Monday, June 05, 2017

Yuran Shafee: Kerajaan Bohong Kepada Parlimen?



A Kadir Jasin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

PADA mulanya saya tidak bercadang mengulas dakwaan terbaru yang super sensasi oleh Sarawak Report (SR) bahawa peguam (Tan Sri) Muhammad Shafee Abdullah terima yuran RM9.5 juta kerana menjadi pendakwa raya sementara kes rayuan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

 
Shafee duidakwa terima RM9.5 juta daripada Najib

SR mendakwa duit yang dipercayai dicuri daripada 1MDB itu dibayar kepada Shafee oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Tapi seorang pengulas yang memakai pengenalan “anonymous” telah menghantar komen dalam posting bertajuk “Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB” dan mengherdik saya agar tidak lagi menulis mengenai 1MDB.

Saya sering kebingungan. Aneh seribu kali aneh. Ramai penyokong Najib, Umno dan kerajaan yang masuk blog ini mengulas menggunakan “anonymous” yang mereka tahu saya tidak akan siar.

Saya hairan mengapa mereka takut guna nama sendiri atau nama samaran. Logiknya, bila sokong Najib, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti-Najib, Umno dan kerajaan.

Mungkin penyokong Najib ini malu dengan tahap perbahasan mereka yang hambar atau mereka tidak ikhlas menyokong Najib.

Boleh jadi sesetengah daripada mereka adalah penulis dedak yang terpaksa menghantar komen setakat memenuhi kuota dedak mereka.

Pada 1 Jun, portal  berita UK itu melaporkan yang Shafee terima dua pembayaran daripada akaun peribadi Najib di AmBank nombor 2112022011906. Satu pada 11 September 2013 sebanyak RM4.3 juta dan satu lagi pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta.

Parlimen Dibohongi?

Persoalannya sekarang ialah bukan sahaja Shafee dibayar yuran yang begitu besar sebagai pendakwa raya helikopter tetapi kemungkinan kerajaan telah berbohong kepada Parlimen mengenainya.

Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu.

Nancy Shukri kata kerajaan bayar RM1,000 sahaja
Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Rakyat Bakri, Er Teck Haw dari DAP.

“Jumlah yang diberikan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara kerajaan dan ketua pendakwa,” katanya.

Apakah Nancy berbohong atau beliau mungkin tidak tahu bahawa ada kira bicara bawah meja yang melibatkan bayaran RM9.5 juta itu?

Berani Shafee Nafi?

Banyak pihak telah mencabar Najib dan Shafee menafikan dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas SR.

Kita boleh membuat kesimpulan Najib tidak akan saman. Ancam nak saman pun mungkin dia tak berani buat pasal ancaman tahun 2015 nak saman Wall Street Journal pun macam masuk angin keluar asap saja. Sampai hari ini pun tidak ada apa-apa.

Tapi adakah peguam sehebat Shafee akan berdiam diri dan membiarkan mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membuat pengadilan bahawa laporan SR itu benar?

Maaflah kalau saya terlepas pandang, tetapi saya tidak pula terbaca atau dengar dari mana-mana sumber mengatakan Shafee akan membersihkan namanya di mahkamah undang-undang (court of law).

Saya buat carian Internet dengan menaip “Shafee nafi terima RM9.5 juta daripada Najib” tapi tidak ada hasil mengatakan Shafee telah membuat penafian.

Justeru itu, adalah tidak menghairankan kalau banyak pihak percaya memang benar Najib bayar dia RM9.5 juta sebab itu rekod Najib. Dia suka guna duit. Bagi Najib, duit adalah raja (cash is king).

Yang akan membusukkan lagi nama Shafee ialah bayaran yang didakwa itu adalah daripada sumber 1MDB yang disonglap dan masuk akaun peribadi Najib.

Wallahuaklam.

23 comments:

John Doe said...

Salam Dato AKJ

Saya berpendapat sekiranya Shafie benar-benar menerima wang sebanyak itu, ia masih bukan isu disebabkan Shafie hanya mengambil yuran guamannya sahaja.

Yang lebih dikhuatiri ialah memandangkan jumlahnya sangat luar biasa ke manakah wang ini telah pergi dari akaun Shafie pula.

Adakah ia digunakan untuk membeli pihak tertentu agar keputusan memihak kepada pihak yang diwakili Shafie?

Jika ya, maka ia adalah satu kes lain pula.

Ada pula pembayaran wang tersebut daripada akaun peribadi Najib itu memang satu isu.

Dari mana Mappadulung mendapat wang sebanyak itu dan begitu berwewenang membelanjakannya untuk satu kes berkepentingan awam.

Nothing to hide said...

Datuk
'Hebat' ke peguam ini? I don't think so. When u take a case knowing u will definitely win hands down u are not hebat.

Hamka said...

Salam Ramadhan Datuk.
Hari ini Datuk segalanya rakyat dihidangkan dengan pecaturan Jigsaw. Satu persatu bercantum menjadi sebuah cerita lengkap.
Kalau dulu kita keliru dengan cincin berlian puluhan juta di hantar ke Malaysia, tapi bila pecah cerita Sarawak Report, segalanya menjadi cerah.
Begitu juga bila selesai kes DSAI ada orang secara sukarela pusing satu Malaya menceritakan wayang yang ditayangkan dalam mahkamah, kita juga keliru. Tapi kini cerita itu seolah olah memang satu obligation. Kalau upah sudah dibayar, maka tugas harus dilaksanakan Datuk walaupun ianya cerita wayang.
Semoga kita dipelihara Allah, selamat berbuka Datuk.

Bandan mulia said...

Salam Dato...
Selain si shafee ni dapat duit, ada tak kemungkinan hakim yang mengendalikan kes Anwar pun dapat habuan juga. Harap-harap bangkai busuk yang disorok tu dapat dihidu akhirnya.

Zalman A said...


Datuk

This is checkmate for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, better known as the international thief MO1.

a) He says the "donation" is from the Arabs to uphold Islam. Why is paying 10 million to a lawyer doing so?

b) But he then says it was not for his benefit. So why is this 10 million coming from his personal account? How did Malaysia benefit?

c) of course, the Arab fairy tale was debunked long ago. The money is from SRC and 1MDB. Any fool knows that. So, will either Shafee or MO1 dare to sue SR in a London court?

The WSJ will be sued by MO1...next Tuesday,



Nick Fury said...

Tuhan sudah 'mati'. Hanya rakyat miskin menyembah Tuhan. Orang berkuasa kleptokrat sembah duit.

Larangan Tuhan jangan buat kerosakan atas dunia. Dilarang membuat zalim termasuk mencuri dan pecah amanah.

Duit dicuri dengan manipulasi. Dosa pahala tidak menjadi ketakutan kerana rasa diri paling superior boleh buat apa sahaja.

Kleptokrat tak takut dan tak heran. Pendedak2 tak peduli menyokong penzalim kerana tiada prinsip hidup yg kuat. Asalkan peluang dapat duit percuma tanpa berpeluh dan bersusah.

Tiada rasa malu, tiada maruah diri kerana duit bukan raja tetapi duit sudah ditukar menjadi 'Tuhan'. Cash is God.

Tapi Tuhan Maha Kaya. Sebesar-besar bintang UY Scuti ciptaannya tidak sedikit pun setanding dgn segala kekayaan & kejahatan manusia.

Kita rakyat biasa buat apa yg termampu melawan kejahatan dahsyat ini. Percayalah orang paling jahat sebenarnya paling bodoh menipu diri sendiri dengan egonya.

Segala perbuatan pasti ada balasan. Seperti Newton's Third Law, semua jirim termasuk manusia takkan terlepas dari balasan perbuatannya.

Aku said...

Kadiag, Salaam.
Betoi hang nulih ni :
" Logiknya, bila sokong ------, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti------, Umno dan kerajaan."
Memang yg anti orang tu memang takut, tapi takut pd Allah taa'la mesti paling ataih, terutama orang2 macam kita ni, yg dah lanjut atau gayut dah ni dan rindu sangat2 pada kaum keluarga, saudara mara, guru2 dan kawan2 yg dah pi dulu, insya'Allah dgn rohmat Dia, dapat jumpa balik.
Aku teringat balik masa pi tunjuk perasaan dekad kedutaan Amerika masa depa nak serang Iraq buat pertama kali (tindakkan yg kerajaan Malaysia sokong). Sorang kawan cerita dia nengok mata2 topi merah dok belatih nak pukui penunjuk perasaan, yagni mara setapak kedepan sambe hayun cota panjang taram kak tengkorak kepala lepaih tu hayun lagi dan taram pulak kak kepala lutut.... hang gambagkan kalu kayu cota panjang tu hinggap kad kepala, bulih retak tengkorak (munkin seakan apa disebut 'blunt force trauma') natijahnya munkin mereng se umog hidup, dan kalu hinggap di kepala lutut, bulih lumpoh kaki. Kalu kena dua2 sekali, kawan aku kata bulih sap sap suey.

Lepaih tu hang nulih :
" Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu. "
Nak habag mai aku memang bukan penyokong Nancy Shukri, se kenid pon dak... tapi aku rasa dia becakap benag masa dia kata kerajaan hanya bayag 1,000 ringgit kad mamak loyar tu... yg RM9,500,000 tu mai dari akaun bos dia, yagni bukan dari kerajaan.

Macam mana pon, aku terima kasih banyak kad hang pasai bawak maklumat ni pada rakyat ramai. Jasa hang sangat besag. Semoga Allah taa'la gandakan balaihsan baik kad hang pasai kita dibulan posa ni. Aamiiin. Dan Allah taa'la ampunkan dosa aku...aamiiin. Ya Arhama Rohimin, sola'llahu a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad.
Aku

sukasamasuka said...

Datuk,

"Yuran Shafee: Kerajaan Bohong Kepada Parlimen?"

Aku tak nampak apa2 kesalahan si Najib suruh si Nancy BOHONG kepada Parlimen pasal yuran si Shafee?

Bukan ini hal kecik ke Datuk?

sukasamasuka said...

Datuk,

"Tapi adakah peguam sehebat Shafee akan berdiam diri dan membiarkan mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membuat pengadilan bahawa laporan SR itu benar?"

Shafee bukan orang politik.

Dia bukan curi duit, tapi kena kasi duit...salah ka Datuk?

Dia peduli apa dari mana itu duit, janji kena kasi masuk, dia ambil saja la...mmmm...macam ok saja tu bagi aku.

Itu la MACC pun ada kata, 'We will see' (1).

Selepas nie pula, Dzulkifli Ahmad akan kata..."'Just you wait,' (2)

So, Datuk...either we see or we wait...that is the question.

Ini Malaysia la, Datuk...tanah air ku.





(1) http://www.malaysiakini.com/news/384641

(2) http://www.malaysiakini.com/news/370637

Atuk Iter said...

Macam mana ni Datuk, 6 hari sudah berlalu. Walaupun dikhabarkan di Parlimen bahawa peguam hebat bertaraf 5 bintang ini hanya dibayar 1 ribu untuk khidmat guamannya, sesuatu yang tak masuk dek akal, pendedahan sensasi Clare Rewcastle had opened up a can of worms.
Peguam yang dikenali ramai kerana kepetahannya tiba-tiba kelu lidah tidak terkata. Diam seribu bahasa. PM Najib yang dikaitkan juga diam 2 ribu bahasa. Nancy Shukry diam 3 ribu bahasa. Jabatan Peguam Negara diam 4 ribu bahasa. Salleh Keruak yang aktif menulis blog masih tiada entri baharu. Blogger pro kerajaan seperti mykemut, RinggitBru dan Cucu Tok Klepet diam dan sunyi sepi seolah-olah mengiyakan tuduhan Clare.
Adakah pihak kerajaan hanya membiarkan isu ini tidak terjawab? Sampai bila hendak berdiam diri? Orang tua-tua kata diam tanda setuju. Tak begitu Datuk?

Fendi Ahmad said...

Saya kita Kerajaan berkata benar bayaran sah Shafee ialah RM1000 tunai sahaja. Tetapi "ekstra" itu tidak diketahui Menteri. M0 01 saja taju

Pencari Kebenaran said...

Datuk,

Saya percaya peguam ternama ni jujur. Yuran guaman RM9.5 juta itu tidak diambil-guna oleh peguam terbabit kerana yuran rasminya hanyalah seperti dinyatakan oleh menteri berkaitan. Dan kita tahu yuran rasmi inilah yang masuk ke akaun syarikat guamannya dan secara rasminya diaudit. Apakata peguam ni bersihkan namanya dan mintak LHDN buat auditannya semula untuk sahihkan memang yuran guaman sebenarnya ciput tu saja. Dan cuma kalaulah tetiba terbukti pulak yuran extra tu tidak direkodkan, apakah kesalahan lari cukai atau lebih teruk tindakan di bawah Undang2 AMLA boleh dikenakan...?

sukasamasuka said...

Datuk,

"Apakah Nancy berbohong atau beliau mungkin tidak tahu bahawa ada kira bicara bawah meja yang melibatkan bayaran RM9.5 juta itu?"

Hati Datuk cair tengok si Nancy cantik...anggun dan pakai tudung...lalu tak terlintas dihati yang dia nie kaki bohong.

Cowgirl pun cantik juga...pakai tudung...celek mata...kulit mamak la bukan putih macam si Nancy...tetapi, pembohong besar.

Satu lagi betina tu jangan cakap la.

Siapa berani kata yang cantik dan bertudung bukan kaki bohong?..kita mau dengar.

Nancy tau la Datuk...konfirm, tapi bukan aku yang cakap...kalau mau tau fiil dia, Datuk pengsan.

Nancy yang dibawah meja tu Datuk.

Zalman A said...


Datuk,

The internal squabble among the Opposition is a classic case of counting your chickens before they have hatched.

The Opposition has a less than 5% chance of victory in PRU14.

The main causes are the EC's gerrymandering on behalf of MO1, the corruption of PAS, and the blindness of East Malaysia.

But the lack of unity and cohesion in the Opposition is self-inflicted.

It's strange that we don't see a co-ordinated youth effort by all the parties, seeing as the youth vote is so crucial.

Yes, there should be a PM candidate.

Looks like Tun Dr M is not keen, so perhaps Azmin.

Ahhhh, but then PKR politics starts making drama.

Too much drama.

The voters will go with the Bugis devil they know.

Unless there is a clear manifesto, clear PM in waiting, clear Cabinet in waiting, we cannot blame them.

Just to say "we will figure it out later" is not convincing.


A KADIR JASIN said...

1.Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada para pembahas dan pengunjung sekalian. Terima kasih kerana terus membaca dan berbahas.

2.Pembahas john doe mengemukakan pertanyaan yang cukup menarik apabila beliau berkata: “Saya berpendapat sekiranya Shafie benar-benar menerima wang sebanyak itu, ia masih bukan isu disebabkan Shafie hanya mengambil yuran guamannya sahaja. Yang lebih dikhuatiri ialah memandangkan jumlahnya sangat luar biasa ke manakah wang ini telah pergi dari akaun Shafie pula. Adakah ia digunakan untuk membeli pihak tertentu agar keputusan memihak kepada pihak yang diwakili Shafie?”

3. Dalam era Najib ini tidak ada apa yang mustahil. Benda yang dulu tidak pernah terfikir oleh kita kini berlaku sebagai kebiasaan – kapal terbang hilang. Kapal terbang ditembak jatuh. Wanita muda ditembak dan diletupkan dengan military grade C4. Banjir besar. Penuntut Universiti Pertahanan Nasional mati didera. Bala, benca dan kecelakaan menjadi perkara harian seolah-olah negara kita Malaysia sedang dilaknati.
نعوذ بالله من ذلك

4. Catatan pembahas Hamka juga menarik. Antara lain, katanya: “Begitu juga bila selesai kes DSAI ada orang secara sukarela pusing satu Malaya menceritakan wayang yang ditayangkan dalam mahkamah, kita juga keliru. Tapi kini cerita itu seolah olah memang satu obligation. Kalau upah sudah dibayar, maka tugas harus dilaksanakan Datuk walaupun ianya cerita wayang.”

5. Nick Fury, menyuntik keyakinan dan harapan apabila beliau berkata: “Kita rakyat biasa buat apa yg termampu melawan kejahatan dahsyat ini. Percayalah orang paling jahat sebenarnya paling bodoh menipu diri sendiri dengan egonya. Segala perbuatan pasti ada balasan. Seperti Newton's Third Law, semua jirim termasuk manusia takkan terlepas dari balasan perbuatannya.” Saya pun yakin bahawa para penjenayah dan penyangak politik sudah mula nampak bahawa hari pembalasan sudah dekat. Sebab itulah mereka tidak berkempen dan berhujah lagi. Mereka hanya menyuap dan merasuah rakyat miskin yang mereka sendiri secara sistematik miskinkan.

6. Pembahas Aku, antara lain, berkata: “Macam mana pon, aku terima kasih banyak kad
hang pasai bawak maklumat ni pada rakyat ramai. Jasa hang sangat besag. Semoga Allah taa'la gandakan balaihsan baik kad hang pasai kita dibulan posa ni. Aamiiin. Dan Allah taa'la ampunkan dosa aku...aamiiin. Ya Arhama Rohimin, sola'llahu a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad.” Terima kasih. Doa saudara bukan untuk saya sahaja tetapi buat kita semua.

7. Saya rasa ramai akan setuju dengan cadangan Pencari Kebenaran apabila beliau berkata: “Apakata peguam ni bersihkan namanya dan mintak LHDN buat auditannya semula untuk sahihkan memang yuran guaman sebenarnya ciput tu saja. Dan cuma kalaulah tetiba terbukti pulak yuran extra tu tidak direkodkan, apakah kesalahan lari cukai atau lebih teruk tindakan di bawah Undang2 AMLA boleh dikenakan...?”

8. Pembahas sukasamasuka buat saya tersenyum sendiri dan terfikir apabila beliau berkata: “Hati Datuk cair tengok si Nancy cantik...anggun dan pakai tudung...lalu tak terlintas dihati yang dia nie kaki bohong. Cowgirl pun cantik juga...pakai tudung...celek mata...kulit mamak la bukan putih macam si Nancy...tetapi, pembohong besar.” Saya sikit pun tak kenal “si Nancy cantik” itu. Tak pernah jumpa pun. Tapi saya setujalah kalau orang kata, dalam zaman Najib ini perempuan sangat berkuasa dan menggoda.

Wallahuaklam.

sukasamasuka said...

Datuk,

"3. Dalam era Najib ini tidak ada apa yang mustahil. Benda yang dulu tidak pernah terfikir oleh kita kini berlaku sebagai kebiasaan...Bala, benca dan kecelakaan menjadi perkara harian seolah-olah negara kita Malaysia sedang dilaknati."


Salah satu Bala yang paling sial yang dibawa olih pemerintahan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak ialah apabila terjadi pencerobohan di Lahad Datu pada 11hb Feb 2013...dimana, 3 bulan selepas itu diadakan PRU13 (pada 5hb Mei 2013)...UMNO/BN sapu habis kerusi di Sabah.

Kesialan bala ini menyebabkan berbillion2 duit rakyat digunakan untuk buka ESSZONE dan operasi ESSCOM tanpa sesiapa bolih mempersoalkannya, sedangkan wang itu seharusnya dibelanjakan untuk persekolahan, perubatan, peluang pekerjaan baru dan pembangunan infrastruktur.

Ini adalah kesialan besar kemimpinan Najib dan UMNO yang tidak tau berpolitik dengan cubaan nya dengan sengaja mau campur tangan dalam pergolakan politik Bangsamoro di Selatan Phillipine.

Tetapi, jangan hairan juga "kesialan" atau "bala" ini sengaja diada2kan sebab selepas itu berbillion2 wang dibelanjakan tanpa tender untuk beli senjata...fulus ya habibi...fulus!

Wang yang berbillion2 ini digunakan untuk bunuh nyamuk...ini la Perang Guerilla...pengacau pakai duit siiiiiikit saja, kita pakai berbilliiiiiiiion2.

Kerja seorang anakharamzadah orang Malaya di bumi Sabah!

Anak2 muda Sabah mau cari kerja....tetapi yang banyak buat kerja disini adalah orang2 Malaya pakai uniform Polis, Navy dan Tentera...ini kerja gila!

Last, but not least, we don't want stupid religious teachers from West Malaysia to waste their time in Sabah and Sarawak...what we want are teachers who can teach English, Science and Mathematics, not religion...it's as clear as the sky...why not spend that billions to create more East Malaysian teachers?

Who benefits from ESSCOM?

Ini la bala kesialaan pemimpin UMNO!

Aku said...

Kadiag, Salaam.
Izin aku komen sikit ataih komen En Sukasamasuka bila dia nulih:
"... Salah satu Bala yang paling sial yang dibawa olih pemerintahan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) ********** ialah apabila terjadi pencerobohan di Lahad Datu pada 11hb Feb 2013...dimana, 3 bulan selepas itu diadakan PRU13 (pada 5hb Mei 2013)...UMNO/BN sapu habis kerusi di Sabah."
Pembahas hang tu sambong... natijah dari 'krisis' tu jugak diwujudkan ESSCOM atau program keselamatan timog Sabah yg melibatkan belanja berbilion lagi beli alatan perang, depa kata 'eset' yg kemungkinan besag, tanpa tender terbukak, maksudnya UMNO/BN kekaikan kuasa politik samping deraih buat duit. Natijah dia jugak, pembangunan yg lebih lestari kebajikan rakyat disampingkan dan ramai anak muda menganggog....

Untuk makluman En Sukasamasuka, fomula yg lebih korang sama digunapakai diMalaya. Di sini, depa kata China jahat, DAP jahat, tapi depa sekongkoi dgn China Pineng dan China Singapo, depa kata yahudi jahat, paih tu pi kad bank Rothschild dan Goldman Sachs..... dan natijahnya, GST kena, duit semakin tak dak nilai, hospital2 nampak kena bagi obat yg morah atau disuroh mai kumudian... penganggoran lagi dahsyat, yg kerja2 rendah kemahiran dapat kad Bangla atau Myanmar (yg setengah tu mengaku Rohingya) atau Indon atau Nepal (katanya kalu nak kerja sekuriti, kena tunjuk sorat bekaih tentera ~ 'fotostat' pon takpa) atau Vietnam atau..
... yg pangkat tinggi sikit yg mesti ada diploma atau ijazah, dianggag lebih setengah juta menganggog....

Lantaran kebejatan yg berlaku, kesannya bukan saja kena pd rakyat Sabah, tapi merangkumi....

Dlm memahami perkara ini, sifat apa yg disebut dlm basa 'Arab 'ghurur' munkin bulih bagi sikit pencerahan. Kadang2 ia disebut sebagai satu penyakit hati, sejenih 'virus'.
Dlm kamus bahasa Arab-Indonesia dijelaskan kata ghurur (الغرور) berarti kebatilan, kebohongan, kebanggaan atas diri, penipuan dan tipuan.
Pengidapnya antara lain besifat otokratik namun ketagih sanjongan dan kepujian. Kadang2 macam kebudak budakkan, tak dapat sanjongan kerana kurang kekuatan jati diri, 'charisma', kefakihan atau intelek, dia selamba membelinya dgn duit atau kebendaan. Dlm kata yg hang selalu pakai iaitu 'dedak'.
Lantaran, bala bala yg dahsyat2 yg hang senaraikan dok mai betali aruih munkin hang kena tambah lagi satu :
Pembiakkan dan pecambahan pemakan dedak, korupsi, kronisme sekala industri dan kleptokrasi bertunjangkan sesorang yg bersifat dgn sifat ghurur.
Wallahua'lam.
Aku

RAWA LANUN- BAHASA said...

Read it and do whatever pleases you, Scribe


Zarkashi tak fikir panjang.
Zack anak Felda
Najib mahu 132MP seats

Pelan A
Jatuh Felda lagi 10 seat pun BN dah tumbang
Mahathir pandai cakap
Najib jatuh di PAU
Atau ada yang lari dari UMNO
Mahathir masuk balik UMNO
Ular lidi makan ular sawa

Zack jadi Chairman?

John Doe said...

Terima kasih DAKJ kerana respon kpd komen saya.

Saya mohon izin untuk membuat sedikit penambahan dan pecerahan.

Apabila saya sebut kena siasat tentang kemanakah wang sebesar itu pergi dari akaun Shafie saya tidak meletakkan apa-apa sempadan 'kes tertentu yang diwakili' oleh Shafie.

'Wang berkuasa menentukan keputusan' tidak hanya merujuk kepada keputusan hakim di mahkamah selepas berlaku pendakwaan, tetapi merangkumi semua keputusan yang lain daripada polis, koroner, agensi penyiasatan yang lain seperti SPRM dan agensi dalam negeri yang lain seperti Imigresen, Kastam dsbgnya.

Sebab itu komen awal saya dibuat secara terbuka dan tidak menjurus semata-mata kepada keputusan penghakiman.

Dari sudut ilmu psikologi, manusia akan lebih 'bermurah hati' apabila 'melarikan diri' berbanding apabila 'berburu'.

RM9.5j adalah 'luar biasa murah hati'. Saya lebih cenderung untuk mempercayai ia adalah fee dan 'kos-kos' lain bagi seseorang yang sedang melarikan diri berbanding seseorang yang sedang berburu.

Bandingkan jumlah ini dengan pengakuan Salehudin Saidin yg yuran guamannya hanya ratusan ribu ringgit.

Apakah Shafie ini luar biasa hebat berbanding Salehudin? Kenapa jauh sangat beza yuran guaman keduanya? Takkanlah nak sabitkan Anwar sehingga perlukan RM9.5j. Sejujurnya saya percaya ramai lagi mampu buat kerja itu dgn baik untuk fee ratusan ribu seperti yang diterima Salehudin.

Malah mengambil kira pengalaman 'mensabitkan' seseorang tertuduh, Salehudin jauh lebih berpengalaman daripada Shafie.

Maka yuran luar biasa hebat ini sudah tentu bukan sekdar bayaran untuk 'kemampuan' (ability) dan pengalaman (experience) tetapi juga bayaran untuk 'kesanggupan'.

Di dalam kes Shafie vs Anwar, ia adalah kes berburu bagi Najib. Apa kata kita buang segala sempadan dan berfikir seperti seorang yang sedang terdesak untuk melarikan diri.

Mari kita lihat pula kes-kes di mana kelibat Shafie kelihatan muncul sama ada di mahkamah, tempat kejadian, hospital dll. Contohnya kes Altantuya dan Najdi. Malahan kalau boleh korek, korek juga kes Morais sama ada kelibat Shafie telah muncul di mana-mana tempat sepanjang kronologi kes berlaku.

Adalah amat tidak mustahil dan amatlah berkemungkinan benar bagi mereka yang meminati siri 'Criminal Minds' bahawasanya RM9.5j ini bukan untuk 'memburu Anwar' tapi untuk membantu sesorang 'melarikan diri daripada diburu'.

Ada pula road show yang mana Shafie terlibat di dalam sesi penerangan tentang kes Anwar hanyalah bernilai 'servis tambahan' di dalam pakej melarikan diri yang disediakan.

Ini bukan menuduh tetapi hanyalah 'follow the leads' daripada kaedah 'analyzing human behaviour'.

Siasat, siasat dan siasat. Kelak jawapan akan ditemui, in shaa Allah.

Wallahu a'lam.

shah said...


Musa Hassan deflection fails:

"Imagine holding a press conference to make a loud statement to the media about something that is not directly related to yourself, when you haven’t even thoroughly checked the facts.

This is what Musa Hassan, a former IGP has done. What a nightmare it must have been to work for someone that careless in a top position.

If Musa had properly examined the facts (read Sarawak Report for example) he would have noted that from day one we made clear that one of Najib’s personal accounts (no 2112022009694), the one which received $681 million in March 2013, was closed the following August:

However, our article about Shafee’s payments quite clearly cites a later account Najib opened, into which money from SRC International was paid (a subsidiary of 1MDB).

This was account number 2112022011906, which remained open until we broke the scandal in 2015. Getting these sorts of details right are the bread and butter of investigative work and something this senior officer ought to have been taught in police college.

It is lucky he is now retired and perhaps he should keep it that way, instead of digging his friends into deeper holes, when they themselves are plainly deciding that silence is the better option."

Taosuo said...

Datuk Kadir,
Musa Hassan's sudden contribution to the 'conversation' is like the metaphorical 'bolt out of the blue'.
His clumsiness as pointed out by Shah 11.41 a.m. rekindles thoughts of his own alleged 'involvement' with the release of three gambling syndicate members, when it was reported that investigations by the then anti corruption agency was 'capped' by ex attorney general, Ghani Patail back in 2007.
One wonders whether the present attorney gen perhaps used that precedent in stopping investigation on the current MO1.

Zalman A said...


Datuk,


More foolishness:

"A NOTE from prison yesterday scuttled Pakatan Harapan’s presidential council meeting where the leaders were finalising its list of office bearers to be submitted to the Registrar of Societies.
It was not an ordinary note. It came from the Sungai Buloh Prison.

The Malaysian Insight learnt that former Anwar Ibrahim, who is serving a five-year jail term for sodomy at Sungai Buloh prison, wanted to keep the original PH lineup, and this scuppered the Opposition coalition’s plan to unveil its lineup yesterday.

Sources said while the majority of PH leaders had agreed to a new lineup which would see Dr Mahathir Mohamad as chairman and Dr Wan Azizah Wan Ismail as president, Anwar in his note, insisted on the original lineup.

In the original lineup, Dr Mahathir would be the advisor, while Dr Wan Azizah would be the chairman. The three vice-chairman seats would be filled by Muhyiddin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) and Lim Guan Eng (DAP).

Bersatu had complained that this structure would mean that Dr Mahathir did not have any executive powers as the coalition’s advisor.

“The meeting today was to discuss the proposal to appoint Dr Mahathir as the chairman and Wan Azizah as the president of PH.

“But because of the note, the decision had to be postponed again,” the source told The Malaysian Insight."

As I say, this drama pulls the teeth from the PH tiger even before it can bite.

There is no sane person who regards Wan Azizah as a competent leader.

Anwar seems to want to ensure a MO! victory.

The only faint hope that PH has is either Dr M or perhaps Azmin as PM-designate.

Any games by Anwar are not helping now.

Ms S said...

Ayat yg paling atas tu takut saya nak baca. Wlu nak gambarkan teruknya si penyembah duit guna la ayat yg lain selain dari perumpaan di atas. My 10 cents

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).