Thursday, June 29, 2017

Perluas Siasatan Forex Bank Negara



A Kadir Jasin


BEKAS penolong gabenor Bank Negara, (Datuk) Abdul Murad Khalid kata, kerugian sekitar AS$10 bilion dalam perdagangan mata wang yang dikendalikan oleh bank pusat itu pada tahun 1990-an bagi kesan yang cukup besar terhadap rizab negara hari ini.

Gambar arkib: Abdul Murad (kiri)
Menurutnya, duit AS$10 bilion itu, akan meningkat nilainya dalam tempoh 25 tahun kepada AS$26.66 bilion, atau lebih RM100 bilion, jika disimpan dalam tabungan kerajaan dengan kadar faedah sebanyak empat peratus setahun.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

"Jumlah kerugian itu adalah AS$10 bilion, yang bersamaan dengan kira-kira RM40 bilion hari ini," katanya dalam laporan surat khabar New Straits Times (NST) hari ini.

Saya jarang setuju dengan Abdul Murad. Walaupun saya kenal dia lama – sejak zaman Tun Daim dan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan – saya dapati dia ini susah dibaca. Tindak-tanduk dia seolah-olah dia menyimpan dendam yang mendalam.

Tapi dalam hal siasatan ke atas kegiatan forex Bank Negara ini saya setuju tapi dengan syarat jangan hadkan kepada yang dulu saja.

Jadi walaupun Abdul Murad hanya sebut zaman dulu iaitu masa dia bertugas di Bank Negara dan Kementerian Kewangan, kita wajib siasat juga apa yang sedang berlaku sekarang.

Ini adalah kerana kedudukan rizab Bank Negara sebenarnya lebih teruk dalam era (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak daripada zaman dulu.

Pasal apa Abdul Murad tak cerita hal ini saya tak tahu. Nak kata dia makan dedak pun tak masuk akal sebab dia kaya.

Dia pernah kena denda RM500,000 sebab gagal isytihar harta berjumlah lebih RM24 juta (baca di sini). Pegawai kerajaan ada harta RM24 juta kira hebatlah!


Zaman Najib kerugian dan susutan rizab Bank Negara kerana kegiatan forex dan beban hutang lebih teruk daripada mana-mana tempoh sebelum ini.

Misalnya di antara 31 Disember 2014 dengan 31 Disember 2016, Rizab Antarabangsa Bank Negara jatuh merudum daripada AS$115.9 bilion (kira-kira RM509.96 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM424.2 billion).

Ini berupa kejatuhan sebanyak AS$21.3 bilion atau bersamaan RM93.72 bilion. Ada orang kata lebih teruk daripada itu. Antara punca kejatuhan rizab ialah Bank Negara masuk pasaran tukaran asing (forex) untuk pertahan nilai ringgit tetapi gagal.

Natijahnya, kalau zaman Tun Dr Mahathir kerugian forex AS$10 bilion (bersamaan RM25 bilion pada kadar tukaran masa itu) tetapi nilai ringgit tidak merudum macam sekarang.

Almarhum Tan Sri Jaffar Hussein ambil tanggungjawab.
Pada zaman Najib, susutan rizab melambung kepada AS$21.3 bilion (bersamaan RM93.72 bilion pada kadar tukaran semasa) dan nilai ringgit merudum ke paras paling rendah dalam sejarah.


Jadi saya setuju sebahagiannya dengan Abdul Murad dan saya rasa dia juga setuju dengan saya supaya siasatan ke atas kegiatan forex Bank Negara diperluas bagi meliputi apa yang berlaku di antara tahun 2014 dan sekarang apabila Rizab Antarabangsa bank pusat kita jatuh merudum.

Wallahuaklam.

32 comments:

kluangdiamond said...

semua siasaan kerajaan ke arah pembangkang bukan untuk mencari kebenaran kerana finding dan endingnya kita tahu, mengenakan pembangkang untuk modal pilihanraya atau sekuranga kurangnya sudah pun memburukan pembangkang yang kena siasat.

Siasatan berbau dan berunsur politik, AG tentu setuju !

saksama said...

Setuju, pegawai kerajaan yang memiliki RM24 juta juga perlu disiasat.............

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Kalaulah berlaku kejadian pencuri rompak bank, sudah tentu Polis akan siasat secepat mungkin.

Takkanlah hendak tunggu sampai 50, 100 atau 200 tahun baru hendak siasat.

Soalnya kenapa nak tunggu sampai 20 tahun baru hendak siasat?

Kalau orang beranak, 20 tahun dah dewasa, dah boleh ambil lesen kereta dan boleh mengundi dalam pilihanraya.

Kenapa tak siasat siapa yang punya salah Portugis boleh tawan Melaka 500 tahun dahulu.?

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ,
Hang sehat ka...?
Pasai coret hang yg terbaru ni, aku agak hang dgn murad tu dok cakap pasai "opportunity cost" yg dlm basa melayu magna "kos peluang terlepas". Benda ni kat tiori ekonomi katanya sangat teraih, ni aku kopipes dari Wikipedia:

"In microeconomic theory, the opportunity cost, also known as alternative cost, is the value (not a benefit) of the choice of a best alternative cost while making a decision. A choice needs to be made between several mutually exclusive alternatives; assuming the best choice is made, it is the "cost" incurred by not enjoying the benefit that would have been had by taking the second best available choice.[1] The New Oxford American Dictionary defines it as "the loss of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen." Opportunity cost is a key concept in economics, and has been described as expressing "the basic relationship between scarcity and choice."[2] The notion of opportunity cost plays a crucial part in attempts to ensure that scarce resources are used efficiently.[3] Thus, opportunity costs are not restricted to monetary or financial costs: the real cost of output forgone, lost time, pleasure or any other benefit that provides utility should also be considered an opportunity cost."

Tapi pada aku konsep ini tinggi unsog hipotetik, magnanya sarat dgn andaian, sampai dlm bidang logik atau dlm basa Arab disebut ilmu mantiq, hujjah2 atau penegasan yg banyak besandag pada andaian2 tak berapa laku. Antaranya sebab terlalu banyak "variables" atau 'pembolehubah', yagni banyak sangat benda yg bulih atau munkin belaku atau berubah. Hanyasanya dlm satu suasana yg tekawai dgn rapi saja, satu 'trajektori' bulih diagak atau diràmal dgn sedikit ketentuan atau keyakinan. Wallahua'lam.

Tapi macam hang coret, kalu nak kaji jugak, duit yg dikatakan lesap laa ni, jauh belipat ganda banding dgn apa yg ghoib masa zaman Mad Tehag jadi perdana menteri, sunggoh pon diCaprio dan Miranda Kerr katanya dah bagi balik hadiah yg depa dapat melalui duit yg disanka 'syubahah' tu. Sikit2, usaha jabatan hakim Amerika nampaknya telah tunjukkan hase. Jadi 'logik' sangat kalu siasatan tu rangkum jugak apa dok belaku laa ni.
Sementara tu, panggong kecurangan teruih bejalan... dan kalu depa buat jugak secara bepilih, maka seloka rakyat ni munkin jadi kenyataan :
:
Balik Pulau
Bayan Lepaih
Sana terpulau
Sini telepaih .

Dipihak kita (dgn izin hang), pasai macam2 usaha dah dibuat, munkin belom cukop lagi, teringat pulak ke rangkap hujong, suroh al Insyiroh (alam nasyroh) yg diturunkan dibawah ni dgn maksud (lebih korang) :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, (5)
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. (6)
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), (lantas) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7)
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Jadi, para pejuang ("blog warriors") dan sesapa saja yg Insya'Allah di jalan yg benag semua, jangan putuih asa, jangan rasa lelah (fatigue), macam kata breder @ Cherok Tok Kun/bambù riba "lawan, tetap lawan". Tekun habih, pengharapan hanya pd Allah taa'la.

Mintak maghap Kadiag, dan terima kasih. Wa sallam..
Aku

zainal abidin awang kechik said...

SELAMAT HARI RAYA TOK SEISI KELUARGA DAN ALLAH SEJAHTERAKAN TOK

Musang Pulut said...

Datuk,
Stuju tak kalau sy katakan bahawa dalam setiap bidang ada org genius di dlm nya. They dont have to learn too hard in order to become one..probably because they were born with it. Tun M is a political genius.. surely a university dropout cant topple him with this strategy. Apa crita rombongan yg bercuti di Bali? Mgkin bilik tidur di seri perdana dah tak bagi mimpi indah utk najib hgga prlu tido dlm presidential suites hotel mewah..dgn harapan bleh tido dgn aman.tapi apakan daya datuk..hidup dah tak mudah bila sepanjang masa disumpah rakyat. Na'uzubillah..

korek-korek said...

Hamlau ni juga yang mendakwa Anwar ada 3 billion simpanan untuk lawan kerajaan semasa perbicaraan liwat 1 dulu.

Zalman A said...


Datuk,

On your upcoming roadshows, please point out:

a) Tun Siti did not steal any money to buy US$20 million pink diamonds

b) The loss, unlike 1MDB, is not due to deliberate theft

c) FELDA, under the custody of MO1 and his henchmen, has lost even more. Where is the RCI?

In any normal country, Mo1 would be in jail for a minimum of 20 years for his huge level of theft from various public funds.

Mrs MO1 and Jho Low, ditto.

Yet our good Muslim law enforcers choose to look the other way as the whole world laughs at us.




LaM said...

Betul Murad susah nak percaya. Kes gagal istihar harta...harta tak dirampas dan kena denda sebab sudah atur...Dia dikendali implicate Anwar dengan mengatakan.Anwar ada Rm4billion syiah fund..siap buat SD palsu.
Kes disiasat olih BPR(Sprm). Lepas buat SD palsu..lari dan hilangkan diri keluar negara dengan bantuan SB. BOT cari dia tak dapat.
Last2 kes rm4billion slush fund..tak de kes dan Murad mengaku diarah buat SD palsu.
Tu lah Murad....

rashidan ahmad said...

Setuju supaya siasatan meliputi semua tempoh sejak tahun 90an hingga sekarang. Ini supaya dapat dibuat perbandingn. Kaedah apa yg dipakai masa tahun 99an dan keadah sekarang di era Najib.

Wrong maths again said...

Datuk,
we are being fed Lies and more Lies, even the 70,000 said to visit PM's open house (borrowing the calculation from another respected blogger) :

Open house cuma 6 hrs. Macam mana boleh ada 70,000 pengunjung?

Throughput calculation of visitors for duration of 6 hrs..

6 hrs x 60 mins x 60 secs ÷ 5 secs per person x 2 scanners = 8,640 pengunjung untuk open house

Kalau 70,000 orang perlukan setiap orang 5 secs memerlukan lebih kurang 16 scanners untuk 6 jam."

Asaif Barkiya said...

Apa pun yang dulu di dulukan.Walaupun tak seronok tenguk apa yang bakal berlaku melalui RCI tapi tetap pegang kepada yang satu.Allah tak akan menzalimi sesaorang tu kecuali orang itu menzalimi diri sendiri.Dosa muslim di bayar cash di dunia lagi sebelum akhir kalam.Samada yang berumur 92 lebih atau yang berusia 60 lebih.

kampong lad said...

kenapa nilai satu unit asb masih rm1 semenjak 1990? note: pnb/asb is not a banking institution. ini ikut lojik dia la.

msh said...

Salam Dato.

Malaun Murad ini tiada kredibilti untuk bercakap apa2 pun.
Dia serupa saja dgn 'Inner Circle MO1' spt Nazri Aziz...Shahril..Isa Samad ...AG...dll termasuk PakLah.

Bagi org2 Melayu yg ada akal...boleh berfikir...dan berupaya melihat apa yg Murad cakap MESTI faham bahawa ini semua adalah rencana Besarkan MO1 MENGALIH PERHATIAN RAMAI DARI ISU SEBENAR serta mahu mengoncang Kekuatan Pembangkang DIBAWAH Tun menjelang PR14 ini.

Kegiatan kotor yg tiada asas sama sekali ini...walaupun senang difahami semua....terutama oleh org2 Cina....tetapi tentu sebaliknya bagi ramai org2 Melayu... terutama puak2 bahlol tegar dari Pas.

MO1..tahu dan berharap sngat taktik kotor ini....termakan oleh
dungu2 Melayu spt yg disebut..dgn harapan tidak bnyk sedikit pun jadilah.

Kasihan...Murad jadi 'pencacai' MO1' kena buat statement 'tak habis' ..semata2 hendak busukan Tun.

Lekeh serupa Pak Lah juga.

Dato...bila sy melihat video Tun mecabar Apandi besumpah dgn menjujung AlQuran...didlm Masjid....rasa2 dia sanggup kah.

A KADIR JASIN said...

1. Kampong Lad bertanya: "kenapa nilai satu unit asb masih rm1 semenjak 1990? note: pnb/asb is not a banking institution. ini ikut lojik dia la."

2. ASB dilancarkan pada tahun 1981. Ikut pengetahuan saya, ASB adalah saham unit yang dijamin nilai asasnya. Maksudnya kalau pasaran jatuh bawah RM1 sekali pun, harga par ASB tatap RM1.

3. Ini adalah bagi memastikan nilai pelaburan tidak jatuh manakala pelabur mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus.

4. Kalau kita tengok saham unit PNB yang lain, ada yang jatuh di bawah harga asas kerana harganya tidak dijamin. Ia naik atau turun ikut pergerakan pasaran modal.

Wallahuaklam. Terima kasih.

shah said...


More details coming from Mo1's AmBank slush fund........

"The company Brandworth Corp. received a RM6.5 million cheque on 3rd May 2013 and earlier RM5.69 million on 8th April.  

According to blogger RPK, who owns and runs the Malaysia Today website, “Brandworth Corporation is a company that managed Barisan Nasional’s media strategy in the previous general election”.  

RPK claims Brandworth was raided by the MACC in October 2015, presumably not least because it had been secretly funded by Najib from stolen 1MDB cash."

This company is run by Farid of TV3 and Media Prima infamy. Accompanied by a woman called Farisha.

The reason the MACC raided them is clear:

To follow on a money trail.

Why the new MACC director is deaf & blind?

shah said...


More from AmBank MO1 stolen fund......

"A number of politicians pop up in the list as receiving cheques here and there. Sarawak’s Jacob Sagan received a standard hand out of RM200,000, whereas Richard Riot got RM100,000. Ahmad Maslan on the other hand got a handsome RM1 million.
Director General of Military Intelligence!

There are other names and companies on the list, but one in particular stands out. On 8th of April 2013 Najib Razak paid a check to ‘Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan’ (DPPP), for a handsome RM7 million.

Perhaps Lt General Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin, who occupies the role, could explain why this service was receiving a personal cheque from the Prime Minister (paid out of 1MDB’s stolen money) just a month before the last election?"

Why are all these people quiet when they know they have received haram money?

They are worse than PAS!

sukasamasuka said...

Datuk,

1. Forex adalah salah satu kegiatan perbankan modern, tetapi ianya ada banyak unsur2 judi...macam Sport Toto, lumba kuda, sabung ayam, tengok nasib tangan, kasino dsbnya dimana pemain2 itu tadi, termasuk pakar2 bank dan ahli2 politik yang terlibat tidak dapat menentukan the end result dan akibatnya sudah di explain dalam al Quran.

2. Surat al-Mâ`idaħ (5) ayat 90 dan ayat 91 Allah berfirman sebagai berikut:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, MENGUNDI NASIB DENGAN PANAH, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

3. Jelas judi itu adalah termasuk perbuatan syaitan...tetapi, bukan syaitan bertanduk mata satu yang buruk mukanya macam dalam wayang...tetapi syaitan2 yang pakai tali leher Gucci, 3 piece suits, ada kuasa politik dan ekonomi dan drive kereta mewah macam Merz...BEKAS penolong gabenor Bank Negara, (Datuk) Abdul Murad Khalid adalah syaitan yang paling kecil...George Soros pula adalah syaitan yang paling besar dalam skandal Forex yang terjadi 28 tahun lalu.

4. Banyak bahan2 media dan akademik tentang skandal Forex ini yang melibatkan banyak negara termasuk Malaysia...tetapi, ianya bukan berpunca di Malaysia.

5. Aktiviti Forex BNM pada ketika itu adalah untuk kebaikan Malaysia juga, untuk mempertahankan kejatuhan nilai matawang RM, tetapi keburukannya pun lagi banyak juga seperti yang dijelaskan 1,400 tahun lalu.

Surat al-Baqaraħ (2) ayat 219 disebutkan sebagai berikut:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.

6. Akibatnya, permusuhan dan kebencian terus berleluasa hingga ke saat ini dimana syaitan Melayu yang paling berkuasa pada saat ini, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berpura2 menubuhkan RCI bukan untuk cari kebenaran, tetapi kerana dendam politik yang mendalam terhadap Tun dan Anwar, sedangkan bukan mereka2 ini yang memulakan skandal Forex itu tetapi George Soros.

7. RCI itu hanya mainan politik UMNO sahaja macam juga RCI "Project IC Mahathir" yang ditubuhkan olih Najib pada tahun 2012 di Sabah...tujuannya untuk meraih undi sebelum PRU13, dimana hingga saat ini orang Sabah tidak tau apa kesudahannya.

8. Ini la politik sial UMNO disaat2 akhir akibat pimpinan anakharamzadah.

9. Harta negara seperti tanah dijual pada kuasa ekonomi orang2 China...berbillion2 untuk 999 tahun (Freehold)...new colonies!

10. Memang Melayu ini bangsa bodoh!

sukasamasuka said...

Datuk,

"3. Ini adalah bagi memastikan nilai pelaburan tidak jatuh manakala pelabur mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus."

1. Walaupun nilai pelaburan tidak jatuh, tetapi pulangan dividen dan bonus sejak (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak jadi PM dari tahun 2009 lain pula cerita nya.

2. http://1-million-dollar-blog.com/dividends/amanah-saham-bumiputera/

Year Dividend Bonus Total
(sen) (sen) (sen)

1990 8.00 6.00 14.00
1991 8.50 4.00 12.50
1992 7.50 5.00 12.50
1993 9.00 4.50 13.50 (Pak Lah as the 5th PM)
1994 9.50 4.50 14.00
1995 10.00 3.00 13.00
1996 10.25 3.00 13.25
1997 10.25 1.25 11.50
1998 8.00 2.50 10.50
1999 8.50 1.50 10.00
2000 9.75 2.00 11.75
2001 7.00 3.00 10.00
2002 7.00 2.00 9.00
2003 7.25 2.00 9.25
2004 7.25 2.00 9.25
2005 7.25 1.75 9.00
2006 7.30 1.25 8.55
2007 8.00 1.00 9.00
2008 7.00 1.75 8.75
2009 7.30 1.25 8.55 (Najib as the 6th PM)
2010 7.50 1.25 8.75
2011 7.65 1.15 8.80
2012 7.75 1.15 8.90
2013 7.70 1.00 8.70
2014 7.50 1.00 8.50
2015 7.25 0.50 7.75
2016 6.75 0.50 7.25

3. Hancur ekonomi Melayu akibat seekor binatang yang di panggil (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

4. Harap pagar, pagar makan padi!

5. UMNO sial!...puak Melayu yang buta mata...tidak nampak ekonomi orang Melayu sudah hancur akibat kejatuhan pulangan ASB.

shah said...


1MDB: Dissecting One Of The World's Biggest Financial Scandals......

https://www.youtube.com/watch?v=JZABOpi68HY&feature=youtu.be

Zalman A said...


Datuk,

The amanat of Hadi Awang has been abandoned completely?

"KUALA LUMPUR, July 2 ― Umno-owned daily Utusan Malaysia has praised PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and several state muftis for opposing the United States Department of Justice’s (DoJ) recent lawsuit to seize assets allegedly linked to 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Writing under the collective pseudonym of Awang Selamat, its editors accused the DoJ suit of an attempt at foreign intervention meant to topple the Barisan Nasional government.

“In matters of opposing foreign intervention when it comes to the 1MDB issue, PAS’ stance especially its president, Hadi Awang is consistent enough,” Awang wrote in its Sunday edition Mingguan Malaysia today.

“Awang salutes Hadi’s firmness including in the second attack of the 1MDB civil suit issues that was recycled by the DoJ with the help of certain politically-motivated parties in Malaysia.”

The broadsheet also praised several muftis for the same reason: Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria, Pahang Mufti Datuk Abdul Rahman Osman, Negri Sembilan Mufti Datuk Mohd Yusof Ahmad, Federal Territories Mufti Datuk Zulkifli Mohamad, Kedah Mufti Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, and Melaka Mufti Datuk Abdul Halim Tawil."

So now UMNO's mouthpiece praises the president of PAS for supporting MO1's corruption.

We could not have foreseen this 3 years ago.

LSS no. 2 said...

Datuk,
how low can The Star go, they even published an article by Lim Sian See, isn't this person the same as the one infamous Eric See? Shows how desperate the BN are now.

A KADIR JASIN said...

1.Saudara LSS no.2, The Star belongs to the MCA and is licensed by the Home Ministry. The MCA is under the hegemony of Umno. MCA survives on the goodwill of Umno. No choice but to play the second fiddle.

2. Being licensed by the government, The Star has no choice but to listen to the "wahyu" of the gods of PMO and Putrajaya.

3. Hence Lim Sian See and the likes of him would have their day of infamy in The Star if the gods of PMO and Putrajaya say so.

4. Mind you not many reputable writers would dare or care to lend their names to Putrajaya these days.

Thank you.

Zalman A said...


Datuk,

Not long to go.

Yet....

a) Too much drama

b) No cohesive message

c) No PM candidate

d) No manifesto or solutions

You cannot bank on MO1's weakness alone.

I think there's only one possible winning combo:

Azmin & Dr M.

Of course Anwar won't like it. But it's not about him.

Use Selangor's success as an example.


PS: The PH logo & registration should be hurried, as DAP may be barred.

Expect dirty tricks.

It's a dirty govt, after all.






awang goneng said...

Salam Eidulfitri Dato AKJ,

Semasa pusing pusing berhari raya banyak pihak mendakwa parti Pas sudah berpecah belah kpd banyak puak;

1. puak presden yg mamai terkena dedak + nasi kangkang.
2. puak pas ori (pengikut TGNA) yg masih dlm pas.
3. puak pas ori yg sudah keluar pas (amanah).
4. puak penyokong timbalan preseden TITM
5. puak ejen eejen umno yg masih cari makan dlm paspispus.

mohon sedikit ulasan dari Dato.

sukasamasuka said...

Datuk,

1. There can be only one PM-designate for GE14...none other than Azizah with endorsement and support from Tun...failing which, there is none.

2. Malay/Pribumi voters are not ready to change UMNO/BN yet as they have accepted corruptions and 1MDB as "normal"...sad may be, but, it's true.

3. As there would be no change in government, lets sink and swim with Azizah, come what may.

4. She is a reluctant politician somewhat, not sharp, but its ok as she is "clean as a slate"...no political baggage whatsoever so to speak...so plain, what more can you ask...in sharp contrast to other politicians on the plate.

5. We just need a break...a good break that is..and, perhaps if nothing good can come out of her as our new PM after GE14, we can just vote her new government out...still better than suffering from same old UMNO for nest 5 years.

6. I don't expect anything from Azizah, none of us would...as no one mention her name during Raya anyway, but who care.

7. Let's have a break, have Azizah for a change.

Jojo said...

Apa nak diharapkan dengan negara kleptokrasi? Pegawai polis pun dok kumpul duit toci drp kongsi gelap rumah pelacuran/judi/dadah dll.

Bab forex ni depa tak ada kerja lain nak pekena DrM saja. Proton depa dah jual. F1 dah tak buat dah kat litar sepang. Tgk la apa2 legasi DrM apa yg depa boleh bungkus ikat tepi buang depa akan buat.

Cina Malaysia dok syok ingat China tanah besar nak geng dengan depa. Apa yg depa tak tau abg busat china tu kalau bab meniaga ni "it's a dog eats dog world"....bangsa sendiri pun depa ngap!

Harap ada raja bertindak tolong rakyat tapi tak ada apa. Yg ada cuma raja wang!

Harapan terakhir pada PH. Tak payahlah nak ambil pesalah liwat jadi PM. Tak payah nak demand sgt lah. Yg dok ada awal tu kena turun ego sikit utk bagi yg berpengalaman walaupun baru.

Mungkin masing2 tak faham yg plg kuat antara semua parti tu lah yg selalu diuji. Tiba2 ada ahli2 nak keluar...tiba2 cwgn ditutup...tiba2 ada wang diberi supaya ahli keluar. Eloklah ahli2 yg bertuhankan duit tu keluar drp dok jadi reba.

Akhir kalam, harap semua bersatu hati supaya kegemilangan Malaysia dikembalikan.

sukasamasuka said...

Datuk,

"I’ve learned my lesson, says Zeti...July 6, 2017...KUALA LUMPUR: Former Bank Negara Malaysia (BNM) governor Zeti Akhtar Aziz has decided against giving any more interviews to the media on current issues following her “lesson” she has “learned”.......

“I would say the fines were probably the highest in history,” she said, explaining how the matter was settled with the fine being paid. "

- just like that yeah.

- I don't know Datuk when the whole world is burning, the only thing Zeti could say "the matter was settled."

- Is she for real?...really that was the ex-Governor of BNM?

- I don't know what she meant by "her “lesson” she has “learned”...do you Datuk?...do you?...perhaps you can shed some light into her thought because I am sure you know her so well like at the back of your palm.

- Please bear us the pain...enough of you Zeti...please spare us some thought.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/06/ive-learned-my-lesson-says-zeti/

Haissaz Shuqkin Hisham said...


It has been reported that 3.8 million eligible voters have still not registered and, honestly, it’s quite terrifying as we cannot deny that participation from the public is important.

But, by looking at the current situation, it doesn’t matter how many people have registered, as the votes from the rakyat will not change anything.

How can you expect change to happen if we can’t decide which party to vote for – with the government and the opposition facing instability, endless scandals, and corruption?

We have our constitutional right to vote, but we don’t want to vote for a government that is known for its devastating scandals and alleged corruption or an opposition that is still arguing over who the next prime minister should be rather than focusing on what they should really do in the upcoming GE14.

If they still can’t solve this matter, do you think change will happen?

Mokhtar Ahmad said...

Pandangan sabagai respon kapada posting Chon berkaitan kenyataam Dr Maza berkenaan civil suit DOJ

Disclosure of DOJ filing a civil suit in US court to recover assets procured in US using ill gotten gain allergedly derived from 1MDB fund should not be viewed in isolation, but should also take into account and consideration the related surrounding factors. Apparently, there are 2 inter related naratives surroundings the issues which must be viewed simultenieously.

(1) Narative pertama relates to money laundering transacted to questionable Shell companies through US financial system and procurement of assets using fund alledgedly misappropriated from 1MDB through banking system.Both of the activities are certainly has violated US legal and financial system. These improprieties has rightly prombted a civil suit actions against the pepetrators which is within the US state jurisdiction. The suit is still ongoing and at this material time has not been filed in the US court yet.

(2) Narative kedua are all about misappropriation of 1MDB funds taking place at our own homefront implicating our own leaders. Billions of dollars involving tax payers money were siphoned out from 1MDB and landed into the pockets of our leaders and cronies. Misused and abused of the 1MDB fund is evidently clear incriminating our leaders breaching various country laws and perpetrated many financials improrieties..Due to public pressure various official investigative mechanism were established to conduct investigation on numerous incriminating activities and improrieties involved, which is within our jurisdiction. The US authorities has no legal position to intervene in our internal affairs. Due to intense political pressure, it has undermined the investigations progress. The Malaysian investigative authoritiies seemingly subjugated by the government leader for whatever reasons are adamant to cover up the wrongdoings and trying very hard to whitewash the improprieties. The AG has cleared Najib of any.wrongdoings without any reasonable basis. Rightly or wrongly the decision of the AG is lawfully conclusive.

The main criteria to proceed with the civil suit by DOJ to seized the assets is to establish the fact that the money laundered through US financial system were alledgedly derived from the money stolen from 1MDB. Similarly, it has to be proven that the fund used to procure assets is an ill gotten gain from 1MDB. These pieces of evidence has to be established in the court of law in the first place as a basis before it can be used as corroborative evidence to support the facts of money laundering and procurement of assets using stolen money from 1MDB. Citing the lack of determination on the part of the investigation authorities it is unlikely the case will end up in court. This imply that the avidence of the money from 1MDB was allergedly misapprorriated can never be established in the court of law and can never be used as evidence in the US DOJ lawsuit. This unfavourable situation is certainly a setback to DOJ in the effort to pursue civil suit due to insufficient evidence.

At the end of the day, both civil suit to recover assets in US and criminal action against the players involved in the wrongdoings of 1MDB will be exonerated.

This is only my viewpoint from legal perspective. It can be right or it can be wrong. Just to ponder. Wallah waallam

A KADIR JASIN said...

1. Saya tidak boleh pertikai kehebatan para tok guru, tuan guru dan tok lebai dalam ilmu agama. Berbanding mereka, saya mungkin seorang yang sangat jahil dalam hal ilmu agama.

2. Tetapi saya boleh pertikai kefaham para tok guru, tuan guru dan tok lebai dalam hal undang-undang dan perniagaan, kecuali tok guru, tuan guru dan tok lebai yang anak menantu mereka orang korporat.

3. Ada ramai tok guru, tuan guru dan tok lebai yang anak memantu mereka peniaga dan orang korporat besar.

4. Saya keliru bila ada orang berserban kata kita selesaikan skandal 1MDB ikut Al Quran sedangkan Najib dan Jlo Low tak guna Al Quran sebagai panduan bila mereka tubuh dan peralatkan 1MDB untuk kumpul kekayaan.

5. Bukan itu saja. Ikut undang-undang kafir Amerika pun perniagaan 1MDB menyalahi peraturan malah tergolong dalam kategori jenayah.

6. Apakah para pemakai serban dan jubah politik cuba nak kata iaitu apa yang salah di sisi undang-undang kafir Amerika tak salah di sisi undang-undang Al Quran?

Wallahuaklam. Bengong kita jadinya.

sukasamasuka said...

Datuk,

Catitan Datuk pada 8.11AM memang 1st class...memang sedap didengar...agak lama Datuk tak tulis macam begitu...it goes straight to the heart...that's the way to go Datuk.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).