Wednesday, August 24, 2016

Terima Kasih Atas Semangat Kerakanan Semua


A Kadir Jasin


MOHON izin membuat sedikit catatan peribadi.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Semalam - kelmarin dalam loghat Utara – adalah ulang tahun ke-69 kelahiran saya.

Saya membuat dua catatan dalam Facebook saya yang berbunyi:

1. [Dengan izin] “Thank you very much to friends and well wishers for your kind greetings and good wishes.

“And thank Allah for giving (me) reasonably good health and sound mind. Alhamdulillah.

“Thank you and best wishes.”

2. “Makan rojak dan cendol berhampiran pejabat. Dibayar oleh seorang yang barangkali mengikuti tulisan saya.

“Dia sekadar memberi salam sebelum beredar.

“Selepas itu barulah tuan gerai beritahu yang lelaki Melayu itu telah membayar makanan saya.

“Terima kasih banyak-banyak.

“Hal demikian kerap berlaku. Ada yang memperkenalkan diri dan memberitahu mereka belanja saya. Tetapi ramai yang tidak menegur dan memaklumkan.

“Kepada mereka yang baik hati dan pemurah saya sangat berterima kasih dan terhutang budi.

Wallahuaklam.”

Saya mohon maaf kalau tidak menyedari, mengenali atau mengingati semua mereka. Saya harap, bila nampak saya tegurlah walaupun saya sedang menulis, membaca atau makan.

Dengan ikhlas saya katakan, saya mempunyai masalah mengingati nama dan wajah seseorang tetapi ingat peristiwa yang mengaitkan mereka dengan saya.

Kelemahan ini menjadi semakin ketara dengan perjalanan masa dan peningkatan usia. Untuk itu, saya dahulukan dengan memohon maaf.

Apabila orang bertanya saya, kenal? Kalau tidak kenal atau terlupa, saya akan jawab: "Kalau saya kata kenal tapi tak ingat, orang kata saya bohong. Kalau kata tak kenal, orang kata saya sombong. Antara dituduh bobong dengan sombong, lebih baik dituduh sombong."

Wallahuaklam.

38 comments:

jumbeaux said...

Salam Datuk

Selamat Harijadi. Semoga panjang umur murah rezeki.

Kalau saya berkesempatan berjumpa Datuk, saya pun akan buat perkara yang sama. Untung nasib masa depan Melayu bergantung ke atas perjuangan Datuk, Tun M dan rakan-rakan. Kami amat berterimakasih.

bijan83 said...

Itulah Datuk.Sukar nak jatuhkan Najib sebab dia ingat wajah orang.Dalam erti kata lain dia pandai menghargai orang serta pandai pulak berkawan.Maka ramai orang yang selesa bersama dia.Iyalah,bab dia tabur duit tu memang faktor penarik utamalah tetapi jangan sesekali meremehkan keupayaan human touch yang ada pada dia.

Daniel Noor said...

Salam Datuk

Mohon maaf kernana mengucapkan Srlamat Ulang Tahun agak terlambat.

Semoga panjang isia dan sentoasa di limpahkn dgn kesrhatan dan rezeki. Amin

mustafa8785 said...

Alhamdulillah semoga dipanjangkan umur, teruskan perjuangan memertabat agama, bangsa dan negara.

Zed-85 said...

Sallam Dato,

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Dato’ Abdul Kadir.

Semoga Dato diberikan kesihatan dan mendapat barakah daripada Allah s.w.t.

Saya rasa yang belanja Dato itu ingin menyampaikan penghargaan kerana usaha dan sumbangan Dato’ untuk membetulkan keadaan yang sekarang ini. Sumbangan Dato’ jauh lebih besar daripada nilai wang yang dibelanja di restoran.

Bukan senang untuk mencari orang yang berani zaman ini yang berusaha untuk kebajikan orang melayu dan rakyat negara.

Saya berharap juga Dato’ tidak lupa untuk menjaga kesihatan dalam segala usaha yang dibuat.

nazeri mamat said...

Saya pun pernah jumpa/nampak Datuk sedang memetik lap top di sebuah kedai mamak pada suatu pagi dikawasan Kelana jaya. Tapi saya tak berani nak tegur sebab Datuk tak kenal. Saya sentiasa menunggu tulisan Datuk sebab saya dapat banyak maklumat sebenar yang tidak disiarkan oleh media.

Selamat Menyambut Hari Lahir Datuk. Semoga Allah beri kesihatan dan minda yang baik untuk terus menulis.

Terima kasih.

Fendi Ahmad said...

Saya doakan AKJ yang saya amat minati penulisannya sejak zaman sekolah era 1990an dulu Allah kurniakan segala kebaikan, kebahagiaan dan kesenangan dunia akhirat.

Terima kasih kerana banyak menpengaruhi dan memperluatkan cara saya berfikir dan melihat sesuatu kejadian itu.

Rasanya hampir semua koleksi penulisan AKJ saya ada. Teragak pula mahu AKJ menulis biografi kenang-kenangan pengalaman hidup AKJ seperti mana yang Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin) sudah hasilkan :)

kluangman said...

Its ok Datuk.
Ada yang lupa wajah penderma 2.6B sebab tu sampai sekarang kita tak tahu siapa penderma yang budiman tersebut.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Selamat menyambut hari Kelahiran yg ke69..
Semoga sentiasa dicucuri rahmat Zat Sempurna dan Sinaran Kasih Sayang Allah Swt..

ALFATIHAH, AAMIIN
Ps. Kami juga menghadapi kekurang memori tapi siErra tak pulak ... hehe

Zalman A said...


Selamat Hari Jadi, Datuk! Semoga Allah swt memberkati usia, semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dipermudahkan rezeki dan bahagia sentiasa.

69 years young - to think that Tun was already 22 when Datuk was born! Quite amazing.

Many happy returns, Datuk and all the best to our favourite Tokoh Wartawan Negara!

Mat Bakar said...

Sallam DAKJ

Selamat menyambut hari jadi yang ke 69 semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini demi negara dan masa depan anak cucu kita.Saya dan seluruh keluarga mendoakan kesihatan dan kebahagiaan Dato', maaf saya kurang aktif di sini kerana kekalutan perniagaan yang serba merudum kerana kenaikan harga barang mentah yang diperlukan namun masih bersyukur kerana masih ada pelancong tempatan yang mengunjungi warung usang saya.mungkin ini adalah dugaan. Kepada pendebat lain gunakan akal kita untuk meneliti realiti negara sekarang ini. Jangan terlalu taksub sehingga sanggup menjadi buta kepada kejelekan pemimpin yang ada. Ingatlah masa depan anak cucu kita. Waraslah berfikir dan bertidak.

Wallahuaklam

M5 said...

Zum Geburstag Pak Kadir.

Semoga kekal sihat gembira aman damai disamping meneruskan perjuangan.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Pendek 'coretan' hang kali ni...tapi alHamdulillah, bulih pekena pasembog(?) dgn cendoi lagi. Allah bagi hang sihat no, rambut masih lebat tapi nak putih habih. Kalau Pak Ali, mentua Jamil (bin Abu) dia kod nanti kata "Adaa--magna ---- tu..!" Allah maha besag.
Tapi elok jugak laa, kata setengah orang, kalau tak dak benda baik nak kata, lebih baik dok diam.
Lagi pulak benda yg hang dok kalut sakan selama ni pon nampak insya'Allah macam nak terongkai dah...Mat Tehag Tongkang Yard terbaru dah keluag dengan fomula Tan Sri 4 chilok (qhiyanah) Tan Sri 1,2 dan 3.
Semoga Allah mengampun dan ridho kita semua, sebelum Dia jemput kita no...Aamiiin.
Aku.

Herman Adnan said...

selamat hari ulang tahun kelahiran
Budi yang BAIK manakan Sirna

sukasamasuka said...

adidi batah kitani...ba salam ta ba kadikau, Datuk AKJ...yang amat disagani...dan diormati...salamat manyambut hari lahir yang ke 69!

nda disangka juga ba kan, walaupun kana lagau usia, tapi masi batah bakurapak...masi licak lagi ba utak kitani...bukan apa bilang orang, tapi satakat mangulas kadaan samasa...namun, bukan kita saja ba...kami ani pun balaing mata maliat koyok koyok UMNO ani...macam karamian ola durang...

sakali lagi...salamat harijadi ka 69...doaku taha umulnu ka murah rejjekinu...ni bowanan ko kasihatan dei Allah S.W.T....sukul naa kita ada si Datuk ba yan...sukul naaa....assalamualikumwarahmatullahwabarkatu.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Semaoga datuk terus diberi kesihatan yang baik.. almaklum umur 69 menghampiri 70.. kalau dulu-dulu macam tok nenek kita bila sebut umur 70 tahun rasa macam dah tua sangat.. tapi sekarang ok..

Bersyukur kita kalau dalam usia macam datuk masih "good healtn and sound mind"

sukasamasuka said...

Datuk AKJ...chu her ni liew ser chew sui seng rek kui ler...sang ten pau u ni ping ann, cheng keng...se se ni.

(Happy 69th birthday to you...may God bless you with bountiful health and good life...thank you}

boy said...

happy birthday, sir.
honestly, ive been here, i feel really good about myself. after each reading am better off. maybe i like d ideas, maybe d skills…..dunno, maybe i want to practice something that actually i can do something with it. d actual thing is am learning to communicate. u know information is thrown out at our brain at an unprecedented rate, at almost every second of d day. d problem is execution. ive problem of delivering……it wears out n leaves me bad. but i think u got a massive personal brand in ur writing n reasoning. i can take great examples of that. thank u sir!

Lintangjalong52@gmail.com said...

Ybhg Dakj... MO1 dah buat byk damage..
Lambat laun akan ke tanah jua..
Allah swt lebih mengetahui..

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Dah 69 ye .. tahun depan 70 .. purata usia di negara ini semakin meningkat dan kita bakal jadi negara berusia otai tak lama lagi .. khabarnya Jepon nisbah penduduk melebihi usia 60 tahun adalah 1:1. Tapi Mick Jagger dan The Rolling Stones yang hampir cecah 75 tahun masih ligat dengan irama yang tagih tenaga.

Dato Kadir saya doakan terus kuat untuk jadi seperti biasa .. menulis dan memberi ilmu. Saya tertarik dengan tulisan Dato tentang ekologi sosial wanita Terengganu pada tahun 50 dan 70an .. sejak itu saya terus cari dan baca tulisan Dato. Syabas ..

sukasamasuka said...

Kopisanangan tadau pinaganakan 69 toun kumaa dia Datuk AKJ...Oonuai koh noh dah dih Minamangun tinan do awakas om koposion do osonong.

Servant of God said...

Assalamualaikum Datuk,

Semoga Allah berkati segala usaha Datuk, panjangkan usia Datuk, dan beri rezeki yang halal lagi barakah kepada Datuk.

Thank you for all that you do. May Allah SWT bless you with success.

Kampong man said...

Assalam DAKJ,

SELAMAT HARI JADI ke 69.Semoga Allah sentiasa bersama Tuan dan diberi kesihatan yang baik.

Semasa Tun M menjadi Perdana Menteri selama 22,saya sentiasa dibelakang Tun kerana ia Presiden UMNO dan PM kita walaupun ia nya tidaklah perfect dan corrupt free.Kini kita punyai Presiden dan PM yang baru,Pahlawan Bugis.Alahai belum habis pun mandated term kedua.Saya akan terus juga dibelakang nya sebagai penyokong kerajaan yang terbukti baik yang dapat memberi kesinambungan kesejahteraan yang baik bagi rakyat Malaysia.

Saya rasa perbezaan ideologi politik harus jangan sampai memutuskan silaturrahim antara manusia.Omputeh kata tak perlu burning the bridges.Saya sayangkan parti bukan sayangkan Tun atau Najib atau DSMY.Leaders come and go Biasalah,bila bermain
politik kan...

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA Jangan lupa kita kibarkan Jalur Gemilangan tanda sayang dan hormat kita pada negara Malaysia.After all we are all good Malaysians maaa...Salam hormat semua.

Kamsani Y said...

Selamat mnymbut hari lahir DAKJ, moga berterusan dalam redha, rahmat dan kasih Allah...
Teruskan perjuangan .... saya sentiasa follow

Drp.ksanee yl, lahad datu

Kamsani Y said...

As salam datuk,
Slmt hari lahir.. moga berterusan dalam redha, rahmat dan kasih Allah swt..

James Labu said...


Sanah helwah DAKJ.

May Allah SWT continues to bestow on you His blessings, good health, prosperity and iman.


sejati said...

It's been quite a while since I last commented Dato. Been enjoying the solitude of being a silent reader all this while.

Moga panjanng umur, sihat sentiasa, tajam pemikiran dan paling penting, sentiasa di dalam rahmatNya.

Happy 69th birthday dato!

On a different note, we pray that all pejuang kebenaran (U, TunM n Co), would be steadfast and calm as there are many distractions thrown by the najib camp these days. Soldier on!


Sejati

Nothing to hide said...

Datuk.
Tun mahu selamatkan bangsa ugama dan negara. Rupanya ada juga yang bebal tak faham faham.

Birthday boy! said...

Datuk,
happy 69th birthday, as each day passes that we will continue to enjoy your writings and thoughts.
Hate you, love you, admire you, irrespective of what your readers think, they carry enormous respect for you.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Mahathir mohon maaf kerana kekang kuasa Agong....Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang." (http://www.malaysiakini.com/news/353516)


1. Minta maaf?...seriously Tun?...Tun buat ikut cita rasa sendiri ke?...ikut suka suka hati?...atau rakyat yang mau Tun buat sesuatu untuk negara ketika itu?...akibat kemelut apabila seorang rakyat Malaysia yang kena baham olih seorang "sultan" yang tidak berhati perut...aku sudah tidak ingat siapa orang itu...aku juga sudah tidak ingat siapa "sultan" itu...

2. Tetapi, itu ada lah hak Tun kalau mau minta maaf secara peribadi...aku tiada hal...asalkan Tun bukannya minta maaf pula bagi pihak aku....orang lain dia punya pasal la.

3. Tun meminda Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Parlimen...Perlembagaan Persekutuan bolih diubah dari masa kesamasa sebab itu suara rakyat Malaysia...lain kata, orang bilang itu hanya ciptaan manusia...macam mana baik sekali pun Perlembagaan Persekutuan itu, kalau ada pemimpin negara memang sengaja mau merosakkan negara, dia akan buat juga....jangan salahkan Pelembagaan.

4. Tun...pada ketika itu, kami rakyat biasa...mungkin bukan semua la atau majority...menaruh harapan yang Tun akan menghapuskan system beraja yang membebankan rakyat....disitu kesilapan Tun kerana tidak berani mengikut suara rakyat...mungkin Tun takut dipanggil derhaka, maklum la Tun dari negeri beraja...

5. Tun tidak membohong rakyat...tidak menipu rakyat...tidak mencuri duit rakyat...bukan macam pemimpin sekarang ini...hanya Tun saja harapan kami untuk keluar dari kemelut sekarang ini...kalau ada salah silapnya Tun dimasa lalu, pemimpin sekarang bolih membetulkannya sebab mereka ada kuasa untuk melakukan yang lagi baik...ITU AMANAH DARI KAMI, bukan menjahanmkan negara.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Sultan Johor minta Dr Mahathir tutup mulut"...(http://www.malaysiakini.com/news/353520)


1. Tiada siapa dimuka bumi ini ada hak, menyuruh orang lain tutup mulut.

2. Mungkin kita tidak suka seseorang...tetapi, kita tidak ada hak secara peribadi atau sebaliknya menghalang seseorang dari menyuarakan pendapatnya...walaupun, kita sakit hati.

3. Ini Malaysia...BUKAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU...zaman itu sudah tiada...sudah berlalu...sudah lupus...hanya kenangan dalam sejarah...jangan la berangan angan mau kembali ke zaman yang mustahil akan berulang....TIDAK SAMA SEKALI!

4. Tun..."ayahnda" kami...kamu hina dia...kamu hina kami...kamu hina aku...aku rakyat dikampong...rakyat biasa...tidak dapat bersuara dimana mana...JANGAN ADA ORANG CUBA MAU MENGHINA TUN!...

5. Tun bukan ada kuasa...tiada duit...tiada apa pun...tetapi dia ada "moral authority" sebagai pemimpin aku...aku anggap dia sebagai "ayahnda" ku...berani juga kamu menghina "ayahnda" ku....JANGAN!

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Happy Belated Birthday. we are in the same series, 6 series.. proud and lasting happiness
living during the era of Tun Abd Razak, Tun Gaffar Baba and Tun Dr M..lastly during your
editorship with NST.. never missed ' Other Thots ' except when abroad..

damerdeka said...

semoga Allah panjangkan usia mu, murahkan rezeki mu dan yang paling penting di anugerahkan kesihatan terbaik buat mu supaya kami dapat menikmati tulisan2 mu

Abdul Lah said...

salam...

HAPPY BIRTHDAY, DATUK...
I love u...
but more importantly, i hope n pray Allah n Rasul love u more... :)
jgn pernah berhenti berjuang...

#iloveTunihateNajibRosmah

Kampong man said...

Salam sukasamasuka,

1.Kelihatan nampaknya dalam penulisan tuan saperti Tun M lebih berkuasa dan terhebat dari raja sahingga ia nya sampai jangan dan tidak boleh di sentuh.

2.Anda juga berfikir kita harus jangan sambut hari kemerdekaan Malaysia kerana ia TIDAK ujud.

3.Tun tidak ada duit?.Mana mungkin Tun Daim lebih kaya dari Tun M.Ahemm...

4.Tuan,tidak menghormati Perlembagaan dan sistem beraja dalam perlembagaan Malaysia.Jelas tuan tidak menghormati kuasa Raja Raja Melayu.Kesamarataan kan kan...

Aku juga rakyat kampong.Saya hormati hak Tuan.Manusia semua sama kan.

Muhamad Zaidi said...

Assalamualaikum DAKJ.

Saya ucapkan beribu tahniah dan selamat berjaya dunia dan akhirat tatkala umur menjengah 69 tahun untuk diraikan sepenuhnya demi keluarga tercinta.

Kesimpulan

Hargailah sejarah secara keseluruhan untuk kita sambut Ulangtahun Kelahiran. Usah sambut Hari Jadi, Hari KEMERDEKAAN jika SEJARAH langsung tidak mahu tahu. WHO AM I....

sukasamasuka said...

Datu.

Salam bahagia Kampong man.

Saya minta maaf kerana tidak mampu nak jawab persoalan kamu psebab saya orang biasa saja tidak ada pengetahuan yang dalam tentang hal hal yang sedemikian...saya mohon maaf.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Happy 69th birthday Datuk (23rd August, 2016), saya sekeluarga doakan semoga Datuk sehat, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberkati serta dilindungi Allah swt.

Teruskan usaha murni bersama perwira-perwira negara walau berjuang bukan di medan perang dengan senjata api namun tajamnya matapena Datuk lebih menikam daripada matapedang!

Yana

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).