidin awang kechik said...

salam tok..
Demi arafah yang dimuliakan.. saya berdoa moga tok seise keluarga di rahmati ALLAH'

amin

Joe Harry said...

Salam datuk,
Melayu ini adalah satu bangsa yang penyayang terutama sesama bangsa dan seagama. Sebab itulah kita dapat lihat ramai orang asing yang melayu atau islam mudah "mencari makan" dinegara ini. Begitu banyak kedai yang dulunya milik melayu nalaysia tapi kini dah jadi milik melayu negara lain. Dulu milik orang islam negara ini sekarang dah jadi milik orang islam dari negara lain. Malah dalam kerajaan pun ada ambik melayu import.
Sejarah... setiap pekan kecil, sebelumnya adalah 100% penempatan orang melayu. Datang orang cina yang hanya mula bertapak dengan sebuah kedai. Bila ada permintaan untuk beli tanah, melayu jual dan pergi tebas hutan semula untuk dapatkan tapak pertanian. Siapa yang ada kekuatan tenaga untuk menebang pokok balak maka dia akan ada banyak tanah. Ada juga yang sanggup berdamping dengan "makluk asing" untuk menguatkan tenaganya. Melayu yang hebat dan kaya adalah melayu yang banyak tanah.
Melayu mula berlumba tunjuk mewah, nak buat kenduri besar, tanah dicagar pada ceti, cukup tempoh tanah jadi milik ceti. Bangsa asing majukan tanah yang asalnya milik melayu. Bila radius kemajuan makin besar, melayu jual lagi tanahnya dan lari lagi kepinggir hutan.
Melayu cukup marah bila bangsanya dikasari atau dihina. Sanggup berperang untuk pertahankan bangsanya dari ancaman bangsa lain. Tetapi malangnya dalam rasa kasih dan sayang sebangsa ada tersemat rasa hasat dan dengki. Melayu tidak akan membeli dikedai melayu, sebab itulah bangsa lain boleh berniaga ditengah perkampungan melayu. Melayu juga tidak boleh berniaga ditengah perkampungan bangsa lain. Kalau tak sebab "halal" mungkin melayu pun sukar nak buka restoran.
Bila ada melayu berkereta besar orang melayu lain akan anggap melayu itu kaya sebab menipu atau kroni kerajaan. Bila bangsa lain berkereta besar melayu akan kata itu orang pandai berniaga.
Hati melayu akan menjadi layu jika menyentuh bab islam. Ramai penipu yang boleh cari makan dengan berserban dan berjubah dengan mengutip derma lalu mencuri duit derma. Malah ada yang tak berapa nak faham bab ugama pun boleh berceramah bab islam asalkan mudah dapat duit.
Cikgu pernah teka teki dalam kelas, otak apa yang paling mahal? Ramai pelajar jawap otak udang dan otak jepun (kalkulator). Jawapan cikgu otak orang melayu... sebabnya masih original, belum digunakan.
SAYANGNYA MELAYU SESAMA MELAYU adalah SAYANG YANG TAK BERTEMPAT..

jumbeaux said...

Salam Datuk

Usahlah berputus asa dengan Melayu

Melayu itu mampu memimpin negara

Tunku Abdul Rahman yang tinggi diplomasinya membawa Merdeka itu Melayu

Tun Abdul Razak yang kuat gigihnya membangunkan luar bandar itu Melayu

Tun Mahathir yang jauh wawasannya memodenkan negara itu Melayu

Melayu itu juga berani

Biarkan hikayat Tuah dan Jebat mereka pertikai

Kita ada Leftenan Adnan yang melawan Jepun di masa British pengecut tak boleh dipakai

Kita ada perajurit-perajurit yang gugur, putus kaki dan tangan menentang komunis derhaka

Walaupun sejarah dan jasa mereka semakin dilupa

Melayu itu juga bertanggungjawab

Kita ada doktor-doktor yang berkhidmat siang dan malam menyelamatkan nyawa

Kita ada guru-guru yang tanpa penat lelah mendidik anak bangsa

Kita ada ahli-ahli korporat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Namun Datuk, ada sebabnya mengapa Melayu itu patut malu

Kita sekarang tiada pemimpin yang amanah memerintah negara

Pemimpin sebegini harus dibuang, diganti

Baik pemimpinnya, baiklah juga Melayu itu nanti

Kerana Melayu itu suka dipimpin, dipengaruhi

Datuk, usahlah berputus asa dengan Melayu

Baik buruknya kita perlu sayangi

Ini bukan pilihan yang boleh dijual dibeli

Kerana jika punah binasanya tanah ini nanti

Kita tiada Kalimantan, Acheh atau Jawa untuk lari

msh said...

Salam Dato.

Melayu ada bnyk isu2 berkaitan dgn org Melayu yg mesti diperbaiki.
Lontaran Dato kali ini wajar dilihat dgn lebih realistik... praktikal juga holistik kerana negara kini berhadapan dgn 'Krisis Kempipinan' yg sngt dashyat.

diketuai oleh seorg 'pemimpin' berbangsa Melayu dan disokong oleh segelintir

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Apa ada pada Melayu? Agamanya, Budaya nya, Raja2 nya...Agamanya masih ada walaupun telah berpecah2 mengikut politik Agama, Budaya nya.. tinggal namanya sahaja..telah diArabkan... Raja2 nya hanya tinggal simbol untuk orang2 kaya dan elite mendapat Datuk2 sahaja..minta maaf datuk dan juga TDM,, membuang masa sahaja membawa lori ke istana Negara..cari lah jalan lain...

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ,

Semasa saya bertugas di Melaka saya sering mendengar sama ada ini sindiran atau jenaka wallahukalam,

Melayu yang ada hanya KERETAPI TANAH MELAYU, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dan ASKAR MELAYU. yang lain lubuk LUBUK CHINA, TANJUNG KELING dan BATANG MELAKA>

Fikir fikirkan lah.

IBD said...

Di negara tetangga kita Republik Indonesia tercatat insiden korupsi alias rasuah yang paling tinggi di kalangan pegwai-pegawai negerinya, yakni daripada Gubenur sampai ke Bupati,Pak Camat sampai ke Pak Lurah ialah di Provinsi Riau yang dikenal resmi sebagai "Bumi Melayu" di Nusantara ini. Sesiapa yang mempelajari sejarah Tanah Melayu tahulah yang Riau itu dulunya sebahagian daripada "Kerajaan Melayu Johor-Riau", sampai tahun 1824 apabila Inggeris dan Belanda bagi-bagi habuan Perang Napoleon dengan menandatangani The London Treaty (1824). Amacam? Apakah kuman rasuah itu memang sudah sebati dengan DNA orang Melyau? Cendiakawan dan bijak pandai yang baca ni tolong bagi respon.

Consistently yours! said...

Datuk,
Tengku Razaleigh no one can accuse him of being inconsistent.
Well, he is consistent in being inconsistent, bringing his actions to the height of absurdity. He has indirectly admitted he was behind all those SDs to bring a vote of no confidence against Najib.
"In the recent past, the demand for change has intensified. Like others who want change, I explored all legitimate and legal avenues, including the role of the Dewan Rakyat," he added.

Tengku Razaleigh, who is fondly known as Ku Li, said the country is now facing a serious crisis of governance and leadership, as a result of which Malaysia is facing dire economic problems, particularly the issue of sovereign debt.

This, he said, has brought about several serious economic problems such as the rising cost of living that adversely affects the people.

"I have always maintained in the past and warned that if we did not change our politics and the substance of our economic policy, we would face the kind of crisis we are facing today.

"I had warned of this in Parliament and in speeches that I had made. I had been consistent in saying that change is a necessity for us.

"Without change in governance and the way we carry out our public responsibility, we would not solve the problems before us," he added.


Read more: https://www.malaysiakini.com/news/335566#ixzz44BCh1mcR

He then went ahead to sign the Kelantan Declaration.
What is wrong with Tengku Li ?

Ahmad Zaki said...

Datuk, biarlah pembaca masing-masing memikirkan apa itu Melayu, apakah kelemahan Melayu dan kenapakah kita masih belum memperbaiki kelemahan-kelemahan ini sampai sekarang.

Saya menyarankan agar Datuk menyeru pembaca blog Datuk dan rakyat untuk menyokong Deklarasi Rakyat dan Kongres Selamatkan Malaysia. Malangnya, seperti dijangkakan, berita tentang kongres ini tidak disiar secara luas. Seharusnya rakyat yang sayangkan Negara dan kedaulatan undang-undang serta menyokong dasar permerintahan cara demokrasi perlu mengambil berat dan sekurang-kurangnya mendengar apa yang disarankan semasa kongres tersebut, tak kiralah samada bersetuju atau tidak dengan setiap intipati sesetengah ucapan.

nampaknya satu-satunya kebaikan yang timbul dari isu 1MDB adalah pembukaan minda, bukan sahaja minda rakyat tetapi juga minda ahli politik Malaysia, terhadap konsep 'non-partisan politics'.

Terima kasih.

Ahmad Zaki Ismail

JohorMali said...

IBD,
Ada tak kajian, fakta dan angka angka yang sahih yang dapat menyokong tuduhan anda?

Sejak tertubuhbya Republik Indonesia, ramai PNS (pegawai negeri setempat), terdiri dari orang luar provinsi. Tak perlu lah disebut dari pulau mana kerana tidak mau di generalsasilan bangsa itu bersikap begini dan begitu!
Adakah DNA rasuah hak mutlak Melayu sahaja?

Kesuan Melayu!

msh said...

Salam Dato.

Belum sempat proof read...dan siap...jari lak tertekan "send'.

Maaf.

JohorMali said...

IBD @12.16pm
Sdra,
Ada tak kajian, fakta dan angka angka sahih yang dapat menyokong hujah anda mengenai "banyak nya rasuah di Kepulauan Riau aka Bumi Melayu"?

Sejak tertubuhbya Republik Indonesia, ramai PNS (pegawai negeri sivil) terdiri dari orang luar provinsi.

Tak perlu lah disebut dari pulau mana kerana tidak mau di generalsasilan bangsa itu bersikap begini atau begitu!

Adakah DNA rasuah hak mutlak Melayu sahaja?

Kesian Melayu!

Cash is king said...

Datuk,
Cash is king !!
Sad to say, even this has permeated into personal occasions which should be joyous:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/28/wedding-turns-chaotic-over-rm5k/

Zalman A said...


Salam Datuk,

Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is a very strange man.

Dia jerit kuat2: "You can only remove me via democratic means!" and in the next breath, he kills democracy.

Abuse of laws, abuse of the courts and legal system, shutting down portals, harassing opponents, sacking critical party members, sabotaging investigations....the list is endless.

He cannot see his own hypocrisy.

At one of his rent-a-crowd rallies, he said:

"Selagi ada bulan dan bintang, selagi darah Melayu ini mengalir, selagi itu wadah umat ini akan terus diperjuangkan."

Yet what has he done?

Enriched himself, used "Cash Is King" from public funds, ruined the name of Malaysia, pulled down education standards.

By now the Malays should be a strong, progressive race, pushing forward with knowledge and advancement.

Mappadulung has no use for such people.

He wants the weak-minded, the greedy, the unprincipled, the kaki bodek, and those who will sell their maruah willingly for a handful of dedak.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Teraih 'madah lara' hang bekisag perangai atau tingkahlaku sebagian kecik saja kelompok ethik dipangge Melayu, yg punya ciri2 mongol, tersebag Dari Madagascar ke laut teduh. Secara tradisi bangsa Melayu pandai ke laut, jugak bercucuk tanam. Depa biasanya beromah di kuala2 sungai Dan tepi2 pantai. Sebagian bangsa Melayu mengaku depa menganut Islam, Dan seperti kebanyakkan penganut Islam yg lain, iman atau pegangan depa Pasang Dan Surut. Mengikut sesetengah ahli anthropology sociology atau behavorial sains dua ciri yg Khas pada orang Melayu adalah latah (yg juga Ada pada orang Eskimo, juga bebaka Mongol) Dan kecenderongan untuk mengamok. Dua ciri ni pulak menjuruih kepada aspek 'irrational' yg tinggi Dlm tingkahlaku atau 'behaviour' orang Melayu. Maksud aku, unsog 'irrational' yg agak ketara Dlm 'makeup psychology' orang Melayu ini munkin sumbang besag kpd kebejatan yg belaku laa ni dan inilah yg perlu diuruih dgn berhemah. Lantaran tu, Aku sangat2 harap hampa bulih 'commandeer' pakag dlm bidang psychology untuk bagi input sikit bust bantu merungkai masaalah yg hampa dok juangkan. Semuga hampa teruih ikhlaih Dan berjaya.
Aku

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Nampaknya tindakan menyaman YAB PM bukannya kemuncak kepada menyelesaikan masalah kepimpinan Negara. Sekarang wujud pula cadangan merayu kepada Majlis Raja-Raja untuk mendesak PM meletak jawatan. Kita perlu focus kalau tidak keadaan akan menjadi celaru menyebabkan tiadanya tindakan bersepadu untuk mencapai matlamat.

Kalau dahulu masalah terhad kepada kepincangan pemimpin Melayu sekarang ini keseluruhan bangsa Melayu,kecuali sebahagian kecil pula dikatakan tidak bijak dan tiada jati diri.Mengapa ini terjadi ? Adakah kerana orang Melayu tidak berbondong- bondong memberi sokongan kepada "Deklarasi Rakyat".Pada saya sebenarnya orang Melayu sudah lebih matang dalam pemikiran mereka. Kalau dahulu mereka mudah terikut-ikut dengan gerakan jalanan mereka sekarang telah belajar dari pemimpin dahulu yang mengkeritik mereka kerana mudah sangat mengikut penentang kerajaan dengan turun kejalanan tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Mereka sekarang berpegang kepada konsep biarlah mereka yang ahli menjalankan tugas mereka dan akan memberi bantuan secara spesifik bila diperlukan. Dalam hal ini biarlah mereka yang pakar dalam bidang perundangan mengambil tindakan sewajarnya. Sudah adapun cadangan membawa peguam terkenal dari luar Negara mengendalikan kes ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Stratigik Vision,
Petaling Jaya.

mohd rosali abu bakar said...

Salam Datuk,
Saya bukan Melayu pure sebab 50% je tapi semangat kemelayuan saya sama seperti Melayu yang lain. Alangkah indah adat melayu Islam yang kita junjung selama ini. Tapi politik orang melayu hari ini sangat mengelikan hati saya. Taat membuta tuli. Ketepikan kisah Hang Tuah yang kita pelajari selama ini, motifnya hanya nak menunjukkan betapa taat beliau pada pemerintah/sultan. Hari ini Melayu masih ada sifat hang tuah tetapi cuma segelintir dan terlebih dari hang tuah pun ada. Taat dan mengharap balasan aka dedak. Sebagai Melayu saya tak tahu manusia ni bangsa apa.

Wong said...

Datuk, minta izin nak cerita sikit. I pengguna kerap GrabCar. Saya masih ingat 2 kes yg menarik.

Kes pertama:
Pemandu GrabCar seorang pemuda Melayu. Jadi saya tanya dia mengapa tak timba pengalaman kat opis atau syarikat dulu sebab pengalaman penting utk membina kerjaya. Dia jawab dia sebenarnya Jurutera Petronas tapi hilang kerja sebab Petronas batal kontrak. Dan dia dengar ramai lagi akan diberhentikan tahun ini. Sedih aku dengar kes macam ini sebab pemuda ini nampak cerdik.

Kes kedua:
Ini betul2 terer. Saya naik kereta dibawa oleh seorang pemandu lori yg berasal dari Sg Petani, Kedah. Drp start kereta sampai kat rumah saya, dia maki hamun pentadbiran Najib yg menyebabkan dia terpaksa cari kerja kat KL meninggalkan keluarganya sebab kos sara hidup naik terlampau tinggi. Yg pelik dan menakutkan ialah dia sebenarnya penyokong UMNO yg setia selama berpuluh2 tahun. Kini dia kata hatinya dah tawar dan dia akan undi pembangkang PRU depan. Dia berharap pembangkang menang sebab dia rasa pembangkang patut diberi peluang memerintah supaya rakyat boleh tgk dan nilai sendiri.

Akhirnya, sekalian ready tak? Bila hampir2 sampai rumah saya, dia hembus nafas panjang dan buat rumusan: "Saya rasa Melayu tak sesuai ada kuasa. Bila ada je kuasa, dia akan lupa semua asal-usul dan perjuangan nya semata2 utk kejar duit dan habuan." Perkataan ini amat mengejutkan saya sebab saya tak sangka ada org Melayu drp luar bandar yg boleh berfikiran sampai tahap ini. Betul tak betul point dia, rasa kecewa saudara ini amat jelas.

Sorry Datuk dan semua sekalian, bukan niat saya utk cakap buruk pasal orang Melayu. Tapi dua2 kes ini memcerminkan betapa kecewa dan marah rakyat biasa terhadap rejim yg ada sekarang. Sekian. Peace.

Hantu Gigi Jarang said...

Saya Melayu keturunan Bugis Mat Kilau...tapi kalau kerajaan Melayu macam sekarang ini, saya tak segan mengatakan saya lebih suka kafir jadi pemerintahlah...entah entah mereka lebih amanah dari Melayu...macam kafir Jepun, kafir Singapore, kafir Sweden, kafir Amerika pun nampak lebih ok...

lonewolf said...

ASLKM Dato,

waktu sy Tanya Dato apa mungkin Ku Li akan ikut makan dedak Dato kata hampir mustahil dengan yakinnya...

Sy tak pernah yakin dgn Ku Li, beliau tak pernah konsisten selama ni.

Sekarang ni, sy yakin Ku Li sudah termakan dedak...kalau Ku Li la jd PM selepas ni sy yakin prestasi beliau jauh lebih teruk daripada hat dok ada...

Silly man said...

Datuk, it's been revealed by the man himself, it's an attendance book, it's a silly document. What can you say of this person who made so many u-turns and now likens the Kedah declaration to a silly document.

“I had joked, when the book was sent to me; it’s like an attendance book. So I signed it, although it's part of the signing of the declaration,” he said.

Asked why he had signed the declaration, Tengku Razaleigh said he had signed it as a member of Umno and division leader.

Pressed further on why he chose to do so, Tengku Razaleigh said he has the right to do sign any document he wants.

“This is a democracy, isn't it? I can sign any silly document. (And) I don’t think that it has any legal effect,” said the MP fondly known as Ku Li.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/335675#ixzz44GgsLDeU

Red said...

Saya harap raja2u....biarlah ada buah fikiran yg lebih baik...takda strategik vision pun...

Silly man said...

Datuk,
can you shift my comments to your latest posting Has Tengku Razaleigh eaten the dedak?, more appropriate there.

thank you.
Silly man

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).