Wednesday, August 31, 2016

Malaysia, Negaramu Hanya Satu


A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

JANGAN engkau bakar rumahmu
Kerana di dalamnya
Ada pijat, nyamuk dan kutu
Engkau racun dan buang mereka
Agar rumahmu bahagia semula.

Jangan engkau bakar benderamu
Kerana tiangnya condong
Dan angin mati
Maka tidak ia berkibar lagi
Carilah tiang yang panjang
Ikatkan pada pohon yang tinggi
Di puncak gunung yang banyak angin
Supaya ia berkibar kembali.

Jangan engkau sisihkan negaramu
Kerana engkau benci
Kepada pembesarnya yang rakus
Yang merompak mencuri tanpa malu
Sambil mendabik dada mengaku berjasa
Dan lantang menuduhmu derhaka
Kerana engkau tidak mencium tangan mereka.

Ini rumahmu
Ini benderamu
Ini negaramu
Pertahankan ia
Dari tangan-tangan celaka
Kerana rumahmu
Benderamu
Dan Negaramu
Bukan dua atau tiga
Hanya satu
Itulah Malaysia.

Maka anak-anakku
Sambutlah panji-panji ini
Dari tanganku yang lesu
Arahkan ia tinggi-tinggi
Jangan sekali-kali
Biarkan ia jatuh menyembah bumi
Dipijak, dikoyak, dicaci.

Rumahmu hanya satu
Benderamu pun begitu
Apatah lagi negaramu
Tidak dua
Tidak tiga
Hanya satu
Itulah Malaysia.

Merdeka
Merdeka
Merdeka.

Wallahuaklam.


30 comments:

Zalman A said...


Salam Datuk

Powerfully written!

Yes, on a happy day I do feel quite sad.

Our beautiful country is falling fast.

We are led by thieves and liars:

"Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa memutuskan tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, kata Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Tengku Sariffuddin dalam kenyataan hari ini berkata menteri luar Arab Saudi mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan menemu bual wakil penyumbang tersebut,” katanya."

This game is long over.

Saudi donors are fairytales. It is a lie.

Yet our top leader persists in this fantasy.

So far are we from the values of our founding fathers.





xairlinepilot said...

Assalamualaikum DAKJ dn para komentar,

MERDEKA KAH KITA?

Merdekakah kita?
Jika rakyat terus menderita
Mencari rezeki merata-rata
Yang miskin terus meminta
Yang kaya menambah harta

MERDEKAKAH KITA?

Wang kita dirompak di depan mata
Penguatkuasa menjadi buta
Demi pertahankan pemimpin kaki auta
Demi pak menteri yang tinggal di kota

MERDEKAKAH KITA?

Si bugis harta beratus juta
Hasil merompak wang rakyat jelata
Si isteri sedang bertahta
Tak ingat dosa dan neraka

MERDEKAKAH KITA?

Pak menteri mati kalau ada 4000 juta
Dalam akaun si pemimpin durjana
Apa nak kata dia pun sama
Si "dickhead" kalut mengumpul harta

MERDEKAKAH KITA?

Blog anti kerajaan di ""block" semua
Oleh si "keruak" katak perdana
Supaya rakyat tak tahu apa-apa
Senang Pak menteri titup cerita

MERDEKAKAH KITA?

Si macai semua buat buta
Dengan harapan dihulur dana
Untuk diguna lawan demo rakyat jelata
Si Tinju dan Si Ikan Bakar masuk duit dlm celana

MERDEKAKAH KITA?

TDM mencorak MLaysia
Menjadi negara disegani manusia
Sayang beliau terhadap Malaysia
Tapi Si Bugis Ponen songlap semua

MERDEKAKAH KITA?

Ada timbalan berstatus Komedi
Cakap english ketaq lutit nak berdiri
Asal seberang pun boleh jadi menteri
Apa Malaysia dah nak jadi?

MERDEKAKAH KITA?

Kalau keluar di hari cuti
Kuala Lumpur penuh dgn Bangla, Nepal, Vietnam dan Indon mencari rezeki
Setengahnya samseng datang mencuri
Ikut budaya si Pak Menteri

MERDEKAKAH KITA?

Ayoh rakyat kita harus peduli
Siapakah MO#1 yang takut mengaku diri
Yang punya kuasa dan reza aziz punya bapak tiri
Sama-sama kita rakyat terus mencari
Sampai dia kencing berdiri

MERDEKAKAH KITA?

Cari isteri jangan si rambut tinggi
Kerana ego dan pentingkan diri
Duit rakyat dia punya idea sendiri
Lepas di curi, serah pada anak sendiri
Supaya anak dan si jho low tembam boleh terus menari
Rakyat susah aku apa peduli?

MERDEKAKAH KITA?

DAKJ dan para komentar semua
Maafkan saya merepek pagi-pagi
Tapi sebab tak puas hati
Khir Toyo kawin satu lagi
Lagi lawa pula tu dari isteri sendiri
Tapi isteri sendiri tatap disayangi
Sebab rambut dia TIDAK TINGGI
Kalau tidak kita jadi bugis kecut telur, anu tak boleh berdiri...

MERDEKAKAH KITA?


Nukilan:
xairlinepilot


Unknown said...

salam...

SELAMAT HARI MERDEKA, datuk dan kawan2 (tak kira pro Tun/pro NajibRosmah...
love u all... (sebagai seorang rakyat Malaysia dan hakikat insani)...
meski kita berbeza pandangan hatta kepercayaan, saya x mengharapkan keburukan untuk kalian... saya tetap berharap dan mendoakan semuanya sejahtera dunia spi akhirat... tapi saya tetap ingin menyeru,

"ayuh kita BERSATU! " :)

Salam Kemerdekaan, semua...

p/s:- datuk, it is such a beautiful poem u wrote...

ismail muda said...

Tahniah Datuk & pembahas yg budiman. Semoga negara Malaysia dijauhi dari segala musibah angkara kepimpinan yg reput, karut, korup & yg berlindung di atas nama agama...

Unknown said...

Salam Datuk.

Rakyat dan Negara hanya boleh MERDEKA setelah Pemimpin Penyangak and his band of thieves di singkir atau di usirkan.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Sekali lagi terima kasih Kadiag, hang munkin tidog jauh malam nak siap 'sajak' hang ni...ada yg aku setuju dan ada yg aku tak berapa setuju.
Tamsil hang pasai pejat, nyamuk dan kutu dlm romah macam aku tempek bawah ni nampak macam tak berapa kena:

'JANGAN engkau bakar rumahmu
Kerana di dalamnya
Ada pijat, nyamuk dan kutu
Engkau racun dan buang mereka
Agar rumahmu bahagia semula'.

Munkin lebih tepat kod kalau hang buboh yg perangai macam gajah liag ka, rimau lapag kod atau macam besa hang sendiri dok tulih, gedembai ka... bukan aku nak hina sapa2 Kadiag, tapi kalu ada yg terasa, mintak maghap no. Tamsil hang ni macam rojok kak hawayan kecik2 saja, basa gomen 'species insecta' kod, pasai yg dok langgag Malaya laa ni kesan dia jenuh sakan.

Hang tengok satu keh saja...ambik Tabung Haji pon munkin hang bulih nampak, beli tanah dekat 2000 ringgit sekaki yg 1MDB depa dapat pada rega 60 ringgit sekaki. Apa jasa 1MDB kalu banding Tabung Haji..? Ni Tabung Haji niii, untuk kumpui duit orang tunai rukun Islam niii..! Depa tibai semacam. ...masya'Allah. Astaghfirullah.
Yg malang sunggoh, ada lagi yg nak sokong 1MDB ni... temasok yg depa kata 'ulamak'. Macam2 hujjah yg aku dok baca...kena sanka baik la, tak cukup saksi laa...tak tau mana satu yg bulih pegang. Mintak maghap Kadiag no, aku nak berenti sini, takut aku mencarut pulak.

Macam mana pon terima kasih banyak banyak Kadiag, dgn rendah diri dan dhoif, aku.

Badar said...

Salam Datuk,

Just back from an overseas trip.

Been thinking in the plane WHAT IF THE RAKYAT DECIDE THAT N = G?

Possibility?

Badar

Lembah Tasnim said...

Terharu membaca sajak Datuk..

Sayangnya kibaran bendera kita tidak sehebat dulu.. dulu kita dengan rasa bangga sanggup beli disetesyen minyak untuk lekatkan dibumbung kereta dengan rasa gembira dan serorok.. hari ini bagi feri pun orng tak kesah..

boy said...

great stuff, datuk! reading it…between my mind filling sadness n outrage to humiliation…to confusion…to frustration, wonder how we’ll ever successfully move forward n beat d bite of betrayal.

d sentiments come n goes…..expressing love to d country d meaning is assumed to be known. but hate d govt is a bit difficult to decipher. when we wave their flags n sing anthems, we r not only thinking our motherland d home but also all constituents, parliamentarians, political entities, system of govt as such pervade every solely love for d country. i love my country…I dn like d govt, it difficult to express. but still, i refuse to fly d flag….d truth of d matter tat apposite d mardeka emotion!

RD. said...

To me.... Merdeka means...terlepas dari mulut buaya, masuk mulut singa. Two times, at that too.

First in 1957, when the Penjajah left after robbing our natural resources... for centuries.
Second was when Pak Lah took over in 2003.
An now...we're still in a bigger 'mulut singa', since 2009.

Though it seems, Jho Low was already in TIA when Najib was still the DPM. Therefore, he must have known since then, that Pak Lah was about to go.

Therefore, Muhyiddin was right...1MDB was a scheme to scam...and the ultimate Merdeka for me will be the day...Najib, his 1MDB and it's hutang is gone... after confiscating the wealth of his macais an balacis.

Fendi Ahmad said...

Sakitnya hati melihat Mappadulung di malam Merdeka berucap sungguh lantang pengkhianat dalam negara. Siapa dan apa yang dibuat "pengkhianat" hingga menjadi pengkhianat negara ? Adakah pengkhianat kepada Mappadulung boleh disama ertikan dengan pengkhianat pada Malaysia ?

Mali Bin Muyung said...

Salam semua.
Selamat Hari Merdeka.
Julung2 kali saya kibarkan bendera walaupun hati bengkak dgn kerena NR.
Tak sabar nak buang undi.

RD. said...

Salam Dato AKJ dan Pembahas sekalian.

Saya terbaca komen terbaru dari JMD dan saya berpendapat, buah fikiran pengomen itu mengenai 'Kemerdekaan' amat bernas dan tepat sekali.

Mungkin sebab itu, Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku, seolah-olah tutup-mulut mengenai peyelwengan WANG Rakyat dalam 1MDB.

Saya copy-paste, dengan sedikit 'censor' seperti dibawah:-

"Sempena menyambut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb Ogos ini baik juga kita ulas kemerdekaan dari siapa?
Memang orang Johor yang ##### je yang angan angan nak bawa Johor keluar dari Malaysia. sebab tak de laut antara Johor dan Pahang atau N.Sembilan.

Perlu diingat Professor Diraja Khoo Khay Peng dan Zainal Kling telah mendedahkan, sebetulnya Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh Inggeris.
Semuanya adalah pertalian perniagaan tidak seperti di India, tidak ada Governor General dsb.
Mengikut ilmuan terkemuka Prof Khoo Khay Peng, kemerdekaan Tanah Melayu adalah kemerdekaan orang Melayu dari feudalisma.
Ia itu kuasa rakyat adalah ditangan orang Melayu dan bukan lagi pada Raja Raja.

Sebab itu British dengan mudah keluar dari Persekutuan Tanah Melayu. Mereka cuma cuba menjajah pada tahun 1948 melalui Malayan Union tapi gagal kerana orang Melayu menghalang keretapi Sultan Sultan Melayu bergerak dari Kuala Kangsar.

Sultan2 Melayu menangis melihat kesetiaan orang Melayu dan demokrasi adalah satu undi satu orang yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang Melayu sedangkan Sultan adalah simbol kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Jadi adalah terlambat untuk Johor balik kepada sistem feudalisma yang jelas nyata gagal menjaga kepentingan rakyat jelata bila tanah tanah melayu diberi kepada pendatang Cina yang mampu membayar wang yang banyak. Ini masih terus berlaku di Johor.

Orang Melayu miskin, tanah tergadai kepada syarikat gergasi Cina. Memang Cina baik tapi mereka baik kepada mereka yang ada kuasa sahaja."

Zalman A said...


After 59 years of freedom, silence.......

DAH SONGLAP, SONYAP SOPI

KBS shortform kebas ke?

Jantan botino samo jo
Buek kojo sikit tolan duit sogunung

Kau jang samo jo
Dulu kato tak ondak subsidi
Sobab dah songlap ko?
Osah kau tak guno boto
Anak omak kau

Kotopi kau somua
Cam ni ko bolo belio?
Bodobah

http://sustainablelivinginstitute.blogspot.my/2016/08/dah-songlap-sonyap-sopi.html

Rakyat Malaysia Biasa said...

Zalman A is a peribumi Bersatu campaign manager/ macai.Shiok sendiri.

Unknown said...

Salam 1 Malaysia DAKJ.

Khianat = negatif
Bersatu= positif

Marilah kita berfikiran positif husnuzon(bersangka baik)

Kesimpulan
Negara kita sudah merdeka Nah! Nikmatilah, gengamilah tanah merdeka sesungguhnya ia kurniaan sementara.

Merdeka! 3×

46Sekupang said...

Alhamdulilah !diatas pengahayatan coretan pena DAKJ ini.Hanya satu kapada yang maseh muda remaja sambutlah apa yang dinukilkan oleh DAKJ diatas menjadi perangsang melawan segala keburukan yang melanda Malaysia buat masa kini.Dulu selama 55th. mungkin kita telah merdeka tetapi 4th kebelakang ini kebanyakan kemerdekaan dulu mulai pudar.Beringatlah sebelum ianya hancur terus.berwaspada dan fahamilah apa yang dipaparkan oleh otai kita.

sukasamasuka said...

Datuk yang mulia,

"JANGAN engkau bakar rumahmu..."


Aku anak kampong terpencil...rumah kami kayu, atap rumbia...ada satu perigi saja...airnya jernih kemerah2an...bau tanah...dimasak jadi "air mati", baru la bolih diminum...lampu pula hanya la lantira dari damar hutan untuk menerangkan malam...tapi aku suka bila bulan terang...seronok, bolih keluar main main...

Sedikit demi sedikit...atas usaha orang tua kami...berkebun dengan tanaman buah2an...dan mama kami pula tanam sayur ditanah kampong terbiar...untuk makanan kami dan orang kampong...aku pula menjual sayur dan buah dari rumah kerumah sebelum sekolah, bukan la aku suka sangat, tapi takut kena marah dan kena pukul...

Ada satu keluarga Cina dekat rumah kami...durang pun tanam sayur juga...pelihara beberapa ekor babi dalam kandang bawah rumah, ayam dan itik...dan banyak anjing...orang tua kami berkawan rapat dengan keluarga ini...hingga la ke saat ini...macam keluarga sendiri...tiada sikit titik permusuhan atau sakit hati...

Pekerja buruh kasar perempuan Cina Hakka pula...bekerja keras...mereka ini tahan kena panas matahari dan hujan...tanpa mereka tiada jalan raya, parit dan jambatan di kampong kampong...lelaki Cina pula suka kerja jadi buruh kasar di pelabuhan, tukang angkat beras, gula dan tepung gandum, tidak kira siang atau malam, asal ada kapal singgah...dan tidak kurangnya mereka suka hisap candu dan main judi....di saat itu tidak ada orang kita Melayu yang sanggup jadi buruh kasar...

JANGAN engkau bakar rumahmu...

Orang bawahan macam kami ini, Datuk...ada satu rumah kayu saja...hanya satu saja, Datuk...itu pun atas tanah haram...kalau kami kami ini membakar rumah kami...dimana la kami mau tinggal...tetapi, baru baru ini...lebih kurang empat bulan yang lalu...beberapa keluarga kami dikampong terpaksa tinggal di balai raya apabila kampong terbakar...macam tikus lari bertampiaran, angkat kain baju bila rumah mereka terbakar...

Bukan kami yang membakar rumah kami, Datuk...bukan kami...kami tidak pandai buat kerja begitu...kami orang bodoh, Datuk....orang bodoh...percaya la...

Tetapi, kalau sudah rumah kami dibakar orang...demi Allah...terbakar la Malaysia ini...KAMI AKAN BAKAR MALAYSIA INI, DATUK!

Malaysia sudah pun terbakar.

Tetapi bukan kami yang membakar...bukan kami..tapi kamu kamu di Putrajaya!

sukasamasuka said...

Datuk yang bijaksana,

"Jangan engkau bakar benderamu..."

Aku masih ingat pesanan orang tua aku masa aku dapat kerja di kilang potong kayu balak buat papan..."kerja mesti rajin dan jujur...bila bos suruh buat kerja, buat saja walaupun bukan kerja kamu, kecuali dia bawa kamu main perempuan, main duit, minum arak dan berjudi"...itu nasihatnya...bertahun aku membayar cukai untuk pembangunan negara ini...macam juga Datuk, si RD, si Zalman A, si Kampong man, si Waghih dan saudara/saudari pembahas diblog ini dan dimana mana sahaja mereka berada...

Rakyat Malaysia bangga dengan kemajuan sendiri...bukan semua kita kaya raya, tetapi kita bangga sebab dengan tulang empat kerat ini...kita bangunkan Malaysia mencakar langit..berkibar kibar la bendera Malaysia diseluruh dunia...mereka segan dengan orang Malaysia...

Jangan engkau bakar benderamu...

Aku ke yang membakar bendera Malaysia?

Atau Datuk?

Atau si RD?

Atau si Waghih?

Atau si RD?

Atau Sungai Besar Umno division chief Jamal Md Yunos?

Atau Lim Kit Siang?

Atau "ayahnda ku" Tun Dr.M?

Aku rasa tidak...tetapi juga mungkin aku salah sebab aku hanya la orang kampong...

Macam mana la aku mau membakar bendera...semalam aku beli...sudah kena curi.

joetamchi said...

Rumah Mentri bukan satu....
Rumah riza kt amerika...
Bulan ogos 31....
kita sambut hari merdeka....

Merdekakah kita....?
Sehati sejiwa
1mdb 1msia.....

Zalman A said...


@ 5:42 PM

"Zalman A is a Bersatu campaign manager/ macai"

Ribuan terima kasih, saudara. You do me too much honour.

However, I think Bersatu does not need a campaign manager.

All they need is the simple truth of the Chosen One's many untruths:

https://www.youtube.com/watch?v=bi--3fXHgv4

However, we cannot prevent you from voting for a thief, liar, swindler and kleptocrat. It is your democratic right. (If I am wrong, then please sue the WSJ (dorang dah tunggu satu tahun lebih, O!) and then take your forensic "Saudi donor" evidence to the DOJ and the 6 other countries.

Senang, kan?

Ada forensic "Saudi donor" evidence, bro? Xde pon. Ishhhhh.

Tu la masalahnya...


sukasamasuka said...

Datuk.

"Wednesday 31 August 2016...Brazil President Dilma Rousseff Removed In Impeachment Vote....Brazil's Senate has removed President Dilma Rousseff from office for breaking budget laws. Senators voted 61-20 to convict Ms Rousseff of illegally using money from state banks to boost public spending...Brazil, is Latin America's most powerful economy...Motorists blared car horns in the capital Brasilia in celebration at the removal of a president whose popularity had plummeted since winning re-election in 2014"

(http://news.sky.com/story/brazils-dilma-rousseff-removed-from-office-in-impeachment-vote-10559981)

Di mana Malaysia?

Bukan kita saja dapat manafaat dari Brazil sejak dulu lagi, malah penduduk dunia memang selalu menaruh harapan besar pada kesejahteraan negara Brazil...dan, yang peliknya orang Brazil pula memandang tinggi pada orang Malaysia pada suatu ketika dulu...tetapi, sekarang ini, aku rasa kita sudah macam ketinggalan jauh...dari segi pemikiran antarabangsa...

Dan, jangan la kita salahkan kemajuan pemikiran rakyat negara Israel...system demokrasi mereka setarap dengan system demokrasi yang diamalkan di Amerika, Britain, Canada dan Eropah...dimana pada masa yang sama, jiran2 nya masih bergelutan dengan fahaman wahabi, Islamic State, perang saudara dan cerita cerita bodoh...

Sebenarnya, negara2 Islam ini lah yang menjahanamkan negara Islam yang lain...contohnya, bagaimana Saudi Arabia menjahanamkan Malaysia dengan cerita "derma RM2.6 billion"nya...

Wan Adlan Rahman said...

salam dato' akj,

"sehati sejiwa... hendak membina mengambil masa, hendak meruntuh sekelip mata"

i think this aptly describes what's happening in malaysia now.

SG said...



5.42

Zalman A might be a "perubumi Bersatu campaign manager/macai"as you say it.

But I am pretty sure he is no dedak-eater.

Kampong man said...

Assalam all,

A friend poslaju me this article below.I am inspired.


Japan Railways runs a train for only one passenger since three years.
A high-school girl takes the train from Kami-Shirataki station in the northernmost island of Hokkaido, Japan and the same train drops her back from school.
She is the only passenger to travel in the train and Japan Railways has made the decision to run the train only for her.
Japan government was planning to shut the station down due to its remote location, until they noticed it being used by a school girl on everyday basis, which is why they kept the train moving until she graduates. Japan Railways even rescheduled the train according to her school timings. The girl is supposedly going to graduate this March, after which the train service will be shut down permanently.
People are saluting the Japan government for their step of keeping education as top priority and made a comment of Facebook post, which shows the CCTV footage, *'Why should I not want to die for a country like this when the government is ready to go an extra mile just for me.* This is the meaning of good governance penetrating right to the grassroot level. *Every citizen matters. No Child left behind!'*

http://www.dailymail.co.uk/travel/travel_news/article-3395828/The-train-company-stops-station-everyday-pick-ONE-passenger-school.html

*MERDEKA‼‼‼*

James Labi said...



Jamil : Apek, lu duduk sini pegang ini bendera. Nanti lu punya datuk datang, lu jawab lu punya soal kubur.

Apek : Aiyaaa...mau hilup pun susah, mau mati pun susah.....mau mati pun kina pigang bendela.



Maaf, lari dari topik.

Selamat hari Malaysia.


hihwag said...


The government is expected to call for general elections in the first quarter of 2017, a full year before the current parliamentary session is due to close. According political analysts in Kuala Lumpur, the government, and particularly the United Malays National Organization, is attempting to thwart the opposition while it is deeply disorganized and squabbling. The opposition, however, has now been joined by the new Parti Prebumi Bersatu Malaysia, headed by ousted UMNO Vice President Muhyiddin Yassin as the secretary general, and being driven by former Prime Minister Mahathir Mohamad.

“The road is the first or second quarter of next year,” a source told Asia Sentinel. “They are raising funds already.” Musa Hitam, a senior UMNO statesman, has also predicted an early election.

When it was suggested that Najib had plenty of money to fund the next election that was left over from the US$620 million that had disappeared out of the country in 2013, the source said: “That money’s all gone. It all went into buying the paintings and the apartments and the houses that Jho Low paid for. Now it’s going, going, gone…”

boy said...

w adlan...bro,

sehat sejiwa…patriotism…pride…they r more like a folk concept. japanese soldiers r more of those nature when they invaded us bfore. we fought them of d same concept. so when i think of ur subject of d question, it does not differ too much of those sahati sejiwa façades (?). when i watch d demonstration of gangs, waving slogans sahati sejiwa n all this, i cannot help but think they r no more affirmative of hate n love. its composed of many…… begin with wats ur love for, i lov his honesty…i lov his wisdom, or i hate his autocracies…or i hate his lies….etc, those love n hate semblances depend on wat ur goal is? to me if d sahati n sajiwa is for d wrong purpose….kill it!


kpg man…salute!
yaa….let me perlong urs. dis particular MP from tmerah kel…..a lengthy patriotic in nature…good linguistic debater…generous….priceless person n whanots! he promised an old british built railway gate there to be replaced by modern crossover within two years oh his domain or he’ll resign……my father told me tat every time we stalls at d cross gate. after collecting good votes, which is supposedly not, h’d made a tremendous feat in umno but d sound of d promising bridge is just gone! just a comparison sir!

Zalman A said...


Salam Datuk

As we are in a nostalgic mood........

1. Tunku Abd Rahman: BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

2. Tun Razak: BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA

3. Tun Hussien: BAPA PERPADUAN MALAYSIA

4. Tun Mahathir: BAPA PERMODENAN MALAYSIA

5. Tun Abdullah: BAPA PEMBAHARUAN MALAYSIA.

Any thoughts for No 6 and his place in history?

My vote?

"6. BAPA KLEPET MALAYSIA."

Waghih said...

Salam merdeka sumo .

Den terujo nyambut sahutan Merdeka , Merdeka , Merdeka dari DAKJ .

1. " Jangan engkau bakar rumahmu "
Den doakan semogo dibuko pintu hati Tun M untuk terimo Malaysia ni seado nyo . Takyah poi luar negaro burukkan negaro kito yang kito cintai ni.

2. " Jangan engkau bakar benderamu "
Den doakan Tun M akan menjunjung Rukun Negaro kito dongan hati luhur dan jujur dongan menerimo undang2 negaro yang sedio ado.

3. " Jangan engkau sisihkan negaromu "
Den doakan Tun M diperkukuhkan hati dan iman supayo tak buek keputusan untuk hijrah keluar negaro hanyo disobabkan takdo oghang nak join parti bersatu dio .

Den simpati pado Tun M dan ANC gang sobab Husam lobih percayo pado Mat Sabu dari Tun M .

Takpo lah ... tu di namo Merdeka kan.

Merdeka .. Merdeka .. Merdeka.

Waghih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).