Sunday, July 10, 2016

Engkau adalah anugerah Tuhan kepada kami

A Kadir Jasin



MENYEBERANGI jambatan sempit dan goyah
Adalah kebiasaan bagimu
Meneropong dan merakam pun begitu
Kerana bagimu usia yang Allah berikan
Bukan untuk disia-siakan
Ia adalah perjanjianmu dengan Yang Maha Esa
Untuk berjasa kepada bangsa dan manusia
Maka engkau tidak peduli dicaci dimaki
Kerana yang lebih utama bagimu
Adalah keredhaan Illahi
Dan hadiah paling bermakna bagimu
Adalah melihat bangsamu dihormati
Martabat negaramu disanjung tinggi
Bukan dihina, dipersenda dan dicaci
Engkau adalah anugerah Tuhan kepada kami
Selamat hari lahir ke sembilan puluh satu
Doa kami Allah berkatimu selalu.

49 comments:

Zalman A said...


Salam Datuk,

You have written a beautiful and touching birthday present for Tun on his 91st birthday that falls today (July 10, 1925 was Tun's date of birth.)

May Allah swt grant Tun as many years as is right for him to complete his good works on behalf of the people of our poor nation, that is now engulfed in darkness and evil.

Happy birthday, Tun.

Jerlun said...

Happy birthday Tun, semoga diberkati Allah. Teruskan perjuangan

om atin said...

Wow... you brought tears to my eyes. A poem befitting a true statesmen.

mrlrie said...

lebih baik duduk diam, melancong sana sini.. tanpa pedulikan negara.. tetapi dia memilih utk terus bersuara, tanpa pedulikan statusnya sebagai negarawan dihina...siapa yg sanggup berbuat begitu?

suka perhati said...

Berderai air mata membaca sajak Dato,dan selamat hari lahir kepada YAB Tun.

kluangman said...

Kalau kita lihat kedudukan ekonomi orang Melayu atau lifestyle orang Melayu sekarang, ia adalah mind set transformasi era pentadbira Mahathir, Walaupun kejayaannya jauh masih kebelakang dari kaum lain tetapi margin peningkatannya sangat berkesan.

Ia terbina atas bukan sekadar cakap kosong serta manis janji atau masuk bakul angkat sendiri. Ia datang dari satu missi dan wawasan yang ikhlas jauh dari nafsu memewahkan diri sendiri.

suka perhati said...

Selamat Hari Lahir kepada YAB Tun, semuga terus istikamah dalam perjuangan

sukasamasuka said...

Datuk.

Kenapa la Datuk tulis sajak sedemikian rupa.

Ya Allah!

Tidak akan ku sia sia kan aliran air mata ku ini...demi mu Ya Allah!

Tidak sekali kali...

Tangisan kami ini hanya tangisan orang miskin...Ya! Allah!

Tun...selamat hari jadi "ayahnda" ku...jasa mu dalam kenangan...setiap titik airmata ku ini akan ku hadiahkan pada mu...Demi Allah, aku bersumpah, perjuangan mu tidak akan kusia siakan.

Joe Harry said...

Salam datuk,
SELAMAT HARI LAHIR KE91 TUN,
ENGKAU KEBANGGAAN BANGSA MALAYSIA YANG MERASA MERDEKA SETELAH BERTAHUN
MERDEKA.
semoga rahmat allah sentiasa bersama mu, tun.

Waghih said...

Jangan lupo ... kito ado lai Anugerah Tuhan tu ...
Namo ehh DSAI .. sekarang bersantai di istano Sg Buluh .

Rakyat Malaysia masih nunggu bilo Tun M nak pulangkan 1000 juta hinggit yg dio pogang sebagai pomogang amanah umno tu .

Waghih.

Marhein Utara said...

Selamat Ulang Tahun Tun M dan gigih mencurah bakti.

Jamaludin Jaya said...

Selamat menyambut ulangtahun keberkatan usia Tun...semoga Tun sentiasa mendapat perlindungan Allah didalam meneruskan perjuangan. Aaminn.

Fendi Ahmad said...

Dia selamanya adalah "Dato' Seri" terbaik dalam hidup saya

SeriMuka said...

Touching. I didn't realise it's Tun's birthday. I saw a tribute also on ex-journo Mustapha Kamil's FB.

Happy Birthday Tun, with highest respects for you from me, my family and many, many friends. We grew up knowing only you as our leader. And we look back on those years with pride, fondness and warmth. It was during your time that we felt proud of Malaysia and being Malaysian.

May Allah grant you health and happiness always.

Mohamed Zaharil said...

Ya Allah panjangkan lah usia Tun Mahathir...Amin Ya Rabbil Alamin

PutraKraken said...

Salam Datuk

Sebak dan pilu...linangan air mata penuh keinsafan

Ya Allah lindungilah pejuang Agama, Bangsa dan Tanahair kami ini.
Berilah kekuatan rohani dan jasmani kepada beliau kerana kami amat memerlukan pimpinan beliau disaat kami mengharungi malapetaka pemimpin durjana.


Ayahanda Tun Mahathir
Kami rakyat senantiasa bersamamu.
Pimpinlah kami untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan mencari kebenaran dan menghapus pemimpin durjana.

Ameeeen

ismail muda said...

Happy birthday Tun Dr M. Moga Tun terus diberikan kesihatan yg baik & segala usaha pengorbanan Tun dirahmati olehNya...Amin ya Rabbal A'alamin

rahman jpc said...

"do not follow where the path may lead. go instead where there is no path but leave a trail" - Harold R Mc Alindon.

that aptly describes u Tun. Happy Birthday.

Anak Mat Lela said...

Manusia bernama Mahathir bin Mohamed. Perdana Menteri yang keempat. Seorang manusia yang sangat istimewa. Hayatnya hampir menjangkau satu abad. Baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 91. Sudah lanjut usianya tapi masih lagi teguh berdiri meneruskan perjuangan demi anak-anak dan cucu kita. Bumi bertuah ini berada dalam tangan orang yang membinasakannya. Beliau tidak rela sekadar melihat dan berpeluk tubuh. Beliau perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup generasi yang akan datang.

Mahathir bin Mohamed. A self-made politician. Perdana menteri yang pertama dari kalangan rakyat biasa. Walaupun tidak datang dari kalangan aristokrat dan alim ulama seperti perdana menteri-perdana menteri sebelumnya, tetapi beliau berjaya mendaki 'that greasy pole' bak kata bekas Perdana Menteri Britain Benjamin Disraeli dan sampai ke puncak kuasa. Seterusnya tinggal di 'sana' selama 22 tahun.

Sudah menjadi lumrah alam, apabila lahir sebagai rakyat biasa, datang dari kalangan orang kebanyakan, beliau mungkin menemui ajal sebagai rakyat biasa juga setelah hak-hak dan keistimewaan beliau sebagai negarawan dinafikan satu-persatu. Sudah tiada apa lagi yang tinggal. Jangan pula pencen beliau selepas ini ditarik kerana kononnya menggunakan wang pencen ke arah usaha-usaha menentang kerajaan. Begitulah layanan dan treatment yang diberikan kepada seorang negarawan yang telah begitu banyak berjasa kepada negara selama menerajui tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. It all came full circle. Back to basic. Kembali semula kepada tempat di mana beliau datang.

Mungkin juga selepas ini, apabila ajal menjelma, Makam Pahlawan tidak menjadi tempat persemadian waima beliau lebih dari layak. Beliau mungkin akan mengikut jejak Tunku Abdul Rahman di mana jasad yang terkujur kaku itu diterbangkan ke utara semenanjung tanah air, untuk disemadikan bersama ayah, ibu dan adik-beradik beliau yang lain yang terlebih dahulu mengadap Ilahi. Walau apa pun berlaku di akhir hayat beliau, sedikit pun beliau tidak berasa gusar dan gundah gulana kerana bagi beliau hidup ini pengakhirannya adalah mencari keredhaan - Nya. Selamat Hari Lahir Tun......

Kota Setar said...

SIAPA dan BAGAIMANA kita dimasa akan datang adalah bergantung kepada sikap dan pendirian kita diMASA INI..

bersama kita teruskan perjuangan ini Dato'
dan Selamat Hari Lahir YAB Tun.

Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dariNya..
InsyaAllah.

rahman said...

Happy Birthday YAB Tun Dr Mahathir, you will always be my only prime minister.

Mali Muyung said...

Salam Datuk. Do kindly extend my bday greetings to Tun. I once served him personally at a function in Tuaran. I framed my picture with him during the function.
Never like him though.
Mamny thanks.

de_kerinchi said...

Selagi tanah masih dipijak..langit dijunjung...perjuangan luhur ..tetap diteruskan....perngorbanan mu tetap..dikenang....

Daniel Noor said...

Salam Datuk,

Beautiful and touching.

Semoga org Melayu dlm UMNO dpt menyadari dan turun kan si Najib Penyangak ini secepat mungkin

Azman62 said...

Happy Birthday Tun, May Allah always bless you. Thanks for what you have done for our country.

sham zam said...

mereka yg menghina dan mencaci negarawan terulung ini, pasti akan menerima akibat dalam saat terhampir ini. kerana mereka ini adalah pengkhianat dan penderhaka mutlak bangsa!

hanifhassanujang1 jh9667jh said...

SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA TDM

aziz ali said...

Semoga TDM dalam pemeliharan Allah SWT,kapada Pak Kadir tahniah yang tak berharga atas nukilan yang anda paparkan,Bravo Zulu!.

Another Waghih said...



Salam Waghih den.

Dah lamo eden tak boghi komen kek sini.

Maksud eh dah lamo den tak boda ekau.

Bukan apo, sobab monghormati bulan Ramadhan.

Tapi ni ha dalam hari baik bulan baik ekau poie colek Tun Dr Mahathir tu buek den monyighap daghah.

Apo yang ekau moghapu pasai duit 1 billion tu?

Yang Najib, Rosmah anak boghanak songlap berbilion-bilion tu langsung ekau tak sobut kan?

Ekau sonyap jo.

Apo, ekau ngan Rosmah tu sowaghih ko?

Sedagho ekau ko?

Ekau pon dapek monyinggah ko Rosmah boghi?

Cukup la takat tu dulu.

Maap yo Waghih.


Another Waghih

dina said...

he is a great pm but not the best :)

irma said...

I had a British journalist friend who worked here in the '90s. As you well know, most of these Mat Salleh journos weren't fond of Tun M because he never gave them face.

But my friend said and I remember it well, "whatever you say about Mahathir, he gave Malaysians their self-worth."

How true! Under Tun, how proud we were of our nation. When I travelled abroad, people knew about us and Tun.

We could see the nation growing and developing. Since Tun left, the nation seems to be at a standstill and stagnant.

It's akin to a lovely mansion built by a father, which gets inherited by sons who don't bother to maintain it, but instead, fritter away the family's wealth.

The Chinese have a saying that a family's wealth only lasts three generations before it gets ruined by the prodigal sons.

Happy birthday to the Grand Old Tun!

SeriMuka said...

Best comment ANAK MAT LELA

Maziah said...

Amiin. Mudah mudahan Allah makbulkan doa kita

NordinabilaH said...

Dato kami doakan selamat menyambut hari lahi 91th kpd Ybhg Tun dandiberikan kesihatan dan terus berjuang melawan kemungkaran yv verlaku sekarang aaammmmiiiinnnn

panglimo potaseh said...

Tun M jadi PM tahun 81, usianya ketika itu 56 tahun. 56 adalah usia orang pencen .. kalau ada pencen .. tiap-tiap bulan terima duit, orang pencen sangat sensitif .. takut itu, takut ini .. hari-hari tunggu penyakit datang sebagai tiket untuk ke alam yang satu lagi. Tapi Tun M baru mula nak kerja.

Tun M telah meletakan Jepun sebagai kiblat ekonomi dan jadikan Korea sebagai tanda aras persaingan sosio-ekonomi. 7 tahun pertama kerja Tun M sangat bergolak. Tun M berguling dengan konflik politik Melayu, dikafirkan oleh PAS, UMNO pecah dua dan disalut pula dengan masalah kemelesetan ekonomi yang teruk. Apapun beliau berjaya keluar daripada semua masalah tersebut.

7 tahun kedua kita menyaingi Korea didalam prihal ekonomi. Malaysia disenaraikan diantara harimau Asia didalam pembinaan sosio-ekonomi negara. Politik dan ekonomi kita tumbuh secara realistik malah ada yang unjurkan, jika keadaan ini dapat dikekalkan, kita akan jadi setaraf Australia atau Singapura dalam masa kurang 20 tahun.

Apapun pada 7 tahun ketiga era Tun M, sekali lagi masalah ekonomi datang menyerang. Tapi kali ini secara dalaman kita lebih bersedia, Malaysia punya simpanan yang banyak dan hutang yang kecil. Sekali lagi Tun M berjaya mengstabilkan keadaan sosio-ekonomi dan politik negara malahan kita masih separas dengan kemajuan Korea sebagai penanda aras.

Dan Tun M sudah pun berehat .. dah masuk 7+7 tahun mengundur dari sebagai PM .. tapi masih belum pencen. Macam mana nak pencen, kita dah jauh ketinggalan daripada penanda aras kita Korea. Malah untuk kembalikan kenangan kita dengan Korea, PM Najib pernah membayar berjuta ringgit untuk menjemput penyanyi Gangnam Style nyanyi disini. Itu saja yang terdaya kita buat sekarang selain membandingkan bertapa makmurnya kita berbanding Myanmar, Gabon, Ghana atau Uganda.

Saya doakan Tun M sehat dan terus berjuang.

Abdul Hayee said...

Ucapan harijadi yang amat menyentuh hati.
Syukur Allhamdulillah kepada MU YA ALLAH kerana menganugerahkan kami Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun menjadikan negara ini dihormati dan disegani diseluruh dunia. Kita dipandang tinggi bukan saja pada Tun M tetapi juga kepada rakyatnya. Terima kasih Tun. Budi dan jasa mu tetap didalam ingatan.

Wahi said...

Semoga Tun M sentiasa diberkati Allah SWT

DS said...

Dato, Tun M adalah satu2nya PM Malaysia yg memberi kesan terbanyak dlm sejarah negara & antara bangsa.PM yg bijaksana dan berintegriti. Pendengar yg amat baik lagi prihatin. Terasa amat kecil ketika pertama kali berhadapan empat mata dengan nya. Sangat menyayangi bangsa dan negara. Fatherly figure. Pemurah dan prihatin terhadap anak2 yatim dan pelajar2 miskin. Pelbagai kata hina dan nista dari Penguasa dan kuncu2nya hari ini, sedikit pun tidak menjejaskan kewibawaan Tun yg tiada tolok bandingnya.
Tun Yg dikasihi, Saya telah mewar warkan jasa Tun terhadap bangsa dan negara kepada anak2 saya. Semoga mereka dpt pula menceritakanya kepada warisan seterusnya. Mereka perlu tahu sejarah bahawa negara pernah ditadbir oleh seorang PM yg berwibawa, dihormati di seluruh dunia, membina dan membawa kejayaan kepada bangsa dan negara.
Selagi hayat dikandung badan, Tun akan terletak istimewa dihati kami.
Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga, memanjangkan usia, memberi rahmat dan kesejahteraan, kesihatan yg baik kepada Tun.
Terima kasih Tun diatas apa yg telah Tun lakukan untuk bangsa dan negara.
We love you Tun.

1280 K Tmn Malik said...

Ybhg TDM,

U're the best. Happy Birthday. In the pink of health always.

We pray that the Bogus Bugis HaramJadah may be burn in hell soonest.

DAKJ, so sorry guna ayat kasar. Tapi that person deserved it... tak guna punya manusia... dia x mampu nak jatuhkan legasi TDM sampai bila2.

NajibPelaq said...

Najib's great AT ROBBING AND SIPHONING ...

THE BEST...

Melayu/Islam First said...

Amboi pakai boot and topi, macam koboi. Mesti outfit, boots and hat worth ribuan RM. Tak masuk harga kamera lagi. A sore loser anew title for Mahathir. His macais like A Kadir Jasin, Oxside zthe box, Apanama etc are worth than sore losers. They like bertenggek di atas Sore Loser just like parasitic plants.

Waghih said...

Naik bulu ghomo den baco pujian gang ANC ni pado Tun M ...

Tapi takpo lah ... den pun ucapkan Happi Besday pado Tun M lah ...
Den doakan semogo yang Berkuaso buko pintu hati Tun M untuk bersangko baik pado DSN .... Aminnnn .

Dongar khobar Tun M amat maghah pado Mukhriz dan TSM hinggo dah tak mau cakap2 ...
Tun Hasmah cukup risau hinggo buek pow wow keluargo ke Phuket .
Khobar naik private jet ANC YTL ...

Elok la tu ... semogo sumo berlapang dado dan dibuko pintu hati untuk berbaik sesamo kito oghang islam .
Yo lah ... semakun berumor semakin sensitib kito ni .
Kalau ado yang hulur tangan salam pado bulan syawal ni .. tontu ado yang nyambut ... insyallah .

Happy Birthday Dr Mahathir .

Waghih

msh said...

Salam Dato,

Memang benar spt apa yg Dato lontarkan mengenai keperibadian Tun.
Tun tetap fokus dan konsisten dlm tindak tanduknya mempertahankan bangsa.. negara dan ugama...walau pun sudah lama berhenti dlm jawatan.

Dan percayalah...segala apa usaha yg dilakukan oleh Bugis HZ untuk untuk memburukan/menghakis legasi cermerlang Tun....tetap sia2 sahaja kerana TUN KEKAL SBG SEORG NEGARAWAN TERULUNG NEGARA...walau pun dia bukanlah seorg PM yg sempurna...dan sejarah akan bercerita bahawa Bugis HZ ini adalah seorg penyamun semata2.

Rakyat..terutama bangsa Melayu harus sedar betapa keji kotor...dangkal..malah sialnya kerja2 jahat oleh kumpulan Ketua2 Melayu dlm Umno yg kenyang dgn dedak2 yg ditabur demi mempertahankan survival diri seorg Ketua spt Bugis HZ ini.

Bukannya sukar untuk kita memahami...bahawa semua usaha Tun bukan untuk diri sendiri atau anak2 tetapi untuk mempertahankan negara terutama bangsa dan ugama dari berterusan dijahanamkan oleh Bugis HZ ini.

Itu sahaja yg cuba dulakukan oleh Tun.

Hata...org Melayu perlu sedar dan menerima hakikat atau realiti bahawa bukan semua Ketua itu jujur...amanah dan setia walau pun dia sebangsa dan seugama.
Semuanya hanya mengenai...penipuan...salahlaku..CBT dan kegagalan dia sbg PM negara....hingga sanggup mengalih pandangan ramai dan Tun pula dipersalahkan.

Org Melayu juga mesti bertanya pd diri sendiri.."Apa salah Tun"?

Isu disini bukanya isu mengenai Tun tetapi isu atau cerita mengenai diri dua 'Bugis HZ dan isteri'yg menyalah guna kuasa...(tidak perlu huraian lanjut lagi disini).

Apa pun...sy ucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi buat Tun yg disayangi.

Sy percaya....kebenaran akan terungkai juga...cuma masa menentukan.


Another Waghih said...


Salam Waghih,

Eden haghap ucapan Happy Birthday ekau kepada Tun Dr Mahathir tu boto-boto ikhlas, bukan macam bunyi nak monyindir jo.

Dan elok jugak la kalau ekau dan geng dodakmen doakan supayo tobukak hati DS Najib dan Rosmah waghih ekau tu untuk botoghuih toghang dongan rakyat sumo pasai skandal duit masuk bobiliyon-biliyon ghinggit kek dalam akaun dioghang anak boghanak.

Itu olon masuk ceghito 1MDB kesayangan ekau tu laie.

Balo yang dioghang buek disokong pulak oleh geng dodakmen, akibat dan kosan eh sumonyo akan ditanggung oleh rakyat dan negagho.

Pasai TDM naik private jet tu apo salah eh, bukan pakai duit kerajaan/rakyat pon.

Ibarat eh macam eden nak poie makan angin la, kawan eden bagi pakai keto dio siap ngan dreba nyo sekali, minyak pon dio tanggung.

Bukannyo macam Najib dan Rosmah waghih ekau tu yang molajak jet kerajaan/rakyat kulu-kilir macam mak bapak dio punyo.

Cukup la sotakat itu dulu yo Waghih.

Kang kuk ekau tensyen lobih-lobih bona pulak.

Maap yo Waghih.


Another Waghih.

Birthday wishers said...

Dia punya pasal nak pakai apa pun. Harga berapa riban pun. Dia beli pakai duit dia. Dia tak pakai duit GLC yang disimpan dalam offshore company di luar negara. Selama dia jadi PM, dia tak pernah pakai duit GLC berjoli sakan anak-beranak luar negara. Dia belanja duit yang sememangnya hak dia.
Mengata orang bertenggek macam parasitic plants. Yang kau ngan waghih 'bertenggek' dekat sini spewing insults and expletives sememangnya 'simbiosis'.........sangattt!!!..........

Berat 66 said...

Nampaknya ada stalkers yang jeles tahap gaban kepada those yang wished Tun M birthday sehingga menuduh mereka sebagai macai. Waghih included. Geng muka tak malu terhegeh-hegeh stalked blog 'penyokong Mahathir'.
Kalau ya benci atau tak suka, kenapa terhegeh-hegeh datang jenguk. Pergi la main jauh-jauh dengan 'dedak' kau tu. Tak ubah macam orang gila talak.
Kami semua dekat sini ikhlas mengucapkan hari jadi kepada Tun M kerana ingin mengenang jasa dan budi beliau. Jika wish hari jadi pun dituduh sebagai 'macai' apakan daya. Ditambah pula kata-kata kesat dihamburkan. Jelous people are everywhere. Haters will always be haters.

Sopian Anis said...

Kalau pujian tu ikhlas memang la naik bulu roma. Kalau puji nak harapkan dedak, baca pun rasa loya nak muntah.

Anti Dedak said...



Melayu/Islam First??

For you and your Najib worshippers:-

First in corruption.

First in thievery.

First in embezzlement.

First in deception.

First in chicanery.

First in trickery.

First in duplicity.

And the list goes on and on.


Melayu/Islam First said...

Can you explain how Mahathir's sons become billionaires? Menabong from young? I used to worship him like you people. Then he attended Bersih rally, conspired with Mr Bean Mahfudz Omar who is not only a clown but also lacks intelligence, collaborated with Lim Kit Siang, the most hated person by the Malays and Muslims, called us dedak eaters, etc etc. Now even the opposition has stopped entertaining him as he has been chopped NFU (No Further Use)! He brings his downfall all by himself and no one else to be blamed!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).